SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK




SATU ANALISIS DAN SINTAKSIS




1.0 PENGENALAN

     Pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah proses yang berlangsung di dalam otak
kanak-kanak    ketika   memperolah    bahasa     pertamanya   atau    bahasa   ibunya.
Pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah merupakan satu kajian yang amat bermakna
dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik linguistik.

     Bagaimana manusia memperolehai bahasa bermula dari sejak kelahiran.
Mengikut kajian penyelidik, bagaimana proses pemerolehan bahasa berlaku di
kalangan kanak-kanak. Hasil daripada kajian, saya mendapati pemerolehan bahasa di
kalangan kanak-kanak tidak teratur dan terhad, kerana bahasa yang diperolehi oleh
kanak-kanak tersebut hasil daripada pertuturan disekeliling kanak-kanak tersebut. Ibu
memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak.

     Bahasa yang diterima oleh kanak-kanak itu tidak terhad dan teratur, kerana
kanak-kanak tersebut memperolehi bahasa daripada ibunya, namun kanak-kanak
tersebut berupaya memahami sistem-sistem linguistik pertama sebelum mencapai usia
lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan terus berlaku
dalam kalangan masyarakat dan budaya pada setiap masa.

     Mengikut kajian penyelidik secara emprikal, terdapat dua teori utama yang
membincangkan      bagaimana    manusia       memperolehi   bahasa.   Teori    pertama
mempertahankan bahasa diperoleh manusia secara alamiah atau dinuranikan. Teori ini
dikenali sebagai hipotesis nurani dalam linguistik. Teori yang kedua mempertahankan
bahawa bahasa diperoleh manusia secara dipelajari.

    Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembanan bahasa manusia.
Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa

                                          1
kanak-kanak. Manakala pemerolehan bahasa yang kedua tertupu kepada bahasa
orang dewasa

.     Pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen iaitu sintaksis,
fonologi dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini tumbuh secara bersama-sama.
Walaubagaimanapun,           perbincangannya       selalu      dipisah-pisahkan      untuk
memudahkanpemahamannya. Pertumbuhan sintaksis bermula pada waktu seseorang
kanak-kanak mulai menerbitkan ayat-ayat yang terdiri daripada dua kata atau lebih.
Pada umumnya kanak-kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang
dua tahun. Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang
bermakna kepada kanak-kanak.

      Dengan       berinteraksi   dengan   kedua   ibu      bapanya   melalui   bunyi-bunyi
tertentu(cooing) dan membabel, seseorang bayi itu sebenarnya sudah mula mencipta
bahasa untuk berkomunikasi pada usia akhir satu tahun (Mei-Yu 2000). Manakala
peringkat semantik pula ialah peringkat di mana kanak-kanak mula memahami maksud
ayat ujarannya atau ayat-ayat yang diterimanya.




      Pada permulaan usia dua tahun, perkataan pertama bagi kanak-kanak akan
muncul. Peringkat ini dipanggil peringkat “holofrasa” kerana perkataan yang
dikeluarkanoleh kanak-kanak biasanya terdiri daripada satu atau dua patah perkataan
mudah dalam satu masa. Bagi mereka ujaran satu perkataan tersebut seolah-olah
mewakili makna keseluruhan ayat yang lengkap (Shaffer 1999). Perkataan pertama
kanak-kanak biasanya sangat berbeza daripada sebutan perkataan orang dewasa, dan
perkataan-perkataan awal tersebut kebanyakannya kerap kali tidak jelas dan hanya
terhad kepada nama-nama objek, orang atau perkara-perkara tertentu sahaja (Bukatko
& Daehler 1995).

      Jelasnya, perkataan awal kanak-kanak lebih berbentuk kontekstual.             Kanak-
kanak akan menggunakan perkataan tunggal untuk membezakan seseorang atau
sesuatu benda dalam keadaan yang berbeza (misalnya memanggil “ma” apabila
melihat ibunya masuk ke bilik), kemudian melabelkan objek dengan 2 menghubungkan

                                            2
kepada seseorang (misalnya menyebut “ma” apabila melihat gincu bibir ibunya atau tas
tangan kepunyaan ibunya), atau bagi menggambarkan kehendak              (menyebut “ma”
sambil menghulurkan kedua-dua belah             tangan supaya didokong oleh ibunya).
Mengikut Barret (1985) pada kebiasaannya pada tahap ini kanak-kanak lambat
menghasilkan perkataan. Tetapi apabila mereka memperoleh lebih daripada sepuluh
patah perkataan, kanak-kanak tersebut mula menambah perkataan baru dengan kadar
yang cepat atau dipanggil “ledakan perbendaharaan kata” (vocabulary spurt). Pada usia
dua tahun kanak-kanak mula menggabungkan perkataan untuk menghasilkan ayat
(Bukatko & Daehler 1995).

         Pada kebiasaannya ayat pertama yang mereka gunakan terdiri daripada dua
patah perkataan dan sekali-sekala lebih panjang sedikit. Pada peringkat ini disebut juga
sebagai „ucapan telegram” (telegraphic speech) kerana pembentukan ayatnya seperti
ayat-ayat yang digunakan dalam telegram.          Mengikut Berk (2000) ayat-ayat awal
kanak-kanak mempunyai perkataan-perkataan asas seperti yang digunakan dalam
telegram, iaitu hanya menggunakan kata nama dan kata kerja dengan mengabaikan
kata fungsi, kata penentu, kata gantinama diri, kata gantinama penunjuk dan kata kerja
bantu.

         Meskipun ayat pertama kanak-kanak tidak mempunyai tatabahasa sebagaimana
pertuturan orang dewasa, tetapi mereka jauh lebih banyak menggabungkan rangkaian
perkataan biasa. Mengikut Braine (1976) ujaran mereka mempunyai struktur ayat yang
tersendiri iaitu terdiri daripada beberapa perkataan yang digelar “kata paksi” yang
digunakan dalam posisi tetap, dan digabungkan dengan perkataan yang jarang
digunakan yang dirujuk sebagai “kata bebas” dan mudah digantikan dengan perkataan-
perkataan lain. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menggunakan perkataan satu
perkataan sebagai kata paksi, dan menjadikan ayat sebagai “nak nasi”, “nak air”, ”,
“nak ikut” atau “banyak biskut”, “banyak kereta”, “banyak epal” dan sebagainya. Selain
itu kreativiti juga memainkan peranan penting pada peringkat awal pertuturan kanak-
kanak. Ayat-ayat yang diujarkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini biasanya tidak
terdapat dalam ujaran orang dewasa.



                                            3
2.0 PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK

          Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat
nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah
kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yan bersifat umum inilah digunakan
untuk menguasai seala-galanya termasuklah bahasa.

          Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language
Acquisition Davice (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh
Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity For Language”. LAD dikatakan
telah dimiliki oleh setiap anak secara semulajadi dan dengan alat nurani ini akan
membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah
dan cepat.

         Kajian-kajian terkini oleh Bates, Snow dan Tomasello telah mengemukakan
hipotesis bahawa pemebelajaran bahasa adalah hasil daripada kebolehan kognisi
umum manusia dan interaksinya dengan masyarakat sekitarnya. Salah satu alat terkini
yang digunakan untuk mengkaji kebolehan bahasa ialah CHILDES (Child Language
Data Exchange System) oleh Brian MacWhinney dan Catherine Snow.

         Bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-bunyi yang terdapat
disekitarnya. Mengikut Brookes (dlm. Abdullah Yuoff dan Che Rabiah Mohamed,
1995:456), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana
bagi setiap bayi bermula pada waktu bayi itu berumur lebih kurang lapan belas bulan
dan mencapai bentuk yang hamper sempurna ketika berumur lebih kurang empat
tahun.

         Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa
disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal
untuk mempelajarinya., sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh
ahli masyarakat disekitarnya. Pemerolehan bahasa sangat penting terutamanya dalam

                                           4
bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat
pemerolehan bahasa boleh membantu bahkan menentukan kejayaan dalam bidang
pengajaran bahasa.




Transkripsi Perbualan




Nama                 : Nur Qistina Syifa‟ bt Ahmad Suhaimi

Umur                 : 4 tahun

Tarikh Lahir         : 15 Mei 2008

Bil. Adik Beradik    : 5 Orang

Nama Bapa            : Ahmad Suhaimi b Ahmad Suhaimi

Pekerjaan            : Guru

Nama Ibu             : Che Nirwana bt Mohd Rafaie

Pekerjaan            : Guru

Hobi                 : Melukis, menulis dan bersembang



Analisis data

Transkirp A

Transkrip asal perbualan antara subjek kajian dengan ibu.

Subjek kajian        -S

Ibu                  -I



S      : Hai, saya Qistina. Ini ibu saya. Saya nak baca orang bedoa,


                                           5
I   : Mari kita mula.

S   : Mari kita mula.

I   : Ok. Ini cerita apa adik ?

S   : Ini ceta orang baca doa.Selepas makan, selepas, selepas dia makan, dia nak

     Tidor, dia pun maca doa.

I   : Baca doa, baca doa tidor?

S   : Ha.. ( angguk )

I   : Kalau tak baca doa ?

S   : Nanti syaitan masuk badan.

I   : Ooo.. takutnya. Adik tidor baca doa ?

S   : baca (angguk)

I   : Ooo.. Ini gambar apa?

S   : Ini gambar.. dia..dia..Lelaki tu maca doa selepas makan. Syaitan tu pun panas.

I   : Ooo syaitan panas. Kalau kita tak baca doa ?

S   : Aaa.. Syaitanpun ikut kita makan.

I   : Ooo.. Nanti syaitan jadi gemuk.

S   : Ha ah.

I   : macam mana gemuk ?

S   : Gemuk macam ni (mimik muka – mulut ditutup dan pipi dikembongkan)

I   : Ini gambar orang buat apa ?

S   : Orang gosok gigi. Dia pun baca doa, syaitan pun panas.

I   : Ooo.. Syaitan tak suka orang kotor-kotor ?

S   : (geleng kepala)

I   : Ok.. ni gambar apa?

S   : Orang Solat.

                                          6
I   : Ooo .. orang solat, Adik solat ?

S   : Solat ( angguk )

I   : Kalau solat ?

S   : Kalau solat jadi orang Islam.

I   : Syaitannya ?

S   : Syaitannya pun kebakar.

I   : Ooo.. tebakar,.. padan muka. Ni gambar apa ?

S   : Ini gambar kakak mengaji. Syaitan itu pun panas.

I   : Panas ye ? Syaitan pergi mana ?

S   : Syaitan itu pun lari.

I   : Lari? Ini gambar apa ?

S   : Ini gambar aa…aa.. kakak tengah sapu daun.

I   : Allah suka orang bersih ?

S   : Allah suka orang yang bersih.

I   : Ok. Habis dah ok.by kawan-kawan.

S   : Ok. By kawan-kawan. Jumpa lagi

I   : Assalamualaikum..

S   : Assalamualaikum.




                                         7
Analisis data

Transkirpsi B

Transkrip perbualan antara subjek kajian dengan ibu.

Subjek kajian       -S

Ibu                 -I



S     : Hai, saya Qistina. Ini ibu saya. Saya nak baca cerita orang berdoa,

I     : Mari kita mula.

S     : Mari kita mula.

I     : Ok. Ini cerita apa adik ?

S     : Ini cerita orang membaca doa.selepas makan, selepas, selepas dia makan,

        dia nak tidor, dia pun membaca doa.

I     : Baca doa, baca doa tidur?

S     : Ha.. ( angguk )

I     : Kalau tak baca doa ?

S     : Nanti syaitan masuk badan.

I     : Ooo.. takutnya. Adik tidur baca doa ?

S     : baca (angguk)

I     : Ooo.. Ini gambar apa?

S     : Ini gambar.. dia..dia..lelaki tu baca doa selepas makan. Syaitan tu pun panas.

I     : Ooo syaitan panas. Kalau kita tak baca doa ?

S     : Aaa.. Syaitanpun ikut kita makan.

I     : Ooo.. Nanti syaitan jadi gemuk.

S     : Ha ah.

                                            8
I   : macam mana gemuk ?

S   : Gemuk macam ni (mimik muka – mulut ditutup dan pipi dikembongkan)

I   : Ini gambar orang buat apa ?

S   : Orang gosok gigi. Sebelum gosok gigi dia pun membaca doa, syaitan

     pun panas.

I   : Ooo.. Syaitan tak suka orang kotor-kotor ?

S   : (geleng kepala)

I   : Ok.. ni gambar apa?

S   : Orang Solat.

I   : Ooo .. orang solat, Adik solat ?

S   : Solat ( angguk )

I   : Kalau solat ?

S   : Kalau solat jadi orang Islam.

I   : Syaitannya ?

S   : Syaitannya pun terbakar.

I   : Ooo.. terbakar,.. padan muka. Ni gambar apa ?

S   : Ini gambar kakak mengaji. Syaitan itu pun panas.

I   : Panas ye ? syaitan pergi mana ?

S   : Syaitan itu pun lari.

I   : Lari? Ini gambar apa ?

S   : Ini gambar aa…aa.. kakak tengah menyapu daun.

I   : Allah suka orang bersih ?

S   : Allah suka orang yang bersih.

I   : Ok. Habis dah ok.by kawan-kawan.

S   : Ok. By kawan-kawan. Jumpa lagi

                                         9
I      : Assalamualaikum..

S      : Assalamualaikum.




1.0 ULASAN TENTANG KAJIAN PERBUALAN



      Transkripsi kajian perbualan dengan kanak-kanak ini dilakukan di rumah mereka
iaitu No 3, Desa Nelayan Pasir Panjang, Sekinchan Selangor. Perbualan ini dirakamkan
di ruang tamu rumah pada waktu malam.

       Perbualan berlaku antara anak yang bernama Nur Qistina Syifa‟ dengan ibunya
yang bernama Che Nirwana bt Muhd Rafaie. Perbualan dirakam oleh saya yang
merupakan bapa kepada kanak-kanak tersebut.




5.0 ANALISIS TENTANG ASPEK-ASPEK LINGUISTIK YANG
      TERDAPAT DALAM PERBUALAN


5.1   ASPEK FONOLOGI

      Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang
pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.

       Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.
Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.
Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

       Fonologi atau Fonemik ialah mengkaji bunyi bahasa sebagai fonem dan sistem
fonem sesuatu bahasa yang digunakan. Dalam perbualan yang dirakamkan, terdapat

                                         10
beberapa contoh pertuturan yang ditemui tidak selaras dengan penggunakan bahasa
standart. Kebanyakan penggunaan kata yang dibualkan antara ank dan ibunya ialah
penggunaan vocal, konsonan dan semi vokal. Penggunaan vokal datap dikenal pasti
apabila terjadinya tiada halangan pada alat artikulasi. Vokal merupakan bunyi yang
bersuara. Contoh penggunaan dalam dialog ialah :-




      i.      Apa
      ii.     Kita
      iii.    Suka
      iv.     Nama
      v.      Ibu
      vi.     Baca

              Penggunaan konsonan pula terjadi apabila arus udara dihalang atau
      dihambat pada sebahagian alat artikulasi. Proses hambatan pada arus udara
      dapat disertai dengan bergetarnya pita suara.

              Kebiasaannya penggunaan konsonan bersuara          akan melibatkan
      penggunaan huruf b, d. g, v, z, l. Pengunaan konsonan tidak bersuara pula
      melibatkan penggunaan huruf p, t, k , f, s dan seumpamanya. Contoh yang
      terdapat dalam teks perbualan tersebut ialah :

      i.      mari
      ii.     Baca
      iii.    syaitan
      iv.     Pandai
      v.      badan
      vi.     panas
      vii.    solat
      viii.   Sapu




                                          11
Aspek fonologi dan fonetik yang seterusnya dikenal pasti ialah penggunaan
nasal dan oral. Bunyi bahasa yang dapat dibezakan sebagai bunyi nasal ( sengau ) dan
oral. Perbezaan ini didasarkan kepada keluarnya atau disertainya udara melalui rongga
hidung. Biasanya penggunaan bunyi nasal dan oral ini melibatkan penggunaan huruf
ng, ny, g, p , k, t, d. Contoh yang diperoleh dalam perbualan yang dirakamkan ialah :-


          i.    Gemuk
          ii. Orang
          iii. Mengaji
          iv. Syaitannya
          v. Tengah




 5.2      ASPEK MORFOLOGI

          Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Sesuatu perkataan yang dibentuk . Aspek ini juga melibatkan jenis-
jenis ayat yang digunakan untuk membentuk pertuturan. Dalam penggunaan bahasa
Melayu , terdapat beberapa jenis ayat iaitu:-

               i.   Ayat Tanya
               ii. Ayat seru
               iii. Ayat penyata
               iv. Ayat perintah


          Morfologi juga bermaksud kajian tentang kata dan pembentukan kata , kelas kata
dan imbuhan. Dalam morfologi, unit yang terkecil yang mempunyai makna dan tugas
nahu ialah morfem. Dalam perbualan yang dirakamkan, jenis ayat yang digunakan
ialah:-




                                            12
i.       Ayat Tanya
                  Ayat Tanya merupakan sejenis pola ayat yang biasanya dihujung ayat
                  mengandungi perkataan „kah‟. Namun begitu pola ayat sedemikian tidak
                  terdapat dalam transkripsi ini.


         ii.      Ayat Penyata


                  a. Ini ibu saya.
                  b. Saya nak baca orang berdoa
                  c. Lelaki itu baca doa selepas makan
                  d. Kalau solat jadi orang Islam
                  e. Ini gambar kakak mengaji


              Jawapan yang dikemukan dalam perbualan merupakan penggunaan perkataan
yang agak ringkas namun maksud yang ingin disampaikan amat jelas. Pemilihan kata
yang digunakan memberikan maksud yang lengkap bagi setiap soalan-soalan yang
dikemukakan.


         iii.     Penggunaan imbuhan.


          Dalam sesi perbualan, penggunaan imbuhan yang sesuai bagi perkataan tidak
digunakan . Ini mungkin berpunca daripada sesi perbualan yang tidak formal. Di
samping itu, kanak-kanak yang dijadikan sampel ini merupakan kanak-kanak berumur 4
tahun.         Kosa   kata   dan     penggunaan          ayatnya   belum   berkembang   dengan
sempurna.Contoh pengunaan kata adalah seperti berikut :-


   a. Hai, saya Qistina. Ini ibu saya, Saya nak baca orang bedoa .
         Sepatutnya ayat di atas perlu menggunakan imbuhan yang sesuai bagi
         menjadikan ayat itu lebih gramatis. Imbuhan perlu diletakkan pada perkataan
         baca ( membaca ). Pada perkataan „bedoa‟, imbuhan „ber‟ wujud tetapi tidak
         lengkap. Sepatutnya ia disebut berdoa.

                                                    13
5.3      ASPEK SINTAKSIS ( golongan kata )

         Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan
binaan ayat.Sintaksis mengkaji morfem dan hubungan morfem-morfem menjadi frasa
atau gatra dan ayat. Dalam sintaksis, terdapat beberapa golongan kata yang digunakan
dalam perbualan. Antara golongan kata yang diguna pakai semasa perbualan tersebut
ialah :-

      a. Kata Nama             – ibu, syaitan, lelaki, kakak.daun
      b. Kata ganti diri       – dia
      c. Kata Kerja           – baca,berdoa,makan,tidur,mengaji
      d. Kata Adjektif         – gemuk,panas
      e. Kata hubung relatif - yang
      f. Kata Ganti Nama       - kita



5.4      ASPEK SEMANTIK

           Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada gelombang suara
dan dari suara dan dari segi tulisan merupakan coretan dakwat, cat dan sebagainya.
Semantik sebenarnya mempunyai dua pengertian:

            i)    Bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna
                  Ungkapan dan juga struktur makna sesuatu pertuturan.
            ii)   Satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa

            Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji makna, semantik boleh dilihat dari
sudut erti yang luas dan sempit. Semantik dalam erti kata yang sempit meliputi
maklumat linguistik sahaja. Bagaimanapun dalam erti kata yang luas, semantic juga
meliputi sintaksis, malah pragmatik.




                                              14
Sejauh ini kita telah mendapat penjelasan bahawa semantic itu merupakan
kajian tentang makna dalam bahasa. Makna-makna itu boleh ditinjau daripada pelbagai
peringkat bahasa, fonem, morfem, perkataan dan juga ayat. Malah, semantik juga
mangkaji hal tentang hubungan antara unsur-unsur tersebut antara satu sama lain.
Malah ilmu semantik member banyak kebaikan kepada para pengkajinya, antaranya
seperti yang dikemukakan oleh Walpole (1941: 28-31):

       i)      Pengkaji akan lebih memahami perkara yang didengar dan dibaca.
       ii)     Pengkaji akan bertutur dan menulis dengan lebih berkesan.

       Pengkaji akan dapat berfikir dengan lebih berhati-hati. Kata “semantik” ini,
sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa
makna „penting‟ atau „bererti‟.

       Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang
mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada
umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut.

        Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek
seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa

Penggunaan semantik dalam perbualan ialah :-

   a. Nanti syaitan masuk badan - bermaksud syaitan akan menguasai tubuh badan
       orang yang tidak berdoa
   b. Ha (sambil mengangguk) - bermaksud ya
   c. Lelaki itu maca doa selepas makan, syaitan tu pun panas – bermaksud
       „orang lelaki itu membaca doa selepas makan, syaitan itu pun kepanasan‟,
   d. Kalau solat jadi orang Islam- Sepatutnya, Orang Islam mesti mengerjakan
       Solat




                                           15
5.5   PENGARUH PERSEKITARAN

      Pengaruh persekitaran sangat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak ini. Lokasi
kampong tempat tinggal kanak-kanak yang telah dirakamkan merupakan sebuah
kawasan pinggir bandar.Ibu bapa kanak-kanak ini adalah guru.

      Kanak-kanak ini gemar menonton televisyen. Ini mungkin menyebabkannya
cepat matang dalam berbahasa.Berdasarkan transkrip,tidak terdapat penggunaan logat
kedaerahan dalam pengucapan kanak-kanak ini.




6.0 LAPORAN KESELURUHAN PERBUALAN




      Berdasarkan kajian terhadap perbualan yang telah dirakamkan, pelbagai aspek
yang dapat dikaji dan diteliti sama ada aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik. Kanak-kanak yang ditemu bual merupakan kanak-kanak yang mempunyai
persekitaran kehidupan yang kondusif. Ini bermakna , penggunakan katanya agak luas
dan baik. Tiada pengaruh dialek tempatan dan penggunaan Bahasa Melayu Standard
dalam perbualan sama ada oleh kanak-kanak tersebut dan ibunya. Perbualan juga
Nampak santai dan tidak mengongkong, dengan plot diatur untuk kanak-kanak itu
bercerita Perbualan menjadi lancar dan ramah kerana kanak-kanak ini berbual dengan
ibunya. Ini mungkin terjadi bagi mewujudkan suasana yang selesa untuk merakamkan
perbualan. .

               Kesimpulannya, pemerolehan bahasa adalah proses yang berlangsung di
dalam otak kanak-kanak ketika memperolehi bahasa pertamanya atau bahasa ibunya.
Bentuk interaksi rakaman ini terdiri daripada interaksi separa terancang, dimana kanak-
kanak itu tahu perbualannya dirakam.

                                          16
Oleh itu, melalui rakaman ini saya mendapati kanak-kanak tersebut merupakan
seorang kanak-kanak yang matang berbanding usianya 4 tahun. Mungkin factor
persekitaran dan latar belakang keluarga     yang menjadikan kanak-kanak tersebut
seorang kanak-kanak yang cerdas, yakin dan ceria.




                                        17
BIBLIOGRAFI

  Ahmad Mahmood Musanif Semantik. BBM 3206 (Unit 1-8/8).

        Penerbit Universiti Putra Malaysia.

  Che Ibrahim Salleh .Pengantar Linguistik Am. BBM 3201 (Unit 1 – 14/14) Program
        Bacelor.. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

  Prof. Dr. Abd. Hamid Mahmood.Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. BBM 3202

         (Unit 1-8/8). Program Bacelor Pendidikan. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

  Siti Hajar Abdul Aziz Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1. Edisi Kedua.

        Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T).

  Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmooh. Tatabahasa
        Dewan. Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka 1994.



. Sharifah Nor Syed Abd.Rahman,Nornajmah Najmuddin,Rosdah Omar,2007. Bahasa
        Melayu STPM kertas 1& 2.Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd.


  Nik Sarifah Karim,1998 Sosiolinguistik bahasa Melayu:Fajar Bakti Sdn Bhd.
        5.Mangantar Simanjentan,1982 Aspek Bahasa Dan Pengajaran :
        Sarjana.




                                              18

More Related Content

Similar to Asgmt linguistik qistina

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)Adilah Said
 
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)Shimah Hassan
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbsDee Dee
 
51772285 teori-pemerolehan-bahasa
51772285 teori-pemerolehan-bahasa51772285 teori-pemerolehan-bahasa
51772285 teori-pemerolehan-bahasaTayar Botal
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Norhayati Muhamad
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptx
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptxTeori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptx
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptxCikguHijau1
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
85340629 teori-artistik-kanak
85340629 teori-artistik-kanak85340629 teori-artistik-kanak
85340629 teori-artistik-kanakKam Jasnarief
 

Similar to Asgmt linguistik qistina (20)

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
 
Pesal
PesalPesal
Pesal
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs
 
Agg fonetik
Agg fonetikAgg fonetik
Agg fonetik
 
Fonetik
 Fonetik Fonetik
Fonetik
 
51772285 teori-pemerolehan-bahasa
51772285 teori-pemerolehan-bahasa51772285 teori-pemerolehan-bahasa
51772285 teori-pemerolehan-bahasa
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptx
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptxTeori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptx
Teori Pemerolehan Bahasa Chomsky_Hasni Yaacob.pptx
 
119
119119
119
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
85340629 teori-artistik-kanak
85340629 teori-artistik-kanak85340629 teori-artistik-kanak
85340629 teori-artistik-kanak
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Pendekatan 1
Pendekatan 1Pendekatan 1
Pendekatan 1
 

Asgmt linguistik qistina

  • 1. PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK SATU ANALISIS DAN SINTAKSIS 1.0 PENGENALAN Pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah proses yang berlangsung di dalam otak kanak-kanak ketika memperolah bahasa pertamanya atau bahasa ibunya. Pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah merupakan satu kajian yang amat bermakna dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik linguistik. Bagaimana manusia memperolehai bahasa bermula dari sejak kelahiran. Mengikut kajian penyelidik, bagaimana proses pemerolehan bahasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Hasil daripada kajian, saya mendapati pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak tidak teratur dan terhad, kerana bahasa yang diperolehi oleh kanak-kanak tersebut hasil daripada pertuturan disekeliling kanak-kanak tersebut. Ibu memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak. Bahasa yang diterima oleh kanak-kanak itu tidak terhad dan teratur, kerana kanak-kanak tersebut memperolehi bahasa daripada ibunya, namun kanak-kanak tersebut berupaya memahami sistem-sistem linguistik pertama sebelum mencapai usia lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan terus berlaku dalam kalangan masyarakat dan budaya pada setiap masa. Mengikut kajian penyelidik secara emprikal, terdapat dua teori utama yang membincangkan bagaimana manusia memperolehi bahasa. Teori pertama mempertahankan bahasa diperoleh manusia secara alamiah atau dinuranikan. Teori ini dikenali sebagai hipotesis nurani dalam linguistik. Teori yang kedua mempertahankan bahawa bahasa diperoleh manusia secara dipelajari. Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembanan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa 1
  • 2. kanak-kanak. Manakala pemerolehan bahasa yang kedua tertupu kepada bahasa orang dewasa . Pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen iaitu sintaksis, fonologi dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini tumbuh secara bersama-sama. Walaubagaimanapun, perbincangannya selalu dipisah-pisahkan untuk memudahkanpemahamannya. Pertumbuhan sintaksis bermula pada waktu seseorang kanak-kanak mulai menerbitkan ayat-ayat yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Pada umumnya kanak-kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang dua tahun. Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada kanak-kanak. Dengan berinteraksi dengan kedua ibu bapanya melalui bunyi-bunyi tertentu(cooing) dan membabel, seseorang bayi itu sebenarnya sudah mula mencipta bahasa untuk berkomunikasi pada usia akhir satu tahun (Mei-Yu 2000). Manakala peringkat semantik pula ialah peringkat di mana kanak-kanak mula memahami maksud ayat ujarannya atau ayat-ayat yang diterimanya. Pada permulaan usia dua tahun, perkataan pertama bagi kanak-kanak akan muncul. Peringkat ini dipanggil peringkat “holofrasa” kerana perkataan yang dikeluarkanoleh kanak-kanak biasanya terdiri daripada satu atau dua patah perkataan mudah dalam satu masa. Bagi mereka ujaran satu perkataan tersebut seolah-olah mewakili makna keseluruhan ayat yang lengkap (Shaffer 1999). Perkataan pertama kanak-kanak biasanya sangat berbeza daripada sebutan perkataan orang dewasa, dan perkataan-perkataan awal tersebut kebanyakannya kerap kali tidak jelas dan hanya terhad kepada nama-nama objek, orang atau perkara-perkara tertentu sahaja (Bukatko & Daehler 1995). Jelasnya, perkataan awal kanak-kanak lebih berbentuk kontekstual. Kanak- kanak akan menggunakan perkataan tunggal untuk membezakan seseorang atau sesuatu benda dalam keadaan yang berbeza (misalnya memanggil “ma” apabila melihat ibunya masuk ke bilik), kemudian melabelkan objek dengan 2 menghubungkan 2
  • 3. kepada seseorang (misalnya menyebut “ma” apabila melihat gincu bibir ibunya atau tas tangan kepunyaan ibunya), atau bagi menggambarkan kehendak (menyebut “ma” sambil menghulurkan kedua-dua belah tangan supaya didokong oleh ibunya). Mengikut Barret (1985) pada kebiasaannya pada tahap ini kanak-kanak lambat menghasilkan perkataan. Tetapi apabila mereka memperoleh lebih daripada sepuluh patah perkataan, kanak-kanak tersebut mula menambah perkataan baru dengan kadar yang cepat atau dipanggil “ledakan perbendaharaan kata” (vocabulary spurt). Pada usia dua tahun kanak-kanak mula menggabungkan perkataan untuk menghasilkan ayat (Bukatko & Daehler 1995). Pada kebiasaannya ayat pertama yang mereka gunakan terdiri daripada dua patah perkataan dan sekali-sekala lebih panjang sedikit. Pada peringkat ini disebut juga sebagai „ucapan telegram” (telegraphic speech) kerana pembentukan ayatnya seperti ayat-ayat yang digunakan dalam telegram. Mengikut Berk (2000) ayat-ayat awal kanak-kanak mempunyai perkataan-perkataan asas seperti yang digunakan dalam telegram, iaitu hanya menggunakan kata nama dan kata kerja dengan mengabaikan kata fungsi, kata penentu, kata gantinama diri, kata gantinama penunjuk dan kata kerja bantu. Meskipun ayat pertama kanak-kanak tidak mempunyai tatabahasa sebagaimana pertuturan orang dewasa, tetapi mereka jauh lebih banyak menggabungkan rangkaian perkataan biasa. Mengikut Braine (1976) ujaran mereka mempunyai struktur ayat yang tersendiri iaitu terdiri daripada beberapa perkataan yang digelar “kata paksi” yang digunakan dalam posisi tetap, dan digabungkan dengan perkataan yang jarang digunakan yang dirujuk sebagai “kata bebas” dan mudah digantikan dengan perkataan- perkataan lain. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menggunakan perkataan satu perkataan sebagai kata paksi, dan menjadikan ayat sebagai “nak nasi”, “nak air”, ”, “nak ikut” atau “banyak biskut”, “banyak kereta”, “banyak epal” dan sebagainya. Selain itu kreativiti juga memainkan peranan penting pada peringkat awal pertuturan kanak- kanak. Ayat-ayat yang diujarkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini biasanya tidak terdapat dalam ujaran orang dewasa. 3
  • 4. 2.0 PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yan bersifat umum inilah digunakan untuk menguasai seala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Davice (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity For Language”. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semulajadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat. Kajian-kajian terkini oleh Bates, Snow dan Tomasello telah mengemukakan hipotesis bahawa pemebelajaran bahasa adalah hasil daripada kebolehan kognisi umum manusia dan interaksinya dengan masyarakat sekitarnya. Salah satu alat terkini yang digunakan untuk mengkaji kebolehan bahasa ialah CHILDES (Child Language Data Exchange System) oleh Brian MacWhinney dan Catherine Snow. Bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-bunyi yang terdapat disekitarnya. Mengikut Brookes (dlm. Abdullah Yuoff dan Che Rabiah Mohamed, 1995:456), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap bayi bermula pada waktu bayi itu berumur lebih kurang lapan belas bulan dan mencapai bentuk yang hamper sempurna ketika berumur lebih kurang empat tahun. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya., sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat disekitarnya. Pemerolehan bahasa sangat penting terutamanya dalam 4
  • 5. bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa boleh membantu bahkan menentukan kejayaan dalam bidang pengajaran bahasa. Transkripsi Perbualan Nama : Nur Qistina Syifa‟ bt Ahmad Suhaimi Umur : 4 tahun Tarikh Lahir : 15 Mei 2008 Bil. Adik Beradik : 5 Orang Nama Bapa : Ahmad Suhaimi b Ahmad Suhaimi Pekerjaan : Guru Nama Ibu : Che Nirwana bt Mohd Rafaie Pekerjaan : Guru Hobi : Melukis, menulis dan bersembang Analisis data Transkirp A Transkrip asal perbualan antara subjek kajian dengan ibu. Subjek kajian -S Ibu -I S : Hai, saya Qistina. Ini ibu saya. Saya nak baca orang bedoa, 5
  • 6. I : Mari kita mula. S : Mari kita mula. I : Ok. Ini cerita apa adik ? S : Ini ceta orang baca doa.Selepas makan, selepas, selepas dia makan, dia nak Tidor, dia pun maca doa. I : Baca doa, baca doa tidor? S : Ha.. ( angguk ) I : Kalau tak baca doa ? S : Nanti syaitan masuk badan. I : Ooo.. takutnya. Adik tidor baca doa ? S : baca (angguk) I : Ooo.. Ini gambar apa? S : Ini gambar.. dia..dia..Lelaki tu maca doa selepas makan. Syaitan tu pun panas. I : Ooo syaitan panas. Kalau kita tak baca doa ? S : Aaa.. Syaitanpun ikut kita makan. I : Ooo.. Nanti syaitan jadi gemuk. S : Ha ah. I : macam mana gemuk ? S : Gemuk macam ni (mimik muka – mulut ditutup dan pipi dikembongkan) I : Ini gambar orang buat apa ? S : Orang gosok gigi. Dia pun baca doa, syaitan pun panas. I : Ooo.. Syaitan tak suka orang kotor-kotor ? S : (geleng kepala) I : Ok.. ni gambar apa? S : Orang Solat. 6
  • 7. I : Ooo .. orang solat, Adik solat ? S : Solat ( angguk ) I : Kalau solat ? S : Kalau solat jadi orang Islam. I : Syaitannya ? S : Syaitannya pun kebakar. I : Ooo.. tebakar,.. padan muka. Ni gambar apa ? S : Ini gambar kakak mengaji. Syaitan itu pun panas. I : Panas ye ? Syaitan pergi mana ? S : Syaitan itu pun lari. I : Lari? Ini gambar apa ? S : Ini gambar aa…aa.. kakak tengah sapu daun. I : Allah suka orang bersih ? S : Allah suka orang yang bersih. I : Ok. Habis dah ok.by kawan-kawan. S : Ok. By kawan-kawan. Jumpa lagi I : Assalamualaikum.. S : Assalamualaikum. 7
  • 8. Analisis data Transkirpsi B Transkrip perbualan antara subjek kajian dengan ibu. Subjek kajian -S Ibu -I S : Hai, saya Qistina. Ini ibu saya. Saya nak baca cerita orang berdoa, I : Mari kita mula. S : Mari kita mula. I : Ok. Ini cerita apa adik ? S : Ini cerita orang membaca doa.selepas makan, selepas, selepas dia makan, dia nak tidor, dia pun membaca doa. I : Baca doa, baca doa tidur? S : Ha.. ( angguk ) I : Kalau tak baca doa ? S : Nanti syaitan masuk badan. I : Ooo.. takutnya. Adik tidur baca doa ? S : baca (angguk) I : Ooo.. Ini gambar apa? S : Ini gambar.. dia..dia..lelaki tu baca doa selepas makan. Syaitan tu pun panas. I : Ooo syaitan panas. Kalau kita tak baca doa ? S : Aaa.. Syaitanpun ikut kita makan. I : Ooo.. Nanti syaitan jadi gemuk. S : Ha ah. 8
  • 9. I : macam mana gemuk ? S : Gemuk macam ni (mimik muka – mulut ditutup dan pipi dikembongkan) I : Ini gambar orang buat apa ? S : Orang gosok gigi. Sebelum gosok gigi dia pun membaca doa, syaitan pun panas. I : Ooo.. Syaitan tak suka orang kotor-kotor ? S : (geleng kepala) I : Ok.. ni gambar apa? S : Orang Solat. I : Ooo .. orang solat, Adik solat ? S : Solat ( angguk ) I : Kalau solat ? S : Kalau solat jadi orang Islam. I : Syaitannya ? S : Syaitannya pun terbakar. I : Ooo.. terbakar,.. padan muka. Ni gambar apa ? S : Ini gambar kakak mengaji. Syaitan itu pun panas. I : Panas ye ? syaitan pergi mana ? S : Syaitan itu pun lari. I : Lari? Ini gambar apa ? S : Ini gambar aa…aa.. kakak tengah menyapu daun. I : Allah suka orang bersih ? S : Allah suka orang yang bersih. I : Ok. Habis dah ok.by kawan-kawan. S : Ok. By kawan-kawan. Jumpa lagi 9
  • 10. I : Assalamualaikum.. S : Assalamualaikum. 1.0 ULASAN TENTANG KAJIAN PERBUALAN Transkripsi kajian perbualan dengan kanak-kanak ini dilakukan di rumah mereka iaitu No 3, Desa Nelayan Pasir Panjang, Sekinchan Selangor. Perbualan ini dirakamkan di ruang tamu rumah pada waktu malam. Perbualan berlaku antara anak yang bernama Nur Qistina Syifa‟ dengan ibunya yang bernama Che Nirwana bt Muhd Rafaie. Perbualan dirakam oleh saya yang merupakan bapa kepada kanak-kanak tersebut. 5.0 ANALISIS TENTANG ASPEK-ASPEK LINGUISTIK YANG TERDAPAT DALAM PERBUALAN 5.1 ASPEK FONOLOGI Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Fonologi atau Fonemik ialah mengkaji bunyi bahasa sebagai fonem dan sistem fonem sesuatu bahasa yang digunakan. Dalam perbualan yang dirakamkan, terdapat 10
  • 11. beberapa contoh pertuturan yang ditemui tidak selaras dengan penggunakan bahasa standart. Kebanyakan penggunaan kata yang dibualkan antara ank dan ibunya ialah penggunaan vocal, konsonan dan semi vokal. Penggunaan vokal datap dikenal pasti apabila terjadinya tiada halangan pada alat artikulasi. Vokal merupakan bunyi yang bersuara. Contoh penggunaan dalam dialog ialah :- i. Apa ii. Kita iii. Suka iv. Nama v. Ibu vi. Baca Penggunaan konsonan pula terjadi apabila arus udara dihalang atau dihambat pada sebahagian alat artikulasi. Proses hambatan pada arus udara dapat disertai dengan bergetarnya pita suara. Kebiasaannya penggunaan konsonan bersuara akan melibatkan penggunaan huruf b, d. g, v, z, l. Pengunaan konsonan tidak bersuara pula melibatkan penggunaan huruf p, t, k , f, s dan seumpamanya. Contoh yang terdapat dalam teks perbualan tersebut ialah : i. mari ii. Baca iii. syaitan iv. Pandai v. badan vi. panas vii. solat viii. Sapu 11
  • 12. Aspek fonologi dan fonetik yang seterusnya dikenal pasti ialah penggunaan nasal dan oral. Bunyi bahasa yang dapat dibezakan sebagai bunyi nasal ( sengau ) dan oral. Perbezaan ini didasarkan kepada keluarnya atau disertainya udara melalui rongga hidung. Biasanya penggunaan bunyi nasal dan oral ini melibatkan penggunaan huruf ng, ny, g, p , k, t, d. Contoh yang diperoleh dalam perbualan yang dirakamkan ialah :- i. Gemuk ii. Orang iii. Mengaji iv. Syaitannya v. Tengah 5.2 ASPEK MORFOLOGI Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Sesuatu perkataan yang dibentuk . Aspek ini juga melibatkan jenis- jenis ayat yang digunakan untuk membentuk pertuturan. Dalam penggunaan bahasa Melayu , terdapat beberapa jenis ayat iaitu:- i. Ayat Tanya ii. Ayat seru iii. Ayat penyata iv. Ayat perintah Morfologi juga bermaksud kajian tentang kata dan pembentukan kata , kelas kata dan imbuhan. Dalam morfologi, unit yang terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Dalam perbualan yang dirakamkan, jenis ayat yang digunakan ialah:- 12
  • 13. i. Ayat Tanya Ayat Tanya merupakan sejenis pola ayat yang biasanya dihujung ayat mengandungi perkataan „kah‟. Namun begitu pola ayat sedemikian tidak terdapat dalam transkripsi ini. ii. Ayat Penyata a. Ini ibu saya. b. Saya nak baca orang berdoa c. Lelaki itu baca doa selepas makan d. Kalau solat jadi orang Islam e. Ini gambar kakak mengaji Jawapan yang dikemukan dalam perbualan merupakan penggunaan perkataan yang agak ringkas namun maksud yang ingin disampaikan amat jelas. Pemilihan kata yang digunakan memberikan maksud yang lengkap bagi setiap soalan-soalan yang dikemukakan. iii. Penggunaan imbuhan. Dalam sesi perbualan, penggunaan imbuhan yang sesuai bagi perkataan tidak digunakan . Ini mungkin berpunca daripada sesi perbualan yang tidak formal. Di samping itu, kanak-kanak yang dijadikan sampel ini merupakan kanak-kanak berumur 4 tahun. Kosa kata dan penggunaan ayatnya belum berkembang dengan sempurna.Contoh pengunaan kata adalah seperti berikut :- a. Hai, saya Qistina. Ini ibu saya, Saya nak baca orang bedoa . Sepatutnya ayat di atas perlu menggunakan imbuhan yang sesuai bagi menjadikan ayat itu lebih gramatis. Imbuhan perlu diletakkan pada perkataan baca ( membaca ). Pada perkataan „bedoa‟, imbuhan „ber‟ wujud tetapi tidak lengkap. Sepatutnya ia disebut berdoa. 13
  • 14. 5.3 ASPEK SINTAKSIS ( golongan kata ) Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.Sintaksis mengkaji morfem dan hubungan morfem-morfem menjadi frasa atau gatra dan ayat. Dalam sintaksis, terdapat beberapa golongan kata yang digunakan dalam perbualan. Antara golongan kata yang diguna pakai semasa perbualan tersebut ialah :- a. Kata Nama – ibu, syaitan, lelaki, kakak.daun b. Kata ganti diri – dia c. Kata Kerja – baca,berdoa,makan,tidur,mengaji d. Kata Adjektif – gemuk,panas e. Kata hubung relatif - yang f. Kata Ganti Nama - kita 5.4 ASPEK SEMANTIK Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada gelombang suara dan dari suara dan dari segi tulisan merupakan coretan dakwat, cat dan sebagainya. Semantik sebenarnya mempunyai dua pengertian: i) Bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna Ungkapan dan juga struktur makna sesuatu pertuturan. ii) Satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji makna, semantik boleh dilihat dari sudut erti yang luas dan sempit. Semantik dalam erti kata yang sempit meliputi maklumat linguistik sahaja. Bagaimanapun dalam erti kata yang luas, semantic juga meliputi sintaksis, malah pragmatik. 14
  • 15. Sejauh ini kita telah mendapat penjelasan bahawa semantic itu merupakan kajian tentang makna dalam bahasa. Makna-makna itu boleh ditinjau daripada pelbagai peringkat bahasa, fonem, morfem, perkataan dan juga ayat. Malah, semantik juga mangkaji hal tentang hubungan antara unsur-unsur tersebut antara satu sama lain. Malah ilmu semantik member banyak kebaikan kepada para pengkajinya, antaranya seperti yang dikemukakan oleh Walpole (1941: 28-31): i) Pengkaji akan lebih memahami perkara yang didengar dan dibaca. ii) Pengkaji akan bertutur dan menulis dengan lebih berkesan. Pengkaji akan dapat berfikir dengan lebih berhati-hati. Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna „penting‟ atau „bererti‟. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa Penggunaan semantik dalam perbualan ialah :- a. Nanti syaitan masuk badan - bermaksud syaitan akan menguasai tubuh badan orang yang tidak berdoa b. Ha (sambil mengangguk) - bermaksud ya c. Lelaki itu maca doa selepas makan, syaitan tu pun panas – bermaksud „orang lelaki itu membaca doa selepas makan, syaitan itu pun kepanasan‟, d. Kalau solat jadi orang Islam- Sepatutnya, Orang Islam mesti mengerjakan Solat 15
  • 16. 5.5 PENGARUH PERSEKITARAN Pengaruh persekitaran sangat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak ini. Lokasi kampong tempat tinggal kanak-kanak yang telah dirakamkan merupakan sebuah kawasan pinggir bandar.Ibu bapa kanak-kanak ini adalah guru. Kanak-kanak ini gemar menonton televisyen. Ini mungkin menyebabkannya cepat matang dalam berbahasa.Berdasarkan transkrip,tidak terdapat penggunaan logat kedaerahan dalam pengucapan kanak-kanak ini. 6.0 LAPORAN KESELURUHAN PERBUALAN Berdasarkan kajian terhadap perbualan yang telah dirakamkan, pelbagai aspek yang dapat dikaji dan diteliti sama ada aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Kanak-kanak yang ditemu bual merupakan kanak-kanak yang mempunyai persekitaran kehidupan yang kondusif. Ini bermakna , penggunakan katanya agak luas dan baik. Tiada pengaruh dialek tempatan dan penggunaan Bahasa Melayu Standard dalam perbualan sama ada oleh kanak-kanak tersebut dan ibunya. Perbualan juga Nampak santai dan tidak mengongkong, dengan plot diatur untuk kanak-kanak itu bercerita Perbualan menjadi lancar dan ramah kerana kanak-kanak ini berbual dengan ibunya. Ini mungkin terjadi bagi mewujudkan suasana yang selesa untuk merakamkan perbualan. . Kesimpulannya, pemerolehan bahasa adalah proses yang berlangsung di dalam otak kanak-kanak ketika memperolehi bahasa pertamanya atau bahasa ibunya. Bentuk interaksi rakaman ini terdiri daripada interaksi separa terancang, dimana kanak- kanak itu tahu perbualannya dirakam. 16
  • 17. Oleh itu, melalui rakaman ini saya mendapati kanak-kanak tersebut merupakan seorang kanak-kanak yang matang berbanding usianya 4 tahun. Mungkin factor persekitaran dan latar belakang keluarga yang menjadikan kanak-kanak tersebut seorang kanak-kanak yang cerdas, yakin dan ceria. 17
  • 18. BIBLIOGRAFI Ahmad Mahmood Musanif Semantik. BBM 3206 (Unit 1-8/8). Penerbit Universiti Putra Malaysia. Che Ibrahim Salleh .Pengantar Linguistik Am. BBM 3201 (Unit 1 – 14/14) Program Bacelor.. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Prof. Dr. Abd. Hamid Mahmood.Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. BBM 3202 (Unit 1-8/8). Program Bacelor Pendidikan. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Siti Hajar Abdul Aziz Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1. Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T). Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmooh. Tatabahasa Dewan. Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka 1994. . Sharifah Nor Syed Abd.Rahman,Nornajmah Najmuddin,Rosdah Omar,2007. Bahasa Melayu STPM kertas 1& 2.Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd. Nik Sarifah Karim,1998 Sosiolinguistik bahasa Melayu:Fajar Bakti Sdn Bhd. 5.Mangantar Simanjentan,1982 Aspek Bahasa Dan Pengajaran : Sarjana. 18