Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Menuju Puncak Kecemerlangan 3
Program Menuju Puncak Kecemerlangan bertemakan “Bicara Siswa, Wadah Kejayaan”
anjuran Pusat ...
juga mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat dan mengajar mahasiswa kemahiran sosial
untuk dipraktikkan pada masa akan dat...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Artikel mpk3 2-ifolio

353 views

Published on

mpk3

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Artikel mpk3 2-ifolio

  1. 1. Menuju Puncak Kecemerlangan 3 Program Menuju Puncak Kecemerlangan bertemakan “Bicara Siswa, Wadah Kejayaan” anjuran Pusat Citra UKM dengan kerjasama pelajar-pelajar dari Fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsung pada 17 Januari 2015 selama satu hari bermula daripada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Program ini telah melibatkan 123 orang pelajar daripada 4 buah sekolah sekitar Bangi iaitu Sekolah Al Amin Bangi, SMK Jalan Tiga, SMK Bandar Baru Bangi Jalan 2 dan juga SMK Dato’ Abu Bakar Baginda. Saya bertugas sebagai Ketua Pengarah Projek bertanggungjawab untuk memastikan program berjalan dengan lancer dan sempurna. Tugas sebagai Ketua Pengarah Projek dimulakan sejak menerima tugas pada mesyuarat program yang pertama yang telah diadakan di Pusat Citra UKM. Program seumpama ini dianjurkan dengan rasionalnya kepada para pelajar supaya mereka berupaya membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan peluang. Program-program sebegini juga merupakan antara usaha untuk melahirkan generasi yang terdidik dan cemerlang dalam semua aspek. Hal ini bukan sahaja berfokus kepada para pelajar yang mengikuti program motivasi yang dianjurkan, tetapi juga tertumpu kepada para mahasiswa yang terlibat. Justeru, program ini adalah bertujuan untuk melatih mahasiswa dalam mengaplikasikan kemahiran insaniah dalam sesuatu perkara dan dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya, program ini bermatlamat untuk memberikan maklumat kepada para pelajar sekolah tentang hala tuju mereka selepas SPM dan disamping memberikan motivasi untuk mereka lebih berjaya. Selain itu, program ini mampu menghasilkan mahasiswa yang mampu menyumbang bakti kepada masyarakat. Program ini juga membantu serta membimbing pelajar untuk memilih haluan yang ingin dituju selepas tamat persekolahan. Besarlah harapan pihak penganjur agar program ini mampu menghasilkan para pelajar sekolah dan mahasiswa yang mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan am yang luas di samping pengetahuan dalam bidang pengkhususan mereka melalui setiap aktiviti yang dianjurkan melalui program ini. Program ini
  2. 2. juga mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat dan mengajar mahasiswa kemahiran sosial untuk dipraktikkan pada masa akan datang. Banyak pengisian menarik sepanjang program ini dijalankan. Pihak penganjur juga telah menampilkan ahli motivasi yang berpengalaman luas seperti Dr. Rorlinda Bt Yusof selaku Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, PERMATAPintar UKM dan juga Encik Zul Hifdzi Bin Mohd Nasir selaku Pengarah Operasi Vision Consultant Sdn. Bhd. yang juga merupakan pelajar Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam bidang motivasi. Selaras dengan itu, ditampilkan juga Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Bin Mohd Sofyan dalam slot tazkirah dan penghayatan. Jadi, jelas di sini bahawa program ini bukan sekadar menyentuh aspek akademik semata-mata, tetapi juga turut memuatkan sekali aspek kerohanian yang secara tidak lansung menyumbang ke arah pembentukan pelajar yang berjaya dan cemerlang dari segenap aspek kehidupan. Konklusinya, program ini telah menekankan bahawa pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. "Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning ).

×