Tugasan ini melibatkan pelajar merancang dan menjalankan ujian matematik untuk murid-murid sekolah. Pelajar bekerjasama dengan rakan seperjuangan untuk menyediakan jadual spesifikasi ujian, membina soalan objektif, dan menganalisis keputusan ujian. Pelajar juga mendapat manfaat daripada pengalaman ini untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran dan pengajaran matematik mereka.
1. Kursus MTE 3112 (Amalan Pentaksiran Dalam Matematik) melengkapkan
pelajar dengan kemahiran – kemahiran pengujian dan penilaian dalam Matematik,
membantu pelajar menjalankan diagnosis ke atas kesukaran pembelajaran kanak –
kanak dan seterusnya mengambil tindakan yang berkesan untuk memenuhi keperluan
khas kanak – kanak dalam pembelajaran Matematik. Pengalaman mengaplikasikan
teknologi dalam pentaksiran juga dibekalkan melalui aktiviti ‘hands-on.’
Tugasan MTE 3112 kali ini meminta pelajar menghasilkan sebuah esei secara
individu tentang prinsip pembinaan item objektif dan esei dalam ujian Matematik dan
kebaikan dan kelemahan aplikasi teknologi dalam pentaksiran Matematik.Selain itu,
pelajar juga diminta untuk menghasilkan satu portfolio secara berpasangan, menggubal
suatu Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan topik yang dipilih dan mentadbir ujian yang
telah digubal kepada tiga puluh murid semasa menjalani praktikum.
Melalui tugasan yang diberikan ini, saya telah berkerjasama bersama rakan
seperjuangan saya iaitu Siti Nurfatihah Binti Bunyaimi. Beliau telah banyak membantu
saya dalam memahami cara membuat analisis item. Saya rasa amat bertuah kerana
berpeluang untuk membuat kerja berpasangan bersama beliau.Beliau merupakn
seorang yang komited dengan tugasan yang diberikan.Terdapat banyak kebaikan
melaksanakan tugasan secara berpasangan mahupun berkumpulan, antaranya ialah
kami dapat berkongsi idea dan pendapat. Idea yang dihasilkan adalah lebih bernas
kerana ia dapat dibincangkan bersama. Kerja berpasangan ini juga dapat menjimatkan
masa, hal ini dapat dibuktikan apabila kami membahagikan tugasan yang perlu
dilaksanakan.
Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari kursus Amalan
Pentaksiran Dalam Matematik.Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan baru dengan
pelaksanaan tugasan ini.Objektif pembelajaran tidak dapat dicapai tanpa
mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kuliah. Sebelum ini saya kurang faham
tentang analisis item dan sebagainya, namun setelah melaksanakan tugasan yang
diberikan ini, saya dapat memahami dengan baik cara membuat analisis item, apakah
yang dikatakan dengan jsu dan sebagainya.
2. Berdasarkan tugasan yang diberikan ini, ia membolehkan saya
mengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran. Saya telah menggunakan ‘microsoft
excel’ bagi memasukkan data prestasi murid – murid. Pada mulanya saya menghadapi
masalah dalam memasukkan data menggunakan Microsoft excel, namun setelah
mendapat tunjuk ajar daripada rakan seperjuangan, akhirnya saya dapat
mengaplikasikannya dengan baik sekali. Dengan pelaksanaan tugasan ini, saya
mendapati bahawa dengan peredaran zaman yang semakin hebat hari ini, guru
memainkan peranan yang penting bagi menguasai kemahiran dalam komputer.
Terdapat banyak kebaikan menggunakan komputer dalam pentaksiran. Antaranya ialah
ia cepat dan mudah. Dengan menggunakan computer, guru dapat memasukkan data
murid ke dalam folder secara teratur, apabila guru hendak membuat semakan, guru
hanya perlu membuka folder tersebut dan semua maklumat yang dikehendaki terdapat
di dalamnya. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang
penting dalam menguasai ilmu teknologi.
Disamping itu, saya menyedari bahawa adalah menjadi tugas guru apabila murid
mendapat keputusan yang rendah dan kurang memuaskan, guru hendaklah merancang
aktiviti yang sesuai untuk pemulihan dan pengayaan. Melalui ujian yang dijalankan,
saya mendapati terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menguasai
sepenuhnya tajuk yang diuji. Oleh yang demikian, latihan pengukuhan perlulah
diberikan kepada murid ini agar mereka dapat menguasai sepenuhnya. Disamping
memberikan latihan pengukuhan, guru juga boleh berusaha mendampingi murid –
murid yang menghadapi masalah dan menemubual mereka. Kadangkala murid – murid
seperti ini memerlukan bimbingan, kaunseling dan motivasi daripada ibubapa dan guru.
Menyedari kepentingan ini, sewaktu saya menjadi guru pada masa akan datang, saya
akan berusaha dengan sebaiknya bagi membolehkan murid – murid dapat memahami
apa yang diajar. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh digunakan bagi
meningkatkan kefahaman murid – murid.
3. Saya berasa amat seronok menimba pengalaman baru dalam merancang,
mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. Saya telah merancang pembinaan
Soalan bersama rakan seperjuangan saya, Siti Nurfatihah. Kemudian kami
menjalankan ujian ini kepada murid – murid semasa praktikum. Setelah murid selesai,
kami menjalankan analisis terhadap soalan yang digubal dan seterusnya mentafsir
ujaian yang dijalankan. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang amat bermakna
kepada diri saya kerana saya dapat mengaplikasikannya sewaktu berada di sekolah
suatu hari nanti.
Antara kekangan saya melaksanakan tugasan ini ialah kami menghadapi
masalah dalam mencari masa yang sesuai bagi melaksanakan ujian ini. hal ini adalah
kerana semasa menjalani praktikum, kami sibuk dengan penyeliaan daripada
pensyarah dan guru pembimbing, melakukan aktiviti – aktiviti yang dijalankan di
sekolah, mengecat mural dan sebagainya. Namun demikian, masalah ini dapat diatasi
dengan baik apabila kami mencari waktu kelas ganti untuk membuat ujian kepada
murid – murid. Pengurusan masa yang baik amatlah diperlukan bagi seseorang guru.
Guru hendaklah menguruskan masa dengan baik supaya segala tugas yang
diamanahkan dapat dijalankan dengan baik.
Secara kesimpulannya, di dalam konteks perkembangan profesionalisme
keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik
darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan
penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan
memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion ini. Usaha ini boleh
dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan ujian dalam
bilik darjah. Melalui ujian yang dijalankan, adalah menjadi peranan penting guru
melaksanakan ujian di sekolah. Melalui ujian yang dijalankan, guru dapat
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajaran.
Sekian. Terima kasih.
Fatin Nasuha Binti Razali
4. Melalui tugasan yang diberikan ini, saya memperoleh banyak pengetahuan baru yang
amat berguna. Ilmu yang saya peroleh ini merupakan bekalan kepada saya untuk
menghadapi hari yang mendatang. Saya bersama rakan seperjuangan yang lain
dikehendaki membuat analisis pembinaan item.
Bagi melengkapkan tugasan yang diberikan ini, saya telah menjalani kolaborasi
bersama guru pembimbing, setiausaha unit peperiksaan, dan juga rakan seperjuangan.
Melalui kolaborasi yang dijalankan, saya mendapati, menjadi suatu perkara yang amat
penting yang guru harus tekankan ialah hubungan guru dengan rakan seperjuangan.
Bagi menjalani kerja, guru hendaklah menjalinkan hubungan dengan baik. Saya telah
menemubual.
Berdasarkan ujian yang dijalankan, saya mendapati terdapat ___ soalan dibuang. Hal
ini adalah kerana soalan yang diuji _________.
5. Bagi melengkapkan tugasan kedua dalam kursus ini, saya bersama rakan
seperjuangan dikehendaki menggubal satu Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan topik
yang dipilih kemudian menggubal 20 soalan objektif berdasarkan JSU yang
dibina.Setelah itu, kami dikehendaki mentadbirkan ujian yang telah digubal kepada 30
orang murid.
Saya dan pasangan saya, Siti Nurfatihah Binti Bunyaimi tidak mempunyai
banyak masalah kerana kami telah membuat pembacaan tentang prinsip-prinsip
pembinaan item.Bilangan murid di dalam kelas yang kami pilih iaitu 4 Berlian ialah
sebanyak 30 orang.Namun, kami menghadapi masalah apabila mereka bercuti bergilir-
gilir pada minggu UPSR.Kebanyakan antara mereka tidak hadir ke sekolah jadi saya
tidak berpeluang untuk mentadbir ujian pada minggu tersebut.Mujur selepas minggu
tersebut saya mempunyai masa untuk mentadbir ujian tersebut.
Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telahmelakukan proses yang penting
dalam merancang ujian iaitu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi
maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang
menjalankan kerja kurus ini. Hal ini adalah kerana ia merupakan pengalaman pertama
saya melaksanakan tugasan ini. Jadual Spesifikasi Ujian amat penting kerana ia dapat
memastikan ujian digubal secara sistematik. Selain itu, kesahan dari segi persampelan
sukatan pelajaran adalah terjamin.
Berpandukan JSU yang telah dibentuk, item soalan telah dibina.Saya telah
menghasilkan soalan yang hendak diuji kepada murid – murid. Dalam pembinaan
soalan, saya mendapati bahawa proses ini bukan merupakan satu proses yang mudah.
Guru harus mengikut tahap pembelajaran murid. Soalan yang digubal hendaklah
bermutu tinggi dengan menekankan aspek kerelevenan, keseimbangan, keobjektifan,
aras kesukaran dan aras diskriminasi.
Setelah menggubal soalan bersama pasangan praktikum, saya telah menyemak
soalan tersebut supaya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ujian
ditadbirkan.Saya juga telah membuat semakan supaya arahan yang diberikan adalah
6. jelas dan mudah difahamai dengan masa yang diperuntukkan adalah bersesuaian
dengan bilangan soalan.Soalan yang diberikan mempunyai arahan yang jelas.
Selepas kami memeriksa dan mendapat keputusan, kami telah menganalisis
item-item soalan yang telah kami gubal. Segala ilmu yang telah dipelajari untuk
mengenalpasti Indeks Diskriminasi (ID) dan Indeks Kesukaran (IK) telah kami
aplikasikan semasa menganalisis item-item. Terdapat beberapa item yang kami
kenalpasti tidak baik dan perlu ditolak.Bukan itu sahaja, ada beberapa item yang perlu
diubahsuai untuk menjadi satu item yang baik.Melalui tugasan ini, saya sedar bahawa
menggubal sesebuah soalan bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dilakukan
dengan sewenang-wenangnya.Banyak perkara yang perlu dititikberatkan bukan sahaja
dari segi aspek tahap murid dan malahan dari segi pemilihan jenis soalan dan
menentukan jawapan. Semua aspek ini perlu diambil kira bagi menghasilkan satu item
yang baik dan satu proses pentaksiran dapat dilaksanakan dengan baik bagi
mengenalpasti tahap pengetahuan murid.
Saya telah menjalinkan hubungan komunikasi dengan guru pembimbing dan
guru unit peperiksaan sekolah semasa menjalani praktikum.Berdasarkan temu bula
bersama mereka, saya telah mendapat banyak pengetahuan baru tentang Jadual
Spesifikasi Ujian, Indeks Diskriminasi, Indeks Kesukaran dan sebagainya.Ilmu
pengetahuan yang diperoleh ini merupakan panduan kepada saya dan pasangan untuk
menyiapkan tugasan. Selain itu, ilmu yang diperoleh ini akan saya aplikasikan sewaktu
berada di sekolah kelak.
Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan apa yang telah saya hasilkan.
Walaupun ia bukan yang terbaik jika dibandingkan dengan hasil kerja yang lain tetapi ia
adalah yang terbaik dari saya. Saya telah mempelajari banyak perkara dalam usaha
untuk menyiapkan diri sebagai bakal guru di masa hadapan. Masih banyak yang perlu
saya kecapi lagi kerana ‘learning is a continuous process’. Bukan itu sahaja.Ia juga
membantu untuk saya menyediakan diri untuk sesi praktikum yang akan datang.