SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati
semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan
(pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan
mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda.Masukkan sedikit demi sedikit.Akhir sekali, masukkan gulahangus
tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2
kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.Bahan senang,
buat senang..makan lagi senang!! ekekekeke..




Kek cawan
BUTTERCREAM UNTUK CUPCAKES


BUTTERCREAM UNTUK CUPCAKES
Sumber: Lady Aries/ Allrecipes.com
Bahan-bahannya
1/2 cawan shortening
1/2 cawan mentega, dilembutkan
1 sudu the esen vanilla
3 cawan gula
2 sudu besar susu segar
Cara-caranya
1.Dalam mangkuk pembancuh, pukul mentega, shortening dan esen vanilla.Masukkan gula
satu cawan dalam satu masa dan pukul sehingga rata sebelum masukkan gula yang
seterusnya. Masukkan pula susu segar dan pukul sehingga buttercream menjadi ringan dan
gebu. Icing hendaklah ditutup dengan tuala lembab sehingga tiba masa untuk menggunakan.


CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICING
Resipi ini adalah sumbangan dari Lady Aries (Forum Resipi Diana), D panjangkan resipi ini
kepada anda semua disini.Kita pernah berbincang mengenai penggunaan Meringue Powder
iaitu serbuk yang dihasilkan dari putih telur.
Tetapi jika anda was-was dengan produk yang bakal anda gunakan, ada cara lain untuk
menyediakan Royal Icing iaitu dengan menggunakan putih telur. Dilain masa D akan
berkongsi resipi Royal Icing yang menggunakan putih telur. Terima kasih Cikgu Cool sudi
berkongsi resipi dengan kita semua.
CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICING
Sumber: Lady Aries
Bahan untuk kek coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara-caranya
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas
api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul
kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung.Gaul sebati dan
tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Bakar selama 20 mins
at 170 degrees celsius
Bahan untuk Royal icing
4 1/2 sudu teh meringue powder
2 cawan gula icing – diayak
3 sudu besar air panas
Cara-caranya
Campurkan semua bahan dan dipukul hingga sebati. Jangan dedahkan icing kepada
udara.Sebaiknya tutup dengan tuala lembap.




KEK

Bahan-bahan

1 ¼ cawan/250 gm mentega
1 cawan /230 gm gula kaster
5 biji telur
1 ¼ cawan/270 gm tepung halus (superfine)
1 camca teh serbuk penaik
4 sudu susu pekat
4 camca besar susu segar/cair
1 camca teh esen vanila
Cara membuatnya



   1. Ayak tepung dengan serbuk penaik. Ketepikan.
   2. Putar mentega, gula sehingga gebu. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati
      setiap kali.
   3. Campurkan tepung yang diayak, kacau sebati.
4. Letak susu pekat, susu cair dan vanila.
   5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana) atau
      paipkan 3/4 penuh.
   6. Bakar pada 180 0C selama 20-25 minit atau hingga masak.
   7. Biar kek sejuk sebelum dihias dengan aising.
   8. Untuk menghias ratakan kek cawan dan sapulah kek dengan aising.
   9. Hiaskan mengikut cita rasa kreativiti masing-masing.

AISING
Bahan-bahan

½ cawan/ 100 gm mentega
¾ cawan/150 gm krimwell
¾ cawan/130 gm gula aising-ikut kesukaan
½ camca teh esen vanila
Pewarna mengikut kesukaan

Cara membuatnya



   1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik sehingga kembang, pucat dan gebu.
   2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
   3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki. Siap
      untuk diguna.




Marble Vanilla Muffin




BAHAN-BAHANNYA
    180 g mentega
    140 g gula halus
    2 biji telur gred A
   100 ml susu segar
       220 g tepung gandum*
       2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
       1 camca teh esen vanilla
       1 camca teh coklat emulco




CARA MEMBUATNYA
  1. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu
     sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung
       berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan
       kacau rata.
    2. Cedok keluar 1/3 adunan dari no. 1 dan masukkan coklat emulco, kacau hingga
       rata dan sebati. Sudukan adunan tanpa warna dalam paper cup atau muffin
       cup, 1/2 bahagian, kemudian, sudukan sedikit adunan coklat. Gunakan lidi sate,
       buat beberapa pusingan untuk membentuk corak marble. Buat hingga siap.
    3. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 – 25 minit atau hingga masak.
       Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga
       hias dengan krim putar dan parutan coklat…




                                              Yang ni bawa masa gath kat klcc hari sabtu
lepas..taklah selawa ah mat gebu punya..kali ni akak bubuh coklat kat dalam muffin ni dan
letak choc chip kat atas muffin tu…lupa pulak nak tunjuk kat dalam dia…
Nak buat krim




Bahan-bahan:

125 gram mentega (saya guna jenama Butterlite)
125 gram krimwell
80 gram gula kaster
1 sudu besar susu sejat (susu cair)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuat:

1. Pukul krimwell dan mentega sehingga berwarna putih.
2. Masukkan gula dan pukul sehingga gula larut.
3. Masukkan esen vanilla, susu dan pukul rata.
4. Bahagikan adunan dan warnakan mengikut warna yang disukai.
5. Simpan dingin.




Kek coklat moist
Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur


Cara-cara

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk
dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
2. Tutup api biarkan adunan suam Tepung
3. Soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
4. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi
5. Gaul rata dan campur tepung.
6. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
(tuang dlm 1/2 acuan je)
7. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap
8. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan




                                                  Sedia untuk dikukus selama 1 1/2 jam


TOPPING COKLAT dari Noor Masri

Bahan-bahan:

250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional
Cara-cara

1. Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian
2. Masukkan majerin, gula & cream dan kacau sehingga sebati
3. Curahkan atas kek kemudian ratakan
4.Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara
melintang dan menegak selang seli.

** ada beberapa cara memasak yang saya tidak ikut tetapi hasil kek mmg amat memuaskan
setelah menggunakan resepi ini


Sedia di hidang =)




                                                                  sila abai topping saya yg
                                        comot ini
                            saya budak baru belajar..huhuhu~
Kek pablova




Bahan-bahan

4 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh krim of tartar
1 cawan gula kastor
1 sudu teh cuka / jus lemon

Topping

wipped krim
raspberry beku / strawberi / blueberry.


Cara-cara:


1. Pukul putih telur dan krim of tartar sampai Kembang menggunakan electric
mixer .


2. Bila telur dah Kembang, masukkan gula
kastor sedikit demi sedikit (satu sudu pada satu masa) dan pukul hingga sebat
i


3. Bila adunan tu dah betul-betul sebati, gebu, takde ketulan,
berhenti pukul adunan tu dan masukkan jus lemon atau cuka dan Tepung jagu
ng


4. Pukul adunan tu kejap dan flip lebih cepat-
cepat di atas bekas nak bakar tu. Alas dengan kertas baking ok!
5. Pastikan uolls dah pra-
haba ketuhar tu dulu. Kalau oven jenis cepat panas, panaskan terlebih
dulu la masa nak bentuk kan meringue ni. buatlah petak ke, bulat ke. ikut suke
uolls la.


6. Bakar pada Suhu 130 darjah celcius selama 1
jam 15 minit atau sehingga warna kuning-kuning-krim-coklat sikit!


7. Bila dah masak, buka oven tu dan JANGAN KELUARKAN meringue tersebut
tetapi Biarkan dia sejuk dalam oven.


8. Agak-Agak dah sejuk or suam-suam ke, boleh la semburan whipped
cream atas meringue tu. Jangan letak whipped
cream masa meringue tu panas, nanti cair plak krim tu. Kemudian, hiaslah den
gan buah-buahan tadi ikut Citarasa masing-masing.
RESIPI RED VELVET CAKE @ KEK BALDU MERAH
                       Resipi Asal : Joyofbaking
                    Sumber : noorsha.blogspot.com




Bahan2 untuk Kek
250 gm tepung gandum
1/2 sk garam
15 gm serbuk koko
113 gm butter - suhu bilik
300 gm gula icing - aku guna 150 gm je
2 biji telur grade A
1 sk esen vanila
240 ml buttermilk - aku gune 240ml susu segar + 1 sb cuka
2 sb pewarna merah
1 sk cuka
1 sk baking soda


Cream Cheese Frosting
227gm cream cheese
227 gm mascarpone cheese - aku gune cream cheese juge
1 sk esen vanila
115 gm icing sugar - aku gune 50gm saje
360ml whipping cream - aku guna 1/4 cawan air panas




 Cara-cara
1.pnaskan oven pade suhu 350 F @ 170 C
2. ayak tepung,garam dan serbuk koko. ketepikan.
3.pukul butter dan gula hingga kembang. Campurkan telur satu persatu
dan pukul sekali lagi hingga gebu.
4.Masukkan esen vanila, kacau rata.
5.Campukan buttermilk @ susu segar yg dicampur cuka dgn pewarna
merah.
6.masukkan buttermilk dengan adunan tepung tadi berselang seli,setiap
satunya 3 bahagian iaitu dinulakan dan diakhiri dengan tepung (tepung,
buttermilk, tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung). kacau rata.
7. didalam cawan kecil, satukan cuka dengan baking soda, biarkan ia
berbuih dan cepat masukkan dalam adunan tadi. kacau rata.
8. masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai, (jgn lupe sapu loyang
ngan butter dan sedikit tepung dulu) dan bakar sehingga 30 minit atau kek
masak sepenuhnya. (cucuk kek ngan lidi, kalo x melekat kek pade lidi
maknenye da masak la tu).
9. setelah masak biarkan kek sejuk seketika sebelum menyapuye dgn
cream cheese frosting...




                           Cream Cheese Frosting
       1. pukul laju cream cheese & mascarpone cheese hingga licin.
    2. campurkan esen vanila dan gula. pukul lagi hingga larut dan licin.
    3. campur whipping cream atau air panas. kacau lagi sampai betul2
                                   smooth...
  4. belah kek pada 4 bahagian sama besaR (aku belah 2 je sebab gune
                         loyang besar n kek rendah)
            5.sapu setiap belahan ngan cream cheese frosting.
   6. sapu bahagian luar kek ngan cream cheese frosting. boleh hias dgn
                kelapa kering jika suka @ ikut kreativiti anda.
7. sejukkan sebentar beberapa jam hingga cream cheese sedikit keras, blh
 la dihidang..(aku sejukkan semalaman) sedaaappppppp tau kek nie... ^^
sori ye nak cepat... tuan umah nak gi jenjalan ngan adik n emak
 tersayang.. nanti tuan umah translate resipi ni kendian ye... apepon kek ni
sedap sgt n x rugi mencube... info yg baru didapati, ade sesetengah bakery
       yg jual kek ni RM 24.00 /slice..mahal kan? wat sendiri lg puas
                                ati...yummy!~


NASI BERIANI UDANG
2010
Jun. 25




                                      beriani udang


             resipi cilok drp blog mat gebu.. thanks cik mat.. mmg sedap! :)
          rempah beriani kak neny yg bagi... alhamdulillah... seronoknya rasa...


                                      utk resipi.. :


                                BAHAN-BAHANNYA :-)
                   500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
                        8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan
                              1/2 camca teh serbuk kunyit*
                              Sedikit garam*(*digaul rata)
                             3 tangkai daun ketumbar - xde
750 ml air
            250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah yang didadu - xde..
      1 camca besar minyak masak
       3 camca besar minyak sapi
  1 helai daun pandan, disimpul - xde..
  Garam secukup rasa dan secubit gula


           BAHAN TUMIS :-)
       2 biji bawang merah, dihiris
       1 biji bawang besar, dihiris
       2 ulas bawang putih, dihirs
            2 cm halia, dititik
              1 kayu manis
         2 kuntum bunga lawang
            2 biji buah pelaga
        5 kuntum bunga cengkih
      1 camca besar rempah beriani


            BAHAN LAIN :-)
     1/3 cawan kismis, goreng sedikit
     Hirisan daun sup/daun bawang
             Bawang goreng




        CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis
  hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul
                              rata dan goreng udang hingga kemerahan.
2. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke
   dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau
                                                 rata.
 3. Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak
    betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum
                    dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok...
                                    makan ngan kari..yummmm!!




  Nasi beriani Pakistan

  Bahan bahan:
  5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
  1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
  4 kuntum bunga lawang
  2 inci kayu manis
  8 buah pelaga
  10 bunga cengkih
  1 sb serbuk ketumbar
  1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta
serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.




Bahan Untuk Kuah:-).
150 g kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
50 g udang kering, direndam 10 minit, toskan dan goreng garing, kisar halus
50 g biskut marie, dikisar halus
50 g kismis*
50 g cili kering, dibuang biji, rendam dalam air panas dan toskan*
8 biji bawang merah kecil*
3 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Asam jawa sebesar duit 20 sen + 1/2 cawan air, ramas dan tapis utk jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan Rojak:-).
100 g daun salad
3 biji kentang, belah 4 setiap biji dan rebus empuk, toskan
2 keping tauhu, belah dua
2 keping tempe
200 g sotong kembang, potong sederhana besar dan celur 5 minit, toskan
200 g paru, rebus dan hiris nipis
100 g fish ball
1 biji timun, dipotong jejari
1/2 biji sengkuang sederhana besar, dikupas dan potong jejari
2 - 3 biji cili hijau, dihiris kasar2
3 biji telur, direbus
Sedikit bijan, disangrai
Bancuhan tepung beras secukupnya (tahap kepekatan sama mcm nak goreng
pisang)

Cara membuatnya:-).



   1. UNTUK KUAH ROJAK:- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2
      kisar hingga wangi dan harum. Masukkan kacang tanah dan udang kering
      kisar. Masak hingga terbit minyak. Masukkan kisaran biskut marie dan
      masak sekejap. Tuang air mengikut keperluan dan biar mendidih, masukkan
      jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perisa (jika suka),
      masak hingga pekat sedikit dan matikan api
   2. UNTUK BAHAN2 ROJAK:- Asingkan sengkuang, timun, salad dan cili hijau.
      Bahan2 selebihnya dicelup dalam bancuhan tepung beras dan goreng hingga
      kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga semua
      siap.
   3. PENYEDIAAN ROJAK ASMA JB:- Potong kecil mana bahan rojak yang agak
      besar. Ambil setiap bahan2 rojak dalam kuantiti sederhana ke dalam
      pinggan, tuang kuah rojak dan tabur dengan sedikit bijan sebelum
      dihidangkan.
Bahan-bahan:

       5 - 7 biji kentang
       3 ulas bawang merah - ditumbuk
       2 ulas bawang putih - ditumbuk
       1 - 2 inci belacan - ditumbuk
       50 gm ikan bilis / udang kering - ditumbuk kasar (i guna udang kering)
       1 buku kiub ayam
       3 sudu makan cili giling
       minyak masak
       serbuk perasa (kalau perlu)

Cara-cara:

   1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
   2. Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau mengikut saiz
       kentang.
   3. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam. Jangan terlalu empuk
       supaya tidak hancur.
   4. Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.
   5. Tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
   6. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat.

* Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan menggunakan belacan
yang sudah sedia berperisa masin.

* I tambah sedikit hirisan bawang besar
vadei




     200 gm ( 1 cawan) kacang hitam (Janggri) yg telah dibuang kulitnya/ulunthu
     110 ml air
     1 biji bawang besar (potong dadu)
     2 tangkai cili kering (buang bijinya dan gunting halus)
     2 tangkai daun kari (gunting halus)
     1 1/2 sudu teh garam
     Cara-cara




1.
     Basuh kacang hitam dan rendam hingga lembut dan kembang kira-kira 20 minit.Toskan airnya.
2.
      Kisar kacang didalam blender bersama air. Kalau mata blender tak berpusing, tambahkan sedikit
     air lagi setakat membolehkan ia berpusing.Jgn terlalu byk nanti adunan cair susah untuk digoreng.




3.
     Letakkan paste tadi kedlm bekas dan gaul bersama bahan-bahan lain. Sudukan ke dalam minyak
     panas dan goreng hingga masak.




     Sabsuka




     Salam hari Rabu iaitu 22 Ramadhan 1431H semua....Hari ini kan saya masak masakan orang
     Arab iaitu Sabsuka untuk iftar...ini 1st time saya mencuba masak sabsuka nie, slalunya beli
     je...tapi slalunya klu beli kan sabsuka nie takde pula ditaburkan keju tapi kata teman sekerja
     saya klu orang arab masak dorang taburkan keju baru dibakar...nie resepi nie saya dapat dari
     teman sekerja saya lah nie...terimakasih ya kerana sudi berkongsi resepi dgn saya dan dapat
     pulak saya kongsi resepinya dgn pengunjung2 blog saya nie....marilah kita lihat resepinya....



     Bahan-Bahannya

     1 kilo daging cingang

     5 biji bawang besar, dipotong dadu
4 ulas bawang putih *

halia sebesar ibu jari * (* dikisar)

4-5 sdm rempah bamia

1 botol tomato sos
3-4 biji tomato, dipotong dadu

sedikit daun ketumbar

sedikit daun pudina

4-5 biji telur

minyak sapi

mozarella cheese secukupnya

garam dan serbuk perasa secukupnya




(Sabsuka sebelum ditabur cheese dan dibakar)

Cara-Caranya

Goreng daging cincang dengan minyak sapi kemudian diketepikan dulu.Panaskan minyak sapi
dan tumis bawang besar sehingga layu kemudian masukkan bawang putih dan halia yang telah
dikisar.Setelah naik bau masukkan rempah bamia.Kacau rata klu perlu ditaruk air boleh ditaruk
sedikit air. Setelah garing masukkan tomato sos, tomato, garam dan serbuk perasa. Gaul rata
dan diikuti dengan masukkan daging cincang yang telah digoreng terlebih dahulu dan juga daun
ketumbar. Setelah mendidih, renjiskan sedikit minyak sapi diatas masakan ini dan pecah kan
telur. Biarkan telur setengah masak kemudian tuangakan kedalam loyang atau allimunium tray.
Taburkan sedikit daun pudina dan mozarella cheese secukupnya dan bakar sekitar 10 min. Siap
untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama roti....ikut citarasa masing2, roti perancis atau ban
bakar boleh atau roti kosong pun boleh...Selamat mencuba.....
(Sabsuka setelah dibakar)




Puding Telur Beroti / Puding Telur Beroti >>




Kak Rosaliza

Bahan2nya

~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
~esen vanilla

Cara- cara

Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan
pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan
telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam
loyang gula hangus dan kukus sehingga masak..




RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
Source : Hana@hanamemories.blogspot.com
Sharing by:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 10gram serbuk agar2 @ sepeket
* 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
* 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
* 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
* 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys*hasue tambah sedikit
browning sugar


Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam
periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc
emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar
tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna
coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan
atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan
hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak,
kurangkan sukatan susu pekat.




Puding Karamel Tanpa Telur

PUDING KARAMEL TANPA TELUR




Bahan :



        A) 2 senduk gula
        B) 1 bungkus agar-agar serbuk
        4 cawan air
        2 1/2 senduk gula
        C) 1 tin susu cair (lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
     1 sudu vanilla
     (Campur sebati semua bahan C)


Cara-cara :
1.   Hanguskan gula macam buat karamel utk puding karamel
yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila
dah kaler emas tuang air sikit (sy letak lebih kurang 3 sudu
besar) .. pastu ketepikan..
2.   Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian
masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @
sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan
dalam acuan yang berisi gula hangus. - sy tapis dlu adunan ketika
dimasukkan ke dalam loyang utk mengelakkan ada buih2 atau
ketulan agar2 yg tidak hancur
3.   Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-
sejuk).
PUDING LABU MANIS
Tuangkan ke dalam sebiji labu yang juga sudah dikukus dan sedia dijamah.




Oleh: EDITORIAL RASA
Tarikh: 25 April 2012



Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan untuk : 8 orang


BAHAN-BAHAN :
   200gm agar-agar
   500gm labu
   1.25 liter santan (5 cawan)
   100gm gula
   10gm susu tepung


CARA MEMASAK:
1. Didihkan air bersama gula, gula batu dan agar-agar kering di dalam periuk sehingga
   hancur.
2. Angkat dan tapiskan.
3. Masukkan semula bancuhan ke dalam periuk dan tambahkan santan. Biarkan dididih lagi
   sehingga sebati.
4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.
5. Hiaskan bersama kepingan kelapa kering.
RESEPI: SAGO PEARL PUDDING@PUDING SAGU PELANGI
Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair
3 jenis pewarna kegemaran

Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya
masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di
bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza
dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan
masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna.Kacau
rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air.Biar keras seketika dan kelar
permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna
dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi.Biarkan keras seketika sebelum
mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago
digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
Resepi Sagu Gula Melaka




Bahan-Bahan Sagu Gula Melaka

Bahan A :
2 cawan sagu
5 cawan air
Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan air
1 helai daun pandan
Cara-Cara Membuat Sagu Gula Melaka


1. (Adunan A) Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam
   air mendidih.
2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang
   kanjinya.
3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
5. Buang daun pandan dan sejukkan.
6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @
   pinggan menghidang.
9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.




Kuih koci




Inti Kelapa

BAHAN-BAHANNYA :-

1/2 biji kelapa muda (parut)
100g gule merah (cairkan dengan air dan tapis)
4 sudu gula pasir
Daun pandan

CARA MEMBUATNYA :-

1. Satukan semua bahan dan masak menggunakan nyalaan api yang perlahan
sehingga inti kelapa sedikit kering.
* Jangan terlalu kering..nanti x brp best..:)

Pati santan

BAHAN-BAHANNYA :-

1/2 cawan pati santan pekat
1 cawan air + 2 sudu tepung jagung
garam
1 helai daun pandan
CARA MEMBUATNYA :-

1. Satukan semua bahan dan masak dengan nyalaan api yang kecil. Tunggu sehingga
pekat dan masak.

Adunan kuih koci

BAHAN-BAHANNYA :-

300 g tepung pulut
100g tepung pulut hitam
1 cawan santan cair
air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-

1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair.Agak2 boleh kepal dan x
berapa nk melekat kat tangan.

STEP NAK BUAT KUIH KOCI

1. Panaskan air dalam periuk sehingga menggelegak.
2. Bentuk bulat adunan koci seperti biase dan masukkan inti jugak tau, jangan lupa.
Buat sampai siap.
3. Kemudian rebus adunan dalam air menggeledak sehingga kelihatan terapung
dankembang sedikit. Angkat dan masukkan kedalam pati santan tadi.
4. Kemudian, barulah dilipat didalam daun pisang sehingga semua siap. Dan
Kukuslebih kurang 5 minit.Siap.

More Related Content

What's hot (18)

Kek lapis instagram
Kek lapis instagramKek lapis instagram
Kek lapis instagram
 
Kek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamelKek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamel
 
Resepi kek minyak
Resepi kek minyakResepi kek minyak
Resepi kek minyak
 
Recipe collection 20
Recipe collection 20Recipe collection 20
Recipe collection 20
 
RESIPI LAGI
RESIPI LAGIRESIPI LAGI
RESIPI LAGI
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38
 
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATANKUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
 
Resepi kek
Resepi kekResepi kek
Resepi kek
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
 
Kek perigi biru
Kek perigi biruKek perigi biru
Kek perigi biru
 
Resep Kue Brownies
Resep Kue BrowniesResep Kue Brownies
Resep Kue Brownies
 
resep masakan
resep masakan resep masakan
resep masakan
 
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22
 
Resep
ResepResep
Resep
 
Kue dll
Kue dllKue dll
Kue dll
 
Biskut raya
Biskut rayaBiskut raya
Biskut raya
 
Resep kue
Resep kueResep kue
Resep kue
 
Puding
PudingPuding
Puding
 

Similar to Resipi (20)

Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33
 
Asri maya alfajrin
Asri maya alfajrinAsri maya alfajrin
Asri maya alfajrin
 
Resep pancake
Resep pancakeResep pancake
Resep pancake
 
Resep dadar gulung pisang
Resep dadar gulung pisangResep dadar gulung pisang
Resep dadar gulung pisang
 
Kek coklat moist
Kek coklat moistKek coklat moist
Kek coklat moist
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
Bahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya xBahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya x
 
Wiwi n nano
Wiwi n nanoWiwi n nano
Wiwi n nano
 
150 gr terigu
150 gr terigu150 gr terigu
150 gr terigu
 
Bika ambon
Bika ambonBika ambon
Bika ambon
 
Risa x11 ips 4
Risa x11 ips 4Risa x11 ips 4
Risa x11 ips 4
 
Martabak Risa Choirotun Nisa
Martabak Risa Choirotun NisaMartabak Risa Choirotun Nisa
Martabak Risa Choirotun Nisa
 
Kek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdutKek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdut
 
Apam dot dot
Apam dot dotApam dot dot
Apam dot dot
 
Resipi
ResipiResipi
Resipi
 
Pudding coklat
Pudding coklatPudding coklat
Pudding coklat
 
Resep cupcake
Resep cupcakeResep cupcake
Resep cupcake
 
Resep kue kkkkk
Resep kue kkkkkResep kue kkkkk
Resep kue kkkkk
 
Brownies kukus pandan coklat
Brownies kukus pandan coklatBrownies kukus pandan coklat
Brownies kukus pandan coklat
 
Cara membuat puding
Cara membuat pudingCara membuat puding
Cara membuat puding
 

Resipi

  • 1. Bahan2: 1 cawan gula 1 cawan air panas 1 cawan tepung gandum 1 cawan susu pekat 2 camca teh soda bikarbonat 4 biji telur 2 camca besar mentega Cara2: Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan. Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati. Ayak tepung dan soda.Masukkan sedikit demi sedikit.Akhir sekali, masukkan gulahangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2 kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.Bahan senang, buat senang..makan lagi senang!! ekekekeke.. Kek cawan
  • 2. BUTTERCREAM UNTUK CUPCAKES BUTTERCREAM UNTUK CUPCAKES Sumber: Lady Aries/ Allrecipes.com Bahan-bahannya 1/2 cawan shortening 1/2 cawan mentega, dilembutkan 1 sudu the esen vanilla 3 cawan gula 2 sudu besar susu segar Cara-caranya 1.Dalam mangkuk pembancuh, pukul mentega, shortening dan esen vanilla.Masukkan gula satu cawan dalam satu masa dan pukul sehingga rata sebelum masukkan gula yang seterusnya. Masukkan pula susu segar dan pukul sehingga buttercream menjadi ringan dan gebu. Icing hendaklah ditutup dengan tuala lembab sehingga tiba masa untuk menggunakan. CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICING Resipi ini adalah sumbangan dari Lady Aries (Forum Resipi Diana), D panjangkan resipi ini kepada anda semua disini.Kita pernah berbincang mengenai penggunaan Meringue Powder iaitu serbuk yang dihasilkan dari putih telur. Tetapi jika anda was-was dengan produk yang bakal anda gunakan, ada cara lain untuk menyediakan Royal Icing iaitu dengan menggunakan putih telur. Dilain masa D akan berkongsi resipi Royal Icing yang menggunakan putih telur. Terima kasih Cikgu Cool sudi berkongsi resipi dengan kita semua. CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICING Sumber: Lady Aries Bahan untuk kek coklat 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula pasir 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak 1 cawan susu manis 1 1/4 cawan tepung gandum 1tsp baking powder 1 tsp soda bicarbonate 3 biji telur
  • 3. Cara-caranya Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung.Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Bakar selama 20 mins at 170 degrees celsius Bahan untuk Royal icing 4 1/2 sudu teh meringue powder 2 cawan gula icing – diayak 3 sudu besar air panas Cara-caranya Campurkan semua bahan dan dipukul hingga sebati. Jangan dedahkan icing kepada udara.Sebaiknya tutup dengan tuala lembap. KEK Bahan-bahan 1 ¼ cawan/250 gm mentega 1 cawan /230 gm gula kaster 5 biji telur 1 ¼ cawan/270 gm tepung halus (superfine) 1 camca teh serbuk penaik 4 sudu susu pekat 4 camca besar susu segar/cair 1 camca teh esen vanila Cara membuatnya 1. Ayak tepung dengan serbuk penaik. Ketepikan. 2. Putar mentega, gula sehingga gebu. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali. 3. Campurkan tepung yang diayak, kacau sebati.
  • 4. 4. Letak susu pekat, susu cair dan vanila. 5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana) atau paipkan 3/4 penuh. 6. Bakar pada 180 0C selama 20-25 minit atau hingga masak. 7. Biar kek sejuk sebelum dihias dengan aising. 8. Untuk menghias ratakan kek cawan dan sapulah kek dengan aising. 9. Hiaskan mengikut cita rasa kreativiti masing-masing. AISING Bahan-bahan ½ cawan/ 100 gm mentega ¾ cawan/150 gm krimwell ¾ cawan/130 gm gula aising-ikut kesukaan ½ camca teh esen vanila Pewarna mengikut kesukaan Cara membuatnya 1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik sehingga kembang, pucat dan gebu. 2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati. 3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki. Siap untuk diguna. Marble Vanilla Muffin BAHAN-BAHANNYA  180 g mentega  140 g gula halus  2 biji telur gred A
  • 5. 100 ml susu segar  220 g tepung gandum*  2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)  1 camca teh esen vanilla  1 camca teh coklat emulco CARA MEMBUATNYA 1. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. 2. Cedok keluar 1/3 adunan dari no. 1 dan masukkan coklat emulco, kacau hingga rata dan sebati. Sudukan adunan tanpa warna dalam paper cup atau muffin cup, 1/2 bahagian, kemudian, sudukan sedikit adunan coklat. Gunakan lidi sate, buat beberapa pusingan untuk membentuk corak marble. Buat hingga siap. 3. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 – 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga hias dengan krim putar dan parutan coklat… Yang ni bawa masa gath kat klcc hari sabtu lepas..taklah selawa ah mat gebu punya..kali ni akak bubuh coklat kat dalam muffin ni dan letak choc chip kat atas muffin tu…lupa pulak nak tunjuk kat dalam dia…
  • 6. Nak buat krim Bahan-bahan: 125 gram mentega (saya guna jenama Butterlite) 125 gram krimwell 80 gram gula kaster 1 sudu besar susu sejat (susu cair) 1 sudu kecil esen vanilla Cara-cara membuat: 1. Pukul krimwell dan mentega sehingga berwarna putih. 2. Masukkan gula dan pukul sehingga gula larut. 3. Masukkan esen vanilla, susu dan pukul rata. 4. Bahagikan adunan dan warnakan mengikut warna yang disukai. 5. Simpan dingin. Kek coklat moist
  • 7. Bahan-Bahan: 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula pasir 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap) ½ cawan susu manis 1 ¼ cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 1 tsp soda bicarbonate 3 biji telur Cara-cara 1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. 2. Tutup api biarkan adunan suam Tepung 3. Soda biakrbonat dan baking powder di ayak. 4. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi 5. Gaul rata dan campur tepung. 6. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) 7. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap 8. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan Sedia untuk dikukus selama 1 1/2 jam TOPPING COKLAT dari Noor Masri Bahan-bahan: 250 g coklat masakan } potong kecil2 1 sudu besar majerin 130 ml double cream atau whipping cream sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional
  • 8. Cara-cara 1. Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian 2. Masukkan majerin, gula & cream dan kacau sehingga sebati 3. Curahkan atas kek kemudian ratakan 4.Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli. ** ada beberapa cara memasak yang saya tidak ikut tetapi hasil kek mmg amat memuaskan setelah menggunakan resepi ini Sedia di hidang =) sila abai topping saya yg comot ini saya budak baru belajar..huhuhu~
  • 9. Kek pablova Bahan-bahan 4 biji putih telur 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu teh krim of tartar 1 cawan gula kastor 1 sudu teh cuka / jus lemon Topping wipped krim raspberry beku / strawberi / blueberry. Cara-cara: 1. Pukul putih telur dan krim of tartar sampai Kembang menggunakan electric mixer . 2. Bila telur dah Kembang, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit (satu sudu pada satu masa) dan pukul hingga sebat i 3. Bila adunan tu dah betul-betul sebati, gebu, takde ketulan, berhenti pukul adunan tu dan masukkan jus lemon atau cuka dan Tepung jagu ng 4. Pukul adunan tu kejap dan flip lebih cepat- cepat di atas bekas nak bakar tu. Alas dengan kertas baking ok!
  • 10. 5. Pastikan uolls dah pra- haba ketuhar tu dulu. Kalau oven jenis cepat panas, panaskan terlebih dulu la masa nak bentuk kan meringue ni. buatlah petak ke, bulat ke. ikut suke uolls la. 6. Bakar pada Suhu 130 darjah celcius selama 1 jam 15 minit atau sehingga warna kuning-kuning-krim-coklat sikit! 7. Bila dah masak, buka oven tu dan JANGAN KELUARKAN meringue tersebut tetapi Biarkan dia sejuk dalam oven. 8. Agak-Agak dah sejuk or suam-suam ke, boleh la semburan whipped cream atas meringue tu. Jangan letak whipped cream masa meringue tu panas, nanti cair plak krim tu. Kemudian, hiaslah den gan buah-buahan tadi ikut Citarasa masing-masing.
  • 11. RESIPI RED VELVET CAKE @ KEK BALDU MERAH Resipi Asal : Joyofbaking Sumber : noorsha.blogspot.com Bahan2 untuk Kek 250 gm tepung gandum 1/2 sk garam 15 gm serbuk koko 113 gm butter - suhu bilik 300 gm gula icing - aku guna 150 gm je 2 biji telur grade A 1 sk esen vanila 240 ml buttermilk - aku gune 240ml susu segar + 1 sb cuka 2 sb pewarna merah 1 sk cuka 1 sk baking soda Cream Cheese Frosting 227gm cream cheese 227 gm mascarpone cheese - aku gune cream cheese juge 1 sk esen vanila
  • 12. 115 gm icing sugar - aku gune 50gm saje 360ml whipping cream - aku guna 1/4 cawan air panas Cara-cara 1.pnaskan oven pade suhu 350 F @ 170 C 2. ayak tepung,garam dan serbuk koko. ketepikan. 3.pukul butter dan gula hingga kembang. Campurkan telur satu persatu dan pukul sekali lagi hingga gebu. 4.Masukkan esen vanila, kacau rata. 5.Campukan buttermilk @ susu segar yg dicampur cuka dgn pewarna merah. 6.masukkan buttermilk dengan adunan tepung tadi berselang seli,setiap satunya 3 bahagian iaitu dinulakan dan diakhiri dengan tepung (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung). kacau rata. 7. didalam cawan kecil, satukan cuka dengan baking soda, biarkan ia berbuih dan cepat masukkan dalam adunan tadi. kacau rata. 8. masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai, (jgn lupe sapu loyang ngan butter dan sedikit tepung dulu) dan bakar sehingga 30 minit atau kek masak sepenuhnya. (cucuk kek ngan lidi, kalo x melekat kek pade lidi
  • 13. maknenye da masak la tu). 9. setelah masak biarkan kek sejuk seketika sebelum menyapuye dgn cream cheese frosting... Cream Cheese Frosting 1. pukul laju cream cheese & mascarpone cheese hingga licin. 2. campurkan esen vanila dan gula. pukul lagi hingga larut dan licin. 3. campur whipping cream atau air panas. kacau lagi sampai betul2 smooth... 4. belah kek pada 4 bahagian sama besaR (aku belah 2 je sebab gune loyang besar n kek rendah) 5.sapu setiap belahan ngan cream cheese frosting. 6. sapu bahagian luar kek ngan cream cheese frosting. boleh hias dgn kelapa kering jika suka @ ikut kreativiti anda. 7. sejukkan sebentar beberapa jam hingga cream cheese sedikit keras, blh la dihidang..(aku sejukkan semalaman) sedaaappppppp tau kek nie... ^^
  • 14. sori ye nak cepat... tuan umah nak gi jenjalan ngan adik n emak tersayang.. nanti tuan umah translate resipi ni kendian ye... apepon kek ni sedap sgt n x rugi mencube... info yg baru didapati, ade sesetengah bakery yg jual kek ni RM 24.00 /slice..mahal kan? wat sendiri lg puas ati...yummy!~ NASI BERIANI UDANG 2010 Jun. 25 beriani udang resipi cilok drp blog mat gebu.. thanks cik mat.. mmg sedap! :) rempah beriani kak neny yg bagi... alhamdulillah... seronoknya rasa... utk resipi.. : BAHAN-BAHANNYA :-) 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan 8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan 1/2 camca teh serbuk kunyit* Sedikit garam*(*digaul rata) 3 tangkai daun ketumbar - xde
  • 15. 750 ml air 250 ml susu cair 1/2 cawan lobak merah yang didadu - xde.. 1 camca besar minyak masak 3 camca besar minyak sapi 1 helai daun pandan, disimpul - xde.. Garam secukup rasa dan secubit gula BAHAN TUMIS :-) 2 biji bawang merah, dihiris 1 biji bawang besar, dihiris 2 ulas bawang putih, dihirs 2 cm halia, dititik 1 kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih 1 camca besar rempah beriani BAHAN LAIN :-) 1/3 cawan kismis, goreng sedikit Hirisan daun sup/daun bawang Bawang goreng CARA MEMBUATNYA :-)
  • 16. 1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan. 2. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata. 3. Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok... makan ngan kari..yummmm!! Nasi beriani Pakistan Bahan bahan: 5 cawan beras basmathi (rendam & tos) 1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap) 4 kuntum bunga lawang 2 inci kayu manis 8 buah pelaga 10 bunga cengkih 1 sb serbuk ketumbar 1 sb serbuk jintan manis
  • 17. 1 sb serbuk jintan putih 1 sk serbuk kunyit 3 bawang besar – potong dadu 5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap) 2 labu bawang putih – tumbuk 3 inci halia – tumbuk 1 ½ cawan yoghurt 2 bay leave Minyak olive 4 biji telur – rebus, kupas & kelar 4 biji kentang kecil – kupas & rebus ½ cawan susu (optional) Saffron & pewarna kuning Hiasan Bawang goreng Daun ketumbar – hiris 4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci Daun mint Badam & kismis, jika suka Penyediaan Ayam: Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam. Bahan Untuk Kuah:-). 150 g kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar 50 g udang kering, direndam 10 minit, toskan dan goreng garing, kisar halus 50 g biskut marie, dikisar halus 50 g kismis* 50 g cili kering, dibuang biji, rendam dalam air panas dan toskan* 8 biji bawang merah kecil* 3 biji bawang putih*
  • 18. 1 1/2 inci halia*(*dikisar halus) Asam jawa sebesar duit 20 sen + 1/2 cawan air, ramas dan tapis utk jusnya Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka) Air secukupnya Minyak untuk menumis Bahan Rojak:-). 100 g daun salad 3 biji kentang, belah 4 setiap biji dan rebus empuk, toskan 2 keping tauhu, belah dua 2 keping tempe 200 g sotong kembang, potong sederhana besar dan celur 5 minit, toskan 200 g paru, rebus dan hiris nipis 100 g fish ball 1 biji timun, dipotong jejari 1/2 biji sengkuang sederhana besar, dikupas dan potong jejari 2 - 3 biji cili hijau, dihiris kasar2 3 biji telur, direbus Sedikit bijan, disangrai Bancuhan tepung beras secukupnya (tahap kepekatan sama mcm nak goreng pisang) Cara membuatnya:-). 1. UNTUK KUAH ROJAK:- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan harum. Masukkan kacang tanah dan udang kering kisar. Masak hingga terbit minyak. Masukkan kisaran biskut marie dan masak sekejap. Tuang air mengikut keperluan dan biar mendidih, masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perisa (jika suka), masak hingga pekat sedikit dan matikan api 2. UNTUK BAHAN2 ROJAK:- Asingkan sengkuang, timun, salad dan cili hijau. Bahan2 selebihnya dicelup dalam bancuhan tepung beras dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga semua siap. 3. PENYEDIAAN ROJAK ASMA JB:- Potong kecil mana bahan rojak yang agak besar. Ambil setiap bahan2 rojak dalam kuantiti sederhana ke dalam pinggan, tuang kuah rojak dan tabur dengan sedikit bijan sebelum dihidangkan.
  • 19. Bahan-bahan: 5 - 7 biji kentang 3 ulas bawang merah - ditumbuk 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 - 2 inci belacan - ditumbuk 50 gm ikan bilis / udang kering - ditumbuk kasar (i guna udang kering) 1 buku kiub ayam 3 sudu makan cili giling minyak masak serbuk perasa (kalau perlu) Cara-cara: 1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam. 2. Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau mengikut saiz kentang. 3. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam. Jangan terlalu empuk supaya tidak hancur. 4. Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan. 5. Tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil. 6. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat. * Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan menggunakan belacan yang sudah sedia berperisa masin. * I tambah sedikit hirisan bawang besar
  • 20. vadei 200 gm ( 1 cawan) kacang hitam (Janggri) yg telah dibuang kulitnya/ulunthu 110 ml air 1 biji bawang besar (potong dadu) 2 tangkai cili kering (buang bijinya dan gunting halus) 2 tangkai daun kari (gunting halus) 1 1/2 sudu teh garam Cara-cara 1. Basuh kacang hitam dan rendam hingga lembut dan kembang kira-kira 20 minit.Toskan airnya.
  • 21. 2. Kisar kacang didalam blender bersama air. Kalau mata blender tak berpusing, tambahkan sedikit air lagi setakat membolehkan ia berpusing.Jgn terlalu byk nanti adunan cair susah untuk digoreng. 3. Letakkan paste tadi kedlm bekas dan gaul bersama bahan-bahan lain. Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng hingga masak. Sabsuka Salam hari Rabu iaitu 22 Ramadhan 1431H semua....Hari ini kan saya masak masakan orang Arab iaitu Sabsuka untuk iftar...ini 1st time saya mencuba masak sabsuka nie, slalunya beli je...tapi slalunya klu beli kan sabsuka nie takde pula ditaburkan keju tapi kata teman sekerja saya klu orang arab masak dorang taburkan keju baru dibakar...nie resepi nie saya dapat dari teman sekerja saya lah nie...terimakasih ya kerana sudi berkongsi resepi dgn saya dan dapat pulak saya kongsi resepinya dgn pengunjung2 blog saya nie....marilah kita lihat resepinya.... Bahan-Bahannya 1 kilo daging cingang 5 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 22. 4 ulas bawang putih * halia sebesar ibu jari * (* dikisar) 4-5 sdm rempah bamia 1 botol tomato sos 3-4 biji tomato, dipotong dadu sedikit daun ketumbar sedikit daun pudina 4-5 biji telur minyak sapi mozarella cheese secukupnya garam dan serbuk perasa secukupnya (Sabsuka sebelum ditabur cheese dan dibakar) Cara-Caranya Goreng daging cincang dengan minyak sapi kemudian diketepikan dulu.Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar sehingga layu kemudian masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar.Setelah naik bau masukkan rempah bamia.Kacau rata klu perlu ditaruk air boleh ditaruk sedikit air. Setelah garing masukkan tomato sos, tomato, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan diikuti dengan masukkan daging cincang yang telah digoreng terlebih dahulu dan juga daun ketumbar. Setelah mendidih, renjiskan sedikit minyak sapi diatas masakan ini dan pecah kan telur. Biarkan telur setengah masak kemudian tuangakan kedalam loyang atau allimunium tray. Taburkan sedikit daun pudina dan mozarella cheese secukupnya dan bakar sekitar 10 min. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama roti....ikut citarasa masing2, roti perancis atau ban bakar boleh atau roti kosong pun boleh...Selamat mencuba.....
  • 23. (Sabsuka setelah dibakar) Puding Telur Beroti / Puding Telur Beroti >> Kak Rosaliza Bahan2nya ~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 24. ~ 4 keping roti gardenia ~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis ~ 2 cawan air suam ~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis ~esen vanilla Cara- cara Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.. RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT Source : Hana@hanamemories.blogspot.com Sharing by:HaSue@sue-hasue.blogspot.com Bahan-bahan * 4 keping roti * 2 biji telur * 1/2 cawan susu pekat * 170ml susu cair * 10gram serbuk agar2 @ sepeket * 1/2 cawan gula - bleh kurangkan * 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan) * 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml * 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys*hasue tambah sedikit browning sugar Cara-cara 1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk. 2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  • 25. 3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api. 4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut). 5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. 6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. 7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat. Puding Karamel Tanpa Telur PUDING KARAMEL TANPA TELUR Bahan : A) 2 senduk gula B) 1 bungkus agar-agar serbuk 4 cawan air 2 1/2 senduk gula C) 1 tin susu cair (lebih kurang 400g)
  • 26. 2 sudu makan tepung kastard 1 sudu vanilla (Campur sebati semua bahan C) Cara-cara : 1. Hanguskan gula macam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila dah kaler emas tuang air sikit (sy letak lebih kurang 3 sudu besar) .. pastu ketepikan.. 2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. - sy tapis dlu adunan ketika dimasukkan ke dalam loyang utk mengelakkan ada buih2 atau ketulan agar2 yg tidak hancur 3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk- sejuk).
  • 27. PUDING LABU MANIS Tuangkan ke dalam sebiji labu yang juga sudah dikukus dan sedia dijamah. Oleh: EDITORIAL RASA Tarikh: 25 April 2012 Waktu memasak : 10 minit Saiz hidangan untuk : 8 orang BAHAN-BAHAN : 200gm agar-agar 500gm labu 1.25 liter santan (5 cawan) 100gm gula 10gm susu tepung CARA MEMASAK: 1. Didihkan air bersama gula, gula batu dan agar-agar kering di dalam periuk sehingga hancur. 2. Angkat dan tapiskan. 3. Masukkan semula bancuhan ke dalam periuk dan tambahkan santan. Biarkan dididih lagi sehingga sebati. 4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan. 5. Hiaskan bersama kepingan kelapa kering.
  • 28. RESEPI: SAGO PEARL PUDDING@PUDING SAGU PELANGI Bahan-bahan : 1 cawan biji sagu 1 liter air 20 gm serbuk agar-agar 11/2 cawan gula pasir 3 helai daun pandan 1 tin susu cair 3 jenis pewarna kegemaran Cara : 1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat. 2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal. 3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. 4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api 5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna.Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air.Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau. 6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi.Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau. 7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
  • 29. Resepi Sagu Gula Melaka Bahan-Bahan Sagu Gula Melaka Bahan A : 2 cawan sagu 5 cawan air Bahan B : 3 cawan santan 1/2 cawan gula pasir 1/2 sudu kecil garam Bahan C : 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah 1 cawan air 1 cawan air 1 helai daun pandan Cara-Cara Membuat Sagu Gula Melaka 1. (Adunan A) Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih. 2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya. 3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan. 4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih. 5. Buang daun pandan dan sejukkan. 6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. 7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk. 8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  • 30. 9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C. Kuih koci Inti Kelapa BAHAN-BAHANNYA :- 1/2 biji kelapa muda (parut) 100g gule merah (cairkan dengan air dan tapis) 4 sudu gula pasir Daun pandan CARA MEMBUATNYA :- 1. Satukan semua bahan dan masak menggunakan nyalaan api yang perlahan sehingga inti kelapa sedikit kering. * Jangan terlalu kering..nanti x brp best..:) Pati santan BAHAN-BAHANNYA :- 1/2 cawan pati santan pekat 1 cawan air + 2 sudu tepung jagung garam 1 helai daun pandan
  • 31. CARA MEMBUATNYA :- 1. Satukan semua bahan dan masak dengan nyalaan api yang kecil. Tunggu sehingga pekat dan masak. Adunan kuih koci BAHAN-BAHANNYA :- 300 g tepung pulut 100g tepung pulut hitam 1 cawan santan cair air secukupnya CARA MEMBUATNYA :- 1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair.Agak2 boleh kepal dan x berapa nk melekat kat tangan. STEP NAK BUAT KUIH KOCI 1. Panaskan air dalam periuk sehingga menggelegak. 2. Bentuk bulat adunan koci seperti biase dan masukkan inti jugak tau, jangan lupa. Buat sampai siap. 3. Kemudian rebus adunan dalam air menggeledak sehingga kelihatan terapung dankembang sedikit. Angkat dan masukkan kedalam pati santan tadi. 4. Kemudian, barulah dilipat didalam daun pisang sehingga semua siap. Dan Kukuslebih kurang 5 minit.Siap.