SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
1
PERSEPSI MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM DI UNIVERSITI SULTAN
ZAINAL ABIDIN TERHADAP KEJADIAN PENDERAAN DAN PENGABAIAN
IBU BAPA TERHADAP KANAK-KANAK
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini adalah berkaitan dengan Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Unisza
Terhadap Kejadian Penderaan dan Pengabaian Ibu Bapa Terhadap Kanak-Kanak.
Kajian ini juga dilakukan untuk menilai tahap kepekaan Mahasiswa Mahasiswa
Pengajian Islam Unisza Terhadap Kejadian Penderaan dan Pengabaian Ibu Bapa
Terhadap Kanak-Kanak yang berlaku di Malaysia. Seterusnya kajian ini akan
menjelaskan jenis-jenis penderaan dan pengabaian, mengenal pasti faktor-faktor
penderaan dan pengabaian yang dilakukan ibu bapa terhadap kanak-kanak, serta
menjelaskan apakah peruntukan undang-undang yang dikenakan kepada ibu bapa atau
penjaga yang mendera dan mengabaikan kanak-kanak. Cadangan penyelidikan ini
merangkumi beberapa aspek iaitu, pendahuluan, latar belakang kajian, permasalahan
kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis, definisi operatisional, sorotan kajian,
kepentingan kajian, sumbanagn kajian, skop dan batasan kajian, metodologi kajian,
dan organisasi tesis.
2
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Penjagaan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan mereka hendaklah
melaksanakan tugas tersebut dengan sabar agar anak-anak menjadi seorang yang
bersyaksiah baik apabila meningkat dewasa. Antara amanah yang harus
dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak ialah memberi perlindungan
dan keperluan asas berupa makanan, pakaian, perlindungan, pendidikan, kasih sayang
dan sebagainya. Bagaimanapun dalam masyarakat yang serba maju, tidak semua ibu
bapa yang dapat memenuhi keperluan tersebut. Malahan pengabaian terhadap anak-anak
meningkat saban tahun dan lebih parah lagi, hal ini melibatkan kematian.
Menurut Sistem Data Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak Kebangsaan, pengabaian
adalah "sejenis penganiayaan yang merujuk kepada kegagalan oleh penjaga untuk
menyediakan keperluan, penjagaan yang bersesuaian walaupun berkemampuan atau
menerima bantuan kewangan atau sebab-sebab lain untuk berbuat demikian ". Biasanya,
ia boleh dikaitkan dengan corak penjagaan yang tidak mencukupi yang konsisten dan
nyata pada mereka yang rapat dengan kanak-kanak terabai ini.(http://mpaweb.org.my/
13 December 2014)
Menurut Tang (2012). Penderaan pula boleh dikategorikan sebagai penderaan fizikal
dan mental, Penderaan fizikal kanak-kanak, juga dikenali sebagai kecederaan tidak
sengaja atau dipukul/dera. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak mendapat
kecederaan fizikal dari perlakuan (atau pengabaian) ibu bapa, penjaga atau mereka yang
diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak. (www.myhealth.gov.my/ 27 April
2012)
3
Di bawah undang-undang Malaysia, seperti mana terdapat di dalam akta kanak-kanak
2001, seorang kanak-kanak dikira sebagai mengalami kecederaan fizikal jika terdapat
tanda-tanda kecederaan yang boleh dilihat di tubuh kanak-kanak dan kecederaan ini
bukan disebabkan oleh kemalangan dan terdapat bukti seperti luka, calar, melecet,
berparut, patah atau kecederaan tulang, terseliuh, pendarahan, luka di kulit, kebakaran,
melecur, hilang kewarasan atau hilang fungsi psiko logikal atau kehilangan rambut dan
gigi. (Akta kanak-kanak 2001 seksyen 17 (2)(a) )
Pengabaian dan penderaan kanak-kanak tidaklah selalunya mudah dikenal pasti, tetapi
orang yang rapat dengan kanak-kanak yang berkenaan sepatutnya dapat menyedari
bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Pengabaian boleh menyebabkan kerosakan yang
serius terhadap kesihatan kanak-kanak, ataupun terhadap perkembangan fizikal,
rohaniah, mental, moral dan sosial kanak-kanak. (www.unicef.org/malaysia September
2010)
Dalam konteks pengabaian dan kecuaian ibu bapa terhadap anak-anak, terdapat pelbagai
jenis pengabaian dan penderaan yang berlaku di Malaysia . Kes seperti ini banyak
dilaporkan di akhbar sebagai contoh pada 19 Julai 2013 kes yang melibatkan seorang
kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat ditinggalkan ibunya
lebih lima jam di dalam kereta di sebuah sekolah di USJ. Menerusi berita yang
dilaporkan oleh Angelina Sinyang, (2013). Sebelum itu, pada Mei 2011, seorang budak
perempuan tiga tahun ditemui lemas di dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci
ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat,
Kelantan. (www.hmetro.com.my 24 Mei 2011) dalam Hal ini memperlihatkan conto-
contoh kes kecuaian yang dilakukan penjaga dengan meninggalkan anak mereka secara
bersendirian tanpa pengawasan.
4
Kes terkini mengenai pengabaian kanak-kanak dilihat dalam kejadian yang dilaporkan
oleh Arziana Azman (2013) , enam adik beradik termasuk seorang bayi berusia tujuh
bulan ditinggalkan bersendirian di rumah oleh kedua ibu bapa mereka setelah kedua ibu
bapa mereka bertengkar dan berselisihan faham. Lebih menyedihkan, keenam-enam
beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi
perut, manakala adik bongsu mereka hampir „nyawa-nyawa ikan‟ akibat kelaparan
setelah lebih 24 jam ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. (www.sinarharian.com.my 6
Oktober 2013)
Selain daripada itu juga terdapat kes pengabaian dan penderaan yang mengejutkan
masyarakat di Malaysia. Dimana kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur
15 tahun yang ditemui dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan. Beliau
bukan hanya kurus kering sehingga menampakkan tulang rangkanya dan kecil seperti
kanak-kanak, malah memakai baju reput serta ditempatkan di persekitaran bilik rumah
pangsa di Taman Semarak, Nilai yang dipenuhi tanah dan najis. (www2.bharian.com.my
21 Jun 2014)
Pada hakikatnya terdapat banyak kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak saban
hari. Rentetan daripada senario ini memperlihatkan kes penderaan dan pengabaian oleh
ibu bapa terhadap kanak-kanak berada di tahap yang tinggi. Dalam hal ini secara tidak
langsung mengheret kita untuk berfikir bahawa kurangnya kesedaran masyarakat untuk
sama-sama memahami dan memberi perhatian terhadap perkara ini. Sememangnya hal
ini perlu diberi perhatian oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa
dan peringkat umur. Oleh itu berdasarkan kenyataan tersebut, kajian ini diketengahkan
untuk meninjau persepsi pelajar tentang pengabaian dan kecuaian ibu bapa terhadap
kanak-kanak khususnya di Malaysia.
5
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Pada masa ini, kejadian penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak
menjadi suatu senario yang sering berlaku dan berada di tahap yang serius. Berikutan
senario ini, kerajaan telah menetapkan satu dasar perlindungan untuk kanak-kanak.
Dasar Perlindungan Kanak-Kanak ini merupakan satu dasar yang mengandungi
pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001. Dasar ini memberi
tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan
pembangunan bagi melindungi kanak-kanak.(www.jkm.gov.my 28 April 2015). Dalam
hal ini usaha kerajaan dalam menangani kejadian penderaan dan pengabaian kanak-
kanak tidak sepenuhnya diambil berat oleh masyarakat dalam sama-sama membendung
kejadian ini dari terus berlaku. Hal ini kerana masih terdapat kes kanak-kanak dikurung
dalam keadaan kebuluran, dipukul sehingga cedera parah dan sebagainya. Isunya, dalam
hal ini adakah golongan terpelajar memahami dan menyedari tentang senario ini dan
sama-sama mengambil berat dalam usaha kerajaan membendung kejadian penderaan
dan pengabaian? Atau dalam erti kata lain, mereka tidak memahami dan menyedari
tentang kejadian ini?
Berdasarkan kenyataan ini justeru, kajian ini dilakukan kerana kurang pasti tentang
persepsi Mahasiswa Pengajian Islam di UniSZa mengenai kejadian penderaan dan
pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak. Seterusnya menilai tahap kepekaan dan
untuk mengenal pasti apakah jenis, dan faktor-faktor yang menyebabkan kejadian
penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak berlaku.
6
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk :
a) Untuk mengetahui definisi dan pengertian mengenai penderaan dan pengabaian
kanak-kanak.
b) Untuk menjelaskan jenis-jenis penderaan dan pengabaian yang dilakukan oleh
ibu bapa terhadap kanak-kanak.
Manakala objektif khusus kajian ini adalah untuk :
a) Untuk mengenal pasti faktor-faktor penderaan dan pengabaian yang dilakukan
ibu bapa terhadap kanak-kanak.
b) Untuk mengetahui apakah peruntukan undang-undang yang dikenakan kepada
ibu bapa atau penjaga yang mendera dan mengabaikan kanak-kanak
c) Untuk mengetahui persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Unisza mengenai
kejadian penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak.
d) Untuk menilai kepekaan Mahasiswa Pengajian Islam Unisza mengenai kejadian
penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang dapat dibentuk hasil daripada masalah kajian adalah :
a) Apakah yang dimaksudkan dengan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
b) Apakah jenis-jenis penderaan dan pengabaian yang dilakukan ibu bapa terhadap
kanak-kanak.
7
c) Apakah faktor-faktor penderaan dan pengabaian yang dilakukan ibu bapa
terhadap kanak-kanak.
d) Apakah peruntukan undang-undang yang dikenakan kepada ibu bapa atau
penjaga yang mendera dan mengabaikan kanak-kanak
e) Bagaimanakah persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Unisza mengenai kejadian
penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak.
f) Sejauh manakah kepekaan Mahasiswa Pengajian Islam Unisza mengenai
kejadian penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak.
6.0 HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis yang dibina berdasarkan kajian ini ialah :
a) Faktor jantina mempengaruhi tahap kepekaan terhadap kejadian penderaan
dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak
b) Faktor demografi mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar Fakulti
Kontemporari Islam mengenai kejadian penderaan dan pengabaian terhadap
kanak-kanak.
7.0 DEFINISI OPERATIONAL
Dalam kajian ini, pengkaji mengetengahkan empat definisi operasional. Antaranya ialah
:
1. Kanak-kanak
8
Menurut Anita Abdul Rahim (2012), kanak-kanak menurut common law adalah
seseorang yang belum mencapai umur empat belas tahun, walaupun umur tersebut kini
berbeza dari satu bidang kuasa ke bidang kuasa yang lain.
Kamus Oxford Dictionary of Law dalam Anita Abdul Rahim (2012) menyatakan
bahawa kanak-kanak adalah seseorang yang belum dewasa. Menurut kamus ini, tiada
definisi yang tepat atau konklusif bagi kanak-kanak, ia digunakan untuk seseorang yang
di bawah umur empat belas tahun, di bawah umur enam belas tahun dan kadang-kadang
di bawah umur lapan belas tahun. Ia bergantung kepada konteks perkataan yang
digunakan dalam statut yang mentadbirkan sesuatu kes. Selain maksud ini, kamus ini
mentakrifkan kanak-kanak di sudut undang-undang keluarga iaitu ia membawa erti
keturunan dari ibu bapa.
Dalam wasiat, status dan dokumen undang-undang yang lain Family Law
Reform Act 1987 mengandaikan perkataan „kanak-kanak‟ (kecuali dinyatakan
sebaliknya) sebagai merangkumi anak tak sah taraf.
Roger Bird dalam Anita Abdul Rahim (2012), mentakrifkan kanak-kanak
dengan merujuk kepada Children and Young Persons Act 1933, Seksyen 107 sebagai
seseorang yang di bawah umur empat belas tahun,
Manakala menurut Children Act 1975, Seksyen 107(1) dan Adoption Act 1976,
Seksyen 72(1) kanak-kanak ialah seorang yang berumur lapan belas tahun ke bawah.
Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dalam mendefinisikan „kanak-
kanak‟ sebagai seorang yang berada di bawah umur 18 tahun.
Dalam Seksyen 82 Kanun Keseksaan „kanak-kanak‟ didefinisikan sebagai
mereka yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah.
9
2. Penderaan Fizikal
Mengikut Seksyen 17(2)(b) Akta Kanak-kanak 2001, seseorang kanak-kanak itu
dikatakan sebagai telah didera dari segi fizikal jika ada kecederaan yang substantial dan
boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu disebabkan oleh
perbuatan kekerasan yang disengajakan terhadap tubuhnya.
Di dalam Mohd Salleh (2003) „penderaan fizikal‟ didefinisikan sebagai
penderaan yang dapat dilihat pada kesan tubuh badan kanak-kanak seperti berkeadaan
luka, terbakar, patah, lebam dan membawa kepada perkara serius iaitu kematian.
Selain itu, „penderaan fizikal‟ menurut Anisah Che Ngah (2002) ialah lebam
atau keretakan tulang didakwa telah terjatuh dari tempat yang tinggi. Ia juga melibatkan
kesan lecur pada mana bahagian badan atau diselar dengan sesuatu yang panas.
Kemungkinan boleh membawa kepada kecacatan otak.
Menurut Kasmini (1997) di dalam Nor Shafrin Ahmad (2012), „penderaan
fizikal‟ merujuk kepada keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa
atau penjaga.
„Penderaan fizikal‟ merujuk kepada tindakan dan tingkah laku yang
membahayakan kanak-kanak. Di dalam Ann dan Khadijah Alawi (1997) juga,
penderaan fizikal merujuk kepada kecederaan secara sengaja hasil daripada tindakan
atau layanan yang tidak wajar, salah, bahaya dan menghancurkan.
Seterusnya Jal Zabdi Mohd Yusoff (2010) menyatakan „penderaan fizikal‟ berlaku
apabila kanak-kanak dicederakan oleh ibu, bapa atau penjagaannya. ‟Perbuatan‟ atau
„ketinggalan‟ akan terjumlah kepada penderaan fizikal jika ianya dilakukan dengan
segaja atau dengan niat untuk mencederakan kanak-kanak-kanak seperti menendang,
10
menumbuk, menggoncang, menggigit, memukul hingga tidak sedarkan diri dan
mematahkan tulang.
3. Penderaan Emosi
Seksyen 17(2)(b) dalam Akta Kanak-kanak 2001 mendefinisikan “Penderaan Emosi”
sebagai gangguan substantial yang diperlihatkan melalui fungsi mental dan emosi
kanak-kanak itu yang boleh dibuktikan apabila wujudnya kecelaruan mental atau
tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau
perkembangan yang lambat.
Menurut Kasmini Kassim di dalam Jal Zabdi Mohd Yusoff (2010), „penderaan
emosi‟ adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan
minda sehingga minda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang
mengikut keamatan trauma yang berlaku.
Nor Shafrin Ahmad (2012) menyatakan „penderaan emosi‟ ialah luahan
perasaan sama ada sesuatu yang menyenangkan atau tidak.
„Penganiayaan emosi‟ di dalam Anisah Che Ngah (2002), ialah melibatkan
penyingkiran, penyisihan, pengabaian dan penggunaan perkataan yang tidak
memberangsangkan ( kritik, ejek, kutuk, hina, maki hamun) yang memberikan kesan
negatif kepada perkembangan emosi dan psikologi.
11
4. Penderaan Seksual
Seksyen 17(2)(c) dalam Akta Kanak-kanak 2001 mendefinisikan frasa „penderaan
seksual‟ sebagai penganiayaan secara seksual yang bermaksud, jika kanak-kanak itu
telah mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa
aktiviti yang berunsur seks.
Di dalam (Anisah Che Ngah, 2002), „penderaan seksual‟ dapat dikenali daripada
keluar lendir putih daripada alat kelamin mangsa atau terdapat kesan luka.
Begitu juga di dalam (Mohd Salleh Lebar, 2003), „penderaan seksual‟ ialah
tindakan orang dewasa menggunakan kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan
untuk tujuan memuaskan nafsunya dan ia merangkumi memegang tempat sulit kanak-
kanak, menyetubuh (merogol), meliwat dan menunjukkan kemaluan pada kanak-kanak.
Menurut (Corby, 2000) di dalam Nor Shafrin Ahmad (2012), „penderaan
seksual‟ didefinisikan sebagai melibatkan eksploitasi kanak-kanak dan remaja kepada
aktiviti seksual oleh individu dewasa yang matang. Mangsa yang terlibat merupakan
individu yang belum berupaya untuk berdikari dan tidak matang.
„Penderaan seksual‟ di dalam (Jal Zabdi Mohd Yusoff, 2010) bermaksud
penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti seksual yang mereka tidak faham
sepenuhnya apa yang dilakukan atau kanak-kanak berkenaan tidak faham kesan
daripada keizinan yang diberikan atau sesuatu yang bercanggah dengan peranan
sesebuah keluarga.
Menurut Henry Kempe di dalam Jal Zabdi Moh Yusoff (2010) „penderaan
seksual‟ termasuklah perbuatan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak,
rogol, sumbang mahram, mendedahkan kemaluan, seks sadis, pelacuran kanak-kanak
12
dan gambar lucah kanak-kanak serta perbuatan mencabul kehormatan seperti
memegang, mencium atau meraba bahagian sulit kanak-kanak serta perlakuan seks luar
tabii.
Ann dan Khadijah Alawi (1997) menyatakan „penderaan seksual‟ adalah
penderaan dalam bentuk pengeksploitasian terhadap kanak-kanak lelaki atau perempuan
oleh orang dewasa untuk mendapatkan kepuasan seks yang berlaku apabila kanak-
kanak dan remaja bawah umur dilibatkan dalam kegiatan seksual secara paksaan.
Menurut Schehter dan Roberge ( 1976) di dalam Ann dan Khadiajah ( 1997),
„penderaan seksual‟ bermaksud “ The involvement of dependent, developmentally
immature children and adolescents in sexual activities that they do not fully
comprehened, are unable to give informed consent to, and that violate the social
taboo’s of family roles.”
8.0 SOROTAN LITERATUR
Berdasarkan kepada pemerhatian awal, terdapat 16 kajian yang berkaitan dengan kajian
ini.
Menurut Jal Zabdi (2004), Khadijah & Mohamed Fadzil (2007), Nor Shafrin (2012)
dan (Morton dan Phillips, 1998) mereka mengetengahkan isu penderaan dan pengabaian
kanak-kanak di Malaysia. Penulis membincangkan faktor-faktor pengabaian kanak-
kanak dan bentuk penderaan dan pengabaian yang dilakukan terhadap kanak-kanak
seperti penderaan fizikal, emosi, dan seksual. Mereka juga menjelaskan indikasi dan
kesan fizikal kanak-kanak tersebut setelah diabaikan oleh kedua ibu bapa mereka.
13
Manakala, Noor Aziah (2007) dan Kasmini Kassim (1998), pula menghuraikan
mengenai isu penjagaan anak iaitu konflik antara hak anak dan hak ibu bapa. Beliau
membincangkan definisi hak dan konsep-konsep asas berhubung isu penjagaan dan
pemeliharaan kanak-kanak. Tetapi, Kasmini Kassim (1998) lebih menekankan konsep
penderaan khusus kepada penderaan emosi. Manakala, Wan Asma Wan Ismail (1996)
hanya menekankan hak kanak-kanak.
Terdapat beberapa akta yang digunapakai berkaitan dengan penderaan kanak-
kanak antaranya Morton dan Phillips (1998), Sharifah Zahrah Syed Mohamad (1996),
Mohd. Redhuan Aslie (1990) dan Jal Zabdi Mohd Yusoff (2010).
Menurut Zainun Ishak (2006) dan (Morton dan Phillips, 1998) mengetengahkan
elemen jenis-jenis penderaan terhadap kanak-kanak yang dinamakan sebagai penderaan
pengabaian. Malah (Morton dan Phillips, 1998) menekankan tentang pengurusan
penderaan l dan perbezaan
Kajian yang disebutkan adalah dinyatakan oleh Mohd Reduan (1990), Anita
(2012) dan Sharifah Zahrah Syed (1996) yang mengkaji tentang undang-undang
Perlindungan kanak-kanak di Malaysia yang berkaitan dengan kes pengabaian kanak-
kanak. Di dalam buku ini juga menyentuh tentang kadar statsitik pengabaian kanak-
kanak.
Menurut Pathmanathan dan Siti Hajar (2013) kajian yang dibuat adalah tentang
langkah-langkah pencegahan terhadap kes pengabaian kanak-kanak. Manakala di dalam
kajian Jal Zabdi (2010) membincangkan jenis penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
14
Selain itu, kajian (Alfred Kadushin, 1978) dan (Wan Seng dan Khadijah, 1997)
yang mengetengahkan isu pengabaian kanak-kanak di Malaysia manakala (Wan Seng
dan Khadijah, 1997) menyertakan sekali kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah.
Antaranya lagi ialah kajian oleh Anisah (2002) yang memfokuskan kepada
pengenalan dan sejarah pengabaian kanak-kanak yang mempunyai hubung kait dengan
kes pengabaian kanak-kanak. Berbeza dengan kajian Mohd Salleh (2003) mengkaji
definisi terperinci tentang pengabaian kanak-kanak
Berpandukan kepada sorotan kajian diatas, kajian yang dijalankan adalah lebih
tertumpu kepada umum. Namun kajian ini pula ingin mengkaji persepsi Mahasiswa
Pengajian Islam di Unisza Terhadap Kejadian Penderaan Dan Pengabaian Ibu Bapa
Terhadap kanak-kanak kalangan. Ini adalah bagi mengisi kelompongan yang perlu
diperbaiki dan ditambah baik.
9.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan agar dapat membantu beberapa pihak terutamanya kepada para
pelajar, ibu bapa, masyarakat dan organisasi atau pihak berkuasa yang terlibat.
1. Bagi para pelajar, kajian ini dijalankan supaya mereka peka terhadap kecuaian
dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak dan agar mereka juga dapat
berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian daripada terlibat dengan
15
kecuaian dan pengabaian terhadap tanggungjawab sebagai ibu bapa pada masa
hadapan.
2. Bagi ibu bapa pula, kajian ini adalah sebagai satu peringatan dan panduan
kepada mereka supaya dapat memelihara dan menjaga anak-anak mereka
dengan penuh kasih saying dan tidak melakukan kecuaian dan pengabaian
kepada anak-anak mereka.
3. Seterusnya, kajian ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat umum agar
mengambil berat dan tidak memandang enteng tentang perkara ini.
Oleh itu, hasil dapatan kajian ini diharapkan akan dapat memberikan cadangan kepada
pihak berkuasa supaya mereka dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kepada
mereka yang melakukan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
10.0 SUMBANGAN KAJIAN
Di dalam kajian tentang Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Unisza Terhadap
Kejadian Penderaan dan Pengabaian Ibu Bapa Terhadap Kanak-Kanak ini pelbagai
permasalahan, faktor, jenis akan diketengahkan. Hal ini dapat memberi pendedahan dan
membuka mata masyarakat terutamanya komuniti mahasiswa daripada Pengajian Islam
Unisza tentang isu ini. Selain itu kajian ini dibuat untuk memberi gambaran yang lebih
jelas dan mudah difahami oleh masyarakat. Dengan adanya kajian ini, dapat memberi
satu pendedahan khusus kepada pelajar-pelajar daripada Institut Pengajian Tinggi yang
tergolong dalam golongan belia agar memberi perhatian kepada isu ini kerana mereka
16
juga sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang menjadi golongan pelapis di masa
yang akan datang dalam menerajui pimpinan negara ini. Kajain ini juga akan membuka
ruang kepada penyelidik yang lain untuk mengkaji isu ini dan mencari jalan
penyelesaian terbaik bagi kes ini.
11.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai beberapa batasan tertentu. Antaranya adalah :
a) Kajian ini dijalankan di kawasan Kampus Gong Badak UniSZA tanpa
melibatkan mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.
b) Kajian ini dijalankan di Fakulti Kontemporari Islam UniSZA Kampus Gong
Badak. Kajian ini hanya dijalankan terhadap pelajar Tahun 2 sesi 2013/2014.
c) Mereka telah dispesifikasikan kepada 5 kursus yang ditawarkan di Fakulti
Kontemporari Islam, UniSZA. Jumlah responden yang diambil ialah 186
pelajar daripada jumlah keseluruhan populasi iaitu seramai 360 orang pelajar
Tahun 2 di Fakulti Kontemporari Islam.
d) Kajian ini akan menganalisis persepsi pelajar, jenis penderaan dan
pengabaian terhadap kanak-kanak, faktor-faktor penderaan dan pengabaian
terhadap kanak-kanak dan peruntukan undang-undang yang digunapakai.
e) Kajian ini akan membataskan penelitian mengenai penderaan dan
pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak dalam tempoh 5 tahun bermula
2010 sehingga 2014.
17
Oleh itu, sampel kajian hanyalah terbatas kepada responden yang menjadi
gambaran keseluruhan Fakulti Kontemporari Islam UniSZA, tetapi tidak
mewakili keseluruhan mahasiswa UniSZA.
12.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN
12.1 Reka Bentuk Kajian
i. Reka bentuk kajian ini melibatkan kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Jenis
reka bentuk kajian ini ialah bukan eksperimental iaitu kajian tinjauan, di mana
penyelidik mentadbir tinjauan atau soal selidik kepada sampel atau keseluruhan
populasi bagi memperihalkan sikap, pandangan, perlakuan, atau ciri-ciri
populasi. Di samping itu, reka bentuk tinjauan ini berbentuk diskriptif . kajian
ini menggunakan kajian lapangan dan kajian perpustakaan sebagai kajian utama.
Kaedah-kaedah melalui pembacaan juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat dan
data dengan lebih terperinci di samping mengumpul karya-karya lampau dari capaian
internet, tesis-tesis terdahulu dan juga sumber lain. Manakala, jenis kajian pula
melibatkan fokus dan skop, iaitu menggunakan tinjauan sampel.
12.2 Pengumpulan Data
i. Metod Penyelidikan Perpustakaan:
Secara keseluruhannya kajian ini banyak menggunakan metod
perpustakaan dengan menumpukan kepada kajian buku-buku, kertas-
18
kertas kerja, majalah-majalah, akhbar-akhbar dan lain-lain bahan
bercetak sama ada yang diterbitkan atau tidak diterbitkan yang mana
ada kaitan dengan tajuk bagi mendapatkan data dan fakta.
Di antara perpustakaan yang dikunjungi ialah :
a) Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
b) Perpustakaan Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu
c) Perpustakaan Negeri Terengganu
ii. Metod Temubual
Untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas, kajian ini dibuat
dengan melakukan temubual dengan pihak-pihak yang terlibat secara
langsung dengan masalah kajian ini. Antara pihak yang terlibat
adalah hakim-hakim Mahkamah Tinggi yang pernah mengendalikan
kes ini dan pegawai-pegawai daripada agensi-agensi yang terlibat
seperti Kementerian Kebajikan Masyarakat, Bahagian Pembangunan
Keluarga di Jabatan Agama Islam dan NGO-NGO lain yang terlibat.
iii. Metod Soal Selidik
Metod ini dibuat untuk mendapatkan maklumat secara bertulis
daripada responden secara rambang meliputi Pelajar Fakulti
Kontemporari Islam UniSZA tentang persepsi, jenis-jenis kecuaian
dan faktor-faktor pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak.
19
12.3 Analisis Data
Semua data yang diperolehi akan dianlisis dan diolah secara berkesan bagi mendapatkan
gambaran dan pemahaman secara terperinci mengenainya. Ia dilakukan melalui kaedah-kaedah
berikut :
 Induktif
metod induktif merupakan kaedah analisis data dengan menggunakan teori yang bersifat khusus
untuk mencapai kesimpulan yang bersifat umum.
 Deduktif
Kaedah deduktif adalah perkara yang berlawanan dengan kaedah induktif. Kaedah ini
digunakan untuk membuat kesimpulan umum dari maklumat teori yang bersifat khusus.
Dalam kajian ini juga akan menggunakan statistik bagi menguji hipotesis. Analisis statistik
deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Statistik deskriptif
digunakan untuk menentukan tahap kesedaran pemboleh ubah yang menjadi responden dalam
kajian ini. Seterusnya mengetahui persepsi pemboleh ubah terhadap penyelidikan yang
dilakukan.
13.0 ORGANISASI KAJIAN
Kajian ini melibatkan 5 bab. Bab yang pertama ialah bab pendahuluan. Bab
pendahuluan ini merangkumi 10 perkara, iaitu pendahuluan, latar belakang kajian,
20
permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis, definisi operasional,
sorotan kajian, kepentingan kajian, sumbangan kajian, skop dan batasan kajian,
metodologi kajian, dan organisasi tesis.
Dalam bab kedua mempunyai pendahuluan yang terdiri daripada 2 bahagian.
Bahagian pertama ialah definisi penderaan dan pengabaian dari segi bahasa dan istilah
yang terbahagi kepada 2 subtopik dan mengandungi 3 perkara setiapnya. Subtopik
pertama ialah definisi penderaan dari segi bahasa, istilah, dan dari sudut konteks
perundangan, manakala subtopik kedua pula ialah definisi pengabaian dari segi bahasa,
istilah dan dari sudut konteks perundangan. Bahagian kedua pula menerangkan jenis-
jenis penderaan dan pengabaian. Jenis-jenis penderaan terdapat 4 iaitu penderaan
fizikal, penderaan emosi, penderaan seksual dan pengabaian. Manakala jenis-jenis
pengabaian juga terdapat 4 iaitu pengabaian fizikal, pengabaian pendidikan, pengabaian
emosi dan pengabaian nafkah.
Dalam bab 3, kajian ini akan membincangkan dua subtopik. Subtopik yang
pertama akan membincangkan secara terperinci mengenai faktor-faktor penderaan dan
pengabaian kanak-kanak. Manakala dalam subtopik yang kedua, pengkaji akan
menjelaskan dan menyenaraikan peruntukan undang-undang yang digunapakai bagi
penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Manakala di dalam bab 4, penyelidikan ini menjelaskan tentang dapatan kajian
mengenai persepsi Mahasiswa Pengajian Islam UniSZA. Seterusnya, menjelaskan
dapatan kajian mengenai tahap kesedaran Mahasiswa Penjian Islam UniSZA.
21
Di dalam bab 5, iaitu bab yang terakhir, penyelidikan ini akan menjelaskan kesimpulan
hasil kajian dan keputusan hipotesis kajian yang dinyatakan dalam kajian ini.
Seterusnya kajian ini akan memberi komentar dan cadangan mengenai langkah-langkah
penyelesaian kepada isu ini.
14.0 RUJUKAN
Angelina Sinyang,(2013). 19 Julai 2013. Kanak-kanak 3 tahun mati lemas dalam
kereta. Utusan Malaysia.
Anisah Che Ngah. (2002). Penganiayaan Kanak-kanak Satu Kajian Sosioperundangan.
Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anita Abdul Rahim. (2012). Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia.
Selangor : Dawama. Sdn. Bhd.
Arziana Azman. (2013). 6 Oktober 2013. Enam beradik ditinggal kelaparan. Sinar
Harian. Dimuat Turun (http://www.sinarharian.com.my/)
Jal Zabdi Mohd Yusoff. (2010). Jenayah Keganasan Rumah Tangga. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya.
Jal Zabdi Mohd Yusoff . (2010). Jenayah Penderaan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.
J. Mortan, R., & M. Phillips, B. (1998). Kemalangan Dan Kecemasan di kalangan
Kanak-kanak. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Khadijah Alavi & Mohamed Fadzil Che Din. (2007). Penderaan Kanak-kanak :
Cabaran, Cegahan dan Membantu. Kuala Lumpur : Institut Sosial Malaysia.
M. Holder, W., & Schene, P. (1978). Understanding Child Neglect And Abuse.
American Humane Association.
22
Mohd Reduan Aslie. (1990). Jenayah Di Malaysia. Kuala Lumpur : Amk Interaksi
Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Lebar. (2003). Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia. Kolej Universiti
Sains dan Teknologi Malaysia: Kuala Terengganu.
Mohd. Redhuan Aslie, (1990). Jenayah Di Malaysia. Kuala Lumpur: AMK Interaksi
Sdn. Bhd.
Noor Aziah Mohd Awal. (2007). Penjagaan dan Pemeliharaan Anak : Undang-undang
Keluarga (Sivil). Selangor : Dawama Sdn. Bhd.
Nor Shafrin Ahmad. (2012). Mangsa Dera Seksual. Pulau Pinang : Universiti Sains
Malaysia.
R. Nalasamy, Pathmanathan., & Siti Hajar Abu Bakar Ah. (2013). Hak Kanak-kanak
Dalam Jagaan Institusi Awam. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya
Sharifah Zahrah Syed Mohamad, (1996). Perlindungan Kanak-kanak Dalam Islam dan
Perlaksaannya Menurut Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1984. Tesis Sarjana. Tidak diterbitkan. Universiti Teknologi
MARA.
Siti Hajar Abu Bakar & R. Nalasamy. (2013). Hak Kanak-Kanak Dalam Jagaan
Institusi Awam. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
Tang, Y.T. (2012). Penderaan Fizikal. Dimuat Turun daripada
http://www.myhealth.gov.my.
Wan Asma Wan Ismail. (1996). Panduan Kearah Mencegah Penderaan dan
Penganiayaan Kanak-kanak. Kota Baharu: A&D Printing and Stationery Co.
Sdn. Bhd.
Zainun Ishak. (2006). Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
13 December 2014. Pengabaian dan Penderaan Kanak-kanak. Dimuat Turun daripada
http://mpaweb.org.my.
23
21 Jun 2014. Operasi PATI Temui Remaja OKU Dikurung, Badan Kurus Kering. Berita
Harian. Dimuat Turun daripada http://www2.bharian.com.my.

More Related Content

What's hot

Teori Maslow dalam Perspektif Islam
Teori Maslow dalam Perspektif IslamTeori Maslow dalam Perspektif Islam
Teori Maslow dalam Perspektif IslamKhairul Azwan
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHPELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHSyaza Mohd Sabri
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Solat ketika sakit
Solat ketika sakitSolat ketika sakit
Solat ketika sakitnasuha79 nas
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baruJamaliah Hashim
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandurastupidpaboidiot
 
Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum Indiacikalyani
 
Gaya pembelajaran model dunn & dunn
Gaya pembelajaran model dunn & dunnGaya pembelajaran model dunn & dunn
Gaya pembelajaran model dunn & dunnElsiedoraGerard
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeSiti Zulaikha
 
Pantang larang masyarakat asli
Pantang larang masyarakat asliPantang larang masyarakat asli
Pantang larang masyarakat asliabbyieda
 
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungAf'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungUstajah ILa AzieLa
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataOpie Mohamad
 

What's hot (20)

Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Teori Maslow dalam Perspektif Islam
Teori Maslow dalam Perspektif IslamTeori Maslow dalam Perspektif Islam
Teori Maslow dalam Perspektif Islam
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHPELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Solat ketika sakit
Solat ketika sakitSolat ketika sakit
Solat ketika sakit
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
 
Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum India
 
Gaya pembelajaran model dunn & dunn
Gaya pembelajaran model dunn & dunnGaya pembelajaran model dunn & dunn
Gaya pembelajaran model dunn & dunn
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Bab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadatBab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadat
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 
Pantang larang masyarakat asli
Pantang larang masyarakat asliPantang larang masyarakat asli
Pantang larang masyarakat asli
 
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungAf'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
 

Similar to Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Pengabaian Dan Penderaan Oleh Ibu Bapa Terhadap Kanak-kanak

Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Lei Sing
 
Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksualArra Asri
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Zulfadhli Zulpress
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahAnn Suhana
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahAnn Suhana
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zuraAzura Aziz
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatrajnand
 
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangSejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangMazlili Suhaini
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Dasar perlindungan kanak
Dasar perlindungan kanakDasar perlindungan kanak
Dasar perlindungan kanakKaynine Kiko
 
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahPenglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahHon Shan Shan
 
HAK & TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK
HAK & TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAKHAK & TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK
HAK & TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAKANIS IBRAHIM
 
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORMASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORzatul ayuni
 

Similar to Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Pengabaian Dan Penderaan Oleh Ibu Bapa Terhadap Kanak-kanak (20)

Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1
 
Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksual
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
 
Folio sivik
Folio sivikFolio sivik
Folio sivik
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
Buli 5
Buli 5Buli 5
Buli 5
 
Edu hak asasi kanak2 telegram
Edu   hak asasi kanak2 telegramEdu   hak asasi kanak2 telegram
Edu hak asasi kanak2 telegram
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zura
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangSejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
 
Ceramah Buli _CGU zUL.pptx
Ceramah Buli _CGU zUL.pptxCeramah Buli _CGU zUL.pptx
Ceramah Buli _CGU zUL.pptx
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Dasar perlindungan kanak
Dasar perlindungan kanakDasar perlindungan kanak
Dasar perlindungan kanak
 
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahPenglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
 
HAK & TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK
HAK & TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAKHAK & TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK
HAK & TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK
 
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORMASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
 

Recently uploaded

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Recently uploaded (11)

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Pengabaian Dan Penderaan Oleh Ibu Bapa Terhadap Kanak-kanak

  • 1. 1 PERSEPSI MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN TERHADAP KEJADIAN PENDERAAN DAN PENGABAIAN IBU BAPA TERHADAP KANAK-KANAK 1.0 PENDAHULUAN Kajian ini adalah berkaitan dengan Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Unisza Terhadap Kejadian Penderaan dan Pengabaian Ibu Bapa Terhadap Kanak-Kanak. Kajian ini juga dilakukan untuk menilai tahap kepekaan Mahasiswa Mahasiswa Pengajian Islam Unisza Terhadap Kejadian Penderaan dan Pengabaian Ibu Bapa Terhadap Kanak-Kanak yang berlaku di Malaysia. Seterusnya kajian ini akan menjelaskan jenis-jenis penderaan dan pengabaian, mengenal pasti faktor-faktor penderaan dan pengabaian yang dilakukan ibu bapa terhadap kanak-kanak, serta menjelaskan apakah peruntukan undang-undang yang dikenakan kepada ibu bapa atau penjaga yang mendera dan mengabaikan kanak-kanak. Cadangan penyelidikan ini merangkumi beberapa aspek iaitu, pendahuluan, latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis, definisi operatisional, sorotan kajian, kepentingan kajian, sumbanagn kajian, skop dan batasan kajian, metodologi kajian, dan organisasi tesis.
  • 2. 2 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Penjagaan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan mereka hendaklah melaksanakan tugas tersebut dengan sabar agar anak-anak menjadi seorang yang bersyaksiah baik apabila meningkat dewasa. Antara amanah yang harus dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak ialah memberi perlindungan dan keperluan asas berupa makanan, pakaian, perlindungan, pendidikan, kasih sayang dan sebagainya. Bagaimanapun dalam masyarakat yang serba maju, tidak semua ibu bapa yang dapat memenuhi keperluan tersebut. Malahan pengabaian terhadap anak-anak meningkat saban tahun dan lebih parah lagi, hal ini melibatkan kematian. Menurut Sistem Data Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak Kebangsaan, pengabaian adalah "sejenis penganiayaan yang merujuk kepada kegagalan oleh penjaga untuk menyediakan keperluan, penjagaan yang bersesuaian walaupun berkemampuan atau menerima bantuan kewangan atau sebab-sebab lain untuk berbuat demikian ". Biasanya, ia boleh dikaitkan dengan corak penjagaan yang tidak mencukupi yang konsisten dan nyata pada mereka yang rapat dengan kanak-kanak terabai ini.(http://mpaweb.org.my/ 13 December 2014) Menurut Tang (2012). Penderaan pula boleh dikategorikan sebagai penderaan fizikal dan mental, Penderaan fizikal kanak-kanak, juga dikenali sebagai kecederaan tidak sengaja atau dipukul/dera. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak mendapat kecederaan fizikal dari perlakuan (atau pengabaian) ibu bapa, penjaga atau mereka yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak. (www.myhealth.gov.my/ 27 April 2012)
  • 3. 3 Di bawah undang-undang Malaysia, seperti mana terdapat di dalam akta kanak-kanak 2001, seorang kanak-kanak dikira sebagai mengalami kecederaan fizikal jika terdapat tanda-tanda kecederaan yang boleh dilihat di tubuh kanak-kanak dan kecederaan ini bukan disebabkan oleh kemalangan dan terdapat bukti seperti luka, calar, melecet, berparut, patah atau kecederaan tulang, terseliuh, pendarahan, luka di kulit, kebakaran, melecur, hilang kewarasan atau hilang fungsi psiko logikal atau kehilangan rambut dan gigi. (Akta kanak-kanak 2001 seksyen 17 (2)(a) ) Pengabaian dan penderaan kanak-kanak tidaklah selalunya mudah dikenal pasti, tetapi orang yang rapat dengan kanak-kanak yang berkenaan sepatutnya dapat menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Pengabaian boleh menyebabkan kerosakan yang serius terhadap kesihatan kanak-kanak, ataupun terhadap perkembangan fizikal, rohaniah, mental, moral dan sosial kanak-kanak. (www.unicef.org/malaysia September 2010) Dalam konteks pengabaian dan kecuaian ibu bapa terhadap anak-anak, terdapat pelbagai jenis pengabaian dan penderaan yang berlaku di Malaysia . Kes seperti ini banyak dilaporkan di akhbar sebagai contoh pada 19 Julai 2013 kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta di sebuah sekolah di USJ. Menerusi berita yang dilaporkan oleh Angelina Sinyang, (2013). Sebelum itu, pada Mei 2011, seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas di dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan. (www.hmetro.com.my 24 Mei 2011) dalam Hal ini memperlihatkan conto- contoh kes kecuaian yang dilakukan penjaga dengan meninggalkan anak mereka secara bersendirian tanpa pengawasan.
  • 4. 4 Kes terkini mengenai pengabaian kanak-kanak dilihat dalam kejadian yang dilaporkan oleh Arziana Azman (2013) , enam adik beradik termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan bersendirian di rumah oleh kedua ibu bapa mereka setelah kedua ibu bapa mereka bertengkar dan berselisihan faham. Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka hampir „nyawa-nyawa ikan‟ akibat kelaparan setelah lebih 24 jam ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. (www.sinarharian.com.my 6 Oktober 2013) Selain daripada itu juga terdapat kes pengabaian dan penderaan yang mengejutkan masyarakat di Malaysia. Dimana kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur 15 tahun yang ditemui dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan. Beliau bukan hanya kurus kering sehingga menampakkan tulang rangkanya dan kecil seperti kanak-kanak, malah memakai baju reput serta ditempatkan di persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai yang dipenuhi tanah dan najis. (www2.bharian.com.my 21 Jun 2014) Pada hakikatnya terdapat banyak kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak saban hari. Rentetan daripada senario ini memperlihatkan kes penderaan dan pengabaian oleh ibu bapa terhadap kanak-kanak berada di tahap yang tinggi. Dalam hal ini secara tidak langsung mengheret kita untuk berfikir bahawa kurangnya kesedaran masyarakat untuk sama-sama memahami dan memberi perhatian terhadap perkara ini. Sememangnya hal ini perlu diberi perhatian oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan peringkat umur. Oleh itu berdasarkan kenyataan tersebut, kajian ini diketengahkan untuk meninjau persepsi pelajar tentang pengabaian dan kecuaian ibu bapa terhadap kanak-kanak khususnya di Malaysia.
  • 5. 5 3.0 PERMASALAHAN KAJIAN Pada masa ini, kejadian penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak menjadi suatu senario yang sering berlaku dan berada di tahap yang serius. Berikutan senario ini, kerajaan telah menetapkan satu dasar perlindungan untuk kanak-kanak. Dasar Perlindungan Kanak-Kanak ini merupakan satu dasar yang mengandungi pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001. Dasar ini memberi tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan bagi melindungi kanak-kanak.(www.jkm.gov.my 28 April 2015). Dalam hal ini usaha kerajaan dalam menangani kejadian penderaan dan pengabaian kanak- kanak tidak sepenuhnya diambil berat oleh masyarakat dalam sama-sama membendung kejadian ini dari terus berlaku. Hal ini kerana masih terdapat kes kanak-kanak dikurung dalam keadaan kebuluran, dipukul sehingga cedera parah dan sebagainya. Isunya, dalam hal ini adakah golongan terpelajar memahami dan menyedari tentang senario ini dan sama-sama mengambil berat dalam usaha kerajaan membendung kejadian penderaan dan pengabaian? Atau dalam erti kata lain, mereka tidak memahami dan menyedari tentang kejadian ini? Berdasarkan kenyataan ini justeru, kajian ini dilakukan kerana kurang pasti tentang persepsi Mahasiswa Pengajian Islam di UniSZa mengenai kejadian penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak. Seterusnya menilai tahap kepekaan dan untuk mengenal pasti apakah jenis, dan faktor-faktor yang menyebabkan kejadian penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak berlaku.
  • 6. 6 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum kajian ini adalah untuk : a) Untuk mengetahui definisi dan pengertian mengenai penderaan dan pengabaian kanak-kanak. b) Untuk menjelaskan jenis-jenis penderaan dan pengabaian yang dilakukan oleh ibu bapa terhadap kanak-kanak. Manakala objektif khusus kajian ini adalah untuk : a) Untuk mengenal pasti faktor-faktor penderaan dan pengabaian yang dilakukan ibu bapa terhadap kanak-kanak. b) Untuk mengetahui apakah peruntukan undang-undang yang dikenakan kepada ibu bapa atau penjaga yang mendera dan mengabaikan kanak-kanak c) Untuk mengetahui persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Unisza mengenai kejadian penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak. d) Untuk menilai kepekaan Mahasiswa Pengajian Islam Unisza mengenai kejadian penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak. 5.0 PERSOALAN KAJIAN Persoalan yang dapat dibentuk hasil daripada masalah kajian adalah : a) Apakah yang dimaksudkan dengan penderaan dan pengabaian kanak-kanak. b) Apakah jenis-jenis penderaan dan pengabaian yang dilakukan ibu bapa terhadap kanak-kanak.
  • 7. 7 c) Apakah faktor-faktor penderaan dan pengabaian yang dilakukan ibu bapa terhadap kanak-kanak. d) Apakah peruntukan undang-undang yang dikenakan kepada ibu bapa atau penjaga yang mendera dan mengabaikan kanak-kanak e) Bagaimanakah persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Unisza mengenai kejadian penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak. f) Sejauh manakah kepekaan Mahasiswa Pengajian Islam Unisza mengenai kejadian penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak. 6.0 HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis yang dibina berdasarkan kajian ini ialah : a) Faktor jantina mempengaruhi tahap kepekaan terhadap kejadian penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak b) Faktor demografi mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar Fakulti Kontemporari Islam mengenai kejadian penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak. 7.0 DEFINISI OPERATIONAL Dalam kajian ini, pengkaji mengetengahkan empat definisi operasional. Antaranya ialah : 1. Kanak-kanak
  • 8. 8 Menurut Anita Abdul Rahim (2012), kanak-kanak menurut common law adalah seseorang yang belum mencapai umur empat belas tahun, walaupun umur tersebut kini berbeza dari satu bidang kuasa ke bidang kuasa yang lain. Kamus Oxford Dictionary of Law dalam Anita Abdul Rahim (2012) menyatakan bahawa kanak-kanak adalah seseorang yang belum dewasa. Menurut kamus ini, tiada definisi yang tepat atau konklusif bagi kanak-kanak, ia digunakan untuk seseorang yang di bawah umur empat belas tahun, di bawah umur enam belas tahun dan kadang-kadang di bawah umur lapan belas tahun. Ia bergantung kepada konteks perkataan yang digunakan dalam statut yang mentadbirkan sesuatu kes. Selain maksud ini, kamus ini mentakrifkan kanak-kanak di sudut undang-undang keluarga iaitu ia membawa erti keturunan dari ibu bapa. Dalam wasiat, status dan dokumen undang-undang yang lain Family Law Reform Act 1987 mengandaikan perkataan „kanak-kanak‟ (kecuali dinyatakan sebaliknya) sebagai merangkumi anak tak sah taraf. Roger Bird dalam Anita Abdul Rahim (2012), mentakrifkan kanak-kanak dengan merujuk kepada Children and Young Persons Act 1933, Seksyen 107 sebagai seseorang yang di bawah umur empat belas tahun, Manakala menurut Children Act 1975, Seksyen 107(1) dan Adoption Act 1976, Seksyen 72(1) kanak-kanak ialah seorang yang berumur lapan belas tahun ke bawah. Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dalam mendefinisikan „kanak- kanak‟ sebagai seorang yang berada di bawah umur 18 tahun. Dalam Seksyen 82 Kanun Keseksaan „kanak-kanak‟ didefinisikan sebagai mereka yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah.
  • 9. 9 2. Penderaan Fizikal Mengikut Seksyen 17(2)(b) Akta Kanak-kanak 2001, seseorang kanak-kanak itu dikatakan sebagai telah didera dari segi fizikal jika ada kecederaan yang substantial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu disebabkan oleh perbuatan kekerasan yang disengajakan terhadap tubuhnya. Di dalam Mohd Salleh (2003) „penderaan fizikal‟ didefinisikan sebagai penderaan yang dapat dilihat pada kesan tubuh badan kanak-kanak seperti berkeadaan luka, terbakar, patah, lebam dan membawa kepada perkara serius iaitu kematian. Selain itu, „penderaan fizikal‟ menurut Anisah Che Ngah (2002) ialah lebam atau keretakan tulang didakwa telah terjatuh dari tempat yang tinggi. Ia juga melibatkan kesan lecur pada mana bahagian badan atau diselar dengan sesuatu yang panas. Kemungkinan boleh membawa kepada kecacatan otak. Menurut Kasmini (1997) di dalam Nor Shafrin Ahmad (2012), „penderaan fizikal‟ merujuk kepada keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa atau penjaga. „Penderaan fizikal‟ merujuk kepada tindakan dan tingkah laku yang membahayakan kanak-kanak. Di dalam Ann dan Khadijah Alawi (1997) juga, penderaan fizikal merujuk kepada kecederaan secara sengaja hasil daripada tindakan atau layanan yang tidak wajar, salah, bahaya dan menghancurkan. Seterusnya Jal Zabdi Mohd Yusoff (2010) menyatakan „penderaan fizikal‟ berlaku apabila kanak-kanak dicederakan oleh ibu, bapa atau penjagaannya. ‟Perbuatan‟ atau „ketinggalan‟ akan terjumlah kepada penderaan fizikal jika ianya dilakukan dengan segaja atau dengan niat untuk mencederakan kanak-kanak-kanak seperti menendang,
  • 10. 10 menumbuk, menggoncang, menggigit, memukul hingga tidak sedarkan diri dan mematahkan tulang. 3. Penderaan Emosi Seksyen 17(2)(b) dalam Akta Kanak-kanak 2001 mendefinisikan “Penderaan Emosi” sebagai gangguan substantial yang diperlihatkan melalui fungsi mental dan emosi kanak-kanak itu yang boleh dibuktikan apabila wujudnya kecelaruan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau perkembangan yang lambat. Menurut Kasmini Kassim di dalam Jal Zabdi Mohd Yusoff (2010), „penderaan emosi‟ adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Nor Shafrin Ahmad (2012) menyatakan „penderaan emosi‟ ialah luahan perasaan sama ada sesuatu yang menyenangkan atau tidak. „Penganiayaan emosi‟ di dalam Anisah Che Ngah (2002), ialah melibatkan penyingkiran, penyisihan, pengabaian dan penggunaan perkataan yang tidak memberangsangkan ( kritik, ejek, kutuk, hina, maki hamun) yang memberikan kesan negatif kepada perkembangan emosi dan psikologi.
  • 11. 11 4. Penderaan Seksual Seksyen 17(2)(c) dalam Akta Kanak-kanak 2001 mendefinisikan frasa „penderaan seksual‟ sebagai penganiayaan secara seksual yang bermaksud, jika kanak-kanak itu telah mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks. Di dalam (Anisah Che Ngah, 2002), „penderaan seksual‟ dapat dikenali daripada keluar lendir putih daripada alat kelamin mangsa atau terdapat kesan luka. Begitu juga di dalam (Mohd Salleh Lebar, 2003), „penderaan seksual‟ ialah tindakan orang dewasa menggunakan kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan untuk tujuan memuaskan nafsunya dan ia merangkumi memegang tempat sulit kanak- kanak, menyetubuh (merogol), meliwat dan menunjukkan kemaluan pada kanak-kanak. Menurut (Corby, 2000) di dalam Nor Shafrin Ahmad (2012), „penderaan seksual‟ didefinisikan sebagai melibatkan eksploitasi kanak-kanak dan remaja kepada aktiviti seksual oleh individu dewasa yang matang. Mangsa yang terlibat merupakan individu yang belum berupaya untuk berdikari dan tidak matang. „Penderaan seksual‟ di dalam (Jal Zabdi Mohd Yusoff, 2010) bermaksud penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti seksual yang mereka tidak faham sepenuhnya apa yang dilakukan atau kanak-kanak berkenaan tidak faham kesan daripada keizinan yang diberikan atau sesuatu yang bercanggah dengan peranan sesebuah keluarga. Menurut Henry Kempe di dalam Jal Zabdi Moh Yusoff (2010) „penderaan seksual‟ termasuklah perbuatan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak, rogol, sumbang mahram, mendedahkan kemaluan, seks sadis, pelacuran kanak-kanak
  • 12. 12 dan gambar lucah kanak-kanak serta perbuatan mencabul kehormatan seperti memegang, mencium atau meraba bahagian sulit kanak-kanak serta perlakuan seks luar tabii. Ann dan Khadijah Alawi (1997) menyatakan „penderaan seksual‟ adalah penderaan dalam bentuk pengeksploitasian terhadap kanak-kanak lelaki atau perempuan oleh orang dewasa untuk mendapatkan kepuasan seks yang berlaku apabila kanak- kanak dan remaja bawah umur dilibatkan dalam kegiatan seksual secara paksaan. Menurut Schehter dan Roberge ( 1976) di dalam Ann dan Khadiajah ( 1997), „penderaan seksual‟ bermaksud “ The involvement of dependent, developmentally immature children and adolescents in sexual activities that they do not fully comprehened, are unable to give informed consent to, and that violate the social taboo’s of family roles.” 8.0 SOROTAN LITERATUR Berdasarkan kepada pemerhatian awal, terdapat 16 kajian yang berkaitan dengan kajian ini. Menurut Jal Zabdi (2004), Khadijah & Mohamed Fadzil (2007), Nor Shafrin (2012) dan (Morton dan Phillips, 1998) mereka mengetengahkan isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak di Malaysia. Penulis membincangkan faktor-faktor pengabaian kanak- kanak dan bentuk penderaan dan pengabaian yang dilakukan terhadap kanak-kanak seperti penderaan fizikal, emosi, dan seksual. Mereka juga menjelaskan indikasi dan kesan fizikal kanak-kanak tersebut setelah diabaikan oleh kedua ibu bapa mereka.
  • 13. 13 Manakala, Noor Aziah (2007) dan Kasmini Kassim (1998), pula menghuraikan mengenai isu penjagaan anak iaitu konflik antara hak anak dan hak ibu bapa. Beliau membincangkan definisi hak dan konsep-konsep asas berhubung isu penjagaan dan pemeliharaan kanak-kanak. Tetapi, Kasmini Kassim (1998) lebih menekankan konsep penderaan khusus kepada penderaan emosi. Manakala, Wan Asma Wan Ismail (1996) hanya menekankan hak kanak-kanak. Terdapat beberapa akta yang digunapakai berkaitan dengan penderaan kanak- kanak antaranya Morton dan Phillips (1998), Sharifah Zahrah Syed Mohamad (1996), Mohd. Redhuan Aslie (1990) dan Jal Zabdi Mohd Yusoff (2010). Menurut Zainun Ishak (2006) dan (Morton dan Phillips, 1998) mengetengahkan elemen jenis-jenis penderaan terhadap kanak-kanak yang dinamakan sebagai penderaan pengabaian. Malah (Morton dan Phillips, 1998) menekankan tentang pengurusan penderaan l dan perbezaan Kajian yang disebutkan adalah dinyatakan oleh Mohd Reduan (1990), Anita (2012) dan Sharifah Zahrah Syed (1996) yang mengkaji tentang undang-undang Perlindungan kanak-kanak di Malaysia yang berkaitan dengan kes pengabaian kanak- kanak. Di dalam buku ini juga menyentuh tentang kadar statsitik pengabaian kanak- kanak. Menurut Pathmanathan dan Siti Hajar (2013) kajian yang dibuat adalah tentang langkah-langkah pencegahan terhadap kes pengabaian kanak-kanak. Manakala di dalam kajian Jal Zabdi (2010) membincangkan jenis penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
  • 14. 14 Selain itu, kajian (Alfred Kadushin, 1978) dan (Wan Seng dan Khadijah, 1997) yang mengetengahkan isu pengabaian kanak-kanak di Malaysia manakala (Wan Seng dan Khadijah, 1997) menyertakan sekali kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah. Antaranya lagi ialah kajian oleh Anisah (2002) yang memfokuskan kepada pengenalan dan sejarah pengabaian kanak-kanak yang mempunyai hubung kait dengan kes pengabaian kanak-kanak. Berbeza dengan kajian Mohd Salleh (2003) mengkaji definisi terperinci tentang pengabaian kanak-kanak Berpandukan kepada sorotan kajian diatas, kajian yang dijalankan adalah lebih tertumpu kepada umum. Namun kajian ini pula ingin mengkaji persepsi Mahasiswa Pengajian Islam di Unisza Terhadap Kejadian Penderaan Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhadap kanak-kanak kalangan. Ini adalah bagi mengisi kelompongan yang perlu diperbaiki dan ditambah baik. 9.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dijalankan agar dapat membantu beberapa pihak terutamanya kepada para pelajar, ibu bapa, masyarakat dan organisasi atau pihak berkuasa yang terlibat. 1. Bagi para pelajar, kajian ini dijalankan supaya mereka peka terhadap kecuaian dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak dan agar mereka juga dapat berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian daripada terlibat dengan
  • 15. 15 kecuaian dan pengabaian terhadap tanggungjawab sebagai ibu bapa pada masa hadapan. 2. Bagi ibu bapa pula, kajian ini adalah sebagai satu peringatan dan panduan kepada mereka supaya dapat memelihara dan menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih saying dan tidak melakukan kecuaian dan pengabaian kepada anak-anak mereka. 3. Seterusnya, kajian ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat umum agar mengambil berat dan tidak memandang enteng tentang perkara ini. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini diharapkan akan dapat memberikan cadangan kepada pihak berkuasa supaya mereka dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang melakukan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak. 10.0 SUMBANGAN KAJIAN Di dalam kajian tentang Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Unisza Terhadap Kejadian Penderaan dan Pengabaian Ibu Bapa Terhadap Kanak-Kanak ini pelbagai permasalahan, faktor, jenis akan diketengahkan. Hal ini dapat memberi pendedahan dan membuka mata masyarakat terutamanya komuniti mahasiswa daripada Pengajian Islam Unisza tentang isu ini. Selain itu kajian ini dibuat untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan mudah difahami oleh masyarakat. Dengan adanya kajian ini, dapat memberi satu pendedahan khusus kepada pelajar-pelajar daripada Institut Pengajian Tinggi yang tergolong dalam golongan belia agar memberi perhatian kepada isu ini kerana mereka
  • 16. 16 juga sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang menjadi golongan pelapis di masa yang akan datang dalam menerajui pimpinan negara ini. Kajain ini juga akan membuka ruang kepada penyelidik yang lain untuk mengkaji isu ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kes ini. 11.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini mempunyai beberapa batasan tertentu. Antaranya adalah : a) Kajian ini dijalankan di kawasan Kampus Gong Badak UniSZA tanpa melibatkan mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. b) Kajian ini dijalankan di Fakulti Kontemporari Islam UniSZA Kampus Gong Badak. Kajian ini hanya dijalankan terhadap pelajar Tahun 2 sesi 2013/2014. c) Mereka telah dispesifikasikan kepada 5 kursus yang ditawarkan di Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA. Jumlah responden yang diambil ialah 186 pelajar daripada jumlah keseluruhan populasi iaitu seramai 360 orang pelajar Tahun 2 di Fakulti Kontemporari Islam. d) Kajian ini akan menganalisis persepsi pelajar, jenis penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak, faktor-faktor penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak dan peruntukan undang-undang yang digunapakai. e) Kajian ini akan membataskan penelitian mengenai penderaan dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak dalam tempoh 5 tahun bermula 2010 sehingga 2014.
  • 17. 17 Oleh itu, sampel kajian hanyalah terbatas kepada responden yang menjadi gambaran keseluruhan Fakulti Kontemporari Islam UniSZA, tetapi tidak mewakili keseluruhan mahasiswa UniSZA. 12.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN 12.1 Reka Bentuk Kajian i. Reka bentuk kajian ini melibatkan kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Jenis reka bentuk kajian ini ialah bukan eksperimental iaitu kajian tinjauan, di mana penyelidik mentadbir tinjauan atau soal selidik kepada sampel atau keseluruhan populasi bagi memperihalkan sikap, pandangan, perlakuan, atau ciri-ciri populasi. Di samping itu, reka bentuk tinjauan ini berbentuk diskriptif . kajian ini menggunakan kajian lapangan dan kajian perpustakaan sebagai kajian utama. Kaedah-kaedah melalui pembacaan juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat dan data dengan lebih terperinci di samping mengumpul karya-karya lampau dari capaian internet, tesis-tesis terdahulu dan juga sumber lain. Manakala, jenis kajian pula melibatkan fokus dan skop, iaitu menggunakan tinjauan sampel. 12.2 Pengumpulan Data i. Metod Penyelidikan Perpustakaan: Secara keseluruhannya kajian ini banyak menggunakan metod perpustakaan dengan menumpukan kepada kajian buku-buku, kertas-
  • 18. 18 kertas kerja, majalah-majalah, akhbar-akhbar dan lain-lain bahan bercetak sama ada yang diterbitkan atau tidak diterbitkan yang mana ada kaitan dengan tajuk bagi mendapatkan data dan fakta. Di antara perpustakaan yang dikunjungi ialah : a) Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu b) Perpustakaan Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu c) Perpustakaan Negeri Terengganu ii. Metod Temubual Untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas, kajian ini dibuat dengan melakukan temubual dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan masalah kajian ini. Antara pihak yang terlibat adalah hakim-hakim Mahkamah Tinggi yang pernah mengendalikan kes ini dan pegawai-pegawai daripada agensi-agensi yang terlibat seperti Kementerian Kebajikan Masyarakat, Bahagian Pembangunan Keluarga di Jabatan Agama Islam dan NGO-NGO lain yang terlibat. iii. Metod Soal Selidik Metod ini dibuat untuk mendapatkan maklumat secara bertulis daripada responden secara rambang meliputi Pelajar Fakulti Kontemporari Islam UniSZA tentang persepsi, jenis-jenis kecuaian dan faktor-faktor pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak.
  • 19. 19 12.3 Analisis Data Semua data yang diperolehi akan dianlisis dan diolah secara berkesan bagi mendapatkan gambaran dan pemahaman secara terperinci mengenainya. Ia dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut :  Induktif metod induktif merupakan kaedah analisis data dengan menggunakan teori yang bersifat khusus untuk mencapai kesimpulan yang bersifat umum.  Deduktif Kaedah deduktif adalah perkara yang berlawanan dengan kaedah induktif. Kaedah ini digunakan untuk membuat kesimpulan umum dari maklumat teori yang bersifat khusus. Dalam kajian ini juga akan menggunakan statistik bagi menguji hipotesis. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan tahap kesedaran pemboleh ubah yang menjadi responden dalam kajian ini. Seterusnya mengetahui persepsi pemboleh ubah terhadap penyelidikan yang dilakukan. 13.0 ORGANISASI KAJIAN Kajian ini melibatkan 5 bab. Bab yang pertama ialah bab pendahuluan. Bab pendahuluan ini merangkumi 10 perkara, iaitu pendahuluan, latar belakang kajian,
  • 20. 20 permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis, definisi operasional, sorotan kajian, kepentingan kajian, sumbangan kajian, skop dan batasan kajian, metodologi kajian, dan organisasi tesis. Dalam bab kedua mempunyai pendahuluan yang terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian pertama ialah definisi penderaan dan pengabaian dari segi bahasa dan istilah yang terbahagi kepada 2 subtopik dan mengandungi 3 perkara setiapnya. Subtopik pertama ialah definisi penderaan dari segi bahasa, istilah, dan dari sudut konteks perundangan, manakala subtopik kedua pula ialah definisi pengabaian dari segi bahasa, istilah dan dari sudut konteks perundangan. Bahagian kedua pula menerangkan jenis- jenis penderaan dan pengabaian. Jenis-jenis penderaan terdapat 4 iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan seksual dan pengabaian. Manakala jenis-jenis pengabaian juga terdapat 4 iaitu pengabaian fizikal, pengabaian pendidikan, pengabaian emosi dan pengabaian nafkah. Dalam bab 3, kajian ini akan membincangkan dua subtopik. Subtopik yang pertama akan membincangkan secara terperinci mengenai faktor-faktor penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Manakala dalam subtopik yang kedua, pengkaji akan menjelaskan dan menyenaraikan peruntukan undang-undang yang digunapakai bagi penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Manakala di dalam bab 4, penyelidikan ini menjelaskan tentang dapatan kajian mengenai persepsi Mahasiswa Pengajian Islam UniSZA. Seterusnya, menjelaskan dapatan kajian mengenai tahap kesedaran Mahasiswa Penjian Islam UniSZA.
  • 21. 21 Di dalam bab 5, iaitu bab yang terakhir, penyelidikan ini akan menjelaskan kesimpulan hasil kajian dan keputusan hipotesis kajian yang dinyatakan dalam kajian ini. Seterusnya kajian ini akan memberi komentar dan cadangan mengenai langkah-langkah penyelesaian kepada isu ini. 14.0 RUJUKAN Angelina Sinyang,(2013). 19 Julai 2013. Kanak-kanak 3 tahun mati lemas dalam kereta. Utusan Malaysia. Anisah Che Ngah. (2002). Penganiayaan Kanak-kanak Satu Kajian Sosioperundangan. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Anita Abdul Rahim. (2012). Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia. Selangor : Dawama. Sdn. Bhd. Arziana Azman. (2013). 6 Oktober 2013. Enam beradik ditinggal kelaparan. Sinar Harian. Dimuat Turun (http://www.sinarharian.com.my/) Jal Zabdi Mohd Yusoff. (2010). Jenayah Keganasan Rumah Tangga. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Jal Zabdi Mohd Yusoff . (2010). Jenayah Penderaan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. J. Mortan, R., & M. Phillips, B. (1998). Kemalangan Dan Kecemasan di kalangan Kanak-kanak. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Khadijah Alavi & Mohamed Fadzil Che Din. (2007). Penderaan Kanak-kanak : Cabaran, Cegahan dan Membantu. Kuala Lumpur : Institut Sosial Malaysia. M. Holder, W., & Schene, P. (1978). Understanding Child Neglect And Abuse. American Humane Association.
  • 22. 22 Mohd Reduan Aslie. (1990). Jenayah Di Malaysia. Kuala Lumpur : Amk Interaksi Sdn. Bhd. Mohd Salleh Lebar. (2003). Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia. Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia: Kuala Terengganu. Mohd. Redhuan Aslie, (1990). Jenayah Di Malaysia. Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn. Bhd. Noor Aziah Mohd Awal. (2007). Penjagaan dan Pemeliharaan Anak : Undang-undang Keluarga (Sivil). Selangor : Dawama Sdn. Bhd. Nor Shafrin Ahmad. (2012). Mangsa Dera Seksual. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. R. Nalasamy, Pathmanathan., & Siti Hajar Abu Bakar Ah. (2013). Hak Kanak-kanak Dalam Jagaan Institusi Awam. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya Sharifah Zahrah Syed Mohamad, (1996). Perlindungan Kanak-kanak Dalam Islam dan Perlaksaannya Menurut Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Tesis Sarjana. Tidak diterbitkan. Universiti Teknologi MARA. Siti Hajar Abu Bakar & R. Nalasamy. (2013). Hak Kanak-Kanak Dalam Jagaan Institusi Awam. Universiti Malaya: Kuala Lumpur. Tang, Y.T. (2012). Penderaan Fizikal. Dimuat Turun daripada http://www.myhealth.gov.my. Wan Asma Wan Ismail. (1996). Panduan Kearah Mencegah Penderaan dan Penganiayaan Kanak-kanak. Kota Baharu: A&D Printing and Stationery Co. Sdn. Bhd. Zainun Ishak. (2006). Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 13 December 2014. Pengabaian dan Penderaan Kanak-kanak. Dimuat Turun daripada http://mpaweb.org.my.
  • 23. 23 21 Jun 2014. Operasi PATI Temui Remaja OKU Dikurung, Badan Kurus Kering. Berita Harian. Dimuat Turun daripada http://www2.bharian.com.my.