Tiga faktor utama yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah yang efektif ialah keadaan fizikal bilik darjah, suasana sosioemosi, dan kesihatan murid. Bilik darjah yang selesa dan kondusif serta interaksi sosial yang sihat antara guru dan murid diperlukan untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Similar to Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanuminisa1411
Similar to Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk (20)
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk
1. Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran
dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk darjah.
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur
tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya
termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah
sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang
terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya
seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang
menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji Samsudin bin Md Noor).
Dr Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan
keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
sihat. Komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah ialah dengan menetapkan
cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah serta
menentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan satu iklim
bilik darjah (persekitaran pembelajaran). Selain itu, ia juga memutuskan bagaimana guru
akan bertindak apabila murid-murid menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam bilik
darjah dan bagaimana guru akan menstrukturkan semula iklim bilik darjah yang sihat
selepas membetulkan tingkah laku negatif murid.
Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah
pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor
kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal (Mak
Soon Sang,2008). Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru perlu
lebih kreatif untuk menambahbaikkan daya tarikan dalam sesebuah bilik darjah tersebut.
Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang
dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya
pembelajaran itu harus dijalankan.
Susun atur bilik darjah yang baik mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam,
papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari,
yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta
peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan
kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid
mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
Contohnya, berdasarkan pelan kelas pemulihan yang telah dilukis, susun atur meja dan
kerusi adalah teratur dan berdekatan dengan meja guru untuk memudahkan murid
berinteraksi dengan guru dan berinteraksi dengan murid lain. Selain itu, cahaya yang
mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang
secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata
motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD
sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif.
2. Murid juga suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi, di
samping meningkatkan kecergasan mental, kreatif, dan inovatif. Oleh itu, guru perlu
membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, dan mementingkan aspek nilai-nilai murni
serta hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Guru boleh
menggunakan ruang aktiviti dan permainan seperti dalam pelan untuk menggalakkan murid
bergiat aktif dalam pembelajaran sambil berseronok dengan permainan yang di ajar oleh
guru. Ini dapat mengeratkan hubungan diantara guru dan murid kerana guru berjaya
membuatkan murid berasa gembira ketika belajar dan akan menaikkan semangat mereka
untuk datang ke kelas dan belajar.
Sebagai impaknya, kita akan dapat lihat suasana yang harmonis, ceria, dan semangat
kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam
sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat
berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Kejayaan
seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek
kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi
dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid.
Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan
peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang
kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah
dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru harus menitikberatkan susunan bilik
darjah kerana bilik darjah yang susun aturnya kemas dan teratur akan menimbulkan
keseronokan di kalangan murid-murid. Selain itu, pembelajaran akan berlangsung dengan
sempurna, sekaligus dapat meningkatkan kefahaman di kalangan murid-murid terhadap
pengajaran guru.
Penutup
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap
segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku
pembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa
dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang
cemerlang, di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang
kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka
pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai,
realistik, dan bijak dalam pengurusan masa.
Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan
dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran
berintrkasi, dan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran
mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang
diamanahkan di samping memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan
atau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di
samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang
3. baik kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalam
perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.
Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam
masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited
dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila
seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-
galanya.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan
peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.
Kepentingan Membina Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Dalam Konteks
Sekolah Di Malaysia (Rasional Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
Seperti yang diketahui, Malaysia amat dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai
pelbagai kaum. Secara tidak langsung, pelbagai budaya akan wujud dalam sesebuah bilik
darjah.
Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya menganggap ini sebagai satu masalah dengan
kehadiran murid yang berbeza dari segi individu dan budaya tetapi menjadikan fenomena ini
sebagai keistimewaan yang wujud dalam bilik darjah.
Murid yang hadir dari pelbagai ras atau etnik akan membawa budaya mereka tersendiri
yang berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya formal
sekolah. Murid berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal),
nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view)
merka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka.
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program yang
menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid
dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan,
penggemblengan tenaga dan kepakaran. Melalui program ini juga diharap dapat melahirkan
persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
Berdasarkan program ini, jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Keperluan pendidikan berbilang budaya ini
amat meruncing di Malaysia. Murid-murid datang daripada latar belakang dan budaya yang
berbeza. Oleh itu, guru perlu peka kepada kepelbagaian ini supaya tiada kelompok
merasakan diri mereka tersisih di sekolah atau di bilik darjah.
Pendekatan ini turut menjadikan guru lebih peka kepada amalan-amalan sekolah yang
selama ini diterima tanpa dipersoal. Ada amalan-amalan sekolah secara tidak langsung
mendiskriminasi golongan tertentu. Sebagai contoh, sistem pengaliran, pengisian kurikulum
dan buku teks yang tidak mengambil kira keperluan dan pengertiannya bagi murid-murid
yang berbilang latar belakang, mungkin menyebabkan murid tertentu berasa tersisih dan
ketinggalan.
Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu guru dalam mengenali murid
dengan lebih dekat lagi. Apabila guru dan pihak sekolah peka kepada kepelabagaian
muridnya dan mengambil inisiatif untuk memahami keperluan dan mengenal mereka dengan
lebih dekat lagi, sekolah akan lebih bermakna kepada sebilangan besar murid.
Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini juga dapat mengurangkan stereotaip
dan prasangka (prejudice) dalam kalangan guru dan murid. Ada guru yang mempunyai
prasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehan
mereka.
Pendekatan ini memberi peluang kelompok yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinan
diri mereka selain meningkatkan peluang mereka mengecapi kejayaan.
4. Jika dikaitkan dengan konteks RIMUP, persekitaran yang mesra budaya dapat
meningkatkan peluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan perpaduan dalam
kalangan murid. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, budaya asal seseorang murid itu
boleh mempengaruhi tingkah lakunya di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kajian
menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lemah dan datang dari keluarga yang miskin
mempunyai gaya belajar yang berbeza. Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar
yang lebih spesifik berbanding dengan murid yang lebih berupaya yang hanya memerlukan
bimbingan sahaja dan boleh belajar sendiri.
KEADAAN FIZIKAL BILIK DARJAH
Bilik yang terlalu panas atau terlalu sesak, gelap atau cahaya yang
tidakm e n c u k u p i , k e r u s i d a n m e j a y a n g k u r a n g s e s u a i a k a n m e w u j u d k a n m
asalah disiplin.
Bilik darjah tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran
d)SUAS AN A SOSIOEMOSI YANG KURANG SIHAT
Guru autokratik dan dominant akan mengakibatkan murid-
muridnyasentiasa berada dalam keadaan emosi yang tertekan, bimbang sertatak
ut pada gurunya.
Guru perlu menjejaskan keupayaan murid untuk menerima pelajaranyang
disampaikan.
C o r a k p e r s a h a b a t a n d i k a l a n g a n m u r i d t i d a k s i h a t m a k a w u j u d l a h kelompo
k tertutup, pengasing, murid yang tersingkir dan sebagainya.
e ) K E S I H A T A N M U R I D
Badan sihat otak cergas maka dapat memberi tumpuan penuh terhadappengajaran guru.
Gangguan emosi, tidak cukup rehat akan menyebabkan murid berasagelisah atau
rimas.
f ) K U A L I T I G U R U
Guru yang berinisiatif serta kreatif, bahan serta alat bantuan mengajar akan menarik minat
kanak-kanak.
Guru yang kurang tegas serta tidak tetap pendiriannya sukar mendapatpenghormatan murid-
murid.
g ) P E R S E K I T A R A N S E K O L A H
Bilangan murid yang ramai merumitkan guru mengawal disiplin murid-murid.
Kesannya - setengah-setengah murid tidak dilayani oleh guru.
Pihak sekolah yang amat menekankan peperiksaan, bentuk dan
struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya
akanmenggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah darisegi akademik.
h ) K E L U A R G A
5. Ibubapa yang sibuk mengejar kekayaan, menghadiri majlis dan
aktivitisosial menyebabkan ibubapa tidak dapat memberikan perhatian yangsewajar
nya kepada anak-anak mereka.
i ) R A K A N S E B A Y A
Interaksi rakan sebaya akan terbawa-bawa ke dalam bilik darjah.
Contoh, sifat-sifat social positif rakan sebaya juga akan
menghasilkanseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-
satumasyarakat.