SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
REMAJA BAWAH UMUR HAMIL LUAR NIKAH: ISU DAN ETIKA 
PROFESIONALISMA KAUNSELOR SEKOLAH 
Oleh 
Norsiah Berdi, 
Fakulti Pendidikan, 
Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi 
PENDAHULUAN 
Remaja hamil luar nikah bukanlah satu isu baru dalam masyarakat pada masa kini. Malah 
saban hari media cetak mahupun media elektronik banyak mendedahkan berita mengenai 
gejala sosial dan tidak bermoral ini. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan 
Kebajikan Masyarakat (JKM), sepanjang tahun 2011 sebanyak 204 kes kanak-kanak atau 
remaja bawah umur hamil dirujuk kepada pihak mereka manakala pada tahun 2012 
sebanyak 172 kes dan mencatat peningkatan mendadak apabila sebanyak 191 kes dilaporkan 
dalam tempoh lima bulan pertama pada tahun 2013. Di negara-negara maju seperti Amerika 
syarikat satu million remaja wanita hamil setiap tahun (Meade & Ickovics, 2005). 21 peratus 
daripada remaja wanita ini berumur antara 15 hingga 19 tahun, 12000 remaja wanita 
lingkungan umur bawah 15 tahun pada setiap tahun (Rothenberg & Weissman, 2002). 
Manakala di negara-negara membangun seperti Netherlands mempunyai kadar yang paling 
rendah remaja hamil iaitu 12 per 1000 remaja setiap tahun (Singh and Darroch, 2000). 
Statistik ini menggambarkan bahawa kehamilan remaja pada usia yang muda merupakan isu 
sosial dan nasionalism yang perlu diambil perhatian serius memandangkan kadar 
peningkatan kehamilan remaja saban tahun. 
Rogers (1951) ‘remaja’ bermaksud membesar menjadi matang. Remaja berada 
dalam lingkungan umur 11 hingga 21 tahun, merupakan transisi antara zaman kanak-kanak 
dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan ekonomi 
serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang (Azizi et. 
Al.,2005). Pada peringkat antarabangsa, United Nation of Educational and Cultural 
Organisation (UNESCO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan remaja
kepada seseorang yang berumur sekitar 15 hingga 30 tahun. (Gelanggang 1988:4 dalam 
kajian Anuar Puteh, 2001). 
Namun dalam penulisan ini, kajian memfokuskan kepada remaja bawah umur yang 
belum mencapai tahap umur dewasa. Menurut Akta 611 remaja bawah umur adalah 
diklarifikasikan sebagai kanak-kanak iaitu seseorang yang berada di bawah umur 18 tahun. 
Manakala, hamil luar nikah bermaksud mengandung disebabkan hubungan seks 
antara lelaki dan wanita diluar hubungan yang sah dari segi agama dan undang-undang 
negara. Jadi, takrifan kajian ini ialah remaja yang hamil luar nikah adalah tergolong dalam 
lingkungan umur 11 hingga 18 tahun. Dalam peringkat ini kebanyakkan mereka 
menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan dan kehendak seksual 
mereka. Remaja aktif dalam aktiviti seksual pada peringkat umur awal 15 – 16 tahun (Jolley 
2001). 
Secara umumnya, remaja pada peringkat ini berada dalam alam persekolahan yang 
mana secara langsung melibatkan peranan sekolah dan guru-guru. Institusi pendidikan iaitu 
sekolah merupakan institusi kedua paling rapat dengan remaja selepas institusi keluarga. 
Melalui Institusi Pendidikan ini akan melahirkan generasi remaja yang cemerlang dari aspek 
akhlak, fizikal, spritual, emosi dan mental (Anuar Puteh, 2001). Namun, dengan gejala 
sosial yang tidak sihat seperti hamil diluar nikah ini sangat membimbangkan, seolah-olah 
fenomena ini menjadi satu budaya normal kepada masyarakat pada hari ini. Malah lebih 
menyedihkan apabila ia melibatkan golongan anak muda yang berada dalam alam 
persekolahan yang menjadi harapan kepada keluarga, masyarakat dan negara dalam 
membina negara bangsa yang beretika dan nilai jati diri yang tinggi. Fenomena ini tidak 
selari dengan cabaran keempat yang digariskan dalam mencapai Wawasan 2020 bagi 
mewujudkan masyarakat bermoral, beretika, warganegara yang kukuh nilai agama dan 
kejiwaan serta mempunyai etika yang paling tinggi (Nazri Muslim & Nasruddin Yunus, 
2006). 
Kehamilan remaja bawah umur bukan sahaja memberi impak kepada negara tetapi 
juga menjadi isu utama dalam Organisasi Kesihatan Dunia(WHO). Kehamilan pada usia 
yang muda boleh memberi implikasi terhadap fizikal, psikologikal, ekonomi dan status 
sosial remaja (Tsai dan Wong, 2003). Secara fizikal remaja pada peringkat ini mempunyai 
kematangan biologi tetapi bukan pada kematangan psikososial dan kemandiran ekonomi. 
2
UNICEF, 2008 mendapati remaja wanita yang hamil cenderung untuk berhenti 
sekolah, tidak mempunyai kelayakan akademik, dan hal ini menyebabkan mereka hidup 
dalam kemiskinan, tinggal di rumah kebajikan, emosi tertekan dan mendorong mereka 
membunuh diri. Brindis & Philliber, 2003 dalam kajiannya juga menyatakan kehamilan 
menyebabkan pelajar berhenti daripada meneruskan persekolahan. Remaja yang hamil 
dalam alam persekolahan sudah tentu mengalami situasi yang menakutkan, berasa malu 
terhadap rakan sebaya, hilang arah tujuan, depression, bimbang, takut dan bertindak untuk 
berhenti sekolah. 
Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor di sekolah untuk 
membantu remaja ini menghadapi situasi ini bagi membantu remaja tersebut daripada 
melakukan perbuatan yang boleh membahayakan diri dan bayi dalam kandungan. Sebagai 
seorang kaunselor sekolah kadang-kadang adalah sangat mencabar kerana kaunseling 
disekolah berbeza dengan yang lain kerana melibatkan pihak sekolah, guru, keluarga dan 
klien situ sendiri ( Stone and Zirkel, 2010). Jadi penulisan ini memfokuskan kajian terhadap 
isu dan etika kaunselor apabila berhadapan dengan klien yang hamil bawah umur di sekolah. 
Isu isu utama ialah peranan kaunselor terhadap klien, ibubapa atau penjaga dan sekolah serta 
undang-undang negara. 
PERANAN KAUNSELOR TERHADAP PELAJAR 
Kehamilan yang tidak dirancang dalam usia yang begitu muda sudah pasti memberikan 
pengalaman yang cukup mengerikan kepada mereka. Apatah lagi dalam usia yang sebegini 
mereka tidak berupaya untuk membuat keputusan dengan bijaksana. Proses membuat 
keputusan boleh menyebabkan seseorang remaja itu stress dan barangkali mereka hilang 
pertimbangan, maka tidak hairanlah berlakunya kes pembungan bayi, remaja lari dari 
rumah, membunuh diri dan sebagainya. 
ASCA (1998),A.1, kaunselor profesional sekolah mempunyai tanggungjawab untuk 
menghormati pelajar dengan melayan mereka sebagai individu yang unik. Setiap klien 
mempunyai potensi untuk berkembang walaupun mereka datang dengan pelbagai masalah. 
Rogers juga percaya bahawa mereka mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan masalah 
sendiri dan berkembang berdasarkan self-directed. Oleh itu kaunselor yang berhadapan 
dengan remaja hamil ini perlu menggunakan teknik-teknik kaunseling yang berkesan, aktif 
3
mendengar untuk membantu memahami perasaan mereka dan berbincang apa yang mereka 
boleh buat dengan situasi yang mereka sedang hadapi. Mereka mengalami krisis yang 
serius terhadap masa depan, perhubungan dan keseluruhan hidup mereka. Mereka juga 
perlukan perhatian, kasih sayang dan pilihan bukan penilaian. Prinsip etika turut 
menggariskan bahawa kaunselor perlu menghayati klien supaya klien mempunyai hak ke 
atas dirinya sendiri (Tom Beuachamp and James Childress, 1994). Walaubagaimanapun 
dengan ciri-ciri yang ada pada kaunselor seperti empati, menerima tanpa syarat, jujur dan 
genuine kaunselor boleh membantu mereka membuat pilihan dengan betul walaupun 
mereka berhak membuat apa sahaja keputusan. ASCA (A.1.c) menggariskan bahawa 
kaunselor perlu menghormati budaya, kepercayaan dan latar belakang pelajar dan tidak 
meletakkan nilai kaunselor profesional sekolah ke atas pelajar dan keluarga mereka. 
Sebagai seorang kaunselor adalah menjadi satu komitmen untuk menganjurkan kebaikan 
atau kesejahteraan kepada remaja. Remaja yang hamil mereka mempunyai tiga pilihan 
utama yang berada dalam fikiran mereka. Antaranya ialah: 
a) meneruskan kehamilan dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan 
b) meneruskan kehamilan dan menempatkan bayi kepada keluarga angkat 
c) menggugurkan kandungan 
Ketiga-tiga pilihan yang ada ini akan memberikan konflik dalam diri mereka. Jika pelajar 
meneruskan kehamilan sudah pasti merka tidak dapat meneruskan pengajian dan keciciran 
dalam alam persekolahan dan menjadikan masa depan mereka untuk mempunyai kerjaya 
yang baik akan hilang. Begitu juga dengan pilihan untuk menempatkan bayi di rumah 
keluarga angkat. Kemungkinan besar mereka dihantui rasa kehilangan, serba salah dan 
sebagainya. Manakala keputusan menggugurkan bayi kemungkinan besar adalah jalan 
singkat untuk mereka melenyapkan segala masalah yang mereka hadapi. Kebanyakkan 
remaja membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan dengan alasan mengelak 
daripada pengetahuan ibubapa, pihak sekolah, kawan – kawan dan masyarakat. Ketakutan 
berhadapan dengan orang sekeliling dan masa depan lebih menghantui mereka dan terpaksa 
melenyapkan perasaan berdosa kepada tindakan mereka. Kaunselor perlu membantu pelajar 
menganalisis setiap keputusan yang perlu dilakukan oleh mereka bagi mengelakkan mereka 
membuat keputusan yang salah. Resource Centre for Adolescent Pregnancy Prevention 
(ReCAPP) mencadangkan kaunselor dalam kaunseling kehamilan yang berkesan kepada 
remaja perlulah: 
4
 mengurangkan kebimbangan supaya remaja hamil boleh menumpukan perhatian 
5 
kepada keputusan yang ingin dibuat. 
 mewujudkan persekitaran yang selamat di mana dia boleh membincangkan harapan 
dan kebimbangan tentang keputusannya. 
 mengenalpasti kekuatan dan sistem sokongan yang mereka ada 
 jelaskan pilihan beliau dan perasaannya tentang pilihan beliau 
 bantu untuk membuat keputusan yang tepat 
 bantu tindakan beliau atas keputusannya dengan merujuk kepada maklumat-maklumat 
yang diperlukan. 
 Memaklumkan kepada ibubapa atau penjaga beliau 
Setiap keputusan yang dibuat oleh remaja adalah tanggungjawab kaunselor untuk 
memastikan keputusan tersebut tidak melukakan atau memberi kemudaratan secara fizikal 
dan psikologikal mereka. 
Kaunselor perlu membantu mendapatkan maklumat daripada pelajar untuk 
mengenalpasti punca kehamilan beliau. Samada disebabkan hubungan seksual bebas atau 
keterlanjuran hasil daripada hubungan cinta atau mangsa penderaan seksual. Jika dia dirogol 
adakah perogol dalam kalangan ahli keluarga atau bukan. Maklumat-maklumat ini sangat 
penting untuk kaunselor jika kaunselor dipanggil untuk memberi keterangan kepada 
mahkamah. 
PERANAN KAUNSELOR TERHADAP IBU BAPA ATAU PENJAGA 
Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), kanak-kanak yang masih berusia bawah 18 
tahun adalah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa atau penjaga. Maka kaunselor 
bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan situasi yang 
dihadapi oleh pelajar sepertimana yang terkandung dalam American School Counselor 
Assiociation (ASCA) (B. B.1), Kaunselor Sekolah Profesional perlu menghormati hak dan 
tanggungjawab ibubapa atau penjaga terhadap anak mereka dan usaha perkembangan yang 
sesuai, membina hubungan kerjasama dengan ibu bapa untuk pembangunan yang 
maksimum terhadap pelajar. Adalah menjadi satu perlanggaran etika jika kaunselor tidak 
memaklumkan kepada ibu bapa pelajar walaupun dalam kod etika Lembaga Kaunselor 
B.1.c dan kod etika American Counseling Association (ACA) perlu menghormati
kerahsiaan klien namun kod etika ini tidak terpakai kepada klien yang berada di bawah 
umur 18 tahun. 
Dalam situasi berhadapan dengan klien bawah umur seperti ini adalah sangat sukar 
untuk mana-mana kaunselor sekolah kerana topik seperti hamil luar nikah merupakan isu 
sensitif dalam nilai dan budaya masyarakat. Di sebelah bahagian yang lain kaunselor tidak 
mahu kehilangan kepercayaan daripada pihak klien tetapi kaunselor perlu mengekalkan 
keseimbangan antara etika dan tanggungjawab undang-undang terhadap klien, keluarga dan 
sistem sekolah (Glasoff & Pate, 2002). Terdapat juga ibubapa yang tidak mahu kauselor 
memberitahu kepada pihak sekolah kerana berfikir memalukan maruah keluarga dan anak 
mereka. Ibu bapa mengambil keputusan untuk menarik diri dan membiarkan mereka 
membuat keputusan tanpa melibatkan pihak sekolah dan undang-undang. Kehamilan yang 
membelenggu remaja merupakan tekanan yang tidak dijangkakan berlaku dalam sesebuah 
keluarga mengakibatkan wujudnya rasa kekecewaan (Baker 1999), keluarga berada dalam 
situasi yang sukar dilalui (Homeier, 2005) dan berlakunya krisis (Baker, 1999). Adalah 
sesuatu yang memalukan bagi sesebuah keluarga apabila mengetahui anak mereka hamil 
kerana budaya telah membentuk patalogi bahawa mempunyai anak pada usia yang muda 
adalah satu kesalahan (Baker,1999) dan dalam masa yang sama ahli keluarga turut sama 
terkesan. Dalam hal ini sekali lagi kaunselor berada dalam dilemma antara etika 
dengan kehendak ibubapa. ASCA B.1(b), kaunselor profesional perlu mematuhi undang-undang 
dan garis panduan setempat semasa membantu ibu bapa mengalami masalah 
keluarga yang mengganggu keberkesanan dan kebajikan klien. Kaunselor dinasihatkan 
untuk berbincang dengan pelajar berkenaan isu kebenaran sah dan keperluan bagi perkara 
tersebut untuk dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi memastikan proses tersebut 
berjalan lancar. 
Selepas itu kaunselor boleh menjalankan sesi kaunseling atau intervensi keluarga. 
Kedua-dua belah pihak iaitu pelajar dan keluarga dipanggil ke dalam sesi. Proses kaunseling 
keluarga dijalankan untuk membantu kedua-dua pihak lebih faham akan situasi masing-masing, 
memahami perasaan pelajar dan membincangkan keputusan bersama untuk 
menganjurkan kebaikan kepada pelajar. Secara tidak langsung, pelajar lebih merasai 
sokongan daripada semua pihak dan tidak melakukan perkara yang tidak diingini seperti lari 
daripada rumah atau membuang bayi. Realitinya, remaja hamil itu sendiri tidak mampu 
berdaya tindak (coping) dan sukar untuk mengendalikan masalahnya sendiri serta 
memerlukan bantuan daripada ahli keluarga. Keluarga perlu menyedari keperluan remaja 
6
pada masa tersebut, maka komunikasi antara satu sama lain terutama apabila emosi remaja 
sedang dalam keadaan tidak stabil perlu berlaku dengan baik (Homeier, 2005). 
Sarnon, N., Mohamad, M. S, Fauziah, I, Alavi, K., Nen, S., Hoesni, S.M, Zaizul, R., 
Wan Azreena, J. (2012) juga turut mengatakan bahawa dalam masa yang sama, remaja akan 
merasai bahawa mereka tidak dibiarkan bersendirian semasa melalui kehamilan. Ibu bapa boleh 
berperanan membantu mengubah kognitif remaja dengan menerangkan bahawa perbezaan 
reaksi saudara mara, jiran dan rakan-rakan adalah tidak penting serta tidak membantu dalam 
situasi ini. Apabila keluarga telah stabil seperti mana sebelum wujudnya krisis, maka secara 
tidak langsung proses menolong remaja akan lebih mudah. Ibu bapa akan lebih mudah 
membantu remaja untuk memahami tanggungjawab baru dan besar yang bakal dipikul 
memandangkan mereka tidak lagi matang secara fizikal, mental, dan emosi. 
Di Malaysia, kerajaan banyak memberi pilihan kepada remaja hamil luar nikah sama 
ada untuk berada di institusi rumah perlindungan kerajaan mahupun NGO, mendaftarkan 
anak yang bakal lahir kepada keluarga angkat melalui akta pengangkatan anak ataupun 
remaja itu sendiri diletakkan di bawah jagaan ibu bapa di rumah ( Sarnon, N., Mohamad, M. 
S, Fauziah, I, Alavi, K., Nen, S., Hoesni, S.M, Zaizul, R., Wan Azreena, J.2012) . Jadi, 
kaunselor juga boleh menyediakan maklumat-maklumat yang relevan untuk membantu 
pelajar dan ibubapa mempertimbangkan setiap keputusan yang diambil. Contohnya, 
prosedur undang-undang, peraturan sekolah,badan-badan rujukan seperti hospital, Jabatan 
Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. 
PERANAN KAUNSELOR TERHADAP SEKOLAH 
Sejak kaunselor tidak menyedari apa yang sesuai, kaunselor perlu mengambil masa untuk 
berunding dengan kaunselor-kaunselor yang lain untuk mencari keputusan yang terbaik 
untuk pelajar dan ibubapa mereka. Manakala, dalam kod etika ACA. C.2.e, kaunselor boleh 
mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk berjumpa dengan kaunselor lain atau 
profesional yang berkaitan apabila mereka mempunyai soalan mengenai obligasi etika atau 
amalan professional. 
ASCA, A.1.d menggariskan bahawa kaunselor sekolah perlu mengetahui undang-undang, 
peraturan dan polisi yang berkaitan dan berusaha untuk melindungi dan 
memaklumkan pelajar mengenai hak-hak mereka. Tanggungjawab etika ke atas pelajar 
adalah yang pertama dan keduanya sekolah. Walaubagaimanapun maklumat yang diperolehi 
7
dengan hubungan kaunseling harus kekal sulit jika dasar sekolah tidak berada dalam 
kepentingan terbaik untuk kesejahteraan pelajar. Apabila dasar-dasar sekolah yang wujud 
menghalang keberkesanan hubungan kaunseling, kaunselor secara aktif perlu menggunakan 
sumber yang disediakan untuk menggalakkan perubahan dasar selaras dengan piawai 
tingkahlaku beretika (Wayne C.Huey). 
Di Malaysia, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling 
iktisas Bil.2/1981 bahawa pelajar yang melakukan kesalahan seperti bohsia, bohjan, 
pelacuran dan hamil akan di ambil tindakan oleh pihak sekolah dengan menghubungi ibu 
bapa, pihak JKM dan merujuk kepada Pengarah Pelajaran. Pekeliling ini sebagai panduan 
oleh kaunselor untuk merujuk kes pelajar yang hamil. Sebagai kaunselor sekolah adalah 
sangat penting untuk mengikuti panduan etika dan undang-undang yang sedia ada. Samada 
mahu atau tidak, kaunselor terpaksa membuat keputusan untuk memaklumkan kepada 
penyelia di sekolah samada Guru Kanan atau Pengetua Sekolah. 
ETIKA KAUNSELOR TERHADAP KLIEN BAWAH UMUR 
8 
A) Pemberitahuan Bermaklum 
ACSA menyatakan bahawa kaunselor perlu memaklumkan kepada seseorang pelajar 
mengenai tujuan, matlamat, teknik, dan peraturan tatacara semasa mereka menerima sesi 
kaunseling. Makluman termasuklah had kerahsiaan dengan perkembangan yang sesuai. 
Persetujuan yang memerlukan kecekapan di pihak pelajar untuk memahami had kerahsiaan 
dan boleh jadi agak sukar bagi pelajar yang masih di dalam tahap perkembangan. Kod etika 
ini menjangkakan bahawa kaunselor sekolah menyampaikan maklumat mengenai 
kerahsiaan dan hak undang-undang kepada pelajar. Jika keadaan rumit timbul dalam sesi 
kaunseling dan persetujuan bermaklum telah dibincangkan, maka kaunselor akan 
mengalami masa lebih mudah dengan menjalankan tanggungjawab etika dan yang 
bertentangan dengan undang-undang. 
Manakala dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Malasysia, A.2.d. apabila memberi 
kaunseling kepada kanak-kanak bawah umur ataupun kepada individu yang tidak boleh 
memberi persetujuan sukarela, kaunselor perlu mendapatkan kebenaran klien berhubung 
dengan perkhidmatan yang diberikan daripada pihak yang diberi kuasa oleh undang-undang 
dan melibatkan mereka di dalam membuat keputusan menurut kesesuaian keadaan.
Kaunselor hendaklah sedar akan perlunya mengimbangi hak-hak etika klien membuat 
pilihan, keupayaan mereka untuk memberi persetujuan atau kebenaran bagi mendapat 
perkhidmatan, dan hak – hak serta tanggungjawab ibubapa atau keluarga mengikut undang – 
undang, untuk melindungi klien dan membuat keputusan bagi pihak mereka. 
Di negara –negara barat, kebanyakan sekolah mempunyai student handbook, yang 
sebahagian daripadanya menerangkan maklumat mengenai perkhidmatan kaunseling yang 
disediakan kepada pelajar. Buku panduan ini biasanya dihantar kepada ibu bapa pada awal 
tahun sekolah untuk menyediakan mereka dengan peraturan sekolah dan dasar serta 
maklumat umum mengenai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak sekolah. 
Diakhir halaman buku terdapat ruangan ibubapa memberi kebenaran untuk anak-anak 
mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak sekolah (Corey Corey & 
Callanan). 
Persetujuan bermaklum ini juga penting agar kaunselor tidak menyalahgunakan 
kuasa yang ada padanya secara sah. Ini menunjukkan bahawa kerjasama merupakan faktor 
asas dalam membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. 
9 
B) Kerahsiaan & Had Kerahsiaan` 
Adalah menjadi kewajipan kaunselor menjaga kerahsiaan klien kerana ia merupakan intipati 
kepada proses kaunseling dan membina hubungan yang teraputik. Ia melindungi klien 
daripada mendedahkan kerahsiaan daripada pemberitahuan yang tak berautoriti oleh 
kaunselor tanpa persetujuan bermaklum daripada kaunselor. Ia juga melibatkan etika 
profesional daripada bersifat peribadi, perjanjian atau kontrak untuk tidak mendedahkan 
maklumat individu kecuali sesetengah keadaan yang dipersetujui oleh klien (Sigel, 1979). 
Kerahsiaan juga berasaskan kepada statute atau kes undang-undang (Swaboda, 1978). 
Walaubagaimanapun kerahsiaan adalah tidak mutlak kerana ada peraturan undang-undang 
yang mengawal walaupun terpaksa dinyatakan. 
Remley 1985, menyatakan bahawa kerahsiaan adalah kod etika yang merupakan 
rukun amalan yang telah ditetapkan oleh profesioan. Dalam Kod Etika dan Piawaian 
Amalan American Counseling Association’s (ACA) memerlukan kaunselor menghormati 
hak klien untuk menjaga privasi dan mengelakkan pendedahan maklumat sulit adalah tidak 
wajar dan haram. American Counseling Association (B.1.a) menyenaraikan pengecualian
terhadap keperluan menyimpan maklumat sulit jika didapati pendedahan kerahsiaan 
diperlukan untuk mencegah bahaya yang jelas kepada klien atau orang lain atau apabila 
undang-undang menuntut bahawa maklumat sulit perlu dinyatakan semasa proses 
melibatkan undang-undang. ACA (B.1.C) dan Kod Etika Lembaga Kaunselor, apabila 
kaunseling melibatkan klien dibawah umur atau individu yang tidak dapat memberi secara 
sukarela bagi mendedahkan maklumat rahsia, kaunselor hendaklah mendapat kebenaran 
daripada pihak ketiga yang sesuai untuk berbuat demikian. Dalam keadaan sedemikian, 
kaunselor hendaklah memaklumkan kepada klien selaras dengan tahap kefahaman mereka 
dan mengambil langkah-langkah yang sesuai dengan budaya mereka untuk melindungi 
kerahsiaan klien. 
10 
C) Priveledge Communication 
Walaupun kaedah yang digunakan untuk melindungi rekod atau usaha untuk mengekalkan 
kerahsiaan, kaunselor masih boleh dipanggil sebagai saksi, diletakkan di bawah sumpah 
mahkamah dan dipaksa untuk memberi keterangan kepada maklumat peribadi dan rahsia, 
dan kaunselor dianggap bertindak menghina mahkamah jika mereka enggan. 
Priveledge communication adalah satu kebenaran yang ada dalam akta untuk 
melindungi klien daripada maklumat diri mereka dari dimaklumkan di atas kandang saksi 
semasa prosiding perbicaraan tanpa persetujuan klien. Ia juga merupakan term undang-undang 
yang memberi hak kepada kaunselor agar maklumat kerahsiaan mengenai diri 
individu tidak dinyatakan dalam prosiding perundangan. Jika klien melepaskan hak ini maka 
maklumat tadi mestilah dinyatakan dalam mahkamah. Kaunselor mesti menyatakan dengan 
terperinci tentang maklumat yang ada padanya mengenai klien. Namun terdapat beberapa 
kes yang mendapat pengecualian daripada kebenaran ini iaitu apabila seorang kaunselor 
dilantik oleh mahkamah untuk menjalankan ujian psikologi, jika kaunselor membuat 
penilaian tentang kemungkinan seseorang itu membunuh diri, klien menyaman kaunselor 
kerana salah penggunaan teknik atau salah amalan, klien dibawah umur 16 tahun dan 
kaunselor percaya klien adalah mangsa rogol, sumbang mahram, diperkosa atau teraniaya, 
klien berniat untuk membahayakan dirinya dan orang lain. Jadi dalam kes pelajar hamil luar 
nikah, jika kaunselor diminta untuk tampil ke mahkamah untuk memberi keterangan 
mengenai pelajar tersebut, maka kebenaran untuk melindungi maklumat klien kepada 
mahkamah adalah tidak terpakai kerana pelajar adalah dibawah umur 16 tahun, dan kes
pelajar tersebut diklarifikasikan dalam undang-undag sebagai kes jenayah rogol, diperkosa 
atau teraniaya. 
Walaubagaimanapun jika kaunselor dipanggil ke mahkamah, kaunselor boleh 
menguji sikap mahkamah dengan mendakwa status ‘privileged communication’ dan enggan 
untuk memberi keterangan kepada mahkamah, dan maklumat peribadi sulit klien akan 
diberikan jika klien disapina sebagai saksi. Kebanyakkan negara, pentadbir sekolah dan 
kaunselor sekolah dilemma tiga keadaan dengan pengecualian terhadap privileged 
communication. Pertama mereka harus mendedahkan maklumat untuk melindungi diri 
mereka sendiri, keduanya mereka perlu berdiam diri dan yang ketiga membantu pelajar dan 
jika mendedahkan maklumat sulit pelajar kemungkinan boleh menyebabkan pelajar rasa 
terancam. 
11 
UNDANG-UNDANG 
Seperti mana di bawah Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 ( Akta 611) ditafsirkan sebagai 
seseorang di bawah umur 18 tahun. Sehubungan dengan itu, Akta Kanak-Kanak terpakai 
kepada semua kanak-kanak yang berumur di bawah lapan belas tahun selaras dengan 
Seksyen 2 Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21) yang menetapkan umur dewasa sebagai 
lapan belas tahun. 
1. Seksyen 77 Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) turut memperuntukan bahawa 
“where a mentally disordered person is required to undergo surgery, 
electroconvulsive therapy or clinical trials, consent for any of them may given”. 
A) By the patient himself if he is capable of giving consent as assessed by a 
psychiatrist. 
B) By his guardian in the case of a minor or relative in the case of an adult, if the 
patient is incapable of giving consent. 
2. Pekeliling Bil 12/1988 berkenaan “Pengendalian Mangsa Rogol” turut menyatakan 
bahawa dalam keadaan mangsa adalah di bawah usia lapan belas (18) tahun, 
kebenaran yang sah daripada ibu atau bapa atau penjaga adalah diperlukan sebelum 
sebarang pemeriksaan kesihatan ke atas remaja di bawah usia lapan belas (18) tahun 
tersebut dilakukan.
3. Sehingga kini, belum ada sebarang peruntukan bertulis yang wujud dinegara ini yang 
menghalang remaja untuk datang atau hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat dan 
kaunseling sekiranya diperlukan memandangkan perkhidmatan sebegini merupakan 
perkhidmatan bukan invasif. Walaubagaimanapun, sekiranya boleh adalah lebih baik 
mendapatkan keizinan ibu bapa atau penjaga dalam bentuk bertulis untuk 
memastikan semua pendekatan yang diambil adalah selari dengan peruntukan 
undang-undang. 
4. Dalam memberikan khidmat nasihat atau kaunseling kepada remaja tersebut terapis 
tidak perlu memastikan bahawa kebenaran yang sah telah diperoleh daripada ibu 
atau bapa atau penjaga. Sungguhpun begitu pendekatan terbaik adalah dengan 
mendapatkan keizinan ibu bapa atau penjaga dalam bentuk bertulis. 
Walaubagaimanapun, jika terdapat keperluan untuk rawatan perubatan, pihak terapis 
hendaklah memastikan bahawa kebenaran yang sah diperoleh daripada ibu atau bapa 
atau penjaga. Bentuk bertulis bagi memudahkan pendokumentasian. Terapis dan 
remaja boleh bekerjasama untuk mendatkan kebenaran yang sah yang disebutkan. 
5. Pihak terapis yang mengendalikan kes akan bertanggungjawab untuk memastikan 
pihak berkuasa dimaklumkan dengan segera dalam keadaan di mana pihak terapis 
mendapati bahawa remaja tersebut terlibat dengan apa-apa kes jenayah seperti kes 
rogol, dera, dadah atau sebagainya. Dalam keadaan dimana remaja ada menyatakan 
niat untuk membahayakan diri sendiri (perancangan membunuh atau mencederakan 
diri sendiri), membahayakan orang lain dan terdapat unsur orang lain 
membahayakan remaja (Contoh, orang lain mempunyai rancangan atau telah 
mencederakan remaja tersebut dari segi fizikal, mental atau seksual). 
6. Pihak terapis juga perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya 
mengesyaki bahawa kanak-kanak tersebut tergolong dalam kategori kanak-kanak 
yang memerlukan perlindungan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001 
(Akta 611) ataupun sekiranya pihak anggota kesihatan mengesyaki kanak-kanak 
12
tersebut merupakan mangsa ataupun terlibat dalam kes statutory rape seperti mana 
yang diperuntukan di bawah Seksyen 375 (f) Kanun Keseksaan (Akta 574). 
7. Di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), kanak –kanak yang menjadi mangsa 
akan diletakkan di bawah jagaan Pelindung seperti mana yang dinyatakan di bawah 
Seksyen 2 Akta 611. Seksyen 24 Akta tersebut seterusnya memberikan kuasa kepada 
Pelindung yang telah dilantik untuk memberikan kebenaran yang sah ke atas rawatan 
remaja tersebut namun sekiranya melibatkan rawatan yang serius seperti 
pembedahan, psikiatri, ibu bapa atau penjaga perlulah dimaklumkan mengenai 
perkara itu dan keizinan bertulis yang sah hendaklah diperolehi sebelum rawatan 
diberikan kepada mereka. 
8. Pegawai Pelindung bertanggungjawab untuk memberi pemeliharaan, kawalan, 
perlindungan dan pemulihan terhadap kanak-kanak demi untuk kepentingan terbaik 
kanak-kanak tersebut. 
9. Dibawah Seksyen 375 (f) Kanun Keseksaan (Akta 574), seseorang lelaki itu adalah 
dikatakan “rogol” jika ia bersetubuh dengan seseorang perempuan sama ada dengan 
kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam belas 
tahun. 
FAKTOR – FAKTOR MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBANTU REMAJA HAMIL 
Seorang kaunselor yang fleksibel terhadap isu kerahsiaan biasanya akan bebas membuat 
keputusan berdasarkan merit setiap kes-kes yang berasingan yang menggalakkan prinsip 
moral kerahsiaan dalam menjaga amanah dan janji-janji yang wujud dalam isu kerahsiaan 
dengan remaja bawah umur (Glasoff & Pate, 2002). Penilaian terhadap apa yang terbaik 
untuk ramaja tersebut adalah dengan menekankan prinsip-prinsip moral seperti 
menganjurkan kesejahteraan dan mengelakkan kemudaratan kepada mereka (Glasoff & 
Pate, 2002). Dalam hal ini ia adalah satu proses yang bergantung kepada latar belakang 
budaya , nilai peribadi dan perspektif kaunselor. 
13
Secara umumnya, kanak-kanak kurang cekap dan lebih bergantung kepada orang 
dewasa untuk melindungi privasi dan kesejahteraan mereka. Justeru, kaunselor perlu 
menggalakkan ibu bapa yang lebih matang untuk mengambil bahagian dalam memberi 
kuasa autonomi bagi membuat keputusan dan menguatkan kepercayaan diantara kaunselor 
dan klien. Dalam membuat sesuatu keputusan, faktor lain yang perlu diambil kira ialah 
jumlah risiko atau keseriusan isu yang dihadapi (Isaacs & Stone, 1999; Mitchell et al., 
2002). 
Dalam kajian yang telah dijalankan oleh McGuire, Parnell, Blau dan Abbott, 1994, 
terhadap jangkaan remaja terhadap isu kerahsiaan. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang 
remaja yang sukarela menjadi sampel kajian menunjukkan bahawa remaja mempunyai nilai 
privasi tetapi mempunyai limitasi. Jika diberi pilihan remaja memilih tahap kerahsian yang 
lebih tinggi tetapi itu mungkin harapan yang tidak realistik kerana mereka memahami 
keperluan untuk pendedahan maklumat apabila kehidupan mereka berhadapan dengan 
risiko bahaya, dan juga menyedari hak mahkamah untuk meminta maklumat sulit. 
14 
RUMUSAN 
Secara kesimpulannya, sebelum memulakan sesi adalah amat penting kepada kaunselor 
untuk menjelaskan kepada remaja dan ibu bapa mereka mengenai limitasi kerahsiaan 
kerana isu kehamilan yang dihadapi remaja adalah satu privasi melibatkan maruah diri, 
keluarga, agama dan undang-undang. Jadi pertemuan awal bersama pelajar mestilah 
menyumbang kepada proses membina hubungan yang teraputik dengan membenarkan 
persefahaman kedua-dua belah pihak tentang maklumat kursus disisi undang-undang. 
Kaunselor sebagai orang tengah kepada pelajar, ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah juga 
perlulah memainkan peranan yang betul untuk membantu remaja yang hamil dalam 
membuat keputusan yang sewajarnya bagi mengelakkan remaja bertindak secara drastik dan 
diluar kawalan. Oleh itu, seorang kaunselor yang mempunyai profesionalisme dalam 
masyarakat perlu cekap bukan sahaja dalam ilmu kaunseling malahan perlu mengetahui 
undang-undang negara. Kaunselor juga perlu merujuk kepada perunding undang-undang 
jika berasa ragu-ragu terhadap isu tersebut. Dalam usahan mengekalkan kerahsiaan, apabila 
berada dalam situasi ragu-ragu perlunya hipotesis kes sebelum membuat keputusan untuk 
melaporkan secara rasmi kepada pihak-pihak yang terlibat.
15 
RUJUKAN 
Akta Kanak-Kanak. 2001. Kesannya Terhadap Undang-Undang Keluarga. Journal of 
Malaysian and Comparative Law. 
American Counseling Association. (1995). ACA code of ethics and standart of practice. 
Alexandria, VA: Author. 
American School Counselor Association (ASCA). 1998. Ethical standards for school 
counselors. Alexandria, VA: Author. 
Anuar Puteh. 2001. Perkembangan dan Pembentukan Remaja Menurut Perspektif Islam. 
Kajian Malaysia, Jld. XIX, No.2. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan 
Malaysia, Bangi. 
Azizi Hj. Yahya. 2011. Definisi Remaja dan Pembentukan Konsep Kendiri Dalam 
Hubungannya Dengan Keluarga. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. 
Brindis, C., & Philliber, S. 2003. Improving services for pregnant and parenting teens. 
Prevention Reseacher, 10(3), 9-13. 
Corey, G., Corey, M.S., & Callanan, P. (2011). Issues and ethics in the helping professions 
(8th ed.). Monterey, CA: Brooks/Cole. 
Gelanggang. 1988. Dalam Kajian Anuar Puteh. 2001. Perkembangan dan Pembentukan 
Remaja Menurut Perspektif Islam. Kajian Malaysia, Jld. XIX, No.2. Fakulti 
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 
Glasoff, H.L., & Pate, R.H. 2002. Privacy and confidentiality in school counseling. 
Professional School Counseling 6(1), 20-27. 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130813/dn_12/Kes-remaja-hamil-luar-nikah. 
Isaacs, M. L., & Stone, C. (1999). School counselors and confidentiality: Factors affecting 
professionals choices. Professional School Counseling, 2(4). 
Jolley S. (2001) Promoting teenage sexual health: An investigation into the knowledge, 
activities and perceptions of gynaecology nurse. Journal of Advanced Nursing 36(2), 
pp 246-255.
16 
Kod Etika Lembaga Kaunselor Malasysia. 
McGuire, J. M., Parnell, T.F., Blau, B. I., & Abbott, D.W. 1994. Demands from privacy 
among adolescent in multimodal alcohol and other drug abuse treatment. Journal of 
Counseling & Development, 73 (1), 74-79. 
Meade, C.S., & Ickovics, J.R. 2005. Systematics review of sexual risk among pregnant and 
mothering teens in the USA: Pregnancy as an oppurtunity for integrated prevention 
of STD and repeat pregnancy. Social Science & Medicine, 60, 661-678. 
Nazri Muslim & Nasruddin Yunus, 2006. Hubungan etnik. Bangi: Pusat Pengajian Umum, 
Universiti Kebangsaan. 
Remley, T.P. (1985). The Law and ethical practise in elementary and middle schools. 
Elementary School Guidance & Counseling, 19, 181-189. 
Rothenberg, A., & Weissman, A. 2002. The development of programs for pregnant and 
parenting teens. Social Work in Health Care, 35, 65-83. 
Sapora Sipon. (2000). Profesionalisme Kaunselor Sekolah: Satu Tinjauan. Sekolah 
Psikologi Dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Sabah. 
Sapora Sipon. (2003). Gejala Sosial Dikalangan Pelajar Dan Keperluan Perkhidmatan 
Bimbingan Dan Kaunseling. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, 
Perak. 
Singh. S and Darroch J.E. (2000) Adolescent Pregnancy and Childbearing : Levels and 
Trends in Developed Countries Family Planning Perspectives 32(1) pp.14-23. 
Stone, C. (2002). Negligence in academic advising and abortion counseling: Courts rullings 
and implications. Professional School Counseling, 6(1), pp 28. 
Stone, C.B., & Zirkel, P.A. 2010. School Counselor Advocacy: When law and ethics may 
collide. Professional School Counseling 13(4), 244-247. 
Swaboda, J.S., Elwork, A., Sales, B.D., & Levine, D. 1978. Knowledge of and compliance 
with priviledge communication and child – abuse –reporting laws. Professional 
Psychology, 9(3), 448-457. 
Tsai Y.F. and Wong T.K. (2003) Strategies for resolving aboriginal adolescent pregnancy in 
eastern Taiwan. Journal of Advanced Nursing 41 (4), pp 351-357.
UNICEF Malaysia Communications. 2008. Young People and Family Planning: Teenage 
17 
Pregnancy. 
Wayne C.Huey (1986). Ethical concern in school counseling. Journal of Counseling and 
Development, vol.64, 321-322.
GGBG6733 ISU ETIKA DAN KAUNSELING 
SEMESTER 1 SESI 2013/14 
TAJUK TUGASAN INDIVIDU: 
REMAJA BAWAH UMUR HAMIL LUAR NIKAH: ISU & ETIKA 
PROFESIONALISME KAUNSELOR SEKOLAH 
PENSYARAH: 
DR.KU SUHAILA BINTI KU JOHARI 
DISEDIAKAN OLEH 
NORSIAH BERDI (P71458) 
SARJANA PENDIDIKAN (BIMBINGAN & KAUNSELING) 
18

More Related Content

What's hot

3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunselingHerney Aqilah Kay
 
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorzakwan azhar
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidekakmalmustafakamal
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingHumyra Amer
 
PSIKOLOGI SOSIAL prejudis dan diskriminasi
PSIKOLOGI SOSIAL prejudis dan diskriminasiPSIKOLOGI SOSIAL prejudis dan diskriminasi
PSIKOLOGI SOSIAL prejudis dan diskriminasiAmin Upsi
 
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)Stephanie Unsil
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan kliensiewling1988
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperJessika Denis
 
Structural model by HAZILIN JOHARI
Structural model by HAZILIN JOHARIStructural model by HAZILIN JOHARI
Structural model by HAZILIN JOHARIHazilin Johari
 
FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY
FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHYFAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY
FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHYridzuangrik
 

What's hot (20)

Teori REBT
Teori REBTTeori REBT
Teori REBT
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidek
 
KONSEP INSTITUSI KELUARGA
KONSEP INSTITUSI KELUARGAKONSEP INSTITUSI KELUARGA
KONSEP INSTITUSI KELUARGA
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
 
5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling
 
PSIKOLOGI SOSIAL prejudis dan diskriminasi
PSIKOLOGI SOSIAL prejudis dan diskriminasiPSIKOLOGI SOSIAL prejudis dan diskriminasi
PSIKOLOGI SOSIAL prejudis dan diskriminasi
 
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
Pengenalan kaunseling
Pengenalan kaunselingPengenalan kaunseling
Pengenalan kaunseling
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya Super
 
KONSEP KESIHATAN MENTAL
KONSEP KESIHATAN MENTALKONSEP KESIHATAN MENTAL
KONSEP KESIHATAN MENTAL
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Pbkk3163 laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)
Pbkk3163   laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)Pbkk3163   laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)
Pbkk3163 laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)
 
Bab 5 Model Proses Kaunseling
Bab 5   Model Proses KaunselingBab 5   Model Proses Kaunseling
Bab 5 Model Proses Kaunseling
 
Structural model by HAZILIN JOHARI
Structural model by HAZILIN JOHARIStructural model by HAZILIN JOHARI
Structural model by HAZILIN JOHARI
 
FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY
FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHYFAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY
FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY
 

Viewers also liked

Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahAnn Suhana
 
Masalah sosial : Anak luar nikah
Masalah sosial : Anak luar nikahMasalah sosial : Anak luar nikah
Masalah sosial : Anak luar nikahAina Yus
 
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-Siti Syahirah
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)ShaZila Niza
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiHafiziGhazali
 
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)Shima Arshad
 
Akta pendaftaran kelahiran dan kematian 1957
Akta pendaftaran kelahiran dan kematian 1957Akta pendaftaran kelahiran dan kematian 1957
Akta pendaftaran kelahiran dan kematian 1957hayati Zolkepli
 
Teenage pregnancy seminar
Teenage pregnancy seminarTeenage pregnancy seminar
Teenage pregnancy seminarWan Awatif
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
Teenage pregnancy presentation
Teenage pregnancy presentationTeenage pregnancy presentation
Teenage pregnancy presentationRachael Baldock
 
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...csdp123
 
Teen Pregnancy Powerpoint
Teen Pregnancy PowerpointTeen Pregnancy Powerpoint
Teen Pregnancy Powerpointmarcginsberg
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 

Viewers also liked (20)

Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
2. kehamilan remaja
2. kehamilan remaja2. kehamilan remaja
2. kehamilan remaja
 
Masalah sosial : Anak luar nikah
Masalah sosial : Anak luar nikahMasalah sosial : Anak luar nikah
Masalah sosial : Anak luar nikah
 
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
 
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
 
Akta pendaftaran kelahiran dan kematian 1957
Akta pendaftaran kelahiran dan kematian 1957Akta pendaftaran kelahiran dan kematian 1957
Akta pendaftaran kelahiran dan kematian 1957
 
Isu kauseling Sekolah
Isu kauseling SekolahIsu kauseling Sekolah
Isu kauseling Sekolah
 
Teenage pregnancy seminar
Teenage pregnancy seminarTeenage pregnancy seminar
Teenage pregnancy seminar
 
Etika kaunselor
Etika kaunselorEtika kaunselor
Etika kaunselor
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Teenage pregnancy presentation
Teenage pregnancy presentationTeenage pregnancy presentation
Teenage pregnancy presentation
 
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
 
Teen Pregnancy Powerpoint
Teen Pregnancy PowerpointTeen Pregnancy Powerpoint
Teen Pregnancy Powerpoint
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 
isu semasa kaunseling - Perceraian
isu semasa kaunseling - Perceraianisu semasa kaunseling - Perceraian
isu semasa kaunseling - Perceraian
 
Isu moral tempatan
Isu moral tempatanIsu moral tempatan
Isu moral tempatan
 

Similar to Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah

Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Zulfadhli Zulpress
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Lei Sing
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan MahasiswaTingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswamandalina landy
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...Siti Nadzirah
 
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahPenglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahHon Shan Shan
 
Media sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaMedia sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaRunnur Hannah
 
Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksualArra Asri
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat yhan law
 
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptxdokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptxZakyZxc1
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Acap Persie
 
Assignment edu-hfz
Assignment edu-hfzAssignment edu-hfz
Assignment edu-hfzmizamizai
 

Similar to Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah (20)

Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan MahasiswaTingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
 
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahPenglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
 
Folio sivik
Folio sivikFolio sivik
Folio sivik
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Articel down syndrome
Articel down syndromeArticel down syndrome
Articel down syndrome
 
Media sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaMedia sosial kepada remaja
Media sosial kepada remaja
 
Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksual
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
 
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptxdokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
 
Assignment edu-hfz
Assignment edu-hfzAssignment edu-hfz
Assignment edu-hfz
 

Recently uploaded

Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (14)

Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah

  • 1. REMAJA BAWAH UMUR HAMIL LUAR NIKAH: ISU DAN ETIKA PROFESIONALISMA KAUNSELOR SEKOLAH Oleh Norsiah Berdi, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi PENDAHULUAN Remaja hamil luar nikah bukanlah satu isu baru dalam masyarakat pada masa kini. Malah saban hari media cetak mahupun media elektronik banyak mendedahkan berita mengenai gejala sosial dan tidak bermoral ini. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sepanjang tahun 2011 sebanyak 204 kes kanak-kanak atau remaja bawah umur hamil dirujuk kepada pihak mereka manakala pada tahun 2012 sebanyak 172 kes dan mencatat peningkatan mendadak apabila sebanyak 191 kes dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama pada tahun 2013. Di negara-negara maju seperti Amerika syarikat satu million remaja wanita hamil setiap tahun (Meade & Ickovics, 2005). 21 peratus daripada remaja wanita ini berumur antara 15 hingga 19 tahun, 12000 remaja wanita lingkungan umur bawah 15 tahun pada setiap tahun (Rothenberg & Weissman, 2002). Manakala di negara-negara membangun seperti Netherlands mempunyai kadar yang paling rendah remaja hamil iaitu 12 per 1000 remaja setiap tahun (Singh and Darroch, 2000). Statistik ini menggambarkan bahawa kehamilan remaja pada usia yang muda merupakan isu sosial dan nasionalism yang perlu diambil perhatian serius memandangkan kadar peningkatan kehamilan remaja saban tahun. Rogers (1951) ‘remaja’ bermaksud membesar menjadi matang. Remaja berada dalam lingkungan umur 11 hingga 21 tahun, merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang (Azizi et. Al.,2005). Pada peringkat antarabangsa, United Nation of Educational and Cultural Organisation (UNESCO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan remaja
  • 2. kepada seseorang yang berumur sekitar 15 hingga 30 tahun. (Gelanggang 1988:4 dalam kajian Anuar Puteh, 2001). Namun dalam penulisan ini, kajian memfokuskan kepada remaja bawah umur yang belum mencapai tahap umur dewasa. Menurut Akta 611 remaja bawah umur adalah diklarifikasikan sebagai kanak-kanak iaitu seseorang yang berada di bawah umur 18 tahun. Manakala, hamil luar nikah bermaksud mengandung disebabkan hubungan seks antara lelaki dan wanita diluar hubungan yang sah dari segi agama dan undang-undang negara. Jadi, takrifan kajian ini ialah remaja yang hamil luar nikah adalah tergolong dalam lingkungan umur 11 hingga 18 tahun. Dalam peringkat ini kebanyakkan mereka menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan dan kehendak seksual mereka. Remaja aktif dalam aktiviti seksual pada peringkat umur awal 15 – 16 tahun (Jolley 2001). Secara umumnya, remaja pada peringkat ini berada dalam alam persekolahan yang mana secara langsung melibatkan peranan sekolah dan guru-guru. Institusi pendidikan iaitu sekolah merupakan institusi kedua paling rapat dengan remaja selepas institusi keluarga. Melalui Institusi Pendidikan ini akan melahirkan generasi remaja yang cemerlang dari aspek akhlak, fizikal, spritual, emosi dan mental (Anuar Puteh, 2001). Namun, dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti hamil diluar nikah ini sangat membimbangkan, seolah-olah fenomena ini menjadi satu budaya normal kepada masyarakat pada hari ini. Malah lebih menyedihkan apabila ia melibatkan golongan anak muda yang berada dalam alam persekolahan yang menjadi harapan kepada keluarga, masyarakat dan negara dalam membina negara bangsa yang beretika dan nilai jati diri yang tinggi. Fenomena ini tidak selari dengan cabaran keempat yang digariskan dalam mencapai Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat bermoral, beretika, warganegara yang kukuh nilai agama dan kejiwaan serta mempunyai etika yang paling tinggi (Nazri Muslim & Nasruddin Yunus, 2006). Kehamilan remaja bawah umur bukan sahaja memberi impak kepada negara tetapi juga menjadi isu utama dalam Organisasi Kesihatan Dunia(WHO). Kehamilan pada usia yang muda boleh memberi implikasi terhadap fizikal, psikologikal, ekonomi dan status sosial remaja (Tsai dan Wong, 2003). Secara fizikal remaja pada peringkat ini mempunyai kematangan biologi tetapi bukan pada kematangan psikososial dan kemandiran ekonomi. 2
  • 3. UNICEF, 2008 mendapati remaja wanita yang hamil cenderung untuk berhenti sekolah, tidak mempunyai kelayakan akademik, dan hal ini menyebabkan mereka hidup dalam kemiskinan, tinggal di rumah kebajikan, emosi tertekan dan mendorong mereka membunuh diri. Brindis & Philliber, 2003 dalam kajiannya juga menyatakan kehamilan menyebabkan pelajar berhenti daripada meneruskan persekolahan. Remaja yang hamil dalam alam persekolahan sudah tentu mengalami situasi yang menakutkan, berasa malu terhadap rakan sebaya, hilang arah tujuan, depression, bimbang, takut dan bertindak untuk berhenti sekolah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor di sekolah untuk membantu remaja ini menghadapi situasi ini bagi membantu remaja tersebut daripada melakukan perbuatan yang boleh membahayakan diri dan bayi dalam kandungan. Sebagai seorang kaunselor sekolah kadang-kadang adalah sangat mencabar kerana kaunseling disekolah berbeza dengan yang lain kerana melibatkan pihak sekolah, guru, keluarga dan klien situ sendiri ( Stone and Zirkel, 2010). Jadi penulisan ini memfokuskan kajian terhadap isu dan etika kaunselor apabila berhadapan dengan klien yang hamil bawah umur di sekolah. Isu isu utama ialah peranan kaunselor terhadap klien, ibubapa atau penjaga dan sekolah serta undang-undang negara. PERANAN KAUNSELOR TERHADAP PELAJAR Kehamilan yang tidak dirancang dalam usia yang begitu muda sudah pasti memberikan pengalaman yang cukup mengerikan kepada mereka. Apatah lagi dalam usia yang sebegini mereka tidak berupaya untuk membuat keputusan dengan bijaksana. Proses membuat keputusan boleh menyebabkan seseorang remaja itu stress dan barangkali mereka hilang pertimbangan, maka tidak hairanlah berlakunya kes pembungan bayi, remaja lari dari rumah, membunuh diri dan sebagainya. ASCA (1998),A.1, kaunselor profesional sekolah mempunyai tanggungjawab untuk menghormati pelajar dengan melayan mereka sebagai individu yang unik. Setiap klien mempunyai potensi untuk berkembang walaupun mereka datang dengan pelbagai masalah. Rogers juga percaya bahawa mereka mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan masalah sendiri dan berkembang berdasarkan self-directed. Oleh itu kaunselor yang berhadapan dengan remaja hamil ini perlu menggunakan teknik-teknik kaunseling yang berkesan, aktif 3
  • 4. mendengar untuk membantu memahami perasaan mereka dan berbincang apa yang mereka boleh buat dengan situasi yang mereka sedang hadapi. Mereka mengalami krisis yang serius terhadap masa depan, perhubungan dan keseluruhan hidup mereka. Mereka juga perlukan perhatian, kasih sayang dan pilihan bukan penilaian. Prinsip etika turut menggariskan bahawa kaunselor perlu menghayati klien supaya klien mempunyai hak ke atas dirinya sendiri (Tom Beuachamp and James Childress, 1994). Walaubagaimanapun dengan ciri-ciri yang ada pada kaunselor seperti empati, menerima tanpa syarat, jujur dan genuine kaunselor boleh membantu mereka membuat pilihan dengan betul walaupun mereka berhak membuat apa sahaja keputusan. ASCA (A.1.c) menggariskan bahawa kaunselor perlu menghormati budaya, kepercayaan dan latar belakang pelajar dan tidak meletakkan nilai kaunselor profesional sekolah ke atas pelajar dan keluarga mereka. Sebagai seorang kaunselor adalah menjadi satu komitmen untuk menganjurkan kebaikan atau kesejahteraan kepada remaja. Remaja yang hamil mereka mempunyai tiga pilihan utama yang berada dalam fikiran mereka. Antaranya ialah: a) meneruskan kehamilan dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan b) meneruskan kehamilan dan menempatkan bayi kepada keluarga angkat c) menggugurkan kandungan Ketiga-tiga pilihan yang ada ini akan memberikan konflik dalam diri mereka. Jika pelajar meneruskan kehamilan sudah pasti merka tidak dapat meneruskan pengajian dan keciciran dalam alam persekolahan dan menjadikan masa depan mereka untuk mempunyai kerjaya yang baik akan hilang. Begitu juga dengan pilihan untuk menempatkan bayi di rumah keluarga angkat. Kemungkinan besar mereka dihantui rasa kehilangan, serba salah dan sebagainya. Manakala keputusan menggugurkan bayi kemungkinan besar adalah jalan singkat untuk mereka melenyapkan segala masalah yang mereka hadapi. Kebanyakkan remaja membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan dengan alasan mengelak daripada pengetahuan ibubapa, pihak sekolah, kawan – kawan dan masyarakat. Ketakutan berhadapan dengan orang sekeliling dan masa depan lebih menghantui mereka dan terpaksa melenyapkan perasaan berdosa kepada tindakan mereka. Kaunselor perlu membantu pelajar menganalisis setiap keputusan yang perlu dilakukan oleh mereka bagi mengelakkan mereka membuat keputusan yang salah. Resource Centre for Adolescent Pregnancy Prevention (ReCAPP) mencadangkan kaunselor dalam kaunseling kehamilan yang berkesan kepada remaja perlulah: 4
  • 5.  mengurangkan kebimbangan supaya remaja hamil boleh menumpukan perhatian 5 kepada keputusan yang ingin dibuat.  mewujudkan persekitaran yang selamat di mana dia boleh membincangkan harapan dan kebimbangan tentang keputusannya.  mengenalpasti kekuatan dan sistem sokongan yang mereka ada  jelaskan pilihan beliau dan perasaannya tentang pilihan beliau  bantu untuk membuat keputusan yang tepat  bantu tindakan beliau atas keputusannya dengan merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperlukan.  Memaklumkan kepada ibubapa atau penjaga beliau Setiap keputusan yang dibuat oleh remaja adalah tanggungjawab kaunselor untuk memastikan keputusan tersebut tidak melukakan atau memberi kemudaratan secara fizikal dan psikologikal mereka. Kaunselor perlu membantu mendapatkan maklumat daripada pelajar untuk mengenalpasti punca kehamilan beliau. Samada disebabkan hubungan seksual bebas atau keterlanjuran hasil daripada hubungan cinta atau mangsa penderaan seksual. Jika dia dirogol adakah perogol dalam kalangan ahli keluarga atau bukan. Maklumat-maklumat ini sangat penting untuk kaunselor jika kaunselor dipanggil untuk memberi keterangan kepada mahkamah. PERANAN KAUNSELOR TERHADAP IBU BAPA ATAU PENJAGA Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), kanak-kanak yang masih berusia bawah 18 tahun adalah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa atau penjaga. Maka kaunselor bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan situasi yang dihadapi oleh pelajar sepertimana yang terkandung dalam American School Counselor Assiociation (ASCA) (B. B.1), Kaunselor Sekolah Profesional perlu menghormati hak dan tanggungjawab ibubapa atau penjaga terhadap anak mereka dan usaha perkembangan yang sesuai, membina hubungan kerjasama dengan ibu bapa untuk pembangunan yang maksimum terhadap pelajar. Adalah menjadi satu perlanggaran etika jika kaunselor tidak memaklumkan kepada ibu bapa pelajar walaupun dalam kod etika Lembaga Kaunselor B.1.c dan kod etika American Counseling Association (ACA) perlu menghormati
  • 6. kerahsiaan klien namun kod etika ini tidak terpakai kepada klien yang berada di bawah umur 18 tahun. Dalam situasi berhadapan dengan klien bawah umur seperti ini adalah sangat sukar untuk mana-mana kaunselor sekolah kerana topik seperti hamil luar nikah merupakan isu sensitif dalam nilai dan budaya masyarakat. Di sebelah bahagian yang lain kaunselor tidak mahu kehilangan kepercayaan daripada pihak klien tetapi kaunselor perlu mengekalkan keseimbangan antara etika dan tanggungjawab undang-undang terhadap klien, keluarga dan sistem sekolah (Glasoff & Pate, 2002). Terdapat juga ibubapa yang tidak mahu kauselor memberitahu kepada pihak sekolah kerana berfikir memalukan maruah keluarga dan anak mereka. Ibu bapa mengambil keputusan untuk menarik diri dan membiarkan mereka membuat keputusan tanpa melibatkan pihak sekolah dan undang-undang. Kehamilan yang membelenggu remaja merupakan tekanan yang tidak dijangkakan berlaku dalam sesebuah keluarga mengakibatkan wujudnya rasa kekecewaan (Baker 1999), keluarga berada dalam situasi yang sukar dilalui (Homeier, 2005) dan berlakunya krisis (Baker, 1999). Adalah sesuatu yang memalukan bagi sesebuah keluarga apabila mengetahui anak mereka hamil kerana budaya telah membentuk patalogi bahawa mempunyai anak pada usia yang muda adalah satu kesalahan (Baker,1999) dan dalam masa yang sama ahli keluarga turut sama terkesan. Dalam hal ini sekali lagi kaunselor berada dalam dilemma antara etika dengan kehendak ibubapa. ASCA B.1(b), kaunselor profesional perlu mematuhi undang-undang dan garis panduan setempat semasa membantu ibu bapa mengalami masalah keluarga yang mengganggu keberkesanan dan kebajikan klien. Kaunselor dinasihatkan untuk berbincang dengan pelajar berkenaan isu kebenaran sah dan keperluan bagi perkara tersebut untuk dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar. Selepas itu kaunselor boleh menjalankan sesi kaunseling atau intervensi keluarga. Kedua-dua belah pihak iaitu pelajar dan keluarga dipanggil ke dalam sesi. Proses kaunseling keluarga dijalankan untuk membantu kedua-dua pihak lebih faham akan situasi masing-masing, memahami perasaan pelajar dan membincangkan keputusan bersama untuk menganjurkan kebaikan kepada pelajar. Secara tidak langsung, pelajar lebih merasai sokongan daripada semua pihak dan tidak melakukan perkara yang tidak diingini seperti lari daripada rumah atau membuang bayi. Realitinya, remaja hamil itu sendiri tidak mampu berdaya tindak (coping) dan sukar untuk mengendalikan masalahnya sendiri serta memerlukan bantuan daripada ahli keluarga. Keluarga perlu menyedari keperluan remaja 6
  • 7. pada masa tersebut, maka komunikasi antara satu sama lain terutama apabila emosi remaja sedang dalam keadaan tidak stabil perlu berlaku dengan baik (Homeier, 2005). Sarnon, N., Mohamad, M. S, Fauziah, I, Alavi, K., Nen, S., Hoesni, S.M, Zaizul, R., Wan Azreena, J. (2012) juga turut mengatakan bahawa dalam masa yang sama, remaja akan merasai bahawa mereka tidak dibiarkan bersendirian semasa melalui kehamilan. Ibu bapa boleh berperanan membantu mengubah kognitif remaja dengan menerangkan bahawa perbezaan reaksi saudara mara, jiran dan rakan-rakan adalah tidak penting serta tidak membantu dalam situasi ini. Apabila keluarga telah stabil seperti mana sebelum wujudnya krisis, maka secara tidak langsung proses menolong remaja akan lebih mudah. Ibu bapa akan lebih mudah membantu remaja untuk memahami tanggungjawab baru dan besar yang bakal dipikul memandangkan mereka tidak lagi matang secara fizikal, mental, dan emosi. Di Malaysia, kerajaan banyak memberi pilihan kepada remaja hamil luar nikah sama ada untuk berada di institusi rumah perlindungan kerajaan mahupun NGO, mendaftarkan anak yang bakal lahir kepada keluarga angkat melalui akta pengangkatan anak ataupun remaja itu sendiri diletakkan di bawah jagaan ibu bapa di rumah ( Sarnon, N., Mohamad, M. S, Fauziah, I, Alavi, K., Nen, S., Hoesni, S.M, Zaizul, R., Wan Azreena, J.2012) . Jadi, kaunselor juga boleh menyediakan maklumat-maklumat yang relevan untuk membantu pelajar dan ibubapa mempertimbangkan setiap keputusan yang diambil. Contohnya, prosedur undang-undang, peraturan sekolah,badan-badan rujukan seperti hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. PERANAN KAUNSELOR TERHADAP SEKOLAH Sejak kaunselor tidak menyedari apa yang sesuai, kaunselor perlu mengambil masa untuk berunding dengan kaunselor-kaunselor yang lain untuk mencari keputusan yang terbaik untuk pelajar dan ibubapa mereka. Manakala, dalam kod etika ACA. C.2.e, kaunselor boleh mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk berjumpa dengan kaunselor lain atau profesional yang berkaitan apabila mereka mempunyai soalan mengenai obligasi etika atau amalan professional. ASCA, A.1.d menggariskan bahawa kaunselor sekolah perlu mengetahui undang-undang, peraturan dan polisi yang berkaitan dan berusaha untuk melindungi dan memaklumkan pelajar mengenai hak-hak mereka. Tanggungjawab etika ke atas pelajar adalah yang pertama dan keduanya sekolah. Walaubagaimanapun maklumat yang diperolehi 7
  • 8. dengan hubungan kaunseling harus kekal sulit jika dasar sekolah tidak berada dalam kepentingan terbaik untuk kesejahteraan pelajar. Apabila dasar-dasar sekolah yang wujud menghalang keberkesanan hubungan kaunseling, kaunselor secara aktif perlu menggunakan sumber yang disediakan untuk menggalakkan perubahan dasar selaras dengan piawai tingkahlaku beretika (Wayne C.Huey). Di Malaysia, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling iktisas Bil.2/1981 bahawa pelajar yang melakukan kesalahan seperti bohsia, bohjan, pelacuran dan hamil akan di ambil tindakan oleh pihak sekolah dengan menghubungi ibu bapa, pihak JKM dan merujuk kepada Pengarah Pelajaran. Pekeliling ini sebagai panduan oleh kaunselor untuk merujuk kes pelajar yang hamil. Sebagai kaunselor sekolah adalah sangat penting untuk mengikuti panduan etika dan undang-undang yang sedia ada. Samada mahu atau tidak, kaunselor terpaksa membuat keputusan untuk memaklumkan kepada penyelia di sekolah samada Guru Kanan atau Pengetua Sekolah. ETIKA KAUNSELOR TERHADAP KLIEN BAWAH UMUR 8 A) Pemberitahuan Bermaklum ACSA menyatakan bahawa kaunselor perlu memaklumkan kepada seseorang pelajar mengenai tujuan, matlamat, teknik, dan peraturan tatacara semasa mereka menerima sesi kaunseling. Makluman termasuklah had kerahsiaan dengan perkembangan yang sesuai. Persetujuan yang memerlukan kecekapan di pihak pelajar untuk memahami had kerahsiaan dan boleh jadi agak sukar bagi pelajar yang masih di dalam tahap perkembangan. Kod etika ini menjangkakan bahawa kaunselor sekolah menyampaikan maklumat mengenai kerahsiaan dan hak undang-undang kepada pelajar. Jika keadaan rumit timbul dalam sesi kaunseling dan persetujuan bermaklum telah dibincangkan, maka kaunselor akan mengalami masa lebih mudah dengan menjalankan tanggungjawab etika dan yang bertentangan dengan undang-undang. Manakala dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Malasysia, A.2.d. apabila memberi kaunseling kepada kanak-kanak bawah umur ataupun kepada individu yang tidak boleh memberi persetujuan sukarela, kaunselor perlu mendapatkan kebenaran klien berhubung dengan perkhidmatan yang diberikan daripada pihak yang diberi kuasa oleh undang-undang dan melibatkan mereka di dalam membuat keputusan menurut kesesuaian keadaan.
  • 9. Kaunselor hendaklah sedar akan perlunya mengimbangi hak-hak etika klien membuat pilihan, keupayaan mereka untuk memberi persetujuan atau kebenaran bagi mendapat perkhidmatan, dan hak – hak serta tanggungjawab ibubapa atau keluarga mengikut undang – undang, untuk melindungi klien dan membuat keputusan bagi pihak mereka. Di negara –negara barat, kebanyakan sekolah mempunyai student handbook, yang sebahagian daripadanya menerangkan maklumat mengenai perkhidmatan kaunseling yang disediakan kepada pelajar. Buku panduan ini biasanya dihantar kepada ibu bapa pada awal tahun sekolah untuk menyediakan mereka dengan peraturan sekolah dan dasar serta maklumat umum mengenai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Diakhir halaman buku terdapat ruangan ibubapa memberi kebenaran untuk anak-anak mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak sekolah (Corey Corey & Callanan). Persetujuan bermaklum ini juga penting agar kaunselor tidak menyalahgunakan kuasa yang ada padanya secara sah. Ini menunjukkan bahawa kerjasama merupakan faktor asas dalam membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. 9 B) Kerahsiaan & Had Kerahsiaan` Adalah menjadi kewajipan kaunselor menjaga kerahsiaan klien kerana ia merupakan intipati kepada proses kaunseling dan membina hubungan yang teraputik. Ia melindungi klien daripada mendedahkan kerahsiaan daripada pemberitahuan yang tak berautoriti oleh kaunselor tanpa persetujuan bermaklum daripada kaunselor. Ia juga melibatkan etika profesional daripada bersifat peribadi, perjanjian atau kontrak untuk tidak mendedahkan maklumat individu kecuali sesetengah keadaan yang dipersetujui oleh klien (Sigel, 1979). Kerahsiaan juga berasaskan kepada statute atau kes undang-undang (Swaboda, 1978). Walaubagaimanapun kerahsiaan adalah tidak mutlak kerana ada peraturan undang-undang yang mengawal walaupun terpaksa dinyatakan. Remley 1985, menyatakan bahawa kerahsiaan adalah kod etika yang merupakan rukun amalan yang telah ditetapkan oleh profesioan. Dalam Kod Etika dan Piawaian Amalan American Counseling Association’s (ACA) memerlukan kaunselor menghormati hak klien untuk menjaga privasi dan mengelakkan pendedahan maklumat sulit adalah tidak wajar dan haram. American Counseling Association (B.1.a) menyenaraikan pengecualian
  • 10. terhadap keperluan menyimpan maklumat sulit jika didapati pendedahan kerahsiaan diperlukan untuk mencegah bahaya yang jelas kepada klien atau orang lain atau apabila undang-undang menuntut bahawa maklumat sulit perlu dinyatakan semasa proses melibatkan undang-undang. ACA (B.1.C) dan Kod Etika Lembaga Kaunselor, apabila kaunseling melibatkan klien dibawah umur atau individu yang tidak dapat memberi secara sukarela bagi mendedahkan maklumat rahsia, kaunselor hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak ketiga yang sesuai untuk berbuat demikian. Dalam keadaan sedemikian, kaunselor hendaklah memaklumkan kepada klien selaras dengan tahap kefahaman mereka dan mengambil langkah-langkah yang sesuai dengan budaya mereka untuk melindungi kerahsiaan klien. 10 C) Priveledge Communication Walaupun kaedah yang digunakan untuk melindungi rekod atau usaha untuk mengekalkan kerahsiaan, kaunselor masih boleh dipanggil sebagai saksi, diletakkan di bawah sumpah mahkamah dan dipaksa untuk memberi keterangan kepada maklumat peribadi dan rahsia, dan kaunselor dianggap bertindak menghina mahkamah jika mereka enggan. Priveledge communication adalah satu kebenaran yang ada dalam akta untuk melindungi klien daripada maklumat diri mereka dari dimaklumkan di atas kandang saksi semasa prosiding perbicaraan tanpa persetujuan klien. Ia juga merupakan term undang-undang yang memberi hak kepada kaunselor agar maklumat kerahsiaan mengenai diri individu tidak dinyatakan dalam prosiding perundangan. Jika klien melepaskan hak ini maka maklumat tadi mestilah dinyatakan dalam mahkamah. Kaunselor mesti menyatakan dengan terperinci tentang maklumat yang ada padanya mengenai klien. Namun terdapat beberapa kes yang mendapat pengecualian daripada kebenaran ini iaitu apabila seorang kaunselor dilantik oleh mahkamah untuk menjalankan ujian psikologi, jika kaunselor membuat penilaian tentang kemungkinan seseorang itu membunuh diri, klien menyaman kaunselor kerana salah penggunaan teknik atau salah amalan, klien dibawah umur 16 tahun dan kaunselor percaya klien adalah mangsa rogol, sumbang mahram, diperkosa atau teraniaya, klien berniat untuk membahayakan dirinya dan orang lain. Jadi dalam kes pelajar hamil luar nikah, jika kaunselor diminta untuk tampil ke mahkamah untuk memberi keterangan mengenai pelajar tersebut, maka kebenaran untuk melindungi maklumat klien kepada mahkamah adalah tidak terpakai kerana pelajar adalah dibawah umur 16 tahun, dan kes
  • 11. pelajar tersebut diklarifikasikan dalam undang-undag sebagai kes jenayah rogol, diperkosa atau teraniaya. Walaubagaimanapun jika kaunselor dipanggil ke mahkamah, kaunselor boleh menguji sikap mahkamah dengan mendakwa status ‘privileged communication’ dan enggan untuk memberi keterangan kepada mahkamah, dan maklumat peribadi sulit klien akan diberikan jika klien disapina sebagai saksi. Kebanyakkan negara, pentadbir sekolah dan kaunselor sekolah dilemma tiga keadaan dengan pengecualian terhadap privileged communication. Pertama mereka harus mendedahkan maklumat untuk melindungi diri mereka sendiri, keduanya mereka perlu berdiam diri dan yang ketiga membantu pelajar dan jika mendedahkan maklumat sulit pelajar kemungkinan boleh menyebabkan pelajar rasa terancam. 11 UNDANG-UNDANG Seperti mana di bawah Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 ( Akta 611) ditafsirkan sebagai seseorang di bawah umur 18 tahun. Sehubungan dengan itu, Akta Kanak-Kanak terpakai kepada semua kanak-kanak yang berumur di bawah lapan belas tahun selaras dengan Seksyen 2 Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21) yang menetapkan umur dewasa sebagai lapan belas tahun. 1. Seksyen 77 Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) turut memperuntukan bahawa “where a mentally disordered person is required to undergo surgery, electroconvulsive therapy or clinical trials, consent for any of them may given”. A) By the patient himself if he is capable of giving consent as assessed by a psychiatrist. B) By his guardian in the case of a minor or relative in the case of an adult, if the patient is incapable of giving consent. 2. Pekeliling Bil 12/1988 berkenaan “Pengendalian Mangsa Rogol” turut menyatakan bahawa dalam keadaan mangsa adalah di bawah usia lapan belas (18) tahun, kebenaran yang sah daripada ibu atau bapa atau penjaga adalah diperlukan sebelum sebarang pemeriksaan kesihatan ke atas remaja di bawah usia lapan belas (18) tahun tersebut dilakukan.
  • 12. 3. Sehingga kini, belum ada sebarang peruntukan bertulis yang wujud dinegara ini yang menghalang remaja untuk datang atau hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling sekiranya diperlukan memandangkan perkhidmatan sebegini merupakan perkhidmatan bukan invasif. Walaubagaimanapun, sekiranya boleh adalah lebih baik mendapatkan keizinan ibu bapa atau penjaga dalam bentuk bertulis untuk memastikan semua pendekatan yang diambil adalah selari dengan peruntukan undang-undang. 4. Dalam memberikan khidmat nasihat atau kaunseling kepada remaja tersebut terapis tidak perlu memastikan bahawa kebenaran yang sah telah diperoleh daripada ibu atau bapa atau penjaga. Sungguhpun begitu pendekatan terbaik adalah dengan mendapatkan keizinan ibu bapa atau penjaga dalam bentuk bertulis. Walaubagaimanapun, jika terdapat keperluan untuk rawatan perubatan, pihak terapis hendaklah memastikan bahawa kebenaran yang sah diperoleh daripada ibu atau bapa atau penjaga. Bentuk bertulis bagi memudahkan pendokumentasian. Terapis dan remaja boleh bekerjasama untuk mendatkan kebenaran yang sah yang disebutkan. 5. Pihak terapis yang mengendalikan kes akan bertanggungjawab untuk memastikan pihak berkuasa dimaklumkan dengan segera dalam keadaan di mana pihak terapis mendapati bahawa remaja tersebut terlibat dengan apa-apa kes jenayah seperti kes rogol, dera, dadah atau sebagainya. Dalam keadaan dimana remaja ada menyatakan niat untuk membahayakan diri sendiri (perancangan membunuh atau mencederakan diri sendiri), membahayakan orang lain dan terdapat unsur orang lain membahayakan remaja (Contoh, orang lain mempunyai rancangan atau telah mencederakan remaja tersebut dari segi fizikal, mental atau seksual). 6. Pihak terapis juga perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki bahawa kanak-kanak tersebut tergolong dalam kategori kanak-kanak yang memerlukan perlindungan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) ataupun sekiranya pihak anggota kesihatan mengesyaki kanak-kanak 12
  • 13. tersebut merupakan mangsa ataupun terlibat dalam kes statutory rape seperti mana yang diperuntukan di bawah Seksyen 375 (f) Kanun Keseksaan (Akta 574). 7. Di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), kanak –kanak yang menjadi mangsa akan diletakkan di bawah jagaan Pelindung seperti mana yang dinyatakan di bawah Seksyen 2 Akta 611. Seksyen 24 Akta tersebut seterusnya memberikan kuasa kepada Pelindung yang telah dilantik untuk memberikan kebenaran yang sah ke atas rawatan remaja tersebut namun sekiranya melibatkan rawatan yang serius seperti pembedahan, psikiatri, ibu bapa atau penjaga perlulah dimaklumkan mengenai perkara itu dan keizinan bertulis yang sah hendaklah diperolehi sebelum rawatan diberikan kepada mereka. 8. Pegawai Pelindung bertanggungjawab untuk memberi pemeliharaan, kawalan, perlindungan dan pemulihan terhadap kanak-kanak demi untuk kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut. 9. Dibawah Seksyen 375 (f) Kanun Keseksaan (Akta 574), seseorang lelaki itu adalah dikatakan “rogol” jika ia bersetubuh dengan seseorang perempuan sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam belas tahun. FAKTOR – FAKTOR MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBANTU REMAJA HAMIL Seorang kaunselor yang fleksibel terhadap isu kerahsiaan biasanya akan bebas membuat keputusan berdasarkan merit setiap kes-kes yang berasingan yang menggalakkan prinsip moral kerahsiaan dalam menjaga amanah dan janji-janji yang wujud dalam isu kerahsiaan dengan remaja bawah umur (Glasoff & Pate, 2002). Penilaian terhadap apa yang terbaik untuk ramaja tersebut adalah dengan menekankan prinsip-prinsip moral seperti menganjurkan kesejahteraan dan mengelakkan kemudaratan kepada mereka (Glasoff & Pate, 2002). Dalam hal ini ia adalah satu proses yang bergantung kepada latar belakang budaya , nilai peribadi dan perspektif kaunselor. 13
  • 14. Secara umumnya, kanak-kanak kurang cekap dan lebih bergantung kepada orang dewasa untuk melindungi privasi dan kesejahteraan mereka. Justeru, kaunselor perlu menggalakkan ibu bapa yang lebih matang untuk mengambil bahagian dalam memberi kuasa autonomi bagi membuat keputusan dan menguatkan kepercayaan diantara kaunselor dan klien. Dalam membuat sesuatu keputusan, faktor lain yang perlu diambil kira ialah jumlah risiko atau keseriusan isu yang dihadapi (Isaacs & Stone, 1999; Mitchell et al., 2002). Dalam kajian yang telah dijalankan oleh McGuire, Parnell, Blau dan Abbott, 1994, terhadap jangkaan remaja terhadap isu kerahsiaan. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang remaja yang sukarela menjadi sampel kajian menunjukkan bahawa remaja mempunyai nilai privasi tetapi mempunyai limitasi. Jika diberi pilihan remaja memilih tahap kerahsian yang lebih tinggi tetapi itu mungkin harapan yang tidak realistik kerana mereka memahami keperluan untuk pendedahan maklumat apabila kehidupan mereka berhadapan dengan risiko bahaya, dan juga menyedari hak mahkamah untuk meminta maklumat sulit. 14 RUMUSAN Secara kesimpulannya, sebelum memulakan sesi adalah amat penting kepada kaunselor untuk menjelaskan kepada remaja dan ibu bapa mereka mengenai limitasi kerahsiaan kerana isu kehamilan yang dihadapi remaja adalah satu privasi melibatkan maruah diri, keluarga, agama dan undang-undang. Jadi pertemuan awal bersama pelajar mestilah menyumbang kepada proses membina hubungan yang teraputik dengan membenarkan persefahaman kedua-dua belah pihak tentang maklumat kursus disisi undang-undang. Kaunselor sebagai orang tengah kepada pelajar, ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah juga perlulah memainkan peranan yang betul untuk membantu remaja yang hamil dalam membuat keputusan yang sewajarnya bagi mengelakkan remaja bertindak secara drastik dan diluar kawalan. Oleh itu, seorang kaunselor yang mempunyai profesionalisme dalam masyarakat perlu cekap bukan sahaja dalam ilmu kaunseling malahan perlu mengetahui undang-undang negara. Kaunselor juga perlu merujuk kepada perunding undang-undang jika berasa ragu-ragu terhadap isu tersebut. Dalam usahan mengekalkan kerahsiaan, apabila berada dalam situasi ragu-ragu perlunya hipotesis kes sebelum membuat keputusan untuk melaporkan secara rasmi kepada pihak-pihak yang terlibat.
  • 15. 15 RUJUKAN Akta Kanak-Kanak. 2001. Kesannya Terhadap Undang-Undang Keluarga. Journal of Malaysian and Comparative Law. American Counseling Association. (1995). ACA code of ethics and standart of practice. Alexandria, VA: Author. American School Counselor Association (ASCA). 1998. Ethical standards for school counselors. Alexandria, VA: Author. Anuar Puteh. 2001. Perkembangan dan Pembentukan Remaja Menurut Perspektif Islam. Kajian Malaysia, Jld. XIX, No.2. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Azizi Hj. Yahya. 2011. Definisi Remaja dan Pembentukan Konsep Kendiri Dalam Hubungannya Dengan Keluarga. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Brindis, C., & Philliber, S. 2003. Improving services for pregnant and parenting teens. Prevention Reseacher, 10(3), 9-13. Corey, G., Corey, M.S., & Callanan, P. (2011). Issues and ethics in the helping professions (8th ed.). Monterey, CA: Brooks/Cole. Gelanggang. 1988. Dalam Kajian Anuar Puteh. 2001. Perkembangan dan Pembentukan Remaja Menurut Perspektif Islam. Kajian Malaysia, Jld. XIX, No.2. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Glasoff, H.L., & Pate, R.H. 2002. Privacy and confidentiality in school counseling. Professional School Counseling 6(1), 20-27. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130813/dn_12/Kes-remaja-hamil-luar-nikah. Isaacs, M. L., & Stone, C. (1999). School counselors and confidentiality: Factors affecting professionals choices. Professional School Counseling, 2(4). Jolley S. (2001) Promoting teenage sexual health: An investigation into the knowledge, activities and perceptions of gynaecology nurse. Journal of Advanced Nursing 36(2), pp 246-255.
  • 16. 16 Kod Etika Lembaga Kaunselor Malasysia. McGuire, J. M., Parnell, T.F., Blau, B. I., & Abbott, D.W. 1994. Demands from privacy among adolescent in multimodal alcohol and other drug abuse treatment. Journal of Counseling & Development, 73 (1), 74-79. Meade, C.S., & Ickovics, J.R. 2005. Systematics review of sexual risk among pregnant and mothering teens in the USA: Pregnancy as an oppurtunity for integrated prevention of STD and repeat pregnancy. Social Science & Medicine, 60, 661-678. Nazri Muslim & Nasruddin Yunus, 2006. Hubungan etnik. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan. Remley, T.P. (1985). The Law and ethical practise in elementary and middle schools. Elementary School Guidance & Counseling, 19, 181-189. Rothenberg, A., & Weissman, A. 2002. The development of programs for pregnant and parenting teens. Social Work in Health Care, 35, 65-83. Sapora Sipon. (2000). Profesionalisme Kaunselor Sekolah: Satu Tinjauan. Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Sabah. Sapora Sipon. (2003). Gejala Sosial Dikalangan Pelajar Dan Keperluan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak. Singh. S and Darroch J.E. (2000) Adolescent Pregnancy and Childbearing : Levels and Trends in Developed Countries Family Planning Perspectives 32(1) pp.14-23. Stone, C. (2002). Negligence in academic advising and abortion counseling: Courts rullings and implications. Professional School Counseling, 6(1), pp 28. Stone, C.B., & Zirkel, P.A. 2010. School Counselor Advocacy: When law and ethics may collide. Professional School Counseling 13(4), 244-247. Swaboda, J.S., Elwork, A., Sales, B.D., & Levine, D. 1978. Knowledge of and compliance with priviledge communication and child – abuse –reporting laws. Professional Psychology, 9(3), 448-457. Tsai Y.F. and Wong T.K. (2003) Strategies for resolving aboriginal adolescent pregnancy in eastern Taiwan. Journal of Advanced Nursing 41 (4), pp 351-357.
  • 17. UNICEF Malaysia Communications. 2008. Young People and Family Planning: Teenage 17 Pregnancy. Wayne C.Huey (1986). Ethical concern in school counseling. Journal of Counseling and Development, vol.64, 321-322.
  • 18. GGBG6733 ISU ETIKA DAN KAUNSELING SEMESTER 1 SESI 2013/14 TAJUK TUGASAN INDIVIDU: REMAJA BAWAH UMUR HAMIL LUAR NIKAH: ISU & ETIKA PROFESIONALISME KAUNSELOR SEKOLAH PENSYARAH: DR.KU SUHAILA BINTI KU JOHARI DISEDIAKAN OLEH NORSIAH BERDI (P71458) SARJANA PENDIDIKAN (BIMBINGAN & KAUNSELING) 18