4. panduan penulisan ilmiah

8,360 views

Published on

TENTANG PENYELIDIKAN

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
8,360
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
198
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

4. panduan penulisan ilmiah

  1. 1. 1 jam
  2. 2. PENDAHULUAN Latarbelakang Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang sering digunakan untuk mempersembahkan laporan/ kertas kerja/ projek kajian/ tesis/ disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar/ kolokium/ simposium/ persidangan/penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal/ buku/ majalah ilmiah.
  3. 3. PENDAHULUAN ISU Pelajar-pelajar Tingkatan Enam perlu didedahkan dengan kaedah menyediakan satu persembahan penulisan ilmiah yang baik sebagai persediaan awal dan latihan untuk mereka menyampaikan idea-idea mereka secara lebih ilmiah dan matang.
  4. 4. PENDAHULUAN IMPLIKASI Wujud keperluan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran guru-guru Tingkatan Enam yang bakal menjadi pembimbing pelajar membentang kertas kerja kolokium
  5. 5. PENDAHULUAN KURSUS ORIENTASI GURU TINGKATAN ENAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA merupakan satu langkah persediaan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru pembimbing pelajar yang bakal membantu pelajar untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah.
  6. 6. PENDAHULUAN IMPAK KOLOKIUM PELAJAR TINGKATAN ENAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA dapat menyediakan dan mempersembahkan hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti
  7. 7. DEFINISI Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan akademik untuk mempersembahkan sesuatu ide/ konsep/ kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalah dll dalam penulisannya. (APA, 2001)
  8. 8. DEFINISI Penulisan ilmiah merupakan satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda/ Laporan Projek Sarjana/ Tesis/ Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian secara kerja kursus maupun penyelidikan (UTM, 2001)
  9. 9. DEFINISI Karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian, pengamatan, ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut: 1. penulisannya berdasarkan hasil penelitian; 2. pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta; 3. perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan; 4. menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan menyelesaikan masalah yang dibincangkan; 5. Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan tepat sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca (Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah, Jakarta 1995)
  10. 10. Implikasi Seorang penulis karangan ilmiah perlu memiliki ketrampilan dan pengetahuan dalam: 1. masalah yang diteliti, 2. Kaedah penelitian, 3. Teknik penulisan bahan ilmiah, 4. Penguasaan bahasa yang baik.
  11. 11. Jenis Penulisan Ilmiah 1. Kerta Kerja Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu pertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau kongres. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti pembentangan untuk kuliah tertentu .
  12. 12. Jenis Penulisan Ilmiah 2. Artikel Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanya untuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal. Jika artikel ini ditujukan untuk orang awam dan dimuatkan pada surat kabar atau majalah umum, biasanya penyampaiannya adalah secara umum dan bukan berbentuk ilmiah.
  13. 13. Jenis Penulisan Ilmiah 3. Kertas Projek, Tesis dan Desertasi Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untuk memperoleh pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi. Kertas Projek - untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda, Tesis - untuk mendapatkan Ijazah Sarjana/ Master Disertasi - untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran
  14. 14. Jenis Penulisan Ilmiah 4. Laporan Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan atau gagasan dari seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara tertulis dan berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan ataupun peninjauan merupakan satu bentuk penulisan ilmiah.
  15. 15. Format Laporan Kajian 1. Kertas dan Saiz : Kertas simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4 2. Jidar/ Margins : 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan. 3. Huruf/ Fonts : Times New Roman 12pt Courier 12pt Arial 12pt 4. Jarak antara baris : Satu setengah langkau (1.5 spacing) 5. Muka surat - menggunakan no. roman i, ii, iii… bagi isi kandungan, sinopsis/ exsecutive summary, senarai jadual, penghargaan dll - menggunakan no. 1, 2, 3 untuk muka surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan/ lampiran
  16. 16. Format Kertas Cadangan Tajuk 1.0 Pengenalan 1.1 Matlamat Kajian 1.2 Objektif Kajian 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Batasan Kajian 2.0 Sorotan Kajian 3.0 Metodologi Kajian 3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Persampelan 3.3 Instrumentasi 3.4 Prosedur Kajian 3.5 Kaedah Analisis Data 4.0 Jadual Kerja 5.0 Anggaran Kos Perbelanjaan Rujukan Lampiran
  17. 17. Format Laporan Kajian Halaman Judul Isi kandungan Abstrak 1.0 Pengenalan 1.1 Matlamat Kajian 1.2 Objektif Kajian 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Batasan Kajian 2.0 Sorotan Kajian 3.0 Metodologi Kajian 3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Persampelan 3.3 Instrumentasi 3.4 Prosedur Kajian 3.5 Kaedah Analisis Data 4.0 Perbincangan Dapatan Kajian 4.1 Demografi 4.2 ................. 5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan Rujukan Lampiran Halaman i ii iii 1 4 6 11 20
  18. 18. Penggunaan Bahasa Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.
  19. 19. Perenggan Untuk menandai pembukaan topik baru, atau pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya dalam penulisan : 1. Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka • Pengantar • Menarik minat dan perhatian pembaca • Penyiapan fikiran pembaca kepada masalah yang akan dihuraikan • Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan 2. Perenggan penghubung • Mengandungi persoalan yang akan dikemukakan. • Analisa masalah • Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara logik 3. Perengganpenutup • Rumusan • Berisi kesimpulan, penegasan dari paragraf penghubung • Ringkas, padat dan pendek
  20. 20. Pemilihan Topik Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut : 1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas; 2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis; 3. Topik tersebut dikenal baik oleh penulis; 4. Bahan pendukung penulisan dapat diperoleh dan cukup memadai;
  21. 21. Pemilihan Tajuk Pembatasan Topik Dengan Menggunakan Rajah Jam Untuk membuat rajah jam, topik diletakkan dalam bulatan tengah. Dari topik itu diturunkan beberapa topik kecil. LAUT CINA SELATAN ILMU KELAUTAN LAUT DI MALAYSIA PENCEMARAN LAUT KANDUNGAN KIMIA AIR LAUT LAUT KEKAYAAN DI LAUT LAUT SEBAGAI SUMBER TENAGA PERANAN LAUT DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA
  22. 22. PEMILIHAN TAJUK Cara lain untuk menemukan topik yang terbatas ialah dengan jalan membuat rajah pohon. LAUT KEKAYAAN DI LAUT FAUNA IKAN FLORA UDANG LAUT SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHAN GALIAN TIRAM ILMU KELAUTAN
  23. 23. PEMBATASAN TOPIK pembatasan topik juga digambarkan dengan piramida terbalik LAUT LAUT DI MALAYSIA KEKAYAAN DI LAUT FAUNA NELAYAN LAUT DALAM
  24. 24. Tajuk Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu tajuk Topik ialah pembicaraan dalam keseluruhan penulisan yang akan dihuraikan sementara tajuk ialah nama bagi sebuah penulisan
  25. 25. TAJUK PERINGATAN: 1. Tajuk merupakan satu-satunya bahagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang lain 2. Tajuk perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan 3. Tajuk biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan 4. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat 5. Tajuk hendaknya tidak mengandung singkatan atau akronim;
  26. 26. SOROTAN KAJIAN Setiap kegiatan ilmiah, khususnya penulisan ilmiah selalu dimulai dengan melihat kajian-kajian yang lepas. Literatur yang dicari dan dipelajari tentunya mengenai subjek yang telah ditentukan sebagai topik penulisan. International Federation of Library Association and Institution mendefinisikan perpustakaan sebagai suatu tempat yang mempunyai koleksi (buku dan terbitan cetak atau noncetak, serta sumber informasi dalam komputer) yang disusun secara sistematik untuk keperluan penggunanya.
  27. 27. Kerangka KERANGKA PENULISAN Kerangka merupakan himpunan ide utama penulis yang disusun dalam komposisi yang terpadu secara sistematik FUNGSI Kerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut. Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat.
  28. 28. Format Rujukan Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti: (i) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard) (ii) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)
  29. 29. Rujukan Dalam Teks Sistem Pengarang dan Tahun (a) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. contoh: “Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti”
  30. 30. Rujukan Dalam Teks Sistem Pengarang dan Tahun (b) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat contoh: “Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang lebih berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).”
  31. 31. Rujukan Dalam Teks Sistem Pengarang dan Tahun (c) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama keduadua pengarang tersebut perlu ditulis. contoh: “Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995).”
  32. 32. Rujukan Dalam Teks Sistem Pengarang dan Tahun (d) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih, hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al perlu ditulis. contoh: “Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti.”
  33. 33. Rujukan Dalam Teks Sistem Pengarang dan Tahun (e) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk membezakan sumber-sumber tersebut. contoh: Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa.
  34. 34. Bibliografi/ Rujukan Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan Pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan
  35. 35. Bibliografi/ Rujukan Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya ilmiah tersebut.
  36. 36. Menulis Bahan Rujukan BUKU Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). ”Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian.” Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). “Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan.” Kuala Lumpur: DBP. ARTIKEL DALAM BUKU Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical Evidence.” dlm. Mikac, N. “School Leadership and Management.” Boston: Allyn & Bacon. 73-91.
  37. 37. Menulis Bahan Rujukan ARTIKEL DALAM JURNAL Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). “Assessing The Intructional Management Behavior Of Principal.” The Elementary School Journal, 86(2). 217-247. TESIS Chew Chee Wan (1993). ”Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A Case Study Of A School.” Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan. BAHAN SUMBER YANG TIDAK DITERBITKAN Salim Sulaiman (2000). ”Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan.” PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.
  38. 38. Rumusan/ Kesimpulan Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.
  39. 39. TUGAS GURU Selepas kursus ini, guru-guru pembimbing pelajar akan menggunakan panduan penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu pelajar untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti dalam KOLOKIUM PELAJAR TINGKATAN ENAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA DI SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI MASING-MASING .

×