SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
1
SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2022
CDCA2103
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN APLIKASI
NAMA PELAJAR : NOR SYARMILA SARI BT SHAMSUDDIN SHUKOR
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL : syarmilashukor@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BANGI
2
ISI KANDUNGAN
JADUAL ISI KANDUNGAN
TASK 1
Perkara Muksurat
1.0 Pengenalan 3
2.0 Kepentingan ICT dalam Era Ekonomi Digital 4
2.1 Kepentingan ICT Dalam Bidang Ekonomi Digital 4-5
-Pengalaman Pelanggan yang Unik 6-7
-Pembinaan Dinamik Keusahawanan 7-8
-Transformasi Pengalaman Jualan 7-8
2.2 ICT Mengubah Aktiviti Ekonomi di Malaysia 8
-Digitalisasi Transaksi 8-10
-Internet of thing 10-11
-Peluang untuk Sektor Muda dan Inovasi dalam Penyelesaian Masalah 11-12
3.0 Contoh Penggunaan Aplikasi dalam Era Digital 13
-Lazada 13-16
-Instagram 17-20
-Duolingo 20-23
4.0 Aplikasi ICT berkaitan dengan ekonomi digital 24-25
5.0 Kesimpulan 25-26
Rujukan 26
TASK 2:
3
1.0 Pengenalan.
Ekonomi digital didefinisikan sebagai penggunaan alat-alat digital dan teknologi
seperti aplikasi telefon bimbit, rangkaian sosial dan e-komersial dalam perniagaan
biasa. Aktiviti ekonomi ini terhasil daripada jutaan interaksi antara manusia,
perniagaan peranti, data dan pemprosesan pada setiap hari. Pada era modenisasi,
peranti dan akses kepada internet telah mentransformasikan pengalaman perniagaan
dan transaksi secara keseluruhan. Bukan itu sahaja, hari demi hari, transformasi ini
menjadi salah satu keperluan dek kerana peralihan kepada zaman digital. Digitalisasi
mengalakkan pengalaman cashless atau tanpa tunai, di mana pengguna tidak perlu
membawa wang tunai bersama mereka, malah hanya menggunakan kad kredit atau e-
dompet dan sebagainya. Selain perbankan yang mempunyai aplikasi seperti
Maybank2U atau RHB Online Banking, terdapat pelbagai aplikasi seperti Touch N
Go, Grab, ApplePay dan Boost yang turut mempunyai pembayaran atas talian.
Kesemua ini menjadi semakin sebati dengan kehidupan masyarakat sehinggakan
sesetengah premis perniagaan hanya menerima pembayaran atas talian berbanding
wang tunai. Ekonomi digital juga merangkumi penjualan barangan, produk,
pengalaman atau perkhidmatan atas talian. Misalnya, aplikasi Amazon, Lazada dan
Shopee. Selain itu, lawan sesawang juga digunakan untuk menjual produk yang
disediakan oleh pelbagai syarikat. Aplikasi dan laman sesawang ini digunakan secara
berleluasa lebih-lebih lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)akibat covid-
19 yang melanda di negara kita pada tahun 2020, di mana rakyat tidak boleh keluar
secara bebas untuk membeli belah dan sebagainya. Hal ini meningkatkan
kebergantungan individu terhadap ekonomi digital dan pada masa yang sama,
menonjolkan potensi teknologi dalam kehidupan seharian kita. Maka, tidak dapat
dinafikan bahawa ekonomi digital membawa pelbagai kebaikan dan manfaat kepada
masyarakat sejagat.
Dengan itu, tujuan penulisan tugasan ini untuk membincangkan mengenai
kepentingan teknologi Maklumat dan aplikasinya dalam kehidupan seharian kita.
4
2.0 Kepentingan ICT dalam Era Ekonomi Digital.
2.1 Kepentingan ICT Dalam Bidang Ekonomi Digital
Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti internet telah
membuka harapan yang tinggi dalam pembangunan ekonomi terutamanya dalam
masyarakat yang membangun seperti di negara kita. Menurut kajian, ramai yang
bersetuju bahawa teknologi digital ini dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup
masyarakat jika ingin dibandingkan dengan zaman teknologi dahulu.
a) Pengalaman Pelanggan yang Unik
Digitalisasi ekonomi yang mengambil tempat ini menyediakan pengalaman yang
unik kepada pelanggan. Misalnya seperti aplikasi Shopee, individu dapat melihat
produk yang ditawarkan oleh kedai-kedai dengan menggunakan peranti mereka.
Mereka tidak perlu membazir minyak petrol dan masa mereka untuk ke premis
perniagaan tertentu untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Refleksi keadaan
ini dapat dilihat berikutan pandemik yang melanda seluruh dunia. Di Amerika
Syarikat, berlaku peningkatan dalam jualan e-komersial sebanyak 43% pada 2020,
tahun pertama pandemik, peningkatan signifikan daripada $571.2 bilion pada 2019
kepada $815.4 bilion pada 2020 (Brewster, 2020). Selain itu, individu juga dapat
membandingkan harga secara atas talian dan memilih produk yang berbaloi untuk
membelanjakan wang mereka. Jika bukan kerana ekonomi digital, seseorang itu perlu
pergi ke pelbagai kedai untuk membandingkan harga produk. Dengan pendigitalan
ekonomi juga, seseorang itu mempunyai akses kepada produk tanpa mengira tempat
dan masa. Seseorang itu dapat membeli belah untuk produk di luar negara, malah
pada tengah malam tanpa sebarang halangan. Mereka juga berupaya mendapatkan
produk yang mungkin tiada di tempat mereka. Contoh yang kedua pula, sekiranya
seseorang individu ingin mencari dan membeli buku yang tiada di pasaran Malaysia,
maka individu tersebut dapat melayari BookDepository.com untuk mendapatkan buku
tersebut tanpa sebarang masalah logistik.
5
Gambar rajah 1.0
Shopee
BookDepository.com
6
b) Pembinaan Dinamik Keusahawanan
Melihat potensi yang ada pada aplikasi seperti Facebook Marketplace dan Tik Tok
Shop. .Ramai peniaga mengambil langkah proaktif untuk melancarkan produk mereka
di alam maya. Hasilnya, terdapat lebih daripada 2 juta penjual dengan tag ‘local seller’
di pasaran Facebook dan sebagainya. (Department of Statistic Malaysia,2021)
Platform ini digunakan secara optimum untuk mengaut keuntungan kerana tidak
terikat kepada satu-satu tempat semata-mata. Maka, hal ini membolehkan persaingan
yang sihat di antara penjual-penjual. Dengan pesaingan yang tinggi, kualiti produk
terjamin kerana penjual berusaha untuk menjaga kualiti produk mereka di pasaran
antarabangsa. Kemudahan ini juga membuka peluang untuk pengusaha sederhana
kecil untuk meningkatkan ketercapaian mereka ke pasaran luar.
Gambar rajah 2.0
Facebook Marketplace
7
Tiktok Shop
c) Transformasi Pengalaman Jualan
Ekonomi digital membebaskan perniagaan daripada batasan geografi. Dalam
konteks ekonomi tradisional, perniagaan terbatas kepada lokasi semata-mata dan hal
ini menjadi ketercapaian produk jualan rendah. Di samping itu, lokasi juga menjadi
faktor persaingan yang major. Namun dengan adanya teknologi seperti peranti,
telefon bimbit, laman sesawang, smart contracts dan cloud computing, ekonomi
digital menjadi faktor utama dalam mencapai ekonomi keseluruhan yang mampan
dengan kebolehpasaran yang tinggi (Bag et al., 2021). Hal ini berikutan hakikat
bahawa teknologi dan perniagaaan tidak dapat dipisahkan, malah teknologi menjadi
pemangkin kepada transformasi perniagaan dan strategi.
Peralihan kepada era digitalisasi telah mendatangkan pelbagai impak kepada
masyarakat, pada pelbagai peringkat, terutamanya ekonomi (Berger dan Frey, 2015).
Automasi pelbagai perniagaan seperti peningkatan penghasilan produk, pengurangan
kos dan penambahbaikan framework operasi telah menjadi manfaat yang besar bagi
kemampanan perniagaan dan industri. Selain itu, era ekonomi digital juga menjadi
platform yang membuka pelbagai peluang perniagaan inovatif dan baharu di samping
menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat, biar berkerja sendiri atau di
bawah orang lain. Data dan informasi yang berlipat kali ganda menerusi digitalisasi
8
ekonomi digunakan untuk menghasilkan framework operasi yang berkesan dan efektif
dalam perkhidmatan awam seperti kesihatan dan pendidikan. Selain itu, ekonomi
digital yang mampan ini juga telah memberi impak terhadap mekanisme social
governance yang memperhalusi kualiti interaksi antara kerajaan dan rakyat (Berger
dan Frey, 2015). Ekonomi digital menyediakan inklusi sosial dan peluang
komunikasi yang terbuka.
2.2 ICT Mengubah Aktiviti Ekonomi di Malaysia
a) Digitalisasi Transaksi
Perkembangan ruang digital telah mengubah format perniagaan tradisional yang
terhad dengan kaedah transaksi mengikut kesesuaian pelanggan tanpa mengabaikan
kesenangan peniaga. Transaksi digital semakin mendapat perhatian ramai dan
diintegrasikan dalam kehidupan individu seperti maybank2u, cimbclik dan lain-lain.
Menurut artikel oleh Edge Weekly, tinjauan yang dilakukan mendapati terdapat 22
juta konsumer digital di Malaysia dan medium atas talian memainkan peranan 4 kali
lagi besar berbanding medium bersemuka (Ganesan, 2021). Selain berfokuskan pada
kemudahan transaksi, ekonomi digital membolehkan perniagaan untuk berdaya tahan
dalam era di mana permintaan pelanggan sering berubah mengikut peredaran zaman
dengan mengadaptasikan tekonologi digital terbaharu. Penggunaan wang tunai
semakin berkurangan hari demi hari, maka adaptasi kepada transaksi atas talian
membolehkan peniaga kekal relevan kepada tuntutan semasa.
9
Gambar rajah 1.0
Maybank2u
Cimbclick
10
b) Internet of things
Internet of Things (IoT) merangkaikan dunia digital dan fizikal dengan mengumpul,
mengukur dan menganalisis data untuk meramal dan mengautomasi proses
perniagaan. Automasi perniagaan bergantung kepada akses kepada internet dan
dengan adanya jalur lebar yang meluas, internet memberi pelbagai manfaat kepada
konsumer dan peniaga.( Jen Clark, 2016) Antara manfaat yang dialami adalah
informasi yang customized kepada keperluan setiap individu. Hal ini kerana
kewujudan algoritma yang mengumpul data mengenai produk yang disukai atau
diperlukan individu daripada sejarah pencarian atau konten yang dikunjungi. Maka,
dengan data yang dikumpul, rekomendasi diberi kepada pengguna menerusi media
sosial seperti Instagram, Facebook atau Twitter. Berikutan fungsi yang unik ini,
peniaga dapat memaksimumkan keuntungan daripada jualan kerana produk mereka
tersasar kepada demografi yang memerlukannya, maka berpotensi untuk menjadi
pelanggan.
Selain itu, IoT juga memudahkan proses penjualan peniaga dengan
menambahbaik logistik dan tracking produk yang dijual sebagai contoh Pos Laju,
J&T Express, DHL dan sebagainya. Memandangkan produk yang dijual atas talian
memerlukan peniaga untuk mengepos barangan kepada pelanggan, mereka tidak perlu
risau mengenai keberadaan produk kerana kemudahan ini berupaya untuk trace
produk sehingga sampai ke pintu rumah pelanggan. Mereka juga mempunyai akses
kepada keadaan, cuaca, lokasi dan identity pekerja/courier melalui teknologi cloud-
based seperti GPS dan RFID (Radio Frequency Identification). Mekanisme yang
sama digunakan untuk menjaga dan menyelia barangan di stor dan kilang. Inventori
produk tidak perlu dilakukan secara manual, maka mengurangkan kesilapan manusia
dan mempunyai ketepatan yang tinggi. Hal ini kerana ia menggunakan sensor untuk
menghantar data kepada system ERP pada setiap masa. Contoh aplikasi mekanisme
ini yang popular adalah kedai yang menggunakan sensor semata-mata dan tidak
memerlukan pekerja.
11
Gambar rajah 2.0
J&T express track and trace
c) Peluang untuk Sektor Muda dan Inovasi dalam Penyelesaian Masalah
Digitalisasi ekonomi secara tidak langsung memberi peluang untuk sektor muda
dan inovasi penyelesaian masalah pada skala yang besar. Berikutan globalisasi
ekonomi digital, wujud pelbagai sector yang berkembang pesat yang lantas
memudahkan hidup masyarakat setempat. Kita lihat perkembangan perniagaan seperti
Grab dan Uber yang sangat unik, menyediakan perkhidmatan pengangkutan tanpa
memiliki sebarang kenderaan dalam realiti. Foodpanda atau Grabfood juga
menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tanpa memiliki restaurant sendiri.
Kesemua ini menunjukkan kemungkinan tanpa had yang dipersembahkan oleh
digitalisasi. Malah, dengan wujudnya mekanisme seperti ini, peluang pekerjaan
meningkat kerana sesiapa sahaja dapat mendaftarkan diri sebagai pekerja. Misalnya,
Foodpanda mempunyai hampir 5000 pekerja kini. Malah, infrastruktur digital,
industri digital dan integrasi digital mempunyai kesan positif signifikan ke atas
produktiviti dan pengaruh regional (Zhang et al. 2021) .
12
Gambar rajah 3.0
Foodpanda
Grab Food
13
3.0 Tiga Contoh Penggunaan Aplikasi dalam Era Digital
Demi kelangsungan hidup dalam era digital ini, terdapat pelbagai mekanisme telah
dicipta hasil daripada kreativiti mahupun inovasi. Antara hasil ciptaan yang sangat
popular adalah aplikasi. Aplikasi merupakan sejenis perisian yang mempunyai
kegunaan tertentu dan spesifik. Lazimnya, pengguna telefon Android dapat memuat
turun aplikasi daripada Google Playstore manakala pengguna Apple dapat mengakses
aplikasi menerusi Apple Store. Namun, aplikasi juga boleh dimuat turun menerusi
laman sesawang developer aplikasi tersebut. Aplikasi, secara dasarnya menjadi
shortcut untuk individu mengakses sebarang produk, perkhidmatan atau pengalaman.
Seseorang individu mempunyai akses kepada aplikasi permainan sehinggalah
pelaburan. Maka tidak hairanlah apabila aplikasi ini juga menjadi entiti yang
signifikan dalam ekonomi digital.
-Lazada
Antara aplikasi yang popular adalah Lazada. Lazada diperkenalkan pada 2012 dan
mempunyai pasaran di Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan
Vietnam. Lazada mempunyai pilihan jenama dan penjual yang besar, serta
dianggarkan mencapai 300 juta pelanggan menjelan 2030. Pada mulanya, Lazada
dicipta Maximillian Bittner sebagai platform pasaran yang menjual inventori daripada
Gudang sendiri, namun pada tahun berikutnya, peniaga pihak ketiga dibenarkan untuk
menjual barangan mereka. Lazada menjadi platform jualan yang mempunyai
pelbagai produk. Peniaga dapat membuka akaun sendiri untuk memaparkan produk
jualan mereka yang boleh diakses oleh pelanggan dari seluruh dunia. Hal ini
memudahkan pelanggan membeli belah barangan yang mungkin tiada di pasaran
tempatan. Selain itu, Lazada juga menggunakan pelbagai kaedah transaksi atas talian
yang mudah dan segera seperti online banking, penggunaan kad kredit atau debit dan
cash on delivery (COD). Lazada juga direka bentuk untuk lebih mesra pengguna
dengan beberapa ciri-ciri yang unik seperti dapat menambah barangaan pada cart
serta carian dan rekomendasi produk menggunakan kata kunci. Bukan itu sahaja,
Lazada juga menunjukkan produk yang sama daripada penjual yang berlainan dengan
harga yang berbeza-beza Hal ini memudahkan pelanggan untuk melakukan
perbandingan harga. Dan untuk melengkapkan pengalaman pelanggan, Lazada
menyediakan perkhidmatan pelanggan yang bagus dan segera. Hal ini memudahkan
14
pelanggan sekiranya mereka memerlukan pembayaran semula atau perlu melakukan
pemulangan barangan. Dengan peraturan yang tertentu, Lazada menjadi pengantara
penjual dan pelanggan yang berkesan dengan memastikan semua pihak berpuas hati
dan mencapai objektif mereka tanpa sebarnag halangan dan kesukaran. Keadaan ini
dikekalkan dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan peniaga. Malah,
pelanggan dapat berhubungan terus dengan penjual mengenai status pemesanan
barangan dengan chatbox yang disediakan. Pengguna juga dapat mengenali kualiti
produk melalui rating dan review daripada pelanggan lain.
Salah satu perisian multi-channel listing yang digunakan untuk melarikan Lazada
digelar Synagie. Perisian multi-channel listing menyediakan konsol pentadbiran
tunggal dan tidak perlu melompat ke pusat penjual yang berbeza untuk mejalankan
fungsi inventori, pemprosesan tempahan dan penyenaraian barangan. Synagie
mempunyai beberapa ciri-ciri yang tidak didapati pada perisian lain. Antara jenama
yang menggunakan Synagie dalam Lazada adalah Woo and Commerce. Synagie
diguna pakai dalam pengurusan inventori. Perisian ini membolehkan peniaga
keupayaan untuk mengurus inventori pada channel yang spesifik dan merentasi
pelbagai channel. Fungsi ini berguna untuk operasi berskala besar untuk pemprosesan
pemesanan kepada penjual. Selain itu, Synagie juga menyediakan pengurusan
pesanan daripada pelanggan yang boleh dipercayai serta berkualiti. Begitu juga
dengan pengurusan kewangan. Synagie telah diiintegrasikan dengan dua pembekal
bookkeeping iaitu Intuit Quickbooks dan Xero, maka dengan fungsi ini, pengguna
dibekalkan dengan analisis keuntungan bersih jualan melalui kalkulasi perisian.
Seterusnya, tidak dilupakan juga, data dan insights yang dibekalkan oleh Synagie
kepada pengguna di mana analisis graf, laluan, keuntungan dan medium yang
digunakan dijana untuk tatapan pengguna. Privasi data oleh Synagie terlindung
kepada perisian ini menyediakan perkhidmatan pengurusan end-to-end yang
melindungi data pelanggan daripada diseleweng pihak ketiga.
15
Logo Lazada
Pilihan di Lazada dari
pelbagai penjual.
Seksyen chat dengan penjual.
16
Home page Lazada. Barangan yang telah ditambah
pada cart.
17
-Instagram
Seterusnya, aplikasi sosial media juga digunakan dalam bidang pemasaran dan
promosi. Antara sosial media adalah Instagram. Instagram diperkembangkan oleh
sebuah barisan jurutera perisian dalam tempoh masa 8 minggu sahaja sebelum
dilancarkan untuk peranti Apple pada Oktober 2010 oleh Kevin Systrom. Aplikasi ini
adalah aplikasi sosial media yang mempunyai fungsi primary untuk perkongsian
gambar dan video. Dengan aplikasi Burbn sebagai batu loncatan, Kevin Systrom
dengan kerjasama Mike Krieger, mula mengembangkan sebuah aplikasi yang bukan
sahaja digunakan untuk berkongsi gambar semata-mata, malah mempunyai fungsi
komen dan ‘like’. Motif di sebalik inovasi ini adalah untuk memperkenalkan platform
yang bridged Hipstamatic (sebuah aplikasi perkongsian gambar sahaja) dengan sosial
media seperti Facebook. Sehari selepas pelancaran, Instagram menjana 25 000
pengguna. Pada suku ketiga 2021, Instagram menjana 2 bilion pengguna dan dijangka
mencapai 2.5 bilion menjelang 2023. Kini, Instagram dimiliki oleh Facebook di
bawah Meta. Pengguna Instagram dapat memuat naik gambar dan rakaman video
untuk dilihat keluarga dan rakan-rakan. Instagram juga digunakan untuk menyebarkan
mesej dengan kadar segera, maka sangat efektif untuk memasarkan produk. Selain
platform berkomunikasi dan berhubung, Instagram juga menjadi mekanisme yang
berkesan untuk pemasaran produk dan perkhidmatan. Ciri-ciri Instagram yang
menarik dan unik serta trafik yang konsisten menjadikannya sangat sesuai untuk
ekonomi digital. Malah pada Februari 2019, dilaporkan bahawa 11% pengguna
Instagram menggunakan platform ini untuk membeli belah atau mencari produk yang
dikehendaki dan 9% mempromosikan perniagaan mereka.
Antara perkakasan pemasaran yang digunakan dalam Instagram adalah Over. Over
adalah sebuah perkakasan yang moden yang memudahkan untuk meletakkan teks
dalam gambar. Hal ini membolehkan perkongsian maklumat yang interaktif dan
menarik kerana teks ditemani dengan gambar. Seterusnya, perkakasan seperti Later
digunakan untuk menjadual konten yang hendak dimuat naik. Misalnya, jika
seseorang itu mempunyai gambar produk atau promosi yang hendak dimuat naik,
Later menyediakan peringatan untuk individu tersebut supaya promosi tertentu dapat
dimuat naik pada masa yang sesuai. Perkakasan ini juga membantu pengguna untuk
memuat naik konten secara konsisten. Tambahan pula, terdapat Iconosquare yang
18
memberi pengguna keupayaan untuk melihat pertambahan pengikut (followers),
demografi dan identiti pengikut serta akaun perniagaan. Ia juga membantu pengguna
menganalis masa memuat naik konten yang optimal, melihat kadar perhubungan
konten akaun dan menyediakan benchmark persembahan sosial dengan pesaing-
pesaing yang lain. Hal ini membantu pengguna menganalisis pertumbuhan akaun
masing-masing dan memudahkan untuk pembentukan strategi pemasaran dan
sebagainya. Crowdfire menganalisis akaun yang diikuti dan akaun yang mengikuti
pengguna, serta merekomendasikan akaun n yang perlu diikuti. Fungsi ini
diaplikasikan melalui intuitive interface yang memudahkan pengguna follow atau
unfollow sesebuah akaun. Selain itu, terdapat perkakasan Instagram Shopping yang
berfungsi untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan kepada pengguna.
Instagram Shopping adalah perkhidmatan yang curated dan bersasar, maka
mengoptimumkan ketercapaian kepada pelanggan berpotensi.
Logo Instagram
19
Feed daripada National Geographics di Instagram.
20
Bahagian Instagram Shopping di
Instagram.
-Duolingo
Aplikasi seterusnya adalah Duolingo. Idea untuk Duolingo diperkenalkan
pada 2009 oleh seorang professor Carnegie Mellon University yang Bernama Luis
von Ahn dan pelajar sarjananya Severin Hacker. Duolingo adalah aplikasi untuk
belajar secara percuma lebih 30 bahasa seperti Mandarin, Sepanyol dan Inggeris. Kini,
Duolingo mempunyai lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia dan terletak di tempat
Feed daripada Erin Kurlberg
di Instagram
21
pertama sebagai platform pembelajaran bahasa. Pada awalnya, Duolingo
menggunakan testing dan crowdsourcing untuk membantu membina aplikasi yang
boleh disediakan secara percuma. Keperluan untuk memulakan pembayaran timbul
untuk menambah baik translasi dan untuk menggalakkan pengguna menjana translasi.
Duolingo menjadi platform yang sangat praktikal untuk individu mempelajari Bahasa
baharu. Hal ini berikutan ciri-cirinya yang membolehkan pembelajaran sepanjang
masa di mana-mana sahaja. Dengan peringatan dan reka bentuk yang menarik, ia
berfungsi untuk menarik perhatian pengguna untuk menggunakannya secara konsisten.
Bukan itu sahaja, platform ini juga menjadi pusat sehenti kerana menyediakan bahasa
yang pelbagai. Malah, dengan kaedah brain gamification yang digunakan,
pembelajaran adalah lebih interaktif dan seolah-olah bermain permainan semata-mata.
Setiap pengguna berguan dari tahap A1 dan berupaya untuk bergerak ke atas jika
berjaya menyiapkan tugasna yang diberikan.
Duolingo dihasilkan, asalnya, menggunakan Python. Kemudian, pembangunan
Duolingo dialihkan kepada Scala. Scala menggabungkan penprograman
berorientasikan objek dan berfungsi ke dalam satu Bahasa program yang padat dan
berperingkat tinggi. Scala terbukti lebih baik daripada Bahasa lain kerana sifatnya
yang lebih padat. Maka, kurang tenaga kerja diperlukan untuk mencapai fungsi yang
dikehendaki. Selain itu, Scala juga kurang cenderung untuk diserang virus atau bugs.
hal ini memudahkan penyelenggaraan dari semasa ke semasa serta mengurangkan
kekerapan untuk melakukan penyelenggaran. Penggunaan Scala juga menjimatkan
lebih banyak masa serta menyediakan persembahan yang efisien. Scala, sehingga hari
ini, menunjukkan zero downtime. Hal ini jauh berbeza daripada infrastruktur
Duolingo yang lain, di mana downtime purata adalah selama 2 jam untuk setiap 3
bulan.
22
Logo Duolingo
Pengguna mempelajari Bahasa mengikut tahap.
23
Pembelajaran adalah ibarat permaianan Pengguna dapat menambah rakan-
rakan dan melihat pencapaian harian
24
4.0 Aplikasi ICT berkaitan dengan ekonomi digital
Penggunaan aplikasi ICT dalam kehidupan kini tidak dapat dielakkan kerana
kebanyakkan rutin harian telah diintegrasikan dengan teknologi. Daripada pembelian
keperluan harian kepada pengangkutan, teknologi diperlukan.
Antara aplikasi ICT adalah pembayaran tol. Dengan digitalisasi, kaedah
pembayaran tol telah berlaih kepada cashless atau tanpa tunai. Seseorang itu boleh
menggunakan Touch N Go, Smart Tag atau RFID untuk melakukan bayaran. Kaedah-
kaedah ini menjimatkan masa dan tenaga kerja yang diperlukan untuk beroperasi ke
tol-tol. Begitu juga dengan pengangkutan awam, jika dahulu pembayaran secara tunai
dilakukan, kini seseorang itu hanya perlu mengeskan sekeping kad untuk
menggunakan sebarang pengangkutan. hal ini mengurangkan kontak dengan orang
luar dan seseorang itu tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket di kaunter.
Tidak dilupakan juga pembelian tiket di atas talian, yang membolehkan individu
mendapatkan tiket atau tempahan tanpa perlu ke premis berkenaan. Kaedah ini
terbukti sangat berguna kerana seseorang itu dapat memeriksa kekosongan dan
melakukan tempahan serta-merta. Jika dahulu, seseorang itu perlu ke premis yang
berkenaan untuk mendapatkan tiket, dan lebih mengeruhkan keadaan sekiranya tiket
habis dijual.
Selain itu, pembelian boleh dilakukan melalui transaksi atas talian juga. Lazimnya,
penggunaan kad kredit atau debit, kod QR atau perbankan atas talian. Keadaan ini
mengurangkan kebergantungan kepada tunai, seseorang itu tidak perlu risau sekiranya
tunai yang dimiliki mencukupi atau tidak. Seseorang itu juga tidak perlu membawa
tunai yang banyak atau sentiasa risau kemungkinan untuk dirompak. Sekiranya
dirompak atau kehilangan kad kredit atau debit, seseorang itu boleh menghubungi
bank berkaitan untuk pembatalan kad. Keadaan ini ditambah baik dengan pengguna
Grab, Shopee Food atau Foodpanda yang menyediakan perkhidmatan penghantaran
makanan. Seseorang itu dapat memesan makanan daripada premis makanan yang
dikehendaki dan dihantar pesanan ke pintu rumah. Hal ini semestinya menyokong
rutin harian individu sekiranya seseorang itu sibuk dengan kerja-kerja lain atau tidak
mempunyai pengangkutan untuk ke premis makanan. Bukan itu sahaja, aplikasi-
aplikasi ini sering kali menawarkan promosi atau diskaun untuk pelanggan, dengan
25
penghantaran percuma atau potongan harga. Maka ia bukan sahaja menjimatkan masa
dan tenaga, malah menjimatkan wang individu.
Tambahan pula, penggunaan aplikasi ICT terbukti berkesan untuk mengadakan
seminar, kuliah, kelas dan sebagainya. Walaupun, kini kita sedang beralih Kembali ke
perjumpaan bersemuka. Aplikasi seperti Google Meet, Zoom atau Skype masih
digunapakai untuk melakukan mesyuarat. Bukan itu sahaja, aplikasi seperti Whatsapp,
Telegram, Line dan sebagainya digunakan untuk berhubungan dengan ahli keluarga
serta rakan-rakan secara percuma. Sekiranya dahulu, pembayaran perlu dilakukan
untuk menelefon, lebih-lebih lagi jika perhubungan antarabangsa. Kini, video call,
group chat dan sebagainya boleh dilakukan tanpa membelanjakan wang, hanya akses
internet diperlukan. Perkongsian sebarang dokumen juga dimudahkan dengan aplikasi
ICT. Dengan adanya aplikasi seperti email, Bluetooth, ShareIt dan sebagainya,
perkongsian dokumen, imej, MP4 dan sebagainya adalah lebih mudah dengan kualiti
dikekalkan.
Aplikasi ICT juga dilihat dalam aspek sekuriti. Penggunaan CCTV untuk sentiasa
memantau dan memeriksa keadaan orang tersayang atau harta benda terbukti amat
penting. Begitu jugalah dengan penggunaan dashcam di dalam kenderaan. Rakaman
daripada teknologi ini dikumpulkan sebagai cloud-based data yang kemudiannya
dapar dirujuk kembali tanpa sebarang masalah. Malah, keberadaan orang tersayang
juga dilihat dengan tracker di dalam telefon pintar. Hal ini memudahkan untuk kita
memantau keberadaan orang tersayang apabile mereka keluar, menaiki kenderaan
awam dan sebagainya. Tatkala, teknologi mampu mendatangkan musibah, teknologi
juga menjadi medium untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, teknologi sememangnya memudahkan kehidupan manusia dalam
rutin harian. Pelbagai aktiviti harian diintegrasikan dengan ICT untuk meringankan
beban masyarakat. Tidak dinafikan teknologi semakin menjadi sebahagian dalam
kehidupan ke arah menjadi negara maju. Atas dasar itu, lebih ramai perlu diajar untuk
menjadi celik IT terutamanya golongan tua supaya mereka tidak berasa susah untuk
menggunakan teknologi yang ada. Bukan itu sahaja, akses kepada jalur lebar dan
26
peranti perlu diperluas agar ramai dapat dinikmati kemudahan yang disediakan
teknologi.
Rujukan
Bag, S., Yadav, G., Dhamija, P., & Kataria, K. K. (2021). Key resources for industry
4.0 adoption and its effect on sustainable production and circular economy: An
empirical study. Journal of Cleaner Production, 281, 125233.
https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2020.125233
Berger, T., & Frey, C. B. (2015). Industrial renewal in the 21st century: evidence
from US cities. Regional Studies, 51(3), 404–
413. https://doi.org/10.1080/00343404.2015.1100288
Brewster, M. (2020) Annual Retail Trade Survey Show Impact Of Online Shopping
On Retail Sales During Covid-19 Pandemic. E-Commerce Sales Surged
During the Pandemic. United States Census Bureau.
https://www.census.gov/library/stories/2022/04/ecommerce-sales-surged-
during-pandemic.html [23 September 2022]
Ganesan, V. (2021) Malaysia E-shopping King of the Region, 9 out of 10 Online by
end-2021. Edge Weekly.
Zhang, W., Zhao, S., Wan, X., & Yao, Y. (2021). Study on the effect of digital
economy on high-quality economic development in China. PLOS ONE, 16(9),
e0257365. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0257365
27
ONLINE CLASS PARTICIPATION
28
29

More Related Content

What's hot

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTArra Asri
 
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahRancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahEmy Bribip
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakWan Amir Wan
 
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :DAktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :DShuhada Sha'ari
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Dy Marvel
 
Rph prasekolah bentuk 2D
Rph prasekolah bentuk 2DRph prasekolah bentuk 2D
Rph prasekolah bentuk 2Dmirin lambung
 
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanakHdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanakOpen University Malaysia
 
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)Ismail Mamat
 
Konsep pra nombor
Konsep pra nomborKonsep pra nombor
Konsep pra nomborikmalieyana
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahIsmail Mamat
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotskymohamad293823
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnersehafbi
 

What's hot (20)

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
 
Tindakan susulan
Tindakan susulanTindakan susulan
Tindakan susulan
 
Rph prasekolah
Rph prasekolahRph prasekolah
Rph prasekolah
 
RPH Tunjang fizikal
RPH Tunjang fizikalRPH Tunjang fizikal
RPH Tunjang fizikal
 
Rekod anekdot
Rekod anekdotRekod anekdot
Rekod anekdot
 
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahRancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
 
Anggota badan
Anggota badanAnggota badan
Anggota badan
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :DAktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
 
Bantu masalah disleksia
Bantu masalah disleksiaBantu masalah disleksia
Bantu masalah disleksia
 
Rph prasekolah bentuk 2D
Rph prasekolah bentuk 2DRph prasekolah bentuk 2D
Rph prasekolah bentuk 2D
 
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanakHdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
 
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAHCONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
 
Rps muzik 2
Rps muzik 2Rps muzik 2
Rps muzik 2
 
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
 
Konsep pra nombor
Konsep pra nomborKonsep pra nombor
Konsep pra nombor
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardner
 

Similar to CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx

13, sm, siti rohmawati, digital era, universitas mercu buana, 2019
13, sm, siti rohmawati, digital era, universitas mercu buana, 201913, sm, siti rohmawati, digital era, universitas mercu buana, 2019
13, sm, siti rohmawati, digital era, universitas mercu buana, 2019Siti Rohmawati
 
Tugas sim, mayang sari, yananto mihadi putra, telekomunikasi, internet & ...
Tugas sim, mayang sari, yananto mihadi putra, telekomunikasi, internet & ...Tugas sim, mayang sari, yananto mihadi putra, telekomunikasi, internet & ...
Tugas sim, mayang sari, yananto mihadi putra, telekomunikasi, internet & ...Mayangsari_22
 
Vita agustina telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel.
Vita agustina telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel.Vita agustina telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel.
Vita agustina telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel.klaravita
 
13, SM, Rahma Arya S, Hapzi Ali, Strategic Management: Digital Era, Universit...
13, SM, Rahma Arya S, Hapzi Ali, Strategic Management: Digital Era, Universit...13, SM, Rahma Arya S, Hapzi Ali, Strategic Management: Digital Era, Universit...
13, SM, Rahma Arya S, Hapzi Ali, Strategic Management: Digital Era, Universit...aryarhms
 
Tugas sim telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel
Tugas sim   telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabelTugas sim   telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel
Tugas sim telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabelTheresia Magdalena
 
E commerce pasar digital dan barang digital
E commerce pasar digital dan barang digitalE commerce pasar digital dan barang digital
E commerce pasar digital dan barang digitalrian rian
 
Aminullah assagaf akuntansi digital di era new normal
Aminullah assagaf akuntansi digital di era new normalAminullah assagaf akuntansi digital di era new normal
Aminullah assagaf akuntansi digital di era new normalAminullah Assagaf
 
Inovasi Digital Pelayanan Publik
Inovasi Digital Pelayanan PublikInovasi Digital Pelayanan Publik
Inovasi Digital Pelayanan PublikTri Widodo W. UTOMO
 
Tugas sim, dhita ayu anggreany, yananto mihadi putra, se, m.si, telekomunikas...
Tugas sim, dhita ayu anggreany, yananto mihadi putra, se, m.si, telekomunikas...Tugas sim, dhita ayu anggreany, yananto mihadi putra, se, m.si, telekomunikas...
Tugas sim, dhita ayu anggreany, yananto mihadi putra, se, m.si, telekomunikas...DhitaAyuAnggreany
 
Sim, 7, novenia sembring, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sis...
Sim, 7, novenia sembring, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sis...Sim, 7, novenia sembring, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sis...
Sim, 7, novenia sembring, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sis...NoveniaSembiring
 
MF445_11_095710.pdf
MF445_11_095710.pdfMF445_11_095710.pdf
MF445_11_095710.pdfGiovanni Man
 
17Intro to STARTUP (1) copy 2.pptx
17Intro to STARTUP (1) copy 2.pptx17Intro to STARTUP (1) copy 2.pptx
17Intro to STARTUP (1) copy 2.pptxArdhearixza Laricco
 
Digital Leadership: Kepemimpinan Sektor Publik di Era Digital
Digital Leadership: Kepemimpinan Sektor Publik di Era Digital Digital Leadership: Kepemimpinan Sektor Publik di Era Digital
Digital Leadership: Kepemimpinan Sektor Publik di Era Digital Tri Widodo W. UTOMO
 
Daya Saing Bisnis Elektronik Global dan Kolaborasi Teknologi dengan E-Commerc...
Daya Saing Bisnis Elektronik Global dan Kolaborasi Teknologi dengan E-Commerc...Daya Saing Bisnis Elektronik Global dan Kolaborasi Teknologi dengan E-Commerc...
Daya Saing Bisnis Elektronik Global dan Kolaborasi Teknologi dengan E-Commerc...AzhyqaRereanticaMart
 
api-flup.docx
api-flup.docxapi-flup.docx
api-flup.docxSaka32
 
KWU14 - Kewirausahaan 4.0.pptx
KWU14 - Kewirausahaan 4.0.pptxKWU14 - Kewirausahaan 4.0.pptx
KWU14 - Kewirausahaan 4.0.pptxEllaSetyana1
 
Sim, 7, fariz satiano, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sistem...
Sim, 7, fariz satiano, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sistem...Sim, 7, fariz satiano, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sistem...
Sim, 7, fariz satiano, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sistem...farizsatiano32
 

Similar to CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx (20)

13, sm, siti rohmawati, digital era, universitas mercu buana, 2019
13, sm, siti rohmawati, digital era, universitas mercu buana, 201913, sm, siti rohmawati, digital era, universitas mercu buana, 2019
13, sm, siti rohmawati, digital era, universitas mercu buana, 2019
 
Tugas sim, mayang sari, yananto mihadi putra, telekomunikasi, internet & ...
Tugas sim, mayang sari, yananto mihadi putra, telekomunikasi, internet & ...Tugas sim, mayang sari, yananto mihadi putra, telekomunikasi, internet & ...
Tugas sim, mayang sari, yananto mihadi putra, telekomunikasi, internet & ...
 
Vita agustina telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel.
Vita agustina telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel.Vita agustina telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel.
Vita agustina telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel.
 
13, SM, Rahma Arya S, Hapzi Ali, Strategic Management: Digital Era, Universit...
13, SM, Rahma Arya S, Hapzi Ali, Strategic Management: Digital Era, Universit...13, SM, Rahma Arya S, Hapzi Ali, Strategic Management: Digital Era, Universit...
13, SM, Rahma Arya S, Hapzi Ali, Strategic Management: Digital Era, Universit...
 
Tugas sim telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel
Tugas sim   telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabelTugas sim   telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel
Tugas sim telekomunikasi, internet dan teknologi nirkabel
 
E commerce pasar digital dan barang digital
E commerce pasar digital dan barang digitalE commerce pasar digital dan barang digital
E commerce pasar digital dan barang digital
 
Aminullah assagaf akuntansi digital di era new normal
Aminullah assagaf akuntansi digital di era new normalAminullah assagaf akuntansi digital di era new normal
Aminullah assagaf akuntansi digital di era new normal
 
Inovasi Digital Pelayanan Publik
Inovasi Digital Pelayanan PublikInovasi Digital Pelayanan Publik
Inovasi Digital Pelayanan Publik
 
Tugas sim, dhita ayu anggreany, yananto mihadi putra, se, m.si, telekomunikas...
Tugas sim, dhita ayu anggreany, yananto mihadi putra, se, m.si, telekomunikas...Tugas sim, dhita ayu anggreany, yananto mihadi putra, se, m.si, telekomunikas...
Tugas sim, dhita ayu anggreany, yananto mihadi putra, se, m.si, telekomunikas...
 
Sim, 7, novenia sembring, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sis...
Sim, 7, novenia sembring, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sis...Sim, 7, novenia sembring, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sis...
Sim, 7, novenia sembring, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sis...
 
MF445_11_095710.pdf
MF445_11_095710.pdfMF445_11_095710.pdf
MF445_11_095710.pdf
 
17Intro to STARTUP (1) copy 2.pptx
17Intro to STARTUP (1) copy 2.pptx17Intro to STARTUP (1) copy 2.pptx
17Intro to STARTUP (1) copy 2.pptx
 
Digital Leadership: Kepemimpinan Sektor Publik di Era Digital
Digital Leadership: Kepemimpinan Sektor Publik di Era Digital Digital Leadership: Kepemimpinan Sektor Publik di Era Digital
Digital Leadership: Kepemimpinan Sektor Publik di Era Digital
 
E bus iness
E   bus inessE   bus iness
E bus iness
 
Daya Saing Bisnis Elektronik Global dan Kolaborasi Teknologi dengan E-Commerc...
Daya Saing Bisnis Elektronik Global dan Kolaborasi Teknologi dengan E-Commerc...Daya Saing Bisnis Elektronik Global dan Kolaborasi Teknologi dengan E-Commerc...
Daya Saing Bisnis Elektronik Global dan Kolaborasi Teknologi dengan E-Commerc...
 
api-flup.docx
api-flup.docxapi-flup.docx
api-flup.docx
 
KWU14 - Kewirausahaan 4.0.pptx
KWU14 - Kewirausahaan 4.0.pptxKWU14 - Kewirausahaan 4.0.pptx
KWU14 - Kewirausahaan 4.0.pptx
 
PEMBANGUNAN DIGITALISASI.pptx (HERI SYAFRIZAL 21102067)
PEMBANGUNAN DIGITALISASI.pptx (HERI SYAFRIZAL 21102067)PEMBANGUNAN DIGITALISASI.pptx (HERI SYAFRIZAL 21102067)
PEMBANGUNAN DIGITALISASI.pptx (HERI SYAFRIZAL 21102067)
 
Pajak PMSE.pdf
Pajak PMSE.pdfPajak PMSE.pdf
Pajak PMSE.pdf
 
Sim, 7, fariz satiano, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sistem...
Sim, 7, fariz satiano, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sistem...Sim, 7, fariz satiano, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sistem...
Sim, 7, fariz satiano, hapzi ali, universitas mercu buana,implementasi sistem...
 

More from Open University Malaysia

HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.docHDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.docOpen University Malaysia
 
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran AfektifHdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran AfektifOpen University Malaysia
 
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran KognitifHdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran KognitifOpen University Malaysia
 
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Open University Malaysia
 
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Open University Malaysia
 

More from Open University Malaysia (6)

HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.docHDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
 
HDPS4603.docx
HDPS4603.docxHDPS4603.docx
HDPS4603.docx
 
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran AfektifHdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
 
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran KognitifHdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
 
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
 
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
 

Recently uploaded

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 

Recently uploaded (20)

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 

CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx

  • 1. 1 SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2022 CDCA2103 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN APLIKASI NAMA PELAJAR : NOR SYARMILA SARI BT SHAMSUDDIN SHUKOR NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : syarmilashukor@oum.edu.my PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BANGI
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN JADUAL ISI KANDUNGAN TASK 1 Perkara Muksurat 1.0 Pengenalan 3 2.0 Kepentingan ICT dalam Era Ekonomi Digital 4 2.1 Kepentingan ICT Dalam Bidang Ekonomi Digital 4-5 -Pengalaman Pelanggan yang Unik 6-7 -Pembinaan Dinamik Keusahawanan 7-8 -Transformasi Pengalaman Jualan 7-8 2.2 ICT Mengubah Aktiviti Ekonomi di Malaysia 8 -Digitalisasi Transaksi 8-10 -Internet of thing 10-11 -Peluang untuk Sektor Muda dan Inovasi dalam Penyelesaian Masalah 11-12 3.0 Contoh Penggunaan Aplikasi dalam Era Digital 13 -Lazada 13-16 -Instagram 17-20 -Duolingo 20-23 4.0 Aplikasi ICT berkaitan dengan ekonomi digital 24-25 5.0 Kesimpulan 25-26 Rujukan 26 TASK 2:
  • 3. 3 1.0 Pengenalan. Ekonomi digital didefinisikan sebagai penggunaan alat-alat digital dan teknologi seperti aplikasi telefon bimbit, rangkaian sosial dan e-komersial dalam perniagaan biasa. Aktiviti ekonomi ini terhasil daripada jutaan interaksi antara manusia, perniagaan peranti, data dan pemprosesan pada setiap hari. Pada era modenisasi, peranti dan akses kepada internet telah mentransformasikan pengalaman perniagaan dan transaksi secara keseluruhan. Bukan itu sahaja, hari demi hari, transformasi ini menjadi salah satu keperluan dek kerana peralihan kepada zaman digital. Digitalisasi mengalakkan pengalaman cashless atau tanpa tunai, di mana pengguna tidak perlu membawa wang tunai bersama mereka, malah hanya menggunakan kad kredit atau e- dompet dan sebagainya. Selain perbankan yang mempunyai aplikasi seperti Maybank2U atau RHB Online Banking, terdapat pelbagai aplikasi seperti Touch N Go, Grab, ApplePay dan Boost yang turut mempunyai pembayaran atas talian. Kesemua ini menjadi semakin sebati dengan kehidupan masyarakat sehinggakan sesetengah premis perniagaan hanya menerima pembayaran atas talian berbanding wang tunai. Ekonomi digital juga merangkumi penjualan barangan, produk, pengalaman atau perkhidmatan atas talian. Misalnya, aplikasi Amazon, Lazada dan Shopee. Selain itu, lawan sesawang juga digunakan untuk menjual produk yang disediakan oleh pelbagai syarikat. Aplikasi dan laman sesawang ini digunakan secara berleluasa lebih-lebih lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)akibat covid- 19 yang melanda di negara kita pada tahun 2020, di mana rakyat tidak boleh keluar secara bebas untuk membeli belah dan sebagainya. Hal ini meningkatkan kebergantungan individu terhadap ekonomi digital dan pada masa yang sama, menonjolkan potensi teknologi dalam kehidupan seharian kita. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa ekonomi digital membawa pelbagai kebaikan dan manfaat kepada masyarakat sejagat. Dengan itu, tujuan penulisan tugasan ini untuk membincangkan mengenai kepentingan teknologi Maklumat dan aplikasinya dalam kehidupan seharian kita.
  • 4. 4 2.0 Kepentingan ICT dalam Era Ekonomi Digital. 2.1 Kepentingan ICT Dalam Bidang Ekonomi Digital Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti internet telah membuka harapan yang tinggi dalam pembangunan ekonomi terutamanya dalam masyarakat yang membangun seperti di negara kita. Menurut kajian, ramai yang bersetuju bahawa teknologi digital ini dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat jika ingin dibandingkan dengan zaman teknologi dahulu. a) Pengalaman Pelanggan yang Unik Digitalisasi ekonomi yang mengambil tempat ini menyediakan pengalaman yang unik kepada pelanggan. Misalnya seperti aplikasi Shopee, individu dapat melihat produk yang ditawarkan oleh kedai-kedai dengan menggunakan peranti mereka. Mereka tidak perlu membazir minyak petrol dan masa mereka untuk ke premis perniagaan tertentu untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Refleksi keadaan ini dapat dilihat berikutan pandemik yang melanda seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, berlaku peningkatan dalam jualan e-komersial sebanyak 43% pada 2020, tahun pertama pandemik, peningkatan signifikan daripada $571.2 bilion pada 2019 kepada $815.4 bilion pada 2020 (Brewster, 2020). Selain itu, individu juga dapat membandingkan harga secara atas talian dan memilih produk yang berbaloi untuk membelanjakan wang mereka. Jika bukan kerana ekonomi digital, seseorang itu perlu pergi ke pelbagai kedai untuk membandingkan harga produk. Dengan pendigitalan ekonomi juga, seseorang itu mempunyai akses kepada produk tanpa mengira tempat dan masa. Seseorang itu dapat membeli belah untuk produk di luar negara, malah pada tengah malam tanpa sebarang halangan. Mereka juga berupaya mendapatkan produk yang mungkin tiada di tempat mereka. Contoh yang kedua pula, sekiranya seseorang individu ingin mencari dan membeli buku yang tiada di pasaran Malaysia, maka individu tersebut dapat melayari BookDepository.com untuk mendapatkan buku tersebut tanpa sebarang masalah logistik.
  • 6. 6 b) Pembinaan Dinamik Keusahawanan Melihat potensi yang ada pada aplikasi seperti Facebook Marketplace dan Tik Tok Shop. .Ramai peniaga mengambil langkah proaktif untuk melancarkan produk mereka di alam maya. Hasilnya, terdapat lebih daripada 2 juta penjual dengan tag ‘local seller’ di pasaran Facebook dan sebagainya. (Department of Statistic Malaysia,2021) Platform ini digunakan secara optimum untuk mengaut keuntungan kerana tidak terikat kepada satu-satu tempat semata-mata. Maka, hal ini membolehkan persaingan yang sihat di antara penjual-penjual. Dengan pesaingan yang tinggi, kualiti produk terjamin kerana penjual berusaha untuk menjaga kualiti produk mereka di pasaran antarabangsa. Kemudahan ini juga membuka peluang untuk pengusaha sederhana kecil untuk meningkatkan ketercapaian mereka ke pasaran luar. Gambar rajah 2.0 Facebook Marketplace
  • 7. 7 Tiktok Shop c) Transformasi Pengalaman Jualan Ekonomi digital membebaskan perniagaan daripada batasan geografi. Dalam konteks ekonomi tradisional, perniagaan terbatas kepada lokasi semata-mata dan hal ini menjadi ketercapaian produk jualan rendah. Di samping itu, lokasi juga menjadi faktor persaingan yang major. Namun dengan adanya teknologi seperti peranti, telefon bimbit, laman sesawang, smart contracts dan cloud computing, ekonomi digital menjadi faktor utama dalam mencapai ekonomi keseluruhan yang mampan dengan kebolehpasaran yang tinggi (Bag et al., 2021). Hal ini berikutan hakikat bahawa teknologi dan perniagaaan tidak dapat dipisahkan, malah teknologi menjadi pemangkin kepada transformasi perniagaan dan strategi. Peralihan kepada era digitalisasi telah mendatangkan pelbagai impak kepada masyarakat, pada pelbagai peringkat, terutamanya ekonomi (Berger dan Frey, 2015). Automasi pelbagai perniagaan seperti peningkatan penghasilan produk, pengurangan kos dan penambahbaikan framework operasi telah menjadi manfaat yang besar bagi kemampanan perniagaan dan industri. Selain itu, era ekonomi digital juga menjadi platform yang membuka pelbagai peluang perniagaan inovatif dan baharu di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat, biar berkerja sendiri atau di bawah orang lain. Data dan informasi yang berlipat kali ganda menerusi digitalisasi
  • 8. 8 ekonomi digunakan untuk menghasilkan framework operasi yang berkesan dan efektif dalam perkhidmatan awam seperti kesihatan dan pendidikan. Selain itu, ekonomi digital yang mampan ini juga telah memberi impak terhadap mekanisme social governance yang memperhalusi kualiti interaksi antara kerajaan dan rakyat (Berger dan Frey, 2015). Ekonomi digital menyediakan inklusi sosial dan peluang komunikasi yang terbuka. 2.2 ICT Mengubah Aktiviti Ekonomi di Malaysia a) Digitalisasi Transaksi Perkembangan ruang digital telah mengubah format perniagaan tradisional yang terhad dengan kaedah transaksi mengikut kesesuaian pelanggan tanpa mengabaikan kesenangan peniaga. Transaksi digital semakin mendapat perhatian ramai dan diintegrasikan dalam kehidupan individu seperti maybank2u, cimbclik dan lain-lain. Menurut artikel oleh Edge Weekly, tinjauan yang dilakukan mendapati terdapat 22 juta konsumer digital di Malaysia dan medium atas talian memainkan peranan 4 kali lagi besar berbanding medium bersemuka (Ganesan, 2021). Selain berfokuskan pada kemudahan transaksi, ekonomi digital membolehkan perniagaan untuk berdaya tahan dalam era di mana permintaan pelanggan sering berubah mengikut peredaran zaman dengan mengadaptasikan tekonologi digital terbaharu. Penggunaan wang tunai semakin berkurangan hari demi hari, maka adaptasi kepada transaksi atas talian membolehkan peniaga kekal relevan kepada tuntutan semasa.
  • 10. 10 b) Internet of things Internet of Things (IoT) merangkaikan dunia digital dan fizikal dengan mengumpul, mengukur dan menganalisis data untuk meramal dan mengautomasi proses perniagaan. Automasi perniagaan bergantung kepada akses kepada internet dan dengan adanya jalur lebar yang meluas, internet memberi pelbagai manfaat kepada konsumer dan peniaga.( Jen Clark, 2016) Antara manfaat yang dialami adalah informasi yang customized kepada keperluan setiap individu. Hal ini kerana kewujudan algoritma yang mengumpul data mengenai produk yang disukai atau diperlukan individu daripada sejarah pencarian atau konten yang dikunjungi. Maka, dengan data yang dikumpul, rekomendasi diberi kepada pengguna menerusi media sosial seperti Instagram, Facebook atau Twitter. Berikutan fungsi yang unik ini, peniaga dapat memaksimumkan keuntungan daripada jualan kerana produk mereka tersasar kepada demografi yang memerlukannya, maka berpotensi untuk menjadi pelanggan. Selain itu, IoT juga memudahkan proses penjualan peniaga dengan menambahbaik logistik dan tracking produk yang dijual sebagai contoh Pos Laju, J&T Express, DHL dan sebagainya. Memandangkan produk yang dijual atas talian memerlukan peniaga untuk mengepos barangan kepada pelanggan, mereka tidak perlu risau mengenai keberadaan produk kerana kemudahan ini berupaya untuk trace produk sehingga sampai ke pintu rumah pelanggan. Mereka juga mempunyai akses kepada keadaan, cuaca, lokasi dan identity pekerja/courier melalui teknologi cloud- based seperti GPS dan RFID (Radio Frequency Identification). Mekanisme yang sama digunakan untuk menjaga dan menyelia barangan di stor dan kilang. Inventori produk tidak perlu dilakukan secara manual, maka mengurangkan kesilapan manusia dan mempunyai ketepatan yang tinggi. Hal ini kerana ia menggunakan sensor untuk menghantar data kepada system ERP pada setiap masa. Contoh aplikasi mekanisme ini yang popular adalah kedai yang menggunakan sensor semata-mata dan tidak memerlukan pekerja.
  • 11. 11 Gambar rajah 2.0 J&T express track and trace c) Peluang untuk Sektor Muda dan Inovasi dalam Penyelesaian Masalah Digitalisasi ekonomi secara tidak langsung memberi peluang untuk sektor muda dan inovasi penyelesaian masalah pada skala yang besar. Berikutan globalisasi ekonomi digital, wujud pelbagai sector yang berkembang pesat yang lantas memudahkan hidup masyarakat setempat. Kita lihat perkembangan perniagaan seperti Grab dan Uber yang sangat unik, menyediakan perkhidmatan pengangkutan tanpa memiliki sebarang kenderaan dalam realiti. Foodpanda atau Grabfood juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tanpa memiliki restaurant sendiri. Kesemua ini menunjukkan kemungkinan tanpa had yang dipersembahkan oleh digitalisasi. Malah, dengan wujudnya mekanisme seperti ini, peluang pekerjaan meningkat kerana sesiapa sahaja dapat mendaftarkan diri sebagai pekerja. Misalnya, Foodpanda mempunyai hampir 5000 pekerja kini. Malah, infrastruktur digital, industri digital dan integrasi digital mempunyai kesan positif signifikan ke atas produktiviti dan pengaruh regional (Zhang et al. 2021) .
  • 13. 13 3.0 Tiga Contoh Penggunaan Aplikasi dalam Era Digital Demi kelangsungan hidup dalam era digital ini, terdapat pelbagai mekanisme telah dicipta hasil daripada kreativiti mahupun inovasi. Antara hasil ciptaan yang sangat popular adalah aplikasi. Aplikasi merupakan sejenis perisian yang mempunyai kegunaan tertentu dan spesifik. Lazimnya, pengguna telefon Android dapat memuat turun aplikasi daripada Google Playstore manakala pengguna Apple dapat mengakses aplikasi menerusi Apple Store. Namun, aplikasi juga boleh dimuat turun menerusi laman sesawang developer aplikasi tersebut. Aplikasi, secara dasarnya menjadi shortcut untuk individu mengakses sebarang produk, perkhidmatan atau pengalaman. Seseorang individu mempunyai akses kepada aplikasi permainan sehinggalah pelaburan. Maka tidak hairanlah apabila aplikasi ini juga menjadi entiti yang signifikan dalam ekonomi digital. -Lazada Antara aplikasi yang popular adalah Lazada. Lazada diperkenalkan pada 2012 dan mempunyai pasaran di Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Lazada mempunyai pilihan jenama dan penjual yang besar, serta dianggarkan mencapai 300 juta pelanggan menjelan 2030. Pada mulanya, Lazada dicipta Maximillian Bittner sebagai platform pasaran yang menjual inventori daripada Gudang sendiri, namun pada tahun berikutnya, peniaga pihak ketiga dibenarkan untuk menjual barangan mereka. Lazada menjadi platform jualan yang mempunyai pelbagai produk. Peniaga dapat membuka akaun sendiri untuk memaparkan produk jualan mereka yang boleh diakses oleh pelanggan dari seluruh dunia. Hal ini memudahkan pelanggan membeli belah barangan yang mungkin tiada di pasaran tempatan. Selain itu, Lazada juga menggunakan pelbagai kaedah transaksi atas talian yang mudah dan segera seperti online banking, penggunaan kad kredit atau debit dan cash on delivery (COD). Lazada juga direka bentuk untuk lebih mesra pengguna dengan beberapa ciri-ciri yang unik seperti dapat menambah barangaan pada cart serta carian dan rekomendasi produk menggunakan kata kunci. Bukan itu sahaja, Lazada juga menunjukkan produk yang sama daripada penjual yang berlainan dengan harga yang berbeza-beza Hal ini memudahkan pelanggan untuk melakukan perbandingan harga. Dan untuk melengkapkan pengalaman pelanggan, Lazada menyediakan perkhidmatan pelanggan yang bagus dan segera. Hal ini memudahkan
  • 14. 14 pelanggan sekiranya mereka memerlukan pembayaran semula atau perlu melakukan pemulangan barangan. Dengan peraturan yang tertentu, Lazada menjadi pengantara penjual dan pelanggan yang berkesan dengan memastikan semua pihak berpuas hati dan mencapai objektif mereka tanpa sebarnag halangan dan kesukaran. Keadaan ini dikekalkan dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan peniaga. Malah, pelanggan dapat berhubungan terus dengan penjual mengenai status pemesanan barangan dengan chatbox yang disediakan. Pengguna juga dapat mengenali kualiti produk melalui rating dan review daripada pelanggan lain. Salah satu perisian multi-channel listing yang digunakan untuk melarikan Lazada digelar Synagie. Perisian multi-channel listing menyediakan konsol pentadbiran tunggal dan tidak perlu melompat ke pusat penjual yang berbeza untuk mejalankan fungsi inventori, pemprosesan tempahan dan penyenaraian barangan. Synagie mempunyai beberapa ciri-ciri yang tidak didapati pada perisian lain. Antara jenama yang menggunakan Synagie dalam Lazada adalah Woo and Commerce. Synagie diguna pakai dalam pengurusan inventori. Perisian ini membolehkan peniaga keupayaan untuk mengurus inventori pada channel yang spesifik dan merentasi pelbagai channel. Fungsi ini berguna untuk operasi berskala besar untuk pemprosesan pemesanan kepada penjual. Selain itu, Synagie juga menyediakan pengurusan pesanan daripada pelanggan yang boleh dipercayai serta berkualiti. Begitu juga dengan pengurusan kewangan. Synagie telah diiintegrasikan dengan dua pembekal bookkeeping iaitu Intuit Quickbooks dan Xero, maka dengan fungsi ini, pengguna dibekalkan dengan analisis keuntungan bersih jualan melalui kalkulasi perisian. Seterusnya, tidak dilupakan juga, data dan insights yang dibekalkan oleh Synagie kepada pengguna di mana analisis graf, laluan, keuntungan dan medium yang digunakan dijana untuk tatapan pengguna. Privasi data oleh Synagie terlindung kepada perisian ini menyediakan perkhidmatan pengurusan end-to-end yang melindungi data pelanggan daripada diseleweng pihak ketiga.
  • 15. 15 Logo Lazada Pilihan di Lazada dari pelbagai penjual. Seksyen chat dengan penjual.
  • 16. 16 Home page Lazada. Barangan yang telah ditambah pada cart.
  • 17. 17 -Instagram Seterusnya, aplikasi sosial media juga digunakan dalam bidang pemasaran dan promosi. Antara sosial media adalah Instagram. Instagram diperkembangkan oleh sebuah barisan jurutera perisian dalam tempoh masa 8 minggu sahaja sebelum dilancarkan untuk peranti Apple pada Oktober 2010 oleh Kevin Systrom. Aplikasi ini adalah aplikasi sosial media yang mempunyai fungsi primary untuk perkongsian gambar dan video. Dengan aplikasi Burbn sebagai batu loncatan, Kevin Systrom dengan kerjasama Mike Krieger, mula mengembangkan sebuah aplikasi yang bukan sahaja digunakan untuk berkongsi gambar semata-mata, malah mempunyai fungsi komen dan ‘like’. Motif di sebalik inovasi ini adalah untuk memperkenalkan platform yang bridged Hipstamatic (sebuah aplikasi perkongsian gambar sahaja) dengan sosial media seperti Facebook. Sehari selepas pelancaran, Instagram menjana 25 000 pengguna. Pada suku ketiga 2021, Instagram menjana 2 bilion pengguna dan dijangka mencapai 2.5 bilion menjelang 2023. Kini, Instagram dimiliki oleh Facebook di bawah Meta. Pengguna Instagram dapat memuat naik gambar dan rakaman video untuk dilihat keluarga dan rakan-rakan. Instagram juga digunakan untuk menyebarkan mesej dengan kadar segera, maka sangat efektif untuk memasarkan produk. Selain platform berkomunikasi dan berhubung, Instagram juga menjadi mekanisme yang berkesan untuk pemasaran produk dan perkhidmatan. Ciri-ciri Instagram yang menarik dan unik serta trafik yang konsisten menjadikannya sangat sesuai untuk ekonomi digital. Malah pada Februari 2019, dilaporkan bahawa 11% pengguna Instagram menggunakan platform ini untuk membeli belah atau mencari produk yang dikehendaki dan 9% mempromosikan perniagaan mereka. Antara perkakasan pemasaran yang digunakan dalam Instagram adalah Over. Over adalah sebuah perkakasan yang moden yang memudahkan untuk meletakkan teks dalam gambar. Hal ini membolehkan perkongsian maklumat yang interaktif dan menarik kerana teks ditemani dengan gambar. Seterusnya, perkakasan seperti Later digunakan untuk menjadual konten yang hendak dimuat naik. Misalnya, jika seseorang itu mempunyai gambar produk atau promosi yang hendak dimuat naik, Later menyediakan peringatan untuk individu tersebut supaya promosi tertentu dapat dimuat naik pada masa yang sesuai. Perkakasan ini juga membantu pengguna untuk memuat naik konten secara konsisten. Tambahan pula, terdapat Iconosquare yang
  • 18. 18 memberi pengguna keupayaan untuk melihat pertambahan pengikut (followers), demografi dan identiti pengikut serta akaun perniagaan. Ia juga membantu pengguna menganalis masa memuat naik konten yang optimal, melihat kadar perhubungan konten akaun dan menyediakan benchmark persembahan sosial dengan pesaing- pesaing yang lain. Hal ini membantu pengguna menganalisis pertumbuhan akaun masing-masing dan memudahkan untuk pembentukan strategi pemasaran dan sebagainya. Crowdfire menganalisis akaun yang diikuti dan akaun yang mengikuti pengguna, serta merekomendasikan akaun n yang perlu diikuti. Fungsi ini diaplikasikan melalui intuitive interface yang memudahkan pengguna follow atau unfollow sesebuah akaun. Selain itu, terdapat perkakasan Instagram Shopping yang berfungsi untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Instagram Shopping adalah perkhidmatan yang curated dan bersasar, maka mengoptimumkan ketercapaian kepada pelanggan berpotensi. Logo Instagram
  • 19. 19 Feed daripada National Geographics di Instagram.
  • 20. 20 Bahagian Instagram Shopping di Instagram. -Duolingo Aplikasi seterusnya adalah Duolingo. Idea untuk Duolingo diperkenalkan pada 2009 oleh seorang professor Carnegie Mellon University yang Bernama Luis von Ahn dan pelajar sarjananya Severin Hacker. Duolingo adalah aplikasi untuk belajar secara percuma lebih 30 bahasa seperti Mandarin, Sepanyol dan Inggeris. Kini, Duolingo mempunyai lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia dan terletak di tempat Feed daripada Erin Kurlberg di Instagram
  • 21. 21 pertama sebagai platform pembelajaran bahasa. Pada awalnya, Duolingo menggunakan testing dan crowdsourcing untuk membantu membina aplikasi yang boleh disediakan secara percuma. Keperluan untuk memulakan pembayaran timbul untuk menambah baik translasi dan untuk menggalakkan pengguna menjana translasi. Duolingo menjadi platform yang sangat praktikal untuk individu mempelajari Bahasa baharu. Hal ini berikutan ciri-cirinya yang membolehkan pembelajaran sepanjang masa di mana-mana sahaja. Dengan peringatan dan reka bentuk yang menarik, ia berfungsi untuk menarik perhatian pengguna untuk menggunakannya secara konsisten. Bukan itu sahaja, platform ini juga menjadi pusat sehenti kerana menyediakan bahasa yang pelbagai. Malah, dengan kaedah brain gamification yang digunakan, pembelajaran adalah lebih interaktif dan seolah-olah bermain permainan semata-mata. Setiap pengguna berguan dari tahap A1 dan berupaya untuk bergerak ke atas jika berjaya menyiapkan tugasna yang diberikan. Duolingo dihasilkan, asalnya, menggunakan Python. Kemudian, pembangunan Duolingo dialihkan kepada Scala. Scala menggabungkan penprograman berorientasikan objek dan berfungsi ke dalam satu Bahasa program yang padat dan berperingkat tinggi. Scala terbukti lebih baik daripada Bahasa lain kerana sifatnya yang lebih padat. Maka, kurang tenaga kerja diperlukan untuk mencapai fungsi yang dikehendaki. Selain itu, Scala juga kurang cenderung untuk diserang virus atau bugs. hal ini memudahkan penyelenggaraan dari semasa ke semasa serta mengurangkan kekerapan untuk melakukan penyelenggaran. Penggunaan Scala juga menjimatkan lebih banyak masa serta menyediakan persembahan yang efisien. Scala, sehingga hari ini, menunjukkan zero downtime. Hal ini jauh berbeza daripada infrastruktur Duolingo yang lain, di mana downtime purata adalah selama 2 jam untuk setiap 3 bulan.
  • 22. 22 Logo Duolingo Pengguna mempelajari Bahasa mengikut tahap.
  • 23. 23 Pembelajaran adalah ibarat permaianan Pengguna dapat menambah rakan- rakan dan melihat pencapaian harian
  • 24. 24 4.0 Aplikasi ICT berkaitan dengan ekonomi digital Penggunaan aplikasi ICT dalam kehidupan kini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakkan rutin harian telah diintegrasikan dengan teknologi. Daripada pembelian keperluan harian kepada pengangkutan, teknologi diperlukan. Antara aplikasi ICT adalah pembayaran tol. Dengan digitalisasi, kaedah pembayaran tol telah berlaih kepada cashless atau tanpa tunai. Seseorang itu boleh menggunakan Touch N Go, Smart Tag atau RFID untuk melakukan bayaran. Kaedah- kaedah ini menjimatkan masa dan tenaga kerja yang diperlukan untuk beroperasi ke tol-tol. Begitu juga dengan pengangkutan awam, jika dahulu pembayaran secara tunai dilakukan, kini seseorang itu hanya perlu mengeskan sekeping kad untuk menggunakan sebarang pengangkutan. hal ini mengurangkan kontak dengan orang luar dan seseorang itu tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket di kaunter. Tidak dilupakan juga pembelian tiket di atas talian, yang membolehkan individu mendapatkan tiket atau tempahan tanpa perlu ke premis berkenaan. Kaedah ini terbukti sangat berguna kerana seseorang itu dapat memeriksa kekosongan dan melakukan tempahan serta-merta. Jika dahulu, seseorang itu perlu ke premis yang berkenaan untuk mendapatkan tiket, dan lebih mengeruhkan keadaan sekiranya tiket habis dijual. Selain itu, pembelian boleh dilakukan melalui transaksi atas talian juga. Lazimnya, penggunaan kad kredit atau debit, kod QR atau perbankan atas talian. Keadaan ini mengurangkan kebergantungan kepada tunai, seseorang itu tidak perlu risau sekiranya tunai yang dimiliki mencukupi atau tidak. Seseorang itu juga tidak perlu membawa tunai yang banyak atau sentiasa risau kemungkinan untuk dirompak. Sekiranya dirompak atau kehilangan kad kredit atau debit, seseorang itu boleh menghubungi bank berkaitan untuk pembatalan kad. Keadaan ini ditambah baik dengan pengguna Grab, Shopee Food atau Foodpanda yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan. Seseorang itu dapat memesan makanan daripada premis makanan yang dikehendaki dan dihantar pesanan ke pintu rumah. Hal ini semestinya menyokong rutin harian individu sekiranya seseorang itu sibuk dengan kerja-kerja lain atau tidak mempunyai pengangkutan untuk ke premis makanan. Bukan itu sahaja, aplikasi- aplikasi ini sering kali menawarkan promosi atau diskaun untuk pelanggan, dengan
  • 25. 25 penghantaran percuma atau potongan harga. Maka ia bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, malah menjimatkan wang individu. Tambahan pula, penggunaan aplikasi ICT terbukti berkesan untuk mengadakan seminar, kuliah, kelas dan sebagainya. Walaupun, kini kita sedang beralih Kembali ke perjumpaan bersemuka. Aplikasi seperti Google Meet, Zoom atau Skype masih digunapakai untuk melakukan mesyuarat. Bukan itu sahaja, aplikasi seperti Whatsapp, Telegram, Line dan sebagainya digunakan untuk berhubungan dengan ahli keluarga serta rakan-rakan secara percuma. Sekiranya dahulu, pembayaran perlu dilakukan untuk menelefon, lebih-lebih lagi jika perhubungan antarabangsa. Kini, video call, group chat dan sebagainya boleh dilakukan tanpa membelanjakan wang, hanya akses internet diperlukan. Perkongsian sebarang dokumen juga dimudahkan dengan aplikasi ICT. Dengan adanya aplikasi seperti email, Bluetooth, ShareIt dan sebagainya, perkongsian dokumen, imej, MP4 dan sebagainya adalah lebih mudah dengan kualiti dikekalkan. Aplikasi ICT juga dilihat dalam aspek sekuriti. Penggunaan CCTV untuk sentiasa memantau dan memeriksa keadaan orang tersayang atau harta benda terbukti amat penting. Begitu jugalah dengan penggunaan dashcam di dalam kenderaan. Rakaman daripada teknologi ini dikumpulkan sebagai cloud-based data yang kemudiannya dapar dirujuk kembali tanpa sebarang masalah. Malah, keberadaan orang tersayang juga dilihat dengan tracker di dalam telefon pintar. Hal ini memudahkan untuk kita memantau keberadaan orang tersayang apabile mereka keluar, menaiki kenderaan awam dan sebagainya. Tatkala, teknologi mampu mendatangkan musibah, teknologi juga menjadi medium untuk menyelesaikan masalah yang timbul. 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, teknologi sememangnya memudahkan kehidupan manusia dalam rutin harian. Pelbagai aktiviti harian diintegrasikan dengan ICT untuk meringankan beban masyarakat. Tidak dinafikan teknologi semakin menjadi sebahagian dalam kehidupan ke arah menjadi negara maju. Atas dasar itu, lebih ramai perlu diajar untuk menjadi celik IT terutamanya golongan tua supaya mereka tidak berasa susah untuk menggunakan teknologi yang ada. Bukan itu sahaja, akses kepada jalur lebar dan
  • 26. 26 peranti perlu diperluas agar ramai dapat dinikmati kemudahan yang disediakan teknologi. Rujukan Bag, S., Yadav, G., Dhamija, P., & Kataria, K. K. (2021). Key resources for industry 4.0 adoption and its effect on sustainable production and circular economy: An empirical study. Journal of Cleaner Production, 281, 125233. https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2020.125233 Berger, T., & Frey, C. B. (2015). Industrial renewal in the 21st century: evidence from US cities. Regional Studies, 51(3), 404– 413. https://doi.org/10.1080/00343404.2015.1100288 Brewster, M. (2020) Annual Retail Trade Survey Show Impact Of Online Shopping On Retail Sales During Covid-19 Pandemic. E-Commerce Sales Surged During the Pandemic. United States Census Bureau. https://www.census.gov/library/stories/2022/04/ecommerce-sales-surged- during-pandemic.html [23 September 2022] Ganesan, V. (2021) Malaysia E-shopping King of the Region, 9 out of 10 Online by end-2021. Edge Weekly. Zhang, W., Zhao, S., Wan, X., & Yao, Y. (2021). Study on the effect of digital economy on high-quality economic development in China. PLOS ONE, 16(9), e0257365. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0257365
  • 28. 28
  • 29. 29