Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa

11,437 views

Published on

Published in: Technology, Business
• Be the first to comment

Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa

1. 1. TINGKAHLAKU DAN MASALAH KEWANGAN MAHASISWA
Pengenalan
Wang penting untuk membantu individu memenuhi keperluan asas dan mencapai keinginannya. Wang berperanan membolehkan individu atau keluarga memenuhi sebahagian besar matlamat atau impian hidup dan secara tidak langsung boleh membantu memantapkan kedudukan ekonomi sesebuah keluarga. Wang mempunyai makna tertentu kepada setiap individu dan keluarga dan sumber kewangan adalah terhad.
Masalah kewangan wujud apabila keinginan sentiasa mempengaruhi keputusan perbelanjaan. Kemahiran pengurusan kewangan penting dan diperlukan dalam merancang dan mengawal perbelanjaan untuk mencapai matlamat hidup. Kajian Harris Scholastic (1993) mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak menerima asas pendidikan kewangan personel yang baik dan kurang berpengetahuan dalam pengurusan kewangan sendiri. Tahap pendidikan, klasifiklasi pengajian, etnik, pengalaman bekerja dan umur berkaitan dengan tahap pengetahuan kewangan responden (Chen dan Volpe, 1998). Secara umummya, tahap pengetahuan dapat mempengaruhi pendapat dan keputusan seseorang berkaitan urusan kewangan.
Objektif Kajian

Mengenalpasti latar belakang demografi dan sosioekonomi mahasiswa.
2. 2. Mengkaji tingkahlaku dan masalah kewangan yang dihadapi oleh mahasiswa.
3. 3. Meneliti tingkahlaku perancangan, perbelanjaan dan masalah kewangan mahasiswa.

Metodologi Kajian

Populasi adalah pelajar baru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) iaitu sebanyak 5380 orang yang daftar di Universiti Putra Malaysia kemasukan sesi Mei 2001/2002 untuk program pengajian diploma dan ijazah.
4. 4. Kaedah persampelan mudah digunakan.
5. 5. Sebanyak 250 borang soal selidik diedarkan kepada setiap kolej kediaman pelajar semasa pendaftaran pada 12 dan 13 Mei 2001.
6. 6. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden dan dianalisis dengan program ‘Statistical Package for the Social Sciences’.

Hasil Kajian
Latar Belakang Demografi

2219 orang responden terdiri daripada 67.9% pelajar wanita dan 32.1% pelajar lelaki.
7. 7. Responden kajian terdiri daripada pelbagai etnik dan hamper dua pertiga (59.4%) responden adalah bumiputera.
8. 8. Purata umur responden ialah 19.7 tahun dan purata adik beradik ialah 4.6 orang.

Latar Belakang Sosioekonomi

Julat umur ibu responden adalah di antara 30 -78 tahun dan bapa adalah 35-87 tahun.
9. 9. Lebih daripada 90.0% ibu bapa responden mendapat pendidikan formal di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.
10. 10. Majoriti ibu responden adalah surirumah sepenuh masa iaitu 74.2%.
11. 11. Lebih daripada 60% bapa responden bekerja di sektor formal.
12. 12. Purata pendapatan keluarga ialah RM1530.91.

Tingkahlaku Kewangan

Menurut Mangleburg dan Bristol (1998), terdapat implikasi ke atas tingkahlaku pengguna pada masa hadapan terhadap apa yang dipelajari semasa alam remaja.
13. 13. Jadual 1 menunjukkan responden mahasiswa terhadap 9 item mengenai tingkahlaku perancangan kewangan.
14. 14. Secara keseluruhan, majoriti responden mempunyai matlamat kewangan, merancang penggunaan wang, melaksanakan perancangan wang yang telah dibuat dan membuat simpanan.
15. 15. Jadual 2 menunjukkan respon mahasiswa terhadap 10 item mengenai tingkahlaku perbelanjaan.
16. 16. Secara keseluruhan, majority responden ada perbincangan tentang pembelian, mencari maklumat sebelum membeli, membeli barangan dan perkhidmatan yang perlu, membuat perbandingan harga, membeli semasa ada jualan murah, berbelanjaan tidak melebihi pendapatan dan membuat semakan terhadap perbelanjaan yang telah dibuat.

Masalah Kewangan

Jadual 3 menunjukkan taburan masalah kewangan mahasiswa.
17. 17. Kajian mendapati bahawa responden yang berasal dari bandaraya menghadapi 5 masalah kewangan manakala responden dari keluarga berpendapatan tinggi menhadapi sekurang-kurangnya 6 masalah kewangan.
18. 18. Secara keseluruhan, lebih daripada 50% responden mereka tidak tahu bagaimana wang telah dibelanjakan, kekurangan wang boleh mengganggu fikiran dan tidak mampu membeli barangan berjenama.

Rumusan dan Cadangan
Secara keseluruhannya, walaupun responden menyatakan bahawa mereka mempunyai amalan pengurusan kewangan yang baik , tetapi majority mereka pernah mengalami masalah kewangan. Kajian didapati bahawa terdapat perkaitan signifikan antara masalah kewangan dan pencapaian akademik pelajar yang menerima pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN).
Pengenalan subjek pendidikan pengguna ataupun kewangan di peringkat institusi pengajian tinggi dan ibu bapa dan masyarakat perlu mempamerkan amalan pengurusan yang bijak serta berhemah supaya dapat memberi pendedahan awal kepada mahasiswa untuk menjadi seorang pengurus kewangan yang baik dan juga pengguna yang bijak di pasaran.