51772285 teori-pemerolehan-bahasa

4,857 views

Published on

0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,857
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

51772285 teori-pemerolehan-bahasa

  1. 1. FADHILAH BINTI OTHMAN IFFA NAJWA BINTI ABD. RAHIM SYAHIDAH BINTI JASMANSITI QATRUNNADA HANIS BINTI SHARIFF
  2. 2. TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Sebagai seorang guru, adalah penting bagi anda mengetahui bagaimana bahasa diperoleh. Di sini kita hanya akan membincangkan tiga teori utama sahaja iaitu Teori Behavioris atau Mekanis, Teori Mentalis atau Innatis, dan Teori Kognitif.
  3. 3. TEORI MENTALIS Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja
  4. 4.  Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis. Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).
  5. 5.  Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;  Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama  Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama )  Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak  Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
  6. 6.  Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak- kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut:  Wujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa  Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan semulajadi  Kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
  7. 7.  Kelebihan Teori Pembelajaran Mentalis  Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan.  Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.  Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru.
  8. 8.  Kelemahan Teori Pembelajaran Mentalis  Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan.  Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian.  Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).
  9. 9.  Aplikasi dalam Kelas Bacaan  Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Secara berperingkat- peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka.  Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap.  Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan.  Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.

×