SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM 
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU 
DI SEKOLAH RENDAH: 
SATU KAJIAN DI SEBUAH SEKOLAH 
DI MERSING, JOHOR. 
Oleh 
MD.YUSOF BIN DAWAM 
DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 
FAKULTI BAHASA 
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 
2006
ii 
PENGAKUAN 
Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya. 
Disember 2006 ……………………………….. 
MD. YUSOF BIN DAWAM 
NO. MATRIK 200200819
iii 
PENGHARGAAN 
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah kurnia dan hidayahNya, dapatlah saya menyiapkan kajian ini bagi melengkapkan syarat pengurniaan Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu. Mudah-mudahan dengan menyelesaikan kajian ini, saya dapat menambah satu pengalaman baru dalam pencarian ilmu. 
Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Abdullah Hassan selaku penyelia utama dan En Nik Hassan Basri bin Nik Ab. Kadir selaku penyelia kedua saya dalam menyelesaikan kajian ini. Penyiapan kajian ini banyak dibantu oleh Prof. Abdullah dan yang tidak jemu-jemu memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan khidmat nasihat yang tidak ternilai harganya. Begitu juga dengan En. Nik Hassan Basri yang banyak membantu saya dalam penyiapan kajian ini. 
Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada isteri dan anak-anak tercinta yang telah menjadi sumber inspirasi dan telah banyak mengorbankan masa dan kasih sayang sepanjang saya menyudahkan program sarjana ini. 
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih diberikan kepada rakan-rakan sekelas, rakan- rakan sejawat, JPNJ, PPD Mersing, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Nitar 2, dan pelajar sekolah yang terlibat sebagai responden yang banyak memberi kerjasama dan perangsang sehingga dapat saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. 
Akhir kata, saya mengharapkan kajian ilmiah ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada para pendidik, pengkaji dan penyelidik yang berminat mengkaji kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu demi menambah khazanah ilmu dalam dunia pendidikan di negara kita. 
Sekian, terima kasih. 
MD. YUSOF BIN DAWAM 
Fakulti Bahasa 
Program Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu 
UPSI 2002
iv 
ABSTRAK 
Kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan. Dalam usaha melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan, pelaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya, Bahasa Melayu perlulah diberikan penekanan. Walaupun pelaksanaannya telah lama dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, namun masih wujud lagi masalah terutama dari segi kefahaman guru dan amalan pedagogi. Kajian di Mersing, Johor menunjukkan masih lagi terdapat faktor yang menghalang kelancaran pelaksanaannya terutama pemahaman guru terhadap kemahiran berfikir, alat-alat berfikir, cara pelaksanaannya dalam bilik darjah, dan penggunaan alat berfikir yang sesuai.
v 
ABSTRACT 
Thingking skills are the most important thing or issue in education system. In order to produce expertise and knowledgeasle students, critis and creative thingking in teaching and learning implementations especially in Malay Language should be emphasized. Eventhough, the implementations have been done by the Malaysian Educational Ministry, but unfortunastely the problems of teacher’s understanding and pedagogical system are still occurred. Based on the research which has been done in Mersing, Johor, shows that there are still have some factors which inhibits’ the implementations especially in terms of teachers’ understanding towords thingking skill it materials, the way to implement it in the classroom and also the use of convenient thingking materials.
vi 
ISI KANDUNGAN 
HALAMAN 
PENGAKUAN ii 
PENGHARGAAN iii 
ABSTRAK iv 
ABSTRACT v 
JADUAL vi 
RAJAH vii 
ISI KANDUNGAN viii 
BAB I : PENDAHULUAN 
1.0 Latar Belakang Kajian 1 
1.1 Penyataan Masalah 10 
1.2 Objektif Kajian 14 
1.3 Soalan Kajian 15 
1.4 Kepentingan Kajian 16 
1.5 Batasan Kajian 17 
1.6 Definisi Istilah Kajian 18 
1.6.1 Kemahiran Berfikir 18 
1.7 Komponen Kemahiran Berfikir 23 
1.8 Alat-alat Kemahiran Berfikir 24 
1.8.1 Peta Minda 25 
1.8.2 Soalan dan Penyoalan 26 
1.8.3 Mengurus Grafik 29 
1.8.4 CoRT 1 29
vii 
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 
2.0 Pengenalan 32 
2.1 Literatur Berkaitan 33 
2.1.1 Kajian Kemahiran Berfikir oleh 
Pengkaji Luar Negara 33 
2.1.2 Kajian Kemahiran Berfikir oleh 
Pengkaji Dalam Negara 37 
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 
3.0 Pengenalan 41 
3.1 Reka Bentuk Kajian 42 
3.2 Prosedur Kajian 44 
3.3 Sampel Kajian 45 
3.4 Instrumen Kajian 48 
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 50 
BAB 4 : ANALISIS DAPATAN KAJIAN 
4.0 Pendahuluan 52 
4.1 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 53 
4.2 Meninjau Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Dalam 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 55 
4.3 Meninjau Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran 
Bahasa Melayu Sekolah Rendah 58 
4.4 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam 
Kemahiran Bahasa 62 
4.4.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 63 
4.4.2 Kemahiran Membaca 70 
4.4.3 Kemahiran Menulis 75 
4.4.4 Kemahiran Bernilai Tambah 81 
4.5 Meninjau Alat Berfikir Dalam Buku “Kemahiran Berfikir 
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran” 
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. 82 
4.5.1 Alat-alat Berfikir yang Dinyatakan Dalam Buku 
“Kemahiran Berfikir Dalam 
Pengajaran & Pembelajaran.” 83 
4.5.2 Peta Minda 83 
4.5.3 Pengurusan Grafik 84 
4.5.4 Soalan dan Penyoalan 84
viii 
4.6 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Buku Teks 
Bahasa Melayu 87 
4.6.1 Pendahuluan 87 
4.6.2 Isi Kandungan 88 
4.6.3 Soalan dan Latihan Berasaskan Kemahiran Berfikir 
Dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 89 
4.6.4 Analisis Soalan dan Latihan 91 
4.6.5 Kemahiran Berfikir Kreatif 93 
4.6.6 Kemahiran Berfikir Kritis 94 
4.7 Meninjau Kaedah Mengajar Berfikir yang Diamalkan 
di Sekolah Sekarang 99 
4.7.1 Dapatan Perbincangan dan Temu Ramah 100 
4.7.2 Kefahaman Guru Bahasa Melayu Terhadap 
Kemahiran Berfikir 101 
4.7.3 Kehadiran Kursus Kemahiran Berfikir 103 
4.7.4 Tempoh Masa Kursus 103 
4.7.5 Penganjur Kursus 105 
4.7.6 Pengetahuan Guru Tentang Alat Berfikir 107 
4.7.7 Meninjau Alat Berfikir yang Digunakan oleh Guru 
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 110 
4.7.8 Meninjau Amalan Guru Mengajar Berfikir 
Di sekolah yang Dikaji 113 
4.7.9 Peringkat Set Induksi 113 
4.7.10 Peringkat Perkembangan 116 
4.7.11 Peringkat Penutup 119 
BAB 5 : CADANGAN KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN 
BERFIKIR 
5.0 Pengenalan 122 
5.1 Teknik Sumbangsaran 123 
5.2 Teknik Bercerita 124 
5.3 Teknik Penyelesaian Masalah 125 
5.4 Cadangan Rancangan Mengajar 126 
5.4.1 Modul 1 127 
5.4.2 Modul 2 138 
5.4.3 Modul 3 145 
5.4.4 Modul 4 150 
5..5 Kesimpulan 156
ix 
BAB 6 : RINGKASAN DAN KESIMPULAN 
6.0 Pendahuluan 157 
6.1 Ringkasan Kajian 158 
RUJUKAN 166 
LAMPIRAN 
LAMPIRAN A – Senarai soalan dan latihan berdasarkan Kemahiran 
berfikir dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4. 
LAMPIRAN B – Kebenaran Mengunakan Kemudahan Perpustakaan 
LAMPIRAN C – Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah 
LKTP Nitar 2. 
LAMPIRAN D - Borang Panduan Sesi Temu Ramah 
LAMPIRAN E - Borang Catatan Pemerhatian di Lapangan 
LAMPIRAN F - Borang Penyeliaan 
LAMPIRAN G – Hasil Kerja Pelajar
x 
SENARAI JADUAL 
Jadual Halaman 
3.1 Tahun Persekolahan dan Bil Pelajar 46 
3.2 Jantina dan Bil. Sampel 47 
3.3 Taraf Pendidikan dan Bil. Sampel 47 
4.1 Komponen Kemahiran Berfikir yang Digunakan Dalam 
Objektif Pengajaran Buku Teks Bahasa Melayu 57 
4.2 Komponen Kemahiran Berfikir yang Digunakan Dalam 
Organisasi Kandungan Buku Teks Bahasa Melayu 61 
4.3 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam 
kemahiran mendengar dan bertutur 63 
4.4 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Mendengar 68 
dan bertutur 
4.5 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam 
kemahiran membaca 70 
4.6 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Membaca 74 
4.7 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam 
kemahiran menulis 76 
4.8 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Menulis 80 
4.9 Perbandingan soalan jenis bertumpu dan bercapah 85 
4.10 Kandungan buku teks Bahasa Melayu 89 
4.11 Petunjuk Komponen Kemahiran Berfikir yang Dikeluarkan 
Oleh Pusat Perkembangan Kurikulum 90
xi 
4.12 Jumlah soalan dan latihan yang dimasukkan komponen 
kemahiran berfikir dalam buku teks bahasa Melayu tahun 4. 91 
4.13 Soalan dan Latihan dalam Buku Teks Bahasa Melayu 
Tahun 4 yang menggunakan Kemahiran Berfikir Kreatif 93 
4.14 Soalan dan Latihan dalam Buku Teks Bahasa Melayu 
Tahun 4 yang menggunakan Kemahiran Berfikir Kritis 95 
4.15 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk memberi 
pendapat dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4 96 
4.16 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk penyelesaian 
masalah dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4 97 
4.17 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk memberi 
pendapat & pemyelesaian masalah dalam buku teks 
Bahasa Melayu tahun 4 98 
4.18 Pengkhususan guru Bahasa Melayu 101 
4.19 Pengalaman guru yang pernah mengikuti kursus 
kemahiran berfikir 102 
4.20 Guru yang pernah mengikuti kursus Kemabiran Berfikir 103 
4.21 Tempoh masa kursus 104 
4.22 Penganjur kursus kemahiran berfikir 107 
4.23 Pengetahuan guru terhadap alat kemahiran berfikir 108 
4.24 Kefahaman guru terhadap alat kemahiran berfikir 109 
4.25 Guru yang menggunakan kemahiran berfikir 109 
dalam pengajaran Bahasa Melayu 
4.26 Alat berfikir yang digunakan guru 110 
4.27 Perkembangan P7P guru peringkat set induksi 115 
4.28 Perkembangan P7P guru peringkat perkembangan 118 
4.29 Pengajaran dan Pembelajaran guru pada peringkat penutup 119
xii 
SENARAI RAJAH 
Rajah Halaman 
4.1 Skop Lingkaran Soalan 86 
5.1 Peta Minda jawapan pelajar 131 
5.2 Peta Minda jawapan kumpulan dua 134 
5.3 Peta Minda hasil kerja pelajar 143 
5.4 Jawapan Pelajar Dalam Bentuk Grafik 144 
4.5 Hasil perbincangan pelajar dalam bentuk grafik 149 
5.6 Jawapan Pelajar dalam bentuk Peta Minda 154
1 
BAB 1 
PENDAHULUAN 
1.0 Latar Belakang Kajian 
Manusia yang dicipta oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini dibekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan berbanding dengan makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan itu ialah manusia dikurniakan akal fikiran. Dengan akal fikiran itulah manusia dapat mentadbir alam dan sumber alam ini dengan sempurna. Namun begitu, manusia sering kali gagal dalam mentadbir akal fikiran yang dimiliki dengan sempurna sehingga menghasilkan tindakan yang di luar akal fikiran manusia. Manusia yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengendalikan fikiran sering kali menghadapi
2 
masalah dalam menerbitkan idea yang bernas, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 
Manusia yang bijak menggunakan akalnya tidak akan menemui jalan sesat kerana fitrah semulajadi akal adalah untuk menunjuk arah manusia ke arah kebenaran dan kebaikan. Sebaliknya, kesesatan dan keburukan adalah kesan tidak menggunakan akal. 
Ibn Khaldun berpendapat: 
“tabiat manusia itu dibentuk daripada kekuatan jasad, akal dan roh. Dengan tiga anasir inilah terbentuknya diri manusia.” 
Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut 
Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, hal. 63 
“Ibn Khaldun juga berpendapat kemajuan kemahiran dan ilmu terhenti ke atas fikiran dan amalan. Kalaulah tidak ada fikiran dan amalan nescaya tidak ada ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran.” 
Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut 
Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, hal. 150 
Walau bagaimanapun, sikap bergantung sepenuhnya kepada akal untuk menilai dan memutuskan sesuatu perkara akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat kerana boleh dipesongkan oleh unsur-unsur luar yang sering mempengaruhi kewarasan akal. Pertimbangan akal juga dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti pengalaman dan adat tradisi yang diwarisi tanpa usul periksa dan takut kepada pihak berkuasa. Selain itu, pengaruh nafsu seperti kepentingan pangkat atau kedudukan, kesenangan atau
3 
kemewahan turut mempengaruhi akal bagi melaksanakan tugasnya sebagai petunjuk kebaikan. Kesannya, keputusan atau tindakan yang diambil tersasar daripada matlamat sebenar kerana akal tidak didasari oleh asas yang kukuh dan sah. 
Oleh hal yang demikian, akal mesti dibantu oleh alat yang boleh memandunya membuat pilihan yang benar. Islam, menggariskan dua alat utama yang menjadi panduan akal untuk berfikir, iaitu Al-Quran dan Hadis. Dengan berpandukan dua alat ini, manusia akan dapat membezakan antara nilai yang baik dan buruk serta perkara yang betul dan salah menerusi penggunaan akal dan dapat membuat keputusan yang waras. Hakikatnya, masih terdapat perkara-perkara yang tidak mampu dijangkau dan difikirkan akal manusia. Kemampuan akal manusia ada hadnya. 
Sehubungan itu, penyelidik bercadang membuat kajian yang berkaitan dengan pemikiran. Kajian ini menjurus kepada penggunaan kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan bagi melihat pengetahuan, sikap guru dan pelajar dan alat berfikir yang digunakan dalam komponen kemahiran berfikir yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Selain itu, penyelidik juga akan meninjau kandungan buku teks Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan kerana penyelidik merasakan bahawa kemahiran berfikir yang disaran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, perlulah dilaksanakan dan diberikan perhatian oleh para pendidik agar hasrat kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan dapat menggunakan akal fikirannya yang dikurniakan oleh Allah dengan sempurna apabila dewasa kelak.
4 
Keupayaan berfikir berkesan amat penting dalam dunia yang semakin moden 
dan canggih ini. Dalam menghadapi cabaran dalam dunia globalisasi ini, kita tidak hanya memerlukan pengetahuan tetapi kita mesti ada kemampuan berfikir dan mengerakkan minda apabila menghadapi sesuatu situasi. 
Menurut Mohd Kasim Ismail, 
“Pendidikan dan kehidupan berkait rapat. Corak pendidikan yang diterima pada hari ini akan menentukan corak dan kehidupan masa depan seseorang. Pendidikan yang baik akan menghasilkan insan yang baik, iaitu insan yang boleh berfikir secara rasional dan berakhlak.” 
Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, hal 167 
Modenisasi dan perubahan yang pesat mendedahkan seseorang kepada pelbagai pilihan dan ini memerlukan kemahiran dan kepakaran seseorang membuat pilihan dan keputusan. Kerap kali, seseorang yang tidak mempunyai kemahiran berfikir akan menghadapi masalah dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah mengenai pelbagai isu. Mereka akan menghadapi kesukaran dan mudah melakukan kesilapan dalam setiap keputusan, penyelesaian masalah atau mentafsir idea yang diperolehi. 
Kematangan dunia pengiklanan sekarang seringkali menggunakan kematangan 
dalam kemahiran berfikir bagi mengelirukan dan mempengaruhi minda pengguna dalam mempromosi barangan keluaran syarikatnya. Untuk mengatasi kebijaksanaan dunia pengiklanan, memungkinkan seseorang itu mempunyai kebolehan dan kemampuan membuat penilaian dan keputusan yang bijak. Ini menunjukkan kemahiran berfikir amat
5 
diperlukan bagi menghadapi situasi-situasi berkenaan dalam dunia yang semakin mencabar. 
Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran 
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK). Pendedahan terhadap kemahiran berfikir ini telah dilaksanakan untuk beberapa mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni dan Kajian Tempatan bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk melatih dan melahirkan guru-guru yang berkemahiran dan berkemampuan menggunakan Kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini diperkenal adalah bertujuan memodenkan sistem pendidikan negara kita. Dalam menempuh arus globalisasi, murid-murid perlulah didedahkan dengan keupayaan berfikir dan bukan lagi menghafal. 
“Dalam seminar bertema “Education For All” 1990 yang dianjurkan oleh Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO, kemahiran asas tidak lagi terbatas kepada 3M : Membaca, Menulis dan Mengira, tetapi ditambahkan dua kemahiran lagi, iaitu Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik. Oleh itu, pendidikan sedunia semakin mementingkan peningkatan kemahiran berfikir di kalangan generasi masa kini.” 
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, hal. 1
6 
Menurut Raths, 1971. 
“Oleh kerana pengajaran pemikiran diabaikan, pelajar didapati sangat bergantung kepada guru dan bertingkahlaku impulsif, dogmatik dan malas memberi pendapat”. 
Jurnal Pendidikan Guru Malaysia, hal. 1 
Kenyataan di atas begitu jelas menyokong bahawa pengajaran kemahiran berfikir perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh jika kita ingin melihat pelajar-pelajar kita menjadi lebih matang dalam berfikir dan dapat menggunakan fikirannya sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. 
Keperluan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran oleh Pusat 
Perkembangan Kurikulum telah dinyatakan secara jelas. 
“Penerapan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, kemahiran berfikir adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan yang dinyatakan secara tersurat. 
Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran & Pembelajaran, 1989, hal. 4.
7 
Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menyatakan keperluan kaedah Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan : 
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” 
Falsafah Pendidikan Negara, 2002 
Dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) juga 
telah dinyatakan bahawa kemahiran berfikir ini adalah satu keperluan. 
“Para pelajar tidak hanya menerima pengetahuan semata- mata tetapi mereka seharusnya dapat menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional dalam semua situasi. Untuk mencapai hasrat ini, peluang bagi meningkatkan daya intelek perlu diwujudkan supaya pemikiran yang kritis dan analitis akan menjadi salah satu aspek yang penting dalam tiap-tiap aktiviti pembelajaran.” 
Pusat Perkembangan Kurikulum 1989, hal. 5.
8 
Kenyataan Pusat Perkembangan Kurikulum membayangkan hasrat kerajaan untuk melihat kejayaan pendidikan negara kita untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemampuan dan mahir berfikir apabila mereka dewasa kelak. 
Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 
“Kemahiran Berfikir adalah bertujuan supaya pelajar bukan setakat mempunyai pengetahuan akademik yang banyak tetapi mereka juga mempunyai kemahiran menggunakan pengetahuan yang ada pada mereka itu secara kreatif bagi mencipta pelbagai idea, menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan, membuat keputusan yang terbaik, mengelakkan pelbagai kesilapan berfikir dan lain-lain.” 
Belajar Berfikir, 2003. 
Walaupun akal fikiran adalah kurniaan Allah s.w.t. dan dapat berfungsi dengan baik tetapi kemahiran berfikir amat perlu bagi mendidik bagaimana seseorang itu berfikir, melahirkan idea, membuat keputusan yang bijak, bertindak selepas berfikir dan bagaimana menggunakan keupayaan berfikir. 
Menurut Bartlett (1958) 
“Pemikiran sebagai satu usaha mengisi maklumat yang tidak ada (interpolasi), memberikan maklumat lanjut berdasarkan maklumat sedia ada (esktrapolasi) dan menyusun semula maklumat supaya wujud tafsiran baru.” 
Jurnal Pendidikan Guru Malaysia, hal. 3
9 
Menurut Abu Bakar Nordin (1994) 
“Apabila dasar pandang ke timur dikemukakan maka pendidikan menerima cabaran ini dengan mengubah orientasi kurikulum kepada lebih bersepadu iaitu perkembangan individu yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosional dan kerohanian. Diharapkan perkembangan yang menyeluruh ini dapat membekalkan tenaga mahir yang mempunyai daya saing dan daya kreatif” 
Pendidikan Menghadapi Cabaran Tahun 2020. 
Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi 
Cabaran 2020, hal 241. 
Berdasarkan keperluan dan kepentingan melahirkan manusia atau rakyat Malaysia yang bijaksana dan pintar dalam berfikir, maka langkah awalnya adalah memberikan pendidikan dan pemahaman kepada guru, pelajar dan pentadbiran sekolah tentang keperluan penggunaan kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, saya telah berusaha untuk membuat satu kajian yang bertajuk “Mengajar Kemahiran Berfikir di Sekolah Rendah.” Kajian itu dijalankan di sebuah sekolah rendah di negeri Johor iaitu Sekolah Kebangsaan Nitar 2, Mersing, Johor. Kajian yang dijalankan itu adalah untuk melihat kaedah mengajar kemahiran berfikir di sekolah, alat kemahiran berfikir yang digunakan, meninjau cara mengajar berfikir di sekolah yang dikaji dan meninjau komponen dan alat kemahiran berfikir dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
10 
1.1 Pernyataan Masalah 
Pelajar-pelajar merupakan golongan menjadi harapan kepada negara dan masyarakat dan menjadi tunggak dalam membina sebuah negara pada masa akan datang. Matlamat pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan dapat memenuhi tuntutan dan harapan negara yang dinyatakan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang bukannya mudah kerana pelajar bukan sahaja mesti rajin berusaha, mempunyai kekuatan dalaman, sokongan keluarga dan material, tetapi yang paling utama ialah mempunyai kemampuan berfikir dan teknik berfikir yang baik dan untuk melahirkan pelajar yang sebegini penguasaan kemahiran berfikir perlulah dimiliki oleh pelajar tersebut. 
Penyelidik mendapati bahawa pemahaman dan penulisan dalam Bahasa Melayu merupakan dua perkara yang berbeza dari segi keupayaan pelajar untuk menguasainya. Walaupun seseorang pelajar itu mampu menguasai bacaan tetapi belum pasti mereka boleh menguasai kemahiran memaham dan menulis dengan baik. Masalah ini banyak berlaku kepada pelajar Melayu yang sebenarnya mempunyai keupayaan dalam penguasaan lisan dan bacaan dalam Bahasa Melayu tetepi lemah dalam pemahaman dan penglahiran idea dalam penulisan karangan dan juga komunikasi. Ini adalah disebabkan mereka lemah dan tidak diajar cara berfikir yang betul. Mereka hanya didedahkan dengan teknik belajar yang lebih kepada menghafal fakta yang disampaikan atau pun dibaca lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di tahun peperiksaan. Guru-guru lebih
11 
cenderung menyuap pelajar dengan isi pelajaran daripada melatih mereka berfikir semasa pengajaran dan pengajaran berjalan kerana itu lebih mudah dilaksanakan. Maka lahirlah pelajar yang kuat daya ingatannya menjadi pelajar cemerlang dan diangkat dan dikelompokkan dalam kumpulan pelajar bijak. Pelajar yang kurang daya ingatan akan ditinggalkan dan dilabelkan sebagai lemah dan malas. Jika ini berterusan negara akan memiliki pelajar yang pandai tetapi lemah berfikir dan ini sudah tentu merugikan negara. 
Penyelidik mendapati kebanyakan pelajar Melayu sama ada yang tinggal di bandar atau di luar bandar boleh berkomunikasi dengan rakan, keluarga, dan alam sekitar dengan baik walaupun sosioekonomi mereka berbeza. Keupayaan ini menunjukkan pelajar Melayu tiada masalah dalam penguasaan bahasa Melayu berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Tetapi kenyataan ini jauh meleset kerana ramai pelajar Melayu sukar mendapat keputusan yang baik dalam ujian bahasa Melayu malah ada pelajar yang gagal setiap kali mereka menduduki ujian. 
Keputusan ini bukan bermakna mereka tidak faham bahasa atau tidak boleh menguasai bahasa Melayu seperti pelajar bukan Melayu tetapi kerana mereka gagal atau lemah melahirkan pemikiran kreatif dan kritis semasa menjawab soalan dan semasa melahirkan idea dalam aktiviti penulisan. Kelemahan mereka dalam kemahiran berfikir menyebabkan karangan mereka terpesong, isi tidak tersusun, isi yang berulang-ulang, jawapan tidak menepati kehendak soalan dan penulisan karangan yang berjela-jela tetapi ketandusan isi. Masalah ini amat sukar diatasi, keupayaan dan kefasihan mereka
12 
bertutur tidak dapat membantu pelajar menguasai bahasa dalam penulisan bagi membolehkan mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. 
Penyelidik mendapati bahawa pelajar tahun 4, 5, dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun berikut sudah semestinya perlu mempertingkat usaha bagi mencapai kejayaan cemerlang. Di Malaysia, kebolehan dan kepintaran pelajar diukur oleh keputusan peperiksaan yang mereka duduki. Sekiranya berjaya dengan cemerlang, mereka akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan lebih baik jika dibandingkan dengan sekolah menengah harian. 
Ini menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Pentadbiran sekolah dan guru-guru berusaha bertungkus-lumus untuk melahirkan pelajar yang cemerlang kerana prestasi pelajar dalam peperiksaan akan menjadi ukuran kepada kejayaan sesebuah sekolah dan kualiti guru.. Walau bagaimanapun, tidak banyak sekolah dapat melahirkan pelajar cemerlang, khususnya dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana, soalan-soalan peperiksaan sekarang bukan sahaja ingin kekuatan ingatan tetapi juga ingin melihat keupayaan pelajar berfikir dan bijak menggunakan fikirannya yang rasional.

More Related Content

What's hot

Nota kbat slide
Nota kbat slideNota kbat slide
Nota kbat slidejessytyp
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Pedagogi 21st century
Pedagogi 21st centuryPedagogi 21st century
Pedagogi 21st centurysmkchemomoi
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)hibatullah92
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Cikgu Bibi
 
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksiran
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksiranElemen kbat dalam_instrumen_pentaksiran
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksirantamya65
 
Kbat dalam hsp
Kbat dalam hspKbat dalam hsp
Kbat dalam hspSmi Zakini
 
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)Rafiza Diy
 
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbatIrma Gurlz
 

What's hot (19)

KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Panduan KBAT KBSM
Panduan KBAT KBSMPanduan KBAT KBSM
Panduan KBAT KBSM
 
Ebook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPMEbook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPM
 
Nota kbat slide
Nota kbat slideNota kbat slide
Nota kbat slide
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Pedagogi 21st century
Pedagogi 21st centuryPedagogi 21st century
Pedagogi 21st century
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
W pengenalan-kbat
W pengenalan-kbatW pengenalan-kbat
W pengenalan-kbat
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 
8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT
 
Slaid kbat
Slaid kbatSlaid kbat
Slaid kbat
 
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksiran
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksiranElemen kbat dalam_instrumen_pentaksiran
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksiran
 
Kbat dalam hsp
Kbat dalam hspKbat dalam hsp
Kbat dalam hsp
 
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
 
Slide PBS PT3 & KBAT
Slide PBS PT3 & KBATSlide PBS PT3 & KBAT
Slide PBS PT3 & KBAT
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
Kumpulan 3 Kepimpinan
Kumpulan 3 Kepimpinan Kumpulan 3 Kepimpinan
Kumpulan 3 Kepimpinan
 
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
 
Bahan kursus ju kelas abad ke 21
Bahan kursus ju kelas abad ke 21Bahan kursus ju kelas abad ke 21
Bahan kursus ju kelas abad ke 21
 

Similar to MENGAJAR

Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Muhammed I'zwan
 
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptx
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptxPPT skripsi pengembangan model problem based learning pptx
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptxBellaMeliyana
 
INISIASI 3 PDGK4500.pptx
INISIASI 3 PDGK4500.pptxINISIASI 3 PDGK4500.pptx
INISIASI 3 PDGK4500.pptxWawanJunianto1
 
INISIASI 3 PDGK4500.pptx
INISIASI 3 PDGK4500.pptxINISIASI 3 PDGK4500.pptx
INISIASI 3 PDGK4500.pptxMuhammadBarca
 
Materi Orientasi Pelatihan-Rev.pptx
Materi Orientasi Pelatihan-Rev.pptxMateri Orientasi Pelatihan-Rev.pptx
Materi Orientasi Pelatihan-Rev.pptxaesaefulloh2
 
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Mohd Suwardi
 
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdfNORZIHABTEOTHMANMoe
 
Implementasi Kurikulum 2013
Implementasi Kurikulum 2013Implementasi Kurikulum 2013
Implementasi Kurikulum 2013Amphie Yuurisman
 
Materi Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptxMateri Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptxsadam10
 
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkg
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkgAlat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkg
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkgamrizal27
 
Materi kuliah i pengembangan kurik 2012
Materi kuliah i pengembangan kurik 2012Materi kuliah i pengembangan kurik 2012
Materi kuliah i pengembangan kurik 2012sadirun
 

Similar to MENGAJAR (20)

Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
 
Pedagogik sd
Pedagogik sdPedagogik sd
Pedagogik sd
 
572 seni pedalangan
572 seni pedalangan572 seni pedalangan
572 seni pedalangan
 
Ppt ptk q
Ppt ptk qPpt ptk q
Ppt ptk q
 
Satuan acara tutorial
Satuan acara tutorialSatuan acara tutorial
Satuan acara tutorial
 
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptx
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptxPPT skripsi pengembangan model problem based learning pptx
PPT skripsi pengembangan model problem based learning pptx
 
INISIASI 3 PDGK4500.pptx
INISIASI 3 PDGK4500.pptxINISIASI 3 PDGK4500.pptx
INISIASI 3 PDGK4500.pptx
 
INISIASI 3 PDGK4500.pptx
INISIASI 3 PDGK4500.pptxINISIASI 3 PDGK4500.pptx
INISIASI 3 PDGK4500.pptx
 
Materi Orientasi Pelatihan-Rev.pptx
Materi Orientasi Pelatihan-Rev.pptxMateri Orientasi Pelatihan-Rev.pptx
Materi Orientasi Pelatihan-Rev.pptx
 
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
 
Presentation pd pc
Presentation pd pcPresentation pd pc
Presentation pd pc
 
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
 
Implementasi Kurikulum 2013
Implementasi Kurikulum 2013Implementasi Kurikulum 2013
Implementasi Kurikulum 2013
 
Makalah Kel. 5.pdf
Makalah Kel. 5.pdfMakalah Kel. 5.pdf
Makalah Kel. 5.pdf
 
4c kegiatan3 penyusunan soal hots_up1
4c kegiatan3 penyusunan soal hots_up14c kegiatan3 penyusunan soal hots_up1
4c kegiatan3 penyusunan soal hots_up1
 
PKR MODUL 5 - KELOMPOK 3.pptx
PKR MODUL 5 - KELOMPOK 3.pptxPKR MODUL 5 - KELOMPOK 3.pptx
PKR MODUL 5 - KELOMPOK 3.pptx
 
Materi Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptxMateri Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptx
 
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkg
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkgAlat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkg
Alat penilaian kemampuan_guru_pkp_1_apkg
 
Materi kuliah i pengembangan kurik 2012
Materi kuliah i pengembangan kurik 2012Materi kuliah i pengembangan kurik 2012
Materi kuliah i pengembangan kurik 2012
 
Rpp
RppRpp
Rpp
 

Recently uploaded

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 

Recently uploaded (20)

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 

MENGAJAR

  • 1. MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN DI SEBUAH SEKOLAH DI MERSING, JOHOR. Oleh MD.YUSOF BIN DAWAM DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2006
  • 2. ii PENGAKUAN Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya. Disember 2006 ……………………………….. MD. YUSOF BIN DAWAM NO. MATRIK 200200819
  • 3. iii PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah kurnia dan hidayahNya, dapatlah saya menyiapkan kajian ini bagi melengkapkan syarat pengurniaan Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu. Mudah-mudahan dengan menyelesaikan kajian ini, saya dapat menambah satu pengalaman baru dalam pencarian ilmu. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Abdullah Hassan selaku penyelia utama dan En Nik Hassan Basri bin Nik Ab. Kadir selaku penyelia kedua saya dalam menyelesaikan kajian ini. Penyiapan kajian ini banyak dibantu oleh Prof. Abdullah dan yang tidak jemu-jemu memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan khidmat nasihat yang tidak ternilai harganya. Begitu juga dengan En. Nik Hassan Basri yang banyak membantu saya dalam penyiapan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada isteri dan anak-anak tercinta yang telah menjadi sumber inspirasi dan telah banyak mengorbankan masa dan kasih sayang sepanjang saya menyudahkan program sarjana ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih diberikan kepada rakan-rakan sekelas, rakan- rakan sejawat, JPNJ, PPD Mersing, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Nitar 2, dan pelajar sekolah yang terlibat sebagai responden yang banyak memberi kerjasama dan perangsang sehingga dapat saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Akhir kata, saya mengharapkan kajian ilmiah ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada para pendidik, pengkaji dan penyelidik yang berminat mengkaji kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu demi menambah khazanah ilmu dalam dunia pendidikan di negara kita. Sekian, terima kasih. MD. YUSOF BIN DAWAM Fakulti Bahasa Program Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu UPSI 2002
  • 4. iv ABSTRAK Kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan. Dalam usaha melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan, pelaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya, Bahasa Melayu perlulah diberikan penekanan. Walaupun pelaksanaannya telah lama dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, namun masih wujud lagi masalah terutama dari segi kefahaman guru dan amalan pedagogi. Kajian di Mersing, Johor menunjukkan masih lagi terdapat faktor yang menghalang kelancaran pelaksanaannya terutama pemahaman guru terhadap kemahiran berfikir, alat-alat berfikir, cara pelaksanaannya dalam bilik darjah, dan penggunaan alat berfikir yang sesuai.
  • 5. v ABSTRACT Thingking skills are the most important thing or issue in education system. In order to produce expertise and knowledgeasle students, critis and creative thingking in teaching and learning implementations especially in Malay Language should be emphasized. Eventhough, the implementations have been done by the Malaysian Educational Ministry, but unfortunastely the problems of teacher’s understanding and pedagogical system are still occurred. Based on the research which has been done in Mersing, Johor, shows that there are still have some factors which inhibits’ the implementations especially in terms of teachers’ understanding towords thingking skill it materials, the way to implement it in the classroom and also the use of convenient thingking materials.
  • 6. vi ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v JADUAL vi RAJAH vii ISI KANDUNGAN viii BAB I : PENDAHULUAN 1.0 Latar Belakang Kajian 1 1.1 Penyataan Masalah 10 1.2 Objektif Kajian 14 1.3 Soalan Kajian 15 1.4 Kepentingan Kajian 16 1.5 Batasan Kajian 17 1.6 Definisi Istilah Kajian 18 1.6.1 Kemahiran Berfikir 18 1.7 Komponen Kemahiran Berfikir 23 1.8 Alat-alat Kemahiran Berfikir 24 1.8.1 Peta Minda 25 1.8.2 Soalan dan Penyoalan 26 1.8.3 Mengurus Grafik 29 1.8.4 CoRT 1 29
  • 7. vii BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.0 Pengenalan 32 2.1 Literatur Berkaitan 33 2.1.1 Kajian Kemahiran Berfikir oleh Pengkaji Luar Negara 33 2.1.2 Kajian Kemahiran Berfikir oleh Pengkaji Dalam Negara 37 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 41 3.1 Reka Bentuk Kajian 42 3.2 Prosedur Kajian 44 3.3 Sampel Kajian 45 3.4 Instrumen Kajian 48 3.5 Prosedur Pengumpulan Data 50 BAB 4 : ANALISIS DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan 52 4.1 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 53 4.2 Meninjau Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 55 4.3 Meninjau Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 58 4.4 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Bahasa 62 4.4.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 63 4.4.2 Kemahiran Membaca 70 4.4.3 Kemahiran Menulis 75 4.4.4 Kemahiran Bernilai Tambah 81 4.5 Meninjau Alat Berfikir Dalam Buku “Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran” oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. 82 4.5.1 Alat-alat Berfikir yang Dinyatakan Dalam Buku “Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran & Pembelajaran.” 83 4.5.2 Peta Minda 83 4.5.3 Pengurusan Grafik 84 4.5.4 Soalan dan Penyoalan 84
  • 8. viii 4.6 Meninjau Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Buku Teks Bahasa Melayu 87 4.6.1 Pendahuluan 87 4.6.2 Isi Kandungan 88 4.6.3 Soalan dan Latihan Berasaskan Kemahiran Berfikir Dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 89 4.6.4 Analisis Soalan dan Latihan 91 4.6.5 Kemahiran Berfikir Kreatif 93 4.6.6 Kemahiran Berfikir Kritis 94 4.7 Meninjau Kaedah Mengajar Berfikir yang Diamalkan di Sekolah Sekarang 99 4.7.1 Dapatan Perbincangan dan Temu Ramah 100 4.7.2 Kefahaman Guru Bahasa Melayu Terhadap Kemahiran Berfikir 101 4.7.3 Kehadiran Kursus Kemahiran Berfikir 103 4.7.4 Tempoh Masa Kursus 103 4.7.5 Penganjur Kursus 105 4.7.6 Pengetahuan Guru Tentang Alat Berfikir 107 4.7.7 Meninjau Alat Berfikir yang Digunakan oleh Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 110 4.7.8 Meninjau Amalan Guru Mengajar Berfikir Di sekolah yang Dikaji 113 4.7.9 Peringkat Set Induksi 113 4.7.10 Peringkat Perkembangan 116 4.7.11 Peringkat Penutup 119 BAB 5 : CADANGAN KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR 5.0 Pengenalan 122 5.1 Teknik Sumbangsaran 123 5.2 Teknik Bercerita 124 5.3 Teknik Penyelesaian Masalah 125 5.4 Cadangan Rancangan Mengajar 126 5.4.1 Modul 1 127 5.4.2 Modul 2 138 5.4.3 Modul 3 145 5.4.4 Modul 4 150 5..5 Kesimpulan 156
  • 9. ix BAB 6 : RINGKASAN DAN KESIMPULAN 6.0 Pendahuluan 157 6.1 Ringkasan Kajian 158 RUJUKAN 166 LAMPIRAN LAMPIRAN A – Senarai soalan dan latihan berdasarkan Kemahiran berfikir dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4. LAMPIRAN B – Kebenaran Mengunakan Kemudahan Perpustakaan LAMPIRAN C – Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah LKTP Nitar 2. LAMPIRAN D - Borang Panduan Sesi Temu Ramah LAMPIRAN E - Borang Catatan Pemerhatian di Lapangan LAMPIRAN F - Borang Penyeliaan LAMPIRAN G – Hasil Kerja Pelajar
  • 10. x SENARAI JADUAL Jadual Halaman 3.1 Tahun Persekolahan dan Bil Pelajar 46 3.2 Jantina dan Bil. Sampel 47 3.3 Taraf Pendidikan dan Bil. Sampel 47 4.1 Komponen Kemahiran Berfikir yang Digunakan Dalam Objektif Pengajaran Buku Teks Bahasa Melayu 57 4.2 Komponen Kemahiran Berfikir yang Digunakan Dalam Organisasi Kandungan Buku Teks Bahasa Melayu 61 4.3 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam kemahiran mendengar dan bertutur 63 4.4 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Mendengar 68 dan bertutur 4.5 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam kemahiran membaca 70 4.6 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Membaca 74 4.7 Peratus kemahiran berfikir yang terdapat dalam kemahiran menulis 76 4.8 Komponen Kemahiran Berfikir Dalam Kemahiran Menulis 80 4.9 Perbandingan soalan jenis bertumpu dan bercapah 85 4.10 Kandungan buku teks Bahasa Melayu 89 4.11 Petunjuk Komponen Kemahiran Berfikir yang Dikeluarkan Oleh Pusat Perkembangan Kurikulum 90
  • 11. xi 4.12 Jumlah soalan dan latihan yang dimasukkan komponen kemahiran berfikir dalam buku teks bahasa Melayu tahun 4. 91 4.13 Soalan dan Latihan dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 yang menggunakan Kemahiran Berfikir Kreatif 93 4.14 Soalan dan Latihan dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 yang menggunakan Kemahiran Berfikir Kritis 95 4.15 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk memberi pendapat dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4 96 4.16 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk penyelesaian masalah dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4 97 4.17 Jumlah soalan kemahiran berfikir berbentuk memberi pendapat & pemyelesaian masalah dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 4 98 4.18 Pengkhususan guru Bahasa Melayu 101 4.19 Pengalaman guru yang pernah mengikuti kursus kemahiran berfikir 102 4.20 Guru yang pernah mengikuti kursus Kemabiran Berfikir 103 4.21 Tempoh masa kursus 104 4.22 Penganjur kursus kemahiran berfikir 107 4.23 Pengetahuan guru terhadap alat kemahiran berfikir 108 4.24 Kefahaman guru terhadap alat kemahiran berfikir 109 4.25 Guru yang menggunakan kemahiran berfikir 109 dalam pengajaran Bahasa Melayu 4.26 Alat berfikir yang digunakan guru 110 4.27 Perkembangan P7P guru peringkat set induksi 115 4.28 Perkembangan P7P guru peringkat perkembangan 118 4.29 Pengajaran dan Pembelajaran guru pada peringkat penutup 119
  • 12. xii SENARAI RAJAH Rajah Halaman 4.1 Skop Lingkaran Soalan 86 5.1 Peta Minda jawapan pelajar 131 5.2 Peta Minda jawapan kumpulan dua 134 5.3 Peta Minda hasil kerja pelajar 143 5.4 Jawapan Pelajar Dalam Bentuk Grafik 144 4.5 Hasil perbincangan pelajar dalam bentuk grafik 149 5.6 Jawapan Pelajar dalam bentuk Peta Minda 154
  • 13. 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Latar Belakang Kajian Manusia yang dicipta oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini dibekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan berbanding dengan makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan itu ialah manusia dikurniakan akal fikiran. Dengan akal fikiran itulah manusia dapat mentadbir alam dan sumber alam ini dengan sempurna. Namun begitu, manusia sering kali gagal dalam mentadbir akal fikiran yang dimiliki dengan sempurna sehingga menghasilkan tindakan yang di luar akal fikiran manusia. Manusia yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengendalikan fikiran sering kali menghadapi
  • 14. 2 masalah dalam menerbitkan idea yang bernas, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Manusia yang bijak menggunakan akalnya tidak akan menemui jalan sesat kerana fitrah semulajadi akal adalah untuk menunjuk arah manusia ke arah kebenaran dan kebaikan. Sebaliknya, kesesatan dan keburukan adalah kesan tidak menggunakan akal. Ibn Khaldun berpendapat: “tabiat manusia itu dibentuk daripada kekuatan jasad, akal dan roh. Dengan tiga anasir inilah terbentuknya diri manusia.” Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, hal. 63 “Ibn Khaldun juga berpendapat kemajuan kemahiran dan ilmu terhenti ke atas fikiran dan amalan. Kalaulah tidak ada fikiran dan amalan nescaya tidak ada ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran.” Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, hal. 150 Walau bagaimanapun, sikap bergantung sepenuhnya kepada akal untuk menilai dan memutuskan sesuatu perkara akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat kerana boleh dipesongkan oleh unsur-unsur luar yang sering mempengaruhi kewarasan akal. Pertimbangan akal juga dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti pengalaman dan adat tradisi yang diwarisi tanpa usul periksa dan takut kepada pihak berkuasa. Selain itu, pengaruh nafsu seperti kepentingan pangkat atau kedudukan, kesenangan atau
  • 15. 3 kemewahan turut mempengaruhi akal bagi melaksanakan tugasnya sebagai petunjuk kebaikan. Kesannya, keputusan atau tindakan yang diambil tersasar daripada matlamat sebenar kerana akal tidak didasari oleh asas yang kukuh dan sah. Oleh hal yang demikian, akal mesti dibantu oleh alat yang boleh memandunya membuat pilihan yang benar. Islam, menggariskan dua alat utama yang menjadi panduan akal untuk berfikir, iaitu Al-Quran dan Hadis. Dengan berpandukan dua alat ini, manusia akan dapat membezakan antara nilai yang baik dan buruk serta perkara yang betul dan salah menerusi penggunaan akal dan dapat membuat keputusan yang waras. Hakikatnya, masih terdapat perkara-perkara yang tidak mampu dijangkau dan difikirkan akal manusia. Kemampuan akal manusia ada hadnya. Sehubungan itu, penyelidik bercadang membuat kajian yang berkaitan dengan pemikiran. Kajian ini menjurus kepada penggunaan kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan bagi melihat pengetahuan, sikap guru dan pelajar dan alat berfikir yang digunakan dalam komponen kemahiran berfikir yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Selain itu, penyelidik juga akan meninjau kandungan buku teks Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan kerana penyelidik merasakan bahawa kemahiran berfikir yang disaran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, perlulah dilaksanakan dan diberikan perhatian oleh para pendidik agar hasrat kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan dapat menggunakan akal fikirannya yang dikurniakan oleh Allah dengan sempurna apabila dewasa kelak.
  • 16. 4 Keupayaan berfikir berkesan amat penting dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini. Dalam menghadapi cabaran dalam dunia globalisasi ini, kita tidak hanya memerlukan pengetahuan tetapi kita mesti ada kemampuan berfikir dan mengerakkan minda apabila menghadapi sesuatu situasi. Menurut Mohd Kasim Ismail, “Pendidikan dan kehidupan berkait rapat. Corak pendidikan yang diterima pada hari ini akan menentukan corak dan kehidupan masa depan seseorang. Pendidikan yang baik akan menghasilkan insan yang baik, iaitu insan yang boleh berfikir secara rasional dan berakhlak.” Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, hal 167 Modenisasi dan perubahan yang pesat mendedahkan seseorang kepada pelbagai pilihan dan ini memerlukan kemahiran dan kepakaran seseorang membuat pilihan dan keputusan. Kerap kali, seseorang yang tidak mempunyai kemahiran berfikir akan menghadapi masalah dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah mengenai pelbagai isu. Mereka akan menghadapi kesukaran dan mudah melakukan kesilapan dalam setiap keputusan, penyelesaian masalah atau mentafsir idea yang diperolehi. Kematangan dunia pengiklanan sekarang seringkali menggunakan kematangan dalam kemahiran berfikir bagi mengelirukan dan mempengaruhi minda pengguna dalam mempromosi barangan keluaran syarikatnya. Untuk mengatasi kebijaksanaan dunia pengiklanan, memungkinkan seseorang itu mempunyai kebolehan dan kemampuan membuat penilaian dan keputusan yang bijak. Ini menunjukkan kemahiran berfikir amat
  • 17. 5 diperlukan bagi menghadapi situasi-situasi berkenaan dalam dunia yang semakin mencabar. Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK). Pendedahan terhadap kemahiran berfikir ini telah dilaksanakan untuk beberapa mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni dan Kajian Tempatan bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk melatih dan melahirkan guru-guru yang berkemahiran dan berkemampuan menggunakan Kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini diperkenal adalah bertujuan memodenkan sistem pendidikan negara kita. Dalam menempuh arus globalisasi, murid-murid perlulah didedahkan dengan keupayaan berfikir dan bukan lagi menghafal. “Dalam seminar bertema “Education For All” 1990 yang dianjurkan oleh Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO, kemahiran asas tidak lagi terbatas kepada 3M : Membaca, Menulis dan Mengira, tetapi ditambahkan dua kemahiran lagi, iaitu Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik. Oleh itu, pendidikan sedunia semakin mementingkan peningkatan kemahiran berfikir di kalangan generasi masa kini.” Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, hal. 1
  • 18. 6 Menurut Raths, 1971. “Oleh kerana pengajaran pemikiran diabaikan, pelajar didapati sangat bergantung kepada guru dan bertingkahlaku impulsif, dogmatik dan malas memberi pendapat”. Jurnal Pendidikan Guru Malaysia, hal. 1 Kenyataan di atas begitu jelas menyokong bahawa pengajaran kemahiran berfikir perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh jika kita ingin melihat pelajar-pelajar kita menjadi lebih matang dalam berfikir dan dapat menggunakan fikirannya sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Keperluan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran oleh Pusat Perkembangan Kurikulum telah dinyatakan secara jelas. “Penerapan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, kemahiran berfikir adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan yang dinyatakan secara tersurat. Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran & Pembelajaran, 1989, hal. 4.
  • 19. 7 Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menyatakan keperluan kaedah Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan : “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Falsafah Pendidikan Negara, 2002 Dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) juga telah dinyatakan bahawa kemahiran berfikir ini adalah satu keperluan. “Para pelajar tidak hanya menerima pengetahuan semata- mata tetapi mereka seharusnya dapat menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional dalam semua situasi. Untuk mencapai hasrat ini, peluang bagi meningkatkan daya intelek perlu diwujudkan supaya pemikiran yang kritis dan analitis akan menjadi salah satu aspek yang penting dalam tiap-tiap aktiviti pembelajaran.” Pusat Perkembangan Kurikulum 1989, hal. 5.
  • 20. 8 Kenyataan Pusat Perkembangan Kurikulum membayangkan hasrat kerajaan untuk melihat kejayaan pendidikan negara kita untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemampuan dan mahir berfikir apabila mereka dewasa kelak. Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd, “Kemahiran Berfikir adalah bertujuan supaya pelajar bukan setakat mempunyai pengetahuan akademik yang banyak tetapi mereka juga mempunyai kemahiran menggunakan pengetahuan yang ada pada mereka itu secara kreatif bagi mencipta pelbagai idea, menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan, membuat keputusan yang terbaik, mengelakkan pelbagai kesilapan berfikir dan lain-lain.” Belajar Berfikir, 2003. Walaupun akal fikiran adalah kurniaan Allah s.w.t. dan dapat berfungsi dengan baik tetapi kemahiran berfikir amat perlu bagi mendidik bagaimana seseorang itu berfikir, melahirkan idea, membuat keputusan yang bijak, bertindak selepas berfikir dan bagaimana menggunakan keupayaan berfikir. Menurut Bartlett (1958) “Pemikiran sebagai satu usaha mengisi maklumat yang tidak ada (interpolasi), memberikan maklumat lanjut berdasarkan maklumat sedia ada (esktrapolasi) dan menyusun semula maklumat supaya wujud tafsiran baru.” Jurnal Pendidikan Guru Malaysia, hal. 3
  • 21. 9 Menurut Abu Bakar Nordin (1994) “Apabila dasar pandang ke timur dikemukakan maka pendidikan menerima cabaran ini dengan mengubah orientasi kurikulum kepada lebih bersepadu iaitu perkembangan individu yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosional dan kerohanian. Diharapkan perkembangan yang menyeluruh ini dapat membekalkan tenaga mahir yang mempunyai daya saing dan daya kreatif” Pendidikan Menghadapi Cabaran Tahun 2020. Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran 2020, hal 241. Berdasarkan keperluan dan kepentingan melahirkan manusia atau rakyat Malaysia yang bijaksana dan pintar dalam berfikir, maka langkah awalnya adalah memberikan pendidikan dan pemahaman kepada guru, pelajar dan pentadbiran sekolah tentang keperluan penggunaan kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, saya telah berusaha untuk membuat satu kajian yang bertajuk “Mengajar Kemahiran Berfikir di Sekolah Rendah.” Kajian itu dijalankan di sebuah sekolah rendah di negeri Johor iaitu Sekolah Kebangsaan Nitar 2, Mersing, Johor. Kajian yang dijalankan itu adalah untuk melihat kaedah mengajar kemahiran berfikir di sekolah, alat kemahiran berfikir yang digunakan, meninjau cara mengajar berfikir di sekolah yang dikaji dan meninjau komponen dan alat kemahiran berfikir dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
  • 22. 10 1.1 Pernyataan Masalah Pelajar-pelajar merupakan golongan menjadi harapan kepada negara dan masyarakat dan menjadi tunggak dalam membina sebuah negara pada masa akan datang. Matlamat pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan dapat memenuhi tuntutan dan harapan negara yang dinyatakan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang bukannya mudah kerana pelajar bukan sahaja mesti rajin berusaha, mempunyai kekuatan dalaman, sokongan keluarga dan material, tetapi yang paling utama ialah mempunyai kemampuan berfikir dan teknik berfikir yang baik dan untuk melahirkan pelajar yang sebegini penguasaan kemahiran berfikir perlulah dimiliki oleh pelajar tersebut. Penyelidik mendapati bahawa pemahaman dan penulisan dalam Bahasa Melayu merupakan dua perkara yang berbeza dari segi keupayaan pelajar untuk menguasainya. Walaupun seseorang pelajar itu mampu menguasai bacaan tetapi belum pasti mereka boleh menguasai kemahiran memaham dan menulis dengan baik. Masalah ini banyak berlaku kepada pelajar Melayu yang sebenarnya mempunyai keupayaan dalam penguasaan lisan dan bacaan dalam Bahasa Melayu tetepi lemah dalam pemahaman dan penglahiran idea dalam penulisan karangan dan juga komunikasi. Ini adalah disebabkan mereka lemah dan tidak diajar cara berfikir yang betul. Mereka hanya didedahkan dengan teknik belajar yang lebih kepada menghafal fakta yang disampaikan atau pun dibaca lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di tahun peperiksaan. Guru-guru lebih
  • 23. 11 cenderung menyuap pelajar dengan isi pelajaran daripada melatih mereka berfikir semasa pengajaran dan pengajaran berjalan kerana itu lebih mudah dilaksanakan. Maka lahirlah pelajar yang kuat daya ingatannya menjadi pelajar cemerlang dan diangkat dan dikelompokkan dalam kumpulan pelajar bijak. Pelajar yang kurang daya ingatan akan ditinggalkan dan dilabelkan sebagai lemah dan malas. Jika ini berterusan negara akan memiliki pelajar yang pandai tetapi lemah berfikir dan ini sudah tentu merugikan negara. Penyelidik mendapati kebanyakan pelajar Melayu sama ada yang tinggal di bandar atau di luar bandar boleh berkomunikasi dengan rakan, keluarga, dan alam sekitar dengan baik walaupun sosioekonomi mereka berbeza. Keupayaan ini menunjukkan pelajar Melayu tiada masalah dalam penguasaan bahasa Melayu berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Tetapi kenyataan ini jauh meleset kerana ramai pelajar Melayu sukar mendapat keputusan yang baik dalam ujian bahasa Melayu malah ada pelajar yang gagal setiap kali mereka menduduki ujian. Keputusan ini bukan bermakna mereka tidak faham bahasa atau tidak boleh menguasai bahasa Melayu seperti pelajar bukan Melayu tetapi kerana mereka gagal atau lemah melahirkan pemikiran kreatif dan kritis semasa menjawab soalan dan semasa melahirkan idea dalam aktiviti penulisan. Kelemahan mereka dalam kemahiran berfikir menyebabkan karangan mereka terpesong, isi tidak tersusun, isi yang berulang-ulang, jawapan tidak menepati kehendak soalan dan penulisan karangan yang berjela-jela tetapi ketandusan isi. Masalah ini amat sukar diatasi, keupayaan dan kefasihan mereka
  • 24. 12 bertutur tidak dapat membantu pelajar menguasai bahasa dalam penulisan bagi membolehkan mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Penyelidik mendapati bahawa pelajar tahun 4, 5, dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun berikut sudah semestinya perlu mempertingkat usaha bagi mencapai kejayaan cemerlang. Di Malaysia, kebolehan dan kepintaran pelajar diukur oleh keputusan peperiksaan yang mereka duduki. Sekiranya berjaya dengan cemerlang, mereka akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan lebih baik jika dibandingkan dengan sekolah menengah harian. Ini menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Pentadbiran sekolah dan guru-guru berusaha bertungkus-lumus untuk melahirkan pelajar yang cemerlang kerana prestasi pelajar dalam peperiksaan akan menjadi ukuran kepada kejayaan sesebuah sekolah dan kualiti guru.. Walau bagaimanapun, tidak banyak sekolah dapat melahirkan pelajar cemerlang, khususnya dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana, soalan-soalan peperiksaan sekarang bukan sahaja ingin kekuatan ingatan tetapi juga ingin melihat keupayaan pelajar berfikir dan bijak menggunakan fikirannya yang rasional.