SlideShare a Scribd company logo
1 of 43
ASSESSMENT
BAHASA
MELAYU -
JALAN KE
PUNCAK
NAMA: AISYATUL ADRIANA BINTI MUAMAR GADAFFI
KELAS: 2 JAZARI
HOMEROOM: NORAZILA
NO.MAKTAB:PB180074
NAMA GURU:SHURDI BIN SHUIB
SINOPSIS
– Laiman seorang pemuda dari Sabah menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan.Dia dihantar ke sebuah
syarikat minyak di Sarawak untuk menjalani latihan industri.Dia memang berkeupayaan untuk maju
dalam bidang yang dipelajarinya.Semasa dalam latihan,dia bekerja dengan bersungguh-sungguh tetapi
dia mempunyai impian yang lain.Di tempat latihan itu, Laiman akrab dengan gadis yang bernama
Soniah,yang juga masih belajar.Hal ini menimbulkan rasa cemburu kawannya yang bernama
Muluk.Soniah merasakan sesuatu tidak yang tidak kena antara Laiman dengan Muluk tetapi dia
menyembunyikan perasaanya itu.
– Ketika Laiman tiada di tempat kerja kerana pergi ke Kuching,tangki minyak telah terbakar. Ada andaian
yang menyatakan bahawa Laiman yang merancang pembakaran tangka minyak itu sebelum dia ke
Kuching.Pengurus Laiman juga mengesyaki perkara yang sama.Walau bagaimanapun,setelah
mendapat keterangan daripada Laiman,pengurus itu percaya bahawa Laiman tidak bersalah dalam hal
tersebut.
– Setelah tamat belajar,Laiman pulang ke kampungnya di Kusilad,Sabah.Dalam fikirannya,dia berpendapat
bahawa ijazah yang diperolehinya bukanlah tiket untuk dia mencari perkerjaan bergaji tetap.Dia
memikirkan projek yang sentiasa ada dalam fikirannya sejak dahulu.Apabila dia mendapat tawaran untuk
bekerja di jabatan pertanian,dia menolaknya.Perkara itu menimbulkan rasa hairan dalam hati
sepupunya,Milan dan juga menimbulkan kemarahan ayahnya,Pak Kiassim.Pak Kiassim yakin bahawa bekrja
makan gaji adalah yang terbaik bagi lulusan universiti.Fikiran Laiman ketika itu tertumpu pada projek
ternakan lebah madu dan ternakan ikan tawar.Dia merancang untuk menjalankan projek ternakan ikan air
tawar di tanah paya bersebelahan dengan tanah dengan Pak Sahok.Ternakan lebah madu tidak
mendatangkan masalah kepada Laiman kerana projek tersebut tidak memerlukan kawasan yang luas.Di
samping itu,dia juga menanam pokok temibikai.
– Kemarahan Pak Kiassim menjadi-jadi apabila melihat Laiman tidak beroleh apa-apa kemajuan.Namun begitu,Laiman
tetap dengan perdiriannya.Dia berpakat dengan Milan untuk terus bergerak maju.Pada permulaanya,Milan juga
kurang bersemangat.Milan menjadi yakin dan penuh semangat apabila Laiman tdak pernah berputus asa.Mereka
bersama-sama meminta izin Pak Sahok untuk melaksanakan projek di sebelah tanah Pak Sahok bukanlah pemilik
tanah yang dicita-citakannya itu tetapi dia tidak mahu bermusuh dengan Pak Sahok.
– Milan juga bersemangat seperti Laiman.Tanaman tembikai mula menampakkan kemajuan.Laiman memikirkan
projek lain,iaitu kebun limau dan kelapa.Milan berasa bimbang kerana fikiran Laiman terus bercabang-
cabang,tetapi Laiman yakin dengan tindakannya itu.Menurut Laiman,kerjanya yang banyak akan dibantu oleh
budak-budak yang gagal dalam persekolahan.Perkara tersebut tentu akan menyenangkan hati ibu-bapa budak-
budak itu.Setelah masalan berlalu agak lama,Pak Kiassim dapat menerima kejayaan Laiman dalam projek kebun
tembikainya.Namun,Pak Sahok masih enggan memberikan keizinan kepada Laiman untuk mengusahakan tanah
paya di sebelah tanahnya bagi dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar.Hasil perundingan dengan Pak
Kiassim,Pak Sahok kemudiannya bersetuju untuk membenarkan Laiman mengusahakan tanah tersebut.
– Laiman memulakan projek ikan air tawarnya.Kawasan paya itu diperdalam dengan menggunakan jentera
penggorek.Setelah segala-galanya berjalan dengan lancar,Laiman menambahkan lagi kolam
ternakannya.Sebahagian daripada Kawasan itu digunakan untuk ternakan ikan air tawar,manakala
sebahagiannya,lagi untuk ternakan udang harimau.Urusan kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya.
Masalah dalam bidang perusahaan adalah perkara biasa dan dihadapi oleh mana-mana
pengusaha.Masalah yang menimpa Laiman ialah dua orang anak muda yang dilatihnya,iaitu Kedek dan Muali
meninggalkannya untuk membuka perusahaan sendiri.Laiman tidak berasa kecewa kerana sekurang-
kurangnya telah berjaya melatih orang lain bekerja.
– Kejayaan Laiman kian terserlah apabila jabatan pertanian berjanji akan membantunya memperbesar
perusahaan ternakan ikan air tawar.Projek ikan air tawar yang diusahakannya itu akan didikan contoh di
daerah Kusilad.Hal ini mengembirakan Laiman dan Milan.Menurut pihak jabatan,ada kemungkinan projek itu
akan menjadi contoh terbesar di Sabah.Apabila Milan beredar ke warungnya,Laiman buat sekian kalinya
teringat akan Soniah,gadis yang akrab dengannya semasa dia berada di Sarawak dahulu.
TEMA
– Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang berkelulusan universiti bercita-cita untuk menjadi
usahawan muda.Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan,namun dia tidak memilih bidang
berkaitan dengan kelulusannya untuk kerjayanya.Dia memilih untuk membuat projekternakan ikan air
tawar,ternakan udang harimau,menanam tembikai,pengusaha kedai makan,serta menjadi pemborong dan
pembekal kelapa.Keutamaan projeknya ialah projek ternakan ikan air tawar.Pada tahap awal cita-citanya
ditentang oleh bapanya sendiri dan dipersenda oleh orang kampung.Walau bagaimanapun,perkara tersebut
menjadikan dirinya lebih tabah dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang.Ternakan air tawarnya diiktiraf oleh
jabatan pertanian sebagai projekcontoh di daerah tempat tinggalnya,bahkan mungkin akan dinaikkan ke tahap
paling baik di seluruh negerinya.
PERSOALAN
– a) Kasih sayang dalam keluarga. Contohnya,bapa,nenek dan Mail amat menyayangi Laiman.Laiman juga
menyayangi mereka.Sepupu Laiman,iaitu Milan menyayangi Laiman dan sanggup menjadi pembantu setia
dalam setiap projek yang diusahakan oleh Laiman.
– b) Kepentingan pelajaran.Contonya,Laiman menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan,walaupun
akhirnya dia tidak menjadi jurutera tetapi dia tetap mencintai ilmu tersebut.
– c)Pengorbanan untuk keluarga.Contohnya,nenek dan abang Laiman berkorban untuk Laiman.Nenek Laiman
mengeluarkan wang simpanannya untuk pengajian Laiman dan abangnya masih tidak berkahwin lagi kerana
wangnya sering diberikan kepada Laiman untuk pengajiannya.
– d)Cinta antara teruna dan dara.Contohnya,Laiman merasai cinta kepada Soniah pada bahagian akhir novel
ini.Ada tanda-tanda bahawa Soniah juga mencintainya.
– e)Hubungan baik antara kaum.Contohnya,bapa Milan boleh mengambil barang-barang di kedai seorang
taukeh Cina secara berhutang.Milan juga pernah bekerja di kebun kelapa taukeh itu.Mereka saling
mempercayai.
– f)Kemiskinan.Contohnya,penduduk kampung Laiman,iaitu Kampung Kusilad rata-ratanya hidup dalam
kemiskinan.
– g)Kegigihan anak muda dalam melaksanakan pekerjaan.Contohnya,Laiman dan Milan amat gigih bekerja
hingga mereka berjaya dalam projek yang diusahakan oleh mereka.
– h)Sikap mengutamakan kerjaya sebelum bercinta.Laiman tidak memikirkan soal cinta sebelum mencapai
kejayaan.
WATAK DAN PERWATAKAN
a) Watak utama dalam novel ialah Laiman.
b) Watak sampingan terdiri daripada Milan,Pak Kiassim,Pak Sahok,Soniah,Sukri,Mail,Muluk,Kedek dan Muali.
LAIMAN
a) Laiman ialah anak Pak Kiassim,berasal dari Kusilad,Sabah.Dia mempunyai abang bernama Mail,dan adik
bernama Jariah.
b) Ibu Laiman telah meniggal dunia.
c) Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan tetapi bercita-cita untuk menjadi usahawan
muda yang berjaya.
d) Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak.
e) Laiman suka membantu pekerja-pekerja bawahannya semasa dia menjalani latihan praktikal.
f) Laiman bercita-cita tinggi untuk maju dalam pekerjaan tanpa makan gaji.
g) Laiman seorang yang berdikari kerana merancang untuk melakukan projek ikan air tawar dan penternakan
lebah madu.
h) Laiman juga seorang yang rajin kerana dia menjalankan penanaman tembikai,menjalankan perniagaan
kuih,serta menjadi peraih pisang dan kelapa.
i) Laiman seorang yang tabah kerana dia berusaha memujuk Pak Sahok untuk mengizinkannya menggunakan
tanah paya sebelah di sebelah tanah Pak Sahok untuk dijadikan kawasan projek ternakan ikan air tawar.
j) Laiman seorang yang berprinsip,iaitu dia tidak menerima tawaran pekerjaan bergaji yang tidak digemarinya.
k) Laiman seorang yang beradab sopan dan menghormati orang tua.
l) Laiman seorang yang berdikari kerana dia mahu bekerja sendiri tanpa makan gaji dengan mana-mana pihak
kerajaan walaupun dia mempunyai kelulusan yang baik dalam pelajaran.
m) Laiman seorang yang taat akan perintah agama,iaitu rajin menunaikan solat di surau.
n) Laiman jujur dalam pekerjaan,iaitu dia tidak menyembunyikan jumlah simpanan daripada pengetahuan
rakan kongsinya,iaitu Milan.
o) Laiman berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain dalam projek ternakan ikan air tawarnya.
p) Laiman berjaya mencapai cita-citanya menjadi usahawan yang berjaya kerana dia seorang yang gigih dan
tidak mudah putus asa.
PAK KIASSIM
a) Pak Kiassim ialah Bapa Laiman.
b) Pak Kiassim telah kematian isteri.
c) Dia tidak bersetuju apabila Laiman menyatakan bahawa dia mahu memulakan projek ternakan ikan air tawar.
d) Sikapnya berubah apabila Laiman menampakkan kemajuan dalam penanaman tembikai.
e) Dia berbangga atas kejayaan Laiman.
f) Pak Kiassim seorang yang pemaaf,iaitu memaafkan Laiman yang tidak mendengar kata-katanya.
g) Pak Kiassim seorang yang sedar akan kesilapan ,iaitu mengakui bahawa dia tidak memahami niat suci Laiman
untuk menjalankan perniagaan sendiri.
h) Pak Kiassim seorang bapa yang bertanggungjawab,iaitu Pak Kiassim cuba memujuk Pak Sahok supaya
mengizinkan Laiman menggunakan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok.
i) Pak Kiassim seorang ayah yang mengambil berat terhadap masa depan anak-anaknya.
MILAN
a) Milan ialah sepupu Laiman.
b) Milan seorang yang rajin menolong Laiman dalam melaksanakan beberapa projek.
c) Milan juga sentiasa bersedia melakukan sebarang kerja yang diminta atau disuruh oleh Laiman.
d) Keadaan hidupnya berubah setelah dia bekerja bersama-sama dengan Laiman.
e) Milan seorang yang mengenang budi,iaitu dalam diam-diam dia berterima kasih kepada Laiman kerana
bersusah payah mengajarnya mengenali hidup.
f) Milan tidak mudah berputus asa dan dia sentiasa cuba memberikan kata-kata perangsang kepada Laiman
untuk terus mencari jalan supaya cita-cita Laiman untuk membuka projek ternakan ikan air tawar tercapai.
g) Milan seorang kawan yang setia.Buktinya,dia berusaha untuk mengekalkan hubungan baiknya dengan
Laiman.
PAK SAHOK
a) Pak Sahok memiliki tanah berhampiran dengan tanah paya yang ingin diusahakan oleh Laiman untuk projek
ternakan ikan air tawarnya.
b) Pak Sahok seorang petani.
c) Pak Sahok salah seorang ahli jawatankuasa dalam rancangan perkampungan baharu di kampungnya.
d) Pada mulanya dia tidak mengizinkan Laiman melaksanakan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya
tetapi akhirnya bersetuju setelah Pak Kiassim memujuknya.
e) Pak Sahok sedar akan niat baik Laiman dan Milan untuk memajukan masyarakat yang tinggal di kampungnya.
SONIAH
a) Soniah ialah sahabat baik Laiman semasa di Sarawak.
b) Soniah merupakan pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia,sama seperti Laiman.Dia
memasuki universiti terkemudian daripada Laiman.
c) Soniah dapat mengesan bahawa Muluk memusuhi Laiman tetapi tidak mengatakannya kepada Laiman.
d) Soniah merupakan seorang gadis yang bercita-cita tinggi.
e) Soniah merupakan gadis manis,bertubuh kecil,tinggi lampai dan berkulit putih kuning.
f) Dia tidak menjadi jurutera tetapi menerima tugas untuk membantu bapa saudaranya menguruskan sebuah
syarikat yang terletak di Kota Kinabalu.
SUKRI
a) Sukri bekerja di sebuah syarikat minyak di Sarawak.
b) Sukri rapat dengan Laiman semasa Laiman menjalani latihan praktikal.
c) Sukri tidak percaya Laiman membakar tangki minyak dan dia membela nasib Laiman.
d) Sukri seorang yang mudah cemas terutamanya apabila mengetahui berita tentang tangka minyak tempatnya
bekerja terbakar.
e) Sukri seorang yang pandai menghargai persahabatan kerana membawa Laiman makan sebuah restoran
sebagai tanda penghargaan kepada Laiman.
MAIL
a) Mail abang kepada Laiman.
b) Mail sanggup berkorban demi adik-adiknya supaya adik-adiknya maju dalam pelajaran.
c) Mail bekerja di Koperasi Pembangunanan Desa,iaitu di Kota Marudu dan jarang-jarang pulang ke kampung.
d) Mail sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada Laiman agar terus maju dalam projek yang
diusahakannya.
e) Mail menyimpan perasaan kepada anak Pak Muluk,iaitu Tini tetapi menyembunyikan perasaan tersebut demi
keutamaanya terhadap keluarga.
KEDEK DAN MUALI
a) Kedek dan Muali mendapatkan kepercayaan daripada Laiman untuk menjalani kursus projek ternakan ikan air
tawar.
b) Bagi Laiman,mereka ialah golongan yang rajin,tekun dan tidak banyak cakap.
c) Mereka meninggalkan projek Laiman untuk memulakan projek mereka sendiri.
MULUK
a) Muluk cemburu kerana Laiman berbaik-baik dengan Soniah.
b) Muluk mensabotaj Laiman dengan membakar tangki minyak agar Laiman dituduh melakukan perbuatan
tersebut.
c) Dia diberkas dan telah dihadapkan ke mahkamah.
PLOT
JALINAN PERISTIWA PENTING
a) Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak.Dia akrab dengan Sukri.Di samping
itu,dia juga berbaik-baik dengan gadis yang bernama Soniah.
b) Oleh sebab tugasnya dijalankan dengan baiknya,pengurus syarikatnya menyayangi Laiman.Laiman disukai
oleh pengurusnya dan keakraban Laiman dengan Soniah menimbulkan rasa cemburu di hati Muluk.
c) Kebakaran tangki minyak di syarikat minyak itu telah menimbulkan spekulasi bahawa Laiman yang
melakukannya.Namun,ketika itu Laiman berada di Kuching untuk berjumpa dengan kawan sekuliahnya.
d) Pengurus yang mengesyaki Laiman melakukan sabotaj tersebut kemudiannya percya bahawa Laiman tidak
bersalah.
e) Laiman balik ke kampungnya di Sabah setelah tamat belajar dan mendapat ijazah dalam bidang
kejuruteraan.Dia tidak bersedia menerima jawatan bergaji tetap,walaupun jabatan pertanian menawarkan
pekerjaan kepadanya.
f) Penolakan jawatan itu menyebabkan bapanya,Pak Kiassim berasa marah.Pak Kiassim mengungkit
pengorbanan keluarganya demi mengutamakan kemajuan Laiman dalam pelajaran.
g) Laiman tetap bergegas tidak mahu bekerja dengan kerajaan.Dia keluar menemui sepupunya,Milan.Pada
mulanya,Milan sependapat dengan Pak Kiassim tetapi kemudian bersetuju dengan cita-cita Laiman.
h) Laiman mahu menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa kerja lain.Dia memujuk Pak Sahok
supaya mengizinkan penggunaan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok tetapi Pak Sahok enggan
mengizinkannya.
i) Pada masa yang sama,Laiman mengusahakan penanaman tembikai dan usaha itu berjaya.Tembikai itu dijual
kepada kawannya di Kota Kinabalu dan dia mendapat hasil yang banyak.
j) Pak Kiassim memuji Laiman atas kejayaan itu.Dia menawarkan diri unutk memujuk Pak Sahok agar bersetuju
dengan cadangan Laiman untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar. Laiman mengetahui bahawa
tanah itu bukannya tanah Pak Sahok tetapi hanya berhampiran dengan tanah Pak Sahok.
k) Rundingan Pak Kiassim dengan Pak Sahok membuahkan kejayaan.Pak Sahok bersetuju,terutama apabila
mendapati Laiman berjaya dalam setiap kerja yang dilakukannya.
l) Projek ternakan ikan air tawar bermula dengan menggorek tanah paya itu untuk dijadikan kolam.Pada masa
yang sama,Laiman juga mempunyai rancangan lain,iaitu menternak lebah madu,menjual pisang,menjual kuih
serta menjadi peraih pisang dan menjual kelapa.
m) Masalah timbul apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak meninggalkannya untuk melaksanakan
projek sendiri.Milan menganggap itu sebagai masalah besar tetapi Laiman tidak menganggap demikian.Dia
merestui pemergian Kedek dan Muali dan berdoa agar projek mereka berjaya.
n) Jabatan pertanian mengiktiraf projek ternakan ikan air tawar Laiman itu sebagai projek contoh di
daerahnya.Jabatan pertanian juga mengatakan projek itu akan dijadikan projek yang terbesar di Sabah.
o) Apabila Laiman berjaya,dia mula memikirkan hubungannya dengan Soniah.Kebetulan Soniah akan dating
bekerja di Kota Kinabalu untuk membantu bapa saudaranya.
TEKNIK PLOT
a) Teknik pemerian.
Pengarang memerihalkan keadaan Sukri ketika dia sampai di tempat tangki minyak syarikatnya bekerja itu
terbakar.
Ketika Sukri sampai di tempat kejadian,api menjulang-julang naik.Anggota bomba sudah dipanggil untuk
memadamkan kebakaran.Sukri terburu-buru keluar dari kereta dan berlari ke arah orang ramai yang sedang
berkumpul.
b) Teknik dialog.
Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini,termasuklah dialog antara Laiman dengan Pak
Kiassim.Contohnya,
“Ayah,cuba berjumpa dengan Pak Sahok nanti,” kata Pak Kiassim.
“Untuk apa?”
“Untuk projek kamu tu.”
“Betulkah ini,ayah?”
c) Teknik monolog.
Sukri berbisik sendiri apabila memikirkan peristiwa tangki minyak yang terbakar itu berkemungkinan ada orang
yang bekerja di syarikat itu berniat jahat untuk menjatuhkan Laiman.Contohnya,
‘Ya,mungkin saja,’bisik Sukri.
d) Teknik monolog dalaman.
Laiman memikirkan bahawa Soniah seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya.Contohnya,
Soniah seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu ,fikir Laiman.Muluk!Kenapa Soniah sebut fasal
Muluk?Apakah pula rahsia yang disembunyikan oleh Muluk?Kalau tidak takkanlah anak gadis itu bertanya fasal
Muluk di hadapannya.
e) Teknik imbas kembali.
Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang.Antaranya,termasuklah Laiman teringat
akan peristiwa sewaktu dia ingin mencari penaja untuk membiayai pengajiannya di university dahulu.Contohnya,
Dia pernah mengalami masalah itu dahulu.Dia terpaksa bertungkus-lumus untuk mencari penaja.Hampir
sebulan Laiman turun naik pejabat.Yayasan Sabah sudah.Kerajaan negeri juga sudah.Tuah telah menyebelahi
Laiman kerana kedua-duanya memberikan kesanggupan untuk memberikannya biasiswa.
f) Teknik saspens.
Pembaca tertanya-tanya orang yang menyebabkan peristiwa tangki minyak itu terbakar.Contohnya,
….Sukri menyimpulkan bahawa itu ialah perbuatan khianat.Namun begitu,perbuatan siapa?Siapakah
yang berani melakukannya?Sukri tahu semua perangai pekerja di syarikat itu.
LATAR
LATAR TEMPAT
a) Sebuah pejabat di tepi pantai yang terletak di Sarawak.Contohnya,tempat Laiman menjalani latihan praktikal.
b) Sebuah restoran di pekan.Contohnya,Laiman minum bersama-sama dengan Soniah di sebuah restoran yang
terletak di pekan.
c) Bandar Miri.Contohnya,tempat Laiman dan Soniah berjalan-jalan.
d) Kota Marudu.Contohnya,tempat Mail bertugas, iaitu dia Koperasi Pembangunan Desa.
e) Rumah sewa Laiman.Contohnya,Sukri datang ke rumah Laiman untuk memberitahu Laiman tentang kejadian
tangki minyak yang terbakar itu.
f) Rumah Laiman.Contohnya,tempat Laiman dimarahi bapanya kerana tidak mahu bekerja makan gaji dengan
kerajaan.
g) Kampung Bawang.Contohnya,tempat Laiman dan Mail menziarahi arwah Pak Muluk dan adat berjaga masih
diamalkan kampung itu.
h) Tanah paya.Contohnya,tempat projek ternakan ikan air tawar Laiman dijalankan.
i) Gerai Pitas.Contohnya,Pak Sahok berbual-bual dengan Laiman dan Milan tentang kejayaan projek ternakan
ikan air tawar mereka berdua.
LATAR MASA
a) Waktu siang.Contohnya,sewaktu Laiman dan kawan-kawannya bekerja di syarikat minyak.
b) Waktu petang.Contohnya,selepas waktu pejabat Laiman bersiar-siar di pekan Lotong.
c) Waktu malam.Contohnya,Laiman singgah di rumah Milan dan meluahkan perasaannya yang kecewa kepada
Milan.
d) Enam bulan.Contohnya,Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak.
e) Dua tahun.Contohnya,Laiman diterima masuk ke matrikulasi sebelum ditawarkan ke universiti.
f) Lebih kurang tiga tahun.Contohnya,Laiman dan Soniah masih berhubung melalui surat yang dikirimkan oleh
Soniah kepadanya.
g) Hari Ahad.Contohnya,Laiman membawa kuih yang telah dipajaknya daripada orang kampung lalu dibawa ke
Gerai Pitas.
h) Tiga bulan.Contohnya,Laiman dan Milan telah menjalankan perniagaan kuih di Gerai Pitas.
LATAR MASYARAKAT
a) Masyarakat yang bekerja kuat.Contohnya,Laiman dan Milan bekerja keras supaya segala rancangan projek
mereka tercapai.
b) Masyarakat yang berpelajaran tinggi.Contohnya,Laiman dan Soniah merupakan pelajar yang mengambil
kursus dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.
c) Masyarakat yang hidup miskin dan sederhana.Contohnya,orang kampung Laiman yang tinggal di Kampung
Kusilad hidup secara bersederhana.
d) Masyarakat yang bersifat cemburu.Contohnya,Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan Soniah sehingga
dia sanggup mengkhianati Laiman.
e) Masyarakat yang taat akan perintah agama.Contohnya,Laiman dan Milan rajin menunaikan solat di surau.
f) Masyarakat yang boleh berubah.Contohnya,sikap anak-anak muda di kampung Laiman berubah daripada
keadaan malas menjadi rajin untuk bekerja.
g) Masyarakat yang mengamalkan sifat kerjasama.Contohnya,pegawai pertanian yang berjumpa dengan Laiman
dan Milan sentiasa bersedia untuk membantu mereka melaksanakan projek mereka.
h) Masyarakat yang bijak mengendalikan perniagaan.Contohnya,Laiman merupakan anak muda yang bijak
menjalankan perniagaan sehingga berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampungnya.
GAYA BAHASA DAN UNSUR
BAHASADIIKSI
Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang memaparkan kisah anak
muda yang menjalankan aktiviti.
AYAT
Sepanjang jalan cerita,pengarang berselang-seli menggunakan ayat-ayat pendek dan panjang.
a) Ayat-ayat pendek.Contohnya,
 Soniah berjalan agak cepat.
 Tidak ada bezanya.
 Laiman tersentak.
 Milan memberikan kata putus.
 Angguk.
b) Ayat-ayat panjang.Contohnya,
 Dia berpendapat kalau ramai yang berfikiran begitu negara akan beruntung kerana dapat melahirkan ramai
tenaga mahir yang sesuai dengan dasar kerajaan.
 Sukri dapat membaca sikap Laiman setelah hampir tiga bulan pemuda dari Sabah itu berada dalam
pengawasannya.
 Harapan Laiman setinggi gunung,semoga pengurus itu tidak akan mencemarkan namanya hanya kerana
kejadian yang dia sendiri tidak tahu.
 Namun begitu,usahanya untuk mencari pendekatan dalam bidang yang baharu seakan-akan terbantut oleh
orang-orangnya sendiri yang tidak mahu menerima perubahan secara perlahan-lahan.
 Subsidi untuk projek itu sudah pun diurus dan diatur oleh pegawai pertanian itu sendiri tanpa bantuan dan
campur tangan Laiman.
BAHASA ARAB
Terdapat juga bahasa Arab yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini.Contohnya,
 “Tenangkan fikiran.Baca bismillah sebelum masuk,”kata Sukri sambil ketawa.
 Kita sepatutnya berusaha dan bertawakkal kepada Allah.
 “Syukur,alhamdulillah,”kata Milan,lalu dia terus ke warungnya kerana tiada orang yang menjaganya.
METAFORA
Perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata iaitu konkrit dan abstrak.
PERSONIFIKASI
Memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentu digunakan oleh pengarang sebagai rencah dalam
novelnya.Contohnya,
 Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega.
 Matahari pun tidak lagi galak sinarnya.
 Petang semakin tua.
 Daun-daun yang beraneka jenis itu terliuk-liuk mengikut rentak irama angin kering.
 Anak matanya tepat menikam kebun tembikai yang seluas lima hektar yang diusahakannya sendiri sejak dua
bulan yang lalu.
HIPERBOLA
Gaya bahasa hiperbola atau bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
daripada maksud yang sebenarnya terdapat dalam novel ini.Contohnya,
 Penyesalannya terus saja meronta-ronta ,menghempas pintu hatinya.
SIMILE
Simile ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain dengan menggunakan perkataan
bagai,bak,ibarat,laksana,macam,seperti dan umpama.Contohnya,
 ‘Nasib manusia ini bagai menanam benih,’fikir Soniah.
 Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya.
SINKOPE
Pengarang turut menggunakan sinkope atau singkatan sesuatu perkataan dalam novel ini.Contohnya,
 “Berita tak baik?Berita apa tu,Ri?”
 Dia berhenti sekolah dulu kerana membantu ayah untuk memberikan pelajaran yang cukup kepada kamu dan
adik-adikmu yang lain.
PERIBAHASA
Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang dalam novel ini.Contohnya,
 Kata orang,selurus-lurus ekor anjing,ada juga bengkoknya.
 Namun begitu,apakan daya kerana nasi sudah menjadi bubur.
REPETISI
Unsur repetisi atau perulangan turut diutarakan oleh pengarang dalam novel ini.Contohnya,
 “Nak marah kepada siapa?Marah kepada aku,sedangkan aku tak ada pada waktu itu?Susah dia nak marah.”
 Bukan sakit,bukan ditimpa kemalangan,tapi kita yang sedang sakit sekarang.Kepala kita yang sakit.
NILAI
a) Kasih sayang.Contohnya,nenek Laiman membelanjakan wang simpanannya dalam jumlah yang banyak untuk
membiayai pengajian Laiman.
b) Ketabahan.Contohnya,Laiman berusaha bersungguh-sungguh dan dengan tabahnya bagi memastikan
projeknya berjaya.
c) Setia kawan.Contohnya,Milan sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungan baiknya dengan Laiman.
d) Kerjasama.Contohnya,Milan bekerjasama dengan Laiman hingga projek mereka berjaya.
e) Kesyukuran.Contohnya,Laiman bersyukur kerana Milan sentiasa menyokong segala usaha dan
perancangannya.
PENGAJARAN
a) Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.Contohnya,Laiman
bekerja keras bagi memastikan segala rancangan projeknya berjaya.
b) Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.Contohnya,Laiman menyiapkan kerja yang
diarahkan oleh pengurus syarikat minyak dengan penuh tanggungjawab.
c) Kita tidak sepatutnya bersikap khianat terhadap rakan.Contohnya,Muluk sanggup mengkhianati Laiman
kerana Laiman mempunyai hubungan yang rapat dengan Soniah.
d) Kita hendaklah bekerjasama untuk mencapai kejayaan.Contohnya,Laiman dan Milan bekerjasama untuk
melaksanakan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa projek lain.
e) Kita disarankan supaya menjadi ahli keluarga yang prihatin.Contohnya,Mail sentiasa mengambil berat tentang
segala projek yang diusahakan oleh Laiman.
KEISTIMEWAAN
Menceritakan tentang seorang pemuda yang begitu gigih dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin
dilakukannya.
KEKURANGAN
Dari segi cerita,novel tersebut kekurangan huraian untuk mengukuhkan lagi jalan cerita tersebut.
PENAMBAHBAIKAN CERITA
Penulis tersebut boleh menambahkan sedikit huraian agar para pembaca dapat memahami jalan cerita novel
tersebut.

More Related Content

What's hot

Jalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habisJalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habisHaziqAaryan
 
Novel jalan ke puncak (dayah)
Novel jalan ke puncak (dayah)Novel jalan ke puncak (dayah)
Novel jalan ke puncak (dayah)hidayahabir
 
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAKSINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAKalifazizan2
 
Sinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke PuncakSinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke Puncakpopchinoz
 
Jalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulauJalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulaudhiyahamzah
 
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak NurulNasrahtul
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakJaafarMat
 
Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1muazbakhori
 
Komsas Jalan Ke Puncak
Komsas Jalan Ke PuncakKomsas Jalan Ke Puncak
Komsas Jalan Ke Puncakamiracomel
 
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAKKOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAKaisyahsofia3
 
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razziKomsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razziAliaRazip
 
Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncakKomsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncakamiracomel
 

What's hot (20)

Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
Jalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habisJalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habis
 
Novel jalan ke puncak (dayah)
Novel jalan ke puncak (dayah)Novel jalan ke puncak (dayah)
Novel jalan ke puncak (dayah)
 
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAKSINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
 
Novel Jalan Ke Puncak
Novel Jalan Ke PuncakNovel Jalan Ke Puncak
Novel Jalan Ke Puncak
 
Sinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke PuncakSinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulauJalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulau
 
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak aaa
Jalan ke puncak aaaJalan ke puncak aaa
Jalan ke puncak aaa
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
Bm 2019 dinie
Bm 2019 dinieBm 2019 dinie
Bm 2019 dinie
 
Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Komsas Jalan Ke Puncak
Komsas Jalan Ke PuncakKomsas Jalan Ke Puncak
Komsas Jalan Ke Puncak
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAKKOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
 
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razziKomsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
 
Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncakKomsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak
 

Similar to ASSESSMENT BAHASA MELAYU

JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKJALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKSidekHasbullah
 
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)ChibiMochi
 
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptxNOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptxNURULATIQAHBINTIABDG
 
NOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdfNOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdfLogeshvaran2
 
NOVEL JALAN KE PUNCAK
NOVEL JALAN KE PUNCAKNOVEL JALAN KE PUNCAK
NOVEL JALAN KE PUNCAKhaizadfarhan
 
sinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncaksinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncakadamharith6
 
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke PuncakAnalisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke PuncakAdamHarith7
 
Komsas - Jalan Ke Puncak
Komsas - Jalan Ke PuncakKomsas - Jalan Ke Puncak
Komsas - Jalan Ke PuncakHuwaidaGhazali
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakERWANRAISJR
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakERWANRAISJR
 

Similar to ASSESSMENT BAHASA MELAYU (12)

JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKJALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
 
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
 
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptxNOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
 
NOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdfNOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdf
 
NOVEL JALAN KE PUNCAK
NOVEL JALAN KE PUNCAKNOVEL JALAN KE PUNCAK
NOVEL JALAN KE PUNCAK
 
sinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncaksinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncak
 
Novel Jalan Ke Puncak
Novel Jalan Ke Puncak Novel Jalan Ke Puncak
Novel Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke PuncakAnalisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
 
Komsas - Jalan Ke Puncak
Komsas - Jalan Ke PuncakKomsas - Jalan Ke Puncak
Komsas - Jalan Ke Puncak
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 

Recently uploaded

SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASsusilowati82
 
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAgusSuarno2
 
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakAksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakDianPermana63
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxMateri E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxAmmar Ahmad
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxMateriSMPTDarulFalah
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanaji guru
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxrandikaakbar11
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfssuser29a952
 
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitikObat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitikNegustinNegustin
 
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptxSlide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptxtressa8
 
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8RiniWulandari49
 
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan AnakPWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan AnakOcieocietralalatrilili Tharigan
 
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.pptDemokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.pptretno12886
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdfAndiCoc
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptxErikaPutriJayantini
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
 
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakAksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxMateri E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitikObat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
 
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptxSlide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
 
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
 
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan AnakPWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
 
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.pptDemokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

ASSESSMENT BAHASA MELAYU

  • 1. ASSESSMENT BAHASA MELAYU - JALAN KE PUNCAK NAMA: AISYATUL ADRIANA BINTI MUAMAR GADAFFI KELAS: 2 JAZARI HOMEROOM: NORAZILA NO.MAKTAB:PB180074 NAMA GURU:SHURDI BIN SHUIB
  • 2. SINOPSIS – Laiman seorang pemuda dari Sabah menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan.Dia dihantar ke sebuah syarikat minyak di Sarawak untuk menjalani latihan industri.Dia memang berkeupayaan untuk maju dalam bidang yang dipelajarinya.Semasa dalam latihan,dia bekerja dengan bersungguh-sungguh tetapi dia mempunyai impian yang lain.Di tempat latihan itu, Laiman akrab dengan gadis yang bernama Soniah,yang juga masih belajar.Hal ini menimbulkan rasa cemburu kawannya yang bernama Muluk.Soniah merasakan sesuatu tidak yang tidak kena antara Laiman dengan Muluk tetapi dia menyembunyikan perasaanya itu. – Ketika Laiman tiada di tempat kerja kerana pergi ke Kuching,tangki minyak telah terbakar. Ada andaian yang menyatakan bahawa Laiman yang merancang pembakaran tangka minyak itu sebelum dia ke Kuching.Pengurus Laiman juga mengesyaki perkara yang sama.Walau bagaimanapun,setelah mendapat keterangan daripada Laiman,pengurus itu percaya bahawa Laiman tidak bersalah dalam hal tersebut.
  • 3. – Setelah tamat belajar,Laiman pulang ke kampungnya di Kusilad,Sabah.Dalam fikirannya,dia berpendapat bahawa ijazah yang diperolehinya bukanlah tiket untuk dia mencari perkerjaan bergaji tetap.Dia memikirkan projek yang sentiasa ada dalam fikirannya sejak dahulu.Apabila dia mendapat tawaran untuk bekerja di jabatan pertanian,dia menolaknya.Perkara itu menimbulkan rasa hairan dalam hati sepupunya,Milan dan juga menimbulkan kemarahan ayahnya,Pak Kiassim.Pak Kiassim yakin bahawa bekrja makan gaji adalah yang terbaik bagi lulusan universiti.Fikiran Laiman ketika itu tertumpu pada projek ternakan lebah madu dan ternakan ikan tawar.Dia merancang untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya bersebelahan dengan tanah dengan Pak Sahok.Ternakan lebah madu tidak mendatangkan masalah kepada Laiman kerana projek tersebut tidak memerlukan kawasan yang luas.Di samping itu,dia juga menanam pokok temibikai.
  • 4. – Kemarahan Pak Kiassim menjadi-jadi apabila melihat Laiman tidak beroleh apa-apa kemajuan.Namun begitu,Laiman tetap dengan perdiriannya.Dia berpakat dengan Milan untuk terus bergerak maju.Pada permulaanya,Milan juga kurang bersemangat.Milan menjadi yakin dan penuh semangat apabila Laiman tdak pernah berputus asa.Mereka bersama-sama meminta izin Pak Sahok untuk melaksanakan projek di sebelah tanah Pak Sahok bukanlah pemilik tanah yang dicita-citakannya itu tetapi dia tidak mahu bermusuh dengan Pak Sahok. – Milan juga bersemangat seperti Laiman.Tanaman tembikai mula menampakkan kemajuan.Laiman memikirkan projek lain,iaitu kebun limau dan kelapa.Milan berasa bimbang kerana fikiran Laiman terus bercabang- cabang,tetapi Laiman yakin dengan tindakannya itu.Menurut Laiman,kerjanya yang banyak akan dibantu oleh budak-budak yang gagal dalam persekolahan.Perkara tersebut tentu akan menyenangkan hati ibu-bapa budak- budak itu.Setelah masalan berlalu agak lama,Pak Kiassim dapat menerima kejayaan Laiman dalam projek kebun tembikainya.Namun,Pak Sahok masih enggan memberikan keizinan kepada Laiman untuk mengusahakan tanah paya di sebelah tanahnya bagi dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar.Hasil perundingan dengan Pak Kiassim,Pak Sahok kemudiannya bersetuju untuk membenarkan Laiman mengusahakan tanah tersebut.
  • 5. – Laiman memulakan projek ikan air tawarnya.Kawasan paya itu diperdalam dengan menggunakan jentera penggorek.Setelah segala-galanya berjalan dengan lancar,Laiman menambahkan lagi kolam ternakannya.Sebahagian daripada Kawasan itu digunakan untuk ternakan ikan air tawar,manakala sebahagiannya,lagi untuk ternakan udang harimau.Urusan kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya. Masalah dalam bidang perusahaan adalah perkara biasa dan dihadapi oleh mana-mana pengusaha.Masalah yang menimpa Laiman ialah dua orang anak muda yang dilatihnya,iaitu Kedek dan Muali meninggalkannya untuk membuka perusahaan sendiri.Laiman tidak berasa kecewa kerana sekurang- kurangnya telah berjaya melatih orang lain bekerja.
  • 6. – Kejayaan Laiman kian terserlah apabila jabatan pertanian berjanji akan membantunya memperbesar perusahaan ternakan ikan air tawar.Projek ikan air tawar yang diusahakannya itu akan didikan contoh di daerah Kusilad.Hal ini mengembirakan Laiman dan Milan.Menurut pihak jabatan,ada kemungkinan projek itu akan menjadi contoh terbesar di Sabah.Apabila Milan beredar ke warungnya,Laiman buat sekian kalinya teringat akan Soniah,gadis yang akrab dengannya semasa dia berada di Sarawak dahulu.
  • 7. TEMA – Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang berkelulusan universiti bercita-cita untuk menjadi usahawan muda.Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan,namun dia tidak memilih bidang berkaitan dengan kelulusannya untuk kerjayanya.Dia memilih untuk membuat projekternakan ikan air tawar,ternakan udang harimau,menanam tembikai,pengusaha kedai makan,serta menjadi pemborong dan pembekal kelapa.Keutamaan projeknya ialah projek ternakan ikan air tawar.Pada tahap awal cita-citanya ditentang oleh bapanya sendiri dan dipersenda oleh orang kampung.Walau bagaimanapun,perkara tersebut menjadikan dirinya lebih tabah dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang.Ternakan air tawarnya diiktiraf oleh jabatan pertanian sebagai projekcontoh di daerah tempat tinggalnya,bahkan mungkin akan dinaikkan ke tahap paling baik di seluruh negerinya.
  • 8. PERSOALAN – a) Kasih sayang dalam keluarga. Contohnya,bapa,nenek dan Mail amat menyayangi Laiman.Laiman juga menyayangi mereka.Sepupu Laiman,iaitu Milan menyayangi Laiman dan sanggup menjadi pembantu setia dalam setiap projek yang diusahakan oleh Laiman. – b) Kepentingan pelajaran.Contonya,Laiman menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan,walaupun akhirnya dia tidak menjadi jurutera tetapi dia tetap mencintai ilmu tersebut. – c)Pengorbanan untuk keluarga.Contohnya,nenek dan abang Laiman berkorban untuk Laiman.Nenek Laiman mengeluarkan wang simpanannya untuk pengajian Laiman dan abangnya masih tidak berkahwin lagi kerana wangnya sering diberikan kepada Laiman untuk pengajiannya. – d)Cinta antara teruna dan dara.Contohnya,Laiman merasai cinta kepada Soniah pada bahagian akhir novel ini.Ada tanda-tanda bahawa Soniah juga mencintainya.
  • 9. – e)Hubungan baik antara kaum.Contohnya,bapa Milan boleh mengambil barang-barang di kedai seorang taukeh Cina secara berhutang.Milan juga pernah bekerja di kebun kelapa taukeh itu.Mereka saling mempercayai. – f)Kemiskinan.Contohnya,penduduk kampung Laiman,iaitu Kampung Kusilad rata-ratanya hidup dalam kemiskinan. – g)Kegigihan anak muda dalam melaksanakan pekerjaan.Contohnya,Laiman dan Milan amat gigih bekerja hingga mereka berjaya dalam projek yang diusahakan oleh mereka. – h)Sikap mengutamakan kerjaya sebelum bercinta.Laiman tidak memikirkan soal cinta sebelum mencapai kejayaan.
  • 10. WATAK DAN PERWATAKAN a) Watak utama dalam novel ialah Laiman. b) Watak sampingan terdiri daripada Milan,Pak Kiassim,Pak Sahok,Soniah,Sukri,Mail,Muluk,Kedek dan Muali. LAIMAN a) Laiman ialah anak Pak Kiassim,berasal dari Kusilad,Sabah.Dia mempunyai abang bernama Mail,dan adik bernama Jariah. b) Ibu Laiman telah meniggal dunia. c) Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan tetapi bercita-cita untuk menjadi usahawan muda yang berjaya. d) Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak. e) Laiman suka membantu pekerja-pekerja bawahannya semasa dia menjalani latihan praktikal.
  • 11. f) Laiman bercita-cita tinggi untuk maju dalam pekerjaan tanpa makan gaji. g) Laiman seorang yang berdikari kerana merancang untuk melakukan projek ikan air tawar dan penternakan lebah madu. h) Laiman juga seorang yang rajin kerana dia menjalankan penanaman tembikai,menjalankan perniagaan kuih,serta menjadi peraih pisang dan kelapa. i) Laiman seorang yang tabah kerana dia berusaha memujuk Pak Sahok untuk mengizinkannya menggunakan tanah paya sebelah di sebelah tanah Pak Sahok untuk dijadikan kawasan projek ternakan ikan air tawar. j) Laiman seorang yang berprinsip,iaitu dia tidak menerima tawaran pekerjaan bergaji yang tidak digemarinya. k) Laiman seorang yang beradab sopan dan menghormati orang tua.
  • 12. l) Laiman seorang yang berdikari kerana dia mahu bekerja sendiri tanpa makan gaji dengan mana-mana pihak kerajaan walaupun dia mempunyai kelulusan yang baik dalam pelajaran. m) Laiman seorang yang taat akan perintah agama,iaitu rajin menunaikan solat di surau. n) Laiman jujur dalam pekerjaan,iaitu dia tidak menyembunyikan jumlah simpanan daripada pengetahuan rakan kongsinya,iaitu Milan. o) Laiman berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain dalam projek ternakan ikan air tawarnya. p) Laiman berjaya mencapai cita-citanya menjadi usahawan yang berjaya kerana dia seorang yang gigih dan tidak mudah putus asa.
  • 13. PAK KIASSIM a) Pak Kiassim ialah Bapa Laiman. b) Pak Kiassim telah kematian isteri. c) Dia tidak bersetuju apabila Laiman menyatakan bahawa dia mahu memulakan projek ternakan ikan air tawar. d) Sikapnya berubah apabila Laiman menampakkan kemajuan dalam penanaman tembikai. e) Dia berbangga atas kejayaan Laiman. f) Pak Kiassim seorang yang pemaaf,iaitu memaafkan Laiman yang tidak mendengar kata-katanya. g) Pak Kiassim seorang yang sedar akan kesilapan ,iaitu mengakui bahawa dia tidak memahami niat suci Laiman untuk menjalankan perniagaan sendiri.
  • 14. h) Pak Kiassim seorang bapa yang bertanggungjawab,iaitu Pak Kiassim cuba memujuk Pak Sahok supaya mengizinkan Laiman menggunakan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok. i) Pak Kiassim seorang ayah yang mengambil berat terhadap masa depan anak-anaknya.
  • 15. MILAN a) Milan ialah sepupu Laiman. b) Milan seorang yang rajin menolong Laiman dalam melaksanakan beberapa projek. c) Milan juga sentiasa bersedia melakukan sebarang kerja yang diminta atau disuruh oleh Laiman. d) Keadaan hidupnya berubah setelah dia bekerja bersama-sama dengan Laiman. e) Milan seorang yang mengenang budi,iaitu dalam diam-diam dia berterima kasih kepada Laiman kerana bersusah payah mengajarnya mengenali hidup. f) Milan tidak mudah berputus asa dan dia sentiasa cuba memberikan kata-kata perangsang kepada Laiman untuk terus mencari jalan supaya cita-cita Laiman untuk membuka projek ternakan ikan air tawar tercapai. g) Milan seorang kawan yang setia.Buktinya,dia berusaha untuk mengekalkan hubungan baiknya dengan Laiman.
  • 16. PAK SAHOK a) Pak Sahok memiliki tanah berhampiran dengan tanah paya yang ingin diusahakan oleh Laiman untuk projek ternakan ikan air tawarnya. b) Pak Sahok seorang petani. c) Pak Sahok salah seorang ahli jawatankuasa dalam rancangan perkampungan baharu di kampungnya. d) Pada mulanya dia tidak mengizinkan Laiman melaksanakan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya tetapi akhirnya bersetuju setelah Pak Kiassim memujuknya. e) Pak Sahok sedar akan niat baik Laiman dan Milan untuk memajukan masyarakat yang tinggal di kampungnya.
  • 17. SONIAH a) Soniah ialah sahabat baik Laiman semasa di Sarawak. b) Soniah merupakan pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia,sama seperti Laiman.Dia memasuki universiti terkemudian daripada Laiman. c) Soniah dapat mengesan bahawa Muluk memusuhi Laiman tetapi tidak mengatakannya kepada Laiman. d) Soniah merupakan seorang gadis yang bercita-cita tinggi. e) Soniah merupakan gadis manis,bertubuh kecil,tinggi lampai dan berkulit putih kuning. f) Dia tidak menjadi jurutera tetapi menerima tugas untuk membantu bapa saudaranya menguruskan sebuah syarikat yang terletak di Kota Kinabalu.
  • 18. SUKRI a) Sukri bekerja di sebuah syarikat minyak di Sarawak. b) Sukri rapat dengan Laiman semasa Laiman menjalani latihan praktikal. c) Sukri tidak percaya Laiman membakar tangki minyak dan dia membela nasib Laiman. d) Sukri seorang yang mudah cemas terutamanya apabila mengetahui berita tentang tangka minyak tempatnya bekerja terbakar. e) Sukri seorang yang pandai menghargai persahabatan kerana membawa Laiman makan sebuah restoran sebagai tanda penghargaan kepada Laiman.
  • 19. MAIL a) Mail abang kepada Laiman. b) Mail sanggup berkorban demi adik-adiknya supaya adik-adiknya maju dalam pelajaran. c) Mail bekerja di Koperasi Pembangunanan Desa,iaitu di Kota Marudu dan jarang-jarang pulang ke kampung. d) Mail sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada Laiman agar terus maju dalam projek yang diusahakannya. e) Mail menyimpan perasaan kepada anak Pak Muluk,iaitu Tini tetapi menyembunyikan perasaan tersebut demi keutamaanya terhadap keluarga.
  • 20. KEDEK DAN MUALI a) Kedek dan Muali mendapatkan kepercayaan daripada Laiman untuk menjalani kursus projek ternakan ikan air tawar. b) Bagi Laiman,mereka ialah golongan yang rajin,tekun dan tidak banyak cakap. c) Mereka meninggalkan projek Laiman untuk memulakan projek mereka sendiri. MULUK a) Muluk cemburu kerana Laiman berbaik-baik dengan Soniah. b) Muluk mensabotaj Laiman dengan membakar tangki minyak agar Laiman dituduh melakukan perbuatan tersebut. c) Dia diberkas dan telah dihadapkan ke mahkamah.
  • 21. PLOT JALINAN PERISTIWA PENTING a) Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak.Dia akrab dengan Sukri.Di samping itu,dia juga berbaik-baik dengan gadis yang bernama Soniah. b) Oleh sebab tugasnya dijalankan dengan baiknya,pengurus syarikatnya menyayangi Laiman.Laiman disukai oleh pengurusnya dan keakraban Laiman dengan Soniah menimbulkan rasa cemburu di hati Muluk. c) Kebakaran tangki minyak di syarikat minyak itu telah menimbulkan spekulasi bahawa Laiman yang melakukannya.Namun,ketika itu Laiman berada di Kuching untuk berjumpa dengan kawan sekuliahnya. d) Pengurus yang mengesyaki Laiman melakukan sabotaj tersebut kemudiannya percya bahawa Laiman tidak bersalah. e) Laiman balik ke kampungnya di Sabah setelah tamat belajar dan mendapat ijazah dalam bidang kejuruteraan.Dia tidak bersedia menerima jawatan bergaji tetap,walaupun jabatan pertanian menawarkan pekerjaan kepadanya.
  • 22. f) Penolakan jawatan itu menyebabkan bapanya,Pak Kiassim berasa marah.Pak Kiassim mengungkit pengorbanan keluarganya demi mengutamakan kemajuan Laiman dalam pelajaran. g) Laiman tetap bergegas tidak mahu bekerja dengan kerajaan.Dia keluar menemui sepupunya,Milan.Pada mulanya,Milan sependapat dengan Pak Kiassim tetapi kemudian bersetuju dengan cita-cita Laiman. h) Laiman mahu menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa kerja lain.Dia memujuk Pak Sahok supaya mengizinkan penggunaan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok tetapi Pak Sahok enggan mengizinkannya. i) Pada masa yang sama,Laiman mengusahakan penanaman tembikai dan usaha itu berjaya.Tembikai itu dijual kepada kawannya di Kota Kinabalu dan dia mendapat hasil yang banyak.
  • 23. j) Pak Kiassim memuji Laiman atas kejayaan itu.Dia menawarkan diri unutk memujuk Pak Sahok agar bersetuju dengan cadangan Laiman untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar. Laiman mengetahui bahawa tanah itu bukannya tanah Pak Sahok tetapi hanya berhampiran dengan tanah Pak Sahok. k) Rundingan Pak Kiassim dengan Pak Sahok membuahkan kejayaan.Pak Sahok bersetuju,terutama apabila mendapati Laiman berjaya dalam setiap kerja yang dilakukannya. l) Projek ternakan ikan air tawar bermula dengan menggorek tanah paya itu untuk dijadikan kolam.Pada masa yang sama,Laiman juga mempunyai rancangan lain,iaitu menternak lebah madu,menjual pisang,menjual kuih serta menjadi peraih pisang dan menjual kelapa. m) Masalah timbul apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak meninggalkannya untuk melaksanakan projek sendiri.Milan menganggap itu sebagai masalah besar tetapi Laiman tidak menganggap demikian.Dia merestui pemergian Kedek dan Muali dan berdoa agar projek mereka berjaya.
  • 24. n) Jabatan pertanian mengiktiraf projek ternakan ikan air tawar Laiman itu sebagai projek contoh di daerahnya.Jabatan pertanian juga mengatakan projek itu akan dijadikan projek yang terbesar di Sabah. o) Apabila Laiman berjaya,dia mula memikirkan hubungannya dengan Soniah.Kebetulan Soniah akan dating bekerja di Kota Kinabalu untuk membantu bapa saudaranya.
  • 25. TEKNIK PLOT a) Teknik pemerian. Pengarang memerihalkan keadaan Sukri ketika dia sampai di tempat tangki minyak syarikatnya bekerja itu terbakar. Ketika Sukri sampai di tempat kejadian,api menjulang-julang naik.Anggota bomba sudah dipanggil untuk memadamkan kebakaran.Sukri terburu-buru keluar dari kereta dan berlari ke arah orang ramai yang sedang berkumpul. b) Teknik dialog. Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini,termasuklah dialog antara Laiman dengan Pak Kiassim.Contohnya,
  • 26. “Ayah,cuba berjumpa dengan Pak Sahok nanti,” kata Pak Kiassim. “Untuk apa?” “Untuk projek kamu tu.” “Betulkah ini,ayah?” c) Teknik monolog. Sukri berbisik sendiri apabila memikirkan peristiwa tangki minyak yang terbakar itu berkemungkinan ada orang yang bekerja di syarikat itu berniat jahat untuk menjatuhkan Laiman.Contohnya, ‘Ya,mungkin saja,’bisik Sukri. d) Teknik monolog dalaman.
  • 27. Laiman memikirkan bahawa Soniah seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya.Contohnya, Soniah seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu ,fikir Laiman.Muluk!Kenapa Soniah sebut fasal Muluk?Apakah pula rahsia yang disembunyikan oleh Muluk?Kalau tidak takkanlah anak gadis itu bertanya fasal Muluk di hadapannya. e) Teknik imbas kembali. Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang.Antaranya,termasuklah Laiman teringat akan peristiwa sewaktu dia ingin mencari penaja untuk membiayai pengajiannya di university dahulu.Contohnya, Dia pernah mengalami masalah itu dahulu.Dia terpaksa bertungkus-lumus untuk mencari penaja.Hampir sebulan Laiman turun naik pejabat.Yayasan Sabah sudah.Kerajaan negeri juga sudah.Tuah telah menyebelahi Laiman kerana kedua-duanya memberikan kesanggupan untuk memberikannya biasiswa.
  • 28. f) Teknik saspens. Pembaca tertanya-tanya orang yang menyebabkan peristiwa tangki minyak itu terbakar.Contohnya, ….Sukri menyimpulkan bahawa itu ialah perbuatan khianat.Namun begitu,perbuatan siapa?Siapakah yang berani melakukannya?Sukri tahu semua perangai pekerja di syarikat itu.
  • 29. LATAR LATAR TEMPAT a) Sebuah pejabat di tepi pantai yang terletak di Sarawak.Contohnya,tempat Laiman menjalani latihan praktikal. b) Sebuah restoran di pekan.Contohnya,Laiman minum bersama-sama dengan Soniah di sebuah restoran yang terletak di pekan. c) Bandar Miri.Contohnya,tempat Laiman dan Soniah berjalan-jalan. d) Kota Marudu.Contohnya,tempat Mail bertugas, iaitu dia Koperasi Pembangunan Desa. e) Rumah sewa Laiman.Contohnya,Sukri datang ke rumah Laiman untuk memberitahu Laiman tentang kejadian tangki minyak yang terbakar itu. f) Rumah Laiman.Contohnya,tempat Laiman dimarahi bapanya kerana tidak mahu bekerja makan gaji dengan kerajaan.
  • 30. g) Kampung Bawang.Contohnya,tempat Laiman dan Mail menziarahi arwah Pak Muluk dan adat berjaga masih diamalkan kampung itu. h) Tanah paya.Contohnya,tempat projek ternakan ikan air tawar Laiman dijalankan. i) Gerai Pitas.Contohnya,Pak Sahok berbual-bual dengan Laiman dan Milan tentang kejayaan projek ternakan ikan air tawar mereka berdua.
  • 31. LATAR MASA a) Waktu siang.Contohnya,sewaktu Laiman dan kawan-kawannya bekerja di syarikat minyak. b) Waktu petang.Contohnya,selepas waktu pejabat Laiman bersiar-siar di pekan Lotong. c) Waktu malam.Contohnya,Laiman singgah di rumah Milan dan meluahkan perasaannya yang kecewa kepada Milan. d) Enam bulan.Contohnya,Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak. e) Dua tahun.Contohnya,Laiman diterima masuk ke matrikulasi sebelum ditawarkan ke universiti. f) Lebih kurang tiga tahun.Contohnya,Laiman dan Soniah masih berhubung melalui surat yang dikirimkan oleh Soniah kepadanya.
  • 32. g) Hari Ahad.Contohnya,Laiman membawa kuih yang telah dipajaknya daripada orang kampung lalu dibawa ke Gerai Pitas. h) Tiga bulan.Contohnya,Laiman dan Milan telah menjalankan perniagaan kuih di Gerai Pitas. LATAR MASYARAKAT a) Masyarakat yang bekerja kuat.Contohnya,Laiman dan Milan bekerja keras supaya segala rancangan projek mereka tercapai. b) Masyarakat yang berpelajaran tinggi.Contohnya,Laiman dan Soniah merupakan pelajar yang mengambil kursus dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. c) Masyarakat yang hidup miskin dan sederhana.Contohnya,orang kampung Laiman yang tinggal di Kampung Kusilad hidup secara bersederhana.
  • 33. d) Masyarakat yang bersifat cemburu.Contohnya,Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan Soniah sehingga dia sanggup mengkhianati Laiman. e) Masyarakat yang taat akan perintah agama.Contohnya,Laiman dan Milan rajin menunaikan solat di surau. f) Masyarakat yang boleh berubah.Contohnya,sikap anak-anak muda di kampung Laiman berubah daripada keadaan malas menjadi rajin untuk bekerja. g) Masyarakat yang mengamalkan sifat kerjasama.Contohnya,pegawai pertanian yang berjumpa dengan Laiman dan Milan sentiasa bersedia untuk membantu mereka melaksanakan projek mereka. h) Masyarakat yang bijak mengendalikan perniagaan.Contohnya,Laiman merupakan anak muda yang bijak menjalankan perniagaan sehingga berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampungnya.
  • 34. GAYA BAHASA DAN UNSUR BAHASADIIKSI Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang memaparkan kisah anak muda yang menjalankan aktiviti. AYAT Sepanjang jalan cerita,pengarang berselang-seli menggunakan ayat-ayat pendek dan panjang. a) Ayat-ayat pendek.Contohnya,  Soniah berjalan agak cepat.  Tidak ada bezanya.  Laiman tersentak.  Milan memberikan kata putus.
  • 35.  Angguk. b) Ayat-ayat panjang.Contohnya,  Dia berpendapat kalau ramai yang berfikiran begitu negara akan beruntung kerana dapat melahirkan ramai tenaga mahir yang sesuai dengan dasar kerajaan.  Sukri dapat membaca sikap Laiman setelah hampir tiga bulan pemuda dari Sabah itu berada dalam pengawasannya.  Harapan Laiman setinggi gunung,semoga pengurus itu tidak akan mencemarkan namanya hanya kerana kejadian yang dia sendiri tidak tahu.  Namun begitu,usahanya untuk mencari pendekatan dalam bidang yang baharu seakan-akan terbantut oleh orang-orangnya sendiri yang tidak mahu menerima perubahan secara perlahan-lahan.
  • 36.  Subsidi untuk projek itu sudah pun diurus dan diatur oleh pegawai pertanian itu sendiri tanpa bantuan dan campur tangan Laiman. BAHASA ARAB Terdapat juga bahasa Arab yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini.Contohnya,  “Tenangkan fikiran.Baca bismillah sebelum masuk,”kata Sukri sambil ketawa.  Kita sepatutnya berusaha dan bertawakkal kepada Allah.  “Syukur,alhamdulillah,”kata Milan,lalu dia terus ke warungnya kerana tiada orang yang menjaganya.
  • 37. METAFORA Perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata iaitu konkrit dan abstrak. PERSONIFIKASI Memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentu digunakan oleh pengarang sebagai rencah dalam novelnya.Contohnya,  Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega.  Matahari pun tidak lagi galak sinarnya.  Petang semakin tua.  Daun-daun yang beraneka jenis itu terliuk-liuk mengikut rentak irama angin kering.
  • 38.  Anak matanya tepat menikam kebun tembikai yang seluas lima hektar yang diusahakannya sendiri sejak dua bulan yang lalu. HIPERBOLA Gaya bahasa hiperbola atau bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya terdapat dalam novel ini.Contohnya,  Penyesalannya terus saja meronta-ronta ,menghempas pintu hatinya.
  • 39. SIMILE Simile ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain dengan menggunakan perkataan bagai,bak,ibarat,laksana,macam,seperti dan umpama.Contohnya,  ‘Nasib manusia ini bagai menanam benih,’fikir Soniah.  Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya. SINKOPE Pengarang turut menggunakan sinkope atau singkatan sesuatu perkataan dalam novel ini.Contohnya,  “Berita tak baik?Berita apa tu,Ri?”  Dia berhenti sekolah dulu kerana membantu ayah untuk memberikan pelajaran yang cukup kepada kamu dan adik-adikmu yang lain.
  • 40. PERIBAHASA Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang dalam novel ini.Contohnya,  Kata orang,selurus-lurus ekor anjing,ada juga bengkoknya.  Namun begitu,apakan daya kerana nasi sudah menjadi bubur. REPETISI Unsur repetisi atau perulangan turut diutarakan oleh pengarang dalam novel ini.Contohnya,  “Nak marah kepada siapa?Marah kepada aku,sedangkan aku tak ada pada waktu itu?Susah dia nak marah.”  Bukan sakit,bukan ditimpa kemalangan,tapi kita yang sedang sakit sekarang.Kepala kita yang sakit.
  • 41. NILAI a) Kasih sayang.Contohnya,nenek Laiman membelanjakan wang simpanannya dalam jumlah yang banyak untuk membiayai pengajian Laiman. b) Ketabahan.Contohnya,Laiman berusaha bersungguh-sungguh dan dengan tabahnya bagi memastikan projeknya berjaya. c) Setia kawan.Contohnya,Milan sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungan baiknya dengan Laiman. d) Kerjasama.Contohnya,Milan bekerjasama dengan Laiman hingga projek mereka berjaya. e) Kesyukuran.Contohnya,Laiman bersyukur kerana Milan sentiasa menyokong segala usaha dan perancangannya.
  • 42. PENGAJARAN a) Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.Contohnya,Laiman bekerja keras bagi memastikan segala rancangan projeknya berjaya. b) Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.Contohnya,Laiman menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pengurus syarikat minyak dengan penuh tanggungjawab. c) Kita tidak sepatutnya bersikap khianat terhadap rakan.Contohnya,Muluk sanggup mengkhianati Laiman kerana Laiman mempunyai hubungan yang rapat dengan Soniah. d) Kita hendaklah bekerjasama untuk mencapai kejayaan.Contohnya,Laiman dan Milan bekerjasama untuk melaksanakan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa projek lain. e) Kita disarankan supaya menjadi ahli keluarga yang prihatin.Contohnya,Mail sentiasa mengambil berat tentang segala projek yang diusahakan oleh Laiman.
  • 43. KEISTIMEWAAN Menceritakan tentang seorang pemuda yang begitu gigih dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin dilakukannya. KEKURANGAN Dari segi cerita,novel tersebut kekurangan huraian untuk mengukuhkan lagi jalan cerita tersebut. PENAMBAHBAIKAN CERITA Penulis tersebut boleh menambahkan sedikit huraian agar para pembaca dapat memahami jalan cerita novel tersebut.