SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
1.0 Pengenalan
Dewasa kini, kehidupan adalah semakin mencabar. Manusia dibebani oleh pelbagai
tanggungjawab dan komitmen demi pembangunan diri, keluarga dan negara. Akibat daripada
terlalu mengejar kemajuan dan keselesaan hidup, maka ramai dari kalangan mereka telah
mengalami tekanan dan kemurungan sehingga memberi kesan negatif terhadap kualiti
kehidupan mereka. Sebenarnya, kemurungan merupakan satu fenomena yang telah lama
wujud dan dialami oleh kebanyakan manusia sama ada serius atau tidak. Kemurungan adalah
masalah psikologi yang serius tanpa mengira had usia dan memerlukan perhatian daripada
pihak tertentu. Menurut Dacey & Kenny (1997 dalam See Ching Mey dan Lee Siew Siew,
2005), kemurungan boleh diertikan sebagai suatu perasaan, sindrom atau penyakit klinikal.
Kemurungan juga meliputi perasaan dan tingkah laku yang menunjukkan bahawa individu
tersebut putus harapan dan mengalami kesedihan sehingga membawa kepada tingkah laku
luar biasa serta keinginan membunuh diri (Weissman dan Paaykel, 1974). Hal ini disokong oleh
Ingersoll (1989 dalam See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005) yang menyatakan bahawa
perasaan murung yang serius boleh berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak
diingini seperti membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius. Tambahan, Diyana Rose
(2009) dalam artikelnya yang bertajuk “Kemurungan Beri Kesan Kehidupan Remaja”
menyatakan, “Kemurungan adalah penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu
menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah
laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri.”
Oleh itu, berdasarkan definisi yang diberikan, kemurungan dapat diertikan sebagai satu
penyakit mental yang melibatkan gangguan dari segi emosi dan perasaan negatif seperti sedih
sehingga menyebabkan seseorang bertingkah laku luar biasa serta negatif seperti membunuh
diri.
1
2.0 Kesan Kemurungan
Kemurungan merupakan salah satu daripada gangguan emosi yang sering dihadapi
oleh pelajar sekolah. Dr. Salmi Razali, Pakar Psikiatri dan Pensyarah Perubatan Kanan Fakulti
Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam artikelnya yang bertajuk “Mendalami
Kesedihan Anak Remaja” (2007) telah menyatakan bahawa, “Dianggarkan 2% orang kanak-
kanak di sekolah rendah dan 4% hingga 8% orang remaja mengalami kemurungan. Di
Malaysia, satu kajian terbaru oleh pensyarah dan pakar psikiatri Fakulti Perubatan UiTM, dari
kalangan 2,048 pelajar dari beberapa sekolah menengah di bandar dan luar bandar di
Selangor, didapati seramai 211 atau 10.3% orang pelajar mempunyai tanda-tanda
kemurungan.”.
Melalui dapatan yang diperoleh daripada program perintis ini dan dapatan kajian yang
dikemukan oleh pensyarah dan pakar psikiatri Fakulti Perubatan UiTM , jumlah pelajar yang
mengalami tanda-tanda kemurungan semakin meningkat dari 211 orang pelajar ke 340 orang
pelajar. Kemurungan dalam kalangan pelajar sekolah dapat dikesan apabila melibatkan
beberapa simptom utama seperti :
i. kehilangan minat dalam aktiviti pembelajaran dan harian
ii. gangguan psikomotor
iii. keletihan dan kelesuan
iv. kehilangan selera makan dan gangguan tidur
v. tingkah laku anti sosial seperti lari dari rumah, bergaduh, tidak berpuas hati dan
tingkah laku agresif yang lain
vi. perasaan dan pemikiran untuk membunuh diri
vii. kewujudan perasaan bersalah dan putus asa.
( Beck,1967 dan Reynold,1984 dalam Osman Noor, 1998)
Selain itu, simptom atau tanda-tanda kemurungan kebiasaannya terbahagi kepada
empat aspek iaitu afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Ciri utama bagi setiap aspek dapat
diterangkan dalam jadual di bawah :
2
ASPEK CIRI UTAMA
Afektif • Sedih yang amat menyeksakan (Ramli, 1990 dalam Norasmawati,
2003).
Kognitif • cenderung kepada persepsi negatif kepada diri sendiri, orang lain
dan menganggap masa depan adalah gelap (Haji Bon, 2008 dalam
Jamaludin Ramli et.al).
Tingkah laku • selalu menangis, tidak bermaya, tindak balas yang berkurang, rspon
percakapan perlahan, hubungan dengan rakan sebaya tidak ramai,
dan mengasingkan diri daripada perhubungan sosial (Oster dan
Caro, 1990 dalam Jeromeh, 2006).
Fisiologi • hilang selera makan sehingga menjejaskan berat badan dan
mengalami masalah sembelit atau selera makan semakin
meningkat.
Jadual 2 : Aspek dan ciri utama dalam simptom kemurungan
Di samping itu, terdapat individu yang mengalami kemurungan ini menunjukkan tanda-
tanda seperti merasa khuatir semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga tidak berpuas
hati terhadap sesuatu hubungan dan berasa tidak tenang apabila bersama dengan orang ramai
terutamanya dalam bentuk kumpulan. Ada juga individu yang menghadapi kesukaran dalam
interaksi sosial dan menjauhkan diri daripada orang lain. Sepertimana tanda-tanda yang telah
dinyatakan oleh Beck, Shafer (1980 dalam Osman Noor, 1998) juga menyatakan bahawa
walaupun tingkah laku membunuh diri jarang berlaku dalam kalangan pelajar yang mengalami
kemurungan, namun mereka ini masih mempunyai ilham serta perasaan untuk mencederakan
diri. Hal ini kerana mereka mengalami gangguan emosi teruk dan krisis disipilin yang teruk.
Dalam rencana Utusan Online bertarikh 23 Februari 2010 ( Mohd. Shamsuriyadi Mamat, 2010)
menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih dari sejuta
manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun. Ini membuktikan bahawa kemurungan
bukanlah isu yang ringan, akan tetapi isu yang perlu diambil berat oleh semua pihak demi
3
menjaga kesejahteraan negara dan melahirkan pelajar yang bukan sahaja sihat tubuh badan
tetapi cerdas minda, mental dan otaknya.
3.0 Sebab/Punca Kemurungan
Dianggarkan dua daripada seratus (2%) orang kanak-kanak di sekolah rendah dan empat
hingga 8 daripada seratus (4%-8%) orang remaja mengalami kemurungan .Di Malaysia, satu
kajian terbaru oleh pensyarah dan pakar psikiatri Fakulti Perubatan UiTM di kalangan 2048
pelajar dari beberapa sekolah menengah di bandar dan luar bandar Selangor mendapati 211
(10.3%) pelajar mempunyai tanda-tanda kemurungan. Antara punca kemurungan ialah :
3.1 Stress – Tekanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kadar kemurungan.
Ini kerana mereka mengalami peristiwa kehidupan yang traumatik seperti konflik
perceraian ibu bapa, kesedihan akibat kehilangan orang tersayang, berlaku peristiwa
hitam, peperiksaan dan pelajar yang terdiri daripada keluarga yang mempunya
sosioekonomi yang rendah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Paykel, (1969;
dalam Weissman dan Paykel, 1974), sebanyak 25% daripada individu murung
menyatakan bahawa mereka mengalami perpisahan atau kehilangan orang yang
disayangi pada masa lalu. Keadaan jiwa yang murung menunjukkan masalah
kerunsingan, kesedihan dan rasa diri tidak berguna. Ianya terjadi kerana pengaruh
tekanan dari luar atau kerana kemunduran pada fungsi otak (Jokosuyono, 1980).
4
Stress
Punca
Kemurungan
Sosial
Krisis Ekonomi
Genetik
Fizikal
Personaliti pesimik
3.2 Faktor sosial – Faktor sosial dan persekitaran turut mengakibatkan kemurungan.
Pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan rakan-
rakan akan sentiasa memencilkan diri dan berasa tidak diterima. Pelajar
menunjukkan ketidakupayaan diri mereka untuk bertindak balas dengan
persekitaran. Mereka juga sentiasa menyepikan diri dan berfikiran negatif (Beck,
1993). Hal ini menyebabkan mereka tidak mampu menyesuaikan diri dengan
persekitaran sama ada guru mahupun rakan sebaya. Tahap tekanan yang tidak
dikawal boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk kepada perkembangan
hidup pelajar-pelajar. Ini kerana dianggarkan 121 juta penduduk dunia mengalami
masalah kemurungan dan boleh menjadi penyakit kedua utama penyebab
ketidakupayaan menjelang 2020.
3.3 Personaliti Pesimik – Teori Kemurungan Beck (1974), menjelaskan kemurungan
berlaku kerana munculnya sifat-sifat negatif dalam diri individu. Pendapat ini
disokong oleh pendapat Atkinson (1964), iaitu individu yang gagal dalam sesuatu
usaha biasanya akan cenderung untuk mengandaikan dirinya tidak berupaya dan
cenderung pula untuk lari daripada situasi yang sama. Keadaan ini akan
mewujudkan suatu anjakan berturutan terhadap tingkah laku iaitu akan bersifat
semakin menurun. Pelajar yang mempunyai personaliti ini mempunyai tahap
keyakinan yang rendah. Mereka sentiasa berfikiran negatif terhadap persekitaran.
Contohnya, pelajar berperasaan bahawa dirinya tidak disukai oleh semua orang dan
dirinya terlalu banyak kekurangan. Lantas menyebabkan keupayaan diri dan tahap
percaya diri yang rendah. Pelajar-pelajar seperti ini sering mengasingkan diri dan
tidak akan melibatkan diri di dalam sebarang aktiviti. Pensyarah kanan Jabatan
Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Jesjeet Singh
Gill berkata, cabaran sebenar dalam mengenal pasti kesakitan dan kemurungan ini
ialah untuk mengatasi stigma yang berkait rapat dengan diagnosis dan rawatan
penyakit tersebut.
"Kami mendapati para pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana mereka
bimbang akan dipulaukan. Mereka juga takut dipandang rendah di sekolah dan
5
mereka yang menghidapi masalah ini masih dianggap sebagai mempunyai
masalah emosi atau kurang keazaman".
3.4 Genetik – Faktor genetik dan keturunan memainkan peranan dalam mempengaruhi
tahap kemurungan seseorang. Dr. Teck Hoe berkata, mengikut kajian, kejadian
kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki dengan nisbah
2:1. "Antara sebabnya ialah perubahan peringkat hormon yang dialami wanita. Itu
sebabnya, kemurungan berlaku ketika wanita mengalami peredaran haid. Keputusan
kajian Reynolds dan Cloud, (1981); Weismann dan Klerman, (1977) menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar perempuan lebih tinggi darjah kemurungannya daripada
pelajar lelaki.Dari segi saintifiknya, penyelidikan mendapati kemurungan disebabkan
ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin dan
noradrenalin. Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang wujud dalam sistem saraf
pusat dan perubahan paras serotonin dalam otak boleh mengubah mood seseorang.
Begitu pun, kajian turut mendapati bahawa kemurungan boleh diwarisi yang
bermaksud ia mempunyai hubung kait dengan faktor genetik.
3.5 Fizikal – Faktor fizikal juga memainkan faktor penting. Penyakit-penyakit yang kronik
khususnya seperti sakit jantung akan mengakibatkan seseorang itu mudah untuk
berasa murung dan tertekan. Menurut Laporan Kesihatan Sedunia 1999 yang
diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan merupakan
penyakit keempat paling ramai dihidapi di dunia yang boleh menimbulkan
ketidakupayaan individu. Faktor ini merupakan punca yang kurang di alami oleh
pelajar-pelajar kerana faktor usia yang masih muda menyebabkan hanya segelintir
pelajar yang mempunyai penyakit kronik dan ini merupakan kes yang terpencil.
Namun begitu di dalam aspek yang berpunca daripada fizikal, terdapat juga pelajar-
pelajar yang murung akibat fizikal luaran seperti kegemukan, kebersihan, terdapat
sedikit kecacatan fizikal dan perbezaan antara individu yang menyebabkan mereka
sering dijadikan bahan ejek.
6
3.6 Faktor ekonomi – Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe
berkata, "Kemurungan tidak mengenal mangsa, ia boleh terjadi kepada kanak-kanak
semuda usia lima tahun dengan simptom yang berbeza". Faktor sosioekonomi turut
meletakkan pelajar di dalam situasi kemurungan. Faktor ekonomi yang rendah
menyebabkan mereka sentiasa mengalami masalah kewangan, keinginan dan naluri
kanak-kanak tidak ditunaikan serta sering membanding beza sisi kehidupan pelajar-
pelajar lain. Menurut Ilfed, (1977; dalam Roger, 1982) faktor penting masalah
tekanan berpunca daripada tekanan tugas harian yang terlalu berat, masalah
hubungan dengan orang lain dan masalah kewangan. Pelajar yang berada di dalam
kesempitan hidup akibat masalah ekonomi sering dipinggirkan dan tidak diberi
perhatian. Hal ini mempengaruhi emosi mereka sehingga menyebabkan
kemurungan.
4.0 Cadangan Penyelesaian Masalah Kemurungan
Seperti yang telah dinyatakan, kemurungan dalam kalangan pelajar atau pelajar bukanlah satu
isu yang boleh dipandang ringan. Namun, isu kemurungan dalam kalangan pelajar perlu diambil
berat oleh semua pihak. Hal ini kerana isu ini boleh memberi kesan negatif terhadap pelajar,
guru, masyarakat dan negara. Menurut Bachanas dan Kaslow (2001, dalam See Ching Mey
dan Lee Siew Siew, 2005), kemurungan yang berlaku dalam kalangan remaja memerlukan
7
Cadangan Penyelesaian
Mengadakan kempen dan program
pengurusan emosi
Peranan guru kaunseling yang
lebih proaktif
Penglibatan dalam aktiviti sukan
dan kemasyarakatan
Hubungan institusi kekeluargaan
yang erat
Pemilihan rakan
perhatian dan intervensi yang baik. Namun, bukan sahaja kemurungan dalam kalangan remaja,
malah kemurungan yang dihadapi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah juga perlu
diberi perhatian dan diselesaikan secara berperingkat.
Oleh hal yang demikian, antara langkah penyelesaian yang dapat dicadangkan untuk
membantu menyelesaikan isu kemurungan dalam kalangan pelajar ialah:
i. Mengadakan kempen dan program pengurusan emosi
Pengurusan emosi seringkali dikaitkan dengan Kementerian Kesihatan. Oleh itu,
Kementerian Kesihatan disarankan supaya memainkan peranan mereka dalam
menggerakkan usaha dan menjalankan kempen mendidik pelajar mengurus emosi
mereka. Selain Kementerian Kesihatan, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi
usaha mereka dalam melaksanakan kempen mengurus emosi. Mengurus emosi dan
perasaan dengan baik sangat penting dalam menahan kemarahan yang boleh
menyebabakan pelbagai perkara buruk berlaku seperti bergaduh, mengamuk,
bertumbuk dan marah berlebihan yang tidak dapat dikawal (Dr Aminudin Mansor).
ii. Peranan guru kaunseling yang lebih proaktif
Selain itu, guru kaunseling juga perlu lebih proaktif dalam membantu pelajar. Guru
kaunseling perlu bergerak cergas untuk pergi menemui pelajar, bukan hanya
mengharapkan kedatangan pelajar ke bilik kaunseling. Apabila seorang guru kaunseling
bertindak demikian, pelajar akan rasa lebih dekat, mesra dan mudah meluahkan
masalah yang dihadapinya. Aktiviti seperti ceramah dan program kemasyarakatan perlu
lebih kerap diadakan supaya dapat mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar
sekolah. Melalui ceramah yang dianjurkan, pelajar belajar untuk mengurus diri dan
mengelak daripada terlibat dalam perkara yang boleh membawa kepada tekanan seperti
bercinta dan pengambilan dadah. Contoh program yang boleh diadakan ialah ceramah
pengurusan emosi dan langkah mengelakkan diri daripada gangguan emosi serta
program gotong-royong membersihkan kampung.
iii. Penglibatan dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan
8
Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan seperti senamrobik, merentas desa, larian amal
dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, menolong mangsa banjir dan
sebagainya dapat mengurangkan peluang pelajar terjebak dalam masalah gangguan
emosi. Hal ini kerana pelajar yang menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti tidak
mempunyai masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah atau memikirkan
sesuatu yang negatif. Contohnya, pelajar boleh menyertai program kemasyarakatan
yang dianjurkan oleh kelab Rakan Muda. Kelab ini dilihat dapat membantu dalam
mengurus emosi dan tekanan di samping mengelak daripada terlibat dengan aktiviti
tidak bermoral seperti seks bebas, rempit, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
iv. Pemilihan rakan
Selain itu, pemilihan rakan juga merupakan salah satu langkah mengatasi masalah
kemurungan. Hal ini kerana rakan banyak mempengaruhi tabiat, kegiatan dan pergaulan
harian pelajar. Setiap pelajar perlu memilih rakan yang boleh mendidik diri menjadi
individu yang baik dan pandai mengurus emosi. Pelajar perlu mengelak daripada
berkawan dengan mereka yang mungkin boleh mempengaruhi mereka dengan perkara
buruk. Antara individu yang perlu dielak ialah mereka yang mudah murung dan terlibat
dengan penyalahgunaan dadah.
v. Hubungan institusi kekeluargaan yang erat
Hubungan dalam institusi kekeluargaan juga perlu dieratkan. Ibu bapa perlu membantu
anak-anak dalam mengurus emosi mereka, bukan menambahkan tekanan terhadap
anak-anak. Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang menggunakan pendekatan
berhemah dalam mendidik dan berkawan dengan anak-anak. Firman Allah SWT di
dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan berhikmah dan pelajaran
yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya
Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-
9
Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(16 : 125).
Namun begitu, apa yang terjadi pada hari ini, ibu bapa lebih mementingkan dan
meninggalkan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak. Mereka
menyerahkan sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka teruatam
dalam aspek agama dan moral.
vi. Latihan bagi guru mengenal pasti dan mengendali gangguan emosi
Di samping itu juga, guru-guru perlu diberi latihan untuk mengenal pasti dan
mengendalikan emosi pelajar. Contohnya Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres
Dalam kalangan Pelajar Sekolah merupakan satu program yang telah dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah
terpilih (Azrina Ahzan, 2011). Guru-guru di sekolah tersebut akan menjalani latihan dan
melaksanakan satu modul khas mengesan masalah penyakit mental dalam kalangan
pelajar pada peringkat awal. Sebanyak empat buah sekolah telah dipilih sebagai
sekolah perintis. Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah itu dijalankan selama enam bulan bertujuan memperkasakan pelajar bagi
menangani tekanan akibat cabaran kehidupan seharian menerusi kemahiran daya
tindak. Ia juga bertujuan memberi kemahiran kepada guru untuk mengenal pasti serta
mengendalikan pelajar yang mengalami masalah emosi dan tingkah laku serta memberi
kemahiran kepada guru dan kaunselor mengesan masalah kemurungan serta tekanan
di kalangan pelajar di peringkat awal.
Berdasarkan enam langkah penyelesaian yang dicadangkan, semua pihak perlu berganding
bahu dan membantu antara satu sama lain dalam menangani masalah kemurungan ini.
Sebelum ia menjadi lebih serius, semua pihak perlu memberi perhatian yang lebih dalam
menjalankan intervensi bagi masalah ini.
5.0 Kesan Isu Kemurungan Kepada Diri Sebagai Bakal Guru
10
Membentuk peribadi
guru yang menghargai
potensi pelajar
Membentuk peribadi
guru yang menghargai
potensi pelajar
Sentiasa cakna
dengan isu semasa
dan teori psikologi
Sentiasa cakna
dengan isu semasa
dan teori psikologi
i) Sentiasa cakna dengan isu semasa dan teori psikologi
Bakal guru perlu medapatkan pendedahan berkenaan isu semasa yang berkaitan dengan
gangguan emosi terutamanya kemurungan samada di dalam sumber primer mahupun
sumber sekunder. Hal ini penting bagi mengelakkan diri daripada terjebak sebagai seorang
yang pemurung atau berhadapan dengan golongan pelajar-pelajar yang menjadi pemurung.
Di sekolah mahupun di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru pasti akan
berhadapan dengan individu-individu yang kemurungan. Menurut Beck (1967), 70% pelajar-
pelajar yang mengalami kemurungan di tahap kemurungan tinggi akan berasa sedih
sepanjang masa, dan sukar untuk lari daripada keadaan tersebut. Maka di dalam situasi ini
sudah pasti guru perlu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu latar belakang pelajar
tersebut. Hal ini bertujuan bagi mendapat dapatan punca sebenarnya pelajar tersebut
terganggu emosinya hingga menjadi murung. Sudah tentu, pelajar-pelajar ini perlu dibantu
agar mereka dapat merasai peluang untuk bergembira dan membesar seperti pelajar-
pelajar lain.
ii) Guru Sebagai Agen Perubahan
Guru bertindak sebagai ibu bapa kedua kerana pelajar banyak menghabiskan masa di
sekolah. Guru juga perlu sentiasa inovatif dan kreatif dalam meransang minat dan
11
Kesan
kemurungan
Kesan
kemurungan
Menjadi guru yang
prihatin dan sentiasa
menjaga kebajikan
pelajar
Menjadi guru yang
prihatin dan sentiasa
menjaga kebajikan
pelajar
Guru Sebagai
Agen
Perubahan
Guru Sebagai
Agen
Perubahan
Bijak
berkomunikasi
Bijak
berkomunikasi
memotivasikan pelajar. Hal ini penting bagi memastikan kelangsungan minat pelajar agar
tidak terjebak dan bijak berhadapan dengan masalah kemurungan. Guru juga menjadi agen
kepada perubahan tingkah laku dan emosi pelajar. Selingman (1975) melaporkan
kebanyakan kes yang berhubung kemurungan berkait rapat dengan nilai motivasi diri yang
rendah dan jangkaan terhadap kehidupan yang negatif. Sebagai agen perubahan, masalah
kemurungan ini menjadikan guru sentiasa optimis dan tidak berputus asa dalam
berhadapan dengan pelbagai cabaran di sekolah terutamanya dalam mendidik dan
membentuk pelajar yang bukan sekadar cemerlang akademik namun turut sihat emosinya.
iii) Membentuk peribadi guru yang menghargai potensi pelajar.
Kemurungan merangkumi perasaan dan tingkah laku yang meliputi perasaan putus harapan
dan kesedihan sehingga kepada tingkah laku yang luar biasa dan keinginan membunuh diri
(Weissman dan Paaykel, 1974). Banyak kesan buruk yang akan dialami oleh pelajar
-pelajar pada masa kini dan tidak mustahil penyakit ini berterusan sehingga dewasa. Malah
penyakit ini akan menjadi semakin teruk jika tidak dirawat segera. Oleh itu, kemurungan
yang berlaku dalam kalangan pelajar boleh membentuk peribadi guru supaya lebih
menghargai pelajarnya. Contohnya, pelajar yang murung akan menunjukkan perasaan
sedih dan suka mengasingkan diri. Apabila guru menunjukkan penghargaannya kepada
pelajar, pelajar akan merasakan dirinya dihargai dan dia masih lagi penting kepada orang-
orang di sekelilingnya kerana ada orang yang menunjukkan tanda kasih sayang kepadanya.
iv) Bijak berkomunikasi
Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh bakal guru-guru sebagai
suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada
pelajar-pelajar. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau
emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan
oleh Theodorson & Theodorson (1969). Pelajar-pelajar yang kemurungan kurang percaya
pada diri sendiri dan orang lain. Guru yang memiliki maklumat tantang kemurungan akan
bijak dalam berkomunikasi agar dapat menawan pelajar tersebut agar melibatkan diri di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan membaik pulih sistem kepercayaan yang
12
terdapat di dalam dirinya. Kecekapan berinteraksi dalam menyampaikan idea dan mesej
secara berkesan berupaya mewujudkan dan memelihara hubungan mesra.
v) Menjadi guru yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan pelajar
Keprihatinan sangat penting bagi seorang bakal guru. Guru yang prihatin sentiasa peka
terhadap persekitaran mereka. Penyakit kemurungan bukanlah satu simptom yang biasa
bahkan ia mampu menjejaskan perkembangan kendiri seseorang individu. Kenyataan ini
disokong oleh Beck (1991) di mana menurutnya, orang yang tertekan mempunyai
pandangan yang negatif tentang diri mereka, persekitaran dan masa depan mereka. Hal ini
menyebabkan lahirnya modal insan pewaris negara yang tidak berkualiti. Maka guru perlu
sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan pelajar agar pelajar dapat dibantu dalam
menangani masalah gangguan emosi ini. Isu kemurungan berpunca daripada tekanan dan
krisis di dalam kehidupannya. Pelajar yang mengalami kemurungan dapat dikenalpasti
berdasarkan gejala-gejala yang ditonjolkan. Pendedahan maklumat tentang kemurungan
akan menjadikan guru sentiasa peka dan prihatin terhadap perubahan emosi dan
perwatakan pelajar di dalam kelas. Jika pelajar ini tidak dibantu segera, masalah
kemurungan ini akan menganggu tahap penumpuan pelajar di dalam pelajaran. Oleh itu
sikap prihatin sangat penting untuk diaplikasikan oleh bakal guru bagi membantu pelajar-
pelajar yang berhadapan dengan masalah kemurungan dan gangguan emosi yang lain.
6.0 Banding Beza Kemurungan dalam Kalangan Pelajar Lelaki dan Perempuan
Setiap individu di dunia ini pernah mengalami perasaan sedih atau muram pada masa tertentu
sepanjang hayatnya (Gurian, 2001; Steinberg, 1999). Bagi kebanyakan orang, gangguan emosi
ini hanya berjangka masa pendek sahaja. Namun dalam kes-kes tertentu, perasaan gangguan
emosi ini berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti kemurungan,
membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius (Ingersoll, 1989). Memang tidak dapat
dinafikan bahawa gangguan emosi boleh menjejaskan pelbagai aspek hidup seseorang individu
sama ada dari segi kognitif, emosi, sosial mahupun fizikal. Berikut merupakan banding beza
gangguan emosi bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan:
13
PERSAMAAN
PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN
- Membentuk pertumbuhan kognitif yang negatif.
- Mengakibatkan kesan buruk terhadap kehidupan pelajar.
PERBEZAAN
PELAJAR LELAKI ASPEK PELAJAR PEREMPUAN
Sentiasa melepaskan perasaan pada
persekitaran samada suasana, orang
dan benda-benda lain secara
langsung atau tidak langsung.
Wan Zainab Binti Othman (1990)
Tingkah laku Lemah dan tidak kuat berhadapan
dengan tekanan. Lebih cenderung
mengekalkan emosi negatif dan
suka memendamkan perasaan.
Calhoun, Chenny dan
Dawes,1974(dalam Hammen &
Padesky, 1977)
Mementingkan penilaian yang dibuat
oleh orang lain terhadap dirinya.
Baggiano dan Barret (1991)
Interpersonal Penting untuk mengekalkan
hubungan dengan orang lain.
Mudah tertekan jika gagal kekalkan
perhubungan.
Baggiano dan Barret (1991)
Enggan mengakui kelemahan diri
Hemmen & Padesky (1977)
Sikap Pelajar perempuan menunjukkan
sikap yang lebih positif
Ahmad Fauzi (2005)
14
Kuat, aktif, berani dan tegas
Baron & Perron (1986)
Peranan
Sosial
Lemah lembut, bergantung pada
keluarga dan dimanjakan ibu bapa.
Mertem & Lewinsohn(1990)
Pelajar bermasalah dalam memberi
perhatian dan ini memberi kesan ke
atas pencapaian akademik pelajar
(Meyerson, 1975; Adelson, 1980;
Dacey & Kenny, 1997; Ghuman &
Sarles, 1998).
Pencapaian
akademik
Pelajar perempuan menunjukkan
prestasi akademik yang lebih
cemerlang daripada pelajar lelaki.
Vandalisme, Buli, Ponteng Sekolah, Kesan Kemurungan, gangguan tidur,
pendiam, hilang selera makan.
6.1 Persamaan
Ahli psikologi, Hall (1995), mengaitkan fenomena ‘storm and stress’ dengan golongan
remaja. Hall memperkenalkan konsep ‘storm and stress’ yang melihat zaman remaja
sebagai tempoh masa yang penuh huru-hara, penuh cabaran, pemberontakan terhadap
autoriti orang dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan sosial. Pendek kata ‘storm
and stress’ bolehlah dikatakan sebagai keadaan yang tidak stabil dengan berbagai
cabaran dan tekanan. Justeru gangguan emosi mengakibatkan kesan buruk terhadap
kehidupan pelajar. Seseorang yang ditimpa musibah atau masalah akan menjadi resah
serta gelisah sehingga mengganggu ketenangan perasaan dan emosi. Maka, sebagai
seorang pelajar yang mengalami perasaan sedih mahupun gelisah yang keterlaluan dan
tidak terkawal akan membawa kepada tekanan mental seterusnya boleh menyebabkan
kemurungan(FitzGibbon, 2003).
15
Remaja perlu menjalankan kehidupan dengan baik dan seterusnya mewujudkan
zaman kegemilangan dalam proses perkembangan. Namun terdapat juga remaja yang
sering menghadapi pelbagai masalah sehingga membawa kepada peristiwa yang tidak
diingini. Hampir setiap hari, terpapar di dalam akhbar pelbagai kes yang melibatkan
golongan remaja. Pelbagai perilaku buruk seperti memukul guru, bergaduh, memeras
ugut, memukul kawan, mencuri, merosakkan harta sekolah dan terlibat dengan
pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Terdapat juga remaja yang menyertai
kumpulankumpulan samseng. Mereka juga tidak malu merokok, ponteng sekolah,
melepak dan lain-lain perbuatan yang tidak bermoral secara terbuka. Hal ini rata-rata
disebabkan keruntuhan institusi rumah tangga yang menganggu pertumbuhan kognitif,
emosi dan perkembangan diri pelajar.
6.2 Perbezaan
a) Tingkah laku : Pelajar lelaki lebih cenderung untuk melepaskan perasaan mereka.
Mereka sentiasa melepaskan perasaan pada persekitaran. Apatah lagi jika pelajar
lelaki diganggu dari sudut emosi, mereka akan melahirkan tingkah laku disruptif yang
boleh membahayakan diri mahupun orang di sekeliling mereka. Kebiasaannya
pelajar lelaki akan melepaskan kemarahan dengan bertumbuk, merosakkan harta
sekolah dan mencederakan pelajar lain mahupun guru. Hal ini merupakan fitrah sifat
seorang lelaki yang bersikap kurang sabar. Mereka mendapat kepuasan setelah
melepaskan perasaan terhadap persekitaran. Menurut Wan Zainab Binti Othman
(1990), pelajar lelaki sentiasa melepaskan perasaan pada samada suasana, orang
dan benda -benda lain secara langsung atau tidak langsung. Pelajar lelaki kurang
terdedah dengan risiko kemurungan berbanding pelajar perempuan. Menurut Nolen-
Hoeksema dan Girgus (disebut dalam Hughes, La Greca, & Conoley, 2001), pada
umur 15 tahun, remaja perempuan yang melaporkan simptom kemurungan adalah
dua kali ganda lebih banyak berbanding remaja lelaki dan perbezaan jantina ini akan
berlanjutan hingga ke zaman dewasa.
Berbeza pula dengan pelajar perempuan, golongan ini merupakan golongan
yang lemah dan tidak kuat berhadapan dengan tekanan. Mereka lebih cenderung
16
mengekalkan emosi negatif dan suka memendamkan perasaan. Apabila berhadapan
dengan gangguan emosi, pelajar perempuan lebih cenderung untuk berdiam diri dan
tidak menceritakan permasalahan mereka kepada ibu bapa dan guru. Sikap
memendamkan perasaan ini akan melarat dan bernanah sekiranya mereka tidak
berjumpa dengan orang yang dipercayai sehinggakan pelajar perempuan akan
terjebak dalam kemurungan setelah mengalami kesedihan yang melampau,
kesunyian dan keletihan apabila berhadapan dengan masalah. Menurut Calhoun,
Chenny dan Dawes,1974(dalam Hammen & Padesky, 1977) pelajar-pelajar
perempuan lebih cenderung untuk mengekalkan dirinya dalam mood yang buruk.
Menurut Gurian (2001) semasa mencapai umur 13 tahun, remaja perempuan yang
mengalami kemurungan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding remaja
lelaki. Pendapat ini membenarkan bahawa risiko pelajar perempuan mendapat
kemurungan adalah dua kali ganda berbanding lelaki.
b) Hubungan Interpersonal : Baggiano dan Barret (1991) berpendapat bahawa
perbezaan darjah kemurungan di antara pelajar lelaki dan perempuan boleh
dihuraikan melalui hubungan interpersonal. Dalam hubungan interpersonal, pelajar
lelaki lebih mementingkan penilaian yang dibuat oleh orang lain terhadap diri
mereka, sebaliknya pelajar perempuan lebih mementingkan untuk mengekalkan
perhubungan dengan orang lain. Pelajar lelaki lebih mudah menyesuaikan diri dan
menjalinkan persahabatan dengan orang yang dianggap sealiran pendapat dan
pendirian mereka. Namun begitu mereka yang mempunyai jati diri yang lemah lebih
mudah terpengaruh dengan gejala negatif daripada pengaruh rakan sebaya.
Pelajar perempuan pula mudah tertekan apabila gagal mengekalkan
perhubungan dengan orang lain. Kegagalan dalam menyesuaikan diri dan
mengekalkan perhubungan dengan teman rapat dan individu yang dihormati mampu
memberi kesan yang buruk terhadap diri mereka. Perasaan tidak diterima mampu
mengganggu emosi dan memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan mereka.
Tekanan yang tidak dapat diatasi menyebabkan pelajar perempuan berterusan
17
kesedihan dan kemurungan apatah lagi jika mereka berperasaan tidak diterima dan
disisihkan.
c) Sikap : Menurut kajian yang dilakukan oleh Ahmad Fauzi (2005), pelajar
perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif. Pelajar perempuan lebih mudah
untuk meluahkan perasaannya, mengakui dirinya terganggu emosi dan dapat
dirawat terlebih awal. Kajian oleh Brody dan Hall (1993) mengenai perbezaan jantina
dalam proses sosialisasi mendapati lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan
dalam mempelajari dan memahami cara menangani emosi masing-masing. Proses
sosiolisasi yang berbeza ada kesannya iaitu, golongan perempuan mempunyai
tahap pengurusan dan pengendalian emosi yang lebih tinggi berbanding lelaki.
Namun begitu terdapat ramai pelajar perempuan yang lebih mudah terjebak dengan
gejala kemurungan berbanding lelaki. Menurut kajian yang dibuat oleh Schichor,
Bernstein, dan King (1994), remaja perempuan adalah dua kali ganda lebih kerap
mengalami kemurungan berbanding remaja lelaki. Baron dan Perron (1986) juga
mendapati bahawa remaja perempuan mendapat skor kemurungan yang lebih tinggi
berbanding remaja lelaki.
Berbeza bagi pelajar lelaki yang enggan mengakui kelemahan diri dan tidak suka
dilabelkan sebagai individu murung (Hemmen & Padesky, 1977). Pelajar yang
mengalami kemurungan sentiasa menyepikan diri serta berfikir secara negatif (Beck,
1967). Pelajar lelaki yang mempunyai jati diri yang rendah akan rasa bersalah dan
putus asa apabila mereka gagal untuk melakukan sesuatu perkara. Keadaan dan
perubahan yang dialami oleh pelajar-pelajar ini akan mempengaruhi konsentrasi
terhadap pelajaran, pemikiran mereka menjadi lembap dan keupayaan daya ingatan
mereka akan menurun (Reynolds, 1984). Gangguan emosi menyebabkan pelajar
merasa rendah diri dan kurang bermotivasi di dalam kehidupannya. Justeru mereka
lebih gemar bermain dan terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding belajar.
d) Peranan Sosial :
18
Perbezaan darjah kemurungan di antara lelaki dan perempuan juga boleh dihuraikan
dari perspektif peranan sosial yang berkaitan dengan peranan tradisi seksual ( Baron
& Perron, 1986). Pelajar lelaki lebih bersikap kuat, aktif, berani dan tegas Baron &
Perron (1986). Sejak kecil lagi, lelaki telah dipilih supaya aktif dan tegas menghadapi
kesukaran. Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap
ketua keluarga, harapan yg tinggi.
Sebaliknya perempuan pula dilatih supaya bersifat lemah-lembut, bergantung
pada keluarga dan sering dimanjakan ibu bapa. Pendapat ini disokong oleh Mertem
& Lewinsohn(1990) menegaskan bahawa sifat kebergantungan kepada orang lain
yang ada pada perempuan akan menyebabkan menyebabkan mereka mempunyai
penghargaan diri yang rendah dan seterusnya mempunyai darjah kemurungan yang
tinggi.
e) Pencapaian akademik :
Remaja lelaki lebih memerlukan sokongan daripada perempuan dalam peringkat
remaja. Oleh kerana pertumbuhan fizikal remaja lelaki adalah pesat dalam peringkat
ini, mereka lebih beremosi dan bergantung kepada ibu bapa. Kurangnya sokongan
ibu bapa, akan timbullah rendah penghargaan kendiri, pencapaian akademik rendah,
tingkah laku impulsive, penyesuaian sosial buruk atau mungkin anti sosial berlaku.
(Peterson & Rolkins, 1987). Gangguan emosi yang melanda pelajar lelaki mampu
mendatangkan masalah kemurungan dan menjejaskan tumpuan dan ini memberi
kesan ke atas pencapaian akademik pelajar (Meyerson, 1975; Adelson, 1980; Dacey
& Kenny, 1997; Ghuman & Sarles, 1998). Pencapaian akademik yang lemah pula
akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih murung lagi (Adelson, 1980).
Pelajar perempuan pula lebih menonjol di dalam setiap pencapaian akademik. Di
sekolah pelajar lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala pelajar
perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dlm pelajaran. Aktiviti pengajaran
harus disesuaikan dgn perkembangan jantina. Tahap perkembangan fizikal, kognitif,
emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun drp perempuan sblm akil baligh.
Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin
19
(1974) kecergasan lisan pelajar perempuan lebih baik drp lelaki, manakala pelajar
lelaki lebih dari kecerdasan ruang.
f) Kesan
Kajian oleh Usha Barahmand (2008) bertajuk ‘Perbezaan umur dan gender di
kalangan remaja yang kebimbangan’. Pelajar lelaki dilaporkan lebih kepada orientasi
masalah negatif dan sikap tidak bertoleransi terhadap ketidakpastian sementara
pelajar perempuan dilaporkan lebih positif ke arah percaya tentang kebimbangan.
Unit Disiplin, bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993)
telah menggariskan bahawa sebahagian besar salah laku yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar adalah salah laku jenis ringan seperti :
i. Datang lewat ke sekolah sebanyak 0.48%
ii. Mengganggu proses pengajaran dan penbelajaran di dalam kelas sebanyak
0.15%
iii. Berambut panjang sebanyak 0.13%
iv. Ponteng sekolah iaitu sebanyak 0.67%.
Menurut T. Subahan Mohd Meerah(1993), di antara jenis salah laku yang
dilakukan oleh pelajar mengikut persepsi guru di beberapa buah sekolah menengah
ialah, 50% melakukan kesalahan ponteng sekolah, 40% ponteng kelas dan 25%
kerap keluar kelas. Omardin (1996)
Bagi pelajar perempuan pula kemurungan akan mengakibatkan, kesedihan,
keletihan, gangguan tidur dan kelesuan. Manakala berdasarkan Ilyas Mohammad
(2007) yang menyatakan bahawa murung, sayu, resah dan gelisah merupakan
perasaan penderitaan yang serupa serta memberikan impak negatif kepada individu
yang mengalaminya. Keadaan ini pastinya akan memberikan tekanan kepada
remaja dan kecelaruan mental dan fizikal seperti tekanan, kebimbangan,
kemurungan, sakit kepala dan sakit perut (Hall & Torres, 2002) serta memberi kesan
secara langsung terhadap pencapaian akademik (Pluker, 1997). Justeru, remaja
perlu diajar kemahiran berdaya tindak dan diberi sokongan sosial terutamanya
daripada ibu bapa, adik beradik, rakan dan saudara mara (Hall & Torres, 2002).
20
6.0 Banding Beza Kemurungan dalam Kalangan Pelajar Lelaki dan Perempuan
Jadual 3 : Rumusan perbandingan masalah kemurungan pelajar lelaki dan perempuan
6.1 Persamaan
1) Faktor suasana alam sekitar dan kehilangan ibu bapa individu tersayang
Kebanyakan masalah kemurungan yang berlaku dalam kalangan pelajar adalah
disebabkan faktor suasana alam sekitar dan kehilangan ibu bapa atau individu
tersayang (Jamaluddin, Azizi & et.al, n.d). Contohnya, apabila seseorang
kehilangan ibu bapanya, pelajar yang kebiasaannya ceria akan berubah menjadi
pendiam dan suka mengasingkan diri. Pelajar ini lama-kelamaan akan
menunjukkan tanda-tanda penyakit murung.
2) Simptom umum
Simptom umum yang ditunjukkan pula antara kedua-dua jantina ialah cenderung
untuk berasa sedih (simptom emosi), hilang daya tumpuan (simptom kognitif),
kurang bercakap dan suka mengasingkan diri (simptom tingkah laku) serta
hilang selera makan dan berat badan menurun (simptom fisiologi fizikal)
(Jamaluddin, Azizi & et.al, n.d). Guru boleh mengenal pasti sama ada pelajarnya
murung atau tidak berdasarkan simptom biasa yang ditunjukkan oleh pesakit
murung.
6.2 Perbezaan
21
Dari segi perbezaan masalah kemurungan antara perempuan dan lelaki pula,
kebanyakan sorotan kajian tentang hubungan kemurungan dengan perbezaan jantina
adalah sangat tidak konsisten (See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005). Namun
begitu, penulisan akademik ini cuba menghuraikan beberapa persamaan dan perbezaan
antara pelajar lelaki dengan perempuan dalam menghadapi masalah kemurungan
dalam aspek faktor penyebab, risiko terdedah kepada masalah tersebut, simptom atau
tanda-tanda, akibat atau kesan masalah ke atas diri pelajar, dan langkah mengatasi
atau rawatan. Berikut huraian tentang perbandingan isu kemurungan antara pelajar
lelaki dan perempuan :
1) Faktor penyebab
Antara faktor penyebab kemurungan dalam kalangan pelajar lelaki adalah sistem
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan yang menyebabkan ibu bapa
mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan (Lee Lam Thye, 2011). Hal ini memberikan tekanan kepada pelajar
tersebut seterusnya boleh menyebabkan kemurungan.
Seperti mana yang kita ketahui, secara umumnya perempuan lebih bijak
dan mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi berbanding lelaki.
Kebanyakan pelajar lelaki kurang mementingkan kejayaan dalam pembelajaran
mereka, menunjukkan sikap malas belajar dan mengulang kaji pelajaran. Sikap
ini seterusnya menjejaskan keputusan peperiksaan mereka. Hal ini dapat
dibuktikan dengan keputusan peperiksaan awam dari tahun 1996 hingga 2007
menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian lebih baik
berbanding pelajar lelaki dalam hampir semua mata pelajaran peringkat Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
(Dr. Zalizan Mohd dalam Mohd Adha Mohd Zain, 2009)
Bagi pelajar perempuan pula, antara penyebab utama kemurungan
ialah perubahan hormon. Yen Teck Hoe, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia
(MPA) berkata satu daripada sebab wanita lebih kerap berdepan dengan
kemurungan ialah apabila berlaku perubahan peringkat hormon yang dialami
(Amirah Amaly, 2009). Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa terdapat
22
perbezaan dalam aspek faktor kemurungan yang berlaku dalam diri pelajar lelaki
dan perempuan.
2) Risiko terdedah kepada penyakit kemurungan
Kebiasannya, risiko terdedah kepada sesuatu penyakit atau masalah bagi lelaki
dan perempuan ada perbezaannya. Begitu juga masalah kemurungan.
Kemurungan bukan sahaja terdedah kepada orang dewasa, malah berlaku
dalam kalangan pelajar sekolah. Namun begitu, kadar pendedahan masalah ini
ke atas pelajar lelaki dan perempuan berbeza antara satu sama lain.
Banyak kajian yang membuktikan bahawa perempuan lebih tinggi
risikonya terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki. Antaranya,
Haugard (dalam See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005) menyatakan bahawa
perempuan biasanya lebih mudah dilanda kemurungan berbanding lelaki. Selain
itu, laporan tinjauan dan pakar psikiatri menunjukkan kadar kemasukan ke
hospital disebabkan masalah atau penyakit kemurungan adalah lebih kerap
menyerang perempuan berbanding lelaki (Azizi dan Tan Soo Yin, 2007). Hal ini
membuktikan bahawa kemurungan lebih banyak berlaku dalam kalangan
perempuan bukan sahaja perempuan dewasa, malah remaja, kanak-kanak atau
pelajar sekolah. Dr. Nor Hamidah Mohd Salleh, Pakar Perunding Psikiatri
Hospital Gleneagles Kuala Lumpur turut menyatakan bahawa perempuan lebih
mudah risau dan terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki (Bintu
Rasyada, 2011). Oleh itu, risiko pelajar lelaki mengalami kemurungan lebih
rendah berbanding pelajar perempuan yang lebih berisiko dilanda masalah ini.
3) Simptom atau tanda-tanda
Dalam aspek simptom atau tanda-tanda seseorang mengalami kemurungan,
pelajar lelaki yang mengalami kemurungan akan bertingkah laku anti-sosial dan
terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Sebaliknya, pelajar perempuan yang
mengalami kemurungan akan menunjukkan tanda-tanda keresahan
(http://pts.com.my/modules.php?name=News&file
23
=print&sid=552, 26 Disember). Pelajar lelaki yang dilanda kemurungan akan
menunjukkan tingkah laku anti-sosial seperti keganasan fizikan dan harta
benda, keganasan seksual, penyalahgunaan dadah, lepak, lari dari rumah,
kongsi gelap dan gengsterisme (Mohd Yahya, 2009).
Tanda keresahan yang ditunjukkan oleh seorang perempuan yang
mengalami kemurungan pula merujuk kepada suatu perasaan yang dialami
dalam diri seseorang yang dibayangi oleh perasaan takut serta khuatir
disebabkan sesuatu perkara atau objek (Hilgard, Atkinson dan Atkinson, 1971
dalam Wan Zarina, Azizah & et.al, 2007). Oleh itu, walaupun simptom umum
bagi masalah kemurungan terdapat pada individu perempuan dan lelaki, namun
terdapat simptom yang berbeza yang ditunjukkan oleh kedua-dua jantina yang
perlu diberi perhatian oleh seorang guru dalam mengenal pasti masalah
gangguan emosi pelajar.
4) Akibat atau kesan ke atas diri pelajar
Aspek seterusnya dalam membincangkan tentang perbezaan isu kemurungan
pelajar lelaki dan perempuan adalah aspek akibat atau kesan ke atas diri pelajar
apabila mengalami kemurungan. Bagi pelajar lelaki, kebiasaannya mereka yang
mengalami kemurungan akan terlibat secara langsung dengan penyalahgunaan
dadah (http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=552, 26
Disember), minuman keras dan menghisap rokok dan membunuh diri
berbanding pelajar perempuan. Lelaki lebih berani dan cenderung untuk
bunuh diri serta berjaya melakukannya berbanding wanita yang hanya
melakukan cubaan bunuh diri yang kebanyakannya tidak berjaya. Hal ini
mungkin disebabkan lelaki lebih cenderung menggunakan cara yang bahaya dan
boleh membawa kepada kematian dengan cepat. Antara cara tersebut ialah
menggantung diri, terjun dari bangunan tinggi, dan menembak diri sendiri.
Wanita yang melakukan cubaan bunuh diri pula lebih cenderung mengambil
ubat-ubatan secara berlebihan dan mencederakan pergelangan tangan
(http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid =552, 26 Disember).
24
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh National Suicide Registry
Malaysia (NSRM), seramai 731 (545 lelaki dan 186 wanita) membunuh diri
dalam tempoh tiga tahun antara 2007 hingga 2010. Statistik itu merupakan
sebahagian daripada laporan Kabinet yang dibentangkan di Dewan Negara April
2011 (MstarOnline, 2011). Kajian World Health Organization (WHO) juga
mendapati, penyebab utama kematian akibat bunuh diri adalahkemurungan
(MstarOnline, 2011). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kecenderungan dan
kejayaan untuk membunuh diri bagi lelaki yang mengalami kemurungan
lebih tinggi berbanding perempuan yang mengalami kemurungan.
5) Langkah mengatasi atau rawatan
Di samping perbezaan dari aspek-aspek di atas, perbezaan dalam aspek
langkah mengatasi kemurungan atau rawatan bagi pelajar lelaki dan perempuan
yang mengalami kemurungan juga berbeza. Sebagai seorang pendidik, guru
perlu memahami perbezaan emosi dan personaliti pelajarnya dari segi gender
atau jantina. Bagi pelajar lelaki, guru yang dapat mengenal pasti pelajar lelakinya
murung tidak disarankan mengurus emosi pelajar lelakinya dengan
bersikap terburu-buru dalam menyoal pelajar tentang masalah yang
dihadapinya (Khamsiah, n.d.). Berikan masa kepada pelajar lelaki tersebut
untuk memulakan sesi luahan perasaan kerana kebanyakan lelaki sukar
mengaku mereka mengalami tanda kemurungan (Angst dan Dobler- Mikola,
1984 dalam (Azizi dan Tan Soo Yin, 2007).
Bagi pelajar perempuan yang murung pula, guru disarankan
menggunakan pendekatan memujuk dengan lemah lembut dan penuh
kasih sayang terhadap pelajar perempuannya (Khamsiah, n.d.) supaya dapat
bertanya tentang perasaan, sebab tingkah laku yang ditunjukkan, apa yang
berlaku dan sebagainya. Hal ini kerana, hati seorang perempuan lembut dan
mudah tersentuh dengan layanan yang baik. Bertepatan dengan hadis yang
dikemukan oleh Imam Al-Bukhari (Muhammad Hanief, n.d.) yang bermaksud :
Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu
akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari,4889).
25
Oleh itu, wajar bagi guru untuk menggunakan pendekatan yang lemah
lembut dalam membantu pelajar perempuannya supaya pelajar dapat mengaku
tanda kemurungan yang dialaminya seterusnya membolehkan guru tersebut
mengambil tindakan susulan.
7.0 Rumusan
Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa masalah kemurungan
yang dihadapi dalam kalangan pelajar merupakan salah satu gangguan emosi yang perlu
dikesan atau dikenal pasti oleh guru dengan cepat supaya guru dapat mengambil tindakan
susulan atau membantu pelajar tersebut mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebagai seorang
guru, masalah seperti ini tidak sepatutnya dipandang enteng dan remeh kerana kemurungan
boleh memberi kesan negatif kepada pelajar seperti bunuh diri, terlibat dengan jenayah dan
tingkah laku anti sosial, pencapaian dalam pelajaran menurun dan sebagainya. Guru perlu peka
terhadap keperluan dan kehendak pelajar dan bijak menangani sesuatu masalah supaya
masalah tersebut tidak menular dan merebak kepada pelajar lain. Kemurungan yang dihadapi
pelajar juga perlu diatasi supaya tidak menjejaskan kesihatan mereka dan masa depan pelajar
tersebut.
26

More Related Content

Similar to Assignment edu-hfz

Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
SLIDE CTU.pptx
SLIDE CTU.pptxSLIDE CTU.pptx
SLIDE CTU.pptx2023687168
 
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangSejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangMazlili Suhaini
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureSuhailah Fauzi
 
KOLOKIUM rc
KOLOKIUM rcKOLOKIUM rc
KOLOKIUM rcCg Zue
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)eiyraarisya
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptx
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptxCABARAN IBU BAPA AUTISME.pptx
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptxnurulakmajamil1
 
Implikasi perbezaan individu terhadap Pembelajaran dan Pengajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap Pembelajaran dan PengajaranImplikasi perbezaan individu terhadap Pembelajaran dan Pengajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap Pembelajaran dan Pengajarannicklala909
 

Similar to Assignment edu-hfz (18)

Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Kajian tindakan murung
Kajian tindakan murungKajian tindakan murung
Kajian tindakan murung
 
Kajian tindakan murung
Kajian tindakan murungKajian tindakan murung
Kajian tindakan murung
 
SLIDE CTU.pptx
SLIDE CTU.pptxSLIDE CTU.pptx
SLIDE CTU.pptx
 
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangSejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurture
 
Isl tajuk 2
Isl tajuk 2Isl tajuk 2
Isl tajuk 2
 
KOLOKIUM rc
KOLOKIUM rcKOLOKIUM rc
KOLOKIUM rc
 
Kesan Alkohol
Kesan AlkoholKesan Alkohol
Kesan Alkohol
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptx
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptxCABARAN IBU BAPA AUTISME.pptx
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptx
 
Dadah
DadahDadah
Dadah
 
Dadah
DadahDadah
Dadah
 
Implikasi perbezaan individu terhadap Pembelajaran dan Pengajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap Pembelajaran dan PengajaranImplikasi perbezaan individu terhadap Pembelajaran dan Pengajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap Pembelajaran dan Pengajaran
 

Assignment edu-hfz

  • 1. 1.0 Pengenalan Dewasa kini, kehidupan adalah semakin mencabar. Manusia dibebani oleh pelbagai tanggungjawab dan komitmen demi pembangunan diri, keluarga dan negara. Akibat daripada terlalu mengejar kemajuan dan keselesaan hidup, maka ramai dari kalangan mereka telah mengalami tekanan dan kemurungan sehingga memberi kesan negatif terhadap kualiti kehidupan mereka. Sebenarnya, kemurungan merupakan satu fenomena yang telah lama wujud dan dialami oleh kebanyakan manusia sama ada serius atau tidak. Kemurungan adalah masalah psikologi yang serius tanpa mengira had usia dan memerlukan perhatian daripada pihak tertentu. Menurut Dacey & Kenny (1997 dalam See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005), kemurungan boleh diertikan sebagai suatu perasaan, sindrom atau penyakit klinikal. Kemurungan juga meliputi perasaan dan tingkah laku yang menunjukkan bahawa individu tersebut putus harapan dan mengalami kesedihan sehingga membawa kepada tingkah laku luar biasa serta keinginan membunuh diri (Weissman dan Paaykel, 1974). Hal ini disokong oleh Ingersoll (1989 dalam See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005) yang menyatakan bahawa perasaan murung yang serius boleh berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius. Tambahan, Diyana Rose (2009) dalam artikelnya yang bertajuk “Kemurungan Beri Kesan Kehidupan Remaja” menyatakan, “Kemurungan adalah penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri.” Oleh itu, berdasarkan definisi yang diberikan, kemurungan dapat diertikan sebagai satu penyakit mental yang melibatkan gangguan dari segi emosi dan perasaan negatif seperti sedih sehingga menyebabkan seseorang bertingkah laku luar biasa serta negatif seperti membunuh diri. 1
  • 2. 2.0 Kesan Kemurungan Kemurungan merupakan salah satu daripada gangguan emosi yang sering dihadapi oleh pelajar sekolah. Dr. Salmi Razali, Pakar Psikiatri dan Pensyarah Perubatan Kanan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam artikelnya yang bertajuk “Mendalami Kesedihan Anak Remaja” (2007) telah menyatakan bahawa, “Dianggarkan 2% orang kanak- kanak di sekolah rendah dan 4% hingga 8% orang remaja mengalami kemurungan. Di Malaysia, satu kajian terbaru oleh pensyarah dan pakar psikiatri Fakulti Perubatan UiTM, dari kalangan 2,048 pelajar dari beberapa sekolah menengah di bandar dan luar bandar di Selangor, didapati seramai 211 atau 10.3% orang pelajar mempunyai tanda-tanda kemurungan.”. Melalui dapatan yang diperoleh daripada program perintis ini dan dapatan kajian yang dikemukan oleh pensyarah dan pakar psikiatri Fakulti Perubatan UiTM , jumlah pelajar yang mengalami tanda-tanda kemurungan semakin meningkat dari 211 orang pelajar ke 340 orang pelajar. Kemurungan dalam kalangan pelajar sekolah dapat dikesan apabila melibatkan beberapa simptom utama seperti : i. kehilangan minat dalam aktiviti pembelajaran dan harian ii. gangguan psikomotor iii. keletihan dan kelesuan iv. kehilangan selera makan dan gangguan tidur v. tingkah laku anti sosial seperti lari dari rumah, bergaduh, tidak berpuas hati dan tingkah laku agresif yang lain vi. perasaan dan pemikiran untuk membunuh diri vii. kewujudan perasaan bersalah dan putus asa. ( Beck,1967 dan Reynold,1984 dalam Osman Noor, 1998) Selain itu, simptom atau tanda-tanda kemurungan kebiasaannya terbahagi kepada empat aspek iaitu afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Ciri utama bagi setiap aspek dapat diterangkan dalam jadual di bawah : 2
  • 3. ASPEK CIRI UTAMA Afektif • Sedih yang amat menyeksakan (Ramli, 1990 dalam Norasmawati, 2003). Kognitif • cenderung kepada persepsi negatif kepada diri sendiri, orang lain dan menganggap masa depan adalah gelap (Haji Bon, 2008 dalam Jamaludin Ramli et.al). Tingkah laku • selalu menangis, tidak bermaya, tindak balas yang berkurang, rspon percakapan perlahan, hubungan dengan rakan sebaya tidak ramai, dan mengasingkan diri daripada perhubungan sosial (Oster dan Caro, 1990 dalam Jeromeh, 2006). Fisiologi • hilang selera makan sehingga menjejaskan berat badan dan mengalami masalah sembelit atau selera makan semakin meningkat. Jadual 2 : Aspek dan ciri utama dalam simptom kemurungan Di samping itu, terdapat individu yang mengalami kemurungan ini menunjukkan tanda- tanda seperti merasa khuatir semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga tidak berpuas hati terhadap sesuatu hubungan dan berasa tidak tenang apabila bersama dengan orang ramai terutamanya dalam bentuk kumpulan. Ada juga individu yang menghadapi kesukaran dalam interaksi sosial dan menjauhkan diri daripada orang lain. Sepertimana tanda-tanda yang telah dinyatakan oleh Beck, Shafer (1980 dalam Osman Noor, 1998) juga menyatakan bahawa walaupun tingkah laku membunuh diri jarang berlaku dalam kalangan pelajar yang mengalami kemurungan, namun mereka ini masih mempunyai ilham serta perasaan untuk mencederakan diri. Hal ini kerana mereka mengalami gangguan emosi teruk dan krisis disipilin yang teruk. Dalam rencana Utusan Online bertarikh 23 Februari 2010 ( Mohd. Shamsuriyadi Mamat, 2010) menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih dari sejuta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun. Ini membuktikan bahawa kemurungan bukanlah isu yang ringan, akan tetapi isu yang perlu diambil berat oleh semua pihak demi 3
  • 4. menjaga kesejahteraan negara dan melahirkan pelajar yang bukan sahaja sihat tubuh badan tetapi cerdas minda, mental dan otaknya. 3.0 Sebab/Punca Kemurungan Dianggarkan dua daripada seratus (2%) orang kanak-kanak di sekolah rendah dan empat hingga 8 daripada seratus (4%-8%) orang remaja mengalami kemurungan .Di Malaysia, satu kajian terbaru oleh pensyarah dan pakar psikiatri Fakulti Perubatan UiTM di kalangan 2048 pelajar dari beberapa sekolah menengah di bandar dan luar bandar Selangor mendapati 211 (10.3%) pelajar mempunyai tanda-tanda kemurungan. Antara punca kemurungan ialah : 3.1 Stress – Tekanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kadar kemurungan. Ini kerana mereka mengalami peristiwa kehidupan yang traumatik seperti konflik perceraian ibu bapa, kesedihan akibat kehilangan orang tersayang, berlaku peristiwa hitam, peperiksaan dan pelajar yang terdiri daripada keluarga yang mempunya sosioekonomi yang rendah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Paykel, (1969; dalam Weissman dan Paykel, 1974), sebanyak 25% daripada individu murung menyatakan bahawa mereka mengalami perpisahan atau kehilangan orang yang disayangi pada masa lalu. Keadaan jiwa yang murung menunjukkan masalah kerunsingan, kesedihan dan rasa diri tidak berguna. Ianya terjadi kerana pengaruh tekanan dari luar atau kerana kemunduran pada fungsi otak (Jokosuyono, 1980). 4 Stress Punca Kemurungan Sosial Krisis Ekonomi Genetik Fizikal Personaliti pesimik
  • 5. 3.2 Faktor sosial – Faktor sosial dan persekitaran turut mengakibatkan kemurungan. Pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan rakan- rakan akan sentiasa memencilkan diri dan berasa tidak diterima. Pelajar menunjukkan ketidakupayaan diri mereka untuk bertindak balas dengan persekitaran. Mereka juga sentiasa menyepikan diri dan berfikiran negatif (Beck, 1993). Hal ini menyebabkan mereka tidak mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran sama ada guru mahupun rakan sebaya. Tahap tekanan yang tidak dikawal boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk kepada perkembangan hidup pelajar-pelajar. Ini kerana dianggarkan 121 juta penduduk dunia mengalami masalah kemurungan dan boleh menjadi penyakit kedua utama penyebab ketidakupayaan menjelang 2020. 3.3 Personaliti Pesimik – Teori Kemurungan Beck (1974), menjelaskan kemurungan berlaku kerana munculnya sifat-sifat negatif dalam diri individu. Pendapat ini disokong oleh pendapat Atkinson (1964), iaitu individu yang gagal dalam sesuatu usaha biasanya akan cenderung untuk mengandaikan dirinya tidak berupaya dan cenderung pula untuk lari daripada situasi yang sama. Keadaan ini akan mewujudkan suatu anjakan berturutan terhadap tingkah laku iaitu akan bersifat semakin menurun. Pelajar yang mempunyai personaliti ini mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Mereka sentiasa berfikiran negatif terhadap persekitaran. Contohnya, pelajar berperasaan bahawa dirinya tidak disukai oleh semua orang dan dirinya terlalu banyak kekurangan. Lantas menyebabkan keupayaan diri dan tahap percaya diri yang rendah. Pelajar-pelajar seperti ini sering mengasingkan diri dan tidak akan melibatkan diri di dalam sebarang aktiviti. Pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Jesjeet Singh Gill berkata, cabaran sebenar dalam mengenal pasti kesakitan dan kemurungan ini ialah untuk mengatasi stigma yang berkait rapat dengan diagnosis dan rawatan penyakit tersebut. "Kami mendapati para pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana mereka bimbang akan dipulaukan. Mereka juga takut dipandang rendah di sekolah dan 5
  • 6. mereka yang menghidapi masalah ini masih dianggap sebagai mempunyai masalah emosi atau kurang keazaman". 3.4 Genetik – Faktor genetik dan keturunan memainkan peranan dalam mempengaruhi tahap kemurungan seseorang. Dr. Teck Hoe berkata, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki dengan nisbah 2:1. "Antara sebabnya ialah perubahan peringkat hormon yang dialami wanita. Itu sebabnya, kemurungan berlaku ketika wanita mengalami peredaran haid. Keputusan kajian Reynolds dan Cloud, (1981); Weismann dan Klerman, (1977) menunjukkan bahawa pelajar-pelajar perempuan lebih tinggi darjah kemurungannya daripada pelajar lelaki.Dari segi saintifiknya, penyelidikan mendapati kemurungan disebabkan ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin dan noradrenalin. Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang wujud dalam sistem saraf pusat dan perubahan paras serotonin dalam otak boleh mengubah mood seseorang. Begitu pun, kajian turut mendapati bahawa kemurungan boleh diwarisi yang bermaksud ia mempunyai hubung kait dengan faktor genetik. 3.5 Fizikal – Faktor fizikal juga memainkan faktor penting. Penyakit-penyakit yang kronik khususnya seperti sakit jantung akan mengakibatkan seseorang itu mudah untuk berasa murung dan tertekan. Menurut Laporan Kesihatan Sedunia 1999 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan merupakan penyakit keempat paling ramai dihidapi di dunia yang boleh menimbulkan ketidakupayaan individu. Faktor ini merupakan punca yang kurang di alami oleh pelajar-pelajar kerana faktor usia yang masih muda menyebabkan hanya segelintir pelajar yang mempunyai penyakit kronik dan ini merupakan kes yang terpencil. Namun begitu di dalam aspek yang berpunca daripada fizikal, terdapat juga pelajar- pelajar yang murung akibat fizikal luaran seperti kegemukan, kebersihan, terdapat sedikit kecacatan fizikal dan perbezaan antara individu yang menyebabkan mereka sering dijadikan bahan ejek. 6
  • 7. 3.6 Faktor ekonomi – Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, "Kemurungan tidak mengenal mangsa, ia boleh terjadi kepada kanak-kanak semuda usia lima tahun dengan simptom yang berbeza". Faktor sosioekonomi turut meletakkan pelajar di dalam situasi kemurungan. Faktor ekonomi yang rendah menyebabkan mereka sentiasa mengalami masalah kewangan, keinginan dan naluri kanak-kanak tidak ditunaikan serta sering membanding beza sisi kehidupan pelajar- pelajar lain. Menurut Ilfed, (1977; dalam Roger, 1982) faktor penting masalah tekanan berpunca daripada tekanan tugas harian yang terlalu berat, masalah hubungan dengan orang lain dan masalah kewangan. Pelajar yang berada di dalam kesempitan hidup akibat masalah ekonomi sering dipinggirkan dan tidak diberi perhatian. Hal ini mempengaruhi emosi mereka sehingga menyebabkan kemurungan. 4.0 Cadangan Penyelesaian Masalah Kemurungan Seperti yang telah dinyatakan, kemurungan dalam kalangan pelajar atau pelajar bukanlah satu isu yang boleh dipandang ringan. Namun, isu kemurungan dalam kalangan pelajar perlu diambil berat oleh semua pihak. Hal ini kerana isu ini boleh memberi kesan negatif terhadap pelajar, guru, masyarakat dan negara. Menurut Bachanas dan Kaslow (2001, dalam See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005), kemurungan yang berlaku dalam kalangan remaja memerlukan 7 Cadangan Penyelesaian Mengadakan kempen dan program pengurusan emosi Peranan guru kaunseling yang lebih proaktif Penglibatan dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan Hubungan institusi kekeluargaan yang erat Pemilihan rakan
  • 8. perhatian dan intervensi yang baik. Namun, bukan sahaja kemurungan dalam kalangan remaja, malah kemurungan yang dihadapi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah juga perlu diberi perhatian dan diselesaikan secara berperingkat. Oleh hal yang demikian, antara langkah penyelesaian yang dapat dicadangkan untuk membantu menyelesaikan isu kemurungan dalam kalangan pelajar ialah: i. Mengadakan kempen dan program pengurusan emosi Pengurusan emosi seringkali dikaitkan dengan Kementerian Kesihatan. Oleh itu, Kementerian Kesihatan disarankan supaya memainkan peranan mereka dalam menggerakkan usaha dan menjalankan kempen mendidik pelajar mengurus emosi mereka. Selain Kementerian Kesihatan, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi usaha mereka dalam melaksanakan kempen mengurus emosi. Mengurus emosi dan perasaan dengan baik sangat penting dalam menahan kemarahan yang boleh menyebabakan pelbagai perkara buruk berlaku seperti bergaduh, mengamuk, bertumbuk dan marah berlebihan yang tidak dapat dikawal (Dr Aminudin Mansor). ii. Peranan guru kaunseling yang lebih proaktif Selain itu, guru kaunseling juga perlu lebih proaktif dalam membantu pelajar. Guru kaunseling perlu bergerak cergas untuk pergi menemui pelajar, bukan hanya mengharapkan kedatangan pelajar ke bilik kaunseling. Apabila seorang guru kaunseling bertindak demikian, pelajar akan rasa lebih dekat, mesra dan mudah meluahkan masalah yang dihadapinya. Aktiviti seperti ceramah dan program kemasyarakatan perlu lebih kerap diadakan supaya dapat mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah. Melalui ceramah yang dianjurkan, pelajar belajar untuk mengurus diri dan mengelak daripada terlibat dalam perkara yang boleh membawa kepada tekanan seperti bercinta dan pengambilan dadah. Contoh program yang boleh diadakan ialah ceramah pengurusan emosi dan langkah mengelakkan diri daripada gangguan emosi serta program gotong-royong membersihkan kampung. iii. Penglibatan dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan 8
  • 9. Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan seperti senamrobik, merentas desa, larian amal dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, menolong mangsa banjir dan sebagainya dapat mengurangkan peluang pelajar terjebak dalam masalah gangguan emosi. Hal ini kerana pelajar yang menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah atau memikirkan sesuatu yang negatif. Contohnya, pelajar boleh menyertai program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kelab Rakan Muda. Kelab ini dilihat dapat membantu dalam mengurus emosi dan tekanan di samping mengelak daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti seks bebas, rempit, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. iv. Pemilihan rakan Selain itu, pemilihan rakan juga merupakan salah satu langkah mengatasi masalah kemurungan. Hal ini kerana rakan banyak mempengaruhi tabiat, kegiatan dan pergaulan harian pelajar. Setiap pelajar perlu memilih rakan yang boleh mendidik diri menjadi individu yang baik dan pandai mengurus emosi. Pelajar perlu mengelak daripada berkawan dengan mereka yang mungkin boleh mempengaruhi mereka dengan perkara buruk. Antara individu yang perlu dielak ialah mereka yang mudah murung dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. v. Hubungan institusi kekeluargaan yang erat Hubungan dalam institusi kekeluargaan juga perlu dieratkan. Ibu bapa perlu membantu anak-anak dalam mengurus emosi mereka, bukan menambahkan tekanan terhadap anak-anak. Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang menggunakan pendekatan berhemah dalam mendidik dan berkawan dengan anak-anak. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan berhikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan- 9
  • 10. Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (16 : 125). Namun begitu, apa yang terjadi pada hari ini, ibu bapa lebih mementingkan dan meninggalkan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak. Mereka menyerahkan sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka teruatam dalam aspek agama dan moral. vi. Latihan bagi guru mengenal pasti dan mengendali gangguan emosi Di samping itu juga, guru-guru perlu diberi latihan untuk mengenal pasti dan mengendalikan emosi pelajar. Contohnya Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam kalangan Pelajar Sekolah merupakan satu program yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah terpilih (Azrina Ahzan, 2011). Guru-guru di sekolah tersebut akan menjalani latihan dan melaksanakan satu modul khas mengesan masalah penyakit mental dalam kalangan pelajar pada peringkat awal. Sebanyak empat buah sekolah telah dipilih sebagai sekolah perintis. Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Pelajar Sekolah itu dijalankan selama enam bulan bertujuan memperkasakan pelajar bagi menangani tekanan akibat cabaran kehidupan seharian menerusi kemahiran daya tindak. Ia juga bertujuan memberi kemahiran kepada guru untuk mengenal pasti serta mengendalikan pelajar yang mengalami masalah emosi dan tingkah laku serta memberi kemahiran kepada guru dan kaunselor mengesan masalah kemurungan serta tekanan di kalangan pelajar di peringkat awal. Berdasarkan enam langkah penyelesaian yang dicadangkan, semua pihak perlu berganding bahu dan membantu antara satu sama lain dalam menangani masalah kemurungan ini. Sebelum ia menjadi lebih serius, semua pihak perlu memberi perhatian yang lebih dalam menjalankan intervensi bagi masalah ini. 5.0 Kesan Isu Kemurungan Kepada Diri Sebagai Bakal Guru 10 Membentuk peribadi guru yang menghargai potensi pelajar Membentuk peribadi guru yang menghargai potensi pelajar Sentiasa cakna dengan isu semasa dan teori psikologi Sentiasa cakna dengan isu semasa dan teori psikologi
  • 11. i) Sentiasa cakna dengan isu semasa dan teori psikologi Bakal guru perlu medapatkan pendedahan berkenaan isu semasa yang berkaitan dengan gangguan emosi terutamanya kemurungan samada di dalam sumber primer mahupun sumber sekunder. Hal ini penting bagi mengelakkan diri daripada terjebak sebagai seorang yang pemurung atau berhadapan dengan golongan pelajar-pelajar yang menjadi pemurung. Di sekolah mahupun di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru pasti akan berhadapan dengan individu-individu yang kemurungan. Menurut Beck (1967), 70% pelajar- pelajar yang mengalami kemurungan di tahap kemurungan tinggi akan berasa sedih sepanjang masa, dan sukar untuk lari daripada keadaan tersebut. Maka di dalam situasi ini sudah pasti guru perlu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu latar belakang pelajar tersebut. Hal ini bertujuan bagi mendapat dapatan punca sebenarnya pelajar tersebut terganggu emosinya hingga menjadi murung. Sudah tentu, pelajar-pelajar ini perlu dibantu agar mereka dapat merasai peluang untuk bergembira dan membesar seperti pelajar- pelajar lain. ii) Guru Sebagai Agen Perubahan Guru bertindak sebagai ibu bapa kedua kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Guru juga perlu sentiasa inovatif dan kreatif dalam meransang minat dan 11 Kesan kemurungan Kesan kemurungan Menjadi guru yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan pelajar Menjadi guru yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan pelajar Guru Sebagai Agen Perubahan Guru Sebagai Agen Perubahan Bijak berkomunikasi Bijak berkomunikasi
  • 12. memotivasikan pelajar. Hal ini penting bagi memastikan kelangsungan minat pelajar agar tidak terjebak dan bijak berhadapan dengan masalah kemurungan. Guru juga menjadi agen kepada perubahan tingkah laku dan emosi pelajar. Selingman (1975) melaporkan kebanyakan kes yang berhubung kemurungan berkait rapat dengan nilai motivasi diri yang rendah dan jangkaan terhadap kehidupan yang negatif. Sebagai agen perubahan, masalah kemurungan ini menjadikan guru sentiasa optimis dan tidak berputus asa dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran di sekolah terutamanya dalam mendidik dan membentuk pelajar yang bukan sekadar cemerlang akademik namun turut sihat emosinya. iii) Membentuk peribadi guru yang menghargai potensi pelajar. Kemurungan merangkumi perasaan dan tingkah laku yang meliputi perasaan putus harapan dan kesedihan sehingga kepada tingkah laku yang luar biasa dan keinginan membunuh diri (Weissman dan Paaykel, 1974). Banyak kesan buruk yang akan dialami oleh pelajar -pelajar pada masa kini dan tidak mustahil penyakit ini berterusan sehingga dewasa. Malah penyakit ini akan menjadi semakin teruk jika tidak dirawat segera. Oleh itu, kemurungan yang berlaku dalam kalangan pelajar boleh membentuk peribadi guru supaya lebih menghargai pelajarnya. Contohnya, pelajar yang murung akan menunjukkan perasaan sedih dan suka mengasingkan diri. Apabila guru menunjukkan penghargaannya kepada pelajar, pelajar akan merasakan dirinya dihargai dan dia masih lagi penting kepada orang- orang di sekelilingnya kerana ada orang yang menunjukkan tanda kasih sayang kepadanya. iv) Bijak berkomunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh bakal guru-guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969). Pelajar-pelajar yang kemurungan kurang percaya pada diri sendiri dan orang lain. Guru yang memiliki maklumat tantang kemurungan akan bijak dalam berkomunikasi agar dapat menawan pelajar tersebut agar melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan membaik pulih sistem kepercayaan yang 12
  • 13. terdapat di dalam dirinya. Kecekapan berinteraksi dalam menyampaikan idea dan mesej secara berkesan berupaya mewujudkan dan memelihara hubungan mesra. v) Menjadi guru yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan pelajar Keprihatinan sangat penting bagi seorang bakal guru. Guru yang prihatin sentiasa peka terhadap persekitaran mereka. Penyakit kemurungan bukanlah satu simptom yang biasa bahkan ia mampu menjejaskan perkembangan kendiri seseorang individu. Kenyataan ini disokong oleh Beck (1991) di mana menurutnya, orang yang tertekan mempunyai pandangan yang negatif tentang diri mereka, persekitaran dan masa depan mereka. Hal ini menyebabkan lahirnya modal insan pewaris negara yang tidak berkualiti. Maka guru perlu sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan pelajar agar pelajar dapat dibantu dalam menangani masalah gangguan emosi ini. Isu kemurungan berpunca daripada tekanan dan krisis di dalam kehidupannya. Pelajar yang mengalami kemurungan dapat dikenalpasti berdasarkan gejala-gejala yang ditonjolkan. Pendedahan maklumat tentang kemurungan akan menjadikan guru sentiasa peka dan prihatin terhadap perubahan emosi dan perwatakan pelajar di dalam kelas. Jika pelajar ini tidak dibantu segera, masalah kemurungan ini akan menganggu tahap penumpuan pelajar di dalam pelajaran. Oleh itu sikap prihatin sangat penting untuk diaplikasikan oleh bakal guru bagi membantu pelajar- pelajar yang berhadapan dengan masalah kemurungan dan gangguan emosi yang lain. 6.0 Banding Beza Kemurungan dalam Kalangan Pelajar Lelaki dan Perempuan Setiap individu di dunia ini pernah mengalami perasaan sedih atau muram pada masa tertentu sepanjang hayatnya (Gurian, 2001; Steinberg, 1999). Bagi kebanyakan orang, gangguan emosi ini hanya berjangka masa pendek sahaja. Namun dalam kes-kes tertentu, perasaan gangguan emosi ini berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti kemurungan, membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius (Ingersoll, 1989). Memang tidak dapat dinafikan bahawa gangguan emosi boleh menjejaskan pelbagai aspek hidup seseorang individu sama ada dari segi kognitif, emosi, sosial mahupun fizikal. Berikut merupakan banding beza gangguan emosi bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan: 13
  • 14. PERSAMAAN PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN - Membentuk pertumbuhan kognitif yang negatif. - Mengakibatkan kesan buruk terhadap kehidupan pelajar. PERBEZAAN PELAJAR LELAKI ASPEK PELAJAR PEREMPUAN Sentiasa melepaskan perasaan pada persekitaran samada suasana, orang dan benda-benda lain secara langsung atau tidak langsung. Wan Zainab Binti Othman (1990) Tingkah laku Lemah dan tidak kuat berhadapan dengan tekanan. Lebih cenderung mengekalkan emosi negatif dan suka memendamkan perasaan. Calhoun, Chenny dan Dawes,1974(dalam Hammen & Padesky, 1977) Mementingkan penilaian yang dibuat oleh orang lain terhadap dirinya. Baggiano dan Barret (1991) Interpersonal Penting untuk mengekalkan hubungan dengan orang lain. Mudah tertekan jika gagal kekalkan perhubungan. Baggiano dan Barret (1991) Enggan mengakui kelemahan diri Hemmen & Padesky (1977) Sikap Pelajar perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif Ahmad Fauzi (2005) 14
  • 15. Kuat, aktif, berani dan tegas Baron & Perron (1986) Peranan Sosial Lemah lembut, bergantung pada keluarga dan dimanjakan ibu bapa. Mertem & Lewinsohn(1990) Pelajar bermasalah dalam memberi perhatian dan ini memberi kesan ke atas pencapaian akademik pelajar (Meyerson, 1975; Adelson, 1980; Dacey & Kenny, 1997; Ghuman & Sarles, 1998). Pencapaian akademik Pelajar perempuan menunjukkan prestasi akademik yang lebih cemerlang daripada pelajar lelaki. Vandalisme, Buli, Ponteng Sekolah, Kesan Kemurungan, gangguan tidur, pendiam, hilang selera makan. 6.1 Persamaan Ahli psikologi, Hall (1995), mengaitkan fenomena ‘storm and stress’ dengan golongan remaja. Hall memperkenalkan konsep ‘storm and stress’ yang melihat zaman remaja sebagai tempoh masa yang penuh huru-hara, penuh cabaran, pemberontakan terhadap autoriti orang dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan sosial. Pendek kata ‘storm and stress’ bolehlah dikatakan sebagai keadaan yang tidak stabil dengan berbagai cabaran dan tekanan. Justeru gangguan emosi mengakibatkan kesan buruk terhadap kehidupan pelajar. Seseorang yang ditimpa musibah atau masalah akan menjadi resah serta gelisah sehingga mengganggu ketenangan perasaan dan emosi. Maka, sebagai seorang pelajar yang mengalami perasaan sedih mahupun gelisah yang keterlaluan dan tidak terkawal akan membawa kepada tekanan mental seterusnya boleh menyebabkan kemurungan(FitzGibbon, 2003). 15
  • 16. Remaja perlu menjalankan kehidupan dengan baik dan seterusnya mewujudkan zaman kegemilangan dalam proses perkembangan. Namun terdapat juga remaja yang sering menghadapi pelbagai masalah sehingga membawa kepada peristiwa yang tidak diingini. Hampir setiap hari, terpapar di dalam akhbar pelbagai kes yang melibatkan golongan remaja. Pelbagai perilaku buruk seperti memukul guru, bergaduh, memeras ugut, memukul kawan, mencuri, merosakkan harta sekolah dan terlibat dengan pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Terdapat juga remaja yang menyertai kumpulankumpulan samseng. Mereka juga tidak malu merokok, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain perbuatan yang tidak bermoral secara terbuka. Hal ini rata-rata disebabkan keruntuhan institusi rumah tangga yang menganggu pertumbuhan kognitif, emosi dan perkembangan diri pelajar. 6.2 Perbezaan a) Tingkah laku : Pelajar lelaki lebih cenderung untuk melepaskan perasaan mereka. Mereka sentiasa melepaskan perasaan pada persekitaran. Apatah lagi jika pelajar lelaki diganggu dari sudut emosi, mereka akan melahirkan tingkah laku disruptif yang boleh membahayakan diri mahupun orang di sekeliling mereka. Kebiasaannya pelajar lelaki akan melepaskan kemarahan dengan bertumbuk, merosakkan harta sekolah dan mencederakan pelajar lain mahupun guru. Hal ini merupakan fitrah sifat seorang lelaki yang bersikap kurang sabar. Mereka mendapat kepuasan setelah melepaskan perasaan terhadap persekitaran. Menurut Wan Zainab Binti Othman (1990), pelajar lelaki sentiasa melepaskan perasaan pada samada suasana, orang dan benda -benda lain secara langsung atau tidak langsung. Pelajar lelaki kurang terdedah dengan risiko kemurungan berbanding pelajar perempuan. Menurut Nolen- Hoeksema dan Girgus (disebut dalam Hughes, La Greca, & Conoley, 2001), pada umur 15 tahun, remaja perempuan yang melaporkan simptom kemurungan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding remaja lelaki dan perbezaan jantina ini akan berlanjutan hingga ke zaman dewasa. Berbeza pula dengan pelajar perempuan, golongan ini merupakan golongan yang lemah dan tidak kuat berhadapan dengan tekanan. Mereka lebih cenderung 16
  • 17. mengekalkan emosi negatif dan suka memendamkan perasaan. Apabila berhadapan dengan gangguan emosi, pelajar perempuan lebih cenderung untuk berdiam diri dan tidak menceritakan permasalahan mereka kepada ibu bapa dan guru. Sikap memendamkan perasaan ini akan melarat dan bernanah sekiranya mereka tidak berjumpa dengan orang yang dipercayai sehinggakan pelajar perempuan akan terjebak dalam kemurungan setelah mengalami kesedihan yang melampau, kesunyian dan keletihan apabila berhadapan dengan masalah. Menurut Calhoun, Chenny dan Dawes,1974(dalam Hammen & Padesky, 1977) pelajar-pelajar perempuan lebih cenderung untuk mengekalkan dirinya dalam mood yang buruk. Menurut Gurian (2001) semasa mencapai umur 13 tahun, remaja perempuan yang mengalami kemurungan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding remaja lelaki. Pendapat ini membenarkan bahawa risiko pelajar perempuan mendapat kemurungan adalah dua kali ganda berbanding lelaki. b) Hubungan Interpersonal : Baggiano dan Barret (1991) berpendapat bahawa perbezaan darjah kemurungan di antara pelajar lelaki dan perempuan boleh dihuraikan melalui hubungan interpersonal. Dalam hubungan interpersonal, pelajar lelaki lebih mementingkan penilaian yang dibuat oleh orang lain terhadap diri mereka, sebaliknya pelajar perempuan lebih mementingkan untuk mengekalkan perhubungan dengan orang lain. Pelajar lelaki lebih mudah menyesuaikan diri dan menjalinkan persahabatan dengan orang yang dianggap sealiran pendapat dan pendirian mereka. Namun begitu mereka yang mempunyai jati diri yang lemah lebih mudah terpengaruh dengan gejala negatif daripada pengaruh rakan sebaya. Pelajar perempuan pula mudah tertekan apabila gagal mengekalkan perhubungan dengan orang lain. Kegagalan dalam menyesuaikan diri dan mengekalkan perhubungan dengan teman rapat dan individu yang dihormati mampu memberi kesan yang buruk terhadap diri mereka. Perasaan tidak diterima mampu mengganggu emosi dan memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan mereka. Tekanan yang tidak dapat diatasi menyebabkan pelajar perempuan berterusan 17
  • 18. kesedihan dan kemurungan apatah lagi jika mereka berperasaan tidak diterima dan disisihkan. c) Sikap : Menurut kajian yang dilakukan oleh Ahmad Fauzi (2005), pelajar perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif. Pelajar perempuan lebih mudah untuk meluahkan perasaannya, mengakui dirinya terganggu emosi dan dapat dirawat terlebih awal. Kajian oleh Brody dan Hall (1993) mengenai perbezaan jantina dalam proses sosialisasi mendapati lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam mempelajari dan memahami cara menangani emosi masing-masing. Proses sosiolisasi yang berbeza ada kesannya iaitu, golongan perempuan mempunyai tahap pengurusan dan pengendalian emosi yang lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu terdapat ramai pelajar perempuan yang lebih mudah terjebak dengan gejala kemurungan berbanding lelaki. Menurut kajian yang dibuat oleh Schichor, Bernstein, dan King (1994), remaja perempuan adalah dua kali ganda lebih kerap mengalami kemurungan berbanding remaja lelaki. Baron dan Perron (1986) juga mendapati bahawa remaja perempuan mendapat skor kemurungan yang lebih tinggi berbanding remaja lelaki. Berbeza bagi pelajar lelaki yang enggan mengakui kelemahan diri dan tidak suka dilabelkan sebagai individu murung (Hemmen & Padesky, 1977). Pelajar yang mengalami kemurungan sentiasa menyepikan diri serta berfikir secara negatif (Beck, 1967). Pelajar lelaki yang mempunyai jati diri yang rendah akan rasa bersalah dan putus asa apabila mereka gagal untuk melakukan sesuatu perkara. Keadaan dan perubahan yang dialami oleh pelajar-pelajar ini akan mempengaruhi konsentrasi terhadap pelajaran, pemikiran mereka menjadi lembap dan keupayaan daya ingatan mereka akan menurun (Reynolds, 1984). Gangguan emosi menyebabkan pelajar merasa rendah diri dan kurang bermotivasi di dalam kehidupannya. Justeru mereka lebih gemar bermain dan terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding belajar. d) Peranan Sosial : 18
  • 19. Perbezaan darjah kemurungan di antara lelaki dan perempuan juga boleh dihuraikan dari perspektif peranan sosial yang berkaitan dengan peranan tradisi seksual ( Baron & Perron, 1986). Pelajar lelaki lebih bersikap kuat, aktif, berani dan tegas Baron & Perron (1986). Sejak kecil lagi, lelaki telah dipilih supaya aktif dan tegas menghadapi kesukaran. Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan yg tinggi. Sebaliknya perempuan pula dilatih supaya bersifat lemah-lembut, bergantung pada keluarga dan sering dimanjakan ibu bapa. Pendapat ini disokong oleh Mertem & Lewinsohn(1990) menegaskan bahawa sifat kebergantungan kepada orang lain yang ada pada perempuan akan menyebabkan menyebabkan mereka mempunyai penghargaan diri yang rendah dan seterusnya mempunyai darjah kemurungan yang tinggi. e) Pencapaian akademik : Remaja lelaki lebih memerlukan sokongan daripada perempuan dalam peringkat remaja. Oleh kerana pertumbuhan fizikal remaja lelaki adalah pesat dalam peringkat ini, mereka lebih beremosi dan bergantung kepada ibu bapa. Kurangnya sokongan ibu bapa, akan timbullah rendah penghargaan kendiri, pencapaian akademik rendah, tingkah laku impulsive, penyesuaian sosial buruk atau mungkin anti sosial berlaku. (Peterson & Rolkins, 1987). Gangguan emosi yang melanda pelajar lelaki mampu mendatangkan masalah kemurungan dan menjejaskan tumpuan dan ini memberi kesan ke atas pencapaian akademik pelajar (Meyerson, 1975; Adelson, 1980; Dacey & Kenny, 1997; Ghuman & Sarles, 1998). Pencapaian akademik yang lemah pula akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih murung lagi (Adelson, 1980). Pelajar perempuan pula lebih menonjol di dalam setiap pencapaian akademik. Di sekolah pelajar lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala pelajar perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dlm pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dgn perkembangan jantina. Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun drp perempuan sblm akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin 19
  • 20. (1974) kecergasan lisan pelajar perempuan lebih baik drp lelaki, manakala pelajar lelaki lebih dari kecerdasan ruang. f) Kesan Kajian oleh Usha Barahmand (2008) bertajuk ‘Perbezaan umur dan gender di kalangan remaja yang kebimbangan’. Pelajar lelaki dilaporkan lebih kepada orientasi masalah negatif dan sikap tidak bertoleransi terhadap ketidakpastian sementara pelajar perempuan dilaporkan lebih positif ke arah percaya tentang kebimbangan. Unit Disiplin, bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) telah menggariskan bahawa sebahagian besar salah laku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah salah laku jenis ringan seperti : i. Datang lewat ke sekolah sebanyak 0.48% ii. Mengganggu proses pengajaran dan penbelajaran di dalam kelas sebanyak 0.15% iii. Berambut panjang sebanyak 0.13% iv. Ponteng sekolah iaitu sebanyak 0.67%. Menurut T. Subahan Mohd Meerah(1993), di antara jenis salah laku yang dilakukan oleh pelajar mengikut persepsi guru di beberapa buah sekolah menengah ialah, 50% melakukan kesalahan ponteng sekolah, 40% ponteng kelas dan 25% kerap keluar kelas. Omardin (1996) Bagi pelajar perempuan pula kemurungan akan mengakibatkan, kesedihan, keletihan, gangguan tidur dan kelesuan. Manakala berdasarkan Ilyas Mohammad (2007) yang menyatakan bahawa murung, sayu, resah dan gelisah merupakan perasaan penderitaan yang serupa serta memberikan impak negatif kepada individu yang mengalaminya. Keadaan ini pastinya akan memberikan tekanan kepada remaja dan kecelaruan mental dan fizikal seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, sakit kepala dan sakit perut (Hall & Torres, 2002) serta memberi kesan secara langsung terhadap pencapaian akademik (Pluker, 1997). Justeru, remaja perlu diajar kemahiran berdaya tindak dan diberi sokongan sosial terutamanya daripada ibu bapa, adik beradik, rakan dan saudara mara (Hall & Torres, 2002). 20
  • 21. 6.0 Banding Beza Kemurungan dalam Kalangan Pelajar Lelaki dan Perempuan Jadual 3 : Rumusan perbandingan masalah kemurungan pelajar lelaki dan perempuan 6.1 Persamaan 1) Faktor suasana alam sekitar dan kehilangan ibu bapa individu tersayang Kebanyakan masalah kemurungan yang berlaku dalam kalangan pelajar adalah disebabkan faktor suasana alam sekitar dan kehilangan ibu bapa atau individu tersayang (Jamaluddin, Azizi & et.al, n.d). Contohnya, apabila seseorang kehilangan ibu bapanya, pelajar yang kebiasaannya ceria akan berubah menjadi pendiam dan suka mengasingkan diri. Pelajar ini lama-kelamaan akan menunjukkan tanda-tanda penyakit murung. 2) Simptom umum Simptom umum yang ditunjukkan pula antara kedua-dua jantina ialah cenderung untuk berasa sedih (simptom emosi), hilang daya tumpuan (simptom kognitif), kurang bercakap dan suka mengasingkan diri (simptom tingkah laku) serta hilang selera makan dan berat badan menurun (simptom fisiologi fizikal) (Jamaluddin, Azizi & et.al, n.d). Guru boleh mengenal pasti sama ada pelajarnya murung atau tidak berdasarkan simptom biasa yang ditunjukkan oleh pesakit murung. 6.2 Perbezaan 21
  • 22. Dari segi perbezaan masalah kemurungan antara perempuan dan lelaki pula, kebanyakan sorotan kajian tentang hubungan kemurungan dengan perbezaan jantina adalah sangat tidak konsisten (See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005). Namun begitu, penulisan akademik ini cuba menghuraikan beberapa persamaan dan perbezaan antara pelajar lelaki dengan perempuan dalam menghadapi masalah kemurungan dalam aspek faktor penyebab, risiko terdedah kepada masalah tersebut, simptom atau tanda-tanda, akibat atau kesan masalah ke atas diri pelajar, dan langkah mengatasi atau rawatan. Berikut huraian tentang perbandingan isu kemurungan antara pelajar lelaki dan perempuan : 1) Faktor penyebab Antara faktor penyebab kemurungan dalam kalangan pelajar lelaki adalah sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan yang menyebabkan ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan (Lee Lam Thye, 2011). Hal ini memberikan tekanan kepada pelajar tersebut seterusnya boleh menyebabkan kemurungan. Seperti mana yang kita ketahui, secara umumnya perempuan lebih bijak dan mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi berbanding lelaki. Kebanyakan pelajar lelaki kurang mementingkan kejayaan dalam pembelajaran mereka, menunjukkan sikap malas belajar dan mengulang kaji pelajaran. Sikap ini seterusnya menjejaskan keputusan peperiksaan mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan keputusan peperiksaan awam dari tahun 1996 hingga 2007 menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir semua mata pelajaran peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) (Dr. Zalizan Mohd dalam Mohd Adha Mohd Zain, 2009) Bagi pelajar perempuan pula, antara penyebab utama kemurungan ialah perubahan hormon. Yen Teck Hoe, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) berkata satu daripada sebab wanita lebih kerap berdepan dengan kemurungan ialah apabila berlaku perubahan peringkat hormon yang dialami (Amirah Amaly, 2009). Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa terdapat 22
  • 23. perbezaan dalam aspek faktor kemurungan yang berlaku dalam diri pelajar lelaki dan perempuan. 2) Risiko terdedah kepada penyakit kemurungan Kebiasannya, risiko terdedah kepada sesuatu penyakit atau masalah bagi lelaki dan perempuan ada perbezaannya. Begitu juga masalah kemurungan. Kemurungan bukan sahaja terdedah kepada orang dewasa, malah berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Namun begitu, kadar pendedahan masalah ini ke atas pelajar lelaki dan perempuan berbeza antara satu sama lain. Banyak kajian yang membuktikan bahawa perempuan lebih tinggi risikonya terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki. Antaranya, Haugard (dalam See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005) menyatakan bahawa perempuan biasanya lebih mudah dilanda kemurungan berbanding lelaki. Selain itu, laporan tinjauan dan pakar psikiatri menunjukkan kadar kemasukan ke hospital disebabkan masalah atau penyakit kemurungan adalah lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki (Azizi dan Tan Soo Yin, 2007). Hal ini membuktikan bahawa kemurungan lebih banyak berlaku dalam kalangan perempuan bukan sahaja perempuan dewasa, malah remaja, kanak-kanak atau pelajar sekolah. Dr. Nor Hamidah Mohd Salleh, Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur turut menyatakan bahawa perempuan lebih mudah risau dan terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki (Bintu Rasyada, 2011). Oleh itu, risiko pelajar lelaki mengalami kemurungan lebih rendah berbanding pelajar perempuan yang lebih berisiko dilanda masalah ini. 3) Simptom atau tanda-tanda Dalam aspek simptom atau tanda-tanda seseorang mengalami kemurungan, pelajar lelaki yang mengalami kemurungan akan bertingkah laku anti-sosial dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Sebaliknya, pelajar perempuan yang mengalami kemurungan akan menunjukkan tanda-tanda keresahan (http://pts.com.my/modules.php?name=News&file 23
  • 24. =print&sid=552, 26 Disember). Pelajar lelaki yang dilanda kemurungan akan menunjukkan tingkah laku anti-sosial seperti keganasan fizikan dan harta benda, keganasan seksual, penyalahgunaan dadah, lepak, lari dari rumah, kongsi gelap dan gengsterisme (Mohd Yahya, 2009). Tanda keresahan yang ditunjukkan oleh seorang perempuan yang mengalami kemurungan pula merujuk kepada suatu perasaan yang dialami dalam diri seseorang yang dibayangi oleh perasaan takut serta khuatir disebabkan sesuatu perkara atau objek (Hilgard, Atkinson dan Atkinson, 1971 dalam Wan Zarina, Azizah & et.al, 2007). Oleh itu, walaupun simptom umum bagi masalah kemurungan terdapat pada individu perempuan dan lelaki, namun terdapat simptom yang berbeza yang ditunjukkan oleh kedua-dua jantina yang perlu diberi perhatian oleh seorang guru dalam mengenal pasti masalah gangguan emosi pelajar. 4) Akibat atau kesan ke atas diri pelajar Aspek seterusnya dalam membincangkan tentang perbezaan isu kemurungan pelajar lelaki dan perempuan adalah aspek akibat atau kesan ke atas diri pelajar apabila mengalami kemurungan. Bagi pelajar lelaki, kebiasaannya mereka yang mengalami kemurungan akan terlibat secara langsung dengan penyalahgunaan dadah (http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=552, 26 Disember), minuman keras dan menghisap rokok dan membunuh diri berbanding pelajar perempuan. Lelaki lebih berani dan cenderung untuk bunuh diri serta berjaya melakukannya berbanding wanita yang hanya melakukan cubaan bunuh diri yang kebanyakannya tidak berjaya. Hal ini mungkin disebabkan lelaki lebih cenderung menggunakan cara yang bahaya dan boleh membawa kepada kematian dengan cepat. Antara cara tersebut ialah menggantung diri, terjun dari bangunan tinggi, dan menembak diri sendiri. Wanita yang melakukan cubaan bunuh diri pula lebih cenderung mengambil ubat-ubatan secara berlebihan dan mencederakan pergelangan tangan (http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid =552, 26 Disember). 24
  • 25. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh National Suicide Registry Malaysia (NSRM), seramai 731 (545 lelaki dan 186 wanita) membunuh diri dalam tempoh tiga tahun antara 2007 hingga 2010. Statistik itu merupakan sebahagian daripada laporan Kabinet yang dibentangkan di Dewan Negara April 2011 (MstarOnline, 2011). Kajian World Health Organization (WHO) juga mendapati, penyebab utama kematian akibat bunuh diri adalahkemurungan (MstarOnline, 2011). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kecenderungan dan kejayaan untuk membunuh diri bagi lelaki yang mengalami kemurungan lebih tinggi berbanding perempuan yang mengalami kemurungan. 5) Langkah mengatasi atau rawatan Di samping perbezaan dari aspek-aspek di atas, perbezaan dalam aspek langkah mengatasi kemurungan atau rawatan bagi pelajar lelaki dan perempuan yang mengalami kemurungan juga berbeza. Sebagai seorang pendidik, guru perlu memahami perbezaan emosi dan personaliti pelajarnya dari segi gender atau jantina. Bagi pelajar lelaki, guru yang dapat mengenal pasti pelajar lelakinya murung tidak disarankan mengurus emosi pelajar lelakinya dengan bersikap terburu-buru dalam menyoal pelajar tentang masalah yang dihadapinya (Khamsiah, n.d.). Berikan masa kepada pelajar lelaki tersebut untuk memulakan sesi luahan perasaan kerana kebanyakan lelaki sukar mengaku mereka mengalami tanda kemurungan (Angst dan Dobler- Mikola, 1984 dalam (Azizi dan Tan Soo Yin, 2007). Bagi pelajar perempuan yang murung pula, guru disarankan menggunakan pendekatan memujuk dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang terhadap pelajar perempuannya (Khamsiah, n.d.) supaya dapat bertanya tentang perasaan, sebab tingkah laku yang ditunjukkan, apa yang berlaku dan sebagainya. Hal ini kerana, hati seorang perempuan lembut dan mudah tersentuh dengan layanan yang baik. Bertepatan dengan hadis yang dikemukan oleh Imam Al-Bukhari (Muhammad Hanief, n.d.) yang bermaksud : Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari,4889). 25
  • 26. Oleh itu, wajar bagi guru untuk menggunakan pendekatan yang lemah lembut dalam membantu pelajar perempuannya supaya pelajar dapat mengaku tanda kemurungan yang dialaminya seterusnya membolehkan guru tersebut mengambil tindakan susulan. 7.0 Rumusan Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa masalah kemurungan yang dihadapi dalam kalangan pelajar merupakan salah satu gangguan emosi yang perlu dikesan atau dikenal pasti oleh guru dengan cepat supaya guru dapat mengambil tindakan susulan atau membantu pelajar tersebut mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebagai seorang guru, masalah seperti ini tidak sepatutnya dipandang enteng dan remeh kerana kemurungan boleh memberi kesan negatif kepada pelajar seperti bunuh diri, terlibat dengan jenayah dan tingkah laku anti sosial, pencapaian dalam pelajaran menurun dan sebagainya. Guru perlu peka terhadap keperluan dan kehendak pelajar dan bijak menangani sesuatu masalah supaya masalah tersebut tidak menular dan merebak kepada pelajar lain. Kemurungan yang dihadapi pelajar juga perlu diatasi supaya tidak menjejaskan kesihatan mereka dan masa depan pelajar tersebut. 26