SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
NOVEL : JALAN KE PUNCAK
Nur Amalina Binti Rasid
2 Al-Biruni
MRSM Transkrian
TEMA
Novel ini membawa tema kegigihan seorang
pemuda dalam membina kecemerlangan
kerjaya masa depannya dengan cara
berdikari. Buktinya, Laiman yang berkelulusan
ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan
gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja
sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai
di kampungnya. Laiman turut mengusahakan
kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga
kedai makan dan menjadi peraih hasil
pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih
Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang
yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan
daripada pihak kerajaan.
PERSOALAN
1. Ketabahan menghadapi dugaan hidup
Contohnya Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada
keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.
2. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi
Contohnya Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan
sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan
menternak ikan air tawar serta udang harimau.
3. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga
Contohnya abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi
membiayai pengajian Laiman di universiti.
4. Semangat setia kawan
Contohnya Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman sentiasa
menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian walaupun
mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.
5. Semangat cinta akan negara
Contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan
untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.
6. Keyakinan terhadap usaha yang dijalankan
Contohnya Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan membuahkan
kejayaan walaupun pada peringkat awal ayahnya menentang sikapnya yang
menolak tawaran kerja di Jabatan Pertanian, namun akhirnya dia berjaya
menjadi petani moden sehingga kejayaannya diiktiraf oleh pihak kerajaan.
PERISTIWA PENTING YANG MEMBUKTIKAN TEMA
NOVEL INI
Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan berkerja makan gaji,
sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di
kampungnya. Laiman juga turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau,
berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat
usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan
mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.
SINOPSIS
BAB 1 : BAGAIKAN MIMPI
Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Sarawak untuk
menjalani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat
praktikal di sebuah syarikat minyak. Semasa menjalani latihan, dia menjalankan tugasnya dengan
bersungguh-sungguh dan penuh minat. Di situ, dia berkawan baik dengan Sukri. Dia bercerita kepada
Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti. Jika dia menerima tawaran bekerja
dari mana-mana syarikat, dia tidak akan menerimanya dengan cepat. Sukri hairan memikirkan sikap
Laiman. Kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi
Laiman hendak berehat. Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar
di universiti hingga tamat pengajian. Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya
membuka perniagaan kereta terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport. Seterusnya, dia
mengusahakan hotel. Kini, Chow Chin sudah menjadi jutawan baharu.
Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sehagai contoh untuk diteladani. Laiman
mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi tetapi berjaya
dalam hidup. Pemuda itu bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka bengkel
sendiri. Laiman tertarik akan pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang berijazah
atau tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak dan rajin berusaha. Perkara yang paling
penting ialah pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan. Kesemua perkara tersebut mampu membawa
dirinya ke arah hidup yang lebih terjamin.
BAB 2 : SESAL
Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai.
Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji
Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka
berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman,
Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan
pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan
menjawab, seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk.
Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang
jawapan daripada Soniah.
BAB 3 : MUSIBAH
Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki
minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di Kuching
untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan
sambil mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu.
Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja
di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut. Sukri
berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku, Laiman
tiada di situ. Sukri juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan
oleh pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada
Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya
kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi
mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang
perbualannya bersama Sonia seminggu yang lalu.
BAB 4 : HASRAT
Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar
Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin
melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang
kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko untuk
menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi
Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera merupakan impiannya.
Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman.
Laiman berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di
universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah sedang bersiar-siar, Laiman menyedari
kehadiran Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka.
BAB 5 : PULANG
Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.
BAB 6 : TENTANGAN
Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah.
Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut
seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan.
Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang
untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih
diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar
juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya Muluk
cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan
Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat
menyusahkan sesiapa sahaja yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar
tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.
BAB 7 : RESAH
Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di
jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban
untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan kelulusan
yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya
Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana
cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata
penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada
kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman
mendapat sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.
BAB 8 : TEKAD
Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik
Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok.
Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok
ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak
berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula
berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga
berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk
mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja dengan mereka.
BAB 9 : PUJUK
Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan
projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk
berkongsi pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman
terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun
Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil
usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula
menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan diri untuk
berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah
paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana
selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana
siswazah lain.
BAB 10 : HARAPAN
Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan
Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan
memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek
ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan
dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan
Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula
dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus
dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada
ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi
Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.
BAB 11 : GALAU
Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan
Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah
membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka
enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya
dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan.
Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja
dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman
telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan
kepada anak-anak muda yang menganggur.
BAB 12 : TABAH
Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan
sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha
yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja
bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung
terhadapnya.
BAB 13 : LUMAYAN
Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang
dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja
sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan
mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.
BAB 14 : SINAR
Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi
kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak
Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok.
Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya.
Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil
tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.
BAB 15 : IMPIAN TERLAKSANA
Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu.
Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut
bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat
bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai
makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang
kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya.
Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan
berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman.
Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.

More Related Content

Similar to NOTA asas komsas.pdf

Similar to NOTA asas komsas.pdf (20)

KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAKKOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
 
Sinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke PuncakSinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke Puncak
 
Komsas Tingkatan 2- Jalan ke puncak
Komsas Tingkatan 2- Jalan ke puncakKomsas Tingkatan 2- Jalan ke puncak
Komsas Tingkatan 2- Jalan ke puncak
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
 
ASSESSMENT BAHASA MELAYU
ASSESSMENT BAHASA MELAYUASSESSMENT BAHASA MELAYU
ASSESSMENT BAHASA MELAYU
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razziKomsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
 
Jalan ke puncak tasha 2 r
Jalan ke puncak tasha 2 rJalan ke puncak tasha 2 r
Jalan ke puncak tasha 2 r
 
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke PuncakAnalisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
 
Komsas Jalan ke Puncak
Komsas Jalan ke PuncakKomsas Jalan ke Puncak
Komsas Jalan ke Puncak
 
Jalan ke puncak aaa
Jalan ke puncak aaaJalan ke puncak aaa
Jalan ke puncak aaa
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Bm 2019 dinie
Bm 2019 dinieBm 2019 dinie
Bm 2019 dinie
 
sinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncaksinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncak
 
Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)
Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)
Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)
 
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAKSINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak   Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak
 
Komsas Jalan Ke Puncak
Komsas Jalan Ke PuncakKomsas Jalan Ke Puncak
Komsas Jalan Ke Puncak
 

Recently uploaded

perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptxperwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
Mas PauLs
 
AKSI NYATA Menyelenggarakan Pelaporan Belajar Oleh Murid.pdf
AKSI NYATA Menyelenggarakan Pelaporan Belajar Oleh Murid.pdfAKSI NYATA Menyelenggarakan Pelaporan Belajar Oleh Murid.pdf
AKSI NYATA Menyelenggarakan Pelaporan Belajar Oleh Murid.pdf
yulizar29
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsur
DoddiKELAS7A
 
Presentasi-ruang-kolaborasi-modul-1.4.doc
Presentasi-ruang-kolaborasi-modul-1.4.docPresentasi-ruang-kolaborasi-modul-1.4.doc
Presentasi-ruang-kolaborasi-modul-1.4.doc
LeoRahmanBoyanese
 
KISI KISI SAS GENAP-PAI 7- KUMER-2023.doc
KISI KISI SAS GENAP-PAI 7- KUMER-2023.docKISI KISI SAS GENAP-PAI 7- KUMER-2023.doc
KISI KISI SAS GENAP-PAI 7- KUMER-2023.doc
riska190321
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan AnakPWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 2.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 2.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 2.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 2.pdf
 
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.pptAnalisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
 
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxMETODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptxperwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
 
#05 SOSIALISASI JUKNIS BOK 2024 Canva_124438.pptx
#05 SOSIALISASI JUKNIS BOK 2024 Canva_124438.pptx#05 SOSIALISASI JUKNIS BOK 2024 Canva_124438.pptx
#05 SOSIALISASI JUKNIS BOK 2024 Canva_124438.pptx
 
AKSI NYATA Menyelenggarakan Pelaporan Belajar Oleh Murid.pdf
AKSI NYATA Menyelenggarakan Pelaporan Belajar Oleh Murid.pdfAKSI NYATA Menyelenggarakan Pelaporan Belajar Oleh Murid.pdf
AKSI NYATA Menyelenggarakan Pelaporan Belajar Oleh Murid.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsur
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
Presentasi-ruang-kolaborasi-modul-1.4.doc
Presentasi-ruang-kolaborasi-modul-1.4.docPresentasi-ruang-kolaborasi-modul-1.4.doc
Presentasi-ruang-kolaborasi-modul-1.4.doc
 
KISI KISI SAS GENAP-PAI 7- KUMER-2023.doc
KISI KISI SAS GENAP-PAI 7- KUMER-2023.docKISI KISI SAS GENAP-PAI 7- KUMER-2023.doc
KISI KISI SAS GENAP-PAI 7- KUMER-2023.doc
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptx
AKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptxAKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptx
AKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptx
 

NOTA asas komsas.pdf

  • 1. NOVEL : JALAN KE PUNCAK Nur Amalina Binti Rasid 2 Al-Biruni MRSM Transkrian
  • 2. TEMA Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari. Buktinya, Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan. PERSOALAN 1. Ketabahan menghadapi dugaan hidup Contohnya Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri. 2. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi Contohnya Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau. 3. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga Contohnya abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai pengajian Laiman di universiti. 4. Semangat setia kawan Contohnya Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri. 5. Semangat cinta akan negara Contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri. 6. Keyakinan terhadap usaha yang dijalankan Contohnya Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ayahnya menentang sikapnya yang menolak tawaran kerja di Jabatan Pertanian, namun akhirnya dia berjaya menjadi petani moden sehingga kejayaannya diiktiraf oleh pihak kerajaan.
  • 3. PERISTIWA PENTING YANG MEMBUKTIKAN TEMA NOVEL INI Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan berkerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman juga turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.
  • 5. BAB 1 : BAGAIKAN MIMPI Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Sarawak untuk menjalani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat praktikal di sebuah syarikat minyak. Semasa menjalani latihan, dia menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh minat. Di situ, dia berkawan baik dengan Sukri. Dia bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti. Jika dia menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat, dia tidak akan menerimanya dengan cepat. Sukri hairan memikirkan sikap Laiman. Kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi Laiman hendak berehat. Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar di universiti hingga tamat pengajian. Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya membuka perniagaan kereta terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport. Seterusnya, dia mengusahakan hotel. Kini, Chow Chin sudah menjadi jutawan baharu. Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sehagai contoh untuk diteladani. Laiman mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi tetapi berjaya dalam hidup. Pemuda itu bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka bengkel sendiri. Laiman tertarik akan pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang berijazah atau tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak dan rajin berusaha. Perkara yang paling penting ialah pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan. Kesemua perkara tersebut mampu membawa dirinya ke arah hidup yang lebih terjamin.
  • 6. BAB 2 : SESAL Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai. Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada Soniah.
  • 7. BAB 3 : MUSIBAH Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan sambil mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu. Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya bersama Sonia seminggu yang lalu.
  • 8. BAB 4 : HASRAT Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko untuk menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera merupakan impiannya. Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman. Laiman berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah sedang bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka.
  • 9. BAB 5 : PULANG Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.
  • 10. BAB 6 : TENTANGAN Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah. Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.
  • 11. BAB 7 : RESAH Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.
  • 12. BAB 8 : TEKAD Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja dengan mereka.
  • 13. BAB 9 : PUJUK Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.
  • 14. BAB 10 : HARAPAN Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.
  • 15. BAB 11 : GALAU Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur.
  • 16. BAB 12 : TABAH Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.
  • 17. BAB 13 : LUMAYAN Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.
  • 18. BAB 14 : SINAR Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.
  • 19. BAB 15 : IMPIAN TERLAKSANA Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.