Kek perigi biru memberikan resepi kek lapis berwarna-warni dengan bahan-bahan seperti mentega, telur, gula, tepung, dan pewarna makanan. Kek lapis M&M menyajikan cara membuat kek coklat dengan menggunakan M&M sebagai hiasan. Kek Lapis 16 September pula memberi panduan menghasilkan kek berlapis empat warna menggunakan jem buah-buahan dan perisa yang berbeza.
1. Kek perigi biru
Bahan-bahan:
16 oz mentega (454 gram - saya guna 2 buku mentega Anchor)
10 biji telur gred A
250 gram gula halus
1 tin kecil susu manis (300 gram)
1 tin kecil seri kaya (170 - 180 gram)
1 sudu makan ovallate
310 gram tepung gandum *
1 sudu teh baking powder * (*campurkan dan ayak)
1 botol kecil horlicks (200 gram)
pewarna kuning dan biru
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175 C api atas dan bawah.
2. Gris loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper.
3. Pukul mentega dengan gula hingga putih, baru masukkan ovallate. Gaul lagi.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
5. Perlahankan mixer, masukkan susu manis dan serikaya. Gaul hingga sebati.
2. 6. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder dan horlicks, gaul dengan
kelajuan paling rendah hingga rata.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan warna biru dan kuning.
8. Bakar 5 sudu makan lapisan kuning pada suhu 175 C menggunakan api atas dan
bawah hingga permukaan lapisan keperangan.
9. Tukar api atas. Lapis lagi warna kuning hingga 6 lapisan, biru 6 lapisan, kemudian
kuning 6 lapisan, akhir sekali biru 6 lapisan.
10. Untuk lapisan terakhir, bila permukaan kek telah keperangan, tukar api atas dan
bawah pada suhu 150 C selama 10 minit.
11. Bila kek dah masak, biarkan sejuk di atas relai, sebelum dibalut dengan aluminium
foil untuk disimpan dalam peti ais.
Kek lapis M&M
Bahan-bahan:
10 biji telur ayam gred A
500 gram mentega
200 gram gula halus/kastor
300 gram susu pekat manis
1 sudu besar ovallate
1 sudu teh esen vanilla
250 gram tepung Hong Kong
100 gram Horlicks
coklat M&M secukupnya
3. Cara-cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula sampai putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan ovallate. Gaul rata dan masukkan susu pekat manis. Pukul
dengan kelajuan perlahan hingga adunan sebati.
3. Masukkan tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dengan
kelajuan paling rendah hingga adunan bergaul sebati.
Cara-cara membakar:
1. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper.
2. Panaskan oven pada suhu 175 - 200 'C mengikut kepanasan oven masing-masing.
3. Bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan pertama dengan menggunakan api atas dan
bawah. Bila dah keperangan, bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan kedua dengan
menggunakan api atas sahaja. Untuk lapisan ketiga, susun coklat M&M di atas lapisan
tersebut sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar hingga keperangan. Ulang
sampai habis.
4. Untuk lapisan terakhir, bila da keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150 'C
dan bakar lagi selama 10 minit.
Cara-cara penyimpanan:
1. Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang dan balut dengan aluminium foil.
2. Masukkan dalam peti ais dan keluarkan untuk dipotong serta dihidang bila perlu.
KEK LAPIS 16 SEPTEMBER
Bahan-bahan:
500 gm mentega
150 gm gula
1 sudu besar ovellatte
10 biji telur gred A
1 tin susu pekat manis
260 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
50 gram jem blueberry
50 gram jem strawberry
1 sudu teh perisa blueberry
4. 1 sudu teh perisa strawberry
1 sudu teh perisa pisang/mangga/nenas
1 suduh teh perisa vanilla
pewarna biru, merah, dan kuning
Cara-cara Membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji
dan terus pukul.
2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang
rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (1) Biar warna plain dan dimasukkan perisa
vanilla. (2) Letak pewarna merah, jem strawberry dan perisa strawberry. (3) Letak
pewarna kuning dan perisa pisang/mangga/nenas. (4) Letak pewarna biru, jem
blueberry dan perisa blueberry.
5. Panaskan oven pada suhu antara 175-200 C (ikut kepanasan oven masing-masing).
6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yang telah disapu mentega pada dasarnya sahaja
dan dialas baking paper, mulakan proses membakar.
7. Bakar adunan biru selapis-selapis hingga habis, diikuti dengan adunan kuning juga
selapis-selapis hingga habis. Kemudian, bakar adunan merah berselang-seli dengan
adunan plain selapis-selapis juga hingga habis.
5. Setiap lapisan menggunakan 5 sudu besar. Untuk mendapatkan lapisan yang sama
tebal dan teratur, kita harus menepati sukatannya. Kalau pun ada lebih adunan,
biarkan dan jangan digunakan.
Tekan-tekan setiap lapisan yang telah masak dengan sudu atau penekan kek untuk
hilangkan ruang udara.
Pastikan hanya dasar loyang yang disapu dengan mentega (jangan sapu di sisi-sisi
loyang) untuk mengelakkan pembentukan ruang udara yang menyebabkan kek
beralun dan tidak sekata.
Untuk lapisan pertama, gunakan api atas dan bawah. Manakala lapisan seterusnya
hingga lapisan terakhir guna api atas sahaja.
Untuk lapisan terakhir, bila dah keperangan, tukar api atas dan bawah dan bakar lagi
selama 10 minit untuk memastikan kek benar-benar masak.
Kek Lapis Cinta Kirana
Bahan2:
340g mentega
170g gula halus
6 biji telur ayam(gred A)
10 sudu makan susu manis
1 sudu teh esen vanilla
170g tepung hong kong/gandum
180g seri kaya(tin kecil)
Pewarna hijau, kuning dan merah
Asam manis secukupnya
Cara2:
1. Mentega dipukul dengan gula halus sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sampai habis sambil terus dipukul dengan kelajuan
perlahan.
3. Masukkan esen vanila,susu manis, serikaya dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung(yg sudah diayak) sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan adun
rata
5. Bahagikan kepada 3 bahagian: (i) warnakan kuning (ii)warnakan hijau (iii)warnakan
merah
6. Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus.
7. Kukuskan 3/4 cawan adunan berwarna merah dahulu..setelah masak,kukus pula
adunan hijau. Susunkan asam manis barulah masukkan adunan kuning.
8. Ulangi langkah 7 sehingga adunan habis
9. Kukus sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir. Selamat mencuba