SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
1.0 Pengenalan
Setiap negara di dunia mempunyai dasar bahasa, ada yang bertulis, misalnya
dimaktubkan dalam Perlembagaan negara (contohnya banyak) atau ditakrifkan melalui undang-
undang tertentu bahasa dan ada yang tidak bertulis (contohnya tidak banyak). Sama ada dasar
bahasa itu bertulis atau tidak bertulis, tujuannya harus jelas. Kita dapat memikirkan bahawa
terdapat tiga tujuan dasar bahasa di mana-mana sahaja iaitu (a) untuk dijadikan alat perpaduan
bangsa atau Negara atau sebagai lambang jati diri negara, (b) untuk menyelesaikan masalah
kecekapan komunikasi di peringkat pentadbiran negara terutama di negara pelbagai bahasa dan
(c) untuk dijadikan alat pembangunan atau kemajuan negara dalam berbagai-bagai bidang:
pendidikan, ekonomi, teknologi, budaya dan ilmu. Ketiga-tiga tujuan ini boleh jadi dan memang
biasa didorong sama ada secara sedar atau tidak oleh kesedaran dan semangat kebangsaan
(nasionalisme) atau boleh jadi juga ditentukan melalui perundingan politik seperti yang berlaku
di Malaysia dalam tahun 1956 apabila dasar bahasa yang kita warisi hari ini diterima melalui
proses yang disebut tolak-ansur antara kaum. Dalam kaedah politik ini unsur nasionalisme
Melayu memainkan peranan penting sebagai penggerak tuntutan supaya bahasa Melayu
dikembalikan kedaulatannya sebagai bahasa pemerintahan di negara yang merdeka
menggantikan kedudukan bahasa Inggeris. Tiada siapa yang dapat menentang tuntutan ini kerana
sejarah dan kekuatan sosiobudaya bahasa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan diseluruh
rantau Nusantara atau Gugusan Pulau-Pulau Melayu ratusan tahun lamanya sebelum Tanah
Melayu dan Dunia Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa Barat menjadi bukti kukuh untuk
mengabsahkan tuntutan itu. Kepentingan politik (misalnya soal kerakyatan), bahasa dan budaya
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
bangsa-bangsa lain yang menginap di Malaysia diterima oleh orang Melayu. Inilah asas tolak
ansur dasar bahasa itu.
1.1Definisi Dasar Bahasa
Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) menyatakan bahawa dasar ialah bahagian
terpenting, faktor terpenting, paling asas atau pokok. Berdasarkan pada kenyataan Dewan Bahasa
dan Pustaka di atas maka dapat dikatakan dasar ialah asas dan bahagian terpenting dalam sistem
pendidikan. Menurut Sufean Hussin (2002) dasar ialah ketetapan dalam proses pengurusan
organisasi atau kerajaan yang tidak statik kerana motifnya bersandar sama ada pada politik,
ekonomi dan sosial, serta sains dan teknologi. Berdasarkan kenyataan Sufean Hussin (2002) kita
dapati dasar ialah suatu bidang pengurusan dalam sesuatu organisasi atau sebuah kerajaan yang
banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor sebagai contoh ekonomi, politik dan sosial.
Mengikut Kamus Dewan pula Bahasa membawa maksud sistem lambang bunyi suara
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok Malaysia untuk melahirkan
perasaan atau fikiran (Kamus Dewan 1998:37)
Setiap negara di dunia ada dasar bahasa. Dasar bahasa itu digubal bukan untuk main-main atau
untuk memenuhi semangat kebangsaan semata-mata tetapi untuk tujuan yang pragmatik dan
untuk kebaikan dan kepentingan negara. Maka wajiblah rakyat dan segala pihak di negara ini
mematuhi atau menghormati dasar bahasa itu. Ada negara yang rakyatnya sangat menghormati
dasar bahasanya. Sebagai contoh, di negara Perancis, jikalau terdapat sebuah kedai (pihak
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
swasta) mempromosi barangannya dalam bahasa asing, misalnya Bahasa Inggeris, orang
Perancis berasa mereka berhak membantah perbuatan itu kerana perbuatan itu melanggar atau
tidak menghormati dasar bahasa negara Perancis.
Kita di Malaysia pun mempunyai dasar bahasa sendiri. Bahasa Melayu ialah bahasa
kebangsaan, menurut Akta atau undang-undang bahasa yang ada selama ini, hendaklah
digunakan sebagai bahasa urusan rasmi kerajaan dan negara. Dasar ini seharusnya dihormati oleh
semua pihak di negara ini. Bahasa Melayu ialah bahasa yang diketahui oleh hampir semua rakyat
Malaysia. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas
diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama
negara Perlembagaan tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh
Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negara dan segala dasar kerajaan. Peruntukkan di bawah
Perkara 152 tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-
Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh perlembangaan di bawah Perkara 152 (5).
1.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan.
Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara berbilang bangsa dan bahasa seperti
Malaysia ialah masalah bahasa apakah yang patut digunakan sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi kerajaan atau negara. Ini bukan sahaja merupakan masalah ideolagi yang berkait
dengan soal nasionalisme, perpaduan bangsa dan jati diri negara tetapi juga masalah
pragmatisme yakni masalah fungsi bahasa itu sebagai alat pembangunan negara. Untuk
menyelesaikan masalah ini Malaysia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara untuk
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara yang merdeka selepas tahun 1957 di
samping mengangkat tarafnya menjadi bahasa kebangsaan yang diharap akan berfungsi sebagai
bahasa komunikasi luas dalam masyarakat pelbagai kaum dan bahasa.
Sebagai Bahasa Kebangsaan kepada negara baru yang berdaulat. Bahasa Melayu
dikehendaki memikul beban tugas baharu. Selain bahasa rasmi negara, ia menjadi bahasa
pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan
institusi pengajian tinggi. Semua ini dipikul peringkat demi peringkat oleh Bahasa Melayu sejak
tahun 1957, ketika negara mencapai kemerdekaan. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan jelas termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Fasal (1) Perkara 152 dalam
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa: “Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan
hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-
undang Parlimen…” Profesor Asmah Haji Omar dalam bukunya “Perancangan Bahasa” dengan
Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia telah mengistiharkan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Berdasarkan
definisi ini, kita pasti Bahasa Kebangsaan mempunyai fungsi yang besar kerana ia menjadi
lambang persatuan dan kedaulatan negara. Fungsi bahasa Melayu dan bahasa lain dengan jelas
dan tegas disebut dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
(Disemak 1971). Malahan daripada kedua-dua sumber tersebut telah diperluas tafsiran terhadap
kedudukan dan fungsi bahasa Melayu dalam beberapa undang-undang yang lain serta dalam
peraturan-peraturan jabatan dan surat Pekeliling Kerajaan.
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
1.3 Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
Bahasa Melayu telah mengalami proses perlembagaan yang begitu pesat. Sejak
merdeka Bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan yang
menggantikan Bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara dan bahasa
pengantar utama di sekolah kebangsaan di peringkat rendah ke peringkat menengah tinggi
sampai ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, Bahasa Melayu menjadi pendukung dan
berperanan sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum dan berlainan agama.
1.4 Definisi Bahasa Melayu
Berlandaskan Kamus Dewan „Bahasa‟ membawa maksud sistem lambang bunyi suara
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok untuk melahirkan perasaan atau
fikiran (Kamus Dewan 1998:37). Manakala „Melayu‟ didefinisikan sebagai nama asal bangsa
yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya ataupun nama suku
bangsa terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu (Kamus Dewan 1998:440). Oleh itu boleh
disimpulkan bahawa bahasa Melayu adalah kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan
digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan yang diterima dan diguna pakai oleh
rakyat sesebuah negara sebagai alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu adalah termaktub dalam
Perkara 152 mengikut Perlembagaan Malaysia. Di bawah artikel 152 mengatakan bahawa
Perlembagaan Malaysia itu sendiri memperuntukkan Bahasa Kebangsaan di Malaysia ialah
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak
menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan
sekalipun dengan menggunakan dana awam. Ini terbukti kewujudan Perkara 152 tidak boleh
dipadam kerana Perkara 152 (5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan
sekiranya ia hendak dipinda (Edisi Februari 2006)
Perkara 152, Bahasa Kebangsaan memperuntukkan:
1)Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan
melalui undang-undang oleh Parlimen.
Dengan syarat bahawa:
(a)Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud
rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa bahasa lain dan
(b)Tiada apa-apa juga dalam Fasal ini boleh menjelaskan hak kerajaan Persekutuan atau hak
mana-mana kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian
bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
1)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di
dalam kedua-dua Majlis Parlimen di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri dan bagi segala
maksud rasmi yang lain.
2)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih –
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
a)Segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak
dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
b)Segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiary yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris.
1)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam Bahasa
Inggeris;
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju keterangan
yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau
direkodkan dalam Bahasa Inggeris.
1)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala
prosiding di dalam Mahkamah Rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam Bahasa
Inggeris.
2)Dalam Perkara ini „maksud rasmi‟ ertinya apa-apa maksud kerajaan sama ada Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa
awam.
1.5 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu
bangsa atau negara secara unik. Selain itu, Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang diangkat
menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
rasmi negara tersebut. Ia juga melambangkan jati diri negara dan kewarganegaraan bukti tentang
kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara berdaulat yang lain. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik
dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan. Bahasa kebangsaan juga
mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat sesebuah negara. Semua yang
berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya Bahasa Melayu di Malaysia, Bahasa
Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun dan Bahasa
Jerman di Jerman. Sesetengah negara yang mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan.
Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa
kebangsaannya.
Merujuk negara kita yang majmuk ini, secara dasarnya tidak ada sesiapapun yang berhak
untuk membenci mana-mana bahasa pun yang dituturkan di negara ini. Begitu juga tidak waras
untuk kita membenci bahasa Melayu yang telah termaktub sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan negara ini. Kita perlu sedar akan konsep menuntut ilmu yang banyak adalah baik dan
meningkat taraf atau darjat kita termasuk jika kita belajar bahasa yang banyak (bahasa apa pun)
dan bukan sebaliknya. Dengan sikap keterbukaan akan membantu kita ke arah menjiwai Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia yang turut
menjadi bahasa pengucapan „Kelima terbesar di dunia‟ (disesuaikan daripada kertas kerja yang
dibentang semasa Konvesyen Munsyi Dewan (DBP) “Memperkasa Bahasa Melayu di Sektor
Swasta: Satu Tinjauan Selepas 50 tahun Merdeka”, pada 18-21 April 2008 di Hotel Crown
Princess, Kuala Lumpur). Martabat Bahasa Melayu sepatutnya dijaga daripada sekecil-kecil
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
perkara termasuk nama sehinggalah kepada hal yang lebih besar berkaitan dengan pengisiannya,
pembakuan sebutan, tatabahasa, istilah dan laras bidang ilmu.
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 merupakan punca kuasa utama usaha
memperkasa Bahasa Melayu di Malaysia. Apabila Bahasa Melayu diistiharkan dalam
Perlembagaan sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu (atau kemudiannya
Malaysia) itu bererti Bahasa Melayu sudah berubah taraf dan fungsi sebagai „Bahasa
Kebangsaan Melayu‟ kepada Bahasa Kebangsaan Negara Malaysia.
1.6 Isu Berkaitan Dasar Bahasa Kebangsaan
Pada Julai 2002, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri , waktu itu Mantan Perdana Menteri
Tun Dr. Mahathir Mohamad meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pada Januari 2003, dasar ini diperkenalkan
berperingkat-peringkat dimulai dengan Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan
Tingkatan 4 untuk sekolah menengah. Pada Januari 2007 pelaksanaan penuh PPSMI untuk
peringkat sekolah menengah. Pada Mac 2009 satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya
meningkatkan empat peratus penguasaan Bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat
untuk mempelajari Sains dan Matematik. Kajian 53 pakar bahasa merumuskan bahawa dasar
kontroversi tersebut menimbulkan kerugian berganda kepada murid terutama kepada 75% murid
yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga matapelajaran
tersebut iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pada 8 Julai 2009 Menteri Pelajaran Tan Sri
Muhyiddin Yasin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 dan
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
dua subjek itu akan diajar menggunakan Bahasa Melayu selain bahasa ibunda di sekolah jenis
kebangsaan. Kabinet memutuskan memansuhkan PPSMI 2012 setelah mendapati dasar tersebut
gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar dan pada masa yang sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar
dalam kedua-dua subjek itu. Kemudian, PPSMI diganti dengan dasar „Memartabatkan Bahasa
Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang disifatkan sebagai strategi pendidikan
serampang dua mata .
DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH
BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang
sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar
utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional
dan antarabangsa.
TUJUAN MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH
BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia
merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan
bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan
bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi
membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
4.0 RASIONAL MBMMBI
4.1` Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah
rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang
tersebut. Apabila para pelajar mula menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium untuk
berkomunikasi, ini akan menyebabkan mereka alpa untuk bertutur di dalam bahasa ibunda terutamanya
kepada anak-anak kecil yang masih di peringkat awal pendidikan. Oleh itu,kepentingan bahasa
ibunda secara perlahan-lahan akan terhakis dan tidak lagi menjadi bahasa utama untuk para pelajar
berkomunikasisamaadadisekolahmahupundirumah.
4.2 PPSMItelahmelebarkanjurangpencapainSains danMatematikantarapelajardi bandardanjugadi luar
Bandar. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya
bukan bahasa Inggeris (luarbandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa
ibundanyamerupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini
memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran
seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
berbahasa Inggeris mereka. Tambahan pula, pelajar- pelajar di luar bandar juga tidak begitu
mahir dalam menguasai pertuturan dan juga penulisan menerusi medium bahasa Inggeris. Ini akan
menyebabkan kesukaran untuk memahami proses pengajaran dan pembelajarandan menyebabkan mereka
ketinggalan di dalam banyak aspek. Sebagai kesan,pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik khususnya akan merosot dan hal ini juga dapat menghakis minat untuk belajar akibat kehilangan
fokus.
4.3 Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 telah menekankan tentang perlunya
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan dijadikan panduan. Seperti
kata pepatah Melayu, „‟‟Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas‟. Sejak 1956 lagi dasar pendidikan
Negara telah menekankan kepentingan terhadap penggunaan bahasa Melayu dan sehingga kini,
bahasa ibunda masih dituturkan di bibir-bibir rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara. Ini
membawa maksud bahasa Melayu tidak pernah lupus ditelan arus kemajuan dan global yang
semakinpesat.
Kepimpinan Sekolah
Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris – peruntukan waktu bagi SK Tahap 1 dan Tahap 2
ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap 1
ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Perun tukan waktu
Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan
waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah – Transformasi Kurikulum Bahasa
Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa
Inggeris melalui pendekatan modular.
Asas berbahasa (Back to Basics) – Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan pengukuhan
penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping
menerapkan elemen pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts.
Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa.
Didik Hibur – Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P
bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral
speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera
Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan
bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre.
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – Kurikulum Bahasa Inggeris akan
mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan
kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan.
Penetapan Model Bahasa Inggeris – model Standard British English digunakan sebagai panduan
supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan
tatabahasa.
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah – Transformasi Kurikulum Bahasa
Inggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa
mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus dalam modul
Grammar.
Sumber P&P – Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian supaya
boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P
Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai.
Guru – Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru – murid, seorang guru
Bahasa Inggeris gred DG41 akan disediakan bagi membantu guru yagn mengajar kelas
berenrolmen besar (contoh: kelas melebihi 35 murid) di Tahun 1 dan 2.
Perkongsian dan Jaringan Guru – sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan berkesan.
Kepimpinan Sekolah – Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan tentang
peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak
kurikulum Bahasa Inggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai objektif
yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri
dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program seperti English Camp atau English Village akan
dijalankan secara berterusan.
4.3.0 Pelaksanaan MBMMBI
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas( SPI ) Bil.
12/2011 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris ( MBMMBI ) bertarikh 4 November 2011yang menjelaskan pelaksanaan Dasar
MBMMBI. Di bawah dasar MBMMBI, pengajaran sains dan matematik dilaksanakan
dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan ( SK ) dan sekolah menengah , bahasa cina
di sekolah jenis kebangsaan Cina ( SJKC ) dan bahasa Tamil di sekolah kebangsaan Tamil
( SJKT ) . Bagi melicinkan pelaksanaan dasar tersebut dalam tempoh peralihan ini , garis
panduan telah disediakan bagi membantu pihak sekolah untuk membuat keputusan tentang
pemilihan bahasa dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) sains dan
matematik .
4.3.1 Pihak sekolah boleh meneruskan p&p bagi sains dan matematik berdasarkan
situasi semasa yang sedang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing kelas yang
menggunakan bahasa Malaysia dalam p&p sains dan matematik hendaklah terus
menggunakan bahasa tersebut atau kelas yang menggunakan bahasa inggeris dalam p&p
sains dan matematik juga boleh terus menggunakan bahan tersebut atau bagi kelas yang
menggunakan dwibahasa , penggunaan Bahasa Malalaysia amat digalakkan .Walau
bagaimanapun , penggunaan bahasa inggeris dibenarkan bagi menerangkan istilah dan
konsep. Murid juga dibenarkan untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa
yang dikuti sebelum ini.
4.3.2 Pemilihan penggunaan Bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik tertakluk
kepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah.Kesediaan guru bermaksud guru
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
yang sedia ada di sekolah untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.Jawatan Kurikulum
Sekolah mempertimbangkan kesediaan murid untuk mengikuti p&p dalam Bahasa
Inggeris.Pihak sekolah dibenarkan untuk menentukan bilangan kelas yang akan
melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa inggeris / bahasa Malaysia
berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.Sekolah akan dibekalkan dengan
buku glosari oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk membantu menerangkan
istilah dan konsep sains dalam p&p sains dan matematik.Sekolah juga boleh memuat turun
glosari daripada laman web Kementerian Pelajaran.
4.3.3 Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar MBMMBI dalam tempoh
peralihan ini, satu pasukan petugas khas hendaklah ditubuhkan di peringkat KPM, JPN dan
PPD. Peranan pasukan petugas khas ini adalah untuk menjadi sumber rujukan
,memantau,menyediakan laporan, menyelaras dan menyelesaikan isu-isu berbangkit dan
mengumpul data pelaksanaan MBMMBI.Setiap petugas hendaklah mengadakan mesyuarat
mingguan seperti setiap hari Rabu KPM dan dipengerusikan oleh KPPM, Setiap hari selasa
JPN bermesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN dan setiap hari Isnin , PPD
bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah.Manakala keurusetiaan
dan urusan pendokumentasian bagi pasukan Petugas Khas adalah seperti berikut. KPM
diurusetiakan oleh Bahagian Sekolah Harian, manakala JPN dan PPD diurusetia oleh
Sektor Pengurusan Sekolah .
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
4.3.4 Dalam usaha menjayakan dasar ini, KPM mengangkat kembali matapelajaran
Bahasa Malaysia sebagai matapelajaran utama dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama
negara. Semua rakyat negara Malaysia khususnya guru mestilah menjaga dalam memelihara
Bahasa Malaysia kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa. Oleh demikian peruntukan masa
untuk pengajaran Bahasa Malaysia akan ditambah mulai tahun 2011 apabila dasar
MBMMBI dilaksanakan sepenuhnya .Pertambahan masa Bahasa Malaysia daripada 270
minit kepada 330 minit di SJKC/T, manakala untuk SK dikekalkan kepada 270 minit . Ini
menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memartabatkan
kembali Bahasa Malaysia di sekolah.
4.3.5 Beberapa strategi telah diambil bagi menjayakan dasar MBMMBI ini . Antaranya
adalah pendekatan modular kurikulum Bahasa Malaysia.Penguasaan asas kemahiran
berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik
menerusi modul p&p yang telah disediakan khas untuk dasar MBMMBI. Asas berbahasa
ditekankan dimana pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik.
Justeru itu, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan
bahasa kebangsaan akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa iaitu
bangsa Malaysia.
Pendekatan didik hibur dalam p&p ditekankan dalam KSSR yang
mana unsur ini boleh menarik minat dan menyeronokkan murid dalam mempelajari
Bahasa Malaysia. Selain itu, KSSR juga menekankan elemen-elemen kemahiran
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
mendengar, bertutur, menulis dan membaca serta tatabahasa dan seni bahasa.
Teknologi maklumat dan komunikasi dalam p &p. Penggunaan teknologi maklumat
seperti perisian, e-mel,laman sembang dan pembelajaran interaktif diwujudkan untuk
menarik minat pelajar. Buku panduan guru untuk pelajar tingkatan satu tahun 2012
dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi yang lebih berkesan dibekalkan di sekolah
sekolah.Program bacaan seperti NILAM dititikberatkan disemua sekolah.
Dalam melaksanakan MBMMBI, pihak kementerian memperkenalkan makmal bahasa
Di mana makmal komputer sekolah digunakan sebagai makmal bahasa bagi menyokong
dasar ini . Penggunaan makmal komputer sebagai makmal bagi P&P bahasa dilaksana
berasaskan beberapa perkara iaitu menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk
makmal bahasa.Di samping itu, harus mengoptimumkan penggunaan makmal komputer
bagi p&p. Dengan ini dapat menggalakkan penggunaan ICT dalam proses p&p bahasa
di sekolah.Seterusnya dapat membantu guru dan murid memperkasakan Bahasa Malaysia
dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.
Objektif makmal diperkenalkan ialah satu pendekatan dalam menambah baik
kurikulum pembelajaran bahasa dan disamping itu dapat menyediakan satu medium
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM
interaktif dan mnyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Melalui penggunaan komputer juga, pelajar secara
individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong p&p
bahasa di dalam kelas sebenar dan ini akan meningkatkan daya kreativiti pelajar.Malah,
makmal bahasa ini juga menjadi pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa misal
nya mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid dan filem yang berkaitan.

More Related Content

What's hot

Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kataAsri Mohad
 
Kesan Perubahan kadar pertukaran asing ke atas Eksport
Kesan Perubahan kadar pertukaran asing ke atas EksportKesan Perubahan kadar pertukaran asing ke atas Eksport
Kesan Perubahan kadar pertukaran asing ke atas Eksporton bong
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING NurZahidah22
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 

What's hot (20)

Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
Kesan Perubahan kadar pertukaran asing ke atas Eksport
Kesan Perubahan kadar pertukaran asing ke atas EksportKesan Perubahan kadar pertukaran asing ke atas Eksport
Kesan Perubahan kadar pertukaran asing ke atas Eksport
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
Dasar penswastaan.
Dasar penswastaan.Dasar penswastaan.
Dasar penswastaan.
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989
 

Similar to Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris

Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Fazila Latiff
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKAFitriah Gi Kwang
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptEwei Voon
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanNur Amalina Razali
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxsuhailangadiron
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraYahya Othman
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuKelvin WC
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuSiew Hong Ting
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOzaidinajihah05
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012johari7755
 
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa MelayuPengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayuadibilham1
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Muhammad Amirul
 
Maklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiaMaklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiabaibasir
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaAnua Haris
 

Similar to Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris (20)

Presentation mlysian studies
Presentation mlysian studiesPresentation mlysian studies
Presentation mlysian studies
 
Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
 
Bb
BbBb
Bb
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negara
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCO
 
Ucapan perasmian
Ucapan perasmianUcapan perasmian
Ucapan perasmian
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa MelayuPengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
 
TEKS PIDATO.docx
TEKS PIDATO.docxTEKS PIDATO.docx
TEKS PIDATO.docx
 
Maklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiaMaklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysia
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsa
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 

More from CIKGU NAZARINANAWAWI

More from CIKGU NAZARINANAWAWI (12)

Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Kajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatifKajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatif
 
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritisKajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
 
Kajian induktif
Kajian induktifKajian induktif
Kajian induktif
 
Kajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANUKajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANU
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
 
Tugasan buku cerita ppg2012
Tugasan buku cerita ppg2012Tugasan buku cerita ppg2012
Tugasan buku cerita ppg2012
 
Edward De Bono
 Edward De Bono Edward De Bono
Edward De Bono
 

Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris

  • 1. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM 1.0 Pengenalan Setiap negara di dunia mempunyai dasar bahasa, ada yang bertulis, misalnya dimaktubkan dalam Perlembagaan negara (contohnya banyak) atau ditakrifkan melalui undang- undang tertentu bahasa dan ada yang tidak bertulis (contohnya tidak banyak). Sama ada dasar bahasa itu bertulis atau tidak bertulis, tujuannya harus jelas. Kita dapat memikirkan bahawa terdapat tiga tujuan dasar bahasa di mana-mana sahaja iaitu (a) untuk dijadikan alat perpaduan bangsa atau Negara atau sebagai lambang jati diri negara, (b) untuk menyelesaikan masalah kecekapan komunikasi di peringkat pentadbiran negara terutama di negara pelbagai bahasa dan (c) untuk dijadikan alat pembangunan atau kemajuan negara dalam berbagai-bagai bidang: pendidikan, ekonomi, teknologi, budaya dan ilmu. Ketiga-tiga tujuan ini boleh jadi dan memang biasa didorong sama ada secara sedar atau tidak oleh kesedaran dan semangat kebangsaan (nasionalisme) atau boleh jadi juga ditentukan melalui perundingan politik seperti yang berlaku di Malaysia dalam tahun 1956 apabila dasar bahasa yang kita warisi hari ini diterima melalui proses yang disebut tolak-ansur antara kaum. Dalam kaedah politik ini unsur nasionalisme Melayu memainkan peranan penting sebagai penggerak tuntutan supaya bahasa Melayu dikembalikan kedaulatannya sebagai bahasa pemerintahan di negara yang merdeka menggantikan kedudukan bahasa Inggeris. Tiada siapa yang dapat menentang tuntutan ini kerana sejarah dan kekuatan sosiobudaya bahasa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan diseluruh rantau Nusantara atau Gugusan Pulau-Pulau Melayu ratusan tahun lamanya sebelum Tanah Melayu dan Dunia Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa Barat menjadi bukti kukuh untuk mengabsahkan tuntutan itu. Kepentingan politik (misalnya soal kerakyatan), bahasa dan budaya
  • 2. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM bangsa-bangsa lain yang menginap di Malaysia diterima oleh orang Melayu. Inilah asas tolak ansur dasar bahasa itu. 1.1Definisi Dasar Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) menyatakan bahawa dasar ialah bahagian terpenting, faktor terpenting, paling asas atau pokok. Berdasarkan pada kenyataan Dewan Bahasa dan Pustaka di atas maka dapat dikatakan dasar ialah asas dan bahagian terpenting dalam sistem pendidikan. Menurut Sufean Hussin (2002) dasar ialah ketetapan dalam proses pengurusan organisasi atau kerajaan yang tidak statik kerana motifnya bersandar sama ada pada politik, ekonomi dan sosial, serta sains dan teknologi. Berdasarkan kenyataan Sufean Hussin (2002) kita dapati dasar ialah suatu bidang pengurusan dalam sesuatu organisasi atau sebuah kerajaan yang banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor sebagai contoh ekonomi, politik dan sosial. Mengikut Kamus Dewan pula Bahasa membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok Malaysia untuk melahirkan perasaan atau fikiran (Kamus Dewan 1998:37) Setiap negara di dunia ada dasar bahasa. Dasar bahasa itu digubal bukan untuk main-main atau untuk memenuhi semangat kebangsaan semata-mata tetapi untuk tujuan yang pragmatik dan untuk kebaikan dan kepentingan negara. Maka wajiblah rakyat dan segala pihak di negara ini mematuhi atau menghormati dasar bahasa itu. Ada negara yang rakyatnya sangat menghormati dasar bahasanya. Sebagai contoh, di negara Perancis, jikalau terdapat sebuah kedai (pihak
  • 3. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM swasta) mempromosi barangannya dalam bahasa asing, misalnya Bahasa Inggeris, orang Perancis berasa mereka berhak membantah perbuatan itu kerana perbuatan itu melanggar atau tidak menghormati dasar bahasa negara Perancis. Kita di Malaysia pun mempunyai dasar bahasa sendiri. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, menurut Akta atau undang-undang bahasa yang ada selama ini, hendaklah digunakan sebagai bahasa urusan rasmi kerajaan dan negara. Dasar ini seharusnya dihormati oleh semua pihak di negara ini. Bahasa Melayu ialah bahasa yang diketahui oleh hampir semua rakyat Malaysia. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negara dan segala dasar kerajaan. Peruntukkan di bawah Perkara 152 tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja- Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh perlembangaan di bawah Perkara 152 (5). 1.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan. Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara berbilang bangsa dan bahasa seperti Malaysia ialah masalah bahasa apakah yang patut digunakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kerajaan atau negara. Ini bukan sahaja merupakan masalah ideolagi yang berkait dengan soal nasionalisme, perpaduan bangsa dan jati diri negara tetapi juga masalah pragmatisme yakni masalah fungsi bahasa itu sebagai alat pembangunan negara. Untuk menyelesaikan masalah ini Malaysia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara untuk
  • 4. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara yang merdeka selepas tahun 1957 di samping mengangkat tarafnya menjadi bahasa kebangsaan yang diharap akan berfungsi sebagai bahasa komunikasi luas dalam masyarakat pelbagai kaum dan bahasa. Sebagai Bahasa Kebangsaan kepada negara baru yang berdaulat. Bahasa Melayu dikehendaki memikul beban tugas baharu. Selain bahasa rasmi negara, ia menjadi bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semua ini dipikul peringkat demi peringkat oleh Bahasa Melayu sejak tahun 1957, ketika negara mencapai kemerdekaan. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan jelas termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Fasal (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa: “Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang- undang Parlimen…” Profesor Asmah Haji Omar dalam bukunya “Perancangan Bahasa” dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia telah mengistiharkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Berdasarkan definisi ini, kita pasti Bahasa Kebangsaan mempunyai fungsi yang besar kerana ia menjadi lambang persatuan dan kedaulatan negara. Fungsi bahasa Melayu dan bahasa lain dengan jelas dan tegas disebut dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak 1971). Malahan daripada kedua-dua sumber tersebut telah diperluas tafsiran terhadap kedudukan dan fungsi bahasa Melayu dalam beberapa undang-undang yang lain serta dalam peraturan-peraturan jabatan dan surat Pekeliling Kerajaan.
  • 5. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM 1.3 Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan Bahasa Melayu telah mengalami proses perlembagaan yang begitu pesat. Sejak merdeka Bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan yang menggantikan Bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara dan bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan di peringkat rendah ke peringkat menengah tinggi sampai ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, Bahasa Melayu menjadi pendukung dan berperanan sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan berlainan agama. 1.4 Definisi Bahasa Melayu Berlandaskan Kamus Dewan „Bahasa‟ membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok untuk melahirkan perasaan atau fikiran (Kamus Dewan 1998:37). Manakala „Melayu‟ didefinisikan sebagai nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya ataupun nama suku bangsa terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu (Kamus Dewan 1998:440). Oleh itu boleh disimpulkan bahawa bahasa Melayu adalah kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan yang diterima dan diguna pakai oleh rakyat sesebuah negara sebagai alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu adalah termaktub dalam Perkara 152 mengikut Perlembagaan Malaysia. Di bawah artikel 152 mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia itu sendiri memperuntukkan Bahasa Kebangsaan di Malaysia ialah
  • 6. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Ini terbukti kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 152 (5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda (Edisi Februari 2006) Perkara 152, Bahasa Kebangsaan memperuntukkan: 1)Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa: (a)Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa bahasa lain dan (b)Tiada apa-apa juga dalam Fasal ini boleh menjelaskan hak kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. 1)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri dan bagi segala maksud rasmi yang lain. 2)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih –
  • 7. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM a)Segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan b)Segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiary yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris. 1)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam Bahasa Inggeris; Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam Bahasa Inggeris. 1)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris. 2)Dalam Perkara ini „maksud rasmi‟ ertinya apa-apa maksud kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. 1.5 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Bahasa Kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Selain itu, Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa
  • 8. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM rasmi negara tersebut. Ia juga melambangkan jati diri negara dan kewarganegaraan bukti tentang kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat sesebuah negara. Semua yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya Bahasa Melayu di Malaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun dan Bahasa Jerman di Jerman. Sesetengah negara yang mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan. Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya. Merujuk negara kita yang majmuk ini, secara dasarnya tidak ada sesiapapun yang berhak untuk membenci mana-mana bahasa pun yang dituturkan di negara ini. Begitu juga tidak waras untuk kita membenci bahasa Melayu yang telah termaktub sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Kita perlu sedar akan konsep menuntut ilmu yang banyak adalah baik dan meningkat taraf atau darjat kita termasuk jika kita belajar bahasa yang banyak (bahasa apa pun) dan bukan sebaliknya. Dengan sikap keterbukaan akan membantu kita ke arah menjiwai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia yang turut menjadi bahasa pengucapan „Kelima terbesar di dunia‟ (disesuaikan daripada kertas kerja yang dibentang semasa Konvesyen Munsyi Dewan (DBP) “Memperkasa Bahasa Melayu di Sektor Swasta: Satu Tinjauan Selepas 50 tahun Merdeka”, pada 18-21 April 2008 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur). Martabat Bahasa Melayu sepatutnya dijaga daripada sekecil-kecil
  • 9. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM perkara termasuk nama sehinggalah kepada hal yang lebih besar berkaitan dengan pengisiannya, pembakuan sebutan, tatabahasa, istilah dan laras bidang ilmu. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 merupakan punca kuasa utama usaha memperkasa Bahasa Melayu di Malaysia. Apabila Bahasa Melayu diistiharkan dalam Perlembagaan sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu (atau kemudiannya Malaysia) itu bererti Bahasa Melayu sudah berubah taraf dan fungsi sebagai „Bahasa Kebangsaan Melayu‟ kepada Bahasa Kebangsaan Negara Malaysia. 1.6 Isu Berkaitan Dasar Bahasa Kebangsaan Pada Julai 2002, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri , waktu itu Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pada Januari 2003, dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dimulai dengan Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk sekolah menengah. Pada Januari 2007 pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah. Pada Mac 2009 satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan Bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik. Kajian 53 pakar bahasa merumuskan bahawa dasar kontroversi tersebut menimbulkan kerugian berganda kepada murid terutama kepada 75% murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga matapelajaran tersebut iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pada 8 Julai 2009 Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 dan
  • 10. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM dua subjek itu akan diajar menggunakan Bahasa Melayu selain bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan. Kabinet memutuskan memansuhkan PPSMI 2012 setelah mendapati dasar tersebut gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan pada masa yang sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua-dua subjek itu. Kemudian, PPSMI diganti dengan dasar „Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang disifatkan sebagai strategi pendidikan serampang dua mata . DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. TUJUAN MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
  • 11. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. 4.0 RASIONAL MBMMBI 4.1` Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Apabila para pelajar mula menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium untuk berkomunikasi, ini akan menyebabkan mereka alpa untuk bertutur di dalam bahasa ibunda terutamanya kepada anak-anak kecil yang masih di peringkat awal pendidikan. Oleh itu,kepentingan bahasa ibunda secara perlahan-lahan akan terhakis dan tidak lagi menjadi bahasa utama untuk para pelajar berkomunikasisamaadadisekolahmahupundirumah. 4.2 PPSMItelahmelebarkanjurangpencapainSains danMatematikantarapelajardi bandardanjugadi luar Bandar. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luarbandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanyamerupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan
  • 12. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM berbahasa Inggeris mereka. Tambahan pula, pelajar- pelajar di luar bandar juga tidak begitu mahir dalam menguasai pertuturan dan juga penulisan menerusi medium bahasa Inggeris. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk memahami proses pengajaran dan pembelajarandan menyebabkan mereka ketinggalan di dalam banyak aspek. Sebagai kesan,pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik khususnya akan merosot dan hal ini juga dapat menghakis minat untuk belajar akibat kehilangan fokus. 4.3 Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 telah menekankan tentang perlunya penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan dijadikan panduan. Seperti kata pepatah Melayu, „‟‟Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas‟. Sejak 1956 lagi dasar pendidikan Negara telah menekankan kepentingan terhadap penggunaan bahasa Melayu dan sehingga kini, bahasa ibunda masih dituturkan di bibir-bibir rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara. Ini membawa maksud bahasa Melayu tidak pernah lupus ditelan arus kemajuan dan global yang semakinpesat. Kepimpinan Sekolah Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris – peruntukan waktu bagi SK Tahap 1 dan Tahap 2 ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap 1 ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Perun tukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian
  • 13. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam. Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah – Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular. Asas berbahasa (Back to Basics) – Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping menerapkan elemen pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts. Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa. Didik Hibur – Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre. Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – Kurikulum Bahasa Inggeris akan mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan. Penetapan Model Bahasa Inggeris – model Standard British English digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa.
  • 14. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah – Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar. Sumber P&P – Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai. Guru – Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru – murid, seorang guru Bahasa Inggeris gred DG41 akan disediakan bagi membantu guru yagn mengajar kelas berenrolmen besar (contoh: kelas melebihi 35 murid) di Tahun 1 dan 2. Perkongsian dan Jaringan Guru – sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan berkesan. Kepimpinan Sekolah – Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa Inggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program seperti English Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan. 4.3.0 Pelaksanaan MBMMBI
  • 15. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas( SPI ) Bil. 12/2011 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) bertarikh 4 November 2011yang menjelaskan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Di bawah dasar MBMMBI, pengajaran sains dan matematik dilaksanakan dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan ( SK ) dan sekolah menengah , bahasa cina di sekolah jenis kebangsaan Cina ( SJKC ) dan bahasa Tamil di sekolah kebangsaan Tamil ( SJKT ) . Bagi melicinkan pelaksanaan dasar tersebut dalam tempoh peralihan ini , garis panduan telah disediakan bagi membantu pihak sekolah untuk membuat keputusan tentang pemilihan bahasa dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) sains dan matematik . 4.3.1 Pihak sekolah boleh meneruskan p&p bagi sains dan matematik berdasarkan situasi semasa yang sedang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing kelas yang menggunakan bahasa Malaysia dalam p&p sains dan matematik hendaklah terus menggunakan bahasa tersebut atau kelas yang menggunakan bahasa inggeris dalam p&p sains dan matematik juga boleh terus menggunakan bahan tersebut atau bagi kelas yang menggunakan dwibahasa , penggunaan Bahasa Malalaysia amat digalakkan .Walau bagaimanapun , penggunaan bahasa inggeris dibenarkan bagi menerangkan istilah dan konsep. Murid juga dibenarkan untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang dikuti sebelum ini. 4.3.2 Pemilihan penggunaan Bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik tertakluk kepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah.Kesediaan guru bermaksud guru
  • 16. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM yang sedia ada di sekolah untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.Jawatan Kurikulum Sekolah mempertimbangkan kesediaan murid untuk mengikuti p&p dalam Bahasa Inggeris.Pihak sekolah dibenarkan untuk menentukan bilangan kelas yang akan melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa inggeris / bahasa Malaysia berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.Sekolah akan dibekalkan dengan buku glosari oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk membantu menerangkan istilah dan konsep sains dalam p&p sains dan matematik.Sekolah juga boleh memuat turun glosari daripada laman web Kementerian Pelajaran. 4.3.3 Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar MBMMBI dalam tempoh peralihan ini, satu pasukan petugas khas hendaklah ditubuhkan di peringkat KPM, JPN dan PPD. Peranan pasukan petugas khas ini adalah untuk menjadi sumber rujukan ,memantau,menyediakan laporan, menyelaras dan menyelesaikan isu-isu berbangkit dan mengumpul data pelaksanaan MBMMBI.Setiap petugas hendaklah mengadakan mesyuarat mingguan seperti setiap hari Rabu KPM dan dipengerusikan oleh KPPM, Setiap hari selasa JPN bermesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN dan setiap hari Isnin , PPD bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah.Manakala keurusetiaan dan urusan pendokumentasian bagi pasukan Petugas Khas adalah seperti berikut. KPM diurusetiakan oleh Bahagian Sekolah Harian, manakala JPN dan PPD diurusetia oleh Sektor Pengurusan Sekolah .
  • 17. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM 4.3.4 Dalam usaha menjayakan dasar ini, KPM mengangkat kembali matapelajaran Bahasa Malaysia sebagai matapelajaran utama dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama negara. Semua rakyat negara Malaysia khususnya guru mestilah menjaga dalam memelihara Bahasa Malaysia kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa. Oleh demikian peruntukan masa untuk pengajaran Bahasa Malaysia akan ditambah mulai tahun 2011 apabila dasar MBMMBI dilaksanakan sepenuhnya .Pertambahan masa Bahasa Malaysia daripada 270 minit kepada 330 minit di SJKC/T, manakala untuk SK dikekalkan kepada 270 minit . Ini menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memartabatkan kembali Bahasa Malaysia di sekolah. 4.3.5 Beberapa strategi telah diambil bagi menjayakan dasar MBMMBI ini . Antaranya adalah pendekatan modular kurikulum Bahasa Malaysia.Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul p&p yang telah disediakan khas untuk dasar MBMMBI. Asas berbahasa ditekankan dimana pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Justeru itu, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Pendekatan didik hibur dalam p&p ditekankan dalam KSSR yang mana unsur ini boleh menarik minat dan menyeronokkan murid dalam mempelajari Bahasa Malaysia. Selain itu, KSSR juga menekankan elemen-elemen kemahiran
  • 18. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM mendengar, bertutur, menulis dan membaca serta tatabahasa dan seni bahasa. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam p &p. Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel,laman sembang dan pembelajaran interaktif diwujudkan untuk menarik minat pelajar. Buku panduan guru untuk pelajar tingkatan satu tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi yang lebih berkesan dibekalkan di sekolah sekolah.Program bacaan seperti NILAM dititikberatkan disemua sekolah. Dalam melaksanakan MBMMBI, pihak kementerian memperkenalkan makmal bahasa Di mana makmal komputer sekolah digunakan sebagai makmal bahasa bagi menyokong dasar ini . Penggunaan makmal komputer sebagai makmal bagi P&P bahasa dilaksana berasaskan beberapa perkara iaitu menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk makmal bahasa.Di samping itu, harus mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi p&p. Dengan ini dapat menggalakkan penggunaan ICT dalam proses p&p bahasa di sekolah.Seterusnya dapat membantu guru dan murid memperkasakan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Objektif makmal diperkenalkan ialah satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum pembelajaran bahasa dan disamping itu dapat menyediakan satu medium
  • 19. DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI) BBM interaktif dan mnyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Melalui penggunaan komputer juga, pelajar secara individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong p&p bahasa di dalam kelas sebenar dan ini akan meningkatkan daya kreativiti pelajar.Malah, makmal bahasa ini juga menjadi pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa misal nya mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid dan filem yang berkaitan.