Modul ini memberikan panduan untuk membangunkan modul kelompok berdasarkan satu teori psikologi. Ia menekankan pada empat komponen utama: 1) prinsip asas teori, 2) matlamat kelompok, 3) peranan pemimpin, dan 4) proses kelompok beserta aktiviti. Contoh lengkap diberikan berdasarkan teori Adler.
1. MODUL KELOMPOK
Pilih satu teori dan bina satu modul yang berlandaskan teori yang dipilih.
Modul mestilah mengandungi:
1. Prinsip-prinsip asas teori yang dipilih
2. Matlamat kelompok berdasarkan teori yang dipilih
3. Peranan pemimpin
4. Proses kelompok (setiap proses kelompok perlu disediakan satu aktiviti
bimbingan yang boleh dijalankan di dalam kelompok)
Contoh:
MODUL KELOMPOK ADLER
1. Prinsip-prinsip asas teori Adler
i. Manusia dimotivasikan oleh minat sosial di mana kita perlu memberikan
manfaat kepada orang lain untuk mewujudkan hubungan yang bermakna
dalam hidup bermasyarakat
ii. Manusia bersifat holistik dan lengkap dengan ciri-ciri seperti perasaan, tret,
tingkah laku, karakteristik, sikap dan banyak lagi.
iii. Persepsi manusia adalah subjektif mengikut pengalaman mereka yang mereka
lalui
iv. Setiap tindakan manusia mempunyai tujuan dan matlamatnya sendiri iaitu
bergerak dari perasaan inferior kepada superior
v. Manusia sentiasa cuba mencapai kesempurnaan dengan menggunakan
kreativiti dan keazaman diri
vi. Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti
semasa zaman kanak-kanak di mana peranan dan taraf seorang anak boleh
mempengaruhi personalitinya semasa dewasa
vii. Gaya hidup yang sihat penting dalam kehidupan dan dipengaruhi oleh
didikan awal dalamkeluarga.
2. Matlamat kelompok Adler
i. Menumpukan kepada isu-isu yang berasaskan keluarga
2. ii. Membantu ahli menangani persepsi diri sendiri yang negatif dan
mempromosikan sikap kerjasama dalamkalangan ahli
iii. Membentuk ahli yang lebih berorientasikan minat sosial dan mempunyai
matlamat yang jelas pada akhir sesi
iv. Membantu ahli meneroka alternatif dan menggalakkan mereka mengambil
tindakan
3. Peranan pemimpin kelompok Adler
i. Membina hubungan yang baik dengan ahli kelompok
ii. Bersikap positif dan sentiasa memberi galakan untuk ahli mencapai
perubahan
iii. Mahir mencabar sebarang pemikiran tidak rasional klien
iv. Bantu ahli memahami cara hidup dan gaya hidup masa kini klien
v. Bantu klien berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat
vi. Menggunakan dinamika kelompok bagi memudahkan ahli kelompok
membantu diri sendiri
vii. Menggunakan teknik berorientasikan tindakan bagi meransang perubahan
dalam diri klien.
4. Proses dan Fasa Kelompok Adler
Peringkat Kelompok Proses Sesi
Peringkat
Pengenalan
Membina dan Mengekalkan Hubungan Terapeutik
Dengan Ahli
Sesi pertama
hingga sesi
ketiga
Peringkat
Peralihan
Meneroka dinamik individu – teroka gaya hidup
individu, hubungan kekeluargaan, pengalaman
awal, superiority dan kekuatan ahli.
Sesi keempat
hingga sesi
keenam
Peringkat
Penerokaan
Mendorong kefahaman diri dan celik akal- fokus
kepada here and now. Fahami responsibility dan
respect serta cuba memotivasikan diri.
Sesi ketujuh
hingga sesi
kelapan
Peringkat
Pelaksanaan
Membantu untuk orientasi semula- beri dorongan
yang berterusan agar klien rasa kepunyaan dan
dihargai dan bina matlamat
Sesi kesembilan
hingga sesi
kesepuluh
Peringkat
Penamatan
Kontrak bersama klien- bertindak dan ukur Sesi kesebelas
hingga sesi ke
dua belas
3. *Bina satu aktiviti untuk setiap peringkat dalam proses kelompok yang dinyatakan.
CONTOH:
Aktiviti bimbingan yang berasaskan teori Adler
NAMA MODUL: MODUL PENGURUSAN DIRI
1. Peringkat Pengenalan:
Membina dan mengekalkan hubungan terapeutik dengan ahli
Aktiviti 1: Ice Breaking
Tajuk aktiviti: Introducing Yourself
Masa: 1 Jam
Bahan-bahan: Bola
Bilangan ahli: 8 orang
Objektif:
i. Untuk membina hubungan antara ahli kelompok
ii. Untuk menguji kekuatan ingatan ahli kelompok tentang maklumat diri
ahli yang lain
Langkah-langkah:
i. Ahli diminta duduk dalam satu bulatan
ii. Ahli diminta untuk menceritakan tentang diri mereka
iii. Ahli diberikan satu bola dan perlu membaling bola tersebut kepada
sesiapa sahaja yang diinginkan
iv. Ahli yang menerima bola perlu menceritakan semula tentang diri ahli
yang membaling bola
Perbincangan/Refleksi:
i. Adakah ahli peka dengan perkongsian ahli lain?
4. ii. Apakah yang ahli dapat daripada aktiviti ini?
iii. Untuk membina hubungan yang baik, kita perlulah mengenali dengan
lebih mendalam tentang ahli yang lain supaya dapat mewujudkan
kepercayaan antara satu sama lain.
2. Peringkat Peralihan
Meneroka dinamik individu – teroka gaya hidup individu, hubungan kekeluargaan,
pengalaman awal, superiority dan kekuatan ahli.
Contoh aktiviti:
- Pilih kad superhero dan kaitkan dengan diri anda
3. Peringkat Penerokaan
Mendorong kefahaman diri dan celik akal- fokus kepada here and now. Fahami
responsibility dan respect serta cuba memotivasikan diri.
Contoh aktiviti:
- larva on the floor
4. Peringkat Pelaksanaan
Membantu untuk orientasi semula- beri dorongan yang berterusan agar klien rasa
kepunyaan dan dihargai dan bina matlamat
Contoh aktiviti:
- Poison box – saya lima/sepuluh tahun akan datang
5. Peringkat Penamatan
Kontrak bersama klien- bertindak dan ukur
Contoh aktiviti:
- SMART idea box- Specific, measureable, achievable, realistic, dan timely
*pelajar perlu memperincikan setiap aktiviti seperti yang ditunjukkan dalam aktiviti pada
peringkat pengenalan di atas.