SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
Download to read offline
AMALAN REFLEKSI OLEH GURU
DALAM PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
DI SEKOLAH
DR. MADZNIYAH MD. JAAFAR
Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
18 JUN 2012
SEMINAR & BENGKEL KEPIMPINAN PENYELIDIKAN:
(Melaksanakan, Menulis & Menerbitkan Kajian Tindakan)
18-20 JUN 2012, WISMA R&D, UNIVERSITI MALAYA
Pengenalan
• Kebelakangan ini sistem pendidikan negara sedang
menghadapi cabaran-cabaran baru akibat daripada
arus globalisasi.
• Dalam proses pendidikan, peranan guru sebagai
pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran
(p&p) di bilik darjah telah berubah.
• Adalah sangat sukar untuk melihat bagaimana
pengajaran dapat dipertingkatkan atau bagaimana
kurikulum dapat dinilai tanpa penilaian kendiri
daripada guru (Stenhouse 1975).
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
• Kajian tindakan dilihat sebagai satu proses refleksi
kendiri secara sistematik ke atas amalan semasa
(Murray et al. 2005, Macintyre 2000).
• Guru-guru perlu mempunyai kebolehan mereflek
secara sistematik tentang aktiviti-aktiviti pedagogi
mereka sendiri supaya dapat menambahbaik
amalan pengajaran mereka. Malah menurut
Macintyre (2000), tanpa refleksi guru tidak dapat
merubah amalan mereka secara disengajakan atau
dikawal.
• Intipati kepada kajian tindakan dapat dilihat dalam
persoalan kendiri seseorang iaitu, “Bagaimana saya
boleh memperbaiki apa yang saya sedang lakukan?”.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
Refleksi Dalam Kajian Tindakan
• Menurut Kemmis dan McTaggart (1988), kajian tindakan ialah
inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan secara
kolaboratif bagi menambahbaik atau memperbaiki amalan
mereka sendiri dengan melakukan perubahan dan
mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut.
• Menurut beliau, kajian tindakan dilakukan melalui kitaran
refleksi kendiri (self-reflective spiral) iaitu suatu kitaran gelungan
yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek
dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai dan
mereflek.
• Dalam konteks ini, refleksi berlaku di sepanjang kajian tindakan
itu dilaksanakan iaitu bermula dari langkah pertama hingga ke
langkah akhir (Grundy & Kemmis 1981; Schon 1983).
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
5
Amalan Refleksi Dalam Pengembangan
Kurikulum dan Pelaksanaan Pengajaran
FPK
Kurikulum
Pengajaran
Semasa
(kandungan,
pedagogi, motivasi,
kawalan, strategi,
penilaian, interaksi
dll)
Sebelum
(perancangan,
objektif, pengetahuan
sedia ada, ciri pelajar
dll)
Selepas
(nilai kesan
pembelajaran, masa,
kos, minat, interaksi
dll)
Tidak sedar
(Kejahilan)
Refleksi
Sedar
(Kepekaan untuk
mengubah)
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
• Reflection in action
• Reflection on action
(Altrichter et al. 1993)
Tujuan Kajian
 Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan meneliti amalan
refleksi guru yang melaksanakan kajian tindakan di sekolah.
Persoalan Kajian
Bagaimanakah amalan refleksi guru dalam melaksanakan
kajian tindakan di sekolah?
Metodologi
 Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes kualitatif pelbagai
kes pelbagai tempat atau multicase-multisite studies (Miles &
Huberman 1994; Merriam 1998).
 Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif bukan
sahaja membolehkan bertemu dengan peserta kajian, tetapi
juga dapat memastikan secara langsung apa yang berlaku
dan berinteraksi dengan mereka (Yin 1994).
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
Temubual Pemerhatian Analisis dokumen
Temubual
mendalam:
 5 orang guru
Multicase-multisite:
 5 orang guru
 5 buah sekolah
 2 buah negeri: Kedah
Darul Aman & Wilayah
Persekutuan
Tidak turut serta:
 5 orang guru
 semasa p&p
 Cadangan kajian
 Minit mesyuarat
 Buku catatan/diari
 Pelan tindakan
 Alat kajian/ujian
 Laporan kajian
Pendekatan Kualitatif
Prosedur Pengumpulan Data
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
Peserta Kajian
• Pemilihan peserta kajian menerusi kaedah purposive
sampling dengan mengambilkira guru yang melaksanakan
kajian tindakan dan telah mengikuti kursus kajian tindakan
anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP), KPM dengan melibatkan lima orang guru
sekolah menengah di negeri Kedah dan WP Kuala Lumpur.
Prosedur Menganalisis Data
• Data kualitatif yang diperolehi dianalisis meliputi mereduksi
atau penyaringan data, memaparkan data dan membuat
kesimpulan dan verifikasi (Miles dan Huberman 1994).
• Perisian NVivo Edisi Ke-2 (QSR International Pty Ltd 2003)
digunakan bagi tujuan memudahkan pengurusan data bagi
menghasilkan nodes mengikut kategori.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
DAPATAN KAJIAN
Ringkasan Latarbelakang Peserta Kajian
Jantina Bil. Guru1 Guru2 Guru3 Guru4 Guru5
Lelaki 4 √ √ √ √
Perempuan 1 √
Umur (tahun) 40 33 40 49 37
Mata Pelajaran
Matematik 3 √ √ √
Fizik 1 √
Sejarah 1 √
Kelulusan Akademik
Sarjanamuda 2 √ √
Sarjana 3 √ √ √
Negeri
Wilayah Persekutuan 3 √ √ √
Kedah Darul Aman 2 √ √
Lokasi Sekolah
Bandar 4 √ √ √ √
Luar Bandar 1 √
Pengalaman Mengajar 12 8 13 22 10
Kursus Kajian Tindakan 2001 2003 1995 1995 2002
Bil. Kajian Tindakan 1 1 7 8 3
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
I. Peringkat Refleksi
• Adalah didapati guru-guru terlibat banyak melakukan refleksi
di peringkat permulaan berbanding di peringkat pertengahan
dan peringkat akhir semasa melaksanakan kajian tindakan
masing-masing.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
35
21
10
0
5
10
15
20
25
30
35
40
Permulaan Pertengahan Akhir
Peringkat
Kekerapan
Series1
Rajah 1.1 Kekerapan Peringkat Refleksi Yang Dilakukan Oleh Guru-Guru
Terlibat Semasa Melaksanakan Kajian Tindakan
1) Refleksi Peringkat Permulaan
• Refleksi peringkat permulaan atau peringkat memulakan
kajian tindakan adalah lebih kepada untuk membuat tinjauan
atau analisis sesuatu situasi, menentukan isu dan bidang
keprihatinan, menentukan fokus penyiasatan atau
menganalisis kefahaman secara sendiri atau dengan orang
lain.
• Document 4 of 14 Guru4
Passage 3 of 5 Section 0, Para 88, 342 chars.
88: Pertama sekali kelas ni kelas harapan sekolah ni lah sebab kelas ni
dijangka mendapat pelajar-pelajar yang baik. Tingkatan 4 di sini ada 9
kelas dan ini the first class tetapi kalau mereka ini bermasalah dengan Fizik
kita tau masa depan dalam dunia pendidikan sekarang ni kalau Fizik
mereka gone gone case lah matrikulasi tak dapat apa tak da.
• Antara isu yang disentuh oleh guru-guru terlibat semasa
melakukan refleksi di peringkat permulaan ialah memikirkan
tentang isu berkaitan kebolehan dan keadaan pelajar-pelajar
mereka. Misalnya Guru5 yang mengajar Matematik di kelas
yang lemah dan tidak berminat pada mata pelajaran tersebut.
• Document 5 of 14 Guru5
Passage 3 of 6 Section 0, Para 117, 403 chars.
117: Lebih kurang sama. 5B ni ialah kelas yang mengambil mata
pelajaran vokasional. Dia orang ambik 2 subjek vokasional yang dioffer.
Satu rekaan fesyen dan yang satu lagi catering. Then pelajar-pelajar ni
boleh dikatakan pelajar yang tak layak masuk kelas sains, tak layak
masuk kelas akaun, tak layak masuk kelas perdagangan la macam tu
lah. So kita masukkan dia ke bidang kemahiran-kemahiran tertentu lah.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
• Guru-guru terlibat juga semasa melakukan refleksi peringkat
permulaan lebih menumpukan pemikiran kepada cara-cara
mencapai matlamat p&p. Misalnya Guru3 yang telah
melaksanakan kajian tindakan sebelum ini menggunakan satu
program Matematik yang dikenali sebagai PROMAT 20/20,
terpaksa mengubahsuai programnya akibat berlaku
pertukaran format peperiksaan oleh pihak Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Guru3 juga menambah bahawa bagi
mencapai matlamat p&p, dia turut menekankan pendekatan
p&p yang diperkenalkan menerusi kursus sains dan
Matematik peringkat negeri yang dihadirinya.
• Document 3 of 14 Guru3
• Passage 7 of 20 Section 1.1, Para 168, 474 chars.
• 168: Tahun lepas kita masih menggunakan PROMAT 20/20 masa mereka di
tingkatan 4. So apabila surat arahan datang pada bulan Jun tentang pertukaran
format peperiksaan, jadi dah tersilap la sebab program ini sepatutnya untuk dua
tahun. Jadi untuk kajian tahun ini saya hanya focus pada tingkatan 5 bermakna
sambil itu saya akan mengubahsuai PROMAT 20/20 untuk dilaksanakan untuk
tingkatan 5 sahaja tapi tingkatan 4 tak terlibat tapi modul tu akan menyediakan
untuk tingkatan 4 juga.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
2) Refleksi Peringkat Pertengahan
• Guru-guru terlibat juga didapati melakukan refleksi di
peringkat pertengahan atau semasa melaksanakan tindakan.
Ini menyebabkan guru terlibat memperbaiki atau mengubah
sesuatu tindakan atau pemikiran terutama apabila
berhadapan dengan sesuatu situasi atau masalah ataupun
kekangan yang tidak dijangkakan.
• Misalnya Guru3, dia menggunakan strategi yang berbeza bagi
pelajar-pelajarnya yang pelbagai pencapaiannya semasa
melaksanakan tindakan. Dia menekankan tajuk-tajuk lukisan
daripada perkiraan pada pelajar-pelajar lemah dan mengwujudkan
kumpulan elit bagi pelajar-pelajar cerdas. Semasa melaksanakan
tindakan, dia menumpukan pemikiran ke arah pencapaian pelajar-
pelajarnya melalui strategi yang telah diatur. Walau bagaimanapun,
dia mendapati borang Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
(PKSM) yang pada mulanya dianggap sebagai borang penilaian
mempunyai kegunaannya dari segi menentukan kemahiran-
kemahiran utama dan kecil yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar
bagi menjawab soalan-soalan penting.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
• Misalnya Guru2 telah mengubah pemikiran atau anggapan
terhadap pelajar-pelajarnya yang dianggap lemah dalam
segala aspek. Melalui pemerhatian terhadap pelajar-
pelajarnya di bilik komputer, dia mendapati tanggapannya
selama ini terhadap mereka adalah salah.
• Document 2 of 14Guru2
• Passage 1 of 2 Section 1.1, Para 498, 734 chars.
• 498: Sebenarnya budak saya ni tahap lemah tapi rupa-rupanya makna andaian
saya la silap. Dulu saya ingat dia orang ni lemah Matematik maknanya dungu
semuanya. Rupa-rupanya komputer dia orang ni terror. Dia punya…maknanya
cekaplah dari segi penyambungan sistem, pendawaian apa semua dia boleh buat
pemasangan apa jenis budak-budak yang saya perhati yang dalam kelas tak
pernah buat latihan yang malas bodoh tapi saya tengok dengan komputer dia
cerdik, cerdik IT la kira. And then dia ..kat situ bila saya bawa luar daripada bilik
darjah bawa ke kelas komputer dalam persekitaran baru dalam bentuk macam ada
ada bahan bantu mengajar seperti komputer kan dia orang nampak beri
penumpuan la sebab dia orang benda yang baru kan seronok la dia.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
3) Refleksi Peringkat Akhir
• Manakala bagi refleksi di peringkat akhir atau pasca
tindakan lebih kepada menilai kembali kefahaman
dan tanggapan, menentukan rumusan yang boleh
dibuat dan menentukan tindakan selanjutnya.
• Guru3 misalnya melalui refleksi di peringkat akhir telah
membuat rumusan pada kajian tindakan yang telah
dilaksanakannya. Dia beranggapan program Matematik atau
PROMAT 20/10 yang telah dijalankannya itu telah
memudahkan pembelajaran pelajar-pelajar dan ini telah
meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar dalam menjawab
soalan Matematik Moden SPM.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
• Manakala bagi Guru5, kegagalan mencapai objektif bagi kajian
tindakan pertamanya yang menggunakan kalkulator grafik
telah menyebabkan dia mengubahsuai arahan pada lembaran
kerja bagi melaksanakan kajian tindakan selanjutnya.
• Document 3 of 14 Guru5
• Passage 1 of 4 Section 0, Para 105, 317 chars.
• 105: Pertama kali tu belum ada pengalaman lagi buat kajian
tindakan tahun 2002. Pendedahan tu ada la cuma kita belum
pernah buat satu kajian tindakan. And then aa….saya dapati gagal
macam tak ada peningkatan terhadap prestasi pelajar. Kemudian
tahun berikutnya saya berpeluang mengajar kelas itu lagi saya
ambik sample yang sama pelajar yang sama yang naik tingkatan 5B
pula, saya guna kalkulator grafik yang sama tapi saya ubahsuai
arahan tu.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
II. Tahap Refleksi
• Bagi menganalisis tahap refleksi kelima-lima guru
yang terlibat, pengkaji menggunakan Tahap
Pemikiran Reflektif Van Manen yang telah digunakan
oleh Boon (2002) dalam kajiannya.
Peserta/
Tahap
Guru1 Guru2 Guru3 Guru4 Guru5 Jumlah %
Teknikal 2 1 5 2 8 18 19.35
Praktikal 0 0 2 2 5 9 9.68
Kritikal 2 11 30 11 12 66 70.97
Jumlah: 4 12 37 15 25 93 100.00
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
• Ini menunjukkan semua peserta kajian mempunyai
tahap pemikiran kritikal lebih tinggi berbanding
dengan tahap teknikal dan praktikal.
• Ini bermakna guru-guru lebih memikirkan tentang
isu-isu yang berkaitan dengan masalah pendidikan,
kaedah pengajaran, sikap sebagai guru dan
pandangan tentang kebolehan dan keadaan pelajar
serta menggabungkan isu-isu sosial, etika dan
tindakan profesional sepertimana yang disarankan
oleh Van Manen (1977) dalam Boon (2002).
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
• Didapati tahap pemikiran kritikal adalah paling
menonjol berbanding dengan tahap pemikiran
praktikal dan tahap pemikiran teknikal bagi kelima-
lima guru terlibat.
• Ini menunjukkan Guru3 mempunyai tahap pemikiran
kritikal paling tinggi, manakala Guru1 mempunyai
tahap pemikiran kritikal paling rendah antara
kesemua guru terlibat yang lain.
• Guru5 mempunyai tahap pemikiran praktikal dan
teknikal paling tinggi berbanding dengan guru-guru
lain.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN
• Ini menggambarkan mereka menunjukkan suatu pendekatan
yang lebih terbuka terhadap pengalaman-pengalaman
mereka. Mereka lebih proaktif dan berkeupayaan
menggabungkan isu-isu sosial, etika dan tindakan profesional
(Van Manen 2006, 1977).
• Mereka juga berupaya untuk mempengaruhi atau mengawal
aspek-aspek seperti kurikulum, persekitaran dan organisasi
atau institusi (Wong et al 2000).
• Guru1 yang mempunyai pemikiran refleksi tahap kritikal,
praktikal dan teknikal paling rendah berbanding peserta kajian
yang lain, lebih komited terhadap pencapaian matlamat iaitu
menyiapkan persediaan mengajar dan bahan pengajaran
daripada memikirkan tentang isu-isu sosial, masalah akhlak,
etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006, 1977).
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
• Dapatan ini menunjukkan guru-guru tidak begitu reflektif dan
refleksi yang dilakukan tidak berstruktur dan lebih
berdasarkan pada pengalaman tanpa mempunyai catatan
secara sistematik melalui penulisan jurnal atau diari.
• Kajian ini juga menunjukkan guru-guru kurang membuat
refleksi kendiri dan keadaan ini yang kemungkinan
menyebabkan guru selalu menyalahkan pelajar-pelajar
daripada menilai kelemahan diri mereka sendiri.
• Masalah amalan mencatat berlaku kerana dalam budaya
masyarakat Malaysia, amalan mendokumentasi atau sifat suka
mencatat apa yang berlaku dan apa yang diperhatikan adalah
sangat kurang sehinggakan sifat menulis ini menjadi begitu
sukar untuk dilakukan.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
• Juga terdapat guru yang masih kabur dan kurang jelas tentang
tujuan sebenar penulisan jurnal refleksi. Di samping itu, tidak
mempunyai masa yang mencukupi dan beban tugas
menyukarkan guru untuk menumpukan pada usaha-usaha
inovasi, duduk berbincang dengan rakan sejawat dan
membuat refleksi.
• Dalam melaksanakan kajian tindakan, guru-guru perlu
sokongan dari rakan sejawat, rakan penyelidik dan pihak
pentadbir sekolah dalam menentukan kejayaan kajian
tindakan yang dilaksanakan.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
Rujukan:
Altrichter, H., Posch, P. & Somekh, B. 1993. Teachers investigate their work: an
introduction to the methods of action research. London: Routledge.
Boon Pong Ying. 2002. Pelaksanaan kerja kursus berportfolio dalam kursus diploma
perguruan Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (pnyt.). 1988. The action research planner. Ed. ke-3.
Victoria: Deakin University.
Grundy, S. & Kemmis, S. 1981. Educational action research in Australia: the state of the
art (overview). Dlm. Kemmis, S. & McTaggart, R. (pnyt). The action research reader,
hlm. 321-336. Ed. ke-3. Victoria: Deakin University.
Macintyre, C. 2000. The art of action research in the classroom. London: David Dulton
Publishers.
Madzniyah Md. Jaafar. 2004. Temubual mendalam: pelaksanaan kajian tindakan oleh
guru di sekolah. Kertas kerja 1st National Seminar on Qualitative Research.
Universiti Malaya. 2 Disember.
Madzniyah Md. Jaafar. 2002. Action research in Malaysia. Kertas kerja 26th Annual
Conference of the Collaborative Action Research Network (CARN). Londonderry,
Northern Ireland. 8-10 November.
Madzniyah Md. Jaafar. 1998. Program for Innovation, Excellence and Research (PIER):
reflections on three years spent as a co-ordinator of Sub-Program 4. Tesis Sarjana.
Monash University, Australia.
Madzniyah Md. Jaafar, Muhammad Hussin, Choo Suet Lan, Mohd. Zubir Embong,
Aminuddin Mohd. Sani, Zakiah Idris & Kim Phaik Lah (pngr.). 1995. Modul kajian
tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
McNiff, J. 1992. Action research: principles and practice. London: Routledge.
Miles, M.B. & Huberman, A.M. 1994. Qualitative data analysis. Ed. ke-2. Thousand
Oaks, California: Sage Publications.
Murray, M., Kujundzic, N., (2005). Critical Reflection: A Textbook for Critical Thinking.
Québec, Canada: McGill-Queen's University Press.
Stenhouse, L. 1975. Introduction to curriculum research and development. London:
Heinemens.
Van Manen, M. 2006. Writing Qualitatively , or the demands of writing Keynote
Address: Third Nordic Interdisciplinary Conference on Qualitative Methods.
Van Manen, M. 1977. Linking ways of knowing with ways of being practical. Curriculum
inquiry 6(3): 205-228.
Yin, R.K. 1994. Case study research: design and methods. Ed. ke-2. Thousand Oaks,
California: Sage Publications.
Sekian,
TerimaKasih.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
madzniyah@moe.gov.my
madzniyah@yahoo.co.uk
JabatanR&I, IPG Kampus SultanAbdul Halim
08000 SungaiPetani, Kedah.
013-3946074

More Related Content

What's hot

Contoh Skripsi PTK Geografi
Contoh Skripsi PTK Geografi Contoh Skripsi PTK Geografi
Contoh Skripsi PTK Geografi Andri Tampani
 
Peningkatan hasil belajar siswa
Peningkatan hasil belajar siswa Peningkatan hasil belajar siswa
Peningkatan hasil belajar siswa sinupid
 
Resume UAS - Pembelajaran Inovatif smst V thn 2019
Resume UAS - Pembelajaran Inovatif smst V thn 2019Resume UAS - Pembelajaran Inovatif smst V thn 2019
Resume UAS - Pembelajaran Inovatif smst V thn 2019Qonita Aliyatunnuha
 
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) & contoh karya tulis ilmiah ( kti )
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) &  contoh karya tulis ilmiah ( kti )Penelitian tindakan kelas ( ptk ) &  contoh karya tulis ilmiah ( kti )
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) & contoh karya tulis ilmiah ( kti )makciak
 
Penelitian Tindakan Kelas
Penelitian Tindakan KelasPenelitian Tindakan Kelas
Penelitian Tindakan KelasFURQON
 
Penelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasPenelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasMustakim S.Pd
 
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...Irma Mustika Sari
 
PENELITIAN TINDAKAN KELAS IPA SMP
PENELITIAN TINDAKAN KELAS IPA SMP PENELITIAN TINDAKAN KELAS IPA SMP
PENELITIAN TINDAKAN KELAS IPA SMP Arif Sulistiawan
 
penelitian tindakan kelas (PTK)
penelitian tindakan kelas (PTK)penelitian tindakan kelas (PTK)
penelitian tindakan kelas (PTK)Prasetyo Widodo
 
Bahan presentasi ptk
Bahan presentasi ptkBahan presentasi ptk
Bahan presentasi ptkrayon30
 
Penelitian tindakan-kelas
Penelitian tindakan-kelasPenelitian tindakan-kelas
Penelitian tindakan-kelastiar1
 
Karya ilmiah bu sumi 1
Karya ilmiah bu sumi 1Karya ilmiah bu sumi 1
Karya ilmiah bu sumi 1Fahma Bepee
 
Panduan Usulan Dan Laporan Ptk
Panduan Usulan Dan Laporan PtkPanduan Usulan Dan Laporan Ptk
Panduan Usulan Dan Laporan Ptkruro kenzim
 
Definisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulumDefinisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulumROSLINDAWATI LIN
 
Contoh ptk
Contoh ptkContoh ptk
Contoh ptkohasmart
 

What's hot (20)

16. kimia (ptk)
16. kimia (ptk)16. kimia (ptk)
16. kimia (ptk)
 
Contoh Skripsi PTK Geografi
Contoh Skripsi PTK Geografi Contoh Skripsi PTK Geografi
Contoh Skripsi PTK Geografi
 
Proposal PTK
Proposal PTKProposal PTK
Proposal PTK
 
Peningkatan hasil belajar siswa
Peningkatan hasil belajar siswa Peningkatan hasil belajar siswa
Peningkatan hasil belajar siswa
 
Resume UAS - Pembelajaran Inovatif smst V thn 2019
Resume UAS - Pembelajaran Inovatif smst V thn 2019Resume UAS - Pembelajaran Inovatif smst V thn 2019
Resume UAS - Pembelajaran Inovatif smst V thn 2019
 
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) & contoh karya tulis ilmiah ( kti )
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) &  contoh karya tulis ilmiah ( kti )Penelitian tindakan kelas ( ptk ) &  contoh karya tulis ilmiah ( kti )
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) & contoh karya tulis ilmiah ( kti )
 
Penelitian Tindakan Kelas
Penelitian Tindakan KelasPenelitian Tindakan Kelas
Penelitian Tindakan Kelas
 
Penelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasPenelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelas
 
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
 
PENELITIAN TINDAKAN KELAS IPA SMP
PENELITIAN TINDAKAN KELAS IPA SMP PENELITIAN TINDAKAN KELAS IPA SMP
PENELITIAN TINDAKAN KELAS IPA SMP
 
penelitian tindakan kelas (PTK)
penelitian tindakan kelas (PTK)penelitian tindakan kelas (PTK)
penelitian tindakan kelas (PTK)
 
Bahan presentasi ptk
Bahan presentasi ptkBahan presentasi ptk
Bahan presentasi ptk
 
Penelitian tindakan-kelas
Penelitian tindakan-kelasPenelitian tindakan-kelas
Penelitian tindakan-kelas
 
Karya ilmiah bu sumi 1
Karya ilmiah bu sumi 1Karya ilmiah bu sumi 1
Karya ilmiah bu sumi 1
 
Panduan Usulan Dan Laporan Ptk
Panduan Usulan Dan Laporan PtkPanduan Usulan Dan Laporan Ptk
Panduan Usulan Dan Laporan Ptk
 
Definisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulumDefinisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulum
 
Contoh ptk
Contoh ptkContoh ptk
Contoh ptk
 
Sogol tugas ptk
Sogol tugas ptkSogol tugas ptk
Sogol tugas ptk
 
Contoh proposal ptk
Contoh proposal ptkContoh proposal ptk
Contoh proposal ptk
 
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghariTugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
 

Similar to Reflksi dalm persedian kt

Ars2012 amalan refleksi oleh guru dalam pelaksanaan kajian tindakan di sekolah
Ars2012 amalan refleksi oleh guru dalam pelaksanaan kajian tindakan di sekolahArs2012 amalan refleksi oleh guru dalam pelaksanaan kajian tindakan di sekolah
Ars2012 amalan refleksi oleh guru dalam pelaksanaan kajian tindakan di sekolahMohd Mustakim Kamarudin
 
Penyelidikan tindakan konsep
Penyelidikan tindakan konsepPenyelidikan tindakan konsep
Penyelidikan tindakan konsepramachandraniptho
 
Ptk presentasi
Ptk presentasiPtk presentasi
Ptk presentasiibyadul
 
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...Apriyanti Arifin
 
Macam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya MengajarMacam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya MengajarWahyuniMappa
 
Skripsi penerapan pembelajaran think
Skripsi penerapan pembelajaran thinkSkripsi penerapan pembelajaran think
Skripsi penerapan pembelajaran thinkmasyasinpunya
 
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptxMengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptxmastikasinurat1
 
Konsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTKKonsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTKAida Dwi Astuti
 
Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010AnandaOktari
 
Ulasan Buku edit
Ulasan Buku editUlasan Buku edit
Ulasan Buku editmalingall
 
Ulasan Buku edit
Ulasan Buku editUlasan Buku edit
Ulasan Buku editmalingall
 
Pemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasaPemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasaSiTi SaJali
 
Permasalahan mengajar dan pembelajaran
Permasalahan mengajar dan pembelajaranPermasalahan mengajar dan pembelajaran
Permasalahan mengajar dan pembelajaranWidya Lylaxoe
 
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docPTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docnuunaberry
 

Similar to Reflksi dalm persedian kt (20)

Ars2012 amalan refleksi oleh guru dalam pelaksanaan kajian tindakan di sekolah
Ars2012 amalan refleksi oleh guru dalam pelaksanaan kajian tindakan di sekolahArs2012 amalan refleksi oleh guru dalam pelaksanaan kajian tindakan di sekolah
Ars2012 amalan refleksi oleh guru dalam pelaksanaan kajian tindakan di sekolah
 
Masalah macroteaching di sekolah
Masalah macroteaching di sekolahMasalah macroteaching di sekolah
Masalah macroteaching di sekolah
 
Penyelidikan tindakan konsep
Penyelidikan tindakan konsepPenyelidikan tindakan konsep
Penyelidikan tindakan konsep
 
Ptk presentasi
Ptk presentasiPtk presentasi
Ptk presentasi
 
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...
 
Macam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya MengajarMacam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya Mengajar
 
TUGASAN 2 - ULASAN JURNAL
TUGASAN 2 - ULASAN JURNALTUGASAN 2 - ULASAN JURNAL
TUGASAN 2 - ULASAN JURNAL
 
Skripsi penerapan pembelajaran think
Skripsi penerapan pembelajaran thinkSkripsi penerapan pembelajaran think
Skripsi penerapan pembelajaran think
 
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptxMengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
 
Konsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTKKonsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTK
 
Implementasi pbl
Implementasi pblImplementasi pbl
Implementasi pbl
 
Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010
 
Pengelolaan Kelas
Pengelolaan KelasPengelolaan Kelas
Pengelolaan Kelas
 
Ulasan Buku edit
Ulasan Buku editUlasan Buku edit
Ulasan Buku edit
 
Ulasan Buku edit
Ulasan Buku editUlasan Buku edit
Ulasan Buku edit
 
Pemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasaPemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasa
 
Permasalahan mengajar dan pembelajaran
Permasalahan mengajar dan pembelajaranPermasalahan mengajar dan pembelajaran
Permasalahan mengajar dan pembelajaran
 
Laporan pkp ut
Laporan pkp utLaporan pkp ut
Laporan pkp ut
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docPTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
 

More from Ansar Azman

Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruAnsar Azman
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruAnsar Azman
 
Peraturan mtqk pindaan_2009
Peraturan mtqk pindaan_2009Peraturan mtqk pindaan_2009
Peraturan mtqk pindaan_2009Ansar Azman
 
13754 39402-1-pb
13754 39402-1-pb13754 39402-1-pb
13754 39402-1-pbAnsar Azman
 
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arabAnsar Azman
 
62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integritiAnsar Azman
 
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesanRefleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesanAnsar Azman
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osmanAnsar Azman
 
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)Ansar Azman
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahAnsar Azman
 

More from Ansar Azman (11)

Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guru
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Peraturan mtqk pindaan_2009
Peraturan mtqk pindaan_2009Peraturan mtqk pindaan_2009
Peraturan mtqk pindaan_2009
 
13754 39402-1-pb
13754 39402-1-pb13754 39402-1-pb
13754 39402-1-pb
 
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab
135839355 pro-for ma-bam3109-pengenalan-kurikulum-bahasa-arab
 
62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti
 
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesanRefleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan
Refleksi pendidikan jadi perisai paling berkesan
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
 
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiah
 
Pksr 2 thn 4
Pksr 2 thn 4Pksr 2 thn 4
Pksr 2 thn 4
 

Reflksi dalm persedian kt

  • 1. AMALAN REFLEKSI OLEH GURU DALAM PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH DR. MADZNIYAH MD. JAAFAR Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 18 JUN 2012 SEMINAR & BENGKEL KEPIMPINAN PENYELIDIKAN: (Melaksanakan, Menulis & Menerbitkan Kajian Tindakan) 18-20 JUN 2012, WISMA R&D, UNIVERSITI MALAYA
  • 2. Pengenalan • Kebelakangan ini sistem pendidikan negara sedang menghadapi cabaran-cabaran baru akibat daripada arus globalisasi. • Dalam proses pendidikan, peranan guru sebagai pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) di bilik darjah telah berubah. • Adalah sangat sukar untuk melihat bagaimana pengajaran dapat dipertingkatkan atau bagaimana kurikulum dapat dinilai tanpa penilaian kendiri daripada guru (Stenhouse 1975). Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 3. • Kajian tindakan dilihat sebagai satu proses refleksi kendiri secara sistematik ke atas amalan semasa (Murray et al. 2005, Macintyre 2000). • Guru-guru perlu mempunyai kebolehan mereflek secara sistematik tentang aktiviti-aktiviti pedagogi mereka sendiri supaya dapat menambahbaik amalan pengajaran mereka. Malah menurut Macintyre (2000), tanpa refleksi guru tidak dapat merubah amalan mereka secara disengajakan atau dikawal. • Intipati kepada kajian tindakan dapat dilihat dalam persoalan kendiri seseorang iaitu, “Bagaimana saya boleh memperbaiki apa yang saya sedang lakukan?”. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 4. Refleksi Dalam Kajian Tindakan • Menurut Kemmis dan McTaggart (1988), kajian tindakan ialah inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif bagi menambahbaik atau memperbaiki amalan mereka sendiri dengan melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut. • Menurut beliau, kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflective spiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai dan mereflek. • Dalam konteks ini, refleksi berlaku di sepanjang kajian tindakan itu dilaksanakan iaitu bermula dari langkah pertama hingga ke langkah akhir (Grundy & Kemmis 1981; Schon 1983). Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 5. 5 Amalan Refleksi Dalam Pengembangan Kurikulum dan Pelaksanaan Pengajaran FPK Kurikulum Pengajaran Semasa (kandungan, pedagogi, motivasi, kawalan, strategi, penilaian, interaksi dll) Sebelum (perancangan, objektif, pengetahuan sedia ada, ciri pelajar dll) Selepas (nilai kesan pembelajaran, masa, kos, minat, interaksi dll) Tidak sedar (Kejahilan) Refleksi Sedar (Kepekaan untuk mengubah) Dr. Madzniyah Md.Jaafar • Reflection in action • Reflection on action (Altrichter et al. 1993)
  • 6. Tujuan Kajian  Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan meneliti amalan refleksi guru yang melaksanakan kajian tindakan di sekolah. Persoalan Kajian Bagaimanakah amalan refleksi guru dalam melaksanakan kajian tindakan di sekolah? Metodologi  Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes kualitatif pelbagai kes pelbagai tempat atau multicase-multisite studies (Miles & Huberman 1994; Merriam 1998).  Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif bukan sahaja membolehkan bertemu dengan peserta kajian, tetapi juga dapat memastikan secara langsung apa yang berlaku dan berinteraksi dengan mereka (Yin 1994). Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 7. Temubual Pemerhatian Analisis dokumen Temubual mendalam:  5 orang guru Multicase-multisite:  5 orang guru  5 buah sekolah  2 buah negeri: Kedah Darul Aman & Wilayah Persekutuan Tidak turut serta:  5 orang guru  semasa p&p  Cadangan kajian  Minit mesyuarat  Buku catatan/diari  Pelan tindakan  Alat kajian/ujian  Laporan kajian Pendekatan Kualitatif Prosedur Pengumpulan Data Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 8. Peserta Kajian • Pemilihan peserta kajian menerusi kaedah purposive sampling dengan mengambilkira guru yang melaksanakan kajian tindakan dan telah mengikuti kursus kajian tindakan anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM dengan melibatkan lima orang guru sekolah menengah di negeri Kedah dan WP Kuala Lumpur. Prosedur Menganalisis Data • Data kualitatif yang diperolehi dianalisis meliputi mereduksi atau penyaringan data, memaparkan data dan membuat kesimpulan dan verifikasi (Miles dan Huberman 1994). • Perisian NVivo Edisi Ke-2 (QSR International Pty Ltd 2003) digunakan bagi tujuan memudahkan pengurusan data bagi menghasilkan nodes mengikut kategori. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 9. DAPATAN KAJIAN Ringkasan Latarbelakang Peserta Kajian Jantina Bil. Guru1 Guru2 Guru3 Guru4 Guru5 Lelaki 4 √ √ √ √ Perempuan 1 √ Umur (tahun) 40 33 40 49 37 Mata Pelajaran Matematik 3 √ √ √ Fizik 1 √ Sejarah 1 √ Kelulusan Akademik Sarjanamuda 2 √ √ Sarjana 3 √ √ √ Negeri Wilayah Persekutuan 3 √ √ √ Kedah Darul Aman 2 √ √ Lokasi Sekolah Bandar 4 √ √ √ √ Luar Bandar 1 √ Pengalaman Mengajar 12 8 13 22 10 Kursus Kajian Tindakan 2001 2003 1995 1995 2002 Bil. Kajian Tindakan 1 1 7 8 3 Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 10. I. Peringkat Refleksi • Adalah didapati guru-guru terlibat banyak melakukan refleksi di peringkat permulaan berbanding di peringkat pertengahan dan peringkat akhir semasa melaksanakan kajian tindakan masing-masing. Dr. Madzniyah Md.Jaafar 35 21 10 0 5 10 15 20 25 30 35 40 Permulaan Pertengahan Akhir Peringkat Kekerapan Series1 Rajah 1.1 Kekerapan Peringkat Refleksi Yang Dilakukan Oleh Guru-Guru Terlibat Semasa Melaksanakan Kajian Tindakan
  • 11. 1) Refleksi Peringkat Permulaan • Refleksi peringkat permulaan atau peringkat memulakan kajian tindakan adalah lebih kepada untuk membuat tinjauan atau analisis sesuatu situasi, menentukan isu dan bidang keprihatinan, menentukan fokus penyiasatan atau menganalisis kefahaman secara sendiri atau dengan orang lain. • Document 4 of 14 Guru4 Passage 3 of 5 Section 0, Para 88, 342 chars. 88: Pertama sekali kelas ni kelas harapan sekolah ni lah sebab kelas ni dijangka mendapat pelajar-pelajar yang baik. Tingkatan 4 di sini ada 9 kelas dan ini the first class tetapi kalau mereka ini bermasalah dengan Fizik kita tau masa depan dalam dunia pendidikan sekarang ni kalau Fizik mereka gone gone case lah matrikulasi tak dapat apa tak da.
  • 12. • Antara isu yang disentuh oleh guru-guru terlibat semasa melakukan refleksi di peringkat permulaan ialah memikirkan tentang isu berkaitan kebolehan dan keadaan pelajar-pelajar mereka. Misalnya Guru5 yang mengajar Matematik di kelas yang lemah dan tidak berminat pada mata pelajaran tersebut. • Document 5 of 14 Guru5 Passage 3 of 6 Section 0, Para 117, 403 chars. 117: Lebih kurang sama. 5B ni ialah kelas yang mengambil mata pelajaran vokasional. Dia orang ambik 2 subjek vokasional yang dioffer. Satu rekaan fesyen dan yang satu lagi catering. Then pelajar-pelajar ni boleh dikatakan pelajar yang tak layak masuk kelas sains, tak layak masuk kelas akaun, tak layak masuk kelas perdagangan la macam tu lah. So kita masukkan dia ke bidang kemahiran-kemahiran tertentu lah. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 13. • Guru-guru terlibat juga semasa melakukan refleksi peringkat permulaan lebih menumpukan pemikiran kepada cara-cara mencapai matlamat p&p. Misalnya Guru3 yang telah melaksanakan kajian tindakan sebelum ini menggunakan satu program Matematik yang dikenali sebagai PROMAT 20/20, terpaksa mengubahsuai programnya akibat berlaku pertukaran format peperiksaan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Guru3 juga menambah bahawa bagi mencapai matlamat p&p, dia turut menekankan pendekatan p&p yang diperkenalkan menerusi kursus sains dan Matematik peringkat negeri yang dihadirinya. • Document 3 of 14 Guru3 • Passage 7 of 20 Section 1.1, Para 168, 474 chars. • 168: Tahun lepas kita masih menggunakan PROMAT 20/20 masa mereka di tingkatan 4. So apabila surat arahan datang pada bulan Jun tentang pertukaran format peperiksaan, jadi dah tersilap la sebab program ini sepatutnya untuk dua tahun. Jadi untuk kajian tahun ini saya hanya focus pada tingkatan 5 bermakna sambil itu saya akan mengubahsuai PROMAT 20/20 untuk dilaksanakan untuk tingkatan 5 sahaja tapi tingkatan 4 tak terlibat tapi modul tu akan menyediakan untuk tingkatan 4 juga. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 14. 2) Refleksi Peringkat Pertengahan • Guru-guru terlibat juga didapati melakukan refleksi di peringkat pertengahan atau semasa melaksanakan tindakan. Ini menyebabkan guru terlibat memperbaiki atau mengubah sesuatu tindakan atau pemikiran terutama apabila berhadapan dengan sesuatu situasi atau masalah ataupun kekangan yang tidak dijangkakan. • Misalnya Guru3, dia menggunakan strategi yang berbeza bagi pelajar-pelajarnya yang pelbagai pencapaiannya semasa melaksanakan tindakan. Dia menekankan tajuk-tajuk lukisan daripada perkiraan pada pelajar-pelajar lemah dan mengwujudkan kumpulan elit bagi pelajar-pelajar cerdas. Semasa melaksanakan tindakan, dia menumpukan pemikiran ke arah pencapaian pelajar- pelajarnya melalui strategi yang telah diatur. Walau bagaimanapun, dia mendapati borang Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) yang pada mulanya dianggap sebagai borang penilaian mempunyai kegunaannya dari segi menentukan kemahiran- kemahiran utama dan kecil yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar bagi menjawab soalan-soalan penting. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 15. • Misalnya Guru2 telah mengubah pemikiran atau anggapan terhadap pelajar-pelajarnya yang dianggap lemah dalam segala aspek. Melalui pemerhatian terhadap pelajar- pelajarnya di bilik komputer, dia mendapati tanggapannya selama ini terhadap mereka adalah salah. • Document 2 of 14Guru2 • Passage 1 of 2 Section 1.1, Para 498, 734 chars. • 498: Sebenarnya budak saya ni tahap lemah tapi rupa-rupanya makna andaian saya la silap. Dulu saya ingat dia orang ni lemah Matematik maknanya dungu semuanya. Rupa-rupanya komputer dia orang ni terror. Dia punya…maknanya cekaplah dari segi penyambungan sistem, pendawaian apa semua dia boleh buat pemasangan apa jenis budak-budak yang saya perhati yang dalam kelas tak pernah buat latihan yang malas bodoh tapi saya tengok dengan komputer dia cerdik, cerdik IT la kira. And then dia ..kat situ bila saya bawa luar daripada bilik darjah bawa ke kelas komputer dalam persekitaran baru dalam bentuk macam ada ada bahan bantu mengajar seperti komputer kan dia orang nampak beri penumpuan la sebab dia orang benda yang baru kan seronok la dia. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 16. 3) Refleksi Peringkat Akhir • Manakala bagi refleksi di peringkat akhir atau pasca tindakan lebih kepada menilai kembali kefahaman dan tanggapan, menentukan rumusan yang boleh dibuat dan menentukan tindakan selanjutnya. • Guru3 misalnya melalui refleksi di peringkat akhir telah membuat rumusan pada kajian tindakan yang telah dilaksanakannya. Dia beranggapan program Matematik atau PROMAT 20/10 yang telah dijalankannya itu telah memudahkan pembelajaran pelajar-pelajar dan ini telah meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar dalam menjawab soalan Matematik Moden SPM. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 17. • Manakala bagi Guru5, kegagalan mencapai objektif bagi kajian tindakan pertamanya yang menggunakan kalkulator grafik telah menyebabkan dia mengubahsuai arahan pada lembaran kerja bagi melaksanakan kajian tindakan selanjutnya. • Document 3 of 14 Guru5 • Passage 1 of 4 Section 0, Para 105, 317 chars. • 105: Pertama kali tu belum ada pengalaman lagi buat kajian tindakan tahun 2002. Pendedahan tu ada la cuma kita belum pernah buat satu kajian tindakan. And then aa….saya dapati gagal macam tak ada peningkatan terhadap prestasi pelajar. Kemudian tahun berikutnya saya berpeluang mengajar kelas itu lagi saya ambik sample yang sama pelajar yang sama yang naik tingkatan 5B pula, saya guna kalkulator grafik yang sama tapi saya ubahsuai arahan tu. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 18. II. Tahap Refleksi • Bagi menganalisis tahap refleksi kelima-lima guru yang terlibat, pengkaji menggunakan Tahap Pemikiran Reflektif Van Manen yang telah digunakan oleh Boon (2002) dalam kajiannya. Peserta/ Tahap Guru1 Guru2 Guru3 Guru4 Guru5 Jumlah % Teknikal 2 1 5 2 8 18 19.35 Praktikal 0 0 2 2 5 9 9.68 Kritikal 2 11 30 11 12 66 70.97 Jumlah: 4 12 37 15 25 93 100.00 Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 19. • Ini menunjukkan semua peserta kajian mempunyai tahap pemikiran kritikal lebih tinggi berbanding dengan tahap teknikal dan praktikal. • Ini bermakna guru-guru lebih memikirkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan masalah pendidikan, kaedah pengajaran, sikap sebagai guru dan pandangan tentang kebolehan dan keadaan pelajar serta menggabungkan isu-isu sosial, etika dan tindakan profesional sepertimana yang disarankan oleh Van Manen (1977) dalam Boon (2002). Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 20. • Didapati tahap pemikiran kritikal adalah paling menonjol berbanding dengan tahap pemikiran praktikal dan tahap pemikiran teknikal bagi kelima- lima guru terlibat. • Ini menunjukkan Guru3 mempunyai tahap pemikiran kritikal paling tinggi, manakala Guru1 mempunyai tahap pemikiran kritikal paling rendah antara kesemua guru terlibat yang lain. • Guru5 mempunyai tahap pemikiran praktikal dan teknikal paling tinggi berbanding dengan guru-guru lain. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 21. PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN • Ini menggambarkan mereka menunjukkan suatu pendekatan yang lebih terbuka terhadap pengalaman-pengalaman mereka. Mereka lebih proaktif dan berkeupayaan menggabungkan isu-isu sosial, etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006, 1977). • Mereka juga berupaya untuk mempengaruhi atau mengawal aspek-aspek seperti kurikulum, persekitaran dan organisasi atau institusi (Wong et al 2000). • Guru1 yang mempunyai pemikiran refleksi tahap kritikal, praktikal dan teknikal paling rendah berbanding peserta kajian yang lain, lebih komited terhadap pencapaian matlamat iaitu menyiapkan persediaan mengajar dan bahan pengajaran daripada memikirkan tentang isu-isu sosial, masalah akhlak, etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006, 1977). Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 22. • Dapatan ini menunjukkan guru-guru tidak begitu reflektif dan refleksi yang dilakukan tidak berstruktur dan lebih berdasarkan pada pengalaman tanpa mempunyai catatan secara sistematik melalui penulisan jurnal atau diari. • Kajian ini juga menunjukkan guru-guru kurang membuat refleksi kendiri dan keadaan ini yang kemungkinan menyebabkan guru selalu menyalahkan pelajar-pelajar daripada menilai kelemahan diri mereka sendiri. • Masalah amalan mencatat berlaku kerana dalam budaya masyarakat Malaysia, amalan mendokumentasi atau sifat suka mencatat apa yang berlaku dan apa yang diperhatikan adalah sangat kurang sehinggakan sifat menulis ini menjadi begitu sukar untuk dilakukan. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 23. • Juga terdapat guru yang masih kabur dan kurang jelas tentang tujuan sebenar penulisan jurnal refleksi. Di samping itu, tidak mempunyai masa yang mencukupi dan beban tugas menyukarkan guru untuk menumpukan pada usaha-usaha inovasi, duduk berbincang dengan rakan sejawat dan membuat refleksi. • Dalam melaksanakan kajian tindakan, guru-guru perlu sokongan dari rakan sejawat, rakan penyelidik dan pihak pentadbir sekolah dalam menentukan kejayaan kajian tindakan yang dilaksanakan. Dr. Madzniyah Md.Jaafar
  • 24. Rujukan: Altrichter, H., Posch, P. & Somekh, B. 1993. Teachers investigate their work: an introduction to the methods of action research. London: Routledge. Boon Pong Ying. 2002. Pelaksanaan kerja kursus berportfolio dalam kursus diploma perguruan Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kemmis, S. & McTaggart, R. (pnyt.). 1988. The action research planner. Ed. ke-3. Victoria: Deakin University. Grundy, S. & Kemmis, S. 1981. Educational action research in Australia: the state of the art (overview). Dlm. Kemmis, S. & McTaggart, R. (pnyt). The action research reader, hlm. 321-336. Ed. ke-3. Victoria: Deakin University. Macintyre, C. 2000. The art of action research in the classroom. London: David Dulton Publishers. Madzniyah Md. Jaafar. 2004. Temubual mendalam: pelaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah. Kertas kerja 1st National Seminar on Qualitative Research. Universiti Malaya. 2 Disember. Madzniyah Md. Jaafar. 2002. Action research in Malaysia. Kertas kerja 26th Annual Conference of the Collaborative Action Research Network (CARN). Londonderry, Northern Ireland. 8-10 November.
  • 25. Madzniyah Md. Jaafar. 1998. Program for Innovation, Excellence and Research (PIER): reflections on three years spent as a co-ordinator of Sub-Program 4. Tesis Sarjana. Monash University, Australia. Madzniyah Md. Jaafar, Muhammad Hussin, Choo Suet Lan, Mohd. Zubir Embong, Aminuddin Mohd. Sani, Zakiah Idris & Kim Phaik Lah (pngr.). 1995. Modul kajian tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. McNiff, J. 1992. Action research: principles and practice. London: Routledge. Miles, M.B. & Huberman, A.M. 1994. Qualitative data analysis. Ed. ke-2. Thousand Oaks, California: Sage Publications. Murray, M., Kujundzic, N., (2005). Critical Reflection: A Textbook for Critical Thinking. Québec, Canada: McGill-Queen's University Press. Stenhouse, L. 1975. Introduction to curriculum research and development. London: Heinemens. Van Manen, M. 2006. Writing Qualitatively , or the demands of writing Keynote Address: Third Nordic Interdisciplinary Conference on Qualitative Methods. Van Manen, M. 1977. Linking ways of knowing with ways of being practical. Curriculum inquiry 6(3): 205-228. Yin, R.K. 1994. Case study research: design and methods. Ed. ke-2. Thousand Oaks, California: Sage Publications.
  • 26. Sekian, TerimaKasih. Dr. Madzniyah Md.Jaafar madzniyah@moe.gov.my madzniyah@yahoo.co.uk JabatanR&I, IPG Kampus SultanAbdul Halim 08000 SungaiPetani, Kedah. 013-3946074