SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
Buku Skrap
Kupasan Novel
JALAN
KE
PUNCAK
TINGKATAN 2
Nama: Muhd Sulaiman bin Norlee
Kelas: 2IS
SMKA
AL-IRSHAD
(SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)
ISI KANDUNGAN
SINOPSIS 1
TEMA DAN CONTOH PERISTIWA 3
PERSOALAN DAN CONTOH
PERISTIWA
4
WATAK DAN PERWATAKAN 5
PLOT 9
TEKNIK PLOT 9
LATAR (TEMPAT,MASA DAN
MASYARAT)
10
GAYA BAHASA 12
NILAI 12
PENGAJARAN 13
PENDAPAT PERIBADI 14
BAB 1:
BAGAIKAN MIMPI
Laiman, seorang pemuda berasal dari Sabah. Dia yang merupakan seorang
penuntut jurusan kejuruteraan, telah dihantar untuk menjalani praktikal atau
latihan industri di sebuah syarikat Shell di Sarawak. Semasa menjalani praktikal
itu, Laiman telah bersahabat baik dengan Sukri.
BAB 2: SESAL
Pengurus syarikat Shell di situ menyukai Laiman kerana dia merupakan
seorang pekerja yang cekal, cekap dan bijak. Di syarikat Shell itu juga Laiman
mengenali Soniah, seorang gadis yang sepejabat dengannya. Melalui Soniah,
Laiman mengenali Muluk yang bersikap agak aneh berbanding dengan rakan-
rakannya yang lain, namun Soniah tidak bercerita lanjut tentang Muluk.
BAB 3: MUSIBAH
Suatu hari ketika Laiman ke Kuching untuk mengunjungi sahabatnya, tangki
minyak milik syarikat tempat Laiman bekerja telah terbakar. Tangki minyak itu
baru sahaja dibaiki oleh Laiman dua minggu lepas. Laiman kehairanan apabila
memikirkan peristiwa kebakaran itu kerana dia telah menggunakan segala
kepakarannya semasa membaiki tangki tersebut.
BAB 4: HASRAT
Laiman berkesempatan berbual-bual dengan Soniah. Laiman agak terkejut
apabila mengetahui Soniah juga merupakan seorang penuntut dalam bidang
kejuruteraan. Berkaitan isu kebakaran di tangki minyak, pengurus syarikat tidak
menyalahkan Laiman kerana dia tiada di tempat kejadian. Laiman bimbang
namanya tercemar, walaupun dia tidak terlibat dengan kebakaran itu.
BAB 5: PULANG Setelah tamat pengajian, Laiman pulang ke kampungnya di Sabah.
BAB 6:
TENTANGAN
Laiman kemudian mendapat tawaran bekerja di jabatan pertanian. Namun dia
ingin berdikari dan bercadang menternak lebah madu serta ikan air tawar. Bapa
Laiman, iaitu Pak Kiassim tidak bersetuju. Pak Kiassim mahu Laiman bekerja di
bilik berhawa dingin, berkereta dan bergaji besar. Pendapat Laiman berbeza
dengan pendapat ayahnya. Laiman lebih tertarik hati terhadap seruan kerajaan
supaya para siswazah berdikari dan tidak terlalu bergantung pada kerajaan
untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Ketika itu juga, Laiman teringat akan
peristiwa kebakaran tangki minyak disebabkan angkara Muluk yang sangat
cemburu melihatnya akrab dengan Soniah.
BAB 7: RESAH
Penolakan Laiman terhadap tawaran kerja itu menyebabkan Pak Kiassim
menjadi marah. Pak Kiassim mengungkit menyatakan bahawa nenek dan
abangnya telah banyak berkorban mengeluarkan wang ringgit bagi membantu
pengajian Laiman. Laiman yang berkecil hati, cuba mendapatkan sepupunya,
Milan untuk meluahkan perasaannya.
BAB 8: TEKAD
Rancangan Laiman untuk menternak ikan air tawar menghadapi masalah
apabila Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman menggunakan tanah paya yang
bersebelahan tanahnya. Walaupun tanah itu bukan milik Pak Sahok, Laiman
tetap menghormati keputusan Pak Sahok. Manakala, Milan Pula berjanji akan
sentiasa menyokong usaha Laiman.
SINOPSIS 1
BAB 9: PUJUK
Sementara itu, Laiman dan Milan mengusahakan projek kebun tembikai. Kawan
Laiman dari Kota Kinabalu akan membeli tembikai yang mereka usahakan
nanti. Laiman bersyukur kerana Milan menyokong usahanya dan sentiasa
membantu menguruskan kebun tembikai mereka.
BAB 10: HARAPAN
Kebun tembikai yang diusahakan oleh Laiman dan Milan telah berjaya
menampakkan hasil yang lumayan. Pihak jabatan pertanian tertarik untuk
membantu Laiman memajukan projeknya. Pak Kiassim berasa sangat gembira
atas kejayaan Laiman dan mula berkeyakinan terhadap cita-cita anaknya. Pak
Kiassim berjanji akan memujuk Pak Sahok agar dia bersetuju terhadap
rancangan projek ikan air tawar yang dicadangkan oleh Laiman. Akhirnya,
setelah berunding dengan Pak Kiassim, Pak Sahok bersetuju membenarkan
Laiman meneruskan rojek ikan air tawarnya. Sebulan kemudian, kerja-kerja
mengorek tanah dimulakan. Setelah selesai, Laiman melepaskan ikan-ikan
ternakan ke dalam kolam. Laiman mengupah anak-anak muda yang tidak ada
pekerjaan di kampung itu untuk membantu projek tersebut.
BAB 11: GALAU
Sedikit masalah berlaku apabila Kedek dan Muali iaitu dua orang pekerja
Laiman meninggalkan projeknya untuk bekerja sendiri. Milan resah kerana
kebaikan Laiman berusaha memberi peluang pekerjaan kepada dua orang
anak muda yang menganggur itu telah tidak menghargai jasa Laiman. Namun,
Laiman bersikap terbuka dan tidak menaruh dendam.
BAB 12: TABAH
Mail pulang dari Kota Marudu dalam keadaan kepenatan lalu tidur nyenyak
kerana kepenatan berkerja. Mail mendapat cuti tiga hari lebih lama dari
sebelumnya. Sempat juga Mail meninjau-ninjau kerja adiknya, Mail mendengar
semua luahan adiknya lalu Mail memberikan beberapa kata semangat sambil
mereka berdua merenung kejernihan kolam ikan.
BAB 13: LUMAYAN
Setelah urusan ternakan ikan air tawar terurus dan penjagaan kolam tidak
banyak yang perlu dilakukan, Laiman melebarkan perniagaannya dengan
menjual kuih, pisang dan kelapa ke Kota Kinabalu. Dia tidak mahu membuang
masa begitu sahaja. Wang simpanan hasil perniagaan mereka menjadi semakin
bertambah. Mereka membeli sebuah lori untuk memudahkan urusan
perniagaan mereka.
BAB 14: SINAR
Laiman berani mengubah kehidupannya. Padanya, berbakti kepada tanah pasti
berjaya jika dilakukan dengan kesungguhan. Pak Sahok memuji usaha Laiman.
Pak Kiassim bangga atas kejayaan anaknya. Kejayaan Laiman sebagai
seorang usahawan berjaya, patut dicontohi dan bukan sahaja anak-anak muda
yang menganggur, malah graduan daripada pelbagai jurusan juga.
BAB 15: IMPIAN
TERLAKSANA
Projek ikan air tawar yang diusahakan oleh Laiman menjadi projek contoh di
daerah Kusilad. Ada kemungkinan projek itu nanti akan menjadi projek terbesar
di negeri Sabah. Kini kegigihan Laiman benar-benar telah membuktikan
bahawa dia boleh berjaya mencapai cita-citanya. Orang kampung mengenali
Laiman sebagai seorang usahawan jurusan kejuruteraan yang berjaya.
SINOPSIS 2
TEMA DAN CONTOH
PERISTIWA
Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang
berkelulusan universiti bercita-cita untuk menjadi usahawan muda.
Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, namun
dia tidak memilih bidang berkaitan dengan kelulusannya untuk
kerjayanya. Dia memilih untuk membuat projek penternakan ikan
air tawar, penternakan lebah madu, berkebun tembikai, berniaga
kuih, pisang, dan kelapa. Keutamaan projeknya ialah projek
ternakan ikan air tawar. Pada tahap awal cita-citanya ditentang
oleh bapanya sendiri, dan dipersenda oleh orang kampung. Walau
bagaimanapun, perkara tersebut menjadikan dirinya lebih tabah
dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang. Ternakan ikan air
tawarnya diiktiraf oleh jabatan pertanian sebagai projek contoh di
daerah tempat tinggalnya, bahkan mungkin akan dinaikkan ke
tahap paling baik di seluruh negerinya.
3
PERSOALAN DAN
CONTOH PERISTIWA 4
1.Keyakinan atas usaha
yang telah dilaksanakan
Contoh: Laiman yang berusaha menjadi seorang petani moden yakin akan
mengecapi kejayaan walaupun menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian.
2.Pengorbanan demi
kejayaan ahli keluarga
Contoh: Nenek dan abang Laiman berkorban untuk Laiman. Nenek Laiman
mengeluarkan wang simpanan untuk pengajian Laiman dan abangnya masih tidak
berkahwin lagi kerana wangnya sering diberikan kepada Laiman untuk pengajiannya.
3.Keberanian menceburi
bidang pertanian yang
berisiko tinggi
Contoh: Laiman berani untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan
serta udang selepas menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan.
4.Semangat setia kawan
Contoh: Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman sentiasa
menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian walaupun mendapat
tentangon daripada keluarganga sendiri.
5.Kemiskinan dalam
masyarakat
Contoh: Laiman memerlukan bantuan kewangan daripada ahli keluarganya untuk
melanjutkan pelajaran di universiti.
6.Ketabahan menghadapi
dugaan hidup
Contoh: Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya
yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.
7.Semangat cinta akan
negara
Contoh: Laimon sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.
8.Ketabahan menghadapi
dugaan hidup
Contoh: Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya
yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.
9.Keyakinan terhadap
usaha yang dijalankan
Contoh: Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan membuahkan kejayaan
walaupun pada peringkat awal ayahnya menentang sikapnya yang menolak tawaran
kerja di jabatan pertanian, namun akhirnya dia berjaya menjadi petani moden
sehingga kejayaannya diiktiraf oleh pihak kerajaan.
10.Sikap dengki lahir
kerana perasaan cemburu
Contoh: Laiman yang begitu akrab dengan Soniah telah menimbul perasaan
cemburu di hati Muluk. Hal ini demikian kerana Muluk menaruh hati terhadap Soniah,
namun Soniah tidak melayannya. Kes kebakaran loji minyak di Miri ialah hasil
perbuatan Muluk.
11.Kasih sayang dalam
keluarga
Contoh: Bapa, nenek dan Mail amat menyayangi Laiman. Laiman juga menyayangi
mereka. Sepupu Laiman, iaitu Milan menyayangi Laiman dan sanggup menjadi
pembantu setia dalam setiap projek yang diusahakan oleh Laiman.
12.Kepentingan pelajaran
Contoh: Laiman menamatkan pengajiannya dalam bidang kejututeraan, walaupun
akhirnya Laiman tidak menjadi jurutera tetapi Laiman tetap mencintai ilmu tersebut.
13.Cinta antara teruna dan
dara
Contoh: Laiman merasai Cinta kepada Soniah pada bahagian akhir novel ini. Ada
tanda-tanda bahawa Soniah juga mencintainya.
14.Hubungan baik antara
kaum
Contoh: Bapa Milan boleh mengambil barang-barang di kedai seorang taukeh Cina
secara berhutang. Milan juga pernah bekerja di kebun kelapa taukeh itu. Mereka
saling mempercayai.
15.Kegigihan anak muda
dalam melaksanakan
pekerjaan
Contoh: Laiman dan Milan amat gigih bekerja hingga mereka berjaya dalam projek
yang diusahakan mereka.
16.Sikap megutamakan
kerjaya sebelum bercinta
Contoh: Laiman tidak memikirkan soal cinta sebelum mencapai kejayaan.
WATAK DAN
PERWATAKAN
1.Seorang yang rajin
Contoh: Laiman berusaha gigih mengusahakan projeknya sehingga pada
akhirnya usaha Laiman membuahkan hasil.
2.Seorang yang bijak
Contoh: Laiman merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
3.Seorang yang baik hati
Contoh: Laiman berfikiran terbuka terhadap Muali dan Kedek yang mahu
berdikari.
4.Seorang yang berani
Contoh: Laiman mempertahankan kebenarannya dalam kes kebakaran tangki
minyak.
5.Seorang yang gigih dan
tidak mudah putus asa
Contoh: Laiman berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan
rancangannya. Dia tidak mudah berputus asa apabila sesuatu usahanya belum
berjaya.
6.Seorang yang berdikari
Contoh: Laiman bekerja sendiri tanpa makan gaji dengan mana-mana pihak
kerajaan.
7.Seorang yang bantu-
membantu
Contoh: Laiman suka membantu pekerja-pekerja bawahannya semasa dia
menjalani latihan praktikal di syarikat Shell Sarawak.
8.Seorang yang tabah
Contoh: Laiman berusaha memujuk Pak Sahok untuk mengizinkannya
menggunakan tanah paya di sebelah tanah Pak Sohok untuk dijadikan
kawasan projek ternakan ikan air tawar.
9.Seorang yang
berprinsip
Contoh: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima
sesuatu tawaran pekerjaan.
10.Seorang yang beradab
Contoh: Laiman mendapatkan keizinan daripada Pak Sahok sebelum
menggunakan tanah paya bersebelahan tanah Pak Sahok.
11.Seorang yang taat
akan perintah agama
Contoh: Laiman rajin menunaikan solat di surau.
12.Seorang yang jujur
Contoh: Laiman tidak menyembunyikan jumlah simpanan daripada
pengetahuan rakannya iaitu Milan.
13.Seorang contoh
Contoh: Laiman menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain dalam
projek ternakan ikan air tawarnya.
14.Seorang yang bjiak
merancang
Contoh: Laiman menjadi usahawan muda yang berjaya.
15.Seorang usahawan
muda
Contoh: Laiman mengusahakan projek penternakan ikan air tawar, penternakan
lebah madu, berkebun tembikai, berniaga kuih, pisang, dan kelapa.
5
LAIMAN (WATAK UTAMA)
-Laiman anak kepada Pak Kiassim.
-Laiman berasal dari Kusilad, Sabah.
-Laiman mempunyai abang bemama Mail dan adik bernama Jariah
manakala ibunya telah meninggal dunia.
WATAK DAN
PERWATAKAN
PAK KIASSIM
-Pak Kiassim bapa kepada Laiman.
-Pak Kiassim telah kematian isteri.
6
MILAN
-Milan ialah sepupu kepada Laiman.
-Milan berasal dari Kusilad, Sabah.
1.Seorang yang setia
Contoh: Milan setia dengan Laiman dalam setiap projek yang dijayakannya. Dia
percaya dan yakin akan kejujuran dan kesungguhan Laiman.
2.Seorang yang mudah
bekerjasama
Contoh: Milan bekerjasama dengan Laiman untuk menjadi peladang dan
penternak.
3.Seorang yang rajin
Contoh: Milan membantu Laiman menguruskan Iadang tembikai dan
penternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh Laiman.
4.Seorang yang bersedia
Contoh: Milan sentiasa bersedia melakukan sebarang kerja yang diminta atau
disuruh oleh Laiman.
5.Seorang yang setia
kawan
Contoh: Milan sanggup membantu Laiman berhadapan dengan Pak Sahok.
6.Seorang yang gigih
berusaha
Contoh: Milan gigih membantu Laiman mengusahakan projek penternakan ikan
air tawar.
7.Seorang yang
mengenang budi
Contoh: Milan berterima kasih kepada Laiman kerana mengajarnya erti
kehidupan.
8.Seorang yang
memberikan nasihat
Contoh: Milan sentiasa cuba memberikan kata-kata perangsang kepada Laiman
untuk terus mencari jalan supaya cita-cita Laiman untuk membuka projek
ternakan ikan air tawar tercapai.
1.Seorang yang prihatin
Contoh: Pak Kiassim sanggup membantu Laiman menguruskan kebun tembikai
anaknya itu.
2.Seorang yang bersikap
positif
Contoh: Pak Kiassim menyokong usaha Laiman selepas melihat kejayaannya.
3.Seorang yang
bertanggungjawab
Contoh: Pak Kiassim cuba memujuk Pak Sahok supaya megizinkan Laiman
menggunakan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok.
4.Seorang yang
mengambil berat tentang
masa depan
Contoh: Pak Kiassim inginkan anaknya bekerja di jabatan kerajaan untuk
mendapatkan kerjaya yang stabil.
5.Seorang yang berfikiran
negetif
Contoh: Pak Kiassim pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan Laiman
untuk menceuri bidang pertanian.
6.Seorang yang pemaaf
Contoh: Pak Kiassim sanggup mengakui kesilapannya kepada Laiman kerana
tidak memahami wawasan Laiman sebelum ini.
7.Seorang yang sedar
akan kesilapan
Contoh: Pak Kiassim tidak memahami wawasan Laiman untuk menjalankan
perniagaan sendiri sewaktu sebelum Laiman berjaya.
1.Seorang yang cantik
Contoh: Soniah merupakan gadis manis, bertubuh kecil, tinggi lampal, dan
berkulit putih kuning.
2.Seorang yang bercita-
cita tinggi
Contoh: Soniah jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
3.Seorang yang
mengorbankan cita-
citanya
Contoh: Soniah tidak menjadi jurutera tetapi menerima tugas untuk membantu
bapa saudaranya menguruskan sebuah syarikat yang terletak di Kota Kinabalu.
4.Seorang yang
menyimpan rahsia
Contoh: Soniah menyembunyikan rahsia tentang Muluk daripada Laiman.
1.Seorang yang keras
kepala
Contoh: Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman melaksanakan projek ternakan
ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya.
2.Seorang yang sukar
dipujuk
Contoh: Pak Sahok bersetuju setelah Pak Kiassim memujuknya daripada
Laiman dan Milan.
3.Seorang yang sedar
akan kesilapan
Contoh: Pak Sahok sedar akan niat baik Laiman dan Milan untuk memajukan
masyarakat yang tinggal di kampungnya.
1.Seorang yang sanggup
berkorban
Contoh: Mail sanggup berkorban demi adik-adiknya dalam pelajaran.
2.Seorang yang
memberikan sokongan
dan nasihat
Contoh: Mail sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada Laiman agar
terus maju dalam projek yang diusahakannya.
3.Seorang menyimpan
perasaan
Contoh: Mail menyimpan perasaan demi keutamaannya terhadap keluarga.
WATAK DAN
PERWATAKAN 7
PAK SAHOK
-Pak Sahok seorang petani.
-Pak Sahok ialah ahli jawatankuasa rancangan perkampungan baharu.
-Pak Sahok memiliki tanah berhampiran dengan tanah paya yang diusahakan
oleh Laiman dengan projek ikan air tawar.
SONIAH
-Soniah Sahabat baik kepada Laiman.
-Soniah berketurunan Melanau.
MAIL
-Mail abang kepada Laiman.
-Mail bekerja di Koperasi Pembangunan Desa, di Kota Marudu.
WATAK DAN
PERWATAKAN
1.Seorang yang peramah
Contoh: Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa
kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri.
2.Seorang yang
berkeyakinan
Contoh: Sukri tidak percaya bahawa Laiman membakar tangki minyak dan
Sukri membela Laiman.
3.Seorang yang setia
kawan
Contoh: Sukri rapat dengan Laiman semasa Laiman membuat latihan praktikal
di syarikat Shell di Sarawak.
4.Seorang yang
menghargai persahabatan
Contoh: Sukri membawa Laiman makan di sebuah restoran sebagai tanda
penghargaan kepada Laiman.
5.Seorang yang mudah
cemas
Contoh: Sukri seorang yang mudah cemas terutamanya mengetahui berita
tentang tangki minyak tempatnya bekerja terbakar.
8
SUKRI
-Sukri bekerja di sebuah syarikat Shell di Sarawak.
-Sukri penyelia latihan industri dan rakan Laiman.
KEDEK & MUALI
1.Orang yang diberikan
kepercayaan
Contoh: Mereka mendapatkan kepercayaan daripada Laiman untuk menjalan
kursus projek ternakan ikan air tawar.
2.Orang yang tekun Contoh: Mereka ialah golongan yang rajin, tekun dan tidak banyak cakap.
3.Orang yang mungkir
janji
Contoh: Mereka meninggalkan projek Laiman untuk memulakan projek mereka
sendiri.
MULUK
1.Seorang yang kuat
cemburu
Contoh: Muluk cemburu kerana Laiman berbaik-baik dengan Soniah.
2.Seorang yang busuk
hati
Contoh: Muluk mensabotaj Laiman dengan membakar tangki minyak agar
Laiman dituduh melakukan perbuatan tersebut.
3.Seorang yang tidak
bijak merancang
Contoh: Muluk tidak tahu keberadaan Laiman di Kuching dan bukan di Loji
tersebut menyebabkan sabotaj itu tidak menjadi. Muluk diberkas dan telah
dihadapkan ke mahkamah.
1.Seorang yang berdikari
Contoh: Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan
dengan berjimat cermat dan tidak membangga diri.
CHOW CHIN
-Chow Chin ialah pelajar senior Laiman di universiti, kini usahawan berjaya.
1.Permulaan
Contoh: Novel ini bermula apabila Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah
syarikat Shell. Laiman Sentiasa melaksanakan tugas yang diberikan dengan
baik sehinggakan dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawannya. Sukri
yang bertugas di situ telah mengajak Laiman untuk makan bersama.
2.Perkembangan
Contoh: Soniah yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan
berkawan rapat dengan Laiman. Soniah telah menyebut nama seorang lelaki,
Muluk dalam perbualan mereka dan kemudian tidak mahu meneruskan cerita
tersebut. la telah menimbulkan tanda tanya kepada Laiman tetapi dia terpaksa
melupakan perkara tersebut kerana Soniah tidak mahu bercerita tentang Muluk.
3.Perumitan
Contoh: Loji minyak di syarikat Laiman menjalani latihan praktikal terbakar.
Laiman merupakan jururtera yang bertugas untuk memperbaiki loji tersebut.
Namun, kebakaran tersebut berlaku semasa Laiman pergi ke Kuching.
Perbuatan yang dianggap satu sabotaj itu tidak menjadi kerana pelaku tidak
tahu keberadaan Laiman di Kuching dan bukan di loji tersebut.
Contoh: Pak Kiassim telah memarahi Laiman kerana menolak tawaran
pekerjaan di sebuah jabatan kerajaan dan menentang hasrat Laiman untuk
bekerja sendiri.
4.Klimaks
Contoh: Polis telah menangkap Muluk atas tuduhan membakar loji minyak
kerana ingin melakukan sabotaj ke atas Laiman. Muluk cemburu dengan
hubungan mesra antara Soniah dan Laiman.
Contoh: Pak Sahok telah memberi keizinan kepada Laiman untuk
menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya untuk menjalankan projek
ternakan ikan air tawar. Laiman telah membalas jasa baik Pak Sahok dengan
bekerja keras untuk menjayakan projek tersebut sehingga menjadi contoh
kepada penduduk kampung yang lain.
5.Peleraian
Contoh: Laiman telah berjaya untuk hidup dengan selesa hasil daripada
usahanya bekerja sendiri. Laiman kemudiannya merancang untuk menjalani
kehidupan yang baharu bersama Soniah.
1.Teknik pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan hubungan Laiman dengan Sukri yang sudah
terjalin erat walaupun baru dua bulan lebih mereka berkawan.
2.Teknik dialog
Contoh: Laiman berbual dengan Milan tentang cadangan Laiman yang mahu
mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar di tanah paya
sebelah tanah Pak Sahok.
3.Teknik saspens Contoh: Pembaca tertanya-tanya siapakah yang membakar loji minyak.
4.Teknik kejutan
Contoh: Pembaca terkejut apabila Pak Sahok menyetujui kehendak Laiman
untuk menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya dengan mudah setelah
Pak Kiassim memujuknya.
PLOT
TEKNIK PLOT
9
1.Bandar Miri
Contoh: Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-
siar di bandar Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah
yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan.
2.Rumah Pak Kiassim
Contoh: Tempat tinggal Pak Kiassim, Laiman dan keluarganya. Di sinilah Pak
Kiassim menegur Laiman yang enggan menerima tawaran kerja oleh jabatan
pertanian.
3.Rumah Pak Sahok
Contoh: Laiman ke rumah Pak Sahok untuk memujuknya agar mengizinkan dia
menggunakan tanah rizab yang bercantum dengan tanah Pak Sahok untuk
tujuan menternak ikan.
4.Tangki minyak nombor
12 milik syarikat Shell
Contoh: Tangki yang rosak dan dibaiki oleh Laiman kemudian terbakar akibat
sabotaj daripada Muluk kerana cemburu.
5.Pejabat syarikat Shell
Contoh: Tempat Laiman, Soniah dan Sukri bekerja. Di sinilah Laiman menjalani
latihan selama enam bulan.
6.Restoran di Miri
Contoh: Laiman makan bersama-sama Soniah di sebuah restoran. Ketika
makan, Soniah meluahkan hajatnya ingin melanjutkan pelajarannya ke
universiti dalam bidang kejuruteraan, sama seperti Laiman.
7.Kebun tembikai
Contoh: Tempat Laiman dan Milan mengusahakan ladang seluas 15 ekar dan
mereka berasa bangga apabila usaha yang dilakukan sejak dua bulan lalu telah
mengeluarkan hasil.
8.Tanah paya Contoh: Tempat projek ternakan ikan air tawar Laiman dijalankan.
9.Gerai pitas
Contoh: Pak Sahok berbual-bual dengan Laiman dan Milan tentang kejayaan
projek ternakan ikan air tawar mereka berdua.
10.Kampung Kusilad
Contoh: Kampung Kusilad merupakan tempat tinggal Laiman dan tempat
Laiman melakukan aktiviti pertanian dan perikanan sehingga berjaya menjadi
usahawan berjaya.
11.Kampung Bawang
Contoh: Tempat Laiman dan Mail menziarahi arwah Pak Muluk dan adat
berjaga masih diamalkan kampung itu.
12.Rumah sewa Laiman
Contoh: Sukri datang ke rumah Laiman untuk memberitahu Laiman tentang
kejadian tangki minyak yang terbakar itu.
13.Kota Marudu Contoh: Tempat Mail betugas, iaitu di Koperasi Pembangunan Desa.
14.Universiti Kebangsaan
Malaysia
Contoh: Tempat Soniah belajar sehingga tamat pengajiannya dalam bidang
kejuruteraan.
LATAR 10
(TEMPAT, MASA
& MASYARAKAT)
LATAR
TEMPAT
1.Waktu Pagi
Contoh: Sukri pergi ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu kejadian
kebakaran di loji minyak.
2.Waktu tengah hari
Contoh: Sukri bertanya kepada Laiman tentang perancangannya selepas tamat
belajar kelak.
3.Waktu petang
Contoh: Laiman bersiar-siar di Pekan Lutong dan terserempak dengan Soniah.
Mereka makan bersama-sama di sebuah restoran.
4.Waktu malam
Contoh: Pertelingkahan antara Laiman dan ayahnya pada waktu malam telah
membawa Laiman ke rumah sepupunya, Milan.
5.Hari Ahad
Contoh: Laiman membawa kuih yang telah dipajaknya daripada orang kampung
lalu dibawa ke gerai pitas.
6.Tiga bulan Contoh: Laiman dan Milan telah menjalankan perniagaan kuih di gerai pitas.
7.Enam bulan Contoh: Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat Shell di Sarawak.
8.Dua tahun
Contoh: Laiman diterima masuk ke matrikulasi sebelum ditawarkan ke
universiti.
9.Lebih kurang tiga tahun
Contoh: Laiman dan Soniah masih berhubung melalui surat yang dikirimkan
oleh Soniah kepadanya.
LATAR 11
(TEMPAT, MASA
& MASYARAKAT
LATAR
MASA
LATAR
MASYARAKAT
1.Masyarakat yang
berpelajaran tinggi
Contoh: Laiman dan Soniah merupakan pelajar Lulusan Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan.
2.Masyarakat yang
berprinsip
Contoh: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima
sesuatu tawaran pekerjaan.
3.Masyarakat yang
peramah
Contoh: Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa
kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri.
4.Masyarakat yang
berdikari
Contoh: Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan
dengan berjimat cermat dan tidak membangga diri.
5.Masyarakat yang kuat
semangat dan suka akan
cabaran
Contoh: Laiman dan Milan mempunyai semangat bekerja yang kuat dan gigih.
Mereka tidak mudah mengalah dengan cabaran yang dihadapi.
6.Masyarakat yang
mengamalkan sifat
bekerjasama
Contoh: Pegawai jabatan pertanian bersedia memberikan bantuan kepada
Laiman untuk membantu mereka melaksanakan projek mereka.
7.Masyarakat yang kuat
jati diri
Contoh: Laiman yang sentiasa berpegang pada prinsip untuk berjaya dahulu
daripada melakukan perkara lain seperti bercinta. Begitu juga Milan yang
bekerja keras membantu Laiman dalam projek air tawar mereka.
8.Masyarakat yang
cemburu
Contoh: Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan Somah sehigga dia
sanggup mengkhianati Laiman.
9.Masyarakat yang boleh
berubah
Contoh: Sikap anak-anak muda di kampung Laiman berubah daripada keadaan
malas menjadi rajin untuk bekerja.
10.Masyarakat yang taat
akan perintah agama
Contoh: Laiman dan Milan rajin menunaikan solat di surau.
11.Masyarakat yang bijak
mengendalikan
perniagaan
Contoh: Laiman merupakan anak muda yang bijak mengendalikan perniagaan
sehingga berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampungnya.
1.Simile: Merupakan
perbandingan.
-Pagi esoknya minyak yang belum diproses tumpah bagaikan air hujan di tepi-
tepi longkang.
-Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya.
-Laiman seperti berputus asa.
2.Peribahasa: Merupakan
ungkapan atau pepatah
yang mengandungi makna
tersirat.
-Nasi sudah menjadi bubur.
-Mencontengkan arang di muka.
-Selurus-lurus ekor anjing, ada juga bengkoknya.
3.Personafikasi:
Merupakan sifat manusia
kepada sesuatu selain
manusia.
-Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega.
-Tangannya lancar berlari di atas tikar yang sudah separuh dianyamnya sejak
sebulan lalu.
4.Inversi: Merupakan
pembalikan kata.
-Di sana dia makan.
-Sebentar lagi dia akan meneruskan kerjanya di luar pula.
GAYA BAHASA 12
NILAI
1.Tanggungjawab
Contoh: Sukri telah menyelia pekerjaan Laiman dengan teliti semasa Laiman menjalani
latihan praktikal di syarikat Shell.
2.Pengorbanan
Contoh: Nenek Laiman berkorban wang yang banyak untuk memastikan Laiman melanjutkan
pelajaran di universiti.
3.Patriotisme
Contoh: Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.
4.Ketabahan
Contoh: Laiman tabah menghadapi segala dugaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai cita-citanya.
5.Kesabaran
Contoh: Laiman tidak menampakkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya
bertindak keluar daripada projek yang diusahakannya. Baginya, keputusan mereka berdua
hendaklah dihormati tanpa rasa dendam.
6.Berdikari
Contoh: Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman
tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih
bekerja makan gaji di jabatan pertanian.
7.Keinsafan
Contoh: Pak Kiassim insaf setelah memahami pendirian Laiman. Pak Sahok juga insaf lalu
bersetuju membenarkan tanah paya di sebelah tanahnya digunakan oleh Laiman untuk projek
ternakan ikan air tawar.
8.Kesyukuran
Contoh: Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah
membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan
sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan
dengan bantuan daripada jabatan pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah.
9.Keprihatinan
Contoh: Sukri memberi perhatian kepada Laiman dan mahu memastikan bahawa Laiman
tidak teraniaya terhadap kes tangki minyak yang terbakar itu.
10.Berwawasan
Contoh: Laiman merupakan anak muda berwawasan tinggi dengan membuka peluang
pekerjaan kepada golongan yang menganggur di kampung mereka.
PENGAJARAN 13
1.Kita hendaklah berdikari
untuk memperoleh
pendapatan yang lebih
lumayan
Contoh: Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan
tanaman tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan
walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di jabatan pertanian.
2.Kita hendaklah
bekerjasama untuk
mencapai kejayaan
Contoh: Laiman dan Milan bekejasama melaksanakan projek ternakan Ikan air
tawar dan beberapa projek lain.
3.Kita hendaklah bersyukur
dengan kejayaan yang kita
peroleh
Contoh: Laiman bersyukur kerana projek ternakan ikan air tawarnya akan dijadikan
projek terbesar di Sabah.
4.Kita hendaklah memiliki
sikap berani untuk
mengubah nasib
Contoh: Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan
membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya
kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian.
5.Kita mestilah
bertanggungjawab semasa
melaksanakan tugas
Contoh: Laiman menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pengurus syarikat Shell
dengan penuh tanggungjawab.
6.Kita haruslah menerima
keputusan orang lain
dengan hati yang terbuka
Contoh: keputusan Kedek dan Muali untuk meninggalkan projek diterima oleh
Laiman dengan hati terbuka.
7.Kita tidak sepatutnya
bersikap khianat
Contoh: Muluk sanggup mengkhianati Laiman kerana Laiman mempunyai
hubungan ynag rapat dengan Soniah.
8.Kita haruslah memiliki
perasaan kasih sayang
terhadap darah daging
Contoh: Pak Kiassim amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap
Laiman yang menolak pekerjaan sebagai pegawai di jabatan pertanian. Namun, dia
akur akan kebolehan anaknya apabila melihat tanaman tembikai telah
mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak Sahok untuk memastikan tanah rizab yang
bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan oleh anaknya untuk
penternakan ikan air tawar.
9.Kita disarankan supaya
menjadi ahli keluarga yang
prihatin
Contoh: Mail sentiasa mengambil berat tentang segala projek yang diusahakan
oleh Laiman.
10.Kita disarankan supaya
hormat kepada orang tua
Contoh: Laiman menghormati Pak Sahok walaupun Pak Sahok tidak mengizinkan
Laiman memulakan projek ikan air tawar berhampiran dengan tanahnya.
11.Kita mestilah bersikap
jujur dengan rakan sekerja
Contoh: Laiman menunjukkan akaun simpanan projeknya kepada Milan,
membuktikan bahawa Laiman jujur dalam hal kewangan.
12.Kita haruslah bersyukur
terhadap rezeki yang
dikurniakan oleh tuhan
Contoh: Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah
membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan
menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek tersebut
akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai projek yang
terbesar di Sabah.
13.Kita perlu memiliki jiwa
patriotisme
Contoh: Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.
14.Kita mestilah insaf
setelah melakukan
kesilapan
Contoh: Pak Kiassim Insaf setelah dia mengetahui bahawa anaknya, Laiman
bercita-cita tinggi dan tahu melaksanakan kerja yang diimpi-impikannya.
PENDAPAT
PERIBADI 14
Novel ini sangat menarik kerana jalan cerita dan watak-watak yang
mudah dikenali dan difahami. Selain itu, novel ini berkaitan isu-isu
yang relevan dalam masyarakat pada era globalisasi ini. Sebagai
contoh anak-anak muda membuang masa daripada melakukan
pekara yang bermanfaat. Seterusnya, novel ini menceritakan
setiap kejayaan tidak akan dicapai dengan mudah. Maka kita
haruslah berusaha bersungguh-sunggah bagaikan pepatah 'langit
tidak selalunya cerah'. Akhir sekali, novel ini memberikan inspirasi
baharu kepada pembaca tentang kehidupan dalam masyarakat.
Oleh itu, kita patutlah menyokong seseorang yang sedang
berusaha melakukan hal positif. Penyelidikan novel yang teliti dan
gaya penulisan yang mendalam, novel ini mampu memikat
pembaca dari muka surat pertama hingga penghujung cerita.
(107 patah perkataan)
Buku Skrap Kupasan Novel
JALAN KE
PUNCAK
TINGKATAN 2
SMKA
AL-IRSHAD
(SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)
Buku Skrap Kupasan Novel ‘Jalan Ke Puncak’
yang lengkap bersertakan contoh yang padat.
Reka bentuk isi buku yang menarik mampu
menarik minat untuk membaca. Susunan ayat
yang teratur dapat menyenangkan ketika mahu
mencari nota.

More Related Content

What's hot

Kata tugas(kata seru, kata pemeri & kata nafi)
Kata tugas(kata seru, kata pemeri & kata nafi)Kata tugas(kata seru, kata pemeri & kata nafi)
Kata tugas(kata seru, kata pemeri & kata nafi)
Sharry Teo
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
marina
 
Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r
ghazali76
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepat
Lim Moi
 

What's hot (20)

Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira BangsaPengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
Kesalahan ejaan petikan
Kesalahan ejaan petikanKesalahan ejaan petikan
Kesalahan ejaan petikan
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
BM Cerpen Menuai Emas.pptx
BM Cerpen Menuai Emas.pptxBM Cerpen Menuai Emas.pptx
BM Cerpen Menuai Emas.pptx
 
Nota morfologi
Nota morfologiNota morfologi
Nota morfologi
 
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke PuncakAnalisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
 
Kata hubung
Kata hubungKata hubung
Kata hubung
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladan
 
Kata tugas(kata seru, kata pemeri & kata nafi)
Kata tugas(kata seru, kata pemeri & kata nafi)Kata tugas(kata seru, kata pemeri & kata nafi)
Kata tugas(kata seru, kata pemeri & kata nafi)
 
P&p leftenan adnan wira bangsa
P&p leftenan adnan wira bangsaP&p leftenan adnan wira bangsa
P&p leftenan adnan wira bangsa
 
Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak   Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum MawarSajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum Mawar
 
Legasi tapai ubi
Legasi tapai ubiLegasi tapai ubi
Legasi tapai ubi
 
Kata hubung
Kata hubungKata hubung
Kata hubung
 
Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepat
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 

Similar to Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)

Similar to Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2) (20)

Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1
 
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKJALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
 
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAKKOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
 
ASSESSMENT BAHASA MELAYU
ASSESSMENT BAHASA MELAYUASSESSMENT BAHASA MELAYU
ASSESSMENT BAHASA MELAYU
 
NOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdfNOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdf
 
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptxNOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
 
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habisJalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habis
 
Sinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke PuncakSinopsis Jalan Ke Puncak
Sinopsis Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulauJalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulau
 
Komsas Jalan Ke Puncak
Komsas Jalan Ke PuncakKomsas Jalan Ke Puncak
Komsas Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncakKomsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak
 
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razziKomsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
 
Bm 2019 dinie
Bm 2019 dinieBm 2019 dinie
Bm 2019 dinie
 
Jalan ke puncak tasha 2 r
Jalan ke puncak tasha 2 rJalan ke puncak tasha 2 r
Jalan ke puncak tasha 2 r
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
Novel Jalan Ke Puncak - azlin
Novel Jalan Ke Puncak - azlinNovel Jalan Ke Puncak - azlin
Novel Jalan Ke Puncak - azlin
 
sinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncaksinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncak
 

Recently uploaded

SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
susilowati82
 
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
randikaakbar11
 
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
AgusSuarno2
 
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptxPPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
iwidyastama85
 

Recently uploaded (20)

UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup bP5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
 
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.pptAnalisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
 
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
 
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
 
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxMateri E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
 
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramMateri Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptxPPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakAksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
 

Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)

  • 1. Buku Skrap Kupasan Novel JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 Nama: Muhd Sulaiman bin Norlee Kelas: 2IS SMKA AL-IRSHAD (SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)
  • 2. ISI KANDUNGAN SINOPSIS 1 TEMA DAN CONTOH PERISTIWA 3 PERSOALAN DAN CONTOH PERISTIWA 4 WATAK DAN PERWATAKAN 5 PLOT 9 TEKNIK PLOT 9 LATAR (TEMPAT,MASA DAN MASYARAT) 10 GAYA BAHASA 12 NILAI 12 PENGAJARAN 13 PENDAPAT PERIBADI 14
  • 3. BAB 1: BAGAIKAN MIMPI Laiman, seorang pemuda berasal dari Sabah. Dia yang merupakan seorang penuntut jurusan kejuruteraan, telah dihantar untuk menjalani praktikal atau latihan industri di sebuah syarikat Shell di Sarawak. Semasa menjalani praktikal itu, Laiman telah bersahabat baik dengan Sukri. BAB 2: SESAL Pengurus syarikat Shell di situ menyukai Laiman kerana dia merupakan seorang pekerja yang cekal, cekap dan bijak. Di syarikat Shell itu juga Laiman mengenali Soniah, seorang gadis yang sepejabat dengannya. Melalui Soniah, Laiman mengenali Muluk yang bersikap agak aneh berbanding dengan rakan- rakannya yang lain, namun Soniah tidak bercerita lanjut tentang Muluk. BAB 3: MUSIBAH Suatu hari ketika Laiman ke Kuching untuk mengunjungi sahabatnya, tangki minyak milik syarikat tempat Laiman bekerja telah terbakar. Tangki minyak itu baru sahaja dibaiki oleh Laiman dua minggu lepas. Laiman kehairanan apabila memikirkan peristiwa kebakaran itu kerana dia telah menggunakan segala kepakarannya semasa membaiki tangki tersebut. BAB 4: HASRAT Laiman berkesempatan berbual-bual dengan Soniah. Laiman agak terkejut apabila mengetahui Soniah juga merupakan seorang penuntut dalam bidang kejuruteraan. Berkaitan isu kebakaran di tangki minyak, pengurus syarikat tidak menyalahkan Laiman kerana dia tiada di tempat kejadian. Laiman bimbang namanya tercemar, walaupun dia tidak terlibat dengan kebakaran itu. BAB 5: PULANG Setelah tamat pengajian, Laiman pulang ke kampungnya di Sabah. BAB 6: TENTANGAN Laiman kemudian mendapat tawaran bekerja di jabatan pertanian. Namun dia ingin berdikari dan bercadang menternak lebah madu serta ikan air tawar. Bapa Laiman, iaitu Pak Kiassim tidak bersetuju. Pak Kiassim mahu Laiman bekerja di bilik berhawa dingin, berkereta dan bergaji besar. Pendapat Laiman berbeza dengan pendapat ayahnya. Laiman lebih tertarik hati terhadap seruan kerajaan supaya para siswazah berdikari dan tidak terlalu bergantung pada kerajaan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Ketika itu juga, Laiman teringat akan peristiwa kebakaran tangki minyak disebabkan angkara Muluk yang sangat cemburu melihatnya akrab dengan Soniah. BAB 7: RESAH Penolakan Laiman terhadap tawaran kerja itu menyebabkan Pak Kiassim menjadi marah. Pak Kiassim mengungkit menyatakan bahawa nenek dan abangnya telah banyak berkorban mengeluarkan wang ringgit bagi membantu pengajian Laiman. Laiman yang berkecil hati, cuba mendapatkan sepupunya, Milan untuk meluahkan perasaannya. BAB 8: TEKAD Rancangan Laiman untuk menternak ikan air tawar menghadapi masalah apabila Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman menggunakan tanah paya yang bersebelahan tanahnya. Walaupun tanah itu bukan milik Pak Sahok, Laiman tetap menghormati keputusan Pak Sahok. Manakala, Milan Pula berjanji akan sentiasa menyokong usaha Laiman. SINOPSIS 1
  • 4. BAB 9: PUJUK Sementara itu, Laiman dan Milan mengusahakan projek kebun tembikai. Kawan Laiman dari Kota Kinabalu akan membeli tembikai yang mereka usahakan nanti. Laiman bersyukur kerana Milan menyokong usahanya dan sentiasa membantu menguruskan kebun tembikai mereka. BAB 10: HARAPAN Kebun tembikai yang diusahakan oleh Laiman dan Milan telah berjaya menampakkan hasil yang lumayan. Pihak jabatan pertanian tertarik untuk membantu Laiman memajukan projeknya. Pak Kiassim berasa sangat gembira atas kejayaan Laiman dan mula berkeyakinan terhadap cita-cita anaknya. Pak Kiassim berjanji akan memujuk Pak Sahok agar dia bersetuju terhadap rancangan projek ikan air tawar yang dicadangkan oleh Laiman. Akhirnya, setelah berunding dengan Pak Kiassim, Pak Sahok bersetuju membenarkan Laiman meneruskan rojek ikan air tawarnya. Sebulan kemudian, kerja-kerja mengorek tanah dimulakan. Setelah selesai, Laiman melepaskan ikan-ikan ternakan ke dalam kolam. Laiman mengupah anak-anak muda yang tidak ada pekerjaan di kampung itu untuk membantu projek tersebut. BAB 11: GALAU Sedikit masalah berlaku apabila Kedek dan Muali iaitu dua orang pekerja Laiman meninggalkan projeknya untuk bekerja sendiri. Milan resah kerana kebaikan Laiman berusaha memberi peluang pekerjaan kepada dua orang anak muda yang menganggur itu telah tidak menghargai jasa Laiman. Namun, Laiman bersikap terbuka dan tidak menaruh dendam. BAB 12: TABAH Mail pulang dari Kota Marudu dalam keadaan kepenatan lalu tidur nyenyak kerana kepenatan berkerja. Mail mendapat cuti tiga hari lebih lama dari sebelumnya. Sempat juga Mail meninjau-ninjau kerja adiknya, Mail mendengar semua luahan adiknya lalu Mail memberikan beberapa kata semangat sambil mereka berdua merenung kejernihan kolam ikan. BAB 13: LUMAYAN Setelah urusan ternakan ikan air tawar terurus dan penjagaan kolam tidak banyak yang perlu dilakukan, Laiman melebarkan perniagaannya dengan menjual kuih, pisang dan kelapa ke Kota Kinabalu. Dia tidak mahu membuang masa begitu sahaja. Wang simpanan hasil perniagaan mereka menjadi semakin bertambah. Mereka membeli sebuah lori untuk memudahkan urusan perniagaan mereka. BAB 14: SINAR Laiman berani mengubah kehidupannya. Padanya, berbakti kepada tanah pasti berjaya jika dilakukan dengan kesungguhan. Pak Sahok memuji usaha Laiman. Pak Kiassim bangga atas kejayaan anaknya. Kejayaan Laiman sebagai seorang usahawan berjaya, patut dicontohi dan bukan sahaja anak-anak muda yang menganggur, malah graduan daripada pelbagai jurusan juga. BAB 15: IMPIAN TERLAKSANA Projek ikan air tawar yang diusahakan oleh Laiman menjadi projek contoh di daerah Kusilad. Ada kemungkinan projek itu nanti akan menjadi projek terbesar di negeri Sabah. Kini kegigihan Laiman benar-benar telah membuktikan bahawa dia boleh berjaya mencapai cita-citanya. Orang kampung mengenali Laiman sebagai seorang usahawan jurusan kejuruteraan yang berjaya. SINOPSIS 2
  • 5. TEMA DAN CONTOH PERISTIWA Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang berkelulusan universiti bercita-cita untuk menjadi usahawan muda. Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, namun dia tidak memilih bidang berkaitan dengan kelulusannya untuk kerjayanya. Dia memilih untuk membuat projek penternakan ikan air tawar, penternakan lebah madu, berkebun tembikai, berniaga kuih, pisang, dan kelapa. Keutamaan projeknya ialah projek ternakan ikan air tawar. Pada tahap awal cita-citanya ditentang oleh bapanya sendiri, dan dipersenda oleh orang kampung. Walau bagaimanapun, perkara tersebut menjadikan dirinya lebih tabah dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang. Ternakan ikan air tawarnya diiktiraf oleh jabatan pertanian sebagai projek contoh di daerah tempat tinggalnya, bahkan mungkin akan dinaikkan ke tahap paling baik di seluruh negerinya. 3
  • 6. PERSOALAN DAN CONTOH PERISTIWA 4 1.Keyakinan atas usaha yang telah dilaksanakan Contoh: Laiman yang berusaha menjadi seorang petani moden yakin akan mengecapi kejayaan walaupun menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian. 2.Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga Contoh: Nenek dan abang Laiman berkorban untuk Laiman. Nenek Laiman mengeluarkan wang simpanan untuk pengajian Laiman dan abangnya masih tidak berkahwin lagi kerana wangnya sering diberikan kepada Laiman untuk pengajiannya. 3.Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi Contoh: Laiman berani untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan serta udang selepas menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan. 4.Semangat setia kawan Contoh: Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian walaupun mendapat tentangon daripada keluarganga sendiri. 5.Kemiskinan dalam masyarakat Contoh: Laiman memerlukan bantuan kewangan daripada ahli keluarganya untuk melanjutkan pelajaran di universiti. 6.Ketabahan menghadapi dugaan hidup Contoh: Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri. 7.Semangat cinta akan negara Contoh: Laimon sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri. 8.Ketabahan menghadapi dugaan hidup Contoh: Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri. 9.Keyakinan terhadap usaha yang dijalankan Contoh: Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ayahnya menentang sikapnya yang menolak tawaran kerja di jabatan pertanian, namun akhirnya dia berjaya menjadi petani moden sehingga kejayaannya diiktiraf oleh pihak kerajaan. 10.Sikap dengki lahir kerana perasaan cemburu Contoh: Laiman yang begitu akrab dengan Soniah telah menimbul perasaan cemburu di hati Muluk. Hal ini demikian kerana Muluk menaruh hati terhadap Soniah, namun Soniah tidak melayannya. Kes kebakaran loji minyak di Miri ialah hasil perbuatan Muluk. 11.Kasih sayang dalam keluarga Contoh: Bapa, nenek dan Mail amat menyayangi Laiman. Laiman juga menyayangi mereka. Sepupu Laiman, iaitu Milan menyayangi Laiman dan sanggup menjadi pembantu setia dalam setiap projek yang diusahakan oleh Laiman. 12.Kepentingan pelajaran Contoh: Laiman menamatkan pengajiannya dalam bidang kejututeraan, walaupun akhirnya Laiman tidak menjadi jurutera tetapi Laiman tetap mencintai ilmu tersebut. 13.Cinta antara teruna dan dara Contoh: Laiman merasai Cinta kepada Soniah pada bahagian akhir novel ini. Ada tanda-tanda bahawa Soniah juga mencintainya. 14.Hubungan baik antara kaum Contoh: Bapa Milan boleh mengambil barang-barang di kedai seorang taukeh Cina secara berhutang. Milan juga pernah bekerja di kebun kelapa taukeh itu. Mereka saling mempercayai. 15.Kegigihan anak muda dalam melaksanakan pekerjaan Contoh: Laiman dan Milan amat gigih bekerja hingga mereka berjaya dalam projek yang diusahakan mereka. 16.Sikap megutamakan kerjaya sebelum bercinta Contoh: Laiman tidak memikirkan soal cinta sebelum mencapai kejayaan.
  • 7. WATAK DAN PERWATAKAN 1.Seorang yang rajin Contoh: Laiman berusaha gigih mengusahakan projeknya sehingga pada akhirnya usaha Laiman membuahkan hasil. 2.Seorang yang bijak Contoh: Laiman merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 3.Seorang yang baik hati Contoh: Laiman berfikiran terbuka terhadap Muali dan Kedek yang mahu berdikari. 4.Seorang yang berani Contoh: Laiman mempertahankan kebenarannya dalam kes kebakaran tangki minyak. 5.Seorang yang gigih dan tidak mudah putus asa Contoh: Laiman berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan rancangannya. Dia tidak mudah berputus asa apabila sesuatu usahanya belum berjaya. 6.Seorang yang berdikari Contoh: Laiman bekerja sendiri tanpa makan gaji dengan mana-mana pihak kerajaan. 7.Seorang yang bantu- membantu Contoh: Laiman suka membantu pekerja-pekerja bawahannya semasa dia menjalani latihan praktikal di syarikat Shell Sarawak. 8.Seorang yang tabah Contoh: Laiman berusaha memujuk Pak Sahok untuk mengizinkannya menggunakan tanah paya di sebelah tanah Pak Sohok untuk dijadikan kawasan projek ternakan ikan air tawar. 9.Seorang yang berprinsip Contoh: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran pekerjaan. 10.Seorang yang beradab Contoh: Laiman mendapatkan keizinan daripada Pak Sahok sebelum menggunakan tanah paya bersebelahan tanah Pak Sahok. 11.Seorang yang taat akan perintah agama Contoh: Laiman rajin menunaikan solat di surau. 12.Seorang yang jujur Contoh: Laiman tidak menyembunyikan jumlah simpanan daripada pengetahuan rakannya iaitu Milan. 13.Seorang contoh Contoh: Laiman menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain dalam projek ternakan ikan air tawarnya. 14.Seorang yang bjiak merancang Contoh: Laiman menjadi usahawan muda yang berjaya. 15.Seorang usahawan muda Contoh: Laiman mengusahakan projek penternakan ikan air tawar, penternakan lebah madu, berkebun tembikai, berniaga kuih, pisang, dan kelapa. 5 LAIMAN (WATAK UTAMA) -Laiman anak kepada Pak Kiassim. -Laiman berasal dari Kusilad, Sabah. -Laiman mempunyai abang bemama Mail dan adik bernama Jariah manakala ibunya telah meninggal dunia.
  • 8. WATAK DAN PERWATAKAN PAK KIASSIM -Pak Kiassim bapa kepada Laiman. -Pak Kiassim telah kematian isteri. 6 MILAN -Milan ialah sepupu kepada Laiman. -Milan berasal dari Kusilad, Sabah. 1.Seorang yang setia Contoh: Milan setia dengan Laiman dalam setiap projek yang dijayakannya. Dia percaya dan yakin akan kejujuran dan kesungguhan Laiman. 2.Seorang yang mudah bekerjasama Contoh: Milan bekerjasama dengan Laiman untuk menjadi peladang dan penternak. 3.Seorang yang rajin Contoh: Milan membantu Laiman menguruskan Iadang tembikai dan penternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh Laiman. 4.Seorang yang bersedia Contoh: Milan sentiasa bersedia melakukan sebarang kerja yang diminta atau disuruh oleh Laiman. 5.Seorang yang setia kawan Contoh: Milan sanggup membantu Laiman berhadapan dengan Pak Sahok. 6.Seorang yang gigih berusaha Contoh: Milan gigih membantu Laiman mengusahakan projek penternakan ikan air tawar. 7.Seorang yang mengenang budi Contoh: Milan berterima kasih kepada Laiman kerana mengajarnya erti kehidupan. 8.Seorang yang memberikan nasihat Contoh: Milan sentiasa cuba memberikan kata-kata perangsang kepada Laiman untuk terus mencari jalan supaya cita-cita Laiman untuk membuka projek ternakan ikan air tawar tercapai. 1.Seorang yang prihatin Contoh: Pak Kiassim sanggup membantu Laiman menguruskan kebun tembikai anaknya itu. 2.Seorang yang bersikap positif Contoh: Pak Kiassim menyokong usaha Laiman selepas melihat kejayaannya. 3.Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Pak Kiassim cuba memujuk Pak Sahok supaya megizinkan Laiman menggunakan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok. 4.Seorang yang mengambil berat tentang masa depan Contoh: Pak Kiassim inginkan anaknya bekerja di jabatan kerajaan untuk mendapatkan kerjaya yang stabil. 5.Seorang yang berfikiran negetif Contoh: Pak Kiassim pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan Laiman untuk menceuri bidang pertanian. 6.Seorang yang pemaaf Contoh: Pak Kiassim sanggup mengakui kesilapannya kepada Laiman kerana tidak memahami wawasan Laiman sebelum ini. 7.Seorang yang sedar akan kesilapan Contoh: Pak Kiassim tidak memahami wawasan Laiman untuk menjalankan perniagaan sendiri sewaktu sebelum Laiman berjaya.
  • 9. 1.Seorang yang cantik Contoh: Soniah merupakan gadis manis, bertubuh kecil, tinggi lampal, dan berkulit putih kuning. 2.Seorang yang bercita- cita tinggi Contoh: Soniah jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia. 3.Seorang yang mengorbankan cita- citanya Contoh: Soniah tidak menjadi jurutera tetapi menerima tugas untuk membantu bapa saudaranya menguruskan sebuah syarikat yang terletak di Kota Kinabalu. 4.Seorang yang menyimpan rahsia Contoh: Soniah menyembunyikan rahsia tentang Muluk daripada Laiman. 1.Seorang yang keras kepala Contoh: Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman melaksanakan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya. 2.Seorang yang sukar dipujuk Contoh: Pak Sahok bersetuju setelah Pak Kiassim memujuknya daripada Laiman dan Milan. 3.Seorang yang sedar akan kesilapan Contoh: Pak Sahok sedar akan niat baik Laiman dan Milan untuk memajukan masyarakat yang tinggal di kampungnya. 1.Seorang yang sanggup berkorban Contoh: Mail sanggup berkorban demi adik-adiknya dalam pelajaran. 2.Seorang yang memberikan sokongan dan nasihat Contoh: Mail sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada Laiman agar terus maju dalam projek yang diusahakannya. 3.Seorang menyimpan perasaan Contoh: Mail menyimpan perasaan demi keutamaannya terhadap keluarga. WATAK DAN PERWATAKAN 7 PAK SAHOK -Pak Sahok seorang petani. -Pak Sahok ialah ahli jawatankuasa rancangan perkampungan baharu. -Pak Sahok memiliki tanah berhampiran dengan tanah paya yang diusahakan oleh Laiman dengan projek ikan air tawar. SONIAH -Soniah Sahabat baik kepada Laiman. -Soniah berketurunan Melanau. MAIL -Mail abang kepada Laiman. -Mail bekerja di Koperasi Pembangunan Desa, di Kota Marudu.
  • 10. WATAK DAN PERWATAKAN 1.Seorang yang peramah Contoh: Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri. 2.Seorang yang berkeyakinan Contoh: Sukri tidak percaya bahawa Laiman membakar tangki minyak dan Sukri membela Laiman. 3.Seorang yang setia kawan Contoh: Sukri rapat dengan Laiman semasa Laiman membuat latihan praktikal di syarikat Shell di Sarawak. 4.Seorang yang menghargai persahabatan Contoh: Sukri membawa Laiman makan di sebuah restoran sebagai tanda penghargaan kepada Laiman. 5.Seorang yang mudah cemas Contoh: Sukri seorang yang mudah cemas terutamanya mengetahui berita tentang tangki minyak tempatnya bekerja terbakar. 8 SUKRI -Sukri bekerja di sebuah syarikat Shell di Sarawak. -Sukri penyelia latihan industri dan rakan Laiman. KEDEK & MUALI 1.Orang yang diberikan kepercayaan Contoh: Mereka mendapatkan kepercayaan daripada Laiman untuk menjalan kursus projek ternakan ikan air tawar. 2.Orang yang tekun Contoh: Mereka ialah golongan yang rajin, tekun dan tidak banyak cakap. 3.Orang yang mungkir janji Contoh: Mereka meninggalkan projek Laiman untuk memulakan projek mereka sendiri. MULUK 1.Seorang yang kuat cemburu Contoh: Muluk cemburu kerana Laiman berbaik-baik dengan Soniah. 2.Seorang yang busuk hati Contoh: Muluk mensabotaj Laiman dengan membakar tangki minyak agar Laiman dituduh melakukan perbuatan tersebut. 3.Seorang yang tidak bijak merancang Contoh: Muluk tidak tahu keberadaan Laiman di Kuching dan bukan di Loji tersebut menyebabkan sabotaj itu tidak menjadi. Muluk diberkas dan telah dihadapkan ke mahkamah. 1.Seorang yang berdikari Contoh: Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan dengan berjimat cermat dan tidak membangga diri. CHOW CHIN -Chow Chin ialah pelajar senior Laiman di universiti, kini usahawan berjaya.
  • 11. 1.Permulaan Contoh: Novel ini bermula apabila Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat Shell. Laiman Sentiasa melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik sehinggakan dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawannya. Sukri yang bertugas di situ telah mengajak Laiman untuk makan bersama. 2.Perkembangan Contoh: Soniah yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan berkawan rapat dengan Laiman. Soniah telah menyebut nama seorang lelaki, Muluk dalam perbualan mereka dan kemudian tidak mahu meneruskan cerita tersebut. la telah menimbulkan tanda tanya kepada Laiman tetapi dia terpaksa melupakan perkara tersebut kerana Soniah tidak mahu bercerita tentang Muluk. 3.Perumitan Contoh: Loji minyak di syarikat Laiman menjalani latihan praktikal terbakar. Laiman merupakan jururtera yang bertugas untuk memperbaiki loji tersebut. Namun, kebakaran tersebut berlaku semasa Laiman pergi ke Kuching. Perbuatan yang dianggap satu sabotaj itu tidak menjadi kerana pelaku tidak tahu keberadaan Laiman di Kuching dan bukan di loji tersebut. Contoh: Pak Kiassim telah memarahi Laiman kerana menolak tawaran pekerjaan di sebuah jabatan kerajaan dan menentang hasrat Laiman untuk bekerja sendiri. 4.Klimaks Contoh: Polis telah menangkap Muluk atas tuduhan membakar loji minyak kerana ingin melakukan sabotaj ke atas Laiman. Muluk cemburu dengan hubungan mesra antara Soniah dan Laiman. Contoh: Pak Sahok telah memberi keizinan kepada Laiman untuk menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar. Laiman telah membalas jasa baik Pak Sahok dengan bekerja keras untuk menjayakan projek tersebut sehingga menjadi contoh kepada penduduk kampung yang lain. 5.Peleraian Contoh: Laiman telah berjaya untuk hidup dengan selesa hasil daripada usahanya bekerja sendiri. Laiman kemudiannya merancang untuk menjalani kehidupan yang baharu bersama Soniah. 1.Teknik pemerian Contoh: Pengarang memerihalkan hubungan Laiman dengan Sukri yang sudah terjalin erat walaupun baru dua bulan lebih mereka berkawan. 2.Teknik dialog Contoh: Laiman berbual dengan Milan tentang cadangan Laiman yang mahu mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar di tanah paya sebelah tanah Pak Sahok. 3.Teknik saspens Contoh: Pembaca tertanya-tanya siapakah yang membakar loji minyak. 4.Teknik kejutan Contoh: Pembaca terkejut apabila Pak Sahok menyetujui kehendak Laiman untuk menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya dengan mudah setelah Pak Kiassim memujuknya. PLOT TEKNIK PLOT 9
  • 12. 1.Bandar Miri Contoh: Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar- siar di bandar Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. 2.Rumah Pak Kiassim Contoh: Tempat tinggal Pak Kiassim, Laiman dan keluarganya. Di sinilah Pak Kiassim menegur Laiman yang enggan menerima tawaran kerja oleh jabatan pertanian. 3.Rumah Pak Sahok Contoh: Laiman ke rumah Pak Sahok untuk memujuknya agar mengizinkan dia menggunakan tanah rizab yang bercantum dengan tanah Pak Sahok untuk tujuan menternak ikan. 4.Tangki minyak nombor 12 milik syarikat Shell Contoh: Tangki yang rosak dan dibaiki oleh Laiman kemudian terbakar akibat sabotaj daripada Muluk kerana cemburu. 5.Pejabat syarikat Shell Contoh: Tempat Laiman, Soniah dan Sukri bekerja. Di sinilah Laiman menjalani latihan selama enam bulan. 6.Restoran di Miri Contoh: Laiman makan bersama-sama Soniah di sebuah restoran. Ketika makan, Soniah meluahkan hajatnya ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti dalam bidang kejuruteraan, sama seperti Laiman. 7.Kebun tembikai Contoh: Tempat Laiman dan Milan mengusahakan ladang seluas 15 ekar dan mereka berasa bangga apabila usaha yang dilakukan sejak dua bulan lalu telah mengeluarkan hasil. 8.Tanah paya Contoh: Tempat projek ternakan ikan air tawar Laiman dijalankan. 9.Gerai pitas Contoh: Pak Sahok berbual-bual dengan Laiman dan Milan tentang kejayaan projek ternakan ikan air tawar mereka berdua. 10.Kampung Kusilad Contoh: Kampung Kusilad merupakan tempat tinggal Laiman dan tempat Laiman melakukan aktiviti pertanian dan perikanan sehingga berjaya menjadi usahawan berjaya. 11.Kampung Bawang Contoh: Tempat Laiman dan Mail menziarahi arwah Pak Muluk dan adat berjaga masih diamalkan kampung itu. 12.Rumah sewa Laiman Contoh: Sukri datang ke rumah Laiman untuk memberitahu Laiman tentang kejadian tangki minyak yang terbakar itu. 13.Kota Marudu Contoh: Tempat Mail betugas, iaitu di Koperasi Pembangunan Desa. 14.Universiti Kebangsaan Malaysia Contoh: Tempat Soniah belajar sehingga tamat pengajiannya dalam bidang kejuruteraan. LATAR 10 (TEMPAT, MASA & MASYARAKAT) LATAR TEMPAT
  • 13. 1.Waktu Pagi Contoh: Sukri pergi ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu kejadian kebakaran di loji minyak. 2.Waktu tengah hari Contoh: Sukri bertanya kepada Laiman tentang perancangannya selepas tamat belajar kelak. 3.Waktu petang Contoh: Laiman bersiar-siar di Pekan Lutong dan terserempak dengan Soniah. Mereka makan bersama-sama di sebuah restoran. 4.Waktu malam Contoh: Pertelingkahan antara Laiman dan ayahnya pada waktu malam telah membawa Laiman ke rumah sepupunya, Milan. 5.Hari Ahad Contoh: Laiman membawa kuih yang telah dipajaknya daripada orang kampung lalu dibawa ke gerai pitas. 6.Tiga bulan Contoh: Laiman dan Milan telah menjalankan perniagaan kuih di gerai pitas. 7.Enam bulan Contoh: Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat Shell di Sarawak. 8.Dua tahun Contoh: Laiman diterima masuk ke matrikulasi sebelum ditawarkan ke universiti. 9.Lebih kurang tiga tahun Contoh: Laiman dan Soniah masih berhubung melalui surat yang dikirimkan oleh Soniah kepadanya. LATAR 11 (TEMPAT, MASA & MASYARAKAT LATAR MASA LATAR MASYARAKAT 1.Masyarakat yang berpelajaran tinggi Contoh: Laiman dan Soniah merupakan pelajar Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. 2.Masyarakat yang berprinsip Contoh: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran pekerjaan. 3.Masyarakat yang peramah Contoh: Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri. 4.Masyarakat yang berdikari Contoh: Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan dengan berjimat cermat dan tidak membangga diri. 5.Masyarakat yang kuat semangat dan suka akan cabaran Contoh: Laiman dan Milan mempunyai semangat bekerja yang kuat dan gigih. Mereka tidak mudah mengalah dengan cabaran yang dihadapi. 6.Masyarakat yang mengamalkan sifat bekerjasama Contoh: Pegawai jabatan pertanian bersedia memberikan bantuan kepada Laiman untuk membantu mereka melaksanakan projek mereka. 7.Masyarakat yang kuat jati diri Contoh: Laiman yang sentiasa berpegang pada prinsip untuk berjaya dahulu daripada melakukan perkara lain seperti bercinta. Begitu juga Milan yang bekerja keras membantu Laiman dalam projek air tawar mereka. 8.Masyarakat yang cemburu Contoh: Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan Somah sehigga dia sanggup mengkhianati Laiman. 9.Masyarakat yang boleh berubah Contoh: Sikap anak-anak muda di kampung Laiman berubah daripada keadaan malas menjadi rajin untuk bekerja. 10.Masyarakat yang taat akan perintah agama Contoh: Laiman dan Milan rajin menunaikan solat di surau. 11.Masyarakat yang bijak mengendalikan perniagaan Contoh: Laiman merupakan anak muda yang bijak mengendalikan perniagaan sehingga berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampungnya.
  • 14. 1.Simile: Merupakan perbandingan. -Pagi esoknya minyak yang belum diproses tumpah bagaikan air hujan di tepi- tepi longkang. -Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya. -Laiman seperti berputus asa. 2.Peribahasa: Merupakan ungkapan atau pepatah yang mengandungi makna tersirat. -Nasi sudah menjadi bubur. -Mencontengkan arang di muka. -Selurus-lurus ekor anjing, ada juga bengkoknya. 3.Personafikasi: Merupakan sifat manusia kepada sesuatu selain manusia. -Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega. -Tangannya lancar berlari di atas tikar yang sudah separuh dianyamnya sejak sebulan lalu. 4.Inversi: Merupakan pembalikan kata. -Di sana dia makan. -Sebentar lagi dia akan meneruskan kerjanya di luar pula. GAYA BAHASA 12 NILAI 1.Tanggungjawab Contoh: Sukri telah menyelia pekerjaan Laiman dengan teliti semasa Laiman menjalani latihan praktikal di syarikat Shell. 2.Pengorbanan Contoh: Nenek Laiman berkorban wang yang banyak untuk memastikan Laiman melanjutkan pelajaran di universiti. 3.Patriotisme Contoh: Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri. 4.Ketabahan Contoh: Laiman tabah menghadapi segala dugaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya. 5.Kesabaran Contoh: Laiman tidak menampakkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak keluar daripada projek yang diusahakannya. Baginya, keputusan mereka berdua hendaklah dihormati tanpa rasa dendam. 6.Berdikari Contoh: Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di jabatan pertanian. 7.Keinsafan Contoh: Pak Kiassim insaf setelah memahami pendirian Laiman. Pak Sahok juga insaf lalu bersetuju membenarkan tanah paya di sebelah tanahnya digunakan oleh Laiman untuk projek ternakan ikan air tawar. 8.Kesyukuran Contoh: Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan bantuan daripada jabatan pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah. 9.Keprihatinan Contoh: Sukri memberi perhatian kepada Laiman dan mahu memastikan bahawa Laiman tidak teraniaya terhadap kes tangki minyak yang terbakar itu. 10.Berwawasan Contoh: Laiman merupakan anak muda berwawasan tinggi dengan membuka peluang pekerjaan kepada golongan yang menganggur di kampung mereka.
  • 15. PENGAJARAN 13 1.Kita hendaklah berdikari untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan Contoh: Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di jabatan pertanian. 2.Kita hendaklah bekerjasama untuk mencapai kejayaan Contoh: Laiman dan Milan bekejasama melaksanakan projek ternakan Ikan air tawar dan beberapa projek lain. 3.Kita hendaklah bersyukur dengan kejayaan yang kita peroleh Contoh: Laiman bersyukur kerana projek ternakan ikan air tawarnya akan dijadikan projek terbesar di Sabah. 4.Kita hendaklah memiliki sikap berani untuk mengubah nasib Contoh: Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian. 5.Kita mestilah bertanggungjawab semasa melaksanakan tugas Contoh: Laiman menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pengurus syarikat Shell dengan penuh tanggungjawab. 6.Kita haruslah menerima keputusan orang lain dengan hati yang terbuka Contoh: keputusan Kedek dan Muali untuk meninggalkan projek diterima oleh Laiman dengan hati terbuka. 7.Kita tidak sepatutnya bersikap khianat Contoh: Muluk sanggup mengkhianati Laiman kerana Laiman mempunyai hubungan ynag rapat dengan Soniah. 8.Kita haruslah memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging Contoh: Pak Kiassim amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak pekerjaan sebagai pegawai di jabatan pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat tanaman tembikai telah mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak Sahok untuk memastikan tanah rizab yang bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar. 9.Kita disarankan supaya menjadi ahli keluarga yang prihatin Contoh: Mail sentiasa mengambil berat tentang segala projek yang diusahakan oleh Laiman. 10.Kita disarankan supaya hormat kepada orang tua Contoh: Laiman menghormati Pak Sahok walaupun Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman memulakan projek ikan air tawar berhampiran dengan tanahnya. 11.Kita mestilah bersikap jujur dengan rakan sekerja Contoh: Laiman menunjukkan akaun simpanan projeknya kepada Milan, membuktikan bahawa Laiman jujur dalam hal kewangan. 12.Kita haruslah bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh tuhan Contoh: Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah. 13.Kita perlu memiliki jiwa patriotisme Contoh: Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri. 14.Kita mestilah insaf setelah melakukan kesilapan Contoh: Pak Kiassim Insaf setelah dia mengetahui bahawa anaknya, Laiman bercita-cita tinggi dan tahu melaksanakan kerja yang diimpi-impikannya.
  • 16. PENDAPAT PERIBADI 14 Novel ini sangat menarik kerana jalan cerita dan watak-watak yang mudah dikenali dan difahami. Selain itu, novel ini berkaitan isu-isu yang relevan dalam masyarakat pada era globalisasi ini. Sebagai contoh anak-anak muda membuang masa daripada melakukan pekara yang bermanfaat. Seterusnya, novel ini menceritakan setiap kejayaan tidak akan dicapai dengan mudah. Maka kita haruslah berusaha bersungguh-sunggah bagaikan pepatah 'langit tidak selalunya cerah'. Akhir sekali, novel ini memberikan inspirasi baharu kepada pembaca tentang kehidupan dalam masyarakat. Oleh itu, kita patutlah menyokong seseorang yang sedang berusaha melakukan hal positif. Penyelidikan novel yang teliti dan gaya penulisan yang mendalam, novel ini mampu memikat pembaca dari muka surat pertama hingga penghujung cerita. (107 patah perkataan)
  • 17. Buku Skrap Kupasan Novel JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 SMKA AL-IRSHAD (SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI) Buku Skrap Kupasan Novel ‘Jalan Ke Puncak’ yang lengkap bersertakan contoh yang padat. Reka bentuk isi buku yang menarik mampu menarik minat untuk membaca. Susunan ayat yang teratur dapat menyenangkan ketika mahu mencari nota.