Laporan reflektif (2)

6,393 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,393
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
369
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Laporan reflektif (2)

  1. 1. LAPORAN REFLEKTIF KUMPULAN Program Bina Insan Guru Fasa 3 14 September 2013 SK Bagan Serai, Perak. Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat juga boleh dianggap sebagai sekumpulan individu yang mengadakan kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasan biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah masyarakat. Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti perubahan kakitangan, latihan dalam perkhidmatan, dan perkembangan profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas guru menggambarkan satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan. Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan dengan sistematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek. Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu 1
  2. 2. mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Program Seminar Pendidikan merupakan program yang dirancang di bawah Program Bina Insan Guru dan dilaksanakan untuk menyempurnakan takwim Program BIG Fasa III. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih PPG Ambilan Jun 2011. “Ceramah & Bengkel Pengucapan Awam” merupakan tema ceramah kali ini. Sebagai seorang guru yang berpengalaman perlulah memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada murid-murid agar menjadi pemangkin semangat kepada murid- murid supaya menjadi seorang yang berani dan bijak dalam berbahasa. Matlamat BIG ini, adalah untuk menguji serta mencabar daya ketahanan fizikal, mental, emosi setiap individu yang bergelar seorang guru untuk digunakan 100% secara maksimum. Aktiviti ini juga, ingin mengenal pasti sifat kepimpinan seorang guru kepada anak-anak bangsa. Di samping itu juga, ia meningkatkan lagi jati diri, kayakinan serta keberanian diri seorang guru untuk menempuh cabaran- cabaran di era dunia tanpa sempadan ini. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan tali silaturahim di kalangan guru-guru dan juga pihak pengurusan IPG serta masyarakat sekeliling dari pelbagai bangsa, agama dan juga kepercayaan. Melalui program BIG, peserta dapat mencapai objektif : 1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia, patuh kepada ajaran agama. 2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. 3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. 2
  3. 3. 4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta perpaduan masyarakat. 5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. 6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian. Program Bina Insan Guru fasa 3 daripada PPG ambilan Jun 2011 sains kumpulan 2 telah bersepakat memilih Sek.Keb Bagan Serai dan telah dijalankan pada tarikh 14 September 2013 jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Fasa 1 Ceramah Ceramah Dan Bengkel Pengucapan Awam Perjalanan program fasa 1 ini telah dimulakan dengan pendaftaran murid-murid dan rakan sejawat dan juga pelajar-pelajar PPG Sains 2 Ambilan Jun 2011.Kaunter pendaftaran telah dibuka seawal jam 7.00 pagi. Kehadiran yang direkodkan ialah seramai 26 orang pelajar PPG dan orang rakan sejawat iaitu murid-murid Sekolah Kebangsaan Bagan Serai telah hadir untuk mengikuti ceramah yang diadakan. Tepat jam 7.30 pagi acara telah dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis iaitu En Razali Bin Othman. Seterusnya untuk memberkati lagi program ceramah yang diadakan bacaan doa telah disempurnakan oleh En. Mohd Shahmin Sabri Bin Mohd Yusoff. Aktiviti di mulakan dengan ceramah dan bengkel pengucapan awam bertajuk bijak berbahasa oleh Pn Rosmawati Bt Ismail. Beliau 3
  4. 4. merupakan seorang Guru Cemerlang negeri Perak. Penceramah juga adalah salah seorang pelajar PPG Sains kumpulan 2. Antara kekuatan yang dapat kami kenal pasti melalui ceramah ini adalah penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan.Penceramah menggunakan persembahan multimedia yang menarik yang mana pemilihan warna slaid dan pautan menjadikan para murid-murid tidak bosan dan dapat memahami isi kandungan ceramah yang hendak disampaikan. Huraian yang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Ini membolehkan murid-murid dapat memanfaatkan ceramah yang disampaikan dengan baik. Penyampaian ceramah yang berkesan adalah sangat penting kerana ini akan menentukan hala tuju skop ceramah yang ingin disampaikan. Mesej yang ingin disampaikan dalam ceramah perlu dihuraikan dengan jelas dan teratur supaya para peserta yang mendengar ceramah tersebut akan mengambil iktibar akan apa yang telah disampaikan dan perkara seperti yang diibaratkan “masuk telinga kanan keluar telinga kiri” tidak akan berlaku. Selain itu, kekuatan yang kami dapati semasa aktiviti ceramah tersebut berlangsung adalah tempat yang disediakan oleh pihak penganjur adalah sangat selesa untuk para peserta mendengar ceramah. Bagi saya, penyediaan tempat yang baik adalah sangat penting kerana ia akan melambangkan kreadibiliti pihak penganjur tersebut dalam usaha untuk menganjurkan sesuatu majlis yang baik dan akan diingati oleh setiap peserta program. Setiap kekuatan sudah pasti akan ada kelemahannya. Antara kelemahan yang kami dapati mengenai isi kandungan ceramah ini adalah kebolehan untuk membentuk keyakinan seseorang individu untuk berani berucap di hadapan khalayak ramai adalah sangat sukar. Walaupun telah menjadi guru selama berpuluh tahun namun masih merasa gementar untuk berucap di khalayak ramai. Begitu juga 4
  5. 5. dapat dilihat pada murid-murid yang menjadi peserta program tersebut. Walaupun diberi galakan dan ganjaran namun perasaan malu dan segan masih tidak dapat dibuang sepenuhnya. Antara peluang yang kami peroleh melalui ceramah ini adalah kami dapat membina kekuatan diri untuk berucap di hadapan khalayak yang ramai. Kami dapat mengatur ayat agar menjadi lebih baik ketika berucap dan mengurangkan rasa gementar apabila berucap. Walaupun sering bercakap dengan murid-murid di sekolah, namun masih rasa gementar sekiranya terpaksa mengacarakan majlis- majlis yang formal.. Ancaman yang kami dapati semasa program ceramah berlangsung ialah keadaan kesihatan penceramah yang kurang baik. Penceramah mengalami kecederaan yang serius pada bahagian saraf kaki dan tulang belakang apabila terjatuh semasa hendak menunjukkan amali pergerakkan semasa pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.Penceramah menangguhkan rawatannya di hospital kerana hendak bersama-sama menjayakan Program BIG fasa dua ini.Dengan keadaan penceramah yang kurang sihat ini kawalan dewan dan hadirin kurang memuaskan.Terdapat segelintir guru yang tidak memberi perhatian terhadap ceramah yang diberikan antaranya ialah dengan cara berbual kosong dan ada juga melayari internet melalui telefon pintar.Dengan keadaan ini dikhuatiri objektif penceramah untuk menyalurkan maklumat PBS tidak tercapai. Program ceramah tamat pada pukul 10.15 pagi.Semua guru-guru dan juga pelajar IPG dijemput untuk menikmati jamuan minum pagi dikantin sekolah.Menu jamuan pagi itu ialah nasi lemak sambal bilis dan juga kuih.Setelah selesai menikmati jamuan semua guru SK Sungai Megat Aris telah meninggalkan sekolah 5
  6. 6. untuk pulang ke rumah.Manakala kami pelajar IPG PPG bergerak untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan iaitu gotong royong membersihkan bilik sains. Fasa 2 Aktiviti Kemasyarakatan Ceramah Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B Tepat jam 11.00 pagi kami semua berkumpul di dalam bilik sains bersama- sama dengan murid.tahun 5. Murid-murid masih berada di dalai kumpulan masing- masing. Sesi teknik menjawab di jalankan dengan murid. Murid telah diedarkan dengan kertas soalan Sains bahagian B. Ceramah telah disampaikan oleh Pn Norasikin Bt Adnan iaitu merupakan seorang pemeriksa kertas Sains. Antara kekuatan yang diperolehi semasa menjalankan Aktiviti kemasyarakatan ini ialah murid dapat menambah pengetahuan yang lebih kepada cara menjawab soalan sains bahagian B. Ini kerana penerangan yang disampaikan adalah daripada seorang pemeriksa kertas Sains. Sudah pasti pengalaman beliau dapat dikongsi dengan murid-murid ini agar dapat menjawab soalandengan baik dan tepat. Ceramah teknik menjawab ini juga member kebaikan kepada kami antaranya ialah kami dapat menambah pengetahuan dalam menyemak kertas Sains bahagian B. Dapat juga dilihat kerjasama antara kami juga bertambah apabila kami saling membantu murid memahami isi ceramah yang di sampaikan. Tanpa kerjasama sepasukan sudah pasti ceramah yang dijalankan akan menjadi sukar memandangkan peralatan yang digunakan memerlukan bantuan rakan-rakan seperti penggunaan slaid power point. Kelemahan yang kami dapati semasa menjalankan aktiviti ini ialah ruang bilik sains yang bercahaya menyebabkan slaid power point kurang jelas. Mungkin penggunaan bilik komputer yang gelap lebih baik untuk tayangan slaid. Memandangkan sekolah ini tiada bilik yang gelap maka terpaksalah juga menggunakan kemudahan yang sedia ada. 6
  7. 7. Ancaman yang didapati daripada aktiviti cermah ini ialah murid cepat merasa bosan. Ini kerana teknik menjawab soalan terlalu memfokuskan kepada cara menjawab soalan. Ini membuatkan murid cepat bosan. Peluang yang kami perolehi daripada aktiviti ini kami dappat pengalaman yang berguna dalam menanda dan menjawab soalan Sains bahagian B. Pengalaman ini amat berguna untuk kami bagi mengukuhkan pengetahuan kami cara menjawab soalan Sains bahagian B dengan betul dan tepat. Pensyarah kami iaitu En Salleh b Mislan merangkap jurulatih BIG IPG telah tiba pada pukul 11.30 tengah hari. Beliau banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar untuk melengkapkan laporan dan Portfolio BIG. Banyak soalan-soalan yang diajukan kepada beliau untuk diminta penjelasan.Hasil daripada perbincangan itu kami diminta untuk menghasilkan portfolio peribadi dan juga kumpulan.En Salleh juga menerangkan ciri-ciri rakaman dan audio yang berkesan kerana pemberatan markah yang diberikan ialah 40%.En Salleh juga mengingatkan agar kami dapat menghantar fail BIG kumpulan dan individu pada 21 September ini untuk semakan beliau. Tepat jam 1.00 tengah ,hari kami mengadakan majlis penutup di Dewan.Pengacara majlis En Razali Bin Othman telah menjemput En Badrulisham Bin Mohd Noor iaitu Penolong Kanan Ko-kurikulum untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup program BIG fasa 3 ini. Antara ucapan En Salleh ialah beliau memuji sikap kami yang masih lagi bersemangat. Beliau juga mengharapkan kami memperolehi sesuatu yang berguna untuk meningkatkan lagi martabat profesion perguruan. Kami juga sentiasa dialu-alukan bagi menjayakan program yang akan datang. Selepas majlis perasmian penutup tamat kami telah mengadakan sesi bergambar kenang-kenangan bersama En Salleh jurulatih BIG kami, dan En Badrulisham Bin Mohd Noor Penolong Kanan Kokurikulum SK Bagan Serai. Gambar murid-murid yang terlibat juga telah diambil. Rakan-rakan yang ditugaskan bahagian dewan telah mengemaskini dewan seperti keadaan asal semula.Pada jam 2.30 petang semua pelajar IPG telah bertolak pulang kerumah masing-masing. 7
  8. 8. 8

×