SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
NAMA: IZZ DHIYA BT KHAIRUL MAZHALIS
KELAS: 2 JAZARI
NO. MATRIX: PB180149
NAMA CIKGU: SHURDI BIN SHUIB
Perlahan-lahan cahaya terpancar daripada
buih-buih di permukaan air. Laiman sendiri
tidak menyangka bahawa suatu ketika nanti
dia akan dapat menikmati hasil jerih
payahnya selama membina tapak dalam
kehidupan ini. Sekarang, riak-riak yang suatu
ketiika dulu masih kabur sudah nampak jelas
di matanya.
Kesungguhan dan kegighan seorang anak muda yang
berkelulusan universiti bercita-cita untuk menjadi
usahawan muda. Laiman berkelulusan ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan, namun dia tidak memilih bidang berkaitan
dengan dengan kelulusannya untuk kerjayanya. Dia
memilih untuk membuat projek ternakan ikan air tawar,
ternakan udang harimau, menanam tembikai, pengusaha
kedai makan, serta menjadi pemborong dan pembekal
kelapa. Keutamaan projeknya ialah projek ternakan ikan
air tawar. Pada tahap awal cita-citanya ditentang oleh
bapanya sendiri dan dipersenda oleh orang kampung.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut menjadikan dirinya
lebih tabah dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang.
Ternakan ikan air tawarnya diiktiraf oleh jabatan pertanian
sebagai projek contoh di daerah tempat tinggalnya,
bahkan mungkin akan dinaikkan ke tahap paling baik di
seluruh negerinya.
 Kasih sayang dalam keluarga.Contohnya, bapa, nenek dan
Mail amat menyayangi Laiman. Laiman juga menyayangi
mereka. Sepupu Laiman, iaitu Milan menyayangi Laiman
dan sanggup menjadi pembantu setia dalam setiap projek
yang diusahakan oleh Laiman.
 Kepentingan pelajaran.Contohnya, Laiman menamatkan
pengajiannya dalam bidang kejututeraan, walaupun
akhirnya dia tidak menjadi jurutera tetapi di tetap
mencintai ilmu tersebut.
 Pengorbanan untuk keluarga.Contohnya, nenek dan abang
Laiman berkorban untuk Laiman. Nenek Laiman
mengeluarkan wang simpanan untuk pengajian Laiman dan
abangnya masih tidak berkahwin lagi kerana wangnya
sering diberikan kepada Laiman untuk pengajiannya.
 Cinta antara teruna dan dara.Contohnya, Laiman merasai
cinta kepada Soniah pada bahagian akhir novel ini. Ada
tanda-tanda bahawa Soniah juga mencintainya.
 Hubungan baik antara kaum.Contohnya, bapa
Milan boleh mengambil barang-barang di kedai
seorang taukeh Cina secara berhutang. Milan
juga pernah bekerja di kebun kelapa taukeh itu.
Mereka saling mempercayai.
 Kemiskinan.Contohnya, penduduk Kampung
Laiman,iaitu Kampung Kusilad rata-ratanya hidup
dalam kemiskinan.
 Kegigihan anak muda dalam melaksanakan
pekerjaan.Contohnya, Laiman dan Milan amat
gigih bekerja hingga mereka berjaya dalam
projek yang diusahakan mereka.
 Sikap megutamakan kerjaya sebelum
bercinta.Contohya, Laiman tidak memikirkan
soal cinta sebelum mencapai kejayaan.
Laiman
 Laiman ialah anak Pak Kiassim,berasal dari Kusilad,Sabah. Dia mempunyai abang bernama Mail, dan adik bernama
Jariah.
 Ibu Laiman telah meninggal dunia.
 Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejututeraan tetapi bercita-cita untuk menjadi menjadi usahawan
muda yang berjaya.
 Laiman suka membantu pekerja-pekerja bawahannya semasa dia menjalani latihan praktikal.
 Laiman bercita-cita tinggi untuk maju dalam pekerjaan tanpa makan gaji.
 Laiman seorang yang berdikari kerana merancang untuk melakukan projek ikan air tawar dan penternakan lebah
madu.
 Laiman juga seorang yang rajin kerana dia menjalankan penanaman tembikai dan menjalankan perniagaan kuih, serta
menjadi peraih pisang dan kelapa.
 Laiman seorang yang tabah kerana dia berusaha memujuk Pak Sahok untuk mengizinkannya menggunakan tanah paya
di sebelah tanah Pak Sahok untuk dijadikan kawasan projek ternakan ikan air tawar.
 Laiman seorang yang berprinsip, iaitu dia tidak menerima tawaran pekerjaan yang bergaji dan tidak digemarinya.
 Laiman seorang yang beradab sopan dan menghormati orang tua.
 Laiman seorang ynag berdikari kerana dia mahu bekerja sendiri tanpa makan gaji degan mana-mana pihak kerajaan
walaupun dia mempunyai kelulusan yang baik dalam pelajaran.
 Laiman seorang yang taat akan perintah agama, iaitu raji menunaikan solat di surau.
 Laiman jujur dalam pekerjaan,iaitu dia tidak menyembunyikan jumlah simpanan daripada pengetahuan rakan
kongsinya, iaitu Milan.
 Laiman berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain dalam projek ternakan ikan air tawarnya.
 Laiman berjaya mencapai cita-citanya menjadi usahawan yang berjaya kerana dia seorang yang gigih dan tidak
mudah putus asa.
Pak Kiassim
 Pak Kiassim ialah Bapa Laiman.
 Pak Kiassim telah kematian isteri.
 Dia tidak bersetuju apabila Laiman menyatakan bahawa dia mahu
memulakan projek ikan air tawar.
 Sikapnya berubah apabila Laiman menampakkan kemajuan dalam
penanaman tembikai.
 Dia berbangga atas kejayaan Laiman.
 Pak Kiassim seorang yang pemaaf,iaitu memaafkan Laiman yang
tidak mendengar kata-katanya.
 Pak Kiassim seorang yang sedar akan kesilapannya,iaitu mengakui
bahawa dia tidak memahami niat suci Laiman untuk menjalankan
perniagaan sendiri.
 Pak Kiassim seorang bapa yang bertanggungjawab,iaitu Pak
Kiassim cuba memujuk Pak Sahok supaya megizinkan Laiman
menggunakan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok.
 Pak Kiassim seorang ayah yang mengambil berat terhadap masa
depan anak-anaknya.
Milan
 Milan ialah sepupu Laiman.
 Milan ialah seorsng yang rajin menolong Laiman dalam
melaksanakan beberapa projek.
 Milan juga sentiasa bersedia melakukan sebarang kerja
yang diminta atau disuruh oleh Laiman.
 Keadaan hidupnya berubah setelah dia bekerja bersama-
sama dengan Laiman
 Milan seorang yang mengenang budi, iaitu dalam diam-
diam dia berterima kasih kepada Laiman kerana bersusah
payah mengajarnya mengenali hidup.
 Milan tidak mudah berputus asa dan dia sentiasa cuba
memberikan kata-kata perangsang kepada Laiman untuk
terus mencari jalan supaya cita-cita Laiman untuk
membuka projek ternakan ikan air tawar tercapai.
 Milan seorang yang setia kawan. Buktinya, dia berusaha
untuk mengekalkan hubungan baiknya dengan Laiman.
Pak Sahok
 Pak Sahok memiliki tanah berhampiran dengan tanah
paya yang ingin diusahakan oleh Laiman untuk projek
ikan air tawarnya.
 Pak Sahok seorang petani.
 Pak Sahok ialah seorang ahli jawatankuasa dalam
rancangan perkampungan baharu di kampungnya.
 Pada mulanya dia tidak mengizinkan Laiman
melaksanakan projek ternakan ikan air tawar di tanah
paya tetapi akhirnya bersetuju setelah Pak Kiassim
memujuknya.
 Pak Sahok sedar akan niat baik Laiman dan Milan
untuk memajukan masyarakat yang tinggal di
kampungnya.
Soniah
 Soniah ialah sahabat baik Laiman semasa di
Sarawak.
 Soniah merupakan pelajar jurusan kejuruteraan
di Universiti Kebangsaan Malaysia,sama seperti
Laiman. Dia memasuki universiti terkemudian
daripada Laiman.
 Soniah merupakan gadis yang becita-cita tinggi.
 Soniah merupakan gadis manis, bertubuh kecil,
tinggi lampai, dan berkulit putih kuning.
 Dia tidak menjadi jurutera tetapi menerima
tugas untuk membantu bapa saudaranya
menguruskan sebuah syarikat yang terletak di
Kota Kinabalu,
Sukri
 Sukri bekerja di sebuah syarikat minyak di
Sarawak.
 Sukri rapat dengan Laiman semasa Laiman
menjalani latihan praktikal.
 Sukri tidak percaya Laiman membakar tangki
minyak dan dia membela nasib Laiman.
 Sukri seorang yang mudah cemas terutamanya
apabila mengetahui berita tentang tangki minyak
tempatnya bekerja terbakar.
 Sukri seorang yang pandai menghargai
persahabatan kerana membawa Laiman makan di
sebuah restoran sebagai tnada penghargaan
kepada Laiman.
Mail
 Mail abang kepada Laiman.
 Mail sanggup berkorban demi adik-adiknya
supaya adik-adiknya maju dalam pelajaran.
 Mail bekerja di Koperasi Pembangunan Desa,
iaitu di Kota Marudu dan jarang-jarang
pulang ke kampung.
 Mail sentiasa memberi sokongan dan nasihat
kepada Laiman agar terus maju dalam projek
yang diusahakannya.
 Mail menyimpan perasaan tersebut demi
keutamaannya terhadap keluarga.
Kedek dan Muali
 Kedek dan Muali mendapatkan kepercayaan daripada
Laiman untuk menjalani kursus projek ternakan ikan
air tawar.
 Bagi Laiman, mereka ialah golongan yang rajin, tekun
dan tidak banyak cakap.
 Mereka meninggalkan projek Laiman untuk
memulakan projek mereka sendiri.
Muluk
 Muluk cemburu kerana Laiman berbaik-baik dengan
Soniah.
 Muluk mensabotaj Laiman dengan membakar tangki
minyak agar Laiman dituduh melakukan perbuatan
tersebut.
 Dia diberkas dan telah dihadapkan ke mahkamah.
Jalinan Peristiwa Penting
 Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak.
Dia akrab dengan Sukri. Di samping itu,dia juga berbaik-baik dengan gadis
yang bernama Soniah.
 Oleh sebab tugasnya dijalankan dengan baiknya,pengurus syarikat
menyayangi Laiman. Laiman disukai oleh pengurusnya dan keakraban
Laiman dengan Soniah menimbulkan rasa cemburu di hati Muluk.
 Kebakaran tangki minyak di syarikat minyak itu telah menimbulkan
spekulasi bahawa Laiman yang melakukannya. Namun, ketika itu Laiman
berada di Kuching untuk berjumpa dengan kawan sekuliahnya.
 Pengurus yang mengesyaki Laiman melakukan sabotaj tersebut
kemudiannya percaya bahawa Laiman tidak bersalah.
 Laiman balik ke kampungnya setelah tamat belajar dan mendapat ijazah
dalam bidang
 Laiman balik ke kampungnya di Sabah setelah tamat belajar dan medapat
ijazah dalam bidang kejututeraan. Dia tidak bersedia menerima jawatan
bergaji tetap, walaupun jabatan pertanian menawarkan pekerjaan
kepadanya.
 Penolakan jawatan itu menyebabkan bapanya, Pak Kiassim berasa
marah. Pak Kiassim mengungkit pengorbanan keluarganya demi
mengutamakan kemajuan Laiman dalam pelajaran.
 Laiman bertegas tetap tidak mahu berkerja dengan kerajaan. Dia
keluar menemui sepupunya, Milan. Pada mulanya, Milan
sependapat dengan Pak Kiassim tetapi kemudian bersetuju
dengan cita-cita Laiman.
 Laiman menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan
beberapa kerja lain. Dia memujuk Pak Sahok supaya mengizinkan
penggunaan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok
tetapi Pak Sahok enggan mengizinkannya.
 Pada masa yang sama, Laiman mengusahakan penanaman
tembikai dan usaha itu berjaya. Tembikai itu dijual kepada
kawannya di Kota Kinabalu dan dia mendapat hasil yang banyak.
 Pak Kiassim memuji Laiman atas kejayaan itu. Dia menawarkan
diri untuk memujuk Pak Sahok agar bersetuju dengan cadangan
Laiman untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar.
Laiman menegtahui bahawa tanah Pak Sahok tetapi hanya
berhampiran dengan dengan tanah Pak Sahok.
 Rundingan Pak Kiassim dengan Pak Sahok membuahkan kejayaan.
Pak Sahok bersetuju, terutama apabila mendapati Laiman
berjaya dalam setiap kerja yang dilakukannya.
 Projek ternakan ikan air tawar bermula dengan mengorek tanah
paya untuk dijadikan kolam. Pada masa yang sama, Laiman juga
mempunyai rancangan yang lain, iaitu menternak lebah madu,
menjual pisang, menjual kuih, serta menjadi peraih pisang dan
menjual kelapa.
 Masalah timbul apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak
untuk melaksanakan projeknya sendiri. Milan menganggap itu
sebagai masalah besar tetapi Laiman tidak meganggap demikian.
Dia merestui pemergian Kedek dan Muali dan berdoa agar projek
mereka berjaya.
 Jabatan Pertanian mengiktiraf projek ternakan ikan air tawar
Laiman itu sebagai contoh di daerahnya. Jabatan pertanian juga
mengatakan projek itu akan dijadikan sebagai projek terbesar di
Sabah.
 Apabila Laiman berjaya, dia mula memikirkan hubungannya
dengan Soniah. Kebetulan Soniah akan datang bekerja di Kota
Kinabalu untuk membantu bapa saudaranya.
Binaan Plot
 Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, Laiman digambarkan sebagai pemuda
yang rajin bertugas di sebuah syarikat minyak. Pekerjaannya dilakukan dengan
sebaik-baiknya. Oleh itu, dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawan di tempat
kerja itu. Sukri yang bertugas di situ mengajak Laiman makan bersama-sama.
 Bahagian perkembangan cerita, Laiman berkawan rapat dengan Soniah. Laiman,
iaitu bidang kejuruteraan. Soniah menyebut nama Muluk dalam perbualannnya
dengan Laiman, namun Soniah tidah mahu meneruskan cerita tentang Muluk kepada
Laiman. Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Laiman tetapi dia terpaksa
melupakan hal itu kerana Soniah benar-benar tidak mahu meneruskan cerita itu.
 Perumitan dalam cerita ini ialah berlakunya kebakaran tangki minyak.Tangki itu
baru dibaiki oleh Laiman. Namun begitu, semasa kebakaran itu berlaku Laiman pergi
ke Kuching. Setelah diselidik, orang yang melakukan sabotaj itu tidak berpuas hati
dengan Laiman kerana Laiman begitu rapat dengan Soniah. Bahagian lain yang
merupakan perumitan adalah apabila Bapa Laiman memarahi Laiman kerana Laiman
tidak mahu bekerja dengan mana-mana badan kerajaan sebaliknya mahu
menjalankan projek sendiri.
 Klimaks atau kemuncak cerita apabila Pak Sahok mengalah dan mengizinkan tanah
paya yang berhampiran dengan tanahnya digunakan untuk projek ikan air tawar.
Keizinan itu menyebabkan Laiman dan kawan-kawannya dapat bekerja keras dan
akhirnya projek ternakan ikan air tawar itu dapat dijadikan sebgaai projek contoh di
daerah tempat tinggal mereka.
 Bahagian peleraian cerita pula adalah tentang kesenangan hidup Laiman kerana
usahanya berjaya. Dia turut memikirkan perancangannya untuk memulakan
hubungan baru dengan Soniah.
Teknik Plot
 Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan keadaan Sukri ketika dia sampai di tempat tangki minyak
syarikatnya bekerja terbakar.
Ketika Sukri sampai di tempat kejadian, api menjulang-julang naik. Anggota bomba
sudah dipanggil untuk memadamkan kebakaran. Sukri terburu-buru keluar dari
kereta dan berlari ke arah orang ramai yang sedang berkumpul.
 Teknik Dialog
Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini,termasuklah dialog antara
Laiman dengan Pak Kiassim. Contohnya,
“Ayah cuba berjumpa dengan Pak Sahok nanti,” kata Pak Kiassim
“Untuk apa?”
“Untuk projek kamu tu.”
“Betulkah ini ayah?”
 Teknik Monolog
Sukri berbisik sendiri apabila memikirkan persitiwa tangki minyak yang terbakar itu
berkemungkinan ada orang bekerja di syarikat itu berniat jahat untuk menjatuhkan
Laiman. Contohnya,
“Ya, mungkin saja,” bisik Sukri
 Teknik Monolog Dalaman
Laiman memikirkan bahawa Soniah seolah-olah menyembunyikan sesuatu
daripadanya. Contohnya,
Soniah seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu, fikir Laiman. Muluk! Kenapa
Soniah sebut fasal Muluk? Apakah pula rahsia ynag disembunyikan oleh Muluk? Kalau
tidak takkanlah anak gadis itu bertanya fasal Muluk di hadapannya.
 Teknik Imbas Kembali
Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya
temasuklah Laiman teringat akan persitiwa sewaktu dia ingin mencari penaja untuk
membiayai pengajiannya di universiti dahulu. Contohnya,
Dia pernah mengalami masalah itu dahulu. Dia terpaksa bertungkus-lumus untuk
untuk mencari penaja. Hampir sebulan Laiman turun naik pejabat. Yayasan Sabah
sudah. Kerajaan negeri sudah. Tuah telah menyebelahi Laiman kera kedua-duanya
memberikan kesanggupan untuk memberikannya biasiswa.
 Teknik Saspens
Pembaca tertanya-tanya orang yang menyebabkan perisitwa tangki minyak itu
terbakar. Contohnya,
… Sukri menyimpulkan bahawa itu ialah perbuatan khianat. Namun begitu,
perbuatan siapa? Siapakah yang berani melakukannya? Sukri tahu semua perangai
pekerja di syarikat itu.
Latar Tempat
 Sebuah pejabat di tepi pantai yang terletak di Sarawak. Contohnya,
tempat Laiman menjalani latihan praktikal.
 Sebuah restoran di pekan. Contohnya, Laiman, minum bersama-sama
dengan Soniah di sebuah restoran yang terletak di pekan.
 Bandar Miri. Contohnya, tempat Laiman dan Soniah berjalan-jalan.
 Kota Marudu. Contohnya, tempat Mail betugas, iaitu di Koperasi
Pembangunan Desa.
 Rumah sewa Laiman. Contohnya, Sukri datang ke rumah Laiman untuk
memberitahu Laiman tentang kejadian tangki minyak yang terbakar itu.
 Rumah Laiman. Contohnya, tempat Laiman dimarahi bapanya kerana
tidak mahu bekerja makan gaji dengan kerajaan.
 Kampung Bawang. Contohnya, tempat Laiman dan Mail menziarahi arwah
Pak Muluk dan adat berjaga masih diamalkan kampung itu.
 Tanah Paya. Contohnya, tempat projek ternakan ikan air tawar Laiman
dijalankan.
 Gerai Pitas. Contohnya, Pak Sahok berbual-bual dengan Laiman dan Milan
tentang kejayaan projek ternakan ikan air tawar mereka berdua.
Latar Masa
 Waktu siang. Contohnya, sewaktu Laiman dan kawan-kawannya
bekerja di syarikat minyak.
 Waktu petang. Contohnya, selepas waktu pejabat Laiman
bersiar-siar di pekan Lotong.
 Waktu malam. Contohnya, Laiman singgah di rumah Milan dan
meluahkan perasaannya yang kecewa kepada Laiman.
 Enam bulan. Contohnya, Laiman menjalani latihan praktikal di
sebuah syarikat minyak di Sarawak.
 Dua tahun. Contohnya, Laiman diterima masuk ke matrikulasi
sebelum ditawarkan ke universiti.
 Lebih kurang tiga tahun. Contohnya, Laiman dan Soniah masih
berhubung melalui surat yang dikirimkan oleh Soniah kepadanya.
 Hari Ahad. Contohnya, Laiman membawa kuih yang telah
dipajaknya daripada orang kampung lalu dibawa ke Gerai Pitas.
 Tiga bulan. Contohnya, Laiman dan Milan telah menjalankan
perniagaan kuih di Gerai Pitas.
Latar Masyarakat
 Masyarakat yang bekerja kuat. Contohnya, Laiman dan Milan bekerja keras supaya
segala rancangan projek mereka tercapai.
 Masyarakat yang berpelajaran tinggi. Contohnya, Laiman dan Soniah merupakan
pelajar yang mengambil kursus dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.
 Masyarakat yang hidup miskin dan sederhana. Contohnya, orang kampung Laiman
yang tinggal di Kampung Kuislad hidup secara bersederhana.
 Masyarakat yang cemburu. Contohnya, Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan
Soniah sehigga dia sanggup mengkhianati Laiman.
 Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Laiman dan Milan rajin
menunaikan solat di surau.
 Masyarakat yang boleh berubah. Contohnya, sikap anak-anak muda di kampung
Laiman berubah daripada keadaan malas menjadi rajin untuk bekerja.
 Masyarakat yang mengamalkan sifat bekerjasama. Contohnya, pegawai pertanian
yang berjumpa dengan Laiman dan Milan sentiasa bersedia untuk membantu mereka
melaksanakan projek mereka.
 Masyarakat yang bijak mengendalikan perniagaan. Contohnya, Laiman merupakan
anak muda yang bijak mengendalikan perniagaan sehingga berjaya menjadi contoh
kepada anak-anak muda di kampungnya.
Diksi
Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang memaparkan kisah anak muda yang
menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Contohnya, kata-kata tersebut seperti kebun tembikai, tanah paya,
jabatan pertanian, lima belas hektar, lebah madu, ikan air tawar, udang harimau dan sebagainya.
Ayat
Sepanjang jalan cerita, pengarang berselang-seli menggunakan ayat-ayat pendek dan panjang.
 Ayat-ayat pendek. Contohnya,
 Soniah berjalan agak cepat.
 Tidak ada bezanya.
 Laiman tersentak.
 Milan memberikan kata putus.
 Angguk.
 Ayat-ayat panjang. Contohnya,
 Dia berpendapat kalau ramai yang berfikiran begitu negara akan beruntung kerana dapat melahirkan ramai tenaga
mahir yang sesuai dengan dasar kejadian.
 Sukri dapat membaca sikap Laiman setelah hampir tiga bulan pemuda dari Sabah itu berada dalam pengawasannya.
 Harapan Laiman setinggi-tinggi gunung, semoga pengurus itu tidak akan mencemarkan namanya hanya kejadian yang
dia sendiri dia tidak tahu.
 Namun begitu, usahanya untuk mencari pendekatan dalam bidang yang baharu seakan-akan terbantut oleh orang-
orangnya sendiri yang tidak mahu menerima perubahan secara perlahan-lahan.
 Subsidi untuk projek itu sudah pun diurus dan diatur oleh pegawai pertanian itu sendiri tanpa bantuan dan campur
tangan Laiman.
Bahasa Arab
Terdapat juga bahasa Arab yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,
 “Tenanglah fikiran. Baca bismillah sebelum masuk,” kata Sukri sambil ketawa.
 Kita sepatutnya berusaha dan tawakal kepada Allah.
 “Syukur, alhamdulillah,” kata Milan, lalu dia terus ke warungnya kerana tiada orang
menjaganya.
Metafora
Unsur metafora merupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata, iaitu
konkrit dan abstrak. Unsur metafora juga dapat dilihat dalam novel ini. Contohnya,
Gunung penyesalannya datang tiba-tiba.
Personifikasi
Unsur personifikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara
tertentu digunakan oleh pengarang sebagai rencah dalam novelnya. Contohnya,
 Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega.
 Matahari pun tidak lagi galak sinarnya.
 Petang semakin tua.
 Daun-daun yang beraneka jenis itu terliuk-liuk mengikut rentak irama angin kering.
 Anak matanya tepat menikam kebun tembikai yang seluas lima hektar yang
diusahakannya sendiri sejak dua bulan yang lalu.
Hiperbola
Gaya bahasa hiperbola atau bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-
lebihan daripada maksud yang sebenarnya terdapat dalam novel ini. Contohnya,
 Penyesalannya terus saja meronta-ronta, menghempas pintunya.
Simile
Simile ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan
perkataan bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti dan umpama. Contohnya,
 …minyak yang belum proses tumpah bagaikan air hujan di tepi-tepi longkang.
 …muka yang merah padam seperti udang yang dibakar.
 ‘Nasib manusia ini bagai menanam benih,’ fikir Soniah.
 Soniah sekarang dalam fikiran Laiman seperti bunga yang sedang mengembang dan harumnya
terbau ke mana-mana.
 Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya.
Sinkope
Pengarang turut menggunakan sinkope atau singkatan sesuatu perkataan dalam novel ini. Contohnya,
 “Berita tak baik? Berita apa tu, Ri?”
 “Apa-apa saja yang kita buat memang akan ada risikonya.”
 Dia berhenti sekolah dulu kerana membantu ayah untuk memberikan pelajaran yang cukup kepada
kamu dan adik-adikmu yang lain.
 “Tak tentu, mungkin esok atau mungkin lusa.”
Peribahasa
Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang dalam novel ini.
Contohnya,
 …tidak semua orang boleh dipercayai kerana telunjuk lurus kelengkeng
berkait.
 Kata orang, selurus-lurus ekor anjing, ada juga bengkoknya.
 Air mukanya berubah.
 …dia bukan manusia yang suka lempar batu sembunyi tangan.
 Namun begitu, apakan daya kerana nasi sudah menjadi bubur.
Repetisi
Unsur repetisi atau perulangan turut diutarakan oleh pengarang dalam novel
ini. Contohnya,
 “Nak marah kepada siapa? Marah kepada aku, sedangkan aku tak ada
pada waktu itu? Susah dia nak marah.”
 Engkau kira apa yang aku buat sekarang ini tidak ke arah masa depan?
Engkau kira kerja yang aku buat ini terlalu hina?
 Bukan sakit, bukan ditimpa kemalangan, tapi kita yang sedang sakit
sekarang. Kepala kita yang sakit.
 Kasih sayang. Contohnya, nenek Laiman membelanjakan wang
simpanannya dalam jumlah yang banyak untuk membiayai pengajian
Laiman. Bapa Laiman juga mengasihi Laiman, walaupun dia bersikap
kasar setelah mendapat tahu Laiman menolak tawaran kerja bergaji.
 Ketabahan. Contohnya, Laiman berusaha bersungguh-sungguh dan
dengan tabahnya bagi memastikan projeknya berjaya.
 Tanggungjawab. Contohnya, Sukri menyelia pekerjaan Laiman dengan
penuh tanggungjawab semasa Laiman menjadi pelatih di syarikat minyak.
 Keprihatinan. Contohnya, Sukri memberi perhatian kepada Laiman dan
mahu memastikan bahawa Laiman tidak teraniaya terhadap kes tangki
minyak yang terbakar itu.
 Kesabaran. Contohnya, Laiman tidak menampakkan sikap marah apabila
Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak keluar daripada projek yang
diusahakannya. Baginya, keputusan mereka berdua hendaklah dihormati
tanpa rasa dendam.
 Berwawasan. Contohnya, Laiman merupakan anak muda berwawasan
tinggi dengan membuka peluang pekerjaan kepada golongan yang
menganggur di kampung mereka.
 Keinsafan. Bapa Laiman, iaitu Pak Kiassim
setelah memahami pendirian Laiman. Pak Sahok
juga insaf lalu besetuju tanah paya di sebelah
tanahnya digunakan oleh Laiman untuk projek
ternakan ikan air tawar.
 Kerjasama. Contohnya, Milan bekerjasama
dengan Laiman hingga projek mereka berjaya.
 Kesyukuran. Contohnya, Laiman bersyukur
kerana Milan sentiasa menyokong segala usaha
dan perancangannya.
 Setia kawan. Contohnya, Milan sentiasa
berusaha untuk mengekalkan hubungan baiknya
dengan Laiman.
 Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai. Contohnya, Laiman
bekerja keras bagi memastikan segala rancangan projeknya berjaya.
 Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Laiman
menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pengurus syarikat minyak dengan penuh
tanggungajawab.
 Kita hendaklah menerima keputusan orang lain dengan hati yang terbuka.
Contohnya, keputusan Kedek dan Muali untuk keluar daripada kumpulan diterima
baik oleh Laiman.
 Kita mestilah bersikap jujur dengan kawan-kawan sekerja. Contohnya, Laiman
menunjukkan akaun simpanan projeknya kepada Milan, membuktikan bahawa
Laiman jujur dalam hal kewangan.
 Kita mestilah insaf setelah melakukan kesilapan. Contohnya, Pak Kiassim insaf
setelah dia mengetahui bahawa anaknya,, Laiman bercita-cita tinggi dan tahu
melaksanakan kerja yang diimpi-impikannya.
 Kita tidak sepatutnya bersikap khianat terhadap rakan. Contohnya, Muluk sanggup
mengkhianati Laiman kerana Laiman mempunyai hubungan ynag rapat dengan
Soniah.
 Kita disarankan supaya hormat kepada orang tua. Contohnya, Laiman menghormati
Pak Sahok dan tidak walaupun Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman memulakan
projek ikan air tawar berhampiran dengan tanahnya.
 Kita hendaklah bekerjasama untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Laiman dan
Milan bekejasama melaksanakan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa
projek lain.
 Kita disarankan supaya menjadi ahli keluarga
yang prihatin. Contohnya, Mail sentiasa
mengambil berat tentang segala projek yang
diusahakan oleh Laiman.
 Kita hendaklah bersyukur dengan kejayaan
yang kita peroleh. Contohnya, Laiman
bersyukur kerana projek ternakan ikan air
tawarnya akan dijadikan projek contoh di
daerah Kusilad.

More Related Content

What's hot

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarBatrisyiaa Syiaa
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakERWANRAISJR
 
Komsas Tingkatan 2- Jalan ke puncak
Komsas Tingkatan 2- Jalan ke puncakKomsas Tingkatan 2- Jalan ke puncak
Komsas Tingkatan 2- Jalan ke puncakHanisahRadhiahAbdHal
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysiakesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap MalaysiaSuci Larasati
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
Bab 5 Air dan Larutan
Bab 5 Air dan LarutanBab 5 Air dan Larutan
Bab 5 Air dan LarutanSafwan Yusuf
 
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)Amir Azros Abdul Aziz
 
Jadual ion kimia
Jadual ion kimia Jadual ion kimia
Jadual ion kimia alhalfeast
 
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUT2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUTeh Boon Siang
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaNovel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Aziaalifarinie
 
Kepentingan pelbagai sumber
Kepentingan pelbagai sumberKepentingan pelbagai sumber
Kepentingan pelbagai sumberIzawati Taha
 
Novel hempasan ombak
Novel hempasan ombakNovel hempasan ombak
Novel hempasan ombakasia lawang
 
Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Celise Didie
 

What's hot (20)

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
Komsas Tingkatan 2- Jalan ke puncak
Komsas Tingkatan 2- Jalan ke puncakKomsas Tingkatan 2- Jalan ke puncak
Komsas Tingkatan 2- Jalan ke puncak
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysiakesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Bab 5 Air dan Larutan
Bab 5 Air dan LarutanBab 5 Air dan Larutan
Bab 5 Air dan Larutan
 
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)
 
Jadual ion kimia
Jadual ion kimia Jadual ion kimia
Jadual ion kimia
 
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUT2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaNovel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
 
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
Kepentingan pelbagai sumber
Kepentingan pelbagai sumberKepentingan pelbagai sumber
Kepentingan pelbagai sumber
 
Novel hempasan ombak
Novel hempasan ombakNovel hempasan ombak
Novel hempasan ombak
 
Kawalan biologi
Kawalan biologiKawalan biologi
Kawalan biologi
 
Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Contoh karangan surat
Contoh karangan surat
 
Geografi Tingkatan 2 KSSM
Geografi Tingkatan 2 KSSMGeografi Tingkatan 2 KSSM
Geografi Tingkatan 2 KSSM
 

Similar to USAHAWAN MUDA

Sinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke PuncakSinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke Puncakpopchinoz
 
ASSESSMENT BAHASA MELAYU
ASSESSMENT BAHASA MELAYUASSESSMENT BAHASA MELAYU
ASSESSMENT BAHASA MELAYUsyatull
 
Jalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habisJalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habisHaziqAaryan
 
Jalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulauJalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulaudhiyahamzah
 
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKJALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKSidekHasbullah
 
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKJALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKSidekHasbullah
 
NOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdfNOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdfLogeshvaran2
 
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)ChibiMochi
 
Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1muazbakhori
 
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak NurulNasrahtul
 
Jalan ke puncak tasha 2 r
Jalan ke puncak tasha 2 rJalan ke puncak tasha 2 r
Jalan ke puncak tasha 2 rSidekHasbullah
 
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAKKOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAKaisyahsofia3
 
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razziKomsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razziAliaRazip
 
Novel Jalan Ke Puncak - azlin
Novel Jalan Ke Puncak - azlinNovel Jalan Ke Puncak - azlin
Novel Jalan Ke Puncak - azlinazlinsaffiya
 
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke PuncakAnalisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke PuncakAdamHarith7
 

Similar to USAHAWAN MUDA (20)

Sinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke PuncakSinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke Puncak
 
ASSESSMENT BAHASA MELAYU
ASSESSMENT BAHASA MELAYUASSESSMENT BAHASA MELAYU
ASSESSMENT BAHASA MELAYU
 
Jalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habisJalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habis
 
Jalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulauJalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulau
 
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKJALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
 
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKJALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
 
NOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdfNOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdf
 
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1
 
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Jalan ke puncak tasha 2 r
Jalan ke puncak tasha 2 rJalan ke puncak tasha 2 r
Jalan ke puncak tasha 2 r
 
Jalan ke puncak aaa
Jalan ke puncak aaaJalan ke puncak aaa
Jalan ke puncak aaa
 
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAKKOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
 
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razziKomsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
 
Novel Jalan Ke Puncak - azlin
Novel Jalan Ke Puncak - azlinNovel Jalan Ke Puncak - azlin
Novel Jalan Ke Puncak - azlin
 
Bm 2019 dinie
Bm 2019 dinieBm 2019 dinie
Bm 2019 dinie
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke PuncakAnalisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
 

Recently uploaded

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 

Recently uploaded (20)

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 

USAHAWAN MUDA

  • 1. NAMA: IZZ DHIYA BT KHAIRUL MAZHALIS KELAS: 2 JAZARI NO. MATRIX: PB180149 NAMA CIKGU: SHURDI BIN SHUIB
  • 2. Perlahan-lahan cahaya terpancar daripada buih-buih di permukaan air. Laiman sendiri tidak menyangka bahawa suatu ketika nanti dia akan dapat menikmati hasil jerih payahnya selama membina tapak dalam kehidupan ini. Sekarang, riak-riak yang suatu ketiika dulu masih kabur sudah nampak jelas di matanya.
  • 3. Kesungguhan dan kegighan seorang anak muda yang berkelulusan universiti bercita-cita untuk menjadi usahawan muda. Laiman berkelulusan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, namun dia tidak memilih bidang berkaitan dengan dengan kelulusannya untuk kerjayanya. Dia memilih untuk membuat projek ternakan ikan air tawar, ternakan udang harimau, menanam tembikai, pengusaha kedai makan, serta menjadi pemborong dan pembekal kelapa. Keutamaan projeknya ialah projek ternakan ikan air tawar. Pada tahap awal cita-citanya ditentang oleh bapanya sendiri dan dipersenda oleh orang kampung. Walau bagaimanapun, perkara tersebut menjadikan dirinya lebih tabah dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang. Ternakan ikan air tawarnya diiktiraf oleh jabatan pertanian sebagai projek contoh di daerah tempat tinggalnya, bahkan mungkin akan dinaikkan ke tahap paling baik di seluruh negerinya.
  • 4.  Kasih sayang dalam keluarga.Contohnya, bapa, nenek dan Mail amat menyayangi Laiman. Laiman juga menyayangi mereka. Sepupu Laiman, iaitu Milan menyayangi Laiman dan sanggup menjadi pembantu setia dalam setiap projek yang diusahakan oleh Laiman.  Kepentingan pelajaran.Contohnya, Laiman menamatkan pengajiannya dalam bidang kejututeraan, walaupun akhirnya dia tidak menjadi jurutera tetapi di tetap mencintai ilmu tersebut.  Pengorbanan untuk keluarga.Contohnya, nenek dan abang Laiman berkorban untuk Laiman. Nenek Laiman mengeluarkan wang simpanan untuk pengajian Laiman dan abangnya masih tidak berkahwin lagi kerana wangnya sering diberikan kepada Laiman untuk pengajiannya.  Cinta antara teruna dan dara.Contohnya, Laiman merasai cinta kepada Soniah pada bahagian akhir novel ini. Ada tanda-tanda bahawa Soniah juga mencintainya.
  • 5.  Hubungan baik antara kaum.Contohnya, bapa Milan boleh mengambil barang-barang di kedai seorang taukeh Cina secara berhutang. Milan juga pernah bekerja di kebun kelapa taukeh itu. Mereka saling mempercayai.  Kemiskinan.Contohnya, penduduk Kampung Laiman,iaitu Kampung Kusilad rata-ratanya hidup dalam kemiskinan.  Kegigihan anak muda dalam melaksanakan pekerjaan.Contohnya, Laiman dan Milan amat gigih bekerja hingga mereka berjaya dalam projek yang diusahakan mereka.  Sikap megutamakan kerjaya sebelum bercinta.Contohya, Laiman tidak memikirkan soal cinta sebelum mencapai kejayaan.
  • 6. Laiman  Laiman ialah anak Pak Kiassim,berasal dari Kusilad,Sabah. Dia mempunyai abang bernama Mail, dan adik bernama Jariah.  Ibu Laiman telah meninggal dunia.  Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejututeraan tetapi bercita-cita untuk menjadi menjadi usahawan muda yang berjaya.  Laiman suka membantu pekerja-pekerja bawahannya semasa dia menjalani latihan praktikal.  Laiman bercita-cita tinggi untuk maju dalam pekerjaan tanpa makan gaji.  Laiman seorang yang berdikari kerana merancang untuk melakukan projek ikan air tawar dan penternakan lebah madu.  Laiman juga seorang yang rajin kerana dia menjalankan penanaman tembikai dan menjalankan perniagaan kuih, serta menjadi peraih pisang dan kelapa.  Laiman seorang yang tabah kerana dia berusaha memujuk Pak Sahok untuk mengizinkannya menggunakan tanah paya di sebelah tanah Pak Sahok untuk dijadikan kawasan projek ternakan ikan air tawar.  Laiman seorang yang berprinsip, iaitu dia tidak menerima tawaran pekerjaan yang bergaji dan tidak digemarinya.  Laiman seorang yang beradab sopan dan menghormati orang tua.  Laiman seorang ynag berdikari kerana dia mahu bekerja sendiri tanpa makan gaji degan mana-mana pihak kerajaan walaupun dia mempunyai kelulusan yang baik dalam pelajaran.  Laiman seorang yang taat akan perintah agama, iaitu raji menunaikan solat di surau.  Laiman jujur dalam pekerjaan,iaitu dia tidak menyembunyikan jumlah simpanan daripada pengetahuan rakan kongsinya, iaitu Milan.  Laiman berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain dalam projek ternakan ikan air tawarnya.  Laiman berjaya mencapai cita-citanya menjadi usahawan yang berjaya kerana dia seorang yang gigih dan tidak mudah putus asa.
  • 7. Pak Kiassim  Pak Kiassim ialah Bapa Laiman.  Pak Kiassim telah kematian isteri.  Dia tidak bersetuju apabila Laiman menyatakan bahawa dia mahu memulakan projek ikan air tawar.  Sikapnya berubah apabila Laiman menampakkan kemajuan dalam penanaman tembikai.  Dia berbangga atas kejayaan Laiman.  Pak Kiassim seorang yang pemaaf,iaitu memaafkan Laiman yang tidak mendengar kata-katanya.  Pak Kiassim seorang yang sedar akan kesilapannya,iaitu mengakui bahawa dia tidak memahami niat suci Laiman untuk menjalankan perniagaan sendiri.  Pak Kiassim seorang bapa yang bertanggungjawab,iaitu Pak Kiassim cuba memujuk Pak Sahok supaya megizinkan Laiman menggunakan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok.  Pak Kiassim seorang ayah yang mengambil berat terhadap masa depan anak-anaknya.
  • 8. Milan  Milan ialah sepupu Laiman.  Milan ialah seorsng yang rajin menolong Laiman dalam melaksanakan beberapa projek.  Milan juga sentiasa bersedia melakukan sebarang kerja yang diminta atau disuruh oleh Laiman.  Keadaan hidupnya berubah setelah dia bekerja bersama- sama dengan Laiman  Milan seorang yang mengenang budi, iaitu dalam diam- diam dia berterima kasih kepada Laiman kerana bersusah payah mengajarnya mengenali hidup.  Milan tidak mudah berputus asa dan dia sentiasa cuba memberikan kata-kata perangsang kepada Laiman untuk terus mencari jalan supaya cita-cita Laiman untuk membuka projek ternakan ikan air tawar tercapai.  Milan seorang yang setia kawan. Buktinya, dia berusaha untuk mengekalkan hubungan baiknya dengan Laiman.
  • 9. Pak Sahok  Pak Sahok memiliki tanah berhampiran dengan tanah paya yang ingin diusahakan oleh Laiman untuk projek ikan air tawarnya.  Pak Sahok seorang petani.  Pak Sahok ialah seorang ahli jawatankuasa dalam rancangan perkampungan baharu di kampungnya.  Pada mulanya dia tidak mengizinkan Laiman melaksanakan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya tetapi akhirnya bersetuju setelah Pak Kiassim memujuknya.  Pak Sahok sedar akan niat baik Laiman dan Milan untuk memajukan masyarakat yang tinggal di kampungnya.
  • 10. Soniah  Soniah ialah sahabat baik Laiman semasa di Sarawak.  Soniah merupakan pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia,sama seperti Laiman. Dia memasuki universiti terkemudian daripada Laiman.  Soniah merupakan gadis yang becita-cita tinggi.  Soniah merupakan gadis manis, bertubuh kecil, tinggi lampai, dan berkulit putih kuning.  Dia tidak menjadi jurutera tetapi menerima tugas untuk membantu bapa saudaranya menguruskan sebuah syarikat yang terletak di Kota Kinabalu,
  • 11. Sukri  Sukri bekerja di sebuah syarikat minyak di Sarawak.  Sukri rapat dengan Laiman semasa Laiman menjalani latihan praktikal.  Sukri tidak percaya Laiman membakar tangki minyak dan dia membela nasib Laiman.  Sukri seorang yang mudah cemas terutamanya apabila mengetahui berita tentang tangki minyak tempatnya bekerja terbakar.  Sukri seorang yang pandai menghargai persahabatan kerana membawa Laiman makan di sebuah restoran sebagai tnada penghargaan kepada Laiman.
  • 12. Mail  Mail abang kepada Laiman.  Mail sanggup berkorban demi adik-adiknya supaya adik-adiknya maju dalam pelajaran.  Mail bekerja di Koperasi Pembangunan Desa, iaitu di Kota Marudu dan jarang-jarang pulang ke kampung.  Mail sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada Laiman agar terus maju dalam projek yang diusahakannya.  Mail menyimpan perasaan tersebut demi keutamaannya terhadap keluarga.
  • 13. Kedek dan Muali  Kedek dan Muali mendapatkan kepercayaan daripada Laiman untuk menjalani kursus projek ternakan ikan air tawar.  Bagi Laiman, mereka ialah golongan yang rajin, tekun dan tidak banyak cakap.  Mereka meninggalkan projek Laiman untuk memulakan projek mereka sendiri. Muluk  Muluk cemburu kerana Laiman berbaik-baik dengan Soniah.  Muluk mensabotaj Laiman dengan membakar tangki minyak agar Laiman dituduh melakukan perbuatan tersebut.  Dia diberkas dan telah dihadapkan ke mahkamah.
  • 14. Jalinan Peristiwa Penting  Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak. Dia akrab dengan Sukri. Di samping itu,dia juga berbaik-baik dengan gadis yang bernama Soniah.  Oleh sebab tugasnya dijalankan dengan baiknya,pengurus syarikat menyayangi Laiman. Laiman disukai oleh pengurusnya dan keakraban Laiman dengan Soniah menimbulkan rasa cemburu di hati Muluk.  Kebakaran tangki minyak di syarikat minyak itu telah menimbulkan spekulasi bahawa Laiman yang melakukannya. Namun, ketika itu Laiman berada di Kuching untuk berjumpa dengan kawan sekuliahnya.  Pengurus yang mengesyaki Laiman melakukan sabotaj tersebut kemudiannya percaya bahawa Laiman tidak bersalah.  Laiman balik ke kampungnya setelah tamat belajar dan mendapat ijazah dalam bidang  Laiman balik ke kampungnya di Sabah setelah tamat belajar dan medapat ijazah dalam bidang kejututeraan. Dia tidak bersedia menerima jawatan bergaji tetap, walaupun jabatan pertanian menawarkan pekerjaan kepadanya.
  • 15.  Penolakan jawatan itu menyebabkan bapanya, Pak Kiassim berasa marah. Pak Kiassim mengungkit pengorbanan keluarganya demi mengutamakan kemajuan Laiman dalam pelajaran.  Laiman bertegas tetap tidak mahu berkerja dengan kerajaan. Dia keluar menemui sepupunya, Milan. Pada mulanya, Milan sependapat dengan Pak Kiassim tetapi kemudian bersetuju dengan cita-cita Laiman.  Laiman menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa kerja lain. Dia memujuk Pak Sahok supaya mengizinkan penggunaan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok tetapi Pak Sahok enggan mengizinkannya.  Pada masa yang sama, Laiman mengusahakan penanaman tembikai dan usaha itu berjaya. Tembikai itu dijual kepada kawannya di Kota Kinabalu dan dia mendapat hasil yang banyak.  Pak Kiassim memuji Laiman atas kejayaan itu. Dia menawarkan diri untuk memujuk Pak Sahok agar bersetuju dengan cadangan Laiman untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar. Laiman menegtahui bahawa tanah Pak Sahok tetapi hanya berhampiran dengan dengan tanah Pak Sahok.
  • 16.  Rundingan Pak Kiassim dengan Pak Sahok membuahkan kejayaan. Pak Sahok bersetuju, terutama apabila mendapati Laiman berjaya dalam setiap kerja yang dilakukannya.  Projek ternakan ikan air tawar bermula dengan mengorek tanah paya untuk dijadikan kolam. Pada masa yang sama, Laiman juga mempunyai rancangan yang lain, iaitu menternak lebah madu, menjual pisang, menjual kuih, serta menjadi peraih pisang dan menjual kelapa.  Masalah timbul apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak untuk melaksanakan projeknya sendiri. Milan menganggap itu sebagai masalah besar tetapi Laiman tidak meganggap demikian. Dia merestui pemergian Kedek dan Muali dan berdoa agar projek mereka berjaya.  Jabatan Pertanian mengiktiraf projek ternakan ikan air tawar Laiman itu sebagai contoh di daerahnya. Jabatan pertanian juga mengatakan projek itu akan dijadikan sebagai projek terbesar di Sabah.  Apabila Laiman berjaya, dia mula memikirkan hubungannya dengan Soniah. Kebetulan Soniah akan datang bekerja di Kota Kinabalu untuk membantu bapa saudaranya.
  • 17. Binaan Plot  Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, Laiman digambarkan sebagai pemuda yang rajin bertugas di sebuah syarikat minyak. Pekerjaannya dilakukan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawan di tempat kerja itu. Sukri yang bertugas di situ mengajak Laiman makan bersama-sama.  Bahagian perkembangan cerita, Laiman berkawan rapat dengan Soniah. Laiman, iaitu bidang kejuruteraan. Soniah menyebut nama Muluk dalam perbualannnya dengan Laiman, namun Soniah tidah mahu meneruskan cerita tentang Muluk kepada Laiman. Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Laiman tetapi dia terpaksa melupakan hal itu kerana Soniah benar-benar tidak mahu meneruskan cerita itu.  Perumitan dalam cerita ini ialah berlakunya kebakaran tangki minyak.Tangki itu baru dibaiki oleh Laiman. Namun begitu, semasa kebakaran itu berlaku Laiman pergi ke Kuching. Setelah diselidik, orang yang melakukan sabotaj itu tidak berpuas hati dengan Laiman kerana Laiman begitu rapat dengan Soniah. Bahagian lain yang merupakan perumitan adalah apabila Bapa Laiman memarahi Laiman kerana Laiman tidak mahu bekerja dengan mana-mana badan kerajaan sebaliknya mahu menjalankan projek sendiri.  Klimaks atau kemuncak cerita apabila Pak Sahok mengalah dan mengizinkan tanah paya yang berhampiran dengan tanahnya digunakan untuk projek ikan air tawar. Keizinan itu menyebabkan Laiman dan kawan-kawannya dapat bekerja keras dan akhirnya projek ternakan ikan air tawar itu dapat dijadikan sebgaai projek contoh di daerah tempat tinggal mereka.  Bahagian peleraian cerita pula adalah tentang kesenangan hidup Laiman kerana usahanya berjaya. Dia turut memikirkan perancangannya untuk memulakan hubungan baru dengan Soniah.
  • 18. Teknik Plot  Teknik pemerian Pengarang memerihalkan keadaan Sukri ketika dia sampai di tempat tangki minyak syarikatnya bekerja terbakar. Ketika Sukri sampai di tempat kejadian, api menjulang-julang naik. Anggota bomba sudah dipanggil untuk memadamkan kebakaran. Sukri terburu-buru keluar dari kereta dan berlari ke arah orang ramai yang sedang berkumpul.  Teknik Dialog Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini,termasuklah dialog antara Laiman dengan Pak Kiassim. Contohnya, “Ayah cuba berjumpa dengan Pak Sahok nanti,” kata Pak Kiassim “Untuk apa?” “Untuk projek kamu tu.” “Betulkah ini ayah?”  Teknik Monolog Sukri berbisik sendiri apabila memikirkan persitiwa tangki minyak yang terbakar itu berkemungkinan ada orang bekerja di syarikat itu berniat jahat untuk menjatuhkan Laiman. Contohnya, “Ya, mungkin saja,” bisik Sukri
  • 19.  Teknik Monolog Dalaman Laiman memikirkan bahawa Soniah seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya. Contohnya, Soniah seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu, fikir Laiman. Muluk! Kenapa Soniah sebut fasal Muluk? Apakah pula rahsia ynag disembunyikan oleh Muluk? Kalau tidak takkanlah anak gadis itu bertanya fasal Muluk di hadapannya.  Teknik Imbas Kembali Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya temasuklah Laiman teringat akan persitiwa sewaktu dia ingin mencari penaja untuk membiayai pengajiannya di universiti dahulu. Contohnya, Dia pernah mengalami masalah itu dahulu. Dia terpaksa bertungkus-lumus untuk untuk mencari penaja. Hampir sebulan Laiman turun naik pejabat. Yayasan Sabah sudah. Kerajaan negeri sudah. Tuah telah menyebelahi Laiman kera kedua-duanya memberikan kesanggupan untuk memberikannya biasiswa.  Teknik Saspens Pembaca tertanya-tanya orang yang menyebabkan perisitwa tangki minyak itu terbakar. Contohnya, … Sukri menyimpulkan bahawa itu ialah perbuatan khianat. Namun begitu, perbuatan siapa? Siapakah yang berani melakukannya? Sukri tahu semua perangai pekerja di syarikat itu.
  • 20. Latar Tempat  Sebuah pejabat di tepi pantai yang terletak di Sarawak. Contohnya, tempat Laiman menjalani latihan praktikal.  Sebuah restoran di pekan. Contohnya, Laiman, minum bersama-sama dengan Soniah di sebuah restoran yang terletak di pekan.  Bandar Miri. Contohnya, tempat Laiman dan Soniah berjalan-jalan.  Kota Marudu. Contohnya, tempat Mail betugas, iaitu di Koperasi Pembangunan Desa.  Rumah sewa Laiman. Contohnya, Sukri datang ke rumah Laiman untuk memberitahu Laiman tentang kejadian tangki minyak yang terbakar itu.  Rumah Laiman. Contohnya, tempat Laiman dimarahi bapanya kerana tidak mahu bekerja makan gaji dengan kerajaan.  Kampung Bawang. Contohnya, tempat Laiman dan Mail menziarahi arwah Pak Muluk dan adat berjaga masih diamalkan kampung itu.  Tanah Paya. Contohnya, tempat projek ternakan ikan air tawar Laiman dijalankan.  Gerai Pitas. Contohnya, Pak Sahok berbual-bual dengan Laiman dan Milan tentang kejayaan projek ternakan ikan air tawar mereka berdua.
  • 21. Latar Masa  Waktu siang. Contohnya, sewaktu Laiman dan kawan-kawannya bekerja di syarikat minyak.  Waktu petang. Contohnya, selepas waktu pejabat Laiman bersiar-siar di pekan Lotong.  Waktu malam. Contohnya, Laiman singgah di rumah Milan dan meluahkan perasaannya yang kecewa kepada Laiman.  Enam bulan. Contohnya, Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak.  Dua tahun. Contohnya, Laiman diterima masuk ke matrikulasi sebelum ditawarkan ke universiti.  Lebih kurang tiga tahun. Contohnya, Laiman dan Soniah masih berhubung melalui surat yang dikirimkan oleh Soniah kepadanya.  Hari Ahad. Contohnya, Laiman membawa kuih yang telah dipajaknya daripada orang kampung lalu dibawa ke Gerai Pitas.  Tiga bulan. Contohnya, Laiman dan Milan telah menjalankan perniagaan kuih di Gerai Pitas.
  • 22. Latar Masyarakat  Masyarakat yang bekerja kuat. Contohnya, Laiman dan Milan bekerja keras supaya segala rancangan projek mereka tercapai.  Masyarakat yang berpelajaran tinggi. Contohnya, Laiman dan Soniah merupakan pelajar yang mengambil kursus dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.  Masyarakat yang hidup miskin dan sederhana. Contohnya, orang kampung Laiman yang tinggal di Kampung Kuislad hidup secara bersederhana.  Masyarakat yang cemburu. Contohnya, Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan Soniah sehigga dia sanggup mengkhianati Laiman.  Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Laiman dan Milan rajin menunaikan solat di surau.  Masyarakat yang boleh berubah. Contohnya, sikap anak-anak muda di kampung Laiman berubah daripada keadaan malas menjadi rajin untuk bekerja.  Masyarakat yang mengamalkan sifat bekerjasama. Contohnya, pegawai pertanian yang berjumpa dengan Laiman dan Milan sentiasa bersedia untuk membantu mereka melaksanakan projek mereka.  Masyarakat yang bijak mengendalikan perniagaan. Contohnya, Laiman merupakan anak muda yang bijak mengendalikan perniagaan sehingga berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampungnya.
  • 23. Diksi Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang memaparkan kisah anak muda yang menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Contohnya, kata-kata tersebut seperti kebun tembikai, tanah paya, jabatan pertanian, lima belas hektar, lebah madu, ikan air tawar, udang harimau dan sebagainya. Ayat Sepanjang jalan cerita, pengarang berselang-seli menggunakan ayat-ayat pendek dan panjang.  Ayat-ayat pendek. Contohnya,  Soniah berjalan agak cepat.  Tidak ada bezanya.  Laiman tersentak.  Milan memberikan kata putus.  Angguk.  Ayat-ayat panjang. Contohnya,  Dia berpendapat kalau ramai yang berfikiran begitu negara akan beruntung kerana dapat melahirkan ramai tenaga mahir yang sesuai dengan dasar kejadian.  Sukri dapat membaca sikap Laiman setelah hampir tiga bulan pemuda dari Sabah itu berada dalam pengawasannya.  Harapan Laiman setinggi-tinggi gunung, semoga pengurus itu tidak akan mencemarkan namanya hanya kejadian yang dia sendiri dia tidak tahu.  Namun begitu, usahanya untuk mencari pendekatan dalam bidang yang baharu seakan-akan terbantut oleh orang- orangnya sendiri yang tidak mahu menerima perubahan secara perlahan-lahan.  Subsidi untuk projek itu sudah pun diurus dan diatur oleh pegawai pertanian itu sendiri tanpa bantuan dan campur tangan Laiman.
  • 24. Bahasa Arab Terdapat juga bahasa Arab yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,  “Tenanglah fikiran. Baca bismillah sebelum masuk,” kata Sukri sambil ketawa.  Kita sepatutnya berusaha dan tawakal kepada Allah.  “Syukur, alhamdulillah,” kata Milan, lalu dia terus ke warungnya kerana tiada orang menjaganya. Metafora Unsur metafora merupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata, iaitu konkrit dan abstrak. Unsur metafora juga dapat dilihat dalam novel ini. Contohnya, Gunung penyesalannya datang tiba-tiba. Personifikasi Unsur personifikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentu digunakan oleh pengarang sebagai rencah dalam novelnya. Contohnya,  Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega.  Matahari pun tidak lagi galak sinarnya.  Petang semakin tua.  Daun-daun yang beraneka jenis itu terliuk-liuk mengikut rentak irama angin kering.  Anak matanya tepat menikam kebun tembikai yang seluas lima hektar yang diusahakannya sendiri sejak dua bulan yang lalu.
  • 25. Hiperbola Gaya bahasa hiperbola atau bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih- lebihan daripada maksud yang sebenarnya terdapat dalam novel ini. Contohnya,  Penyesalannya terus saja meronta-ronta, menghempas pintunya. Simile Simile ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan perkataan bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti dan umpama. Contohnya,  …minyak yang belum proses tumpah bagaikan air hujan di tepi-tepi longkang.  …muka yang merah padam seperti udang yang dibakar.  ‘Nasib manusia ini bagai menanam benih,’ fikir Soniah.  Soniah sekarang dalam fikiran Laiman seperti bunga yang sedang mengembang dan harumnya terbau ke mana-mana.  Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya. Sinkope Pengarang turut menggunakan sinkope atau singkatan sesuatu perkataan dalam novel ini. Contohnya,  “Berita tak baik? Berita apa tu, Ri?”  “Apa-apa saja yang kita buat memang akan ada risikonya.”  Dia berhenti sekolah dulu kerana membantu ayah untuk memberikan pelajaran yang cukup kepada kamu dan adik-adikmu yang lain.  “Tak tentu, mungkin esok atau mungkin lusa.”
  • 26. Peribahasa Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,  …tidak semua orang boleh dipercayai kerana telunjuk lurus kelengkeng berkait.  Kata orang, selurus-lurus ekor anjing, ada juga bengkoknya.  Air mukanya berubah.  …dia bukan manusia yang suka lempar batu sembunyi tangan.  Namun begitu, apakan daya kerana nasi sudah menjadi bubur. Repetisi Unsur repetisi atau perulangan turut diutarakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,  “Nak marah kepada siapa? Marah kepada aku, sedangkan aku tak ada pada waktu itu? Susah dia nak marah.”  Engkau kira apa yang aku buat sekarang ini tidak ke arah masa depan? Engkau kira kerja yang aku buat ini terlalu hina?  Bukan sakit, bukan ditimpa kemalangan, tapi kita yang sedang sakit sekarang. Kepala kita yang sakit.
  • 27.  Kasih sayang. Contohnya, nenek Laiman membelanjakan wang simpanannya dalam jumlah yang banyak untuk membiayai pengajian Laiman. Bapa Laiman juga mengasihi Laiman, walaupun dia bersikap kasar setelah mendapat tahu Laiman menolak tawaran kerja bergaji.  Ketabahan. Contohnya, Laiman berusaha bersungguh-sungguh dan dengan tabahnya bagi memastikan projeknya berjaya.  Tanggungjawab. Contohnya, Sukri menyelia pekerjaan Laiman dengan penuh tanggungjawab semasa Laiman menjadi pelatih di syarikat minyak.  Keprihatinan. Contohnya, Sukri memberi perhatian kepada Laiman dan mahu memastikan bahawa Laiman tidak teraniaya terhadap kes tangki minyak yang terbakar itu.  Kesabaran. Contohnya, Laiman tidak menampakkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak keluar daripada projek yang diusahakannya. Baginya, keputusan mereka berdua hendaklah dihormati tanpa rasa dendam.  Berwawasan. Contohnya, Laiman merupakan anak muda berwawasan tinggi dengan membuka peluang pekerjaan kepada golongan yang menganggur di kampung mereka.
  • 28.  Keinsafan. Bapa Laiman, iaitu Pak Kiassim setelah memahami pendirian Laiman. Pak Sahok juga insaf lalu besetuju tanah paya di sebelah tanahnya digunakan oleh Laiman untuk projek ternakan ikan air tawar.  Kerjasama. Contohnya, Milan bekerjasama dengan Laiman hingga projek mereka berjaya.  Kesyukuran. Contohnya, Laiman bersyukur kerana Milan sentiasa menyokong segala usaha dan perancangannya.  Setia kawan. Contohnya, Milan sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungan baiknya dengan Laiman.
  • 29.  Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai. Contohnya, Laiman bekerja keras bagi memastikan segala rancangan projeknya berjaya.  Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Laiman menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pengurus syarikat minyak dengan penuh tanggungajawab.  Kita hendaklah menerima keputusan orang lain dengan hati yang terbuka. Contohnya, keputusan Kedek dan Muali untuk keluar daripada kumpulan diterima baik oleh Laiman.  Kita mestilah bersikap jujur dengan kawan-kawan sekerja. Contohnya, Laiman menunjukkan akaun simpanan projeknya kepada Milan, membuktikan bahawa Laiman jujur dalam hal kewangan.  Kita mestilah insaf setelah melakukan kesilapan. Contohnya, Pak Kiassim insaf setelah dia mengetahui bahawa anaknya,, Laiman bercita-cita tinggi dan tahu melaksanakan kerja yang diimpi-impikannya.  Kita tidak sepatutnya bersikap khianat terhadap rakan. Contohnya, Muluk sanggup mengkhianati Laiman kerana Laiman mempunyai hubungan ynag rapat dengan Soniah.  Kita disarankan supaya hormat kepada orang tua. Contohnya, Laiman menghormati Pak Sahok dan tidak walaupun Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman memulakan projek ikan air tawar berhampiran dengan tanahnya.  Kita hendaklah bekerjasama untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Laiman dan Milan bekejasama melaksanakan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa projek lain.
  • 30.  Kita disarankan supaya menjadi ahli keluarga yang prihatin. Contohnya, Mail sentiasa mengambil berat tentang segala projek yang diusahakan oleh Laiman.  Kita hendaklah bersyukur dengan kejayaan yang kita peroleh. Contohnya, Laiman bersyukur kerana projek ternakan ikan air tawarnya akan dijadikan projek contoh di daerah Kusilad.