Pengenalan kaunseling

6,986 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,986
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
551
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengenalan kaunseling

  1. 1. PENGENALAN KAUNSELING Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsippsikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan danpenyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secarasukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan.Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalanklien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinyayang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diriadalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentukdua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layananserta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cubamemahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi danreaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalanyang dihadapinya.kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkanmasalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Olehitu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihanyang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atauantara individu. Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumiaktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantuklien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkanpenyelesian kepada masalah klien.
  2. 2. Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tigadefinisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James(1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untukmenolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana iadapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana denganBlocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untukmenerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhirsekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu prosespembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untukmencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yangbertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
  3. 3. PETA MINDA KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran Menyoal Kemahiran Kemahiran Mendengar Membalas Kemahiran Kemahiran Menghadapi Berkomunikasi Kesenyapan KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran Melakukan Kemahiran Dorongan Membuat Minima Interpretasi Kemahiran Kemahiran Membina Membuat Perhubungan Refleksi
  4. 4. Kemahiran Mendengar • Matlamat utama mendengar adalah mendengar secara aktif dan reflektif. Menjadi pendengar yang aktif dan reflektif tidak bermakna hanya mengangguk dengan apa yang dikatakan penuturPernyataan masalah : Azimah menemui guru kelasuntuk mendaptkan nasihat berhubung keputusanemaknya untuk tidak membenarkan dia pergi kesekolah berasrama penuh. Dia berhajat untuk tetapke sana tanpa menghirakan keputusan ibunya. Guru : Tadi kamu ada menyatakan kamu sayang dengan emak kamu? Betul….. Azimah : Iya….. saya ada cakap begitu tadi. Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Brammer (1973) merumuskan : tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud. Menurut teori Humanistik semasa sesi kaunseling, kaunselor hanya akan mendengar secara aktif serta memberi dorongan yang wajara sepanjang sesi kaunseling. Proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan. Mata untuk melihat bagaimana gerka laku semasa perkataan atau ayat dituturkan. Hidung juga turut menghidu bau-bauan yang ada di sekeliling.
  5. 5. Kemahiran Membalas Secara umumnya Tujuan utama kemahiran membalas seseorang bertindak Dengan membalas terdiri daripada sub balas ke atas kata- kata-kata manusia kemahiran iaitu kata orang lain adalah dapat mewujudkan kemahiran untuk menggalakkan hubungan yang baik penstrukturan, penglibatan masing- antara satu sama lain. dorongan minima dan masing di dalam kemhiran mendengar perbualan itu Menurt Teori Pemusatan Perorangan : Carl Rogers percaya bahawa terapi pemusatan- Penyataan masalah : perorangan adalah Ana merupakan seorang anak kepada terletak di atas asas penagih dadah. Hidup Ana selalu teori yang lebih kukuh dicemuh oleh masyarakat setempat dan berbanding dengan Ana berasa amat tertekan. Ana tidak terapi yang lain ada sesiapa yang ingin mendekati dan kerana hubungannya menolongnya. Dia telah pergi menemui yang rapat dengan guru untuk mengatasi tekanan yang di teori personaliti yang alaminya. telah terbina dengan baik. Contoh : Ana : Saya nak bincang masalah keluarga saya Guru : Hmmm.. silakan. Ana : Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup saya. Guru : (angguk)
  6. 6. Kemahiran Berkomunikasi mengelakkan daripada menggunakan perkataan- perkataan yang sukar difahami oleh klien menggunakan Kaunselor patut perkataan yang menggunakan ayat- mudah supaya klien ayat yang biasa dan tidak berasa rendah bukannya dari buku- diri apabila buku akademik berhadapan dengan kaunselor Kemahiran Komunikasi Komunikasi bukan lisan pula Mesej yang melibatkan gerak berbentuk aksi badan, kontak mata dan postur badan kaunselor. Lima cara utama dalam menghantar komunikasi ; •Mesej lisan •Mesej vokal •Mesej badan •Mesej sentuhan
  7. 7. Kemahiran Konfrontasi Kemahiran Konfrontasi Konfrontasi adalah kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan mereka. Konfrontasi teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan klien berdiam diri. Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antar klien dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang lembut, yang mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan. Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrontasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan Teori Rasional Emotif Terapi : Menurut Albert Ellis, individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakal tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan output. Penyataan masalah : Muhammad memberitahu rakan dan guru bahawa beliau tidak mahu mengikuti rombongan ke Negeri Sembilan. Namun begitu di sudut hatinya dia sangat beringinan untuk mengikuti rombongan tersebut. Pada hakikatnya ibu bapa Zakir tidak membenarkan kepergiannya kerana kesuntukkan wang, demi egonya beliau menyatakan kepada rakan dan guru bahawa beliau langsung tidak berminat untuk mengikuti rombongan tersebut.Jadi secara diam-diam, dia sering berjumpa kaunselor untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang rombongan tersebut. Zakir : Bilakah rombongan ke Negeri Sembilan itu akan bertolak? Guru : Awak telah menyatakan beberapa kali awak tidak meminati rombongan tersebut, tetapi awak kerap bertanyakan saya soal itu.
  8. 8. Kemahiran Refleksi Refleksi merujuk kepada satu usaha Sigmun Freud : memahami klien dari persepsi dirinya Mengikut fahaman sendiri, Ibrahim Ahmad (2002). Pernyataan masalah : psikoanalisis, seorang Kemahiran refleksi ini boleh Suraj berasa gembira individu itu berada dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kerana guru disiplin refleksi isi, refleksi perasaan dan dalam kecelaruan sekolahnya telah mental kerana tidak refleksi pengalaman. Refleksi sesuai berpindah ke sekolah lain. dibuat oleh kaunselor apabila klien Dia tidak perlu lagi berlakunya menunjukkan perubahan tertentu, berjumpa dan dileteri perimbangan id,ego antaranya ialah menangis, tidak mahu oleh guru disiplin tersebut dan superego dalam bercakap, marah, ketawa dan agresif setiap kali dia melakukan dirinya.Selain dari itu atau gelisah. kesalahan. Kesan kaunselor juga boleh daripada itu, dia merasa merefleksi sekiranya tidak gentar untuk percakapan dan melakukan kesalahan perasaan klien yang disiplin lain. Lalu guru dapat dilihat kelasnya mengambil langkah menasihatinya. bercanggah. Bukan itu sahaja, kaunselor juga Suraj : Saya rasa amat boleh menggunakan gembira apabila guru disiplin telah dipindahkan kaedah merefleksi ini ke sekolah lain. sebagai pengukuhan apa yang diluahkan Tindakan kaunselor Guru : Awak lega sebab oleh klien. semasa membuat refleksi : tidak perlu mendengar leteran lagi. - Jangan membuat refleksi terlalu panjang - Tidak membuat refleksi - Jangan menggunakan kepada setiap kenyatan perkataan yang sama yang disampaikan oleh berulang-ulang klien.
  9. 9. 2. Bincangkan bagaimana anda sebagai guru biasa boleh menggunakankemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dan tingkah lakupelajar. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematikberasaskan prinsip kaunseling yang dilakukan oleh kaunselor terlatih bagimenghasilkan perubahan perasaan, pemikiran dan tingkahlaku yang positif untukperkembangan dan penyesuaian peribadi klien, berlandaskan moral etika kaunseling.Kemahiran kaunseling ini bukan perlu dikuasai oleh guru kaunseling sahaja ia jugaperlu dimiliki oleh seorang guru biasa bagi melaksanakan aktiviti bimbingan semasa disekolah. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktivitirundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang gurumenolong murid untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Melalui sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru, diharapkan murid dapatbelajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses danperhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, murid atau klien belajar tetapi guruatau kaunselor tidak mengajar. Fungsi guru pada masa itu adalah sebagai ‘pemandu’yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani murid dalamperjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor/guru tercapaidengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien/murid tidak lagimemerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpabantuan daripada kaunselor/guru lagi. Kesimpulannya, kaunseling merupakan prosespertolongan. Melalui proses ini, murid dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagiproses ini ialah perhubungan antara kaunselor/guru dengan klien/murid atas dasarbahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien/murid berubah.
  10. 10. Antara cara guru biasa boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalammengenal pasti masalah dan tingkah laku pelajar ialah dengan menggunakankemahiran asas melayan dan mendengar. Guru biasa boleh menggunakan keadah inikerana keadah ini amat mudah dan selamat dijalankan. Keadah ini juga tidakmemerlukan kemahiran yang tinggi. Contoh situasi yang mungkin berlaku setiap tahun di sekolah adalah : Azimahmenemui guru kelas untuk mendapatkan nasihat berhubung keputusan emaknya untuktidak membenarkan dia pergi ke sekolah berasrama penuh. Dia berhajat untuk tetap kesana tanpa menghirakan keputusan ibunya. Guru biasa, biasanya berhadapan dengansituasi sebegini. Guru boleh menggunakan soalan tertutup dan terbuka semasamendengar masalah dari pelajar. Guru juga boleh bertanyakan pelajar tentangperasaan mereka terhadap masalah yang mereka hadapi. Ini bertujuan untukmenceminkan perasaan sebalik apa yang diceritakan oleh kanak-kanak. Ia jugabertujuan untuk menggalakkan penerokaan kanak-kanak. Guru hendaklah membukaminda pelajar dengan bertanyakan soalan-soalan terbuka, ini akan menyebabkanpelajar dpat memikirkan apa yang akan meraka dapat lakukan seterusnya. Maka dengan itu para guru biasa perlu mempersiapkan diri dengan kesemuakemahiran asas kaunseling. Kemahiran asas kaunseling ini diperlukan sebagai strategiuntuk menambat hati klien/murid supaya kaunselor/guru dapat terus membantunya.Kemahiran yang baik dan sesuai perlu diikuti oleh tingkahlaku dan personaliti guru yangjuga sempurna bagi memantapkan kejayaan sesuatu proses.
  11. 11. 4.0 REFLEKSIRefleksi Ahmad Najibullah Bin Che Mohd Pelaksanaan Kerja Kursus Pendek (KKP) EDU 3107 semasa praktikum ketigasemester ini banyak memberikan input yang sangat berguna untuk saya aplikasikan didalam kelas pada masa akan datang.Soalan tugasan memerlukan saya dan rakansepasangan saya mencari bahan-bahan bacaan dan kenal pasti kemahiran asaskaunseling yang perlu dimiliki oleh seseorang guru bimbingan dengan menggunakanpeta minda. Selain itu, secara berkumpulan kami perlu membincangkan peranan guru biasaboleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dantingkah laku pelajar. Sebelum membuat tugasan ini juga, saya dan rakan bertungkus-lumus mencari bahan di perpustakaan dan melayari internet. Saya juga berasabimbang kerana mempunyai kekangan untuk bahan mendapatkan rujukan disebabkanbahan rujukan yang tidak mencukupi di perpustakaan dan sekolah. Guru bimbingan dan kaunseling SK Pedas juga banyak membantu kami dalammenyiapkan tugasan pada kali ini. Sebelum mengikuti program EDU 3107, saya kurangmempunyai pengetahuan mengenai kaunseling. Ini mungkin disebabkan gurukaunseling kurang terkenal semasa saya di sekolah dahulu. Melalui tugasan ini saya telah memperolehi banyak input yang bergunaberkaitan kemahiran asas kaunseling. Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatankaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangatberguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosidan psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiranmembina perhubungan, kemahiran membalas, kemahiran menyoal, kemahiranparafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran melakukan dorongan minima, dankemahiran konfrontasi. Selain itu juga, input yang saya dapat ialah saya dapatmengetahui peranan yang boleh dimainkan oleh guru biasa untuk mengenal pastimasalah pelajar.
  12. 12. Kesimpulannya, tugasan seperti wajar di teruskan pada masa akan datingkerana ia membawa lebih banyak manfaat dan kebaikan kepada guru pelatih.

×