SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
1 
1.0 PENGENALAN 
1.1 Latar belakang 
Komunikasi ialah satu proses ke arah mewujudkan kesamaan. Apabila kita 
berkomunikasi kita akan berusaha untuk membentuk kesamaan dengan cara bertukar 
dan berkongsi maklumat secara lisan dan tulisan. Komunikasi boleh ditakrifkan 
sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang 
individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Menurut Cragan & 
Sheilds (1998: 7) komunikasi ialah satu hubungan antara konsep teorikal yang 
memberi penerangan, penilaian ataupun ramalan, tindakan manusia berdasarkan orang 
yang berkomunikasi. 
Sehubungan dengan itu, pengkaji mendapati sebahagian besar pelajar SMK 
Dato’ Mahmud Mat menggunakan bahasa slanga dalam komunikasi khususnya dalam 
kalangan pelajar menengah atas. Bahasa kasar turut digunakan dalam komunikasi 
pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat tetapi pengkaji memilih untuk membuat kajian 
berkaitan penggunaan bahasa bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’ 
Mahmud Mat. 
Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh atau cara pelajar 
mengatahui bahasa slanga tersebut. Di samping itu, pengkaji turut membincangkan 
kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja pada masa akan datang. 
1.2 Definisi konsep 
Menurut Asmah Haji Omar dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, bahasa slanga ialah 
kata dan frasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal dan tidak boleh 
dikatakan sebagai halus.
Nik Safiah Karim mendefinisikan bahasa slanga sebagai bahasa terhad (restricted 
language) kerana mempunyai ciri tertentu dan hanya digunakan dan difahami oleh 
2 
golongan tertentu sahaja. 
Bagi Teo Kok Seong pula, bahasa slanga ialah gaya atau fesyen pertuturan oleh 
sesuatu kumpulan atau golongan. 
Sterkenburg pula mentakrifkan bahasa slanga sebagai label penggunaan yang 
menandakan item leksikal yang tidak dianggap sebahagian daripada bahasa persuratan 
yang standard, dan selalunya terhad kepada pekerjaan, kelas dan kumpulan sosial 
yang tertentu. 
Ajid Che Kob (1998), berpendapat “key word” atau kata kunci dalam pengujaran 
bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya bertujuan menguat, memberi lebih 
makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya. 
Secara umumnya, bahasa slanga ialah bahasa yang digunakan oleh golongan 
remaja. Bahasa ini dikenal juga sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker. Bahasa ini 
merupakan bahasa yang tidak rasmi yang digunakan oleh kelompok tertentu. Antara 
ciri utama bahasa slanga ialah kosa kata yang kelihatan seperti perkataan biasa tetapi 
diberikan pengertian khusus atau bentuk ciptaan baharu mengikut kumpulan tertentu. 
Kosa kata tersebut hanya difahami dan diketahui oleh kumpulan masyarakat atau 
daerah tertentu.
3 
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 
Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 
(a) Mengenal pasti pengaruh penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar 
SMK Dato’ Mahmud Mat. 
(b) Mengumpul dan mengelaskan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK 
Dato’ Mahmud Mat. 
(c) Membincangkan kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar 
pada masa akan datang.
4 
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN 
Hasil kajian ini penting untuk 
(a) mengetahui faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa slanga dalam 
kalangan pelajar. 
(b) mengetahui bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar. 
(c) dijadikan panduan dalam pengajaran khususnya kesan penggunaan bahasa 
slanga oleh pelajar pada masa akan datang
5 
4.0 SKOP KAJIAN 
Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar 
Menengah Atas SMK Dato’ Mahmud Mat yang terdiri daripada tingkatan 4, 5, dan 6. 
Bagi mencapai objektif kedua, pengkaji hanya menyenaraikan perkataan yang kerap 
digunakan dalam kalangan pelajar. Bagi objektif ketiga, pengkaji membincangkan 
kesan penggunaan bahasa slanga oleh pelajar pada masa akan datang.
6 
5.0 BATASAN KAJIAN 
Kajian ini hanya berdasarkan penggunaan bahasa slanga yang sering digunakan oleh 
pelajar menengah atas SMK Dato’ Mahmud Mat. Oleh itu, penggunaan bahasa slanga 
yang digunakan hakikatnya berbeza mengikut keadaan dan ciri fizikal sesuatu 
kawasan atau daerah. Selain itu, responden merupakan pelajar menengah rendah yang 
masih tidak membezakan antara bahasa slanga dan bahasa kasar dan bahasa dialek. 
Hal ini menyebabkan sebahagian maklumat borang soal selidik tidak dapat dianalisis 
sepenuhnya kerana terdapat bahasa selain bahasa slanga telah dinyatakan.
7 
6.0 KAEDAH KAJIAN 
Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data dan maklumat sebagai 
bahan kajian. 
6.1 Mendapatkan bahan/data 
(a) Kajian perpustakaan 
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah ke perpustakaan. Pengkaji 
memanfaatkan institusi seperti perpustakaan , laman sesawang, dan pelbagai 
tempat lain yang mengandungi bahan bertulis atau bukan bertulis. Pengkaji 
mendapatkan maklumat dengan cara merujuk buku teks dan buku rujukan di 
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. 
(b) Kajian lapangan 
i. Soal selidik 
Kaedah soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih 
tepat. Soal selidik merupakan satu kaedah pengumpulan data daripada orang 
ramai mengenai pendapat mereka, perasaan, kelakuan, kepercayaan, sosial, tabiat 
dan latar belakang responden seperti umur, tahap pendidikan dan latar belakang 
kewangan responden. Soal selidik juga ditakrifkan sebagai penerangan terhadap 
suatu populasi. Kaedah ini mengira dan menerangkan apa yang terkandung dalam 
populasi tersebut. Pengkaji memilih kaedah tinjauan iaitu dengan menggunakan 
borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden bagi 
memperoleh data-data yang diperlukan. Dalam kajian ini, pengkaji telah 
mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden secara rawak 
terhadap pelajar menengah atas untuk memperoleh data secara spesifik.
Menurut Mohd Najib, (1999) instrumen soal selidik adalah sesuai untuk 
pengukuran afektif bagi tujuan mengetahui kecenderungan, sikap, persepsi dan 
sebagainya. Mohd Majid Konting, (1990) soal selidik adalah kaedah yang paling 
mudah dan cepat untuk memperolehi maklumat penyelidikan. 
8 
6.2 Mengumpulkan Data 
Kajian ini bermula dengan membuat pengumpulan maklumat melalui kajian 
perpustakaan iaitu dengan proses membaca bahan bertulis seperti tulisan ilmiah, 
buku, makalah, dan bahan tulis, dan sumber-sumber lain. Melalui cara ini, 
pengkaji memperoleh idea dan buah fikiran tentang kajian serta maklumat tentang 
bahasa slanga yang bakal dilaksanakan. 
Seterusnya, pengkaji menggunakan laman sesawang yang berkaitan dengan 
kajian untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam. Pengkaji meninjau 
tulisan ilmiah, buku, akhbar, blog, dan bahan bertulis, untuk mendapatkan 
maklumat yang lebih banyak dan mendalam. Hal ini demikian kerana, melalui 
laman sesawang maklumat yang diperoleh lebih meluas berkaitan bahasa slanga 
ini. Melalui kaedah ini, membolehkan pengkaji mendapat maklumat terkini 
berkaitan tajuk yang dikaji dan membantu pengkaji menghasilkan kajian yang 
baik.
9 
6.3 Menganalisis Data 
Semua maklumat dan data yang diperoleh dikumpulkan melalui kaedah 
perpustakaan, soal selidik dianalisis dengan mempersembahkan perkataan-perkataan 
dalam jadual. Semua maklumat yang dicari digunakan untuk mencapai 
semua objektif kajian.
10 
7.0 DAPATAN KAJIAN 
Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian secara terperinci. Bahagian ini 
dibincangkan dengan lebih mendalam berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. 
Bahagian pertama dimulai dengan mengenal pasti pengaruh penggunaan bahasa 
slanga dalam kalangan pelajar, diikuti pengumpulan dan pengelasan bahasa slanga 
mengikut tingkatan dan akhir sekali kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan 
remaja. 
7.1 Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar SMK Dato’ 
Mahmud Mat 
Faktor-faktor Bilangan Peratusan (%) 
Rakan 18 60 
Keluarga 2 6.67 
Lain-lain (Media massa) 10 33.33 
JUMLAH KESELURUHAN 30 126.68 
Jadual 1 : Pengaruh penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK 
Dato’ Mahmud Mat
Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga 
dalam Kalangan Pelajar SMK Dato' 
Mahmud Mat 
Rajah 1 : Peratusan Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan 
Pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat 
Berdasarkan jadual dan rajah 1 di atas dapat dilihat pengaruh penggunaan 
bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat secara keseluruhan. 
Pengkaji mendapat maklumat ini dengan menggunakan kaedah soal selidik. Dalam 
borang soal selidik tersebut, pengkaji menyenaraikan pilihan jawapan untuk dipilih 
responden secara rawak. Pengkaji turut melampirkan contoh borang soal selidik di 
11 
bahagian lampiran 1. 
Berdasarkan analisis maklumat yang dilakukan, pengkaji mendapati pengaruh 
dominan pelajar menggunakan bahasa slanga ini ialah pengaruh rakan dengan 
peratusan paling tinggi iaitu 60% . 18 0rang daripada responden memilih bahawa 
rakan merupakan pengaruh utama mereka mengetahui atau menggunakan bahasa 
slanga. 
Rakan 
60% 
Keluarga 
7% 
Lain-lain 
33%
Rakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi gaya hidup atau cara 
hidup seseorang. Segala perkataan, perbuatan dan tingkah laku rakan akan banyak 
mempengaruhi pembentukan identiti individu. Ahli sosiologi mengistilahkan rakan 
sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai 
lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya 
ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Rakan merupakan agensi tidak formal 
yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga 
di sekolah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan 
tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue 
12 
& Steinberg, 1995). 
Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990). 
Berndt (1979) telah membuat suatu kajian tentang kecenderungan menurut seseorang 
remaja. Beliau mendapati bahawa kecenderungan rakan sebaya paling tinggi pada 
umur 14 hingga 15 tahun. Remaja lebih cenderung menurut pengaruh rakan sebaya 
kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh ibu bapa 
dan mereka mula berfikir untuk diri sendiri. Hal ini secara tidak langsung 
mempengaruhi percakapan dan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar. 
Seterusnya, pelajar memilih pilihan jawapan lain-lain dengan peratusan 33%. 
Pelajar memilih jawapan ini menyatakan penggunaan bahasa slanga dipengaruhi oleh 
media massa. Media massa ialah alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat 
dari sumber kepada khalayak (menerima) dengan menggunakan alat-alat komunikasi 
seperti surat khabar, filem, radio, dan televisyen (Cangara, 2002). Media massa ialah 
media yang berorientasikan aspek penglihatan misalnya media cetak. Selain itu, 
melalui pendengaran atau audio seperti radio, dan akhirnya pendengaran dan 
penglihatan seperti televisyen dan video yang bersifat verbal visual (Liliweri, 2001).
Media massa yang banyak digunakan dalam kehidupan umumnya seperti surat 
13 
khabar, radio, televisyen. 
Sebagai contoh, bahasa slanga yang digunakan dalam karya kreatif pada hari 
ini adalah dalam menghasilkan novel atau cerpen yang menggunakan slanga 
penyerapan kata baku kepada kata sebutan lisan seperti antar (hantar), amek (ambil). 
Bahasa slanga bertujuan menambahkan kemesraan seperti camtu (macam itu), 
kengkawan (kawan – kawan), slanga kata berirama seperti siniz (sini), seryuz (serius) 
dan sebagainya. 
Perkembangan bahasa slanga terutama melalui media massa yang mendapat 
tempat dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja amat 
membimbangkan ahli bahasa dan pencinta bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana 
bahasa ini dikatakan akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu 
sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi di negara kita. Kita tidak mahu bahasa slanga 
berleluasa di negara kita dan secara tidak langsung menghakis keutuhan bahasa 
Melayu sebagai bahasa rasmi. 
Berdasarkan analisis maklumat, pengkaji mendapati pengaruh keluarga kurang 
mempengaruhi penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat 
dibuktikan berdasarkan jadua l1 dan rajah 1 di atas. Peratusan pengaruh keluarga 
hanya 7% secara keseluruhan maklum balas responden. Pengkaji berpendapat bahawa 
pengaruh keluarga kurang mempengaruhi penggunaan bahasa slanga ini dalam 
kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana bahasa slanga umumnya merupakan bahasa 
yang digunakan oleh generasi muda atau golongan remaja. Hal ini menyebabkan 
bahasa ini kurang difahami oleh golongan ibu bapa khususnya.
Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga merupakan 
bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan 
remaja tertentu sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar 
kelompok memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. Hal ini jelas 
membuktikan pengaruh keluarga khususnya ibu bapa kurang menggunakan bahasa ini 
dalam komunikasi mereka dengan anak-anak. Hal ini seterusnya kurang 
mempengaruhi pelajar menggunakan bahasa slanga. 
14
7.2 Mengumpul dan mengelaskan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK 
15 
Dato’ Mahmud Mat. 
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pengkaji menyenaraikan bahasa slanga yang 
sering digunakan dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat mengikut 
tingkatan iaitu tingkatan 4, 5, dan 6. Pengkaji mengelaskan perkataan beserta maksud 
yang telah disenaraikan oleh responden. Bagi sesetengah perkataan, pengkaji 
menyatakan lebih daripada satu maksud kerana perkataan tersebut mempunyai makna 
berbeza mengikut golongan pelajar. Pengkaji hanya memilih perkataan yang kerap 
digunakan pelajar. Pengkaji turut menyatakan bilangan kekerapan perkataan tersebut 
digunakan.
16 
7.2.1 Tingkatan 4 
Bil Perkataan Maksud Kekerapan 
1. Sakai 1. Tidak mengetahui sesuatu 
2. Serabut 
4 
1 
2 Koya 1. Suka berangan 
2. Mengarut 
3. Perasan diri 
2 
1 
1 
3 Siot 1. Mengarut 3 
4. Balak Teman lelaki 3 
5. Mengepong Membonceng motosikal 3 
6. Pane Lambat 2 
7. Kemut Kedekut 2 
8. Masyuk Pendapatan yang lumayan 2 
9. Sumbat Bosan 3 
10. Kerek Berlagak 2 
11. Pokai Tidak mencukupi wang 2 
12. Blah Perbuatan menghalau 2 
13. Galak Terlalu gembira 2 
Jadual 2 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar 
mengikut tingkatan
17 
7.2.2 Tingkatan 5 
Bil Perkataan Maksud Kekerapan 
1. Koya 1. Menunjuk-nunjuk 
2. Suka berangan 
1 
1 
2 Bolok 1. Punca masalah 
2. Serabut 
2 
1 
3 Sakai Serabut 4 
4. Bajet Perasan diri hebat 3 
5. Batak Beria-ria 3 
6. Giler Sangat/paling 3 
7. Gedik Mengada-ngada 2 
8. Sengal Tidak ada tujuan 2 
9. Mengepong Menunnggang moto 2 
10. Sengkek Tidak mempunyai wang 2 
11. Masyuk Pendapatan yang lumayan 2 
12. Kantoi Pecah rahsia 2 
Jadual 3 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar 
mengikut tingkatan
18 
7.2.3 Tingkatan 6 
Bil Perkataan Maksud Kekerapan 
1. Mengkarap 1. Tidak boleh diharap 
2. Perbuatan mengarut 
3. Tidak berguna 
3 
2 
3 
2. Koya 1. Beria-ria 
2. Perasan diri 
3. Selekeh 
4 
1 
2 
3. Poyo 1. Berlagak berpengetahuan 
2. Menjengkelkan 
1 
2 
4. Sakai 1. Beria-ria 
2. Sifat pelik 
3 
3 
5. Pana Tidak berpuas hati 3 
6. Cun Cantik 2 
7. Bro Singkatan (brother) / panggilan untuk rakan 4 
8. Lu Awak 2 
9. Gua Saya 2 
10. Mamun Serabut 3 
13. Giler Sangat/terlalu 4 
14. Kuca Berterabur 4 
15. Kedalul Tidak teratur 5 
16. Bajet Perasan diri hebat 2 
17. Sengal Menjengkelkan 3 
Jadual 4 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar 
mengikut tingkatan
7.3 Kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar. 
1. Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas 
Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan amat baik. 
Namun begitu sejak kebelakangan ini bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari 
oleh anasir –anasir luar. Jika ditinjau penggunaan bahasa seperti di atas amat jelas 
kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah - olah semakin 
rendah nilainya akibat penggunaan bahasa kita sendiri. 
2. Implikasi kepada generasi pelapis negara 
Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar dalam masyarakat dan 
negara kita. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi 
atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula 
terabai. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan 
individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu, akan lahirlah cerdik 
pandai dan modal insan yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan 
baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka 
menjawat bidang pekerjaan swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai 
yang tidak dapat menulis atau bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. 
Sehubungan itu, timbulnya penggunaan bahasa yang dicampuradukan dengan bahasa 
19 
lain.
20 
3. Pengaruh persekitaran 
Bahasa yang dituturkan oleh penutur mampu dipengaruhi oleh persekitaran kita. 
Sebagai contoh, pengaruh daripada media massa iaitu dalam rancangan televisyen, 
penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama dan filem 
banyak menjadi ikutan dan menular dalam kehidupan masyarakat.
21 
8.0 RUMUSAN KAJIAN 
Sebagai kesimpulannya, dapat dibuktikan penggunaan bahasa slanga semakin 
menular dalam kalangan remaja khususnya dalam kalangan pelajar SMK Dato’ 
Mahmud Mat. Penggunaan bahasa slanga ini banyak dipengaruhi oleh rakan mereka 
dengan peratusan paling tinggi iaitu 60%. Media massa merupakan pengaruh kedua 
dengan peratusan 33%. Keluarga merupakan pengaruh paling sedikit iaitu dengan 7%. 
Hal ini boleh dibuktikan berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 di atas. 
Pengkaji berpendapat kesan penggunaan bahasa slanga ini dapat menjejaskan 
kedudukan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan remaja. Bagi golongan remaja, 
apabila mereka berkomunikasi dalam kalangan mereka, mereka perlu mengetahui 
istilah tertentu untuk mengelakkan perbualan mereka difahami oleh khalayak. 
Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang 
tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu 
sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok 
memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. Bagi Teo Kok Seong pula, 
bahasa slanga ialah gaya atau fesyen pertuturan oleh sesuatu kumpulan atau golongan. 
Kesan penggunaan bahasa slanga seterusnya ialah memberi implikasi kepada 
generasi akan datang. Generasi pelapis ini tidak mampu untuk menggunakan dan 
mempraktikkan bahasa Melayu dengan baik dalam kehidupan mereka. Kegagalan itu 
akan menyebabkan lahirnya cerdik pandai dan modal insan yang tidak mampu 
menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, sama ada secara lisan 
atau bertulis.
22 
9.0 PENUTUP 
Hasil kajian di atas dapat membuktikan bahawa bahasa slanga semakin 
menular dalam kalangan remaja khususnya dalam kalangan pelajar SMK Dato’ 
Mahmud Mat. Pelajar perlu menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai 
terutamanya dalam berkomunikasi. Pelbagai kajian perlu dilakukan, sebagai contoh 
cara atau kaedah yang sistematik agar penggunaan bahasa slanga ini dapat 
dikurangkan dalam komunikasi. Kajian tersebut bukan sahaja penggunaan bahasa 
slanga tetapi juga penggunaan bahasa Melayu yang telah bercampuraduk dengan 
bahasa asing. Penyelidik berharap agar kajian seperti ini dapat diteruskan pada masa 
akan datang.
23 
BIBLIOGRAFI 
Buku: 
Hj Muhammed Salehudin Aman, 2008. Mari Kita Berbahasa Jilid 1. Kuala Lumpur : 
Citra Kurnia Enterprise. 
Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007. Bahasa Melayu Apa Sudah Jadi. Kuala Lumpur : 
PTS Professional Publishing Sdn Bhd. 
Nik Safiah Karim, 1986. Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan. Kuala Lumpur : 
Gateway Publishing House Sdn Bhd. 
Raminah Hj Sabran, 1993. Kesekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kuala 
Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 
Bahan Internet: 
Zin Mahmud. 2009. Isu keracunan bahasa. Diakses pada 30 Julai 2013, daripada 
http : //abihulwa.blogspot.com/2009/isu-keracunan-bahasa.html

More Related Content

What's hot

1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Thanushah Soniyasee
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistikly infinitryx
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3pikaapull
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasaFara Piruz
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)STPMVi
 
Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk firo HAR
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
konsep pragmatik dalam bahasa melayu
konsep pragmatik dalam bahasa melayukonsep pragmatik dalam bahasa melayu
konsep pragmatik dalam bahasa melayuFlowers Girls Mainie
 
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKUPBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKUAdilah Hrn
 
Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikmarzieta
 
laras bahasa
 laras bahasa laras bahasa
laras bahasaJenny 美
 

What's hot (20)

1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistik
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3
 
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk
 
Polisemi
PolisemiPolisemi
Polisemi
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
konsep pragmatik dalam bahasa melayu
konsep pragmatik dalam bahasa melayukonsep pragmatik dalam bahasa melayu
konsep pragmatik dalam bahasa melayu
 
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKUPBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU
 
Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatik
 
laras bahasa
 laras bahasa laras bahasa
laras bahasa
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 

Similar to Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativitiamiesaiful
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
Faktor faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa 2015
Faktor faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa 2015Faktor faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa 2015
Faktor faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa 2015Mohd Izzuddin Che Azahari
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
Rumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelRumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelUPSI
 
Rumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelRumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelUPSI
 
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran BahasaFaktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasafaiza hasbullah
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...PPDMARADONGCM12Moe
 

Similar to Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu (20)

Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativiti
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
Faktor faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa 2015
Faktor faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa 2015Faktor faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa 2015
Faktor faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa 2015
 
Paper_Jaflus
Paper_JaflusPaper_Jaflus
Paper_Jaflus
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Rumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelRumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikel
 
Rumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelRumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikel
 
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran BahasaFaktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa
Faktor yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Task 6
Task 6Task 6
Task 6
 
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
 
Tugasan emb415
Tugasan emb415Tugasan emb415
Tugasan emb415
 

Recently uploaded

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 

Recently uploaded (12)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 

Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN 1.1 Latar belakang Komunikasi ialah satu proses ke arah mewujudkan kesamaan. Apabila kita berkomunikasi kita akan berusaha untuk membentuk kesamaan dengan cara bertukar dan berkongsi maklumat secara lisan dan tulisan. Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Menurut Cragan & Sheilds (1998: 7) komunikasi ialah satu hubungan antara konsep teorikal yang memberi penerangan, penilaian ataupun ramalan, tindakan manusia berdasarkan orang yang berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, pengkaji mendapati sebahagian besar pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat menggunakan bahasa slanga dalam komunikasi khususnya dalam kalangan pelajar menengah atas. Bahasa kasar turut digunakan dalam komunikasi pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat tetapi pengkaji memilih untuk membuat kajian berkaitan penggunaan bahasa bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh atau cara pelajar mengatahui bahasa slanga tersebut. Di samping itu, pengkaji turut membincangkan kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja pada masa akan datang. 1.2 Definisi konsep Menurut Asmah Haji Omar dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, bahasa slanga ialah kata dan frasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal dan tidak boleh dikatakan sebagai halus.
  • 2. Nik Safiah Karim mendefinisikan bahasa slanga sebagai bahasa terhad (restricted language) kerana mempunyai ciri tertentu dan hanya digunakan dan difahami oleh 2 golongan tertentu sahaja. Bagi Teo Kok Seong pula, bahasa slanga ialah gaya atau fesyen pertuturan oleh sesuatu kumpulan atau golongan. Sterkenburg pula mentakrifkan bahasa slanga sebagai label penggunaan yang menandakan item leksikal yang tidak dianggap sebahagian daripada bahasa persuratan yang standard, dan selalunya terhad kepada pekerjaan, kelas dan kumpulan sosial yang tertentu. Ajid Che Kob (1998), berpendapat “key word” atau kata kunci dalam pengujaran bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya bertujuan menguat, memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya. Secara umumnya, bahasa slanga ialah bahasa yang digunakan oleh golongan remaja. Bahasa ini dikenal juga sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker. Bahasa ini merupakan bahasa yang tidak rasmi yang digunakan oleh kelompok tertentu. Antara ciri utama bahasa slanga ialah kosa kata yang kelihatan seperti perkataan biasa tetapi diberikan pengertian khusus atau bentuk ciptaan baharu mengikut kumpulan tertentu. Kosa kata tersebut hanya difahami dan diketahui oleh kumpulan masyarakat atau daerah tertentu.
  • 3. 3 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti berikut: (a) Mengenal pasti pengaruh penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat. (b) Mengumpul dan mengelaskan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat. (c) Membincangkan kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar pada masa akan datang.
  • 4. 4 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini penting untuk (a) mengetahui faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar. (b) mengetahui bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar. (c) dijadikan panduan dalam pengajaran khususnya kesan penggunaan bahasa slanga oleh pelajar pada masa akan datang
  • 5. 5 4.0 SKOP KAJIAN Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar Menengah Atas SMK Dato’ Mahmud Mat yang terdiri daripada tingkatan 4, 5, dan 6. Bagi mencapai objektif kedua, pengkaji hanya menyenaraikan perkataan yang kerap digunakan dalam kalangan pelajar. Bagi objektif ketiga, pengkaji membincangkan kesan penggunaan bahasa slanga oleh pelajar pada masa akan datang.
  • 6. 6 5.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya berdasarkan penggunaan bahasa slanga yang sering digunakan oleh pelajar menengah atas SMK Dato’ Mahmud Mat. Oleh itu, penggunaan bahasa slanga yang digunakan hakikatnya berbeza mengikut keadaan dan ciri fizikal sesuatu kawasan atau daerah. Selain itu, responden merupakan pelajar menengah rendah yang masih tidak membezakan antara bahasa slanga dan bahasa kasar dan bahasa dialek. Hal ini menyebabkan sebahagian maklumat borang soal selidik tidak dapat dianalisis sepenuhnya kerana terdapat bahasa selain bahasa slanga telah dinyatakan.
  • 7. 7 6.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data dan maklumat sebagai bahan kajian. 6.1 Mendapatkan bahan/data (a) Kajian perpustakaan Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah ke perpustakaan. Pengkaji memanfaatkan institusi seperti perpustakaan , laman sesawang, dan pelbagai tempat lain yang mengandungi bahan bertulis atau bukan bertulis. Pengkaji mendapatkan maklumat dengan cara merujuk buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. (b) Kajian lapangan i. Soal selidik Kaedah soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat. Soal selidik merupakan satu kaedah pengumpulan data daripada orang ramai mengenai pendapat mereka, perasaan, kelakuan, kepercayaan, sosial, tabiat dan latar belakang responden seperti umur, tahap pendidikan dan latar belakang kewangan responden. Soal selidik juga ditakrifkan sebagai penerangan terhadap suatu populasi. Kaedah ini mengira dan menerangkan apa yang terkandung dalam populasi tersebut. Pengkaji memilih kaedah tinjauan iaitu dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden bagi memperoleh data-data yang diperlukan. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden secara rawak terhadap pelajar menengah atas untuk memperoleh data secara spesifik.
  • 8. Menurut Mohd Najib, (1999) instrumen soal selidik adalah sesuai untuk pengukuran afektif bagi tujuan mengetahui kecenderungan, sikap, persepsi dan sebagainya. Mohd Majid Konting, (1990) soal selidik adalah kaedah yang paling mudah dan cepat untuk memperolehi maklumat penyelidikan. 8 6.2 Mengumpulkan Data Kajian ini bermula dengan membuat pengumpulan maklumat melalui kajian perpustakaan iaitu dengan proses membaca bahan bertulis seperti tulisan ilmiah, buku, makalah, dan bahan tulis, dan sumber-sumber lain. Melalui cara ini, pengkaji memperoleh idea dan buah fikiran tentang kajian serta maklumat tentang bahasa slanga yang bakal dilaksanakan. Seterusnya, pengkaji menggunakan laman sesawang yang berkaitan dengan kajian untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam. Pengkaji meninjau tulisan ilmiah, buku, akhbar, blog, dan bahan bertulis, untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyak dan mendalam. Hal ini demikian kerana, melalui laman sesawang maklumat yang diperoleh lebih meluas berkaitan bahasa slanga ini. Melalui kaedah ini, membolehkan pengkaji mendapat maklumat terkini berkaitan tajuk yang dikaji dan membantu pengkaji menghasilkan kajian yang baik.
  • 9. 9 6.3 Menganalisis Data Semua maklumat dan data yang diperoleh dikumpulkan melalui kaedah perpustakaan, soal selidik dianalisis dengan mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Semua maklumat yang dicari digunakan untuk mencapai semua objektif kajian.
  • 10. 10 7.0 DAPATAN KAJIAN Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian secara terperinci. Bahagian ini dibincangkan dengan lebih mendalam berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Bahagian pertama dimulai dengan mengenal pasti pengaruh penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar, diikuti pengumpulan dan pengelasan bahasa slanga mengikut tingkatan dan akhir sekali kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja. 7.1 Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat Faktor-faktor Bilangan Peratusan (%) Rakan 18 60 Keluarga 2 6.67 Lain-lain (Media massa) 10 33.33 JUMLAH KESELURUHAN 30 126.68 Jadual 1 : Pengaruh penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat
  • 11. Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar SMK Dato' Mahmud Mat Rajah 1 : Peratusan Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat Berdasarkan jadual dan rajah 1 di atas dapat dilihat pengaruh penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat secara keseluruhan. Pengkaji mendapat maklumat ini dengan menggunakan kaedah soal selidik. Dalam borang soal selidik tersebut, pengkaji menyenaraikan pilihan jawapan untuk dipilih responden secara rawak. Pengkaji turut melampirkan contoh borang soal selidik di 11 bahagian lampiran 1. Berdasarkan analisis maklumat yang dilakukan, pengkaji mendapati pengaruh dominan pelajar menggunakan bahasa slanga ini ialah pengaruh rakan dengan peratusan paling tinggi iaitu 60% . 18 0rang daripada responden memilih bahawa rakan merupakan pengaruh utama mereka mengetahui atau menggunakan bahasa slanga. Rakan 60% Keluarga 7% Lain-lain 33%
  • 12. Rakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi gaya hidup atau cara hidup seseorang. Segala perkataan, perbuatan dan tingkah laku rakan akan banyak mempengaruhi pembentukan identiti individu. Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Rakan merupakan agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga di sekolah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue 12 & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990). Berndt (1979) telah membuat suatu kajian tentang kecenderungan menurut seseorang remaja. Beliau mendapati bahawa kecenderungan rakan sebaya paling tinggi pada umur 14 hingga 15 tahun. Remaja lebih cenderung menurut pengaruh rakan sebaya kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh ibu bapa dan mereka mula berfikir untuk diri sendiri. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi percakapan dan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar. Seterusnya, pelajar memilih pilihan jawapan lain-lain dengan peratusan 33%. Pelajar memilih jawapan ini menyatakan penggunaan bahasa slanga dipengaruhi oleh media massa. Media massa ialah alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat dari sumber kepada khalayak (menerima) dengan menggunakan alat-alat komunikasi seperti surat khabar, filem, radio, dan televisyen (Cangara, 2002). Media massa ialah media yang berorientasikan aspek penglihatan misalnya media cetak. Selain itu, melalui pendengaran atau audio seperti radio, dan akhirnya pendengaran dan penglihatan seperti televisyen dan video yang bersifat verbal visual (Liliweri, 2001).
  • 13. Media massa yang banyak digunakan dalam kehidupan umumnya seperti surat 13 khabar, radio, televisyen. Sebagai contoh, bahasa slanga yang digunakan dalam karya kreatif pada hari ini adalah dalam menghasilkan novel atau cerpen yang menggunakan slanga penyerapan kata baku kepada kata sebutan lisan seperti antar (hantar), amek (ambil). Bahasa slanga bertujuan menambahkan kemesraan seperti camtu (macam itu), kengkawan (kawan – kawan), slanga kata berirama seperti siniz (sini), seryuz (serius) dan sebagainya. Perkembangan bahasa slanga terutama melalui media massa yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja amat membimbangkan ahli bahasa dan pencinta bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana bahasa ini dikatakan akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi di negara kita. Kita tidak mahu bahasa slanga berleluasa di negara kita dan secara tidak langsung menghakis keutuhan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Berdasarkan analisis maklumat, pengkaji mendapati pengaruh keluarga kurang mempengaruhi penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan jadua l1 dan rajah 1 di atas. Peratusan pengaruh keluarga hanya 7% secara keseluruhan maklum balas responden. Pengkaji berpendapat bahawa pengaruh keluarga kurang mempengaruhi penggunaan bahasa slanga ini dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana bahasa slanga umumnya merupakan bahasa yang digunakan oleh generasi muda atau golongan remaja. Hal ini menyebabkan bahasa ini kurang difahami oleh golongan ibu bapa khususnya.
  • 14. Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga merupakan bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. Hal ini jelas membuktikan pengaruh keluarga khususnya ibu bapa kurang menggunakan bahasa ini dalam komunikasi mereka dengan anak-anak. Hal ini seterusnya kurang mempengaruhi pelajar menggunakan bahasa slanga. 14
  • 15. 7.2 Mengumpul dan mengelaskan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK 15 Dato’ Mahmud Mat. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pengkaji menyenaraikan bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat mengikut tingkatan iaitu tingkatan 4, 5, dan 6. Pengkaji mengelaskan perkataan beserta maksud yang telah disenaraikan oleh responden. Bagi sesetengah perkataan, pengkaji menyatakan lebih daripada satu maksud kerana perkataan tersebut mempunyai makna berbeza mengikut golongan pelajar. Pengkaji hanya memilih perkataan yang kerap digunakan pelajar. Pengkaji turut menyatakan bilangan kekerapan perkataan tersebut digunakan.
  • 16. 16 7.2.1 Tingkatan 4 Bil Perkataan Maksud Kekerapan 1. Sakai 1. Tidak mengetahui sesuatu 2. Serabut 4 1 2 Koya 1. Suka berangan 2. Mengarut 3. Perasan diri 2 1 1 3 Siot 1. Mengarut 3 4. Balak Teman lelaki 3 5. Mengepong Membonceng motosikal 3 6. Pane Lambat 2 7. Kemut Kedekut 2 8. Masyuk Pendapatan yang lumayan 2 9. Sumbat Bosan 3 10. Kerek Berlagak 2 11. Pokai Tidak mencukupi wang 2 12. Blah Perbuatan menghalau 2 13. Galak Terlalu gembira 2 Jadual 2 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar mengikut tingkatan
  • 17. 17 7.2.2 Tingkatan 5 Bil Perkataan Maksud Kekerapan 1. Koya 1. Menunjuk-nunjuk 2. Suka berangan 1 1 2 Bolok 1. Punca masalah 2. Serabut 2 1 3 Sakai Serabut 4 4. Bajet Perasan diri hebat 3 5. Batak Beria-ria 3 6. Giler Sangat/paling 3 7. Gedik Mengada-ngada 2 8. Sengal Tidak ada tujuan 2 9. Mengepong Menunnggang moto 2 10. Sengkek Tidak mempunyai wang 2 11. Masyuk Pendapatan yang lumayan 2 12. Kantoi Pecah rahsia 2 Jadual 3 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar mengikut tingkatan
  • 18. 18 7.2.3 Tingkatan 6 Bil Perkataan Maksud Kekerapan 1. Mengkarap 1. Tidak boleh diharap 2. Perbuatan mengarut 3. Tidak berguna 3 2 3 2. Koya 1. Beria-ria 2. Perasan diri 3. Selekeh 4 1 2 3. Poyo 1. Berlagak berpengetahuan 2. Menjengkelkan 1 2 4. Sakai 1. Beria-ria 2. Sifat pelik 3 3 5. Pana Tidak berpuas hati 3 6. Cun Cantik 2 7. Bro Singkatan (brother) / panggilan untuk rakan 4 8. Lu Awak 2 9. Gua Saya 2 10. Mamun Serabut 3 13. Giler Sangat/terlalu 4 14. Kuca Berterabur 4 15. Kedalul Tidak teratur 5 16. Bajet Perasan diri hebat 2 17. Sengal Menjengkelkan 3 Jadual 4 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar mengikut tingkatan
  • 19. 7.3 Kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar. 1. Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan amat baik. Namun begitu sejak kebelakangan ini bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari oleh anasir –anasir luar. Jika ditinjau penggunaan bahasa seperti di atas amat jelas kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah - olah semakin rendah nilainya akibat penggunaan bahasa kita sendiri. 2. Implikasi kepada generasi pelapis negara Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar dalam masyarakat dan negara kita. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu, akan lahirlah cerdik pandai dan modal insan yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka menjawat bidang pekerjaan swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai yang tidak dapat menulis atau bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Sehubungan itu, timbulnya penggunaan bahasa yang dicampuradukan dengan bahasa 19 lain.
  • 20. 20 3. Pengaruh persekitaran Bahasa yang dituturkan oleh penutur mampu dipengaruhi oleh persekitaran kita. Sebagai contoh, pengaruh daripada media massa iaitu dalam rancangan televisyen, penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama dan filem banyak menjadi ikutan dan menular dalam kehidupan masyarakat.
  • 21. 21 8.0 RUMUSAN KAJIAN Sebagai kesimpulannya, dapat dibuktikan penggunaan bahasa slanga semakin menular dalam kalangan remaja khususnya dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat. Penggunaan bahasa slanga ini banyak dipengaruhi oleh rakan mereka dengan peratusan paling tinggi iaitu 60%. Media massa merupakan pengaruh kedua dengan peratusan 33%. Keluarga merupakan pengaruh paling sedikit iaitu dengan 7%. Hal ini boleh dibuktikan berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 di atas. Pengkaji berpendapat kesan penggunaan bahasa slanga ini dapat menjejaskan kedudukan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan remaja. Bagi golongan remaja, apabila mereka berkomunikasi dalam kalangan mereka, mereka perlu mengetahui istilah tertentu untuk mengelakkan perbualan mereka difahami oleh khalayak. Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. Bagi Teo Kok Seong pula, bahasa slanga ialah gaya atau fesyen pertuturan oleh sesuatu kumpulan atau golongan. Kesan penggunaan bahasa slanga seterusnya ialah memberi implikasi kepada generasi akan datang. Generasi pelapis ini tidak mampu untuk menggunakan dan mempraktikkan bahasa Melayu dengan baik dalam kehidupan mereka. Kegagalan itu akan menyebabkan lahirnya cerdik pandai dan modal insan yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, sama ada secara lisan atau bertulis.
  • 22. 22 9.0 PENUTUP Hasil kajian di atas dapat membuktikan bahawa bahasa slanga semakin menular dalam kalangan remaja khususnya dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat. Pelajar perlu menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai terutamanya dalam berkomunikasi. Pelbagai kajian perlu dilakukan, sebagai contoh cara atau kaedah yang sistematik agar penggunaan bahasa slanga ini dapat dikurangkan dalam komunikasi. Kajian tersebut bukan sahaja penggunaan bahasa slanga tetapi juga penggunaan bahasa Melayu yang telah bercampuraduk dengan bahasa asing. Penyelidik berharap agar kajian seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
  • 23. 23 BIBLIOGRAFI Buku: Hj Muhammed Salehudin Aman, 2008. Mari Kita Berbahasa Jilid 1. Kuala Lumpur : Citra Kurnia Enterprise. Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007. Bahasa Melayu Apa Sudah Jadi. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Nik Safiah Karim, 1986. Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan. Kuala Lumpur : Gateway Publishing House Sdn Bhd. Raminah Hj Sabran, 1993. Kesekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bahan Internet: Zin Mahmud. 2009. Isu keracunan bahasa. Diakses pada 30 Julai 2013, daripada http : //abihulwa.blogspot.com/2009/isu-keracunan-bahasa.html