Ringkasan dokumen ini adalah sebagai berikut:
1) Guru menghadapi masalah murid yang kurang mahir dalam aktiviti menggunting.
2) Ini disebabkan kekurangan aktiviti menggunting dan kemahiran motor halus dalam pengajaran.
3) Guru merancang untuk menambahbaik keadaan dengan menyediakan aktiviti asas menggunting selama dua hingga tiga minggu.
Tindakan untuk Tingkatkan Kemahiran Menggunting Murid
1. Jumaat, 21 September, 2012
Penulisan jurnal praktikum 2
JURNAL 8 (17/9/2012-21/9/2012)
MASALAH / ISU
Sepanjang proses p&p selama seminggu bagi minggu kedua ini, terdapat beberapa
masalah yang terpaksa saya hadapi. Antara masalah atau isu yang dapat saya
kenalpasti di sini ialah:
1) Masalah murid di dalam aktiviti menggunting sesuatu gambar.
Fokus yang ingin saya huraikan ialah tentang masalah murid di dalam aktiviti
menggunting sesuatu bahan projek. Murid masih belum mahir di dalam menggunakan
alatan gunting ini. Koordinasi mata dan tangan murid masih belum terserlah. Pada
minggu ini, terdapat dua aktiviti yang saya laksanakan melibatkan aktiviti menggunting
iaitu tin minuman aluminium dan botol plastik. Secara peribadi, saya melihat murid-
murid tidak dapat menggunting dengan baik. Mereka akan membuat kesilapan
menggunting botol plastik dan tin aluminium. Sebagai seorang guru yang prihatin, saya
perlu mengambil serius masalah ini. Kemahiran motor halus murid perlu ditingkatkan.
Usaha dan inisiatif perlu diambil dan dilaksanakan bagi mencapai objektif pengajaran
seorang guru dan juga matlamat pendidikan keseluruhannya.
ANALISIS MASALAH
Saya telah membuat analisis terhadap masalah yang saya hadapi ini. Apa yang dapat
saya perhatikan, masalah ini berpunca daripada:
1) Kekurangan aktiviti menggunting di dalam pengajaran dan pembelajaran.
2) Kekurangan melaksanakan aktiviti yang berbentuk kemahiran motor halus.
2. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Saya mengkaji masalah ini untuk dijadikan tajuk kajian tindakan. Tajuk masalah ialah
mengenai aktiviti menggunting di kalangan murid. Pada minggu ini, saya sudah dapat
melihat beberapa orang yang tidak menguasai aktiviti menggunting ini. Pada minggu
yang akan datang, saya perlu menyediakan aktiviti asas menggunting. Saya
menggunakan teknik ansur maju iaitu aktiviti yang mudah kepada aktiviti yang lebih
sukar. Saya akan memberi focus kepada murid yang lemah di dalam aktiviti
menggunting.
TEMPOH MASA
Saya menetapkan tempoh dua sehingga tiga minggu untuk melihat hasil tindakan yang
telah saya rancang ini. Semoga minggu-minggu yang berikutnya dapat dilalui dengan
jayanya.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah
utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Murid-murid adalah
generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan
datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada
guru itu sendiri untuk mengatasinya.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................