SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
NAMA :AZIZUL EL-YAASIIN B
AZIZUL AZMY
KELAS : 2 AL- JAZARI
NO . MAKTAB : PB180114
HOMEROOM : PN. SITI ZABIDAH
SINOPSIS
• Perlahan- lahan cahaya terpancar daripada buih-buih di
permukaan air. Laiman sendiri tidak menyangka bahawa
suatu ketika nanti dia akan dapat menikmati hasil jernih
payahnya selama membina tapak dalam kehidupan ini.
Sekarang, riak-riak yang suatu ketika dulu masih kabur
sudah nampak jelas di matanya.
Tema
• Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang berkelulusan
universiti bercita-cita untuk menjadi usahawan muda. Laiman berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, namun dia tidak memilih bidang berkaitan
dengan kelulusannya untuk kerjayanya. Dia memilih untuk membuat projek
ternakan ikan air tawar, ternakan udang harimau, menanam tembikai,
pengusaha kedai makan, serta menjadi pemborong dan pembekal kelapa.
Keutamaan projeknya ialah projek ternakan ikan air tawar. Pada tahap awal
cita- citanya ditentang oleh bapanya sendiri, dan dipersenda oleh orang
kamping. Walau bagaimanapun, perkara tersebut menjadikan dirinya lebih
tabah dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang. Ternakan ikan air
tawarnya diiktiraf oleh jabatan pertanian sebaga projek contoh di daerah
tempat tinggalnya, bahkan mungkin akan dinaikkan ke tahap paling baik di
seluruh negerinya.
PERSOALAN
• Kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, bapa, nenek, dan Mail amat menyayangi Laiman. Laiman juga
menyayangi mereka. Sepupu Laiman, iaitu Milan menyayangi Laiman dan sanggup menjadi pembantu setia dam
setiap projek yang diusahakan oleh Laiman.
• Kepentingan pelajaran. Contohnya, Laiman menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan, walaupun
akhirnya dia tidak menjadi jurutera tetapi dia etap mencitai ilmu tersebut.
• Pengorbanan untuk keluarga. Contohnya, nenek dan abang Laiman berkorban untuk Laiman. Nenek Laiman
mengeluarkan wang simpanannya untuk pengajian Laiman dan abangnya masih tidak berkhawin lagi kerana
wangnya diberikan kepada Laiman untuk pengajiannya.
• Cinta antara teruna dan dara. Contohnya, Laiman merasai cinta kepada Soniah pada bahagian akhir novel ini. Ada
tanda-tanda bahawa Soniah juga mencintainya.
• Hubungan baik antara kaum. Contohnya, bapa Milan boleh mengambil barang-barang di kedai seorang taukeh
Cina secara berhutang. Milan juga pernah bekerja di kebun kelapa taukeh itu. Mereka saling mempercayai.
• Kemiskinan. Contohnya, penduduk kampung laiman, iaitu Kampung Kusilad rata-ratanya hidup dalam kemiskinan.
• Kegigihan anak muda dalam mlaksanakan pekerjaan. Contohnya Laiman dan Milan amat gigih bekerja hingga
mereka berjaya dalam projekl yang diusahakan oleh mereka.
• Sikap mengutamakan kerjaya sebelum bercinta. Laiman tidak memikirkan soal cinta sebelum mencapai kejayaan.
WATAK & PERWATAKAN
• Laiman
• Laiman ialah nak Pak Kiassim, berasal dari Kusilad, Sabah. Da mempunyai abang bernama Mail, dan adik bernama Jariah.
• Ibu Laiman telah meninggal dunia.
• laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan tetapi bercita-cita untuk menjadi usahawan muda yang berjaya.
• Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak.
• Laiman suka membantu pekerja-pekerja di bawahnya semasa dia menjalani latihan praktikal.
• Laiman bercita-cita tinggi untuk maju dalam pekerjaan tanpa makan gaji.
• laiman seorang yang berdikari kerana merancang untuk melakukan projek ikan air tawar dan penternakan lebah madu.
• Laiman juga seorang yang rajin kerana dia menjalankan penanaman tembikai, menjalankan perniagaan kuih, serta menjadi peraih
pisang dan kelapa.
• Laiman seorang yang tabah kerana dia berusaha memujuk Pak Sahok untuk mengizinkannya menggunakan tanah paya di sebelah
tanak Pak Sahok untuk dijadikan kawasan projek ternakan ikan air tawar.
• Laiman seorang yang berprinsip, iaitu dia tidak menerima tawaran pekerjaan bergaji yang tidak digemarinya.
• Laiman seorang yang beradab sopan dan menghormati orang tua.
• Laiman seorang yang berdikari kerana dia amhu bekerja sendiri tanpa makan gaji dengan mana-mana pihak kerajaan walaupun dia
mempunyai kelulusan yang baik dalam pelajaran
• Laiman seorang yang taat akan perintah agama, iaitu rajin menunaikan solat di suarau.
• Laiman jujur dalam pekerjaan, iaitu dia tidak menyembunyikan jumlah simpanan daripada pengetahuan rakan kongsinya, iaitu Milan.
• Laiman berjaya menjadi contoh kepada anak - anak muda yang alin dalam projek ternakan ikan air tawarnya.
• Laiman berjaya mencapai cita-citanya menjadi usahawan yang berjaya keran dia seorang yang gigih dan tidak mudah putus asa.
• Pak Kiassim
• Pak Kiassim ialah Bapa Laiman.
• Pak kiassim telah kematian isteri
• Dia tidak bersetuju apabila laiman menyatakan bahawa dia mahu memulakan projek ternakan ikan air tawar.
• Sikapnya berubah apabila Laiman Menampakkan kemajuan dalam penanaman tembikai.
• Dia berbangga atas kejayaan Laiman.
• Pak Kiassim seorang pemaaf, iaitu memaafkan Laiman yang tidak mendengar kata-katanya.
• Pak Kiassim seorang yang sedar akan kesilapan, iaitu mengakui bahawa dia tidak memahami niat suci Laiman untuk menjalankan
perniagaan sendiri.
• Pak Kiassim seorang bapa yang bertanggungjawab, iaitu Pak Kiassim cuba memujuk Pak Sahhok supaya mengizinkan laiman
menggunakan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok.
• Pak Kiassim seorang ayah yang mengambil berat terhadap masa depan anak-anaknya.
 Milan
 Milan ialah sepupu Laiman.
 Milan seorang yang rajin menolong Laiman dalam melaksanakan beberapa projek.
 Malan juga sentiasa bersedia melakukan sebarang kerja yang diminta atau disuruh oleh Laiman.
 Keadaan hidupnya berubah setelah dia bekerja bersama-sama dengan Laiman.
 Milan seorang yang mengenang budi, iaitu dalam diam-diam dia berteria kasih kepada Laiman kerana bersusah payah mengajarnya
mengenali hidup.
 Milan tidak mudah berputus asa dan sentiasa cuba memberikan kata-kata perangsang kepada laiman untuk terus mencari jalan
supaya cita-cita Laiman untuk membuka projek ternakan ikan air tawar tercapai.
 Milan seorang yang setia kawan. Buktinya, dia berusaha untuk mengekalkan hubungan baiknya dengan Laiman.
Pak Sahok
 Pak Sahok memiliki tanah berhampiran dengan tanah paya yang ingin diusahakan oleh laiman untuk projek ternakan ikan air
tawarnya.
 Pak Sahok seorang petani.
 Pak Sahok salah seorang ahli jawatankuasa dalam rancangan perkampungan baharu di kampungnya.
 Pada mulanya dia tidak mengizinkan laiman melaksanakan projek ternakan air tawar di tanah paya tetapi akhirnya bersetuju setelah
Pak Kiassim memujuknya.
 Pak Sahok sedar akan niat baik laiman dan Milan untuk memajukan masyarakat yang tinggal di kampungnya.
Soniah
 Soniah ialah sahabt baik laiman semasa di Sarawak.
 Soniah merupakan pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia, sama seperti Laiman. Dia memasuki universiti
terkemudian daripada Laiman.
 Soniah dapat mengesan bahawa Muluk memusuhi Laiman tetapi tidak mengatakannya kepada laiman.
 Soniah merupakan seorang gadis yang bercita-cita tinggi.
 Soniah merupakan gadis manis, bertubuh kecil, tinggi lampai, dan berkulit putih kuning.
 Dia tidak menjadi jurutera tetapi menerima tugas untuk membantu bapa saudaranya menguruskan sebuah syarikat yang terletak di
Kota Kinabalu.
Sukri
 Sukri bekerja di sebuah syarikat minyak di Sarawak.
 Sukri rapat dengan Laiman semasa Laiman menjalani latihan praktikal.
 Sukri tidak percya Laiman membakar tangki minyak dan dia membela nasib Laiman.
 Sukri seorang yang mudah cemas terutamanya apabila menetahui berita tentang tangki minyak tempatnya bekerja terbakar.
 Sukri seorang yang pandai menghargai persahabatan kerana membawa Laiman makan di sebuah restoran sebagai tanda
penghargaan kepada Laiman.
Mail
 Mail abang kepada Laiman.
 Mail sanggup berkorban demi adik-adiknya supaya adik-adiknya maju dalam pelajaran.
 Mail bekerja di koperasi Pembangunan Desa, iaitu di Kota Marudu dan jarang-jarang pulang ke kampung.
 Mail sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada Laiamn agar terus maju dalam projek yang diusahakannya.
 Mail menyimpan perasaan kepada anak Pak Muluk, iaitu Tini tetapi Menyembunyikan perasaan tersebut demi keutamaannya
terhadap keluarga
Kedek & Muali
 Kedek dan Muali mendapatkan kepercayaan daripada laiman untuk menjalani kursus projek ternakan air ikan air tawar.
 Bagi Laiman, mereka ialah golongan yang rajin, tekun, dan tidak banyak cakap.
 Mereka meninggalkan projek Laiman untuk Memulakan projek mereka sendiri.
Muluk
 Muluk cemburu kerana Laiman berbaik- baik dengan Soniah.
 Muluk mensabotaj Laiman dengan membakar tangki minyak agar Laiman dituduh melakuakn perbuatan tersebut.
 Dia diberkas dan telah dihadapkan ke mahkamah.
PLOT
• Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak. Dia Akrab dengan Sukri. Di samping itu, dia juga berbaik-baik dengan gadis yang
bernama Soniah.
• Oleh sebab tugasnya dijalankan dengan baiknya, penguru syarikat menyayangi laiamn. Laimna disukau oleh pengurusnya dan keakraban Laiman dengan
Soniah menimbulkan rasa cemburu di hati Muluk.
• Kebakaran tangki minyak di syarikat minyak itu telah menimbulkan spekulasi bahawa Laiman yang melakukannya. Namun, ketika itu Laiman berada di
Kuching untuk berjumpa dengan kawan sekuliahnya.
• Pengurus yang mengesyaki Laiman melakukan sabotaj tersebut kemudiannya percaya bahawa Laiman tidak bersalah.
• Laiman balik ke kampungnya di Sabah setelah tamat belajar dan mendapat ijazah dalam bidang kejuruteraan. dia tidak bersedia menerima jawatan bergaji
tetap, walupun jabatan pertanian menawarkan pekerjaan kepadanya.
• Penolakan jawatan itu menyebabkan bapanya, Pak Kiassim berasa marah. Pak Kiassim mengungkit pengorbanan keluarganya demi mengutamakan
kemajuan Laiman dalam pembelajaran.
• Laiman tetap bertegas tidak mahu bekerja dengan kerajaan. Dia keluar menemui sepupunya, Milan. Pada mulanya Milan sependapat denga Pak Kiassim
tetapi kemudian bersetuju dengan citi- cita Laiman.
• Laiman mahu menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa kerja lain. Dia memujuk Pak Sahok supaya mengizinkan penggunaan tanah paya
berdekatan dengan tanah Pak Sahok tetapi Pak sahok enggan mengizinkan.
• Pada masa yang sama, Laiman mengusahakan penanaman tembikai dan usaha itu berjaya. Tembikai itu dijual kepada kawannya di Kota Kinabalu dan dia
mendapat hasil yang banyak.
• Pak Kiassim memuji laiman atas kejayaan itu. Dia menawarkan diri untuk memujuk Pak Sahok agar bersetuju dengan cadangan Laiman untuk
menjalankan projek ternakan ikan air tawar. laiman mengetahui bahawa tanah itu bukannya tanah Pak Sahok tetapi hanya berhampiran dengan tanah Pak
Sahok.
• Rundingan Pak Kiassim dengan Pak sahok membuahkan kejayaan. Pak Sahok bersetuju, terutama apabila mendapati Laiman berjaya dalam setiap kerja
yang dilakukannya.
• Projek ternakan ikan air tawar bermula dengan mengorek tanah paya itu untuk dijadikan kolam. Pada masa yang sama, Laiman juga mempunyai
rancangan lain, iaitu menternak lebah madu, menjual pisang, menjual kuih, serta menjadi peraih pisang dan menjual kelapa.
• Masalah timbul apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak meninggalkannya untuk melaksanakn projek sendiri. Milan menganggap itu sebagai
masalah besar tetapi Laiman tida menanggap demikian. Dia merestui pemergian Kedek dan Muali dan berdoa agar projek mereka berjaya.
• Jabatan pertanian mengiktirafkan projek ternakan ikan air tawar Laiman itu sebagai projek contoh di daerahnya. Jabatan pertanian juga mengatakan projek
itu akan dijadikan projek yang terbesar di Sabah.
• Apabila Laiman berjaya, dia mula memikirkan hubungannya dengan Soniah. Kebetulan Soniah akan datang bekerja di Kota Kinabalu untuk membantu
bapa saudaranya.
Binaan Plot
 Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, Laiiman di gambarkan sebagai pemuda yang rajin bertugas di sebuah syarikat tangki minyak. Pekerjaannya
lakukan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawan di tempat kerja itu. Sukri yang bertugas di situ mengajak Laiman
makan bersama-sama.
 Bahagian perkembangan cerita laiman berkawan rapat dengan Soniah. Soniah akan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama dengan Laiman, iaitu
bidang kejuruteraan. Soniah menyebut nama Muluk dalam perbualannya dengan Laiman, namun Soniah tidak mahu meneruskan cerita tentang Muluk
kepada Laiman. Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Laiman tetapi dia terpaksa melupakan hal itu kerana Soniah benar-benar tidak mahu
meneruskan cerita itu.
 Perumitan dalam cerita ini ialah berlakunya kebakaran tangki minyak. Tangki itu baru dibaiki oleh Laiman. Namun begitu, semasa kebakaran itu berlaku
Laiman pergi ke Kuching. Setelah diselidik, orang yang melakukan sabotaj itu tidak berpuas hati dengan Laiman kerana Laiman begitu rapat dengan
Soniah. Bahagian lain yang merupakan perumitan adalah apabila bapa Laiman memarahi Laiman kerana Laiman tidak mahu bekerja dengan mana-mana
badan kerajaan sebaliknya mahu menjalankan projek sendiri.
 Klimaksnya atau kemuncak cerita apabila Pak Sahok mengalah dan mengizinkan tanah paya yang berhampiran dengan tanahnya digunakan untuk projek
ternakan ikan air tawar. Keizinan itu menyebabkan Laiman dan kawan-kawan dapat bekerja keras dan akhirnya projek ternakan ikan ikan air tawar itu
dapat dijadikan sebagai projek contoh di daerah tempat tinggal mereka.
 Bahagian peleraian cerita pula adalah tentang kesenangan hidup Laiman kerana usahanya berjaya. Dia turut memikirkan perancangannya untuk
memulakan hubungan baharu dengan Soniah.
• Teknik Plot
a) Teknik Pemerian
 Pengarang memerihalkan keadaan Sukri ketika dia sampai di tempat tangki minyak syarikatnya bekerja itu terbakar.
Ketika Sukri sampai di tempat kejadian, api menjulang-julang naik. Anggota bomba sudah di panggil untuk memadamkan
kebakaran. Sukri terburu-buru keluar dari kereta dan berlari ke arah orang ramai yang sedang berkumpul.
b) Teknik Dialog
 Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini, termasuklah dialog antara Laiman dengan Pak Kiassim. Contohnya,
“Ayah, cuba berjumpa dengan Pak Sahok nanti,” kata Pak Kiassim.
“Untuk apa?”
“Untuk projek kamu tu.”
“Betulkah ini, ayah?”
c) Teknik Monolog.
 Sukri berbisik sendiri apabila memikirkan peristiwa tangki minyak yang terbakar itu berkemungkunan ada orang yang bekerja di
syarikat itu berniat jahat untuk menjatuhkan Laiman. Contohnya,
'Ya mungkin saja,' bisik Sukri.
d) Teknik Monolog Dalaman
 Laiman memikirkan bahawa Soniah seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya. Contohnya,
Soniah solah-olah ingin menyembunyikan sesuatu, fikir Laiman. Muluk ! Kenapa Soniah sebut fasal Muluk? Apakah pula
rahsia yang disembunyikan oleh Muluk? Kalau tidak takkanlah anak gadis itu bertanya fasal Muluk di hadapannya.
e)Teknik Imbas Kembali
 Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya termasuklah Laiman teringat akan peristiwa
sewaktu dia ingin mencari penaja untuk membiayai pengajiannya di universiti dahulu. Contohnya,
Dia pernah mengalami masalah itu dahulu. dia terpaksa bertungkus-lumus untuk mencari penaja. Hampir sebulan Laiman
turun naik pejabat.Yayasan Sabah sudah. Kerajaan negeri sudah. Tuah telah menyebelahi Laiman kerana kedua-dunya
memberikan kesanggupan untuk memberikan biasiswa.
f) Teknik Saspens
 Pembaca tertanya-tanya orang yang menyebabkan peristiwa tangki minyak itu terbakar. Contohnya,
...Sukri menyimpulkan bahawa itu ialah perbuatan khianat. Namun begitu, perbuatan siapa? Siapakah yang berani
melakukannya? Sukri tahu semua perangai pekerja di syarikat itu.
LATAR
LATAR TEMPAT
 Sebuah pejabat di tepi pantai yang terletak di Sarawak. Contohnya, tempat Laiman menjalani latihan praktikal.
 Sebuah restoran di pekan. Contohnya, Laiman minum bersama-sama dengan Soniah di sebuah restoran yang terletak di pekan.
 Bandar Miri. Contohnya, tempat Laiman dan Soniah berjalan-jalan
 Kota Marudu. Contonya, tempat Mail bertugas, iaitu di Koperasi Pembangunan Desa.
 Rumah sewa Laiman. Contohnya, Sukri datang ke rumah Laiman untuk memberitahu Laiman tentang kejadian tangki minyak
terbakar itu.
 Rumah Laiman. Contohnya, tempat Laiman dimarahi bapanya kerana tidak mahu bekerja makan gaji dengan kerajaan.
 Kampung Bawang. Contohnya, tempat Laiman dan mail menziarahi arwah Pak Muluk dan adat berjaga masih diamalkan kampung
itu.
 Tanah paya. Contohnya, tempat projek ternakan ikan air tawar Laiman dijalankan.
 Gerai Pitas. Contohnya, Pak Sahok berbual- bual dengan Laiman dan Milan tentang kejayaan projek ternakan ikan air tawar mereka
berdua.
Latar Masa
 Waktu siang. Contohnya, sewaktu Laiman dan kawan-kawannya bekerja di syarikat minyak.
 Waktu petang. Contonya, selepas waktu pejabat Laiman bersiar-siar di pekan Lotong.
 Waktu malam. Contohnya, Laiman singgah di rumah Milan dan meluahkan perasaannya yang kecewa kepada Milan.
 Enam bulan. Contohnya, Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak.
 Dua tahun. Contohnya, Laiman diterima masuk ke matrikulasi sebelum ditawarkan ke universiti.
 Lebih kurang tiga tahun. Contohnya, Laiman dan Soniah masih berhubung melalui surat yang dikirimkan oleh Soniah kepadanya.
 Hari Ahad. Contohnya, Laiman membawa kuih yang telah dipajaknya daripada orang kampung lalu dibawa ke Gerai Pitas.
 Tiga bulan. Contohnya, Laiman dan Milan telah menjalankan perniagaan kuih di Gerai Pitas
Latar Masyarakat
 Masyarakat yang bekerja kuat. Contohnya, Laiman dan Milan bekerja keras supaya segalan rancangan projek mereka tercapai.
 Masyarakat yang berpelajaran tinggi. Contohnya, Laiman dan Soniah merupakan pelajar yang mengambil kursus dalam Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan.
 Masyrakat yang hidup miskin dan sederhana. Contohnya, orang kampung Laiman yang tinggal di Kampung Kusilad hidup secara
bersederhana.
 Masyarakat yang bersifat cemburu. Contohnya, Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan Soniah sehingga dia sanggup
mengkhianati Laiman.
 Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Laiman dan Milan rajin menunaikan solat di surau.
 Masyarakat yang boleh berubah. Contohnya, sikap anak-anak muda di kampung Laiman berubah daripada keadaan malas menjadi
rajin untuk bekerja.
 Masyarakat yang mengamalkan sifat kerjasama. Contohnya, pegawai pertanian yang berjumpa dengan Laiman dan Milan sentiasa
bersedia untuk membantu mereka melaksanakan projek mereka.
 Masyarakat yang bijak mengendalikan perniagaan. Contohnya, Laiman merupakan anak muda yang bijak menjalankan perniagaan
sehingga berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampungnya.
Gaya Bahasa dan Unsur Bahasa
• Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuain dengan jalan cerita yang memaparkan kisah anak muda yang menjalankan
aktiviti pertanian dan penternakan. Contohnya, kata-kata tersebut seperti kebun tembikai, tanah paya, jabatan pertanian, lima belas
hektar, lebah madu, ikan air tawar, udang harimau dan sebagainya.
Ayat
Sepanjang jalan cerita, pengarang berselang-seli menggunakan ayat-ayat pendek dan panjang.
a) Ayat-ayat pendek. Contohnya,
 Soniah berjalan agak cepat.
 Tidak ada bezanya.
 Laiman tersentak.
 Milan memberikan kata putus.
 Angguk
b) Ayat-Ayat panjang. Contohnya,
 Dia berpendapat kalau ramai yang berfikiran begitu negara akan beruntung kerana dapat melahirkan ramai tenaga mahir yang
sesuai dengan dasar kerajaan.
 Sukri dapa membaca sikap Laiman setelah hampir tiga bulan pemuda dari Sabah itu berada dalam pengawasannya.
 Harapan Laiman setinggi gunung, semoga pengurus itu tidak akan mencemarkan namanya hanya kerana kejadian yang dia
sendiri tidak tahu.
 Namun begitu, usahanya untuk mencari pendekatan dalam bidang yang baharu seakan-akan terbantut oleh orang-orangnya
sendiri yang tidak mahu menerima perubahan secara perlahan-lahan.
 Subsidi untuk projek itu sudah pun diurus dan diatur oleh pegawai pertanian untuk sendiri tanpa bantuan dan campur tangan
Laiman.
Bahasa Arab
Terdapat juga bahasa Arab yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,
 “Tenangkan fikiran. Baca bismillah sebelim masuk,” kata Sukri sambil ketawa.
 Kita sepatutnya berusaha dan bertawakal kepada ALLAH.
 “Syukur, alhamdulillah,” kata Milan, lalu dia terus ke warungnya kerana tiada orang yang menjaganya.
Metafora
Unsur metafora merupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata, iaitu konkrit dan abstrak. Unsur metafora juga dapat
dilihat dalam novel ini. Contohnya,
Gunung penyesalannya datang tiba-tiba.
Personafikasi
Unsur personafikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepda benda atau perkara tertentu digunakan oleh pengarang sebagai rencah
dalam novelnya. Contohnya,
 Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega.
 Matahari pun tidak lagi galak sinarnya.
 Petang semakin tua
 Daun-daun yang beraneka jenis itu terliuk-liuk mengikut rentak irama angin kering.
 Anak matanya tepat menikam kebun tembikai yang seluas lima hektar yang diusahakannya sendiri sejak dua bulan yang lalu.
Hiperbola
Gaya bahasa hiperbola atau bahsa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebihan-lebihan daripada maksud yang
sebenarnya terdapat dalam novel ini. Contohnya,
 Penyesalannya terus saja meronta-ronta, menghempas pintu hatinya.
Simile
Simile ialah gaya bahsa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan perkataan bagai, bak , ibarat,
laksana, macam, seperti, dan umpama. Contohnya,
 ...minyak yang belum diproses tumpah bagaikan air hujan di tepi-tepi lonhkang.
 ...muka yang merah padam seperti udang yang dibakar.
 'Nasib manusia ini bagai menanam benih,' fikir Soniah.
 Soniah sekarang dalam fikiran, Laiman seperti bunga yang sedang mengembang dan harumnya terbau ke mana-mana...
 Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya.
Sinkope
Pengarang turut menggunakan sinkope atau singkatan sesuatu perkataan dalam novel ini, Comtohnya,
 “Berita tak baik?Berita apa tu, Ri?”
 “ Apa-apa saja yang kita buat memang akan ada risikonya.”
 Dia berhenti sekolah dulu kerana membantu ayah untuk memberikan pelajaran yang cukup kepada kamu dan adik-adikmu yang lain.
 “Tak tentu, mungkin esok atau mungkin lusa.”
Peribahasa
Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,
 ... tidak semua orang boleh dipercayai kerana telunjuk lurus kelengkeng berkait.
 Kata orang, selurus-lurus ekor anjing, ada juga bengkoknya.
 Air mukanya berubah.
 ... dia bukan manusia yang suka lempar batu sembunyi tangan.
 Namun begitu, apakan daya kerana nasi sudah menjadi bubur.
Repitisi
Unsur repitisi atau perulangan tutut diutarakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,
 “Nak marah kepada siapa” Marah kepada aku, sedangkan aku tak ada pada waktu itu? Susah dia nak marah?
 Engkau kira apa yang aku buat sekarang ini tidak ke arah masa depan?Engkau kira kerja yang aku buat ini terlalu hina?”
 Bukan sakit, bukan ditimpa kemalangan tapi kita yang sedang sakit sekarang. Kepala kita yang sakit.
Nilai
• Kasih sayang. Contohnya, nenek Laiman membelanjakan wang simpanannya dalam jumlah yang banyak untuk membiayai
pengajian Laiman. Bpa Laiman juga mengasihi, Laiman, walupun dia bersikap kasar setelah mendapat tahu Laiman menolak
tawaran kerja sebegini.
• Ketabahan. Contohnya, Laiman berusaha bersungguh-sungguh dan dengan tabahnya bagi memastikan projeknya berjaya.
• Tanggungjawab. Contohnya, Sukri menyelia pekerjaan laiman denga penuh tanggungjawab semasa Laiman menjadi pelatih di
syarikat minyak.
• Keprihatinan. Contohnya, Sukri memberikan perhatian kepada Laiman dan mahu memastikan bahawa laiman tidak teraniaya
terhadap kes tangki minyak yang terbakar.
• Kesabaran. Contohnya, Laiman tidak menampakkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak keluar
daripada projek yang diusahakannya. Baginya, keputusan mereka berdua hendaklah dihormati tanpa rasa dendam.
• Berwawasan. Contohnya, Laiman merupakan anak muda yang berwawasan tiggi dengan membuka peluang pekerjaan kepda
golongan yang menganggur di kampung mereka.
• Keinsafan. Bapa Laiman, iaitu Pak Kiassim insaf setelah memahami pendirian Laiman. Pak Sahok juga insaf lalu bersetuju tanah
paya di sebelah tanahnya digunakan oleh Laiman untuk projek ternakan ikan air tawar.
• Kerjasama. Contohnya, Milan bekerjasama denga laiman sehingga projek mereka berjaya.
• Kesyukuran. Contohnya, Laiman bersyukur kerna Milan sentiasa menyokong segala usaha dan perancangannya.
• Setia kawan. Contohnya, Milan sentiasa berusaha untuk mengekaklakan hubungan baiknya dengan Laiman.
Pengajaran
• Kita hendaklah berusah bersungguh-sungguh bagi mencapi kejayaan yang cemerlang. Contohnya, Laiman bekerja keras bagi
memastikan segala rancangan projeknya berjaya.
• Kita hendakalh betanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Laiman menyiapkan kerja yang diarahkan oleh
pengurus syarikat minyak dengan penuh tanggungjawab.
• Kita hendaklah menerima keputusan orang lain dengan hati yang terbuka. Contohnya, keputusan Kedek dan Muali untuk keluar
daripada kumpulan diterima dengan baik oleh Laiman.
• Kita mestilah bersikap jujur dengan kawan-kawan sekerja. Contohnya, Laiman menunjukkan akaun simpanan projeknya kepada
Milan, membuktikan bahawa Laiman jujur dalam hal kewangan.
• Kita mestilah insaf setelah melakukan kesilapan. Contohnya, Pak Kiassim insaf setelah dia mengetahui bahawa anaknya, Laiman
bercita-cita tinggi dan tahu melaksanakan kerja yang diimpi-impikannya.
• Kita tidak sepatutnya bersikap khianat terhadap rakan. Contohnya, Muluk sanggup mengkhianati Laiman kerana Laiman
mempunyai hubungan rapat dengan Soniah.
• Kita disarankan supaya hormat kepada orang tua. Contohnya, Laiman menghormati Pak Sahok dan tidak menunjukkan siakp
marah terhadap Pak Sahok walaupun Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman memulakan projek ikan air tawar berhampiran dengan
tanahnya.
• Kita hendaklah bekerjasama untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Laiman dan Milan bekerjasama melaksanakan projek ternakan
ikan air tawar dan beberapa projek lain.
• kita disarankan supaya menjadi ahli keluarga yang prihatin. Contohnya, Mail sentiasa mengambil berat tentang segala projek
yang diusahakan oleh Laiman.
• Kita hendaklah bersyukur dengan kejayaan yang kita peroleh. Contohnya, Laiman bersyukur kerana projek ternakann projek ikan
air tawarnya akan dijadikan projek contoh di daerah Kusilad.
Kelebihan
• Novel ini banyak menekankan rukun-rukun dan
kehidupan seorang muslim yang boleh dicontohi.
• Watak - watak di dalam novel ini mempunyai ciri-
ciri yang sama seperti di dalam kehidupan sebenar
di dalam situasi begitu.
• Terdapat pelbagai pengajaran yang boleh
dipelajari daripada novel ini yang dapat
diterapkan di dalam kehidupan seharian.
Kekurangan
 Banyak menggunakan perkataan yang sama
berulang kali.
 Perlu membanyakkan lagi watak Soniah di dalam
novel ini.
 Permulaan cerita ini agak mengelirukan.
 Pengarang menggambungkan terlalu banyak
kejadian dalam satu kejadian.
Cadangan
• Kurangkan situasi di dalam satu kejadian.
• Menambah bahagian watak Soniah .
• Cuba menggunakan perkataan yang berbeza
supaya tidak nampak perbendaharaan kata kita
kurang.
Sinopsis Jalan Ke Puncak

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncakKomsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak
 
Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak   Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak
 
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKJALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
 
Novel Jalan Ke Puncak
Novel Jalan Ke PuncakNovel Jalan Ke Puncak
Novel Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak tasha 2 r
Jalan ke puncak tasha 2 rJalan ke puncak tasha 2 r
Jalan ke puncak tasha 2 r
 
Jalan ke puncak aaa
Jalan ke puncak aaaJalan ke puncak aaa
Jalan ke puncak aaa
 
Bm 2019 dinie
Bm 2019 dinieBm 2019 dinie
Bm 2019 dinie
 
ASSESSMENT BAHASA MELAYU
ASSESSMENT BAHASA MELAYUASSESSMENT BAHASA MELAYU
ASSESSMENT BAHASA MELAYU
 
Komsas Jalan Ke Puncak
Komsas Jalan Ke PuncakKomsas Jalan Ke Puncak
Komsas Jalan Ke Puncak
 
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
Bahsa Melayu Komsas- Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
NOVEL JALAN KE PUNCAK
NOVEL JALAN KE PUNCAKNOVEL JALAN KE PUNCAK
NOVEL JALAN KE PUNCAK
 
Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncakKomsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
sinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncaksinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncak
 
Novel Jalan Ke Puncak
Novel Jalan Ke Puncak Novel Jalan Ke Puncak
Novel Jalan Ke Puncak
 
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razziKomsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu  adani 2 razzi
Komsas Jalan ke Puncak 'bahasa melayu adani 2 razzi
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Komsas - Jalan Ke Puncak
Komsas - Jalan Ke PuncakKomsas - Jalan Ke Puncak
Komsas - Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habisJalan ke puncak dh habis
Jalan ke puncak dh habis
 

Similar to Sinopsis Jalan Ke Puncak

Similar to Sinopsis Jalan Ke Puncak (13)

JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEKJALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
JALAN KE PUNCAK -JUNDIYATUL MUAWIYAH BINTI SIDEK
 
Jalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulauJalan ke puncak mrsm balik pulau
Jalan ke puncak mrsm balik pulau
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
Komsas: Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2)
 
NOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdfNOTA asas komsas.pdf
NOTA asas komsas.pdf
 
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptxNOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2 KARYA JURI DURABI .pptx
 
Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1Jalan ke puncak 1
Jalan ke puncak 1
 
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAKKOMSAS - JALAN KE PUNCAK
KOMSAS - JALAN KE PUNCAK
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
Novel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncakNovel jalan ke puncak
Novel jalan ke puncak
 
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke PuncakAnalisis Novel Jalan Ke Puncak
Analisis Novel Jalan Ke Puncak
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncak Jalan ke puncak
Jalan ke puncak
 

Recently uploaded

MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
randikaakbar11
 
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
aji guru
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsur
DoddiKELAS7A
 
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
susilowati82
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakAksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
 
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
 
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang KesehatanMateri Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsur
 
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.pptAnalisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
 
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan AnakPWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptxMekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
 
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Sinopsis Jalan Ke Puncak

  • 1. SINOPSIS JALAN KE PUNCAK NAMA :AZIZUL EL-YAASIIN B AZIZUL AZMY KELAS : 2 AL- JAZARI NO . MAKTAB : PB180114 HOMEROOM : PN. SITI ZABIDAH
  • 2. SINOPSIS • Perlahan- lahan cahaya terpancar daripada buih-buih di permukaan air. Laiman sendiri tidak menyangka bahawa suatu ketika nanti dia akan dapat menikmati hasil jernih payahnya selama membina tapak dalam kehidupan ini. Sekarang, riak-riak yang suatu ketika dulu masih kabur sudah nampak jelas di matanya.
  • 3. Tema • Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang berkelulusan universiti bercita-cita untuk menjadi usahawan muda. Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, namun dia tidak memilih bidang berkaitan dengan kelulusannya untuk kerjayanya. Dia memilih untuk membuat projek ternakan ikan air tawar, ternakan udang harimau, menanam tembikai, pengusaha kedai makan, serta menjadi pemborong dan pembekal kelapa. Keutamaan projeknya ialah projek ternakan ikan air tawar. Pada tahap awal cita- citanya ditentang oleh bapanya sendiri, dan dipersenda oleh orang kamping. Walau bagaimanapun, perkara tersebut menjadikan dirinya lebih tabah dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang. Ternakan ikan air tawarnya diiktiraf oleh jabatan pertanian sebaga projek contoh di daerah tempat tinggalnya, bahkan mungkin akan dinaikkan ke tahap paling baik di seluruh negerinya.
  • 4. PERSOALAN • Kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, bapa, nenek, dan Mail amat menyayangi Laiman. Laiman juga menyayangi mereka. Sepupu Laiman, iaitu Milan menyayangi Laiman dan sanggup menjadi pembantu setia dam setiap projek yang diusahakan oleh Laiman. • Kepentingan pelajaran. Contohnya, Laiman menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan, walaupun akhirnya dia tidak menjadi jurutera tetapi dia etap mencitai ilmu tersebut. • Pengorbanan untuk keluarga. Contohnya, nenek dan abang Laiman berkorban untuk Laiman. Nenek Laiman mengeluarkan wang simpanannya untuk pengajian Laiman dan abangnya masih tidak berkhawin lagi kerana wangnya diberikan kepada Laiman untuk pengajiannya. • Cinta antara teruna dan dara. Contohnya, Laiman merasai cinta kepada Soniah pada bahagian akhir novel ini. Ada tanda-tanda bahawa Soniah juga mencintainya. • Hubungan baik antara kaum. Contohnya, bapa Milan boleh mengambil barang-barang di kedai seorang taukeh Cina secara berhutang. Milan juga pernah bekerja di kebun kelapa taukeh itu. Mereka saling mempercayai. • Kemiskinan. Contohnya, penduduk kampung laiman, iaitu Kampung Kusilad rata-ratanya hidup dalam kemiskinan. • Kegigihan anak muda dalam mlaksanakan pekerjaan. Contohnya Laiman dan Milan amat gigih bekerja hingga mereka berjaya dalam projekl yang diusahakan oleh mereka. • Sikap mengutamakan kerjaya sebelum bercinta. Laiman tidak memikirkan soal cinta sebelum mencapai kejayaan.
  • 5. WATAK & PERWATAKAN • Laiman • Laiman ialah nak Pak Kiassim, berasal dari Kusilad, Sabah. Da mempunyai abang bernama Mail, dan adik bernama Jariah. • Ibu Laiman telah meninggal dunia. • laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan tetapi bercita-cita untuk menjadi usahawan muda yang berjaya. • Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak. • Laiman suka membantu pekerja-pekerja di bawahnya semasa dia menjalani latihan praktikal. • Laiman bercita-cita tinggi untuk maju dalam pekerjaan tanpa makan gaji. • laiman seorang yang berdikari kerana merancang untuk melakukan projek ikan air tawar dan penternakan lebah madu. • Laiman juga seorang yang rajin kerana dia menjalankan penanaman tembikai, menjalankan perniagaan kuih, serta menjadi peraih pisang dan kelapa. • Laiman seorang yang tabah kerana dia berusaha memujuk Pak Sahok untuk mengizinkannya menggunakan tanah paya di sebelah tanak Pak Sahok untuk dijadikan kawasan projek ternakan ikan air tawar. • Laiman seorang yang berprinsip, iaitu dia tidak menerima tawaran pekerjaan bergaji yang tidak digemarinya. • Laiman seorang yang beradab sopan dan menghormati orang tua. • Laiman seorang yang berdikari kerana dia amhu bekerja sendiri tanpa makan gaji dengan mana-mana pihak kerajaan walaupun dia mempunyai kelulusan yang baik dalam pelajaran • Laiman seorang yang taat akan perintah agama, iaitu rajin menunaikan solat di suarau. • Laiman jujur dalam pekerjaan, iaitu dia tidak menyembunyikan jumlah simpanan daripada pengetahuan rakan kongsinya, iaitu Milan. • Laiman berjaya menjadi contoh kepada anak - anak muda yang alin dalam projek ternakan ikan air tawarnya. • Laiman berjaya mencapai cita-citanya menjadi usahawan yang berjaya keran dia seorang yang gigih dan tidak mudah putus asa.
  • 6. • Pak Kiassim • Pak Kiassim ialah Bapa Laiman. • Pak kiassim telah kematian isteri • Dia tidak bersetuju apabila laiman menyatakan bahawa dia mahu memulakan projek ternakan ikan air tawar. • Sikapnya berubah apabila Laiman Menampakkan kemajuan dalam penanaman tembikai. • Dia berbangga atas kejayaan Laiman. • Pak Kiassim seorang pemaaf, iaitu memaafkan Laiman yang tidak mendengar kata-katanya. • Pak Kiassim seorang yang sedar akan kesilapan, iaitu mengakui bahawa dia tidak memahami niat suci Laiman untuk menjalankan perniagaan sendiri. • Pak Kiassim seorang bapa yang bertanggungjawab, iaitu Pak Kiassim cuba memujuk Pak Sahhok supaya mengizinkan laiman menggunakan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok. • Pak Kiassim seorang ayah yang mengambil berat terhadap masa depan anak-anaknya.  Milan  Milan ialah sepupu Laiman.  Milan seorang yang rajin menolong Laiman dalam melaksanakan beberapa projek.  Malan juga sentiasa bersedia melakukan sebarang kerja yang diminta atau disuruh oleh Laiman.  Keadaan hidupnya berubah setelah dia bekerja bersama-sama dengan Laiman.  Milan seorang yang mengenang budi, iaitu dalam diam-diam dia berteria kasih kepada Laiman kerana bersusah payah mengajarnya mengenali hidup.  Milan tidak mudah berputus asa dan sentiasa cuba memberikan kata-kata perangsang kepada laiman untuk terus mencari jalan supaya cita-cita Laiman untuk membuka projek ternakan ikan air tawar tercapai.  Milan seorang yang setia kawan. Buktinya, dia berusaha untuk mengekalkan hubungan baiknya dengan Laiman.
  • 7. Pak Sahok  Pak Sahok memiliki tanah berhampiran dengan tanah paya yang ingin diusahakan oleh laiman untuk projek ternakan ikan air tawarnya.  Pak Sahok seorang petani.  Pak Sahok salah seorang ahli jawatankuasa dalam rancangan perkampungan baharu di kampungnya.  Pada mulanya dia tidak mengizinkan laiman melaksanakan projek ternakan air tawar di tanah paya tetapi akhirnya bersetuju setelah Pak Kiassim memujuknya.  Pak Sahok sedar akan niat baik laiman dan Milan untuk memajukan masyarakat yang tinggal di kampungnya. Soniah  Soniah ialah sahabt baik laiman semasa di Sarawak.  Soniah merupakan pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia, sama seperti Laiman. Dia memasuki universiti terkemudian daripada Laiman.  Soniah dapat mengesan bahawa Muluk memusuhi Laiman tetapi tidak mengatakannya kepada laiman.  Soniah merupakan seorang gadis yang bercita-cita tinggi.  Soniah merupakan gadis manis, bertubuh kecil, tinggi lampai, dan berkulit putih kuning.  Dia tidak menjadi jurutera tetapi menerima tugas untuk membantu bapa saudaranya menguruskan sebuah syarikat yang terletak di Kota Kinabalu.
  • 8. Sukri  Sukri bekerja di sebuah syarikat minyak di Sarawak.  Sukri rapat dengan Laiman semasa Laiman menjalani latihan praktikal.  Sukri tidak percya Laiman membakar tangki minyak dan dia membela nasib Laiman.  Sukri seorang yang mudah cemas terutamanya apabila menetahui berita tentang tangki minyak tempatnya bekerja terbakar.  Sukri seorang yang pandai menghargai persahabatan kerana membawa Laiman makan di sebuah restoran sebagai tanda penghargaan kepada Laiman. Mail  Mail abang kepada Laiman.  Mail sanggup berkorban demi adik-adiknya supaya adik-adiknya maju dalam pelajaran.  Mail bekerja di koperasi Pembangunan Desa, iaitu di Kota Marudu dan jarang-jarang pulang ke kampung.  Mail sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada Laiamn agar terus maju dalam projek yang diusahakannya.  Mail menyimpan perasaan kepada anak Pak Muluk, iaitu Tini tetapi Menyembunyikan perasaan tersebut demi keutamaannya terhadap keluarga Kedek & Muali  Kedek dan Muali mendapatkan kepercayaan daripada laiman untuk menjalani kursus projek ternakan air ikan air tawar.  Bagi Laiman, mereka ialah golongan yang rajin, tekun, dan tidak banyak cakap.  Mereka meninggalkan projek Laiman untuk Memulakan projek mereka sendiri. Muluk  Muluk cemburu kerana Laiman berbaik- baik dengan Soniah.  Muluk mensabotaj Laiman dengan membakar tangki minyak agar Laiman dituduh melakuakn perbuatan tersebut.  Dia diberkas dan telah dihadapkan ke mahkamah.
  • 9. PLOT • Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak. Dia Akrab dengan Sukri. Di samping itu, dia juga berbaik-baik dengan gadis yang bernama Soniah. • Oleh sebab tugasnya dijalankan dengan baiknya, penguru syarikat menyayangi laiamn. Laimna disukau oleh pengurusnya dan keakraban Laiman dengan Soniah menimbulkan rasa cemburu di hati Muluk. • Kebakaran tangki minyak di syarikat minyak itu telah menimbulkan spekulasi bahawa Laiman yang melakukannya. Namun, ketika itu Laiman berada di Kuching untuk berjumpa dengan kawan sekuliahnya. • Pengurus yang mengesyaki Laiman melakukan sabotaj tersebut kemudiannya percaya bahawa Laiman tidak bersalah. • Laiman balik ke kampungnya di Sabah setelah tamat belajar dan mendapat ijazah dalam bidang kejuruteraan. dia tidak bersedia menerima jawatan bergaji tetap, walupun jabatan pertanian menawarkan pekerjaan kepadanya. • Penolakan jawatan itu menyebabkan bapanya, Pak Kiassim berasa marah. Pak Kiassim mengungkit pengorbanan keluarganya demi mengutamakan kemajuan Laiman dalam pembelajaran. • Laiman tetap bertegas tidak mahu bekerja dengan kerajaan. Dia keluar menemui sepupunya, Milan. Pada mulanya Milan sependapat denga Pak Kiassim tetapi kemudian bersetuju dengan citi- cita Laiman. • Laiman mahu menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa kerja lain. Dia memujuk Pak Sahok supaya mengizinkan penggunaan tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok tetapi Pak sahok enggan mengizinkan. • Pada masa yang sama, Laiman mengusahakan penanaman tembikai dan usaha itu berjaya. Tembikai itu dijual kepada kawannya di Kota Kinabalu dan dia mendapat hasil yang banyak. • Pak Kiassim memuji laiman atas kejayaan itu. Dia menawarkan diri untuk memujuk Pak Sahok agar bersetuju dengan cadangan Laiman untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar. laiman mengetahui bahawa tanah itu bukannya tanah Pak Sahok tetapi hanya berhampiran dengan tanah Pak Sahok. • Rundingan Pak Kiassim dengan Pak sahok membuahkan kejayaan. Pak Sahok bersetuju, terutama apabila mendapati Laiman berjaya dalam setiap kerja yang dilakukannya. • Projek ternakan ikan air tawar bermula dengan mengorek tanah paya itu untuk dijadikan kolam. Pada masa yang sama, Laiman juga mempunyai rancangan lain, iaitu menternak lebah madu, menjual pisang, menjual kuih, serta menjadi peraih pisang dan menjual kelapa. • Masalah timbul apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak meninggalkannya untuk melaksanakn projek sendiri. Milan menganggap itu sebagai masalah besar tetapi Laiman tida menanggap demikian. Dia merestui pemergian Kedek dan Muali dan berdoa agar projek mereka berjaya.
  • 10. • Jabatan pertanian mengiktirafkan projek ternakan ikan air tawar Laiman itu sebagai projek contoh di daerahnya. Jabatan pertanian juga mengatakan projek itu akan dijadikan projek yang terbesar di Sabah. • Apabila Laiman berjaya, dia mula memikirkan hubungannya dengan Soniah. Kebetulan Soniah akan datang bekerja di Kota Kinabalu untuk membantu bapa saudaranya. Binaan Plot  Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, Laiiman di gambarkan sebagai pemuda yang rajin bertugas di sebuah syarikat tangki minyak. Pekerjaannya lakukan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawan di tempat kerja itu. Sukri yang bertugas di situ mengajak Laiman makan bersama-sama.  Bahagian perkembangan cerita laiman berkawan rapat dengan Soniah. Soniah akan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama dengan Laiman, iaitu bidang kejuruteraan. Soniah menyebut nama Muluk dalam perbualannya dengan Laiman, namun Soniah tidak mahu meneruskan cerita tentang Muluk kepada Laiman. Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Laiman tetapi dia terpaksa melupakan hal itu kerana Soniah benar-benar tidak mahu meneruskan cerita itu.  Perumitan dalam cerita ini ialah berlakunya kebakaran tangki minyak. Tangki itu baru dibaiki oleh Laiman. Namun begitu, semasa kebakaran itu berlaku Laiman pergi ke Kuching. Setelah diselidik, orang yang melakukan sabotaj itu tidak berpuas hati dengan Laiman kerana Laiman begitu rapat dengan Soniah. Bahagian lain yang merupakan perumitan adalah apabila bapa Laiman memarahi Laiman kerana Laiman tidak mahu bekerja dengan mana-mana badan kerajaan sebaliknya mahu menjalankan projek sendiri.  Klimaksnya atau kemuncak cerita apabila Pak Sahok mengalah dan mengizinkan tanah paya yang berhampiran dengan tanahnya digunakan untuk projek ternakan ikan air tawar. Keizinan itu menyebabkan Laiman dan kawan-kawan dapat bekerja keras dan akhirnya projek ternakan ikan ikan air tawar itu dapat dijadikan sebagai projek contoh di daerah tempat tinggal mereka.  Bahagian peleraian cerita pula adalah tentang kesenangan hidup Laiman kerana usahanya berjaya. Dia turut memikirkan perancangannya untuk memulakan hubungan baharu dengan Soniah.
  • 11. • Teknik Plot a) Teknik Pemerian  Pengarang memerihalkan keadaan Sukri ketika dia sampai di tempat tangki minyak syarikatnya bekerja itu terbakar. Ketika Sukri sampai di tempat kejadian, api menjulang-julang naik. Anggota bomba sudah di panggil untuk memadamkan kebakaran. Sukri terburu-buru keluar dari kereta dan berlari ke arah orang ramai yang sedang berkumpul. b) Teknik Dialog  Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini, termasuklah dialog antara Laiman dengan Pak Kiassim. Contohnya, “Ayah, cuba berjumpa dengan Pak Sahok nanti,” kata Pak Kiassim. “Untuk apa?” “Untuk projek kamu tu.” “Betulkah ini, ayah?” c) Teknik Monolog.  Sukri berbisik sendiri apabila memikirkan peristiwa tangki minyak yang terbakar itu berkemungkunan ada orang yang bekerja di syarikat itu berniat jahat untuk menjatuhkan Laiman. Contohnya, 'Ya mungkin saja,' bisik Sukri. d) Teknik Monolog Dalaman  Laiman memikirkan bahawa Soniah seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya. Contohnya, Soniah solah-olah ingin menyembunyikan sesuatu, fikir Laiman. Muluk ! Kenapa Soniah sebut fasal Muluk? Apakah pula rahsia yang disembunyikan oleh Muluk? Kalau tidak takkanlah anak gadis itu bertanya fasal Muluk di hadapannya. e)Teknik Imbas Kembali  Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya termasuklah Laiman teringat akan peristiwa sewaktu dia ingin mencari penaja untuk membiayai pengajiannya di universiti dahulu. Contohnya, Dia pernah mengalami masalah itu dahulu. dia terpaksa bertungkus-lumus untuk mencari penaja. Hampir sebulan Laiman turun naik pejabat.Yayasan Sabah sudah. Kerajaan negeri sudah. Tuah telah menyebelahi Laiman kerana kedua-dunya memberikan kesanggupan untuk memberikan biasiswa.
  • 12. f) Teknik Saspens  Pembaca tertanya-tanya orang yang menyebabkan peristiwa tangki minyak itu terbakar. Contohnya, ...Sukri menyimpulkan bahawa itu ialah perbuatan khianat. Namun begitu, perbuatan siapa? Siapakah yang berani melakukannya? Sukri tahu semua perangai pekerja di syarikat itu.
  • 13. LATAR LATAR TEMPAT  Sebuah pejabat di tepi pantai yang terletak di Sarawak. Contohnya, tempat Laiman menjalani latihan praktikal.  Sebuah restoran di pekan. Contohnya, Laiman minum bersama-sama dengan Soniah di sebuah restoran yang terletak di pekan.  Bandar Miri. Contohnya, tempat Laiman dan Soniah berjalan-jalan  Kota Marudu. Contonya, tempat Mail bertugas, iaitu di Koperasi Pembangunan Desa.  Rumah sewa Laiman. Contohnya, Sukri datang ke rumah Laiman untuk memberitahu Laiman tentang kejadian tangki minyak terbakar itu.  Rumah Laiman. Contohnya, tempat Laiman dimarahi bapanya kerana tidak mahu bekerja makan gaji dengan kerajaan.  Kampung Bawang. Contohnya, tempat Laiman dan mail menziarahi arwah Pak Muluk dan adat berjaga masih diamalkan kampung itu.  Tanah paya. Contohnya, tempat projek ternakan ikan air tawar Laiman dijalankan.  Gerai Pitas. Contohnya, Pak Sahok berbual- bual dengan Laiman dan Milan tentang kejayaan projek ternakan ikan air tawar mereka berdua. Latar Masa  Waktu siang. Contohnya, sewaktu Laiman dan kawan-kawannya bekerja di syarikat minyak.  Waktu petang. Contonya, selepas waktu pejabat Laiman bersiar-siar di pekan Lotong.  Waktu malam. Contohnya, Laiman singgah di rumah Milan dan meluahkan perasaannya yang kecewa kepada Milan.  Enam bulan. Contohnya, Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak.  Dua tahun. Contohnya, Laiman diterima masuk ke matrikulasi sebelum ditawarkan ke universiti.  Lebih kurang tiga tahun. Contohnya, Laiman dan Soniah masih berhubung melalui surat yang dikirimkan oleh Soniah kepadanya.  Hari Ahad. Contohnya, Laiman membawa kuih yang telah dipajaknya daripada orang kampung lalu dibawa ke Gerai Pitas.  Tiga bulan. Contohnya, Laiman dan Milan telah menjalankan perniagaan kuih di Gerai Pitas
  • 14. Latar Masyarakat  Masyarakat yang bekerja kuat. Contohnya, Laiman dan Milan bekerja keras supaya segalan rancangan projek mereka tercapai.  Masyarakat yang berpelajaran tinggi. Contohnya, Laiman dan Soniah merupakan pelajar yang mengambil kursus dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.  Masyrakat yang hidup miskin dan sederhana. Contohnya, orang kampung Laiman yang tinggal di Kampung Kusilad hidup secara bersederhana.  Masyarakat yang bersifat cemburu. Contohnya, Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan Soniah sehingga dia sanggup mengkhianati Laiman.  Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Laiman dan Milan rajin menunaikan solat di surau.  Masyarakat yang boleh berubah. Contohnya, sikap anak-anak muda di kampung Laiman berubah daripada keadaan malas menjadi rajin untuk bekerja.  Masyarakat yang mengamalkan sifat kerjasama. Contohnya, pegawai pertanian yang berjumpa dengan Laiman dan Milan sentiasa bersedia untuk membantu mereka melaksanakan projek mereka.  Masyarakat yang bijak mengendalikan perniagaan. Contohnya, Laiman merupakan anak muda yang bijak menjalankan perniagaan sehingga berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampungnya.
  • 15. Gaya Bahasa dan Unsur Bahasa • Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuain dengan jalan cerita yang memaparkan kisah anak muda yang menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Contohnya, kata-kata tersebut seperti kebun tembikai, tanah paya, jabatan pertanian, lima belas hektar, lebah madu, ikan air tawar, udang harimau dan sebagainya. Ayat Sepanjang jalan cerita, pengarang berselang-seli menggunakan ayat-ayat pendek dan panjang. a) Ayat-ayat pendek. Contohnya,  Soniah berjalan agak cepat.  Tidak ada bezanya.  Laiman tersentak.  Milan memberikan kata putus.  Angguk b) Ayat-Ayat panjang. Contohnya,  Dia berpendapat kalau ramai yang berfikiran begitu negara akan beruntung kerana dapat melahirkan ramai tenaga mahir yang sesuai dengan dasar kerajaan.  Sukri dapa membaca sikap Laiman setelah hampir tiga bulan pemuda dari Sabah itu berada dalam pengawasannya.  Harapan Laiman setinggi gunung, semoga pengurus itu tidak akan mencemarkan namanya hanya kerana kejadian yang dia sendiri tidak tahu.  Namun begitu, usahanya untuk mencari pendekatan dalam bidang yang baharu seakan-akan terbantut oleh orang-orangnya sendiri yang tidak mahu menerima perubahan secara perlahan-lahan.  Subsidi untuk projek itu sudah pun diurus dan diatur oleh pegawai pertanian untuk sendiri tanpa bantuan dan campur tangan Laiman.
  • 16. Bahasa Arab Terdapat juga bahasa Arab yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,  “Tenangkan fikiran. Baca bismillah sebelim masuk,” kata Sukri sambil ketawa.  Kita sepatutnya berusaha dan bertawakal kepada ALLAH.  “Syukur, alhamdulillah,” kata Milan, lalu dia terus ke warungnya kerana tiada orang yang menjaganya. Metafora Unsur metafora merupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata, iaitu konkrit dan abstrak. Unsur metafora juga dapat dilihat dalam novel ini. Contohnya, Gunung penyesalannya datang tiba-tiba. Personafikasi Unsur personafikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepda benda atau perkara tertentu digunakan oleh pengarang sebagai rencah dalam novelnya. Contohnya,  Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega.  Matahari pun tidak lagi galak sinarnya.  Petang semakin tua  Daun-daun yang beraneka jenis itu terliuk-liuk mengikut rentak irama angin kering.  Anak matanya tepat menikam kebun tembikai yang seluas lima hektar yang diusahakannya sendiri sejak dua bulan yang lalu. Hiperbola Gaya bahasa hiperbola atau bahsa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebihan-lebihan daripada maksud yang sebenarnya terdapat dalam novel ini. Contohnya,  Penyesalannya terus saja meronta-ronta, menghempas pintu hatinya.
  • 17. Simile Simile ialah gaya bahsa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan perkataan bagai, bak , ibarat, laksana, macam, seperti, dan umpama. Contohnya,  ...minyak yang belum diproses tumpah bagaikan air hujan di tepi-tepi lonhkang.  ...muka yang merah padam seperti udang yang dibakar.  'Nasib manusia ini bagai menanam benih,' fikir Soniah.  Soniah sekarang dalam fikiran, Laiman seperti bunga yang sedang mengembang dan harumnya terbau ke mana-mana...  Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya. Sinkope Pengarang turut menggunakan sinkope atau singkatan sesuatu perkataan dalam novel ini, Comtohnya,  “Berita tak baik?Berita apa tu, Ri?”  “ Apa-apa saja yang kita buat memang akan ada risikonya.”  Dia berhenti sekolah dulu kerana membantu ayah untuk memberikan pelajaran yang cukup kepada kamu dan adik-adikmu yang lain.  “Tak tentu, mungkin esok atau mungkin lusa.” Peribahasa Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,  ... tidak semua orang boleh dipercayai kerana telunjuk lurus kelengkeng berkait.  Kata orang, selurus-lurus ekor anjing, ada juga bengkoknya.  Air mukanya berubah.  ... dia bukan manusia yang suka lempar batu sembunyi tangan.  Namun begitu, apakan daya kerana nasi sudah menjadi bubur.
  • 18. Repitisi Unsur repitisi atau perulangan tutut diutarakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,  “Nak marah kepada siapa” Marah kepada aku, sedangkan aku tak ada pada waktu itu? Susah dia nak marah?  Engkau kira apa yang aku buat sekarang ini tidak ke arah masa depan?Engkau kira kerja yang aku buat ini terlalu hina?”  Bukan sakit, bukan ditimpa kemalangan tapi kita yang sedang sakit sekarang. Kepala kita yang sakit.
  • 19. Nilai • Kasih sayang. Contohnya, nenek Laiman membelanjakan wang simpanannya dalam jumlah yang banyak untuk membiayai pengajian Laiman. Bpa Laiman juga mengasihi, Laiman, walupun dia bersikap kasar setelah mendapat tahu Laiman menolak tawaran kerja sebegini. • Ketabahan. Contohnya, Laiman berusaha bersungguh-sungguh dan dengan tabahnya bagi memastikan projeknya berjaya. • Tanggungjawab. Contohnya, Sukri menyelia pekerjaan laiman denga penuh tanggungjawab semasa Laiman menjadi pelatih di syarikat minyak. • Keprihatinan. Contohnya, Sukri memberikan perhatian kepada Laiman dan mahu memastikan bahawa laiman tidak teraniaya terhadap kes tangki minyak yang terbakar. • Kesabaran. Contohnya, Laiman tidak menampakkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak keluar daripada projek yang diusahakannya. Baginya, keputusan mereka berdua hendaklah dihormati tanpa rasa dendam. • Berwawasan. Contohnya, Laiman merupakan anak muda yang berwawasan tiggi dengan membuka peluang pekerjaan kepda golongan yang menganggur di kampung mereka. • Keinsafan. Bapa Laiman, iaitu Pak Kiassim insaf setelah memahami pendirian Laiman. Pak Sahok juga insaf lalu bersetuju tanah paya di sebelah tanahnya digunakan oleh Laiman untuk projek ternakan ikan air tawar. • Kerjasama. Contohnya, Milan bekerjasama denga laiman sehingga projek mereka berjaya. • Kesyukuran. Contohnya, Laiman bersyukur kerna Milan sentiasa menyokong segala usaha dan perancangannya. • Setia kawan. Contohnya, Milan sentiasa berusaha untuk mengekaklakan hubungan baiknya dengan Laiman.
  • 20. Pengajaran • Kita hendaklah berusah bersungguh-sungguh bagi mencapi kejayaan yang cemerlang. Contohnya, Laiman bekerja keras bagi memastikan segala rancangan projeknya berjaya. • Kita hendakalh betanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Laiman menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pengurus syarikat minyak dengan penuh tanggungjawab. • Kita hendaklah menerima keputusan orang lain dengan hati yang terbuka. Contohnya, keputusan Kedek dan Muali untuk keluar daripada kumpulan diterima dengan baik oleh Laiman. • Kita mestilah bersikap jujur dengan kawan-kawan sekerja. Contohnya, Laiman menunjukkan akaun simpanan projeknya kepada Milan, membuktikan bahawa Laiman jujur dalam hal kewangan. • Kita mestilah insaf setelah melakukan kesilapan. Contohnya, Pak Kiassim insaf setelah dia mengetahui bahawa anaknya, Laiman bercita-cita tinggi dan tahu melaksanakan kerja yang diimpi-impikannya. • Kita tidak sepatutnya bersikap khianat terhadap rakan. Contohnya, Muluk sanggup mengkhianati Laiman kerana Laiman mempunyai hubungan rapat dengan Soniah. • Kita disarankan supaya hormat kepada orang tua. Contohnya, Laiman menghormati Pak Sahok dan tidak menunjukkan siakp marah terhadap Pak Sahok walaupun Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman memulakan projek ikan air tawar berhampiran dengan tanahnya. • Kita hendaklah bekerjasama untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Laiman dan Milan bekerjasama melaksanakan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa projek lain. • kita disarankan supaya menjadi ahli keluarga yang prihatin. Contohnya, Mail sentiasa mengambil berat tentang segala projek yang diusahakan oleh Laiman. • Kita hendaklah bersyukur dengan kejayaan yang kita peroleh. Contohnya, Laiman bersyukur kerana projek ternakann projek ikan air tawarnya akan dijadikan projek contoh di daerah Kusilad.
  • 21. Kelebihan • Novel ini banyak menekankan rukun-rukun dan kehidupan seorang muslim yang boleh dicontohi. • Watak - watak di dalam novel ini mempunyai ciri- ciri yang sama seperti di dalam kehidupan sebenar di dalam situasi begitu. • Terdapat pelbagai pengajaran yang boleh dipelajari daripada novel ini yang dapat diterapkan di dalam kehidupan seharian.
  • 22. Kekurangan  Banyak menggunakan perkataan yang sama berulang kali.  Perlu membanyakkan lagi watak Soniah di dalam novel ini.  Permulaan cerita ini agak mengelirukan.  Pengarang menggambungkan terlalu banyak kejadian dalam satu kejadian.
  • 23. Cadangan • Kurangkan situasi di dalam satu kejadian. • Menambah bahagian watak Soniah . • Cuba menggunakan perkataan yang berbeza supaya tidak nampak perbendaharaan kata kita kurang.