SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1
Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor
<MPU2412>
Pengenalan
Orang Melayu Berkeris sewajarnya orang yang faham tauhid dan hakikat kehidupan
dan orang-orang yang berbudi, dan berbudaya bangsawan yang sentiasa menjaga
tatasusila dan cintakan kedamaian dan keharmonian. Hakikat keris adalah sebagai
pakaian peradaban dan ketamadunan. Keris adalah alat kebesaran menjaga maruah dan
kepentingan bangsa Melayu. Menurut orang lama, orang Melayu berkeris merasakan
dirinya tidak lengkap seolah bertelanjang andai keris tidak disisip bersama pakaian
seharian. Jelas ianya dipakai buat semua golongan masyarakat tanpa mengenal ras atau
pangkat. Ia sesuai dengan saranan Al-Quran sebagaimana perintah Allah kepada Nabi
Daud. Al-Anbiya 21:80 “Dan kami mengajarMu ( Nabi Daud) membuat baju-baju
besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana
peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”.
Silat Berkeris adalah pakaian peradaban mereka dari asal. Hanya kerana hilangnya
makna asal dan penyelewengan makna oleh pemikir yang berorientasikan pemikiran
orientalis, silat dan keris menjadi sesuatu perkara yang disempitkan makna kepada
semata-mata bela diri dan senjata. Seni Silat Berkeris adalah amanah bagi
mengembalikan ilmu-ilmu lama yang tidak bernama dan gerak-gerak yang tidak difahami
secara jelas. Dengan kembalinya Seni Silat Berkeris, kita mengharapkan anak-anak
bangsa akan kembali mendaulatkan rukun-rukun Melayu iaitu, Bertauhid Tuhan yang
Esa, Berlembaga dan Beraja Melayu, Beradat dan Beradab Melayu, Berbahasa dan
Berbudaya Melayudan yang terakhir Berbudi pekerti luhur Melayu.
2
Kajian Sejarah Asal-Usul
Menurut kajian Tengku Ahmad Ridhaudin, asal usul Seni Silat Berkeris sudah
wujud pada zaman dahulu lagi. Ia sukar dijejaki dan dipercayai berusia ribuan tahun. Ia
digunakan sebagai sistem pertahanan bagi kerajaan Langkasuka, Champa, Srivijaya,
Beruas, Melaka, Makasar, Aceh, Majapahit, Gangga, Pattani dan kerajaan-
kerajaan lain di Asia Tenggara. Menurut bukti tinggalan sejarah yang terdapat di
Chandi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa
sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8
Masihi. Seni Silat merupakan salah satu tradisi peninggalan nenek moyang bangsa
Melayu yang kini ditelan zaman. Silat begitu sebati dengan kaum Melayu di seantero
kepulauan Melayu terutama Malaysia dan Indonesia. Di dalam Kitab Hikayat Hang
Tuah, pertubuhan silat bermula dari seorang pengamal bela diri Melayu yang
mengabadikan dirinya kepada kehidupan yang zuhud yang dikenali Allahyarham
Pendita Kiyai Tok Muslim Pertapa Solok Slim. Ilmu ini telah disampaikan kepada
Laksamana Hang Tuah sendiri ketika beliau melawat ke satu daerah di kawasan selatan
Thailand.
Di Malaysia, catatan bertulis dalam sejarah silat bermula zaman Parameswara pada
kurun ke -12 sebelum membuka kerajaan Melaka. Disusuli cerita kehebatan Sultan
Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah menangkap pencuri-pencuri ketika rondaan waktu
malam di kota Melaka. Kisah lima hulubalang Melayu Melaka iaitu Hang Tuah, Hang
Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menentang lanun, orang amuk,
kemudian menuntut ilmu di Gunung Ledang hingga Hang Tuah menjadi Laksamana
Melaka menggambarkan perjalanan penjurit-penjurit Melayu dalam dunia persilatan.
Pahlawan-pahlawan yang tersohor menentang penjajah Inggeris dengan ilmu
persilatan antaranya adalah seperti Datuk Dol Said, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat
Kilau, Mat Lela dan Tok Janggut. Perkembangan silat di luar istana sudah lama berlaku
3
dan kisah Hang Tuah bersama teman-temannya berguru di Gunung Ledang menjadi
bukti.
Pakaian dan alatan yang digunakan dalam persilatan
Pakaian silat pula adalah longgar untuk mudah bergerak. Dalam sejarah peperangan,
orang-orang istana memakai sebegitu dan ada juga baju rantai untuk elak panahan,
memakai sangga rotan di pergelangan tangan dan bengkung di perut untuk tegap badan
dan juga untuk menahan dan mengalih tikaman senjata tajam. Ikut sejarah lisan dan
bertulis, orang-orang istana dalam bertempur menggunakan senjata-senjata tertentu
seperti keris, sundang, lembing, badik dan tumbuk lada. Keris adalah senjata utama
dalam sejarah persilatan. Kerana itu, pakaian perlu sesuai dengan kehadiran senjata-
senjata berkenaan supaya ia boleh diselit di bahagian-bahagian tertentu badan serta tidak
menghalang pergerakan bila bersenjata. Ada juga menggunakan senjata-senjata rahsia
seperti lawi ayam, kerambit dan anak badik yang disembunyikan dalam ikatan pakaian.
Pakaian dalam persembahan adalah mengikut perguruan dan kesesuaian majlis. Kerana
penampilan pertarungan hulubalang yang hendak dipersembahkan ciri-ciri orang istana
dizahirkan seperti bersetanjak, baju layang, bersamping dan keris. Ada juga yang berbaju
Cekak Musang dan Teluk Belanga dan warnanya hitam.
Lima pergerakan seni yang dikaji
1. Pergerakan buka gelanggang
Adat bergelanggang sebelum berlatih Silat Seni Berkeris, disarankan untuk kita
“membuka gelanggang terlebih dahulu. Membuka gelanggang membawa erti yang anak-
anak silat dalam satu jemaah, bersama-sama berdoa dan memohon agar ALLAH SWT
memberikan kerahmatan dan melindungi diri daripada segala ancaman dan niat khianat
sekalian manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu jahat dan sifat mazmunah daripada
diri pesilat. Guru latih selaku Imam gelanggang akan mengarahkan pesilat-pesilat
membuat formasi dalam bentuk bulatan ( Putera di kanan, Puteri di kiri), dan serentak
4
duduk berlutut dan kedua penumbuk menyentuh tapak gelanggang. Selain formasi
bulatan, terdapat juga formasi barisan dan formasi mengadap balaiong mengikut
kesesuaian. Imam gelanggang akan memulakan acara buka gelanggang dengan
menyebut;
Assalamualaikum.
Sebelum kita mula berlatih,terlebih dahulu kita buka gelanggang dengan bacaan:
1. Surah Al-Fatihah-1x
2. Surah Al-Ikhlas-11x
3. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW-3x
Kemudian, setelah selesai membaca Al-Fatihah, Qulfu dan Selawat, Imam gelanggang
akan menadah tangan untuk berdoa dan diikuti oleh semua pesilat. Doa gelanggang
antaranya dibacakan Ayat 9 dan Ayat Hulubalang disamping doa-doa lain. Imam
gelanggang akan buat isyarat pasak dalam ikhtiar memagar gelanggang. Imam
gelanggang akan mengadap ke arah kiblat. Jika keadaan tidak mengizinkan, jangan
sesekali duduk membelakangi arah aliran angin.
Contoh pergerakan buka gelanggang
2. Cara Tapak Silat
5
Cara Tapak Silat 1/2/3/4/5/32 hingga 64; Tapak Silat adalah taktik pergerakan
mengikut penjuru gelanggang atau mata angin. Tapak ini berpasangan kiri dan kanan,
depan dan belakang, pusingan kanan dan kiri. Tapak tunggal biasanya adalah kedudukan
kuda gantung ; sebelah kaki. Tapak duduk dikira tapak 1.
Cara langkah (32 arah mata angin) ; langkah adalah teknik melakukan gerakan kaki
ke arah tapak mengikut mata angin atau penjuru dalam perancangan gerak. Langkah
sumbang dan langkah melingkar juga cara-cara langkah diolah. Langkah 1; selari satu
garis, langkah 2; selari dua baris. Langkah 3, segitiga, langkah 4, segi empat, langkah 5;
melingkar/belebat; langkah 6, bintang. Langka dan tapak berubah secara dinamik;
fibonacci ; golden mean mengikut arah angin.
- Cara Masuk - Yoi ; gerakan tapak seterigah, sambil lentingan (spring)
- Cara Menyalah ; gerakan mengelak serangan tanpa bertapak
- Cara Menyamping ; gerakan mengelak, mengelek masuk dan jatuhan
- Menyapu ; membuat jatuhan dengan kaki pada pergerakan laki lawan
- Menguis; melakukan kuiskan sedikit dengan kaki bagi menjatuhkan dan menahan
gerakan
- Melompat Yoi; Cara lompatan yang tidak berpacak
-Tumbuk; gerakan umum pelbagai jenis tumbukan mengikut istilah perguruan
-Pancung ; gerakan pukulan dengan tangan terbuka
-Siku ;gerakan pukulan dengan sanggahan dengan siku
-Cara Sanggah/Sangga; gerakan bahu menyanggah
-Sendal; menyendal dengan lengan
-Cara Menangkis ; gerakan siku menangkis
-Cara Menepis ; gerakan tangan menepis
-Membuang ;membuang gerakan lawan jauh dari pesilat
-Menahan ; menahan gerakan lawan
-Menolak ; menolak anggota lawan
-Menarik ; menarik gerakan pesilat dan menarik anggota lawan
-Tangkis ; penggunaan anggota lengan untuk membuat tangkisan
6
-Cara Mengilas ; gerakan mengisar tangan; kaki lawan
-Cara Mengelak ; gerakan mengelak serangan
Contoh pergerakan tapak silat
3. Lela sembah
Lela sembah; Lela bermaksud tingkah laku yang elok ; lela sembah adalah susunan
gerakan yang membentuk satu cerita pembukaan dalam gerakan tari Seni Silat Berkeris.
Dalam persilatan biasa ia adalah satu set gerakan pembuka. Dalam Seni Silat Berkeris ia
bermaksud gerakan pembukaan hormat pada setiap permulaan persembahan tanpa
langkah ; sembah raja, sembah raja muda, sembah pahlawan, sembah pendekar. Boleh
dibuat waktu tubuh tinggi atau duduk panglima.
- Panjat Rebung ; Gerak Rebung bertaut naik ke atas
-Depok ; Duduk panglima
-Lutut ; gerakan berlutut
-Ulit mayang; gerakan lang dengan gerakan pada jari jemari
-Lang jatuh ; Dua tangan ke atas; arah bawah
-Lang naik ; Dua tangan dari bawah arah ke atas
-Lang melayang ; Dua tangan bergerak dari belakang ke depan/belakang dengan gerak
7
tubuh
-Kelopak ; Gerakan bunga kembang satu persatu
-Sikap ;Gerakan menanti sedia
-Pecah buah ; melakukan gerakan buat silat dari gerak bunga
-Sila ; Gerakan duduk panglima bersila ; depok
Contoh pergerakan Lela Sembah
4. Gerak Seni Keris
Seni berkeris adalah seni pelbagai gerak anggota pesilat dari gerakan mata, muka
,bahu, lengan, siku, tangan, pinggang, punggong, kaki, dan malah seluruh sendi tubuh.
Gerakan keris tidak mati pada tapak, dan sentiasa bergerak dalam gabungan gerak.
Kekuda Seni Silat Berkeris tidak terlalu rendah dan tidak terpacak pada tanah. Juga tidak
berdiri tegak. Sentiasa dalam keadaan ‘yoi’ (spring), langkah seterigah, dan gerakan
tapak sehingga 64 pada pusingan arah angin.
- Memakai- bersiap-menyelak-mengisar-menghunus-memegang-memetik-mencabut-
mencium-menanting-menyarung
-Meninting-menikam-meradak-mengilas-merenjis-melambai-menampar
-Menampan-menepis-menyangga-menangkis-menggilis
-Menghiris-menghambat-memarang-melibas-memancung-mengasak-memenggal
-Mengiring-memakan-menyimpan-menembi-menujah-mencatas-mengembar
-Melompat-merobek-membelah-memutus-menahan
8
-Merelang- menyamping-menusuk-membelah-mengumpan
-Mengelak- menggelek-melangkah-masuk-menyalah
-Menoleh-melirik-mengelit-mengerling
-Menyambut-melorek-melilit-merosak
Contoh pergerakan seni keris
5.Pergerakan mengisar
Mengisar; meletakkan keris ke arah kiri pinggan bagi melakukan tari pembukaan silat
keris. Dan ada juga dimaksudkan menghalakan hulu ke hadapan, dan ada juga
dimaksudkan mengembalikan muka sampir keris ke hadapan. ( Tatkala itu didengar
oleh Laksamana kata pendekar itu, maka ia pun amarah, serta disingsingkan
tangan bajunya dan mengisarkan kerisnya ke hadapan, Hikayat Hang Tuah)
-Menghunus;mengeluarkan dan menunjukkan keris
-Memetik;menekan sampir sedikit dengan ibu jari bagi mengeluarkan keris tanpa
mencabut terus dari sarung
-Mencabut; mengeluarkan bilah keris dengan pantas dan kurang beradab
-Mencium; mencium pada ibu jari, bukan pada bilah
-Menanting; melihat kesempurnaan keris ,atau bilah
-Meninting; mendengarkan bunyi besi;juga bermaksud meneliti baik buruk bilah
-Menikam; menikam dengan tuntung keris;tikam pulas, atau tikam radak
-Menampan; menahan tanpa gerakan balas
-Menyimpan ; menyorok keris
-Menanti ; menunggang gerak lawan
-Menujah ; menikam keris ke arah bawah
-Menyentak ; mencuri keris dari pinggang lawan
-Memaras ; melakukan gerangan memarang pada ketinggian sama dengan kedudukan
senjata
9
Contoh pergerakan mengisar
Pautan video
https://www.youtube.com/watch?v=i8m3h8jOzek&t=127s
LAPORAN TEMU BUAL
Laporan temu bual bersama pengemar seni
Tarikh : 18 November 2020
Masa : 11.00 Tengahari
Tempat : Damansara
Setelah melakukan temu bual bersama guru silat yang dikenali sebagai Din(bukan
nama sebenar) di rumah beliau, saya mendapati Tuan Din sudah terlibat dalam ilmu
persilatan dan perkerisan selama 30tahun. Ilmu persilatan ini beliau telah mempelajari
dari datuknya yang juga seorang guru silat. Beliau mula belajar secara rasmi apabila
beliau memasuki ke alam sekolah di Kuala Lumpur kerana sewaktu kecil bapa beliau
melarang beliau mempelajari seni silat berkeris.
Ilmu Seni Silat Berkeris ini beliau telah mempelajari di kampung beliau iaitu di
Lanchang, Pahang dan juga di Kuala Lumpur. Sejarah awal ilmu persilatan yang beliau
10
belajar ialah Seni Silat Gayung yang diajar oleh Allahyarham Meor Abdul Rahman. Ilmu
persilatan ini sudah sebati di dalam diri beliau kerana sudah terdedah sejak kecil lagi.
Nilai-nilai positif yang diperoleh dari Seni Silat Berkeris ini ialah pesilat haruslah
memahami bahawa seni ini kebolehan menguasai ruang seperti mana pelukis menguasai
canvas, petani menguasai tanah dan pesilat pula menguasai gelanggang. Apabila seni silat
ini diolah menjadi cantik ia menjadi satu peradaban. Melalui peradaban ini pesilat
membina aqidah dan tamadun akhlak. Seni Silat Berkeris ini adalah peradaban orang
Melayu kerana sifatnya mulia, ia boleh menjadi senjata pertahanan diri, atau di dalam Al-
Quran disebutkan bagi menjaga keselamatan diri.
Melalui seni ini, orang Melayu berkeris dapat membuang sifat amarah dan nafsu
berkeris untuk mengamuk dan menyerang orang lain tanpa bersebab dalam keadaan isim,
mabuk, atau hilang kewarasan. Melalui seni ini juga orang Melayu belajar kembali
kepada budi pekerti luhur yang menjadikan keris sebagai benteng nafsu. Orang yang
tersisip keris dipinggang sewajarnya orang yang menjaga amanah yang mendaulatkan
bangsa dan menjaga keamanan dan kedamaian negara dan masyarakat.
Selain itu, orang Melayu berkeris dapat memahami tauhid dan hakikat kehidupan.
Mereka juga dapat menjadi orang-orang yang berbudi, dan berbudaya bangsawan yang
sentiasa menjaga tatatusila dan cintakan kedamaian dan keharmonian. Seni Silat Berkeris
adalah seni iman dan adab. Pesilat dapat membangunkan satu dasar pemikiran baru
dalam memupuk keharmonian antarabangsa di dalam memahami makna dan erti
peradaban dan ketamadunan. Pesilat juga dapat belajar mengenai semangat yang tidak
putus asa dan berusaha. Selain itu, ia memberi semangat setia kawan di kalangan pesilat.
Cabaran yang dihidapi pula ialah pada awalnya banyak mengalami kecederaan seperti
luka dan patah. Ia memerlukan semangat yang tinggi dan semangat yang tidak berputus
asa dalam mencari ilmu. Pesilat harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila
mengalami kecederaan. Selain itu, masa dan wang ringgit juga banyak terbuang
sepanjang awal penglibatan di dunia persilatan ini. Hal ini kerana, pada awalnya ia
kurang dapat menarik perhatian. Di samping itu juga, anak-anak silat juga banyak
mengalami gangguan mistik tetapi demi cintakan warisan dan seni budaya kami
menghadapi ujian ini dengan tabah.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mempromosikan Seni Silat Berkeris ini ialah
dengan membuat pertandingan kejohanan Silat Berkeris yang dilaksanakan diseluruh
negara hingga ke peringkat dunia. Ia dapat memelihara,memulihara dan mengangkat
kembali keris sebagai lambang kedaulatan dan ketamadunan. Pada tahun 2019, Seni Silat
Berkeris ini telah diiktiraf oleh World Heritage. Ia salah satu cara untuk mempromosikan
11
seni ini kerana terdapat banyak guru persilatan yang handal terlibat. Secara tidak
langsung ia dapat membina falsafah orang Melayu.
Penulisan Refleksi Jurnal
`Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja
kursus berasaskan sejarah Seni Silat Berkeris. Saya Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin
Shukor sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya
sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika ahli keluarga, kawan-kawan, ibu,
pensyarah dan pengiat seni tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan tugasan ini sangat menarik kerana saya tidak
menyangka dapat melakukan dengan baik. Dengan keadaan pandemik Covid-19, saya
berasa bersyukur dapat diberi peluang ilmu pengetahuan mengenai Seni Silat Berkeris.
Saya juga dapat memahami tujuan Seni Silat Berkeris ini ialah untuk saranan orang
Melayu kembali berkeris dan mengembalikan adat istiadat berkeris. Ia juga dapat
memelihara dan memulihara peradaban orang Melayu yang semakin jauh tertinggal.
Orang Melayu bukan sahaja telah hilang ketamadunan agong tetapi berdiri lesu
mengenang kegemilangan lama dan duduk kaku dihenjak kehendak-kehendak
pemodenan.
Sepanjang kerja kursus ini saya mendapati bahawa Seni Silat Berkeris boleh memberi
fokus kepada beladiri, dan silat menjuruskan kepada adaptasi flora dan fauna alam
sekeliling. Keris juga adalah pakaian peradaban orang Melayu dalam menjaga diri. Keris
bukan senjata amuk atau alat provokasi membabi buta untuk orang Melayu sebagaimana
dijaja oleh penjajah, orientalis dan sekutunya. Tetapi sebahagian orang Melayu
menganggap keris adalah barang syirik dan khurafat.
Penulisan Barat mengenai kes-kes amukan keris oleh orang-orang Melayu hanyalah
penulisan berunsur fitnah yang sengaja diolah oleh para penjajah. Masakan orang Melayu
mengamuk dengan keris sedangkan keris adalah lambang martabat mereka. Ringkasnya
keris bukanlah senjata perang, dan bukan senjata yang diberikan kepada orang tidak
berakal. Keris adalah pakaian peradaban yang penuh dengan perlambangan dan falsafah
orang Melayu yang memetingkan damai melebihi peperangan.
Selain itu, kita juga sering dimomokkan bahawa ilmu persilatan ini adalah ilmu yang
lebih kepada mistik seperti upacara mandi minyak dan gila isim. Ia sebenarnya tidak
wujud kerana pada pergerakan buka gelanggang sudah dibaca doa dan ayat pelindung
12
diri untuk mengelakkan anasir jahat. Dari situ dapat diketahui bahawa ia adalah satu
mitos sahaja. Mandi minyak adalah untuk mengurangkan kesakitan pada pesilat sahaja.
Di samping itu, ia dapat membina keyakinan dan semangat. Ia mengenai adab berfikir
dan atas aqidah seseorang. Jika ia di salah guna maka buruk lah imej ilmu persilatan.
Di samping itu juga, dengan mengikuti ilmu persilatan ini saya mendapati bahawa
silat ialah kebangkitan peradaban Melayu. Tetapi ia kadang-kadang di salah gunakan oleh
kumpulan-kumpulan yang tidak bermoral. Ia mengambil kesempatan dengan menjual
nama-nama silat untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan kumpulan. Dengan silat,
kita mestilah membawa bersama dengan pendidikan dan ilmu supaya ia tidak memesong
ke arah lain.
Cadangan yang boleh saya syorkan yang pertama ialah Menteri Belia dan Sukan
haruslan kerap membuat pameran-pameran mengenal sejarah peradaban Melayu. Ia
sekali gus dapat menarik minat masyarakat luar. Sekali gus ia dapat memberi peluang
kepada anak-anak muda mengenak guru-guru silat yang ada di Malaysia ini dan dapat
mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
Selain itu, untuk ahli-ahli pesilat boleh juga membuat kelas silat dan berkeris dengan
harga yang berpatutan. Dengan cara ini ia dapat menarik sedikit demi sedikit minat
masyarakat di luar. Pengiat silat juga haruslah membuat aktiviti dan memberi penerangan
kepada masyarakat luar supaya tidak terjadi salah faham dan bosan mengenai ilmu
persilatan ini.
Di samping itu, pengiat seni juga boleh di syorkan membuat pertandingan silat terbuka.
Dengan pertandingan ini, masyarakat di luar mampu membuka mata untuk mengetahui
dan mendalami ilmu persilatan ini. Pengiat seni juga haruslah selalu memberi ilmu
pengetahuan ini di media sosial. Ini kerana , pada zaman moden ini masyarakat luar lebih
senang mencari di media sosial sahaja.
Kesimpulannya, kita sebagai orang Melayu haruslah menjaga peradaban kita sendiri.
Silat adalah lambang maruah dan peradaban Melayu dan keris pula adalah lambang
kehebatan dan darjat pemakai. Maka ia perlulan dijaga dan disantuni sebagai pusaka diri
dan apabila khatam maka bersambunglah amanah dari silsilah guru-guru.
13
RUJUKAN
Petikan Pencak & Silat Sultan Zainal Abidin (Arkib Negara)
Perkembangan Dunia Islam -Dr Hamka
Hikayat Hang Tuah (1966:67)
Tengku Ahmad Ridhaudin (2009)
Perkeris : Seni Silat Berkeris
Amy Shaari
http://www.khalifahgayong.wordpress.com
Abdul Rahman Ismail, 2003. Seni Silat Melayu Sejarah Perkembangan dan Budaya
14

More Related Content

What's hot

Teori kognitif wolfgang kohler dan robert m. gagne
Teori kognitif wolfgang kohler dan robert m. gagneTeori kognitif wolfgang kohler dan robert m. gagne
Teori kognitif wolfgang kohler dan robert m. gagneMazliana Mahadzir
 
kedatangan kuasa barat
 kedatangan kuasa barat kedatangan kuasa barat
kedatangan kuasa baratBalqisH yuha
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
Ciri ciri guru sejarah yang efektif
Ciri ciri guru sejarah yang efektifCiri ciri guru sejarah yang efektif
Ciri ciri guru sejarah yang efektifElamkhovanmalar
 
Metakognitif dan refleksi
Metakognitif dan refleksiMetakognitif dan refleksi
Metakognitif dan refleksiIzzat Najmi
 
Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu FaFai S.
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docxfiro HAR
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Alif Akram
 
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKALATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKAmohdharmanmdrodzi
 
Apa itu sejarah
Apa itu sejarahApa itu sejarah
Apa itu sejarahyuzz7772
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordNur Leana Burn
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALSherly Jewinly
 
SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah : Mata pelajaran sejarah di sekolah...
SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah : Mata pelajaran sejarah di sekolah...SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah : Mata pelajaran sejarah di sekolah...
SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah : Mata pelajaran sejarah di sekolah...FaFai S.
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanMagdalinaNdong
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriLee Bun
 
Slaid tembikar n alat domestik
Slaid tembikar n alat domestikSlaid tembikar n alat domestik
Slaid tembikar n alat domestikSue Suraiza
 
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negarafiro HAR
 

What's hot (20)

Teori kognitif wolfgang kohler dan robert m. gagne
Teori kognitif wolfgang kohler dan robert m. gagneTeori kognitif wolfgang kohler dan robert m. gagne
Teori kognitif wolfgang kohler dan robert m. gagne
 
kedatangan kuasa barat
 kedatangan kuasa barat kedatangan kuasa barat
kedatangan kuasa barat
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Ciri ciri guru sejarah yang efektif
Ciri ciri guru sejarah yang efektifCiri ciri guru sejarah yang efektif
Ciri ciri guru sejarah yang efektif
 
Metakognitif dan refleksi
Metakognitif dan refleksiMetakognitif dan refleksi
Metakognitif dan refleksi
 
Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
 
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKALATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Apa itu sejarah
Apa itu sejarahApa itu sejarah
Apa itu sejarah
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
 
SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah : Mata pelajaran sejarah di sekolah...
SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah : Mata pelajaran sejarah di sekolah...SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah : Mata pelajaran sejarah di sekolah...
SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah : Mata pelajaran sejarah di sekolah...
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 
Slaid tembikar n alat domestik
Slaid tembikar n alat domestikSlaid tembikar n alat domestik
Slaid tembikar n alat domestik
 
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara
 

Similar to SILAT

Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)peningla
 
Pecak silat
Pecak silatPecak silat
Pecak silatlory lor
 
Ilmu sosial dasar 1 ia04
Ilmu sosial dasar 1 ia04Ilmu sosial dasar 1 ia04
Ilmu sosial dasar 1 ia04Yoga Yps
 
Nota Silat.pdf
Nota Silat.pdfNota Silat.pdf
Nota Silat.pdfNewShuk
 
Kebudayaan indonesia presentation
Kebudayaan indonesia presentationKebudayaan indonesia presentation
Kebudayaan indonesia presentationSekolah Vokasi UGM
 
Olahraga Tradisional Indonesia.pptx
Olahraga Tradisional Indonesia.pptxOlahraga Tradisional Indonesia.pptx
Olahraga Tradisional Indonesia.pptxAhmadAzizyAssoffah
 
dokumen.tips_penjas-pencak-silat.ppt
dokumen.tips_penjas-pencak-silat.pptdokumen.tips_penjas-pencak-silat.ppt
dokumen.tips_penjas-pencak-silat.pptjopanagustino
 
Bab iv ah silat lunang
Bab iv ah silat lunangBab iv ah silat lunang
Bab iv ah silat lunangUdo Firman
 
Sosiologi Multicultural adat Jawa
Sosiologi Multicultural adat JawaSosiologi Multicultural adat Jawa
Sosiologi Multicultural adat JawaEdho1802
 
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehAmie Gy
 
Filosofi pencak silat
Filosofi pencak silatFilosofi pencak silat
Filosofi pencak silatIffan Gallant
 
Olahraga Pencak silat
Olahraga Pencak silatOlahraga Pencak silat
Olahraga Pencak silatCaks Munn
 
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapanganKeris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapanganhaniffpotter
 
ringkasan Gayong.pdf
ringkasan Gayong.pdfringkasan Gayong.pdf
ringkasan Gayong.pdfNewShuk
 

Similar to SILAT (20)

Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
 
Power point TI
Power point TIPower point TI
Power point TI
 
Tari topeng klana
Tari topeng klanaTari topeng klana
Tari topeng klana
 
Pr penjas
Pr penjasPr penjas
Pr penjas
 
Peluru petunang
Peluru petunangPeluru petunang
Peluru petunang
 
Pecak silat
Pecak silatPecak silat
Pecak silat
 
Ilmu sosial dasar 1 ia04
Ilmu sosial dasar 1 ia04Ilmu sosial dasar 1 ia04
Ilmu sosial dasar 1 ia04
 
Nota Silat.pdf
Nota Silat.pdfNota Silat.pdf
Nota Silat.pdf
 
Kebudayaan indonesia presentation
Kebudayaan indonesia presentationKebudayaan indonesia presentation
Kebudayaan indonesia presentation
 
Tari primitif
Tari primitifTari primitif
Tari primitif
 
Olahraga Tradisional Indonesia.pptx
Olahraga Tradisional Indonesia.pptxOlahraga Tradisional Indonesia.pptx
Olahraga Tradisional Indonesia.pptx
 
dokumen.tips_penjas-pencak-silat.ppt
dokumen.tips_penjas-pencak-silat.pptdokumen.tips_penjas-pencak-silat.ppt
dokumen.tips_penjas-pencak-silat.ppt
 
Bab iv ah silat lunang
Bab iv ah silat lunangBab iv ah silat lunang
Bab iv ah silat lunang
 
Ski indonesia
Ski indonesiaSki indonesia
Ski indonesia
 
Sosiologi Multicultural adat Jawa
Sosiologi Multicultural adat JawaSosiologi Multicultural adat Jawa
Sosiologi Multicultural adat Jawa
 
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
 
Filosofi pencak silat
Filosofi pencak silatFilosofi pencak silat
Filosofi pencak silat
 
Olahraga Pencak silat
Olahraga Pencak silatOlahraga Pencak silat
Olahraga Pencak silat
 
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapanganKeris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
 
ringkasan Gayong.pdf
ringkasan Gayong.pdfringkasan Gayong.pdf
ringkasan Gayong.pdf
 

More from Open University Malaysia

More from Open University Malaysia (8)

CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx
CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docxCDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx
CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx
 
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.docHDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
 
HDPS 4503 assignment.doc
HDPS 4503 assignment.docHDPS 4503 assignment.doc
HDPS 4503 assignment.doc
 
HDPS4603.docx
HDPS4603.docxHDPS4603.docx
HDPS4603.docx
 
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanakHdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
 
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran AfektifHdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
 
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran KognitifHdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
 
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
 

Recently uploaded

Nila88 : Situs Slot Gacor Scatter Hitam Mahjong & Link Slot Resmi Hari Ini
Nila88 : Situs Slot Gacor Scatter Hitam Mahjong & Link Slot Resmi Hari IniNila88 : Situs Slot Gacor Scatter Hitam Mahjong & Link Slot Resmi Hari Ini
Nila88 : Situs Slot Gacor Scatter Hitam Mahjong & Link Slot Resmi Hari IniNila88
 
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikMAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikssuser328cb5
 
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................teeka180806
 
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah MaxwinBento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah MaxwinBento88slot
 
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandungWa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandungnicksbag
 
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari IniSizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari IniSizi99
 
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang MenangRyu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang MenangRyu4D
 
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfPEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfachsofyan1
 
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOTIDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOTNeta
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...Neta
 
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari IniJasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari IniJasatoto99
 

Recently uploaded (11)

Nila88 : Situs Slot Gacor Scatter Hitam Mahjong & Link Slot Resmi Hari Ini
Nila88 : Situs Slot Gacor Scatter Hitam Mahjong & Link Slot Resmi Hari IniNila88 : Situs Slot Gacor Scatter Hitam Mahjong & Link Slot Resmi Hari Ini
Nila88 : Situs Slot Gacor Scatter Hitam Mahjong & Link Slot Resmi Hari Ini
 
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikMAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
 
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
 
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah MaxwinBento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
 
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandungWa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
 
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari IniSizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
 
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang MenangRyu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
 
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfPEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
 
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOTIDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
 
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari IniJasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
 

SILAT

  • 1. 1 Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor <MPU2412> Pengenalan Orang Melayu Berkeris sewajarnya orang yang faham tauhid dan hakikat kehidupan dan orang-orang yang berbudi, dan berbudaya bangsawan yang sentiasa menjaga tatasusila dan cintakan kedamaian dan keharmonian. Hakikat keris adalah sebagai pakaian peradaban dan ketamadunan. Keris adalah alat kebesaran menjaga maruah dan kepentingan bangsa Melayu. Menurut orang lama, orang Melayu berkeris merasakan dirinya tidak lengkap seolah bertelanjang andai keris tidak disisip bersama pakaian seharian. Jelas ianya dipakai buat semua golongan masyarakat tanpa mengenal ras atau pangkat. Ia sesuai dengan saranan Al-Quran sebagaimana perintah Allah kepada Nabi Daud. Al-Anbiya 21:80 “Dan kami mengajarMu ( Nabi Daud) membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”. Silat Berkeris adalah pakaian peradaban mereka dari asal. Hanya kerana hilangnya makna asal dan penyelewengan makna oleh pemikir yang berorientasikan pemikiran orientalis, silat dan keris menjadi sesuatu perkara yang disempitkan makna kepada semata-mata bela diri dan senjata. Seni Silat Berkeris adalah amanah bagi mengembalikan ilmu-ilmu lama yang tidak bernama dan gerak-gerak yang tidak difahami secara jelas. Dengan kembalinya Seni Silat Berkeris, kita mengharapkan anak-anak bangsa akan kembali mendaulatkan rukun-rukun Melayu iaitu, Bertauhid Tuhan yang Esa, Berlembaga dan Beraja Melayu, Beradat dan Beradab Melayu, Berbahasa dan Berbudaya Melayudan yang terakhir Berbudi pekerti luhur Melayu.
  • 2. 2 Kajian Sejarah Asal-Usul Menurut kajian Tengku Ahmad Ridhaudin, asal usul Seni Silat Berkeris sudah wujud pada zaman dahulu lagi. Ia sukar dijejaki dan dipercayai berusia ribuan tahun. Ia digunakan sebagai sistem pertahanan bagi kerajaan Langkasuka, Champa, Srivijaya, Beruas, Melaka, Makasar, Aceh, Majapahit, Gangga, Pattani dan kerajaan- kerajaan lain di Asia Tenggara. Menurut bukti tinggalan sejarah yang terdapat di Chandi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Seni Silat merupakan salah satu tradisi peninggalan nenek moyang bangsa Melayu yang kini ditelan zaman. Silat begitu sebati dengan kaum Melayu di seantero kepulauan Melayu terutama Malaysia dan Indonesia. Di dalam Kitab Hikayat Hang Tuah, pertubuhan silat bermula dari seorang pengamal bela diri Melayu yang mengabadikan dirinya kepada kehidupan yang zuhud yang dikenali Allahyarham Pendita Kiyai Tok Muslim Pertapa Solok Slim. Ilmu ini telah disampaikan kepada Laksamana Hang Tuah sendiri ketika beliau melawat ke satu daerah di kawasan selatan Thailand. Di Malaysia, catatan bertulis dalam sejarah silat bermula zaman Parameswara pada kurun ke -12 sebelum membuka kerajaan Melaka. Disusuli cerita kehebatan Sultan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah menangkap pencuri-pencuri ketika rondaan waktu malam di kota Melaka. Kisah lima hulubalang Melayu Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menentang lanun, orang amuk, kemudian menuntut ilmu di Gunung Ledang hingga Hang Tuah menjadi Laksamana Melaka menggambarkan perjalanan penjurit-penjurit Melayu dalam dunia persilatan. Pahlawan-pahlawan yang tersohor menentang penjajah Inggeris dengan ilmu persilatan antaranya adalah seperti Datuk Dol Said, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Lela dan Tok Janggut. Perkembangan silat di luar istana sudah lama berlaku
  • 3. 3 dan kisah Hang Tuah bersama teman-temannya berguru di Gunung Ledang menjadi bukti. Pakaian dan alatan yang digunakan dalam persilatan Pakaian silat pula adalah longgar untuk mudah bergerak. Dalam sejarah peperangan, orang-orang istana memakai sebegitu dan ada juga baju rantai untuk elak panahan, memakai sangga rotan di pergelangan tangan dan bengkung di perut untuk tegap badan dan juga untuk menahan dan mengalih tikaman senjata tajam. Ikut sejarah lisan dan bertulis, orang-orang istana dalam bertempur menggunakan senjata-senjata tertentu seperti keris, sundang, lembing, badik dan tumbuk lada. Keris adalah senjata utama dalam sejarah persilatan. Kerana itu, pakaian perlu sesuai dengan kehadiran senjata- senjata berkenaan supaya ia boleh diselit di bahagian-bahagian tertentu badan serta tidak menghalang pergerakan bila bersenjata. Ada juga menggunakan senjata-senjata rahsia seperti lawi ayam, kerambit dan anak badik yang disembunyikan dalam ikatan pakaian. Pakaian dalam persembahan adalah mengikut perguruan dan kesesuaian majlis. Kerana penampilan pertarungan hulubalang yang hendak dipersembahkan ciri-ciri orang istana dizahirkan seperti bersetanjak, baju layang, bersamping dan keris. Ada juga yang berbaju Cekak Musang dan Teluk Belanga dan warnanya hitam. Lima pergerakan seni yang dikaji 1. Pergerakan buka gelanggang Adat bergelanggang sebelum berlatih Silat Seni Berkeris, disarankan untuk kita “membuka gelanggang terlebih dahulu. Membuka gelanggang membawa erti yang anak- anak silat dalam satu jemaah, bersama-sama berdoa dan memohon agar ALLAH SWT memberikan kerahmatan dan melindungi diri daripada segala ancaman dan niat khianat sekalian manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu jahat dan sifat mazmunah daripada diri pesilat. Guru latih selaku Imam gelanggang akan mengarahkan pesilat-pesilat membuat formasi dalam bentuk bulatan ( Putera di kanan, Puteri di kiri), dan serentak
  • 4. 4 duduk berlutut dan kedua penumbuk menyentuh tapak gelanggang. Selain formasi bulatan, terdapat juga formasi barisan dan formasi mengadap balaiong mengikut kesesuaian. Imam gelanggang akan memulakan acara buka gelanggang dengan menyebut; Assalamualaikum. Sebelum kita mula berlatih,terlebih dahulu kita buka gelanggang dengan bacaan: 1. Surah Al-Fatihah-1x 2. Surah Al-Ikhlas-11x 3. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW-3x Kemudian, setelah selesai membaca Al-Fatihah, Qulfu dan Selawat, Imam gelanggang akan menadah tangan untuk berdoa dan diikuti oleh semua pesilat. Doa gelanggang antaranya dibacakan Ayat 9 dan Ayat Hulubalang disamping doa-doa lain. Imam gelanggang akan buat isyarat pasak dalam ikhtiar memagar gelanggang. Imam gelanggang akan mengadap ke arah kiblat. Jika keadaan tidak mengizinkan, jangan sesekali duduk membelakangi arah aliran angin. Contoh pergerakan buka gelanggang 2. Cara Tapak Silat
  • 5. 5 Cara Tapak Silat 1/2/3/4/5/32 hingga 64; Tapak Silat adalah taktik pergerakan mengikut penjuru gelanggang atau mata angin. Tapak ini berpasangan kiri dan kanan, depan dan belakang, pusingan kanan dan kiri. Tapak tunggal biasanya adalah kedudukan kuda gantung ; sebelah kaki. Tapak duduk dikira tapak 1. Cara langkah (32 arah mata angin) ; langkah adalah teknik melakukan gerakan kaki ke arah tapak mengikut mata angin atau penjuru dalam perancangan gerak. Langkah sumbang dan langkah melingkar juga cara-cara langkah diolah. Langkah 1; selari satu garis, langkah 2; selari dua baris. Langkah 3, segitiga, langkah 4, segi empat, langkah 5; melingkar/belebat; langkah 6, bintang. Langka dan tapak berubah secara dinamik; fibonacci ; golden mean mengikut arah angin. - Cara Masuk - Yoi ; gerakan tapak seterigah, sambil lentingan (spring) - Cara Menyalah ; gerakan mengelak serangan tanpa bertapak - Cara Menyamping ; gerakan mengelak, mengelek masuk dan jatuhan - Menyapu ; membuat jatuhan dengan kaki pada pergerakan laki lawan - Menguis; melakukan kuiskan sedikit dengan kaki bagi menjatuhkan dan menahan gerakan - Melompat Yoi; Cara lompatan yang tidak berpacak -Tumbuk; gerakan umum pelbagai jenis tumbukan mengikut istilah perguruan -Pancung ; gerakan pukulan dengan tangan terbuka -Siku ;gerakan pukulan dengan sanggahan dengan siku -Cara Sanggah/Sangga; gerakan bahu menyanggah -Sendal; menyendal dengan lengan -Cara Menangkis ; gerakan siku menangkis -Cara Menepis ; gerakan tangan menepis -Membuang ;membuang gerakan lawan jauh dari pesilat -Menahan ; menahan gerakan lawan -Menolak ; menolak anggota lawan -Menarik ; menarik gerakan pesilat dan menarik anggota lawan -Tangkis ; penggunaan anggota lengan untuk membuat tangkisan
  • 6. 6 -Cara Mengilas ; gerakan mengisar tangan; kaki lawan -Cara Mengelak ; gerakan mengelak serangan Contoh pergerakan tapak silat 3. Lela sembah Lela sembah; Lela bermaksud tingkah laku yang elok ; lela sembah adalah susunan gerakan yang membentuk satu cerita pembukaan dalam gerakan tari Seni Silat Berkeris. Dalam persilatan biasa ia adalah satu set gerakan pembuka. Dalam Seni Silat Berkeris ia bermaksud gerakan pembukaan hormat pada setiap permulaan persembahan tanpa langkah ; sembah raja, sembah raja muda, sembah pahlawan, sembah pendekar. Boleh dibuat waktu tubuh tinggi atau duduk panglima. - Panjat Rebung ; Gerak Rebung bertaut naik ke atas -Depok ; Duduk panglima -Lutut ; gerakan berlutut -Ulit mayang; gerakan lang dengan gerakan pada jari jemari -Lang jatuh ; Dua tangan ke atas; arah bawah -Lang naik ; Dua tangan dari bawah arah ke atas -Lang melayang ; Dua tangan bergerak dari belakang ke depan/belakang dengan gerak
  • 7. 7 tubuh -Kelopak ; Gerakan bunga kembang satu persatu -Sikap ;Gerakan menanti sedia -Pecah buah ; melakukan gerakan buat silat dari gerak bunga -Sila ; Gerakan duduk panglima bersila ; depok Contoh pergerakan Lela Sembah 4. Gerak Seni Keris Seni berkeris adalah seni pelbagai gerak anggota pesilat dari gerakan mata, muka ,bahu, lengan, siku, tangan, pinggang, punggong, kaki, dan malah seluruh sendi tubuh. Gerakan keris tidak mati pada tapak, dan sentiasa bergerak dalam gabungan gerak. Kekuda Seni Silat Berkeris tidak terlalu rendah dan tidak terpacak pada tanah. Juga tidak berdiri tegak. Sentiasa dalam keadaan ‘yoi’ (spring), langkah seterigah, dan gerakan tapak sehingga 64 pada pusingan arah angin. - Memakai- bersiap-menyelak-mengisar-menghunus-memegang-memetik-mencabut- mencium-menanting-menyarung -Meninting-menikam-meradak-mengilas-merenjis-melambai-menampar -Menampan-menepis-menyangga-menangkis-menggilis -Menghiris-menghambat-memarang-melibas-memancung-mengasak-memenggal -Mengiring-memakan-menyimpan-menembi-menujah-mencatas-mengembar -Melompat-merobek-membelah-memutus-menahan
  • 8. 8 -Merelang- menyamping-menusuk-membelah-mengumpan -Mengelak- menggelek-melangkah-masuk-menyalah -Menoleh-melirik-mengelit-mengerling -Menyambut-melorek-melilit-merosak Contoh pergerakan seni keris 5.Pergerakan mengisar Mengisar; meletakkan keris ke arah kiri pinggan bagi melakukan tari pembukaan silat keris. Dan ada juga dimaksudkan menghalakan hulu ke hadapan, dan ada juga dimaksudkan mengembalikan muka sampir keris ke hadapan. ( Tatkala itu didengar oleh Laksamana kata pendekar itu, maka ia pun amarah, serta disingsingkan tangan bajunya dan mengisarkan kerisnya ke hadapan, Hikayat Hang Tuah) -Menghunus;mengeluarkan dan menunjukkan keris -Memetik;menekan sampir sedikit dengan ibu jari bagi mengeluarkan keris tanpa mencabut terus dari sarung -Mencabut; mengeluarkan bilah keris dengan pantas dan kurang beradab -Mencium; mencium pada ibu jari, bukan pada bilah -Menanting; melihat kesempurnaan keris ,atau bilah -Meninting; mendengarkan bunyi besi;juga bermaksud meneliti baik buruk bilah -Menikam; menikam dengan tuntung keris;tikam pulas, atau tikam radak -Menampan; menahan tanpa gerakan balas -Menyimpan ; menyorok keris -Menanti ; menunggang gerak lawan -Menujah ; menikam keris ke arah bawah -Menyentak ; mencuri keris dari pinggang lawan -Memaras ; melakukan gerangan memarang pada ketinggian sama dengan kedudukan senjata
  • 9. 9 Contoh pergerakan mengisar Pautan video https://www.youtube.com/watch?v=i8m3h8jOzek&t=127s LAPORAN TEMU BUAL Laporan temu bual bersama pengemar seni Tarikh : 18 November 2020 Masa : 11.00 Tengahari Tempat : Damansara Setelah melakukan temu bual bersama guru silat yang dikenali sebagai Din(bukan nama sebenar) di rumah beliau, saya mendapati Tuan Din sudah terlibat dalam ilmu persilatan dan perkerisan selama 30tahun. Ilmu persilatan ini beliau telah mempelajari dari datuknya yang juga seorang guru silat. Beliau mula belajar secara rasmi apabila beliau memasuki ke alam sekolah di Kuala Lumpur kerana sewaktu kecil bapa beliau melarang beliau mempelajari seni silat berkeris. Ilmu Seni Silat Berkeris ini beliau telah mempelajari di kampung beliau iaitu di Lanchang, Pahang dan juga di Kuala Lumpur. Sejarah awal ilmu persilatan yang beliau
  • 10. 10 belajar ialah Seni Silat Gayung yang diajar oleh Allahyarham Meor Abdul Rahman. Ilmu persilatan ini sudah sebati di dalam diri beliau kerana sudah terdedah sejak kecil lagi. Nilai-nilai positif yang diperoleh dari Seni Silat Berkeris ini ialah pesilat haruslah memahami bahawa seni ini kebolehan menguasai ruang seperti mana pelukis menguasai canvas, petani menguasai tanah dan pesilat pula menguasai gelanggang. Apabila seni silat ini diolah menjadi cantik ia menjadi satu peradaban. Melalui peradaban ini pesilat membina aqidah dan tamadun akhlak. Seni Silat Berkeris ini adalah peradaban orang Melayu kerana sifatnya mulia, ia boleh menjadi senjata pertahanan diri, atau di dalam Al- Quran disebutkan bagi menjaga keselamatan diri. Melalui seni ini, orang Melayu berkeris dapat membuang sifat amarah dan nafsu berkeris untuk mengamuk dan menyerang orang lain tanpa bersebab dalam keadaan isim, mabuk, atau hilang kewarasan. Melalui seni ini juga orang Melayu belajar kembali kepada budi pekerti luhur yang menjadikan keris sebagai benteng nafsu. Orang yang tersisip keris dipinggang sewajarnya orang yang menjaga amanah yang mendaulatkan bangsa dan menjaga keamanan dan kedamaian negara dan masyarakat. Selain itu, orang Melayu berkeris dapat memahami tauhid dan hakikat kehidupan. Mereka juga dapat menjadi orang-orang yang berbudi, dan berbudaya bangsawan yang sentiasa menjaga tatatusila dan cintakan kedamaian dan keharmonian. Seni Silat Berkeris adalah seni iman dan adab. Pesilat dapat membangunkan satu dasar pemikiran baru dalam memupuk keharmonian antarabangsa di dalam memahami makna dan erti peradaban dan ketamadunan. Pesilat juga dapat belajar mengenai semangat yang tidak putus asa dan berusaha. Selain itu, ia memberi semangat setia kawan di kalangan pesilat. Cabaran yang dihidapi pula ialah pada awalnya banyak mengalami kecederaan seperti luka dan patah. Ia memerlukan semangat yang tinggi dan semangat yang tidak berputus asa dalam mencari ilmu. Pesilat harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila mengalami kecederaan. Selain itu, masa dan wang ringgit juga banyak terbuang sepanjang awal penglibatan di dunia persilatan ini. Hal ini kerana, pada awalnya ia kurang dapat menarik perhatian. Di samping itu juga, anak-anak silat juga banyak mengalami gangguan mistik tetapi demi cintakan warisan dan seni budaya kami menghadapi ujian ini dengan tabah. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mempromosikan Seni Silat Berkeris ini ialah dengan membuat pertandingan kejohanan Silat Berkeris yang dilaksanakan diseluruh negara hingga ke peringkat dunia. Ia dapat memelihara,memulihara dan mengangkat kembali keris sebagai lambang kedaulatan dan ketamadunan. Pada tahun 2019, Seni Silat Berkeris ini telah diiktiraf oleh World Heritage. Ia salah satu cara untuk mempromosikan
  • 11. 11 seni ini kerana terdapat banyak guru persilatan yang handal terlibat. Secara tidak langsung ia dapat membina falsafah orang Melayu. Penulisan Refleksi Jurnal `Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus berasaskan sejarah Seni Silat Berkeris. Saya Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika ahli keluarga, kawan-kawan, ibu, pensyarah dan pengiat seni tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan tugasan ini sangat menarik kerana saya tidak menyangka dapat melakukan dengan baik. Dengan keadaan pandemik Covid-19, saya berasa bersyukur dapat diberi peluang ilmu pengetahuan mengenai Seni Silat Berkeris. Saya juga dapat memahami tujuan Seni Silat Berkeris ini ialah untuk saranan orang Melayu kembali berkeris dan mengembalikan adat istiadat berkeris. Ia juga dapat memelihara dan memulihara peradaban orang Melayu yang semakin jauh tertinggal. Orang Melayu bukan sahaja telah hilang ketamadunan agong tetapi berdiri lesu mengenang kegemilangan lama dan duduk kaku dihenjak kehendak-kehendak pemodenan. Sepanjang kerja kursus ini saya mendapati bahawa Seni Silat Berkeris boleh memberi fokus kepada beladiri, dan silat menjuruskan kepada adaptasi flora dan fauna alam sekeliling. Keris juga adalah pakaian peradaban orang Melayu dalam menjaga diri. Keris bukan senjata amuk atau alat provokasi membabi buta untuk orang Melayu sebagaimana dijaja oleh penjajah, orientalis dan sekutunya. Tetapi sebahagian orang Melayu menganggap keris adalah barang syirik dan khurafat. Penulisan Barat mengenai kes-kes amukan keris oleh orang-orang Melayu hanyalah penulisan berunsur fitnah yang sengaja diolah oleh para penjajah. Masakan orang Melayu mengamuk dengan keris sedangkan keris adalah lambang martabat mereka. Ringkasnya keris bukanlah senjata perang, dan bukan senjata yang diberikan kepada orang tidak berakal. Keris adalah pakaian peradaban yang penuh dengan perlambangan dan falsafah orang Melayu yang memetingkan damai melebihi peperangan. Selain itu, kita juga sering dimomokkan bahawa ilmu persilatan ini adalah ilmu yang lebih kepada mistik seperti upacara mandi minyak dan gila isim. Ia sebenarnya tidak wujud kerana pada pergerakan buka gelanggang sudah dibaca doa dan ayat pelindung
  • 12. 12 diri untuk mengelakkan anasir jahat. Dari situ dapat diketahui bahawa ia adalah satu mitos sahaja. Mandi minyak adalah untuk mengurangkan kesakitan pada pesilat sahaja. Di samping itu, ia dapat membina keyakinan dan semangat. Ia mengenai adab berfikir dan atas aqidah seseorang. Jika ia di salah guna maka buruk lah imej ilmu persilatan. Di samping itu juga, dengan mengikuti ilmu persilatan ini saya mendapati bahawa silat ialah kebangkitan peradaban Melayu. Tetapi ia kadang-kadang di salah gunakan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak bermoral. Ia mengambil kesempatan dengan menjual nama-nama silat untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan kumpulan. Dengan silat, kita mestilah membawa bersama dengan pendidikan dan ilmu supaya ia tidak memesong ke arah lain. Cadangan yang boleh saya syorkan yang pertama ialah Menteri Belia dan Sukan haruslan kerap membuat pameran-pameran mengenal sejarah peradaban Melayu. Ia sekali gus dapat menarik minat masyarakat luar. Sekali gus ia dapat memberi peluang kepada anak-anak muda mengenak guru-guru silat yang ada di Malaysia ini dan dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, untuk ahli-ahli pesilat boleh juga membuat kelas silat dan berkeris dengan harga yang berpatutan. Dengan cara ini ia dapat menarik sedikit demi sedikit minat masyarakat di luar. Pengiat silat juga haruslah membuat aktiviti dan memberi penerangan kepada masyarakat luar supaya tidak terjadi salah faham dan bosan mengenai ilmu persilatan ini. Di samping itu, pengiat seni juga boleh di syorkan membuat pertandingan silat terbuka. Dengan pertandingan ini, masyarakat di luar mampu membuka mata untuk mengetahui dan mendalami ilmu persilatan ini. Pengiat seni juga haruslah selalu memberi ilmu pengetahuan ini di media sosial. Ini kerana , pada zaman moden ini masyarakat luar lebih senang mencari di media sosial sahaja. Kesimpulannya, kita sebagai orang Melayu haruslah menjaga peradaban kita sendiri. Silat adalah lambang maruah dan peradaban Melayu dan keris pula adalah lambang kehebatan dan darjat pemakai. Maka ia perlulan dijaga dan disantuni sebagai pusaka diri dan apabila khatam maka bersambunglah amanah dari silsilah guru-guru.
  • 13. 13 RUJUKAN Petikan Pencak & Silat Sultan Zainal Abidin (Arkib Negara) Perkembangan Dunia Islam -Dr Hamka Hikayat Hang Tuah (1966:67) Tengku Ahmad Ridhaudin (2009) Perkeris : Seni Silat Berkeris Amy Shaari http://www.khalifahgayong.wordpress.com Abdul Rahman Ismail, 2003. Seni Silat Melayu Sejarah Perkembangan dan Budaya
  • 14. 14