SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
1
1.0 Pengenalan
Setiap pelajar perlu ada teknik kemahiran belajarnya sendiri dan ia seharusnya dapat
membantu sesorang pelajar itu untuk belajar secara efisyen. Jika seseorang pelajar tidak
mempunyai teknik belajar yang tepat, ia akan menjejaskan penerimaan ilmu yang
dipelajarinya. Pelajar yang bijak membuat nota adalah pelajar yang bijak
menginterpretasikan nota yang diterimanya dan menjadikannya lebih mudah untuk difahami
serta diingati. Dengan penggunaan alat-alat berfikir dalam proses pengambilan dan
membuat nota, ia mampu memudahkan proses mengambil nota serta membantu pelajar
menguasai ilmu yang dikaji dengan lebih jelas, tepat dan menjadi ingatan jangka panjang.
2.0 Konsep Kemahiran Belajar
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ada mentakrifkan bahawa kemahiran merujuk
kepada kecekapan dan kepandaian seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar
pula ialah usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui perubahan
tingkah laku. Kemahiran belajar didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan, atau
kebolehan sesorang memperoleh pengetahuan dan perubahan tingkah laku hasil daripada
pengalaman individu itu berinteraksi dengan persekitaran.
Rajah 1: Komponen-Komponen Kemahiran Belajar
KOMPONEN-
KOMPONEN
KEMAHIRAN
BELAJAR
PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
(menulis dan
menyenaraikan
semua tugasan)
PENGURUSAN
MASA (First
Thing First)
GAYA
BELAJAR
(pelajar gaya
kinestetik, visual
dan auditori)
MEMBACA
DAN BERFIKIR
(membaca
rujukan
bermaklumat
sambil berfikir)PENYERTAAN
AKTIF DI
DALAM KELAS
(bersedia untuk
belajar dari
aspekfizikal
dan mental)
MENGAMBIL
NOTA
(mencatat
maklumat
penting)
REFLEKSI
(pemerhatian
dan
penambahbaika
n pada diri)
KEMAHIRAN
ABAD KE-21
(Kemahiran 4C,
keterampilan
literasi digital,
kemahiran
kerjaya dan
kehidupan)
2
3.0 Kemahiran Mengambil Dan Mencatat Nota
Kemahiran mencatat nota merujuk kepada keupayaan pelajar untuk mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
baca, dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.
Rajah 2: Cara-cara Membuat Nota
Kemahiran mencatat nota yang betul amat diperlukan bagi sistem pembelajaran di
IPG yang memerlukan daya usaha pelajar sendiri. Pelajar perlu menggunakan kemahiran
mencatat nota yang betul sambil mendengar penerangan pensyarah. Selain itu, Siti Hawa
Munji (1987) juga mengatakan bahawa nota pelajaran di Institut pengajian tidak hanya
terhad kepada nota kuliah yang diberi oleh pensyarah sahaja. Maklumat tambahan juga
boleh didapati daripada buku rujukan yang lain, jurnal atau rencana surat khabar. Oleh itu,
pelajar perlu mengamalkan cara penyimpanan nota yang bersistematik untuk memudahkan
diri sendiri semasa mengulang kaji.
Pembelajaran Regulasi Kendiri atau Self-Regulated Learning (SRL) ialah proses
pembelajaran yang mendorong para pelajar untuk menentukan matlamat pembelajaran,
memilih alat bantu belajar dan menggunakanya dalam pembelajaran. Menurut Zimmerman
(2000) terdapat tiga fasa yang yang menentukan keberkesanan dalam proses pembelajaran
kendiri seperti yang dijelaskan berikut :
CARA-CARA MEMBUAT NOTA
a) ANOTASI (Annotation)
-Baca dahulu sebelum
membuatanotasi
-Guna perkataan sendiri
-Interaksi minda dan
rekod visual
b) NOTA RINGKASAN
(Outline Notes)
-Mengasingkan
kandungan teks mengikut
turutan
-Menentukan strukturnya
-Penggunaan nombor,
abjad,Arab, angka
Roman,bullets dan
seumpamanya
c) NOTA LAJUR
(Column Notes)
-Lajur kiri: idea utama
dan tajuk
-Lajur kanan:
penerangan dan
penjelasan
d) NOTA RUMUSAN
(summary notes)
-Dipanggil "Ringkasan
Eksekutif"
-Memberikan gambaran
yang jelas tentang
kandungan utama
-Ditulis dalam satu
perenggan
3
Rajah 3: Fasa Keberkesanan Dalam Pembelajaran Kendiri
Melalui Pembelajaran Regulasi Kendiri ini, Pelajar perlu menggunakan matlamat
SMART dalam penetapan matlamat diri dan akademik yang selaras dengan gaya
persekitaran di IPG dan salah satunya adalah menjalankan sesi kuliah bersama pensyarah.
Matlamat SMART merupakan kata singkatan bagi Spesific (terperinci), Measurable (boleh
diukur), Attainable (boleh dicapai), Realistic (Munasabah), dan Time-bound (Mempunyai had
masa tertentu). Tujuan penetapan matlamat bercirikan SMART adalah untuk menjelaskan
matlamat dan memastikannya tercapai.
Sebagai contoh, pelajar IPG yang mempunyai matlamat untuk mencapai keputusan
yang memberangsangkan perlu berusaha ke arah itu. Dia haruslah menyediakan kemahiran
pembelajaran regulasi kendiri yang berkesan agar dapat belajar dengan cekap dan
membantunya untuk faham sesuatu nota yang disampaikan oleh pensyarah melalui kuliah.
Dengan SMART, matlamat yang diimpikan itu akan kelihatan lebih jelas dan realistik untuk
dicapai serta menjadi kayu ukur bagi merealisasikan matlamatnya.
4.0 Pengaplikasian Alat Berfikir
Penguasaan pelajar terutamanya dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan
melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai sesuai. Penggunaan alat berfikir ini dapat
membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan dapat menyampaikan idea
dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Berikut adalah contoh alat berfikir yang
biasa digunakan iaitu pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-THINK, dan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
4.1 Pengurusan Grafik
Pengurusan Grafik (PG) merupakan alat berfikir yang digunakan untuk
menterjemah perkara yang sedang difikirkan di dalam minda supaya proses berfikir
dapat dilihat secara eksplisit. Ia boleh digunakan semasa mencatat nota sebagai
a) Fasa Pemikiran
• Pelajar menganalisis
tugas, menetapkan
matlamat , merancang
cara untuk mencapai
kejayaan dan
mempunyai motivasi
b) Fasa
Pelaksanaan
• Pelaksanaan tugas yang
dirancang, memantau
perkembangan dengan
strategi kawalan diri
dan bermotivasi
menyelesaikan masalah
c) Fasa Refleksi Diri
• Penilaian terhadap
pelaksanaan, kejayaan
atau kegagalan tugasan
• Beri kesan positif atau
negatif dalam diri bagi
menyelesaikan masalah
4
sokongan proses pemikiran dan pembelajaran. Jenis-jenis pengurusan grafik yang
kerap digunakan untuk menyokong dan menyusun corak pemikiran adalah
pengurusan grafik untuk kemahiran berfikir secara analisis, kritis dan kreatif.
Gambar 1: Contoh Pengurusan Grafik
4.2 Peta Minda
Peta minda (Mind Map) diasaskan oleh Tony Buzan (1992) sebagai teknik
catatan nota secara bukan linear yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti untuk
menyampaikan maklumat, mengenal pasti peluang baharu, sumbang saran dan
sebagainya. Peta minda dibentuk atas dasar bahawa otak lebih mudah menerima
ransangan berbentuk pola seperti ciri fizikal dendrit di dalam otak manusia.
Peta minda dibina dengan meletakkan tajuk atau idea utama di tengah-
tengah sehelai kertas dan mengembangkan idea-idea lain yang berkaitan
menggunakan garisan, anak panah, simbol, lukisan tiga dimensi, warna dan kata
kunci untuk memberikan makna. Peta minda membantu seseorang mengurus
pemikirannya dalam bentuk bukan linear dan terbukti dapat meningkatkan daya
ingatan dan memudahkan kefahamannya dan orang lain. Peta minda dihasilkan
dengan mula dari tengah halaman kertas dengan tema atau idea utama, lakarkan
imej yang unik. kemudian, kembangkan garisan, gunakan imej, simbol, kod, warna
dan corak yang menarik, menuliskan kata kunci, dan menggunakan kreativiti sendiri.
5
Gambar 2: Contoh Peta Minda
4.3 Pemetaan i-THINK
i-Think membawa maksud innovative THINKing (pemikiran inovatif)
berdasarkan Kestel Education, United Kingdom dan inisiatif berterusan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merealisasikan hasrat bagi
menghasilkan murid-murid yang menguasai kemahiran berfikir dan proses berfikir
yang berkesan pada tahap tinggi. Dr. David Hyerle (2007) menyimpulkan i-Think
sebagai visual bahasa yang biasa untuk pemikiran. Peta pemikiran i-Think terdiri
daripada lapan set perkakas, iaitu:
6
Gambar 3: Lapan Bentuk Peta Pemikiran Menurut Thinking Maps
4.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan , berinovasi, dan
berupaya mencipta sesuatu. King, et. al (1998) mengatakan bahawa KBAT
bermaksud pemikiran yang kritikal, logikal, reflektif, metakognitif, dan kreatif. KBAT
diaktifkan apabila murid berhadapan dengan masalah bukan rutin, ketidakpastian,
7
soalan dan dilema. Contoh soalan KBAT adalah ‘Sebagai seorang pelajar yang
berwibawa, cadangkan beberapa cara penyelesaian yang terbaik’. Rajah dibawah
menunjukkan Hierarki enam tahap Taksonomi Bloom.
Rajah 4: Hierarki Enam Tahap Taksonomi Bloom
5.0 Implikasi Penggunaan Alat Berfikir
Penggunaan alat berfikir sebagai kaedah mengambil dan membuat nota memberi
impak positif kepada pelajar agar dapat belajar secara berkesan. Antaranya, penggunaan
pengurusan grafik dapat memudahkan pemecahan nota yang panjang kepada
pembahagian nota yang lebih ringkas dan padat serta ini juga sekaligus menjimatkan masa
pelajar untuk membaca dan memahami keseluruhan teks.
Selain itu, penggunaan peta minda dapat membantu pelajar untuk fokus kepada isi
atau idea utama serta ditambah dengan huraian ringkas. Hal ini mampu mengembangkan
pengetahuan seseorang pelajar dalam satu perkara asas dan mengelakkan pelajar dari
mencapuradukkan sebuah idea dengan idea yang lain.
Bagi pemetaan i-Think, pelajar boleh mengekspretasi idea dalam pelbagai bentuk
mengikut kesesuaian sama seperti peta minda tetapi perbezaannya adalah i-Think ini
mempunyai mempunyai 8 bentuk yang mempunyai fungsinya masing-masing. Hal Ini dapat
mempelbagaikan jenis-jenis nota agar ianya tampak lebih menarik dengan penggunaan
warna yang berwarna-warni dan tidak membosankan pelajar.
Akhir sekali, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula dapat melatih pelajar untuk
berfikir dengan matang dan kritis dalam menjawab soalan dan bukan sahaja menyatakan
fakta semata-mata. Ini dapat memantapkan lagi gaya berfikir pelajar agar berfikir luar kotak
dan secara logik mengikut pengetahuan masing-masing. Maka dengan itu, pelajar dapat
menggunakan alat berfikir ini untuk membuat nota yang menyeluruh.
Mencipta
Menilai
Menganalisis
Mengaplikasi
Memahami
Mengingat
8
6.0 Rumusan
Secara intipatinya, dengan adanya alat-alat berfikir ini, ia telah membantu para
pelajar untuk mudah menyalin nota dengan kaedah yang lebih menarik, lebih mudah
difahami dan mudah untuk diingati sebagai rujukan dan pembacaan. Cadangan saya adalah
agar pengaplikasian alat berfikir ini diperluas lagi oleh para guru di Malaysia dalam
Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah atau dengan mencipta satu lagi aplikasi alat
berfikir mengikut pembelajaran abad ke-21 yang sesuai dengan perkembangan dunia
semasa.
9
Bibliografi
Abd.Ghani Awang. (1996). Kemahiran Belajar di Institut Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buzan, T. (1992). Use your head. London: BBC Books.
Gps Bestari. (2018). Teknik catat nota paling berkesan. Diakses pada Ogos 5,2019 daripada
https://www.gpsbestari.com.tip/tip-belajar/rupanya-inilah-teknik-catat-nota-paling-
berkesan-1.813319
Hyerle, D.& Yeager, C. (2007) Thinking Maps: A language for learning. North Carolina;
Thinking Maps.Inc
Jabar Ibrahim. (1992). Lulus Peperiksaan. Kuala Lumpur: Syarikat S.Abdul Majeed.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Nor Jannay Hassan.Nooriza Kassim.Safani Bari.Effandi Zakaria.Norshidah Mohamad
Salleh. (2015). Infusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik Murid Bermasalah Penglihatan. Diakses pada Ogos 5,2019
daripada
https://www.acedemia.edu/10525415/Infusi_Kemahiran_Berfikir_Aras_Tinggi_KBAT_da
lam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Matematik_Murid_Bermasalah_Penglihatan
Ramlan Hamzah, Lily Mastura Harun. (2005). Kemahiran Belajar untuk Kursus Persediaan
Ijazah Sarjana Pendidikan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Rubananthan Paramasveran.Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2018). Tahap Keprihatinan Guru
Terhadap Penggunaan I-Think Merentasi Kurikulum Dalam Proses Pembelajaran Dan
Pemudahcaraan. Diakses pada Ogos 5,2019 daripada
https://www.ejournal.ukm.my/jpend/article/view/43.02-06
Siti Hawa Munji. (1987). Kajian penggunaan teknik belajar oleh pelajar-pelajar universiti
pertanian malaysia Cawangan sarawak. Sarawak: universiti pertanian Malaysia.
Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee, Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof. (2019).
Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

More Related Content

What's hot

Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbanwar Hazim
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasAtikah Amran
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranNadwah Khalid
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)Ieta Sa'ad
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 

What's hot (20)

Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaran
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 

Similar to KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN DAN MEMBUAT NOTA BAGI PELAJAR

Jawaban desain pesan
Jawaban desain pesanJawaban desain pesan
Jawaban desain pesanDedi Yulianto
 
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)Hariyatunnisa Ahmad
 
Kepentingan alat alat pemikiran
Kepentingan alat alat pemikiranKepentingan alat alat pemikiran
Kepentingan alat alat pemikiranEmy Bribip
 
Peta minda
Peta mindaPeta minda
Peta mindaEp Loh
 
Strategi Belajar Mengajar - Mulyana Sumantri
Strategi Belajar Mengajar - Mulyana SumantriStrategi Belajar Mengajar - Mulyana Sumantri
Strategi Belajar Mengajar - Mulyana SumantriHariyatunnisa Ahmad
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2一世 一生
 
ASESMEN pembelajran).pptx
ASESMEN pembelajran).pptxASESMEN pembelajran).pptx
ASESMEN pembelajran).pptximam6shofwan
 
Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2
Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2
Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2一世 一生
 
Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)
Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)
Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)Hariyatunnisa Ahmad
 
Tgs kurikulum individu
Tgs kurikulum individuTgs kurikulum individu
Tgs kurikulum individuita_saanah
 
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptx
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptxPembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptx
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptxnolilita2
 

Similar to KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN DAN MEMBUAT NOTA BAGI PELAJAR (20)

Alat berfikir
Alat berfikirAlat berfikir
Alat berfikir
 
I think
I thinkI think
I think
 
Tugas Otin
Tugas OtinTugas Otin
Tugas Otin
 
i think maps
i think mapsi think maps
i think maps
 
Jawaban desain pesan
Jawaban desain pesanJawaban desain pesan
Jawaban desain pesan
 
I think1
I think1I think1
I think1
 
teacher
teacherteacher
teacher
 
Pemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayuPemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayu
 
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)
 
Kepentingan alat alat pemikiran
Kepentingan alat alat pemikiranKepentingan alat alat pemikiran
Kepentingan alat alat pemikiran
 
Peta minda
Peta mindaPeta minda
Peta minda
 
Strategi Belajar Mengajar - Mulyana Sumantri
Strategi Belajar Mengajar - Mulyana SumantriStrategi Belajar Mengajar - Mulyana Sumantri
Strategi Belajar Mengajar - Mulyana Sumantri
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
 
ASESMEN pembelajran).pptx
ASESMEN pembelajran).pptxASESMEN pembelajran).pptx
ASESMEN pembelajran).pptx
 
Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2
Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2
Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2
 
Kbat2
Kbat2Kbat2
Kbat2
 
Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)
Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)
Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)
 
Tgs kurikulum individu
Tgs kurikulum individuTgs kurikulum individu
Tgs kurikulum individu
 
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptx
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptxPembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptx
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptx
 
Deri
DeriDeri
Deri
 

More from Rasit Masrii

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...Rasit Masrii
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANRasit Masrii
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...Rasit Masrii
 
Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Rasit Masrii
 
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanRasit Masrii
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuRasit Masrii
 

More from Rasit Masrii (8)

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
 
Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel
 
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN DAN MEMBUAT NOTA BAGI PELAJAR

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Setiap pelajar perlu ada teknik kemahiran belajarnya sendiri dan ia seharusnya dapat membantu sesorang pelajar itu untuk belajar secara efisyen. Jika seseorang pelajar tidak mempunyai teknik belajar yang tepat, ia akan menjejaskan penerimaan ilmu yang dipelajarinya. Pelajar yang bijak membuat nota adalah pelajar yang bijak menginterpretasikan nota yang diterimanya dan menjadikannya lebih mudah untuk difahami serta diingati. Dengan penggunaan alat-alat berfikir dalam proses pengambilan dan membuat nota, ia mampu memudahkan proses mengambil nota serta membantu pelajar menguasai ilmu yang dikaji dengan lebih jelas, tepat dan menjadi ingatan jangka panjang. 2.0 Konsep Kemahiran Belajar Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ada mentakrifkan bahawa kemahiran merujuk kepada kecekapan dan kepandaian seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar pula ialah usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui perubahan tingkah laku. Kemahiran belajar didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan, atau kebolehan sesorang memperoleh pengetahuan dan perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Rajah 1: Komponen-Komponen Kemahiran Belajar KOMPONEN- KOMPONEN KEMAHIRAN BELAJAR PENGURUSAN PEMBELAJARAN (menulis dan menyenaraikan semua tugasan) PENGURUSAN MASA (First Thing First) GAYA BELAJAR (pelajar gaya kinestetik, visual dan auditori) MEMBACA DAN BERFIKIR (membaca rujukan bermaklumat sambil berfikir)PENYERTAAN AKTIF DI DALAM KELAS (bersedia untuk belajar dari aspekfizikal dan mental) MENGAMBIL NOTA (mencatat maklumat penting) REFLEKSI (pemerhatian dan penambahbaika n pada diri) KEMAHIRAN ABAD KE-21 (Kemahiran 4C, keterampilan literasi digital, kemahiran kerjaya dan kehidupan)
  • 2. 2 3.0 Kemahiran Mengambil Dan Mencatat Nota Kemahiran mencatat nota merujuk kepada keupayaan pelajar untuk mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca, dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Rajah 2: Cara-cara Membuat Nota Kemahiran mencatat nota yang betul amat diperlukan bagi sistem pembelajaran di IPG yang memerlukan daya usaha pelajar sendiri. Pelajar perlu menggunakan kemahiran mencatat nota yang betul sambil mendengar penerangan pensyarah. Selain itu, Siti Hawa Munji (1987) juga mengatakan bahawa nota pelajaran di Institut pengajian tidak hanya terhad kepada nota kuliah yang diberi oleh pensyarah sahaja. Maklumat tambahan juga boleh didapati daripada buku rujukan yang lain, jurnal atau rencana surat khabar. Oleh itu, pelajar perlu mengamalkan cara penyimpanan nota yang bersistematik untuk memudahkan diri sendiri semasa mengulang kaji. Pembelajaran Regulasi Kendiri atau Self-Regulated Learning (SRL) ialah proses pembelajaran yang mendorong para pelajar untuk menentukan matlamat pembelajaran, memilih alat bantu belajar dan menggunakanya dalam pembelajaran. Menurut Zimmerman (2000) terdapat tiga fasa yang yang menentukan keberkesanan dalam proses pembelajaran kendiri seperti yang dijelaskan berikut : CARA-CARA MEMBUAT NOTA a) ANOTASI (Annotation) -Baca dahulu sebelum membuatanotasi -Guna perkataan sendiri -Interaksi minda dan rekod visual b) NOTA RINGKASAN (Outline Notes) -Mengasingkan kandungan teks mengikut turutan -Menentukan strukturnya -Penggunaan nombor, abjad,Arab, angka Roman,bullets dan seumpamanya c) NOTA LAJUR (Column Notes) -Lajur kiri: idea utama dan tajuk -Lajur kanan: penerangan dan penjelasan d) NOTA RUMUSAN (summary notes) -Dipanggil "Ringkasan Eksekutif" -Memberikan gambaran yang jelas tentang kandungan utama -Ditulis dalam satu perenggan
  • 3. 3 Rajah 3: Fasa Keberkesanan Dalam Pembelajaran Kendiri Melalui Pembelajaran Regulasi Kendiri ini, Pelajar perlu menggunakan matlamat SMART dalam penetapan matlamat diri dan akademik yang selaras dengan gaya persekitaran di IPG dan salah satunya adalah menjalankan sesi kuliah bersama pensyarah. Matlamat SMART merupakan kata singkatan bagi Spesific (terperinci), Measurable (boleh diukur), Attainable (boleh dicapai), Realistic (Munasabah), dan Time-bound (Mempunyai had masa tertentu). Tujuan penetapan matlamat bercirikan SMART adalah untuk menjelaskan matlamat dan memastikannya tercapai. Sebagai contoh, pelajar IPG yang mempunyai matlamat untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan perlu berusaha ke arah itu. Dia haruslah menyediakan kemahiran pembelajaran regulasi kendiri yang berkesan agar dapat belajar dengan cekap dan membantunya untuk faham sesuatu nota yang disampaikan oleh pensyarah melalui kuliah. Dengan SMART, matlamat yang diimpikan itu akan kelihatan lebih jelas dan realistik untuk dicapai serta menjadi kayu ukur bagi merealisasikan matlamatnya. 4.0 Pengaplikasian Alat Berfikir Penguasaan pelajar terutamanya dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai sesuai. Penggunaan alat berfikir ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan dapat menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Berikut adalah contoh alat berfikir yang biasa digunakan iaitu pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-THINK, dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 4.1 Pengurusan Grafik Pengurusan Grafik (PG) merupakan alat berfikir yang digunakan untuk menterjemah perkara yang sedang difikirkan di dalam minda supaya proses berfikir dapat dilihat secara eksplisit. Ia boleh digunakan semasa mencatat nota sebagai a) Fasa Pemikiran • Pelajar menganalisis tugas, menetapkan matlamat , merancang cara untuk mencapai kejayaan dan mempunyai motivasi b) Fasa Pelaksanaan • Pelaksanaan tugas yang dirancang, memantau perkembangan dengan strategi kawalan diri dan bermotivasi menyelesaikan masalah c) Fasa Refleksi Diri • Penilaian terhadap pelaksanaan, kejayaan atau kegagalan tugasan • Beri kesan positif atau negatif dalam diri bagi menyelesaikan masalah
  • 4. 4 sokongan proses pemikiran dan pembelajaran. Jenis-jenis pengurusan grafik yang kerap digunakan untuk menyokong dan menyusun corak pemikiran adalah pengurusan grafik untuk kemahiran berfikir secara analisis, kritis dan kreatif. Gambar 1: Contoh Pengurusan Grafik 4.2 Peta Minda Peta minda (Mind Map) diasaskan oleh Tony Buzan (1992) sebagai teknik catatan nota secara bukan linear yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti untuk menyampaikan maklumat, mengenal pasti peluang baharu, sumbang saran dan sebagainya. Peta minda dibentuk atas dasar bahawa otak lebih mudah menerima ransangan berbentuk pola seperti ciri fizikal dendrit di dalam otak manusia. Peta minda dibina dengan meletakkan tajuk atau idea utama di tengah- tengah sehelai kertas dan mengembangkan idea-idea lain yang berkaitan menggunakan garisan, anak panah, simbol, lukisan tiga dimensi, warna dan kata kunci untuk memberikan makna. Peta minda membantu seseorang mengurus pemikirannya dalam bentuk bukan linear dan terbukti dapat meningkatkan daya ingatan dan memudahkan kefahamannya dan orang lain. Peta minda dihasilkan dengan mula dari tengah halaman kertas dengan tema atau idea utama, lakarkan imej yang unik. kemudian, kembangkan garisan, gunakan imej, simbol, kod, warna dan corak yang menarik, menuliskan kata kunci, dan menggunakan kreativiti sendiri.
  • 5. 5 Gambar 2: Contoh Peta Minda 4.3 Pemetaan i-THINK i-Think membawa maksud innovative THINKing (pemikiran inovatif) berdasarkan Kestel Education, United Kingdom dan inisiatif berterusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merealisasikan hasrat bagi menghasilkan murid-murid yang menguasai kemahiran berfikir dan proses berfikir yang berkesan pada tahap tinggi. Dr. David Hyerle (2007) menyimpulkan i-Think sebagai visual bahasa yang biasa untuk pemikiran. Peta pemikiran i-Think terdiri daripada lapan set perkakas, iaitu:
  • 6. 6 Gambar 3: Lapan Bentuk Peta Pemikiran Menurut Thinking Maps 4.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan , berinovasi, dan berupaya mencipta sesuatu. King, et. al (1998) mengatakan bahawa KBAT bermaksud pemikiran yang kritikal, logikal, reflektif, metakognitif, dan kreatif. KBAT diaktifkan apabila murid berhadapan dengan masalah bukan rutin, ketidakpastian,
  • 7. 7 soalan dan dilema. Contoh soalan KBAT adalah ‘Sebagai seorang pelajar yang berwibawa, cadangkan beberapa cara penyelesaian yang terbaik’. Rajah dibawah menunjukkan Hierarki enam tahap Taksonomi Bloom. Rajah 4: Hierarki Enam Tahap Taksonomi Bloom 5.0 Implikasi Penggunaan Alat Berfikir Penggunaan alat berfikir sebagai kaedah mengambil dan membuat nota memberi impak positif kepada pelajar agar dapat belajar secara berkesan. Antaranya, penggunaan pengurusan grafik dapat memudahkan pemecahan nota yang panjang kepada pembahagian nota yang lebih ringkas dan padat serta ini juga sekaligus menjimatkan masa pelajar untuk membaca dan memahami keseluruhan teks. Selain itu, penggunaan peta minda dapat membantu pelajar untuk fokus kepada isi atau idea utama serta ditambah dengan huraian ringkas. Hal ini mampu mengembangkan pengetahuan seseorang pelajar dalam satu perkara asas dan mengelakkan pelajar dari mencapuradukkan sebuah idea dengan idea yang lain. Bagi pemetaan i-Think, pelajar boleh mengekspretasi idea dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian sama seperti peta minda tetapi perbezaannya adalah i-Think ini mempunyai mempunyai 8 bentuk yang mempunyai fungsinya masing-masing. Hal Ini dapat mempelbagaikan jenis-jenis nota agar ianya tampak lebih menarik dengan penggunaan warna yang berwarna-warni dan tidak membosankan pelajar. Akhir sekali, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula dapat melatih pelajar untuk berfikir dengan matang dan kritis dalam menjawab soalan dan bukan sahaja menyatakan fakta semata-mata. Ini dapat memantapkan lagi gaya berfikir pelajar agar berfikir luar kotak dan secara logik mengikut pengetahuan masing-masing. Maka dengan itu, pelajar dapat menggunakan alat berfikir ini untuk membuat nota yang menyeluruh. Mencipta Menilai Menganalisis Mengaplikasi Memahami Mengingat
  • 8. 8 6.0 Rumusan Secara intipatinya, dengan adanya alat-alat berfikir ini, ia telah membantu para pelajar untuk mudah menyalin nota dengan kaedah yang lebih menarik, lebih mudah difahami dan mudah untuk diingati sebagai rujukan dan pembacaan. Cadangan saya adalah agar pengaplikasian alat berfikir ini diperluas lagi oleh para guru di Malaysia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah atau dengan mencipta satu lagi aplikasi alat berfikir mengikut pembelajaran abad ke-21 yang sesuai dengan perkembangan dunia semasa.
  • 9. 9 Bibliografi Abd.Ghani Awang. (1996). Kemahiran Belajar di Institut Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buzan, T. (1992). Use your head. London: BBC Books. Gps Bestari. (2018). Teknik catat nota paling berkesan. Diakses pada Ogos 5,2019 daripada https://www.gpsbestari.com.tip/tip-belajar/rupanya-inilah-teknik-catat-nota-paling- berkesan-1.813319 Hyerle, D.& Yeager, C. (2007) Thinking Maps: A language for learning. North Carolina; Thinking Maps.Inc Jabar Ibrahim. (1992). Lulus Peperiksaan. Kuala Lumpur: Syarikat S.Abdul Majeed. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Nor Jannay Hassan.Nooriza Kassim.Safani Bari.Effandi Zakaria.Norshidah Mohamad Salleh. (2015). Infusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Murid Bermasalah Penglihatan. Diakses pada Ogos 5,2019 daripada https://www.acedemia.edu/10525415/Infusi_Kemahiran_Berfikir_Aras_Tinggi_KBAT_da lam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Matematik_Murid_Bermasalah_Penglihatan Ramlan Hamzah, Lily Mastura Harun. (2005). Kemahiran Belajar untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Pendidikan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Rubananthan Paramasveran.Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2018). Tahap Keprihatinan Guru Terhadap Penggunaan I-Think Merentasi Kurikulum Dalam Proses Pembelajaran Dan Pemudahcaraan. Diakses pada Ogos 5,2019 daripada https://www.ejournal.ukm.my/jpend/article/view/43.02-06 Siti Hawa Munji. (1987). Kajian penggunaan teknik belajar oleh pelajar-pelajar universiti pertanian malaysia Cawangan sarawak. Sarawak: universiti pertanian Malaysia. Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee, Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof. (2019). Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.