1. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1
____________________________________________________________________________
HBPS3203
BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
MEI 2014
___________________________________________________________________________
NAMA :NUR ZETTY BINTI
ABU KHAIR
NO.KAD PENGENALAN :840718-04-5104
NO MATRIK :840718045104001
NO.TEL :010-2971808
PUSAT PEMBELAJARAN:OUM SHAH ALAM
2. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
2
PENGENALAN BAHASA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara
seorang individu dengan individu yang lain. Jadi jelaslah bahasa itu merupakan bunyi yang digunakan
oleh seseorang untuk berkomunikasi. contohnya, perkataan atau bunyi yang dikeluarkan oleh Si A
kepada Si B untuk menyampaikan maklumat. Bahasa pada dasarnya mempunyai beberapa sifat iaitu
bahasa mempunyai sistem. Bahasa mempunyai aturan-aturan atau rumus-rumus tertentu yang pasti.
Semua bahasa di dunia ini mempunyai sejumlah unit bahasa seperti fonem, morfem, kata, frasa, klausa
dan ayat. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada pengguna-
pengguna untuk menuturkan atau menuliskan bahasa tersebut.Bahasa juga mempunyai simbol-
simbolnya yang tersendiri. Setiap kata atau bentuk ucapan yang dikeluarkan oleh seseorang daripada
rongga mulut atau dihubungkan dengan benda, tindakan, atau konsep tertentu. Selain itu, bahasa juga
terdiri dariapada bunyi-bunyi. Bunyi-bunyi yang dianggap sebagai simbol-simbol bahasa ialah bunyi
yang diucapkan atau melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi lain seperti bunyi-bunyi yang disebabkan
oleh gerakan manusia tidak dianggap simbol-simbol bahasa. Bukan itu sahaja, malah bahasa juga
dilambangkan secara struktur. Bunyi-bunyi dihasilkan satu demi satu atau sekelompok iaitu perkataan.
Pergerakan alat-alat pertuturan, satu mengikut yang lain. Jika susunan itu dapat menggambarkan
struktur beberapa bentuk pengujaran, maka terhasillah pola-pola dalam bahasa. Bahasa bersifat
arbitrari. Arbitrari ialah tiada hubungan yang mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna atau
benda. Makna bagi sesuatu simbol atau perkataan ialah konvesional sifatnya. Setiap benda ada
perkataan yang berlainan bagi menyatakan benda yang serupa. Bahasa ialah pertuturan. 85% bahasa
yang digunakan manusia dalam komunikasi ialah pertuturan. Tulisan dianggap "secondary language".
Dalam pengucapan, terhimpun berbagai-bagai aspek bahasa. Seterusnya, bahasa juga harus dipelajari
bukan diwarisi. Dipelajari di sini bermaksud bukan diwarisi sejak lahir sebagaimana ciri-ciri fizikal
seseorang. Malah perlu dipelajari barulah bahasa itu kekal digunakan. Bahasa boleh dipelajari sejak
kecil daripada orang tua, keluarga dan persekitaran. Bahasa mempunyai makna. Makna adalah sesuatu
yang dimaksudkan oleh penutur atau penulis. Makna mungkin bermaksud suatu situasi yang
dihuraikan, sebuah fikiran, atau pendapat yang dibentangkan, perlakuan sosial yang diceritakan.
Makna sangat berkait rapat dengan pertuturan iaitu melalui bunyi-bunyi. Terakhir sekali bahasa adalah
sebagai alat komunikasi. Bahasa menjadi media bagi manusia untuk berhubung antara satu sama lain
3. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
3
sama ada melalui tulisan ataupun lisan. Bahasa dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang
yang lain dari segi jarak, tempat atau masa.
Kaedah Membaca.
PENGENALAN.
Abd. Aziz (2000 dalam Khairuddin Mohamad, 2011) mengatakan bahawa kefahaman merupakan
aspek terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Untuk membolehkan seseorang itu membaca,
kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi memudahkan individu itu memperoleh maklumat daripada
apa yang dibacanya. Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah
membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan prosedur
menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang sering
digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut, dan kaedah
cerakinan.
Kaedah Abjad.
Kaedah klasik dan kaedah yang paling tua. Pernah digunakan pada zaman kerajaan Greek dan Rom.
Dimulai dengan pengenalan abjad dan kemudian membunyikan abjad tersebut. Zulkifley Hamid (1994
dalam Khairudin Mohamad, 2011 ) mengatakan bahawa kaedah abjad berpegang kepada prinsip
bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Guru memperkenalkan huruf vokal dan
konsonan terlebih dahulu. Vokal : a, e, i, o, u Konsonan : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w Nama-nama
abjad perlulah disebut dan dihafal oleh murid. Aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Guru
mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf. Contoh : ‘a’ untuk api.
Kelebihan Kaedah Abjad.
Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa Melayu.
Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik, murid dapat
4. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
4
Rumusan Kaedah Abjad.
Kaedah abjad ini merupakan kaedah yang mengutamakan abjad depan bagi setiap perkataan.
Guru akan mengajar murid huruf pangkal bagi setiap perkataan atau objek. Contohnya untuk
perkataan ‘api’ , huruf pangkalnya ialah ‘a’. Maka murid akan mengingati bahawa huruf ‘a’ itu
digunakan untuk perkataan ‘api’. Setelah murid menguasai kaedah ini, barulah murid akan diajar
menggunakan kaedah yang seterusnya.
membaca perkataan baharu.
Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca.
Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca.
Kelemahan Kaedah Abjad.
Murid dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak memahaminya.
Murid membaca secara merangkak-rangkak kerana terbawa-bawa cara membaca sambil
mengeja.
Terdapat kemungkinan bahawa murid akan lupa pelajaran yang lepas jika tidak diulang
kali dalam bilik darjah.
Murid akan berasa bosan kerana aktiviti yang lebih kepada hafalan dan kurang
penghayatan.
5. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
5
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PRASEKOLAH
KAEDAH TRADISIONAL
Hari : Selasa
Masa : 9.00-10.00 pagi
Tarikh : 10 Jun 2014
Bil. Pelajar : 25 orang
Kelas : Prasekolah
Tajuk/tema : Diri saya
Sub tema : Anggota badan saya
Tunjang : Bahasa dan komunikasi
Standard Pembelajaran : BM 2.1.4 - Berbual dengan sebutan perkataan yang betul
BM 3.4.2 - Membunyikan dua sukukata dengan
bimbingan.
BM 4.2.6 - Menulis perkataan KV + KV
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Menamakan anggota badan
2. Mengecam huruf yang terdapat dalam perkataan yang diberi
3. Mengeja dan membunyikan sukukata KV
4. Mencantumkan dan menulis sukukata KV + KV menjadi
perkaataan bermakna
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui bahagian tubuh badan
6. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
6
Konsep : Mengenal huruf vokal dan huruf konsonan
Bahan : Gambar,kad sukukata,kad perkataan dan lembaran kerja
Nilai : Tekun dan berdikari
Kemahiran : Membatangkan sukukata terbuka
7. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
7
Fasa/langkah
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
catatan/bahanAktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/
set induksi
(5 minit)
Menyanyikan
lagu ABC,lagu
huruf vokal dan
lagu anggota
badan saya
Guru
menyanyikan lagu
sambil
menunjukkan
bentuk-bentuk
huruf serta
membuat
pergerakan
Murid menyanyikan
lagu bersama-sama
guru sambil
membuat
pergeraakan
Bentuk huruf
Langkah 1
(menstruktur)
(10 minit)
1.Menamakan
gambar.
Guru
menunjukkan
kad-kad
bergambar
mengenai
bahagian –
bahagian anggota
badan.
Murid menamakan
bahagian anggota
tubuh badan.
Teknik soal jawab
Bahan;
Kad bergambar
Kad sukukata
Kad perkataan
Langkah 2
Aplikasi Idea
(10 minit)
1.Mengeja dan
membunyikan
sukukata terbuka
KV
2. Menulis dan
mencantumkan
sukukata
berdasarkan
gambar untuk
membentuk
1.Guru
menunjukkan
kad-kad sukukata
KV
2. Guru
membimbing
murid mencantum
sukukata untuk
dijadikan
perkataan
1.Murid megeja dan
membunyikan
sukukata-sukukata
yang diberi.
2.Murid menulis
sukukata
berdasarkan gambar
untuk membentuk
perkataan bermakna
Latihtubi bacaan
Bahan :
- kad sukukata
-lembaran kerja
8. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
8
perkataan bermakna.
Refleksi/ Penutup
(5 minit)
Menilai hasil
dapatan
Nyanian lagu
“Kalau Rasa
Gembira”
Guru menilai
dapatan murid
dan bersoaljawab
mengenai apa
yang telah di
pelajari.
Murid sekali lagi
menyatakan
bahagian anggota
badan yang dipelajari
dan menyanyi
bersama –sama guru
Soal jawab
penghargaan
9. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
9
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PRASEKOLAH
KAEDAH MODEN
Tarikh : 10 Jun 2014
Masa : 9.00 – 9.50 Pagi (40 minit)
Umur : 5 Tahun
Tajuk : “Coklat Yang Baik Hati Dan Rakan-rakan”
Kaedah : Buku Besar Multimedia
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Mengenal dan menyebut jenis warna dan kenderaan.
2. Membaca dengan lancar buku cerita.
3. Menyatakan nilai moral yang terdapat dalam buku cerita
Bahan Bantu Mengajar : Buku besar multimedia, projector, komputer, CD
Langkah
/ Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan / Bahan
Set
Induksi
(10 minit)
Menyanyikan
lagu ‘Bapaku
Pulang Dari
Kota’
Guru memperdengarkan lagu Bapaku
Pulang Dari Kota kepada kanak-kanak.
Sambil menyanyikan lagu, kanak-kanak
melakukan pergerakan kreatif mengikut
muzik.
Kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa
kumpulan
BBM: CD,
komputer
Langkah 1
(15 minit)
Mengenal dan
menyebut
warna yang
diketahui
Membaca
buku cerita
“Coklat Yang
Baik Hati Dan
Rakan-rakan”
Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak
mengenai jenis kenderaan dan warna yang
diketahui kanak-kanak.
Guru memperkenalkan buku besar yang
akan dibaca pada hari tersebut.
Guru menerangkan maklumat yang
terdapat pada buku cerita dari kulit ke
kulit.
Guru memulakan bacaan buku cerita
multimedia yang mempunyai font (tulisan)
secara grafik sehingga tamat cerita.
BBM: buku besar,
komputer,
projector
KB: Menjana idea
10. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
10
Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti
tambahan
Kuiz
Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak
bagi melihat pemahaman kanak-kanak
terhadap cerita yang diperdengarkan.
Guru meminta kanak-kanak menceritakan
semula “Coklat Yang Baik Hati Dan Rakan-
rakan”.
Guru menjalankan aktiviti kuiz dengan
kumpulan kecil kanak-kanak mengenai
jenis kenderaan dan warna yang terdapat
pada buku cerita.
BBM: buku besar,
komputer,
projector
KB: Menjana idea,
menaakul
Penutup
(5 minit)
Merumuskan
p&p dengan
bertanyakan
nilai
pengajaran
yang terdapat
pada buku
cerita yang
dibaca.
Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak
tentang nilai pengajaran yang terdapat
dalam buku cerita “Coklat Yang Baik Hati
Dan Rakan-rakan”
Guru merumus tentang pembelajaran pada
hari tersebut
BBM: buku besar,
komputer,
projector
KB: Menjana idea,
menaakul
Refleksi :-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------
1. KESIMPULAN
Pembaca awal adalah di peringkat transisi antara belum membaca dan yang telah mula mengenali proses
pembacaan. Guru harus menggunakanbukuyangsesuai danjugasentiasa memberikan sokongan moral bagi
menyokongkemajuan proses pembacaan mereka. Amalan membaca patut disemaikan semasa kanak-kanak
beradadi prasekolahlagi. Terpulanglahkepada guru prasekolah untuk menunjukkan contoh tauladan dalam
pembacaan dan juga menggunakan kekreatifan mereka dalam menerapkan atau menggabungjalin.
Penyediaan sudut literasi ini, dapat memberi peluang yang amat baik bagi kanak-kanak menceburi dan
meminati dalambidangkesusasteraan.Di sampingitu, library conerdapat dijadikantempatyangpalingsesuai
untukmelakukanaktiviti bercerita.MenurutSeefeldt.C(1999:44), berceritadapatmenarikminat kanak-kanak
11. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
11
terhadap buku cerita itu sendiri seperti yang dicadangkan dalam RPH 2. Kesimpulannya jika kita lihat
perkembangan sastera kanak-kanak dari dahulu hingga kini secara amnya lebih menfokus kepada sastera
kanak-kanakdanremaja. Pada peringkatini belumlagi menfokussecarakhaskepadaperanansasterasebagai
alat sokongan bagi pembacaan di peringkat awal. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah pembacaan
tidak kira secara tradisional (chalk and talk) mahupun secara moden. Hal ini demikian kerana, kepelbagaian
kaedahdapatmenegkalkanminatkanak-kanakterhadappembacaansekaligus meningkatkan perkembangan
bahasa, literasi dan komunikasi kanak-kanak.
12. NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR/ 840718045104001
HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
12
BIBLIOGRAPI
Sk. Mohd. Sawpi Lawi (2002). Faktor - faktor Psikolinguistik Dalam Penguasaan Kemahiran
Membaca.
www.geocities.com/penyelidikanm4p/sawpi.htm (12 October 2002)
Nik Safiah Karim (ed), (1980). Bahasa Melayu Teori Dan Aplikasi. Kuala Lumpur : Sarjana
Enterprise.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya :
Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman.
Kamarudin Hj. Husin (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman.