SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
1
ISI KANDUNGAN
Sekapursireh
1. 0 Pendahuluan
1.1 Pengenalantentang kajian
1.2 Definisi konsep
1.2.1 Fonem
1.2.2 Fonetik
1.2.3 Fonologi
1.3. Biodata Responden
1.4. Jadualperlaksanaantugasan
1.5. Refleksitugasan
2.0 Rakamanfonem, suku kata dan ayat kanak-kanak
2.1 Fonem
2.1.1 Vokal
2.1.2 Konsonan
2.2 Suku kata
2.3 Ayat pendek
3.0 Penulisandan rakamanpenuh
3.1. Penulisan rakamandalam ejaaanbiasa.
3.2. Penulisan rakamandalam trankrip fonetik
Biliografi
Lampiran
2
Prakata
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan
tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari dari
menempuh kepayahan,dugaan dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan ini.
Walaubagaimanapun cabaran dan dugaan yang dihadapi berjaya dilalui dengan berkat kecekalan
dan kesabaran serta sokongan semua pihak.
Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor iaitu
En. Kamaruddin bin Tahir .Walaupun saya jarang berjumpa dengan beliau namun saya amat
menghargai atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar,
bimbingan dan nasihat sepanjang semester ini. Sekalung doa semoga Allah SWT akan membalas
jasa baik yang telah beliau curahkan.
Penghargaan ini juga saya rakamkan buat keluarga tercinta serta rakan-rakan
seperjuangan kerana sentiasa memahami serta memotivasikan saya dalam usaha menuju kearah
kejayaan. Semoga kita semua seiringan dalam menggapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Terima Kasih.
3
1.0 Pendahuluan
Semua manusia dianugerahkan keupayaan bertutur kecuali bagi golongan istimewa
seperti orang bisu dan pekak. Kebolehan bertutur bagi manusia sebenarnya mengalami proses
peringkat demi peringkat iaitu daripada bayi kepada kanak-kanak dan seterusnya hingga menjadi
dewasa. Kebolehan seseorang bayi memperoleh bunyi akan berbeza antara satu sama lain.
Interaksi dengan orang di sekelilingnya akan mempengaruhi pemerolehan bunyi bahasanya.
Lebih banyak interaksi yang dilakukan lebih cepat pemerolehan bahasa seseorang bayi.
Salah satu kecenderungan yang menyalahi hukum bahasa ialah apabila ibu bapa dan
orang disekeliling bayi itu menggunakan perkataan yang pelat sebagai tanda ‘manja’ dan
‘sayang’ pada bayi tersebut. Contohnya perkataan ‘sayang’ dibunyikan ‘cayang’, perkataan
‘sedap’ dibunyikan ‘cedap’ dan sebagainya. Tabiat seumpama ini akan mempengaruhi
penerimaan bayi tersebut dan berakhir dengan penghasilan perkataan dengan cara pelat.
Perlu diingat ibu bapa harus memperkenalkan perkataan yang tepat bunyinya. Kegagalan
bayi membunyikan perkataan dengan betul adalah perkara yang normal kerana ini ada kena
mengena dengan sistem pertuturanya. Sistem tutur akan menjadi lebih mudah apabila anak-anak
menjangkau umur yang lebih dewasa. Contohnya bunyi /s/ lebih sukar dibunyikan berbanding
dengan bunyi /m/. Tetapi lama-kelamaan anak ini akan mampu menunturkannya dengan tepat.
Pemerolehan bunyi bahasa ini boleh dikaji secara sainstifik. Bagaimana bunyi bahasa
dihasilkan ada penjelasan yang melatarinya. Ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-
bunyi bahasa ini dikenali sebagai ilmu fonetik.
Ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika diikut uratan kajian dalam ilmu
linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu pertama dikaji dan ikuti dengan ilmu fonologi,
morfologi (sistem bunyi), morfologi ( sistem kata), dan sintaksis (sistem ayat), dan sematik
(sistem makna)
4
1.1 Pengenalan (kepentingan Kajian)
Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia.Secara
ringkasnya dapatlah kita katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan adalah bagi menjawab
soalan-soalan seperti berikut:
i. Bagaimanakah bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ sebutan manusia?
ii. Bagaimanakah bunyi-bunyi tersebut dapat diklasifikasikan?
iii. Bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu berbeza antara satu sama
lain?
Dengan demikian dapatlah kita katakana fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh manusia.Bunyi-bunyi bahasa itu bermaksud bunyi-bunyi yang
digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi.Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam
sistem komunikasi manusia tidaklah menjadi bahan kajian fonetik.
Umumnya ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik arttikulatori,fonetik auditori, dan
fonetik akuistik.Fonetik artikulatori adalah bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat
dan daerah artikulasi bagi bertutur.Fonetik auditori pula adalah fonetik bagi mendeskripsi cara
bagaimana kita memproses dan menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.Fonetik akuistik
pula adalah kajian fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyi
yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan kita.
Terdapat perbezaan antara fonetik dan fonologi iaitu fonetik adalah kajian subdisiplin
linguistik,kajian tentang bunyi manakala fonologi adalah subdisiplin linguistik yang mengkaji
bunyi bahasa iaitu tentang fungsi,perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik.
5
Kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain.Bagi memahami fonologi
,aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu.Apabila sudah menguasai bidang fonetik barulah
sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan
sempurna.Hubung kait antara kedua-dua bidang ini sangat rapat sehingga ada sarjana yang
menyatakan bahawa kedua-dua bidang ini mengkaji korpus yang sama tetapi dari sudut
pandangan yang berbeza.Garis pemisah untuk kedua-duanya terlalu kabur untuk diperjelaskan.
1.2.1 Definisi Fonem.
Fonem bermaksud kajian yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa iaitu pengkajian tentang
struktur atau fungsi sesuatu bunyi bahasa. Ia lebih menetik beratkan analisis bunyi sesuatu
bahasa.
Fonem juga bermaksud bunyi bahasa yang menunjukkan bahasa yang menunjukkan
perbezaan erti. Misalnya kata baying dan laying. Bunyinya hampir sama tetapi yang
membezakan antara dua kata ialah fonem [b] dan [l]. tentulah bunyi-bunyi fonem [b] dan [l]
yang menyebabkan perbezaaan erti itu. Fonem dan transkripsi fomem diletakkan dalam
kurungan / /.
Bunti-bunyi yang berbeza dalam dalam pasangan kata di bawah ini merupakan fonem-
fonem yang berasingan. Contohnya ialah
/ tabah/ - /tapah/ /tekak/ - /tegak/ /baru/- /balu/
Fonem juga boleh difenisikan sebagai unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit
ujaran yang bermakna atau perkataan terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.
Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi iaitu p, a,, l, u. unit-unit ini dipanggil fonem iaitu unit
terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan jadi malu. Oleh itu p dan m
adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit ini membezakan maksud ujaran.
6
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam
palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna, tetapi
dalam bunyi luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.
Fonem terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokol, konsonan, dan diftong. Vokol ialah
bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui
rongga mulut dengan tidak disekat atau terhimpit. Terdapat enam fonem fokol dalam bahasa
Melayu iaitu /a/, /e/, / /. /i/. /o/. /u/. Lihat jadual di bawah
Lambang fonetik Contoh perkataan Nota
[a] anak, tanah, lada
[è] ela, semak, sate
[i] iring, kita, seri
[] emak, betul
Tidak terdapat di hujung
perkataan
[o] obor, botak, moto
[u] ular, sultan, saku
Geluncuran bunyi vokol ini pula dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi[a[ bermula
dengan bunyi vokol depan luas 9a0 akan meluncur kepada bunyi vokol depan sempit [i[.
1.2.2 Definisi Fonetik
Fonetik bermaksud bidang yang mengkaji segala bidang bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat
artikulasi manusia dan ia memberi lambing kepada bunyi-bunyi tersebut.
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai
ilmu, fonetik bersaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hokum-
hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, sebagai kemahiran, fonetik memakai
data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan
pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan
melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi-bunyi marginal,
dan memberikan symbol fonetik untuk setiap bunyi, menurut Dr Lufti Abas (1985).
7
Menurut ahli linguistic Barat, Kenstiwicz dan Kisserberth (1979) “ the study of the
sounds human being employ when speaking a language is phonetics”. Pernyataan yang
dinyatakan dapatlah kita terjemahkan yang bermaksud “ pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh
manusia yang kita gunakan sebagai pertutur.
Ilmu fonetik akan memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings,
rongga mulut, dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.
Terdapat tiga bidang kajian ilmu fonetik iaitu fonetik artikulasi, fonetik akuistik dan
fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dengan bantuan
organ dalaman, fonetik akuistik pula mengkaji gelombang udara dan bagaimana bunyi dibawa ke
pendengaran pendengar manakala fonetik auditori menghuraikan bagaimana gelombang bunyi
tadi diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi
yang bermakna.
Bertil Malmberg (1968) seorang ahli fonetik Perancis telah mendefinisikan fonetik
sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Maknanya apa yang dipentingkan ialah bunyi-bunyi
bahasa yang dihasilkan dan bukannnya makna yang cuba disampaikan. Unit-unit yang digunakan
da;am bahasa tuturan ialah bunyi-bunyi dan kumpulan-kumpulan bunyi yang dibezakan oleh
telinga manusia tanpa ragu-ragu.
Ahli fonetik lebih berminat untuk melihat bagaimana pergerakan udara digadingkan
dengan pergerakan organ-organ pertuturan dan juga koordinasi semua pergerakan sehingga
terhasil bunyi. Minat ahli fonetik berbeza dengan dengan ahli kaji bina tubuh dan fisiologi. Apa
yang diperhatikan oleh ahli termaksuklah pergerakan lidah, rahang, bibir, dan sebagainya.
Pengkajian ahli fonetik tidak sahaja mengkaji bunyi bahasa secara mutlak tetapi juga
melibatkan proses-proses lain seperti gelombang bunyi dan penangkapan serta pemprosesan
bunyi. Fonetik artikulasi sangat berkait rapat dengan ilmu fonetik akuistik dan fonetik auditori.
1.2.3 Definisi Fonologi.
Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh
manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh kedua-dua pihak.
8
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-
bunyi yabg tertentu dalam pertuturan, khususnya bagi sesuatu bahasa. Ini jelas dengan pendapat
Hendrenson yang menyatakan “ the study of the system organization of selected speech sounds
in the spoken form of individual language has variously been called phonology.
Menurut Dalbor, seorang pengkaji ahli linguistic Barat pula, “ phonology is the study funcition
and patteming of speech sounds “ yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan
pencorakan dalam bunyi-bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.
Universiti Terbuka pula mendefinisikan fonologi bidang yang mengkaji sistem bunyi
yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang umum yang
mendefinisikan fonologi itu sendiri.
Menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu
bahasa (1996: 354). Manakala mengikut kamus linguistik ( Harimurti Kridaklasana, : 1984:51)
memberikan definisi yang menyelediki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
Di samping itu juga, definisi dan maksud fonologi boleh didapati dan dipetik daripada
pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajian Ea Al dalam bidang buku
linguistiknya: Penghantar Bahasa dan komunikasi terjemahan oleh Aishah mahadi dan Azizah
Hussein memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: Fonologi ialah subbidang
linguistik yang mengikut struktur dan pemolaan sistemetik bunyi dalam bahasa manusia.
Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat seperti berikut.
Bibir Gigi Gusi lelangit keras Lelangit lembut
Anak tekak Rongga tekak Rongga mulut Paru-paru
Lidah Rongga mulut Rongga hidung Peti suara dan pita
suara
Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan
di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.(b) daerah pengeluar (artikulasi) -
merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit
keras.
9
Dalam bidang fonologi bahasa melayu, ianya terbahagi kepada dua cabang yang utama
iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik terbahagi kepada tiga iaitu fonetik penghasilan bunyi, fonetik
akuistik dan fonetik auditori. Manakala fonem pula mengandungi fonem-fonem iaitu fonem
vokol, fonem konsonan dan diftong. Dalam fonem bahasa melayu turut membincangkan tentang
alat-alat artikulasi, daerah-daerah artikulasi dan cara-cara artikulasi.
1.3 Biodata responden.
Kanak-kanak yang menjadi bahan kajian saya ialah Muhd Shafiq Danish
bin Azman.Kanak-kanak ini berumur 4 tahun 5 bulan.Kanak-kanak ini sudah
memasuki TASKA di Taman Dato Senu, Kuala Lumpur. Muhd Shafiq merupakan
seorang kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Hobi kanak-kanak ini ialah
suka bermain basikal, melukis dan menonton cerita kartun dan drama. Kanak-
kanak ini merupakan anak bongsu kepada Encik Azman bin Ibrahim yang juga
merupakan jiran saya.Nama ibunya ialah Zaitun binti Arshad. Ibunya bekerja
sebagai Jururawat Pergigian Keramat. Manakala ayahnya bekerja sebagai
pemandu..Muhd Shafiq sangat mudah mesra dengan jiran-jiranya. Oleh sebab itu,
dia sangat dikenali di blok perumahannya.
10
1.4 Jadual perlaksanan tugas merakam percakapan Shafiq Danish
BIl Tarikh Masa Tempat Catatan
01 22.06.2009 9.00 malam Di rumah
02 23.06.2009 9.30 malam Di rumah
03 25.06.2009 8.00 malam Di rumah
04 27.06.2009 9.00 malam Di rumah
05 29.06.2009 8.30 malam Di rumah
06 1.07.2009 8.30 malam Di rumah
07 2.07.2009 9.00 malam Di rumah
08 4.07.2009 9.00 malam Di rumah
09 5.07.2009 10.00 pagi Di rumah
10 6.07.2009 8.00 malam Di rumah
11 7.07.2009 9.30 malam Di rumah
12 8.07.2009 9.00 malam Di rumah
11
1.5 Refleksi
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.Antara
cabaran yang paling mencabar ialah sewaktu hendak merakam responden kerana responden ini
terlalu aktif.Ini menyebabkan rakaman yang saya lakukan terpaksa mengambil masa.Percakapan
yang diucapkan oleh responden yang merapu dan pelat sukar untuk saya hendak mengecam bunti
fonetik.Kadang-kadang rakaman yang dibuat terhadap responden terlau singkat iaitu seminit
sahaja.Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil rakaman terhadap responden begitu banyak
sekali dalam sehari.
Kadang-kadang responden juga mengucapkan perkara yang sama.Ini menyebabkan
rakaman yang dilakukan hanyalah sia-sia sahaja.Selain daripada itu, responden juga ada
mengucapkan dalam bahasa Inggeris.Ini amat menyukarkan saya untuk mengecam bunyi fonetik
dalam kajian saya ini.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi masalah kekangan masa.Masa yang
terlalu sibuk dengan sekolah dan juga masa dalam menguruskan keluarga menyebabkan saya
terpaksa mengambil masa yang terluang untuk merakam responden.Mujurlah responden yang
saya buat kajian ini adalah anak jiran saya .Hasilnya rakaman yang saya buat terhadap responden
hanya mengambil masa empat puluh enam minit sahaja.
Saya juga terpaksa banyak bersabar di dalam merakam percakapan responden kerana
responden melakukan pelbagai kerenah setiap hari sewaktu hendak merakamnya seperti ,hendak
buat kerja sekolahnya, hendak bermain, menonton televisyen dan sebagainya.Pelbagai
kerenahnya setiap hari menyebabkan saya terpaksa bersabar dengan responden.
Selain daripada itu,saya juga terpaksa mencari pelbagai bahan yang berkaitan dengan
fonetik sama ada di perpustakaan dan juga melalui internet.Secara tidak langsung saya terpaksa
mengorbankan banyak masa sehingga kadangkala hampir seharian menyiapkan tugasan ini.
13 9.07.2009 8.30 malam Di rumah
14 10.07.2009 9.00 malam Di rumah
12
Di samping kelemahan, saya juga mendapat beberapa kelebihan di dalam menyiapkan
tugasan ini.Kelebihan terpenting yang saya dapat ialah saya dapat belajar di dalam bunyi bahasa
ini melalui pembacaan buku rujukan tentang fonetik dan fonologi.Melalui pembacaan buku dan
juga dari internet pengetahuan saya terhadap bunyi-bunyi bahasa semakin meningkat.Jika
sebelum ini saya hanya tahu membunyi sesuatu ayat mengikut cara saya sendiri.Saya juga
mengetahui bahawa bunyi-bunyi bahasa sebenarnya dikeluarkan melalui alat artikulasi.Dengan
pengetahuan yang saya perolehi ini, dapatlah saya ajarkan kepada anak-anak murid saya serta
anak saya sendiri.
Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya dapat belajar mengenai kerenah anak-anak
seperti apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka.Selain itu saya dapat belajar dalam
pengurusan masa.Kalau sebelum ini,saya tidak pernah belajar tentang pembahagiam masa seperti
masa belajar,masa bersama kelaurga dan lain-lain lagi.
Saya juga belajar tentang erti kesabaran yang sebenarnya di dalam menyiapkan tugasan
ini.Untuk mencapai sesuatu kejayaan,kita terpaksa banyak bersabar kerana disebabkan perkara
yang kecil menyebabkan perancangan dan proses tugasan saya terpaksa diubah atau sedikit
tertangguh.Kalau kita tidak bersabar mungkin kejayaan yang kita harapkan tidak akan terhasil.
Saya juga belajar bagaimana hendak mengedit suara responden yang dirakam ke dalam
cakera padat.Kalau sebelum ini saya tidak tahu bagaimana hendak mengedit sesuatu bahan ke
dalam cakera padat.
Secara kesimpiulannya, saya merasakan begitu gembira kerana dapat menyiapkan
tugasan ini di dalam tempoh yang ditetapkan.Saya juga banyak belajar betapa pentingnya masa
di dalam kehidupan seharian.
13
2.0 Rakaman fonem,suku kata dan ayat kanak-kanak.
2.1 Fonem
2.1.1 Vokal
Vokal Suku kata Kata Ayat
i. vokal hadapan luas
[a]
a
ii. Vokal hadapan
sempit [i]
i
a + dik
a + bah
a + bang
a + da
a + tas
a + jak
sa + ya
ba + ca
a + jar
i + bu
i + kan
be + li
adik
abah
abang
ada
atas
ajak
saya
baca
ajar
ibu
ikan
beli
adik busuk.
abah saya busuk
abang main
transformers.
atas langit.
ajak abang
saya ada patung..
baca doa
cikgu ajar Shafiq
ibu saya nama Eton
ikan paus itu
berenang
beli dekat petronas.
hari sukan
14
iii. Vokal separuh
sempit [e]
e
iv. vokal depan
separuh luas [ɛ]
ɛ
ha + ri
pa + gi
na + si
li + ma
ta + di
em +pat
se + ko +lah
be + re +nang
ce + ri + ta
le + pas
Ke + rɛ + ta
mɛ + rah
hari
pagi
nasi
lima
tadi
empat
sekolah
berenang
cerita
lepas
kerɛta
mɛrah
pagi tadi.
makan nasi
lima minit.
tadi saya main dengan
kawan-kawan.
saya baru empat
tahun.
saya sekolah taska
ikan paus itu
berenang.
Cerita arnab.
lepas itu apa
kerɛta saya kerɛta
Wira
tranformers warna
mɛrah.
15
Vokal belakang
sempit [u]
u
Vokal belakang
sempit [o]
o
Vokal tengah [ə]
ə
ba + ru
bu + suk
ku + at
tan + duk
o + rang
se + ko + lah
ro + bot
a + pə
ə + mak
baru
busuk
kuat
tanduk
orang
sekolah
robot
apə
əmak
saya baru empat
tahun.
papa saya busuk
kuat la sikit.
Tanduk bola tu
mana orang gila
cikgu.
saya sekolah taska
lagi apə
16
2.1.2Konsonan
Konsonan Suku kata Kata Ayat
Letupan dua bibir tak
bersuara [p]
P
Letupan dua bibir
bersuara [b]
b
la + pan
ba + lik
ba + nyak
lapan
balik
banyak
lapan
balik tidur
17
Letupan gusi tak
bersuara [t]
t
Letupan gusi bersuara
[d]
d
Letupan lelangit
lembut bersuara [g]
g
ti + ga
i + tu
a + da
dah
da + ging
beg
tiga
itu
ada
dah
daging
beg
dah habis
abah yang beli beg.
18
Letupan lelangit tak
bersuara [k]
k
Letupan letupan
bersuara [?]
?
Konsonan bersuara [j]
j
kam + bing
ku + at
ba + lik
ka + kak
ja + lan
kambing
kuat
balik
kakak
jalan
kambing tanduk
kuat la siki
saya balik
kakak cantik
saya pergi jalan
dengan kak yana.
19
Sengau dua bibir
bersuara [m]
m
ma + kan
ma + in
ma + lam
ma + sak
makan
main
malam
masak
makan.makan
main
masak nasi
3.0 Penulisan rakaman penuh.
3.1 Penulisan rakaman penuh dalam ejaan biasa.
1. adik busuk
2. abah saya busuk
3. abang main transformers.
4. nama saya Shafiq.
5. atas langit
6. ajak abang
7. saya ada transfoemers
8. baca doa
20
9. cikgu ajar Shafiq
10. ibu saya nama eton
11. ikan paus itu berenang.
12. beli dekat petronas.
13. hari sukan
14. pagi tadi.
15. makan nasi.
16.lima minit.
17. tadi saya main dengan kawan-kawan.
18. saya baru empat tahun.
19. saya sekolah tadika islam
20. lepas itu apa.
21. kereta saya kereta kancil dan kereta rush.
22. transformers warna merah.
23. saya baru empat tahun.
24. mana orang gila cikgu
25. lagi apa
26. emak
27. balik tidur
28. dah habis
29. emak
30. saya pergi jalan dengan kak yana
21
3.2 Penulisan rakaman dalam transkripsi fonetik.
1. # adiɁ busuɁ #
2. # abah sayɜ busuɁ #
3. #abaŋ main transformɜrs #
4. # namɜ sayɜ Shafiq #
5. # atas langit
6. # ajaɁ abaŋ #
7. # sayɜ adɜ transformɜrs #
8. # bacɜ doa #
9. # ciɁgu ajar shafiq#
10. # ibu sayɜ namɜ Əton #
11. # ikan paus itu bərənaŋ
12. # bəli dəkat pɛtronas
13. hari suɁan #
14. # pagi tadi #
15. # makan nasi #
16. # limɜ minit #
17. # tadi sayɜ main dengan kawan-kawan#
18. sayɜ baru əmpat tahun #
19. # sayɜ səkolah tadika islam #
20. # ləpas itu apə #
21. # kərətɜ sayɜ Kərətɜ rush dan kərətɜ kancil #
22
22. # transformɜrs warnɜ mərah
23. # kuat la sikit #
24. # manɜ oraŋ gilɜ ciɁgu #
25. # lagi apɜ #
26. # əmaɁ #
27. # baliɁ tidur #
28. # dah habis #
29. # abah yaŋ bəli bɛg #
30. # sayɜ pergi jalan dɜngan kaɁ yana #
Dalam menghasilkan, terdapat tiga alat yang memainkan peranan yang penting, iaitu alat
dalaman tubuh,alat artikulasi dan daerah artilukasi.Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia
terdiri daripada dua jenis , iaitu bunyi-bunyi bahasa dan bunyi=bunyi bukan bahasa.Bunyi-bunyi
bahasa diberikan lambing-lambang tertentu.dalam bahasa terdapat dua jenis bunyi bahasa iaitu
vokal dan konsonan. Bunyi vokal adalah bunyi yang dihasilkan tanpa berlakunya sekatan kepada
aliran udara.Keadaan sebaliknya pula berlaku kepada bunyi konsonan.Pelabelan bunyi-bunyi ini
bergantung kepada alat dan daerah artilukasi.Manakala bunyi konsonan pula, keadaan pita suara
turut diambil kira bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun
tidak.Oleh itu,bagi mengenal pasti cara sesuatu bunyi dihasilkan, pengetahuan tentang alat dan
daerah artikulasi sangat diperlukan oleh pencinta bahasa.
23
4.0 Kesimpulan
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan petunjuknya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini walaupun tidaklah begitu sempurna.Semasa melakukan tugasan amat banyak sekali
ilmu yang dapat saya pelajari terutamanya dalam bidang fonologi ini.Saya merasakan kepayahan
ketika cuba memahaminya apatah lagi untuk menghafalnya.Namun saya yakin dengan adanya
tugasan seperti ini saya dapat mendalaminya sedikit demi sedikit sehingga saya dapat
mempelajari nya dengan baik.Apabila membuat kajian bunyi suara terhadap kanak-kanak, saya
dapat mempelajari dan mengkaji sendiri dengan panduan pensyarah, buku serta rakan-rakan iaitu
bagaimana untuk membezakan bunyi suara dalam kategori masing-masing seperti jenis-jenis
vokal,diftong,konsonan dan juga transkripsi fonetik.Saya juga telah mempelajari apakah
perbezaan antara fonetik dan fonemik.Dari segi penghasilan tugasan ini saya mendengar dengan
teliti dan membuat catatan daripada penerangan yang disampaikan oleh pensyarah di dalam
kelas.Walaupun saya tidak banyak bersoal jawab dengan beliau namun sesi soal jawab pensyarah
dengan rakan-rakan dalam kelas amat membantu saya dalam memahami kehendak tugasan.Saya
juga banyak berbincang dengan rakan-rakan sekuliah untuk memperolehi maklumat-maklumat
yang penting dan bagaimana tugasan ini dapat dilakukan dengan lebih terancang dan tersusun
kerana ianya melibatkan pihak ketiga (kanak-kanak) tentang cara rakaman,proses rakaman dan
mengkaji suara yang betul dan sesuai dengan kehendak soalan.Buah fikiran dan juga
perkongsian maklumat daripada rakan-rakan tidak kira masa dan tempat amatlah dihargai.Saya
amat mengharapkan sesuatu yang sempurna dalam pekerjaan namun dengan segala kekangan
serta kelemahan dari diri saya sendiri,tugasan ini dapatlah saya siapkan seadanya.Saya Cuma
berharap saya dapat memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa dalam menyiapkan tugasan
yang lebih baik pada masa akan datang.Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah
saya, Encik Kamarudin Tahir yang telah mencurahkan banyak ilmu dalam Bahasa Melayu.Saya
amat berharap semoga saya dapat belajar lagi dengan beliau pada semester akan datang Insya-
Allah.
24
Rujukan.
1. Abdullah Hassan,1987.Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur:Fajar
Bakti.
2. Indirawati Zahid, Mardiah Shah Omar,(2006). Fonetik dan Fonologi.Pencetakan Zafar Sdn
Bhd.
3. Nor Hashimah Jalaluddin. (2000).Asas Fonetik.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.
4. http://www.scribd.com/doc/7729996/Fonologi Bahasa Melayu
25
LAMPIRAN
1.CD ROM Rakaman

More Related Content

What's hot

Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologifitri norlida
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)Zulhana Zulkifle
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayukamalslaw
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruRudy Jemain Rj
 
sistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdfsistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdfIPG
 
Konsep penjagaan muka sebagai asas kesantunan
Konsep penjagaan muka sebagai asas kesantunanKonsep penjagaan muka sebagai asas kesantunan
Konsep penjagaan muka sebagai asas kesantunanMickgun
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuAtykah Aura
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083FaFai S.
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonanbunikshah
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Mohammad Yaqin
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117Yuvarani Subramaniam
 

What's hot (20)

Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayu
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guru
 
aktiviti pra menulis
aktiviti pra menulisaktiviti pra menulis
aktiviti pra menulis
 
sistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdfsistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdf
 
Konsep penjagaan muka sebagai asas kesantunan
Konsep penjagaan muka sebagai asas kesantunanKonsep penjagaan muka sebagai asas kesantunan
Konsep penjagaan muka sebagai asas kesantunan
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
 
Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 

Viewers also liked

Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Norainie Binti Ekan Usunor
 
Ixaris hotel payment solution
Ixaris hotel payment solutionIxaris hotel payment solution
Ixaris hotel payment solutionIxaris Systems
 
Profit Now From Corporate Prepaid | PayExpo June 2013 | Ixaris Systems Ltd
Profit Now From Corporate Prepaid | PayExpo June 2013 | Ixaris Systems LtdProfit Now From Corporate Prepaid | PayExpo June 2013 | Ixaris Systems Ltd
Profit Now From Corporate Prepaid | PayExpo June 2013 | Ixaris Systems LtdIxaris Systems
 
Manual de procedimiento simonu 2014
Manual de procedimiento simonu 2014Manual de procedimiento simonu 2014
Manual de procedimiento simonu 2014nicomonu2015
 
Status, Needs and Priorities for Sustainable Soil Management in Somalia, Ali ...
Status, Needs and Priorities for Sustainable Soil Management in Somalia, Ali ...Status, Needs and Priorities for Sustainable Soil Management in Somalia, Ali ...
Status, Needs and Priorities for Sustainable Soil Management in Somalia, Ali ...FAO
 
Mythology as a form of story telling about life by Aurora
Mythology as a form of story telling about life by AuroraMythology as a form of story telling about life by Aurora
Mythology as a form of story telling about life by Auroramariella
 
柏瑞週報20160926
柏瑞週報20160926柏瑞週報20160926
柏瑞週報20160926Pinebridge
 
柏瑞週報20170120
柏瑞週報20170120柏瑞週報20170120
柏瑞週報20170120Pinebridge
 
Negotiating Skills
Negotiating SkillsNegotiating Skills
Negotiating SkillsTuan Yang
 
Coriolis Force, Weather and Climate Unit, Earth Science Lesson PowerPoint
Coriolis Force, Weather and Climate Unit, Earth Science Lesson PowerPointCoriolis Force, Weather and Climate Unit, Earth Science Lesson PowerPoint
Coriolis Force, Weather and Climate Unit, Earth Science Lesson PowerPointwww.sciencepowerpoint.com
 

Viewers also liked (14)

Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Ixaris hotel payment solution
Ixaris hotel payment solutionIxaris hotel payment solution
Ixaris hotel payment solution
 
Profit Now From Corporate Prepaid | PayExpo June 2013 | Ixaris Systems Ltd
Profit Now From Corporate Prepaid | PayExpo June 2013 | Ixaris Systems LtdProfit Now From Corporate Prepaid | PayExpo June 2013 | Ixaris Systems Ltd
Profit Now From Corporate Prepaid | PayExpo June 2013 | Ixaris Systems Ltd
 
Manual de procedimiento simonu 2014
Manual de procedimiento simonu 2014Manual de procedimiento simonu 2014
Manual de procedimiento simonu 2014
 
Status, Needs and Priorities for Sustainable Soil Management in Somalia, Ali ...
Status, Needs and Priorities for Sustainable Soil Management in Somalia, Ali ...Status, Needs and Priorities for Sustainable Soil Management in Somalia, Ali ...
Status, Needs and Priorities for Sustainable Soil Management in Somalia, Ali ...
 
Mythology as a form of story telling about life by Aurora
Mythology as a form of story telling about life by AuroraMythology as a form of story telling about life by Aurora
Mythology as a form of story telling about life by Aurora
 
Krx tip0922
Krx tip0922Krx tip0922
Krx tip0922
 
Quiz.doc
Quiz.docQuiz.doc
Quiz.doc
 
柏瑞週報20160926
柏瑞週報20160926柏瑞週報20160926
柏瑞週報20160926
 
柏瑞週報20170120
柏瑞週報20170120柏瑞週報20170120
柏瑞週報20170120
 
Negotiating Skills
Negotiating SkillsNegotiating Skills
Negotiating Skills
 
Coriolis Force, Weather and Climate Unit, Earth Science Lesson PowerPoint
Coriolis Force, Weather and Climate Unit, Earth Science Lesson PowerPointCoriolis Force, Weather and Climate Unit, Earth Science Lesson PowerPoint
Coriolis Force, Weather and Climate Unit, Earth Science Lesson PowerPoint
 

Similar to Agg fonetik

62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108Oh Jenny
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayuZubir Ismail
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayuladymama
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Roziah Geera
 
nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2ly infinitryx
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Nazira M
 
1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologiAminudin Dolah
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108Ida Ayuni
 
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdfBMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi640119045499
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminpyk1997
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisfahmi_naka
 

Similar to Agg fonetik (20)

62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayu
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdfBMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
 
Diftong
DiftongDiftong
Diftong
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasmin
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
Beza fonetik
Beza fonetikBeza fonetik
Beza fonetik
 
TUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docxTUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docx
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 

Recently uploaded (11)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 

Agg fonetik

  • 1. 1 ISI KANDUNGAN Sekapursireh 1. 0 Pendahuluan 1.1 Pengenalantentang kajian 1.2 Definisi konsep 1.2.1 Fonem 1.2.2 Fonetik 1.2.3 Fonologi 1.3. Biodata Responden 1.4. Jadualperlaksanaantugasan 1.5. Refleksitugasan 2.0 Rakamanfonem, suku kata dan ayat kanak-kanak 2.1 Fonem 2.1.1 Vokal 2.1.2 Konsonan 2.2 Suku kata 2.3 Ayat pendek 3.0 Penulisandan rakamanpenuh 3.1. Penulisan rakamandalam ejaaanbiasa. 3.2. Penulisan rakamandalam trankrip fonetik Biliografi Lampiran
  • 2. 2 Prakata Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari dari menempuh kepayahan,dugaan dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan ini. Walaubagaimanapun cabaran dan dugaan yang dihadapi berjaya dilalui dengan berkat kecekalan dan kesabaran serta sokongan semua pihak. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor iaitu En. Kamaruddin bin Tahir .Walaupun saya jarang berjumpa dengan beliau namun saya amat menghargai atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sepanjang semester ini. Sekalung doa semoga Allah SWT akan membalas jasa baik yang telah beliau curahkan. Penghargaan ini juga saya rakamkan buat keluarga tercinta serta rakan-rakan seperjuangan kerana sentiasa memahami serta memotivasikan saya dalam usaha menuju kearah kejayaan. Semoga kita semua seiringan dalam menggapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Terima Kasih.
  • 3. 3 1.0 Pendahuluan Semua manusia dianugerahkan keupayaan bertutur kecuali bagi golongan istimewa seperti orang bisu dan pekak. Kebolehan bertutur bagi manusia sebenarnya mengalami proses peringkat demi peringkat iaitu daripada bayi kepada kanak-kanak dan seterusnya hingga menjadi dewasa. Kebolehan seseorang bayi memperoleh bunyi akan berbeza antara satu sama lain. Interaksi dengan orang di sekelilingnya akan mempengaruhi pemerolehan bunyi bahasanya. Lebih banyak interaksi yang dilakukan lebih cepat pemerolehan bahasa seseorang bayi. Salah satu kecenderungan yang menyalahi hukum bahasa ialah apabila ibu bapa dan orang disekeliling bayi itu menggunakan perkataan yang pelat sebagai tanda ‘manja’ dan ‘sayang’ pada bayi tersebut. Contohnya perkataan ‘sayang’ dibunyikan ‘cayang’, perkataan ‘sedap’ dibunyikan ‘cedap’ dan sebagainya. Tabiat seumpama ini akan mempengaruhi penerimaan bayi tersebut dan berakhir dengan penghasilan perkataan dengan cara pelat. Perlu diingat ibu bapa harus memperkenalkan perkataan yang tepat bunyinya. Kegagalan bayi membunyikan perkataan dengan betul adalah perkara yang normal kerana ini ada kena mengena dengan sistem pertuturanya. Sistem tutur akan menjadi lebih mudah apabila anak-anak menjangkau umur yang lebih dewasa. Contohnya bunyi /s/ lebih sukar dibunyikan berbanding dengan bunyi /m/. Tetapi lama-kelamaan anak ini akan mampu menunturkannya dengan tepat. Pemerolehan bunyi bahasa ini boleh dikaji secara sainstifik. Bagaimana bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan yang melatarinya. Ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi- bunyi bahasa ini dikenali sebagai ilmu fonetik. Ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika diikut uratan kajian dalam ilmu linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu pertama dikaji dan ikuti dengan ilmu fonologi, morfologi (sistem bunyi), morfologi ( sistem kata), dan sintaksis (sistem ayat), dan sematik (sistem makna)
  • 4. 4 1.1 Pengenalan (kepentingan Kajian) Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia.Secara ringkasnya dapatlah kita katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan adalah bagi menjawab soalan-soalan seperti berikut: i. Bagaimanakah bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ sebutan manusia? ii. Bagaimanakah bunyi-bunyi tersebut dapat diklasifikasikan? iii. Bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu berbeza antara satu sama lain? Dengan demikian dapatlah kita katakana fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia.Bunyi-bunyi bahasa itu bermaksud bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi.Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi manusia tidaklah menjadi bahan kajian fonetik. Umumnya ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik arttikulatori,fonetik auditori, dan fonetik akuistik.Fonetik artikulatori adalah bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi bertutur.Fonetik auditori pula adalah fonetik bagi mendeskripsi cara bagaimana kita memproses dan menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.Fonetik akuistik pula adalah kajian fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan kita. Terdapat perbezaan antara fonetik dan fonologi iaitu fonetik adalah kajian subdisiplin linguistik,kajian tentang bunyi manakala fonologi adalah subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa iaitu tentang fungsi,perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik.
  • 5. 5 Kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain.Bagi memahami fonologi ,aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu.Apabila sudah menguasai bidang fonetik barulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna.Hubung kait antara kedua-dua bidang ini sangat rapat sehingga ada sarjana yang menyatakan bahawa kedua-dua bidang ini mengkaji korpus yang sama tetapi dari sudut pandangan yang berbeza.Garis pemisah untuk kedua-duanya terlalu kabur untuk diperjelaskan. 1.2.1 Definisi Fonem. Fonem bermaksud kajian yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa iaitu pengkajian tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi bahasa. Ia lebih menetik beratkan analisis bunyi sesuatu bahasa. Fonem juga bermaksud bunyi bahasa yang menunjukkan bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata baying dan laying. Bunyinya hampir sama tetapi yang membezakan antara dua kata ialah fonem [b] dan [l]. tentulah bunyi-bunyi fonem [b] dan [l] yang menyebabkan perbezaaan erti itu. Fonem dan transkripsi fomem diletakkan dalam kurungan / /. Bunti-bunyi yang berbeza dalam dalam pasangan kata di bawah ini merupakan fonem- fonem yang berasingan. Contohnya ialah / tabah/ - /tapah/ /tekak/ - /tegak/ /baru/- /balu/ Fonem juga boleh difenisikan sebagai unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna atau perkataan terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi iaitu p, a,, l, u. unit-unit ini dipanggil fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan jadi malu. Oleh itu p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit ini membezakan maksud ujaran.
  • 6. 6 Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna, tetapi dalam bunyi luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Fonem terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokol, konsonan, dan diftong. Vokol ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak disekat atau terhimpit. Terdapat enam fonem fokol dalam bahasa Melayu iaitu /a/, /e/, / /. /i/. /o/. /u/. Lihat jadual di bawah Lambang fonetik Contoh perkataan Nota [a] anak, tanah, lada [è] ela, semak, sate [i] iring, kita, seri [] emak, betul Tidak terdapat di hujung perkataan [o] obor, botak, moto [u] ular, sultan, saku Geluncuran bunyi vokol ini pula dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi[a[ bermula dengan bunyi vokol depan luas 9a0 akan meluncur kepada bunyi vokol depan sempit [i[. 1.2.2 Definisi Fonetik Fonetik bermaksud bidang yang mengkaji segala bidang bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambing kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik bersaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hokum- hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan symbol fonetik untuk setiap bunyi, menurut Dr Lufti Abas (1985).
  • 7. 7 Menurut ahli linguistic Barat, Kenstiwicz dan Kisserberth (1979) “ the study of the sounds human being employ when speaking a language is phonetics”. Pernyataan yang dinyatakan dapatlah kita terjemahkan yang bermaksud “ pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan sebagai pertutur. Ilmu fonetik akan memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, rongga mulut, dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. Terdapat tiga bidang kajian ilmu fonetik iaitu fonetik artikulasi, fonetik akuistik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dengan bantuan organ dalaman, fonetik akuistik pula mengkaji gelombang udara dan bagaimana bunyi dibawa ke pendengaran pendengar manakala fonetik auditori menghuraikan bagaimana gelombang bunyi tadi diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna. Bertil Malmberg (1968) seorang ahli fonetik Perancis telah mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Maknanya apa yang dipentingkan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan dan bukannnya makna yang cuba disampaikan. Unit-unit yang digunakan da;am bahasa tuturan ialah bunyi-bunyi dan kumpulan-kumpulan bunyi yang dibezakan oleh telinga manusia tanpa ragu-ragu. Ahli fonetik lebih berminat untuk melihat bagaimana pergerakan udara digadingkan dengan pergerakan organ-organ pertuturan dan juga koordinasi semua pergerakan sehingga terhasil bunyi. Minat ahli fonetik berbeza dengan dengan ahli kaji bina tubuh dan fisiologi. Apa yang diperhatikan oleh ahli termaksuklah pergerakan lidah, rahang, bibir, dan sebagainya. Pengkajian ahli fonetik tidak sahaja mengkaji bunyi bahasa secara mutlak tetapi juga melibatkan proses-proses lain seperti gelombang bunyi dan penangkapan serta pemprosesan bunyi. Fonetik artikulasi sangat berkait rapat dengan ilmu fonetik akuistik dan fonetik auditori. 1.2.3 Definisi Fonologi. Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh kedua-dua pihak.
  • 8. 8 Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yabg tertentu dalam pertuturan, khususnya bagi sesuatu bahasa. Ini jelas dengan pendapat Hendrenson yang menyatakan “ the study of the system organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Menurut Dalbor, seorang pengkaji ahli linguistic Barat pula, “ phonology is the study funcition and patteming of speech sounds “ yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi-bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Universiti Terbuka pula mendefinisikan fonologi bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang umum yang mendefinisikan fonologi itu sendiri. Menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996: 354). Manakala mengikut kamus linguistik ( Harimurti Kridaklasana, : 1984:51) memberikan definisi yang menyelediki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Di samping itu juga, definisi dan maksud fonologi boleh didapati dan dipetik daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajian Ea Al dalam bidang buku linguistiknya: Penghantar Bahasa dan komunikasi terjemahan oleh Aishah mahadi dan Azizah Hussein memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: Fonologi ialah subbidang linguistik yang mengikut struktur dan pemolaan sistemetik bunyi dalam bahasa manusia. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat seperti berikut. Bibir Gigi Gusi lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Rongga tekak Rongga mulut Paru-paru Lidah Rongga mulut Rongga hidung Peti suara dan pita suara Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
  • 9. 9 Dalam bidang fonologi bahasa melayu, ianya terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik terbahagi kepada tiga iaitu fonetik penghasilan bunyi, fonetik akuistik dan fonetik auditori. Manakala fonem pula mengandungi fonem-fonem iaitu fonem vokol, fonem konsonan dan diftong. Dalam fonem bahasa melayu turut membincangkan tentang alat-alat artikulasi, daerah-daerah artikulasi dan cara-cara artikulasi. 1.3 Biodata responden. Kanak-kanak yang menjadi bahan kajian saya ialah Muhd Shafiq Danish bin Azman.Kanak-kanak ini berumur 4 tahun 5 bulan.Kanak-kanak ini sudah memasuki TASKA di Taman Dato Senu, Kuala Lumpur. Muhd Shafiq merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Hobi kanak-kanak ini ialah suka bermain basikal, melukis dan menonton cerita kartun dan drama. Kanak- kanak ini merupakan anak bongsu kepada Encik Azman bin Ibrahim yang juga merupakan jiran saya.Nama ibunya ialah Zaitun binti Arshad. Ibunya bekerja sebagai Jururawat Pergigian Keramat. Manakala ayahnya bekerja sebagai pemandu..Muhd Shafiq sangat mudah mesra dengan jiran-jiranya. Oleh sebab itu, dia sangat dikenali di blok perumahannya.
  • 10. 10 1.4 Jadual perlaksanan tugas merakam percakapan Shafiq Danish BIl Tarikh Masa Tempat Catatan 01 22.06.2009 9.00 malam Di rumah 02 23.06.2009 9.30 malam Di rumah 03 25.06.2009 8.00 malam Di rumah 04 27.06.2009 9.00 malam Di rumah 05 29.06.2009 8.30 malam Di rumah 06 1.07.2009 8.30 malam Di rumah 07 2.07.2009 9.00 malam Di rumah 08 4.07.2009 9.00 malam Di rumah 09 5.07.2009 10.00 pagi Di rumah 10 6.07.2009 8.00 malam Di rumah 11 7.07.2009 9.30 malam Di rumah 12 8.07.2009 9.00 malam Di rumah
  • 11. 11 1.5 Refleksi Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.Antara cabaran yang paling mencabar ialah sewaktu hendak merakam responden kerana responden ini terlalu aktif.Ini menyebabkan rakaman yang saya lakukan terpaksa mengambil masa.Percakapan yang diucapkan oleh responden yang merapu dan pelat sukar untuk saya hendak mengecam bunti fonetik.Kadang-kadang rakaman yang dibuat terhadap responden terlau singkat iaitu seminit sahaja.Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil rakaman terhadap responden begitu banyak sekali dalam sehari. Kadang-kadang responden juga mengucapkan perkara yang sama.Ini menyebabkan rakaman yang dilakukan hanyalah sia-sia sahaja.Selain daripada itu, responden juga ada mengucapkan dalam bahasa Inggeris.Ini amat menyukarkan saya untuk mengecam bunyi fonetik dalam kajian saya ini. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi masalah kekangan masa.Masa yang terlalu sibuk dengan sekolah dan juga masa dalam menguruskan keluarga menyebabkan saya terpaksa mengambil masa yang terluang untuk merakam responden.Mujurlah responden yang saya buat kajian ini adalah anak jiran saya .Hasilnya rakaman yang saya buat terhadap responden hanya mengambil masa empat puluh enam minit sahaja. Saya juga terpaksa banyak bersabar di dalam merakam percakapan responden kerana responden melakukan pelbagai kerenah setiap hari sewaktu hendak merakamnya seperti ,hendak buat kerja sekolahnya, hendak bermain, menonton televisyen dan sebagainya.Pelbagai kerenahnya setiap hari menyebabkan saya terpaksa bersabar dengan responden. Selain daripada itu,saya juga terpaksa mencari pelbagai bahan yang berkaitan dengan fonetik sama ada di perpustakaan dan juga melalui internet.Secara tidak langsung saya terpaksa mengorbankan banyak masa sehingga kadangkala hampir seharian menyiapkan tugasan ini. 13 9.07.2009 8.30 malam Di rumah 14 10.07.2009 9.00 malam Di rumah
  • 12. 12 Di samping kelemahan, saya juga mendapat beberapa kelebihan di dalam menyiapkan tugasan ini.Kelebihan terpenting yang saya dapat ialah saya dapat belajar di dalam bunyi bahasa ini melalui pembacaan buku rujukan tentang fonetik dan fonologi.Melalui pembacaan buku dan juga dari internet pengetahuan saya terhadap bunyi-bunyi bahasa semakin meningkat.Jika sebelum ini saya hanya tahu membunyi sesuatu ayat mengikut cara saya sendiri.Saya juga mengetahui bahawa bunyi-bunyi bahasa sebenarnya dikeluarkan melalui alat artikulasi.Dengan pengetahuan yang saya perolehi ini, dapatlah saya ajarkan kepada anak-anak murid saya serta anak saya sendiri. Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya dapat belajar mengenai kerenah anak-anak seperti apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka.Selain itu saya dapat belajar dalam pengurusan masa.Kalau sebelum ini,saya tidak pernah belajar tentang pembahagiam masa seperti masa belajar,masa bersama kelaurga dan lain-lain lagi. Saya juga belajar tentang erti kesabaran yang sebenarnya di dalam menyiapkan tugasan ini.Untuk mencapai sesuatu kejayaan,kita terpaksa banyak bersabar kerana disebabkan perkara yang kecil menyebabkan perancangan dan proses tugasan saya terpaksa diubah atau sedikit tertangguh.Kalau kita tidak bersabar mungkin kejayaan yang kita harapkan tidak akan terhasil. Saya juga belajar bagaimana hendak mengedit suara responden yang dirakam ke dalam cakera padat.Kalau sebelum ini saya tidak tahu bagaimana hendak mengedit sesuatu bahan ke dalam cakera padat. Secara kesimpiulannya, saya merasakan begitu gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini di dalam tempoh yang ditetapkan.Saya juga banyak belajar betapa pentingnya masa di dalam kehidupan seharian.
  • 13. 13 2.0 Rakaman fonem,suku kata dan ayat kanak-kanak. 2.1 Fonem 2.1.1 Vokal Vokal Suku kata Kata Ayat i. vokal hadapan luas [a] a ii. Vokal hadapan sempit [i] i a + dik a + bah a + bang a + da a + tas a + jak sa + ya ba + ca a + jar i + bu i + kan be + li adik abah abang ada atas ajak saya baca ajar ibu ikan beli adik busuk. abah saya busuk abang main transformers. atas langit. ajak abang saya ada patung.. baca doa cikgu ajar Shafiq ibu saya nama Eton ikan paus itu berenang beli dekat petronas. hari sukan
  • 14. 14 iii. Vokal separuh sempit [e] e iv. vokal depan separuh luas [ɛ] ɛ ha + ri pa + gi na + si li + ma ta + di em +pat se + ko +lah be + re +nang ce + ri + ta le + pas Ke + rɛ + ta mɛ + rah hari pagi nasi lima tadi empat sekolah berenang cerita lepas kerɛta mɛrah pagi tadi. makan nasi lima minit. tadi saya main dengan kawan-kawan. saya baru empat tahun. saya sekolah taska ikan paus itu berenang. Cerita arnab. lepas itu apa kerɛta saya kerɛta Wira tranformers warna mɛrah.
  • 15. 15 Vokal belakang sempit [u] u Vokal belakang sempit [o] o Vokal tengah [ə] ə ba + ru bu + suk ku + at tan + duk o + rang se + ko + lah ro + bot a + pə ə + mak baru busuk kuat tanduk orang sekolah robot apə əmak saya baru empat tahun. papa saya busuk kuat la sikit. Tanduk bola tu mana orang gila cikgu. saya sekolah taska lagi apə
  • 16. 16 2.1.2Konsonan Konsonan Suku kata Kata Ayat Letupan dua bibir tak bersuara [p] P Letupan dua bibir bersuara [b] b la + pan ba + lik ba + nyak lapan balik banyak lapan balik tidur
  • 17. 17 Letupan gusi tak bersuara [t] t Letupan gusi bersuara [d] d Letupan lelangit lembut bersuara [g] g ti + ga i + tu a + da dah da + ging beg tiga itu ada dah daging beg dah habis abah yang beli beg.
  • 18. 18 Letupan lelangit tak bersuara [k] k Letupan letupan bersuara [?] ? Konsonan bersuara [j] j kam + bing ku + at ba + lik ka + kak ja + lan kambing kuat balik kakak jalan kambing tanduk kuat la siki saya balik kakak cantik saya pergi jalan dengan kak yana.
  • 19. 19 Sengau dua bibir bersuara [m] m ma + kan ma + in ma + lam ma + sak makan main malam masak makan.makan main masak nasi 3.0 Penulisan rakaman penuh. 3.1 Penulisan rakaman penuh dalam ejaan biasa. 1. adik busuk 2. abah saya busuk 3. abang main transformers. 4. nama saya Shafiq. 5. atas langit 6. ajak abang 7. saya ada transfoemers 8. baca doa
  • 20. 20 9. cikgu ajar Shafiq 10. ibu saya nama eton 11. ikan paus itu berenang. 12. beli dekat petronas. 13. hari sukan 14. pagi tadi. 15. makan nasi. 16.lima minit. 17. tadi saya main dengan kawan-kawan. 18. saya baru empat tahun. 19. saya sekolah tadika islam 20. lepas itu apa. 21. kereta saya kereta kancil dan kereta rush. 22. transformers warna merah. 23. saya baru empat tahun. 24. mana orang gila cikgu 25. lagi apa 26. emak 27. balik tidur 28. dah habis 29. emak 30. saya pergi jalan dengan kak yana
  • 21. 21 3.2 Penulisan rakaman dalam transkripsi fonetik. 1. # adiɁ busuɁ # 2. # abah sayɜ busuɁ # 3. #abaŋ main transformɜrs # 4. # namɜ sayɜ Shafiq # 5. # atas langit 6. # ajaɁ abaŋ # 7. # sayɜ adɜ transformɜrs # 8. # bacɜ doa # 9. # ciɁgu ajar shafiq# 10. # ibu sayɜ namɜ Əton # 11. # ikan paus itu bərənaŋ 12. # bəli dəkat pɛtronas 13. hari suɁan # 14. # pagi tadi # 15. # makan nasi # 16. # limɜ minit # 17. # tadi sayɜ main dengan kawan-kawan# 18. sayɜ baru əmpat tahun # 19. # sayɜ səkolah tadika islam # 20. # ləpas itu apə # 21. # kərətɜ sayɜ Kərətɜ rush dan kərətɜ kancil #
  • 22. 22 22. # transformɜrs warnɜ mərah 23. # kuat la sikit # 24. # manɜ oraŋ gilɜ ciɁgu # 25. # lagi apɜ # 26. # əmaɁ # 27. # baliɁ tidur # 28. # dah habis # 29. # abah yaŋ bəli bɛg # 30. # sayɜ pergi jalan dɜngan kaɁ yana # Dalam menghasilkan, terdapat tiga alat yang memainkan peranan yang penting, iaitu alat dalaman tubuh,alat artikulasi dan daerah artilukasi.Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia terdiri daripada dua jenis , iaitu bunyi-bunyi bahasa dan bunyi=bunyi bukan bahasa.Bunyi-bunyi bahasa diberikan lambing-lambang tertentu.dalam bahasa terdapat dua jenis bunyi bahasa iaitu vokal dan konsonan. Bunyi vokal adalah bunyi yang dihasilkan tanpa berlakunya sekatan kepada aliran udara.Keadaan sebaliknya pula berlaku kepada bunyi konsonan.Pelabelan bunyi-bunyi ini bergantung kepada alat dan daerah artilukasi.Manakala bunyi konsonan pula, keadaan pita suara turut diambil kira bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak.Oleh itu,bagi mengenal pasti cara sesuatu bunyi dihasilkan, pengetahuan tentang alat dan daerah artikulasi sangat diperlukan oleh pencinta bahasa.
  • 23. 23 4.0 Kesimpulan Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan petunjuknya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini walaupun tidaklah begitu sempurna.Semasa melakukan tugasan amat banyak sekali ilmu yang dapat saya pelajari terutamanya dalam bidang fonologi ini.Saya merasakan kepayahan ketika cuba memahaminya apatah lagi untuk menghafalnya.Namun saya yakin dengan adanya tugasan seperti ini saya dapat mendalaminya sedikit demi sedikit sehingga saya dapat mempelajari nya dengan baik.Apabila membuat kajian bunyi suara terhadap kanak-kanak, saya dapat mempelajari dan mengkaji sendiri dengan panduan pensyarah, buku serta rakan-rakan iaitu bagaimana untuk membezakan bunyi suara dalam kategori masing-masing seperti jenis-jenis vokal,diftong,konsonan dan juga transkripsi fonetik.Saya juga telah mempelajari apakah perbezaan antara fonetik dan fonemik.Dari segi penghasilan tugasan ini saya mendengar dengan teliti dan membuat catatan daripada penerangan yang disampaikan oleh pensyarah di dalam kelas.Walaupun saya tidak banyak bersoal jawab dengan beliau namun sesi soal jawab pensyarah dengan rakan-rakan dalam kelas amat membantu saya dalam memahami kehendak tugasan.Saya juga banyak berbincang dengan rakan-rakan sekuliah untuk memperolehi maklumat-maklumat yang penting dan bagaimana tugasan ini dapat dilakukan dengan lebih terancang dan tersusun kerana ianya melibatkan pihak ketiga (kanak-kanak) tentang cara rakaman,proses rakaman dan mengkaji suara yang betul dan sesuai dengan kehendak soalan.Buah fikiran dan juga perkongsian maklumat daripada rakan-rakan tidak kira masa dan tempat amatlah dihargai.Saya amat mengharapkan sesuatu yang sempurna dalam pekerjaan namun dengan segala kekangan serta kelemahan dari diri saya sendiri,tugasan ini dapatlah saya siapkan seadanya.Saya Cuma berharap saya dapat memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa dalam menyiapkan tugasan yang lebih baik pada masa akan datang.Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya, Encik Kamarudin Tahir yang telah mencurahkan banyak ilmu dalam Bahasa Melayu.Saya amat berharap semoga saya dapat belajar lagi dengan beliau pada semester akan datang Insya- Allah.
  • 24. 24 Rujukan. 1. Abdullah Hassan,1987.Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur:Fajar Bakti. 2. Indirawati Zahid, Mardiah Shah Omar,(2006). Fonetik dan Fonologi.Pencetakan Zafar Sdn Bhd. 3. Nor Hashimah Jalaluddin. (2000).Asas Fonetik.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur. 4. http://www.scribd.com/doc/7729996/Fonologi Bahasa Melayu