Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
1.0    PENGENALANBahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Padawaktu itu terdapat dua rat...
ke-16. Perkara yang menarik adalah ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilahdram atau dramma (Sanskrit) menjadi sat...
menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi linguafranca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan M...
perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan danperangkaan. Bahasa Melayu perlu duduk sama rend...
lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkahlaku, tatacara masyarakat, dan sekaligu...
2.0   Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu di MalaysiaCeraian 152 daripada Perlembagaan Negara baru yang pada ketika itu dik...
(i)    Penubuhan satu badan untuk memproses perkembangan Bahasa Melayu             bagi membolehkannya memikul tugas-tugas...
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa Bahasa Melayu telah mengalami beberapaperingkat pembinaan dan pemgembangan yang agak mend...
Pada peringkat pengajian tinggi, pertukaran daripada Bahasa Inggeris kepadaBahasa Melayu berlaku secara bernasur-ansur pad...
Di Malaysia bahasa kebangsaan atau bahasa baku iaitu Bahasa Melayu telahberusaha untuk mecapai ketiga-tiga fungsi di atas....
Bahasa Melayu Sebagai Bahas Ilmu cabaran Dan Harapan menyatakan bahawa ciribahasa ilmu adlah keintelektualan bahasa dan ke...
positif, tidak berbentuk spora dan berkembang                                    biak…EKONOMI                             ...
Manakala dari segi kelenturan pula, bahasa sepatutnya mempunyai kesesuaiandengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan ...
Kejayaan bahasa Melayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat melaluibeberapa aspek tertentu. Apabila membincang...
Namun, terdapat beberapa ancaman yang berlaku terhadap bahasa Melayu disekolah. Perkara ini berlaku apabila terdapat pihak...
yang penting dipelajari. Jalinan usahasama antara Kementerian Pengajian Tinggi,Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerang...
memperkembang fungsi bahasa Melayu jelas menggambarkan hasrat kita untuk terusmemperkasa bahasa Melayu kepada kedudukan ya...
kumpulan masyarakat juga disifatkan sebagai budaya bagi masyarakat tersebut. Dalamerti kata lain, budaya merupakan sesuatu...
Dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan di UKM yang lalu, Che Mazlan Saad,dari JIM, menyampaikan sebuah kertas kerja bertajuk ...
Walaupun kedudukan Bahasa Melayu sudah terjamin sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan dan...
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dinyatakan secaralangsung.       Pelaksanaan PPSMI di peringka...
bahasa pengantar di IPTA dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPTS.Keadaan ini semakin terbudaya, lebih-lebih l...
dan sudah sepatutnya usaha menambah bilangan penerbitan bahan-bahan tersebutdalam bahasa kebangsaan mendapat sokongan dari...
tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Keadaan inisemakin terbudaya, bukti dari tahun 1999 hin...
5.0   Langkah –     Langkah Menangani Cabaran Yang Dihadapi Oleh Bahasa      Melayu Sebagai pengucapan Ilmu Dan Budaya.   ...
didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraanpengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa ke...
Institusi pendidikan swasta mempunyai kebebasan untuk memilih bahasapengantar yang digunakan. Justeru, pihak institusi pen...
5.4   Memperbanyakkan Penerbitan Buku – Buku                Ilmiah dalam Bahasa      Kebangsaan Dan Menggiatkan Usaha Pent...
5.5     Menangani Isu Pencemaran BahasaPencemaran bahasa merupakan isu yang semakin serius dan perlu ditangani secaraberke...
6.0   KESIMPULANMartabat    dan   status    bahasa      Melayu   perlu    dipertahankan     dan     yang   akanmempertahan...
kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyaratMalaysia satu sumbangan ilmu.Sebagai rumusanny...
Bibliografi :Abdul Hamid Mahmood (2007). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran Dan      Harapan. Tanjong Malim: Pener...
Laman sesawang :http://akumelayutulen.blogspot.com/2009/04/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu_17.htmlhttp://ummahonline.wor...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

27,092 views

Published on

BIDANG KAJIAN SOSIOLINGUISTIK

Published in: Education
  • I have always found it hard to meet the requirements of being a student. Ever since my years of high school, I really have no idea what professors are looking for to give good grades. After some google searching, I found this service ⇒ www.HelpWriting.net ⇐ who helped me write my research paper. The final result was amazing, and I highly recommend ⇒ www.HelpWriting.net ⇐ to anyone in the same mindset as me.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Ich kann eine Website empfehlen. Er hat mir wirklich geholfen. ⇒ www.WritersHilfe.com ⇐ Zufrieden und beeindruckt.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating direct: ❤❤❤ http://bit.ly/39sFWPG ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating for everyone is here: ❤❤❤ http://bit.ly/39sFWPG ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • terima kasih daun keladi diatas info ini...
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

  1. 1. 1.0 PENGENALANBahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Padawaktu itu terdapat dua ratus bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut.Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia,Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam danKemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwandan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik. Bukti konkrit yangpertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683,dengan terjumpanya empat buah batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683Masihi, di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi di Kota Kapur, Pulau Bangka,pada 686 Masihi dan di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi. Perkataan "Melayu" sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atauMalai, yang bermaksud "Gunung"; dan "Gunung" itu pula ialah perkataan Melayumoden untuk perkataan purbanya "Pnom". Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323)merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur; catatan pegawai Portugis diMelaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600,merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu. Satu daripada tinggalanilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yangbermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah system angka perpuluhan yangada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang). Sebelum abad ke-8Mlagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalampelbagai bidang ilmu dan budaya dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada padamereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannyasebagai horasastera iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubungdengannya seperti matematik dan fizik. Menurut Shahrir Mohamad Zain, 2005, unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unitpanjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yangberasal dari istilah Inggeris (feet) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad
  2. 2. ke-16. Perkara yang menarik adalah ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilahdram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya, drum.Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unitbilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = duadimensi, bhineka=dua aneka, tri- (tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera =lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), danayuta/juta. Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awalabad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat, sebahagaiandaripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulaiabad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya. Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayuterdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI(sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmusihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadimanuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobatdan ahlinya tabib. Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia,bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sainsmoden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifathipotesis dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahalharganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis. Satu lagi bidang kekuatanorang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum),kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakatini ialah Kitab Abi Masyar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada1209h/1794M. Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernahmengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dandiberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana mindabangsanya. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudahdituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapatdalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain
  3. 3. menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi linguafranca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Pada zaman kerajaan Sriwijayabahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran, perdagangan dan sebagai bahasa ilmu.Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin selamaenam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusatpengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikel Penyusunan SejarahBahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan.Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman KesultananMelayu Melaka sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaansepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telahmengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopediakeluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagaibahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmupengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden sepertifizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, danagama. Menurut Nik Safiah Karim 2006, bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagaibahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakanpelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidangkejuruteraan, Bahasa Melayu harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untukmenerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejururteran elektrik dan elektronik,kejuruteraan mekanikal, dan kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini berbeza puladengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, sejarah, larasseni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya. Sebagai bahasa ilmu BahasaMalaysia harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuaiuntuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnyaapabila memperkatakan konsep ekonomi, maka perlulah Bahasa Melayu mempunyaiperbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untukmenyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa,
  4. 4. perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan danperangkaan. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi denganbahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun,Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis, yang sudah lama berperanan sebagai bahasailmu moden dengan jayanya. Menurut Ismail Hussein (1992) satu-satu bahasa yangmencapai taraf sebagai bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting, iaitukeintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu.Dengan keintelektualan bahasa dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaanmenyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitumengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Mengikut Ismail Hussein(1992), kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah penggunaan larassaintifik yang berusaha menghasilkan bentuk bahasa yang tepat yang mencerminkankejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa dicapai, terutama melalui perbendaharaan kata, dansebagainya melalui sistem bahasa. Seterusnya, bahasa itu juga perlu mempunyai cirikesempurnaan, iaitu sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai, tepat,tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaanya. Bahasa yang sempurnaitu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbgaian,keberkesanan, dan keindahan. Akhir sekali bahasa itu harus mempunyai ciri bahasa.Maksudnya bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan, pendapat dan buahfikiran itu harus mempunyai perkataan yang sedap didengar, bertenaga dan menarikdan dapat menyentuh perasaan hati pembaca atau pendengar. Bahasa yangmengandungi unsur-unsur ini banyak terdapat dalam laras sastera. (Yahya Don, 2007) Bahasa dan budaya merupakan dua perkara berbeza, tetapi tidak dapatdipisahkan, kerana bahasa merupakan cermin budaya dan identiti diri penuturnya. Halini bererti, apakah bahasa dapat mempengaruhi budaya masyarakat atau sebaliknya?Sehingga bahasa dapat menentukan kemajuan dan “mematikan” budaya bangsa.Bahasa adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk salingberkomunikasi, baik dari segi tulisan, lisan, ataupun gerakan (bahasa isyarat), dengantujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada lawan bicaranya atau orang
  5. 5. lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkahlaku, tatacara masyarakat, dan sekaligus mudah membaurkan dirinya dengan segalabentuk masyarakat. Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibahagi menjadifungsi umum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai alatuntuk berekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasisosial. Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dannegara. Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa budaya yangdiungkapkan dalam bentuk kata-kata “budi bahasa”. Orang yang dikatakan “tidak tahubahasa” bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni tidak mengetahui adatberbahasa menurut konteks sosialnya. Selain itu, bahasa mencakupi keseluruhan hidupmanusia sebagai alat pemikiran, alat budaya, sebagai sumber kemajuan dan tamadunserta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Bahasa juga sebagai pembentukkeperibadian dan nilai manusia. (Hassan Ahmad, 2002) Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasailmu dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauhmanabahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistempelajaran hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah-langkahyang dijalankan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dalam kajianini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa yangekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa. Kajian ini juga seterusnya menjelaskantentang masalah- masalah yang dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagaibahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaranledakan maklumat pada masa kini. Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjaminbahawa bahasa Melayu hari ini masih releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupasdalam kajian ini. Selain membincangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kertaskerja ini juga turut membincangkan bagaimana bahasa digunakan hari-hari dalammasyarakat dan bagaimana manusia membentuk makna berdasarkan kontekssosialnya.
  6. 6. 2.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu di MalaysiaCeraian 152 daripada Perlembagaan Negara baru yang pada ketika itu dikenali dengannama Persekutuan Tanah Melayu menyebut bahawa “ Bahasa Kebangsaan ialahBahasa Melayu(BM) ” dan bahawa bahasa ini akan mengambil alih Bahasa Inggeris(BI) sebagai bahasa rasmi yang tunggal sepuluh tahun selepas merdeka yakni padatahun 1967. Apabila Sabah dan Sarawak memasuki Malaysia syarat yang sama jugadikenakan, dan tarikh Bahasa Melayu mengambil alih Bahasa Inggeris ialah 1973. Ketika zaman penjajahan, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pentadbiran yangrasmi dan juga bahasa persekolahan, ini merupakan suatu keadaan yang umum bagisemua daerah yang dijajah oleh Inggeris, dan juga kuasa-kuasa barat yang lain. Olehitu, Bahasa Inggeris mendapat kedudukan yang tinggi. Hal ini mendatangkan kesanburuk ke atas perkembangan Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu menjaditerbatas iaitu hanya digunakan sebagai bahasa perhubungan di rumah dan bahasapengantar pada peringkat sekolah rendah. Akibatnya, Bahasa Melayu tidak mempunyai peluang yang cukup untukberkembang menjadikan kedudukan sosialnya lebih rendah daripada Bahasa Inggeris,dan dari segi fungsi, Bahasa Melayu dianggap kurang kerana ketiadaan istilah-istilahyang lengkap dan bersifat khusus. Dorongan untuk mempelajari Bahasa Melayu jugahampir tidak ada kerana kerana kemajuan sosial dan ekonomi seseorang individu tidakbergantung kepada pengetahuan Bahasa Melayu tetapi sebaliknya bergantung kepadapengetahuan Bahasa Inggeris yang ada dalam dirinya. Bahasa Melayu yang diketahuiolehkebanyakan penutur ialah “ Bahasa Melayu Pasar ”, bahasa yang digunakan untukperhubungan di pasar dan tempat-tempat seperti itu. Sewaktu Bahasa Melayu dipilih untuk diangkat sebgai bahasa kebangsaannegara baru dan untuk mengambil alih Bahasa Inggeris sebgai bahasa rasmi yangtunggal, berlakunya dua perkara iaitu:
  7. 7. (i) Penubuhan satu badan untuk memproses perkembangan Bahasa Melayu bagi membolehkannya memikul tugas-tugas baru, dan (ii) Proses melaksanakan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan rasmi dan bahasa pengantar di institut-institut pengajian. Majoriti daripada tugas pengembangan dan pembinaan Bahasa Melayu dipikuloleh pihak Dewan Bahsa dan Pustaka iaitu badan perancangan bahasa yang telahditubuhkan pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka bergerak sebagai satubadan yang menjalankan atau yang mengawasi tiga aktiviti perancangan bahasa yangberkaitan iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Pada peringkat pelaksanaan,kegiatan-kegiatannya ialah yang terlibat dengan bahasa itu sendiri iaitu penentuannorma misalnya norma melalui sistem tulisan, penyusunan tatabahasa dan kamussama ada secara teknikal atau bukan teknikal dan juga penyebaran norma-norma inikepada pengguna.2.1 Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Melayu Selama berpuluh tahun Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengendalikanberbagai-bagai projek yang bertujuan untuk mengembangkn Bahasa Melayu. Wujudnyausaha-usaha daripada Dewan Bahasa dan hasil daripada hakikat bahawa bahasa itutelah digunakansebagai alat perhubungan, alat pentadbiran, alat teknologi dan juga alatkebudayaan, Bahasa Melayu boleh dikatakan telah mengalami proses yang mendalamdari segi pembinaan dan pengembangannya. Selain itu, dalam beberapa bidang,kejayaan yang tinggi telah dicapai, misalnya dalam bidang kodifikasi dan penyebaransistem ejaan dan istilah-istilah teknikal. Demikian juga dengan kejayaan yangv agakmemuaskan yang telah dicapai dari aspek unsur saling menterjemah denga BahasaInggeris dan beberapa bahasa moden yang lain. Kini, konsep kerjasama antarabangsatelah dapat dibuktikan dalam perancangan bahasa dengan kerjasama yang telah wujuddi antara Indonesia dan Malaysia.
  8. 8. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa Bahasa Melayu telah mengalami beberapaperingkat pembinaan dan pemgembangan yang agak mendalam pada segenapperingkat dan disertai oleh bilangan penuturnya yang semakin banyak dan yang terdiridaripada berbagai-bagai jenis kumpulan etnik. Ini telah banyak membawa perubahandalam bahasa itu sendiri. Maka dengan ini juga bertujuan membicarakan aspekpembinaan dan pengembangan bahasa dan aspek sifat multilingual penduduk-penduduknya dari segi penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar.2.2 Pelaksanaan Bahasa Melayu sabagai Bahasa Pengantar Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang tercatat dalam Penyata Razaktelah dilaksanakan pada tahun 1957 dan dasar ini telah disokong lagi oleh PenyataRahman Talib pada tahun 1961. Di antara tahap-tahap yang penting dalam prosespelaksaanan ini antaranya ialah penubuhan sekolah-sekolah menengah berpengantarBahasa Melayu pada tahun 1963, pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasapengantar bagi mata pelajaran tertentu di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaanpada tahun 1968 dan permulaan pelaksanaan berperingkat Bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah rwndah jenis kebangsaan pada tahun1971. Pada peringkat sekolah menengah pula, Bahasa Melayu menjadi salah satumata pelajaran pada tahun 1957 dan tidak lama kemudian menjadi satu mata pelajarandalam pepepriksaan Sijil Peperiksaan Seberang Laut. Pada tahun 1970, denganpengambilalihan Sijil Peperiksaan Seberang Laut oleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran wajib atau teras bagi semua calonyang mengambil peperiksaan tersebut. Kini, banyak mata pelajaran telah diajar denganmenggunakan Bahasa Melayu dan pelaksanaan sepenuhnya dasar ini ialah pada tahun1983.
  9. 9. Pada peringkat pengajian tinggi, pertukaran daripada Bahasa Inggeris kepadaBahasa Melayu berlaku secara bernasur-ansur pada tahun-tahun enam puluhan dibeberapa maktab perguruan terutamanya di Maktab Perguruan Bahasa dan dibeberapa jabatan di Universiti Malaya khususnya di Jabatan Pengajian Bahasa Melayu.Pada tahun 1970, Universiti9 Kebangsaan Malaysia ditubuhkan yang merupakansebuah universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahsa pengantar yagtunggal. Namun kini, kesemua pusat pengajian tinggi berada dalam berbagai-bagaiperingkat pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan merelisasikan matlamat menjadikanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekaligus menduduki peringkat BahasaKebangsaan.2.3 Bahasa Melayu sebagai Lambang PenyatuanGarvin dan Mathiot (1968) berbicara tentang tiga fungsi simbolik sesuatu bahasa bakuitu iaitu: (i) Fungsi penyatuan di mana bahasa baku bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama dan dengan demikian akan menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat pertuturan atau bahasa. (ii) Fungsi pengasingan iaitu di mana bahasa baku diajukan sebagai variasi yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama, dengan demikian bertugas sebagai lambang identiti kebangsaan yang terasing, dan (iii) Fungsi prestij iaitu di mana kewujudan atau kepunyaan satu bahasa baku menimbulkan perasaan atau semangat megah bagi Negara.
  10. 10. Di Malaysia bahasa kebangsaan atau bahasa baku iaitu Bahasa Melayu telahberusaha untuk mecapai ketiga-tiga fungsi di atas. Walau bagaimanapun, sepertikebanyakan negara-negara lain yang sedang membangun, fungsi utamanya ialah untukmenjadi faktor penyatuan, satu lambang yang dicipta bagi menimbulkan satu identitiyang menurut Fishman (1968): “ ... can lead to common mobilization and involvement above, beyond, and at the expense of pre-existing ethnic-cultural peculiarities … These languages may and has become a symbol of supra-local ethnic-cultural identification, that is, of ethniccultural identification at the nationality level.”Peranan Bahasa Melayu sebagai factor penyatuan disalurkan menerusi dasar pelajarankebangsaan, sebgaimana tercatat dalam Akta Pelajaran 1961.2.4 Bahasa Melayu sebagai Pengucapan BudayaBahasa Melayu secara umumnya merupakan bahasa komunikasi terutamanya dalamkalangan masyrakat yang menggunkan Bahasa melayu sebagai bahasa ibunda dalamkomunikasi sehari-harian. Namun demikian, sekadar demikian adalah tidak memadaibagi memartabatkan Bahasa Melayu ini dengan sekadar menjadikannya sebagaibahasa pengantar kebangsaan. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu ini diharap dapatdiperluaskan penggunaannya dalam masyarakat intelektual secara meluas terutamanyaselaras dengan perkembangan era moden ini. Ini merupakan satu usaha yang harusdibina bagi menyatukan masyarakat Malaysia serta melaksanakan tanggungjawabmemartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan..3.0 CIRI-CIRI BAHASA ILMUTerdapat dua ciri yang penting dalm menjadikan sesebuah bahasa itu sebagai bahasailmu. Menururt Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007) dalam kertas kerjanya
  11. 11. Bahasa Melayu Sebagai Bahas Ilmu cabaran Dan Harapan menyatakan bahawa ciribahasa ilmu adlah keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Melalui ciri-ciriini, kita dapat mencetuskan persoalan iaitu adakah bahasa melayu telah mencapaistatus bahasa ilmu berdasarkan ciri-ciri tersebut? Persoalan ini akan terjawab apabilakita mengkaji secara lebih mendalam terhadap bahasa Melayu.3.1 KEINTELEKTUALAN BAHASAKeintelektuaan bahasa dapat dtakrifkan sebagai keupayaan untuk menyampaikan buahfikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkap kesinambungan dankerumitan fikiran. Hal ini dapat dijelaskan lagi dengan keupayaan bahasa Melayumenjadi bahasa saintifik yakni mempunyai kosa kata dalam bidang atau laras-larastertentu. Hal ini dapat juga dilihat melalui pengembangan perbendaharaan kata iaitumenambahkan istilah-istilah baharu yang mempunyai sifat khusus yang mungkin sukardifhami oleh penutur-penutur biasa. Bukti yang menunjukkan bahasa Mnelayu menjadi bhasa yang intelektualadalah seperti dalam bidang undang-undang, ekonomi, perubatan, computer,kejuruteraan, pertanian, dan sains. Setiap bidang-bidang ini mempunyaiperbendaharaan kata bahasa Melayu yang khusus dan saintifik. Hal ini jelasmenunjukkan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu dan berintelektual.Berikut merupakan contoh-contoh perbendaharaan kata bahasa melayu yang khususbagi setiapa bidang-bidang ilmu:BIDANG ILMU CONTOH KOSA KATA/AYAT YANG KHUSUSUNDANG-UNDANG Hal ehwal darurat ada terkandung dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Fasal 1 perkara itu, apa yang dimaksudkan dengan darurat adalah satu darurat besar yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi Persekutuan atau mana-mana bahagian.PERUBATAN Bakteria laktobasilus adalah bacteria bersifat gram
  12. 12. positif, tidak berbentuk spora dan berkembang biak…EKONOMI Aliran pertalian antara organisasi perniagaan dengan pasaran ini disebut system pemasaran.KOMPUTER Pangkalan Data Microsoft Acces, Memulakan Sistem.KEJURUTERAAN Ada tiga sistem koordinat yang berlainan yang biasanya digunakan untuk menentukan kedudukan zarah dalam ruang.PERTANIAN Pembiakan adalah proses memanjangkan kewujudan sesuatu sepsis tumbuhan.SAINS Kolestrol adalah sebahagian daripada bahan sterol.Jadual di atas jeals menunjukkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa yangmempunyai keintelektualan bahasa dan seterusnya dianggap sebagai bahasa ilmu.3.2 KESEMPURNAAN BAHASACiri kedua dalam menjadikan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa ilmu adalahkesempurnaan bahasa. Kesempurnaan bahasa bermaksud sifat-sifat yang menjadikansesuatu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi dan kontekspenggunaannya. Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007), kesempurnaanbahasa mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dankeindahan. Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu harus mempunyai peraturan-peraturanatau system seperti sebutan, peraturan pemakaian imbuhan, ayat dan frasa.Contohnya, di dalam bahasa Melayu, perkataan rumah akan disebut rumah dan tidakruhma atau mahru. Hal ini bermakna kestabilan bahasa perlulah berdasarkan kepadarumus atau peraturan tatabahasa terutamananya dari aspek ejaan, sebutan dansebagainya.
  13. 13. Manakala dari segi kelenturan pula, bahasa sepatutnya mempunyai kesesuaiandengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam masyarakatbahasa tersebut. Contoh yang jelas adalah perkataan bahasa Inggeris yang terdapatdalam bahasa Melayu telah dilenturkan apabila masayarakat bahasa Melayumenyebutnya seperti university telah menjadi university dalam bahasa Melayu denganmngikut bunyi fonemnya. Begitu juga denan sifat-sifat lain dalam kesempuranaan bahasa iaitukepelbagaian yakni berfokuskan kepada sesuatu bahasa itu mempunyai kepelbagaiandalam aspek penyampaiannya. Hal ini bermakna kepelbagaian ini barkait rapat denganaspek intonasi, jeda dan sebagainya. Manakala sifat keberkesanan pula merujukkepada bahasa yang sempurtna adalah bahasa yang tidak mempunyai kekeliruanmaksud atau erti. Hal ini bermakna, setiap penyampaiab yang menggunakan bahasatersebut haruslah jelas maknanya dan mesej yang ingin disampaikan. Sifat kesempurnaan bahasa yang terakhir sekali adalah bahasa indah ataukeindahan bahasa. Bangsa Melayu merupakans alahs atu daripada bahasa yangterkenal dengan sikaop sopan santunnya serta berbudi bahasa yang tinggi.Berdasarkan konteks ini, jelas memeperlihatkan bahawa bahasa melayu mempunyaibahasa yang indah dan lembut dalam segenap hal perbincangan. Contohnya, untukmenegur seseorang, kita boleh menggunakan bahasa yang halus dan penuh hemahtanpa menyakiti hati invidu yang ditegur. Hal ini berlaku berdasarkan kebijaksaanpenutur tersebut untuk menggunakan kosa kata yang sesuai dan lembut dalam setiaptutur bicaranya. Berdasarkan dua ciri bahasa ilmu yang telah dijelaskan iaitu keintelektualanbahasa dan kesempurnaan bahasa, secara tuntasnya, bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri tersebut. Persoalan yang mungkin timbul berdasarkan kedua-dua ciri ini adalahsejauh manakah kejayaan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu pada hari ini?3.3 KEJAYAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI PENGUCAPAN ILMU DAN BUDAYA
  14. 14. Kejayaan bahasa Melayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat melaluibeberapa aspek tertentu. Apabila membincangkan mengenai bahaasa Melayus ebagaipengucapan ilmu dan budaya, minda penutur jati bahasa Melayu akan melihat titikfokus perbincangan yang akan menjurus kepada pendidikan. Hal ini demkian keranailmu dan pendidikan saling berkait rapat antara satu sama lain. Bahasa Melayu sebagaipengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat menerusi bidang pendidikan. Kerajaan telahmenentapkan bahawa bahasa pengantar di sekolah adalah bahasa Melayu kecuali bagisekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasapengantar di sekolah.3.4 BAHASA MELAYU DI SEKOLAH Pendidikan di Malaysia bermula dengan beberapa dasar yang penting yangberkait rapat dengan ketetapan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalampendidikan. Contoh jawatankuasa yang memainkan peranan yang penting dalammenjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah Jwatankuasa Pelajaran1956, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 dan sebagainya. Peranan yangdimainkan dalam jawatankuasa ini amat penting dan terbukti berkesan dengan kerajaanmewajibkan bahasa Melayu sebagai subjek wajib lulus dan perlu diambil oleh semuapelajar di sekolah di Malaysia sehingga ke hari ini. Setelah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah, ia sekaligus telah mewujudkan budaya yang seragam dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal inibermakna setiap pelajar di sekolah kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayudalam interaksi mereka. Selain itu juga, setiap subjek yang diajar di sekolah sepertiSejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan sebagainya diajarmenggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian dan proses Pengajarandan Pembelajaran. Secara tidak langsung, budaya di sekolah telah diwujudkan melaluiinteraksi antara pelajar dan guru dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasapertuturan mereka.
  15. 15. Namun, terdapat beberapa ancaman yang berlaku terhadap bahasa Melayu disekolah. Perkara ini berlaku apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mencapaikemajuan dengan pantas tanpa mengambil kira kepentingan bahasa melayu sebagaibahasa pengantar ilmu khususnya melibatkan subjek sains tulen seperti sains, biologi,kimia, fizik dan matematik. Perkara yang berlaku mengambarkan masa depan bahasamelayu sebagai bahasa pengantar ilmu kurang diberi perhatian. Walau bagaimanapun,kesedaran para pemimpin dan rakyat akan kesan buruk pelaksanaan PPSMImenunjukkan satu usaha memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.3.5 BAHASA MELAYU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGIUsaha memartabatkan bahasa melayu di Malaysia bukan sahaja dapat dilihat padaperingkat sekolah malah pada peringkat ‘universiti’ atau pusat-pusat pengajian tinggipun menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bilik-bilik kuliah.Walaupun para pelajar digalakkan untuk menguasai bahasa asing khususnya bahasainggeris namun bahasa melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam urusanpentadbiran, perbincangan, ceramah dan kuliah. Di samping itu, bahasa melayu masih berada pada tahap yang tinggi keranamenjadi teras untuk menentukan kelayakan calon memasuki universiti-universititempatan. Dalam hal ini, para calon wajib lulus kepujian sebagai syarat minimum untukmemohon melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Dalam sesi temuduga, bahasamelayu digunakan sebagai medium komunikasi antara calon temuduga denganpenemuduga. Selain kecekapan berbahasa inggeris, kecekapan berbahasa melayumerupakan salah satu aspek yang paling penting dinilai dalam sesi temuduga. Hal inimenunjukkan kepentingan penggunaan bahasa melayu dalam pengajian di peringkatuniversiti sebagai medium penyebaran ilmu. Selain digunakan di sekolah dan universiti, kepentingan bahasa melayu jugadiambil perhatian oleh pemimpin dan masyarakat dengan adanya perlaksanaanprogram-program intelektual. Contohnya, program Pertandingan Pidato AntarabangsaBahasa Melayu (PABM) telah berjaya mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
  16. 16. yang penting dipelajari. Jalinan usahasama antara Kementerian Pengajian Tinggi,Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, danKementerian Pelancongan serta pihak swasta ini turut membayangkan betapa utuhnyarasa cinta dan sayang kita terhadap bahasa Melayu. Program ini menjadi bukti bahawakerajaan selama ini tidak berdiam diri dalam memperkasa bahasa Melayu kepadamasyarakat sejagat. Pertandingan pidato ini membuktikan keupayaan bahasa Melayu untuk pergijauh ke peringkat global. Bahasa Melayu telah diterima baik di kebanyakan negara danperihal ini menggambarkan bahawa bahasa Melayu boleh memainkan peranan yangpenting dalam pembangunan tamadun saintifik dan prolifik di peringkat antarabangsa.Pertandingan pidato ini juga memberi petunjuk yang jelas bahawa bahasa Melayubukanlah bahasa yang boleh diperkecilkan peranan dan pengaruhnya. Pada hari ini, diseluruh dunia, terdapat 129 buah pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursuspengajian bahasa Melayu, merangkumi 40 buah negara dari Amerika Syarikatmerentasi kesemua tujuh benua menganjur ke negara New Zealand. Pendedahan melalui pertandingan itu secara tidak langsung dapat menarik minatbangsa lain untuk lebih mendalami keunikan dan keindahan bahasa Melayu bersertabudaya yang penuh dengan kesopanan. Kerana itu, rakyat tidak perlu malu bercakapdalam bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan orang luar yang berkunjung kenegara bertuah ini. Secara tidak langsung, tindakan berani itu mampu mengangkatmartabat bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa pengantara tetapi sebagaibahasa ilmu. Dalam konteks dunia pada hari ini, bahasa Melayu telah diangkat sebagai salahsatu daripada 10 bahasa utama dunia. Dengan angka lebih 280 juta orang penutur,bahasa Melayu diberi darjat yang tinggi sebagai bahasa kelima terbesar di dunia. Faktaini memberi gambaran jelas bahawa bahasa Melayu mempunyai pengaruh dan perananyang cukup besar dalam mewarnai landskap pembangunan tamadun dunia.Sehubungan ini juga, kerajaan mahu keyakinan terhadap potensi bahasa Melayu dalamsegenap bidang terus dipupuk dan diperteguhkan. Kegigihan kerajaan
  17. 17. memperkembang fungsi bahasa Melayu jelas menggambarkan hasrat kita untuk terusmemperkasa bahasa Melayu kepada kedudukan yang lebih tinggi.3.7 Bahasa Melayu Dalam Pengucapan Budaya Masyarakat Melayu.Bahasa dan budaya bergerak seiring. Seawal abad ke-14 bahasa melayu telahdigunakan sebagai lingua franca antara negeri-negeri melayu dengan dunia luar sepertiinggeris, china, portugis dan belanda. Sekaligus membentuk budaya di mana bangsa-bangsa ini cuba berkomunikasi dan berinterksi dalam bahasa melayu. Bahasa melayubukan sahaja menjadi wahana pengucapan dalam ekonomi, ilmu, filsafat malah jugadigunakan dalam pengucapan sastera dan budaya. Sastera dan budaya dalamsesebuah negara semestinya melibatkan bahasa sebagai medium komunikasi. Bahasa dan budaya mempunyai maksud yang berbeza tetapi sangat berkaitrapat antara satu sama lain. Hal ini demikian karena bahasa merupakan cerminanbudaya dan identiti diri penutur. Kebudayaan adalah sistem yang mengatur interaksimanusia di dalam masyarakat dan bahasa adalah suatu sistem yang berfungsi sebagaisarana berlangsungnya interaksi itu. Oleh yang demikian, hubungan bahasa dankebudayaan seperti anak kembar siam, dua fenomena tersebut sangat erat sekalibagaikan dua sisi mata wang, sisi yang satu sebagai sistem kebahasaan dan sisi yanglain sebagai sistem kebudayaan. Kerana itu bahasa tidak pernah lepas dari konteksbudaya dan keberadaannya selalu dibayangi oleh budaya. Bahasa sangat pentingkerana bahasa mampu mempengaruhi budaya sesebuah masyarakat selain menjadifaktor jatuh dan bangunnya sesebuah negara bangsa. Perbincangan bahasa dalam kebudayaan masyarakat adalah tidak lengkap jikahuraian mengenai maksud atau konsep budaya tidak disentuh. Menurut Gooddenoughdalam buku Mudjia Rahardjo bertajuk ‘Relung-relung Bahasa’ mengatakan bahawabudaya suatu masyarakat adalah semua perkara yang harus diketahui dan dipercayaioleh seseorang sehingga dia boleh bertindak sesuai dengan norma dan nilai dalammasyarakat. oleh itu, budaya merupakan “cara” yang harus dimiliki seseorang untukmelaksanakan kegiatan sehari-hari dalam hidupnya. Tingkah laku manusia dalam suatu
  18. 18. kumpulan masyarakat juga disifatkan sebagai budaya bagi masyarakat tersebut. Dalamerti kata lain, budaya merupakan sesuatu kebiasaan atau kelaziman. Budaya meliputipelbagai aspek termasuklah bahasa, adat dan perkahwinan, tingkah laku danseumpamanya. Komunikasi dan interaksi dalam sesebuah masyarakat semestinyamenggunakan satu bahasa yang difahami oleh seluruh kumpulan masyarakat tersebut.Bahasa yang digunakan menjadi kebiasaan sebagai bahasa perhubungan, pergaulandan seterusnya menjadi bahasa kebudayaan. Seperti yang dikatakan sebelumnya, bahasa ialah alat pengucapan dalambudaya kita. Melalui bahasa Melayu kita menghantar nilai-nilai, konsep-konsep budayabangsa Malaysia. Dalam bahasa itu terkandung nilai-nilai budaya, atau pandangandunia bangsa Melayu. Kita dapat melihat satu contoh yang nyata. Apabila Israelkembali ke negara asalnya, pemimpinnya menghidupkan bahasa asalnya, Hebrew.Tujuannya ialah mengembalikan jatidiri orang Israel. Setiap kanak-kanak diajarkanbahasa Hebrew itu. Dengan demikian, mereka membina kembali bangsa Israel,jatidirinya, budayanya, agamanya, sistem politiknya dan sistem pendidikannya. Denganmengembalikan semula bahasa Hebrew itu, bangsanya hidup semula sebagai bangsayang bermaruah. Ini dibina kembali melalui bahasa Hebrew, Bahasa KebangsaanRegim Israel. Daripada bukti sejarah kita dapat melihat peristiwa hilang bahasa, hilanglahmaruah bangsa. Apabila bahasa Hawaii pupus, bangsanya juga pupus. Pada hari iniusaha menghidupkan semula bahasa Hawaii mengalami kesukaran sebab bangsaHawaii pun sudah tidak tulen lagi. Berlainan dengan bangsa Israel, jatidirinya sangatkukuh. Apabila terpaksa merantau ke luar negara asalnya, mereka mengekalkanjatidiri. Semasa di perantauan, mereka mengalami perubahan dan penyesuaiansehingga dapat menjadi kaum yang dominan dalam negara-negara yang didiaminya.Tetapi jatidirinya kekal. Apabila pulang ke negaranya, mereka masih belum kehilanganciri jatidirinya yang penting, bahasa, nilai-nilai dan pandangan dunianya. Sekarangmereka mengembalikan maruah bangsanya setelah menghidupkan semula bahasaHebrew. Survival budaya sesuatu bangsa itu hanya melalui bahasanya. Padabahasanya itulah terletaknya maruah bangsa itu.
  19. 19. Dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan di UKM yang lalu, Che Mazlan Saad,dari JIM, menyampaikan sebuah kertas kerja bertajuk “Isu-Isu Amalan Agama, MoralDan Bahasa Melayu”. Beliau mengatakan, usaha-usaha pemantapan budaya, amalanagama, moral dan nilai hendaklah dilakukan melalui bahasa Melayu. Ini juga perludiambil berat oleh IPT swasta. Kita dapat melihat bahawa istilah-istilah agama Islamsudah sebati dalam bahasa Melayu. Penggunaan sebarang bahasa lain tidak akanmembawa isi yang sama. Survival agama dan nilai hanya dapat diteruskan melaluibahasanya sendiri. Di negara Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang dipersetujui untukdijadikan sebagai bahasa pengucapan kebudayaan. Bahasa melayu menjadi bahasakomunikasi yang lazim digunakan oleh rakyat untuk berhubung antara satu sama lain.Sebagai rakyat Malaysia bahasa Melayu seharusnya dikuasai oleh seluruhwarganegara kerana bahasa Melayu sudah menjadi bahasa lazim atau bahasakebudayaan orang Malaysia. Seiring dengan definisi kebudayaan itu sendiri, iaitubahasa diwarisi secara kemasyarakatan. Bahasa melayu bukan sahajamenggambarkan budaya berbahasa orang Malaysia malah dalam bahasa melayu jugabanyak terkandung budaya lain seperti norma-norma masyaakat melayu. Dalam masyarakat melayu, bahasa melayu bukan sahaja digunakan sebagaimedium pergaulan untuk berurusan sahaja malah masyarakat melayu suka bercerita,bersyair, berpantun bernyanyi menggunakan bahasa melayu. Budaya masyarakatmelayu yang suka dengan keindahan sastera ini telah meningkatkan keupayaanbahasa melayu menjadi bahasa pengantara, bahasa pergaulan dan bahasa ilmu secaratidak lansungnya. Tambahan lagi puisi dan cerita-cerita rakyat lazimnya disampaikanmelalui lisan.4.0 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.
  20. 20. Walaupun kedudukan Bahasa Melayu sudah terjamin sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga asas perpaduan mulamenempuhi cabaranya yang tersendiri. Meskipun telah menjadi bahasa pengantarutama dalam sistem pendidikan dan digunakan sebagai bahasa ilmu serta bahasaperpaduan. Bahasa Melayu perlu disemarakkan dan diberi penghormatan bagimemperkasakan kedudukannya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkankemerosotan Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu. Kemerosotan inilah yang menjadicabaran kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan menjadi budaya masyarakatMelayu. Antara faktor-faktor yang menjurus kepada kemerosotan itu ialahkecenderungan dan kelaziman penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan sepertiPPSMI, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang ditafsirkan dalamPerlembagaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya, penggunaan bahasa rojak,bahasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan bahasa dalam sembang di internet,yakni pencemaran bahasa, dan jumlah penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaanyang secara relatifnya rendah, dan kadar penterjemahan karya daripada bahasa asingkepada Bahasa Kebangsaan yang secara relatifnya juga rendah dan lambat.4.1 PPSMIPengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)pernah menjadi satu cabaran kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Berdasarkan realiti dalam bidang pendidikan kedudukan Bahasa Melayu sebagaibahasa ilmiah semakin tergugat sejak kebelakangan ini. Apatah lagi denganpelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalamBahasa Inggeris dan Dasar Bahasa di IPTA dan IPTS yang mula berubah. Kedudukandan usaha untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi tumpuanmelalui pelbagai program yang dirangka tetapi aspek untuk memperkasakan
  21. 21. pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dinyatakan secaralangsung. Pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah tidak dapat tidak telah menggugatkedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. KedudukanBahasa Melayu sebagai bahasa sains dan matematik terjejas dengan pelaksanaandasar ini. Kesannya kelak ke atas budaya, semua mata pelajaran sains dan matematikdari peringkat pendidikan rendah hingga ke pendidikan tinggi akan diajarkan dalamBahasa Inggeris sepenuhnya. Hasilnya, pelaksanaan dasar ini akan menjadikanperanan Bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan teknologi akantersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad, khususnya bagipendidikan tinggi (era selepas SPM) sedangkan bahasa Melayu telahpun banyakmeneroka bidang tersebut dengan lebih 800,000 istilah, 200,000 buah buku pelbagaijudul, dan sebagainya. Segala usaha tersebut hanya perlu disempurnakan serta dibaikidari semasa ke semasa. Dalam konteks ini juga kedudukan Bahasa Melayu sebagaibahasa ilmiah juga semakin mengecil khususnya dalam bidang sains dan teknologi.Keadaan ini akan terus terbudaya sekiranya tidak disekat. Seharusnya kita perlu berasabersyukur tatkala pengumuman PPSMI dimansuhkan dan diganti dengan dasarMemperkasa Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM-MBI) baru-baru ini.4.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Belum Terlaksana Sepenuhnya Selain itu, perubahan dasar bahasa di peringkat IPT juga telah menyebabkanberlakunya perbezaan yang ketara antara dasar Bahasa Melayu sebagai bahasapengantar dalam sistem pendidikan. Hal ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji,Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju PendidikanTinggi Malaysia (2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa walaupunBahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di peringkat sekolah, keadaan diperingkat tinggi adalah berbeza. Selama lebih satu dekad telah wujud dua sistem yangberbeza dengan ketaranya di peringkat pendidikan tinggi: Bahasa Melayu sebagai
  22. 22. bahasa pengantar di IPTA dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPTS.Keadaan ini semakin terbudaya, lebih-lebih lagi perkembangan ini berlaku selepaspelaksanaan Akta IPTS 1996, banyak IPTS telah diberi pengecualian daripadamenggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris telahdijadikan bahasa pengantar kerana institusi-institusi ini kebanyakannya menawarkankursus-kursus IPT luar Negara. Namun begitu, dalam laporan yang sama jawatankuasa ini turut memperakukansupaya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa rasmidigunakan dalam semua urusan rasmi dan Bahasa Inggeris hendaklah digunakansebagai bahasa pengantar di IPT dalam semua mata pelajaran sains, matematik danprofessional, manakala mata pelajaran lain hendaklah diajar dalam bahasa yang palingberkesan untuk menyampaikan ilmu yang terkandung di dalam mata pelajaran tersebut.Natijahnya, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semakin terpinggirdan sudah pasti untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakinsukar apabila semakin dipinggirkan di dalam institusi ilmu. Kerisauan terhadapperkembangan ini turut dinyatakan oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad (2004) iaitu dasarbahasa dalam sistem pendidikan negara berhubung dengan bahasa Inggeris jelas, iaitubahasa ini hendaklah diajarkan sebagai bahasa kedua yang wajib di sekolahkebangsaan. Dasar ini tidak berkata bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa keduahendaklah dijadikan bahasa pengantar dalam apa jua mata pelajaran di sekolah. Makajika keadaan ini berterusan, budaya masyarakat Melayu dalam mengamalkan bahasaMelayu Jati akan terus terpinggir.4.3 Penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaan & penterjemahan karya daripada bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan rendah dan lambatPerakuan dan saranan agar penggunaan Bahasa Inggeris diperluaskan dalam bidangpendidikan ini juga seakan-akan berlawanan dengan pelaksanaan Dasar Buku Negarayang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Buku teks danbuku-buku rujukan memainkan peranan penting di dalam pengajaran dan pembelajaran
  23. 23. dan sudah sepatutnya usaha menambah bilangan penerbitan bahan-bahan tersebutdalam bahasa kebangsaan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Namun jikadilihat dalam pelaksanaan dasar pendidikan kebelakangan ini dengan pelaksanaanPengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)serta dasar penggunaan Bahasa Melayu di IPTA dan IPTS, keadaan sebaliknya yangberlaku; sedang satu pihak berusaha untuk menterjemah karya asing kepada BahasaMelayu, satu pihak lagi beralih kepada buku-buku Bahasa Inggeris sebagai rujukan. Disini menampakkan pembaharuan yang dikemukakan dalam PIPP tidak sejajar dengansituasi yang berlaku terhadap pelaksanaan dasar bahasa dalam sistem pendidikan diperingkat Kementerian Pelajaran sendiri dan juga Kementerian pengajian Tinggi. Usaha untuk memperbanyakkan penerbitan buku-buku dalam Bahasa Melayudan juga penterjemahan karya asing kepada Bahasa Melayu sepatutnya akan lebihterangsang dan bersemarak kerana adanya permintaan mendesak apabila bidangsains, matematik dan professional ini diajarkan dalam Bahasa Melayu. Keadaan inilahyang berlaku apabila Bahasa Melayu mula dijadikan Bahasa Pengantar sepenuhnya diIPTA pada awal 1980-an, dalam tahun 1980 hingga 1983, DBP telah mencetaksebanyak 47 buah senarai istilah yang boleh dikatakan dalam semua bidang kecualibidang-bidang khusus. Di samping itu usaha-usaha ini diperlengkap oleh masing-masing universiti mengikut keupayaan mereka untuk bidang-bidang yang lebih khususdan tinggi sesuai dengan peringkat pengajian tinggi.4.4 Pencemaran BahasaSeperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyakmengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer daninternet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms – dua istilah yangsudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramaiyang berurus niaga melalui internet. Perkataan terbaru sering memasukiperbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu.Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa Melayu.Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang negatif
  24. 24. tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Keadaan inisemakin terbudaya, bukti dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar94 rencana utama termasuk kertas-kertas simposium dan konvensyen yangmemperkatakan tentang bahasa Melayu dari pelbagai sudut dan aspek. Kini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan di atas.Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak yangboleh mengancam budaya masyarakt Melayu khususnya. Bahasa rojak wujud dalamsesuatu ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga campurannya itusemacam hidangan rojak. Hanya yang berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan tetapibahasa rojak menyebabkan kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah, bangsaMelayu malu dipalunya. Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TVsekarang ungkapan-ungkapan seperti “e-mail”, “sms” “internet”, “software”, “hardware”,“ISDN”, “html”, “computer” “website” dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menyemarakkan penggunaan dan mengukuhkan kecintaanterhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmisememangnya disokong tetapi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasailmiah mestilah disokong kuat oleh penggunaan dan pemakaian Bahasa Melayusepenuhnya dalam menyampaikan ilmu. Barulah Bahasa Melayu akan terusberkembang pesat dan usaha memperkayakan khazanah bahasa dalam bidang ejaan,peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa akan terusbercambah menjadi budaya masyarakat Melayu. Hal ini disebabkan, pelaksanaanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya menuntut agar langkah-langkah yang lebih gigih dilakukan terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Disamping itu, usaha memperkembangkan Bahasa Melayu dan meningkatkankeupayaannya menjadi bahasa ilmiah bagi semua bidang ilmu perlu diselaraskandengan perubahan dasar pendidikan dan pelaksanaannya di peringkat KementerianPelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi .
  25. 25. 5.0 Langkah – Langkah Menangani Cabaran Yang Dihadapi Oleh Bahasa Melayu Sebagai pengucapan Ilmu Dan Budaya. Apabila wujudnya cabaran, maka langkah – langkah untuk mengatasi cabaran ituperlu ada dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Antaracabaran – cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu seperti yang telah dikupassebelum ini ialah, isu PPSMI, pelaksanaan bahasa rasmi yang tidak secarasepenuhnya, iklim penerbitan buku bahasa Melayu yang suram dan penterjemahanbuku bahasa asing ke dalam bahasa Melayu yang kurang serta isu – isu yang berkaitandengan pencemaran bahasa. Cabaran – cabaran ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan peranan bahasaMelayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya. Justeru itu, langkah – langkah segeraperlu diambil untuk menangani setiap cabaran yang berlaku. Cabaran – cabaran ini bisamemberi impak kepada peranan bahasa Melayu jika tidak ditangani dengansewajarnya.5.2 Pemansuhan PPSMI Dan Pengenalan Dasar MBMMBI Dapat MemartabatkanBahasa Melayu Sebagai Pengucapan Ilmu.PPSMI sebenarnya gagal memberi manfaat kepada murid khususnya murid yangberasal dari luar bandar, pedalaman dan dalam kalangan murid orang asli. Akibat daridesakan – desakan pelbagai pihak, maka pihak kerajaan telah memutuskan bahawapemansuhan PPSMI pada tanggal 8 Julai 2009 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.Dapatan kajian pada tahun 2007 mendapati, skor purata pencapaian murid Malaysiadalam Matematik dan Sains telah merosot dengan ketara. Terdapat tujuh faktor pemansuhan PPSMI. Antaranya ialah dengan melihatkepada sejarah lampau. Sejarah membuktikan, belajar dengan menggunakan bahasaMelayu masih mampu membuatkan rakyat negara ini menjadi doktor dan ahliprofesional yang lain. Selain itu, kajian UNESCO ( 1958 ) jelas menunjukkan bahawapendidikan dalam bahasa ibunda lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh
  26. 26. didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraanpengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek yang dipelajari. Hasil kajian UNESCO ini jelas membuktikan betapa peranan bahasa ibunda itusangat penting dan lebih berkesan digunakan dalam dunia pendidikan. Serentakdengan pemansuhan PPSMI, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu MemperkukuhkanBahasa Inggeris ( MBMMBI ) telah diperkenalkan dan bakal dilaksanakan pada tahun2012. Dasar ini diperkenalkan untuk mengembalikan martabat bahasa Melayu sebagaibahasa ilmu yakni bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Menurut bekas KetuaPengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP),Dr, Hassan Ahmad, PPSMI bolehmelemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Justeru, pemasuhan PPSMI inimerupakan tindakan yang sangat wajar.Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan oleh UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) apabila berjaya melahirkan ramai siswazah dalam bidangperubatan dan pelbagai bidang lain. Meskipun belajar dalam bahasa Melayu, ramaigolongan profesional yang dihasilkan oleh UKM mahir berbahasa Inggeris dengan baik.5.3 Menggiatkan Usaha Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Rasmi Terutamanya Dalam Bidang pendidikan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayumerupakan bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikaikan fungsi dan peranannya sebagaibahasa kebangsaan. Kedudukan bahasa melayu dimantapkan lagi dengan adanya AktaBahasa Kebangsaan 1967. Menurut tafsiran Seksyen 2 dan seksyen berkenaan dalamAkta 1966, bahasa Kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar di semuainstitusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun, dalam seksyen 17(1) menteri mempunyai kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar di mana – mana institusi pendidikan yang lain. Perkara ini telahmenunjukkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan telahberubah.
  27. 27. Institusi pendidikan swasta mempunyai kebebasan untuk memilih bahasapengantar yang digunakan. Justeru, pihak institusi pendidikan swasta akan memilihbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan berterusan meminggirkan perananbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pedidikan. Akta Pendidikan 1996 dan AktaIPTS 1996 dilihat bertentangan dengan usaha – usaha meninggikan martabat bahasaMelayu sebagai bahasa pengantar ilmu. Perkara inilah yang harus diberi perhatiansupaya martabat bahasa Melayu tidak dijatuhkan. Apa yang perlu dilakukan adalhdengan meminda akta – akta berkaitan yang sedia ada supaya jangan terlalu memberikelongagran dan kebebesan kebebasan kepada institusi pendidikan swasta memilihsendiri bahasa pengantarnya. Menurut sumber dalam Berita Harian bertarikh 29 Jun 1998, terdapat usaha –usaha yang dilakukan berkaitan dengan perkara ini. Antaranya ialah, Kongres Bahasadan Persuratan Melayu v 1998 membuat resolusi agar Akta Pendidikan 1996 dan AktaIPTS 1996 disemak dan diselaraskan tujuannya. Kongres beresolusi supaya Fasal 17dalam Akta Pendidikan dan Fasal 41 Akta IPTS 1996 digugurkan. Kongres jugameminta supaya dasar yang membenarkan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil digunakansebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti dikaji da digugurkan. Selain itu,gesaan turut dibuat supaya menggesa IPTS melaksanakan bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar. Menurut Nik Safiah karim (1984 ), pencapaian taraf keintelektualan bahasaMelayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasailmiah. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan LingusitikMalaysia telah menganjurkan Seminar Tamadun Berbahasa Melayu Menjelang Tahun2020. Seminar yang telah diadakan ini mengutarakan lima resolusi, iaitu bahasa Melayutelah diterima secara sah dalam dokumen – dokumen perundangan negara, sebagaibahasa Kebangsaan, bahasa Rasmi dan juga bahasa pengantar ilmu. Usaha – usahasebegini mampu mengembalikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasapengucapan ilmu yang unggul.
  28. 28. 5.4 Memperbanyakkan Penerbitan Buku – Buku Ilmiah dalam Bahasa Kebangsaan Dan Menggiatkan Usaha Penterjemahan Karya Asing Ke dalam Bahasa Melayu.Dalam usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu, DBP perlumemainkan peranannya dengan jitu. DBP perlu menerbitkan lebih banyak buku ilmiah.Jika terdapat banyak buku – buku ilmiah diterbitkan dalam bahasa Melayu, dapat dilihatbetapa tekalnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu. Selain darimenerbitkan buku yang mencakupi pelbagai bidang ilmu, DBP perlu menerbitkan lebihbanyak kamus, peristilahan dan buku glosari supaya dapat mengangkat keupayaanbahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu. Penerbitan buku dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu.Perkara ini dapat emmpercepatkan proses percambahan sesuatu ilmu itu dalambahasa Melayu. Selain dari penerbitan, DBP dan Institut Terjemahan Negara perlumelakukan kerja – kerja menterjemah buku dengan giat. Apabila, terdapat banyak bukubahasa asing yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu, perkara ini dapatmenampakkan kehebatan pada bahasa Melayu itu sendiri.Ledakan era teknologi maklumat kini banyak mempengaruhi manusia. Dunia kinimerupakan dunia teknologi. Terdapat banyak istilah – istilah khusus mengenai bidangteknologi. Perkara inilah yang perlu diberi perhatian oleh DBP. DBP perlu menterjemahistilah – istilah tersebut ke dalam bahasa Melayu. Perkara seperti ini dapatmengembangkan bahasa Melayu itu sendiri. Kekuatan da status bahasa Melayuterletak pada sifat – sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan mengikutperedaran zaman. Menurut pakar bahasa, Dr. Nik Safiah Karim, pemantapan sistembahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai dayapengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telahmencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih perlukanpemantapan.
  29. 29. 5.5 Menangani Isu Pencemaran BahasaPencemaran bahasa merupakan isu yang semakin serius dan perlu ditangani secaraberkesan. Dalam usaha menangani masalah ini, undang – undang berkaitan bahasaperlu diwujudkan. DBP pula diberi kuasa untuk menghukum sesiapa sahaja yangmelakuka kesalahan bahasa bagi tujuan yang formal. Iklan merupakan sesuatu yangdapat mempengaruhi manusia. Justeru, kawalan terhadap bahasa iklan perlu dipantaudan bahasanya tidak ditulis sesuka hati kerana ia mampu menjadi ikutan anak – anakmuda. Peggunaan bahasa standard dapat megatasi kesalahan peggunaan bahasaMelayu. Peraturan seragam perlu diwujudkan supaya penggunaan bahasa Melayutinggi dapat diterapkan. Masalah pencemaran bahasa perlu ditangani sari peringkat sekolah lagikhususnya sewaktu berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.Guru perlu memainkan peranan dan prihatin semasa mengajar. Jika terdapat kesalahanpenggunaan bahasa, guru perlu menegur dan membetulkan bahasa murid-muridnya.Setiap kesalahan perlu dibetulkan dan tidak boleh dibiar kerana ia boleh menyebabkania menjadi suatu kebiasaan. Aktiviti kebahasaan perlu kerap diadakan supaya gurudapat mengenal pasti kesalahan - kesalahan bahasa yang dilakukan lalumembetulkannya. Pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Kesedaran dalam diri itu perlu wujuddalam usaha menangani pencemaran bahasa. Misalnya, bahasa SMS, bahasa dilaman sembang dan sebagainya, undang – undang tidak boleh mengawal danmenyekat mereka. Hanya mereka sahaja yang mampu mengawal kelakuan mereka.Justeru, kesedaran dan kecintaan terhadap bahasa itu perlu wujud dalam diri sendiri.Bila sudah cinta, pastinya mereka akan sayang akan bahasa ibunda mereka.Semuagolongan tidak kira kecil besar, tua dan muda, semuanya perlu belajar menggunakanbahasa Melayu yang betul dalam pertuturan serta dalam urusan seharian.
  30. 30. 6.0 KESIMPULANMartabat dan status bahasa Melayu perlu dipertahankan dan yang akanmempertahankannya atau tidak adalah kehendak kita sendiri. Dalam usaha kitamembina, tidak perlu ada usaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan menjadisia-sia. Bahasa Melayu perlu terus dipertahankan agar tidak pupus. Bahasa Melayuperlu terus dikembangkan supaya tidak hilang di dunia ini serta dapat mencerminkanbangsa kita. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadilingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifatketerbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Parasarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yangdihasilkan oleh sarjana Belanda dan British. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahapperkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagaibahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar PendidikanKebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalamsistem pendidikan negara. Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapatdalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu keranakemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaituperubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurangproaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaanpenguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar Institusi Pengajian Tinggi Awam yangmengagungkan bahasa Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasaMelayu, dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah. Langkah-langkah untukmengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu desakankepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil, perancangankurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu, Memberikuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan penerbitan danpenterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan
  31. 31. kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyaratMalaysia satu sumbangan ilmu.Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapaitahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasailmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya danbukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbuktiyang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkanbahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasatidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayumampu menjadi bahasa ilmu. Di samping itu, kesemua ini membuktikan bahawabahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jikaterus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapatmenjana minda bangsanya. Selain daripada wahana penyebaran ilmu, bahasa jugaadalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling dengantujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Melalui bahasa,manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku, tatacaramasyarakat, dan sekaligus mudah menyesuaikan dirinya dengan segala bentukmasyarakat. Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibahagi menjadi fungsiumum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai alat untukberekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi sosial.
  32. 32. Bibliografi :Abdul Hamid Mahmood (2007). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran Dan Harapan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Asmah Haji Omar (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan 1995. “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman UIAM.” Kertas kerja Kongres Bahasa Melayu Sedunia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 21-25 OgosDatuk Zainal Abidin Bin Abdul Wahid (2001). Siri Bicara Bahasa Bil. 5: Bahasa, Pendidikan Dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hassan Ahmad 16 Jun 2002: Mempertahankan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz (2007). Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun Dari Zaman Purba Ke Budaya Elektronik. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Nik Safiah Karim (1992). Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13. .Rustam A. Sani (1993). Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..Shahrir Mohamad Zain, Berita Harian Isnin, 17 Oktober 2005: Bahasa Melayu sebagai Bahasa IlmuYahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur :PTS Professional, (Halalman 70-71.).
  33. 33. Laman sesawang :http://akumelayutulen.blogspot.com/2009/04/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu_17.htmlhttp://ummahonline.wordpress.com/2008/05/22/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu/http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://jurnalnajmu.wordpress.com/2007/11/15/24/http://id.wikipedia.org/wiki/Budayahttp://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/5-field-issues/412-isu- bahasa-memartabatkan-bahasa-melayu-sebagai-saluran-penguasaan- ilmu.htmlhttp://www.pkpim.net/modules/news/article.php?storyid=17

×