SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
HHHC9301 SET 40 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
NAMA
HAIRONI BINTI ZAINAL ABIDIN
NO. MATRIK
A143710
KURSUS PENGAJIAN
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN (FPER)
TAHUN PENGAJIAN
TAHUN 2 SESI 2013/2014
NAMA PENSYARAH PENILAI PROJEK
DR ELDA SURHAIDA BINTI LATIF
2
NAMA PROJEK: Kempen Kesedaran Pelajar Terhadap Penjagaan Kebersihan Diri
PENGANJUR: Pelajar Kumpulan Satu Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan Dengan Kepujian
KOD KELULUSAN PROJEK: Permohonan sudah dibuat dan masih di dalam proses
menunggu jawapan
JAWATAN YANG DISANDANG: AJK Pengangkutan
TARIKH: 6 Mei 2014
TEMPAT: Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah Bandar Tun Razak Kuala Lumpur
3
DEFINISI
Pengurusan maklumat dalam konteks pembangunan insaniah merentas pelbagai dimensi
yang bermula dengan dimensi diri, keluargadan masyarakat keseluruhannya. Bagi melaksanakan
tanggungjawab dalam kehidupan seharian, pelajar perlu mampu merancang strategi untuk
menguasai dan seterusnya mempertingkatkan pengetahuan yang sedia dimiliki supaya dapat
menyesuaikan diri mengikut situasi dan keadaan semasa. Pelajar perlu berkeupayaan menyaring
maklumat secara kendiri disamping memastikan dirinya terkehadapan ataupun seiring dengan
ledakan perubahan teknologi maklumat di persekitarannya. Dalam pada itu, pembelajaran
sepanjang hayat merupakan suatu konsep di mana pelajar menunjukkan semangat terkehadapan
ataupun seiring dengan seiring dengan ledakan perubahan teknologi maklumat di
persekitarannya. Dalam pada itu, pembelajaran sepanjang hayat merupakan suatu konsep di
mana pelajar menunjukkan semangat dan kemampuan untuk belajar sesuatu yang baru secara
sistematik samada melalui pengalaman pembelajaran yang formal mahupun informal. Justeru,
kedua-dua kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat saling lengkap
melengkapi dalam menyediakan pelajar menghadapi persaingan semasa. Di akhir kursus ini,
pelajar perlu memanisfestasikan keupayaan untuk menetapkan matlamat, mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, menguruskan pembelajaran sendiri, berkemahiran
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan serta boleh mengadaptasikan pembelajaran
dalam pelbagai situasi.
4
PENGENALAN
Pada 6 Mei 2014 Kumpulan Satu Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan Dengan Kepujian
telah memilih melaksanakan program berbentuk Kempen Kesedaran Pelajar Terhadap
Penjagaan Kebersihan Diri di Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah Cheras Kuala
Lumpur.
Kami yang terdiri seramai lapan orang mahasiswi mengambil kata sepakat untuk
melaksanakan Kempen Kebersihan Diri kerana menyedari betapa pentingnya kesedaran menjaga
kebersihan diri dipupuk semenjak kecil bagi menjamin kesihatan yang optimum.
Kempen Kebersihan Diri yang kami jalankan lebih menekankan kepada cara mencuci
tangan dengan betul dan teknik menggosok gigi dengan betul. Kumpulan sasaran kami adalah
kanak – kanak tadika yang berusia di dalam lingkungan umur 4 tahun sehingga 6 tahun.
Penerapan nilai-nilai murni semenjak kecil sangat penting kerana kanak-kanak adalah
bakal pemimpin negara di masa hadapan. Kebersihan juga cermin keimanan yang mana agama
Islam sangat menitikberatkan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri.
Tangan adalah satu medium yang membawa banyak mikroorganisma yang tidak dapat
dilihat di bawah mata kasar. Kecuaian dalam menjaga kebersihan tangan boleh membawa
kepada pelbagai penyakit contohnya jangkitan akut cirit- birit, jangkitan cacing, demam
selesema atau lebih teruk taun yang boleh membawa maut. Di sinilah pentingnya penekanan
kebersihan diri terutamanya cara cucian tangan yang betul bagi memastikan tangan kita bebas
dari bakteria dan virus.
Teknik menggosok gigi dengan betul juga diajar kepada kanak-kanak kerana senyuman
yang manis bermula dari gigi yang sihat. Kerosakan gigi terutamanya karies gigi kerap berlaku
dikalangan kanak-kanak kerana teknik menggosok gigi yang betul tidak diamalkan.Penjagaan
gigi bermula dari teknik menggosok gigi, kekerapan memberus gigi iaitu 3 kali sehari dan
kekerapan berjumpa doktor gigi selama 6 bulan sekali dan apabila gigi sakit diberitahu supaya
maklumat yang jelas dan tepat dapat disampaikan kepada kanak-kanak
Sebagai kesimpulan, Kempen Kebersihan Diri ini membawa banyak manfaat kepada
kanak-kanak dan ahli kumpulan sendiri kerana banyak pengalaman yang ditimba sepanjang
5
program ini dijalankan..Penglibatan dalam program ini telah mengajar saya banyak benda yang
tidak akan saya perolehi di dalam kelas mahupun kuliah khususnya berkenaan dengan
kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisma. Jadi wajarlah kursus ini diteruskan untuk
generasi akan datang bagi melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan bukan sahaja dari segi
intelektual yang mempunyai minda kelas pertama tetapi merangkumi pembangunan sahsiah diri
yang tinggi dan murni.
Lawatan ke Smart Soleh Pre Integrated School dan meninjau bilik darjah tadika
6
Lawatan ke Smart Soleh Pre Integrated School dan meninjau bilik darjah tadika
Perhimpunan pagi yang diadakan setiap hari sebelum memulakan pembelajaran
7
SINOPSIS, PERNYATAAN MASALAH DAN KAEDAH PENYELESAIAN
Saya telah diamanahkan oleh Ketua Projek bagi Program Kempen Kebersihan Diri untuk
memegang tugas sebagai AJK Pengangkutan. Melalui jawatan yang disandang, saya telah
mempelajari banyak perkara yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas terutamanya kemahiran
mengurus maklumat untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah.
Buat makluman pihak Doktor Elda, sebenarnya kumpulan kami terdiri dari 8 orang
mahasiswi di mana 5 orang mahasisiwi adalah budak tahun 1 manakala kami 3 orang adalah
mahasiswi tahun 2 ( kemasukan ‘direct entry’ kerana kami telah mempunyai pengalaman kerja
selama 5 tahun sebagai jururawat di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ) Semasa
pertemuan dengan Guru Besar ini dijalankan 5 orang ahli kumpulan kami iaitu mahasiswi tahun
1 terlibat dengan minggu klinikal di wad PPUKM dan tidak dapat menyertai kami. Sedangkan
kami bertiga dikecualikan dari mengikuti minggu klinikal untuk pusingan pertama ( 7.4.14 -
2.5.14) dan hanya memasuki minggu klinikal pada pusingan kedua iaitu pada 2.6.14 –
27.6.14.Walaubagaimanapun, kami masih perlu mengikuti kuliah untuk kursus tahun 2 bersama-
sama mahasiswi tahun 2 sepanjang tempoh mahasiswi tahun 1 mengikuti minggu klinikal.
Peluang ketiadaan kuliah kami gunakan untuk mengadakan lawatan ke sekolah bagi keizinan
menjalankan program ini di sekolah berkenaan.
Pada peringkat awal perbincangan, Kempen Kebersihan Diri ini sebenarnya ingin
dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 Bandar Tun Razak dengan mensasarkan
pelajar tahun satu seramai 100 orang. Saya bersama Ketua Projek pergi membuat lawatan ke
sekolah berkenaan pada 22/4/2014 dengan menaiki kereta saya sendiri untuk mempercepatkan
proses perjalanan program. Pertemuan pertama dilakukan dengan PK HEM sekolah berkenaan
berikutan ketiadaan Guru Besar kerana beliau menghadiri kursus. Segala surat rasmi telah kami
sediakan dan kepilkan sekali kepada PK HEM tersebut iaitu En.Shanmugam A/L Arumugam.
Perbincangan kami diterima dan PK HEM menyuruh kami membuat pertemuan semula dangan
Guru Besar iaitu Tuan Hisyam bin Badrul pada 29/4/14 untuk kelulusan masuk sekolah dan
keizinan mengadakan kempen kebersihan ini. Di sini saya telah mengaplikasikan kemahiran
merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan mengumpul maklumat.
8
Pada 29/4/14 saya ditemani oleh Ketua Projek dan AJK Program pergi menemui Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai
kelulusan mengadakan Kempen Kebersihan Diri di sekolah tersebut. Kedatangan kami disambut
baik oleh Tuan Hisyam bin Badrul. Dokumen seperti surat rasmi UKM , surat permohonan
untuk mengadakan Kempen Kebersihan Diri kepada pihak sekolah dan Kajian Literasi @
Questionaire telah kami kepilkan sekali kepada Guru Besar.
Setelah meneliti surat- surat tersebut, Guru Besar memberitahu kami sebenarnya pihak
sekolah tiada masalah di dalam memberi keizinan pada kami tetapi disebabkan isu kajian literasi
yang pernah hangat diperkatakan dahulu di media massa iaitu kes kajian literasi yang berbaur
soalan seks diajukan pada murid sekolah oleh sesetengah pihak menyebabkan Kementerian
Pendidikan telah mengetatkan prosedur untuk sebarang program yang akan diadakan di sekolah.
Memang kajian literasi kami tidak mempunyai sebarang masalah hanya soalan berkisar
penjagaan cucian tangan dan kekerapan menggosok gigi namun Guru Besar menyarankan kami
memohon kelulusan dari Jabatan Pendidikan Wilayah, Unit Perhubungan Sekolah dan
Pendaftaran. Setelah kelulusan dari Jabatan Pendidikan Wilayah diberi kami hendaklah
memohon kelulusan daripada pihak Kementerian Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
dan Unit Perhubungan. Setelah mendapat semua kelulusan daripada Jabatan berkenaan barulah
kami dibenarkan masuk ke sekolah dan mengadakan program.
Urusan kelulusan tersebut biasanya mengambil masa sebulan atau lebih bergantung pada
keadaan. Guru Besar menasihatkan kami supaya menukar program kempen kebersihan kami ke
sekolah swasta atau tadika swasta yang tidak melibatkan kerenah birokrasi. Idea dan maklumat
yang diberi oleh Guru Besar amat kami hargai kerana pandangan yang diberi beliau sedikit
sebanyak membantu kami dalam kemahiran mengurus maklumat untuk membuat keputusan
dalam menyelesaikan masalah.
Kami bertiga telah menghubungi ahli kumpulan 5 orang tersebut untuk memberitahu
masalah yang dihadapi dan penyelesaian yang akan diambil tetapi panggilan tidak dijawab.
Kami faham mungkin mereka tengah sibuk melakukan prosedur di wad dan panggilan tidak
dapat dijawab kerana kami juga seorang jururawat dan pernah mengalami benda yang sama.
9
Berdasarkan keputusan bertiga kami sepakat memilih sekolah swasta iaitu Smart Soleh
Integrated Pre School Taman Midah untuk pemilihan lokasi bagi tujuan kempen Kebersihan
Diri. Di sini kami dapat aplikasikan cara menyelesaikan masalah secara kendiri dan kemahiran
sikap yang bertanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang diberi walaupun berhadapan
dengan pelbagai masalah.
Pertemuan dengan Pengetua Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah Cheras
iaitu Puan Rohati pada 29/4/14 membuahkan kejayaan apabila permohonan kami untuk
mengadakan Kempen Kesedaran Pelajar Terhadap Penjagaan Kebersihan Diri disambut baik
oleh beliau. Kami bertiga telah menunjukkan tingkahlaku yang profesional dalam etika ini bagi
meyakinkan Puan Rohati bahawa kempen yang bakal diadakan membawa manfaat yang besar
kepada kanak-kanak di tadika beliau.
Perbincangan telah dibuat dan tarikh yang dipilih untuk mengadakan kempen tersebut
dipersetujui oleh Pengetua Smart Soleh iaitu pada 6/5/14 bermula jam 8 pagi -10.30pagi.
Setelah sampai ke UKM, kami telah memaklumkan pada rakan seperjuangan kami iaitu
5 orang mahasisiwi yang tidak dapat menyertai kami berikutan praktikal. Perjumpaan dengan
semua ahli jawatankuasa yang terlibat di dalam program ini diadakan pada sebelah malam jam
8.30 malam dan pembahagian tugas diadakan. Bagi AJK Program tidak mempunyai masalah
kerana mereka hanya perlu merancang bentuk program yang bakal dijalankan pada 6/5/14
seperti demonstrasi cara cucian tangan yang betul dan teknik menggosok gigi yang betul.
Namun berlaku masalah pada AJK Logistik & Perhubungan dan Bendahari kerana
mereka tidak dapat keluar membeli barang-barang seperti cenderamata dan hadiah pada kanak-
kanak berikutan terikat dengan jadual praktikal yang padat dan kekangan masa. Di sini saya
telah menawarkan diri secara sukarela dengan Pengarah Projek untuk keluar membeli barang –
barang cenderamata dan hadiah tersebut. Di sini saya telah mengaplikasikan kemahiran
menyelesaikan masalah secara kendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Saya bersama dengan Pengarah Projek keluar membeli barang-barang yang diperlukan
dengan menggunakan kereta saya sendiri tanpa mengambilkira soal minyak kereta dan
sebagainya kerana pada hemat saya tidak salah berkorban dan tolong – menolong dalam hal
10
sebegini. Apa yang penting adalah semangat setiakawan dan mengamalkan nilai – nilai murni
dalam sesebuah perhubungan.
Hadiah yang berupa makanan yang dibeli untuk diberikan kepada kanak-kanak tadika
Smart Soleh
Proses membalut hadiah kepada kanak-kanak dan cenderamata berupa hamper dilakukan
beramai-ramai di Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) pada sebelah malamnya. Komitmen yang
diberikan oleh setiap ahli kumpulan sangat memberangsangkan.
Pada 30/4/14 saya telah menempah van UKM untuk tujuan program Kebersihan Diri di
pejabat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), namun malangnya permohonan saya ditolak kerana
program yang kami jalankan bukan di bawah program kolej tetapi program fakulti.
Saya membuat permohonan di fakulti untuk tujuan menempah van bagi membawa
seramai 8 orang ahli sekaligus ke Smart Soleh Integrated Pre School pada 6/5/14. Sekali lagi
saya diuji kerana permohonan ditolak oleh pihak fakulti kerana bilangan 8 orang mahasiswi
11
terlalu sedikit dan mereka hanya menimbang jika jumlah mahasiswi yang ramai dan hanya
kenderaan seperti bas boleh ditempah. Jarak Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah
yang berdekatan dengan PPUKM juga merupakan faktor pihak fakulti menolak permohonan
tempahan van yang dibuat.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengangkut 8 orang ahli jawatankuasa
dengan menggunakan kereta saya sendiri dengan melakukan 2 trip perjalanan. Pada hari yang
telah dirancang iaitu 6/5/14 saya memulakan perjalanan ke Smart Soleh Integrated Pre School
dengan menaiki kereta myvi saya iaitu dengan membawa 4 orang AJK ke sana terlebih dahulu
seperti Pengarah Projek dan AJK Program. Alhamdulillah perjalanan walaupun mengambil 2
trip perjalanan berulang alik tidak membawa sebarang masalah dan keadaan trafik juga berjalan
lancar.
Sepanjang program berlangsung, AJK Program yang terdiri dari 2 orang menunjukkan
tahap profesional yang membanggakan dalam penyampaian ceramah dan demontrasi berkaitan
teknik mencuci tangan dan menggosok gigi dengan betul.Saya dan semua ahli kumpulan yang
lain turut sama membantu mengajar kanak-kanak bagi memastikan kanak- kanak mendapat info
yang betul dan tepat.Keseronokan jelas terpancar di wajah kanak – kanak dan ini adalah
kepuasan kami semua. Kajian Literasi @ Questionaire yang diadakan sebelum kempen bermula
dan selepas kempen tamat ( pre & post Questionaire ) menunjukkan kanak – kanak faham
dengan lebih jelas mengenai kempen yang kami adakan. Pengetahuan kanak – kanak juga
bertambah selepas kempen diadakan iaitu mengenai cara penjagaan kebersihan diri yang kami
fokuskan pada teknik mencuci tangan dan menggosok gigi dengan betul.
12
Demonstrasi teknik mencuci tangan dan memberus gigi yang betul diajar kepada kanak –
kanak tadika:
13
Program kami berakhir pada pukul 10.30 pagi dengan disudahi dengan pemberian hadiah
kecil kepada kanak – kanak tadika di atas komitmen yang mereka berikan. Pengarah Projek turut
memberikan cenderamata berupa hamper kepada Pengetua Smart Soleh Integrated Pre School di
atas kesudian beliau memberi keizinan kepada kami menjalankan kempen di tadika beliau.
Bergambar kenang – kenangan bersama Pengetua Smart Soleh dan semua ahli
jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan projek ini
14
Hadiah kecil diberi kepada kanak – kanak tadika di atas komitmen dan kerjasama
yang diberikan
Pengalaman yang saya dan kawan-kawan perolehi amat berharga dan ilmu ini tidak
dapat diperolehi di dalam kelas. Kami dapat mengaplikasikan banyak kemahiran seperti
komunikasi yang berkesan, mengurus maklumat secara sistematik dan meneroka isu atau
masalah yang memerlukan penyelesaian masalah kendiri serta memupuk pembelajaran kendiri
ke arah pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat.
15
Kesimpulannya, setelah melakukan projek ini, saya mendapati bahawa Kemahiran
Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah berkait rapat antara satu sama
lain. Melalui projek ini juga, saya mendapati bahawa kemahiran ini boleh dipupuk untuk
bekalan masa depan apabila berada di alam pekerjaan kelak dengan penglibatan secara aktif
dalam aktiviti di luar kelas. Kemahiran yang efektif hanya berlaku sekiranya seorang individu
mempunyai rangka minda yang positif serta motivasi diri yang yang tinggi. Justeru , setiap
individu perlu melengkapkan diri dengan prasyarat tersebut untuk membolehkan mereka
menguasai maklumat serta membentuk jati diri yang unggul dalam melahirkan masyarakat yang
bertamadun tinggi dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
16
LAMPIRAN PEMBUKTIAN PROJEK YANG TELAH DIJALANKAN
Demonstrasi diajar lagi sekali semasa praktikal memberus gigi dijalankan:
17
Teknik kanak – kanak memberus gigi di monitor dan dirakam:
18
Semua kanak – kanak tidak ketinggalan mengikuti praktikal walaupun terpaksa
menunggu giliran akibat tempat yang tidak mencukupi untuk memberus gigi
serentak:
19
Kajian Literasi @ Questionaire pre & post dilakukan dengan bantuan semua ahli
kumpulan:
20
Kanak-kanak mendengar dengan khusyuk penerangan yang diberi mengenai
teknik mencuci tangan yang betul:
21
Bergambar kenang – kenangan bersama semua kanak – kanak tadika Smart Soleh
selepas program selesai:
G

More Related Content

What's hot

Kertas kerja terapi berkuda
Kertas kerja terapi berkudaKertas kerja terapi berkuda
Kertas kerja terapi berkudaSoffri Jusoh
 
Proposal kebidanan 1
Proposal kebidanan 1Proposal kebidanan 1
Proposal kebidanan 1Septi Azhari
 
Pengembangan profesi bidan melalui pendidikan berkelanjutan
Pengembangan profesi bidan melalui pendidikan berkelanjutanPengembangan profesi bidan melalui pendidikan berkelanjutan
Pengembangan profesi bidan melalui pendidikan berkelanjutanPeny Ariani
 
Documents.tips kertas kerja-jom-hidup-sihat
Documents.tips kertas kerja-jom-hidup-sihatDocuments.tips kertas kerja-jom-hidup-sihat
Documents.tips kertas kerja-jom-hidup-sihatwan muhd nazari
 
Pendidikan Remaja Sebaya
Pendidikan Remaja SebayaPendidikan Remaja Sebaya
Pendidikan Remaja SebayaSlamet Readi
 
Pengenalan PEERS
Pengenalan PEERSPengenalan PEERS
Pengenalan PEERShanif5339
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Safiah Sulaiman
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4ciktetey
 
Laporan eksekutif 2
Laporan eksekutif 2Laporan eksekutif 2
Laporan eksekutif 2SavyN1234
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5Safiah Sulaiman
 
Pedoman Pengelolaan PAUD Terpadu
Pedoman Pengelolaan PAUD TerpaduPedoman Pengelolaan PAUD Terpadu
Pedoman Pengelolaan PAUD TerpaduFKIP UHO
 
Kb 3 konsep dasar praktik keperawatan profesional
Kb 3 konsep dasar praktik keperawatan profesionalKb 3 konsep dasar praktik keperawatan profesional
Kb 3 konsep dasar praktik keperawatan profesionalUwes Chaeruman
 

What's hot (20)

Proposal kebidanan AKBID PARAMATA RAHA
Proposal kebidanan AKBID PARAMATA RAHA Proposal kebidanan AKBID PARAMATA RAHA
Proposal kebidanan AKBID PARAMATA RAHA
 
Kertas kerja terapi berkuda
Kertas kerja terapi berkudaKertas kerja terapi berkuda
Kertas kerja terapi berkuda
 
Proposal kebidanan 1
Proposal kebidanan 1Proposal kebidanan 1
Proposal kebidanan 1
 
Rmt 2014
Rmt 2014Rmt 2014
Rmt 2014
 
Doktor mudamodul
Doktor mudamodulDoktor mudamodul
Doktor mudamodul
 
Pengembangan profesi bidan melalui pendidikan berkelanjutan
Pengembangan profesi bidan melalui pendidikan berkelanjutanPengembangan profesi bidan melalui pendidikan berkelanjutan
Pengembangan profesi bidan melalui pendidikan berkelanjutan
 
Documents.tips kertas kerja-jom-hidup-sihat
Documents.tips kertas kerja-jom-hidup-sihatDocuments.tips kertas kerja-jom-hidup-sihat
Documents.tips kertas kerja-jom-hidup-sihat
 
Pendidikan Remaja Sebaya
Pendidikan Remaja SebayaPendidikan Remaja Sebaya
Pendidikan Remaja Sebaya
 
3. peers
3. peers3. peers
3. peers
 
Pengenalan PEERS
Pengenalan PEERSPengenalan PEERS
Pengenalan PEERS
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Pengelolaan PAUD
Pengelolaan PAUDPengelolaan PAUD
Pengelolaan PAUD
 
Smk Guntong English
Smk Guntong EnglishSmk Guntong English
Smk Guntong English
 
Laporan eksekutif 2
Laporan eksekutif 2Laporan eksekutif 2
Laporan eksekutif 2
 
PROGRAM ADHOC/PROSTAR
PROGRAM ADHOC/PROSTARPROGRAM ADHOC/PROSTAR
PROGRAM ADHOC/PROSTAR
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 
Pedoman Pengelolaan PAUD Terpadu
Pedoman Pengelolaan PAUD TerpaduPedoman Pengelolaan PAUD Terpadu
Pedoman Pengelolaan PAUD Terpadu
 
Matrikulasi
MatrikulasiMatrikulasi
Matrikulasi
 
Kb 3 konsep dasar praktik keperawatan profesional
Kb 3 konsep dasar praktik keperawatan profesionalKb 3 konsep dasar praktik keperawatan profesional
Kb 3 konsep dasar praktik keperawatan profesional
 

Similar to (A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docxBARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docxwan muhd nazari
 
jawaban guru penggerak angkatan 7.docx
jawaban guru penggerak angkatan 7.docxjawaban guru penggerak angkatan 7.docx
jawaban guru penggerak angkatan 7.docxIsyaIsya1
 
TUGAS RUKOL Modul 3.3.pptx
TUGAS RUKOL Modul 3.3.pptxTUGAS RUKOL Modul 3.3.pptx
TUGAS RUKOL Modul 3.3.pptxLUHEKAYANTHI
 
Ruang Kolaborasi Modul 3.3 Modal Aset Sekolah
Ruang Kolaborasi Modul 3.3 Modal Aset SekolahRuang Kolaborasi Modul 3.3 Modal Aset Sekolah
Ruang Kolaborasi Modul 3.3 Modal Aset SekolahAhmadHadiMashuri1
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Zainol Muda
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Yong Yong Ong
 
Modul 3.3. Angkatan 5 Reguler. Pengelolaan Program yang Berdampak Positif pa...
Modul 3.3. Angkatan 5 Reguler. Pengelolaan Program yang  Berdampak Positif pa...Modul 3.3. Angkatan 5 Reguler. Pengelolaan Program yang  Berdampak Positif pa...
Modul 3.3. Angkatan 5 Reguler. Pengelolaan Program yang Berdampak Positif pa...Irman Ramly
 
Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari
Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestariAnalisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari
Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestariAyu Azura
 
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptxRUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptxHenyAkbarMarwiana
 
Modul pemebelajaran (7)
Modul pemebelajaran (7)Modul pemebelajaran (7)
Modul pemebelajaran (7)FaridAffandi2
 
Modul pemebelajaran
Modul pemebelajaran Modul pemebelajaran
Modul pemebelajaran FaridAffandi2
 
Supervisi pendidikan
Supervisi pendidikanSupervisi pendidikan
Supervisi pendidikanTika Adhitya
 
Artikel mpk3 2-ifolio
Artikel mpk3   2-ifolioArtikel mpk3   2-ifolio
Artikel mpk3 2-ifolioMohd Ikmal
 
Laporan akhir etika
Laporan akhir etikaLaporan akhir etika
Laporan akhir etikaMohd Ikmal
 
Refleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkimRefleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkimiffahroslan
 
T2 a3 8 mei 2014
T2 a3 8 mei 2014T2 a3 8 mei 2014
T2 a3 8 mei 2014Kalam Kamal
 

Similar to (A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat (20)

Seminar refleksi
Seminar refleksiSeminar refleksi
Seminar refleksi
 
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docxBARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
 
jawaban guru penggerak angkatan 7.docx
jawaban guru penggerak angkatan 7.docxjawaban guru penggerak angkatan 7.docx
jawaban guru penggerak angkatan 7.docx
 
TUGAS RUKOL Modul 3.3.pptx
TUGAS RUKOL Modul 3.3.pptxTUGAS RUKOL Modul 3.3.pptx
TUGAS RUKOL Modul 3.3.pptx
 
Ruang Kolaborasi Modul 3.3 Modal Aset Sekolah
Ruang Kolaborasi Modul 3.3 Modal Aset SekolahRuang Kolaborasi Modul 3.3 Modal Aset Sekolah
Ruang Kolaborasi Modul 3.3 Modal Aset Sekolah
 
Laporan Program
Laporan ProgramLaporan Program
Laporan Program
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)
 
Modul 3.3. Angkatan 5 Reguler. Pengelolaan Program yang Berdampak Positif pa...
Modul 3.3. Angkatan 5 Reguler. Pengelolaan Program yang  Berdampak Positif pa...Modul 3.3. Angkatan 5 Reguler. Pengelolaan Program yang  Berdampak Positif pa...
Modul 3.3. Angkatan 5 Reguler. Pengelolaan Program yang Berdampak Positif pa...
 
Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari
Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestariAnalisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari
Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari
 
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptxRUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
 
Modul pemebelajaran (7)
Modul pemebelajaran (7)Modul pemebelajaran (7)
Modul pemebelajaran (7)
 
Modul pemebelajaran
Modul pemebelajaran Modul pemebelajaran
Modul pemebelajaran
 
Supervisi pendidikan
Supervisi pendidikanSupervisi pendidikan
Supervisi pendidikan
 
KESEHATAN DAN GIZI ANAK USIA DINI
KESEHATAN DAN GIZI ANAK USIA DINIKESEHATAN DAN GIZI ANAK USIA DINI
KESEHATAN DAN GIZI ANAK USIA DINI
 
Artikel mpk3 2-ifolio
Artikel mpk3   2-ifolioArtikel mpk3   2-ifolio
Artikel mpk3 2-ifolio
 
Laporan akhir etika
Laporan akhir etikaLaporan akhir etika
Laporan akhir etika
 
Refleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkimRefleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkim
 
T2 a3 8 mei 2014
T2 a3 8 mei 2014T2 a3 8 mei 2014
T2 a3 8 mei 2014
 

Recently uploaded

PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxshafiraramadhani9
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 

Recently uploaded (20)

PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 

(A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

  • 1. HHHC9301 SET 40 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT NAMA HAIRONI BINTI ZAINAL ABIDIN NO. MATRIK A143710 KURSUS PENGAJIAN IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN (FPER) TAHUN PENGAJIAN TAHUN 2 SESI 2013/2014 NAMA PENSYARAH PENILAI PROJEK DR ELDA SURHAIDA BINTI LATIF
  • 2. 2 NAMA PROJEK: Kempen Kesedaran Pelajar Terhadap Penjagaan Kebersihan Diri PENGANJUR: Pelajar Kumpulan Satu Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan Dengan Kepujian KOD KELULUSAN PROJEK: Permohonan sudah dibuat dan masih di dalam proses menunggu jawapan JAWATAN YANG DISANDANG: AJK Pengangkutan TARIKH: 6 Mei 2014 TEMPAT: Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah Bandar Tun Razak Kuala Lumpur
  • 3. 3 DEFINISI Pengurusan maklumat dalam konteks pembangunan insaniah merentas pelbagai dimensi yang bermula dengan dimensi diri, keluargadan masyarakat keseluruhannya. Bagi melaksanakan tanggungjawab dalam kehidupan seharian, pelajar perlu mampu merancang strategi untuk menguasai dan seterusnya mempertingkatkan pengetahuan yang sedia dimiliki supaya dapat menyesuaikan diri mengikut situasi dan keadaan semasa. Pelajar perlu berkeupayaan menyaring maklumat secara kendiri disamping memastikan dirinya terkehadapan ataupun seiring dengan ledakan perubahan teknologi maklumat di persekitarannya. Dalam pada itu, pembelajaran sepanjang hayat merupakan suatu konsep di mana pelajar menunjukkan semangat terkehadapan ataupun seiring dengan seiring dengan ledakan perubahan teknologi maklumat di persekitarannya. Dalam pada itu, pembelajaran sepanjang hayat merupakan suatu konsep di mana pelajar menunjukkan semangat dan kemampuan untuk belajar sesuatu yang baru secara sistematik samada melalui pengalaman pembelajaran yang formal mahupun informal. Justeru, kedua-dua kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat saling lengkap melengkapi dalam menyediakan pelajar menghadapi persaingan semasa. Di akhir kursus ini, pelajar perlu memanisfestasikan keupayaan untuk menetapkan matlamat, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, menguruskan pembelajaran sendiri, berkemahiran untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan serta boleh mengadaptasikan pembelajaran dalam pelbagai situasi.
  • 4. 4 PENGENALAN Pada 6 Mei 2014 Kumpulan Satu Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan Dengan Kepujian telah memilih melaksanakan program berbentuk Kempen Kesedaran Pelajar Terhadap Penjagaan Kebersihan Diri di Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah Cheras Kuala Lumpur. Kami yang terdiri seramai lapan orang mahasiswi mengambil kata sepakat untuk melaksanakan Kempen Kebersihan Diri kerana menyedari betapa pentingnya kesedaran menjaga kebersihan diri dipupuk semenjak kecil bagi menjamin kesihatan yang optimum. Kempen Kebersihan Diri yang kami jalankan lebih menekankan kepada cara mencuci tangan dengan betul dan teknik menggosok gigi dengan betul. Kumpulan sasaran kami adalah kanak – kanak tadika yang berusia di dalam lingkungan umur 4 tahun sehingga 6 tahun. Penerapan nilai-nilai murni semenjak kecil sangat penting kerana kanak-kanak adalah bakal pemimpin negara di masa hadapan. Kebersihan juga cermin keimanan yang mana agama Islam sangat menitikberatkan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Tangan adalah satu medium yang membawa banyak mikroorganisma yang tidak dapat dilihat di bawah mata kasar. Kecuaian dalam menjaga kebersihan tangan boleh membawa kepada pelbagai penyakit contohnya jangkitan akut cirit- birit, jangkitan cacing, demam selesema atau lebih teruk taun yang boleh membawa maut. Di sinilah pentingnya penekanan kebersihan diri terutamanya cara cucian tangan yang betul bagi memastikan tangan kita bebas dari bakteria dan virus. Teknik menggosok gigi dengan betul juga diajar kepada kanak-kanak kerana senyuman yang manis bermula dari gigi yang sihat. Kerosakan gigi terutamanya karies gigi kerap berlaku dikalangan kanak-kanak kerana teknik menggosok gigi yang betul tidak diamalkan.Penjagaan gigi bermula dari teknik menggosok gigi, kekerapan memberus gigi iaitu 3 kali sehari dan kekerapan berjumpa doktor gigi selama 6 bulan sekali dan apabila gigi sakit diberitahu supaya maklumat yang jelas dan tepat dapat disampaikan kepada kanak-kanak Sebagai kesimpulan, Kempen Kebersihan Diri ini membawa banyak manfaat kepada kanak-kanak dan ahli kumpulan sendiri kerana banyak pengalaman yang ditimba sepanjang
  • 5. 5 program ini dijalankan..Penglibatan dalam program ini telah mengajar saya banyak benda yang tidak akan saya perolehi di dalam kelas mahupun kuliah khususnya berkenaan dengan kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisma. Jadi wajarlah kursus ini diteruskan untuk generasi akan datang bagi melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan bukan sahaja dari segi intelektual yang mempunyai minda kelas pertama tetapi merangkumi pembangunan sahsiah diri yang tinggi dan murni. Lawatan ke Smart Soleh Pre Integrated School dan meninjau bilik darjah tadika
  • 6. 6 Lawatan ke Smart Soleh Pre Integrated School dan meninjau bilik darjah tadika Perhimpunan pagi yang diadakan setiap hari sebelum memulakan pembelajaran
  • 7. 7 SINOPSIS, PERNYATAAN MASALAH DAN KAEDAH PENYELESAIAN Saya telah diamanahkan oleh Ketua Projek bagi Program Kempen Kebersihan Diri untuk memegang tugas sebagai AJK Pengangkutan. Melalui jawatan yang disandang, saya telah mempelajari banyak perkara yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas terutamanya kemahiran mengurus maklumat untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Buat makluman pihak Doktor Elda, sebenarnya kumpulan kami terdiri dari 8 orang mahasiswi di mana 5 orang mahasisiwi adalah budak tahun 1 manakala kami 3 orang adalah mahasiswi tahun 2 ( kemasukan ‘direct entry’ kerana kami telah mempunyai pengalaman kerja selama 5 tahun sebagai jururawat di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ) Semasa pertemuan dengan Guru Besar ini dijalankan 5 orang ahli kumpulan kami iaitu mahasiswi tahun 1 terlibat dengan minggu klinikal di wad PPUKM dan tidak dapat menyertai kami. Sedangkan kami bertiga dikecualikan dari mengikuti minggu klinikal untuk pusingan pertama ( 7.4.14 - 2.5.14) dan hanya memasuki minggu klinikal pada pusingan kedua iaitu pada 2.6.14 – 27.6.14.Walaubagaimanapun, kami masih perlu mengikuti kuliah untuk kursus tahun 2 bersama- sama mahasiswi tahun 2 sepanjang tempoh mahasiswi tahun 1 mengikuti minggu klinikal. Peluang ketiadaan kuliah kami gunakan untuk mengadakan lawatan ke sekolah bagi keizinan menjalankan program ini di sekolah berkenaan. Pada peringkat awal perbincangan, Kempen Kebersihan Diri ini sebenarnya ingin dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 Bandar Tun Razak dengan mensasarkan pelajar tahun satu seramai 100 orang. Saya bersama Ketua Projek pergi membuat lawatan ke sekolah berkenaan pada 22/4/2014 dengan menaiki kereta saya sendiri untuk mempercepatkan proses perjalanan program. Pertemuan pertama dilakukan dengan PK HEM sekolah berkenaan berikutan ketiadaan Guru Besar kerana beliau menghadiri kursus. Segala surat rasmi telah kami sediakan dan kepilkan sekali kepada PK HEM tersebut iaitu En.Shanmugam A/L Arumugam. Perbincangan kami diterima dan PK HEM menyuruh kami membuat pertemuan semula dangan Guru Besar iaitu Tuan Hisyam bin Badrul pada 29/4/14 untuk kelulusan masuk sekolah dan keizinan mengadakan kempen kebersihan ini. Di sini saya telah mengaplikasikan kemahiran merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan mengumpul maklumat.
  • 8. 8 Pada 29/4/14 saya ditemani oleh Ketua Projek dan AJK Program pergi menemui Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai kelulusan mengadakan Kempen Kebersihan Diri di sekolah tersebut. Kedatangan kami disambut baik oleh Tuan Hisyam bin Badrul. Dokumen seperti surat rasmi UKM , surat permohonan untuk mengadakan Kempen Kebersihan Diri kepada pihak sekolah dan Kajian Literasi @ Questionaire telah kami kepilkan sekali kepada Guru Besar. Setelah meneliti surat- surat tersebut, Guru Besar memberitahu kami sebenarnya pihak sekolah tiada masalah di dalam memberi keizinan pada kami tetapi disebabkan isu kajian literasi yang pernah hangat diperkatakan dahulu di media massa iaitu kes kajian literasi yang berbaur soalan seks diajukan pada murid sekolah oleh sesetengah pihak menyebabkan Kementerian Pendidikan telah mengetatkan prosedur untuk sebarang program yang akan diadakan di sekolah. Memang kajian literasi kami tidak mempunyai sebarang masalah hanya soalan berkisar penjagaan cucian tangan dan kekerapan menggosok gigi namun Guru Besar menyarankan kami memohon kelulusan dari Jabatan Pendidikan Wilayah, Unit Perhubungan Sekolah dan Pendaftaran. Setelah kelulusan dari Jabatan Pendidikan Wilayah diberi kami hendaklah memohon kelulusan daripada pihak Kementerian Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Unit Perhubungan. Setelah mendapat semua kelulusan daripada Jabatan berkenaan barulah kami dibenarkan masuk ke sekolah dan mengadakan program. Urusan kelulusan tersebut biasanya mengambil masa sebulan atau lebih bergantung pada keadaan. Guru Besar menasihatkan kami supaya menukar program kempen kebersihan kami ke sekolah swasta atau tadika swasta yang tidak melibatkan kerenah birokrasi. Idea dan maklumat yang diberi oleh Guru Besar amat kami hargai kerana pandangan yang diberi beliau sedikit sebanyak membantu kami dalam kemahiran mengurus maklumat untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Kami bertiga telah menghubungi ahli kumpulan 5 orang tersebut untuk memberitahu masalah yang dihadapi dan penyelesaian yang akan diambil tetapi panggilan tidak dijawab. Kami faham mungkin mereka tengah sibuk melakukan prosedur di wad dan panggilan tidak dapat dijawab kerana kami juga seorang jururawat dan pernah mengalami benda yang sama.
  • 9. 9 Berdasarkan keputusan bertiga kami sepakat memilih sekolah swasta iaitu Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah untuk pemilihan lokasi bagi tujuan kempen Kebersihan Diri. Di sini kami dapat aplikasikan cara menyelesaikan masalah secara kendiri dan kemahiran sikap yang bertanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang diberi walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah. Pertemuan dengan Pengetua Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah Cheras iaitu Puan Rohati pada 29/4/14 membuahkan kejayaan apabila permohonan kami untuk mengadakan Kempen Kesedaran Pelajar Terhadap Penjagaan Kebersihan Diri disambut baik oleh beliau. Kami bertiga telah menunjukkan tingkahlaku yang profesional dalam etika ini bagi meyakinkan Puan Rohati bahawa kempen yang bakal diadakan membawa manfaat yang besar kepada kanak-kanak di tadika beliau. Perbincangan telah dibuat dan tarikh yang dipilih untuk mengadakan kempen tersebut dipersetujui oleh Pengetua Smart Soleh iaitu pada 6/5/14 bermula jam 8 pagi -10.30pagi. Setelah sampai ke UKM, kami telah memaklumkan pada rakan seperjuangan kami iaitu 5 orang mahasisiwi yang tidak dapat menyertai kami berikutan praktikal. Perjumpaan dengan semua ahli jawatankuasa yang terlibat di dalam program ini diadakan pada sebelah malam jam 8.30 malam dan pembahagian tugas diadakan. Bagi AJK Program tidak mempunyai masalah kerana mereka hanya perlu merancang bentuk program yang bakal dijalankan pada 6/5/14 seperti demonstrasi cara cucian tangan yang betul dan teknik menggosok gigi yang betul. Namun berlaku masalah pada AJK Logistik & Perhubungan dan Bendahari kerana mereka tidak dapat keluar membeli barang-barang seperti cenderamata dan hadiah pada kanak- kanak berikutan terikat dengan jadual praktikal yang padat dan kekangan masa. Di sini saya telah menawarkan diri secara sukarela dengan Pengarah Projek untuk keluar membeli barang – barang cenderamata dan hadiah tersebut. Di sini saya telah mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan masalah secara kendiri tanpa mengharapkan orang lain. Saya bersama dengan Pengarah Projek keluar membeli barang-barang yang diperlukan dengan menggunakan kereta saya sendiri tanpa mengambilkira soal minyak kereta dan sebagainya kerana pada hemat saya tidak salah berkorban dan tolong – menolong dalam hal
  • 10. 10 sebegini. Apa yang penting adalah semangat setiakawan dan mengamalkan nilai – nilai murni dalam sesebuah perhubungan. Hadiah yang berupa makanan yang dibeli untuk diberikan kepada kanak-kanak tadika Smart Soleh Proses membalut hadiah kepada kanak-kanak dan cenderamata berupa hamper dilakukan beramai-ramai di Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) pada sebelah malamnya. Komitmen yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan sangat memberangsangkan. Pada 30/4/14 saya telah menempah van UKM untuk tujuan program Kebersihan Diri di pejabat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), namun malangnya permohonan saya ditolak kerana program yang kami jalankan bukan di bawah program kolej tetapi program fakulti. Saya membuat permohonan di fakulti untuk tujuan menempah van bagi membawa seramai 8 orang ahli sekaligus ke Smart Soleh Integrated Pre School pada 6/5/14. Sekali lagi saya diuji kerana permohonan ditolak oleh pihak fakulti kerana bilangan 8 orang mahasiswi
  • 11. 11 terlalu sedikit dan mereka hanya menimbang jika jumlah mahasiswi yang ramai dan hanya kenderaan seperti bas boleh ditempah. Jarak Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah yang berdekatan dengan PPUKM juga merupakan faktor pihak fakulti menolak permohonan tempahan van yang dibuat. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengangkut 8 orang ahli jawatankuasa dengan menggunakan kereta saya sendiri dengan melakukan 2 trip perjalanan. Pada hari yang telah dirancang iaitu 6/5/14 saya memulakan perjalanan ke Smart Soleh Integrated Pre School dengan menaiki kereta myvi saya iaitu dengan membawa 4 orang AJK ke sana terlebih dahulu seperti Pengarah Projek dan AJK Program. Alhamdulillah perjalanan walaupun mengambil 2 trip perjalanan berulang alik tidak membawa sebarang masalah dan keadaan trafik juga berjalan lancar. Sepanjang program berlangsung, AJK Program yang terdiri dari 2 orang menunjukkan tahap profesional yang membanggakan dalam penyampaian ceramah dan demontrasi berkaitan teknik mencuci tangan dan menggosok gigi dengan betul.Saya dan semua ahli kumpulan yang lain turut sama membantu mengajar kanak-kanak bagi memastikan kanak- kanak mendapat info yang betul dan tepat.Keseronokan jelas terpancar di wajah kanak – kanak dan ini adalah kepuasan kami semua. Kajian Literasi @ Questionaire yang diadakan sebelum kempen bermula dan selepas kempen tamat ( pre & post Questionaire ) menunjukkan kanak – kanak faham dengan lebih jelas mengenai kempen yang kami adakan. Pengetahuan kanak – kanak juga bertambah selepas kempen diadakan iaitu mengenai cara penjagaan kebersihan diri yang kami fokuskan pada teknik mencuci tangan dan menggosok gigi dengan betul.
  • 12. 12 Demonstrasi teknik mencuci tangan dan memberus gigi yang betul diajar kepada kanak – kanak tadika:
  • 13. 13 Program kami berakhir pada pukul 10.30 pagi dengan disudahi dengan pemberian hadiah kecil kepada kanak – kanak tadika di atas komitmen yang mereka berikan. Pengarah Projek turut memberikan cenderamata berupa hamper kepada Pengetua Smart Soleh Integrated Pre School di atas kesudian beliau memberi keizinan kepada kami menjalankan kempen di tadika beliau. Bergambar kenang – kenangan bersama Pengetua Smart Soleh dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan projek ini
  • 14. 14 Hadiah kecil diberi kepada kanak – kanak tadika di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan Pengalaman yang saya dan kawan-kawan perolehi amat berharga dan ilmu ini tidak dapat diperolehi di dalam kelas. Kami dapat mengaplikasikan banyak kemahiran seperti komunikasi yang berkesan, mengurus maklumat secara sistematik dan meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah kendiri serta memupuk pembelajaran kendiri ke arah pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat.
  • 15. 15 Kesimpulannya, setelah melakukan projek ini, saya mendapati bahawa Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah berkait rapat antara satu sama lain. Melalui projek ini juga, saya mendapati bahawa kemahiran ini boleh dipupuk untuk bekalan masa depan apabila berada di alam pekerjaan kelak dengan penglibatan secara aktif dalam aktiviti di luar kelas. Kemahiran yang efektif hanya berlaku sekiranya seorang individu mempunyai rangka minda yang positif serta motivasi diri yang yang tinggi. Justeru , setiap individu perlu melengkapkan diri dengan prasyarat tersebut untuk membolehkan mereka menguasai maklumat serta membentuk jati diri yang unggul dalam melahirkan masyarakat yang bertamadun tinggi dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
  • 16. 16 LAMPIRAN PEMBUKTIAN PROJEK YANG TELAH DIJALANKAN Demonstrasi diajar lagi sekali semasa praktikal memberus gigi dijalankan:
  • 17. 17 Teknik kanak – kanak memberus gigi di monitor dan dirakam:
  • 18. 18 Semua kanak – kanak tidak ketinggalan mengikuti praktikal walaupun terpaksa menunggu giliran akibat tempat yang tidak mencukupi untuk memberus gigi serentak:
  • 19. 19 Kajian Literasi @ Questionaire pre & post dilakukan dengan bantuan semua ahli kumpulan:
  • 20. 20 Kanak-kanak mendengar dengan khusyuk penerangan yang diberi mengenai teknik mencuci tangan yang betul:
  • 21. 21 Bergambar kenang – kenangan bersama semua kanak – kanak tadika Smart Soleh selepas program selesai: G