Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Resepi kek 
KEK LAPIS CADBURY / KEK LAPIS INDIA 
Resepi : Dayang Jack 
Bahan-bahan: loyang 9" x 9" 
450g mentega berkualit...
Kek Lapis India / Kek Lapis Cadbury 
Resepi : dayangjack@dapurku sayang 
bahan-bahan: loyang 9" x 9" 
 450g mentega berku...
 cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian 
susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adun...
rata.Kemudian tuang lagi adunan seterusnya.Bakar guna api atas pada suhu 170'C 
selama 8-10 minit. 
*Buat 2 atau 3 lapis k...
4. Minyakkan & alas tin. 
5. Ratakan 6 sudu makan adunan & gril api atas sahaja sehingga permukaan kek 
perang. 
Tekan per...
1-1/2 gelas tepung gandum (150g) 
2 sudu teh esen vanilla 
1 botol pandan paste (MaDiHaA guna 100 ml air daun pandan dari ...
KEK LAPIS CHEESSY BUTTERSCOTCH ASAM MANIS 
Resepi terbaru akak.. 
KEK LAPIS CHEESSY BUTTERSCOTCH ASAM MANIS 
Bahan: 
1 buk...
putih 
5. lengser loyang dengan mentega. Sblm tu panaskan oven. Akak terpaksa guna dua oven. Oven yg 
pertama dah buat per...
3 Biji telur Padi 
1/2 kg sotong kembang 
1 biji timun 
2 biji cili merah 
Cara Memasak 
Kisar bawang dan cili kering bers...
kering yang telah diblend hingga naik bau. 
Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging 
dan...
100 gm udang kering 
sedikit cili padi, jika suka pedas 
2 sb cili kisar 
3 sb serbuk kari daging 
air rebusan daging 
1 c...
Masukkan bahan2 di atas ke dalam loyang 
dan kukus hingga masak. Apabila masak tekan2 dlm loyang hingga mampat. Ita 
masuk...
MURTABAK LAPIS CREAM CRACKER 
By :Rozzan's 
Bahan-Bahan 
600 gm daging cincang 
3 ulas bawang putih } 
2 cm halia } …. kis...
sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 
40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum d...
Bahan Lapisan Bawah: 
150 gm labu, diparut kasar 
700 ml santan 
100 gm gula pasir 
60 gm tepung gandum 
120 gm tepung ber...
Bahan² Untuk Inti 
1 tin kecil sardin 
1 biji bawang besar -didadu 
2 ulas bawang putih - tumbuk 
1 inci halia - tumbuk 
1...
5. lapis sampai inti yang terakhir. 
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji 
t...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Resepi kek

1,205 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Resepi kek

  1. 1. Resepi kek KEK LAPIS CADBURY / KEK LAPIS INDIA Resepi : Dayang Jack Bahan-bahan: loyang 9" x 9" 450g mentega berkualiti tinggi 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak) 220g gula halus 10 biji telur 100g tepung biskut marie 65g serbuk horlicks 50g serbuk santan (1 peket) 300g susu pekat manis 2 bungkus kepingan coklat Cadbury pewarna kuning - optional Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C api grill ~ mengikut kepanasan oven masing-masing Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang sahaja Ketepikan Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan. Anggaran masa membakar 10 minit bergantung pada kepanasan oven Pada lapisan pertama guna api atas dan bawah. Untuk lapisan seterusnya tukarkan pada api atas sahaja Selepas membakar satu lapisan jangan lupa untuk menekan permukaan atas kek supaya kek padat dan membuang segala gelembung udara. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. Sejukkan kek sebelum dipotong.
  2. 2. Kek Lapis India / Kek Lapis Cadbury Resepi : dayangjack@dapurku sayang bahan-bahan: loyang 9" x 9"  450g mentega berkualiti tinggi  120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)  220g gula halus  10 biji telur  100g tepung biskut marie  65g serbuk horlicks  50g serbuk santan (1 peket)  300g susu pekat manis  2 bungkus kepingan coklat Cadbury - Amie gunakan 3 bungkus kerana setiap 3 lapisan, Amie susun 20 keping  pewarna kuning - optional - Amie gunakan pewarna hijau, merah & kuning Cara-cara: 1 Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. 2 Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim. 3 Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan. 4 Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati. 5 Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan. 6 Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. 7 Sejukkan kek sebelum dipotong. Nota:  Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.  Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.  Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.  Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS.  Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  3. 3.  cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.  Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing. KEK LAPIS KEJU COKLAT CADBURY Sumber:Ros Bahan-bahan:(saiz Loyang 7") 200g butter 125g cream cheese 5 biji kuning telur 3 biji putih telur 140g gula kastor 1 sdb ovalet 125g tepung gandum}-------------saya guna tepung hong kong 1 sdt baking powder }-diayak 50g air ais Coklat Cadbury secukupnya Cara-cara: 1.Pukul butter sehingga kembang.Masukkan cream cheese dan pukul sehingga sebati. 2.Dalam mangkuk berasingan,pukul telur,gula & ovalet sehingga kembang. Masukkan tepung,air ais secara berselang-seli sehingga sebati. Masukkan adunan butter & cheese sehingga sebati. 3.Ratakan 4 sudu makan ke dalam tin yang dilapik kertas dan digris. 4.Bakar dengan api gril sehingga permukaannya perang. Tekan supaya rata & lapiskan dengan adunan seterusnya. Bakar selapis-selapis hingga habis. Nota: *Untuk adunan pertama kena bakar guna api atas dan bawah selama 8-10 minit.Tekan bagi
  4. 4. rata.Kemudian tuang lagi adunan seterusnya.Bakar guna api atas pada suhu 170'C selama 8-10 minit. *Buat 2 atau 3 lapis kemudian,tuang lagi adunan seterusnya,susun kepingan coklat Cadbury.Kemudian bakar lagi selama 8-10 minit guna api atas. *Untuk yang terakhir sekali,tutup tin dengan aluminium foil,kemudian bakar lagi guna api atas dan bawah selama lebih kurang 10 minit. *Setelah masak,biarkan sejuk.Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong. Tiramisu chesse By: AlongRoz@HomeKreation Saiz: 8.5" sq BAHAN2: 400g Mentega 225g Cream Cheese 4 tbsp Susu Pekat 20 biji Kuning Telur 5 biji Putih Telur 220g Gula 420g Tepung Gandum 250g Keju Cheddar - parut CARA2: 1. Pukul mentega, cream cheese & susu pekat sehingga kembang. 2. Dlm mangkuk berasingan, pukul telur & gula sehingga kembang & pekat. 3. Campurkan kedua2 adunan sehingga sebati. Masukkan tepung & gaul sehingga sebati. Created By: AlongRoz@HomeKreation Saiz bekas 10"x6" atau 8"persegi BAHAN2: 2 kotak (16oz/500g) Cream Cheese ½ cwn Gula 200ml Whipping Cream - pukul sehingga bertanduk spt gambar di bawah 1 st Esen Vanilla 3 sb Nescafe + 1 cwn Air Panas 2 bungkus Salt-cheese Crackers(tak habis semua) 1 cwn Chocolate Hazelnut Spread - Along guna homemade kat sini Serbuk Koko
  5. 5. 4. Minyakkan & alas tin. 5. Ratakan 6 sudu makan adunan & gril api atas sahaja sehingga permukaan kek perang. Tekan permukaan kek supaya rata. Ratakan 6 sudu makan adunan, taburkan cheese cheddar, gril sehingga perang & tekan permukaan supaya rata. Ulangi proses melapis, tabur cheddar cheese setiap selang lapis sehingga habis adunan. 6. Bakar lapisan terakhir 180C 10minit. 7. Kek ini tahan lama & boleh di simpan dlm peti sejuk > 1 bulan. CARA2: 1. Pukul cream cheese & gula sehingga sebati. Masukkan whipped cream yg telah di pukul bertanduk sehingga sebati. Masukkan EV. 2. Sapu butter di dasar bekas. a. Celup salt-cheese crackers ke dlm bancuhan nescafe selama 1 saat & susun di dasar bekas. b. Sapu Chocolate Hazelnut Spread sehingga menutupi lapisan biskut. c. Sapu cream cheese menutupi lapisan seterus nya. d. Ulangi melapis biskut --> choc spread --> cream cheese. e. Akhir sekali ayakkan serbuk koko di atas permukaan Tiramisu (boleh di tambah sewaktu menghidang). KEK KELASI MABUK Sumber Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com Sumber : MaDiHaA aka Ratna Bahan2nya 450g mentega berkualiti tinggi 200 gm horlick 14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan) 1 gelas gula (150g)
  6. 6. 1-1/2 gelas tepung gandum (150g) 2 sudu teh esen vanilla 1 botol pandan paste (MaDiHaA guna 100 ml air daun pandan dari 10 helai daun pandan + pewarna hijau gelap + hijau epal untuk dapatkan warna yang lebih gelap) Caranya Adunan Hijau: Pukul telur dan gula hingga kembang. Masuk butter, pukul hingga putih. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau. Bahagikan kepada dua bahagian. Adunan Putih: 8 biji putih telur 10 sudu besar gula halus 4 sudu teh tepung gandum 6 biji limau kasturi Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadimeringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah). Masukkan tepung. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata. Cara Mengukusnya: 1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam. 2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam. 3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit. 4. Guna acuan 9x9inci. Note: Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik
  7. 7. KEK LAPIS CHEESSY BUTTERSCOTCH ASAM MANIS Resepi terbaru akak.. KEK LAPIS CHEESSY BUTTERSCOTCH ASAM MANIS Bahan: 1 buku butter 1 buku cheesdale-dibelah memanjang dan dipotong nipis jadi 4 segi kecil 1 packet asam manis-4 segi punya 1/2 cawan gula perang ( setakat ni jer ade-habiskan stok) 1 cawan gula kastor 3 keping roti butterscotch( yg ni tk de siapa yg nk makan jd drp membazir elok dibuat sesuatu )+ 1 tin susu cair - diblend hancur 10 biji telur 2 1/2 cawan tepung ( 1 cawan tepung naik sendiri ( habiskan stok) 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu soda bicarbonate 1 sudu baking powder. esen vanilla pewarna yang disukai Cara: 1. Pukul butter bersama gula hingga kembang dan putih. 2. Masukkan telur sebiji sebiji. pukul sampai sebati.Masukkan esen vanilla 3. Masukkan campuran roti. Teruskan memukul dan dan masukkan tepung gandum bersama soda. Kaub balikkan. 4. Buat dua adunan. letakkan pewarna yang disukai. akak guna pewarna merah jer. yg satu kekal
  8. 8. putih 5. lengser loyang dengan mentega. Sblm tu panaskan oven. Akak terpaksa guna dua oven. Oven yg pertama dah buat perangai tk nk berpusing..jd akak tukar ke oven microwave..huhuhu... 6. Ambil satu senduk atau lebih ( ni kes nk cepat habis ) masukkan ke dalam loyang. Kemudian disusun dengan asam manis sampai penuh. 7. Bakar dalam anggaran 10 minit. angkat dan tekan2kan. 8. Ambil adunan putih satu senduk atau lebih. Tuangkan ke atas lapis pertama. Kemudian susun pulak dengan kepingan cheesdale. Bakar sama dengan lapisan pertama. 9. Buatlah sampai habis. akak dapat dalam anggaran 11 atau 12 lapis. Adunan yang akhir akak curahkan yang merah kemudian akak curahklan yang putih. Lorek2kan sikit diatasnya. Biasa kek lapis dia berminyak..akak tk berapa gemar. jadi akak kurangkan butter..sepatutnya 2 buku butter untuk 10 biji telur..Resepi dr seorang kawan. Bila kita makan kek ni kita akan tergigit cheesdale yang keras dan asam manis yang lembut. Ada rasa lemak2 masin dan masam manis. Terus terang akak cakap teksturnya tk lah gebu...tapi sedap lah jgk. Ikuti resepi yg sebetulnya dan cuba ambil idea dari akak ni..lapiskan dengan cheess dan asam manis. satu lagi kalau ade makanan tu jgn membazir. ciptalah sesuatu..buat eksperimen...SELAMAT MENCUBA. 1. Resepi Mee Hun Belacan Sarawak Bahan-Bahan 1 Bungkus Bee Hun - direndam dan dicelur.. Bahan Kuah 1 Biji Bawang Merah Bombay (Bawang Besar pun boleh). 10 biji Cili kering (direndam dalam air suam) 200 gm Belacan (nak sedap pakai belacan Bintulu) 1 Liter Air Gula Apong atau Gula Melaka secukup rasa 1 sudu teh Tepung Jagung Garam secukup rasa Kicap masin dan manis Kipas Udang - secukup rasa 2 sudu Otak Udang Bahan-Bahan Sampingan
  9. 9. 3 Biji telur Padi 1/2 kg sotong kembang 1 biji timun 2 biji cili merah Cara Memasak Kisar bawang dan cili kering bersama air. Selepas itu masak hingga mendidik. Selepas itu masukkan gula apong, tepung jagung, kicap, otak udang dan garam secukup rasa. Masak kuah tadi hingga pekat. Kemudian masukan Mee Hun, timun, cili, sotong dan telur padi ke dalam mangkuk. Kemudian masukan kuah dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba...Dalam resepi ni Pak Tambang lupa nak masukan sotong...hehhehe tapi masih sedap juga.... PT Mee Bandung Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 bungkus mee kuning 4-6 ekor udang basah 1-2 ekor sotong - potong bulat 50 gm udang kering 1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk Sawi Hirisan daging (tak letak) Air rebusan daging (guna kiub ayam) 4 biji telur Gula dan garam Mee kuning - celur Bahan Kisar: 1/2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 5 tangkai cili kering Bahan hiasan: 3 keping tauhu goreng - hiris nipis Bawang goreng Hirisan cili merah Limau kasturi/limau nipis Cara- cara: Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang
  10. 10. kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi. Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan. 170gm marjerin atau butter 50gm gula aising 1 biji telur Gred C 290gm tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla acuan tart MEE JAWA Bahan-Bahan: 1 kg mee kuning (dicelur) 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis] 300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur) 2 tangkai daun bawang (dihiris) 5 biji cili merah (dihiris) 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis) 3 biji telur rebus (dibelah) 3 biji limau nipis (dibelah) Sedikit bawang goreng Bahan Kuah: 1/2 kg keledek (direbus & dikisar) Mesin halus: 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 3 batang serai Sedikit halia sedikit lengkuas
  11. 11. 100 gm udang kering sedikit cili padi, jika suka pedas 2 sb cili kisar 3 sb serbuk kari daging air rebusan daging 1 cawan air Sedikit garam Sedikit minyak masak Sedikit gula Cara menyediakan: 1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau 2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan. 3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih. 4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris. SERIMUKA WARNA-WARNI by: Chef Hanieliza Lapisan Pulut 2 cwn pulut - direndam (ita rendam semalaman) 2 1/2 cwn santan cair dari 1/2 biji kelapa - ita guna santan KARA 1 sudu teh garam
  12. 12. Masukkan bahan2 di atas ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Apabila masak tekan2 dlm loyang hingga mampat. Ita masukkan semua bahan dlm periuk nasik dan tanak macam masak nasi. Lepas tu masukkan dlm loyang yg telah di gris dgn minyak dan alas dgn plastik sebagai lapik dasar. Tekan2 sehingga padat. Kemudian kukus semula selama 10 minit. Lapisan Warna-warni 4 cwn santan pekat - ita guna santan KARA 1 biji telur 1/2 cwn gula pasir + 1 sudu besar lagi - ita kena tambah 1 sudu besar lagi next time 1/2 cwn tepung kastard 1/2 cwn tepung gandum 1/2 sudu teh garam pewarna hijau, kuning, merah Bancuhkan semua bahan kecuali pewarna dan tapiskan. Ita masuk aje semua dlm blender dan kisar halus. Ita masak sekejap atas dapur sampai berwap aje. Bahagi adunan kepada 3 mangkuk. Masukkan pewarna yg berbeza untuk setiap mangkuk. Tuang atas lapisan pulut yg telah dikukus tadi satu persatu. Masukkan hijau kukus dlm 10 minit. Kemudian masukkan kuning kukus lagi 10 minit dan begitulah seterusnyer, yang terakhir ita lebihkan masa kukus selama 15 minit. Setelah masak sejukkan. Tunggu hingga kuih benar2 sejuk barulah dipotong. Gunakan pisau plastik dan gris dgn minyak untuk dapatkan hasil potongan yg kemas.
  13. 13. MURTABAK LAPIS CREAM CRACKER By :Rozzan's Bahan-Bahan 600 gm daging cincang 3 ulas bawang putih } 2 cm halia } …. kisar/tumbuk 4-5 sudu makan rempah kari daging (Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar) 3 biji bawang besar (potong dadu) 3 sudu makan minyak garam secukup rasa Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian. 45 keping biskut krim kraker 1 cawan santan 1 cawan susu cair 1 cawan air secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2) 3 batang lada merah (dihiris) 3 batang lada hijau (dihiris) 150 gm keju parut (optional) 10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit) Cara:Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega. Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata. Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan
  14. 14. sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. SERI LAPIS LABU by Puan Azimah Mansur Sumber: Izah Akma Singahsana Kitchen
  15. 15. Bahan Lapisan Bawah: 150 gm labu, diparut kasar 700 ml santan 100 gm gula pasir 60 gm tepung gandum 120 gm tepung beras 1 tbsp tepung ubi 1/2 tsp garam daun pandan Bahan Lapisan Atas: 150 gm labu, diparut 170 gm gula 120 gm tepung beras 70 gm tepung gandum 1 tbsp tepung ubi 700 ml santan 2 biji telur 1/2 tsp garam pewarna kuning dan hijau daun pandan
  16. 16. Bahan² Untuk Inti 1 tin kecil sardin 1 biji bawang besar -didadu 2 ulas bawang putih - tumbuk 1 inci halia - tumbuk 1 sudu besar cili kisar 1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes) garam &; gula secukup rasa 2 biji telur Bahan² Untuk Topping Biskut Cream Crackers secukupnya 1 cawan susu UHT 1 biji telur (untuk lapisan terakhir) Cara² Untuk Inti 1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau. 2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi. 3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip. 4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan. Cara² Untuk Melapis Murtabak 1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil. 2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak. 2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang. 3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi. 4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
  17. 17. 5. lapis sampai inti yang terakhir. 6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi. 7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :) *UNTUK SETIAP LAPISAN LEPAS TUANG SARDIN, AKU TABUR DENGAN MOZARELA CHEESE*

×