SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN
PROGRAM : PISMP SEM 8
NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5
NAMA AKTIVITI : PERTANDINGAN REKA CIPTA PENYEDUT
MINUMAN
( PROJEK KO-AKADEMIK KEMAHIRAN HIDUP)
TEMPOH PELAKSANAAN : 8 JULAI 2013 ( 12.20 tengah hari – 1.20 petang )
OBJEKTIF:
1. Mengetahui cara mengurus sesuatu pertandingan dengan baik.
2. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kreativiti murid tahun 4 dalam bidang
kemahiran hidup.
3. Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan.
4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara murid dengan
murid serta murid dengan guru.
5. Memastikan kecemerlangan akademik murid tidak terabai.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.
2. Beliau mencadangkan saya membuat pertandingan reka cipta penyedut
minuman untuk murid tahun 4 kerana dapat melihat tahap kreativiti mereka.
3. Tempoh seminggu diberikan untuk saya mempersiapkan segala persiapan
bahan, hadiah dan tempat pertandingan.
4. Saya perlu memastikan kelas sentiasa bersih, ceria dan dalam keadaan yang
kondusif.
5. Saya menyediakan segala bahan dan persiapan tempat dengan rapi bagi
memastikan pertandingan reka cipta penyedut minuman berjalan dengan lancar.
REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru
kelas kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak
pengalaman seperti menguruskan sesuatu pertandingan ko-akademik. Saya juga
telah belajar cara untuk mengadili sesuatu pertandingan.
2. Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang murid-murid
tahun 4. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa
bekerjasama dalam mempelbagaikan reka cipta untuk lebih menarik dan kreatif.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Kebanyakan aktiviti seperti ini memerlukan dana dan modal yang menjadi
penghalang setiap kali mahu menjalankan pertandingan. Jadi semasa internship
saya mengambil peluang untuk mengadakan pertandingan ini walaupun dengan
mendapat modal yang sedikit daripada pihak sekolah.
2. Masa untuk mengadakan pertandingan singkat kerana saya mengikut waktu
Kemahiran Hidup dalam jadual mereka. Segalanya perlu dilakukan tepat pada
masa bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran seterusnya
tergangu atau terlewat.
3. Pada Praktikum 3, saya telah mengajar tahun 4 Unggul. Ini telah menyebabkan
saya susah untuk mengenalpasti tahap murid tahun 4 Gemilang dan terpaksa
mengambil masa yang agak lama untuk mengadili pertandingan tersebut.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami berharap agar mendapat masa yang lebih untuk mengadakan
pertandingan ini pada peringkat sekolah pula. Hal ini kerana penganjuran pada murid
tahun 4 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kami beranggapan
bahawa jika dibuka pada murid tahap lain suasana pasti akan menjadi lebih meriah.
KESIMPULAN
Melalui aktiviti pertandingan reka cipta penyedut minuman pada minggu ini, saya
mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini,
saya mengambil bahagian dalam menyediakan kumpulan murid-murid. Ini merupakan
pengalaman baru untuk saya. Saya juga mempelajari cara markah dalam sesuatu
pertandingan. Selain itu, saya berpeluang meningkatkan tahap kreativiti murid tahun 4
Unggul yang saya telah pilih untuk subjek kajian saya.
Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti pertandingan ini,
hanya tahun 4 sahaja yang terlibat dalam pertandingan tersebut dan saya berharap
agar boleh diberikan peluang pada masa akan datang untuk membuat pertandingan
pada peringkat sekolah pula. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman
dan pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN
PROGRAM : PISMP SEM 8
NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5
NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Sekolah
(Lukisan mural blok tulisan)
TEMPOH PELAKSANAAN : 01.07.2013 hingga 26.07.2013
OBJEKTIF :
1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria.
2. Menjadikan ruang dinding belakang blok pentadbiran SKPN 5 lebih ceria dan
lebih menarik.
3. Mengalu –alukan kedatangan murid untuk kembali ke sekolah.
4. Menjadikan sekolah sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan
kondusif.
5. Meningkatkan kesedaran membaca di kalangan murid.
6. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan Guru Besar SKPN 5.
 Berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan cadangan
dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan ruang
dinding belakang blok pentadbiran sekolah.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
 Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan
daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Parit No 5. Selepas kertas
kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan.
3. Menceriakan dinding belakang blok pentadbiran.
 Hasil kerja dipamerkan di dinding belakang blok pentadbiran SKPN 5
REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain
demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah .
2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid-
murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang ke sekolah
dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, mural blok tulisan dapat
meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan membaca dan
kesediaan guru untuk menerima kedatangan murid ke sekolah. Kosa kata murid
juga meningkat kerana terdapat tiga bahasa yang kami tulis iaitu bahasa Melayu,
Inggeris dan Arab untuk tema membaca.
3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-
murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-
pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.
4. En Murshed juga telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas
kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah
memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas
kami.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Kerja kami agak berbahaya kerana projek ini dilaksanakan di luar bangunan
pentadbiran. Angin yang kuat menyebabkan kami berhati-hati semasa
memanjat tangga. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja
kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasaikan tugas.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik
supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang
ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis
sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. Pada hari Sabtu dan Ahad juga
kami datang ke sekolah untuk menyiapkan lukisan mural blok tulisan tersebut.
KESIMPULAN
Melalui projek menceriakan perpustakaan ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari
cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek
dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat
saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan
sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan sekolah menjadi ceria, selesa
dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping itu, mural blok tulisan
juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan
mempelajari tiga bahasa utama iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab serta semangat
untuk datang ke sekolah.
Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan
projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang
diberi oleh semua warga SK Parit No 5 dan rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan
mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada
masa yang akan datang.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN
PROGRAM : PISMP SEM 8
NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5
NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : BULAN KECERGASAN
(SENAMROBIK PERDANA)
TEMPOH PELAKSANAAN : 9 JULAI 2013 ( 7.30 PAGI – 10.00 PAGI )
OBJEKTIF :
1. Mengggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,
amalan dan aktiviti.
2. Berupaya mendapat pengalaman untuk menguruskan program bulan
kecergasan.
3. Berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah.
4. Memupuk sifat semangat kekitaan sebagai bakal guru untuk berkhidmat di
sekolah pada masa akan datang.
5. Membolehkan guru pelatih untuk menunaikan amanah yang
dipertanggungjawabkan oleh pihak institut dan sekolah.
6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial
dalam kalangan guru pelatih dan pihak sekolah.
7. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru penolong kanan kokurikulum.
 Berjumpa dan berbincang dengan Tn Hj Selamat Bin Takim untuk menentukan
tarikh menjalankan amali dan aktiviti yang akan dilaksanakan di setiap station.
Tarikh yang dirancangkan ialah 9 Julai 2013 pada pagi Selasa dan melibatkan
semua warga sekolah, staf dan guru SKPN 5.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
 Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada
guru penolong kanan kokurikulum dan Guru Besar Sk Parit No 5. Selepas kertas
kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan guru-
guru.
3. Menjalankan aktiviti di dewan terbuka SKPN 5.
 Setiap kelas akan dijaga oleh guru kelas masing-masing dan dibantu oleh
seorang guru lain. Murid akan beratur seperti dalam keadaan perhimpunan pagi.
Aktiviti senamrobik akan dilakukan mengikut lagu dan semua warga SKPN 5
mengikut pergerakan yang dilakukan oleh guru pelatih.
REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari
prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu program kecergasan yang
melibatkan banyak murid.
2. Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti
dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan
guru lain.
3. Menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk
mempelajari senamrobik dan kepentingan menjaga kesihatan.
4. Melalui program kecergasan ini, hubungan antara para guru pelatih dengan
murid-murid dapat dieratkan lagi.
5. Semua murid dan warga SKPN 5 melibatkan diri dengan aktif dan memberi
komitmen yang secukupnya kepada guru pelatih.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Hujan yang turun pada pagi itu menyebabkan suasana agak bising dan murid
tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas.
2. Kesuntukan masa juga membataskan aktiviti yang dirancang kerana selepas
rehat murid akan belajar seperti biasa.
3. Kuiz Bulan Kecergasan dilakukan namun terdapat ramai murid yang gagal
menjawab soalan kerana pada pengucapan yang diucapkan oleh Guru Besar
hujan turun dengan lebat dan murid tidak dapat mendengar dengan jelas.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru yang terlibat untuk memastikan setiap
pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan. Selain itu, program ini akan
menjadi lebih meriah jika disusuli dengan aktiviti luar sekolah yang melibatkan semua
warga SKPN 5. Hadiah untuk kuiz juga haruslah disediakan bagi memastikan murid
berminat untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
KESIMPULAN
Melalui prorgram bulan kecergasan ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan
sesuatu aktiviti senamrobik yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya
dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan
bekerjasama dengan rakan-rakan guru lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa
semangat ini, mastilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan
selesainya aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman
tentang kepentingan menjaga kesihatan dan aplikasikan kecergasan pada kehidupan
seharian. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga mempertingkatkan kesedaran
murid kepentingan menjaga tubuh badan diri sendiri dan orang di sekeliling secara tidak
langsung.
Walaupun program dirancangkan tidak dapat berjalan lancar kerana hujan lebat
namun kami telah berjaya menganjurkan program ini dengan berjaya dan baik atas
kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Parit No 5,
dan rakan-rakan guru yang lain . Dengan itu, saya akan mengguna dan
mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan
datang.
Disediakan oleh,
………………………………………
MOHD AIDIL BIN OTHMAN
(GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN)
Disemak Oleh,
………………………………………
TN HJ OTHMAN BIN HASHIM
(GURU BESAR SK PARIT NO 5)

More Related Content

What's hot

105275954 pernyataan-profesional
105275954 pernyataan-profesional105275954 pernyataan-profesional
105275954 pernyataan-profesionalMaryani Hashim
 
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...Maryam Ahmad
 
Laporan pelaksanaan-internship-sri
Laporan pelaksanaan-internship-sriLaporan pelaksanaan-internship-sri
Laporan pelaksanaan-internship-sriPensil Dan Pemadam
 
78661342 refleksi
78661342 refleksi78661342 refleksi
78661342 refleksiIpgkrm123
 
Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxgiap77
 
Kem motivasi14
Kem motivasi14Kem motivasi14
Kem motivasi14Asri Wahab
 
PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011MAT ABE
 
Deskripsi diri mulyati final
Deskripsi diri mulyati finalDeskripsi diri mulyati final
Deskripsi diri mulyati finalMulyati Rahman
 
Kertas kerja transisi contoh
Kertas kerja transisi contohKertas kerja transisi contoh
Kertas kerja transisi contohrozie hajimi
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Yong Yong Ong
 
Laporan mengikuti pelatihan penguatan implementasi kurikulum 2013
Laporan mengikuti pelatihan penguatan implementasi kurikulum 2013Laporan mengikuti pelatihan penguatan implementasi kurikulum 2013
Laporan mengikuti pelatihan penguatan implementasi kurikulum 2013annakikey1
 
Lampiran 2 deskripsi diri
Lampiran 2 deskripsi diriLampiran 2 deskripsi diri
Lampiran 2 deskripsi diriKiswanto .
 
Kertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffKertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffmurni mohamat
 

What's hot (20)

105275954 pernyataan-profesional
105275954 pernyataan-profesional105275954 pernyataan-profesional
105275954 pernyataan-profesional
 
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 
Laporan pelaksanaan-internship-sri
Laporan pelaksanaan-internship-sriLaporan pelaksanaan-internship-sri
Laporan pelaksanaan-internship-sri
 
78661342 refleksi
78661342 refleksi78661342 refleksi
78661342 refleksi
 
Pbs ikhwan
Pbs ikhwanPbs ikhwan
Pbs ikhwan
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocx
 
Kem motivasi14
Kem motivasi14Kem motivasi14
Kem motivasi14
 
PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Prs
PrsPrs
Prs
 
Deskripsi diri mulyati final
Deskripsi diri mulyati finalDeskripsi diri mulyati final
Deskripsi diri mulyati final
 
Kertas kerja transisi contoh
Kertas kerja transisi contohKertas kerja transisi contoh
Kertas kerja transisi contoh
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)
 
Laporan mengikuti pelatihan penguatan implementasi kurikulum 2013
Laporan mengikuti pelatihan penguatan implementasi kurikulum 2013Laporan mengikuti pelatihan penguatan implementasi kurikulum 2013
Laporan mengikuti pelatihan penguatan implementasi kurikulum 2013
 
Lampiran 2 deskripsi diri
Lampiran 2 deskripsi diriLampiran 2 deskripsi diri
Lampiran 2 deskripsi diri
 
Laporan pkb febridawati asmi - sma1 batanghari
Laporan pkb febridawati asmi - sma1 batanghariLaporan pkb febridawati asmi - sma1 batanghari
Laporan pkb febridawati asmi - sma1 batanghari
 
Kertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffKertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staff
 

Similar to Laporan Internship

Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Zainol Muda
 
Materi Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptxMateri Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptxsadam10
 
9 TEMA BUDAYA KERJA SMK.pptx
9 TEMA BUDAYA KERJA SMK.pptx9 TEMA BUDAYA KERJA SMK.pptx
9 TEMA BUDAYA KERJA SMK.pptxsyahrini4
 
Kem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangKem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangSiti Norlina
 
Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013Gus Fendi
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Merancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxMerancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxElyIrmawati
 
PRESENTASI BPG - SRI LESTARI.pptx
PRESENTASI BPG - SRI LESTARI.pptxPRESENTASI BPG - SRI LESTARI.pptx
PRESENTASI BPG - SRI LESTARI.pptxSriLestari988496
 
MODUL P5 KEBEKERJAAN.docx
MODUL P5 KEBEKERJAAN.docxMODUL P5 KEBEKERJAAN.docx
MODUL P5 KEBEKERJAAN.docxJumadiSMK
 
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxPaparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxKarinaWulandari3
 
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxPaparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxWahidSeptiawan2
 
Lokakarya Orientasi.pptx
Lokakarya Orientasi.pptxLokakarya Orientasi.pptx
Lokakarya Orientasi.pptxdidimasyhudi1
 
Demonstrasi Konstektual 3.3_CGP 7 Maryanto.pdf
Demonstrasi Konstektual 3.3_CGP 7 Maryanto.pdfDemonstrasi Konstektual 3.3_CGP 7 Maryanto.pdf
Demonstrasi Konstektual 3.3_CGP 7 Maryanto.pdfMaryanto33
 
Lampiran 3 instrumen kegiatan supervisi guru junior
Lampiran 3 instrumen kegiatan supervisi guru juniorLampiran 3 instrumen kegiatan supervisi guru junior
Lampiran 3 instrumen kegiatan supervisi guru juniorEndin Salahudin
 

Similar to Laporan Internship (20)

Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
 
Materi Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptxMateri Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptx
 
9 TEMA BUDAYA KERJA SMK.pptx
9 TEMA BUDAYA KERJA SMK.pptx9 TEMA BUDAYA KERJA SMK.pptx
9 TEMA BUDAYA KERJA SMK.pptx
 
Kem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangKem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlang
 
Refleksi bmm
Refleksi bmmRefleksi bmm
Refleksi bmm
 
Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
87412774 big
87412774 big87412774 big
87412774 big
 
Merancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxMerancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptx
 
PRESENTASI BPG - SRI LESTARI.pptx
PRESENTASI BPG - SRI LESTARI.pptxPRESENTASI BPG - SRI LESTARI.pptx
PRESENTASI BPG - SRI LESTARI.pptx
 
MODUL P5 KEBEKERJAAN.docx
MODUL P5 KEBEKERJAAN.docxMODUL P5 KEBEKERJAAN.docx
MODUL P5 KEBEKERJAAN.docx
 
assigment psv
assigment psv assigment psv
assigment psv
 
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxPaparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
 
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxPaparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
 
Lokakarya Orientasi.pptx
Lokakarya Orientasi.pptxLokakarya Orientasi.pptx
Lokakarya Orientasi.pptx
 
Laporan akhir daniele tegar
Laporan akhir daniele tegarLaporan akhir daniele tegar
Laporan akhir daniele tegar
 
Demonstrasi Konstektual 3.3_CGP 7 Maryanto.pdf
Demonstrasi Konstektual 3.3_CGP 7 Maryanto.pdfDemonstrasi Konstektual 3.3_CGP 7 Maryanto.pdf
Demonstrasi Konstektual 3.3_CGP 7 Maryanto.pdf
 
Lampiran 3 instrumen kegiatan supervisi guru junior
Lampiran 3 instrumen kegiatan supervisi guru juniorLampiran 3 instrumen kegiatan supervisi guru junior
Lampiran 3 instrumen kegiatan supervisi guru junior
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Laporan Internship

  • 1. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5 NAMA AKTIVITI : PERTANDINGAN REKA CIPTA PENYEDUT MINUMAN ( PROJEK KO-AKADEMIK KEMAHIRAN HIDUP) TEMPOH PELAKSANAAN : 8 JULAI 2013 ( 12.20 tengah hari – 1.20 petang ) OBJEKTIF: 1. Mengetahui cara mengurus sesuatu pertandingan dengan baik. 2. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kreativiti murid tahun 4 dalam bidang kemahiran hidup. 3. Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan. 4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara murid dengan murid serta murid dengan guru. 5. Memastikan kecemerlangan akademik murid tidak terabai.
  • 2. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing. 2. Beliau mencadangkan saya membuat pertandingan reka cipta penyedut minuman untuk murid tahun 4 kerana dapat melihat tahap kreativiti mereka. 3. Tempoh seminggu diberikan untuk saya mempersiapkan segala persiapan bahan, hadiah dan tempat pertandingan. 4. Saya perlu memastikan kelas sentiasa bersih, ceria dan dalam keadaan yang kondusif. 5. Saya menyediakan segala bahan dan persiapan tempat dengan rapi bagi memastikan pertandingan reka cipta penyedut minuman berjalan dengan lancar. REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI 1. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru kelas kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti menguruskan sesuatu pertandingan ko-akademik. Saya juga telah belajar cara untuk mengadili sesuatu pertandingan. 2. Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang murid-murid tahun 4. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa bekerjasama dalam mempelbagaikan reka cipta untuk lebih menarik dan kreatif. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI 1. Kebanyakan aktiviti seperti ini memerlukan dana dan modal yang menjadi penghalang setiap kali mahu menjalankan pertandingan. Jadi semasa internship
  • 3. saya mengambil peluang untuk mengadakan pertandingan ini walaupun dengan mendapat modal yang sedikit daripada pihak sekolah. 2. Masa untuk mengadakan pertandingan singkat kerana saya mengikut waktu Kemahiran Hidup dalam jadual mereka. Segalanya perlu dilakukan tepat pada masa bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran seterusnya tergangu atau terlewat. 3. Pada Praktikum 3, saya telah mengajar tahun 4 Unggul. Ini telah menyebabkan saya susah untuk mengenalpasti tahap murid tahun 4 Gemilang dan terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengadili pertandingan tersebut. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Kami berharap agar mendapat masa yang lebih untuk mengadakan pertandingan ini pada peringkat sekolah pula. Hal ini kerana penganjuran pada murid tahun 4 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kami beranggapan bahawa jika dibuka pada murid tahap lain suasana pasti akan menjadi lebih meriah. KESIMPULAN Melalui aktiviti pertandingan reka cipta penyedut minuman pada minggu ini, saya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini, saya mengambil bahagian dalam menyediakan kumpulan murid-murid. Ini merupakan pengalaman baru untuk saya. Saya juga mempelajari cara markah dalam sesuatu pertandingan. Selain itu, saya berpeluang meningkatkan tahap kreativiti murid tahun 4 Unggul yang saya telah pilih untuk subjek kajian saya.
  • 4. Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti pertandingan ini, hanya tahun 4 sahaja yang terlibat dalam pertandingan tersebut dan saya berharap agar boleh diberikan peluang pada masa akan datang untuk membuat pertandingan pada peringkat sekolah pula. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5 NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Sekolah (Lukisan mural blok tulisan) TEMPOH PELAKSANAAN : 01.07.2013 hingga 26.07.2013 OBJEKTIF : 1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria. 2. Menjadikan ruang dinding belakang blok pentadbiran SKPN 5 lebih ceria dan lebih menarik. 3. Mengalu –alukan kedatangan murid untuk kembali ke sekolah. 4. Menjadikan sekolah sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan kondusif. 5. Meningkatkan kesedaran membaca di kalangan murid. 6. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
  • 5. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Perbincangan dengan Guru Besar SKPN 5.  Berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan ruang dinding belakang blok pentadbiran sekolah. 2. Membuat perancangan dan persediaan.  Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Parit No 5. Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan. 3. Menceriakan dinding belakang blok pentadbiran.  Hasil kerja dipamerkan di dinding belakang blok pentadbiran SKPN 5 REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
  • 6. 1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah . 2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid- murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang ke sekolah dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, mural blok tulisan dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan membaca dan kesediaan guru untuk menerima kedatangan murid ke sekolah. Kosa kata murid juga meningkat kerana terdapat tiga bahasa yang kami tulis iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab untuk tema membaca. 3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid- murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja- pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini. 4. En Murshed juga telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas kami. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI 1. Kerja kami agak berbahaya kerana projek ini dilaksanakan di luar bangunan pentadbiran. Angin yang kuat menyebabkan kami berhati-hati semasa memanjat tangga. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasaikan tugas.
  • 7. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. Pada hari Sabtu dan Ahad juga kami datang ke sekolah untuk menyiapkan lukisan mural blok tulisan tersebut. KESIMPULAN Melalui projek menceriakan perpustakaan ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan sekolah menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping itu, mural blok tulisan juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan mempelajari tiga bahasa utama iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab serta semangat untuk datang ke sekolah. Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Parit No 5 dan rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.
  • 8. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5 NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : BULAN KECERGASAN (SENAMROBIK PERDANA) TEMPOH PELAKSANAAN : 9 JULAI 2013 ( 7.30 PAGI – 10.00 PAGI ) OBJEKTIF : 1. Mengggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan dan aktiviti.
  • 9. 2. Berupaya mendapat pengalaman untuk menguruskan program bulan kecergasan. 3. Berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah. 4. Memupuk sifat semangat kekitaan sebagai bakal guru untuk berkhidmat di sekolah pada masa akan datang. 5. Membolehkan guru pelatih untuk menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pihak institut dan sekolah. 6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial dalam kalangan guru pelatih dan pihak sekolah. 7. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Perbincangan dengan guru penolong kanan kokurikulum.  Berjumpa dan berbincang dengan Tn Hj Selamat Bin Takim untuk menentukan tarikh menjalankan amali dan aktiviti yang akan dilaksanakan di setiap station. Tarikh yang dirancangkan ialah 9 Julai 2013 pada pagi Selasa dan melibatkan semua warga sekolah, staf dan guru SKPN 5. 2. Membuat perancangan dan persediaan.  Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru penolong kanan kokurikulum dan Guru Besar Sk Parit No 5. Selepas kertas kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan guru- guru. 3. Menjalankan aktiviti di dewan terbuka SKPN 5.
  • 10.  Setiap kelas akan dijaga oleh guru kelas masing-masing dan dibantu oleh seorang guru lain. Murid akan beratur seperti dalam keadaan perhimpunan pagi. Aktiviti senamrobik akan dilakukan mengikut lagu dan semua warga SKPN 5 mengikut pergerakan yang dilakukan oleh guru pelatih. REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI 1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu program kecergasan yang melibatkan banyak murid. 2. Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan guru lain. 3. Menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk mempelajari senamrobik dan kepentingan menjaga kesihatan. 4. Melalui program kecergasan ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid dapat dieratkan lagi. 5. Semua murid dan warga SKPN 5 melibatkan diri dengan aktif dan memberi komitmen yang secukupnya kepada guru pelatih. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI 1. Hujan yang turun pada pagi itu menyebabkan suasana agak bising dan murid tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas. 2. Kesuntukan masa juga membataskan aktiviti yang dirancang kerana selepas rehat murid akan belajar seperti biasa.
  • 11. 3. Kuiz Bulan Kecergasan dilakukan namun terdapat ramai murid yang gagal menjawab soalan kerana pada pengucapan yang diucapkan oleh Guru Besar hujan turun dengan lebat dan murid tidak dapat mendengar dengan jelas. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru yang terlibat untuk memastikan setiap pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan. Selain itu, program ini akan menjadi lebih meriah jika disusuli dengan aktiviti luar sekolah yang melibatkan semua warga SKPN 5. Hadiah untuk kuiz juga haruslah disediakan bagi memastikan murid berminat untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. KESIMPULAN Melalui prorgram bulan kecergasan ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan sesuatu aktiviti senamrobik yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan guru lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa semangat ini, mastilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan selesainya aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang kepentingan menjaga kesihatan dan aplikasikan kecergasan pada kehidupan seharian. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga mempertingkatkan kesedaran murid kepentingan menjaga tubuh badan diri sendiri dan orang di sekeliling secara tidak langsung. Walaupun program dirancangkan tidak dapat berjalan lancar kerana hujan lebat namun kami telah berjaya menganjurkan program ini dengan berjaya dan baik atas kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Parit No 5, dan rakan-rakan guru yang lain . Dengan itu, saya akan mengguna dan
  • 12. mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang. Disediakan oleh, ……………………………………… MOHD AIDIL BIN OTHMAN (GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN) Disemak Oleh, ……………………………………… TN HJ OTHMAN BIN HASHIM (GURU BESAR SK PARIT NO 5)