SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Aspek-Aspek Pengurusan Bilik Darjah
Di sini penulis menetapkan empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah.
Pertama, iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim
fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Sauasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan
pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik
darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.
Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara-
perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain
dengan sempurna.
Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru
hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang
sedemikian.Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.
adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi
mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya
dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.
Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid- murid
diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan
yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai dapat mengembangkan budaya
bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama mereka.
Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya
teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu,
sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.
Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun
tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting
harus diawasi oleh guru.
Meja guru.
Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang
pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan
dari pintu darjah.
Kerusi dan meja murid.
Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah
ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan,
penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi
bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.
Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana
penyusunan ini ialah cara mengawaldisiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan
atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.
Dariaspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar
di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan
prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan
penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana
tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.
Kedua, aspek komunikasi dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah,
mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan
melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapatperbezaan antara individu murid ataukumpulan
murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting
guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat
menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang
berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid
terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.
Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah
satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah.
Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia
iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak
akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.
Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh
penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di papan
hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku.Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa
komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi
dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksiyang lahir daripada proses
komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka.
Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah:
1. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.
Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik
darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan
pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan
lain.
2. Menggunakan bahasa yang berkesan.
Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru
kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan
meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.
3. Kesediaan untuk mendengar.
Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang
terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk
mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih
bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar.
4. Menghormati perasaan orang lain.
Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu
menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan
berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau
isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.
5. Menyesuaikan diri dengan situasi.
Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu
menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah
terdiri daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan
diri mengikut keadaan.
Ketiga, aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan
saling berkait.Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat
mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek
kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik
darjah dan yang berkaitan dengannya.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam
perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan
tambahan samaada dari buku- buku yang terdapat di kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet.
Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan,seseorangguru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip- prinsip yang
tertentu.
Prinsip- prinsip pengajaran yang baik:
1. Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.
Didalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan
fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid
belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental.
Umpamanya murid- murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan percubaan-
percubaanberbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja.Oleh yang demikian murid- murid yang aktif melakukan aktiviti
jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif didalam kelas.
2. Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran.
Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. Oleh
kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat
dicapai.
Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:
1. Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang diajar dalam bilik darjah.
2. Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan. Pastikan kaedah ini dapat
memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran murid- murid.
3. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan melibatkan diri dalam
pembelajaran secara aktif.
4. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk mencapai kejayaan.
Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam kitab- kitab tulisan mereka yang
sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik- pendidik Islam khususnya dan para pendidik umumnya.
Diantara kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan, syarahan,dialog, soal jawab, perdebatan,
latih tubi, bercerita dan sebagainya.
3. Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid
murid.
Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan kepada murid- murid, sekiranya
pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkandengan
pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan
contoh- contoh yang telah mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami.
4. Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan individu.
Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Ini kerana setiap murid mempunyai
keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di dalam bilik darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan
iaitu pandai, sederhana dan lemah. Manakala dari aspek latar belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya,
sederhana dan miskin. Dalam hal ini, guru perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi semua
murid. Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan murid yang berbeza ini.
Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya objektif dapat dicapai.
5. Melakukan perancangan dalam pengajaran.
Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran hendaklah dibuat sebelum penggal
persekolahan bermula. Persediaan mengajar merangkumi rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan
bantu mengajar, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran
yang memerlukan kepada modul.
Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau peringkat yang berurutan yang biasanya
dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awalpengajaran.
Biasanya aktiviti ini tidak memakan masa yang lama antara dua hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi
yang ada pada beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif khusus pembelajaran. Di peringkat ini,
guru perlu memikirkan aktiviti dan kaedah yang sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya bertujuan untuk
memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.
Keempat, pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid.Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang
berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama
bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada
masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan
dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawalpersekitaran bilik darjah.Menurut Lindgren
(1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga
membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.
Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional,
mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.Pada
hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada
memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu
berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya
dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaranfizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu
dan pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat.
Penulis turut meletakkan punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah:
 Guru kurang berfungsi.
Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang
dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada
rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif
dalam diri murid- murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik
darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
 Wujud kumpulan tertentu.
Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu seperti
kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasipelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang
kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik
tolak kepada masalah disiplin yang lain.
 Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya
didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga
gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada
masalah disiplin.
 Halangan komunikasi.
Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu hal
tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam
hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang
memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah.
Oleh itu, penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.
 Ganjaran perlakuan yang baik.
Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada
murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.
 Penggunaan bahasa isyarat.
Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan
bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar
murid memberi perhatian kepada guru.
 Mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Salah satusebab murid berasa resahketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran.
Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat
murid untuk mengikuti pengajaran guru.
 Gunakan kaedah kaunseling.
Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk masalah tersebut kepada guru
kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.

More Related Content

What's hot

penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifFerraleny Doline
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksiSohib AlQuran
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahFarah Elriani
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakanmandalina landy
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuanHaryati Ismail
 
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaImplikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaNurSyahirahSyaza
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT Santa Barbara
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 

What's hot (20)

penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
 
Sistem Akhlak Dalam Islam
Sistem Akhlak Dalam IslamSistem Akhlak Dalam Islam
Sistem Akhlak Dalam Islam
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Jurnal 7
Jurnal 7Jurnal 7
Jurnal 7
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
 
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaImplikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 

Viewers also liked

Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifawin awin
 
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajar
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajarKaedah hands-on dalam kalangan pelajar
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajarLegenda Ewan
 
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budayaEdu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budayadeera zahrin
 
Penerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai MurniPenerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai MurniHannah nurul
 
14781427 pengurusan-bilik-darjah
14781427 pengurusan-bilik-darjah14781427 pengurusan-bilik-darjah
14781427 pengurusan-bilik-darjahemy69
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAHPENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAHRozmarsitah
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikanJalalludin Ibrahim
 
1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukanmond niel
 
Keselamatan, Peralatan & Bangunan Prasekolah
Keselamatan, Peralatan & Bangunan PrasekolahKeselamatan, Peralatan & Bangunan Prasekolah
Keselamatan, Peralatan & Bangunan PrasekolahSyaza Yasmin
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahcikgusuepkhas
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahIzyan Nadia
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
Statistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarStatistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarMiccaill Casparov
 

Viewers also liked (20)

Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
 
Akses kendiri
Akses kendiriAkses kendiri
Akses kendiri
 
Mastery learning
Mastery learningMastery learning
Mastery learning
 
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajar
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajarKaedah hands-on dalam kalangan pelajar
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajar
 
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budayaEdu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Ecs2263 pedagogi
Ecs2263 pedagogiEcs2263 pedagogi
Ecs2263 pedagogi
 
Penerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai MurniPenerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai Murni
 
14781427 pengurusan-bilik-darjah
14781427 pengurusan-bilik-darjah14781427 pengurusan-bilik-darjah
14781427 pengurusan-bilik-darjah
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKKKemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
 
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAHPENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan
 
Keselamatan, Peralatan & Bangunan Prasekolah
Keselamatan, Peralatan & Bangunan PrasekolahKeselamatan, Peralatan & Bangunan Prasekolah
Keselamatan, Peralatan & Bangunan Prasekolah
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
Statistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarStatistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantar
 

Similar to MENGURUSKANKELAS

Interaksi dan pembelajaraan
Interaksi dan pembelajaraanInteraksi dan pembelajaraan
Interaksi dan pembelajaraanAwin Ayura
 
Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)zf_s
 
Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)zf_s
 
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologis
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologisPengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologis
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologisZuha Farhana
 
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologis
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologisPengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologis
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologisZuha Farhana
 
Tugas etika aulia ismi akhyas reza
Tugas etika aulia ismi akhyas rezaTugas etika aulia ismi akhyas reza
Tugas etika aulia ismi akhyas rezaAulia Yanti
 
Cllassroom management
Cllassroom managementCllassroom management
Cllassroom managementAlfonsus Sam
 
Faktor pembelajaran
Faktor pembelajaranFaktor pembelajaran
Faktor pembelajaranagustaws
 
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...Halimaton Sad'iah
 
Fahmi hamdani 1100260 bpik
Fahmi hamdani 1100260 bpikFahmi hamdani 1100260 bpik
Fahmi hamdani 1100260 bpikFahmi Hamdani
 
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdfArtikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdfHarlimanDs
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)Stephanie Unsil
 
Pengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUSPengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUSZurainah Lokman
 
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum PembelajarannnnnnTuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn20080210965
 
Kps presentation (1)
Kps presentation (1)Kps presentation (1)
Kps presentation (1)farah_afifah
 

Similar to MENGURUSKANKELAS (20)

Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Interaksi dan pembelajaraan
Interaksi dan pembelajaraanInteraksi dan pembelajaraan
Interaksi dan pembelajaraan
 
Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)
 
Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)
 
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologis
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologisPengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologis
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologis
 
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologis
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologisPengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologis
Pengelolaan kelas secara fisik dan pengelolaan ruang secara psikologis
 
Tugas etika aulia ismi akhyas reza
Tugas etika aulia ismi akhyas rezaTugas etika aulia ismi akhyas reza
Tugas etika aulia ismi akhyas reza
 
Cllassroom management
Cllassroom managementCllassroom management
Cllassroom management
 
Faktor pembelajaran
Faktor pembelajaranFaktor pembelajaran
Faktor pembelajaran
 
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
 
Fahmi hamdani 1100260 bpik
Fahmi hamdani 1100260 bpikFahmi hamdani 1100260 bpik
Fahmi hamdani 1100260 bpik
 
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdfArtikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
 
pengelolaan kelas
pengelolaan kelaspengelolaan kelas
pengelolaan kelas
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
Laporan pelan
Laporan pelanLaporan pelan
Laporan pelan
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 
Mengajar dan Manajemen Kelas
Mengajar dan Manajemen KelasMengajar dan Manajemen Kelas
Mengajar dan Manajemen Kelas
 
Pengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUSPengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUS
 
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum PembelajarannnnnnTuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
 
Kps presentation (1)
Kps presentation (1)Kps presentation (1)
Kps presentation (1)
 

More from Junidah Sukiman

More from Junidah Sukiman (9)

Baju baru zizi
Baju baru ziziBaju baru zizi
Baju baru zizi
 
Baca kv+kv+kvk
Baca kv+kv+kvkBaca kv+kv+kvk
Baca kv+kv+kvk
 
Ayam pak mamat
Ayam pak mamatAyam pak mamat
Ayam pak mamat
 
Ayah jumpa doktor
Ayah jumpa doktorAyah jumpa doktor
Ayah jumpa doktor
 
Ayah beli sayur bendi
Ayah beli sayur bendiAyah beli sayur bendi
Ayah beli sayur bendi
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
Kertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongKertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royong
 
Skop kerja guru pemulihan khas
Skop kerja guru pemulihan khasSkop kerja guru pemulihan khas
Skop kerja guru pemulihan khas
 
Buku progam
Buku progamBuku progam
Buku progam
 

MENGURUSKANKELAS

  • 1. Aspek-Aspek Pengurusan Bilik Darjah Di sini penulis menetapkan empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah. Pertama, iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Sauasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna. Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang sedemikian.Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut. Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama mereka. Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik. Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru. Meja guru. Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah. Kerusi dan meja murid. Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal. Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawaldisiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan. Dariaspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran. Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar. Kedua, aspek komunikasi dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapatperbezaan antara individu murid ataukumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi. Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku.Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa
  • 2. komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksiyang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka. Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah: 1. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi. Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain. 2. Menggunakan bahasa yang berkesan. Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran. 3. Kesediaan untuk mendengar. Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar. 4. Menghormati perasaan orang lain. Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah. 5. Menyesuaikan diri dengan situasi. Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan. Ketiga, aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait.Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya. Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari buku- buku yang terdapat di kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet. Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan,seseorangguru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip- prinsip yang tertentu. Prinsip- prinsip pengajaran yang baik: 1. Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran. Didalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental. Umpamanya murid- murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan percubaan- percubaanberbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja.Oleh yang demikian murid- murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif didalam kelas. 2. Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran. Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai. Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut: 1. Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang diajar dalam bilik darjah. 2. Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan. Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran murid- murid. 3. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. 4. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk mencapai kejayaan. Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam kitab- kitab tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik- pendidik Islam khususnya dan para pendidik umumnya.
  • 3. Diantara kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan, syarahan,dialog, soal jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya. 3. Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid murid. Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan kepada murid- murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkandengan pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami. 4. Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan individu. Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Ini kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di dalam bilik darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai, sederhana dan lemah. Manakala dari aspek latar belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya, sederhana dan miskin. Dalam hal ini, guru perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi semua murid. Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan murid yang berbeza ini. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya objektif dapat dicapai. 5. Melakukan perancangan dalam pengajaran. Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran hendaklah dibuat sebelum penggal persekolahan bermula. Persediaan mengajar merangkumi rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran yang memerlukan kepada modul. Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau peringkat yang berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awalpengajaran. Biasanya aktiviti ini tidak memakan masa yang lama antara dua hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi yang ada pada beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif khusus pembelajaran. Di peringkat ini, guru perlu memikirkan aktiviti dan kaedah yang sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh guru. Keempat, pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid.Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawalpersekitaran bilik darjah.Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang. Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaranfizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat. Penulis turut meletakkan punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah:  Guru kurang berfungsi. Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.  Wujud kumpulan tertentu. Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasipelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah disiplin yang lain.  Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin.  Halangan komunikasi. Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam
  • 4. hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah. Oleh itu, penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.  Ganjaran perlakuan yang baik. Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.  Penggunaan bahasa isyarat. Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian kepada guru.  Mempelbagaikan kaedah pengajaran. Salah satusebab murid berasa resahketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru.  Gunakan kaedah kaunseling. Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.