1. Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kerja Tugasan Elektif 1 saya iaitu Pendidikan Jasmani dengan jayanya.
Tugasan ini dilakukan semasa saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
selama seminggu bermula pada 7 Mac 2011 hingga 11 Mac 2011
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing, En Latif Bin Ahmad kerana membimbing saya
dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan
kerja kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-
rakan sekelas saya kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kes
ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu
saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua
tidak saya lupakan.
Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan
kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi
satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang
sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan saya
agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa
proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.