Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Sebab-sebab Berlakunya Kes Penderaan Kanak-             kanak dalam Masyarakat      Pada era modenisasi dan globalisasi, k...
suka menikmati tetapi tidak mampu menjaga anak-anak kerana tidakberpengalaman. Jadi, apabila mereka mempunyai anak-anak, m...
membanteras masalah ini secepat mungkin. Bak kata pepatah” bulat airkerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat

32,966 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat

  1. 1. Sebab-sebab Berlakunya Kes Penderaan Kanak- kanak dalam Masyarakat Pada era modenisasi dan globalisasi, kes penderaan kanak-kanakdalam masyarakat bukanlah fenomena yang hangat lagi. Media massa seringmenguar-uarkan kes penderan kanak-kanak kian berlaku seperti cendawantumbuh selepas hujan. Saban hari, ada sahaja kes yang baharu berlaku di ibupertiwi kita. Namun begitu, apa dimaksudkan sebagai kes penderaan? Secarageneralnya, kes penderaan kanak-kanak boleh dikonsepsikan sebagaiperubatan menzalimi atau menganiaya kanak-kanak. Misalnya, mengurung,memukul, mencabul, mencucuh kanak-kanak dengan api rokok dansebagainya. Masalah ini amat membimbangkan semua lapisan masyarakatkhususnya Perdana Menteri Malaysia. Hal ini demikian kerana kanak-kanakadalah aset negara pada masa hadapan. Bak kata pepatah” pemuda tiangnegara, pemudi harapan bangsa” Oleh itu, jelaslah bahawa kanak- kanakamat penting untuk mencapai Wawasan 2020. Salah satu punca berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalammasyarakat ialah hubungan ibu bapa yang bermasalah. Selalunya hubunganibu bapa dan kanak-kanak amat penting untuk mewujudkan sebuah keluargayang bahagia. Hal ini demikian kerana jika hubungan antara ahli keluargatidak erat meraka akan selalu bergaduh demi perkara yang kecil. Dengan ini,ibu bapa akan berasa stress dan seterusnya akan memukul kanak-kanakuntuk melepaskan tekanan mereka. Selain itu, sesetengah ibu bapa yangbercerai juga akan menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak-kanak.Oleh sebab ibu atau bapa akan berkahwin lagi, jadi kanak-kanak terpaksamenerima ibu tiri atau ayah tiri mereka. Kebanyakan kanak-kanak akandidera oleh ibu tiri atau ayah tirinya kerana kanak-kanak bukan anakkandung mereka. Seperkara lagi, ibu bapa yang kurang ilmu keibubapaan dalammendidik anak juga akan menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana, memurut kajiankebanyakan ibu bapa kini berkahwin bawah umur 23 tahun, mereka hanya
  2. 2. suka menikmati tetapi tidak mampu menjaga anak-anak kerana tidakberpengalaman. Jadi, apabila mereka mempunyai anak-anak, mereka akanberasa stress atau tidak mahu mempunyai anak-anak tersebut. Tambahanpula, anak-anak tersebut menangis tiap-tiap hari. Lama-kelamaan, merekaakan membuat sesuatu supaya anak-anak mereka tidak menangkis lagi.Sekiranya mereka tidak dapat membuat demikian, mereka akan bermulamemarahkan anak-anak, memukul dan sebagainya. Di ibu pertiwi kita,terdapat satu kes yang amat mengejutkan rakyat kita iaitu terdapat satukanak-kanak yang berumur tida tahun didera olah ibu bapanya yang berumur21 tahun dan 23 tahun sehingga mati di rumahnya. Oleh itu, sudah teranglagi bersuluh bahawa ibu bapa yang ingin mempunyai kanak-kanak nestilahmembuat bersediaan dahulu supaya kes penderaan kanak-kanak tidakberlaku lagi. Di samping itu, punca berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalammasyarakat ilah tekanan hudup dalam menguruskan ekonomi keluarga.Marcapada, taraf hidup adiwangsa Malaysia meningkat, kos hidup kita jugakian meningkat disebabkan negara kita semakin maju. Dengan ini, kadarpengganguran negara kita meningkat dan menyebabkan ibu bapa tidakmempunyai perkerjaan untuk menyara keluarga. Oleh yang demikian,mereka akan berasa tekanan kerana mereka tidak dapat mencari rezeki untukmenyara keluarganya. Selain itu, kos persekolahan kini juga kian miningkat.Jadi, mereka akan memukul permata hati mereka untuk melepaskan tekananmereka. Tambahan pula, sesetengah keluarga mempunyai ramai anak,btetapi hanya bapa yang penat lelah untuk mencari rezeki. Seterusnyasesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai kerja yang tetap juga akanmenyebabkan berlakunya kes penderaan kenak-kanak dalam masyarakat. Secara tuntasnya, terdapat seorang ilmuwan barat iaitu Cyrus pernahmenyatakan bahawa untuk mencapai sesuatu yang tinggi, mestilah bermuladari bawah. Ibu bapa mestilah mempunyai unsur dan fikiran yang posotifsupaya tidak berlakunya kes penderaan kanak-kanak lagi. Selain itu, anak-anak adalah ciptaan Tuhan, Jadi langkah-langkah yang kolektif,komprehensif dan efektif perlu dilancarkan supaya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat dapat ditangani sebelum berleluasa. Semua lapisanmasyarakat juga perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
  3. 3. membanteras masalah ini secepat mungkin. Bak kata pepatah” bulat airkerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

×