SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
1.0    Pengenalan


       Menurut Mangantar Simanjuntak (1989) ( dalam Abdul Rasid Bin Jamian 2002) ,
bahasa sebagai satu sistem biologi yang wujud pada sistem kognitif manusia dan pemerolehan
bahasa ialah proses-proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu
memperoleh bahasa ibundanya. Pemerolehan bahasa pertama ini terjadi apabila kanak-kanak
yang belum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar bahasa untuk pertama kali . Proses-
proses yang berlaku sewaktu kanak-kanak sedang mempero leh bahasa ibundanya terdiri
daripada dua jenis, yang pertama ialah perlakuan (performance) yang terdiri daripada proses-
proses pemahaman dan proses-proses pemerhatian dan yang kedua ialah kecekapan
(competence).


       Tay Meng Huat (2006) dalam kajiannya mengatakan pemerolehan bahasa merupakan
satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan
dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu
kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan
bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan.
Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang
terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa
dan pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan
bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik
tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran.
Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi
dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik
Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan
kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya.


       Mengikut Piaget (dalam Tay Meng Huat 2006), semua kanak-kanak sejak lahir telah
dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan
manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum
inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan
Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang
fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai
“Innate Prospensity for Language”. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara

                                             1
semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh
bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat.


1.1    Latar Belakang Masalah



       Menurut Atan Long (1978), (dalam Abdul Rasid Bin Jamian, 2002) kanak-kanak yang
mempelajari bahasa pertama akan mengalami dua peringkat penguasaan bahasa seperti
berikut;
       a. Bahasa pertama pada masa kecil . Pada peringkat ini pertuturan kanak-kanak
             merupakan kegunaan yang dihalakan kepada diri sendiri dan bukannya untuk
             perhubungan masyarakat. Keadaan ini berterusan sehingga kanak-kanak itu
             berumur 4 tahun; dan
       b. bahasa pertama yang dipelajari setelah peningkatan usia dan dipraktikkan di
             sekolah. Ini membolehkan kanak-kanak bertutur 3 dengan ahli masyarakat dan
             juga ibu bapa dengan cara yang lebih baik dan berkesan.


       Juriah Long (1993),(dalam Abdul Rasid Bin Jamain, 2002) pula mengatakan bahawa
keupayaan berbahasa merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam perkembangan
kanakkanak. Melalui pertuturan, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan pendapat
mereka kepada orang lain tanpa batasan. Proses pendidikan secara tidak formal ini lebih
berkesan terutamanya kepada kanak-kanak di peringkat prasekolah. Walaupun sebahagian
besar masa digunakan untuk bermain namun pemilihan permainan mampu mendorong
mereka untuk berinteraksi, berfikir, merangsang naluri ingin tahu, memupuk daya kreativiti,
dan berdisiplin.


       Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) (dalam Tay Meng Huat 2006) pula, pemerolehan
bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan
aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak
bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidak sehebat kanak-kanak.
Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau
dipelajari    secara   langsung   iaitu   tanpa   melalui   pendidikan   secara   formal   untuk
mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat
di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian tentang pemerolehan bahasa


                                                  2
sangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup
tentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa boleh membantu                   menentukan kejayaan
dalam bidang pengajaran bahasa.


1.2          Objektif Kajian


         i.      Mengenal pasti proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak secara mentalis
                 dan teori behaviouris.
       ii.       Menghurai proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak secara mentalis dan
                 behaviouris.
       iii.      Menghuraikan kekangan proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak secara
                 mentalis dan behaviouris.
       iv.       Menghuraikan kaedah pembetulan kaedah pemerolehan bahasa secara mentalis
                 dan behaviouris


1.3          Definisi Operasional


             Kajian ini menggunakan beberapa istilah secara khusus yang penggunaannya mungkin
berlainan di tempat yangn lain. Istilah itu ialah:


  i.          Psikolinguistik
              Tafsiran Psikolinguistik mengikut pengkaji bahasa:
             a. Mangantar Simanjuntak (1986:1), psikolinguistik adalah gabungan dua patah kata
                 iaitu psikologi dan linguistik yang merupakan dua disiplin yang berlainan dan
                 berdiri.
             b. Aitchison (1987:119), psikolinguitik sering kali ditakrifkan tentang bahasa dan
                 akal budi. Bidang kajian ini menyelidiki apa yang berlaku dalam akal budi
                 manusia    apabila   seseorang    memperoleh,     memahami,    menghasilkan   dan
                 menyimpan unsur-unsur kebahasaan.
             c. Garnham (1985:1), psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisme-mekanisme
                 mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan
                 disiplin saintifik yang matlamatnya adalah suatu teori yang sepadu tentang cara
                 bahasa dihasilkan dan difahami.


                                                    3
Oleh hal yang demikian, psikolinguistik dapatlah ditakrifkan sebagai satu bidang yang
mengkaji mekanisme mental semasa manusia berbahasa sama ada pengahasilan output atau
pemahaman input bahasa. Secara rinci psikolingustik mempelajari empat topic utama:
        a. Kefahaman, iaitu proses-proses mental yang dilaui oleh manusia sehingga mereka
           dapat menangkap apa yang dikatakan orang dan memahami apa yang
           dimaksudkan.
        b. Penghasilan, iaitu proses-proses mental pada diri kita yang membuat kita dpat
           membuat ujaran seperti yang kita ujarkan,
        c. dasar biologi serat neurologi yang membuat manusia dapat berbahasa, dan
        d. Pemerolehan bahasa, iaitu bagaimanan kanak-kanak memperoleh bahasa mereka.


 ii.    Keluarga


        Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,
perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit
iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti „anggota‟, „kelompok kerabat‟.


        Keluarga adalah kumpulan dua orang atau lebih yang hidup bersama dengan
keterikatan aturan, emosional dan individu mempunyai peranan masing-masing yang
merupakan bahagian dari keluarga (Friedman, 198). Keluarga adalah unit terkecil dari
masyarakat yang terdiri daripada suami, isteri dan anaknya, atau ayah dan anaknya, atau ibu
dan anaknya (Suprajitno, 2004).


 iii.   Kanak-Kanak


        Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti
yang termaktub dlam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak,
2001. Dasar Kanak-Kanak Negara adalah dasar mengenai hak kelangsungan hidup,
perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan
ruang untuk mencapai perkembangan holistic dalam persekitaran yang kondusif.




                                              4
iv.   Pemerolehan Bahasa


       Istilah pemerolehan merupakan padanan kata acquisition. Istilah ini dipakai dalam
proses penguasaan bahasa pertama sebagai salah satu perkembangan yang terjadi pada
seorang manusia sejak lahir. Pemerolehan bahasa (language acquisition) bermaksud dengan
pemerolehan bahasa adalah proses-proses yang berlaku di pusat bahasa dalam otak seorang
(bayi) pada waktu ia sedang memperoleh bahasa ibunya (Simanjuntak, 2009:104).
pemerolehan suatu bahasa ini merupakan bahasa pertama, bahasa asli atau bahasa ibu.


       Secara ilmiah anak akan mengenal bahasa sebagai cara berkomunikasi dengan orang
di sekitarnya. Bahasa pertama yang dikenal dan selanjutnya dikuasai oleh seorang anak
disebut bahasa ibu (native language). Penguasaan terhadap pemerolehan bahasa pertama
bersifat primer (pertama) dan anak-anak akan selalu menggunakannya selama hidup. Anak-
anak pada mulanya tidak memiliki bahasa secara verbal, telah memperoleh atu bahasa dalam
bahasa pertamanya, yang disebut ekabahasawan (monolingual first language acquisition).


1.4    Skop Kajian


       Kajian ini dibuat ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 6 tahun dan sudah
bersekolah di Smartkid Reader, Batu 9 Jalan kuching Serian. Kajian ini dibuat dalam terkawal
dan mengambil masa selama sebulan. Kanak-kanak ini dipilih kerana bapanya keturunan Cina
dan ibunya keturunan Bidayuh Serian (Sadong) namun kanak-kanak ini lebih fasih berbahasa
Bidayuh.
       Pemerhatian dan catatan dilakukan tiga kali seminggu selama sejam setiap sesi. Subjek
kajian aktif berinteraksi dengan ibu bapa dan adik beradiknya. Perbualan subjek dengan
sepupunya juga diberi perhatian kerana subjek menggunakan campuran bahasa Melayu
dengan Bidayuh. Trankripsi pertuturan subjek kajian ini dibuat dalam bentuk sistem ejaan
fonemik. Transkripsi itu diberi padanannya dalam bahasa Melayu .


       Penemuan kajian ini mengambarkan bahawa faktor latar belakang keluarga memang
mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Kaedah kajian pemerhatian
dan catatan pertuturan dilakukan untuk memenuhi objektif kajian ini. Kajian ini juga
mengkaji pengaruh pergaulan dan persekitaran yang mempengaruhi pemerolehan bahasa
kanak-kanak ini kerana ia juga sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

                                             5
2.0    Metodologi Kajian


       Kajian ini merupakan satu kajian kes secara pemerhatian tentang pemerolehan bahasa
kanak-kanak dengan mengaplikasikan teori mentalis yang menjelaskan bahawa bahasa
sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Manakala kajian dalam teori
behaviourisme berpendapat pemerolehan bahasa melalui proses pengulangan secara berulang
kali sehingga kanak-kanak dapat melafazkannya dengan betul.


2.1    Populasi dan Persampelan

       Sampel bagi kajian ini ialah seorang kanak-kanak lelaki Cina berumur lima tahun,
ibunya seorang Bidayuh Serian ( Sadong). Pemerolehan bahasa kanak-kanak ini unik kerana
walaupun bapanya Cina etnik Hakka namun anaknya ini tidak pandai bertutur dalam dialek
Cina Hakka sebaliknya fasih bertutur bahasa Bidayuh. Kanak-kanak ini ada 3 orang kakak
dan seorang abang. Kakak sulung berumur 20 tahun, abang 18 tahun dan kakak kedua dan
ketiga adalah kembar seiras berumur 17 tahun.


2.2    Kaedah Pungutan Data


       Kaedah pungutan data yang digunakan ialah kaedah pemerhatian dan catatan
pertuturan. Pemerhatian dan catatan ini dibuat dalam situasi tidak dirancang iaitu semasa
subjek berbual dengan ibu bapa, adik-beradik dan sepupunya.




       2.2.1 Catatan Set 1 ( Lampiran 1)


              Dalam catatan perbualan set 1, pengkaji berbual-bual dengan Rodick. Pengkaji
       mengambil peluang untuk bertanyakan soalan-soalan mudah. Rodick kanak-kanak
       petah bercakap dan mampu memberikan jawapan kepada soalan yang ditanya. Soal
       jawab pengkaji dengan Rodick dicatatkan dan ditranskrip untuk dianalisis sebagai
       dapatan kajian ini. Huraian ayat-ayat dalam ujaran Rodick dibuat berasaskan semantic
       (makna) bukannya berdasarkan struktur ayat.



                                            6
2.2.2 Catatan Set 2


        Dalam catatan perbualan set 2, Rodick diberi sebuah buku cerita yang bertajuk
Anjing dan Serigala. Pengkaji menyoal Rodick tentang buku cerita tersebut untuk
menguji kefahaman bahasa Melayu.

2.2.3   Situasi 1 Pemerhatian dan Catatan Pertuturan dengan bapanya
        (Lampiran 3)

        Catatan ini dibuat semasa bapanya bertanya soalan biasa selepas anaknya
pulang dari sekolah. Diperhatikan dialek Hakka yang digunakan oleh ayahnya adalah
perbualan asas supaya anaknya menjawab soalan menggunakan dialek tersebut.
Namun Rodick akan menjawab dalam bahasa Bidayuh walaupun ayahnya bertanyakan
dalam dialek Hakka. Boleh dikatakan penggunaan pertuturan dialek tersebut sangat
terhad kerana subjek kurang kemahiran dalam bahasa itu

2.2.4 Situasi 2- Pemerhatian dan Catatan Pertuturan dengan sepupunya.
        (Lampiran 4)

        Catatan ini dibuat semasa Rodick dan sepupunya bermain bersama. Bahasa
yang digunakan adalah campuran bahasa Bidayuh dan bahasa Melayu. Sepupunya
diperhatikan lebih suka menggunakan campuran bahasa itu untuk berbual dengan
Rodick. Pertuturan lebih kepada dialog-dialog cerita Ultraman


        Daripada catatan ini, Rodick menggunakan dua bahasa semasa berbual dengan
sepupunya iaitu bahasa Melayu dan Bidayuh. Bahasa yang digunakan bercelaru dari
segi tatabahasanya kerana pengaruh di sekelilingnya, namun tidak menghalang kanak-
kanak ini berkomunikasi. Walaupun kedengaran perbualannya agak melucukan
dengan gabungan dua bahasa, namun kemampuan kanak-kanak ini berkomunikasi
dilihat berlakunya kedua-dua proses pemerolehan bahasa secara mentalis dan
behaviourisme.




                                      7
3.0    Dapatan Kajian dan Perbincangan

       Pengkaji berpendapat pemerolehan bahasa Rodick sangat unik kerana faktor latar
belakang ibu bapa dan persekitarannya memainkan peranan. Dapatan daripada kajian ini akan
membincangkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak secara mentalis dan behaviourisme.
Seterusnya   pengkaji menghuraikan proses pemerolehan bahasa        kanak-kanak berkaitan
kedua-dua teori ini. Kajian ini juga akan melihat adakah subjek kajian mengalami kekangan
untuk memperolehi bahasa ibundanya serta keperluan melakukan kaedah pembetulan.


3.1    Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Secara Mentalis Dan Behaviourisme.

       Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa
yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938).
Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli
keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi
ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu.
Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang
berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti
”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang
kanak-kanak bercakap.

       B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan
keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia
yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris
iaitu;Rangsangan tindak balas Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh
yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk
bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat.
Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang
percakapannya.


       Menurut teori E.H Lenneberg ( Abdullah Hassan, 1992 :261 ), semua kanak-kanak
yang sihat dan normal mula bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang sama. Menurut
beliau, apabila tiba masanya seseorang anak itu akan dengan serta merta tertarik terhadap
bunyi yang didengar dan mula menggunakan pancainderanya untuk memilih bunyi yang



                                            8
penting. Menurut beliau otak manusia mengambil masa yang panjang untuk membesar, dan
hal ini dapat memberi keupayaan kepada bahasa untuk tumbuh dan berkembang.

       Teori Behaviouris adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak.
Teori ini juga dikenali sebagai teori mekanis. Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara
tidak formal melalui proses peniruan daripada ahli keluarganya, khususnya daripada ibu
bapanya. Oleh hal demikian, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka. Kanak-kanak
menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara
berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Behaviorisme
berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh.

       Kelihatan teori ini menekankan perilaku, dan individu banyak belajar melalui
pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang
dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Teori ini
berpandangan bahawa ”bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang
bergantung pada ciri-ciri naluri manusia”. Justeru bahasa ialah proses peri laku yang
berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas. Golongan behaviouris berpendapat bahawa
pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu.



3.2    Proses Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Secara Mentalis Dan Behaviourisme.

       Kajian bahasa telah membuktikan bahawa kanak-kanak telah mula mengenali banyak
kosa kata sebelum usia mencapai lima tahun, namum mereka masih perlu belajar memahami
makna sebelum berupaya menguasai semantik orang dewasa. Dalam catatan set 2, pengkaji
mengambil peluang untuk bertanyakan soalan-soalan mudah daripada buku cerita yang
bertajuk „Kura-kura dan Arnab‟. Tujuannya untuk menguji pemahaman tentang buku yang
dibacanya dan jawapan yang diberikan berdasarkan ingatan terhadap cerita yang dibaca.

       Set 1

       P:      Siapa berlumba?
       R:      Kura-kura dan arnab.
       P:      Siapa yang menang berlumba?
       R:      Kura-kura.
       P:      Mengapa arnab kalah?
       R:      Arnab tidur…

                                               9
P:     Mengapa arnab tidur?
       R:     Sebab arnab penat. Saya ada kura-kura. Ni uncle. Kecil saja
       P:     Kura-kura Rodick laju tak lari?
       R:     Tak! Kura-kura tu lambat.
       P:     Rodick, kura-kura ni lawan lumba lari dengan arnab menang tak?
       M      Tak! Kura-kura malas jalan.


       Perbualan menunjukkan Rodick dapat mengaitkan cerita dan logik iaitu kura-kura
tidak menang sekirannya haiwan ini berlumba. Rodick dapat membuat hipotesis berdasarkan
pengalamannya memerhati pergerakan haiwan serta ilmu kognitifnya.


       Contoh perbualan di dalam set 1, perbualan dicatat di antara pengkaji dengan Rodick
adalah untuk menguji ingatan kanak-kanak ini tentang perkara yang telah dilihatnya.



3.3    Kekangan Proses Pemerolehan Bahasa Ibunda

       Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh latar belakang keluarga, rakan-rakan dan
persekitaran di dalam pemerolehan bahasa Rodick dilihat agak rencam kerana kanak-kanak
ini boleh menerima lebih daripada satu bahasa secara serentak.


       Pemerolehan bahasa pertama wujud selari dengan perkembangan tingkah laku dan
perkembangan otak seperti yang dinyatakan dalam teori behaviourisme dan mentalis. tidak
boleh diketepikan. Pemerolehan bahasa kedua adalah disebabkan oleh interaksi yang berlaku
dalam kehidupan kanak-kanak ini.

       Pengkaji bersetuju dengan pendapat tersebut kerana kanak-kanak menerima latihan
bahasa yang pasif daripada ibu bapa mereka, juga dapat memproses bahasa secara aktif
kerana memiliki struktur dalaman dalam pemerolehan bahasa. Kajian ini jelas menunjukkan
Rodick mengalami faktor-faktor seperti persekitaran sosial, pematangan, biologi dan kognitif
yang memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.

       Pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi daripada perkembangan
kognitif; dan perkembangan bahasa juga terlahir sebagai akibat persekitaran sosial yang
disediakan oleh ibu bapa mereka. Interaksi sosial antara kanak-kanak dan ibu bapa amat
penting kerana memberikan pengalaman bahasa bagi kanak-kanak seperti yang berlaku dalam

                                                10
Situasi 2 dan 3 di mana Rodick memperolehi bahasa keduanya melalui interaksi dalam
persekitaran sosial.


4.0    Rumusan dan Cadangan

       Teori Behaviourisme menekankan peri laku, dan individu banyak belajar melalui
pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang
dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Bahasa
terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri
manusia. Proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas.
Pemerolehan akan terjadi melalui ulangan perlakuan itu.

       Perkara-perkara seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap
untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan.
Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh. Oleh hal demikian, anak hendaklah diberi
peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka. Hal ini
bermakna bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan
bahawa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena-mengena dengan
fikiran atau daya mental.

       Dari segi teori mentalis, seseorang kanak-kanak boleh menggunakan keupayaan yang
sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang
mereka peroleh. Kanak-kanak perlu didadahkan kemahiran berfikir kritis untuk memperoleh
bahasa.



5.0    Kesimpulan


       Dalam Pemerolehan bahasa ialah proses penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa
disedari atau dipelajari secara formal. Walaupun teori Behaviouris dan teori mentalis. Proses
pemerolehan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang
demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. Mementingkan
persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk
pelakuan ibu bapa, adik-beradik, guru, kawan-kawan mereka sendiri serta persekitarannya.
Ibu bapa harus memberi peneguhan agar anak bermotivasi mempelajari sesuatu .


                                              11
Ibu bapa harus menekankan kepada pemerolehan mengikut kadar kendiri, di mana
murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan
dan tahap kognitif mereka sendiri.




                                          12
RUJUKAN



Abdullah Yusuf (2010). HBML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik. Fakulti Pendidikan dan
      Bahasa. Universiti terbuka Malaysia.

Chomsky, N. (1985). Aspect of theory of Syantax. Massachusset: Massachusset Institute of
      Technology Press

Mangantar, Simanjuntak. (1982). Pemerolehan Bahasa Melayu: Bahagian Fonologi. Jurnal
     Dewan Bahasa. Ogos/September. 615-625.

Mohd Rasdi bin Saamah. Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Berusia Dua Tahun:
      Satu Tinjauan. Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Dewan Bahasa dan Pustaka:
       Kuala Lumpur (Bab 1-5, dan Bab 9).

Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Dewan Bahasa dan Pustaka:
       Kuala Lumpur.

Tay Meng Guat.(2007). Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak.Satu Analisis Sintaksis. Jabatan Pengajian
      Melayu.IPGM Kampus Batu Lintang.

Vua Yaletchumy A/p Subramaniam. ( 2000). Pemerolehan Bahasa Di Kalangan Kanak·Kanak
       Melayu.Universtiti Putra Malaysia.




                                                13
Lampiran


P: Pengkaji
R: Subjek
Catatan 1:    Pengkaji dengan subjek


P:     Rodick, bapa mana?
R:     Di sana?
P:     Sana mana?
R:     Daddy mandi.
P:     Dick, apa nama sekolah?
R:     Smartkid
P:     Rodick, sekolah tadi cikgu ajar apa?
R:     ABC.
P:     Cuba Rodick sebut ka?
R:     A, B, C, D, E,…………..Z.
P:     Pandai Rodick. Dick, besar nanti nak jadi apa?
R:     Jadi askar.
P:     Kenapa jadi askar?
R:     Boleh tembak orang jahat. Tut, tut, tut ,tut…. ( sambil pegang senapang mainan)
P:     Nanti orang jahat tembak kamu.
R      Tak. Saya kuat macam Ultraman yah ( sambil silang tangan tiru aksi watak Ultraman)
P:     Ultraman mana kuat, orang jahat lagi kuat.
R      Ultraman kuat. Nanti dia power zeeee…et mati orang. (Tiru watak Ultraman)
P:     Askar jaga keamanan negara.
R:     Askar best ada senapang.
P:     Dick belajar rajin-rajin besar nanti jadi askar.
R:     Saya rajin belajar uncle. Saya mombor satu. Banyak seratus ujian saya.
P:     Baguslah dick.




                                               14
B: Bapa
R: Subjek


Catatan Pemerhatian 2
Perbualan subjek dengan bapanya.


B:    Dick, sei diong mang. ( Dick, sudah mandi ka )
R:    Bayuh. ( Belum )
B:    Hi sei doing kaha sit fon ( Pergi mandi, nanti makan )
R:    Gak ku. Ira main cikle ( Tak mahu. Mahu main basikal )
B:    Am le, sawco kaw. Kaha hi Giant oi mo( Sudah malam esok main lagi. nanti pergi
      Giant. Mau ke )
R:    Yeah, yeah gaih Giant. ( pergi Giant)
B:    Sew doing le chi oi hi. ( mandi lagi kalau mahu pergi )
R:    Ok. Dedi buleh mirih Ultraman ka?
B:    Kai gumon kai boleh ngajah. ( Tak mandi tak boleh ikut )




                                              15
Catatan Pemerhatian 3

O: Sepupu
R: Subjek


Perbualan subjek dengan sepupunya.


R:     Owen, main game.
O:     Ku main dulu.
R:     Ku dulu.
O      Ok, kalau amu (kamu) mati saya main lagi.
R:     Ok. Owen tadi aku menang.
O:     Bohong amu. ( Kamu bohong )
R:     Betul, betul. Saya tembak bo nya jahat. ( Saya tembak semua orang jahat)
O:     Aku lagi teyre .
R:     Tak, aku kuat. Amu tidak kuat
O:      Ok la amu kuat. Main cepet kai aku main. ( main cepat tidak saya main)
K:      Ye. Aku taye yah. ( Baik. Saya dulu ya)




                                            16

More Related Content

What's hot

KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANKOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANShahrizzat Md Sukor
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKALShahrizzat Md Sukor
 
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)Shahrizzat Md Sukor
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIShahrizzat Md Sukor
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 

What's hot (9)

Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
Pesal
PesalPesal
Pesal
 
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANKOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASAKOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
 

Viewers also liked

Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmuCikgu Naza Zaza
 
Bahasa melayu bahasa kebangsaan
Bahasa melayu bahasa kebangsaanBahasa melayu bahasa kebangsaan
Bahasa melayu bahasa kebangsaanmithragul
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...Wan Yusof
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasikfungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasikkamalslaw
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152xiaomii4
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuOh Jenny
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanNur Amalina Razali
 
Bahasa melayu kuno
Bahasa melayu kunoBahasa melayu kuno
Bahasa melayu kunodeannajlia
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuElyn Eveline
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoAdha Fouat
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuHam Dan
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris CIKGU NAZARINANAWAWI
 

Viewers also liked (20)

Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
 
Bahasa melayu bahasa kebangsaan
Bahasa melayu bahasa kebangsaanBahasa melayu bahasa kebangsaan
Bahasa melayu bahasa kebangsaan
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasikfungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
 
Polisemi
PolisemiPolisemi
Polisemi
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
 
Bahasa melayu kuno
Bahasa melayu kunoBahasa melayu kuno
Bahasa melayu kuno
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayu
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 

Similar to Assgnment hbml3403

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)Adilah Said
 
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1Mohamad Saad Mohamad Nain
 
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)Shimah Hassan
 
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptx
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptxTeori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptx
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptxCikguHijau1
 
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategiPendekatan, kaedah, teknik dan strategi
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategiAhmadsalim Hambiah
 
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategiPendekatan, kaedah, teknik dan strategi
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategiMuhammad Huffaz
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaUSM
 
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 TahunPerkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahunnazurahwahim
 
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...PPDMARADONGCM12Moe
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanAinalita Zazni Adnan
 
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM BaharuHasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM BaharuEda Saayah Bakarim
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasacikgushamsuddin
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Norhayati Muhamad
 
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran BahasaFaktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasafaiza hasbullah
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 

Similar to Assgnment hbml3403 (20)

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
 
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
 
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptx
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptxTeori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptx
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptx
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategiPendekatan, kaedah, teknik dan strategi
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
 
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategiPendekatan, kaedah, teknik dan strategi
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 TahunPerkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
 
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
 
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM BaharuHasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran BahasaFaktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa
 
119
119119
119
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 

More from Ikmal Hisham Bong Abdullah

Standard kandungan dan standard pembelajaran aspek seni bahasa
Standard kandungan dan standard pembelajaran aspek seni bahasaStandard kandungan dan standard pembelajaran aspek seni bahasa
Standard kandungan dan standard pembelajaran aspek seni bahasaIkmal Hisham Bong Abdullah
 
Assignment hbml 4303 kurikulum dan perkaedahan
Assignment hbml 4303 kurikulum dan perkaedahanAssignment hbml 4303 kurikulum dan perkaedahan
Assignment hbml 4303 kurikulum dan perkaedahanIkmal Hisham Bong Abdullah
 

More from Ikmal Hisham Bong Abdullah (19)

Teknik didik hibur 8 april 2014
Teknik didik hibur 8 april 2014Teknik didik hibur 8 april 2014
Teknik didik hibur 8 april 2014
 
Teka teki
Teka tekiTeka teki
Teka teki
 
Tanya sama tupai
Tanya sama tupaiTanya sama tupai
Tanya sama tupai
 
Standard kandungan dan standard pembelajaran aspek seni bahasa
Standard kandungan dan standard pembelajaran aspek seni bahasaStandard kandungan dan standard pembelajaran aspek seni bahasa
Standard kandungan dan standard pembelajaran aspek seni bahasa
 
Maksud diftong
Maksud diftongMaksud diftong
Maksud diftong
 
Lagu burung
Lagu burungLagu burung
Lagu burung
 
Contoh rph tahun 4 seni bahasa sk
Contoh rph tahun 4 seni bahasa skContoh rph tahun 4 seni bahasa sk
Contoh rph tahun 4 seni bahasa sk
 
Bangau oh bangau
Bangau oh bangauBangau oh bangau
Bangau oh bangau
 
Amalan muafakat oktober
Amalan muafakat oktoberAmalan muafakat oktober
Amalan muafakat oktober
 
Assingment hepe 3103
Assingment hepe 3103Assingment hepe 3103
Assingment hepe 3103
 
Assignmebt hbhe 3203 final
Assignmebt hbhe 3203 finalAssignmebt hbhe 3203 final
Assignmebt hbhe 3203 final
 
Dokumen assigment hbml4203 sastera
Dokumen assigment hbml4203 sasteraDokumen assigment hbml4203 sastera
Dokumen assigment hbml4203 sastera
 
assignment-alam-sekitar
assignment-alam-sekitarassignment-alam-sekitar
assignment-alam-sekitar
 
Assignment hbml 4303 kurikulum dan perkaedahan
Assignment hbml 4303 kurikulum dan perkaedahanAssignment hbml 4303 kurikulum dan perkaedahan
Assignment hbml 4303 kurikulum dan perkaedahan
 
Assignment hbml 4403 kompetensi
Assignment hbml 4403 kompetensiAssignment hbml 4403 kompetensi
Assignment hbml 4403 kompetensi
 
Assgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sasteraAssgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sastera
 
Assigment hbpe 2203 pj
Assigment hbpe 2203 pjAssigment hbpe 2203 pj
Assigment hbpe 2203 pj
 
Assingment hepe 3103
Assingment hepe 3103Assingment hepe 3103
Assingment hepe 3103
 
Kemahiran ict guru bahasa melayu
Kemahiran ict guru bahasa melayuKemahiran ict guru bahasa melayu
Kemahiran ict guru bahasa melayu
 

Assgnment hbml3403

  • 1. 1.0 Pengenalan Menurut Mangantar Simanjuntak (1989) ( dalam Abdul Rasid Bin Jamian 2002) , bahasa sebagai satu sistem biologi yang wujud pada sistem kognitif manusia dan pemerolehan bahasa ialah proses-proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Pemerolehan bahasa pertama ini terjadi apabila kanak-kanak yang belum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar bahasa untuk pertama kali . Proses- proses yang berlaku sewaktu kanak-kanak sedang mempero leh bahasa ibundanya terdiri daripada dua jenis, yang pertama ialah perlakuan (performance) yang terdiri daripada proses- proses pemahaman dan proses-proses pemerhatian dan yang kedua ialah kecekapan (competence). Tay Meng Huat (2006) dalam kajiannya mengatakan pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan. Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya. Mengikut Piaget (dalam Tay Meng Huat 2006), semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity for Language”. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara 1
  • 2. semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat. 1.1 Latar Belakang Masalah Menurut Atan Long (1978), (dalam Abdul Rasid Bin Jamian, 2002) kanak-kanak yang mempelajari bahasa pertama akan mengalami dua peringkat penguasaan bahasa seperti berikut; a. Bahasa pertama pada masa kecil . Pada peringkat ini pertuturan kanak-kanak merupakan kegunaan yang dihalakan kepada diri sendiri dan bukannya untuk perhubungan masyarakat. Keadaan ini berterusan sehingga kanak-kanak itu berumur 4 tahun; dan b. bahasa pertama yang dipelajari setelah peningkatan usia dan dipraktikkan di sekolah. Ini membolehkan kanak-kanak bertutur 3 dengan ahli masyarakat dan juga ibu bapa dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Juriah Long (1993),(dalam Abdul Rasid Bin Jamain, 2002) pula mengatakan bahawa keupayaan berbahasa merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam perkembangan kanakkanak. Melalui pertuturan, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan pendapat mereka kepada orang lain tanpa batasan. Proses pendidikan secara tidak formal ini lebih berkesan terutamanya kepada kanak-kanak di peringkat prasekolah. Walaupun sebahagian besar masa digunakan untuk bermain namun pemilihan permainan mampu mendorong mereka untuk berinteraksi, berfikir, merangsang naluri ingin tahu, memupuk daya kreativiti, dan berdisiplin. Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) (dalam Tay Meng Huat 2006) pula, pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidak sehebat kanak-kanak. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian tentang pemerolehan bahasa 2
  • 3. sangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa boleh membantu menentukan kejayaan dalam bidang pengajaran bahasa. 1.2 Objektif Kajian i. Mengenal pasti proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak secara mentalis dan teori behaviouris. ii. Menghurai proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak secara mentalis dan behaviouris. iii. Menghuraikan kekangan proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak secara mentalis dan behaviouris. iv. Menghuraikan kaedah pembetulan kaedah pemerolehan bahasa secara mentalis dan behaviouris 1.3 Definisi Operasional Kajian ini menggunakan beberapa istilah secara khusus yang penggunaannya mungkin berlainan di tempat yangn lain. Istilah itu ialah: i. Psikolinguistik Tafsiran Psikolinguistik mengikut pengkaji bahasa: a. Mangantar Simanjuntak (1986:1), psikolinguistik adalah gabungan dua patah kata iaitu psikologi dan linguistik yang merupakan dua disiplin yang berlainan dan berdiri. b. Aitchison (1987:119), psikolinguitik sering kali ditakrifkan tentang bahasa dan akal budi. Bidang kajian ini menyelidiki apa yang berlaku dalam akal budi manusia apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan. c. Garnham (1985:1), psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisme-mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya adalah suatu teori yang sepadu tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami. 3
  • 4. Oleh hal yang demikian, psikolinguistik dapatlah ditakrifkan sebagai satu bidang yang mengkaji mekanisme mental semasa manusia berbahasa sama ada pengahasilan output atau pemahaman input bahasa. Secara rinci psikolingustik mempelajari empat topic utama: a. Kefahaman, iaitu proses-proses mental yang dilaui oleh manusia sehingga mereka dapat menangkap apa yang dikatakan orang dan memahami apa yang dimaksudkan. b. Penghasilan, iaitu proses-proses mental pada diri kita yang membuat kita dpat membuat ujaran seperti yang kita ujarkan, c. dasar biologi serat neurologi yang membuat manusia dapat berbahasa, dan d. Pemerolehan bahasa, iaitu bagaimanan kanak-kanak memperoleh bahasa mereka. ii. Keluarga Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti „anggota‟, „kelompok kerabat‟. Keluarga adalah kumpulan dua orang atau lebih yang hidup bersama dengan keterikatan aturan, emosional dan individu mempunyai peranan masing-masing yang merupakan bahagian dari keluarga (Friedman, 198). Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang terdiri daripada suami, isteri dan anaknya, atau ayah dan anaknya, atau ibu dan anaknya (Suprajitno, 2004). iii. Kanak-Kanak Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dlam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001. Dasar Kanak-Kanak Negara adalah dasar mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistic dalam persekitaran yang kondusif. 4
  • 5. iv. Pemerolehan Bahasa Istilah pemerolehan merupakan padanan kata acquisition. Istilah ini dipakai dalam proses penguasaan bahasa pertama sebagai salah satu perkembangan yang terjadi pada seorang manusia sejak lahir. Pemerolehan bahasa (language acquisition) bermaksud dengan pemerolehan bahasa adalah proses-proses yang berlaku di pusat bahasa dalam otak seorang (bayi) pada waktu ia sedang memperoleh bahasa ibunya (Simanjuntak, 2009:104). pemerolehan suatu bahasa ini merupakan bahasa pertama, bahasa asli atau bahasa ibu. Secara ilmiah anak akan mengenal bahasa sebagai cara berkomunikasi dengan orang di sekitarnya. Bahasa pertama yang dikenal dan selanjutnya dikuasai oleh seorang anak disebut bahasa ibu (native language). Penguasaan terhadap pemerolehan bahasa pertama bersifat primer (pertama) dan anak-anak akan selalu menggunakannya selama hidup. Anak- anak pada mulanya tidak memiliki bahasa secara verbal, telah memperoleh atu bahasa dalam bahasa pertamanya, yang disebut ekabahasawan (monolingual first language acquisition). 1.4 Skop Kajian Kajian ini dibuat ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 6 tahun dan sudah bersekolah di Smartkid Reader, Batu 9 Jalan kuching Serian. Kajian ini dibuat dalam terkawal dan mengambil masa selama sebulan. Kanak-kanak ini dipilih kerana bapanya keturunan Cina dan ibunya keturunan Bidayuh Serian (Sadong) namun kanak-kanak ini lebih fasih berbahasa Bidayuh. Pemerhatian dan catatan dilakukan tiga kali seminggu selama sejam setiap sesi. Subjek kajian aktif berinteraksi dengan ibu bapa dan adik beradiknya. Perbualan subjek dengan sepupunya juga diberi perhatian kerana subjek menggunakan campuran bahasa Melayu dengan Bidayuh. Trankripsi pertuturan subjek kajian ini dibuat dalam bentuk sistem ejaan fonemik. Transkripsi itu diberi padanannya dalam bahasa Melayu . Penemuan kajian ini mengambarkan bahawa faktor latar belakang keluarga memang mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Kaedah kajian pemerhatian dan catatan pertuturan dilakukan untuk memenuhi objektif kajian ini. Kajian ini juga mengkaji pengaruh pergaulan dan persekitaran yang mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak ini kerana ia juga sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. 5
  • 6. 2.0 Metodologi Kajian Kajian ini merupakan satu kajian kes secara pemerhatian tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dengan mengaplikasikan teori mentalis yang menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Manakala kajian dalam teori behaviourisme berpendapat pemerolehan bahasa melalui proses pengulangan secara berulang kali sehingga kanak-kanak dapat melafazkannya dengan betul. 2.1 Populasi dan Persampelan Sampel bagi kajian ini ialah seorang kanak-kanak lelaki Cina berumur lima tahun, ibunya seorang Bidayuh Serian ( Sadong). Pemerolehan bahasa kanak-kanak ini unik kerana walaupun bapanya Cina etnik Hakka namun anaknya ini tidak pandai bertutur dalam dialek Cina Hakka sebaliknya fasih bertutur bahasa Bidayuh. Kanak-kanak ini ada 3 orang kakak dan seorang abang. Kakak sulung berumur 20 tahun, abang 18 tahun dan kakak kedua dan ketiga adalah kembar seiras berumur 17 tahun. 2.2 Kaedah Pungutan Data Kaedah pungutan data yang digunakan ialah kaedah pemerhatian dan catatan pertuturan. Pemerhatian dan catatan ini dibuat dalam situasi tidak dirancang iaitu semasa subjek berbual dengan ibu bapa, adik-beradik dan sepupunya. 2.2.1 Catatan Set 1 ( Lampiran 1) Dalam catatan perbualan set 1, pengkaji berbual-bual dengan Rodick. Pengkaji mengambil peluang untuk bertanyakan soalan-soalan mudah. Rodick kanak-kanak petah bercakap dan mampu memberikan jawapan kepada soalan yang ditanya. Soal jawab pengkaji dengan Rodick dicatatkan dan ditranskrip untuk dianalisis sebagai dapatan kajian ini. Huraian ayat-ayat dalam ujaran Rodick dibuat berasaskan semantic (makna) bukannya berdasarkan struktur ayat. 6
  • 7. 2.2.2 Catatan Set 2 Dalam catatan perbualan set 2, Rodick diberi sebuah buku cerita yang bertajuk Anjing dan Serigala. Pengkaji menyoal Rodick tentang buku cerita tersebut untuk menguji kefahaman bahasa Melayu. 2.2.3 Situasi 1 Pemerhatian dan Catatan Pertuturan dengan bapanya (Lampiran 3) Catatan ini dibuat semasa bapanya bertanya soalan biasa selepas anaknya pulang dari sekolah. Diperhatikan dialek Hakka yang digunakan oleh ayahnya adalah perbualan asas supaya anaknya menjawab soalan menggunakan dialek tersebut. Namun Rodick akan menjawab dalam bahasa Bidayuh walaupun ayahnya bertanyakan dalam dialek Hakka. Boleh dikatakan penggunaan pertuturan dialek tersebut sangat terhad kerana subjek kurang kemahiran dalam bahasa itu 2.2.4 Situasi 2- Pemerhatian dan Catatan Pertuturan dengan sepupunya. (Lampiran 4) Catatan ini dibuat semasa Rodick dan sepupunya bermain bersama. Bahasa yang digunakan adalah campuran bahasa Bidayuh dan bahasa Melayu. Sepupunya diperhatikan lebih suka menggunakan campuran bahasa itu untuk berbual dengan Rodick. Pertuturan lebih kepada dialog-dialog cerita Ultraman Daripada catatan ini, Rodick menggunakan dua bahasa semasa berbual dengan sepupunya iaitu bahasa Melayu dan Bidayuh. Bahasa yang digunakan bercelaru dari segi tatabahasanya kerana pengaruh di sekelilingnya, namun tidak menghalang kanak- kanak ini berkomunikasi. Walaupun kedengaran perbualannya agak melucukan dengan gabungan dua bahasa, namun kemampuan kanak-kanak ini berkomunikasi dilihat berlakunya kedua-dua proses pemerolehan bahasa secara mentalis dan behaviourisme. 7
  • 8. 3.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan Pengkaji berpendapat pemerolehan bahasa Rodick sangat unik kerana faktor latar belakang ibu bapa dan persekitarannya memainkan peranan. Dapatan daripada kajian ini akan membincangkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak secara mentalis dan behaviourisme. Seterusnya pengkaji menghuraikan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak berkaitan kedua-dua teori ini. Kajian ini juga akan melihat adakah subjek kajian mengalami kekangan untuk memperolehi bahasa ibundanya serta keperluan melakukan kaedah pembetulan. 3.1 Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Secara Mentalis Dan Behaviourisme. Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu;Rangsangan tindak balas Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya. Menurut teori E.H Lenneberg ( Abdullah Hassan, 1992 :261 ), semua kanak-kanak yang sihat dan normal mula bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang sama. Menurut beliau, apabila tiba masanya seseorang anak itu akan dengan serta merta tertarik terhadap bunyi yang didengar dan mula menggunakan pancainderanya untuk memilih bunyi yang 8
  • 9. penting. Menurut beliau otak manusia mengambil masa yang panjang untuk membesar, dan hal ini dapat memberi keupayaan kepada bahasa untuk tumbuh dan berkembang. Teori Behaviouris adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak. Teori ini juga dikenali sebagai teori mekanis. Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ahli keluarganya, khususnya daripada ibu bapanya. Oleh hal demikian, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka. Kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Behaviorisme berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. Kelihatan teori ini menekankan perilaku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Teori ini berpandangan bahawa ”bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia”. Justeru bahasa ialah proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas. Golongan behaviouris berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu. 3.2 Proses Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Secara Mentalis Dan Behaviourisme. Kajian bahasa telah membuktikan bahawa kanak-kanak telah mula mengenali banyak kosa kata sebelum usia mencapai lima tahun, namum mereka masih perlu belajar memahami makna sebelum berupaya menguasai semantik orang dewasa. Dalam catatan set 2, pengkaji mengambil peluang untuk bertanyakan soalan-soalan mudah daripada buku cerita yang bertajuk „Kura-kura dan Arnab‟. Tujuannya untuk menguji pemahaman tentang buku yang dibacanya dan jawapan yang diberikan berdasarkan ingatan terhadap cerita yang dibaca. Set 1 P: Siapa berlumba? R: Kura-kura dan arnab. P: Siapa yang menang berlumba? R: Kura-kura. P: Mengapa arnab kalah? R: Arnab tidur… 9
  • 10. P: Mengapa arnab tidur? R: Sebab arnab penat. Saya ada kura-kura. Ni uncle. Kecil saja P: Kura-kura Rodick laju tak lari? R: Tak! Kura-kura tu lambat. P: Rodick, kura-kura ni lawan lumba lari dengan arnab menang tak? M Tak! Kura-kura malas jalan. Perbualan menunjukkan Rodick dapat mengaitkan cerita dan logik iaitu kura-kura tidak menang sekirannya haiwan ini berlumba. Rodick dapat membuat hipotesis berdasarkan pengalamannya memerhati pergerakan haiwan serta ilmu kognitifnya. Contoh perbualan di dalam set 1, perbualan dicatat di antara pengkaji dengan Rodick adalah untuk menguji ingatan kanak-kanak ini tentang perkara yang telah dilihatnya. 3.3 Kekangan Proses Pemerolehan Bahasa Ibunda Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh latar belakang keluarga, rakan-rakan dan persekitaran di dalam pemerolehan bahasa Rodick dilihat agak rencam kerana kanak-kanak ini boleh menerima lebih daripada satu bahasa secara serentak. Pemerolehan bahasa pertama wujud selari dengan perkembangan tingkah laku dan perkembangan otak seperti yang dinyatakan dalam teori behaviourisme dan mentalis. tidak boleh diketepikan. Pemerolehan bahasa kedua adalah disebabkan oleh interaksi yang berlaku dalam kehidupan kanak-kanak ini. Pengkaji bersetuju dengan pendapat tersebut kerana kanak-kanak menerima latihan bahasa yang pasif daripada ibu bapa mereka, juga dapat memproses bahasa secara aktif kerana memiliki struktur dalaman dalam pemerolehan bahasa. Kajian ini jelas menunjukkan Rodick mengalami faktor-faktor seperti persekitaran sosial, pematangan, biologi dan kognitif yang memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi daripada perkembangan kognitif; dan perkembangan bahasa juga terlahir sebagai akibat persekitaran sosial yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Interaksi sosial antara kanak-kanak dan ibu bapa amat penting kerana memberikan pengalaman bahasa bagi kanak-kanak seperti yang berlaku dalam 10
  • 11. Situasi 2 dan 3 di mana Rodick memperolehi bahasa keduanya melalui interaksi dalam persekitaran sosial. 4.0 Rumusan dan Cadangan Teori Behaviourisme menekankan peri laku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia. Proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas. Pemerolehan akan terjadi melalui ulangan perlakuan itu. Perkara-perkara seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan. Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh. Oleh hal demikian, anak hendaklah diberi peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka. Hal ini bermakna bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena-mengena dengan fikiran atau daya mental. Dari segi teori mentalis, seseorang kanak-kanak boleh menggunakan keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. Kanak-kanak perlu didadahkan kemahiran berfikir kritis untuk memperoleh bahasa. 5.0 Kesimpulan Dalam Pemerolehan bahasa ialah proses penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara formal. Walaupun teori Behaviouris dan teori mentalis. Proses pemerolehan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan ibu bapa, adik-beradik, guru, kawan-kawan mereka sendiri serta persekitarannya. Ibu bapa harus memberi peneguhan agar anak bermotivasi mempelajari sesuatu . 11
  • 12. Ibu bapa harus menekankan kepada pemerolehan mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. 12
  • 13. RUJUKAN Abdullah Yusuf (2010). HBML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik. Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Universiti terbuka Malaysia. Chomsky, N. (1985). Aspect of theory of Syantax. Massachusset: Massachusset Institute of Technology Press Mangantar, Simanjuntak. (1982). Pemerolehan Bahasa Melayu: Bahagian Fonologi. Jurnal Dewan Bahasa. Ogos/September. 615-625. Mohd Rasdi bin Saamah. Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Berusia Dua Tahun: Satu Tinjauan. Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 1-5, dan Bab 9). Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Tay Meng Guat.(2007). Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak.Satu Analisis Sintaksis. Jabatan Pengajian Melayu.IPGM Kampus Batu Lintang. Vua Yaletchumy A/p Subramaniam. ( 2000). Pemerolehan Bahasa Di Kalangan Kanak·Kanak Melayu.Universtiti Putra Malaysia. 13
  • 14. Lampiran P: Pengkaji R: Subjek Catatan 1: Pengkaji dengan subjek P: Rodick, bapa mana? R: Di sana? P: Sana mana? R: Daddy mandi. P: Dick, apa nama sekolah? R: Smartkid P: Rodick, sekolah tadi cikgu ajar apa? R: ABC. P: Cuba Rodick sebut ka? R: A, B, C, D, E,…………..Z. P: Pandai Rodick. Dick, besar nanti nak jadi apa? R: Jadi askar. P: Kenapa jadi askar? R: Boleh tembak orang jahat. Tut, tut, tut ,tut…. ( sambil pegang senapang mainan) P: Nanti orang jahat tembak kamu. R Tak. Saya kuat macam Ultraman yah ( sambil silang tangan tiru aksi watak Ultraman) P: Ultraman mana kuat, orang jahat lagi kuat. R Ultraman kuat. Nanti dia power zeeee…et mati orang. (Tiru watak Ultraman) P: Askar jaga keamanan negara. R: Askar best ada senapang. P: Dick belajar rajin-rajin besar nanti jadi askar. R: Saya rajin belajar uncle. Saya mombor satu. Banyak seratus ujian saya. P: Baguslah dick. 14
  • 15. B: Bapa R: Subjek Catatan Pemerhatian 2 Perbualan subjek dengan bapanya. B: Dick, sei diong mang. ( Dick, sudah mandi ka ) R: Bayuh. ( Belum ) B: Hi sei doing kaha sit fon ( Pergi mandi, nanti makan ) R: Gak ku. Ira main cikle ( Tak mahu. Mahu main basikal ) B: Am le, sawco kaw. Kaha hi Giant oi mo( Sudah malam esok main lagi. nanti pergi Giant. Mau ke ) R: Yeah, yeah gaih Giant. ( pergi Giant) B: Sew doing le chi oi hi. ( mandi lagi kalau mahu pergi ) R: Ok. Dedi buleh mirih Ultraman ka? B: Kai gumon kai boleh ngajah. ( Tak mandi tak boleh ikut ) 15
  • 16. Catatan Pemerhatian 3 O: Sepupu R: Subjek Perbualan subjek dengan sepupunya. R: Owen, main game. O: Ku main dulu. R: Ku dulu. O Ok, kalau amu (kamu) mati saya main lagi. R: Ok. Owen tadi aku menang. O: Bohong amu. ( Kamu bohong ) R: Betul, betul. Saya tembak bo nya jahat. ( Saya tembak semua orang jahat) O: Aku lagi teyre . R: Tak, aku kuat. Amu tidak kuat O: Ok la amu kuat. Main cepet kai aku main. ( main cepat tidak saya main) K: Ye. Aku taye yah. ( Baik. Saya dulu ya) 16