SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
PENDIDIKAN JAWI BARU : KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PARA PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN DAN
PENULISAN JAWI BARU
Prof Madya Dr Hj. Wan Mat bin Hj. Sulaiman
Universiti Antarabangsa al Madinah
wan.mat@mediu.edu.my
Abstrak
Pendidikan Jawi dan penggunaannya dalam masyarakat Melayu adalah sinonim dengan
kedudukan bahasa Melayu dan agama Islam yang menjadi agama rasmi dan agama mejoriti
masyarakat Melayu terutama di Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia dan di Selatan
Thailand. Sistem tulisan Jawi telah mengalami banyak zaman dan perubahan sehingga sampai
ke tahap Jawi yang telah disempurnakan. Namun begitu masih lagi terdapat keluhan di
kalangan pelajar dan pengguna-pengguna Jawi tentang kesulitan dan kekeliruan yang
berlaku dalam sistem penulisan Jawi Baru yang ada pada hari ini. Berasaskan kepada keluhan
ini, kertas ini cuba mengemukakan hasil kajian terhadap persepsi para pelajar Universiti
Brunei Darussalam yang mempelajari kursus kemahiran dan pengajaran Jawii selama satu
semester tentang kesulitan dan kekeliruan yang dihadapi mereka semasa mempelajarinya.
Berdasarkan pengalaman tersebut, mereka juga diminta memberi cadangan-cadangan
bernas bagi tujuan memurnikan dan memudahkan pendidikan Jawi ini sama ada di sekolah
mahupun institusi pengajian tinggi.
1- Pengenalan
Pada hari ini, jika kita teliti dan perhatikan betul- betul kita akan dapati bahawa tulisan Jawi mula pupus dalam
penggunaan harian masyarakat Melayu, terutama di kalangan belia. Bahan bacaan semasa yang ditulis dalam
Jawi juga susah untuk diperoleh. Kalau dahulu kebanyakan kitab agama ditulis dalam Jawi, tetapi sekarang ini
kebanyakan kitab baru dalam bidang agama ditulis dalam Rumi. Justeru kurangnya penggunaan harian dan
kurangnya bahan bacaan yang ditulis dalam Jawi, maka Jawi sekadar menjadi subjek wajib dipelajari di sekolah-
sekolah atau di institusi-institusi pengajian tinggi, selepas itu ia dilupakan begitu sahaja.
Di Brunei Darussalam penggunaan tulisan Jawi masih boleh dibanggakan. Kebanyakan papan tanda, nama-nama
kedai dan syarikat perniagaan masih menggunakan tulisan Jawi di samping tulisan Rumi atau bahasa Inggeris.
Namun begitu usaha bagi memperbanyakan bahan bacaan yang ditulis dalam Jawi baru amat diperlukan bagi
memperkuatkan sistem ejaan Jawi baru dan bagi mengurangkan kekeliruan di kalangan pembaca apabila
banyak antara bahan bacaan Jawi yang ada dalam pasaran berasaskan ejaan Jawi lama, sedangkan Jawi yang
diajar di sekolah-sekolah adalah ejaan Jawi baru.
Walaupun Jawi diajar di semua sekolah-sekolah agama di Brunei dan Malaysia, namun mengikut pengamatan
penulis, penggunaan Jawi di Brunei Darussalam lebih meluas, dan tidak terhad kepada bidang-bidang yang ada
kaitan dengan agama sahaja. Sedangkan penggunaan Jawi di Malaysia lebih sinonim dengan bidang keagamaan.
Namun demikian tidak pula dinafikan usaha pihak-pihak tertentu dalam meluaskan penggunaan Jawi di
Malaysia.
2- Kandungan
Objektif Kajian
Antara objektif utama kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mendapatkan pandangan para pelajar terhadap masalah mempelajari Jawi baru.
2. Untuk mengenal pasti dan menganalisis kesukaran-kesukaran yang selalu dihadapi oleh para pelajar
dalam mempelajari Jawi.
3. Untuk mencari jalan penyelesaian kepada kesukaran-kesukaran dalam pengajaran dan pembelajaran
Jawi baru.
4. Membuat cadangan pemurnian terhadap pembelajaran dan penulisan Jawi.
Kaedah Kajian
Seramai 59 orang pelajar Diploma Pendidikan yang mengambil subjek PL 0308 (Keamahiran dan Pengajaran
Jawi) di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, SHBIE, Universiti Brunei Darussalam telah diberi soalan kaji
selidik dalam mempelajari subjek Jawi. Objektif utama kaji selidik adalah untuk melihat latar belakang para
pelajar yang rata-rata pernah memperlajari Jawi lama semasa mereka di sekolah rendah dahulu, di samping
untuk melihat bahagian, pola dan kaedah penulisan Jawi baru mana yang sering menjadi kesukaran bagi para
pelajar dalam pembelajaran dan penulisan Jawi. Tujuan lain adalah bagi mendapatkan cadangan-cadangan
pelajar bagi mengatasi masalah dan kesulitan tersebut. Bertitik tolak dari situ, penulis akan menganalisis
pandangan dan cadangan para pelajar bagi melihat nisbah kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar dan bagi
tujuan mencadangkan bentuk penyelesaian.
Soalan yang diberikan kepada para pelajar terdiri dari dua bahagian besar. Bahagian pertama adalah soalan-
soalan yang bertanyakan tentang latar belakang para pelajar, manakala bahagian yang kedua adalah soalan-
soalan yang meminta para pelajar menulis apa sahaja bentuk kesukaran dan masalah dalam mempelajari Jawi.
Di samping itu, mereka juga diminta memberi cadangan-cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalah-masalah
tersebut.
Persoalan Kajian
Terdapat beberapa soalan utama yang menjadi fokus dalam kajian ini:
1. Apakah perbezaan antara ejaan Jawi lama dengan Jawi baru yang telah disempurnakan?
2. Apakah pola-pola atau kaedah-kaedah ejaan Jawi baru yang sering berlaku kekeliruan di kalangan
pelajar?
3. Apakah penyelesaian-penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi kesukaran tersebut dalam pengajaran
dan pembelajaran Jawi baru.
Masalah-Masalah dan Kekeliruan yang terdapat dalam Pembelajaran Jawi Mengikut Pandangan Para Pelajar
1. Kesukaran untuk mengenal pasti dan menulis perkataan yang berasal dari bahasa Arab.
Sejumlah 23 orang pelajar atau 38.98% dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka
untuk mengenal pasti perkataan-perkataan serapan bahasa Arab. Kerana mengikut kaedah Jawi
perkataan serapan bahasa Arab dalam istilah-istilah yang berkaitan dengan agama hendaklah ditulis
mengikut kaedah asalnya dalam bahasa Arab bagi mengelak berlakunya perubahan makna asalnya.
Perkataan-perkataan ini dikecualikan dari kaedah penulisan mengikut suku kata dalam bahasa Melayu.
Semasa mengajar Jawi kepada mereka penulis sendiri sudah dapat melihat kesulitan ini. Majoriti dari
mereka sentiasa salah dalam menulis perkataan dari bahasa ini, kerana mejoriti tidak mempunyai latar
belakang pendidikan bahasa Arab semasa sekolah menengah dahulu.
2. Penggunaan vokal Alif dalam Jawi bagi mengantikan vokal ‘a’ dalam Rumi, sama ada dalam suku kata
terbuka atau tertutup.
Sejumlah 23 orang pelajar atau 38.98% dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka
untuk menentukan bila mereka perlu terjemahkan vokal ‘a’ kepada alif dalam Jawi atau sebalik. Ini
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian pengecualian terdapat banyak pengecualian dalam
hal ini. Contohnya dua perkataan yang mempunyai suku kata yang sama yang berpolakan (a+a) seperti
perkataan ‘saya’ dan ‘dada’ ditulis ‘‫’ساي‬ dan ‘‫’دادا‬ yang mana vokal ‘a’ kedua pada perkataan saya tidak
diterjemahkan dengan ‘Alif’ dan sebaliknya berlaku pada perkataan ‘dada’. Penulis sendiri dapati
semasa pengajaran Jawi, inilah antara kaedah yang banyak mengelirukan para pelajar.
3. Kaedah Penulisan Hamzah.
Sejumlah 22 orang pelajar atau 37.28% dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka
untuk menulis perkataan-perkataan yang mempunyai Hamzah padanya. Ini disebabkan Hamzah
hendaklah ditulis dalam empat bentuk dan keadaan, seperti berikut: ( ‫ء‬،،‫إ‬‫أ‬،‫ئـ‬ ). Contohnya
perkataan ‘ke arah’ ditulis Hamzah di atas Alif (‫,)كأره‬ sedangkan perkataan ‘malaikat’, Hamzahnya ditulis
di atas huruf ‘ya’ (‫.)مالئكة‬ Kesukaran ini bertambah apabila perkataan tersebut adalah dari serapan
bahasa Arab kerana keseluruhan perkataan serapan bahasa Arab tunduk kepada sistem penulisan
bahasa Arab..
4. Kekeliruan dalam penulisan Huruf ‘Qaf” dan ‘Kaf’.
Sejumlah 11 orang pelajar atau 18.64 % dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka
untuk menterjemahkan perkataan yang mempunyai huruf ‘k’ kepada sama ada huruf kaf (‫)كـ‬ atau huruf
Qaf (‫.)ق‬
Mengikut kaedah penulisan Jawi baru semua huruf ‘K’ pada perkataan-perkataan yang memang asalnya
bahasa Melayu hendaklah diterjemahkan kepada huruf Qaf (‫,)ق‬ dan manakala ‘k’ pada perkataan yang
berasal dari Bahasa Inggeris hendaklah diterjemahkan kepada huruf Kaf (‫.)كـ‬ Jika perkataan tersebut
asal dari perkataan bahasa Arab yang berkaitan dengan agama maka hendaklah ia ditulis mengikut
penulisan asalnya dalam Bahasa Arab. Penulis merasakan kekeliruan ini berlaku disebabkan dua faktor,
iaitu pertamanya pelajar kurang mampu membezakan sama ada perkataan tersebut berasal dari Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris, keduanya sama ada perkataan itu berasal dari Bahasa Melayu atau
Bahasa Arab.
5. Masalah penulisan perkataan-perkataan yang berasal dari bahasa Inggeris.
Sejumlah 11 orang pelajar atau 18.64 % dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka
untuk menulis perkataan serapan bahasa Inggeris ke dalam ejaan Jawi. Ejaan kata serapan bahasa
Inggeris adalah secara umumnya mengikut kaedah penulisan bahasa Melayu Jati sepertimana yang telah
dibincangkan sebelum ini. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan yang barangkali selalu
membuatkan para pelajar keliru dan rasa sukar menulis perkataan tersebut. Antara perbezaan tersebut
ialah seperti berikut:
5.1 Semua huruf ‘K’ dalam perkataan serapan bahasa Inggeris ditukar kepada huruf Kaf ‘‫’كـ‬ dalam
tulisan Jawi. Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini dan contohnya perkataan ‘kritik’ ditulis
)‫كرييتيكـ‬.(
5.2 Huruf ‘g’ dengan sebutan ‘ga,gi,gu’ ditulis dengan huruf ‘ga’ ‘‫’كـ‬ (iaitu kaf yang ada titik diatasnya)
dalam Jawi. Contohnya perkataan ‘agenda’ ‫اكيندا‬ .
5.3 Dua gugusan konsonan pada perkataan serapan bahasa Inggeris adalah dirangkaikan bila ianya di
awal kata seperti perkataan ‘klinik’ ‫كلينيك‬‫ـ‬ dan ia tidak dirangkaikan bila berada di akhir perkataan
seperti perkataan ‘Golf’ ditulis ‫ف‬ ‫.كول‬
5.4 Setiap perkataan yang kata akhirannya “isme’ diterjemahkan ke huruf ‘‫’ى‬ tanpa titik seperti
perkataan ‘Nasionalisme’ ditulis ‘‫.’ناسيوناليسمى‬
Oleh kerana perkataan-perkataan yang terlibat dengan kaedah-kaedah sepertimana disebut di atas
dalam 5.2, 5.3, dan 5.4 tidak banyak, jadi kesulitan tersebut boleh diatasi dengan memperbanyakkan
latihan menulis perkataan–perkataan berkenaan.
6. Susah mengingati kaedah-kaedah yang saling berkait.
Seramai 8 orang responden atau 13.55% dari mereka meluahkan rasa sukar mengingati kaedah-kaedah
yang saling berkait antara satu sama lain. Penulis melihat masalah ini mungkin ada kaitan dengan apa
yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu berkenaan dengan tulisan Jawi baru yang sememangnya
mempunyai banyak kaedah penulisan, dan di samping terdapat pula pengecualian-pengecualian
daripada kaedah tersebut. Latihan yang cukup dalam aspek-aspek yang telah disebutkan sebelum ini
barangkali mampu mangatasi masalah ini.
7. Masalah memahami peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah penulisan Jawi yang banyak dan
mengelirukan.
Seramai 7 orang atau 11.86% telah meluahkan masalah ini. Sekali lagi penulis melihat masalah ini ada
kaitan dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu berkenaan dengan masalah pengecualian-
pengecualian kepada kaedah umum penulisan Jawi. Latihan yang cukup dalam aspek-aspek yang telah
disebutkan sebelum ini barangkali boleh mampu mengatasi masalah ini.
8. Masalah penggunaan huruf ha (‫)ح‬ dan ha (‫.)هـ‬
Seramai 5 orang atau 8.47 % merasakan sukar bagi mereka untuk menentukan sama ada ha (‫)ح‬ atau ha
(‫)هـ‬ bagi menterjemahkan huruf ‘h’. Berkenaan dengan masalah ini, semua huruf ‘H’ pada perkataan-
perkataan yang asalnya Melayu hendaklah ditulis dengan (‫,)هـ‬ manakala perkataan serapan bahasa Arab
hendaklah ditulis mengikut huruf asalnya dalam bahasa Arab. Penulis merasakan kekeliruan itu datang
kerana mereka rasa sukar menentukan pertamanya, sama ada perkataan tersebut berasal dari serapan
bahasa Arab atau bahasa Melayu, keduanya, jika perkataan itu berasal dari serapan bahasa Arab, pelajar
tidak mampu menentukannya samaada ianya (‫)ح‬ atau (‫.)هـ‬ Contohnya perkataan ‘rahmat’ ia ditulis
dengan (‫)ح‬ bukan (‫)هـ‬ ‫.رحمة‬
9. Masalah kaedah-kaedah yang dikecualikan dan kaedah-kaedah umum sistem ejaan Jawi.
Seramai 5 orang atau 8.47% responden merasakan kaedah-kaedah tertentu yang merupakan
pengecualian dari kaedah umum sistem ejaan Jawi telah mengundang kesukaran dalam penulisan Jawi.
Sebenarnya masalah-masalah lain yang telah dibincangkan sebelum ini juga ada kaitan dengan masalah
pengecualian dari kaedah-kaedah umum sistem ejaan Jawi.
10. Masalah penulisan suku kata tertutup KVK (Konsonan+vokal+konsonan).
Seramai 5 orang atau 8.47% responden merasakan kaedah penulisan suku kata tertutup KVK ini banyak
memberi kekeliruan kepada mereka. Sebagaimana telah diterangkan sebelum ini kekeliruan berlaku
pada penulisan suku kata KVK yang vokalnya adalah ‘a’. Kadang-kadang vokal ‘a’ tersebut
diterjemahkan ke Alif, dan dalam banyak hal ia tidak diterjemahkan.Contohnya perkataan bab ditulis
(‫,)باب‬ sedangkan suku kata kan ditulis (‫.)كن‬
11. Kaedah penulisan imbuhan
Terdapat 4 orang atau 6.77% pelajar yang merasakan kemasukan imbuhan ke dalam perkataan asal
mengelirukan. Hakikatnya apabila pelajar sudah memahami dan mampu menulis perkataan asal dengan
baik, maka penulisan imbuhan-imbuhan yang dimasukkan kepada perkataan asal itu sepatutnya tidak
banyak masalah, kerana semua imbuhan telah diselaraskan tulisannya dalam Jawi. Cuma apabila ada
perubahan kepada perkataan asalnya barulah kadang-kadang ia menimbulkan kekeliruan. Latihan cukup
terutama bagi perkataan yang menerima perubahan apabila dimasukkan imbuhan tertentu boleh
membantu pelajar menyelesaikan masaalah ini.
12. Masalah Kaedah DERLUNG.
Hanya 3 orang atau 5.08% responden merasakan Kaedah DERLUNG ini mengelirukan. Kaeadah ini
sebenarnya melibatkan masalah penulisan vokal ‘a’ pada suku kata terbuka KV+KV yang berpolakan
(a+a). Persoalan ini telah pun dihuraikan dalam masalah kedua sebelum ini.
13. Perubahan titik huruf ‘nya’ (‫)ث‬ sama ada ditulis di atas atau di bawah rumah nun.
Terdapat 2 orang atau 3.38% yang terkeliru. Namun ia adalah masalah kecil sahaja, kerana tiga titik
‘nya’ biasanya diletakkan di bawah rumah ‘nun’ kecuali bila ia berada di
akhir perkataan, maka ia ditulis di atas rumah ‘nun’ seperti perkataan
‘seadanya’ ditulis ‫سأداث‬ .
14- Berikut ini adalah beberapa kesulitan lain yang masing-masing mendapat perhatian seorang atau 1.69%
responden.
14.1 Penggunaan kaedah baru yang berbeza dari yang lama.
14.2 Kaedah tiga suku kata
14.3 Terlalu banyak kaedah dalam sistem Jawi.
14.4 Kurang penggunaan Jawi menyebabkan lambat mempelajarinya.
14.5 Kekurangan masa untuk buat latihan.
14.6 Penentuan sama ada e- pepet atau e-taling.
14.7 Penulisan nama-nama khas.
14.8 Masalah dalam membentuk ayat-ayat Jawi.
Cadangan dan Penutup
Berdasarkan hasil kajian ini penulis ingin membuat beberapa cadangan sebagai langkah proaktif dalam
membantu mempermudah pembelajaran Jawi, antara cadangan-cadangan tersebut ialah:
1. Senarai perkataan serapan Arab perlu selalu didedahkan kepada para pelajar dan memperbanyak
latihan menterjemah perkataan seperti ini ke dalam Jawi.
2. Memperbanyak latihan menterjemah perkataan-perkataan yang mempunyai vokal ‘a’ sama ada dalam
suku kata yang terbuka atau tertutup kepada Jawi.
3. Memperbanyak latihan menterjemah dan menulis perkataan-perkataan yang mempunyai huruf
Hamzah.
4. Memperbanyak latihan menterjemah dan menulis perkataan-perkataan yang mempunyai huruf ‘k’
samada ianya berasal dari Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.
5. Para pendidik yang mengajar Jawi hendaklah sentiasa membuat pemerhatian terhadap pola-pola yang
sering menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar, dan memperbanyak serta mempelbagai bentuk
latihan yang berkaitan dengan pola-pola tersebut bagi tujuan mempermudah pengajaran dan
pembelajaran Jawi.
6. Menganalisis kesalahan-kesalahan penulisan yang sering dilakukan oleh para pelajar.
7. Melakukan permurnian kepada sistem penulisan Jawi bagi mengurangkan pengecualian dan bagi
tujuan mempermudah pembelajaran dan penggunaan Jawi di kalangan masyarakat.
8. Memperbanyak bahan bacaan yang ditulis mengikut sistem ejaan Jawi yang telah disempurnakan (EJS).
Antara bentuk latihan yang boleh digunakan dalam usaha mengatasi kekeliruan yang dihadapi oleh para
pelajar ialah:
1. Latihan bagi mengenali suku kata Jawi sama ada suku kata terbuka KV, KVV atau suku kata tertutup KVK.
2. Latihan menukar suku kata-suku kata tersebut dari Rumi ke Jawi. Antara langkah-langkah yang boleh
diambil pertamanya, menukar suku kata Rumi ke Jawi; keduanya, ubah kedudukan huruf Jawi dari kiri ke
kanan; dan ketiganya, sambungkan huruf-huruf Jawi tersebut seperti contoh berikut:
1- Latihan menyambung suku kata–suku kata tersebut bagi membentuk perkataan-perkataan, di samping
latihan menterjemah ayat-ayat pendek ke Jawi.
Bibliografi
Abdullah Hassan (1974). The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Amat Juhari Moain (1996). Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atiah Mohd. Salleh (2006). Isu-Isu dan Cabaran Memperkasakan Tulisan Jawi. Kertas kerja dibentangkan
dalam Seminar Pemerkasaan Tulisan Jawi Negeri Johor, pada 17 Ogos 2006, di Hotel Naza, Tanjung Puteri,
Johor Bahru.
Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. (2001). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Rumi K U
L1 ‫كـ‬ ‫و‬
L2 ‫و‬ ‫كـ‬
L3 ‫كو‬
Daftar Ejaan Rumi-Jawi. (2002) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Hamdan Abdul Rahman (1999). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nurazmi Kuntum (2004). Prinsip Ejaan dan Kaedah Pengajaran Jawi. Bandar Seri Begawan: Syarikat Mega.
Ismail bin Dahaman Manshoor bin Hj Ahmad (1996). Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Istilah Agama Islam, (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan, (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Idris Abdul al Rauf al Marbawi, (1959). Kamus Idris al Marbawi. Kaherah: Darul Halabi.
Nik Safiah Karim et al, (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan, (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi, (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia,(1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1Mohd Fadil Talib
 
Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1MTs DARUSSALAM
 
Cinta berbahasa arab 2
Cinta berbahasa arab 2Cinta berbahasa arab 2
Cinta berbahasa arab 2Ujhe Aswan
 
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013Smk Gelam
 
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di miBahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di miAmsori Saari
 
1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)
1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)
1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)Jaya Lakshmi
 
Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1Ujhe Aswan
 
D92218057 Choiriyatin Hidayatul Jannah modul kelas III semester genap
D92218057 Choiriyatin Hidayatul Jannah modul kelas III semester genapD92218057 Choiriyatin Hidayatul Jannah modul kelas III semester genap
D92218057 Choiriyatin Hidayatul Jannah modul kelas III semester genapRiRia1
 
Kisi kisi evaluasi pembelajaran
Kisi kisi evaluasi pembelajaranKisi kisi evaluasi pembelajaran
Kisi kisi evaluasi pembelajaranDiantiPertiwi
 
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMK
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMKSoal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMK
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMKSahman Kaelani
 
Dsp bahasa arab tahun 4
Dsp bahasa arab tahun 4Dsp bahasa arab tahun 4
Dsp bahasa arab tahun 4Rosmin Min
 

What's hot (18)

Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
 
Peperiksaan akhir bm
Peperiksaan akhir bmPeperiksaan akhir bm
Peperiksaan akhir bm
 
Cth kt huruf besar3
Cth  kt huruf besar3Cth  kt huruf besar3
Cth kt huruf besar3
 
Affif bahasa arab
Affif bahasa arabAffif bahasa arab
Affif bahasa arab
 
Ringkasan artikel
Ringkasan artikelRingkasan artikel
Ringkasan artikel
 
Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1
 
Cinta berbahasa arab 2
Cinta berbahasa arab 2Cinta berbahasa arab 2
Cinta berbahasa arab 2
 
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di miBahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
 
Essay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa IndonesiaEssay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa Indonesia
 
1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)
1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)
1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)
 
Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
D92218057 Choiriyatin Hidayatul Jannah modul kelas III semester genap
D92218057 Choiriyatin Hidayatul Jannah modul kelas III semester genapD92218057 Choiriyatin Hidayatul Jannah modul kelas III semester genap
D92218057 Choiriyatin Hidayatul Jannah modul kelas III semester genap
 
Kisi kisi evaluasi pembelajaran
Kisi kisi evaluasi pembelajaranKisi kisi evaluasi pembelajaran
Kisi kisi evaluasi pembelajaran
 
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMK
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMKSoal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMK
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMK
 
Dsp bahasa arab tahun 4
Dsp bahasa arab tahun 4Dsp bahasa arab tahun 4
Dsp bahasa arab tahun 4
 
Sample trial exam bm 2020 (pp)
Sample trial exam bm 2020 (pp)Sample trial exam bm 2020 (pp)
Sample trial exam bm 2020 (pp)
 

Similar to 13754 39402-1-pb

Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanrehanqistina
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osmanAnsar Azman
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkalMat mohd
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibdalilavuzarzad
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Suhana Kamaluddin
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Janikah kajian tindakan sm sung siew
Janikah kajian tindakan sm sung siewJanikah kajian tindakan sm sung siew
Janikah kajian tindakan sm sung siewssuser9e2c14
 
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwallUpaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall921920
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa kedua
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa keduaPermasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa kedua
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa keduaabmustafa
 
Inovasi kaedah roda
Inovasi kaedah rodaInovasi kaedah roda
Inovasi kaedah rodask tambirat
 

Similar to 13754 39402-1-pb (20)

Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikan
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaib
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Janikah kajian tindakan sm sung siew
Janikah kajian tindakan sm sung siewJanikah kajian tindakan sm sung siew
Janikah kajian tindakan sm sung siew
 
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwallUpaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
Proposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docxProposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docx
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa kedua
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa keduaPermasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa kedua
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa kedua
 
Inovasi kaedah roda
Inovasi kaedah rodaInovasi kaedah roda
Inovasi kaedah roda
 

More from Ansar Azman

Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruAnsar Azman
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruAnsar Azman
 
Peraturan mtqk pindaan_2009
Peraturan mtqk pindaan_2009Peraturan mtqk pindaan_2009
Peraturan mtqk pindaan_2009Ansar Azman
 
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arabAnsar Azman
 
62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integritiAnsar Azman
 
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesanRefleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesanAnsar Azman
 
Reflksi dalm persedian kt
Reflksi dalm persedian ktReflksi dalm persedian kt
Reflksi dalm persedian ktAnsar Azman
 
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)Ansar Azman
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahAnsar Azman
 

More from Ansar Azman (10)

Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guru
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Peraturan mtqk pindaan_2009
Peraturan mtqk pindaan_2009Peraturan mtqk pindaan_2009
Peraturan mtqk pindaan_2009
 
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab
 
62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti
 
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesanRefleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan
 
Reflksi dalm persedian kt
Reflksi dalm persedian ktReflksi dalm persedian kt
Reflksi dalm persedian kt
 
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiah
 
Pksr 2 thn 4
Pksr 2 thn 4Pksr 2 thn 4
Pksr 2 thn 4
 

13754 39402-1-pb

  • 1. PENDIDIKAN JAWI BARU : KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PARA PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN DAN PENULISAN JAWI BARU Prof Madya Dr Hj. Wan Mat bin Hj. Sulaiman Universiti Antarabangsa al Madinah wan.mat@mediu.edu.my Abstrak Pendidikan Jawi dan penggunaannya dalam masyarakat Melayu adalah sinonim dengan kedudukan bahasa Melayu dan agama Islam yang menjadi agama rasmi dan agama mejoriti masyarakat Melayu terutama di Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia dan di Selatan Thailand. Sistem tulisan Jawi telah mengalami banyak zaman dan perubahan sehingga sampai ke tahap Jawi yang telah disempurnakan. Namun begitu masih lagi terdapat keluhan di kalangan pelajar dan pengguna-pengguna Jawi tentang kesulitan dan kekeliruan yang berlaku dalam sistem penulisan Jawi Baru yang ada pada hari ini. Berasaskan kepada keluhan ini, kertas ini cuba mengemukakan hasil kajian terhadap persepsi para pelajar Universiti Brunei Darussalam yang mempelajari kursus kemahiran dan pengajaran Jawii selama satu semester tentang kesulitan dan kekeliruan yang dihadapi mereka semasa mempelajarinya. Berdasarkan pengalaman tersebut, mereka juga diminta memberi cadangan-cadangan bernas bagi tujuan memurnikan dan memudahkan pendidikan Jawi ini sama ada di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. 1- Pengenalan Pada hari ini, jika kita teliti dan perhatikan betul- betul kita akan dapati bahawa tulisan Jawi mula pupus dalam penggunaan harian masyarakat Melayu, terutama di kalangan belia. Bahan bacaan semasa yang ditulis dalam Jawi juga susah untuk diperoleh. Kalau dahulu kebanyakan kitab agama ditulis dalam Jawi, tetapi sekarang ini kebanyakan kitab baru dalam bidang agama ditulis dalam Rumi. Justeru kurangnya penggunaan harian dan kurangnya bahan bacaan yang ditulis dalam Jawi, maka Jawi sekadar menjadi subjek wajib dipelajari di sekolah- sekolah atau di institusi-institusi pengajian tinggi, selepas itu ia dilupakan begitu sahaja. Di Brunei Darussalam penggunaan tulisan Jawi masih boleh dibanggakan. Kebanyakan papan tanda, nama-nama kedai dan syarikat perniagaan masih menggunakan tulisan Jawi di samping tulisan Rumi atau bahasa Inggeris. Namun begitu usaha bagi memperbanyakan bahan bacaan yang ditulis dalam Jawi baru amat diperlukan bagi memperkuatkan sistem ejaan Jawi baru dan bagi mengurangkan kekeliruan di kalangan pembaca apabila banyak antara bahan bacaan Jawi yang ada dalam pasaran berasaskan ejaan Jawi lama, sedangkan Jawi yang diajar di sekolah-sekolah adalah ejaan Jawi baru. Walaupun Jawi diajar di semua sekolah-sekolah agama di Brunei dan Malaysia, namun mengikut pengamatan penulis, penggunaan Jawi di Brunei Darussalam lebih meluas, dan tidak terhad kepada bidang-bidang yang ada kaitan dengan agama sahaja. Sedangkan penggunaan Jawi di Malaysia lebih sinonim dengan bidang keagamaan.
  • 2. Namun demikian tidak pula dinafikan usaha pihak-pihak tertentu dalam meluaskan penggunaan Jawi di Malaysia. 2- Kandungan Objektif Kajian Antara objektif utama kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mendapatkan pandangan para pelajar terhadap masalah mempelajari Jawi baru. 2. Untuk mengenal pasti dan menganalisis kesukaran-kesukaran yang selalu dihadapi oleh para pelajar dalam mempelajari Jawi. 3. Untuk mencari jalan penyelesaian kepada kesukaran-kesukaran dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi baru. 4. Membuat cadangan pemurnian terhadap pembelajaran dan penulisan Jawi. Kaedah Kajian Seramai 59 orang pelajar Diploma Pendidikan yang mengambil subjek PL 0308 (Keamahiran dan Pengajaran Jawi) di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, SHBIE, Universiti Brunei Darussalam telah diberi soalan kaji selidik dalam mempelajari subjek Jawi. Objektif utama kaji selidik adalah untuk melihat latar belakang para pelajar yang rata-rata pernah memperlajari Jawi lama semasa mereka di sekolah rendah dahulu, di samping untuk melihat bahagian, pola dan kaedah penulisan Jawi baru mana yang sering menjadi kesukaran bagi para pelajar dalam pembelajaran dan penulisan Jawi. Tujuan lain adalah bagi mendapatkan cadangan-cadangan pelajar bagi mengatasi masalah dan kesulitan tersebut. Bertitik tolak dari situ, penulis akan menganalisis pandangan dan cadangan para pelajar bagi melihat nisbah kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar dan bagi tujuan mencadangkan bentuk penyelesaian. Soalan yang diberikan kepada para pelajar terdiri dari dua bahagian besar. Bahagian pertama adalah soalan- soalan yang bertanyakan tentang latar belakang para pelajar, manakala bahagian yang kedua adalah soalan- soalan yang meminta para pelajar menulis apa sahaja bentuk kesukaran dan masalah dalam mempelajari Jawi. Di samping itu, mereka juga diminta memberi cadangan-cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Persoalan Kajian Terdapat beberapa soalan utama yang menjadi fokus dalam kajian ini: 1. Apakah perbezaan antara ejaan Jawi lama dengan Jawi baru yang telah disempurnakan? 2. Apakah pola-pola atau kaedah-kaedah ejaan Jawi baru yang sering berlaku kekeliruan di kalangan pelajar? 3. Apakah penyelesaian-penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi kesukaran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi baru. Masalah-Masalah dan Kekeliruan yang terdapat dalam Pembelajaran Jawi Mengikut Pandangan Para Pelajar 1. Kesukaran untuk mengenal pasti dan menulis perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Sejumlah 23 orang pelajar atau 38.98% dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka untuk mengenal pasti perkataan-perkataan serapan bahasa Arab. Kerana mengikut kaedah Jawi
  • 3. perkataan serapan bahasa Arab dalam istilah-istilah yang berkaitan dengan agama hendaklah ditulis mengikut kaedah asalnya dalam bahasa Arab bagi mengelak berlakunya perubahan makna asalnya. Perkataan-perkataan ini dikecualikan dari kaedah penulisan mengikut suku kata dalam bahasa Melayu. Semasa mengajar Jawi kepada mereka penulis sendiri sudah dapat melihat kesulitan ini. Majoriti dari mereka sentiasa salah dalam menulis perkataan dari bahasa ini, kerana mejoriti tidak mempunyai latar belakang pendidikan bahasa Arab semasa sekolah menengah dahulu. 2. Penggunaan vokal Alif dalam Jawi bagi mengantikan vokal ‘a’ dalam Rumi, sama ada dalam suku kata terbuka atau tertutup. Sejumlah 23 orang pelajar atau 38.98% dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka untuk menentukan bila mereka perlu terjemahkan vokal ‘a’ kepada alif dalam Jawi atau sebalik. Ini sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian pengecualian terdapat banyak pengecualian dalam hal ini. Contohnya dua perkataan yang mempunyai suku kata yang sama yang berpolakan (a+a) seperti perkataan ‘saya’ dan ‘dada’ ditulis ‘‫’ساي‬ dan ‘‫’دادا‬ yang mana vokal ‘a’ kedua pada perkataan saya tidak diterjemahkan dengan ‘Alif’ dan sebaliknya berlaku pada perkataan ‘dada’. Penulis sendiri dapati semasa pengajaran Jawi, inilah antara kaedah yang banyak mengelirukan para pelajar. 3. Kaedah Penulisan Hamzah. Sejumlah 22 orang pelajar atau 37.28% dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka untuk menulis perkataan-perkataan yang mempunyai Hamzah padanya. Ini disebabkan Hamzah hendaklah ditulis dalam empat bentuk dan keadaan, seperti berikut: ( ‫ء‬،،‫إ‬‫أ‬،‫ئـ‬ ). Contohnya perkataan ‘ke arah’ ditulis Hamzah di atas Alif (‫,)كأره‬ sedangkan perkataan ‘malaikat’, Hamzahnya ditulis di atas huruf ‘ya’ (‫.)مالئكة‬ Kesukaran ini bertambah apabila perkataan tersebut adalah dari serapan bahasa Arab kerana keseluruhan perkataan serapan bahasa Arab tunduk kepada sistem penulisan bahasa Arab.. 4. Kekeliruan dalam penulisan Huruf ‘Qaf” dan ‘Kaf’. Sejumlah 11 orang pelajar atau 18.64 % dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka untuk menterjemahkan perkataan yang mempunyai huruf ‘k’ kepada sama ada huruf kaf (‫)كـ‬ atau huruf Qaf (‫.)ق‬ Mengikut kaedah penulisan Jawi baru semua huruf ‘K’ pada perkataan-perkataan yang memang asalnya bahasa Melayu hendaklah diterjemahkan kepada huruf Qaf (‫,)ق‬ dan manakala ‘k’ pada perkataan yang berasal dari Bahasa Inggeris hendaklah diterjemahkan kepada huruf Kaf (‫.)كـ‬ Jika perkataan tersebut asal dari perkataan bahasa Arab yang berkaitan dengan agama maka hendaklah ia ditulis mengikut penulisan asalnya dalam Bahasa Arab. Penulis merasakan kekeliruan ini berlaku disebabkan dua faktor, iaitu pertamanya pelajar kurang mampu membezakan sama ada perkataan tersebut berasal dari Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, keduanya sama ada perkataan itu berasal dari Bahasa Melayu atau Bahasa Arab. 5. Masalah penulisan perkataan-perkataan yang berasal dari bahasa Inggeris. Sejumlah 11 orang pelajar atau 18.64 % dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka untuk menulis perkataan serapan bahasa Inggeris ke dalam ejaan Jawi. Ejaan kata serapan bahasa Inggeris adalah secara umumnya mengikut kaedah penulisan bahasa Melayu Jati sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan yang barangkali selalu membuatkan para pelajar keliru dan rasa sukar menulis perkataan tersebut. Antara perbezaan tersebut ialah seperti berikut:
  • 4. 5.1 Semua huruf ‘K’ dalam perkataan serapan bahasa Inggeris ditukar kepada huruf Kaf ‘‫’كـ‬ dalam tulisan Jawi. Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini dan contohnya perkataan ‘kritik’ ditulis )‫كرييتيكـ‬.( 5.2 Huruf ‘g’ dengan sebutan ‘ga,gi,gu’ ditulis dengan huruf ‘ga’ ‘‫’كـ‬ (iaitu kaf yang ada titik diatasnya) dalam Jawi. Contohnya perkataan ‘agenda’ ‫اكيندا‬ . 5.3 Dua gugusan konsonan pada perkataan serapan bahasa Inggeris adalah dirangkaikan bila ianya di awal kata seperti perkataan ‘klinik’ ‫كلينيك‬‫ـ‬ dan ia tidak dirangkaikan bila berada di akhir perkataan seperti perkataan ‘Golf’ ditulis ‫ف‬ ‫.كول‬ 5.4 Setiap perkataan yang kata akhirannya “isme’ diterjemahkan ke huruf ‘‫’ى‬ tanpa titik seperti perkataan ‘Nasionalisme’ ditulis ‘‫.’ناسيوناليسمى‬ Oleh kerana perkataan-perkataan yang terlibat dengan kaedah-kaedah sepertimana disebut di atas dalam 5.2, 5.3, dan 5.4 tidak banyak, jadi kesulitan tersebut boleh diatasi dengan memperbanyakkan latihan menulis perkataan–perkataan berkenaan. 6. Susah mengingati kaedah-kaedah yang saling berkait. Seramai 8 orang responden atau 13.55% dari mereka meluahkan rasa sukar mengingati kaedah-kaedah yang saling berkait antara satu sama lain. Penulis melihat masalah ini mungkin ada kaitan dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu berkenaan dengan tulisan Jawi baru yang sememangnya mempunyai banyak kaedah penulisan, dan di samping terdapat pula pengecualian-pengecualian daripada kaedah tersebut. Latihan yang cukup dalam aspek-aspek yang telah disebutkan sebelum ini barangkali mampu mangatasi masalah ini. 7. Masalah memahami peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah penulisan Jawi yang banyak dan mengelirukan. Seramai 7 orang atau 11.86% telah meluahkan masalah ini. Sekali lagi penulis melihat masalah ini ada kaitan dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu berkenaan dengan masalah pengecualian- pengecualian kepada kaedah umum penulisan Jawi. Latihan yang cukup dalam aspek-aspek yang telah disebutkan sebelum ini barangkali boleh mampu mengatasi masalah ini. 8. Masalah penggunaan huruf ha (‫)ح‬ dan ha (‫.)هـ‬ Seramai 5 orang atau 8.47 % merasakan sukar bagi mereka untuk menentukan sama ada ha (‫)ح‬ atau ha (‫)هـ‬ bagi menterjemahkan huruf ‘h’. Berkenaan dengan masalah ini, semua huruf ‘H’ pada perkataan- perkataan yang asalnya Melayu hendaklah ditulis dengan (‫,)هـ‬ manakala perkataan serapan bahasa Arab hendaklah ditulis mengikut huruf asalnya dalam bahasa Arab. Penulis merasakan kekeliruan itu datang kerana mereka rasa sukar menentukan pertamanya, sama ada perkataan tersebut berasal dari serapan bahasa Arab atau bahasa Melayu, keduanya, jika perkataan itu berasal dari serapan bahasa Arab, pelajar tidak mampu menentukannya samaada ianya (‫)ح‬ atau (‫.)هـ‬ Contohnya perkataan ‘rahmat’ ia ditulis dengan (‫)ح‬ bukan (‫)هـ‬ ‫.رحمة‬ 9. Masalah kaedah-kaedah yang dikecualikan dan kaedah-kaedah umum sistem ejaan Jawi. Seramai 5 orang atau 8.47% responden merasakan kaedah-kaedah tertentu yang merupakan pengecualian dari kaedah umum sistem ejaan Jawi telah mengundang kesukaran dalam penulisan Jawi. Sebenarnya masalah-masalah lain yang telah dibincangkan sebelum ini juga ada kaitan dengan masalah pengecualian dari kaedah-kaedah umum sistem ejaan Jawi. 10. Masalah penulisan suku kata tertutup KVK (Konsonan+vokal+konsonan).
  • 5. Seramai 5 orang atau 8.47% responden merasakan kaedah penulisan suku kata tertutup KVK ini banyak memberi kekeliruan kepada mereka. Sebagaimana telah diterangkan sebelum ini kekeliruan berlaku pada penulisan suku kata KVK yang vokalnya adalah ‘a’. Kadang-kadang vokal ‘a’ tersebut diterjemahkan ke Alif, dan dalam banyak hal ia tidak diterjemahkan.Contohnya perkataan bab ditulis (‫,)باب‬ sedangkan suku kata kan ditulis (‫.)كن‬ 11. Kaedah penulisan imbuhan Terdapat 4 orang atau 6.77% pelajar yang merasakan kemasukan imbuhan ke dalam perkataan asal mengelirukan. Hakikatnya apabila pelajar sudah memahami dan mampu menulis perkataan asal dengan baik, maka penulisan imbuhan-imbuhan yang dimasukkan kepada perkataan asal itu sepatutnya tidak banyak masalah, kerana semua imbuhan telah diselaraskan tulisannya dalam Jawi. Cuma apabila ada perubahan kepada perkataan asalnya barulah kadang-kadang ia menimbulkan kekeliruan. Latihan cukup terutama bagi perkataan yang menerima perubahan apabila dimasukkan imbuhan tertentu boleh membantu pelajar menyelesaikan masaalah ini. 12. Masalah Kaedah DERLUNG. Hanya 3 orang atau 5.08% responden merasakan Kaedah DERLUNG ini mengelirukan. Kaeadah ini sebenarnya melibatkan masalah penulisan vokal ‘a’ pada suku kata terbuka KV+KV yang berpolakan (a+a). Persoalan ini telah pun dihuraikan dalam masalah kedua sebelum ini. 13. Perubahan titik huruf ‘nya’ (‫)ث‬ sama ada ditulis di atas atau di bawah rumah nun. Terdapat 2 orang atau 3.38% yang terkeliru. Namun ia adalah masalah kecil sahaja, kerana tiga titik ‘nya’ biasanya diletakkan di bawah rumah ‘nun’ kecuali bila ia berada di akhir perkataan, maka ia ditulis di atas rumah ‘nun’ seperti perkataan ‘seadanya’ ditulis ‫سأداث‬ . 14- Berikut ini adalah beberapa kesulitan lain yang masing-masing mendapat perhatian seorang atau 1.69% responden. 14.1 Penggunaan kaedah baru yang berbeza dari yang lama. 14.2 Kaedah tiga suku kata 14.3 Terlalu banyak kaedah dalam sistem Jawi. 14.4 Kurang penggunaan Jawi menyebabkan lambat mempelajarinya. 14.5 Kekurangan masa untuk buat latihan. 14.6 Penentuan sama ada e- pepet atau e-taling. 14.7 Penulisan nama-nama khas. 14.8 Masalah dalam membentuk ayat-ayat Jawi. Cadangan dan Penutup Berdasarkan hasil kajian ini penulis ingin membuat beberapa cadangan sebagai langkah proaktif dalam membantu mempermudah pembelajaran Jawi, antara cadangan-cadangan tersebut ialah:
  • 6. 1. Senarai perkataan serapan Arab perlu selalu didedahkan kepada para pelajar dan memperbanyak latihan menterjemah perkataan seperti ini ke dalam Jawi. 2. Memperbanyak latihan menterjemah perkataan-perkataan yang mempunyai vokal ‘a’ sama ada dalam suku kata yang terbuka atau tertutup kepada Jawi. 3. Memperbanyak latihan menterjemah dan menulis perkataan-perkataan yang mempunyai huruf Hamzah. 4. Memperbanyak latihan menterjemah dan menulis perkataan-perkataan yang mempunyai huruf ‘k’ samada ianya berasal dari Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. 5. Para pendidik yang mengajar Jawi hendaklah sentiasa membuat pemerhatian terhadap pola-pola yang sering menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar, dan memperbanyak serta mempelbagai bentuk latihan yang berkaitan dengan pola-pola tersebut bagi tujuan mempermudah pengajaran dan pembelajaran Jawi. 6. Menganalisis kesalahan-kesalahan penulisan yang sering dilakukan oleh para pelajar. 7. Melakukan permurnian kepada sistem penulisan Jawi bagi mengurangkan pengecualian dan bagi tujuan mempermudah pembelajaran dan penggunaan Jawi di kalangan masyarakat. 8. Memperbanyak bahan bacaan yang ditulis mengikut sistem ejaan Jawi yang telah disempurnakan (EJS). Antara bentuk latihan yang boleh digunakan dalam usaha mengatasi kekeliruan yang dihadapi oleh para pelajar ialah: 1. Latihan bagi mengenali suku kata Jawi sama ada suku kata terbuka KV, KVV atau suku kata tertutup KVK. 2. Latihan menukar suku kata-suku kata tersebut dari Rumi ke Jawi. Antara langkah-langkah yang boleh diambil pertamanya, menukar suku kata Rumi ke Jawi; keduanya, ubah kedudukan huruf Jawi dari kiri ke kanan; dan ketiganya, sambungkan huruf-huruf Jawi tersebut seperti contoh berikut: 1- Latihan menyambung suku kata–suku kata tersebut bagi membentuk perkataan-perkataan, di samping latihan menterjemah ayat-ayat pendek ke Jawi. Bibliografi Abdullah Hassan (1974). The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Amat Juhari Moain (1996). Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Atiah Mohd. Salleh (2006). Isu-Isu dan Cabaran Memperkasakan Tulisan Jawi. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pemerkasaan Tulisan Jawi Negeri Johor, pada 17 Ogos 2006, di Hotel Naza, Tanjung Puteri, Johor Bahru. Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. (2001). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Rumi K U L1 ‫كـ‬ ‫و‬ L2 ‫و‬ ‫كـ‬ L3 ‫كو‬
  • 7. Daftar Ejaan Rumi-Jawi. (2002) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Hamdan Abdul Rahman (1999). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurazmi Kuntum (2004). Prinsip Ejaan dan Kaedah Pengajaran Jawi. Bandar Seri Begawan: Syarikat Mega. Ismail bin Dahaman Manshoor bin Hj Ahmad (1996). Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah Agama Islam, (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan, (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Idris Abdul al Rauf al Marbawi, (1959). Kamus Idris al Marbawi. Kaherah: Darul Halabi. Nik Safiah Karim et al, (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan, (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi, (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia,(1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.