SlideShare a Scribd company logo
1 of 96
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Sebagai sebuah negara, Malaysia mempunyai perlembagaan dan kedaulatannya sendiri.
Menurut perlembagaan Malaysia, Perkara 152 (1) telah menetapkan bahawa “bahasa
kebangsaan negara Malaysia ialah Bahasa Melayu”. Walaupun di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Tamil, bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa penghantarnya, murid –
murid wajib mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Di Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) Bahasa Tamil menjadi bahasa penghantarnya (Akta Pelajaran, 1961).
Kesilapan merupakan bidang linguistik terapan dalam bidang pembelajaran dan
pengajaran bahasa. Dalam mempelajari sesuatu bahasa yang lain daripada bahasa ibunda ,
semua pelajar bahasa kedua pasti akan membuat kesilapan. Penyelidikan menunjukkan
kesilapan yang dilakukan dalam tempoh belajar ini memang tidak dapat dielakkan dalam pada
itu, kita tidak dapat belajar tanpa membuat kesilapan. Kesilapan bahasa merupakan satu
perkara yang sering ditempuh oleh murid dalam proses mempelajari atau memperolehi sesuatu
bahasa, baik bahasa ibunda atau bahasa kedua.
Corder (1973 ) mengatakan semua murid melakukan kesilapan, ini bukan sahaja kepada
murid bahasa kedua malah, kita juga akan melakukan kesilapan apabila kita bercakap dalam
bahasa ibunda.
Lado (1957) mempercayai bahawa proses mempelajari sesuatu bahasa itu tidak lebih
dari “transfer of knowledge”, iaitu menukarkan idea dan pengetahuan dalam bahasa asal ke
2
dalam bahasa yang hendak dipelajari itu. Dalam proses pembelajaran, pelajar biasanya
membandingkan kedua – dua bahasa itu. Jika terdapat fitur – fitur yang agak serupa, maka
pembelajaran akan menjadi lebih mudah. Tetapi jika terdapat perbedaan, maka proses
pembelajaran akan menjadi lebih rumit kerana ( mengikut Lado)….. “when learning a foreign
language we tend to transfer our entire native language system in the process”. Apabila
pertukaran ini berlaku, maka ini menyebabkan satu kepastian kesilapan- kesilapan yang akan
timbul tidak dapat dielakkan.
KBSR lahir daripada perakuan 2(a) Laporan Kabinet (1979), yang menegaskan
kepentingan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) oleh anak – anak
kita menerusi pendidikan bercorak asas disekolah rendah (Kementerian Pendidikan, 1981:2).
Penegasan sedemikian membawa harapan yang besar kepada sekolah – sekolah rendah Tamil
(SJKT) khusus dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Hal ini sedemikian
kerana taraf penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid (SJKT) sepanjang tempoh
pelaksanaan kurikulum lama sekolah rendah dan kurang memuaskan.
Dengan pengenalan KBSR, para pendidik, terutamanya golongan yang terbabit secara
langsung dalam pengajaran Bahasa Melayu di SJKT, bersikap optimis bahawa taraf
penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah berkenaan dapat ditingkatkan.
Kini KBSR berusia 27 tahun. Hasilnya mula diukur sejak tahun 1987 apabila Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), iaitu ujian yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia untuk mengukur pencapaian murid pada akhir persekolahan rendah diperkenalkan.
Walaubagaimanapun, pencapaian murid SJKT terutamanya dalam ujian kertas bahasa Melayu
tidak memuaskan. Kini walaupun pencapaian murid dalam kertas Bahasa Melayu telah
3
meningkat tetapi masih tidak memuaskan. Murid – murid didapati lemah dalam kertas
penulisan Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, tindakan sewajarnya perlu diambil untuk
mengenal pasti masalah dan kelemahan yang berkaitan dengan bidang penulisan terutama
dalam pembinaan ayat dan penulisan karangan.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang berperanan sabagai alat
perpaduan bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di negara ini. Perkara 152 dalam
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, tetapi rakyat mempunyai kebebasan untuk mempelajari bahasa lain.
Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah bantuan
kerajaan dalam semua peringkat seperti yang disyorkan dalam Laporan Razak 1956.
Kajian tentang kesilapan bahasa khususnya kesilapan ayat ini dijalankan dalam
kalangan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Subang Jaya. Kajian
tentang kesilapan bahasa sangat penting dilakukan agar kekeliruan dan kelemahan penguasaan
bahasa dalam kalangan pelajar dapat diatasi oleh guru – guru bahasa dan seterusnya mereka
dapat melakukan apa yang perlu untuk meningkatkan prestasi Bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar.
Kelemahan yang begitu ketara, dalam penguasaan kemahiran berbahasa dalam
kalangan pelajar tahun lima lebih merupakan kelemahan dalam penguasaan ayat. Kesilapan
4
yang sering dilakukan oleh pelajar termasuklah dalam aspek kata nama, kata kerja, kata
adjektif, kata sendi, ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pasif dan ayat aktif. Selagi tahap
penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar lemah, sudah tentu kesilapan dalam aspek
tersebut akan berterusan. Mengikut French (1975) kesilapan bahasa berlaku dalam karangan
lisan, tulisan atau kesilapan bahasa ini amat nyata dalam latihan penulisan.
Di sekolah guru – guru lebih menumpukan perhatian kepada pemeriksaan kesilapan
bahasa murid berbanding dengan menganalisa kesilapan bahasa yang dapat mencari punca –
punca kesilapan itu. Dalam kerja menganalisa kesilapan bahasa, matlamatnya ialah untuk
mengenal pasti kesilapan, dan mengkategorikannya supaya kerja pemulihan untuk
memperbaikinya dapat dijalankan dengan mudah. Kesilapan dalam penggunaan bahasa
Melayu kebanyakan merupakan penyimpangan daripada peraturan – peraturan bahasa secara
tidak sedar. Murid bahasa Melayu terutamanya murid India yang mengalami peringkat
peralihan daripada bahasa ibunda kepada bahasa sasaran ini senang melakukan kesilapan
bahasa apabila mereka menggunakan Bahasa Melayu.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Banyak kajian telah dilakukan dalam kesilapan tatabahasa karangan bahasa Melayu
yang dilakukan oleh murid. Namun, kebanyakan kajian hanya menumpukan kesilapan
tatabahasa dalam kalangan penutur jati. Sebagai contohnya, kajian Analisis Kesalahan Bahasa
oleh Nor Asmah (2009), Mohd Shahril (1996), Muhammad Salehuddin (1993) dan Mohd Daud
5
(1992) terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dalam kalangan murid
sekolah rendah.
Walaupun ramai murid mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, namun
kajian terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid
India masih kurang dijalankan terutamanya yang memfokuskan Analisis Kesilapan Tatabahasa
dalam karangan bahasa Melayu.
Kajian ini dijalankan bukan sahaja untuk mengenal pasti dan menganalisis dan
kesilapan tatabahasa dalam karangan yang dilakukan oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) Tun Sambanthan atau bahasa kedua, malah untuk mengkategorikan kesilapan
tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu. Seterusnya beberapa strategi pengajaran dan
pembelajaran akan dicadangkan khususnya kepada pengajar – pengajar bahasa di sekolah
untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para pelajar.
Pencapaian murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), dalam ujian kertas
bahasa Melayu tidak memuaskan. Kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu begitu
ketara dalam kalangan murid India. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid India
termasuklah aspek kata imbuhan, kata ganti, kata sendi, kata adjektif, ayat tunggal, ayat
majmuk, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya. Selagi tahap penguasaan tatabahasa dalam
kalangan murid lemah, sudah tentu kesilapan dalam aspek tersebut akan berterusan. Mengikut
French (1975) kesilapan bahasa berlaku dalam karangan lisan, tulisan atau kesilapan bahasa ini
amat nyata dalam latihan penulisan.
6
Di sekolah guru – guru lebih menumpukan perhatian kepada pemeriksaan kesilapan
bahasa murid berbanding dengan menganalisis kesilapan bahasa yang dapat mencari punca
kesilapan itu. Dalam kerja analisis bahasa, matlamatnya adalah mengenal pasti kesilapan dan
mengkategorikannya supaya kerja pemulihan untuk memperbaikinya dapat dijalankan dengan
mudah dan teratur.
1.4 PERSOALAN
Kajian ini cuba untuk mendapatkan jawapan yang bagi soalan – soalan yang berikut:-
i) Apakah jenis kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan?
ii) Berapa kerapkah kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam
karangan?
iii) Apakah kepelbagaian kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam
karangan?
iv) Adakah latih tubi berkesan mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam kalangan
murid dalam karangan?
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk meninjau sacara dekat dan mendalam tentang kesilapan
ayat murid – murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan dalam
karangan Bahasa Tamil mereka. Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif – objektif
berikut:
7
i. Mengenal pasti kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu murid Tahun
Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambanthan, Subang Jaya.
ii. Menganalisis kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu murid Tahun
Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambanthan, Subang Jaya.
iii. Mengkategorikan kesilapan tatabahasa bahasa Melayu dalam karangan yang
dilakukan oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambanthan,
Subang Jaya.
iv. Menghuraikan latih tubi tatabahasa bahasa Melayu bagi mengurangkan kesilapan
dalam karangan yang dilakukan oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) Tun Sambanthan, Subang Jaya.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan iaitu:
i. Hasil kajian ini akan dapat menjelaskan kepentingan mengenal pasti kesilapan
tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu yang sering dilakukan oleh murid Tahun
Lima. Oleh yang demikian, kajian ini akan dapat membantu guru – guru bahasa dalam
merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan lebih baik dan
berkesan.
8
ii. Kajian ini akan dapat membantu pihak – pihak tertentu di Kementerian Pelajaran,
terutama pihak yang terlibat dalam penyusunan bahasa Melayu untuk sekolah rendah.
iii. Kajian ini dapat menjadi bahan rujukan kepada para penyelidik yang berminat dengan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Sekolah – Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT).
iv. Kajian ini dapat menjadi panduan dan memberi maklumat kepada guru – guru yang
mengajarkan bahasa Melayu khususnya di Sekolah – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT).
1.7 BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah sahaja. Kajian ini dibataskan kepada pelajar
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Subang Jaya, Selangor. Pelajar- pelajar
yang diambil sebagai sampel dalam kajian ini ialah seramai 30 orang murid India, iaitu 10
orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Sampel yang dikaji dalam analisa ini
dibataskan kepada pelajar Tahun Lima sahaja. Tahap pencapaian bahasa pelajar tersebut
adalah sederhana. Kajian analisis ini lebih bermutu kepada kemahiran penulisan karangan.
Sebanyak 30 karangan akan dikaji dalam kajian ini.
Jenis – jenis kesalahan yang biasa dilakukan dalam penulisan karangan pelajar
dibataskan kepada aspek tatabahasa. Kesalahan tersebut adalah seperti berikut:
9
i Kesilapan Penggunaan Kata Imbuhan
ii Kesilapan Penggunaan Kata Ganti
iii Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
iv Kesilapan Penggunaan Kata Adjektif
Kesalahan diperingkat ayat dibataskan kepada perkara – perkara seperti berikut:
i Kesilapan Penggunaan Ayat tunggal
ii Kesilapan Penggunaan Ayat majmuk
iii Kesilapan Penggunaan Ayat Aktif
iv Kesilapan Penggunaan Ayat Pasif
1.8 DEFINISI OPERASIONAL
Kajian ini menggunakan beberapa definisi tentang beberapa kata dan ayat seperti
tatabahasa, penguasaan bahasa, karangan, bahasa pertama, bahasa kedua dan latih tubi
tatabahasa.
10
1.8.1 TATABAHASA
Tatabahasa merupakan bidangan yang menumpukan kepada pembentukan kata dan
proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat tidak terbilang
jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina
oleh gabungan bunyi – bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan
menjadi suku kata dan perkataan.
Menurut Abdullah Hassan, dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008).
Tatabahasa merupakan susunan perkataan menjadi ayat. Cara perkataan – perkataan dibina
dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara – cara inilah dikatakan
tatabahasa. Bidang tatabahasa mengkaji cara – cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya
bagaimana cara perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat.
Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu
dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Contoh
pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melaluipenggabungan
awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang
subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai
morfologi manakala peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis. Dengan perkataan lain, bidang
tatabahasa terbahagi kepada dua iatu morfologi dan sintaksis.
11
1.8.2 PENGUASAAN BAHASA
Dalam Kamus Dewan (2005), perkataan penguasaan bererti perihal menguasai atau
penguasaan. Namun dalam konteks kajian ini, penguasaan bahasa ialah kemampuan atau
keupayaan murid menggunakan bhasa dengna cekap dan mahir. Kecekapan menggunakan
bahasa itu meliputi lima jenis kemahiran, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran berkomunikasi. Dalam kajian ini
hanya kemahiran menulis difokuskan iaitu kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa
Melayu.
1.8.3 KARANGAN
Karangan merupakan karya, ciptaan, gubahan dan banyak lagi. Menurut Raminah Hj.
Sabran dan Rahim Syam (1985), karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran secara
bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan
masa yang ditetapkan oleh guru. Dalam konteks bilik darjah, karangan bermaksud penceritaan
sesuatu tajuk dalam bentuk ayat secara bertulis atau berperenggan yang dimulakan dengan
pengenalan, isi dan diakhiri dengan kesimpulan.
12
Dalam konteks pendidikan formal, menulis karangan ini secara tidak langsung
memberikan peluang kepada murid untuk menyatakan pendapat, idea, ulasan dan komen
mereka tentang sesuatu tajuk atau isu yang telah diberikan oleh guru. Manakala, dalam
konteks bilik darjah pula, karangan bermaksud penceritaan sesuatu tajuk dalam bentuk ayat
secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan pengenalan, isi dan kesimpulan.
1.8.4 BAHASA PERTAMA
Bahasa yang awal – awal dipelajari dan diperoleh oleh seseorang sejak kanak – kanak
ini merupakan bahasa pertama (B1). Seseorang kanak – kanak biasanya memperoleh atau
mempelajari bahasa secara berperingkat – peringkat dari masa ianya bayi. Bahasa pertama
yang sering disebut sebagai bahasa kandung atau bahasa ibunda. Bahasa yang dikuasai selepas
bahasa pertama ialah bahasa kedua atau bahasa asing. Chomsky(2005) berpendapat bahawa
bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik.
Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat. Seorang
kanak-kanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibundanya
dalam jangka masa yang singkat.
1.8.5 BAHASA KEDUA
Pembahasan mengenai bahasa kedua (B2) tidak terlepas dari pembahasan mengenai
bahasa pertama (B1). Bahasa kedua diperoleh setelah penguasaan bahasa pertama.
13
Pemerolehan bahasa kedua berbezaan dengan pemerolehan bahasa pertama. Perbezaan ini
terletak dari proses pemerolehannya. Penguasaan B1 melalui proses pemerolehan sedangkan
penguasaan B2 melalui proses pembelajaran. Pembelajaran B2 dapat diperoleh melalui
pendidikan formal mahupun tidak formal hanya dengan cara sengaja dan sadar. Hal ini berbeza
dengan pemerolehan bahasa pertama yang sifatnya alamiah serta dengan cara tidak sengaja dan
tidak sadar.
Kanak-kanak cenderung lebih mudah menguasai bahasa lain bahkan mengganti bahasa
yang sudah dikuasainya dengan bahasa baru. Berbeza dengan orang dewasa atau mereka yang
masa kritisnya sudah lewat tidak akan mudah belajar bahasa lain, apalagi mengganti bahasa
yang sudah dinuranikannya dengan bahasa lain (Chaer, 2003). Mungkin hal ini yang dimaksud
oleh Aitchison sebagai bekal kodrati (innate properties) dalam pemerolehan bahasa.
1.8.6 LATIH TUBI TATABAHASA
Tatabahasa yang dimaksudkan ialah yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Tamil sekolah rendah sahaja. Latih tubi yang dimaksudkan pula ialah latihan khas yang hanya
untuk mengurangkan kesalahan tatabahasa sahaja.
14
1.9 KESIMPULAN
Dalam bab ini pengkaji telah meninjau beberapa kajian yang berkaitan dengan
permasalahan yang wujud dalam kalangan murid khususnya dalam penulisan karangan yang
berkualiti. Hasil penyelidikan yang akan dijalankan dapat menyingkirkan kesilapan tatabahasa
setiap murid semasa mengolah ayat untuk karangan.
Melalui dapatan kajian diharap penyelidikan ini menjadi panduan dan motivasi kepada
guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil dan kepada murid-murid. Pengkaji sebagai
seorang guru yang mengajar bahasa Melayu Tahun 5 yang mempunyai pengalaman bekerja
selama sepuluh tahun mendapati pelajar masih lemah dalam penggunaan tatabahasa yang betul
dalam penulisan karangan yang bermutu tinggi.
15
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Pelbagai masalah timbul dalam usaha untuk mempelajari dan menguasai bahasa
Melayu terutamanya dalam aspek penulisan karangan. Kemahiran menulis merupakan satu
kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai melalui pembelajaran. Ini adalah kerana
kemahiran yang sukar hanya dapat dikuasai melalui pembelajaran iaitu, kemahiran menulis
merangkumi dan menyampaikan idea atau pendapat tentang tajuk dengan menggunakan
struktur ayat yang tepat dan tersusun dalam penerangan yang utuh (Juriah Long at.el.1990).
Oleh yang demikian, para linguis dan pencipta bahasa telah berusaha mencari jalan
penyelesaian dengan membuat banyak penyelidikan supaya dapat mengesan kesilapan dan
seterusnya cuba mengurangkan pengaruh bahasa ibunda terhadap penguasaan bahasa Melayu
khususnya.
Pengaruh bahasa ibunda merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan
lemahnya penguasaan kemahiran penulisan oleh para pelajar dalam pembelajaran bahasa
kedua. Banyak kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik baik di dalam atau luar
negara berkaitan pembelajaran bahasa kedua.
16
2.1 KAJIAN LEPAS OLEH PARA SARJANA
Kesedaran terhadap betapa pentingnya kajian analisis kesalahan sebagai suatu straegi
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa telah muncul secara serius sejak tahun 1960-an,
khususnya setelah Corder (1967) menulis sebuah makalah yang berjudul “The Significance of
Learner’s Corder’s Error’. Walaubagaimanapun, sebelum guru – guru menggunakannya
untuk mendapatkan maklumat tentang penguasaan bahasa murid-murid untuk mengetahui
keberkesanan proses pegajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Namun begitu, penganalisisan tersebut, bidang kajian kesilapan ini terus berkembang
dan menarik minat para pengkaji bahasa. Pengkaji-pengkaji yang banyak mengkaji dan
memperkatakan tentang analisis kesilapan ialah Bebaut (1974), Bhatia (1974),Corde (1973,
1977 dan 1981), George (1972) dan Sharma (1981). Menurut Corder (1967) kesilapan bahasa
adalah ujaran-ujaran yang menyimpang daripada bentuk yang dituturkan oleh penutur jati
“refer to those features of the learners utterances which differ from those of any native
speaker” Corder (1967).
Kesilapan dalam bahasa merupakan perkara biasa dalam proses pembelajaran bahasa
bagi murid-murid sekolah dan juga kepada mereka yang mempelajari bahasa. Terdapat ramai
tokoh-tokoh dan pengkaji bahasa yang telah membuat kajian mengenai kesilapan bahasa yang
dilakukan oleh murid-murid sekolah dan juga oleh pengguna bahasa umumnya.
17
Ahli-ahli bahasa berpendapat bahawa kesilapan yang dilakukan oleh murid itu
merupakan ‘part and parcel’ dalam proses pembelajaran bahasa. Kesilapan yang dilakukan
oleh mereka bukan sahaja dalam bahasa ibunda sendiri tetapi juga dalam mempelajari bahasa
kedua.
Kajian yang berkaitan dengan kesalahan bahasa juga dikenali sebagai ‘error analysis’
iaitu kajian yang melibatkan analisis kekerapan kesilapan bahasa terutamanya dalam aspek
tertentu. Sharma (1981) telah membahagikan kesilapan bahasa tersebut kepada tiga bentuk:
a. Kesilapan yang selalu disebut ‘error’ atau ‘lapse’ dalam bahasa Inggeris. Kesalahan
jenis ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya, ‘extralinguistic’ yang
melibatkan faktor lupaan, gangguan emosi, kelalaian dan juga kurangnya latihan.
b. Kesilapan yang disediakan oleh adanya kelainan-kelainan dalam penggunaan sesuatu
bahasa sama ada penggunaan bahasa aspek-aspek ‘kata’ atau penggunaan aspek ayat.
c. Kesilapan yang berkait dengan faktor-faktor sosiolinguistik seperti penggunaan laras
bahasa (language register) dan penggunaan dialek.
George (1972) terdapat dua kategori kesilapan bahasa yang ketara dapat dikesan iaitu
tanggapan yang berlebihan ‘the perception of redundancy’ dan gangguan. Terdapat juga
kesilapan yang bersifat ‘redundant’ yang bukan sahaja berlaku dalam kalangan penutur bahasa
kedua tetapi berlaku juga dalam kalangan penutur natif dan bahasa pertama.
18
Salinker (1972) memberikan pendapat bahawa kesilapan yang berlaku itu mungkin
berpunca daripada gangguan bahasa ibunda penutur itu sendiri. Perkara yang sama berlaku
dalam proses pembelajaran serta strategi penguasaan bahasa dalam kalangan murid atau
penutur bahasa itu sendiri.
Kellog W. Hunt (1964) berpendapat bahawa setiap kesilapan yang dilakukan oleh
pelajar mesti ditunjukkannya dengan jelas supaya dapat disedari oleh pelajar berkenaan. Apa
yang menjadi masalah ialah setiap kesilapan yang dikesan oleh guru tidak dapat diberi
penjelasan yang sewajarnya menyebabkan ada dalam kalangan pelajar yang keliru terhadap
topik pengajaran yang diajar. Kesilapan tatabahasa tidak harus dipandang remeh oleh para
pengguna bahasa. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1994), sekiranya kesilapan seperti ini
dilakukan secara berterusan maka akan timbul suatu keadaan yang menyebabkan penggunaan
bahasa yang salah sebagai suatu kebiasaan.
Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), menyatakan bahawa ramai
guru beranggapan bahawa aspek pengajaran tatabahasa ialah suatu aspek bahasa yang kurang
penting dan tidak perlu diberi penekanan yang terperinci dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana ramai dalam kalangan guru menganggap bahawa pengajaran
tatabahasa boleh diajar secara tidak langsung dalam kemahiran lisan, bacaan dan penulisan.
Awang Mohamad Amin (1992), menyatakan bahawa terdapat banyak kajian mengenai
tatabahasa bahasa Melayu yang dijadikan sebagai asas pengukuran terhadap betul atau
salahnya aspek umum penggunaan bahasa Melayu, khususnya pada peringkat kata dan ayat.
19
Misalnya, kajian yang dilakukan oleh Abdullah Hassan (1974) yang mengkhusus bidang
morfologi bahasa Melayu; Nik Safiah Karim (1978) yang mengkaji mengenai sintaksis bahasa
Melayu dengan menggunakan pendekatan tatabahasa transformasi generatif.
Suhre (1923) telah membuat kajian terhadap karangan yang ditulis oleh pelajar-pelajar
gred tiga dan gred enam di sekolah-sekolah New Orleans. Setelah dibuat perbandingan didapati
bahawa pelajar lelaki lebih banyak membuat kesilapan daripada pelajar perempuan. Jenis
kesilapan yang dilakukan oleh pelajar adalah dalam bentuk ayat atau sintaksis.
Analisis kesilapan bahasa dapat dijadikan panduan tentang tingkat penguasaan
seseorang pelajar. Beliau menyatakan bahawa terdapat tiga proses utama yang menjadi punca-
punca berlakunya kesalahan tersebut.
i. Murid tidak tahu atau keliru megenai makna perkataan lalu menyebabkan melakukan
kesilapan dan pemilihan perkataan.
ii. Penggunaan bentuk dan struktur bahasa yang tidak betul atau salah.
iii. Murid menggunakan logik dan fikiran dan menentukan perkataan atau bentuk untuk
memutuskan sesuatu yang menjadi kekeliruan akibat pengaruh bahasa ibunda.
Slotrik dan Rogers (1973) telah melakukan kajian ke atas 2078 orang pelajar di
Amerika Syarikat. Pelajar tersebut telah diberikan latihan karangan yang panjangnya lebih
20
kurang 200 hingga 250 patah perkataan. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa
ramai pelajar yang tidak dapat menguasai ejaan sepenuhnya. Kajian itu menunjukkan
peratusan kesilapan yang tinggi dalam pembinaan ayat.
Keller (1978) telah mengkaji tentang pengaruh bahasa ibunda dalam mempelajari
bahasa kedua. Kumpulan murid yang sama dijadikan sebagai subjek kajian. Menurut dapatan
Keller, pemindahan seluruh struktur bahasa pertama ke dalam bahasa kedua tidak berlaku.
Sebaliknya persepsi murid tentang bahasa kedua yang dipelajarinya akan menentukan
kekerapan mereka menggunakan bahasa kedua itu. Dengan kata lain persepsi murid tentang
aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa ibundalah yang memepengaruhi unsur – unsur
bahasa kedua. Unsur – unsur linguistik diaplikasikan oleh murid – murid dalam bentuk
percampuran kod dan pertukaran kod.
Ringbom (1976) telah mengkaji tentang pengaruh bahasa ibunda dalam proses
mempelajari bahasa kedua. Kumpulan murid berbangsa Swedish dan Finnish dijadikan
sebagai subjek kajian. Dua kumpulan murid tersebut mempelajari bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua. Pada akhir kajian, beliau mendapati murid – murid Finnish kurang dipengaruhi
pemindahan bahasa ibunda berbanding murid – murid Swedish. Murid – murid Swedish hidup
dalam masyarakat yang menggunakan bahasa Sweden sebagai bahasa harian, manakala murid
–murid Finnish hidup dalam masyarakat multilingual. Ringbom menghubungkan dapatannya
21
dengan faktor persekitaran bahasa–bahasa berkenaan. Beliau merumuskan bahawa faktor
persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kedua.
Persekitaran bahasa memang memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa
kedua seseorang murid. Keadaan demikian dialami juga oleh murid – murid India.
Persekitaran bahasa murid – murid tersebut masih didominasi oleh bahasa Tamil. Bahasa
tersebut digunakan sebagai bahasa harian terutamanya apabila berkomunikasi dengan individu
atau kelompok daripada suku yang sama. Keamatan penggunaan bahasa ibunda ini tidak
hanya berlaku di luar sekolah. Pada masa pelajaran Bahasa Melayu sedang diajar oleh guru,
penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa ( Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981). Hal
demikian terjadi kerana persepsi mereka tentang linguistik bahasa Tamil telah mantap dalam
sistem kognitif mereka. Persepsi murid tentang aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa
ibunda mempengaruhi unsur – unsur linguistik dalam bahasa kedua (Kellerman,
1978;Thomson dan Kuafman, 1990). Akibat daripadanya, apabila murid – murid mengunakan
bahasa Melayu akan berlaku kesilapan ke atas kosa kata bahasa Melayu tersebut (Alias
Shamsudin 1969; Abdul Hamid Mahmood, 1990).
Daripada kajian Abdul Hamid Mahmud (1990), terdapat contoh kesilapan kosa kata
bahasa Melayu yang dilakukan murid – murid daripada pelbagai bangsa di Malaysia.
Beberapa kesalahan daripada contoh tersebut serupa dengan kesalahan yang sering dilakukan
oleh murid – murid India. Misalnya, kata /dadah/ menjadi /dada/, kata
22
/besar/menjadi/busar/dan /seluar/menjadi /silvaaru/. Kesalahan perkataan – perkataan bagi
contoh yang diberi itu terjadi kerana murid – murid India selaku penutur – penutur natif bahasa
Tamil tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang wacana medan makna bahasa
Melayu (Jamaliah Mohd. Ali, 1990). Sikap merasa bangga terhadap bahasa ibunda akan
menjejaskan penguasaan bahasa sasar jika sampai bahasa sasar diabaikan (Farid M.Onn dan
Ajid Che Kob, 1981;Abdul Hamid Mahmood, 1990). Murid – murid India sendiri merasa
bangga dengan bahasa ibundanya. Oleh itu, mereka mempelajari bahasa Melayu kerana
didorong oleh motivasi intergratif dan instrumental. Di sini tentulah trerdapat jurang
perbezaan penguasaan bahasa Melayu antara murid – murid India dengan murid – murid
Melayu.
Terdapat pelbagai jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pengguna bahasa
terutamanya para pelajar. Richards (1973) menyatakan bahawa kesilapan yang sering
dilakukan oleh para pelajar boleh dibahagikan kepada 3 bahagian atau kategori; faktor pertama
ialah kesilapan – kesilapan antara bahasa (interlingual errors). Terjadinya kesilapan ini
adalah disebabkan oleh adanya gangguan daripada bahasa ibunda. Faktor kedua ialah
kesilapan – kesilapan perkembangan ( development errors) dan faktor ketiga ialah kesilapan –
kesilapan dalam bahasa sendiri iaitu (intralingual errors).
Kesilapan pada peringkat kedua dan ketiga, berlaku akibat daripada berlakunya proses
generalisasi yang melampau dalam bahasa sasaran, juga kejahilan pengguna mengenai hukum-
23
hukum atau peraturan tatabahasa. Begitu juga dengan penguasaan bahasa yang tidak sempurna
serta membuat andaian – andaian yang salah terhadap konsep bahasa.
George (1972) juga telah membahagikan kesilapan – kesilapan bahasa kepada dua
bahagian utama yang diakibatkan oleh tanggapan berulang dan gangguan. Beliau
mengkategorikan kesalahan bahasa yang bercirikan pengguguran. Beliau menggunakan faktor
gangguan untuk mencakupi pengaruh unsur – unsur bahasa kedua yang telah diperoleh oleh
mereka sebelumnya.
Corder (1981) pula menyifatkan bentuk bahasa yang salah dihasilkan oleh para pelajar
sebagai kesilapan kemampuan dan kesilapan penampilan. Namun kesalahan-kesalahan yang
berlaku berulang – ulang dan sistematik dianggap sebagai ‘breaches of the code’ yang
seterusnya membayangkan kemampuan dan perolehan oleh pelajar tersebut. Corder (1973),
mengistilahkan setengah-setengah kesilapan bahasa yang dilakukan oleh penutur jati bukan
kerana si penutur tidak mengetahui dan memahami peraturan-peraturan bahasa ibunda. Ini
adalah kerana sifat bahasa itu sendiri yang membenarkan wujudnya bentuk mengelirukan
sehingga boleh membuka ruang kepada penutur melakukan kesilapan seandainya tidak berhati-
hati.
Corder (1973) juga mengkategorikan empat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
iaitu pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak tepat,
pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Walau bagaimanapun,
24
menurut Corder, kategori-kategori tersebut belum mencukupi untuk menjelaskan kesalahan,
lalu beliau menyertakan kesalahan bagi peringkat-peringkat linguistik seperti morfologi,
sintaksis dan leksikon. Kesalahan boleh terdiri daripada pelbagai magnitude termasuklah
kesalahan fonem, morfem, kata, ayat, malah perenggan (Erdogan, 2005).
Berdasarkan Brown (2000) dan Richards (1992), kesalahan bahasa wujud disebabkan
perbezaan-perbezaan antara bahasa asal dengan bahasa sasaran pelajar, generalisasi melampau
anggapan yang salah dan sebab-sebab lain. Menurut Maicusi et.al. (2000), kesilapan bahasa
berpunca daripada faktor psikolinguistik, sosiolinguistik dan epistemik.
Money (2004), murid-murid India Sekolah Menengah telah mempelajari bahasa
Melayu sekurang – kurangnya 10 tahun secara formal tetapi pengaruh bahasa ibunda masih
terdapat dalam penulisan mereka.
Azman dan Goh (2010) menunjukkan bahawa masalah utama yang menjadi kesukaran
pelajar mempelajari bahasa Arab adalah kerana nahu bahasa Arab. Apabila membincangkan
gangguan bahasa Arab standard dan sesetengahnya pula berpunca daripada bahasa Arab pasar
(Absamra,2003). Walaupun dapatan kajian Abisamra (2003) mendapati pelajar melakukan
kesalahan disebabkan gangguan bahas aibunda, namun kesalahan yang paling banyak
dilakukan oleh murid ialah intralingual.
25
Cheunet.ai (2009) yang mendapati bahawa gangguan bahasa ibunda merupakan faktor
utama yang menyebabkan murid melakukan kesilapan dalam pembelajaran tatabahasa bahasa
Mandarin. Menurut beliau lagi, kekurangan latihan tatabahasa, kurang pendedahan kepada
alam persekitaran bahasa, peruntukan masa, kekeliruan maksud dan sikap cuai murid turut
merupakan faktor penyumbang.
Kajian Goh dan Ng (2004)mendapati bahawa sikap merupakan faktor terpenting
terhadap kegagalan atau kejayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa asing. Marzalina (2004)
dalam kajiannya menjelaskan bahawa pelajar tidak menguasai bahasa Melayu kerana mereka
mempunyai sikap seperti gemar bercakap semasa pensyarah mengajar dan tidak menumpukan
perhatian terhadap pembelajaran bahasa. Bahasa Melayu sukar untuk dikuasai sebagai bahasa
asing jika pelajar tidak berminat, tiada kemahuan dan motivasi (Jyh,2005).
Cheunet.ai. (2009) dalam kajiannya mendapati bahawa kekurangan masa pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak menguasai bahasa Mandarin.
Awang Sariyan (1984) dan Nik Safiah Karim (1986) berpendapat bahawa kesilapan
bahasa adalah berkait rapat dengan penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem
tatabahasa atau peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat
sebutan, pemilihan kata atau susunan frasa dan juga sintaksis.
26
Asmah Haji Omar (1983) telah menyuarakan pandangan dan pendapat beliau yang
berbeza tetapi cukup bermakna,’Kesilapan bahasa itu tidak dianggap sebagai pencemaran
kerana kesilapan merupakan penyimpangan yang tidak disengajakan daripada peraturan-
peraturan bahasa. Kesilapan boleh diperbaiki secara mendidik dan bukan ditakutkan.
Alias Shamsuddin ( 1989 ) telah membuat penyelidikan dengan menganalisis 797 buah
karangan yang ditulis oleh pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Inggeris dan Cina
di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Seremban dan Melaka.
Beliau membuat analisis dari segi nahu dan perbendaharaan kata. Beliau menjumpai 88%
daripada 1705 kesilapan merupakan kesilapan nahu. Beliau menyimpulkan punca utama
kesilapan ialah gangguan bahasa ibunda, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kurang
berkesan dan kerana kekeliruan analogi bentuk – bentuk yang telah mereka pelajari.
Chen (1977) telah mencatatkan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar-pelajarnya dalam
latihan penulisan karangan semenjak 1941. Beliau mendapati pelajar-pelajarnya membuat
kesilapan dalam penggunaan artikel (kata sandang dan ungkapan).
Bhatia (1974) telah membuat analisis untuk merancang strategi pengajaran pemulihan.
Contoh beliau terdiri daripada penuntut – penuntut universiti. Analisis kesilapan beliau
berdasarkan karangan yang ditulis oleh penuntut – penuntut itu. Hasil analisis beliau
menunjukkan bahawa kekerapan kesilapan yang paling tinggi ialah bentuk kata kerja dan
‘tense’ serta penggunaan artikel.
27
Mohamed Nawawi (1994), mengkaji kesilapan dalam Bahasa Melayu yang dilakukan
oleh 220 orang pelajar Menengah Dua di Singapura berdasarkan keturunan, aliran dan
pencapaian dalam peperiksaan tamat Sekolah Rendah (PSLE). Sampel telah diuji dalam aspek
tatabahasa dan karangan. Dapatan kajian menunjukkan imbuhan merupakan kesilapan yang
kerap dilakukan oleh sampel. Ini diikuti dengan kesilapan ejaan.
Menurut Awang Sariyan (1979) menegaskan bahawa punca kemerosotan dan kesilapan
bahasa antaranya ialah faktor gangguan dialek dan pengaruh bahasa kedua (Arpan Shahbudin
Latip: 1998).
Kajian-kajian lain dalam pembelajaran bahasa kedua menunjukkan bahawa pelajar
bahasa kedua melakukan kesilapan morfologi (Ellis, 1997), kesalahan kata kerja
(Hashim,2009), kesalahan kata sendi nama (Habash, 1982), kesalahan frasa (Ab. Halim, 2002),
kesalahan frasa nama (Soh, 1996) dan kesalahan sintaksis (Lee,2007;Abisamra,2003;Saw,1997
& Ellis;1997).
Kajian tentang pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan penutur jati yang
dijalankan oleh Muhammed Salehudin (1993) mendapati sebanyak 2,402 kesalahan tatabahasa
dilakukan oleh pelajar. Kesalahan dalam aspek kata berjumlah 1,946 yakni 81.0% manakala
dalam aspek ayat pula, jumlah kesalahan ialah 456 atau 19.0%. Ahmad Shahril (1996) pula
mendapati pelajar bahasa pertama melakukan kesalahan dari aspek perkataan, frasa dan ayat.
Dapatan beliau membuktikan bahawa kesalahan aspek perkataan yang paling banyak dilakukan
28
oleh pelajar, diikuti kesalahan aspek frasa dan ayat. Menurut Md. Daud (1992) dalam
kajiannya terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Brunei, didapati
sebanyak 1,237 kesalahan ayat, 1,332 kesalahan kata dan 607 kesalahan ejaan dilakukan oleh
pelajar.
Berdasarkan sorotan literatur di Malaysia dan di Luar Negara, dapat dirumuskan
bahawa kesilapan banyak berlaku dari aspek tatabahasa, wacana dan sosiolinguistik. Ramai
penyelidik telah menjalankan kajian analisis kesilapan tatabahasa dalam kalangan pelajar yang
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau bahasa asing. Boontharai (1968), Alias
Shamsuddin (1969), Ho Wah Kam (1973),Seet (1977), Lam Sun Lin (1981), Tunku Mohani
(1983) dan Thiam Chew (1984) telah membuat kajian – kajian pendek mengenai analisis
kesilapan tatabahasa . Kajian – kajian itu tidak melibatkan kesilapan tatabahasa yang
dilakukan oleh murid – murid dalam 20 kertas ujian, surat khabar dan majalah mingguan dan
bulanan.
Bennet (1974) menganggap bahawa kesilapan yang dilakukan oleh pelajar bahasa
merupakan data untuk tatabahasa bagi semua bahasa yang dianggap tiada pertalian linguistik
jika itu adalah sistematik dalam definisi tatabahasanya sendiri ia merupakan satu kesilapan atau
tidak bertatabahasa dalam bahasa dominant yang dikuasai oleh seseorang itu.
29
Irulappan (1980) pula hanya menganalisiskan kesilapan struktur ayat yang dilakukan
oleh 30 orang pelajar. Nadaraja Pillai dan Vimala (1981) mengumpulkan kesilapan yang
dilakukan oleh guru sekolah menengah yang mempunyai berbagai – bagai Bahasa India
sebagai bahasa ibunda dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan menganalisis kesilapan –
kesilapan itu.
Di Singapura Ramiah (1987 dan 1989), Muthiah (1987) dan Govindasamy (1988)
membuat kajian mengenai analisis kesilapan tatabahasa. Ramiah (1987) dalam kajiannya telah
meninjau kesukaran – kesukaran bahasa yang dihadapi oleh pelajar India menengah empat
dalam karangan mereka. Pada tahun 1989, Ramiah telah mejalankan satu lagi kajian untuk
menunjukkan analisis kesilapan tatabahasa.
Arpan Shahbudin Latip (1998) pula menegaskan bahawa kesilapan atau dalam
penggunaan bahasa Melayu bukanlah disebabkan pelajar yang tidak cekap atau tidak
berpengetahuan dalam bahasanya. Menurut kata-kata Corder yang menganggap kesilapan juga
biasanya berpunca daripada tindakan penutur yang melakukan penukaran, pengalihan atau
penghilangan sesuatu bahagian ujaran seperti sesuatu bunyi, morfem, perkataan atau rangkai
kata sehingga ayat-ayat yang dibentuk mengandung kesilapan (Corder, 1973). Selain itu,
beliau juga menjelaskan bahawa pendapat yang dikemukan oleh Corder bersesuaian dengan
pandangan Ray (1963), Nik Safiah Karim (1986), Awang Sariyan (1984) dan Baskaran (1984)
yang menegaskan kesilapan bahasa berlaku dengan adanya penggunaan aspek-aspek bahasa
yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku.
30
Abd. Hamid Mahmood (1997) menyatakan bahawa penyelidikan terhadap tatabahasa
biasanya dilakukan dari dua segi iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi
bahasa dan keduanya dari segi perkataan itu disusun menjadi ayat. Arpan Shahbudin (1998)
pula menegaskan tatabahasa merupakan satu teori bahasa yang menghuraikan dengan lengkap
hingga ke peringkat penghuraian yang begitu jelas tentang kebolehan intrinsik penutur bahasa
itu sendiri. Menganalisis kesilapan bahasa bermaksud satu kajian yang dilakukan untuk
menganalisis kesilapan tatabahasa yang terdapat dalam karangan bahasa Melayu.
Bidang kajian ini mula berkembang setelah timbulnya kesedaran tentang kepentingan
tatabahasa dalam berbahasa dan juga kesilapan bahasa yang dilakukan (Raminah: 1982).
Menurut Lutfi Abas (1987), beliau mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh terjadi oleh
faktor-faktor kajahilan, gangguan psikologi, falsafah bahasa, takrif bahasa Malaysia, takrif
bahasa baku, takrif nahu, teori himpunan, pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa asing.
Selain itu, kesilapan juga boleh berlaku disebabkan faktor gangguan daripada bahasa
ibunda (Juriah, 1994). Di samping itu, Koh Boon Boon dan Nik Safiah Karim (1989) pula
menjelaskan bahawa tatabahasa adalah satu cara yang jelas untuk memisahkan struktur tidak
gramatis dan gramatisnya sesuatu ayat. Kegramatisan ayat ini bukan sahaja diukur dengan
kebolehan menaakul bahkan wujud teori pemerolehan bahasa yang dapat dikaitkan dengan
penguasaan tatabahasa seseorang. Secara tidak langsung, kebolehan serta tahap penguasaan
bahasa seseorang individu boleh dikaitkan dengan teori pemerolehan bahasa.
31
2.3 HUBUNGAN ANTARA SOROTAN KAJIAN DAN KAJIAN INI
Tatabahasa merupakan suatu aspek yang paling penting dalam bahasa Melayu dan ia
merupakan perkara asas bagi pembentukan bahasa. Hal ini dijadikan sebagai suatu dasar yang
penting dalam sesuatu masyarakat terutamanya dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti.
Bidang ini perlu dikuasai oleh setiap murid bagi membolehkannya menguasai bahasa yang
dipelajari dengan lebih cekap dan berkesan. Dalam bidang penulisan, tatabahasa amat penting
kerana tatabahasa mempunyai sistem, peraturan dan undang-undang yang perlu diketahui oleh
setiap murid.
Dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, guru seharusnya mempunyai objektif
dan matlamat yang tersendiri dalam mencapai tahap penguasaan tatabahasa dalam kalangan
pelajarnya. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), menyatakan bahawa
terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai oleh guru dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan bidang tatabahasa. Antaranya ialah:
1. Para pelajar dapat mengenal aspek morfologi dan sintaksis dengan mudah.
2. Pelajar dapat menggunakan aspek morfologi dan sintaksis dalam aktiviti lisan dan penulisan
dengan betul.
3. Kemahiran tatabahasa akan memudahkan para pelajar mengikuti pelajaran bahasa yang lain,
misalnya karangan, membaca dan memahamkan karangan.
4. Para pelajar akan dapat menulis karangan dan penulisan yang kreatif dalam bahasa yang
32
tepat dan betul.
Siti Hajar Abdul Aziz (1996) menyatakan bahawa perkataan tatabahasa dapat diertikan
sebagai peraturan-peraturan yang membolehkan perkataan-perkataan dibentuk dan bagaimana
perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-
ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah salah satu cabang bidang linguistik,
yang perlu dikuasai oleh setiap murid.
Sebelum memulakan pelajaran formal di sekolah, murid – murid Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Tamil sudah fasih dalam pertuturan Bahasa Tamil. Mereka mula sedar bahawa
bacaan dan penulisan Bahasa Melayu adalah sangat berbeza daripada Bahasa Tamil setelah
mereka diajar secara formal di sekolah. Karunakaran (1978) mengatakan ini kerana:
“It is a diaglossic language in whch there exist two varieties, namely the literary variety and
the spoken variety which are differentiated structurally as well as functionally.” Pendapat
beliau dikongsi oleh Devanesan (1955), Caldwell (1956), Meenakshisudaram (1965), Rama
Suppiah (1966), Sethu Pillai (1974), Meenakshisundaram (1974), Andronov (1975),
Annamalai (1975) dan Yesudhasan (1976).
Kesemua pengkaji pengkaji ini berpendapat bahawa pertuturan Bahasa Melayu berbeza
dari bacaan dan penulisan Bahasa Melayu dari segi fonetik dan struktur sehingga dilihat
sebagai bahasa yang berlainan. Banyak perkataan dibaca dan ditulis dengan salah dalam
bacaan dan penulisan.
33
Berdasarkan idea-idea tersebut, pengkaji cuba mengaitkan tentang kesalahan bahasa
dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tempatan yang berkaitan dengan
kesalahan tatabahasa karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Subang Jaya. Justeru itu, pengkaji berpendapat bahawa
apabila mengaitkan aktiviti menulis, aspek yang harus dipentingkan ialah ketepatan bahasa,
dalam sistem tatabahasa yang betul dalam penulisan karangan. Ini amat penting bagi
membolehkan seseorang murid untuk memahami serta mengetahui peraturan dan penggunaan
tatabahasa yang betul dan tepat dalam penulisan karangan.
Dalam kajian tentang teori yang berkaitan, pengkaji cuba mengupas Teori Corder
(1981) kesilapan juga akan berguna kepada pelajar atau masyarakat untuk memahami dengan
lebih mendalam situasi bahasa tersebut (Arpan Shahbudin Latip: 1998). Ini kerana, kesilapan
atau kesalahan yang berlaku boleh memberi kesedaran kepada seseorang individu bahawa
bahasa Melayu sentiasa mengalami proses perkembangan dan perubahan dan sewajarnya
seluruh masyarakat perlu peka dengan perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam
sejarah perkembangannya.
Dalam kajian tentang teori yang berkaitan, pengkaji cuba mengupas teori tatabahasa
dan teori analisis kesilapan dalam berbahasa (error analysis). Dalam bahasa Melayu
tatabahasa adalah peraturanpenggabungan kata yang harus dipatuhi oleh setiap murid dalam
penulisan karangan (Suprapto, 2003). Analisis kesilapan tatabahasa dalam pengajaran
hendaklah lebih difokuskan supaya dapat meminimakan kesilapan tatabahasa murid.
34
2.4 KESIMPULAN
Melalui kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, di luar dan di dalam
negara menggunakan pendekatan analisis yang hampir sama. Kesilapan umum yang dilakukan
oleh murid dalam penulisan karangan adalah hampir sama iaitu aspek kesilapan tatabahasa
(morfologi dan sintaksis).
Kesilapan tatabahasa yang dari segi ejaan, tatabahasa, morfologi dan sintaksis. Pelbagai
persepsi diberikan berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah
kesalahan bahasa ini. Namun begitu, sungguhpun pelbagai kajian berkaitan bahasa Melayu
telah dilakukan tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat banyak kesilapan dalam
penulisan karangan bahasa Melayu oleh murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.
Sesungguhnya, semua kajian yang telah ditinjau sama ada bahasa Melayu, bahasa asing
dan sebagainya amat berguna untuk kajian ini. Sebagai rangka teori mengenal pasti,
menganalisis dan mengkategorikan kesilapan tatabahasa karangan bahasa Melayu oleh sampel
kajian ini
35
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini menerang dan membincang mengenai perkara yang berkaitan dengan kaedah
dan cara penyelidikan dijalankan. Berdasarkan tajuk dan objektif kajian,terdapat pelbagai
kaedah atau cara yang dikenalpasti boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu kajian. Oleh
itu, beberapa aspek perancangan yang teliti diperlukandalam melicinkan proses perolehan data,
mengenal pasti, menganalisis dan mengkategori kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa
Melayu. Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan perkara-perkara yang berhubung dengan
rekabentuk kajian, kerangka konseptual, teori analisis kesilapan,tempat kajian, populasi dan
sampel kajian, instrument/ alatan kajianyang digunakan, tatacara kajian, penganalisaan data
dan kajian rintis
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Dalam sesuatu kajian reka bentuk penyelidikan merupakan satu bentuk tinjauan yang
bertujuan mengenal pasti dengan lebih dekat dan terperinci mengenai tahap penguasaan bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun
Sambanthan, Subang Jaya dengan memfokuskan kepada aspek kesalahan tatabahasa dalam
penulisan karangan.
36
Dengan menggunakan kaedah ini, kekerapan kesalahan serta jenis kesalahan bahasa
yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan dapat dikenal pasti. Selain itu, kajian
ini akan dapat mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang jenis dan
kekerapan (jumlah) kesalahan bahasa dalam penulisan karangan.
Dalam pemilihan sampel, penyelidik menggunakan kaedah “intact grouping” (Tsai dan
Phol, 1977). Melalui kaedah ini, keseluruhan anggota populasi kajian telah diambil sebagai
sampel kajian. Oleh itu, sampel kajian ini terdiri daripada murid India Tahun Lima yang
berjumlah 30 orang 10 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan.
Semua pelajar yang dkaji adalah dari Tahun Lima yang akan mengambil peperiksaan
UPSR kelak. Dengan itu, suatu tahap penguasaan bahasa dapat dilihat secara keseluruhan
dalam penulisan karangan mereka. Kajian ini amat penting kepada pelajar dan juga kepada
guru dalam mengenal pasti, menganalsis, mengkategori serta mengambil langkah – langkah
yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahan mereka dalam penulisan karangan Bahasa
Melayu.
Data – data tersebut diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik, borang
pemerhatian, rekod dari ujian pos. Data kuantitatif pula diproses untuk mendapatkan peratusan
murid – murid yang boleh menggunakan sistem tatabahasa dengan tepat dalam penulisan
karangan bahasa Melayu. Data kualitatif diperoleh melalui kaedah pemerhatian terhadap
murid. Data daripada pemerhatian ini pula akan membantu dan sebagai data sokongan dalam
kajian ini.
37
Jadual 1: Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
Jadual 1 menunjukkan penglibatkan dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen didedahkan kepada beberapa latihan latih tubi
tatabahasa dalam penulisan karangan. Sementara kumpulan kawalan akan mengikuti kaedah
tradisional. Ujian pra diberikan kepada semua sampel untuk melihat kemampuan mereka
dalam menghasilkan sebuah penulisan karangan sebelum kaedah rawatan diberikan kepada
kumpulan eksperimen. Selepas tamat tempoh pengajaran kepada kumpulan rawatan, satu ujian
pos akan dijalankan bagi kedua – dua kumpulan tersebut
3.3 TEORI ANALISIS KESILAPAN
Teori kesilapan atau mistake merupakan teknik untuk mengukur kemajuan belajar
bahasa dengan mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh
seseorang atau kelompok, Harimurti, Kridalaksana (1983).
Ujian Pra KUMPULAN EKSPERIMEN
Dengan rawatan latihan penulisan
karangan dan tanda baca.
Ujian Pos
Ujan Pra KUMPULAN KAWALAN
(kaedah tradisional)
Ujian Pos
38
Menurut Corder, (1981), analisis kesilapan juga dapat memberikan maklumat tentang
daerah-daerah dan punca-punca kesulitan pelajar yang perlu diberikan tumpuan dan
daripadanya dapat dicadangkan langkah-langkah pembaikannya.
Corder, (1981) mendefinisikan kesilapan bahasa (mistake) sebagai bentuk-bentuk
pertuturan yang menyimpang atau yagn menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati.
Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Juriah dan kawan-kawan (1994).
Kesilapan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang
daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur bahasa seperti tatabahasa,
ejaan, sebutan, penggunaan perkataan dan istilah.
Pit Corder (1969) juga melihat kesilapan pelajar bahasa sasaran sebagai strategi
pembelajaran dan komunikasi. Kesilapan itu dikatakan sebagai sesuatu yang tidak dapat
dielakkan dalam pembelajaran dan bukan sebagai kesalahan atau sesuatu unsur negatif.
Kewujudan Pit Corder (1969) dengan tulisannya “The Significance of Learner Errors”
menandakan kemunculan suatu disiplin baru dalam Linguistik Gunaan, iaitu analisis kesilapan.
Ahli – ahli linguistik pada masa itu telah mengalihkan tumpuan daripada bahasa ibunda kepada
39
bahasa sasaran untuk mencari punca-punca berlakunya kesilapan. Pengalihan tumpuan ini
adalah disebabkan oleh tiga faktor yang berikut:
i. Kelemahan-kelemahan Analisis Kontrastif.
ii. Pengaruh “The Chomsikian View of Language”.
iii. Reaksi Terhadap Psikologi Behaviourisme.
Mengikut Bell (1981) kesilapan bahasa dimaksudkan kepada bentuk pertuturan yang
menyalahi tatabahasa atau struktur sesuatu bahasa dan kesalahan ini timbul akibat daripada
ketidaksempurnaan penguasaan penutur terhadap sistem bahasa itu. Kesilapan bahasa juga
merujuk kepada bentuk-bentuk kelemahan pelaksanaan dan berlaku secara kebetulan atau tidak
sengaja (Dulay et ai.1982 dan Hammersly, 1982)
40
3.4 KERANGKA KONSEPTUAL TAJUK:
KESILAPAN TATABAHASA DALAM
KARANGAN BAHASA MELAYU
MURID SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN TAMIL.
TEORI PRINSIP ASAS:
TEORI ANALISIS
KESILAPAN
CORDER (1967)
OBJEKTIF:
i. Mengenal pasti kesilapan penggunaan
tatabahasa bahasa Melayu dalam karangan
murid Tahun Lima di Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil.
ii. Menganalisis punca-punca kesilapan
tatabahasa bahasa Melayu dalam karangan
murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil.
iii. Mengkategorikan kesilapan tatabahasa
bahasa Melayu dalam karangan yang dilakukan
oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
iv. Menghuraikan latih tubi tatabahasa bahasa
Melayu bagi mengurangkan kesilapan dalam
karangan yang dilakukan oleh murid Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil.
KAEDAH KAJIAN:
KEPUSTAKAAN
UJIAN BERTULIS
SOAL SELIDIK
POPULASI DAN
PERSAMPELAN:
POPULASI : 30 ORANG MURID
MURID TAHUN 5
TEMPAT KAJIAN:
SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN (T) TUN
SAMBANTHAN,
SUBANG JAYA.
INSTRUMEN / ALATAN KAJIAN:
BORANG PERATUS
. UJIAN PRA
UJIAN POS
LATIH TUBI TATABAHASA
PEMBOLEHUBAH BEBAS:
MURID-MURID INDIA
ANALISIS DATA:
PERATUS
KEKERAPAN, KUALITATIF & KUANTITATIF
PEMBOLEHUBAH BERSANDAR:
TAHAP PENGUASAAN TATABAHASA
BAHASA MELAYU DALAM PENULISAN
KARANGAN
41
3.6 KAEDAH KAJIAN
Penyelidikan merupakan cara teratur untuk memperoleh pengetahan baharu.
Penyelidikan juga merupakan satu tindakan dengan usaha memperoleh dan seterusnya
menganalisis malumat untuk menyelesaikan masalah. Bagi mendapatkan kepututsan
penyelidikan yang berkesan, pengetahuan amat penting. Sumber pengetahuan itu boleh
diperoleh melalui pengalaman, kewibawaan, takulan induktif dan pendekatan saintifik (Mohd.
Majid Konting, 1993).
Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah melibatkan kaedah
perpustakaan, kaedah ujian, kaedah soal selidik dan juga kaedah analisis kandungan. Melalui
kaedah perpustakaan, bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan kajian ini dijadikan rujukan
oleh pengkaji. Bahan-bahan tersebut termasuklah buku-buku, majalah, jurnal dan juga kertas
kerja yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji.
Seterusnya melalui kaedah ini, pengkaji telah memilih 30 orang murid keturunan India
dari Tahun Lima SJK (T) Tun Sambanthan. Pengkaji telah meminta murid untuk menulis
sebuah karangan berdasarkan tajuk yang diberi. Murid diberi masa yang mencukupi untuk
menyelesaikan karangan mereka yang panjangnya tidak kurang dari 120 patah perkataan.
Hasil daripada penulisan murid – murid tersebut pengkaji menumpukan perhatian terdapat
perkara yang dinyatakan di bawah:
42
a. Pengaruh bahasa ibunda yang terdapat dalam penulisan bahasa Melayu murid India
Tahun 5 khususnya dalam aspek kata atau morfologi dan sintaksis.
b. Membandingkan sistem tatabahasa bahasa Melayu dengan bahasa Tamil.
3.6 TEMPAT KAJIAN
Pengkaji telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan sebagai
tempat kajian. Sekolah ini terletak di Persiaran Kewajipan USJ 15, Subang Jaya, Selangor.
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2002 bulan Mei dengan hanya 18 orang murid. Akan
tetapi kini seramai 630 orang murid sedang menuntut di sekolah ini. Kebanyakan murid adalah
dari persekitaran kawasan Subang Jaya.
Pada tahun 2013, seramai 128 orang murid SJKT Tun Sambanthan telah menduduki
UPSR. Daripada jumlah tersebut, hanya 85 orang murid (66%) sahaja yang lulus dalam kertas
ujian karangan Bahasa Melayu. Bakinya 43 orang murid ( 34% ) gagal dalam kertas ini.
Manakala dalam kertas ujian pemahaman Bahasa Melayu pula 110 orang murid (86%) lulus
dan 18 ( 14% ) gagal. (Laporan UPSR, 2013 SJKT Tun Sambanthan). Kadar kegagalan murid
ini dalam kertas penulisan Bahasa Melayu adalah tinggi berbanding dengan kadar kegagalan
dalam kertas ujian pemahaman bahasa Malayu.
Kelulusan yang rendah ini tidak hanya dilihat pada tahun 2013 sahaja. Sebenarnya,
sejak tahun 2008. Kadar kelulusan dalam kertas penulisan karangan Bahasa Melayu tidak
memuaskan.
43
3.7 POPULASI DAN PERSAMPELAN
Murid – murid yang menjadi sampel kajian ini seramai 30 orang murid India yang
sedang belajar Tahun Lima di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan, Subang
Jaya di daerah Petaling Perdana, Selangor.
SJKT Tun Sambanthan merupakan sebuah sekolah yang terletak di Bandar Subang Jaya
dan mempunyai jumlah murid seramai 630 orang mengikut perangkaan kemasukan murid pada
awal tahun 2013. Terdapat tiga buah kelas Tahun Lima pada tahun 2013 dan bilangan
muridnya adalah seramai 116 orang. Hanya 30 orang murid yang dipilih sebagai sampel
kajian.
Kesemua sampel kajian dipilih itu terdiri daripada murid – murid India yang mana
bahasa pertama mereka ialah Bahasa Tamil. Mereka ini telah belajar lebih dari empat tahun di
SJKT Tun Sambanthan ini. Sampel yang terdiri daripada 30 orang murid ini kemudiannya
dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan mengikut pembolehubah – pembolehubah jantina,
pencapaian matapelajaran Bahasa Melayu dan kehadiran kelas bimbingan.
Pembahagian murid sampel kepada kumpulan pencapaian matapelajaran Bahasa Tamil
tinggi dan rendah dilakukan berdasarkan keputusan Bahasa Melayu mereka dalam Ujian
Bulanan Mac pada tahun 2013. Murid yang mendapat 70 markah dan ke atas dalam
matapelajaran Bahasa Melayu diletakkan dalam kumpulan pencapaian tinggi dan mereka yang
mendapat 39 markah ke bawah diletakkan dalam kumpulan pencapaian rendah.
44
3.8 PEMBOLEHUBAH KAJIAN
Pembolehubah merupakan satu kategori objek, kejadian, situasi atau ciri-ciri seseorang
yang umum. Apa- apa yang boleh mempunyai nilai yang berbeza atau berubah pada sesuatu
masa bagi sesuatu organisma (orang/objek/peristiwa).
Sampel kajian ini terdiri daripada murid berketurunan Hindu, India. 10 daripada
mereka terdiri daripada murid lelaki dan 20 murid perempuan. Murid-murid ini berumur 11
tahun semuanya. Murid- murid ini berasal daripada keluarga yang sederhana. Murid-murid ini
mempunyai tahap penguasaan minda yang berbeza di antara satu sama lain sungguhpun umur
mereka adalah sama.
Kajian ini diberikan tumpuan kepada kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa
Melayu. Matlamat kajian ialah untuk mengenal pasti kesilapan, menganalisis kesilapan,
mengkategorikan kesilapan dan memberikan penyelesaian masalah.
3.9 INSTRUMEN / ALATAN KAJIAN
3.9.1 UJIAN KARANGAN
Sampel kajian diberi ujian penulisan karangan bahasa Melayu. Tujuan ujian penulisan
karangan ini adalah unutk mendapatkan data yang berkaitan dengan kesilapan tatabahasa
dalam karangan bahasa Melayu. Di samping itu untuk mengetahui kekerapan dan jenis
kesilapan yang dilakukan oleh sampel kajian yang menulis karangan. Pelaksanaan ujian
45
karangan ini dilakukan oleh pengkaji dengan kerjasama guru kelas yang mengajar bahasa
Melayu di kelas Tahun Lima di SJK (T) Tun Sambanthan.
Sampel kajian diambil daripada ujian bulanan Mac. Masa yang diambil untuk ujian
tersebut ialah enam bulan. Tujuan ujian penulisan adalah unutk mendapat purata kekerapan
kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh sampel kajian. Ujian tersebut merupakan salah satu
cara pengkaji untuk menentukan ujian karangan yang mempunyai kesilapan tatabahasa.
Dalam ujian karangan ini setiap sampel kajian dikehendaki menulis sebuah karangan
yang tajuknya ditentukan oleh guru. Panjang karangan tersebut dihadkan kepada 120 patah
perkataan. Tajuk karangan yang diberi merupakan karangan jenis fakta. Tajuk karangan yang
diberikan kepada murid adalah cara-cara mengelakkan kemalangan di jalan raya.
Penyediaan ujian iaitu tajuk yang diberikan itu dibincang terlebih dahulu di dalam bilik
darjah. Arahan kepada sampel kajian juga dilakukan dalam pelaksanaan ujian tersebut unuk
memudahkan sampel menulis karangan. Selain itu, tujuan penulisan karangan tersebut untuk
mengesan atau mengkaji kekerapan kesilapan tatabahasa. Penyelidikan ini juga bertujuan
untuk mengetahui sedikit sebanyak penyusunan idea dalam penulisan karangan sampel.
Peruntukan masa selama satu jam adalah amat sesuai untuk membolehkan mereka menulis
karangan dengan lebih selesa dan dapat menyusun isi-isi dengan kemas dan teratur.
3.9.2 KAJIAN RINTIS
Kajian rintis adalah kajian yang dilakukan sebelum kajian sebenar. Ia bertujuan untuk
memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yag tinggi. Ia juga
46
dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian
sebenar. Kajian rintis ini meliputi empat langkah iaitu, pertama, membina soal selidik dan
ujian. Kedua, mencuba draf soal selidik dan ujian. Ketiga, meneliti dan mengkaji jawapan
responden dan keempat, mengubahsuai dan memperbaiki kelemahan-kelemahan soal selidik
dan ujian, sekiranya didapati wajar oleh pengkaji. Hasil percubaan ujian karangan juga
menentukan kesilapan tatabahasa dalam karangan sampel kajian ini.
Alatan yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik dan dua set ujian.
(Lampiran). Soal selidik itu ialah mengenai latar belakang dan ujian karangan. Bagi tujuan
pembinaan soal selidik latar belakang sampel kajian ini . Pembinaan draf ujian karangan telah
dilakukan mengikut forrmat kertas ujian karangan UPSR. Draf ujian telah disemak oleh dua
orang guru bahasa Melayu terlatih dan yang berpengalaman.
Draf soal selidik dan ujian kemudiannya diberikan kepada 10 sampel kajian yang
sedang menuntut di kelas tahun Lima , SJK (T) Tun Sambanthan, Subang Jaya. Setelah
menjalankan soal selidik dan ujian kepada 10 sampel kajian, pengkaji membuat catatan
mengenai kesulitan yang dihadapi oleh sampel semasa menjawab soal selidik. Percubaan ujian
karangan dijalankan selama 30 minit selepas percubaan soal selidik. Penelitian yang dilakukan
oleh pengkaji terhadap jawapan-jawapan soal selidik, ujian serta catatan-catatan pengkaji
semasa percubaan menunjukkan bahawa sampel kajian faham isi kandungan soal selidik dan
ujian.
47
Dalam kajian ini, pengkaji memperoleh data-data melalui kesilapan-kesilapan
tatabahasa dalam karangan yang ditulis oleh sampel kajian yang dipilih dari Tahun Lima di
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan. Setiap karangan yang ditulis oleh sampel
kajian ini akan diteliti untuk mencari kesilapan dalam aspek kata nama, kata kerja, kata
adjektif, kata sendi, ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pasif dan ayat aktif. Seterusnya, kesilapan
yang ditemui dikelompokkan mengikut kategori kesalahan yang telah ditentukan iaitu pengkaji
menggunakan kaedah senarai semak.
KESILAPAN
UJIAN
KATANAMA
KATAKERJA
KATAADJEKTIF
KATASENDI
AYATTUNGGAL
AYATMAJMUK
AYATPASIF
AYATAKTIF
UJIAN
PRA
UJIAN
POS
Jadual 2 : Kekerapan Kesilapan Ujian Pra dan Ujian Pos
Jadual 2 menunjukkan senarai semak kekerapan kesilapan Ujian Pra dan Ujian Pos.
Senarai semak ini digunakan untuk meneliti kesilapan yang dilakukan oleh setiap sampel
dalam karangan bahasa Melayu. Melalui senarai semak ini pengkaji dapat membandingkan
perbedaan di antara ujian pra dan juga ujian pos. Di antara kesilapan yang diteliti dalam
48
karangan bahasa Melayu ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi ayat tunggal, ayat
majmuk, ayat pasif dan ayat aktif.
3.10 JENIS – JENIS KESILAPAN
Dalam analisis kesilapan, Pit Corder telah mencadangkan suatu sistem pengelasan yang
berdasarkan kepada kebolehanya mengenal dan menerangkan sebab-sebabnya sesuatu
kesilapan itu berlaku. Sistem pengelasan yang dicadangkan itu adalah seperti berikut:
i. Kesilapan Pra Sistematik
Kesilapan-kesilapan pra sistematik berlaku semasa seseorang pelaar cuba memahami sesuatu
struktur yang baharu dan pelajar itu belum menghayati sistem yang telibat dala struktur itu
dengan sepenuhnya. Kesilapan-kesilapan ini boleh dianggap sebagai kesilapan kemampuan.
ii. Kesilapan Sistematik
Kesilapan sistematik ini menunjukkan pelajar telah membuat hipotesis yang kurang tepat
dengan aspek bahasa sasaran yang digunakan. Bleh dikatakan dia belum menguasai sistem-
sistem dan peraturan-peraturan bahasa sasaran adalah kurang lengkap dan kurang tepat.
Kesilapan-kesilapan ini sebenarnya adalah kesilapan kemampuan.
iii.Kesilapan Pos Sistematik
Kesilapan pos sistematik ini pelajar menghasilkan bentuk-bentuk yang betul tetapi tidak
konsisten. Pelajar ini telah menghayati peraturan-peraturan tetapi kadang kala membuat
49
kesilapan, pelajar sedikit sebanyak dapat berbuat demikian dan dapa menerangkan peraturan-
peraturan tatabahasa itu. Kesilapan yang dilakukan adalah kesilapan penampilan.
Peringkat Kesilapan Kemungkinan Dibetulkan Kemungkinan Diterangkan
Sebab Kesilapan
Kesilapan Pra Sistematik Tidak Tidak
Kesilapan Sistematik Tidak Ya
Kesilapan Pos Sistematik Ya Ya
Jadual 3 : Peringkat –peringkat Kesilapan
Jadual 3 menunjukkan peringkat – peringkat kesilapan dalam penulisan karangan
bahasa Melayu. Peringka kesilapan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kesilapan Pra
Sistematik, kesilapan Sistematik dan kesilapan Pos Sistematik. Bagi Kesilapan Pra Sistematik
kemungkinan tidak dibetulkan manakala kemungkinan menerangkan sebab kesilapan juga
tidak diterangkan. Kesilapan Sistematik pula tidak kemungkinan dibetulkan kerana
berkemungkinan menerangkan sebab kesilapan yang dilakukan dalam penulisan karangan
bahasa Melayu. Manakala kesilapan Pos Sistematik mungkin dibetulkan dan ia juga
berkemungkinan menerangkan sebab kesilapan yang dilakukan.
Steven (1965) berpendapat analisis kesilapan bahasa berguna dalam pengajaran bahasa dengan
mengatakan:
“the systematic analysis of recurrent errors, using the categories and techniques of
modern linguistics, is a fruitful area for further research. By concentrating on the
50
more obvious points of difficulty, it makes on immediate contribution to the task of
language teaching.”
Dalam membincangkan kesalahan – kesalahan dalam ayat Bahasa Tamil, beberapa jenis
kesalahan diberi tumpuan.
3.10.1 KESILAPAN KATA
K1 KESILAPAN PENGGUNAAN KATA NAMA
Penggunaan kata nama yang tidak betul dan tidak tepat menyebabkan berlakunya
kesilapan dari segi pembinaan ayat sempurna dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
Kesilapan penggunaan kata nama ini juga mengakibatkan penulisan karangan yang tidak
berkualiti.
K2 KESILAPAN PENGGUNAAN KATA KERJA
Kesilapan-kesilapan kata kerja yang sering dikesan dalam penulisan karangan bahasa
Melayu ialah murid tidak mengetahui penggunaan yang sesuai. Sampel tidak dapat
memastikan kata kerja yang tepat untuk diisikan dalam sesuatu ayat dalam penulisan karangan.
Ini memberikan kesan yang amat kritikal apabila sampel memberikan maksud yang berbeza
daripada kehendak soalan karangan.
51
K3 KESILAPAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF
Kata adjektif yang juga kata sifat ini amat penting dalam binaan frasa adjektif. Sampel
kajian membuat kesilapan dalam kata ini kerana mereka belum menguasai sistem ejaan bahasa
Melayu. Keadaan ini juga berlaku akibat terdapatnya perubahan di dalam sistem bahasa itu
sendiri. Kesilapan biasa yang dilakukan membawa perubahan maksud dalam pembinaan ayat
yang terdapat dalam karangan.
K4 KESILAPANAN PENGGUNAAN KATA SENDI
Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh sampel kajian dalam penggunaan kata sendi
ialah; adalah, dan, di, ke yang terdapat dalam penulisan karangan. Kebanyakan kesilapan kata
sendi yang dilakukan dalam penulisan karangan bahasa Melayu adalah tanpa disedari oleh
sampel. Sungguhpun, kata sendi sangat luas penggunaannya dalam bahan bercetak ia tidak
difokus oleh sampel kajian untuk memperkasakan penggunaan kata sendi.
3.10.2 KESALAHAN AYAT
A1 KESALAHAN STRUKTUR AYAT TUNGGAL
Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam penulisan mereka ialah ayat tidak
mempunyai subjek dan predikat.
A2 KESALAHAN STRUKTUR AYAT MAJMUK
Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar:
52
i Kesalahan menggunakan kata hubung.
ii Kesalahan kerana mengulang subjek yang sama.
iii Kesalahan kerana mengulang kata kerja yang sama.
A3 KESALAHAN STRUKTUR AYAT AKTIF
Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar:
i Ayat aktif transitif tanpa objek.
ii Objek kata kerja transitif diikuti dengan frasa sendi.
iii Ayat aktif tidak transitif tanpa keterangan.
A4 KESALAHAN STRUKTUR AYAT PASIF
Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang
mengandungi objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan (Nik Safiah Karim et,al,
1986)
3.11 TATACARA KAJIAN
Segala data atau maklumat yang diperoleh melalui analisis kekerapan kesalahan
tatabahasa dalam penulisan murid telah dianalisis untuk mengetahui jumlah kekerapan
53
kesilapan yang dilakukan oleh murid lelaki dan murid perempuan ialah kesalahan kata dan
ayat.
Kebenaran telah diminta daripada guru besar sekolah terlebih dahulu oleh pengkaji.
Tujuan mendapatkan kebenaran adalah memudahkan pengkaji mengedarkan borang soal selidil
kepada sampel kajian yang terpilih. Ia juga memudahkan kajian dijalankan dengan kebenaran
yang sah, berperaturan dan lancar dari segi menghantar dan menerima kembali borang soal
selidik tersebut.
Borang – borang kebenaran dan lampiran – lampiran telah disertakan di bahagian
lampiran. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang murid dengan bantuan guru
pembimbing. Murid – murid diberi masa selama 40 minit untuk menyiapkan soal-selidik
tersebut. Semasa proses menjawab borang soal selidik pengkaji membaca soalan – soalan da
menerangkan soalan tersebut supaya responden faham akan kehendak soalan. Guru
pembimbing telah menjaga murid – murid ini semasa borang soal-selidik diisi oleh murid.
3.11.1 ASPEK PEMERHATIAN
Sebelum kajian dilaksanakan, pengkaji membuat pemerhatian sampel kajian selama
seminggu. Maklumat yang didapati daripada pemerhatian juga dicatat dan direkod. Pengkaji
sendiri akan berusaha mengumpul dan melengkapkan data kajian ini.
54
3.11.2 UJIAN PRA
Ujian pra diadakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam
kelas. Masa yang diperuntukkan untuk ujian pra ialah satu jam. Sampel kajian akan diminta
menulis dua buah karangan iaitu satu dari bahagian A dan satu lagi dari bahagian B.
Karangan di bahagian A adalah karangan bergambar. Manakala, bahagian B pula terdapat
empat pilihan tajuk sampel kajian diminta memilih salah satu dari tajuk tersebut.
Setelah ujian pra ini dilaksanakan pengkaji akan mengumpul dan mengenal pasti
kelemahan sampel kajian hanya dalam aspek kesilapan tatabahasa dan ayat sahaja. Kesilapan
kata dan ayat yang dibuat oleh sampel kajian telah direkodkan dalam borang pemarkahan.
Ujian pra ini telah membantu pengkaji mengenal pasti tahap kecekapan murid – murid dalam
penggunaan tatabahasa dan ayat dalam bahasa Melayu. Kajian ini telah memberi maklumat
kepada pengkaji untuk meneruskan langkah – langkah seterusnya.
3.11.3 LATIH TUBI TATABAHASA
Setelah data awal diperoleh daripada keputusan ujian pra, pengkaji mengenal pasti
murid – murid Tahun Lima yang kurang mahir dalam penggunaan kata dan ayat. Keadaan ini
perlu dikikis kerana tanpa penggunaan kata yang betul sesuatu ayat itu tidak gramatis. Dengan
ini jelaslah bahawa penggunaan tatabahasa yang betul dalam sesebuah karangan atau penulisan
amat penting.
55
Seterusnya pengkaji telah memberikan latih tubi yang terperinci dalam setiap aspek
tatabahasa dan ayat sehingga murid – murid dapat menguasai aspek kata dan ayat dengan
sepenuhnya. Pendedahan yang terperinci telah diberikan kepada setiap murid. Selama lima
bulan, pelbagai latihan diberikan untuk memahirkan tahap penguasaan sampel kajian dalam
aspek tatabahasa dan ayat.
Sampel kajian juga akan dibahagikan kepada kumpulan yang kecil dan diminta
membuat pembentangan dihadapan kelas. Kesilapan sampel kajian akan diperbaiki oleh
sampel kajian dari kumpulan yang lain dengan dengan bimbingan pengkaji. Setelah pengkaji
memberi penjelasan, sampel kajian dapat mengenal pasti kesilapan dan memperbaiki kesilapan
tersebut. Di samping itu, masa yang diperuntukan untuk mata pelajaran bahasa Melayu, lebih
digunakan dalam pendedahan aspek kata dan struktur ayat yang betul.
3.11.4 UJIAN POS
Setelah dua bulan setengah pelbagai latihan diterapkan dalam diri sampel kajian tentang
kata dan ayat pengkaji mengadakan ujian pos. Ujian pos ini diadakan untuk menilai
keberkesanan tatabahasa dan ayat. Ujian pos juga mengandungi bahagian A dan bahagian B.
Karangan di bahagian A ialah karangan bergambar. Manakala, bahagian B pula
terdapat empat pilihan tajuk dan sampel kajian diminta memilih salah satu dari tajuk tersebut.
Masa yang diperuntukan juga adalah sama iaitu satu jam. Markah sampel kajian juga dicatat
oleh pengkaji dalam borang pemarkahan.
56
3.12 PENGANALISISAN DATA
Dalam kajian ini, penyelidik akan menganalisis kesemua karangan yang dibuat oleh
sampel kajian. Penyelidik juga menggunakan pemeriksa luar dalam membuat semakan ke atas
pemeriksaan karangan tersebut. Tujuan melantik pemeriksa kertas UPSR adalah untuk
membuat semakan skrip, yang telah diperiksa oleh pengkaji. Ini adalah kerana pemeriksa
berpengalaman dapat memastikan kesilapan yang dilakukan oleh sampel kajian dengan tepat.
Di samping itu, pengkaji ingin memastikan kesilapan dan kebolehpercayaan dalam
pemeriksaan merupakan cara penandaan kesilapan telah diselaraskan seperti keterangan (cara
menanda kesilapan). Pengkaji menghadkan jumlah perkataan penulisan karangan. Semua
kesilapan tatabahasa dan ayat dalam karangan akan direkodkan.
57
3.13 KESIMPULAN
Pengkaji akan cuba membuat dapatan kajian dan rumusan tentang pelajar dalam
menguasai bahasa Melayu. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan atau rujukaan bagi
murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, guru-guru yang mengajar
matapelajaran bahasa Melayu terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, ketua panitia,
dan juga para pengkaji pada masa yang akan datang. Dengan ini, guru dapat merancang
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih terancang supaya murid-murid dapat
menguasai tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Usaha seperti ini
adalah amat penting untuk meningkatkan prestasi murid-murid Tahun Lima dalam penulisan
bahasa Melayu.
58
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Sungguhpun pelajar melakukan beberapa kesilapan tatabahasa dalam satu ayat, tetapi
fokus utama pengkaji adalah untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa murid berdasarkan
aspek yang dipilih (tatabahasa dalam penulisan karangan). Pengkaji akan menghuraikan
kesalahan aspek yang dipilih dengan terperinci. Di samping itu, kesalahan aspek lain turut
dibetulkan. Dalam bab empat ini pengkaji akan menerangkan profil responden, analisa data
dan dapatan kajian yang diperoleh daripada soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Pengkaji telah
menganalisis data daripada soal selidik yang telah dijalankan ke atas tiga puluh orang murid.
Manakala dapatan yang diperoleh telah dianalisis statistik deskriptif iaitu kekerapan frekuensi,
peratus dan purata kesilapan yang dilakukan oleh sampel kajian. Kesilapan bahasa yang dikaji
meliputi aspek kesilapan tatabahasa dan kesilapan ayat.
4.2 PROFIL RESPONDEN
Responden yang dipilih untuk menjalankan kajian ini merupakan 30 sampel dari Tahun
5 dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan. Maklumat tentang diri para
responden di perolehi melalui borang soal selidik. Dalam bahagian ini, soalan yang
59
dikemukakan adalah berkenaan dengan latar belakang para responden seperti nama, kelas,
jantina, alamat rumah, tahap pendidikan, kelas bimbingan dan kekerapan membuat karangan.
Maklumat – maklumat ini adalah penting kerana ia menunjukkan faktor yang membantu
menyiasat kebolehan responden dalam Bahasa Melayu. Melalui borang selidik maklumat
sampel yang penting diperoleh ialah:
Maklumat Keputusan bahasa
Melayu dalam
Peperiksaan
Akhir Tahun 2013
(Tahun 4)
Kumpulan Murid
yang Mengikuti
kelas bimbingan
(Tuisyen) bahasa
Melayu di luar
Latihan
karangan bahasa
Melayu dalam
masa seminggu
Gred A 2 (7%) - -
Gred B 8 (27%) - -
Gred C 12 (40%) - -
Gred D 5 (16%) - -
Gred E 3 (10%) - -
YA - 16 (53%) -
TIDAK - 14 (47%) -
SEKALI 17 (57%)
DUA ATAU TIGA
KALI
13 (43%)
Jadual 4: Laporan Borang Soal Selidik
Jadual 4 menjelaskan laporan borang soal selidik penulisan karangan bahasa Melayu dalam
kalangan murid SJKT Tun Sambanthan. Di antara maklumat yang dapat dikumpul dapat membantu
memberikan maklumat secara peribadi oleh setiap sampel untuk membuat kajian ini. Melalui
keputusan bahasa Melayu dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013 (Tahun 4) ialah Gred A hanya 2
sampel dan peratusnya adalah sebanyak 7%. Gred B pula, sampelnya sebanyak 8 , manakala
60
peratusnya adalah 27%. 12 sampel telah memperolehi Gred C dan peratusnya adalah 40%. Gred D 16
% iaitu 5 sampel dan Gred E pula 10% dan sampelnya 3. Daripada 30 sampel sebanyak 53%(16)
mengikuti kelas bimbingan (tuisyen) bahasa Melayu di luar sekolah. Manakala 47% (14) tidak
mengikuti sebarang kelas bimbingan. Latihan karangan yang diberikan dalam seminggu sekali adalah
57% iaitu sebanyak 17 sampel manakala karangan yang ditulis dua atau tiga kali dalam seminggu oleh
sampel adalah sebanyak 43% iaitu 13 sampel.
Jantina Kumpulan
Cemerlang
Kumpulan
Sederhana
Kumpulan
Lemah
Jumlah
Lelaki 3(10%) 4(13%) 3(10%) 10(33%)
Perempuan 4(13%) 9(30%) 7(23%) 20(67%)
Jumlah 7(23%) 13(43%) 10(33%) 30(100%)
Jadual 5: Responden yang dipilih sebagai sampel untuk kajian
Jadual 5 menunjukkan maklumat tentang responden yang telah dipilih untuk kajian ini.
Responden ini terdiri daripada 30 orang murid dari Tahun 5 dari SJKT Tun Sambanthan. Para
responden dipilih dari pelbagai kebolehan iaitu kumpulan cemerlang, kumpulan sederhana dan
kumpulan lemah. Responden dari kumpulan cemerlang terdiri daripada 7 orang murid iaitu 3
orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Manakala, kumpulan sederhana pula terdiri
daripada 4 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Seterusnya, responden dari
kumpulan lemah pula terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.
61
Kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah adalah ditentukan. Jadual 6 menunjukkan
markah yang diperolehi dalam kertas penulisan Bahasa Melayu.
Kategori Markah
Cemerlang 80 – 100
Baik 60 – 79
Sederhana 40 - 59
Lemah 0 - 39
Jadual 6 : Kategori markah
Jadual 6 menunjukkan 3 kategori dan skor markah yang ditetapkan oleh sekolah dan juga
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kategori Cemerlang markahnya adalah di antara 80 hingga
100. Kategori baik pula markahnya di antara 60 hingga 79. Kategori sederhana markahnya di
antara 40 – 59. Manakala kategori lemah markahnya adalah di antara 0 hingga 39.
4.3 LAPORAN DAPATAN KAJIAN
Dalam bab ini, pengkaji telah menghuraikan hasil-hasil dapatan kajian berdasarkan persoalan
kajian seperti berikut:
i) Apakah jenis kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan
bahasa Melayu?
62
ii) Berapa kerapkah kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan
bahasa Melayu?
iii) Apakah kepelbagaian kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam
karangan bahasa Melayu?
iv) Adakah latih tubi berkesan mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam kalangan
murid dalam karangan bahasa Melayu.
4.3.1 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID
Dalam pengumpulan data yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam
kalangan murid, pengkaji mendapati murid menggunakan bahasa Melayu hanya pada waktu
formal, iaitu apabila berhubung dengan pihak sekolah dan juga semasa di dalam bilik darjah.
Walau bagaimanapun, apabila ditanya mengenai keselesaan murid dalam berbahasa, terdapat
berbagai-bagai jawapan yang diberikan oleh murid semasa berhubung dengan rakan sebaya.
63
BAHASA PERTUTURAN KEKERAPAN
BAHASA MELAYU 6 (20%)
BAHASA TAMIL 17 (57%)
BAHASA INGGERIS 7 (23%)
JUMLAH 30 (100%)
Jadual 7: Bahasa Pertuturan yang digunakan semasa berhubung dengan rakan sebaya
Jadual 7 menunjukkan pertuturan yang digunakan semasa berhubung dengan rakan sebaya di
sekolah dan juga di luar sekolah. Pertuturan bahasa Melayu menjadi bahasa yang kurang
digunakan oleh samapel di luar waktu sekolah iaitu 20% dan sampelnya sebanyak 6.
Manakala, pertuturan bahasa Tamil digunakan sebanyak 57% dan 17 sampel menggunakan
bahasa ibunda mereka sendiri untuk berkomunikasi satu sama lain. Manakala, bahasa Inggeris
pula peratusnya adalah sebanyak 23% dan sampelnya sebanyak 7.
64
4.3.1.1 Apakah jenis kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan
bahasa Melayu?
Jenis Kesilapan Bilangan Kesilapan
Rawatan Kawalan
K1 48 (11%) 45 (10%)
K2 36 (14%) 52 (13%)
K3 50 (16%) 52 (15%)
K4 67 (13%) 66 (12%)
A1 42 (10%) 43 (12%)
A2 45 (10%) 42 (14%)
A3 48 (13%) 50 (11%)
A4 40 (13%) 40 (13%)
Jumlah 376 (100%) 390 (100%)
Jadual 8 : Kekerapan Jenis Kesilapan dan Peratus Kumpulan Rawatan dan Kumpulan
Kawalan dalam Ujian Pra
Jadual 8 menunjukkan kekerapan jenis kesilapan dan peratus kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan dalam ujian pra. Kesilapan kata dan ayat bagi setiap tajuk menurut jenis – jenis
kesalahan. Kesalahan kata iaitu K1 ( Kesilapan penggunaan kata nama yang tidak betul di
dalam penulisan karangan), K2 (Kesilapan penggunaan kata kerja), K3 Kesilapan penggunaan
kata adjektif ), K4 (Kesilapan penggunaan kata sendi). A1 (Kesilapan struktur ayat tunggal di
mana ayat tidak mempunyai subjek dan predikat), A2 (Kesilapan dari segi struktur ayat
65
majmuk), A3 ( Kesilapan dari segi struktur ayat aktif) dan A4 (Kesalahan dari segi struktur
ayat pasif).
Ringkasan jumlah kekerapan kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu yang
dilakukan oleh sampel kajian (N=30) yang ditunjukkan dalam jadual 8. Berdasarkan jadual 8
dapatan menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh
Kumpulan Rawatan dalam ujian pra adalah sebanyak 376 kesilapan. Manakala kumpulan
kawalan pula adalah 390 kesilapan. Bilangan kesilapan tatabahasa dapat juga menunjukkan
bahawa jenis kesilapan K4 adalah paling tinggi iaitu 67 kesilapan bagi kumpulan rawatan dan
66 kesilapan dilakukan oleh kumpulan kawalan. Diikuti oleh K3 50 kesilapan dilakukan oleh
kumpulan rawatan dan 52 kesilapan yang dilakukan oleh kumpulan kawalan. A3 pula
sebanyak 48 kesilapan dilakukan oleh kumpulan rawatan dan 45 kesilapan dilakukan oleh
kumpulan kawalan, A2 pula 45 kesalahan dilakukan oleh kumpulan rawatan dan 42 kesilapan
dilakukan oleh kumpulan rawatan. Satu ujian pos telah diadakan bagi kedua – dua kumpulan
tersebut untuk mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
66
Graf 1: Peratus Kesilapan Kata dan Ayat Kumpulan Rawatan
dan Kumpulan Kawalan dalam Ujian Pra
Graf 1 menunjukkan peratus kesilapan kata dan ayat dalam kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan dalam ujian pra. Palang biru menunjukkan kumpulan rawatan dan palang merah pula
menunjukkan kumpulan kawalan. Kesilapan yang banyak dilakukan oleh sampel dalam K4 –
Kesilapan penggunaan kata sendi iaitu bagi kumpulan rawatan sebanyak 13 % manakala bagi
kumpulan kawalan pula sebanyak 12 %. Kesilapan dari segi ayat yang mengambil tempat
teratas ialah A3 – Kesilapan penggunaan ayat aktif dimana sampel tidak memberikan tumpuan
yang sepenuhnya semasa memilih perkataan yang sesuai untuk membina ayat. Kesilapan
penggunaan kata nama kumpulan rawatan 11% dan kumpulan kawalan pula sebanyak 10%.
0
10
20
30
40
50
60
70
K1 K2 K3 K4 A1 A2 A3 A4
PERATUSKESILAPAN
KESILAPAN KATA DAN AYAT
RAWATAN
KAWALAN
67
K2 - Kesilapan penggunaan kata kerja kumpulan rawatan 14% dan kumpulan kawalan 13%.
K3 - Kesilapan penggunaan kata adjektif kumpulan rawatan 16% dan kumpulan kawalan
sebanyak 15%. A1 - Kesilapan struktur ayat tunggal kumpulan rawatan 10% dan kumpulan
kawalan 12%. A2 -Kesilapan dari segi struktur ayat majmuk kumpulan rawatan 10% dan
kumpulan kawalan 14 %. A4 - Kesalahan dari segi struktur ayat pasif kumpulan rawatan
dan kumpulan kawalan 13%.
4.3.1.2 Menganalisis kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu murid
Tahun Lima SJK(T) Tun Sambanthan, Subang Jaya.
Kesilapan Kata
Dan
Ayat
Sampel
Cemerlang
Sampel
Sederhana
Sampel
Lemah
K1 2 3 10
K2 2 4 19
K3 5 7 16
K4 - 2 10
A1 - - 5
A2 2 3 15
A3 - 2 10
A4 - 1 12
Jumlah 11 22 117
Jadual 9: Kekerapan kesilapan kata dan Kesilapan Ayat dalam Ujian Pos oleh Sampel.
68
Jadual 9 menunjukkan kekerapan kesilapan kata dan Kesilapan Ayat dalam Ujian Pos oleh
sampel cemerlang, sampel sederhana dan sampel lemah.. Berdasarkan jadual di atas didapati
bahawa kumpulan sampel cemerlang membuat kesilapan yang minimum berbanding dengan
dua kumpulan yang lain. Kumpulan sampel kajian cemerlang hanya melakukan 11 kesilapan
iaitu 7% sahaja daripada jumlah kesilapan yang dibuat oleh sampel kajian dalam Ujian Pos.
Manakala, kumpulan sampel sederhana pula melakukan 22 kesilapan atau 15% daripada
jumlah kesilapan yang telah dilakukan oleh sampel kajian. Akhirnya, kumpulan lemah
didapati melakukan kesilapan yang paling banyak iaitu 117 kesilapan atau 78% kesilapan
dalam kata dan ayat. Ini menunjukkan bahawa kumpulan cemerlang telah menunjukkan
peningkatan yang baik berbanding dengan kumpulan yang lain. Walaupun jumlah kesilapan
yang telah dilakukan oleh Kumpulan Rawatan telah menurun dari 376 semasa Ujian Pra ke 125
dalam Ujian Pos tetapi Kumpulan Lemah masih perlu membaiki mutu bahasa dari segi
penulisan untuk mengurangkan kesilapan.
Analisis menunjukkan Kumpulan Cemerlang hanya melakukan 5 kesilapan penggunaan
kata sendi dalam penulisan karangan manakala kumpulan sederhana dan lemah melakukan 23
kesilapan. Perbezaan tahap kelemahan juga begitu ketara iaitu hanya 5% bagi kumpulan
cemerlang dan 22% bagi kumpulan sampel sederhana dan sampel lemah. Bagi kesilapan
penggunaan kata nama pula kumpulan cemerlang hanya melakukan 2 kesilapan sahaja
manakala kumpulan sederhana dan kumpulan lemah pula membuat 23 kesilapan.Seterusnya
dalam kesalahan penggunaan kata imbuhan pula kumpulan cemerlang hanya membuat 2
kesilapan sahaja manakala kumpulan yang lain membuat 18 kesilapan dalam kata dan ayat ini.
69
Kelemahan penggunaan kata dan ayat berdasarkan 3 kumpulan ini menunjukkan
perbezaan yang jelas. Dapatan kajian menunjukan sampel kajian kumpulan lemah melakukan
kesilapan tatabahasa yang paling tinggi berbanding dengan kumpulan cemerlang dan
sederhana. Dengan kata lain, sampel kajian yang lemah penguasaan bahasa Melayu juga lemah
dalam penggunaan tatabahasa. Oleh itu kelihatan ada pertalian di antara kebolehan mengarang
dengan kelemahan penggunaan tatabahasa.
4.3.1.3 Apakah kepelbagaian kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam
karangan bahasa Melayu?
Jenis Kesilapan Bilangan Kesilapan
Rawatan Kawalan
K1 19 (18%) 50 (16%)
K2 12 (10%) 35 (11%)
K3 13 (11%) 45 (13%)
K4 28 (10%) 57 (20%)
A1 5 (4%) 20 (6%)
A2 14 (16%) 48 (18%)
A3 18 (12%) 20 (10%)
A4 16 (8%) 17 (6%)
Jumlah 125 (100%) 292 (100%)
Jadual 10: Kekerapan kesilapan tatabahasa penulisan karangan dalam Ujian Pos.
70
Jadual 10 menunjukkan ringkasan jumlah kekerapan kesilapan yang telah dilakukan oleh
sampel kajian dalam ujian pos. Jadual menunjukkan perbandingan kesilapan tatabahasa yang
telah dilakukan oleh kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan menunjukkan
kumpulan rawatan melakukan hanya 125 kesilapan. Secara keseluruhan dalam ujian pos
berbanding dengan 292 kesilapan dilakukan oleh kumpulan kawalan. Kekerapan kesilapan
kata dan ayat yang telah dilakukan oleh sampel kajian. Dapatan menunjukkan bahawa jenis
kesilapan K4 adalah paling tinggi bagi kumpulan rawatan dan juga kumpulan kawalan.
Kesilapan tatabahasa K4 ini dilakukan oleh murid – murid terutamanya dalam penulisan
karangan bergambar.
Seterusnya, diikuti oleh K1 iaitu 19 kesilapan dilakukan oleh kumpulan rawatan dan 50
kesilapan dilakukan oleh kumpulan kawalan, K2 iaitu 12 kesilapan dilakukan oleh kumpulan
rawatan dan 50 kesilapan dilakukan oleh kumpulan kawalan, K3 iaitu 13 kesilapan dilakukan
kumpulan rawatan 45 kesilapan oleh kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan A2 melakukan
48 kesilapan dan kumpulan rawatan melakukan 14 kesilapan. Kumpulan kawalan A3 dan A4
masing – masing adalah 20 dan 17 kesalahan manakala kumpulan rawatan ialah 18 dan 16
kesilapan. Akhir sekali, kumpulan rawatan hanya melakukan 5 kesilapan dalam kesilapan kata
dan ayat di A1 dan kumpulan kawalan pula melakukan 20 kesilapan dalam bahagian ini.
71
GRAF 2 : Peratus Kekerapan Kesilapan Kata dan Ayat Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan Dalam Ujian Pos.
0
10
20
30
40
50
60
K1 K2 K3 K4 A1 A2 A3 A4
PERATUSKESILAPAN
KESILAPAN KATA DAN AYAT
GRAF 2 : KEKERAPAN KESILAPAN KATA DAN AYAT
DALAM UJIAN POS
RAWATAN
KAWALAN
72
4.3.1.4 Adakah latih tubi berkesan mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam
kalangan murid dalam karangan bahasa Melayu?
LATIHAN KEKERAPAN PERATUS
Lebih daripada 5 kali 2 7%
4 kali 4 13%
2 kali 13 43%
1 kali 8 27%
Tidak Pernah 3 10%
Jumlah 30 100%
Jadual 11: Latihan tatabahasa dalam sebulan
Berdasarkan Jadual 11, didapati kadar kekerapan latihan yang diperoleh dalam penguasaan
tatabahasa (kata imbuhan, kata ganti, kata sendi, kata adjektif) yang melibatkan penggunaan ayat
tunggal, ayat majmuk,ayat aktif dan ayat pasif dalam kalangan pelajar, ialah sebanyak dua kali
dalam sebulan. Latihan sebanyak dua kali sebulan tidak memadai bagi meningkatkan kemahiran
tatabahasa pelajar. Ini kerana aspek tatabahasa amat penting dalam menghasilkan wacana yang
baik tanpa sebarang kesalahan umum tatabahasa. Kesilapan penggunaan aspek tatabahasa ini boleh
mengurangkan markah pelajar, terutamanya dalam penulisan karangan.
73
Berdasarkan Jadual 11 ini juga, didapati masih ada murid yang tidak pernah mendapat
latihan berkaitan dengan penggunaan tatabahasa, iaitu sebanyak sepuluh peratus. Dalam
meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan tatabahasa yang melibatkan ayat tunggal,
ayat majmuk, ayat aktif dan ayat pasif guru seharusnya membimbing murid dalam membina
ayat terlebih dahulu dengan lebih terperinci sebelum murid menghasilkan karangan yang
bermutu.
Justeru, guru seharusnya membimbing murid tentang bagaimana cara dan kaedah untuk
membentuk karangan yang berkualiti dengan penggunaan tatabahasa tanpa kesilapan
tatabahasa.
4.4 KATA IMBUHAN
LATIHAN KATA IMBUHAN KEKERAPAN PERATUS
Penggunaan Kata Imbuhan Awalan 26 87%
Penggunaan Kata Imbuhan Akhiran 24 80%
Jadual 12: Kekerapan penggunaan kata imbuhan yang betul
74
Berdasarkan jadual 12, kadar kekerapan latihan kata imbuhan yang diperoleh telah
membantu sampel kajian dalam meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam penulisan
karangan bahasa Melayu., Menurut jadual kekerapan dalam penggunaan kata imbuhan awalan
ialah sebanyak 26, manakala peratusnya ialah sebanyak 87%. Kadar kekerapan penggunaan
imbuhan akhiran ialah 24, peratusnya pula sebanyak 80%.
Carta 1 : Penguasaan Kata Imbuhan Awalan
87%
13%
KATA IMBUHAN AWALAN
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
75
Carta 2: Penguasaan Kata Imbuhan Akhiran
4.3.6 KATA GANTI
LATIHAN KATA NAMA KEKERAPAN PERATUS
Penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk 27 90%
Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri Tanya 26 87%
Kata Ganti Nama Diri Orang 24 80%
Jadual 13: Kekerapan Penggunaan Kata Ganti yang betul.
Jadual 13 menunjukkan kadar kekerapan penggunaan Kata Ganti yang betul dalam
latihan yang diberi. Menurut kekerapan, penggunaan kata Ganti Nama Tunjuk yang betul ialah
80%
20%
KATA IMBUHAN AKHIRAN
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
76
27 dan peratusnya ialah 90%. Manakala dalam Penggunaan Kata Ganti Nama Diri pula sampel
berjaya menguasai dua jenis kata ganti iaitu, Kata Ganti Nama Diri Tanya dan Kata Ganti
Nama Diri Orang. Kata Ganti Nama Diri Tanya kekerapannya ialah 26 dan peratusnya pula
87%. Manakala, Kata Ganti Nama Diri Orang pula kekerapannya ialah 24 dan peratusnya
ialah 80%.
Carta 3: Kekerapan Penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk
90%
10%
KATA GANTI NAMA TUNJUK
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
77
Carta 4: Kekerapan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya
Carta 5: Kekerapan Penggunaan Kata Ganti Nama Orang
87%
13%
KATA GANTI NAMA DIRI TANYA
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
80%
20%
KATA GANTI NAMA ORANG
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
78
4.3.7 KATA SENDI
LATIHAN KATA SENDI KEKERAPAN PERATUS
Kata Sendi Nama di 25 83%
Kata Sendi Nama ke 27 90%
Kata Sendi Nama dari 24 80%
Kata Sendi Nama daripada 24 80%
Kata Sendi Nama kepada 29 97%
Kata Sendi Nama pada 28 93%
Kata Sendi Nama untuk dan bagi 27 90%
Kata Sendi Nama sejak 28 93%
Kata Sendi Nama oleh 29 97%
Jadual 14 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi yang Betul
Jadual 14 menunjukkan kadar kekerapan penggunaan kata sendi dalam latihan yang diberikan.
Kata Sendi di kekerapannya ialah 25 dan peratusnya 83%. Kata Sendi Nama ke, untuk dan
bagi pula kekerapannya ialah 27 dan peratusnya ialah 83%. Seterusnya kata sendi nama dari
dan daripada masing-masing kekerapannya ialah 24dan peratusnya ialah 80%. Kata sendi
nama kepada dan oleh kekerapannya ialah 29 dan peratsnya ialah 97%. Manakala kekerapan
kata sendi nama pada dan sejak ialah 28 dan peratusnya pula 97%.
79
Carta 6 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi Nama Dari dan Daripada
Carta 7 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi Nama Di
80%
20%
KATA SENDI NAMA DARI DAN DARIPADA
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
83%
17%
KATA SENDI NAMA DI
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
80
Carta 8 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi Nama Ke, Untuk dan Bagi
Carta 9 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi Nama Pada dan Sejak.
90%
10%
KATA SENDI NAMA KE, UNTUK DAN
BAGI
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
93%
7%
KATA SENDI NAMA PADA DAN
SEJAK
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
81
Carta 10 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi Kepada dan Oleh
4.3.8 KATA ADJEKTIF
LATIHAN KATA SENDI KEKERAPAN PERATUS
Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan 25 83%
Kata Adjektif Waktu 23 77%
Kata Adjektif Bentuk 24 80%
Kata Adjektif Ukuran 25 83%
Kata Adjektif Cara 23 77%
Jadual : 15 Kekerapan Penggunaan Kata Adjektif yang Betul
97%
3%
KATA SENDI NAMA KEPADA DAN
OLEH
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
82
Berdasarkan jadual 15 kadar kekerapan penggunaan kata adjektif di kategorikan kepada lima
bahagian iaitu kata adjektif sifatan atau keadaan, kata adjektif waktu, kata adjektif bentuk, kata
adjektif ukuran dan kata adjektif cara. Kadar kekerapan kata adjektif Sifatan atau Keadaan dan
kata adjektif ukuran ialah 25 dan peratusnya ialah 83%. Kekerapan Kata Adjektif Waktu dan
kekerapan kata adjektif cara ialah 23 dan peratusnya pula 77%. Kadar kekerapan Kata
Adjektif Bentuk ialah 24 dan peratusnya pula sebanyak 80%.
Carta 11 : Kekerapan Penggunaan Kata adjektif Sifatan atau Keadaan dan Kata
Adjektif Ukuran
93%
7%
KATAADJEKTIF SIFATANATAU KEADAAN DAN KATA
ADJEKTIF UKURAN
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
83
Carta 11 : Kekerapan Penggunaan Kata adjektif Waktu dan Kata Adjektif Cara
Carta 12 : Kekerapan Penggunaan Kata Adjektif Bentuk
93%
7%
KATAADJEKTIF WAKTU DAN KATAADJEKTIF CARA
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
93%
7%
KATAADJEKTIF BENTUK
BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
84
KESIMPULAN
Sebagai rumusan pengkaji akan cuba membuat kesimpulan dan dapatan kajian tentang
pelajar dalam menguasai penulisan bahasa Melayu. Dapatan kajian ini, dapat dijadikan
sebagai panduan untuk murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina, guru – guru yang mengajar bahasa Melayu terutamanya bagi Tahun 5, Ketua Panitia dan
juga bagi para pengkaji akan datang. Dengan ini, guru dapat merancang kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang lebih terancang supaya murid – murid dapat menguasai sistem
tatabahasa dan ayat dengan lebih berkesan. Usaha – usaha seperti ini amat penting untuk
meningkatkan prestasi murid- murid Tahun 5 dalam tatabahasa penulisan karangan.
85
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN
Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis oleh pengkaji, didapati masih
ramai dalam kalangan murid yang membuat kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa
Melayu. Hasil kajian ini juga, dapat membantu pengkaji dalam menjawab persoalan-persoalan
yang dikemukakan sebelum ini. Seperti yang dinyatakan dalam bab 1, terdapat beberapa
persoalan yang masih lagi menjadi pertikaian dan permasalahan dalam kalangan murid.
Dengan terhasilnya kajian ini, diharap pengkaji dapat mengesan kelemahan-kelemahan murid
berkaitan dengan tatabasa dalam karangan bahasa Melayu.
Di dalam bab kelima ini, pengkaji akan menghuraikan mengapa masih ramai dalam
kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan membuat kesilapan
tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu. Pengkaji juga akan cuba menyarankan beberapa
cadangan yang diperlukan oleh guru dalam mengatasi masalah berkaitan tatabahasa ini pada
bahagian perbincangan yang seterusnya.
86
5.2 RUMUSAN
Kebolehan menulis karangan sampel kajian adalah sangat berbeza. Sungguhpun
terdapat beberapa sampel kajian dengan kebolehan menulis karangan yang baik dengan
kesilapan tatabahasa yang kurang, malah ramai di antara mereka melakukan banyak kesilapan.
Namun pelaksanaan latih tubi dalam mengurangkan kesalahan tatabahasa dalam karangan tela
berjaya. Jadual 2 menunjukkan bahawa kekerapan kesilapan tatabahasa dalam karangan yang
telah dilakukan oleh kumpulan rawatan dalam ujian Pra, iaitu kekerapan kesilapan yang
dilakukan oleh kumpulan rawatan dalam ujian Pra 89% kesilapan dan selepas kumpulan
kumpulan ini telah menjalani rawatan yang diberikan oleh pengkaji selama dua bulan ia telah
berkurangan menjadi 58% kesilapan. Ini menunjukkan bahawa pengkaji telah melakukan
rawatan yang sesuai dan secukupnya untuk mengurangkan kesilapan bahasa. Manakala, hasil
kajian juga telah menunjukkan bahawa kumpulan kawalan tidak menunjukkan perubahan yang
begitu ketara kerana penurunan peratus adalah sangat sedikit iaitu dari 95% turun sebanyak
83%. Di samping itu, mutu karangan telah dapat diperbaiki dan ia masih menunjukkan bahawa
kumpulan kawalan masih lagi lemah dalam penulisan karangan.
Walaupun, aspek tatabahasa menyebabkan ramai dalam kalangan murid membuat
kesilapan, namun pengabaiannya boleh menyebabkan lebih ramai lagi murid yang membuat
kesilapan. Sekiranya masalah seperti ini dipandang remeh, sudah pasti hasil penulisan murid
akan merosot terutamanya dalam pembinaan struktur ayat dan juga aspek kegramatisan akan
87
terabai. Sebagai seorang guru, seharusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi
oleh setiap muridnya. Justeru itu, setiap kesilapan yang dilakukan oleh murid terutamanya
dalam aspek tatabahasa haruslah dinyatakan atau ditunjukkan dengan jelas supaya dapat
disedari oleh murid berkenaan. Hal ini juga bertujuan untuk mengelakkan murid mengulangi
kesilapan yang sama secara berulang-ulang.
Dalam menghasilkan suatu penulisan yang sempurna, seharusnya aspek-aspek yang
berkaitan dengan tatabahasa seperti kata imbuhan, kata ganti, kata sendi, kata adjektif dalam
karangan dimana ayatnya terdiri daripada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pasif dan ayat aktif
tidak harus diabaikan. Walaupun, ramai dalam kalangan murid mengambil sambil lewa
berkaitan penggunaan tatabahasa, namun ramai dalam kalangan mereka yang tidak menyedari
bahawa aspek inilah yang seringkali murid membuat kesilapan. Terutamanya, dalam penulisan
karangan. Ramai murid yang menyangka bahawa penulisan karangan ialah sama dengan aspek
tatabahasa yang lain dan menganggap penggunaan tatabahasa bukan sebagai suatu masalah.
Justeru, hasil kajian pengkaji diharap akan membantu para murid menyedari tentang kesilapan
yang pernah dilakukan sebelum ini.
Permasalahan berkaitan dengan tatabahasa bukan sahaja melibatkan aspek-aspek
penulisan malahan juga terdapat banyak persoalan yang perlu diketahui dan disedari oleh
murid dan guru-guru. Hal ini ialah bertujuan supaya masalah yang berkaitan tatabahasa tidak
lagi menjadi satu isu dalam penguasaan bahasa Melayu. Sebagai contoh, ramai dalam kalangan
murid yang mengalami kekeliruan fungsi tatabahasa dan tidak tahu bagaimana tatabahasa
Thesis complete
Thesis complete
Thesis complete
Thesis complete
Thesis complete
Thesis complete
Thesis complete
Thesis complete
Thesis complete

More Related Content

What's hot

teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuKelvin WC
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)aisya97
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Najwa Ahmad
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASAZakira Hafizah
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfMaizatul Mansor
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmMuhammad Syahir
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayakkhairul azlan taib
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatifNadwah Khalid
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 

What's hot (20)

teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
 
SISTEM TULISAN JAWI
SISTEM TULISAN JAWI SISTEM TULISAN JAWI
SISTEM TULISAN JAWI
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Perkamusan
PerkamusanPerkamusan
Perkamusan
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatif
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 

Similar to Thesis complete

Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanzulyanei
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANRthi Ban
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantarkrys73
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...IPGM Kampus Kota Bharu
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarSYAZWANI IBRAHIM
 
5. Language of Instruction
5.	Language of Instruction5.	Language of Instruction
5. Language of Instructionmohdfidaiy
 
5. language of instruction
5. language of instruction5. language of instruction
5. language of instructionNgan Jiaing
 

Similar to Thesis complete (20)

Kertas cadanga
Kertas cadangaKertas cadanga
Kertas cadanga
 
Journal article kualitative
Journal article kualitativeJournal article kualitative
Journal article kualitative
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. bahasa
5. bahasa5. bahasa
5. bahasa
 
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 
Laporan t1 a3
Laporan t1 a3Laporan t1 a3
Laporan t1 a3
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
5. Language of Instruction
5.	Language of Instruction5.	Language of Instruction
5. Language of Instruction
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. language of instruction
5. language of instruction5. language of instruction
5. language of instruction
 
Pengauditan bahasa
Pengauditan bahasaPengauditan bahasa
Pengauditan bahasa
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Thesis complete

  • 1. 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Sebagai sebuah negara, Malaysia mempunyai perlembagaan dan kedaulatannya sendiri. Menurut perlembagaan Malaysia, Perkara 152 (1) telah menetapkan bahawa “bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah Bahasa Melayu”. Walaupun di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa penghantarnya, murid – murid wajib mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bahasa Tamil menjadi bahasa penghantarnya (Akta Pelajaran, 1961). Kesilapan merupakan bidang linguistik terapan dalam bidang pembelajaran dan pengajaran bahasa. Dalam mempelajari sesuatu bahasa yang lain daripada bahasa ibunda , semua pelajar bahasa kedua pasti akan membuat kesilapan. Penyelidikan menunjukkan kesilapan yang dilakukan dalam tempoh belajar ini memang tidak dapat dielakkan dalam pada itu, kita tidak dapat belajar tanpa membuat kesilapan. Kesilapan bahasa merupakan satu perkara yang sering ditempuh oleh murid dalam proses mempelajari atau memperolehi sesuatu bahasa, baik bahasa ibunda atau bahasa kedua. Corder (1973 ) mengatakan semua murid melakukan kesilapan, ini bukan sahaja kepada murid bahasa kedua malah, kita juga akan melakukan kesilapan apabila kita bercakap dalam bahasa ibunda. Lado (1957) mempercayai bahawa proses mempelajari sesuatu bahasa itu tidak lebih dari “transfer of knowledge”, iaitu menukarkan idea dan pengetahuan dalam bahasa asal ke
  • 2. 2 dalam bahasa yang hendak dipelajari itu. Dalam proses pembelajaran, pelajar biasanya membandingkan kedua – dua bahasa itu. Jika terdapat fitur – fitur yang agak serupa, maka pembelajaran akan menjadi lebih mudah. Tetapi jika terdapat perbedaan, maka proses pembelajaran akan menjadi lebih rumit kerana ( mengikut Lado)….. “when learning a foreign language we tend to transfer our entire native language system in the process”. Apabila pertukaran ini berlaku, maka ini menyebabkan satu kepastian kesilapan- kesilapan yang akan timbul tidak dapat dielakkan. KBSR lahir daripada perakuan 2(a) Laporan Kabinet (1979), yang menegaskan kepentingan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) oleh anak – anak kita menerusi pendidikan bercorak asas disekolah rendah (Kementerian Pendidikan, 1981:2). Penegasan sedemikian membawa harapan yang besar kepada sekolah – sekolah rendah Tamil (SJKT) khusus dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Hal ini sedemikian kerana taraf penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid (SJKT) sepanjang tempoh pelaksanaan kurikulum lama sekolah rendah dan kurang memuaskan. Dengan pengenalan KBSR, para pendidik, terutamanya golongan yang terbabit secara langsung dalam pengajaran Bahasa Melayu di SJKT, bersikap optimis bahawa taraf penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah berkenaan dapat ditingkatkan. Kini KBSR berusia 27 tahun. Hasilnya mula diukur sejak tahun 1987 apabila Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), iaitu ujian yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mengukur pencapaian murid pada akhir persekolahan rendah diperkenalkan. Walaubagaimanapun, pencapaian murid SJKT terutamanya dalam ujian kertas bahasa Melayu tidak memuaskan. Kini walaupun pencapaian murid dalam kertas Bahasa Melayu telah
  • 3. 3 meningkat tetapi masih tidak memuaskan. Murid – murid didapati lemah dalam kertas penulisan Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, tindakan sewajarnya perlu diambil untuk mengenal pasti masalah dan kelemahan yang berkaitan dengan bidang penulisan terutama dalam pembinaan ayat dan penulisan karangan. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang berperanan sabagai alat perpaduan bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di negara ini. Perkara 152 dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi rakyat mempunyai kebebasan untuk mempelajari bahasa lain. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah bantuan kerajaan dalam semua peringkat seperti yang disyorkan dalam Laporan Razak 1956. Kajian tentang kesilapan bahasa khususnya kesilapan ayat ini dijalankan dalam kalangan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Subang Jaya. Kajian tentang kesilapan bahasa sangat penting dilakukan agar kekeliruan dan kelemahan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar dapat diatasi oleh guru – guru bahasa dan seterusnya mereka dapat melakukan apa yang perlu untuk meningkatkan prestasi Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Kelemahan yang begitu ketara, dalam penguasaan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar tahun lima lebih merupakan kelemahan dalam penguasaan ayat. Kesilapan
  • 4. 4 yang sering dilakukan oleh pelajar termasuklah dalam aspek kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi, ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pasif dan ayat aktif. Selagi tahap penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar lemah, sudah tentu kesilapan dalam aspek tersebut akan berterusan. Mengikut French (1975) kesilapan bahasa berlaku dalam karangan lisan, tulisan atau kesilapan bahasa ini amat nyata dalam latihan penulisan. Di sekolah guru – guru lebih menumpukan perhatian kepada pemeriksaan kesilapan bahasa murid berbanding dengan menganalisa kesilapan bahasa yang dapat mencari punca – punca kesilapan itu. Dalam kerja menganalisa kesilapan bahasa, matlamatnya ialah untuk mengenal pasti kesilapan, dan mengkategorikannya supaya kerja pemulihan untuk memperbaikinya dapat dijalankan dengan mudah. Kesilapan dalam penggunaan bahasa Melayu kebanyakan merupakan penyimpangan daripada peraturan – peraturan bahasa secara tidak sedar. Murid bahasa Melayu terutamanya murid India yang mengalami peringkat peralihan daripada bahasa ibunda kepada bahasa sasaran ini senang melakukan kesilapan bahasa apabila mereka menggunakan Bahasa Melayu. 1.3 PERNYATAAN MASALAH Banyak kajian telah dilakukan dalam kesilapan tatabahasa karangan bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid. Namun, kebanyakan kajian hanya menumpukan kesilapan tatabahasa dalam kalangan penutur jati. Sebagai contohnya, kajian Analisis Kesalahan Bahasa oleh Nor Asmah (2009), Mohd Shahril (1996), Muhammad Salehuddin (1993) dan Mohd Daud
  • 5. 5 (1992) terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dalam kalangan murid sekolah rendah. Walaupun ramai murid mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, namun kajian terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid India masih kurang dijalankan terutamanya yang memfokuskan Analisis Kesilapan Tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bukan sahaja untuk mengenal pasti dan menganalisis dan kesilapan tatabahasa dalam karangan yang dilakukan oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambanthan atau bahasa kedua, malah untuk mengkategorikan kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu. Seterusnya beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran akan dicadangkan khususnya kepada pengajar – pengajar bahasa di sekolah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para pelajar. Pencapaian murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), dalam ujian kertas bahasa Melayu tidak memuaskan. Kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu begitu ketara dalam kalangan murid India. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid India termasuklah aspek kata imbuhan, kata ganti, kata sendi, kata adjektif, ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya. Selagi tahap penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid lemah, sudah tentu kesilapan dalam aspek tersebut akan berterusan. Mengikut French (1975) kesilapan bahasa berlaku dalam karangan lisan, tulisan atau kesilapan bahasa ini amat nyata dalam latihan penulisan.
  • 6. 6 Di sekolah guru – guru lebih menumpukan perhatian kepada pemeriksaan kesilapan bahasa murid berbanding dengan menganalisis kesilapan bahasa yang dapat mencari punca kesilapan itu. Dalam kerja analisis bahasa, matlamatnya adalah mengenal pasti kesilapan dan mengkategorikannya supaya kerja pemulihan untuk memperbaikinya dapat dijalankan dengan mudah dan teratur. 1.4 PERSOALAN Kajian ini cuba untuk mendapatkan jawapan yang bagi soalan – soalan yang berikut:- i) Apakah jenis kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan? ii) Berapa kerapkah kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan? iii) Apakah kepelbagaian kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan? iv) Adakah latih tubi berkesan mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam kalangan murid dalam karangan? 1.5 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk meninjau sacara dekat dan mendalam tentang kesilapan ayat murid – murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan dalam karangan Bahasa Tamil mereka. Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif – objektif berikut:
  • 7. 7 i. Mengenal pasti kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambanthan, Subang Jaya. ii. Menganalisis kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambanthan, Subang Jaya. iii. Mengkategorikan kesilapan tatabahasa bahasa Melayu dalam karangan yang dilakukan oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambanthan, Subang Jaya. iv. Menghuraikan latih tubi tatabahasa bahasa Melayu bagi mengurangkan kesilapan dalam karangan yang dilakukan oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambanthan, Subang Jaya. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan iaitu: i. Hasil kajian ini akan dapat menjelaskan kepentingan mengenal pasti kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu yang sering dilakukan oleh murid Tahun Lima. Oleh yang demikian, kajian ini akan dapat membantu guru – guru bahasa dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan lebih baik dan berkesan.
  • 8. 8 ii. Kajian ini akan dapat membantu pihak – pihak tertentu di Kementerian Pelajaran, terutama pihak yang terlibat dalam penyusunan bahasa Melayu untuk sekolah rendah. iii. Kajian ini dapat menjadi bahan rujukan kepada para penyelidik yang berminat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Sekolah – Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). iv. Kajian ini dapat menjadi panduan dan memberi maklumat kepada guru – guru yang mengajarkan bahasa Melayu khususnya di Sekolah – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). 1.7 BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah sahaja. Kajian ini dibataskan kepada pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Subang Jaya, Selangor. Pelajar- pelajar yang diambil sebagai sampel dalam kajian ini ialah seramai 30 orang murid India, iaitu 10 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Sampel yang dikaji dalam analisa ini dibataskan kepada pelajar Tahun Lima sahaja. Tahap pencapaian bahasa pelajar tersebut adalah sederhana. Kajian analisis ini lebih bermutu kepada kemahiran penulisan karangan. Sebanyak 30 karangan akan dikaji dalam kajian ini. Jenis – jenis kesalahan yang biasa dilakukan dalam penulisan karangan pelajar dibataskan kepada aspek tatabahasa. Kesalahan tersebut adalah seperti berikut:
  • 9. 9 i Kesilapan Penggunaan Kata Imbuhan ii Kesilapan Penggunaan Kata Ganti iii Kesalahan Penggunaan Kata Sendi iv Kesilapan Penggunaan Kata Adjektif Kesalahan diperingkat ayat dibataskan kepada perkara – perkara seperti berikut: i Kesilapan Penggunaan Ayat tunggal ii Kesilapan Penggunaan Ayat majmuk iii Kesilapan Penggunaan Ayat Aktif iv Kesilapan Penggunaan Ayat Pasif 1.8 DEFINISI OPERASIONAL Kajian ini menggunakan beberapa definisi tentang beberapa kata dan ayat seperti tatabahasa, penguasaan bahasa, karangan, bahasa pertama, bahasa kedua dan latih tubi tatabahasa.
  • 10. 10 1.8.1 TATABAHASA Tatabahasa merupakan bidangan yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi – bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Menurut Abdullah Hassan, dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008). Tatabahasa merupakan susunan perkataan menjadi ayat. Cara perkataan – perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara – cara inilah dikatakan tatabahasa. Bidang tatabahasa mengkaji cara – cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana cara perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat. Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melaluipenggabungan awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi manakala peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis. Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi kepada dua iatu morfologi dan sintaksis.
  • 11. 11 1.8.2 PENGUASAAN BAHASA Dalam Kamus Dewan (2005), perkataan penguasaan bererti perihal menguasai atau penguasaan. Namun dalam konteks kajian ini, penguasaan bahasa ialah kemampuan atau keupayaan murid menggunakan bhasa dengna cekap dan mahir. Kecekapan menggunakan bahasa itu meliputi lima jenis kemahiran, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran berkomunikasi. Dalam kajian ini hanya kemahiran menulis difokuskan iaitu kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu. 1.8.3 KARANGAN Karangan merupakan karya, ciptaan, gubahan dan banyak lagi. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang ditetapkan oleh guru. Dalam konteks bilik darjah, karangan bermaksud penceritaan sesuatu tajuk dalam bentuk ayat secara bertulis atau berperenggan yang dimulakan dengan pengenalan, isi dan diakhiri dengan kesimpulan.
  • 12. 12 Dalam konteks pendidikan formal, menulis karangan ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada murid untuk menyatakan pendapat, idea, ulasan dan komen mereka tentang sesuatu tajuk atau isu yang telah diberikan oleh guru. Manakala, dalam konteks bilik darjah pula, karangan bermaksud penceritaan sesuatu tajuk dalam bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan pengenalan, isi dan kesimpulan. 1.8.4 BAHASA PERTAMA Bahasa yang awal – awal dipelajari dan diperoleh oleh seseorang sejak kanak – kanak ini merupakan bahasa pertama (B1). Seseorang kanak – kanak biasanya memperoleh atau mempelajari bahasa secara berperingkat – peringkat dari masa ianya bayi. Bahasa pertama yang sering disebut sebagai bahasa kandung atau bahasa ibunda. Bahasa yang dikuasai selepas bahasa pertama ialah bahasa kedua atau bahasa asing. Chomsky(2005) berpendapat bahawa bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat. Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa yang singkat. 1.8.5 BAHASA KEDUA Pembahasan mengenai bahasa kedua (B2) tidak terlepas dari pembahasan mengenai bahasa pertama (B1). Bahasa kedua diperoleh setelah penguasaan bahasa pertama.
  • 13. 13 Pemerolehan bahasa kedua berbezaan dengan pemerolehan bahasa pertama. Perbezaan ini terletak dari proses pemerolehannya. Penguasaan B1 melalui proses pemerolehan sedangkan penguasaan B2 melalui proses pembelajaran. Pembelajaran B2 dapat diperoleh melalui pendidikan formal mahupun tidak formal hanya dengan cara sengaja dan sadar. Hal ini berbeza dengan pemerolehan bahasa pertama yang sifatnya alamiah serta dengan cara tidak sengaja dan tidak sadar. Kanak-kanak cenderung lebih mudah menguasai bahasa lain bahkan mengganti bahasa yang sudah dikuasainya dengan bahasa baru. Berbeza dengan orang dewasa atau mereka yang masa kritisnya sudah lewat tidak akan mudah belajar bahasa lain, apalagi mengganti bahasa yang sudah dinuranikannya dengan bahasa lain (Chaer, 2003). Mungkin hal ini yang dimaksud oleh Aitchison sebagai bekal kodrati (innate properties) dalam pemerolehan bahasa. 1.8.6 LATIH TUBI TATABAHASA Tatabahasa yang dimaksudkan ialah yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Tamil sekolah rendah sahaja. Latih tubi yang dimaksudkan pula ialah latihan khas yang hanya untuk mengurangkan kesalahan tatabahasa sahaja.
  • 14. 14 1.9 KESIMPULAN Dalam bab ini pengkaji telah meninjau beberapa kajian yang berkaitan dengan permasalahan yang wujud dalam kalangan murid khususnya dalam penulisan karangan yang berkualiti. Hasil penyelidikan yang akan dijalankan dapat menyingkirkan kesilapan tatabahasa setiap murid semasa mengolah ayat untuk karangan. Melalui dapatan kajian diharap penyelidikan ini menjadi panduan dan motivasi kepada guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil dan kepada murid-murid. Pengkaji sebagai seorang guru yang mengajar bahasa Melayu Tahun 5 yang mempunyai pengalaman bekerja selama sepuluh tahun mendapati pelajar masih lemah dalam penggunaan tatabahasa yang betul dalam penulisan karangan yang bermutu tinggi.
  • 15. 15 BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Pelbagai masalah timbul dalam usaha untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu terutamanya dalam aspek penulisan karangan. Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai melalui pembelajaran. Ini adalah kerana kemahiran yang sukar hanya dapat dikuasai melalui pembelajaran iaitu, kemahiran menulis merangkumi dan menyampaikan idea atau pendapat tentang tajuk dengan menggunakan struktur ayat yang tepat dan tersusun dalam penerangan yang utuh (Juriah Long at.el.1990). Oleh yang demikian, para linguis dan pencipta bahasa telah berusaha mencari jalan penyelesaian dengan membuat banyak penyelidikan supaya dapat mengesan kesilapan dan seterusnya cuba mengurangkan pengaruh bahasa ibunda terhadap penguasaan bahasa Melayu khususnya. Pengaruh bahasa ibunda merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan lemahnya penguasaan kemahiran penulisan oleh para pelajar dalam pembelajaran bahasa kedua. Banyak kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik baik di dalam atau luar negara berkaitan pembelajaran bahasa kedua.
  • 16. 16 2.1 KAJIAN LEPAS OLEH PARA SARJANA Kesedaran terhadap betapa pentingnya kajian analisis kesalahan sebagai suatu straegi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa telah muncul secara serius sejak tahun 1960-an, khususnya setelah Corder (1967) menulis sebuah makalah yang berjudul “The Significance of Learner’s Corder’s Error’. Walaubagaimanapun, sebelum guru – guru menggunakannya untuk mendapatkan maklumat tentang penguasaan bahasa murid-murid untuk mengetahui keberkesanan proses pegajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Namun begitu, penganalisisan tersebut, bidang kajian kesilapan ini terus berkembang dan menarik minat para pengkaji bahasa. Pengkaji-pengkaji yang banyak mengkaji dan memperkatakan tentang analisis kesilapan ialah Bebaut (1974), Bhatia (1974),Corde (1973, 1977 dan 1981), George (1972) dan Sharma (1981). Menurut Corder (1967) kesilapan bahasa adalah ujaran-ujaran yang menyimpang daripada bentuk yang dituturkan oleh penutur jati “refer to those features of the learners utterances which differ from those of any native speaker” Corder (1967). Kesilapan dalam bahasa merupakan perkara biasa dalam proses pembelajaran bahasa bagi murid-murid sekolah dan juga kepada mereka yang mempelajari bahasa. Terdapat ramai tokoh-tokoh dan pengkaji bahasa yang telah membuat kajian mengenai kesilapan bahasa yang dilakukan oleh murid-murid sekolah dan juga oleh pengguna bahasa umumnya.
  • 17. 17 Ahli-ahli bahasa berpendapat bahawa kesilapan yang dilakukan oleh murid itu merupakan ‘part and parcel’ dalam proses pembelajaran bahasa. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka bukan sahaja dalam bahasa ibunda sendiri tetapi juga dalam mempelajari bahasa kedua. Kajian yang berkaitan dengan kesalahan bahasa juga dikenali sebagai ‘error analysis’ iaitu kajian yang melibatkan analisis kekerapan kesilapan bahasa terutamanya dalam aspek tertentu. Sharma (1981) telah membahagikan kesilapan bahasa tersebut kepada tiga bentuk: a. Kesilapan yang selalu disebut ‘error’ atau ‘lapse’ dalam bahasa Inggeris. Kesalahan jenis ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya, ‘extralinguistic’ yang melibatkan faktor lupaan, gangguan emosi, kelalaian dan juga kurangnya latihan. b. Kesilapan yang disediakan oleh adanya kelainan-kelainan dalam penggunaan sesuatu bahasa sama ada penggunaan bahasa aspek-aspek ‘kata’ atau penggunaan aspek ayat. c. Kesilapan yang berkait dengan faktor-faktor sosiolinguistik seperti penggunaan laras bahasa (language register) dan penggunaan dialek. George (1972) terdapat dua kategori kesilapan bahasa yang ketara dapat dikesan iaitu tanggapan yang berlebihan ‘the perception of redundancy’ dan gangguan. Terdapat juga kesilapan yang bersifat ‘redundant’ yang bukan sahaja berlaku dalam kalangan penutur bahasa kedua tetapi berlaku juga dalam kalangan penutur natif dan bahasa pertama.
  • 18. 18 Salinker (1972) memberikan pendapat bahawa kesilapan yang berlaku itu mungkin berpunca daripada gangguan bahasa ibunda penutur itu sendiri. Perkara yang sama berlaku dalam proses pembelajaran serta strategi penguasaan bahasa dalam kalangan murid atau penutur bahasa itu sendiri. Kellog W. Hunt (1964) berpendapat bahawa setiap kesilapan yang dilakukan oleh pelajar mesti ditunjukkannya dengan jelas supaya dapat disedari oleh pelajar berkenaan. Apa yang menjadi masalah ialah setiap kesilapan yang dikesan oleh guru tidak dapat diberi penjelasan yang sewajarnya menyebabkan ada dalam kalangan pelajar yang keliru terhadap topik pengajaran yang diajar. Kesilapan tatabahasa tidak harus dipandang remeh oleh para pengguna bahasa. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1994), sekiranya kesilapan seperti ini dilakukan secara berterusan maka akan timbul suatu keadaan yang menyebabkan penggunaan bahasa yang salah sebagai suatu kebiasaan. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), menyatakan bahawa ramai guru beranggapan bahawa aspek pengajaran tatabahasa ialah suatu aspek bahasa yang kurang penting dan tidak perlu diberi penekanan yang terperinci dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ramai dalam kalangan guru menganggap bahawa pengajaran tatabahasa boleh diajar secara tidak langsung dalam kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Awang Mohamad Amin (1992), menyatakan bahawa terdapat banyak kajian mengenai tatabahasa bahasa Melayu yang dijadikan sebagai asas pengukuran terhadap betul atau salahnya aspek umum penggunaan bahasa Melayu, khususnya pada peringkat kata dan ayat.
  • 19. 19 Misalnya, kajian yang dilakukan oleh Abdullah Hassan (1974) yang mengkhusus bidang morfologi bahasa Melayu; Nik Safiah Karim (1978) yang mengkaji mengenai sintaksis bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan tatabahasa transformasi generatif. Suhre (1923) telah membuat kajian terhadap karangan yang ditulis oleh pelajar-pelajar gred tiga dan gred enam di sekolah-sekolah New Orleans. Setelah dibuat perbandingan didapati bahawa pelajar lelaki lebih banyak membuat kesilapan daripada pelajar perempuan. Jenis kesilapan yang dilakukan oleh pelajar adalah dalam bentuk ayat atau sintaksis. Analisis kesilapan bahasa dapat dijadikan panduan tentang tingkat penguasaan seseorang pelajar. Beliau menyatakan bahawa terdapat tiga proses utama yang menjadi punca- punca berlakunya kesalahan tersebut. i. Murid tidak tahu atau keliru megenai makna perkataan lalu menyebabkan melakukan kesilapan dan pemilihan perkataan. ii. Penggunaan bentuk dan struktur bahasa yang tidak betul atau salah. iii. Murid menggunakan logik dan fikiran dan menentukan perkataan atau bentuk untuk memutuskan sesuatu yang menjadi kekeliruan akibat pengaruh bahasa ibunda. Slotrik dan Rogers (1973) telah melakukan kajian ke atas 2078 orang pelajar di Amerika Syarikat. Pelajar tersebut telah diberikan latihan karangan yang panjangnya lebih
  • 20. 20 kurang 200 hingga 250 patah perkataan. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa ramai pelajar yang tidak dapat menguasai ejaan sepenuhnya. Kajian itu menunjukkan peratusan kesilapan yang tinggi dalam pembinaan ayat. Keller (1978) telah mengkaji tentang pengaruh bahasa ibunda dalam mempelajari bahasa kedua. Kumpulan murid yang sama dijadikan sebagai subjek kajian. Menurut dapatan Keller, pemindahan seluruh struktur bahasa pertama ke dalam bahasa kedua tidak berlaku. Sebaliknya persepsi murid tentang bahasa kedua yang dipelajarinya akan menentukan kekerapan mereka menggunakan bahasa kedua itu. Dengan kata lain persepsi murid tentang aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa ibundalah yang memepengaruhi unsur – unsur bahasa kedua. Unsur – unsur linguistik diaplikasikan oleh murid – murid dalam bentuk percampuran kod dan pertukaran kod. Ringbom (1976) telah mengkaji tentang pengaruh bahasa ibunda dalam proses mempelajari bahasa kedua. Kumpulan murid berbangsa Swedish dan Finnish dijadikan sebagai subjek kajian. Dua kumpulan murid tersebut mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pada akhir kajian, beliau mendapati murid – murid Finnish kurang dipengaruhi pemindahan bahasa ibunda berbanding murid – murid Swedish. Murid – murid Swedish hidup dalam masyarakat yang menggunakan bahasa Sweden sebagai bahasa harian, manakala murid –murid Finnish hidup dalam masyarakat multilingual. Ringbom menghubungkan dapatannya
  • 21. 21 dengan faktor persekitaran bahasa–bahasa berkenaan. Beliau merumuskan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kedua. Persekitaran bahasa memang memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa kedua seseorang murid. Keadaan demikian dialami juga oleh murid – murid India. Persekitaran bahasa murid – murid tersebut masih didominasi oleh bahasa Tamil. Bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa harian terutamanya apabila berkomunikasi dengan individu atau kelompok daripada suku yang sama. Keamatan penggunaan bahasa ibunda ini tidak hanya berlaku di luar sekolah. Pada masa pelajaran Bahasa Melayu sedang diajar oleh guru, penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa ( Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981). Hal demikian terjadi kerana persepsi mereka tentang linguistik bahasa Tamil telah mantap dalam sistem kognitif mereka. Persepsi murid tentang aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa ibunda mempengaruhi unsur – unsur linguistik dalam bahasa kedua (Kellerman, 1978;Thomson dan Kuafman, 1990). Akibat daripadanya, apabila murid – murid mengunakan bahasa Melayu akan berlaku kesilapan ke atas kosa kata bahasa Melayu tersebut (Alias Shamsudin 1969; Abdul Hamid Mahmood, 1990). Daripada kajian Abdul Hamid Mahmud (1990), terdapat contoh kesilapan kosa kata bahasa Melayu yang dilakukan murid – murid daripada pelbagai bangsa di Malaysia. Beberapa kesalahan daripada contoh tersebut serupa dengan kesalahan yang sering dilakukan oleh murid – murid India. Misalnya, kata /dadah/ menjadi /dada/, kata
  • 22. 22 /besar/menjadi/busar/dan /seluar/menjadi /silvaaru/. Kesalahan perkataan – perkataan bagi contoh yang diberi itu terjadi kerana murid – murid India selaku penutur – penutur natif bahasa Tamil tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang wacana medan makna bahasa Melayu (Jamaliah Mohd. Ali, 1990). Sikap merasa bangga terhadap bahasa ibunda akan menjejaskan penguasaan bahasa sasar jika sampai bahasa sasar diabaikan (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981;Abdul Hamid Mahmood, 1990). Murid – murid India sendiri merasa bangga dengan bahasa ibundanya. Oleh itu, mereka mempelajari bahasa Melayu kerana didorong oleh motivasi intergratif dan instrumental. Di sini tentulah trerdapat jurang perbezaan penguasaan bahasa Melayu antara murid – murid India dengan murid – murid Melayu. Terdapat pelbagai jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pengguna bahasa terutamanya para pelajar. Richards (1973) menyatakan bahawa kesilapan yang sering dilakukan oleh para pelajar boleh dibahagikan kepada 3 bahagian atau kategori; faktor pertama ialah kesilapan – kesilapan antara bahasa (interlingual errors). Terjadinya kesilapan ini adalah disebabkan oleh adanya gangguan daripada bahasa ibunda. Faktor kedua ialah kesilapan – kesilapan perkembangan ( development errors) dan faktor ketiga ialah kesilapan – kesilapan dalam bahasa sendiri iaitu (intralingual errors). Kesilapan pada peringkat kedua dan ketiga, berlaku akibat daripada berlakunya proses generalisasi yang melampau dalam bahasa sasaran, juga kejahilan pengguna mengenai hukum-
  • 23. 23 hukum atau peraturan tatabahasa. Begitu juga dengan penguasaan bahasa yang tidak sempurna serta membuat andaian – andaian yang salah terhadap konsep bahasa. George (1972) juga telah membahagikan kesilapan – kesilapan bahasa kepada dua bahagian utama yang diakibatkan oleh tanggapan berulang dan gangguan. Beliau mengkategorikan kesalahan bahasa yang bercirikan pengguguran. Beliau menggunakan faktor gangguan untuk mencakupi pengaruh unsur – unsur bahasa kedua yang telah diperoleh oleh mereka sebelumnya. Corder (1981) pula menyifatkan bentuk bahasa yang salah dihasilkan oleh para pelajar sebagai kesilapan kemampuan dan kesilapan penampilan. Namun kesalahan-kesalahan yang berlaku berulang – ulang dan sistematik dianggap sebagai ‘breaches of the code’ yang seterusnya membayangkan kemampuan dan perolehan oleh pelajar tersebut. Corder (1973), mengistilahkan setengah-setengah kesilapan bahasa yang dilakukan oleh penutur jati bukan kerana si penutur tidak mengetahui dan memahami peraturan-peraturan bahasa ibunda. Ini adalah kerana sifat bahasa itu sendiri yang membenarkan wujudnya bentuk mengelirukan sehingga boleh membuka ruang kepada penutur melakukan kesilapan seandainya tidak berhati- hati. Corder (1973) juga mengkategorikan empat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar iaitu pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak tepat, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Walau bagaimanapun,
  • 24. 24 menurut Corder, kategori-kategori tersebut belum mencukupi untuk menjelaskan kesalahan, lalu beliau menyertakan kesalahan bagi peringkat-peringkat linguistik seperti morfologi, sintaksis dan leksikon. Kesalahan boleh terdiri daripada pelbagai magnitude termasuklah kesalahan fonem, morfem, kata, ayat, malah perenggan (Erdogan, 2005). Berdasarkan Brown (2000) dan Richards (1992), kesalahan bahasa wujud disebabkan perbezaan-perbezaan antara bahasa asal dengan bahasa sasaran pelajar, generalisasi melampau anggapan yang salah dan sebab-sebab lain. Menurut Maicusi et.al. (2000), kesilapan bahasa berpunca daripada faktor psikolinguistik, sosiolinguistik dan epistemik. Money (2004), murid-murid India Sekolah Menengah telah mempelajari bahasa Melayu sekurang – kurangnya 10 tahun secara formal tetapi pengaruh bahasa ibunda masih terdapat dalam penulisan mereka. Azman dan Goh (2010) menunjukkan bahawa masalah utama yang menjadi kesukaran pelajar mempelajari bahasa Arab adalah kerana nahu bahasa Arab. Apabila membincangkan gangguan bahasa Arab standard dan sesetengahnya pula berpunca daripada bahasa Arab pasar (Absamra,2003). Walaupun dapatan kajian Abisamra (2003) mendapati pelajar melakukan kesalahan disebabkan gangguan bahas aibunda, namun kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh murid ialah intralingual.
  • 25. 25 Cheunet.ai (2009) yang mendapati bahawa gangguan bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyebabkan murid melakukan kesilapan dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Mandarin. Menurut beliau lagi, kekurangan latihan tatabahasa, kurang pendedahan kepada alam persekitaran bahasa, peruntukan masa, kekeliruan maksud dan sikap cuai murid turut merupakan faktor penyumbang. Kajian Goh dan Ng (2004)mendapati bahawa sikap merupakan faktor terpenting terhadap kegagalan atau kejayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa asing. Marzalina (2004) dalam kajiannya menjelaskan bahawa pelajar tidak menguasai bahasa Melayu kerana mereka mempunyai sikap seperti gemar bercakap semasa pensyarah mengajar dan tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran bahasa. Bahasa Melayu sukar untuk dikuasai sebagai bahasa asing jika pelajar tidak berminat, tiada kemahuan dan motivasi (Jyh,2005). Cheunet.ai. (2009) dalam kajiannya mendapati bahawa kekurangan masa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak menguasai bahasa Mandarin. Awang Sariyan (1984) dan Nik Safiah Karim (1986) berpendapat bahawa kesilapan bahasa adalah berkait rapat dengan penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem tatabahasa atau peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pemilihan kata atau susunan frasa dan juga sintaksis.
  • 26. 26 Asmah Haji Omar (1983) telah menyuarakan pandangan dan pendapat beliau yang berbeza tetapi cukup bermakna,’Kesilapan bahasa itu tidak dianggap sebagai pencemaran kerana kesilapan merupakan penyimpangan yang tidak disengajakan daripada peraturan- peraturan bahasa. Kesilapan boleh diperbaiki secara mendidik dan bukan ditakutkan. Alias Shamsuddin ( 1989 ) telah membuat penyelidikan dengan menganalisis 797 buah karangan yang ditulis oleh pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Inggeris dan Cina di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Seremban dan Melaka. Beliau membuat analisis dari segi nahu dan perbendaharaan kata. Beliau menjumpai 88% daripada 1705 kesilapan merupakan kesilapan nahu. Beliau menyimpulkan punca utama kesilapan ialah gangguan bahasa ibunda, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan dan kerana kekeliruan analogi bentuk – bentuk yang telah mereka pelajari. Chen (1977) telah mencatatkan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar-pelajarnya dalam latihan penulisan karangan semenjak 1941. Beliau mendapati pelajar-pelajarnya membuat kesilapan dalam penggunaan artikel (kata sandang dan ungkapan). Bhatia (1974) telah membuat analisis untuk merancang strategi pengajaran pemulihan. Contoh beliau terdiri daripada penuntut – penuntut universiti. Analisis kesilapan beliau berdasarkan karangan yang ditulis oleh penuntut – penuntut itu. Hasil analisis beliau menunjukkan bahawa kekerapan kesilapan yang paling tinggi ialah bentuk kata kerja dan ‘tense’ serta penggunaan artikel.
  • 27. 27 Mohamed Nawawi (1994), mengkaji kesilapan dalam Bahasa Melayu yang dilakukan oleh 220 orang pelajar Menengah Dua di Singapura berdasarkan keturunan, aliran dan pencapaian dalam peperiksaan tamat Sekolah Rendah (PSLE). Sampel telah diuji dalam aspek tatabahasa dan karangan. Dapatan kajian menunjukkan imbuhan merupakan kesilapan yang kerap dilakukan oleh sampel. Ini diikuti dengan kesilapan ejaan. Menurut Awang Sariyan (1979) menegaskan bahawa punca kemerosotan dan kesilapan bahasa antaranya ialah faktor gangguan dialek dan pengaruh bahasa kedua (Arpan Shahbudin Latip: 1998). Kajian-kajian lain dalam pembelajaran bahasa kedua menunjukkan bahawa pelajar bahasa kedua melakukan kesilapan morfologi (Ellis, 1997), kesalahan kata kerja (Hashim,2009), kesalahan kata sendi nama (Habash, 1982), kesalahan frasa (Ab. Halim, 2002), kesalahan frasa nama (Soh, 1996) dan kesalahan sintaksis (Lee,2007;Abisamra,2003;Saw,1997 & Ellis;1997). Kajian tentang pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan penutur jati yang dijalankan oleh Muhammed Salehudin (1993) mendapati sebanyak 2,402 kesalahan tatabahasa dilakukan oleh pelajar. Kesalahan dalam aspek kata berjumlah 1,946 yakni 81.0% manakala dalam aspek ayat pula, jumlah kesalahan ialah 456 atau 19.0%. Ahmad Shahril (1996) pula mendapati pelajar bahasa pertama melakukan kesalahan dari aspek perkataan, frasa dan ayat. Dapatan beliau membuktikan bahawa kesalahan aspek perkataan yang paling banyak dilakukan
  • 28. 28 oleh pelajar, diikuti kesalahan aspek frasa dan ayat. Menurut Md. Daud (1992) dalam kajiannya terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Brunei, didapati sebanyak 1,237 kesalahan ayat, 1,332 kesalahan kata dan 607 kesalahan ejaan dilakukan oleh pelajar. Berdasarkan sorotan literatur di Malaysia dan di Luar Negara, dapat dirumuskan bahawa kesilapan banyak berlaku dari aspek tatabahasa, wacana dan sosiolinguistik. Ramai penyelidik telah menjalankan kajian analisis kesilapan tatabahasa dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau bahasa asing. Boontharai (1968), Alias Shamsuddin (1969), Ho Wah Kam (1973),Seet (1977), Lam Sun Lin (1981), Tunku Mohani (1983) dan Thiam Chew (1984) telah membuat kajian – kajian pendek mengenai analisis kesilapan tatabahasa . Kajian – kajian itu tidak melibatkan kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid – murid dalam 20 kertas ujian, surat khabar dan majalah mingguan dan bulanan. Bennet (1974) menganggap bahawa kesilapan yang dilakukan oleh pelajar bahasa merupakan data untuk tatabahasa bagi semua bahasa yang dianggap tiada pertalian linguistik jika itu adalah sistematik dalam definisi tatabahasanya sendiri ia merupakan satu kesilapan atau tidak bertatabahasa dalam bahasa dominant yang dikuasai oleh seseorang itu.
  • 29. 29 Irulappan (1980) pula hanya menganalisiskan kesilapan struktur ayat yang dilakukan oleh 30 orang pelajar. Nadaraja Pillai dan Vimala (1981) mengumpulkan kesilapan yang dilakukan oleh guru sekolah menengah yang mempunyai berbagai – bagai Bahasa India sebagai bahasa ibunda dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan menganalisis kesilapan – kesilapan itu. Di Singapura Ramiah (1987 dan 1989), Muthiah (1987) dan Govindasamy (1988) membuat kajian mengenai analisis kesilapan tatabahasa. Ramiah (1987) dalam kajiannya telah meninjau kesukaran – kesukaran bahasa yang dihadapi oleh pelajar India menengah empat dalam karangan mereka. Pada tahun 1989, Ramiah telah mejalankan satu lagi kajian untuk menunjukkan analisis kesilapan tatabahasa. Arpan Shahbudin Latip (1998) pula menegaskan bahawa kesilapan atau dalam penggunaan bahasa Melayu bukanlah disebabkan pelajar yang tidak cekap atau tidak berpengetahuan dalam bahasanya. Menurut kata-kata Corder yang menganggap kesilapan juga biasanya berpunca daripada tindakan penutur yang melakukan penukaran, pengalihan atau penghilangan sesuatu bahagian ujaran seperti sesuatu bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata sehingga ayat-ayat yang dibentuk mengandung kesilapan (Corder, 1973). Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa pendapat yang dikemukan oleh Corder bersesuaian dengan pandangan Ray (1963), Nik Safiah Karim (1986), Awang Sariyan (1984) dan Baskaran (1984) yang menegaskan kesilapan bahasa berlaku dengan adanya penggunaan aspek-aspek bahasa yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku.
  • 30. 30 Abd. Hamid Mahmood (1997) menyatakan bahawa penyelidikan terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan keduanya dari segi perkataan itu disusun menjadi ayat. Arpan Shahbudin (1998) pula menegaskan tatabahasa merupakan satu teori bahasa yang menghuraikan dengan lengkap hingga ke peringkat penghuraian yang begitu jelas tentang kebolehan intrinsik penutur bahasa itu sendiri. Menganalisis kesilapan bahasa bermaksud satu kajian yang dilakukan untuk menganalisis kesilapan tatabahasa yang terdapat dalam karangan bahasa Melayu. Bidang kajian ini mula berkembang setelah timbulnya kesedaran tentang kepentingan tatabahasa dalam berbahasa dan juga kesilapan bahasa yang dilakukan (Raminah: 1982). Menurut Lutfi Abas (1987), beliau mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh terjadi oleh faktor-faktor kajahilan, gangguan psikologi, falsafah bahasa, takrif bahasa Malaysia, takrif bahasa baku, takrif nahu, teori himpunan, pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa asing. Selain itu, kesilapan juga boleh berlaku disebabkan faktor gangguan daripada bahasa ibunda (Juriah, 1994). Di samping itu, Koh Boon Boon dan Nik Safiah Karim (1989) pula menjelaskan bahawa tatabahasa adalah satu cara yang jelas untuk memisahkan struktur tidak gramatis dan gramatisnya sesuatu ayat. Kegramatisan ayat ini bukan sahaja diukur dengan kebolehan menaakul bahkan wujud teori pemerolehan bahasa yang dapat dikaitkan dengan penguasaan tatabahasa seseorang. Secara tidak langsung, kebolehan serta tahap penguasaan bahasa seseorang individu boleh dikaitkan dengan teori pemerolehan bahasa.
  • 31. 31 2.3 HUBUNGAN ANTARA SOROTAN KAJIAN DAN KAJIAN INI Tatabahasa merupakan suatu aspek yang paling penting dalam bahasa Melayu dan ia merupakan perkara asas bagi pembentukan bahasa. Hal ini dijadikan sebagai suatu dasar yang penting dalam sesuatu masyarakat terutamanya dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Bidang ini perlu dikuasai oleh setiap murid bagi membolehkannya menguasai bahasa yang dipelajari dengan lebih cekap dan berkesan. Dalam bidang penulisan, tatabahasa amat penting kerana tatabahasa mempunyai sistem, peraturan dan undang-undang yang perlu diketahui oleh setiap murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, guru seharusnya mempunyai objektif dan matlamat yang tersendiri dalam mencapai tahap penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajarnya. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), menyatakan bahawa terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai oleh guru dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bidang tatabahasa. Antaranya ialah: 1. Para pelajar dapat mengenal aspek morfologi dan sintaksis dengan mudah. 2. Pelajar dapat menggunakan aspek morfologi dan sintaksis dalam aktiviti lisan dan penulisan dengan betul. 3. Kemahiran tatabahasa akan memudahkan para pelajar mengikuti pelajaran bahasa yang lain, misalnya karangan, membaca dan memahamkan karangan. 4. Para pelajar akan dapat menulis karangan dan penulisan yang kreatif dalam bahasa yang
  • 32. 32 tepat dan betul. Siti Hajar Abdul Aziz (1996) menyatakan bahawa perkataan tatabahasa dapat diertikan sebagai peraturan-peraturan yang membolehkan perkataan-perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat- ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah salah satu cabang bidang linguistik, yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Sebelum memulakan pelajaran formal di sekolah, murid – murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil sudah fasih dalam pertuturan Bahasa Tamil. Mereka mula sedar bahawa bacaan dan penulisan Bahasa Melayu adalah sangat berbeza daripada Bahasa Tamil setelah mereka diajar secara formal di sekolah. Karunakaran (1978) mengatakan ini kerana: “It is a diaglossic language in whch there exist two varieties, namely the literary variety and the spoken variety which are differentiated structurally as well as functionally.” Pendapat beliau dikongsi oleh Devanesan (1955), Caldwell (1956), Meenakshisudaram (1965), Rama Suppiah (1966), Sethu Pillai (1974), Meenakshisundaram (1974), Andronov (1975), Annamalai (1975) dan Yesudhasan (1976). Kesemua pengkaji pengkaji ini berpendapat bahawa pertuturan Bahasa Melayu berbeza dari bacaan dan penulisan Bahasa Melayu dari segi fonetik dan struktur sehingga dilihat sebagai bahasa yang berlainan. Banyak perkataan dibaca dan ditulis dengan salah dalam bacaan dan penulisan.
  • 33. 33 Berdasarkan idea-idea tersebut, pengkaji cuba mengaitkan tentang kesalahan bahasa dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tempatan yang berkaitan dengan kesalahan tatabahasa karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Subang Jaya. Justeru itu, pengkaji berpendapat bahawa apabila mengaitkan aktiviti menulis, aspek yang harus dipentingkan ialah ketepatan bahasa, dalam sistem tatabahasa yang betul dalam penulisan karangan. Ini amat penting bagi membolehkan seseorang murid untuk memahami serta mengetahui peraturan dan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat dalam penulisan karangan. Dalam kajian tentang teori yang berkaitan, pengkaji cuba mengupas Teori Corder (1981) kesilapan juga akan berguna kepada pelajar atau masyarakat untuk memahami dengan lebih mendalam situasi bahasa tersebut (Arpan Shahbudin Latip: 1998). Ini kerana, kesilapan atau kesalahan yang berlaku boleh memberi kesedaran kepada seseorang individu bahawa bahasa Melayu sentiasa mengalami proses perkembangan dan perubahan dan sewajarnya seluruh masyarakat perlu peka dengan perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam sejarah perkembangannya. Dalam kajian tentang teori yang berkaitan, pengkaji cuba mengupas teori tatabahasa dan teori analisis kesilapan dalam berbahasa (error analysis). Dalam bahasa Melayu tatabahasa adalah peraturanpenggabungan kata yang harus dipatuhi oleh setiap murid dalam penulisan karangan (Suprapto, 2003). Analisis kesilapan tatabahasa dalam pengajaran hendaklah lebih difokuskan supaya dapat meminimakan kesilapan tatabahasa murid.
  • 34. 34 2.4 KESIMPULAN Melalui kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, di luar dan di dalam negara menggunakan pendekatan analisis yang hampir sama. Kesilapan umum yang dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan adalah hampir sama iaitu aspek kesilapan tatabahasa (morfologi dan sintaksis). Kesilapan tatabahasa yang dari segi ejaan, tatabahasa, morfologi dan sintaksis. Pelbagai persepsi diberikan berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah kesalahan bahasa ini. Namun begitu, sungguhpun pelbagai kajian berkaitan bahasa Melayu telah dilakukan tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat banyak kesilapan dalam penulisan karangan bahasa Melayu oleh murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Sesungguhnya, semua kajian yang telah ditinjau sama ada bahasa Melayu, bahasa asing dan sebagainya amat berguna untuk kajian ini. Sebagai rangka teori mengenal pasti, menganalisis dan mengkategorikan kesilapan tatabahasa karangan bahasa Melayu oleh sampel kajian ini
  • 35. 35 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Bab ini menerang dan membincang mengenai perkara yang berkaitan dengan kaedah dan cara penyelidikan dijalankan. Berdasarkan tajuk dan objektif kajian,terdapat pelbagai kaedah atau cara yang dikenalpasti boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu kajian. Oleh itu, beberapa aspek perancangan yang teliti diperlukandalam melicinkan proses perolehan data, mengenal pasti, menganalisis dan mengkategori kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu. Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan perkara-perkara yang berhubung dengan rekabentuk kajian, kerangka konseptual, teori analisis kesilapan,tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrument/ alatan kajianyang digunakan, tatacara kajian, penganalisaan data dan kajian rintis 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Dalam sesuatu kajian reka bentuk penyelidikan merupakan satu bentuk tinjauan yang bertujuan mengenal pasti dengan lebih dekat dan terperinci mengenai tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Subang Jaya dengan memfokuskan kepada aspek kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan.
  • 36. 36 Dengan menggunakan kaedah ini, kekerapan kesalahan serta jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan dapat dikenal pasti. Selain itu, kajian ini akan dapat mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang jenis dan kekerapan (jumlah) kesalahan bahasa dalam penulisan karangan. Dalam pemilihan sampel, penyelidik menggunakan kaedah “intact grouping” (Tsai dan Phol, 1977). Melalui kaedah ini, keseluruhan anggota populasi kajian telah diambil sebagai sampel kajian. Oleh itu, sampel kajian ini terdiri daripada murid India Tahun Lima yang berjumlah 30 orang 10 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Semua pelajar yang dkaji adalah dari Tahun Lima yang akan mengambil peperiksaan UPSR kelak. Dengan itu, suatu tahap penguasaan bahasa dapat dilihat secara keseluruhan dalam penulisan karangan mereka. Kajian ini amat penting kepada pelajar dan juga kepada guru dalam mengenal pasti, menganalsis, mengkategori serta mengambil langkah – langkah yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahan mereka dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Data – data tersebut diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik, borang pemerhatian, rekod dari ujian pos. Data kuantitatif pula diproses untuk mendapatkan peratusan murid – murid yang boleh menggunakan sistem tatabahasa dengan tepat dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Data kualitatif diperoleh melalui kaedah pemerhatian terhadap murid. Data daripada pemerhatian ini pula akan membantu dan sebagai data sokongan dalam kajian ini.
  • 37. 37 Jadual 1: Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan Jadual 1 menunjukkan penglibatkan dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen didedahkan kepada beberapa latihan latih tubi tatabahasa dalam penulisan karangan. Sementara kumpulan kawalan akan mengikuti kaedah tradisional. Ujian pra diberikan kepada semua sampel untuk melihat kemampuan mereka dalam menghasilkan sebuah penulisan karangan sebelum kaedah rawatan diberikan kepada kumpulan eksperimen. Selepas tamat tempoh pengajaran kepada kumpulan rawatan, satu ujian pos akan dijalankan bagi kedua – dua kumpulan tersebut 3.3 TEORI ANALISIS KESILAPAN Teori kesilapan atau mistake merupakan teknik untuk mengukur kemajuan belajar bahasa dengan mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh seseorang atau kelompok, Harimurti, Kridalaksana (1983). Ujian Pra KUMPULAN EKSPERIMEN Dengan rawatan latihan penulisan karangan dan tanda baca. Ujian Pos Ujan Pra KUMPULAN KAWALAN (kaedah tradisional) Ujian Pos
  • 38. 38 Menurut Corder, (1981), analisis kesilapan juga dapat memberikan maklumat tentang daerah-daerah dan punca-punca kesulitan pelajar yang perlu diberikan tumpuan dan daripadanya dapat dicadangkan langkah-langkah pembaikannya. Corder, (1981) mendefinisikan kesilapan bahasa (mistake) sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yagn menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Juriah dan kawan-kawan (1994). Kesilapan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan dan istilah. Pit Corder (1969) juga melihat kesilapan pelajar bahasa sasaran sebagai strategi pembelajaran dan komunikasi. Kesilapan itu dikatakan sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam pembelajaran dan bukan sebagai kesalahan atau sesuatu unsur negatif. Kewujudan Pit Corder (1969) dengan tulisannya “The Significance of Learner Errors” menandakan kemunculan suatu disiplin baru dalam Linguistik Gunaan, iaitu analisis kesilapan. Ahli – ahli linguistik pada masa itu telah mengalihkan tumpuan daripada bahasa ibunda kepada
  • 39. 39 bahasa sasaran untuk mencari punca-punca berlakunya kesilapan. Pengalihan tumpuan ini adalah disebabkan oleh tiga faktor yang berikut: i. Kelemahan-kelemahan Analisis Kontrastif. ii. Pengaruh “The Chomsikian View of Language”. iii. Reaksi Terhadap Psikologi Behaviourisme. Mengikut Bell (1981) kesilapan bahasa dimaksudkan kepada bentuk pertuturan yang menyalahi tatabahasa atau struktur sesuatu bahasa dan kesalahan ini timbul akibat daripada ketidaksempurnaan penguasaan penutur terhadap sistem bahasa itu. Kesilapan bahasa juga merujuk kepada bentuk-bentuk kelemahan pelaksanaan dan berlaku secara kebetulan atau tidak sengaja (Dulay et ai.1982 dan Hammersly, 1982)
  • 40. 40 3.4 KERANGKA KONSEPTUAL TAJUK: KESILAPAN TATABAHASA DALAM KARANGAN BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL. TEORI PRINSIP ASAS: TEORI ANALISIS KESILAPAN CORDER (1967) OBJEKTIF: i. Mengenal pasti kesilapan penggunaan tatabahasa bahasa Melayu dalam karangan murid Tahun Lima di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. ii. Menganalisis punca-punca kesilapan tatabahasa bahasa Melayu dalam karangan murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. iii. Mengkategorikan kesilapan tatabahasa bahasa Melayu dalam karangan yang dilakukan oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. iv. Menghuraikan latih tubi tatabahasa bahasa Melayu bagi mengurangkan kesilapan dalam karangan yang dilakukan oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. KAEDAH KAJIAN: KEPUSTAKAAN UJIAN BERTULIS SOAL SELIDIK POPULASI DAN PERSAMPELAN: POPULASI : 30 ORANG MURID MURID TAHUN 5 TEMPAT KAJIAN: SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) TUN SAMBANTHAN, SUBANG JAYA. INSTRUMEN / ALATAN KAJIAN: BORANG PERATUS . UJIAN PRA UJIAN POS LATIH TUBI TATABAHASA PEMBOLEHUBAH BEBAS: MURID-MURID INDIA ANALISIS DATA: PERATUS KEKERAPAN, KUALITATIF & KUANTITATIF PEMBOLEHUBAH BERSANDAR: TAHAP PENGUASAAN TATABAHASA BAHASA MELAYU DALAM PENULISAN KARANGAN
  • 41. 41 3.6 KAEDAH KAJIAN Penyelidikan merupakan cara teratur untuk memperoleh pengetahan baharu. Penyelidikan juga merupakan satu tindakan dengan usaha memperoleh dan seterusnya menganalisis malumat untuk menyelesaikan masalah. Bagi mendapatkan kepututsan penyelidikan yang berkesan, pengetahuan amat penting. Sumber pengetahuan itu boleh diperoleh melalui pengalaman, kewibawaan, takulan induktif dan pendekatan saintifik (Mohd. Majid Konting, 1993). Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah melibatkan kaedah perpustakaan, kaedah ujian, kaedah soal selidik dan juga kaedah analisis kandungan. Melalui kaedah perpustakaan, bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan kajian ini dijadikan rujukan oleh pengkaji. Bahan-bahan tersebut termasuklah buku-buku, majalah, jurnal dan juga kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Seterusnya melalui kaedah ini, pengkaji telah memilih 30 orang murid keturunan India dari Tahun Lima SJK (T) Tun Sambanthan. Pengkaji telah meminta murid untuk menulis sebuah karangan berdasarkan tajuk yang diberi. Murid diberi masa yang mencukupi untuk menyelesaikan karangan mereka yang panjangnya tidak kurang dari 120 patah perkataan. Hasil daripada penulisan murid – murid tersebut pengkaji menumpukan perhatian terdapat perkara yang dinyatakan di bawah:
  • 42. 42 a. Pengaruh bahasa ibunda yang terdapat dalam penulisan bahasa Melayu murid India Tahun 5 khususnya dalam aspek kata atau morfologi dan sintaksis. b. Membandingkan sistem tatabahasa bahasa Melayu dengan bahasa Tamil. 3.6 TEMPAT KAJIAN Pengkaji telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan sebagai tempat kajian. Sekolah ini terletak di Persiaran Kewajipan USJ 15, Subang Jaya, Selangor. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2002 bulan Mei dengan hanya 18 orang murid. Akan tetapi kini seramai 630 orang murid sedang menuntut di sekolah ini. Kebanyakan murid adalah dari persekitaran kawasan Subang Jaya. Pada tahun 2013, seramai 128 orang murid SJKT Tun Sambanthan telah menduduki UPSR. Daripada jumlah tersebut, hanya 85 orang murid (66%) sahaja yang lulus dalam kertas ujian karangan Bahasa Melayu. Bakinya 43 orang murid ( 34% ) gagal dalam kertas ini. Manakala dalam kertas ujian pemahaman Bahasa Melayu pula 110 orang murid (86%) lulus dan 18 ( 14% ) gagal. (Laporan UPSR, 2013 SJKT Tun Sambanthan). Kadar kegagalan murid ini dalam kertas penulisan Bahasa Melayu adalah tinggi berbanding dengan kadar kegagalan dalam kertas ujian pemahaman bahasa Malayu. Kelulusan yang rendah ini tidak hanya dilihat pada tahun 2013 sahaja. Sebenarnya, sejak tahun 2008. Kadar kelulusan dalam kertas penulisan karangan Bahasa Melayu tidak memuaskan.
  • 43. 43 3.7 POPULASI DAN PERSAMPELAN Murid – murid yang menjadi sampel kajian ini seramai 30 orang murid India yang sedang belajar Tahun Lima di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan, Subang Jaya di daerah Petaling Perdana, Selangor. SJKT Tun Sambanthan merupakan sebuah sekolah yang terletak di Bandar Subang Jaya dan mempunyai jumlah murid seramai 630 orang mengikut perangkaan kemasukan murid pada awal tahun 2013. Terdapat tiga buah kelas Tahun Lima pada tahun 2013 dan bilangan muridnya adalah seramai 116 orang. Hanya 30 orang murid yang dipilih sebagai sampel kajian. Kesemua sampel kajian dipilih itu terdiri daripada murid – murid India yang mana bahasa pertama mereka ialah Bahasa Tamil. Mereka ini telah belajar lebih dari empat tahun di SJKT Tun Sambanthan ini. Sampel yang terdiri daripada 30 orang murid ini kemudiannya dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan mengikut pembolehubah – pembolehubah jantina, pencapaian matapelajaran Bahasa Melayu dan kehadiran kelas bimbingan. Pembahagian murid sampel kepada kumpulan pencapaian matapelajaran Bahasa Tamil tinggi dan rendah dilakukan berdasarkan keputusan Bahasa Melayu mereka dalam Ujian Bulanan Mac pada tahun 2013. Murid yang mendapat 70 markah dan ke atas dalam matapelajaran Bahasa Melayu diletakkan dalam kumpulan pencapaian tinggi dan mereka yang mendapat 39 markah ke bawah diletakkan dalam kumpulan pencapaian rendah.
  • 44. 44 3.8 PEMBOLEHUBAH KAJIAN Pembolehubah merupakan satu kategori objek, kejadian, situasi atau ciri-ciri seseorang yang umum. Apa- apa yang boleh mempunyai nilai yang berbeza atau berubah pada sesuatu masa bagi sesuatu organisma (orang/objek/peristiwa). Sampel kajian ini terdiri daripada murid berketurunan Hindu, India. 10 daripada mereka terdiri daripada murid lelaki dan 20 murid perempuan. Murid-murid ini berumur 11 tahun semuanya. Murid- murid ini berasal daripada keluarga yang sederhana. Murid-murid ini mempunyai tahap penguasaan minda yang berbeza di antara satu sama lain sungguhpun umur mereka adalah sama. Kajian ini diberikan tumpuan kepada kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu. Matlamat kajian ialah untuk mengenal pasti kesilapan, menganalisis kesilapan, mengkategorikan kesilapan dan memberikan penyelesaian masalah. 3.9 INSTRUMEN / ALATAN KAJIAN 3.9.1 UJIAN KARANGAN Sampel kajian diberi ujian penulisan karangan bahasa Melayu. Tujuan ujian penulisan karangan ini adalah unutk mendapatkan data yang berkaitan dengan kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu. Di samping itu untuk mengetahui kekerapan dan jenis kesilapan yang dilakukan oleh sampel kajian yang menulis karangan. Pelaksanaan ujian
  • 45. 45 karangan ini dilakukan oleh pengkaji dengan kerjasama guru kelas yang mengajar bahasa Melayu di kelas Tahun Lima di SJK (T) Tun Sambanthan. Sampel kajian diambil daripada ujian bulanan Mac. Masa yang diambil untuk ujian tersebut ialah enam bulan. Tujuan ujian penulisan adalah unutk mendapat purata kekerapan kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh sampel kajian. Ujian tersebut merupakan salah satu cara pengkaji untuk menentukan ujian karangan yang mempunyai kesilapan tatabahasa. Dalam ujian karangan ini setiap sampel kajian dikehendaki menulis sebuah karangan yang tajuknya ditentukan oleh guru. Panjang karangan tersebut dihadkan kepada 120 patah perkataan. Tajuk karangan yang diberi merupakan karangan jenis fakta. Tajuk karangan yang diberikan kepada murid adalah cara-cara mengelakkan kemalangan di jalan raya. Penyediaan ujian iaitu tajuk yang diberikan itu dibincang terlebih dahulu di dalam bilik darjah. Arahan kepada sampel kajian juga dilakukan dalam pelaksanaan ujian tersebut unuk memudahkan sampel menulis karangan. Selain itu, tujuan penulisan karangan tersebut untuk mengesan atau mengkaji kekerapan kesilapan tatabahasa. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengetahui sedikit sebanyak penyusunan idea dalam penulisan karangan sampel. Peruntukan masa selama satu jam adalah amat sesuai untuk membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih selesa dan dapat menyusun isi-isi dengan kemas dan teratur. 3.9.2 KAJIAN RINTIS Kajian rintis adalah kajian yang dilakukan sebelum kajian sebenar. Ia bertujuan untuk memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yag tinggi. Ia juga
  • 46. 46 dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar. Kajian rintis ini meliputi empat langkah iaitu, pertama, membina soal selidik dan ujian. Kedua, mencuba draf soal selidik dan ujian. Ketiga, meneliti dan mengkaji jawapan responden dan keempat, mengubahsuai dan memperbaiki kelemahan-kelemahan soal selidik dan ujian, sekiranya didapati wajar oleh pengkaji. Hasil percubaan ujian karangan juga menentukan kesilapan tatabahasa dalam karangan sampel kajian ini. Alatan yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik dan dua set ujian. (Lampiran). Soal selidik itu ialah mengenai latar belakang dan ujian karangan. Bagi tujuan pembinaan soal selidik latar belakang sampel kajian ini . Pembinaan draf ujian karangan telah dilakukan mengikut forrmat kertas ujian karangan UPSR. Draf ujian telah disemak oleh dua orang guru bahasa Melayu terlatih dan yang berpengalaman. Draf soal selidik dan ujian kemudiannya diberikan kepada 10 sampel kajian yang sedang menuntut di kelas tahun Lima , SJK (T) Tun Sambanthan, Subang Jaya. Setelah menjalankan soal selidik dan ujian kepada 10 sampel kajian, pengkaji membuat catatan mengenai kesulitan yang dihadapi oleh sampel semasa menjawab soal selidik. Percubaan ujian karangan dijalankan selama 30 minit selepas percubaan soal selidik. Penelitian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap jawapan-jawapan soal selidik, ujian serta catatan-catatan pengkaji semasa percubaan menunjukkan bahawa sampel kajian faham isi kandungan soal selidik dan ujian.
  • 47. 47 Dalam kajian ini, pengkaji memperoleh data-data melalui kesilapan-kesilapan tatabahasa dalam karangan yang ditulis oleh sampel kajian yang dipilih dari Tahun Lima di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan. Setiap karangan yang ditulis oleh sampel kajian ini akan diteliti untuk mencari kesilapan dalam aspek kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi, ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pasif dan ayat aktif. Seterusnya, kesilapan yang ditemui dikelompokkan mengikut kategori kesalahan yang telah ditentukan iaitu pengkaji menggunakan kaedah senarai semak. KESILAPAN UJIAN KATANAMA KATAKERJA KATAADJEKTIF KATASENDI AYATTUNGGAL AYATMAJMUK AYATPASIF AYATAKTIF UJIAN PRA UJIAN POS Jadual 2 : Kekerapan Kesilapan Ujian Pra dan Ujian Pos Jadual 2 menunjukkan senarai semak kekerapan kesilapan Ujian Pra dan Ujian Pos. Senarai semak ini digunakan untuk meneliti kesilapan yang dilakukan oleh setiap sampel dalam karangan bahasa Melayu. Melalui senarai semak ini pengkaji dapat membandingkan perbedaan di antara ujian pra dan juga ujian pos. Di antara kesilapan yang diteliti dalam
  • 48. 48 karangan bahasa Melayu ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pasif dan ayat aktif. 3.10 JENIS – JENIS KESILAPAN Dalam analisis kesilapan, Pit Corder telah mencadangkan suatu sistem pengelasan yang berdasarkan kepada kebolehanya mengenal dan menerangkan sebab-sebabnya sesuatu kesilapan itu berlaku. Sistem pengelasan yang dicadangkan itu adalah seperti berikut: i. Kesilapan Pra Sistematik Kesilapan-kesilapan pra sistematik berlaku semasa seseorang pelaar cuba memahami sesuatu struktur yang baharu dan pelajar itu belum menghayati sistem yang telibat dala struktur itu dengan sepenuhnya. Kesilapan-kesilapan ini boleh dianggap sebagai kesilapan kemampuan. ii. Kesilapan Sistematik Kesilapan sistematik ini menunjukkan pelajar telah membuat hipotesis yang kurang tepat dengan aspek bahasa sasaran yang digunakan. Bleh dikatakan dia belum menguasai sistem- sistem dan peraturan-peraturan bahasa sasaran adalah kurang lengkap dan kurang tepat. Kesilapan-kesilapan ini sebenarnya adalah kesilapan kemampuan. iii.Kesilapan Pos Sistematik Kesilapan pos sistematik ini pelajar menghasilkan bentuk-bentuk yang betul tetapi tidak konsisten. Pelajar ini telah menghayati peraturan-peraturan tetapi kadang kala membuat
  • 49. 49 kesilapan, pelajar sedikit sebanyak dapat berbuat demikian dan dapa menerangkan peraturan- peraturan tatabahasa itu. Kesilapan yang dilakukan adalah kesilapan penampilan. Peringkat Kesilapan Kemungkinan Dibetulkan Kemungkinan Diterangkan Sebab Kesilapan Kesilapan Pra Sistematik Tidak Tidak Kesilapan Sistematik Tidak Ya Kesilapan Pos Sistematik Ya Ya Jadual 3 : Peringkat –peringkat Kesilapan Jadual 3 menunjukkan peringkat – peringkat kesilapan dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Peringka kesilapan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kesilapan Pra Sistematik, kesilapan Sistematik dan kesilapan Pos Sistematik. Bagi Kesilapan Pra Sistematik kemungkinan tidak dibetulkan manakala kemungkinan menerangkan sebab kesilapan juga tidak diterangkan. Kesilapan Sistematik pula tidak kemungkinan dibetulkan kerana berkemungkinan menerangkan sebab kesilapan yang dilakukan dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Manakala kesilapan Pos Sistematik mungkin dibetulkan dan ia juga berkemungkinan menerangkan sebab kesilapan yang dilakukan. Steven (1965) berpendapat analisis kesilapan bahasa berguna dalam pengajaran bahasa dengan mengatakan: “the systematic analysis of recurrent errors, using the categories and techniques of modern linguistics, is a fruitful area for further research. By concentrating on the
  • 50. 50 more obvious points of difficulty, it makes on immediate contribution to the task of language teaching.” Dalam membincangkan kesalahan – kesalahan dalam ayat Bahasa Tamil, beberapa jenis kesalahan diberi tumpuan. 3.10.1 KESILAPAN KATA K1 KESILAPAN PENGGUNAAN KATA NAMA Penggunaan kata nama yang tidak betul dan tidak tepat menyebabkan berlakunya kesilapan dari segi pembinaan ayat sempurna dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Kesilapan penggunaan kata nama ini juga mengakibatkan penulisan karangan yang tidak berkualiti. K2 KESILAPAN PENGGUNAAN KATA KERJA Kesilapan-kesilapan kata kerja yang sering dikesan dalam penulisan karangan bahasa Melayu ialah murid tidak mengetahui penggunaan yang sesuai. Sampel tidak dapat memastikan kata kerja yang tepat untuk diisikan dalam sesuatu ayat dalam penulisan karangan. Ini memberikan kesan yang amat kritikal apabila sampel memberikan maksud yang berbeza daripada kehendak soalan karangan.
  • 51. 51 K3 KESILAPAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF Kata adjektif yang juga kata sifat ini amat penting dalam binaan frasa adjektif. Sampel kajian membuat kesilapan dalam kata ini kerana mereka belum menguasai sistem ejaan bahasa Melayu. Keadaan ini juga berlaku akibat terdapatnya perubahan di dalam sistem bahasa itu sendiri. Kesilapan biasa yang dilakukan membawa perubahan maksud dalam pembinaan ayat yang terdapat dalam karangan. K4 KESILAPANAN PENGGUNAAN KATA SENDI Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh sampel kajian dalam penggunaan kata sendi ialah; adalah, dan, di, ke yang terdapat dalam penulisan karangan. Kebanyakan kesilapan kata sendi yang dilakukan dalam penulisan karangan bahasa Melayu adalah tanpa disedari oleh sampel. Sungguhpun, kata sendi sangat luas penggunaannya dalam bahan bercetak ia tidak difokus oleh sampel kajian untuk memperkasakan penggunaan kata sendi. 3.10.2 KESALAHAN AYAT A1 KESALAHAN STRUKTUR AYAT TUNGGAL Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam penulisan mereka ialah ayat tidak mempunyai subjek dan predikat. A2 KESALAHAN STRUKTUR AYAT MAJMUK Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar:
  • 52. 52 i Kesalahan menggunakan kata hubung. ii Kesalahan kerana mengulang subjek yang sama. iii Kesalahan kerana mengulang kata kerja yang sama. A3 KESALAHAN STRUKTUR AYAT AKTIF Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar: i Ayat aktif transitif tanpa objek. ii Objek kata kerja transitif diikuti dengan frasa sendi. iii Ayat aktif tidak transitif tanpa keterangan. A4 KESALAHAN STRUKTUR AYAT PASIF Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan (Nik Safiah Karim et,al, 1986) 3.11 TATACARA KAJIAN Segala data atau maklumat yang diperoleh melalui analisis kekerapan kesalahan tatabahasa dalam penulisan murid telah dianalisis untuk mengetahui jumlah kekerapan
  • 53. 53 kesilapan yang dilakukan oleh murid lelaki dan murid perempuan ialah kesalahan kata dan ayat. Kebenaran telah diminta daripada guru besar sekolah terlebih dahulu oleh pengkaji. Tujuan mendapatkan kebenaran adalah memudahkan pengkaji mengedarkan borang soal selidil kepada sampel kajian yang terpilih. Ia juga memudahkan kajian dijalankan dengan kebenaran yang sah, berperaturan dan lancar dari segi menghantar dan menerima kembali borang soal selidik tersebut. Borang – borang kebenaran dan lampiran – lampiran telah disertakan di bahagian lampiran. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang murid dengan bantuan guru pembimbing. Murid – murid diberi masa selama 40 minit untuk menyiapkan soal-selidik tersebut. Semasa proses menjawab borang soal selidik pengkaji membaca soalan – soalan da menerangkan soalan tersebut supaya responden faham akan kehendak soalan. Guru pembimbing telah menjaga murid – murid ini semasa borang soal-selidik diisi oleh murid. 3.11.1 ASPEK PEMERHATIAN Sebelum kajian dilaksanakan, pengkaji membuat pemerhatian sampel kajian selama seminggu. Maklumat yang didapati daripada pemerhatian juga dicatat dan direkod. Pengkaji sendiri akan berusaha mengumpul dan melengkapkan data kajian ini.
  • 54. 54 3.11.2 UJIAN PRA Ujian pra diadakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas. Masa yang diperuntukkan untuk ujian pra ialah satu jam. Sampel kajian akan diminta menulis dua buah karangan iaitu satu dari bahagian A dan satu lagi dari bahagian B. Karangan di bahagian A adalah karangan bergambar. Manakala, bahagian B pula terdapat empat pilihan tajuk sampel kajian diminta memilih salah satu dari tajuk tersebut. Setelah ujian pra ini dilaksanakan pengkaji akan mengumpul dan mengenal pasti kelemahan sampel kajian hanya dalam aspek kesilapan tatabahasa dan ayat sahaja. Kesilapan kata dan ayat yang dibuat oleh sampel kajian telah direkodkan dalam borang pemarkahan. Ujian pra ini telah membantu pengkaji mengenal pasti tahap kecekapan murid – murid dalam penggunaan tatabahasa dan ayat dalam bahasa Melayu. Kajian ini telah memberi maklumat kepada pengkaji untuk meneruskan langkah – langkah seterusnya. 3.11.3 LATIH TUBI TATABAHASA Setelah data awal diperoleh daripada keputusan ujian pra, pengkaji mengenal pasti murid – murid Tahun Lima yang kurang mahir dalam penggunaan kata dan ayat. Keadaan ini perlu dikikis kerana tanpa penggunaan kata yang betul sesuatu ayat itu tidak gramatis. Dengan ini jelaslah bahawa penggunaan tatabahasa yang betul dalam sesebuah karangan atau penulisan amat penting.
  • 55. 55 Seterusnya pengkaji telah memberikan latih tubi yang terperinci dalam setiap aspek tatabahasa dan ayat sehingga murid – murid dapat menguasai aspek kata dan ayat dengan sepenuhnya. Pendedahan yang terperinci telah diberikan kepada setiap murid. Selama lima bulan, pelbagai latihan diberikan untuk memahirkan tahap penguasaan sampel kajian dalam aspek tatabahasa dan ayat. Sampel kajian juga akan dibahagikan kepada kumpulan yang kecil dan diminta membuat pembentangan dihadapan kelas. Kesilapan sampel kajian akan diperbaiki oleh sampel kajian dari kumpulan yang lain dengan dengan bimbingan pengkaji. Setelah pengkaji memberi penjelasan, sampel kajian dapat mengenal pasti kesilapan dan memperbaiki kesilapan tersebut. Di samping itu, masa yang diperuntukan untuk mata pelajaran bahasa Melayu, lebih digunakan dalam pendedahan aspek kata dan struktur ayat yang betul. 3.11.4 UJIAN POS Setelah dua bulan setengah pelbagai latihan diterapkan dalam diri sampel kajian tentang kata dan ayat pengkaji mengadakan ujian pos. Ujian pos ini diadakan untuk menilai keberkesanan tatabahasa dan ayat. Ujian pos juga mengandungi bahagian A dan bahagian B. Karangan di bahagian A ialah karangan bergambar. Manakala, bahagian B pula terdapat empat pilihan tajuk dan sampel kajian diminta memilih salah satu dari tajuk tersebut. Masa yang diperuntukan juga adalah sama iaitu satu jam. Markah sampel kajian juga dicatat oleh pengkaji dalam borang pemarkahan.
  • 56. 56 3.12 PENGANALISISAN DATA Dalam kajian ini, penyelidik akan menganalisis kesemua karangan yang dibuat oleh sampel kajian. Penyelidik juga menggunakan pemeriksa luar dalam membuat semakan ke atas pemeriksaan karangan tersebut. Tujuan melantik pemeriksa kertas UPSR adalah untuk membuat semakan skrip, yang telah diperiksa oleh pengkaji. Ini adalah kerana pemeriksa berpengalaman dapat memastikan kesilapan yang dilakukan oleh sampel kajian dengan tepat. Di samping itu, pengkaji ingin memastikan kesilapan dan kebolehpercayaan dalam pemeriksaan merupakan cara penandaan kesilapan telah diselaraskan seperti keterangan (cara menanda kesilapan). Pengkaji menghadkan jumlah perkataan penulisan karangan. Semua kesilapan tatabahasa dan ayat dalam karangan akan direkodkan.
  • 57. 57 3.13 KESIMPULAN Pengkaji akan cuba membuat dapatan kajian dan rumusan tentang pelajar dalam menguasai bahasa Melayu. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan atau rujukaan bagi murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, guru-guru yang mengajar matapelajaran bahasa Melayu terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, ketua panitia, dan juga para pengkaji pada masa yang akan datang. Dengan ini, guru dapat merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih terancang supaya murid-murid dapat menguasai tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Usaha seperti ini adalah amat penting untuk meningkatkan prestasi murid-murid Tahun Lima dalam penulisan bahasa Melayu.
  • 58. 58 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 PENGENALAN Sungguhpun pelajar melakukan beberapa kesilapan tatabahasa dalam satu ayat, tetapi fokus utama pengkaji adalah untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa murid berdasarkan aspek yang dipilih (tatabahasa dalam penulisan karangan). Pengkaji akan menghuraikan kesalahan aspek yang dipilih dengan terperinci. Di samping itu, kesalahan aspek lain turut dibetulkan. Dalam bab empat ini pengkaji akan menerangkan profil responden, analisa data dan dapatan kajian yang diperoleh daripada soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Pengkaji telah menganalisis data daripada soal selidik yang telah dijalankan ke atas tiga puluh orang murid. Manakala dapatan yang diperoleh telah dianalisis statistik deskriptif iaitu kekerapan frekuensi, peratus dan purata kesilapan yang dilakukan oleh sampel kajian. Kesilapan bahasa yang dikaji meliputi aspek kesilapan tatabahasa dan kesilapan ayat. 4.2 PROFIL RESPONDEN Responden yang dipilih untuk menjalankan kajian ini merupakan 30 sampel dari Tahun 5 dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan. Maklumat tentang diri para responden di perolehi melalui borang soal selidik. Dalam bahagian ini, soalan yang
  • 59. 59 dikemukakan adalah berkenaan dengan latar belakang para responden seperti nama, kelas, jantina, alamat rumah, tahap pendidikan, kelas bimbingan dan kekerapan membuat karangan. Maklumat – maklumat ini adalah penting kerana ia menunjukkan faktor yang membantu menyiasat kebolehan responden dalam Bahasa Melayu. Melalui borang selidik maklumat sampel yang penting diperoleh ialah: Maklumat Keputusan bahasa Melayu dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013 (Tahun 4) Kumpulan Murid yang Mengikuti kelas bimbingan (Tuisyen) bahasa Melayu di luar Latihan karangan bahasa Melayu dalam masa seminggu Gred A 2 (7%) - - Gred B 8 (27%) - - Gred C 12 (40%) - - Gred D 5 (16%) - - Gred E 3 (10%) - - YA - 16 (53%) - TIDAK - 14 (47%) - SEKALI 17 (57%) DUA ATAU TIGA KALI 13 (43%) Jadual 4: Laporan Borang Soal Selidik Jadual 4 menjelaskan laporan borang soal selidik penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKT Tun Sambanthan. Di antara maklumat yang dapat dikumpul dapat membantu memberikan maklumat secara peribadi oleh setiap sampel untuk membuat kajian ini. Melalui keputusan bahasa Melayu dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013 (Tahun 4) ialah Gred A hanya 2 sampel dan peratusnya adalah sebanyak 7%. Gred B pula, sampelnya sebanyak 8 , manakala
  • 60. 60 peratusnya adalah 27%. 12 sampel telah memperolehi Gred C dan peratusnya adalah 40%. Gred D 16 % iaitu 5 sampel dan Gred E pula 10% dan sampelnya 3. Daripada 30 sampel sebanyak 53%(16) mengikuti kelas bimbingan (tuisyen) bahasa Melayu di luar sekolah. Manakala 47% (14) tidak mengikuti sebarang kelas bimbingan. Latihan karangan yang diberikan dalam seminggu sekali adalah 57% iaitu sebanyak 17 sampel manakala karangan yang ditulis dua atau tiga kali dalam seminggu oleh sampel adalah sebanyak 43% iaitu 13 sampel. Jantina Kumpulan Cemerlang Kumpulan Sederhana Kumpulan Lemah Jumlah Lelaki 3(10%) 4(13%) 3(10%) 10(33%) Perempuan 4(13%) 9(30%) 7(23%) 20(67%) Jumlah 7(23%) 13(43%) 10(33%) 30(100%) Jadual 5: Responden yang dipilih sebagai sampel untuk kajian Jadual 5 menunjukkan maklumat tentang responden yang telah dipilih untuk kajian ini. Responden ini terdiri daripada 30 orang murid dari Tahun 5 dari SJKT Tun Sambanthan. Para responden dipilih dari pelbagai kebolehan iaitu kumpulan cemerlang, kumpulan sederhana dan kumpulan lemah. Responden dari kumpulan cemerlang terdiri daripada 7 orang murid iaitu 3 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Manakala, kumpulan sederhana pula terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Seterusnya, responden dari kumpulan lemah pula terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.
  • 61. 61 Kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah adalah ditentukan. Jadual 6 menunjukkan markah yang diperolehi dalam kertas penulisan Bahasa Melayu. Kategori Markah Cemerlang 80 – 100 Baik 60 – 79 Sederhana 40 - 59 Lemah 0 - 39 Jadual 6 : Kategori markah Jadual 6 menunjukkan 3 kategori dan skor markah yang ditetapkan oleh sekolah dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia. Kategori Cemerlang markahnya adalah di antara 80 hingga 100. Kategori baik pula markahnya di antara 60 hingga 79. Kategori sederhana markahnya di antara 40 – 59. Manakala kategori lemah markahnya adalah di antara 0 hingga 39. 4.3 LAPORAN DAPATAN KAJIAN Dalam bab ini, pengkaji telah menghuraikan hasil-hasil dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian seperti berikut: i) Apakah jenis kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan bahasa Melayu?
  • 62. 62 ii) Berapa kerapkah kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan bahasa Melayu? iii) Apakah kepelbagaian kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan bahasa Melayu? iv) Adakah latih tubi berkesan mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam kalangan murid dalam karangan bahasa Melayu. 4.3.1 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID Dalam pengumpulan data yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid, pengkaji mendapati murid menggunakan bahasa Melayu hanya pada waktu formal, iaitu apabila berhubung dengan pihak sekolah dan juga semasa di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, apabila ditanya mengenai keselesaan murid dalam berbahasa, terdapat berbagai-bagai jawapan yang diberikan oleh murid semasa berhubung dengan rakan sebaya.
  • 63. 63 BAHASA PERTUTURAN KEKERAPAN BAHASA MELAYU 6 (20%) BAHASA TAMIL 17 (57%) BAHASA INGGERIS 7 (23%) JUMLAH 30 (100%) Jadual 7: Bahasa Pertuturan yang digunakan semasa berhubung dengan rakan sebaya Jadual 7 menunjukkan pertuturan yang digunakan semasa berhubung dengan rakan sebaya di sekolah dan juga di luar sekolah. Pertuturan bahasa Melayu menjadi bahasa yang kurang digunakan oleh samapel di luar waktu sekolah iaitu 20% dan sampelnya sebanyak 6. Manakala, pertuturan bahasa Tamil digunakan sebanyak 57% dan 17 sampel menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri untuk berkomunikasi satu sama lain. Manakala, bahasa Inggeris pula peratusnya adalah sebanyak 23% dan sampelnya sebanyak 7.
  • 64. 64 4.3.1.1 Apakah jenis kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan bahasa Melayu? Jenis Kesilapan Bilangan Kesilapan Rawatan Kawalan K1 48 (11%) 45 (10%) K2 36 (14%) 52 (13%) K3 50 (16%) 52 (15%) K4 67 (13%) 66 (12%) A1 42 (10%) 43 (12%) A2 45 (10%) 42 (14%) A3 48 (13%) 50 (11%) A4 40 (13%) 40 (13%) Jumlah 376 (100%) 390 (100%) Jadual 8 : Kekerapan Jenis Kesilapan dan Peratus Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan dalam Ujian Pra Jadual 8 menunjukkan kekerapan jenis kesilapan dan peratus kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Kesilapan kata dan ayat bagi setiap tajuk menurut jenis – jenis kesalahan. Kesalahan kata iaitu K1 ( Kesilapan penggunaan kata nama yang tidak betul di dalam penulisan karangan), K2 (Kesilapan penggunaan kata kerja), K3 Kesilapan penggunaan kata adjektif ), K4 (Kesilapan penggunaan kata sendi). A1 (Kesilapan struktur ayat tunggal di mana ayat tidak mempunyai subjek dan predikat), A2 (Kesilapan dari segi struktur ayat
  • 65. 65 majmuk), A3 ( Kesilapan dari segi struktur ayat aktif) dan A4 (Kesalahan dari segi struktur ayat pasif). Ringkasan jumlah kekerapan kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu yang dilakukan oleh sampel kajian (N=30) yang ditunjukkan dalam jadual 8. Berdasarkan jadual 8 dapatan menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh Kumpulan Rawatan dalam ujian pra adalah sebanyak 376 kesilapan. Manakala kumpulan kawalan pula adalah 390 kesilapan. Bilangan kesilapan tatabahasa dapat juga menunjukkan bahawa jenis kesilapan K4 adalah paling tinggi iaitu 67 kesilapan bagi kumpulan rawatan dan 66 kesilapan dilakukan oleh kumpulan kawalan. Diikuti oleh K3 50 kesilapan dilakukan oleh kumpulan rawatan dan 52 kesilapan yang dilakukan oleh kumpulan kawalan. A3 pula sebanyak 48 kesilapan dilakukan oleh kumpulan rawatan dan 45 kesilapan dilakukan oleh kumpulan kawalan, A2 pula 45 kesalahan dilakukan oleh kumpulan rawatan dan 42 kesilapan dilakukan oleh kumpulan rawatan. Satu ujian pos telah diadakan bagi kedua – dua kumpulan tersebut untuk mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
  • 66. 66 Graf 1: Peratus Kesilapan Kata dan Ayat Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan dalam Ujian Pra Graf 1 menunjukkan peratus kesilapan kata dan ayat dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Palang biru menunjukkan kumpulan rawatan dan palang merah pula menunjukkan kumpulan kawalan. Kesilapan yang banyak dilakukan oleh sampel dalam K4 – Kesilapan penggunaan kata sendi iaitu bagi kumpulan rawatan sebanyak 13 % manakala bagi kumpulan kawalan pula sebanyak 12 %. Kesilapan dari segi ayat yang mengambil tempat teratas ialah A3 – Kesilapan penggunaan ayat aktif dimana sampel tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa memilih perkataan yang sesuai untuk membina ayat. Kesilapan penggunaan kata nama kumpulan rawatan 11% dan kumpulan kawalan pula sebanyak 10%. 0 10 20 30 40 50 60 70 K1 K2 K3 K4 A1 A2 A3 A4 PERATUSKESILAPAN KESILAPAN KATA DAN AYAT RAWATAN KAWALAN
  • 67. 67 K2 - Kesilapan penggunaan kata kerja kumpulan rawatan 14% dan kumpulan kawalan 13%. K3 - Kesilapan penggunaan kata adjektif kumpulan rawatan 16% dan kumpulan kawalan sebanyak 15%. A1 - Kesilapan struktur ayat tunggal kumpulan rawatan 10% dan kumpulan kawalan 12%. A2 -Kesilapan dari segi struktur ayat majmuk kumpulan rawatan 10% dan kumpulan kawalan 14 %. A4 - Kesalahan dari segi struktur ayat pasif kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan 13%. 4.3.1.2 Menganalisis kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu murid Tahun Lima SJK(T) Tun Sambanthan, Subang Jaya. Kesilapan Kata Dan Ayat Sampel Cemerlang Sampel Sederhana Sampel Lemah K1 2 3 10 K2 2 4 19 K3 5 7 16 K4 - 2 10 A1 - - 5 A2 2 3 15 A3 - 2 10 A4 - 1 12 Jumlah 11 22 117 Jadual 9: Kekerapan kesilapan kata dan Kesilapan Ayat dalam Ujian Pos oleh Sampel.
  • 68. 68 Jadual 9 menunjukkan kekerapan kesilapan kata dan Kesilapan Ayat dalam Ujian Pos oleh sampel cemerlang, sampel sederhana dan sampel lemah.. Berdasarkan jadual di atas didapati bahawa kumpulan sampel cemerlang membuat kesilapan yang minimum berbanding dengan dua kumpulan yang lain. Kumpulan sampel kajian cemerlang hanya melakukan 11 kesilapan iaitu 7% sahaja daripada jumlah kesilapan yang dibuat oleh sampel kajian dalam Ujian Pos. Manakala, kumpulan sampel sederhana pula melakukan 22 kesilapan atau 15% daripada jumlah kesilapan yang telah dilakukan oleh sampel kajian. Akhirnya, kumpulan lemah didapati melakukan kesilapan yang paling banyak iaitu 117 kesilapan atau 78% kesilapan dalam kata dan ayat. Ini menunjukkan bahawa kumpulan cemerlang telah menunjukkan peningkatan yang baik berbanding dengan kumpulan yang lain. Walaupun jumlah kesilapan yang telah dilakukan oleh Kumpulan Rawatan telah menurun dari 376 semasa Ujian Pra ke 125 dalam Ujian Pos tetapi Kumpulan Lemah masih perlu membaiki mutu bahasa dari segi penulisan untuk mengurangkan kesilapan. Analisis menunjukkan Kumpulan Cemerlang hanya melakukan 5 kesilapan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan manakala kumpulan sederhana dan lemah melakukan 23 kesilapan. Perbezaan tahap kelemahan juga begitu ketara iaitu hanya 5% bagi kumpulan cemerlang dan 22% bagi kumpulan sampel sederhana dan sampel lemah. Bagi kesilapan penggunaan kata nama pula kumpulan cemerlang hanya melakukan 2 kesilapan sahaja manakala kumpulan sederhana dan kumpulan lemah pula membuat 23 kesilapan.Seterusnya dalam kesalahan penggunaan kata imbuhan pula kumpulan cemerlang hanya membuat 2 kesilapan sahaja manakala kumpulan yang lain membuat 18 kesilapan dalam kata dan ayat ini.
  • 69. 69 Kelemahan penggunaan kata dan ayat berdasarkan 3 kumpulan ini menunjukkan perbezaan yang jelas. Dapatan kajian menunjukan sampel kajian kumpulan lemah melakukan kesilapan tatabahasa yang paling tinggi berbanding dengan kumpulan cemerlang dan sederhana. Dengan kata lain, sampel kajian yang lemah penguasaan bahasa Melayu juga lemah dalam penggunaan tatabahasa. Oleh itu kelihatan ada pertalian di antara kebolehan mengarang dengan kelemahan penggunaan tatabahasa. 4.3.1.3 Apakah kepelbagaian kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam karangan bahasa Melayu? Jenis Kesilapan Bilangan Kesilapan Rawatan Kawalan K1 19 (18%) 50 (16%) K2 12 (10%) 35 (11%) K3 13 (11%) 45 (13%) K4 28 (10%) 57 (20%) A1 5 (4%) 20 (6%) A2 14 (16%) 48 (18%) A3 18 (12%) 20 (10%) A4 16 (8%) 17 (6%) Jumlah 125 (100%) 292 (100%) Jadual 10: Kekerapan kesilapan tatabahasa penulisan karangan dalam Ujian Pos.
  • 70. 70 Jadual 10 menunjukkan ringkasan jumlah kekerapan kesilapan yang telah dilakukan oleh sampel kajian dalam ujian pos. Jadual menunjukkan perbandingan kesilapan tatabahasa yang telah dilakukan oleh kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan menunjukkan kumpulan rawatan melakukan hanya 125 kesilapan. Secara keseluruhan dalam ujian pos berbanding dengan 292 kesilapan dilakukan oleh kumpulan kawalan. Kekerapan kesilapan kata dan ayat yang telah dilakukan oleh sampel kajian. Dapatan menunjukkan bahawa jenis kesilapan K4 adalah paling tinggi bagi kumpulan rawatan dan juga kumpulan kawalan. Kesilapan tatabahasa K4 ini dilakukan oleh murid – murid terutamanya dalam penulisan karangan bergambar. Seterusnya, diikuti oleh K1 iaitu 19 kesilapan dilakukan oleh kumpulan rawatan dan 50 kesilapan dilakukan oleh kumpulan kawalan, K2 iaitu 12 kesilapan dilakukan oleh kumpulan rawatan dan 50 kesilapan dilakukan oleh kumpulan kawalan, K3 iaitu 13 kesilapan dilakukan kumpulan rawatan 45 kesilapan oleh kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan A2 melakukan 48 kesilapan dan kumpulan rawatan melakukan 14 kesilapan. Kumpulan kawalan A3 dan A4 masing – masing adalah 20 dan 17 kesalahan manakala kumpulan rawatan ialah 18 dan 16 kesilapan. Akhir sekali, kumpulan rawatan hanya melakukan 5 kesilapan dalam kesilapan kata dan ayat di A1 dan kumpulan kawalan pula melakukan 20 kesilapan dalam bahagian ini.
  • 71. 71 GRAF 2 : Peratus Kekerapan Kesilapan Kata dan Ayat Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Dalam Ujian Pos. 0 10 20 30 40 50 60 K1 K2 K3 K4 A1 A2 A3 A4 PERATUSKESILAPAN KESILAPAN KATA DAN AYAT GRAF 2 : KEKERAPAN KESILAPAN KATA DAN AYAT DALAM UJIAN POS RAWATAN KAWALAN
  • 72. 72 4.3.1.4 Adakah latih tubi berkesan mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam kalangan murid dalam karangan bahasa Melayu? LATIHAN KEKERAPAN PERATUS Lebih daripada 5 kali 2 7% 4 kali 4 13% 2 kali 13 43% 1 kali 8 27% Tidak Pernah 3 10% Jumlah 30 100% Jadual 11: Latihan tatabahasa dalam sebulan Berdasarkan Jadual 11, didapati kadar kekerapan latihan yang diperoleh dalam penguasaan tatabahasa (kata imbuhan, kata ganti, kata sendi, kata adjektif) yang melibatkan penggunaan ayat tunggal, ayat majmuk,ayat aktif dan ayat pasif dalam kalangan pelajar, ialah sebanyak dua kali dalam sebulan. Latihan sebanyak dua kali sebulan tidak memadai bagi meningkatkan kemahiran tatabahasa pelajar. Ini kerana aspek tatabahasa amat penting dalam menghasilkan wacana yang baik tanpa sebarang kesalahan umum tatabahasa. Kesilapan penggunaan aspek tatabahasa ini boleh mengurangkan markah pelajar, terutamanya dalam penulisan karangan.
  • 73. 73 Berdasarkan Jadual 11 ini juga, didapati masih ada murid yang tidak pernah mendapat latihan berkaitan dengan penggunaan tatabahasa, iaitu sebanyak sepuluh peratus. Dalam meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan tatabahasa yang melibatkan ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif dan ayat pasif guru seharusnya membimbing murid dalam membina ayat terlebih dahulu dengan lebih terperinci sebelum murid menghasilkan karangan yang bermutu. Justeru, guru seharusnya membimbing murid tentang bagaimana cara dan kaedah untuk membentuk karangan yang berkualiti dengan penggunaan tatabahasa tanpa kesilapan tatabahasa. 4.4 KATA IMBUHAN LATIHAN KATA IMBUHAN KEKERAPAN PERATUS Penggunaan Kata Imbuhan Awalan 26 87% Penggunaan Kata Imbuhan Akhiran 24 80% Jadual 12: Kekerapan penggunaan kata imbuhan yang betul
  • 74. 74 Berdasarkan jadual 12, kadar kekerapan latihan kata imbuhan yang diperoleh telah membantu sampel kajian dalam meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu., Menurut jadual kekerapan dalam penggunaan kata imbuhan awalan ialah sebanyak 26, manakala peratusnya ialah sebanyak 87%. Kadar kekerapan penggunaan imbuhan akhiran ialah 24, peratusnya pula sebanyak 80%. Carta 1 : Penguasaan Kata Imbuhan Awalan 87% 13% KATA IMBUHAN AWALAN BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
  • 75. 75 Carta 2: Penguasaan Kata Imbuhan Akhiran 4.3.6 KATA GANTI LATIHAN KATA NAMA KEKERAPAN PERATUS Penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk 27 90% Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Kata Ganti Nama Diri Tanya 26 87% Kata Ganti Nama Diri Orang 24 80% Jadual 13: Kekerapan Penggunaan Kata Ganti yang betul. Jadual 13 menunjukkan kadar kekerapan penggunaan Kata Ganti yang betul dalam latihan yang diberi. Menurut kekerapan, penggunaan kata Ganti Nama Tunjuk yang betul ialah 80% 20% KATA IMBUHAN AKHIRAN BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
  • 76. 76 27 dan peratusnya ialah 90%. Manakala dalam Penggunaan Kata Ganti Nama Diri pula sampel berjaya menguasai dua jenis kata ganti iaitu, Kata Ganti Nama Diri Tanya dan Kata Ganti Nama Diri Orang. Kata Ganti Nama Diri Tanya kekerapannya ialah 26 dan peratusnya pula 87%. Manakala, Kata Ganti Nama Diri Orang pula kekerapannya ialah 24 dan peratusnya ialah 80%. Carta 3: Kekerapan Penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk 90% 10% KATA GANTI NAMA TUNJUK BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
  • 77. 77 Carta 4: Kekerapan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya Carta 5: Kekerapan Penggunaan Kata Ganti Nama Orang 87% 13% KATA GANTI NAMA DIRI TANYA BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI 80% 20% KATA GANTI NAMA ORANG BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
  • 78. 78 4.3.7 KATA SENDI LATIHAN KATA SENDI KEKERAPAN PERATUS Kata Sendi Nama di 25 83% Kata Sendi Nama ke 27 90% Kata Sendi Nama dari 24 80% Kata Sendi Nama daripada 24 80% Kata Sendi Nama kepada 29 97% Kata Sendi Nama pada 28 93% Kata Sendi Nama untuk dan bagi 27 90% Kata Sendi Nama sejak 28 93% Kata Sendi Nama oleh 29 97% Jadual 14 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi yang Betul Jadual 14 menunjukkan kadar kekerapan penggunaan kata sendi dalam latihan yang diberikan. Kata Sendi di kekerapannya ialah 25 dan peratusnya 83%. Kata Sendi Nama ke, untuk dan bagi pula kekerapannya ialah 27 dan peratusnya ialah 83%. Seterusnya kata sendi nama dari dan daripada masing-masing kekerapannya ialah 24dan peratusnya ialah 80%. Kata sendi nama kepada dan oleh kekerapannya ialah 29 dan peratsnya ialah 97%. Manakala kekerapan kata sendi nama pada dan sejak ialah 28 dan peratusnya pula 97%.
  • 79. 79 Carta 6 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi Nama Dari dan Daripada Carta 7 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi Nama Di 80% 20% KATA SENDI NAMA DARI DAN DARIPADA BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI 83% 17% KATA SENDI NAMA DI BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
  • 80. 80 Carta 8 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi Nama Ke, Untuk dan Bagi Carta 9 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi Nama Pada dan Sejak. 90% 10% KATA SENDI NAMA KE, UNTUK DAN BAGI BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI 93% 7% KATA SENDI NAMA PADA DAN SEJAK BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
  • 81. 81 Carta 10 : Kekerapan Penggunaan Kata Sendi Kepada dan Oleh 4.3.8 KATA ADJEKTIF LATIHAN KATA SENDI KEKERAPAN PERATUS Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan 25 83% Kata Adjektif Waktu 23 77% Kata Adjektif Bentuk 24 80% Kata Adjektif Ukuran 25 83% Kata Adjektif Cara 23 77% Jadual : 15 Kekerapan Penggunaan Kata Adjektif yang Betul 97% 3% KATA SENDI NAMA KEPADA DAN OLEH BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
  • 82. 82 Berdasarkan jadual 15 kadar kekerapan penggunaan kata adjektif di kategorikan kepada lima bahagian iaitu kata adjektif sifatan atau keadaan, kata adjektif waktu, kata adjektif bentuk, kata adjektif ukuran dan kata adjektif cara. Kadar kekerapan kata adjektif Sifatan atau Keadaan dan kata adjektif ukuran ialah 25 dan peratusnya ialah 83%. Kekerapan Kata Adjektif Waktu dan kekerapan kata adjektif cara ialah 23 dan peratusnya pula 77%. Kadar kekerapan Kata Adjektif Bentuk ialah 24 dan peratusnya pula sebanyak 80%. Carta 11 : Kekerapan Penggunaan Kata adjektif Sifatan atau Keadaan dan Kata Adjektif Ukuran 93% 7% KATAADJEKTIF SIFATANATAU KEADAAN DAN KATA ADJEKTIF UKURAN BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
  • 83. 83 Carta 11 : Kekerapan Penggunaan Kata adjektif Waktu dan Kata Adjektif Cara Carta 12 : Kekerapan Penggunaan Kata Adjektif Bentuk 93% 7% KATAADJEKTIF WAKTU DAN KATAADJEKTIF CARA BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI 93% 7% KATAADJEKTIF BENTUK BERJAYA MENGUASAI BELUM MENGUASAI
  • 84. 84 KESIMPULAN Sebagai rumusan pengkaji akan cuba membuat kesimpulan dan dapatan kajian tentang pelajar dalam menguasai penulisan bahasa Melayu. Dapatan kajian ini, dapat dijadikan sebagai panduan untuk murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, guru – guru yang mengajar bahasa Melayu terutamanya bagi Tahun 5, Ketua Panitia dan juga bagi para pengkaji akan datang. Dengan ini, guru dapat merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih terancang supaya murid – murid dapat menguasai sistem tatabahasa dan ayat dengan lebih berkesan. Usaha – usaha seperti ini amat penting untuk meningkatkan prestasi murid- murid Tahun 5 dalam tatabahasa penulisan karangan.
  • 85. 85 BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis oleh pengkaji, didapati masih ramai dalam kalangan murid yang membuat kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu. Hasil kajian ini juga, dapat membantu pengkaji dalam menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan sebelum ini. Seperti yang dinyatakan dalam bab 1, terdapat beberapa persoalan yang masih lagi menjadi pertikaian dan permasalahan dalam kalangan murid. Dengan terhasilnya kajian ini, diharap pengkaji dapat mengesan kelemahan-kelemahan murid berkaitan dengan tatabasa dalam karangan bahasa Melayu. Di dalam bab kelima ini, pengkaji akan menghuraikan mengapa masih ramai dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan membuat kesilapan tatabahasa dalam karangan bahasa Melayu. Pengkaji juga akan cuba menyarankan beberapa cadangan yang diperlukan oleh guru dalam mengatasi masalah berkaitan tatabahasa ini pada bahagian perbincangan yang seterusnya.
  • 86. 86 5.2 RUMUSAN Kebolehan menulis karangan sampel kajian adalah sangat berbeza. Sungguhpun terdapat beberapa sampel kajian dengan kebolehan menulis karangan yang baik dengan kesilapan tatabahasa yang kurang, malah ramai di antara mereka melakukan banyak kesilapan. Namun pelaksanaan latih tubi dalam mengurangkan kesalahan tatabahasa dalam karangan tela berjaya. Jadual 2 menunjukkan bahawa kekerapan kesilapan tatabahasa dalam karangan yang telah dilakukan oleh kumpulan rawatan dalam ujian Pra, iaitu kekerapan kesilapan yang dilakukan oleh kumpulan rawatan dalam ujian Pra 89% kesilapan dan selepas kumpulan kumpulan ini telah menjalani rawatan yang diberikan oleh pengkaji selama dua bulan ia telah berkurangan menjadi 58% kesilapan. Ini menunjukkan bahawa pengkaji telah melakukan rawatan yang sesuai dan secukupnya untuk mengurangkan kesilapan bahasa. Manakala, hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa kumpulan kawalan tidak menunjukkan perubahan yang begitu ketara kerana penurunan peratus adalah sangat sedikit iaitu dari 95% turun sebanyak 83%. Di samping itu, mutu karangan telah dapat diperbaiki dan ia masih menunjukkan bahawa kumpulan kawalan masih lagi lemah dalam penulisan karangan. Walaupun, aspek tatabahasa menyebabkan ramai dalam kalangan murid membuat kesilapan, namun pengabaiannya boleh menyebabkan lebih ramai lagi murid yang membuat kesilapan. Sekiranya masalah seperti ini dipandang remeh, sudah pasti hasil penulisan murid akan merosot terutamanya dalam pembinaan struktur ayat dan juga aspek kegramatisan akan
  • 87. 87 terabai. Sebagai seorang guru, seharusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh setiap muridnya. Justeru itu, setiap kesilapan yang dilakukan oleh murid terutamanya dalam aspek tatabahasa haruslah dinyatakan atau ditunjukkan dengan jelas supaya dapat disedari oleh murid berkenaan. Hal ini juga bertujuan untuk mengelakkan murid mengulangi kesilapan yang sama secara berulang-ulang. Dalam menghasilkan suatu penulisan yang sempurna, seharusnya aspek-aspek yang berkaitan dengan tatabahasa seperti kata imbuhan, kata ganti, kata sendi, kata adjektif dalam karangan dimana ayatnya terdiri daripada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pasif dan ayat aktif tidak harus diabaikan. Walaupun, ramai dalam kalangan murid mengambil sambil lewa berkaitan penggunaan tatabahasa, namun ramai dalam kalangan mereka yang tidak menyedari bahawa aspek inilah yang seringkali murid membuat kesilapan. Terutamanya, dalam penulisan karangan. Ramai murid yang menyangka bahawa penulisan karangan ialah sama dengan aspek tatabahasa yang lain dan menganggap penggunaan tatabahasa bukan sebagai suatu masalah. Justeru, hasil kajian pengkaji diharap akan membantu para murid menyedari tentang kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. Permasalahan berkaitan dengan tatabahasa bukan sahaja melibatkan aspek-aspek penulisan malahan juga terdapat banyak persoalan yang perlu diketahui dan disedari oleh murid dan guru-guru. Hal ini ialah bertujuan supaya masalah yang berkaitan tatabahasa tidak lagi menjadi satu isu dalam penguasaan bahasa Melayu. Sebagai contoh, ramai dalam kalangan murid yang mengalami kekeliruan fungsi tatabahasa dan tidak tahu bagaimana tatabahasa