SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
DI SEKOLAH RENDAH:
SATU KAJIAN DI SEBUAH SEKOLAH
DI MERSING, JOHOR.
Oleh
MD.YUSOF BIN DAWAM
DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK
MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT
MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2006
ii
PENGAKUAN
Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan, petikan, dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan
sumbernya.
Disember 2006 ………………………………..
MD. YUSOF BIN DAWAM
NO. MATRIK 200200819
iii
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah kurnia dan hidayahNya,
dapatlah saya menyiapkan kajian ini bagi melengkapkan syarat pengurniaan Ijazah
Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu. Mudah-mudahan dengan menyelesaikan
kajian ini, saya dapat menambah satu pengalaman baru dalam pencarian ilmu.
Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Abdullah Hassan
selaku penyelia utama dan En Nik Hassan Basri bin Nik Ab. Kadir selaku penyelia
kedua saya dalam menyelesaikan kajian ini. Penyiapan kajian ini banyak dibantu
oleh Prof. Abdullah dan yang tidak jemu-jemu memberikan bimbingan, tunjuk ajar
dan khidmat nasihat yang tidak ternilai harganya. Begitu juga dengan En. Nik
Hassan Basri yang banyak membantu saya dalam penyiapan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada isteri dan anak-anak tercinta yang
telah menjadi sumber inspirasi dan telah banyak mengorbankan masa dan kasih
sayang sepanjang saya menyudahkan program sarjana ini.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih diberikan kepada rakan-rakan sekelas, rakan-
rakan sejawat, JPNJ, PPD Mersing, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Nitar 2,
dan pelajar sekolah yang terlibat sebagai responden yang banyak memberi
kerjasama dan perangsang sehingga dapat saya menyiapkan kajian ini dengan
jayanya.
Akhir kata, saya mengharapkan kajian ilmiah ini dapat memberi sumbangan dan
manfaat kepada para pendidik, pengkaji dan penyelidik yang berminat mengkaji
kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu demi
menambah khazanah ilmu dalam dunia pendidikan di negara kita.
Sekian, terima kasih.
MD. YUSOF BIN DAWAM
Fakulti Bahasa
Program Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu
UPSI 2002
iv
ABSTRAK
Kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan. Dalam usaha
melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan, pelaksanaan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya,
Bahasa Melayu perlulah diberikan penekanan. Walaupun pelaksanaannya telah
lama dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, namun masih wujud lagi
masalah terutama dari segi kefahaman guru dan amalan pedagogi. Kajian di
Mersing, Johor menunjukkan masih lagi terdapat faktor yang menghalang
kelancaran pelaksanaannya terutama pemahaman guru terhadap kemahiran berfikir,
alat-alat berfikir, cara pelaksanaannya dalam bilik darjah, dan penggunaan alat
berfikir yang sesuai.
v
ABSTRACT
Thingking skills are the most important thing or issue in education system. In order to
produce expertise and knowledgeasle students, critis and creative thingking in teaching
and learning implementations especially in Malay Language should be emphasized.
Eventhough, the implementations have been done by the Malaysian Educational
Ministry, but unfortunastely the problems of teacher’s understanding and pedagogical
system are still occurred. Based on the research which has been done in Mersing, Johor,
shows that there are still have some factors which inhibits’ the implementations
especially in terms of teachers’ understanding towords thingking skill it materials, the
way to implement it in the classroom and also the use of convenient thingking materials.
vi
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
JADUAL vi
RAJAH vii
ISI KANDUNGAN viii
BAB I : PENDAHULUAN
1.0 Latar Belakang Kajian 1
1.1 Penyataan Masalah 10
1.2 Objektif Kajian 14
1.3 Soalan Kajian 15
1.4 Kepentingan Kajian 16
1.5 Batasan Kajian 17
1.6 Definisi Istilah Kajian 18
1.6.1 Kemahiran Berfikir 18
1.7 Komponen Kemahiran Berfikir 23
1.8 Alat-alat Kemahiran Berfikir 24
1.8.1 Peta Minda 25
1.8.2 Soalan dan Penyoalan 26
1.8.3 Mengurus Grafik 29
1.8.4 CoRT 1 29
vii
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 32
2.1 Literatur Berkaitan 33
2.1.1 Kajian Kemahiran Berfikir oleh
Pengkaji Luar Negara 33
2.1.2 Kajian Kemahiran Berfikir oleh
Pengkaji Dalam Negara 37
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 41
3.1 Reka Bentuk Kajian 42
3.2 Prosedur Kajian 44
3.3 Sampel Kajian 45
3.4 Instrumen Kajian 48
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 50
BAB 4 : ANALISIS DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 52
4.1 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 53
4.2 Meninjau Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 55
4.3 Meninjau Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah 58
4.4 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam
Kemahiran Bahasa 62
4.4.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 63
4.4.2 Kemahiran Membaca 70
4.4.3 Kemahiran Menulis 75
4.4.4 Kemahiran Bernilai Tambah 81
4.5 Meninjau Alat Berfikir Dalam Buku “Kemahiran Berfikir
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran”
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. 82
4.5.1 Alat-alat Berfikir yang Dinyatakan Dalam Buku
“Kemahiran Berfikir Dalam
Pengajaran & Pembelajaran.” 83
4.5.2 Peta Minda 83
4.5.3 Pengurusan Grafik 84
4.5.4 Soalan dan Penyoalan 84
viii
4.6 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Buku Teks
Bahasa Melayu 87
4.6.1 Pendahuluan 87
4.6.2 Isi Kandungan 88
4.6.3 Soalan dan Latihan Berasaskan Kemahiran Berfikir
Dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 89
4.6.4 Analisis Soalan dan Latihan 91
4.6.5 Kemahiran Berfikir Kreatif 93
4.6.6 Kemahiran Berfikir Kritis 94
4.7 Meninjau Kaedah Mengajar Berfikir yang Diamalkan
di Sekolah Sekarang 99
4.7.1 Dapatan Perbincangan dan Temu Ramah 100
4.7.2 Kefahaman Guru Bahasa Melayu Terhadap
Kemahiran Berfikir 101
4.7.3 Kehadiran Kursus Kemahiran Berfikir 103
4.7.4 Tempoh Masa Kursus 103
4.7.5 Penganjur Kursus 105
4.7.6 Pengetahuan Guru Tentang Alat Berfikir 107
4.7.7 Meninjau Alat Berfikir yang Digunakan oleh Guru
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 110
4.7.8 Meninjau Amalan Guru Mengajar Berfikir
Di sekolah yang Dikaji 113
4.7.9 Peringkat Set Induksi 113
4.7.10 Peringkat Perkembangan 116
4.7.11 Peringkat Penutup 119
BAB 5 : CADANGAN KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN
BERFIKIR
5.0 Pengenalan 122
5.1 Teknik Sumbangsaran 123
5.2 Teknik Bercerita 124
5.3 Teknik Penyelesaian Masalah 125
5.4 Cadangan Rancangan Mengajar 126
5.4.1 Modul 1 127
5.4.2 Modul 2 138
5.4.3 Modul 3 145
5.4.4 Modul 4 150
5..5 Kesimpulan 156
ix
BAB 6 : RINGKASAN DAN KESIMPULAN
6.0 Pendahuluan 157
6.1 Ringkasan Kajian 158
RUJUKAN 166
LAMPIRAN
LAMPIRAN A – Senarai soalan dan latihan berdasarkan Kemahiran
berfikir dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4.
LAMPIRAN B – Kebenaran Mengunakan Kemudahan Perpustakaan
LAMPIRAN C – Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah
LKTP Nitar 2.
LAMPIRAN D - Borang Panduan Sesi Temu Ramah
LAMPIRAN E - Borang Catatan Pemerhatian di Lapangan
LAMPIRAN F - Borang Penyeliaan
LAMPIRAN G – Hasil Kerja Pelajar
x
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
3.1 Tahun Persekolahan dan Bil Pelajar 46
3.2 Jantina dan Bil. Sampel 47
3.3 Taraf Pendidikan dan Bil. Sampel 47
4.1 Komponen Kemahiran Berfikir yang Digunakan Dalam
Objektif Pengajaran Buku Teks Bahasa Melayu 57
4.2 Komponen Kemahiran Berfikir yang Digunakan Dalam
Organisasi Kandungan Buku Teks Bahasa Melayu 61
4.3 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam
kemahiran mendengar dan bertutur 63
4.4 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Mendengar 68
dan bertutur
4.5 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam
kemahiran membaca 70
4.6 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Membaca 74
4.7 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam
kemahiran menulis 76
4.8 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Menulis 80
4.9 Perbandingan soalan jenis bertumpu dan bercapah 85
4.10 Kandungan buku teks Bahasa Melayu 89
4.11 Petunjuk Komponen Kemahiran Berfikir yang Dikeluarkan
Oleh Pusat Perkembangan Kurikulum 90
xi
4.12 Jumlah soalan dan latihan yang dimasukkan komponen
kemahiran berfikir dalam buku teks bahasa Melayu tahun 4. 91
4.13 Soalan dan Latihan dalam Buku Teks Bahasa Melayu
Tahun 4 yang menggunakan Kemahiran Berfikir Kreatif 93
4.14 Soalan dan Latihan dalam Buku Teks Bahasa Melayu
Tahun 4 yang menggunakan Kemahiran Berfikir Kritis 95
4.15 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk memberi
pendapat dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4 96
4.16 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk penyelesaian
masalah dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4 97
4.17 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk memberi
pendapat & pemyelesaian masalah dalam buku teks
Bahasa Melayu tahun 4 98
4.18 Pengkhususan guru Bahasa Melayu 101
4.19 Pengalaman guru yang pernah mengikuti kursus
kemahiran berfikir 102
4.20 Guru yang pernah mengikuti kursus Kemabiran Berfikir 103
4.21 Tempoh masa kursus 104
4.22 Penganjur kursus kemahiran berfikir 107
4.23 Pengetahuan guru terhadap alat kemahiran berfikir 108
4.24 Kefahaman guru terhadap alat kemahiran berfikir 109
4.25 Guru yang menggunakan kemahiran berfikir 109
dalam pengajaran Bahasa Melayu
4.26 Alat berfikir yang digunakan guru 110
4.27 Perkembangan P7P guru peringkat set induksi 115
4.28 Perkembangan P7P guru peringkat perkembangan 118
4.29 Pengajaran dan Pembelajaran guru pada peringkat penutup 119
xii
SENARAI RAJAH
Rajah Halaman
4.1 Skop Lingkaran Soalan 86
5.1 Peta Minda jawapan pelajar 131
5.2 Peta Minda jawapan kumpulan dua 134
5.3 Peta Minda hasil kerja pelajar 143
5.4 Jawapan Pelajar Dalam Bentuk Grafik 144
4.5 Hasil perbincangan pelajar dalam bentuk grafik 149
5.6 Jawapan Pelajar dalam bentuk Peta Minda 154
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Latar Belakang Kajian
Manusia yang dicipta oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini dibekalkan dengan
kelebihan dan keistimewaan berbanding dengan makhluk lain. Kelebihan dan
keistimewaan itu ialah manusia dikurniakan akal fikiran. Dengan akal fikiran itulah
manusia dapat mentadbir alam dan sumber alam ini dengan sempurna. Namun begitu,
manusia sering kali gagal dalam mentadbir akal fikiran yang dimiliki dengan sempurna
sehingga menghasilkan tindakan yang di luar akal fikiran manusia. Manusia yang tidak
mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengendalikan fikiran sering kali menghadapi
2
masalah dalam menerbitkan idea yang bernas, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
Manusia yang bijak menggunakan akalnya tidak akan menemui jalan sesat kerana
fitrah semulajadi akal adalah untuk menunjuk arah manusia ke arah kebenaran dan
kebaikan. Sebaliknya, kesesatan dan keburukan adalah kesan tidak menggunakan akal.
Ibn Khaldun berpendapat:
“tabiat manusia itu dibentuk daripada kekuatan jasad,
akal dan roh. Dengan tiga anasir inilah terbentuknya diri
manusia.”
Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut
Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, hal. 63
“Ibn Khaldun juga berpendapat kemajuan kemahiran dan
ilmu terhenti ke atas fikiran dan amalan. Kalaulah tidak
ada fikiran dan amalan nescaya tidak ada ilmu-ilmu dan
kemahiran-kemahiran.”
Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut
Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, hal. 150
Walau bagaimanapun, sikap bergantung sepenuhnya kepada akal untuk menilai
dan memutuskan sesuatu perkara akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat kerana
boleh dipesongkan oleh unsur-unsur luar yang sering mempengaruhi kewarasan akal.
Pertimbangan akal juga dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti pengalaman dan adat
tradisi yang diwarisi tanpa usul periksa dan takut kepada pihak berkuasa. Selain itu,
pengaruh nafsu seperti kepentingan pangkat atau kedudukan, kesenangan atau
3
kemewahan turut mempengaruhi akal bagi melaksanakan tugasnya sebagai petunjuk
kebaikan. Kesannya, keputusan atau tindakan yang diambil tersasar daripada matlamat
sebenar kerana akal tidak didasari oleh asas yang kukuh dan sah.
Oleh hal yang demikian, akal mesti dibantu oleh alat yang boleh memandunya
membuat pilihan yang benar. Islam, menggariskan dua alat utama yang menjadi
panduan akal untuk berfikir, iaitu Al-Quran dan Hadis. Dengan berpandukan dua alat
ini, manusia akan dapat membezakan antara nilai yang baik dan buruk serta perkara yang
betul dan salah menerusi penggunaan akal dan dapat membuat keputusan yang waras.
Hakikatnya, masih terdapat perkara-perkara yang tidak mampu dijangkau dan difikirkan
akal manusia. Kemampuan akal manusia ada hadnya.
Sehubungan itu, penyelidik bercadang membuat kajian yang berkaitan dengan
pemikiran. Kajian ini menjurus kepada penggunaan kaedah kemahiran berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan bagi melihat pengetahuan, sikap guru
dan pelajar dan alat berfikir yang digunakan dalam komponen kemahiran berfikir yang
terdapat dalam sukatan pelajaran. Selain itu, penyelidik juga akan meninjau kandungan
buku teks Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan kerana penyelidik merasakan bahawa
kemahiran berfikir yang disaran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, perlulah
dilaksanakan dan diberikan perhatian oleh para pendidik agar hasrat kerajaan dan
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan dapat
menggunakan akal fikirannya yang dikurniakan oleh Allah dengan sempurna apabila
dewasa kelak.
4
Keupayaan berfikir berkesan amat penting dalam dunia yang semakin moden
dan canggih ini. Dalam menghadapi cabaran dalam dunia globalisasi ini, kita tidak hanya
memerlukan pengetahuan tetapi kita mesti ada kemampuan berfikir dan mengerakkan
minda apabila menghadapi sesuatu situasi.
Menurut Mohd Kasim Ismail,
“Pendidikan dan kehidupan berkait rapat. Corak
pendidikan yang diterima pada hari ini akan menentukan
corak dan kehidupan masa depan seseorang. Pendidikan
yang baik akan menghasilkan insan yang baik, iaitu insan
yang boleh berfikir secara rasional dan berakhlak.”
Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, hal 167
Modenisasi dan perubahan yang pesat mendedahkan seseorang kepada pelbagai pilihan
dan ini memerlukan kemahiran dan kepakaran seseorang membuat pilihan dan keputusan.
Kerap kali, seseorang yang tidak mempunyai kemahiran berfikir akan menghadapi
masalah dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah mengenai pelbagai isu.
Mereka akan menghadapi kesukaran dan mudah melakukan kesilapan dalam setiap
keputusan, penyelesaian masalah atau mentafsir idea yang diperolehi.
Kematangan dunia pengiklanan sekarang seringkali menggunakan kematangan
dalam kemahiran berfikir bagi mengelirukan dan mempengaruhi minda pengguna dalam
mempromosi barangan keluaran syarikatnya. Untuk mengatasi kebijaksanaan dunia
pengiklanan, memungkinkan seseorang itu mempunyai kebolehan dan kemampuan
membuat penilaian dan keputusan yang bijak. Ini menunjukkan kemahiran berfikir amat
5
diperlukan bagi menghadapi situasi-situasi berkenaan dalam dunia yang semakin
mencabar.
Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kreatif dan
kritis (KBKK). Pendedahan terhadap kemahiran berfikir ini telah dilaksanakan untuk
beberapa mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Seni dan Kajian Tempatan bermula dari peringkat sekolah rendah lagi.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk melatih dan melahirkan guru-guru
yang berkemahiran dan berkemampuan menggunakan Kaedah kemahiran berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini diperkenal adalah bertujuan memodenkan
sistem pendidikan negara kita. Dalam menempuh arus globalisasi, murid-murid perlulah
didedahkan dengan keupayaan berfikir dan bukan lagi menghafal.
“Dalam seminar bertema “Education For All” 1990 yang
dianjurkan oleh Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO,
kemahiran asas tidak lagi terbatas kepada 3M : Membaca,
Menulis dan Mengira, tetapi ditambahkan dua kemahiran
lagi, iaitu Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik.
Oleh itu, pendidikan sedunia semakin mementingkan
peningkatan kemahiran berfikir di kalangan generasi masa
kini.”
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, hal. 1
6
Menurut Raths, 1971.
“Oleh kerana pengajaran pemikiran diabaikan, pelajar
didapati sangat bergantung kepada guru dan
bertingkahlaku impulsif, dogmatik dan malas memberi
pendapat”.
Jurnal Pendidikan Guru Malaysia, hal. 1
Kenyataan di atas begitu jelas menyokong bahawa pengajaran kemahiran berfikir
perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh jika kita ingin melihat pelajar-pelajar
kita menjadi lebih matang dalam berfikir dan dapat menggunakan fikirannya sebelum
membuat sesuatu atau melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Keperluan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum telah dinyatakan secara jelas.
“Penerapan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke
arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM
yang disemak semula, kemahiran berfikir adalah antara
unsur utama yang diberikan penekanan yang dinyatakan
secara tersurat.
Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran & Pembelajaran,
1989, hal. 4.
7
Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menyatakan keperluan kaedah
Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Falsafah Pendidikan
Negara yang menyatakan :
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.”
Falsafah Pendidikan Negara, 2002
Dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) juga
telah dinyatakan bahawa kemahiran berfikir ini adalah satu keperluan.
“Para pelajar tidak hanya menerima pengetahuan semata-
mata tetapi mereka seharusnya dapat menyatakan idea,
fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif dan
rasional dalam semua situasi. Untuk mencapai hasrat ini,
peluang bagi meningkatkan daya intelek perlu diwujudkan
supaya pemikiran yang kritis dan analitis akan menjadi
salah satu aspek yang penting dalam tiap-tiap aktiviti
pembelajaran.”
Pusat Perkembangan Kurikulum 1989, hal. 5.
8
Kenyataan Pusat Perkembangan Kurikulum membayangkan hasrat kerajaan untuk
melihat kejayaan pendidikan negara kita untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
kemampuan dan mahir berfikir apabila mereka dewasa kelak.
Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd,
“Kemahiran Berfikir adalah bertujuan supaya pelajar
bukan setakat mempunyai pengetahuan akademik yang
banyak tetapi mereka juga mempunyai kemahiran
menggunakan pengetahuan yang ada pada mereka itu
secara kreatif bagi mencipta pelbagai idea, menyelesaikan
pelbagai masalah secara berkesan, membuat keputusan
yang terbaik, mengelakkan pelbagai kesilapan berfikir dan
lain-lain.”
Belajar Berfikir, 2003.
Walaupun akal fikiran adalah kurniaan Allah s.w.t. dan dapat berfungsi dengan
baik tetapi kemahiran berfikir amat perlu bagi mendidik bagaimana seseorang itu berfikir,
melahirkan idea, membuat keputusan yang bijak, bertindak selepas berfikir dan
bagaimana menggunakan keupayaan berfikir.
Menurut Bartlett (1958)
“Pemikiran sebagai satu usaha mengisi maklumat yang
tidak ada (interpolasi), memberikan maklumat lanjut
berdasarkan maklumat sedia ada (esktrapolasi) dan
menyusun semula maklumat supaya wujud tafsiran baru.”
Jurnal Pendidikan Guru Malaysia, hal. 3
9
Menurut Abu Bakar Nordin (1994)
“Apabila dasar pandang ke timur dikemukakan maka
pendidikan menerima cabaran ini dengan mengubah
orientasi kurikulum kepada lebih bersepadu iaitu
perkembangan individu yang seimbang dari segi mental,
fizikal, emosional dan kerohanian. Diharapkan
perkembangan yang menyeluruh ini dapat membekalkan
tenaga mahir yang mempunyai daya saing dan daya
kreatif”
Pendidikan Menghadapi Cabaran Tahun 2020.
Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi
Cabaran 2020, hal 241.
Berdasarkan keperluan dan kepentingan melahirkan manusia atau rakyat Malaysia
yang bijaksana dan pintar dalam berfikir, maka langkah awalnya adalah memberikan
pendidikan dan pemahaman kepada guru, pelajar dan pentadbiran sekolah tentang
keperluan penggunaan kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
Untuk itu, saya telah berusaha untuk membuat satu kajian yang bertajuk “Mengajar
Kemahiran Berfikir di Sekolah Rendah.” Kajian itu dijalankan di sebuah sekolah rendah
di negeri Johor iaitu Sekolah Kebangsaan Nitar 2, Mersing, Johor. Kajian yang
dijalankan itu adalah untuk melihat kaedah mengajar kemahiran berfikir di sekolah, alat
kemahiran berfikir yang digunakan, meninjau cara mengajar berfikir di sekolah yang
dikaji dan meninjau komponen dan alat kemahiran berfikir dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
10
1.1 Pernyataan Masalah
Pelajar-pelajar merupakan golongan menjadi harapan kepada negara dan masyarakat dan
menjadi tunggak dalam membina sebuah negara pada masa akan datang. Matlamat
pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal adalah bertujuan untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan dapat memenuhi tuntutan dan
harapan negara yang dinyatakan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang bukannya mudah kerana
pelajar bukan sahaja mesti rajin berusaha, mempunyai kekuatan dalaman, sokongan
keluarga dan material, tetapi yang paling utama ialah mempunyai kemampuan berfikir
dan teknik berfikir yang baik dan untuk melahirkan pelajar yang sebegini penguasaan
kemahiran berfikir perlulah dimiliki oleh pelajar tersebut.
Penyelidik mendapati bahawa pemahaman dan penulisan dalam Bahasa Melayu
merupakan dua perkara yang berbeza dari segi keupayaan pelajar untuk menguasainya.
Walaupun seseorang pelajar itu mampu menguasai bacaan tetapi belum pasti mereka
boleh menguasai kemahiran memaham dan menulis dengan baik. Masalah ini banyak
berlaku kepada pelajar Melayu yang sebenarnya mempunyai keupayaan dalam
penguasaan lisan dan bacaan dalam Bahasa Melayu tetepi lemah dalam pemahaman dan
penglahiran idea dalam penulisan karangan dan juga komunikasi. Ini adalah disebabkan
mereka lemah dan tidak diajar cara berfikir yang betul. Mereka hanya didedahkan
dengan teknik belajar yang lebih kepada menghafal fakta yang disampaikan atau pun
dibaca lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di tahun peperiksaan. Guru-guru lebih
11
cenderung menyuap pelajar dengan isi pelajaran daripada melatih mereka berfikir
semasa pengajaran dan pengajaran berjalan kerana itu lebih mudah dilaksanakan. Maka
lahirlah pelajar yang kuat daya ingatannya menjadi pelajar cemerlang dan diangkat dan
dikelompokkan dalam kumpulan pelajar bijak. Pelajar yang kurang daya ingatan akan
ditinggalkan dan dilabelkan sebagai lemah dan malas. Jika ini berterusan negara akan
memiliki pelajar yang pandai tetapi lemah berfikir dan ini sudah tentu merugikan negara.
Penyelidik mendapati kebanyakan pelajar Melayu sama ada yang tinggal di
bandar atau di luar bandar boleh berkomunikasi dengan rakan, keluarga, dan alam
sekitar dengan baik walaupun sosioekonomi mereka berbeza. Keupayaan ini
menunjukkan pelajar Melayu tiada masalah dalam penguasaan bahasa Melayu
berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Tetapi kenyataan ini jauh meleset kerana
ramai pelajar Melayu sukar mendapat keputusan yang baik dalam ujian bahasa Melayu
malah ada pelajar yang gagal setiap kali mereka menduduki ujian.
Keputusan ini bukan bermakna mereka tidak faham bahasa atau tidak boleh
menguasai bahasa Melayu seperti pelajar bukan Melayu tetapi kerana mereka gagal atau
lemah melahirkan pemikiran kreatif dan kritis semasa menjawab soalan dan semasa
melahirkan idea dalam aktiviti penulisan. Kelemahan mereka dalam kemahiran berfikir
menyebabkan karangan mereka terpesong, isi tidak tersusun, isi yang berulang-ulang,
jawapan tidak menepati kehendak soalan dan penulisan karangan yang berjela-jela tetapi
ketandusan isi. Masalah ini amat sukar diatasi, keupayaan dan kefasihan mereka
12
bertutur tidak dapat membantu pelajar menguasai bahasa dalam penulisan bagi
membolehkan mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Penyelidik mendapati bahawa pelajar tahun 4, 5, dan 6 yang bakal menduduki
peperiksaan UPSR pada tahun berikut sudah semestinya perlu mempertingkat usaha bagi
mencapai kejayaan cemerlang. Di Malaysia, kebolehan dan kepintaran pelajar diukur
oleh keputusan peperiksaan yang mereka duduki. Sekiranya berjaya dengan cemerlang,
mereka akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh yang
mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan lebih baik jika dibandingkan dengan
sekolah menengah harian.
Ini menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mencapai keputusan yang
cemerlang dalam UPSR. Pentadbiran sekolah dan guru-guru berusaha bertungkus-lumus
untuk melahirkan pelajar yang cemerlang kerana prestasi pelajar dalam peperiksaan akan
menjadi ukuran kepada kejayaan sesebuah sekolah dan kualiti guru.. Walau
bagaimanapun, tidak banyak sekolah dapat melahirkan pelajar cemerlang, khususnya
dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana, soalan-soalan peperiksaan sekarang bukan
sahaja ingin kekuatan ingatan tetapi juga ingin melihat keupayaan pelajar berfikir dan
bijak menggunakan fikirannya yang rasional.

More Related Content

What's hot

Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)abdol rahim
 
Proposal ptk desti
Proposal ptk destiProposal ptk desti
Proposal ptk destiDeSty ARum
 
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkg
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkgAlat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkg
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkgamrizal27
 
Contoh Laporan PKM UT PGSD - Pemantapan Kemampuan Mengajar PDGK4209
Contoh Laporan PKM UT PGSD - Pemantapan Kemampuan Mengajar PDGK4209Contoh Laporan PKM UT PGSD - Pemantapan Kemampuan Mengajar PDGK4209
Contoh Laporan PKM UT PGSD - Pemantapan Kemampuan Mengajar PDGK4209Soal Universitas Terbuka
 
Pkp upaya peningkatan hasil belajar siswa mata pelajaran ips materi penjaja...
Pkp  upaya peningkatan  hasil belajar siswa mata pelajaran ips materi penjaja...Pkp  upaya peningkatan  hasil belajar siswa mata pelajaran ips materi penjaja...
Pkp upaya peningkatan hasil belajar siswa mata pelajaran ips materi penjaja...Operator Warnet Vast Raha
 
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Mohd Suwardi
 
Pkp ut meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pemb...
Pkp ut meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pemb...Pkp ut meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pemb...
Pkp ut meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pemb...Operator Warnet Vast Raha
 
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-128456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1Mairiza Nopia
 
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...Operator Warnet Vast Raha
 
pembentangan kajian tindakan
pembentangan kajian tindakanpembentangan kajian tindakan
pembentangan kajian tindakanFieyza An'nur
 
Bahan jurna eko srianingsih
Bahan jurna eko srianingsihBahan jurna eko srianingsih
Bahan jurna eko srianingsihbudisantoso413
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 

What's hot (20)

Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
 
Proposal ptk desti
Proposal ptk destiProposal ptk desti
Proposal ptk desti
 
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkg
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkgAlat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkg
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkg
 
PKP Bab 3
PKP Bab 3PKP Bab 3
PKP Bab 3
 
Contoh Laporan PKM UT PGSD - Pemantapan Kemampuan Mengajar PDGK4209
Contoh Laporan PKM UT PGSD - Pemantapan Kemampuan Mengajar PDGK4209Contoh Laporan PKM UT PGSD - Pemantapan Kemampuan Mengajar PDGK4209
Contoh Laporan PKM UT PGSD - Pemantapan Kemampuan Mengajar PDGK4209
 
Laporan pkp la firman
Laporan pkp la firmanLaporan pkp la firman
Laporan pkp la firman
 
Pkp upaya peningkatan hasil belajar siswa mata pelajaran ips materi penjaja...
Pkp  upaya peningkatan  hasil belajar siswa mata pelajaran ips materi penjaja...Pkp  upaya peningkatan  hasil belajar siswa mata pelajaran ips materi penjaja...
Pkp upaya peningkatan hasil belajar siswa mata pelajaran ips materi penjaja...
 
PKP IPA Kelas I
PKP IPA Kelas IPKP IPA Kelas I
PKP IPA Kelas I
 
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
 
Laporan pemantapan
Laporan pemantapanLaporan pemantapan
Laporan pemantapan
 
Pkp ut meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pemb...
Pkp ut meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pemb...Pkp ut meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pemb...
Pkp ut meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pemb...
 
Laporan pkp
Laporan pkpLaporan pkp
Laporan pkp
 
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-128456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
 
Proposal nonny
Proposal nonnyProposal nonny
Proposal nonny
 
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
 
pembentangan kajian tindakan
pembentangan kajian tindakanpembentangan kajian tindakan
pembentangan kajian tindakan
 
Bahan jurna eko srianingsih
Bahan jurna eko srianingsihBahan jurna eko srianingsih
Bahan jurna eko srianingsih
 
PKP Bab 2
PKP Bab 2 PKP Bab 2
PKP Bab 2
 
137163469 pkp-pgsd-2
137163469 pkp-pgsd-2137163469 pkp-pgsd-2
137163469 pkp-pgsd-2
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 

Similar to KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Pamela Lawrance
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srmoiprincessa
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srAMira LIzza
 
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskpJimmy Siow
 
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptx
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptxPPT skripsi pengembangan model problem based learning pptx
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptxBellaMeliyana
 
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Implementasi Kurikulum 2013
Implementasi Kurikulum 2013Implementasi Kurikulum 2013
Implementasi Kurikulum 2013Amphie Yuurisman
 
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisdKisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisdEare einrot
 
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisdKisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisdFusly einrot
 
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisdKisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisdOurning fleckens
 

Similar to KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU (20)

Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
 
Ppt ptk q
Ppt ptk qPpt ptk q
Ppt ptk q
 
Pedagogik sd
Pedagogik sdPedagogik sd
Pedagogik sd
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
 
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptx
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptxPPT skripsi pengembangan model problem based learning pptx
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptx
 
Satuan acara tutorial
Satuan acara tutorialSatuan acara tutorial
Satuan acara tutorial
 
PPT Literasi 2.pptx
PPT Literasi 2.pptxPPT Literasi 2.pptx
PPT Literasi 2.pptx
 
Presentation pd pc
Presentation pd pcPresentation pd pc
Presentation pd pc
 
Taklimat DSKP GB
Taklimat DSKP GBTaklimat DSKP GB
Taklimat DSKP GB
 
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...
 
SDP_ TAJUK 6
SDP_ TAJUK 6SDP_ TAJUK 6
SDP_ TAJUK 6
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Implementasi Kurikulum 2013
Implementasi Kurikulum 2013Implementasi Kurikulum 2013
Implementasi Kurikulum 2013
 
Sd tinggi
Sd tinggiSd tinggi
Sd tinggi
 
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisdKisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisd
 
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisdKisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisd
 
Sd tinggi
Sd tinggiSd tinggi
Sd tinggi
 
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisdKisi kisi ukg-gurukelastinggisd
Kisi kisi ukg-gurukelastinggisd
 

Recently uploaded

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

  • 1. MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN DI SEBUAH SEKOLAH DI MERSING, JOHOR. Oleh MD.YUSOF BIN DAWAM DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2006
  • 2. ii PENGAKUAN Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya. Disember 2006 ……………………………….. MD. YUSOF BIN DAWAM NO. MATRIK 200200819
  • 3. iii PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah kurnia dan hidayahNya, dapatlah saya menyiapkan kajian ini bagi melengkapkan syarat pengurniaan Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu. Mudah-mudahan dengan menyelesaikan kajian ini, saya dapat menambah satu pengalaman baru dalam pencarian ilmu. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Abdullah Hassan selaku penyelia utama dan En Nik Hassan Basri bin Nik Ab. Kadir selaku penyelia kedua saya dalam menyelesaikan kajian ini. Penyiapan kajian ini banyak dibantu oleh Prof. Abdullah dan yang tidak jemu-jemu memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan khidmat nasihat yang tidak ternilai harganya. Begitu juga dengan En. Nik Hassan Basri yang banyak membantu saya dalam penyiapan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada isteri dan anak-anak tercinta yang telah menjadi sumber inspirasi dan telah banyak mengorbankan masa dan kasih sayang sepanjang saya menyudahkan program sarjana ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih diberikan kepada rakan-rakan sekelas, rakan- rakan sejawat, JPNJ, PPD Mersing, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Nitar 2, dan pelajar sekolah yang terlibat sebagai responden yang banyak memberi kerjasama dan perangsang sehingga dapat saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Akhir kata, saya mengharapkan kajian ilmiah ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada para pendidik, pengkaji dan penyelidik yang berminat mengkaji kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu demi menambah khazanah ilmu dalam dunia pendidikan di negara kita. Sekian, terima kasih. MD. YUSOF BIN DAWAM Fakulti Bahasa Program Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu UPSI 2002
  • 4. iv ABSTRAK Kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan. Dalam usaha melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan, pelaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya, Bahasa Melayu perlulah diberikan penekanan. Walaupun pelaksanaannya telah lama dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, namun masih wujud lagi masalah terutama dari segi kefahaman guru dan amalan pedagogi. Kajian di Mersing, Johor menunjukkan masih lagi terdapat faktor yang menghalang kelancaran pelaksanaannya terutama pemahaman guru terhadap kemahiran berfikir, alat-alat berfikir, cara pelaksanaannya dalam bilik darjah, dan penggunaan alat berfikir yang sesuai.
  • 5. v ABSTRACT Thingking skills are the most important thing or issue in education system. In order to produce expertise and knowledgeasle students, critis and creative thingking in teaching and learning implementations especially in Malay Language should be emphasized. Eventhough, the implementations have been done by the Malaysian Educational Ministry, but unfortunastely the problems of teacher’s understanding and pedagogical system are still occurred. Based on the research which has been done in Mersing, Johor, shows that there are still have some factors which inhibits’ the implementations especially in terms of teachers’ understanding towords thingking skill it materials, the way to implement it in the classroom and also the use of convenient thingking materials.
  • 6. vi ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v JADUAL vi RAJAH vii ISI KANDUNGAN viii BAB I : PENDAHULUAN 1.0 Latar Belakang Kajian 1 1.1 Penyataan Masalah 10 1.2 Objektif Kajian 14 1.3 Soalan Kajian 15 1.4 Kepentingan Kajian 16 1.5 Batasan Kajian 17 1.6 Definisi Istilah Kajian 18 1.6.1 Kemahiran Berfikir 18 1.7 Komponen Kemahiran Berfikir 23 1.8 Alat-alat Kemahiran Berfikir 24 1.8.1 Peta Minda 25 1.8.2 Soalan dan Penyoalan 26 1.8.3 Mengurus Grafik 29 1.8.4 CoRT 1 29
  • 7. vii BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.0 Pengenalan 32 2.1 Literatur Berkaitan 33 2.1.1 Kajian Kemahiran Berfikir oleh Pengkaji Luar Negara 33 2.1.2 Kajian Kemahiran Berfikir oleh Pengkaji Dalam Negara 37 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 41 3.1 Reka Bentuk Kajian 42 3.2 Prosedur Kajian 44 3.3 Sampel Kajian 45 3.4 Instrumen Kajian 48 3.5 Prosedur Pengumpulan Data 50 BAB 4 : ANALISIS DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan 52 4.1 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 53 4.2 Meninjau Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 55 4.3 Meninjau Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 58 4.4 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Bahasa 62 4.4.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 63 4.4.2 Kemahiran Membaca 70 4.4.3 Kemahiran Menulis 75 4.4.4 Kemahiran Bernilai Tambah 81 4.5 Meninjau Alat Berfikir Dalam Buku “Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran” oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. 82 4.5.1 Alat-alat Berfikir yang Dinyatakan Dalam Buku “Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran & Pembelajaran.” 83 4.5.2 Peta Minda 83 4.5.3 Pengurusan Grafik 84 4.5.4 Soalan dan Penyoalan 84
  • 8. viii 4.6 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Buku Teks Bahasa Melayu 87 4.6.1 Pendahuluan 87 4.6.2 Isi Kandungan 88 4.6.3 Soalan dan Latihan Berasaskan Kemahiran Berfikir Dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 89 4.6.4 Analisis Soalan dan Latihan 91 4.6.5 Kemahiran Berfikir Kreatif 93 4.6.6 Kemahiran Berfikir Kritis 94 4.7 Meninjau Kaedah Mengajar Berfikir yang Diamalkan di Sekolah Sekarang 99 4.7.1 Dapatan Perbincangan dan Temu Ramah 100 4.7.2 Kefahaman Guru Bahasa Melayu Terhadap Kemahiran Berfikir 101 4.7.3 Kehadiran Kursus Kemahiran Berfikir 103 4.7.4 Tempoh Masa Kursus 103 4.7.5 Penganjur Kursus 105 4.7.6 Pengetahuan Guru Tentang Alat Berfikir 107 4.7.7 Meninjau Alat Berfikir yang Digunakan oleh Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 110 4.7.8 Meninjau Amalan Guru Mengajar Berfikir Di sekolah yang Dikaji 113 4.7.9 Peringkat Set Induksi 113 4.7.10 Peringkat Perkembangan 116 4.7.11 Peringkat Penutup 119 BAB 5 : CADANGAN KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR 5.0 Pengenalan 122 5.1 Teknik Sumbangsaran 123 5.2 Teknik Bercerita 124 5.3 Teknik Penyelesaian Masalah 125 5.4 Cadangan Rancangan Mengajar 126 5.4.1 Modul 1 127 5.4.2 Modul 2 138 5.4.3 Modul 3 145 5.4.4 Modul 4 150 5..5 Kesimpulan 156
  • 9. ix BAB 6 : RINGKASAN DAN KESIMPULAN 6.0 Pendahuluan 157 6.1 Ringkasan Kajian 158 RUJUKAN 166 LAMPIRAN LAMPIRAN A – Senarai soalan dan latihan berdasarkan Kemahiran berfikir dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4. LAMPIRAN B – Kebenaran Mengunakan Kemudahan Perpustakaan LAMPIRAN C – Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah LKTP Nitar 2. LAMPIRAN D - Borang Panduan Sesi Temu Ramah LAMPIRAN E - Borang Catatan Pemerhatian di Lapangan LAMPIRAN F - Borang Penyeliaan LAMPIRAN G – Hasil Kerja Pelajar
  • 10. x SENARAI JADUAL Jadual Halaman 3.1 Tahun Persekolahan dan Bil Pelajar 46 3.2 Jantina dan Bil. Sampel 47 3.3 Taraf Pendidikan dan Bil. Sampel 47 4.1 Komponen Kemahiran Berfikir yang Digunakan Dalam Objektif Pengajaran Buku Teks Bahasa Melayu 57 4.2 Komponen Kemahiran Berfikir yang Digunakan Dalam Organisasi Kandungan Buku Teks Bahasa Melayu 61 4.3 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam kemahiran mendengar dan bertutur 63 4.4 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Mendengar 68 dan bertutur 4.5 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam kemahiran membaca 70 4.6 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Membaca 74 4.7 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam kemahiran menulis 76 4.8 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Menulis 80 4.9 Perbandingan soalan jenis bertumpu dan bercapah 85 4.10 Kandungan buku teks Bahasa Melayu 89 4.11 Petunjuk Komponen Kemahiran Berfikir yang Dikeluarkan Oleh Pusat Perkembangan Kurikulum 90
  • 11. xi 4.12 Jumlah soalan dan latihan yang dimasukkan komponen kemahiran berfikir dalam buku teks bahasa Melayu tahun 4. 91 4.13 Soalan dan Latihan dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 yang menggunakan Kemahiran Berfikir Kreatif 93 4.14 Soalan dan Latihan dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 yang menggunakan Kemahiran Berfikir Kritis 95 4.15 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk memberi pendapat dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4 96 4.16 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk penyelesaian masalah dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4 97 4.17 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk memberi pendapat & pemyelesaian masalah dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4 98 4.18 Pengkhususan guru Bahasa Melayu 101 4.19 Pengalaman guru yang pernah mengikuti kursus kemahiran berfikir 102 4.20 Guru yang pernah mengikuti kursus Kemabiran Berfikir 103 4.21 Tempoh masa kursus 104 4.22 Penganjur kursus kemahiran berfikir 107 4.23 Pengetahuan guru terhadap alat kemahiran berfikir 108 4.24 Kefahaman guru terhadap alat kemahiran berfikir 109 4.25 Guru yang menggunakan kemahiran berfikir 109 dalam pengajaran Bahasa Melayu 4.26 Alat berfikir yang digunakan guru 110 4.27 Perkembangan P7P guru peringkat set induksi 115 4.28 Perkembangan P7P guru peringkat perkembangan 118 4.29 Pengajaran dan Pembelajaran guru pada peringkat penutup 119
  • 12. xii SENARAI RAJAH Rajah Halaman 4.1 Skop Lingkaran Soalan 86 5.1 Peta Minda jawapan pelajar 131 5.2 Peta Minda jawapan kumpulan dua 134 5.3 Peta Minda hasil kerja pelajar 143 5.4 Jawapan Pelajar Dalam Bentuk Grafik 144 4.5 Hasil perbincangan pelajar dalam bentuk grafik 149 5.6 Jawapan Pelajar dalam bentuk Peta Minda 154
  • 13. 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Latar Belakang Kajian Manusia yang dicipta oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini dibekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan berbanding dengan makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan itu ialah manusia dikurniakan akal fikiran. Dengan akal fikiran itulah manusia dapat mentadbir alam dan sumber alam ini dengan sempurna. Namun begitu, manusia sering kali gagal dalam mentadbir akal fikiran yang dimiliki dengan sempurna sehingga menghasilkan tindakan yang di luar akal fikiran manusia. Manusia yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengendalikan fikiran sering kali menghadapi
  • 14. 2 masalah dalam menerbitkan idea yang bernas, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Manusia yang bijak menggunakan akalnya tidak akan menemui jalan sesat kerana fitrah semulajadi akal adalah untuk menunjuk arah manusia ke arah kebenaran dan kebaikan. Sebaliknya, kesesatan dan keburukan adalah kesan tidak menggunakan akal. Ibn Khaldun berpendapat: “tabiat manusia itu dibentuk daripada kekuatan jasad, akal dan roh. Dengan tiga anasir inilah terbentuknya diri manusia.” Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, hal. 63 “Ibn Khaldun juga berpendapat kemajuan kemahiran dan ilmu terhenti ke atas fikiran dan amalan. Kalaulah tidak ada fikiran dan amalan nescaya tidak ada ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran.” Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, hal. 150 Walau bagaimanapun, sikap bergantung sepenuhnya kepada akal untuk menilai dan memutuskan sesuatu perkara akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat kerana boleh dipesongkan oleh unsur-unsur luar yang sering mempengaruhi kewarasan akal. Pertimbangan akal juga dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti pengalaman dan adat tradisi yang diwarisi tanpa usul periksa dan takut kepada pihak berkuasa. Selain itu, pengaruh nafsu seperti kepentingan pangkat atau kedudukan, kesenangan atau
  • 15. 3 kemewahan turut mempengaruhi akal bagi melaksanakan tugasnya sebagai petunjuk kebaikan. Kesannya, keputusan atau tindakan yang diambil tersasar daripada matlamat sebenar kerana akal tidak didasari oleh asas yang kukuh dan sah. Oleh hal yang demikian, akal mesti dibantu oleh alat yang boleh memandunya membuat pilihan yang benar. Islam, menggariskan dua alat utama yang menjadi panduan akal untuk berfikir, iaitu Al-Quran dan Hadis. Dengan berpandukan dua alat ini, manusia akan dapat membezakan antara nilai yang baik dan buruk serta perkara yang betul dan salah menerusi penggunaan akal dan dapat membuat keputusan yang waras. Hakikatnya, masih terdapat perkara-perkara yang tidak mampu dijangkau dan difikirkan akal manusia. Kemampuan akal manusia ada hadnya. Sehubungan itu, penyelidik bercadang membuat kajian yang berkaitan dengan pemikiran. Kajian ini menjurus kepada penggunaan kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan bagi melihat pengetahuan, sikap guru dan pelajar dan alat berfikir yang digunakan dalam komponen kemahiran berfikir yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Selain itu, penyelidik juga akan meninjau kandungan buku teks Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan kerana penyelidik merasakan bahawa kemahiran berfikir yang disaran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, perlulah dilaksanakan dan diberikan perhatian oleh para pendidik agar hasrat kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan dapat menggunakan akal fikirannya yang dikurniakan oleh Allah dengan sempurna apabila dewasa kelak.
  • 16. 4 Keupayaan berfikir berkesan amat penting dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini. Dalam menghadapi cabaran dalam dunia globalisasi ini, kita tidak hanya memerlukan pengetahuan tetapi kita mesti ada kemampuan berfikir dan mengerakkan minda apabila menghadapi sesuatu situasi. Menurut Mohd Kasim Ismail, “Pendidikan dan kehidupan berkait rapat. Corak pendidikan yang diterima pada hari ini akan menentukan corak dan kehidupan masa depan seseorang. Pendidikan yang baik akan menghasilkan insan yang baik, iaitu insan yang boleh berfikir secara rasional dan berakhlak.” Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, hal 167 Modenisasi dan perubahan yang pesat mendedahkan seseorang kepada pelbagai pilihan dan ini memerlukan kemahiran dan kepakaran seseorang membuat pilihan dan keputusan. Kerap kali, seseorang yang tidak mempunyai kemahiran berfikir akan menghadapi masalah dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah mengenai pelbagai isu. Mereka akan menghadapi kesukaran dan mudah melakukan kesilapan dalam setiap keputusan, penyelesaian masalah atau mentafsir idea yang diperolehi. Kematangan dunia pengiklanan sekarang seringkali menggunakan kematangan dalam kemahiran berfikir bagi mengelirukan dan mempengaruhi minda pengguna dalam mempromosi barangan keluaran syarikatnya. Untuk mengatasi kebijaksanaan dunia pengiklanan, memungkinkan seseorang itu mempunyai kebolehan dan kemampuan membuat penilaian dan keputusan yang bijak. Ini menunjukkan kemahiran berfikir amat
  • 17. 5 diperlukan bagi menghadapi situasi-situasi berkenaan dalam dunia yang semakin mencabar. Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK). Pendedahan terhadap kemahiran berfikir ini telah dilaksanakan untuk beberapa mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni dan Kajian Tempatan bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk melatih dan melahirkan guru-guru yang berkemahiran dan berkemampuan menggunakan Kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini diperkenal adalah bertujuan memodenkan sistem pendidikan negara kita. Dalam menempuh arus globalisasi, murid-murid perlulah didedahkan dengan keupayaan berfikir dan bukan lagi menghafal. “Dalam seminar bertema “Education For All” 1990 yang dianjurkan oleh Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO, kemahiran asas tidak lagi terbatas kepada 3M : Membaca, Menulis dan Mengira, tetapi ditambahkan dua kemahiran lagi, iaitu Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik. Oleh itu, pendidikan sedunia semakin mementingkan peningkatan kemahiran berfikir di kalangan generasi masa kini.” Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, hal. 1
  • 18. 6 Menurut Raths, 1971. “Oleh kerana pengajaran pemikiran diabaikan, pelajar didapati sangat bergantung kepada guru dan bertingkahlaku impulsif, dogmatik dan malas memberi pendapat”. Jurnal Pendidikan Guru Malaysia, hal. 1 Kenyataan di atas begitu jelas menyokong bahawa pengajaran kemahiran berfikir perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh jika kita ingin melihat pelajar-pelajar kita menjadi lebih matang dalam berfikir dan dapat menggunakan fikirannya sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Keperluan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran oleh Pusat Perkembangan Kurikulum telah dinyatakan secara jelas. “Penerapan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, kemahiran berfikir adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan yang dinyatakan secara tersurat. Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran & Pembelajaran, 1989, hal. 4.
  • 19. 7 Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menyatakan keperluan kaedah Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan : “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Falsafah Pendidikan Negara, 2002 Dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) juga telah dinyatakan bahawa kemahiran berfikir ini adalah satu keperluan. “Para pelajar tidak hanya menerima pengetahuan semata- mata tetapi mereka seharusnya dapat menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional dalam semua situasi. Untuk mencapai hasrat ini, peluang bagi meningkatkan daya intelek perlu diwujudkan supaya pemikiran yang kritis dan analitis akan menjadi salah satu aspek yang penting dalam tiap-tiap aktiviti pembelajaran.” Pusat Perkembangan Kurikulum 1989, hal. 5.
  • 20. 8 Kenyataan Pusat Perkembangan Kurikulum membayangkan hasrat kerajaan untuk melihat kejayaan pendidikan negara kita untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemampuan dan mahir berfikir apabila mereka dewasa kelak. Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd, “Kemahiran Berfikir adalah bertujuan supaya pelajar bukan setakat mempunyai pengetahuan akademik yang banyak tetapi mereka juga mempunyai kemahiran menggunakan pengetahuan yang ada pada mereka itu secara kreatif bagi mencipta pelbagai idea, menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan, membuat keputusan yang terbaik, mengelakkan pelbagai kesilapan berfikir dan lain-lain.” Belajar Berfikir, 2003. Walaupun akal fikiran adalah kurniaan Allah s.w.t. dan dapat berfungsi dengan baik tetapi kemahiran berfikir amat perlu bagi mendidik bagaimana seseorang itu berfikir, melahirkan idea, membuat keputusan yang bijak, bertindak selepas berfikir dan bagaimana menggunakan keupayaan berfikir. Menurut Bartlett (1958) “Pemikiran sebagai satu usaha mengisi maklumat yang tidak ada (interpolasi), memberikan maklumat lanjut berdasarkan maklumat sedia ada (esktrapolasi) dan menyusun semula maklumat supaya wujud tafsiran baru.” Jurnal Pendidikan Guru Malaysia, hal. 3
  • 21. 9 Menurut Abu Bakar Nordin (1994) “Apabila dasar pandang ke timur dikemukakan maka pendidikan menerima cabaran ini dengan mengubah orientasi kurikulum kepada lebih bersepadu iaitu perkembangan individu yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosional dan kerohanian. Diharapkan perkembangan yang menyeluruh ini dapat membekalkan tenaga mahir yang mempunyai daya saing dan daya kreatif” Pendidikan Menghadapi Cabaran Tahun 2020. Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran 2020, hal 241. Berdasarkan keperluan dan kepentingan melahirkan manusia atau rakyat Malaysia yang bijaksana dan pintar dalam berfikir, maka langkah awalnya adalah memberikan pendidikan dan pemahaman kepada guru, pelajar dan pentadbiran sekolah tentang keperluan penggunaan kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, saya telah berusaha untuk membuat satu kajian yang bertajuk “Mengajar Kemahiran Berfikir di Sekolah Rendah.” Kajian itu dijalankan di sebuah sekolah rendah di negeri Johor iaitu Sekolah Kebangsaan Nitar 2, Mersing, Johor. Kajian yang dijalankan itu adalah untuk melihat kaedah mengajar kemahiran berfikir di sekolah, alat kemahiran berfikir yang digunakan, meninjau cara mengajar berfikir di sekolah yang dikaji dan meninjau komponen dan alat kemahiran berfikir dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
  • 22. 10 1.1 Pernyataan Masalah Pelajar-pelajar merupakan golongan menjadi harapan kepada negara dan masyarakat dan menjadi tunggak dalam membina sebuah negara pada masa akan datang. Matlamat pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan dapat memenuhi tuntutan dan harapan negara yang dinyatakan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang bukannya mudah kerana pelajar bukan sahaja mesti rajin berusaha, mempunyai kekuatan dalaman, sokongan keluarga dan material, tetapi yang paling utama ialah mempunyai kemampuan berfikir dan teknik berfikir yang baik dan untuk melahirkan pelajar yang sebegini penguasaan kemahiran berfikir perlulah dimiliki oleh pelajar tersebut. Penyelidik mendapati bahawa pemahaman dan penulisan dalam Bahasa Melayu merupakan dua perkara yang berbeza dari segi keupayaan pelajar untuk menguasainya. Walaupun seseorang pelajar itu mampu menguasai bacaan tetapi belum pasti mereka boleh menguasai kemahiran memaham dan menulis dengan baik. Masalah ini banyak berlaku kepada pelajar Melayu yang sebenarnya mempunyai keupayaan dalam penguasaan lisan dan bacaan dalam Bahasa Melayu tetepi lemah dalam pemahaman dan penglahiran idea dalam penulisan karangan dan juga komunikasi. Ini adalah disebabkan mereka lemah dan tidak diajar cara berfikir yang betul. Mereka hanya didedahkan dengan teknik belajar yang lebih kepada menghafal fakta yang disampaikan atau pun dibaca lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di tahun peperiksaan. Guru-guru lebih
  • 23. 11 cenderung menyuap pelajar dengan isi pelajaran daripada melatih mereka berfikir semasa pengajaran dan pengajaran berjalan kerana itu lebih mudah dilaksanakan. Maka lahirlah pelajar yang kuat daya ingatannya menjadi pelajar cemerlang dan diangkat dan dikelompokkan dalam kumpulan pelajar bijak. Pelajar yang kurang daya ingatan akan ditinggalkan dan dilabelkan sebagai lemah dan malas. Jika ini berterusan negara akan memiliki pelajar yang pandai tetapi lemah berfikir dan ini sudah tentu merugikan negara. Penyelidik mendapati kebanyakan pelajar Melayu sama ada yang tinggal di bandar atau di luar bandar boleh berkomunikasi dengan rakan, keluarga, dan alam sekitar dengan baik walaupun sosioekonomi mereka berbeza. Keupayaan ini menunjukkan pelajar Melayu tiada masalah dalam penguasaan bahasa Melayu berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Tetapi kenyataan ini jauh meleset kerana ramai pelajar Melayu sukar mendapat keputusan yang baik dalam ujian bahasa Melayu malah ada pelajar yang gagal setiap kali mereka menduduki ujian. Keputusan ini bukan bermakna mereka tidak faham bahasa atau tidak boleh menguasai bahasa Melayu seperti pelajar bukan Melayu tetapi kerana mereka gagal atau lemah melahirkan pemikiran kreatif dan kritis semasa menjawab soalan dan semasa melahirkan idea dalam aktiviti penulisan. Kelemahan mereka dalam kemahiran berfikir menyebabkan karangan mereka terpesong, isi tidak tersusun, isi yang berulang-ulang, jawapan tidak menepati kehendak soalan dan penulisan karangan yang berjela-jela tetapi ketandusan isi. Masalah ini amat sukar diatasi, keupayaan dan kefasihan mereka
  • 24. 12 bertutur tidak dapat membantu pelajar menguasai bahasa dalam penulisan bagi membolehkan mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Penyelidik mendapati bahawa pelajar tahun 4, 5, dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun berikut sudah semestinya perlu mempertingkat usaha bagi mencapai kejayaan cemerlang. Di Malaysia, kebolehan dan kepintaran pelajar diukur oleh keputusan peperiksaan yang mereka duduki. Sekiranya berjaya dengan cemerlang, mereka akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan lebih baik jika dibandingkan dengan sekolah menengah harian. Ini menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Pentadbiran sekolah dan guru-guru berusaha bertungkus-lumus untuk melahirkan pelajar yang cemerlang kerana prestasi pelajar dalam peperiksaan akan menjadi ukuran kepada kejayaan sesebuah sekolah dan kualiti guru.. Walau bagaimanapun, tidak banyak sekolah dapat melahirkan pelajar cemerlang, khususnya dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana, soalan-soalan peperiksaan sekarang bukan sahaja ingin kekuatan ingatan tetapi juga ingin melihat keupayaan pelajar berfikir dan bijak menggunakan fikirannya yang rasional.