SlideShare a Scribd company logo
1 of 50
RENCANA
MENU UTAMA
DEFINISI
MENU UTAMA
RUJUKAN
PERINGKAT
PENULISAN
CIRI – CIRI
RENCANA
KESIMPULAN
JENIS-
JENIS
RENCANA
BENTUK-
BENTUK
RENCANA
• Menurut Mohd. Sidin Ahmad Ishak (1996:96) takrifan
terhadap istilah rencana adalah masih umum. Istilah ini
seringkali difahami sebagai sama dengan maksud esei
dan artikel. Semuanya bersifat deskriptif, mempunyai
ciri-ciri yang hampir sama, malahan ciri-ciri media
penyiarannya juga adalah sama, iaitu akhbar, majalah,
dan buletin.
• Disebabkan wujud elemen yang berbeza, maka Mohd.
Sidin Ahmad Ishak (1996: 96) menegaskan maksud
rencana sebagai satu gubahan karangan bukan cereka
yang memberi tumpuan terhadap aspek-aspek khusus
sahaja.
DEFINISI
• Kamus Dewan (2005: 1311) pula
mencatatkan maksud rencana
sebagai cerita, karangan atau kisah.
• Pandangan Safian Hussain et.al.
(1988: 282) tentang maksud
rencana lebih menjurus kepada
esei pendek untuk siaran
akhbar dan majalah.
• Rencana ialah karangan yang
mengandungi
maklumat,ulasan,huraian atau
penceritaan sesuatu perkara yang
biasanya berdasarkan fakta-fakta
sebenar.
• Fakta-fakta yang dikemukakan
biasanya berdasarkan
penyelidikan,tinjauan dan rujukan
yang dilakukan oleh penulis rencana.
• Fakta – fakta yang berkaitan juga perlu
berdasarkan berbagai-bagai sumber
yang mempunyai pertalian atau
hubungan dengan topik rencana.
• Buah fikiran daripada wawancara juga
merupakan sumber bagi mendapatkan
fakta sebenar untuk penulisan
rencana.
• Rencana bukanlah bersifat cereka
tetapi memberikan tumpuan kepada
sesuatu tajuk yang khusus.
MENU UTAMA
CIRI-CIRI PENULISAN RENCANA
1. Rencana
digolongkan
dalam bentuk
esei formal
2. Tujuan
penulisan
rencana adalah
serius.
3. Ada digniti.
4. Ada ukuran
kepanjangan
5. Penulisan
yang jelas dan
jitu.
6.
Menyampaikan
maklumat
7. Rencana
bersifat ulasan
subjektif
8. Tempoh
tarikan tidak
terhad
9. Organisasi
penulisan yang
logik
10. Pembatasan
pembicaraan
Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
Antaranya adalah seperti yang berikut:
MENU UTAMA
1.Rencana digolongkan dalam bentuk esei
formal
Penulisan rencana melibatkan
penggunaan bahasa baku yang lebih
konvensional berbanding dengan esei
yang tidak formal dan mempunyai struktur
yang lebih terancang.
Rencana mempunyai perenggan-
perenggan pendahuluan dan penutup yang
rapi
 Setiap perenggan pula
mempunyai ayat topik dan
turutan yang lojik.
 Ciri-ciri personal termasuk
humor kurang diadakan dalam
penulisan rencana.
| CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
2. Tujuan penulisan rencana adalah serius.
 Melalui rencana terdapat maklumat yang
merangsang minda pembaca untuk turut
berfikir dan menginterpretasikannya.
 Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh
orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan
pendapat yang dikemukakan biasanya
berdasarkan kepada penyelidikan oleh
penulis sendiri atau orang lain.
 Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah
ada asasnya. Oleh itu, nota kaki,bibliografi
serta lampiran perlu disertakan sebagai
sokongan bagi sesuatu fakta.
CIRI 1 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
3. Ada digniti.
 Penulisan rencana mempunyai
martabatnya kerana mempunyai
nilai intelektual.
 Ciri ini penting kerana penulisan
rencana mementingkan
ketepatan dan kejituan maklumat
serta hujahan yang berdasarkan
penyelidikan ,rujukan dan
tinjauan oleh penulisnya.
 Rencana yang berbentuk ilmiah atau
berunsur sejarah misalnya
mempunyai digniti yang tinggi kerana
tetap kekal dan dijadikan bahan
rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.
 Bagi rencana-rencana yang berunsur
sejarah pula dibuat koleksi dan
disimpan di Arkib Negara, Pusat
Dokumentasi Dewan Bahasa dan
Pustaka,Perpustakaan Negara dan
sebagainya.
CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
4. Ada ukuran kepanjangan.
 Sesebuah rencana yang bermutu
mempunyai ukuran kepanjangan yang
tertentu.
 Sebaik-baiknya lebih panjang daripada
nota dan lebih pendek daripada
monograf jika dilihat dari segi
ukurannya.
 Biasanya sesetengah editor majalah
dan surat khabar mempunyai
ketentuan tentang panjang rencana
yang akan disiarkan.
 Rencana kewartawanan misalnya
mempunyai gaya penulisnya yang
langsung dan terus kepada isi
kandungan mengikut skop yang
dipilih.
 Dengan itu, sesebuah rencana
tidak perlu terlalu panjang
lazimnya menjejaskan minat
pembacanya terhadap rencana
yang berkenaan.
CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
5. Penulisan yang jelas dan jitu.
 Penulisan rencana padat dengan
maklumat yang berupaya menarik
perhatian pembaca untuk terus
membaca bagi mendapatkan
maklumat.
 Rencana yang meleret-leret,longgar
dan tidak ekonomi perkataanya akan
menghambarkan selera pembaca.
Idea yang disampaikan dalam rencana
juga harus berturutan dan ada
pertalian sambil dipertautkan dengan
hujahan penulis.
Pada keseluruhannya,penulisan
rencana menggunakan perkataan yang
konkrit,tepat untuk sesuatu
idea,mudah difahami dan tidak
menggunakan perkataan secara
berlebihan.
Walau bagaimanapun,terdapat juga
penulisan rencana yang menggunakan
perkataan-perkataan yang
mengindahkan gaya bahasa,
menghidupkan dan memberikan tenaga
kepada rencana tersebut.
CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
6. Menyampaikan maklumat.
 Penulisan rencana dapat
menyampaikan maklumat yang lebih
banyak dan jelas kapada para
pembaca.
 Contohnya: Kepupusan Penyu
Belimbing. Penulisan rencana boleh
melakukan wawancara dengan
beberapa pihak yang terlibat dan
berdasarkan maklumat yang dikumpul
maka ditulisnya sebuah rencana yang
memaparkan masalah tentang
kepupusan haiwan tersebut.
Dengan memberikan maklumat kepada
masyarakat pembaca,mungkin usaha
untuk menyelamatkan penyu tersebut
dapat diatasi.
Masalah-masalah sosial yang lain
seperti isu pendatang
asing,setinggan,budaya punk serta
masalah para pekerja kilang
merupakan tajuk rencana yang
menarik. Kadangkala, hasil daripada
penulisan rencana seperti ini dapat
mendidik dan membantu proses
perubahan dalam kalangan
masyarakat.
Maklumat yang dimuatkan dalam
sesebuah rencana biasanya bertujuan
untuk menjawab persoalan-persoalan
yang dikenali sebagai unsur 5W + 1H,
iaitu who(siapa),when(bila),
what(apa),why(mengapa),where(di
mana) dan how(bagaimana).
Persoalan-persoalan ini dapat
membantu penulis meneroka sesuatu
peristiwa secara menyeluruh. Jawapan
bagi persoalan-persoalan ini juga
secara tidak langsung dapat membantu
memberikan maklumat yang diperlukan
oleh pembaca.
CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
7. Rencana bersifat ulasan subjektif.
 Melalui penulisan rencana,penulis
dapat melahirkan perasaan dan
pandangan terhadap sesuatu isu yang
ditimbulkan. Misalnya, sekiranya para
pembaca mendengar sesuatu
peristiwa penting di radio atau
televisyen,maka keesokan harinya
mereka boleh mengikuti rencana yang
lebih mendalam mengenainya di
akhbar.
 Rencana seumpama ini biasanya
memuatkan ulasan-ulasan yang
mengandungi pendapat dan perasaan
penulis.
Perasaan dan pendapat penulis ini
mempunyai tujuan yang tertentu
seperti meminta pembaca berfikir dan
membuat pertimbangan, membuat
rayuan untuk mendapat simpati
pembaca terhadap sesuatu peristiwa
dan sebagainya.
Ciri-ciri membezakan rencana daripada
penulisan berita atau laporan adalah
berita atau laporan hanya
memaparkan perkara-perkara yang
berlaku tetapi tidak dimuatkan
pendapat penulis itu sendiri.
CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
8. Tempoh tarikan tidak terhad.
 Ruang dan tempoh tarikan penulisan
rencana tidak terhad sebagaimana
yang berlaku pada penulisan berita.
Seseorang penulis rencana boleh
memilih sudut pandangan yang
dikehendakinya untuk dibicarakan
dalam penulisannya. Tumpuan dari
satu idea kepada idea yang lain
merupakan tugas penulis supaya isu
yang ditimbulkan tetap menarik.
Selain itu, penulis rencana tidak perlu
mengejar tarikh akhir penerbitannya
dan rencana yang dihasilkan boleh
disimpan untuk beberapa hari di dalam
fail dan akan digunakan apabila perlu.
Sesuatu rencana itu tidak akan basi
walaupun peristiwa yang berkenaan
hanyalah berupa imbasan kembali.
CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 9 | CIRI 10
9. Organisasi penulisan yang logik.
 Maklumat yang disampaikan dalam
rencana adalah logik dan berdasarkan
rujukan penyelidikan,tinjauan dan
temu ramah dengan pihak-pihak yang
berkaitan.
 Rencana yang berdasarkan maklumat
yang tepat tentang sesuatu perkara
biasanya disokong dan dimantapkan
dengan keterangan,data,jadual,peta
dan sebagainya bagi menjelaskan
maksud penulisannya dan kesahihan
perkara tersebut.
CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 10
10. Pembatasan pembicaraan
 Rencana ditulis berdasarkan skop
yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu
isu itu hangat dan besar,tetapi
penulisan rencana biasanya cuba
menjuruskan sudut penulisannya
kepada sesuatu aspek sahaja.
CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 |
BENTUK-BENTUK RENCANA
Bentuk rencana boleh dibahagikan
kepada tiga jenis,iaitu:
Rencana
Bentuk
Ilmiah
Rencana
Bentuk
Separa
Ilmiah
Rencana
Bentuk
Popular
MENU UTAMA
1. Rencana bentuk ilmiah
Rencana bentuk ilmiah biasanya
ditulis oleh penulis yang pakar dalam
sesuatu bidang.
Pendapat yang dikemukakan biasanya
berdasarkan penyelidikan sendiri atau
orang lain.
Setiap fakta,huraian,ulasan serta
pendapat mestilah ada dasarnya
sekiranya rencana itu tidak
berdasarkan penyelidikan sendiri.
SEPARA ILMIAH | POPULAR
2. Rencana bentuk separa ilmiah
Bentuk rencana separa ilmiah tidak
memerlukan kajian dan rujukan yang
mendalam.
Walau bagaimanapun, penulisan
rencana bentuk ini juga mengandungi
data,jadual,rajah,peta dan sebagainya
yang memerlukan maklumat tepat
untuk pembaca.
Rencana separa ilmiah ini sering
ditulis oleh wartawan akhbar harian
dan majalah-majalah. Penulisan
bentuk ini tidak perlu disertakan
bibliografi.
ILMIAH | POPULAR
3. Rencana bentuk popular
Isi yang diketengahkan oleh
rencana bentuk popular biasanya
tidaklah berat.
Rencana bentuk ini berkaitan
dengan isu-isu semasa dan
menjadi bahan santapan rohani
pembaca.
Pembaca yang ingin mengetahui
isu-isu semasa akan mendapat
maklumat tersebut dengan jelas
kerana penulis menggunakan gaya
bahasa yang lebih mudah,ringkas
dan jitu.
Rencana bentuk popular ini sering
menjadi topik mingguan dalam
akhbar harian. Misalnya, isu-isu
tentang wanita,hobi,tempat
pelancongan dan sebagainya
sering dimuatkan dalam akhbar.
ILMIAH | SEPARA ILMIAH
JENIS-JENIS RENCANA
Jenis
Penerangan
Jenis Berita Jenis Profil
Jenis
Penyiasatan
Jenis
Pendapat
Jenis
Perbahasan
Jenis
Kritikan
Jenis Umum
MENU UTAMA
1. Rencana jenis penerangan
Kebanyakan rencana dalam akhbar
dan majalah mengetengahkan fakta
dengan lebih jelas dan menyeluruh.
Segala aspek tentang topik
tersebut diberi penerangan yang
berupa kumpulan fakta dari berita
harian.
Rencana jenis ini sering kali ditulis
oleh sidang editor majalah semasa
timbulnya sesuatu isu atau perkara
yang susah difahami umum.
| BERITA | PROFIL | PENYIASATAN | PENDAPAT | PERBAHASAN | KRITIKAN | UMUM |
2. Rencana jenis berita.
Rencana jenis berita berasaskan
kenyataan atau isu semasa dengan
memberi keutamaan terhadap sesuatu
kejadian yang baru, luar biasa dan
bernilai beritanya.
Biasanya, rencana berita
mengandungi huraian lanjut tentang
berita yang hangat diperkatakan.
Dalam penulisan berita,penulis
dikehendaki melaporkan apa yang
benar-benar berlaku di samping
memberikan pendapatnya.
| PENERANGAN | PROFIL | PENYIASATAN | PENDAPAT | PERBAHASAN | KRITIKAN | UMUM |
3. Rencana jenis profil.
Rencana jenis profil menceritakan hal-hal
tentang pencapaian dan kejayaan seseorang
tokoh.
Biasanya rencana ini memuatkan gambaran
tentang diri,individu yang menunjukkan
keperibadian,keistimewaan dan ketokohan.
Orang yang diprofilkan merupakan orang
yang terkenal.
Rencana jenis ini menceritakan latar
belakang seseorang tokoh itu dan apa yang
dilakukannya serta bagaimana dia menjadi
terkenal.
| PENERANGAN | BERITA | PENYIASATAN | PENDAPAT | PERBAHASAN | KRITIKAN | UMUM |
4. Rencana jenis penyiasatan.
Rencana jenis penyiasatan ditulis
untuk merangsang pihak-pihak
tertentu agar bertindak untuk
memperbaiki dan mengubah
keadaan,cara berfikir serta pendapat
orang ramai.
Penulis rencana seumpama ini perlu
menyediakan bukti-bukti dan contoh-
contoh yang sebenarnya.
Sebagai contoh, dalam rencana
tentang Ponteng Sekolah dalam
Kalangan Murid-murid Sekolah,
penulis dapat memberikan sebab-
sebab berlakunya ponteng
sekolah,tempat-tempatyang selalu
dikunjungi oleh murid-murid yang
ponteng dan peratusan yang terlibat.
| PENERANGAN | BERITA | PROFIL | PENDAPAT | PERBAHASAN | KRITIKAN | UMUM |
5. Rencana jenis pendapat.
Rencana jenis pendapat menggunakan
persembahan yang bersahaja, iaitu
pendapat disampaikan secara tepat
dan jelas dengan mengemukakan
fakta dan data seperti peraturan yang
dikenakan oleh pihak berkuasa atau
jadual bilangan nahas jalan raya
dalam satu tempoh tertentu.
Rencana ini akan menjadi hambar jika
pendapat penulis tidak berdasarkan
penyelidikan dan rujukan yang
mendalam.
| PENERANGAN | BERITA | PROFIL | PENYIASATAN | PERBAHASAN | KRITIKAN | UMUM |
6. Rencana jenis perbahasan
Dalam rencana jenis
perbahasan,penulis biasanya
mengetengahkan teori
kemasyarakatan dan menyampaikan
hujah-hujah dengan berasaskan
falsafah,politik,penyelesaian masalah
ekonomi ataupun strategi dalam
permainan dan sukan.
Melalui rencana jenis ini, penulis lebih
berani memperkatakan pendapatnya
sama ada bersetuju atau menentang
pendapat-pendapat pihak lain.
| PENERANGAN | BERITA | PROFIL | PENYIASATAN | PENDAPAT | KRITIKAN | UMUM |
7. Rencana jenis kritikan.
Rencana jenis kritikan memberi peluang
kepada penulis untuk menyatakan sama ada
dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu
atau perkara dengan mengemukakan
alasannya.
Namun begitu, oleh sebab tidak mudah
untuk menolak sesuatu secara bulat-
bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-
fakta yang menyokong pendiriannya dan
cara-cara bagaimana untuk menghadapi
alasan-a;asan lain kemudiannya.
Kritikan dan penulisan rencana seumpama
ini lazimnya bersikap adil dan
mengemukakan kelemahan yang perlu
diperbaiki dan kekuatan yang patut
diberikan pujian.
| PENERANGAN | BERITA | PROFIL | PENYIASATAN | PENDAPAT | PERBAHASAN | UMUM |
8. Rencana jenis umum.
Rencana ini berkaitan dengan
perkara yang telah menjadi
pengetahuan umum seperti hal-
hal tentang burung,peredaran
bulan dan matahari. Walaupun
begitu, sudut penulisan yang
digunakan oleh penulis dapat
menyegarkan maklumat tersebut
untuk menarik minat pembaca.
| PENERANGAN | BERITA | PROFIL | PENYIASATAN | PENDAPAT | PERBAHASAN | KRITIKAN |
PERINGKAT PENULISAN
Semasa menulis rencana
terdapat dua aspek yang
perlu diberi
perhatian,iaitu :
bahasa
isi
kandungan
MENU UTAMA
BAHASA ISI KANDUNGAN
Bahasa
Bahasa rencana hendaklah
ringkas,bernas dsan padat. Biasanya
dalam penulisan rencana ayat yang
digunakan ialah ayat penyata. Ayat
yang terlalu panjang dan berbelit-belit
hendaklah dielakkan kerana ayat
sedemikian akan menyukarkan
kefahaman pembaca.
Kandungan rencana terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu
Pendahuluan
Tubuh
Rencana
Penutup
Rencana
PENDAHULUAN TUBUH RENCANA
PENUTUP
RENCANA
1. Pendahuluan
Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan
dalam sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan
seharusnya dapat menarik minat dan
menimbulkan perasaan ingin membaca rencana
itu sehingga akhir.
Untuk menarik minat pembaca,bahagian
pengenalan rencana boleh dimulakan dengan
unsur-unsur yang menarik seperti
data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan
sedutan kata-kata.
Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat
dengan berhati-hati supaya dapat
menggambarkan tajuk rencana dan persoalan
umum yang akan dibincang dalam rencana
tersebut. Selain itu, kenyataan inti boleh ditulis
sebagai kenyataan penutup dalam bahagian
pengenalan.
2. Tubuh rencana.
Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada
beberapa perenggan yang dapat
merangkumi keseluruhan tema rencana.
Perenggan-perenggan ini merupakan
perkembangan kepada tema rencana.
Perkembangan ini boleh dilakukan melalui
ilustrasi seperti menggunakan
angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.
Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan
pendapat penulis. Ilustrasi ini juga
menjadikan sesebuah rencana itu menarik
dan mudah difahami.
Dengan menggunakan ilustrasi yang
berkenaan, sesebuah rencana boleh
ditulis dalam bentuk
gambaran,laporan,cerita atau ulasan.
Namun begitu,tiga prinsip; iaitu
kesatuan idea,urutan idea dan
penonjolan idea utama perlu diadakan
pada setiap perenggan.
Prinsip-prinsip ini perlu diberi
perhatian untuk memastikan peralihan
idea berlaku secara lancar dan
memudahkan pembaca mengikuti
perkembangan idea tersebut.
Untuk mendapatkan kesatuan idea,
penulis harus memilih tema atau idea
utama dan mengekalkan tema atau
idea utama itu dari awal hingga akhir
penulisan.
Bahan-bahan yang tiada hubungan
dengan idea utama haruslah
diketepikan. Hubungan idea dari
perenggan ke perenggan lain
hendaklah dikawal dan disusun
mengikut urutan yang difikirkan logik
berdasarkan kerangka idea yang telah
disediakan.
Urutan idea pula boleh dikekalkan
melalui pengulangan perkataan
dan rangkai kata yang sesuai dan
berpautan atau penggunaan
penanda wacana yang tepat.
Penonjolan idea utama dalam
setiap perenggan boleh dilakukan
dengan cara memastikan huraian
dalam setiap perenggan
dibicarakan dan mengukuhkan
idea utama.
3. Penutup rencana
Bahagian ini memenuhi perasaan ingin
tahu dan seterusnya menimbulkan rasa
puas hati dalam kalangan pembaca
kerana semua persoalan dan maklumat
telah diketengahkan. Untuk mencapai
tujuan ini penulis biasanya boleh
merumuskan isi-isi penting atau
membuat kesimpulan tentang
penulisan yang berkenaan.
KESIMPULAN
Penulisan seperti rencana radio,rencana
majalah,rencana deskriptif,rencana
akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan
sebagainya yang turut dikategorikan
sebagai penulisan rencana merupakan
satu seni penulisan yang tersendiri.
Walaupun rencana tersebut melalui
berbagai-bagai alat media seperti surat
khabar,majalah,radio,televisyen dan buku
tetapi rencana tetap merupakan penulisan
yang menarik sekiranya diolah dengan
baik.
RUJUKAN
Ab. Rahman Ab.Rashid, 2002.
Bahasa Kebangsaan. Pearson
Malaysia : Petaling Jaya.

More Related Content

What's hot

Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
RENU PRIYA
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
Rashidah Awang
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kamarudin Jaafar
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Noorezayu Mohd Said
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Athirah Amalina
 

What's hot (20)

4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Ekonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanEkonomi - Pendidikan
Ekonomi - Pendidikan
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
Terjemahan dinamik
Terjemahan dinamikTerjemahan dinamik
Terjemahan dinamik
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanAnalisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 

Similar to Rencana

20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
Lina Abu Bakar
 
Edaran3 contohpenulisanilmiah.doc
Edaran3 contohpenulisanilmiah.docEdaran3 contohpenulisanilmiah.doc
Edaran3 contohpenulisanilmiah.doc
Sabranmurat
 
Materi Menulis 2.pptx
Materi Menulis 2.pptxMateri Menulis 2.pptx
Materi Menulis 2.pptx
ArinRise
 
C18 handout 2 kti sebagai syarat kenaikan pangkat
C18 handout 2 kti sebagai syarat kenaikan pangkatC18 handout 2 kti sebagai syarat kenaikan pangkat
C18 handout 2 kti sebagai syarat kenaikan pangkat
berto onshu
 
Tips menulis yang baik untuk publikasi
Tips menulis yang baik untuk publikasiTips menulis yang baik untuk publikasi
Tips menulis yang baik untuk publikasi
Taufiq Hidayat
 

Similar to Rencana (20)

Gbm1103 3.0 rencana
Gbm1103 3.0 rencanaGbm1103 3.0 rencana
Gbm1103 3.0 rencana
 
Bahan tayang penulisan dan penyuntingan naskah kehumasan
Bahan tayang  penulisan dan penyuntingan naskah kehumasanBahan tayang  penulisan dan penyuntingan naskah kehumasan
Bahan tayang penulisan dan penyuntingan naskah kehumasan
 
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
 
Eddy - draft MODUL KTI -entokes 2022.docx
Eddy - draft MODUL KTI -entokes 2022.docxEddy - draft MODUL KTI -entokes 2022.docx
Eddy - draft MODUL KTI -entokes 2022.docx
 
Edaran3 contohpenulisanilmiah.doc
Edaran3 contohpenulisanilmiah.docEdaran3 contohpenulisanilmiah.doc
Edaran3 contohpenulisanilmiah.doc
 
Materi Menulis 2.pptx
Materi Menulis 2.pptxMateri Menulis 2.pptx
Materi Menulis 2.pptx
 
2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx
2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx
2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx
 
Metode penulisan
Metode penulisanMetode penulisan
Metode penulisan
 
PPT BAHASA INDONESIA.pptx
PPT BAHASA INDONESIA.pptxPPT BAHASA INDONESIA.pptx
PPT BAHASA INDONESIA.pptx
 
KATA PENGANTAR.docx
KATA PENGANTAR.docxKATA PENGANTAR.docx
KATA PENGANTAR.docx
 
Pelatihan Dasar Mengenal jurnalistik Universitas Negeri Jakarta
Pelatihan Dasar Mengenal jurnalistik Universitas Negeri Jakarta Pelatihan Dasar Mengenal jurnalistik Universitas Negeri Jakarta
Pelatihan Dasar Mengenal jurnalistik Universitas Negeri Jakarta
 
Konsep Menulis Ilmiah
Konsep Menulis IlmiahKonsep Menulis Ilmiah
Konsep Menulis Ilmiah
 
Konsep Menulis Ilmiah
Konsep Menulis IlmiahKonsep Menulis Ilmiah
Konsep Menulis Ilmiah
 
C18 handout 2 kti sebagai syarat kenaikan pangkat
C18 handout 2 kti sebagai syarat kenaikan pangkatC18 handout 2 kti sebagai syarat kenaikan pangkat
C18 handout 2 kti sebagai syarat kenaikan pangkat
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
menyusun proposal by lucky in jombang
menyusun proposal by lucky in jombangmenyusun proposal by lucky in jombang
menyusun proposal by lucky in jombang
 
Tajuk Rencan ppt
Tajuk Rencan pptTajuk Rencan ppt
Tajuk Rencan ppt
 
IKHTISAR
IKHTISARIKHTISAR
IKHTISAR
 
Tips menulis yang baik untuk publikasi
Tips menulis yang baik untuk publikasiTips menulis yang baik untuk publikasi
Tips menulis yang baik untuk publikasi
 
Bmk3043
Bmk3043Bmk3043
Bmk3043
 

More from firo HAR

Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
firo HAR
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
firo HAR
 
Pengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjahPengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjah
firo HAR
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjah
firo HAR
 
Lampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursusLampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursus
firo HAR
 
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
firo HAR
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
firo HAR
 
Sejarah lisan
Sejarah lisanSejarah lisan
Sejarah lisan
firo HAR
 
6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah
firo HAR
 
6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia
firo HAR
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
firo HAR
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
firo HAR
 
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
3.0  komponen dan kandungan sejarah sr3.0  komponen dan kandungan sejarah sr
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
firo HAR
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
firo HAR
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
firo HAR
 
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
firo HAR
 
2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah
firo HAR
 

More from firo HAR (20)

Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Penyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitPenyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkit
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Pengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjahPengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjah
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjah
 
Nota 3
Nota 3Nota 3
Nota 3
 
Nota 2
Nota 2Nota 2
Nota 2
 
Lampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursusLampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursus
 
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
 
Sejarah lisan
Sejarah lisanSejarah lisan
Sejarah lisan
 
6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah
 
6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
 
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
3.0  komponen dan kandungan sejarah sr3.0  komponen dan kandungan sejarah sr
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
 
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
 
2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah
 

Recently uploaded

Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
MetalinaSimanjuntak1
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
AgusRahmat39
 

Recently uploaded (20)

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 

Rencana

  • 2. DEFINISI MENU UTAMA RUJUKAN PERINGKAT PENULISAN CIRI – CIRI RENCANA KESIMPULAN JENIS- JENIS RENCANA BENTUK- BENTUK RENCANA
  • 3. • Menurut Mohd. Sidin Ahmad Ishak (1996:96) takrifan terhadap istilah rencana adalah masih umum. Istilah ini seringkali difahami sebagai sama dengan maksud esei dan artikel. Semuanya bersifat deskriptif, mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, malahan ciri-ciri media penyiarannya juga adalah sama, iaitu akhbar, majalah, dan buletin. • Disebabkan wujud elemen yang berbeza, maka Mohd. Sidin Ahmad Ishak (1996: 96) menegaskan maksud rencana sebagai satu gubahan karangan bukan cereka yang memberi tumpuan terhadap aspek-aspek khusus sahaja. DEFINISI
  • 4. • Kamus Dewan (2005: 1311) pula mencatatkan maksud rencana sebagai cerita, karangan atau kisah. • Pandangan Safian Hussain et.al. (1988: 282) tentang maksud rencana lebih menjurus kepada esei pendek untuk siaran akhbar dan majalah.
  • 5. • Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat,ulasan,huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta-fakta sebenar. • Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.
  • 6. • Fakta – fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik rencana. • Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana. • Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan kepada sesuatu tajuk yang khusus. MENU UTAMA
  • 7. CIRI-CIRI PENULISAN RENCANA 1. Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal 2. Tujuan penulisan rencana adalah serius. 3. Ada digniti. 4. Ada ukuran kepanjangan 5. Penulisan yang jelas dan jitu. 6. Menyampaikan maklumat 7. Rencana bersifat ulasan subjektif 8. Tempoh tarikan tidak terhad 9. Organisasi penulisan yang logik 10. Pembatasan pembicaraan Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya adalah seperti yang berikut: MENU UTAMA
  • 8. 1.Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan mempunyai struktur yang lebih terancang. Rencana mempunyai perenggan- perenggan pendahuluan dan penutup yang rapi
  • 9.  Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik.  Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan rencana. | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
  • 10. 2. Tujuan penulisan rencana adalah serius.  Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya.  Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain.  Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu, nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan bagi sesuatu fakta. CIRI 1 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
  • 11. 3. Ada digniti.  Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyai nilai intelektual.  Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatan dan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkan penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya.
  • 12.  Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.  Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka,Perpustakaan Negara dan sebagainya. CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
  • 13. 4. Ada ukuran kepanjangan.  Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan yang tertentu.  Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya.  Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.
  • 14.  Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih.  Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan. CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
  • 15. 5. Penulisan yang jelas dan jitu.  Penulisan rencana padat dengan maklumat yang berupaya menarik perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat.  Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan hujahan penulis.
  • 16. Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang konkrit,tepat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan. Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa, menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut. CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
  • 17. 6. Menyampaikan maklumat.  Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak dan jelas kapada para pembaca.  Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan rencana boleh melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut.
  • 18. Dengan memberikan maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut dapat diatasi. Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing,setinggan,budaya punk serta masalah para pekerja kilang merupakan tajuk rencana yang menarik. Kadangkala, hasil daripada penulisan rencana seperti ini dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan masyarakat.
  • 19. Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W + 1H, iaitu who(siapa),when(bila), what(apa),why(mengapa),where(di mana) dan how(bagaimana). Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu peristiwa secara menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini juga secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh pembaca. CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
  • 20. 7. Rencana bersifat ulasan subjektif.  Melalui penulisan rencana,penulis dapat melahirkan perasaan dan pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang lebih mendalam mengenainya di akhbar.  Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan perasaan penulis.
  • 21. Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya. Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri. CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 8 | CIRI 9 | CIRI 10
  • 22. 8. Tempoh tarikan tidak terhad.  Ruang dan tempoh tarikan penulisan rencana tidak terhad sebagaimana yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik.
  • 23. Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam fail dan akan digunakan apabila perlu. Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan hanyalah berupa imbasan kembali. CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 9 | CIRI 10
  • 24. 9. Organisasi penulisan yang logik.  Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang berkaitan.  Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan perkara tersebut. CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 10
  • 25. 10. Pembatasan pembicaraan  Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja. CIRI 1 | CIRI 2 | CIRI 3 | CIRI 4 | CIRI 5 | CIRI 6 | CIRI 7 | CIRI 8 | CIRI 9 |
  • 26. BENTUK-BENTUK RENCANA Bentuk rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu: Rencana Bentuk Ilmiah Rencana Bentuk Separa Ilmiah Rencana Bentuk Popular MENU UTAMA
  • 27. 1. Rencana bentuk ilmiah Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam sesuatu bidang. Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri atau orang lain. Setiap fakta,huraian,ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri. SEPARA ILMIAH | POPULAR
  • 28. 2. Rencana bentuk separa ilmiah Bentuk rencana separa ilmiah tidak memerlukan kajian dan rujukan yang mendalam. Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini juga mengandungi data,jadual,rajah,peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat untuk pembaca. Rencana separa ilmiah ini sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan majalah-majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi. ILMIAH | POPULAR
  • 29. 3. Rencana bentuk popular Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular biasanya tidaklah berat. Rencana bentuk ini berkaitan dengan isu-isu semasa dan menjadi bahan santapan rohani pembaca.
  • 30. Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu. Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar. ILMIAH | SEPARA ILMIAH
  • 31. JENIS-JENIS RENCANA Jenis Penerangan Jenis Berita Jenis Profil Jenis Penyiasatan Jenis Pendapat Jenis Perbahasan Jenis Kritikan Jenis Umum MENU UTAMA
  • 32. 1. Rencana jenis penerangan Kebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta dengan lebih jelas dan menyeluruh. Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa kumpulan fakta dari berita harian. Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum. | BERITA | PROFIL | PENYIASATAN | PENDAPAT | PERBAHASAN | KRITIKAN | UMUM |
  • 33. 2. Rencana jenis berita. Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya. Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan pendapatnya. | PENERANGAN | PROFIL | PENYIASATAN | PENDAPAT | PERBAHASAN | KRITIKAN | UMUM |
  • 34. 3. Rencana jenis profil. Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan kejayaan seseorang tokoh. Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan. Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal. Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal. | PENERANGAN | BERITA | PENYIASATAN | PENDAPAT | PERBAHASAN | KRITIKAN | UMUM |
  • 35. 4. Rencana jenis penyiasatan. Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir serta pendapat orang ramai. Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh- contoh yang sebenarnya. Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab- sebab berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat. | PENERANGAN | BERITA | PROFIL | PENDAPAT | PERBAHASAN | KRITIKAN | UMUM |
  • 36. 5. Rencana jenis pendapat. Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan yang bersahaja, iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh tertentu. Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam. | PENERANGAN | BERITA | PROFIL | PENYIASATAN | PERBAHASAN | KRITIKAN | UMUM |
  • 37. 6. Rencana jenis perbahasan Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam permainan dan sukan. Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat pihak lain. | PENERANGAN | BERITA | PROFIL | PENYIASATAN | PENDAPAT | KRITIKAN | UMUM |
  • 38. 7. Rencana jenis kritikan. Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau perkara dengan mengemukakan alasannya. Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara bulat- bulat,penulis biasanya menyediakan fakta- fakta yang menyokong pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan lain kemudiannya. Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang patut diberikan pujian. | PENERANGAN | BERITA | PROFIL | PENYIASATAN | PENDAPAT | PERBAHASAN | UMUM |
  • 39. 8. Rencana jenis umum. Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan umum seperti hal- hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari. Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca. | PENERANGAN | BERITA | PROFIL | PENYIASATAN | PENDAPAT | PERBAHASAN | KRITIKAN |
  • 40. PERINGKAT PENULISAN Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian,iaitu : bahasa isi kandungan MENU UTAMA BAHASA ISI KANDUNGAN
  • 41. Bahasa Bahasa rencana hendaklah ringkas,bernas dsan padat. Biasanya dalam penulisan rencana ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan kerana ayat sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca.
  • 42. Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pendahuluan Tubuh Rencana Penutup Rencana PENDAHULUAN TUBUH RENCANA PENUTUP RENCANA
  • 43. 1. Pendahuluan Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga akhir. Untuk menarik minat pembaca,bahagian pengenalan rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan sedutan kata-kata. Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan.
  • 44. 2. Tubuh rencana. Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana. Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan kepada tema rencana. Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya. Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis. Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah difahami.
  • 45. Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuah rencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran,laporan,cerita atau ulasan. Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan idea dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan. Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikan peralihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembaca mengikuti perkembangan idea tersebut.
  • 46. Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilih tema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea utama itu dari awal hingga akhir penulisan. Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utama haruslah diketepikan. Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lain hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logik berdasarkan kerangka idea yang telah disediakan.
  • 47. Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulangan perkataan dan rangkai kata yang sesuai dan berpautan atau penggunaan penanda wacana yang tepat. Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan boleh dilakukan dengan cara memastikan huraian dalam setiap perenggan dibicarakan dan mengukuhkan idea utama.
  • 48. 3. Penutup rencana Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semua persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat kesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.
  • 49. KESIMPULAN Penulisan seperti rencana radio,rencana majalah,rencana deskriptif,rencana akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan sebagainya yang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana merupakan satu seni penulisan yang tersendiri. Walaupun rencana tersebut melalui berbagai-bagai alat media seperti surat khabar,majalah,radio,televisyen dan buku tetapi rencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolah dengan baik.
  • 50. RUJUKAN Ab. Rahman Ab.Rashid, 2002. Bahasa Kebangsaan. Pearson Malaysia : Petaling Jaya.