SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
Resepi Pelbagai Apam
&RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
1
Resepi
Pilihan
Conney
Apam Kukus
Hits: 13363 Rating: 4.66 Review: 1
Bahan-Bahan: 3 biji telur
1 ½ cawan gula
2 cawan tepung gandum ¾ cawan air suam
1 camca besar baking powder Cara: Pukul telur bersama gula hingga
kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak
bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika
suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga
masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan
garam.
------------------
Apam Polkadot
Kiriman: fyra syuhada
Hits: 0 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan: -3biji telur
-275gm tepung gandum
-220gm gula halus
-150ml susu segar -3sudu teh baking powder
-1sudu kecil ovalatte
-1sudu kecil esen vanilla
-filling (blueberry@apa2 ikut citarasa)
-pewarna Cara: 1-masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul
smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang
2-masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul
Resepi Pelbagai Apam
RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
2
Resepi
Pilihan
Conney
hingga kembang selama 6-8 minit.
3-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
4-masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam
mangkuk kertas.
5-letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga
3/4 penuh.
6-kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
7-kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana. Cadangan
Hidangan: untuk hidangan minum petang dan majlis2 keramaian.
Tambahan: 1-letakkan papercup dalam acuan lompang supaya tidak
lembik.
2-bahan untuk 50biji papercup medium.
------------------
Apam Marmar
Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
y 250 g tepung berserbuk penaik
y 200 ml santan
y 200 g gula halus
y 2 biji telur Gred A
y 1 camca teh vanila esen
y 1 camca makan ovallate
y Secubit garam
y Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan
pewarna.
Resepi Pelbagai Apam
RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
3
Resepi
Pilihan
Conney
2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra.
Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan
pekat.
3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu
lagi warna merah.
4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan
hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada
atasnya.
5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus
atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari
acuan. Biar sejuk baru dipotong.
------------------
Apam Gula Merah
Sumber: Majalah Wanita Mac 2000
Hits: 4520 Rating: 1.50 Review: 1
Bahan-Bahan: 500 gm tepung gandum
Sebesar ibu jari yis basah
½ cawan gula merah, dimasak dan tapis ½ cawan gula pasir
4 cawan air Cara: Bancuh yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan
kedua-dua jenis gula dan kacau sebati. Masukkan tepung dan kacau
rata supaya tepung tidak berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambah
sedikit lagi air. Tutup bekas dan biar selama sejam. Adunan akan naik
tiga kali ganda. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam
kukusan. Tuang adunan dan kukus hingga masak. Sedap dimakan
bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam.
Resepi Pelbagai Apam
RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
4
Resepi
Pilihan
Conney
------------------
Apam Susu
Kiriman: Zenath
Hits: 270 Rating: 10.00 Review: 0
Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum
1 cawan air
4 sudu susu pekat manis (ikut manis yang dikehendaki)
1 biji telur
garam secukup rasa
mentega untuk menggoreng Cara: Gaulkan tepung gandum bersama air
sehingga sebati. Pastikan tepung cair ala-ala tepung tosei. Masukkan
telur, susu dan garam. Gaul hingga sebati.
Panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega. Goreng dengan menuang
sedikit adunan ke dalam kuali dan leperkan dengan menggunakan
senduk seperti ala-ala tosei jugak. Cadangan Hidangan: Sedap di makan
semasa masih panas atau sejuk.
------------------
Apam Koko
Kiriman: ASRA AIDA
Sumber: KELUARGA
Hits: 204 Rating: 0.00 Review: 0
Resepi Pelbagai Apam
RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
5
Resepi
Pilihan
Conney
Bahan-Bahan: 6 biji telur ayam
1 ½ cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
1 canca teh esen vanila
1 sudu makan soda bicabonat
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
Cara: cara-caranya
(1) pukul telur dengan gula sampai kembang
(2)masuk susu,minyak masak,air panas  esen vanila
(3)masuk tepung,serbuk koko,soda bicabonat pukul sampai sebati
Tambahan: p/s ayak tepung,serbuk koko  soda bicabonat.
sebelum adunan di kukus acuan hendak lah
di sapu dengan sedikit minyak
------------------
Apam Jagung Kukus
Kiriman: Rohani Minra
Hits: 557 Rating: 4.50 Review: 0
Bahan-Bahan: Bahan A
½ tin jagung manis dalam tin
1 cawan gula
Resepi Pelbagai Apam
RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
6
Resepi
Pilihan
Conney
6 biji telur
1 cawan majerin
1 sudu teh bikarbonat
sedikit air
Bahan B
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder. Cara: 1. Adun semua bahan A sehingga
sebati dengan menggunakan mesin pengisar.
2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian
kukus sehingga masak selama 15-20 minit. Cadangan Hidangan: jagung
dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang
atau apa saja perisa yang disukai.
------------------
Apam Halus Gebu
Sumber: Majalah Wanita Disember 1997
Hits: 5807 Rating: 8.00 Review: 1
Bahan-Bahan: 3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan aiskrim soda
3 biji telur gred B 1 sudu besar Quick 75
1 sudu teh esen ros
Sedikit pewarna merah
Mangkuk kertas secukupnya Cara: Pukul kesemua bahan sehingga putih
Resepi Pelbagai Apam
RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
7
Resepi
Pilihan
Conney
dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai.
Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus
selama 10 minit.
------------------
Apam Seri Ayu
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau
Hits: 9095 Rating: 6.84 Review: 0
Bahan-Bahan: 3 biji telur
½ cawan santan atau susu
½ camca kecil soda bikarbonat
¼ cawan susu
Sedikit garam
Sedikit tepung 2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
½ camca kecil ovallete (jika ada)
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa Cara: Telur dimesin bersama gula hingga kembang.
Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin
hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa
yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan
adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.
Resepi Pelbagai Apam
RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
8
Resepi
Pilihan
Conney
------------------
Kuih Apam (I)
Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977
Hits: 2233 Rating: 2.50 Review: 0
Bahan-Bahan: 5 biji telur
125 gm gula halus
1 tin susu sejat cair
1 cawan esen vanila/esen Ros
250 gm tepung gandum, diayak 1 sudu gula
Pelbagai bahan perwarna makanan
2 cawan ibu apam atau 1 cawan susu
2 sudu besar ragi kering, digaul  biarkan ia naik Cara: Pukul telur 
gula hingga pekat. Campurkan esen secara berselang-selang, masukkan
tepung yang telah di ayak  susu sejat cair. Masukkan ibu apam atau
adunan penaik. Betulkan kekentalan adunan dengan sedikit air panas
jika terlalu pekat, atau dengan tepung jika terlalu cair. Bahagikan
adunan kepada tiga bahagian dengan warna yang berlainan. Ketepikan
dengan bertutup selama 3-4 minit. Tuangkan satu bahagian berwarna
dalam sebuah pinggan yang rata bawahnya atau periuk dan tunggu
hingga ia kembang dengan sama rata. Buat begitu kepada dua bahagian
yang lain. Kukus hingga adunan itu naik  masak. Biarkan sejuk.
Hidangkan setelah dipotong-potong.
------------------
Resepi Pelbagai Apam
RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
9
Resepi
Pilihan
Conney
Kuih Apam (II)
Sumber: Majalah Jelita Januari 1997
Hits: 1404 Rating: 2.00 Review: 0
Bahan-Bahan: 250 g gula pasir
500 ml air tapai
600 g tepung beras 500 ml air
Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
½ biji kelapa parut, ambil bahagian putih dan gaul dengan sedikit garam
Cara: Satukan tepung beras bersama gula pasir dan air tapai di dalam
mangkuk, kacau hingga ia sebati. Masukkan air, gaul dan tapis ke dalam
mangkuk lain. Perap ia, 4 jam. Sediakan pengukus dan atur cawan kecil
di dalamnya. Panaskan ia dahulu. Bahagikan bancuhan kepada tiga
bahagian, bubuh pewarna. Tuang adunan berlainan warna ke dalam
acuan kecil. Buat hingga habis bancuhan. Kukus ia, 15 minit. Biar ia
sejuk. Keluarkan kuih apam dari acuan dan hidang bersama kelapa
parut.
------------------
Apam Tepung Beras
Sumber: Majalah Perempuan Mac 1997
Hits: 7749 Rating: 5.67 Review: 1
Bahan-Bahan: 600 gm tepung beras
yis secukupnya
air sejuk
2 cawan gula pasir pewarna merah
1 biji kelapa
Resepi Pelbagai Apam
RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
10
Resepi
Pilihan
Conney
acuan apam Cara: Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung
beras dan yis. Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah.
Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak.
Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan
kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
------------------
Apam Siam Sedap
Kiriman: Norhani Ahmad
Hits: 138 Rating: 4.00 Review: 0
Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum
5 biji telur ayam
1 cawan gula castor
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bicarbonat
secubit vanilin
Cara: - Pukul telur dan gula sampai kembang.
- Ayak tepung bersama baking powder, soda bicarbonat dan vanilin.
Masukkan dlm adunan telur dan gaul sebati.
- Kukus selama 1 jam.
Cadangan Hidangan: sedap di makan panas2. Selamat mencuba!!
------------------
Resepi Pelbagai Apam
RQQ'D*UHDW·V$UW	'HVLJQ
11
Resepi
Pilihan
Conney
Apam Mentega
Kiriman: Kak Ngah
Sumber: Adik Ipar
Hits: 24 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan: Bahan-bahannya:
3 biji telur
250 gram mentega
1 cawan gula 1 cawan gula hangus dicampurkan dengan 1 cawan air
panas
3 cawan tepung naik sendiri
1 tin susu cair
1 sudu teh vanila. Cara: Cara-caranya,
1.Hanguskan gula (jangan sampai pahit lak) dan masuk air panas dan
ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula (gula castor boleh gak) hingga kembang.
3.Setelah itu masukan telur satu persatu dan pukul , kemudian
masukan vanila,susu
cair,gula hangus serta tepung dan kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali kukus selama 20 minit dengan menggunakan acuan
kesukaan setelah disapukan
dengan sedikit mentega.
5.Setelah masak bolehlah dihidangkan dan sangat sesuai untuk juadah
minum petang.
Tambahan: Sesuai dihidangkan waktu minum petang
------------------

More Related Content

What's hot

Recipe collection 20
Recipe collection 20Recipe collection 20
Recipe collection 20Sal Lie
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40Sal Lie
 
Kek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamelKek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamellizaahmadazaari
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38Sal Lie
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36Sal Lie
 
Resipi
ResipiResipi
ResipiAh Zi
 
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATANKUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATANNesha Mutiara
 
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemulaMohammadRohmanZ
 
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22Sal Lie
 

What's hot (18)

Resepi kek
Resepi kekResepi kek
Resepi kek
 
Recipe collection 20
Recipe collection 20Recipe collection 20
Recipe collection 20
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
Kek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamelKek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamel
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38
 
Biskut raya
Biskut rayaBiskut raya
Biskut raya
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
 
Resipi
ResipiResipi
Resipi
 
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATANKUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
 
Kek perigi biru
Kek perigi biruKek perigi biru
Kek perigi biru
 
Resipi
ResipiResipi
Resipi
 
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
 
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22
 
Resep kue
Resep kueResep kue
Resep kue
 
Resep Kue Brownies
Resep Kue BrowniesResep Kue Brownies
Resep Kue Brownies
 
Kue dll
Kue dllKue dll
Kue dll
 
Resep
ResepResep
Resep
 
Puding
PudingPuding
Puding
 

Viewers also liked

Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1Sal Lie
 
Recipe collection 24
Recipe collection 24Recipe collection 24
Recipe collection 24Sal Lie
 
Recipe collection 10
Recipe collection 10Recipe collection 10
Recipe collection 10Sal Lie
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5Sal Lie
 
Recipe collection 37
Recipe collection 37Recipe collection 37
Recipe collection 37Sal Lie
 
Recipe collection 21
Recipe collection 21Recipe collection 21
Recipe collection 21Sal Lie
 
Recipe collection 18
Recipe collection 18Recipe collection 18
Recipe collection 18Sal Lie
 
Recipe collection 32
Recipe collection 32Recipe collection 32
Recipe collection 32Sal Lie
 
Recipe collection 12
Recipe collection 12Recipe collection 12
Recipe collection 12Sal Lie
 
Recipe collection 7
Recipe collection 7Recipe collection 7
Recipe collection 7Sal Lie
 
Recipe collection 23
Recipe collection 23Recipe collection 23
Recipe collection 23Sal Lie
 
Recipe collection 13
Recipe collection 13Recipe collection 13
Recipe collection 13Sal Lie
 
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4Sal Lie
 
Recipe collection 3
Recipe collection 3Recipe collection 3
Recipe collection 3Sal Lie
 
Recipe collection 69
Recipe collection 69Recipe collection 69
Recipe collection 69Sal Lie
 
Line Cook 240
Line Cook 240Line Cook 240
Line Cook 240YPIC
 
Recipe collection 31
Recipe collection 31Recipe collection 31
Recipe collection 31Sal Lie
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30Sal Lie
 
Recipe collection 14
Recipe collection 14Recipe collection 14
Recipe collection 14Sal Lie
 

Viewers also liked (20)

Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1
 
Recipe collection 24
Recipe collection 24Recipe collection 24
Recipe collection 24
 
Recipe collection 10
Recipe collection 10Recipe collection 10
Recipe collection 10
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5
 
Recipe collection 37
Recipe collection 37Recipe collection 37
Recipe collection 37
 
Recipe collection 21
Recipe collection 21Recipe collection 21
Recipe collection 21
 
Recipe collection 18
Recipe collection 18Recipe collection 18
Recipe collection 18
 
Recipe collection 32
Recipe collection 32Recipe collection 32
Recipe collection 32
 
Recipe collection 12
Recipe collection 12Recipe collection 12
Recipe collection 12
 
Recipe collection 7
Recipe collection 7Recipe collection 7
Recipe collection 7
 
Recipe collection 23
Recipe collection 23Recipe collection 23
Recipe collection 23
 
Recipe collection 13
Recipe collection 13Recipe collection 13
Recipe collection 13
 
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4
 
Recipe collection 3
Recipe collection 3Recipe collection 3
Recipe collection 3
 
Recipe collection 69
Recipe collection 69Recipe collection 69
Recipe collection 69
 
Line Cook 240
Line Cook 240Line Cook 240
Line Cook 240
 
Recipe collection 31
Recipe collection 31Recipe collection 31
Recipe collection 31
 
Resepi BBQ dan Grill
Resepi BBQ dan GrillResepi BBQ dan Grill
Resepi BBQ dan Grill
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30
 
Recipe collection 14
Recipe collection 14Recipe collection 14
Recipe collection 14
 

Similar to APAM RESEPI

Similar to APAM RESEPI (19)

Kuih muih
Kuih muihKuih muih
Kuih muih
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
Koleksi Resepi Kuih Muih.pdf
Koleksi Resepi Kuih Muih.pdfKoleksi Resepi Kuih Muih.pdf
Koleksi Resepi Kuih Muih.pdf
 
Asri maya alfajrin
Asri maya alfajrinAsri maya alfajrin
Asri maya alfajrin
 
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33
 
Resep pancake
Resep pancakeResep pancake
Resep pancake
 
Recipe collection 19
Recipe collection 19Recipe collection 19
Recipe collection 19
 
Bahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya xBahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya x
 
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27
 
Cara membuat puding
Cara membuat pudingCara membuat puding
Cara membuat puding
 
Apam dot dot
Apam dot dotApam dot dot
Apam dot dot
 
Resep kue apem kukus
Resep kue apem kukusResep kue apem kukus
Resep kue apem kukus
 
Cekodok Pisang.docx
Cekodok Pisang.docxCekodok Pisang.docx
Cekodok Pisang.docx
 
Resep kue kering
Resep kue keringResep kue kering
Resep kue kering
 
Bahan i roti boy
Bahan i roti boyBahan i roti boy
Bahan i roti boy
 
Cara buat dadar gulung
Cara buat dadar gulungCara buat dadar gulung
Cara buat dadar gulung
 
Resep dadar gulung pisang
Resep dadar gulung pisangResep dadar gulung pisang
Resep dadar gulung pisang
 
Resep tahu dan puding
Resep tahu dan pudingResep tahu dan puding
Resep tahu dan puding
 
Kuih siput rangup
Kuih siput rangupKuih siput rangup
Kuih siput rangup
 

More from Sal Lie

Recipe collection 93
Recipe collection 93Recipe collection 93
Recipe collection 93Sal Lie
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57Sal Lie
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56Sal Lie
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55Sal Lie
 
Recipe collection 54
Recipe collection 54Recipe collection 54
Recipe collection 54Sal Lie
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52Sal Lie
 
Recipe collection 50
Recipe collection 50Recipe collection 50
Recipe collection 50Sal Lie
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49Sal Lie
 
Recipe collection 47
Recipe collection 47Recipe collection 47
Recipe collection 47Sal Lie
 
Recipe collection 43
Recipe collection 43Recipe collection 43
Recipe collection 43Sal Lie
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39Sal Lie
 
Recipe collection 35
Recipe collection 35Recipe collection 35
Recipe collection 35Sal Lie
 
Recipe collection 34
Recipe collection 34Recipe collection 34
Recipe collection 34Sal Lie
 
Recipe collection 26
Recipe collection 26Recipe collection 26
Recipe collection 26Sal Lie
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25Sal Lie
 

More from Sal Lie (15)

Recipe collection 93
Recipe collection 93Recipe collection 93
Recipe collection 93
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55
 
Recipe collection 54
Recipe collection 54Recipe collection 54
Recipe collection 54
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52
 
Recipe collection 50
Recipe collection 50Recipe collection 50
Recipe collection 50
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49
 
Recipe collection 47
Recipe collection 47Recipe collection 47
Recipe collection 47
 
Recipe collection 43
Recipe collection 43Recipe collection 43
Recipe collection 43
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39
 
Recipe collection 35
Recipe collection 35Recipe collection 35
Recipe collection 35
 
Recipe collection 34
Recipe collection 34Recipe collection 34
Recipe collection 34
 
Recipe collection 26
Recipe collection 26Recipe collection 26
Recipe collection 26
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25
 

APAM RESEPI

  • 1. Resepi Pelbagai Apam &RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 1 Resepi Pilihan Conney Apam Kukus Hits: 13363 Rating: 4.66 Review: 1 Bahan-Bahan: 3 biji telur 1 ½ cawan gula 2 cawan tepung gandum ¾ cawan air suam 1 camca besar baking powder Cara: Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam. ------------------ Apam Polkadot Kiriman: fyra syuhada Hits: 0 Rating: 0.00 Review: 0 Bahan-Bahan: -3biji telur -275gm tepung gandum -220gm gula halus -150ml susu segar -3sudu teh baking powder -1sudu kecil ovalatte -1sudu kecil esen vanilla -filling (blueberry@apa2 ikut citarasa) -pewarna Cara: 1-masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang 2-masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul
  • 2. Resepi Pelbagai Apam RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 2 Resepi Pilihan Conney hingga kembang selama 6-8 minit. 3-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. 4-masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam mangkuk kertas. 5-letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh. 6-kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan. 7-kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana. Cadangan Hidangan: untuk hidangan minum petang dan majlis2 keramaian. Tambahan: 1-letakkan papercup dalam acuan lompang supaya tidak lembik. 2-bahan untuk 50biji papercup medium. ------------------ Apam Marmar Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci ) y 250 g tepung berserbuk penaik y 200 ml santan y 200 g gula halus y 2 biji telur Gred A y 1 camca teh vanila esen y 1 camca makan ovallate y Secubit garam y Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2) Cara-cara 1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  • 3. Resepi Pelbagai Apam RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 3 Resepi Pilihan Conney 2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. 3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah. 4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya. 5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong. ------------------ Apam Gula Merah Sumber: Majalah Wanita Mac 2000 Hits: 4520 Rating: 1.50 Review: 1 Bahan-Bahan: 500 gm tepung gandum Sebesar ibu jari yis basah ½ cawan gula merah, dimasak dan tapis ½ cawan gula pasir 4 cawan air Cara: Bancuh yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau sebati. Masukkan tepung dan kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air. Tutup bekas dan biar selama sejam. Adunan akan naik tiga kali ganda. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam kukusan. Tuang adunan dan kukus hingga masak. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam.
  • 4. Resepi Pelbagai Apam RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 4 Resepi Pilihan Conney ------------------ Apam Susu Kiriman: Zenath Hits: 270 Rating: 10.00 Review: 0 Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum 1 cawan air 4 sudu susu pekat manis (ikut manis yang dikehendaki) 1 biji telur garam secukup rasa mentega untuk menggoreng Cara: Gaulkan tepung gandum bersama air sehingga sebati. Pastikan tepung cair ala-ala tepung tosei. Masukkan telur, susu dan garam. Gaul hingga sebati. Panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega. Goreng dengan menuang sedikit adunan ke dalam kuali dan leperkan dengan menggunakan senduk seperti ala-ala tosei jugak. Cadangan Hidangan: Sedap di makan semasa masih panas atau sejuk. ------------------ Apam Koko Kiriman: ASRA AIDA Sumber: KELUARGA Hits: 204 Rating: 0.00 Review: 0
  • 5. Resepi Pelbagai Apam RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 5 Resepi Pilihan Conney Bahan-Bahan: 6 biji telur ayam 1 ½ cawan gula halus 3 cawan tepung gandum 1 canca teh esen vanila 1 sudu makan soda bicabonat 1 cawan minyak masak 1 cawan air panas 1 cawan serbuk koko 1 cawan minyak masak Cara: cara-caranya (1) pukul telur dengan gula sampai kembang (2)masuk susu,minyak masak,air panas esen vanila (3)masuk tepung,serbuk koko,soda bicabonat pukul sampai sebati Tambahan: p/s ayak tepung,serbuk koko soda bicabonat. sebelum adunan di kukus acuan hendak lah di sapu dengan sedikit minyak ------------------ Apam Jagung Kukus Kiriman: Rohani Minra Hits: 557 Rating: 4.50 Review: 0 Bahan-Bahan: Bahan A ½ tin jagung manis dalam tin 1 cawan gula
  • 6. Resepi Pelbagai Apam RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 6 Resepi Pilihan Conney 6 biji telur 1 cawan majerin 1 sudu teh bikarbonat sedikit air Bahan B 3 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder. Cara: 1. Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar. 2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati. 3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit. Cadangan Hidangan: jagung dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang atau apa saja perisa yang disukai. ------------------ Apam Halus Gebu Sumber: Majalah Wanita Disember 1997 Hits: 5807 Rating: 8.00 Review: 1 Bahan-Bahan: 3 cawan tepung gandum 1 cawan gula kastor 1 cawan aiskrim soda 3 biji telur gred B 1 sudu besar Quick 75 1 sudu teh esen ros Sedikit pewarna merah Mangkuk kertas secukupnya Cara: Pukul kesemua bahan sehingga putih
  • 7. Resepi Pelbagai Apam RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 7 Resepi Pilihan Conney dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai. Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit. ------------------ Apam Seri Ayu Sumber: Buku Resipi Selera Perantau Hits: 9095 Rating: 6.84 Review: 0 Bahan-Bahan: 3 biji telur ½ cawan santan atau susu ½ camca kecil soda bikarbonat ¼ cawan susu Sedikit garam Sedikit tepung 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula ½ camca kecil ovallete (jika ada) 1 cawan kelapa parut Garam secukup rasa Cara: Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.
  • 8. Resepi Pelbagai Apam RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 8 Resepi Pilihan Conney ------------------ Kuih Apam (I) Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977 Hits: 2233 Rating: 2.50 Review: 0 Bahan-Bahan: 5 biji telur 125 gm gula halus 1 tin susu sejat cair 1 cawan esen vanila/esen Ros 250 gm tepung gandum, diayak 1 sudu gula Pelbagai bahan perwarna makanan 2 cawan ibu apam atau 1 cawan susu 2 sudu besar ragi kering, digaul biarkan ia naik Cara: Pukul telur gula hingga pekat. Campurkan esen secara berselang-selang, masukkan tepung yang telah di ayak susu sejat cair. Masukkan ibu apam atau adunan penaik. Betulkan kekentalan adunan dengan sedikit air panas jika terlalu pekat, atau dengan tepung jika terlalu cair. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dengan warna yang berlainan. Ketepikan dengan bertutup selama 3-4 minit. Tuangkan satu bahagian berwarna dalam sebuah pinggan yang rata bawahnya atau periuk dan tunggu hingga ia kembang dengan sama rata. Buat begitu kepada dua bahagian yang lain. Kukus hingga adunan itu naik masak. Biarkan sejuk. Hidangkan setelah dipotong-potong. ------------------
  • 9. Resepi Pelbagai Apam RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 9 Resepi Pilihan Conney Kuih Apam (II) Sumber: Majalah Jelita Januari 1997 Hits: 1404 Rating: 2.00 Review: 0 Bahan-Bahan: 250 g gula pasir 500 ml air tapai 600 g tepung beras 500 ml air Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning ½ biji kelapa parut, ambil bahagian putih dan gaul dengan sedikit garam Cara: Satukan tepung beras bersama gula pasir dan air tapai di dalam mangkuk, kacau hingga ia sebati. Masukkan air, gaul dan tapis ke dalam mangkuk lain. Perap ia, 4 jam. Sediakan pengukus dan atur cawan kecil di dalamnya. Panaskan ia dahulu. Bahagikan bancuhan kepada tiga bahagian, bubuh pewarna. Tuang adunan berlainan warna ke dalam acuan kecil. Buat hingga habis bancuhan. Kukus ia, 15 minit. Biar ia sejuk. Keluarkan kuih apam dari acuan dan hidang bersama kelapa parut. ------------------ Apam Tepung Beras Sumber: Majalah Perempuan Mac 1997 Hits: 7749 Rating: 5.67 Review: 1 Bahan-Bahan: 600 gm tepung beras yis secukupnya air sejuk 2 cawan gula pasir pewarna merah 1 biji kelapa
  • 10. Resepi Pelbagai Apam RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 10 Resepi Pilihan Conney acuan apam Cara: Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung beras dan yis. Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah. Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. ------------------ Apam Siam Sedap Kiriman: Norhani Ahmad Hits: 138 Rating: 4.00 Review: 0 Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum 5 biji telur ayam 1 cawan gula castor 1 sudu kecil baking powder ½ sudu kecil soda bicarbonat secubit vanilin Cara: - Pukul telur dan gula sampai kembang. - Ayak tepung bersama baking powder, soda bicarbonat dan vanilin. Masukkan dlm adunan telur dan gaul sebati. - Kukus selama 1 jam. Cadangan Hidangan: sedap di makan panas2. Selamat mencuba!! ------------------
  • 11. Resepi Pelbagai Apam RQQ'D*UHDW·V$UW 'HVLJQ 11 Resepi Pilihan Conney Apam Mentega Kiriman: Kak Ngah Sumber: Adik Ipar Hits: 24 Rating: 0.00 Review: 0 Bahan-Bahan: Bahan-bahannya: 3 biji telur 250 gram mentega 1 cawan gula 1 cawan gula hangus dicampurkan dengan 1 cawan air panas 3 cawan tepung naik sendiri 1 tin susu cair 1 sudu teh vanila. Cara: Cara-caranya, 1.Hanguskan gula (jangan sampai pahit lak) dan masuk air panas dan ketepikan. 2.Pukul mentega dan gula (gula castor boleh gak) hingga kembang. 3.Setelah itu masukan telur satu persatu dan pukul , kemudian masukan vanila,susu cair,gula hangus serta tepung dan kacau hingga sebati. 4. Akhir sekali kukus selama 20 minit dengan menggunakan acuan kesukaan setelah disapukan dengan sedikit mentega. 5.Setelah masak bolehlah dihidangkan dan sangat sesuai untuk juadah minum petang. Tambahan: Sesuai dihidangkan waktu minum petang ------------------