SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Resepi Kek Minyak 
KEK MINYAK 
5 biji telur 
1/2 cawan gula halus 
2 cawan tepung gandum 
1 camca teh baking powder. 
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate 
1 cawan minyak masak 
1 sudu teh esen vanila 
pewarna 
Cara-cara 
1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang. 
2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. 
3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan 
bergaul rata. 
4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. 
5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna. 
6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.
Kek Lapis Keju Masam Manis 
Bahan-bahan: 
250 gram Philadelphia Cream Cheese - suhu bilik 
100 gram parutan Parmesan Cheese 
450 gram mentega tulin 
100 gram gula halus 
1/2 tin susu pekat manis (200gm) 
10 biji telur gred A 
30 gram ovalette - 2 sudu kecil 
300 gram tepung Hong Kong 
100 gram Horlicks 
haw flakes secukupnya 
pewarna hijau pandan 
Loyang 8 x 8 x 3, dialas dan digris dasarnya. 
Cara-cara : 
1. Pukul mentega hingga putih, kemudian masukkan gula serta ovalette. Pukul hingga sebati. 
2. Masukkan cream cheese serta parutan parmesan cheese. Pukul sehingga licin dan berkrim. 
3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul sehingga kembang dan pekat. 
4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah. 
5. Masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks. 
6. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. satu bahagian di letak pewarna hijau 
pandan, dan satu bahagian lagi tanpa warna atau warna yang di sukai. 
7. Ambil 1 senduk adunan (6 sudu besar) adunan hijau dan ratakan di atas loyang kek. Bakar 
menggunakan api atas selama 10 minit hingga permukaan sedikit perang. 
8. Keluarkan loyang, cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekan dengan penekan kek - 
lakukan pada setiap lapisan kek. 
9. Susun haw flake di atas permukaan kek untuk setiap lapisan yang ketiga. 
10. Ambil 1 senduk adunan tanpa warna dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit. 
11. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 dan seterusnya sehingga selesai. 
12. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi 
antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.
KEK OMBAK RINDU 
Bahan-bahan : 
300 gm tepung naik sendiri 
200 gm gula kastor 
250 gm mentega 
50 gm serbuk biskut Oreo 
100 ml susu cair 
5 biji telur (B) 
2 tbsp susu pekat manis 
1 tsp esen vanilla 
1 tsp ovalette 
Pewarna biru, merah jambu & kuning secukupnya 
Loyang : 8 inci persegi, alas dengan kertas kek 
Cara memasak : 
1. Putar mentega, gula kastor dan ovalette hingga lembut. 
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus diputar. 
3. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri, esen vanilla, susu pekat dan susu cair. Gaul sebati. 
4. Setelah itu, bahagikan adunan kepada tiga bahagian (3) dan letakkan pewarna biru, merah jambu 
dan kuning pada setiap bahagian itu. 
5. Sediakan loyang berukuran 8 inci yang dilapikkan dengan kertas kek dan disapu dengan sedikit 
mentega. 
6. Tuangkan adunan lapisan biru dan taburkan serbuk Oreo. 
7. Kemudian tuangkan pula adunan lapisan merah jambu dan taburkan serbuk oreo. 
8. Seterusnya tuangkan adunan lapisan kuning. Tutupkan loyang dengan kertas aluminium foil. 
9. Akhir sekali, kukus kek selama 1 jam atau hingga kek masak sempurna.
`kek lapis ombak rindu 
Bahan-bahan: 
500 gram mentega 
10 biji telur gred A 
200 gram gula kastor 
250 gram cream cheese (dipukul sedikit hingga lembut sebelum digunakan) 
250 gram tepung gandum 
1 tin kecil serikaya 
1 tin susu pekat manis 
1 paket santan (50 gram) 
1 sudu makan ovallete 
pewarna kuning, hijau, biru, ungu 
Acuan penekan zig zag 
Cara-cara membuatnya: 
1. Panaskan oven pada suhu 175-200 C. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alas 
dengan baking paper atau kertas minyak. 
2. Pukul mentega, gula dan ovallete dengan kelajuan tinggi hingga putih dan berkrim. 
3. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi hingga kembang. 
4. Perlahankan mixer, masukkan susu, seri kaya dan cream cheese. Pukul lagi sehingga 
sebati, baru masukkan tepung dan gaul rata-rata. 
5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, berikan warna kuning, hijau, biru dan ungu. 
6. Bakar lapisan kuning sebanyak 6 sudu makan menggunakan api atas dan bawah 
hingga masak. Kemudian tekan dengan penekan zig zag. Bakar pula lapisan hijau 
sebanyak 6 sudu makan menggunakan api atas sahaja hingga masak dan keperangan. 
Tekan lagi dengan penekan zig zag. Ulang cara yang sama untuk lapisan biru dan 
ungu, buat hingga habis.
Kek lapis red velvet 
Bahan-bahan: 
Adunan merah 
250 gram mentega (saya pakai Anchor) 
5 biji telur ayam gred A 
235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko 
2-3 sudu makan serbuk koko 
175 gram gula kastor 
150 gram susu pekat manis 
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g) 
1 sudu teh ovallette 
pewarna merah 
Adunan Cheese 
500 gram cream cheese 
3 biji telur ayam gred A 
120 gram gula kastor 
sedikit esen vanila 
Cara-cara membuatnya: 
1. Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan 
ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat 
manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum 
dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan 
yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan 
ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga 
adunan bertukar warna merah sepenuhnya. 
2. Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, 
putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan 
sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga. 
3. Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan 
membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu 
bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi 
lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama 
adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan 
merah dan seterusnya....lapis sampai habis.
Kek lapis tentang dhia 
Bahan-Bahan: 
10 biji telur gred A 
130 gram gula kastor 
500 gram mentega 
1 sudu besar ovalette 
300 gram susu pekat manis 
50 gram jem raspberry 
270 gram tepung Hong Kong 
100 gram Horlicks 
1 sudu teh perisa vanilla 
1 sudu besar air sejuk 
pewarna oren dan kuning 
chip coklat secukupnya 
Cara-cara membuatnya: 
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, 
pukul lagi hingga kembang dan pekat. 
2. Kemudian, masukkan susu manis, vanilla dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan 
yang paling rendah sekadar untuk meratakan bahannya. 
3. Sesudah itu, masukkan tepung Hong Kong dan horlicks lalu pukul lagi (dengan 
kelajuan yang rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Masukkan air sejuk dan 
kacau rata. 
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna oren dan kuning. 
5. Alaskan loyang 8" x 8" dengan baking paper dan sapukan mentega pada dasar dan 
keliling loyang. 
6. Ambil 2 senduk penuh adunan oren dan bakar dalam suhu kira-kira 175-200 darjah 
Celsius (dengan api atas dan bawah). Bila sudah masak, ambil pula 2 senduk penuh 
adunan kuning, taburkan chip coklat pada lapisan kuning dan bakar lagi macam 
lapisan oren tadi (dengan api atas sahaja). 
7. Buat berlapis-lapis hingga habis 
Resepi: Sunah Sakura 
By: Sunah Sakura 
Loyang: 8' x 8' (kek ni agak tinggi, boleh guna loyang 9' x 9' untuk kek yang lebih rendah)
Bahan-bahan: 
Kek lapis idola azila 
10 biji telur ayam 
500 gram mentega 
200 gram horlicks 
80 gram kaya 
50 gram serbuk santan 
60 gram coklat masakan (dicairkan) 
1 tin susu manis 
65 gram milo 
130 gram gula halus 
340 gram tepung gandum 
1 sudu teh vanilla 
1 kotak coklat Cadbury Dairy Milk 
sedikit browning (saya tak letak) 
pewarna kuning 
Cara-cara Membuatnya: 
1. Mentega dan gula dipukul sampai putih. Masukkan telur satu persatu sampai habis, 
gaul rata. 
2. Masukkan susu, horlick, kaya, santan, tepung dan vanilla, gaul sebati. 
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.(i) Warnakan kuning - bahagikan kepada dua 
bahagian untuk lapisan bawah dan lapisan atas. (ii) Campurkan milo, browning dan 
coklat masakan. 
4. Bakar selapis-selapis adunan kuning, pada lapisan ketiga, susun coklat cadbury. 
Kemudian bakar lagi selapis-selapis hingga habis adunan kuning pertama. 
5. Kemudian, bakar pula bahagian coklat berlapis-lapis hingga habis adunan coklat. 
6. Bila da masak, bakar pula berlapis-lapis bahagian kuning yang kedua seperti adunan 
pertama tadi. Kiranya adunan kuning ni jadi pengapit adunan coklat 
Kek lapis impian kasih 
Bahan-Bahan: 
500 gm mentega 
150 gm gula kastor 
1 sudu besar ovellette 
10 biji telur saiz besar 
1 tin susu pekat manis 
260 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks 
5 sudu besar jem buah-buahan campuran 
1 sudu teh pewarna coklat 
1 sudu besar chocolate paste 
1 sudu teh coffee emulco 
1/2 sudu teh pewarna oren (light sahaja untuk bagi kesan pic) 
1 sudu besar perisa pic 
1/2 sudu teh pewarna kuning telur (light sahaja untuk bagi kesan gold) 
1 sudu besar perisa nenas 
Sedikit manik urai, coklat rice atau bijian manik untuk hiasan (ikut citarasa) 
Cara-cara Membuatnya: 
1. Panaskan oven pada suhu 175-200'C ikut oven masing-masing. Griskan dasar loyang 
dengan sedikit mentega dan alaskan dengan baking paper. 
2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji 
dan terus pukul. 
3. Masukkan pula susu pekat manis dan ovelete, lalu dipukul dengan speed perlahan. 
4. Masukkan jem dan pukul lagi hingga bergaul rata. 
5. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang 
rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. [1] Diletakkan pewarna coklat, chocolate paste 
dan coffee emulco. [2] Diletakkan pewarna oren dan perisa pic. [3] Diletakkan 
pewarna kuning dan perisa nenas. 
7. Mulakan proses membakar. Lapisan pertama bakar adunan coklat dengan api atas dan 
bawah hingga masak (nampak sedikit keperangan, tapi agak sukar nak tengok sebab 
kaler coklat kan, jadi berusahalah!). Bila dah masak, tukar api atas sahaja. Kemudian 
bakar sampai habis adunan coklat selapis demi selapis, diikuti adunan pic dan akhir 
sekali adunan kuning sampai habis. 
8. Untuk lapisan terakhir, sebelum dibakar, tuliskan dahulu di atas lapisan tersebut 
dengan menggunakan piping bag yang digunting halus di hujungnya. Gunakan baki 
adunan coklat tadi untuk menulis. Kemudian hias ikut suka. Baru dibakar hingga 
keperangan sedikit, selepas itu tukar api atas dan bawah selama 10 minit lagi pada 
suhu 150'C. 
Kek Lapis Sakura 
Bahan-bahan: 
10 biji telur ayam gred A 
500 gram mentega 
200 gram gula halus/kastor 
300 gram susu pekat manis 
1 sudu besar ovallate 
1 sudu teh esen vanilla 
250 gram tepung Hong Kong 
100 gram Horlicks 
2 bungkus hawflakes 
strawberry chips secukupnya 
Cara-cara membuatnya: 
1. Pukul mentega dengan gula sampai putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi 
hingga kembang dan sebati. 
2. Masukkan esen vanilla dan ovallate. Gaul rata dan masukkan susu pekat manis. Pukul 
dengan kelajuan perlahan hingga adunan sebati. 
3. Masukkan tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dengan 
kelajuan paling rendah hingga adunan bergaul sebati. 
Cara-cara membakar: 
1. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. 
2. Panaskan oven pada suhu 175 - 200 'C mengikut kepanasan oven masing-masing.
3. Bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan pertama dengan menggunakan api atas dan 
bawah. Bila dah keperangan, bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan kedua dengan 
menggunakan api atas sahaja. Bakar hingga 4 lapisan, kemudian cucukkan asam 
hawflakes secara menyerong/menegak seperti sisik ikan pada satu arah sahaja (ingat 
arah cucukan asam hawflakes ini atau untuk lebih mudah, buatkan tanda pada 
loyang). 
4. Selepas habis mencucuk, lapiskan dengan 5 sudu makan adunan lagi dan masukkan 
ke dalam oven. Buat sampai 3 lapis dengan setiap lapisan ditabur strawberry chips. 
5. Selepas itu, cucukkan pula asam hawflakes ke arah yang bertentangan dengan yang 
asal, untuk membentuk ranting. 
6. Ulang langkah 4 dan 5 sampai habis adunan. 
7. Untuk lapisan terakhir, bila dah keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150 
'C dan bakar lagi selama 10 minit. 
KEK LAPIS LADY GAGA 
(resepi: kelas belajar kek lapis) 
Bahan A: 
15 biji kuning telur 
5 biji putih telur 
200 gm gula halus 
230 gm tepung hong kong 
1 sudu mkn oveallte 
1 sudu kecil baking powder 
Bahan B: 
480 gm buttercup 
1 tin kecil kaya 
½ tin susu pekat manis 
Bahan C: 
50 gm serbuk coklat
500 gm biskut tunjuk 
Pewarna merah/pink 
Perasa coklat 
Cara Membuatnya: 
Pukul bahan A hingga kembang. Dalam bekas lain, pukul pula bahan B hingga 
kembang juga. Satukan bahan A dan bahan B gaul rata. 
Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk 
coklat dan paste coklat, ini untuk bahagian bawah dan atas. 
Satu bahagian lagi masukkan warna merah/pink, ini untuk lapisan tengah kek. 
Bakar warna coklat selapis selapis, sebanyak 5 lapis. Kemudian masukkan 
warna merah, susun biskut tunjuk, bakar hingga masak, masukkan warna merah 
lg dan susun biskut lagi, buatlah proses ini hingga adunan merah habis. Bakar 
dan lapis lagi warna coklat sampai habis. Bila dah masak…tunggu sejuk dulu 
baru boleh dipotong. 
KEK LAPIS TEMBIKAI KUNING 
Bahan 
16 oz mentega 
10 biji telur 
1 ½ gelas gula halus 
1 tin susu manis 
1 botol kecil horlicks (200g) 
1 tin kecil kaya 
3 gelas tepung hong kong 
1 sudu teh esen vanilla 
Chocolate chip dijadikan biji 
Warna hijau – pandan paste 
Warna merah – perisa strawberry 
Warna kuning untuk kek tembikai kuning
Cara 
Pukul mentega dan gula sampai kembang, setelah itu masuk telur satu persatu, 
pukul sampai putih, masuk susu, kaya, horlicks, tepung hong kong, esen vanilla 
dan baking powder, gaul rata dan sebati. 
Ambil 4 senduk dan warnakan hijau (pandan paste), 4 senduk warna asal dan 
selebihnya warna merah (perisa strawberry). 
Bakar warna hijau dulu, lepas itu warna asal, akhir sekali warna merah dan 
masukkan chocolate chip. Bakar berlapis-lapis. 
Suhu 150C, lapisan pertama api atas bawah, lapisan kedua hingga habis api atas 
sahaja. Setiap lapisan 5 minit. 
*Kek tembikai kuning ini boleh dijadikan kek tembikai merah juga, cuma 
gantikan warna kuning kepada warna merah berperisa strawberry.

More Related Content

What's hot

Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28Sal Lie
 
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29Sal Lie
 
Recipe collection 11
Recipe collection 11Recipe collection 11
Recipe collection 11Sal Lie
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36Sal Lie
 
100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih12kal
 
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22Sal Lie
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38Sal Lie
 
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemulaMohammadRohmanZ
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40Sal Lie
 
Cara buat dadar gulung
Cara buat dadar gulungCara buat dadar gulung
Cara buat dadar gulungarifrahman01
 
Resep & cara membuat kue kering
Resep & cara membuat kue keringResep & cara membuat kue kering
Resep & cara membuat kue keringImam Triyoga
 
Resipi
ResipiResipi
ResipiAh Zi
 

What's hot (18)

Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28
 
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29
 
Recipe collection 11
Recipe collection 11Recipe collection 11
Recipe collection 11
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
 
Kek perigi biru
Kek perigi biruKek perigi biru
Kek perigi biru
 
100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih
 
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38
 
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
 
Resep kue kkkkk
Resep kue kkkkkResep kue kkkkk
Resep kue kkkkk
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
Biskut raya
Biskut rayaBiskut raya
Biskut raya
 
Cara buat dadar gulung
Cara buat dadar gulungCara buat dadar gulung
Cara buat dadar gulung
 
Resep & cara membuat kue kering
Resep & cara membuat kue keringResep & cara membuat kue kering
Resep & cara membuat kue kering
 
Resep kue
Resep kueResep kue
Resep kue
 
Resipi
ResipiResipi
Resipi
 
Kue dll
Kue dllKue dll
Kue dll
 
Resep
ResepResep
Resep
 

Similar to Resepi kek minyak (18)

Kek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdutKek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdut
 
Bahan rainbow cake
Bahan rainbow cakeBahan rainbow cake
Bahan rainbow cake
 
Barung cokelat
Barung cokelatBarung cokelat
Barung cokelat
 
resep masakan
resep masakan resep masakan
resep masakan
 
Resipi
ResipiResipi
Resipi
 
Resep kue PasTah
Resep kue PasTahResep kue PasTah
Resep kue PasTah
 
Bahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya xBahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya x
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATANKUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
 
Asri maya alfajrin
Asri maya alfajrinAsri maya alfajrin
Asri maya alfajrin
 
Resep kue
Resep kueResep kue
Resep kue
 
Resep resep masakan
Resep resep masakanResep resep masakan
Resep resep masakan
 
150 gr terigu
150 gr terigu150 gr terigu
150 gr terigu
 
Wiwi n nano
Wiwi n nanoWiwi n nano
Wiwi n nano
 
Bahan i roti boy
Bahan i roti boyBahan i roti boy
Bahan i roti boy
 
Resep pancake
Resep pancakeResep pancake
Resep pancake
 
Red velvet cake
Red velvet cakeRed velvet cake
Red velvet cake
 
Sidang merancang
Sidang merancangSidang merancang
Sidang merancang
 

More from taliafaridah

More from taliafaridah (11)

Latihan sains praktikum 2
Latihan sains praktikum 2Latihan sains praktikum 2
Latihan sains praktikum 2
 
Faktor
FaktorFaktor
Faktor
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Faktor
FaktorFaktor
Faktor
 
Faktor
FaktorFaktor
Faktor
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Kursus dalaman
Kursus dalamanKursus dalaman
Kursus dalaman
 
Faktor
FaktorFaktor
Faktor
 
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
 

Resepi kek minyak

  • 1. Resepi Kek Minyak KEK MINYAK 5 biji telur 1/2 cawan gula halus 2 cawan tepung gandum 1 camca teh baking powder. 1 cawan susu pekat 1 sudu besar ovallate 1 cawan minyak masak 1 sudu teh esen vanila pewarna Cara-cara 1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang. 2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. 3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. 5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna. 6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.
  • 2. Kek Lapis Keju Masam Manis Bahan-bahan: 250 gram Philadelphia Cream Cheese - suhu bilik 100 gram parutan Parmesan Cheese 450 gram mentega tulin 100 gram gula halus 1/2 tin susu pekat manis (200gm) 10 biji telur gred A 30 gram ovalette - 2 sudu kecil 300 gram tepung Hong Kong 100 gram Horlicks haw flakes secukupnya pewarna hijau pandan Loyang 8 x 8 x 3, dialas dan digris dasarnya. Cara-cara : 1. Pukul mentega hingga putih, kemudian masukkan gula serta ovalette. Pukul hingga sebati. 2. Masukkan cream cheese serta parutan parmesan cheese. Pukul sehingga licin dan berkrim. 3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul sehingga kembang dan pekat. 4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah. 5. Masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks. 6. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. satu bahagian di letak pewarna hijau pandan, dan satu bahagian lagi tanpa warna atau warna yang di sukai. 7. Ambil 1 senduk adunan (6 sudu besar) adunan hijau dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit hingga permukaan sedikit perang. 8. Keluarkan loyang, cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekan dengan penekan kek - lakukan pada setiap lapisan kek. 9. Susun haw flake di atas permukaan kek untuk setiap lapisan yang ketiga. 10. Ambil 1 senduk adunan tanpa warna dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit. 11. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 dan seterusnya sehingga selesai. 12. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.
  • 3. KEK OMBAK RINDU Bahan-bahan : 300 gm tepung naik sendiri 200 gm gula kastor 250 gm mentega 50 gm serbuk biskut Oreo 100 ml susu cair 5 biji telur (B) 2 tbsp susu pekat manis 1 tsp esen vanilla 1 tsp ovalette Pewarna biru, merah jambu & kuning secukupnya Loyang : 8 inci persegi, alas dengan kertas kek Cara memasak : 1. Putar mentega, gula kastor dan ovalette hingga lembut. 2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus diputar. 3. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri, esen vanilla, susu pekat dan susu cair. Gaul sebati. 4. Setelah itu, bahagikan adunan kepada tiga bahagian (3) dan letakkan pewarna biru, merah jambu dan kuning pada setiap bahagian itu. 5. Sediakan loyang berukuran 8 inci yang dilapikkan dengan kertas kek dan disapu dengan sedikit mentega. 6. Tuangkan adunan lapisan biru dan taburkan serbuk Oreo. 7. Kemudian tuangkan pula adunan lapisan merah jambu dan taburkan serbuk oreo. 8. Seterusnya tuangkan adunan lapisan kuning. Tutupkan loyang dengan kertas aluminium foil. 9. Akhir sekali, kukus kek selama 1 jam atau hingga kek masak sempurna.
  • 4. `kek lapis ombak rindu Bahan-bahan: 500 gram mentega 10 biji telur gred A 200 gram gula kastor 250 gram cream cheese (dipukul sedikit hingga lembut sebelum digunakan) 250 gram tepung gandum 1 tin kecil serikaya 1 tin susu pekat manis 1 paket santan (50 gram) 1 sudu makan ovallete pewarna kuning, hijau, biru, ungu Acuan penekan zig zag Cara-cara membuatnya: 1. Panaskan oven pada suhu 175-200 C. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper atau kertas minyak. 2. Pukul mentega, gula dan ovallete dengan kelajuan tinggi hingga putih dan berkrim. 3. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi hingga kembang. 4. Perlahankan mixer, masukkan susu, seri kaya dan cream cheese. Pukul lagi sehingga sebati, baru masukkan tepung dan gaul rata-rata. 5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, berikan warna kuning, hijau, biru dan ungu. 6. Bakar lapisan kuning sebanyak 6 sudu makan menggunakan api atas dan bawah hingga masak. Kemudian tekan dengan penekan zig zag. Bakar pula lapisan hijau sebanyak 6 sudu makan menggunakan api atas sahaja hingga masak dan keperangan. Tekan lagi dengan penekan zig zag. Ulang cara yang sama untuk lapisan biru dan ungu, buat hingga habis.
  • 5. Kek lapis red velvet Bahan-bahan: Adunan merah 250 gram mentega (saya pakai Anchor) 5 biji telur ayam gred A 235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko 2-3 sudu makan serbuk koko 175 gram gula kastor 150 gram susu pekat manis 1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g) 1 sudu teh ovallette pewarna merah Adunan Cheese 500 gram cream cheese 3 biji telur ayam gred A 120 gram gula kastor sedikit esen vanila Cara-cara membuatnya: 1. Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya. 2. Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga. 3. Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis.
  • 6. Kek lapis tentang dhia Bahan-Bahan: 10 biji telur gred A 130 gram gula kastor 500 gram mentega 1 sudu besar ovalette 300 gram susu pekat manis 50 gram jem raspberry 270 gram tepung Hong Kong 100 gram Horlicks 1 sudu teh perisa vanilla 1 sudu besar air sejuk pewarna oren dan kuning chip coklat secukupnya Cara-cara membuatnya: 1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat. 2. Kemudian, masukkan susu manis, vanilla dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan yang paling rendah sekadar untuk meratakan bahannya. 3. Sesudah itu, masukkan tepung Hong Kong dan horlicks lalu pukul lagi (dengan kelajuan yang rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Masukkan air sejuk dan kacau rata. 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna oren dan kuning. 5. Alaskan loyang 8" x 8" dengan baking paper dan sapukan mentega pada dasar dan keliling loyang. 6. Ambil 2 senduk penuh adunan oren dan bakar dalam suhu kira-kira 175-200 darjah Celsius (dengan api atas dan bawah). Bila sudah masak, ambil pula 2 senduk penuh adunan kuning, taburkan chip coklat pada lapisan kuning dan bakar lagi macam lapisan oren tadi (dengan api atas sahaja). 7. Buat berlapis-lapis hingga habis Resepi: Sunah Sakura By: Sunah Sakura Loyang: 8' x 8' (kek ni agak tinggi, boleh guna loyang 9' x 9' untuk kek yang lebih rendah)
  • 7. Bahan-bahan: Kek lapis idola azila 10 biji telur ayam 500 gram mentega 200 gram horlicks 80 gram kaya 50 gram serbuk santan 60 gram coklat masakan (dicairkan) 1 tin susu manis 65 gram milo 130 gram gula halus 340 gram tepung gandum 1 sudu teh vanilla 1 kotak coklat Cadbury Dairy Milk sedikit browning (saya tak letak) pewarna kuning Cara-cara Membuatnya: 1. Mentega dan gula dipukul sampai putih. Masukkan telur satu persatu sampai habis, gaul rata. 2. Masukkan susu, horlick, kaya, santan, tepung dan vanilla, gaul sebati. 3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.(i) Warnakan kuning - bahagikan kepada dua bahagian untuk lapisan bawah dan lapisan atas. (ii) Campurkan milo, browning dan coklat masakan. 4. Bakar selapis-selapis adunan kuning, pada lapisan ketiga, susun coklat cadbury. Kemudian bakar lagi selapis-selapis hingga habis adunan kuning pertama. 5. Kemudian, bakar pula bahagian coklat berlapis-lapis hingga habis adunan coklat. 6. Bila da masak, bakar pula berlapis-lapis bahagian kuning yang kedua seperti adunan pertama tadi. Kiranya adunan kuning ni jadi pengapit adunan coklat Kek lapis impian kasih Bahan-Bahan: 500 gm mentega 150 gm gula kastor 1 sudu besar ovellette 10 biji telur saiz besar 1 tin susu pekat manis 260 gm tepung Hong Kong
  • 8. 100 gm horlicks 5 sudu besar jem buah-buahan campuran 1 sudu teh pewarna coklat 1 sudu besar chocolate paste 1 sudu teh coffee emulco 1/2 sudu teh pewarna oren (light sahaja untuk bagi kesan pic) 1 sudu besar perisa pic 1/2 sudu teh pewarna kuning telur (light sahaja untuk bagi kesan gold) 1 sudu besar perisa nenas Sedikit manik urai, coklat rice atau bijian manik untuk hiasan (ikut citarasa) Cara-cara Membuatnya: 1. Panaskan oven pada suhu 175-200'C ikut oven masing-masing. Griskan dasar loyang dengan sedikit mentega dan alaskan dengan baking paper. 2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul. 3. Masukkan pula susu pekat manis dan ovelete, lalu dipukul dengan speed perlahan. 4. Masukkan jem dan pukul lagi hingga bergaul rata. 5. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  • 9. 6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. [1] Diletakkan pewarna coklat, chocolate paste dan coffee emulco. [2] Diletakkan pewarna oren dan perisa pic. [3] Diletakkan pewarna kuning dan perisa nenas. 7. Mulakan proses membakar. Lapisan pertama bakar adunan coklat dengan api atas dan bawah hingga masak (nampak sedikit keperangan, tapi agak sukar nak tengok sebab kaler coklat kan, jadi berusahalah!). Bila dah masak, tukar api atas sahaja. Kemudian bakar sampai habis adunan coklat selapis demi selapis, diikuti adunan pic dan akhir sekali adunan kuning sampai habis. 8. Untuk lapisan terakhir, sebelum dibakar, tuliskan dahulu di atas lapisan tersebut dengan menggunakan piping bag yang digunting halus di hujungnya. Gunakan baki adunan coklat tadi untuk menulis. Kemudian hias ikut suka. Baru dibakar hingga keperangan sedikit, selepas itu tukar api atas dan bawah selama 10 minit lagi pada suhu 150'C. Kek Lapis Sakura Bahan-bahan: 10 biji telur ayam gred A 500 gram mentega 200 gram gula halus/kastor 300 gram susu pekat manis 1 sudu besar ovallate 1 sudu teh esen vanilla 250 gram tepung Hong Kong 100 gram Horlicks 2 bungkus hawflakes strawberry chips secukupnya Cara-cara membuatnya: 1. Pukul mentega dengan gula sampai putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati. 2. Masukkan esen vanilla dan ovallate. Gaul rata dan masukkan susu pekat manis. Pukul dengan kelajuan perlahan hingga adunan sebati. 3. Masukkan tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dengan kelajuan paling rendah hingga adunan bergaul sebati. Cara-cara membakar: 1. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. 2. Panaskan oven pada suhu 175 - 200 'C mengikut kepanasan oven masing-masing.
  • 10. 3. Bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan pertama dengan menggunakan api atas dan bawah. Bila dah keperangan, bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan kedua dengan menggunakan api atas sahaja. Bakar hingga 4 lapisan, kemudian cucukkan asam hawflakes secara menyerong/menegak seperti sisik ikan pada satu arah sahaja (ingat arah cucukan asam hawflakes ini atau untuk lebih mudah, buatkan tanda pada loyang). 4. Selepas habis mencucuk, lapiskan dengan 5 sudu makan adunan lagi dan masukkan ke dalam oven. Buat sampai 3 lapis dengan setiap lapisan ditabur strawberry chips. 5. Selepas itu, cucukkan pula asam hawflakes ke arah yang bertentangan dengan yang asal, untuk membentuk ranting. 6. Ulang langkah 4 dan 5 sampai habis adunan. 7. Untuk lapisan terakhir, bila dah keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150 'C dan bakar lagi selama 10 minit. KEK LAPIS LADY GAGA (resepi: kelas belajar kek lapis) Bahan A: 15 biji kuning telur 5 biji putih telur 200 gm gula halus 230 gm tepung hong kong 1 sudu mkn oveallte 1 sudu kecil baking powder Bahan B: 480 gm buttercup 1 tin kecil kaya ½ tin susu pekat manis Bahan C: 50 gm serbuk coklat
  • 11. 500 gm biskut tunjuk Pewarna merah/pink Perasa coklat Cara Membuatnya: Pukul bahan A hingga kembang. Dalam bekas lain, pukul pula bahan B hingga kembang juga. Satukan bahan A dan bahan B gaul rata. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk coklat dan paste coklat, ini untuk bahagian bawah dan atas. Satu bahagian lagi masukkan warna merah/pink, ini untuk lapisan tengah kek. Bakar warna coklat selapis selapis, sebanyak 5 lapis. Kemudian masukkan warna merah, susun biskut tunjuk, bakar hingga masak, masukkan warna merah lg dan susun biskut lagi, buatlah proses ini hingga adunan merah habis. Bakar dan lapis lagi warna coklat sampai habis. Bila dah masak…tunggu sejuk dulu baru boleh dipotong. KEK LAPIS TEMBIKAI KUNING Bahan 16 oz mentega 10 biji telur 1 ½ gelas gula halus 1 tin susu manis 1 botol kecil horlicks (200g) 1 tin kecil kaya 3 gelas tepung hong kong 1 sudu teh esen vanilla Chocolate chip dijadikan biji Warna hijau – pandan paste Warna merah – perisa strawberry Warna kuning untuk kek tembikai kuning
  • 12. Cara Pukul mentega dan gula sampai kembang, setelah itu masuk telur satu persatu, pukul sampai putih, masuk susu, kaya, horlicks, tepung hong kong, esen vanilla dan baking powder, gaul rata dan sebati. Ambil 4 senduk dan warnakan hijau (pandan paste), 4 senduk warna asal dan selebihnya warna merah (perisa strawberry). Bakar warna hijau dulu, lepas itu warna asal, akhir sekali warna merah dan masukkan chocolate chip. Bakar berlapis-lapis. Suhu 150C, lapisan pertama api atas bawah, lapisan kedua hingga habis api atas sahaja. Setiap lapisan 5 minit. *Kek tembikai kuning ini boleh dijadikan kek tembikai merah juga, cuma gantikan warna kuning kepada warna merah berperisa strawberry.