Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

20,942 views

Published on

Published in: Business, Technology
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
20,942
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
981
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

1. 1. DEFINISI KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka. Penyelidikan  Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. Kebanyakkan kaedah penyelidikan ini digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka. Kaedah ini juga menggalakan guru memikirkan dengan mendalam tentang pengajaran mereka.Penyelidikan tindakan melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran.
¡     Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
¡     McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

TUJUAN KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh  perbaiki prestasi dan kepuasan kerja
Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar.
Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan
untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan
untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.

CIRI-CIRI KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan mereka.
memerlukan usahasama di antara pihak-pihak yang terlibat.
merupakan proses pembelajaran yang teratur.
membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.
menggalakkan fikiran yang terbuka.
membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.
mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses penyelidikan.
berkembang melalui lingkaran renungan kendiri iaitu satu lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan.
melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi
dimulakan secara kecil-kecilan di mana mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN MENITIKBERATKAN 4 PERKARA
penyelidikan secara sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti yang boleh digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh.
Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi ia juga memperlihatkan masalah.
Ia bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi penyelidikan yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk memperbaiki diri mereka, kerja mereka dan juga untuk kebaikan orang lain.
Ia bukannya satu-satu kaedah saintifik yang digunakan untuk kerja-kerja kurikulum. Ia juga bukannya tentang pengujian hipotesis atau penggunaan data untuk membuat kesimpulan malah ia menerima pandangan sains sosial yang berbeza daripada pandangan sains semulajadi. Penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik itu sendiri.

KEPENTINGAN KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah serta memperbaiki amalan sendiri
meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif
membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan

PROSES KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERANCANGAN
PELAN TINDAKAN
ANALISIS DAN REFLEKSI
PENGUMPULAN DATA
PENGUMPULAN DATA
REFLEKSI ANALISIS DATA
PELAN TINDAKAN
PERANCANGAN SEMULA

PROSES KAEDAH PENYELIDIKAN BERDASARKAN PENDIDIKAN
Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan menjalankan Penyelidikan Tindakan.

Langkah 1: PERANCANGAN
Apakah anda hendak buat?
Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda?
Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid?
Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan?
Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang?

Langkah 2: PELAN TINDAKAN
Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru?
Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda sedang menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai?
Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah?

Langkah 3: PENGUMPULAN DATA
Apakah jenis maklumat anda ingin mengumpul untuk menjawab soalan penyelidikan?
Teknik Pengumpulan Data:
- Temu duga murid
- Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai dengan memerhati apa yang
berlaku di kalangan murid
- Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan,
tulisan dan lain-lain
- Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru
- Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik
darjah
- Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas
- Tape audio perbualan dengan murid, guru lain.

Langkah 4: REFLEKSI - ANALISIS DATA
Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada " perkataan" , " frasa" , " ayat pendek" dan sebagainya. Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya.
Kaji dengan teliti " perkataan" , " frasa" atau " ayat" yang disebut oleh murid atau " perkataan" , " frasa" atau " ayat" yang anda telah catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan.
Susunkan " perkataan" , " frasa" atau " ayat" yang diperolehi kepada kategori tertentu.
Cari tema, pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yang dikumpulkan. Contohnya: murid yang lemah turut bercakap dalam kelas, murid pandai membantu murid lemah, murid suka membuat kerja secara berkumpulan.
Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan.
Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru akan muncul.
Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan mereka.

Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA
Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar.
Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan; guru memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian; guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan; guru menyusuan semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada murid konsep asas dan sebagainya.
Langkah 6: PELAN TINDAKAN
SAMA SEPERTI LANGKAH 2
Langkah 7: PENGUMPULAN DATA

SAMA SEPERTI LANGKAH 3
Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI
SAMA SEPERTI LANGKAH 4
KESIMPULAN

Penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan.
Ia juga merupakan kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.