SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
ULASAN RENCANA
Tajuk Rencana Kepimpinan Berkualiti - Satu Proses Pengaruh Dua Hala
Penulis Md. Hasidin bin Zaini
Jurnal
Jurnal Tanjung Puteri - Diterbitkan sempena Persidangan PPD/PPB
Malaysia Kali Ke-XIV, 1996, hlm. 55 - 63
Penerbit Jabatan Pendidikan Johor
Pengulas Azman Hj. Adnan
Sinopsis :
Rencana ini cuba memberi gambaran bagaimana konsep kepimpinan mempunyai
hubungkait yang erat di antara pemimpin dan subordinatnya serta elemen-elemen
kepimpinan untuk mewujudkan keberkesanan pengurusan organisasi.
Cabaran utama yang sedang dihadapi oleh sistem pendidikan ialah menyediakan suatu
perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti untuk melahirkan ‘output’ insan yang
berketerampilan dan kemahiran sesuai dengan kehendak negara. Ini memerlukan
penilaian semula terhadap pengurusan organisasi melalui anjakan-anjakan ekonomi
dan sosial dan melalui peningkatan profesionalisme pengurus-pengurus pendidikan.
Dua paradigma yang sering menjadi penghalang dan perlu diubah untuk
kecemerlangan pengurusan ini ialah konsep ‘kita adalah manusia biasa’ yang tidak
dapat lari dari sebarang kelemahan/kecacatan dan ‘sentiasa ada peluang kedua’ jika
melakukan kesilapan.
Oleh itu sebenarnya kualiti dalam pengurusan organisasi bergantung kepada
kepimpinan yang utuh dan mapan dan bagaimana kepimpinan dua dimensi ini dapat
dibangunkan. Ini akan memudahkan pengwujudan pengurusan pendidikan yang lebih
berkesan. Pemimpin dan pengikut seharusnya saling pengaruh mempengaruhi.
Pemimpin perlu memahami dan menghayati dua elemen yang saling berkuasa iaitu
kuasa atau pengaruh pemimpin dan pengaruh atau kuasa subordinat.
Penulis juga telah menyarankan beberapa ciri dan peranan pemimpin yang berkesan
dalam pengurusan organisasi pendidikan. Antaranya ialah konsep perwakilan
kuasa (delegation) dan keupayaan pemimpin untuk mengambil dan melaksanakan
keputusan-keputusan dalam organisasi.
Keberkesanan pengurusan organisasi pendidikan juga melibatkan elemen manusia dan
produk atau perkhidmatan yang dilihat secara sepadu dalam pengurusan. Pemimpin
juga perlu berfikir secara ‘lateral’, berfikir ke hadapan untuk menjelmakan
pengurusan ‘zero defect’, mewujudkan ‘Advance Alert System’ (AAS) sebagai satu
cara menangani masalah dalam pengurusan pendidikan, melaksanakan TQM untuk
peningkatan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan serta
mengimplimentasikan amalan kaizen dalam pengurusan untuk mewujudkan
penambahbaikan yang berterusan dalam perkhidmatan yang diberi.
Ulasan dan Komentar:
Pada bahagian awal penulisan rencana ini, penulis cuba memperkatakan tentang
cabaran sistem pendidikan kini iaitu untuk menyediakan perkhidmatan yang
cemerlang dan berkualiti sesuai dengan kehendak pembangunan negara. Beliau
mengaitkan kejayaan dalam kualiti perkhidmatan yang disediakan dengan pengurusan
organisasi dengan memetik pendapat pelopor TQM, Dr. Edward Deming iaitu
perkhidmatan yang berkualiti datangnya 80% daripada pengurusan dan 20% daripada
pekerja. Kualiti yang baik datangnya daripada pengurusan dan bukannya pekerja.
Saya akur dengan pendapat ini kerana pada dasarnya personel dan pemimpin dalam
instituti pendidikan khususnya di sekolah yang rata-ratanya memiliki kelayakan
akademik dan ikhtisas profesional bukanlah kakitangan yang semulajadinya buruk.
Apa yang paling penting ialah kepimpinan dan polisi dalam instituti pendidikan itu
sendiri. Sekiranya pemimpin organisasi sentiasa prihatin terhadap komponen dalam
mewujudkan kualiti iaitu budaya kerja, persekitaran, dasar dan matlamat yang jelas,
alat (tools), latihan dan sokongan sudah pastilah personel pelaksana tidak akan
melakukan sebarang kesilapan (mistakes). Untuk mewujudkan kualiti ini perlu pula
anjakan paradigma yang perlu dimulakan di peringkat pengurus pendidikan paling
atas. Di sekolah misalnya, pengetua adalah pengurus yang mesti memulakan anjakan
paradigma diikuti oleh staf di bawahnya.
Dua paradigma yang dikatakan menjadi penghalang kepada kecemerlangan dan
kualiti kerja ialah konsep`Kita Manusia Biasa’ iaitu kecacatan (defect) yang berlaku
adalah kerana kelemahan manusia dan yang kedua iaitu ‘There is always a next
time’ yang disifatkan oleh T. Domingo sebagai `anti kualiti dalam pengurusan’.
Kedua-dua halangan ini sebenarnya perlu dielakkan, apabila mahukan kualiti.
Rasionalnya sebagai pelanggan di sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat sudah
pasti tidak dapat menerima konsep yang pertama kerana mereka mahukan
perkhidmatan yang berkualiti (zero defect)manakala konsep yang kedua hanya akan
melemahkan organisasi dan membazirkan masa, tenaga alat serta kewangan. Dalam
menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan, pengurusan seharusnya telah membuat
keputusan-keputusan yang muktamad dengan mengambilkira kemungkinan-
kemungkinan melalui audit atau jangkaan luaran dan dalaman terhadap proses
masalah dan penyelesaiannya.
Penulis seterusnya melihat kepimpinan ini dalam konteks proses hubungan dua hala.
Kepimpinan yang utuh dan mapan merupakan asas kepada kualiti dan kecemerlangan
dalam organisasi, pendekatan yang dinamis dan berdaya maju. Oleh itu pemimpin
bukan sahaja mempengaruhi pengikutnya seperti pengertian yang sudah diterima
umum tetapi pengikut juga turut mempengaruhi pemimpin. Dengan erti kata yang lain
pemimpin dan pengikut saling mempengaruhi dan hakikat ini wajar difahami oleh
semua pemimpin dan pengurus pendidikan.
Kuasa pemimpin terhadap pengikut boleh dilihat melalui keupayaan pemimpin
memberikan ganjaran dan pengiktirafan, kuasa menghukum seperti mengkritik dan
mengambil tindakan tatatertib, kuasa sah atas kedudukannya atau jawatannya dalam
organisasi yang perlu dipatuhi, kepakaran dan kemahiran pemimpin berkenaan serta
perwatakan peribadi yang boleh mempengaruhi subodinat. Pengaruh
pengikut(subodinat) yang boleh mempengaruhi pemimpin pula boleh dilihat melalui
sifat, perwatakan subodinat dan faktor kekuatan kelompok subodinat. Sikap pemimpin
mungkin berbeza terhadap kelainan jantina, latar belakang pendidikan, umur dan lain-
lain. dan kekuatan kelompok sudah pasti mempengaruhi gaya seseorang pengurus
dalam memimpin.
Ini menunjukkan bahawa pemimpin dan pengurus tidak mungkin dapat melaksanakan
pengurusan organisasinya tanpa mengambilkira faktor-faktor dalaman organisasinya
termasuk subodinat. Dalam konteks pengurusan di sekolah kedua-dua elemen iaitu
pemimpin dan subodinat akan saling mempengaruhi dalam bentuk proses dua hala
untuk melahirkan pengurusan sekolah yang telus dan berkesan.
Selain itu faktor yang menentukan keberkesanan sekolah dalam konteks proses dua
hala ini ialah sejauhmana pemimpin mampu menggunakan kaedah perwakilan
kuasa (delegation) dalam pengurusannya. Pengurus yang ‘action-oriented’ gemar
melakukan sendiri semua tugas daripada menyelia dan mengawal yang menyebabkan
mereka terlibat dengan terlalu banyak aktiviti, lebih banyak tekanan, mengejar masa,
malah terlibat dengan tugas remeh temeh. Oleh itu sekiranya mereka ini mewakilkan
kuasanya sudah pasti akan mempunyai lebih banyak masa untuk memenuhi
tanggungjawab, membangunkan kemahiran diri, merancang, mengatur, mengarah,
mengawal dan membuat inovasi serta berpeluang mendekatkan diri dengan subodinat
dalam konteks hubungan interpersonel. Selain itu menerusi perwakilan kuasa ini
bukan sahaja memberi peluang kepada subodinat untuk mengembangkan potensinya
tetapi juga membolehkannya menerima tanggungjawab dalam semua persekitaran,
membangunkan diri dan menggalakkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah.
Dalam konteks sekolah, pengetua selalunya tidak mampu untuk melaksanakan semua
tugas. Oleh itu kebiasaannya pengetua akan memberikan
pengupayaan (empowerment) kepada personel-personel di bawah seliaannya seperti
Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang dan guru-guru lain.
Walaupun begitu saya berpendapat, proses pengupayaan ini tidak boleh dilakukan
secara tergesa-gesa kerana ia mungkin boleh menyebabkan dua implikasi iaitu mereka
yang diberikan pengupayaan akan bertindak berlebihan dengan cara
menyalahgunakan kuasa dan pengaruh baru yang diberikan atau mereka yang tidak
mampu berbuat apa-apa kerana sudah terbiasa dikawal dan diarahkan oleh pemimpin
paling atas.
Oleh kerana pengurusan pendidikan adalah antara bidang yang memberi tekanan yang
tinggi di kalangan pengurus-pengurusnya maka pelaksanaan perwakilan kuasa ini juga
perlu ada landasan yang kukuh. Justeru dalam melaksanakan urusan harian mereka,
para pengurus harus tahu dan memahami cara-cara mewakilkan kuasa (to
delegate) bagi mengurangkan stress dan melaksanakan pengurusan yang lebih efektif
dan cekap. Berikut dicadangkan beberapa perkara sebagai panduan mewakilkan kuasa
dalam pengurusan pendidikan. Pertama ialah wakilkan kuasa mana-mana tugas yang
dirasakan sesuai. Kedua, wakilkan kuasa kepada staf yang paling muda tetapi
berkemahiran dan berkedudukan dalam organisasi. Ketiga, pemimpin perlu
menurunkan otoriti selainkan daripada tanggungjawab untuk memudahkan mereka
membuat keputusan. Keempat, mencari calon yang paling sesuai dengan melatihnya
jika tiada calon yang layak. Kelima, mewakilkan kuasa mengikut fasa-fasa untuk
membolehkan kita membuat semakan dan pembetulan dari masa ke semasa. Keenam,
memfokuskan kepada hasil dan berikan mereka yang diwakilkan kuasa kebebasan.
Elakkan daripada menggunakan arahan `awak mesti’ atau `awak patut’. Ketujuh,
selalu memberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap tugas yang telah berjaya
dilaksanakan oleh mereka. Kelapan, pemimpin mesti tahu dan jelas tentang perkara-
perkara yang tidak boleh diwakilkuasakan.
Aspek mengambil dan melaksanakan keputusan turut disentuh oleh penulis dalam
konteks kepimpinan dua hala ini. Alasannya ialah, untuk mengambil dan
melaksanakan keputusan memerlukan disiplin diri, kemahiran persepsi, kreativiti,
dinamisme dan kemahiran yang wajar dalam menangani individu dan kumpulan.
Pengambilan keputusan yang berkesan bergantung kepada proses logik yang
menentukan bahawa fakta atau pendapat yang releven dapat dikumpulkan sebanyak
mungkin dan mengambilkira alternatif-alternatif serta kriteria yang diperlukan. Oleh
itu apa yang dipersoalkan oleh penulis ialah bila dan sejauhmanakah pemimpin harus
melibatkan para subodinat dalam menyelesaikan masalah tertentu?
Dalam hal ini saya bersetuju dengan beberapa saranan yang pernah dikemukakan oleh
Victor dan Yetton yang dipetik oleh Stoner A.F. dan Wankel C. (1991) dalam
bukunya Pengurusan (terjemahan) yang boleh digunakan oleh pemimpin-pemimpin
pendidikan dalam menentukan gaya membuat keputusan yang paling sesuai bagi
masalah yang mereka hadapi. Pertama ialah dari segi maklumat dan kemahiran untuk
menyelesaikan masalah itu sendiri. Sekiranya kita tidak mempunyai cukup maklumat,
maka penglibatakan subodinat diperlukan. Kedua, sejauhmana kita mampu
memperolehi maklumat dan apa maklumat yang kita perlukan. Jika sukar, kita perlu
libatkan subodinat. Keempat, adakah terdapat penolakan di kalangan sebilangan
kumpulan? Jika ada, maka penglibataan subodinat juga perlu kerana perbezaan
pandangan dapat dibincangkan secara terbuka untuk mendapatkan penyelesaian yang
konkrit. Sehubungan dengan itu, pemimpin yang berkesan akan melibatkan
penyertaan atau penglibatan sobodinatnya dalam membuat keputusan mengikut
kewajaran keadaan seperti yang disebutkan.
Dalam konteks kepemimpinan ini, penulis turut mengemukakan model kepimpinan
`Pola Pengurusan’ oleh Blake & Mouton yang melihat elemen manusia dan produk
sebagai mempunyai pertalian yang cukup rapat. Ini kerana jika seseorang pemimpin
memberikan perhatian yang tinggi terhadap produk mahupun manusia, ia dianggap
sebagai memimpin dengan pengurusan pasukan dan ini adalah gaya kepimpinan yang
terbaik.
Sehubungan dengan itu, dalam konteks pengurusan sekolah, hubungan interpersonel
dan kemanusiaan sebenarnya menjadi penentu kepada pembentukan iklim sekolah
yang berkesan dan kondusif yang akhirnya akan mewujudkan pengurusan yang
efektif. Justeru pemimpin yang berkesan seharusnya melihat elemen manusia dan
produk ini sebagai pengurusan yang bersepadu.
Malah kalau dilihat dari perspektif Islam, pengurusan mestilah bertitiktolak dari
pembinaan aspek-aspek manusia yang bukan hanya bertumpu kepada
kemahiran (skills) semata-mata tetapi mesti dapat merealisasikan fitrah manusia,
kejadiannya, fungsi dan tugasnya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Teras
pengurusannya mestilah berpaksikan kepada tauhid. Sementara itu hubungan
interpersonel dalam pengurusan ini mestilah berdasarkan kepada pembinaan
ukhuwwah yang mendalam untuk mencapai alfalah dan keredaan Allah. Untuk tujuan
itu segala perancangan, penyelesaian masalah dan keputusan mestilah dibuat
berdasarkan syura, keadilan, mengatasi alfasad dan menegakkan alfalah. Pengurusan
sebenar bukan sahaja menjadikan individu dan organisasi berkualiti tetapi pada masa
yang sama memberi faedah kepada masyarakat, manusia dan tamaduan ummah. Inilah
sebenarnya pola pengurusan yang perlu diterapkan dalam organisasi termasuk di
sekolah untuk mencapai misi, visi, aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan dasar-
dasar negara.
Saya juga sependapat dengan penulis yang turut mencadangkan beberapa aspek yang
perlu diberi penekanan untuk mewujudkan keberkesanan kepimpinan dan pengurusan
iaitu dengan pengurus-pengurus pendidikan sentiasa berfikir secara lateral, berfikir ke
hadapan, mewujudkan ‘Advance Alert System’ (AAS) dan mengamalkan kaizen.
Pengurus-pengurus pendidikan di sekolah pada masa sekarang memikul
tanggungjawab yang amat besar dalam arus pendidikan yang bersifat global dan tiada
sempadan ini. Justeru, pemimpin mesti berfikiran lateral iaitu dengan sentiasa berfikir
untuk mencari alternatif baru, sentiasa berfikir dari konsep lama kepada konsep baru,
menerbitkan idea-idea baru, sudut pandangan baru dan lari dari cengkaman lapuk.
Cara berfikir seperti ini selari dengan tuntutan pendidikan yang sentiasa dinamik.
Malah ianya juga selari dengan ‘berfikir ke hadapan’ seperti yang dicadangkan kerana
ianya akan turut menjelmakan pengurusan ‘zero defect’ . Dengan pemimpin-
pemimpin yang sentiasa proaktif dan mampu membuat jangkaan-jangkaan terhadap
sebarang kemungkinan akan berkeupayaan menyediakan pengurusan yang lebih
berstrategi dengan segala masalah atau kecacatan dapat dibendung lebih awal. Ini
sekaligus akan dapat membantu mengimplimentasikan TQM di sekolah-sekolah.
Dalam melaksanakan TQM, kepuasan pelanggan (pelajar, ibu bapa dan masyarakat)
diutamakan. Kualiti diukur melalui ketiadaan komplen daripada pelanggan. Oleh itu
cadangan Advance Allert System(AAS) adalah amat sesuai. Dengan adanya AAS
masalah-masalah berhubung pengurusan pendidikan dapat diatasi dan jangkaan serta
alternatif penyelesaian masalah dapat diatur lebih awal tanpa menunggu sehingga
berlakunya masalah. Mengikut pengalaman saya sendiri dalam membantu
menguruskan sekolah, kaedah seperti ini memang sudah dipraktikkan dan ia
sesungguhnya dapat membantu dalam keberkesanan dan kualiti pengurusan sekolah.
Keberkesanan dalam kepimpinan pengurusan akan lebih terbukti apabila pengurus
menerapkan amalan kaizen dalam organisasinya. Pengurus seharusnya dapat
mengekalkan keiltizamannya kepada kualiti dan penambahbaikan yang berterusan.
Prinsip dalam kaizen juga mudah kerana penambahbaikan yang dibuat melibatkan
teknologi yang rendah, secara kecil-kecilan, dan dilakukan secara perlahan-perlahan.
Malah amalan kaizen dalam pengurusan di sekolah dapat mewujudkan potensi yang
positif iaitu melalui amalan kerja berpasukan, menghargai semua individu dalam
sekolah, dan mewujudkan hubungan kerja yang harmoni serta cross-functional antara
pemimpin dan staff.
Secara keseluruhannya berdasarkan rencana penulis, saya melihat kepemimpinan
berkualiti bukan sahaja dapat dilihat berdasarakan proses hubungan dua hala seperti
yang dinyatakan dan dikupas sebelum ini tetapi juga melibatkan ciri-ciri, faktor-faktor
lain yang perlu ada dan diamalkan oleh pengurus-pengurus pendidikan. Di peringkat
sekolah umpamanya, peranan pengetua sebagai pemimpin berkualiti mestilah
menyerap dalam 5 aspek iaitu sebagai ahli falsafah pendidikan, sebagai model
pendidikan, menyokong pendidikan, rakan sependidikan (educational patner) dan
sentiasa memulakan perubahan pendidikan(educational innovator). Jika kelima-lima
aspek ini mampu dilaksanakan sudah barang tentu akan mewujudkan proses dua hala
antara pemimpin dan pengikut dalam pengurusan di sekolah. Keberkesanan ini juga
akan turut dipengaruhi oleh pengetahuan, sikap, komitmen, gaya kepimpinan dan
orientasi (reaktif atau proaktif) seseorang pengurus pendidikan tersebut.
Sergioranni T.J. (1984) dalam bukunya Leadership and Excellent Schoolingpula
pernah mengkonsepsikan kepimpinan berkualiti berdasarkan kuasa (forces) dan
kemudahan-kemudahan yang ada padanya bagi melaksanakan sesuatu perubahan.
Pemimpin berkualiti tegasnya mesti berkemampuan menjadi pemimpin teknikal yang
berfungsi sebagai jurutera dalam teknik pengurusan dan strategi manipulasi,
pemimpin manusia khsusnya dalam aspek hubungan manusia, individu dan
menggerakkan (motivate) staffnya, pemimpin pendidikan yang berperanan
sebagai `clinical practioner’ dengan menyumbang kepakaran dalam bidang
pendidikan, pemimpin simbolik yang berperanan sebagai pemberi isyarat tentang nilai
dan matlamat yang hendak dicapai, dan yang terakhir iaitu pemimpin budaya yang
berfungsi mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai dalam organisasi yang
dipimpinnya.
Kepimpinan yang berkualiti ini juga sebenarnya perlu ditambahsegarkan lagi melalui
program peningkatan profesionalisme yang perlu bagi setiap pengurus pendidikan
termasuk pengetua. Cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang
dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Dato Dr. Shukur Abdullah bahawa guru-
guru muda yang berpotensi dan berpeluang untuk dilantik sebagai Pengetua akan
dilatih atau wajib mengikuti dan lulus kursus khas berkaitan ilmu dan asas-asas
kepengetuaan amatlah wajar. Bagi saya sudah tiba masanya pengurus-pengurus
pendidikan termasuk pengetua di sekolah diwajibkan memiliki diploma berkaitan
kepimpinan dan kepengetuaan sebelum dilantik ke jawatan berkenaan bagi
memastikan mereka ini benar-benar mampu mengurus, memimpin dan menjadi
penerus agenda pendidikan yang semakin kompleks. Perlantikan pengurus pendidikan
termasuk pengetua seharusnya bukan sahaja berdasarkan faktor kekananan sahaja
tetapi juga meliputi prestasi kerja, tahap keilmuan dan kepimpinan yang benar-benar
cemerlang.
Dengan adanya ciri-ciri tersebut bukan sahaja dapat membuktikan kepemimpinan
seseorang pengurus pendidikan tetapi juga dapat membangunkan potensi subordinat
melalui proses yang lebih menyeluruh di samping mencerminkan kreativiti dalam
pengurusan organisasi berkenaan . Kepimpinan dan proses-prosesnya ini seharusnya
dilihat selaras dengan sifat organisasi pendidikan masa kini yang lebih terbuka dan
bersifat global sesuai dengan hasrat kerajaan Malaysia memartabatkan kualiti
pendidikan negara kita ke tahap dunia.
KEPIMPINAN BERKUALITI

More Related Content

What's hot

Microsoft word pengurusan kualiti menyeluruh hem
Microsoft word   pengurusan kualiti menyeluruh hemMicrosoft word   pengurusan kualiti menyeluruh hem
Microsoft word pengurusan kualiti menyeluruh hemroslinah_harun
 
Perspektif Manajemen Sumber Daya Manusia
Perspektif Manajemen Sumber Daya ManusiaPerspektif Manajemen Sumber Daya Manusia
Perspektif Manajemen Sumber Daya Manusianitalulu
 
Adm pendidikan ke 5 strategi dan pendekatan administrasi pendidikan
Adm pendidikan ke 5 strategi dan pendekatan administrasi pendidikanAdm pendidikan ke 5 strategi dan pendekatan administrasi pendidikan
Adm pendidikan ke 5 strategi dan pendekatan administrasi pendidikanujangjm
 
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIK
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIKMAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIK
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIKilhamfendriana
 
Kewirausahaan - Mengelola Sumber Daya Manusia (SDM)
Kewirausahaan - Mengelola Sumber Daya Manusia (SDM)Kewirausahaan - Mengelola Sumber Daya Manusia (SDM)
Kewirausahaan - Mengelola Sumber Daya Manusia (SDM)Margii Utamii
 
6, be & gg, fatinah ghiyats, hapzi ali, ethics and business ethical issue...
6, be & gg, fatinah ghiyats, hapzi ali, ethics and business ethical issue...6, be & gg, fatinah ghiyats, hapzi ali, ethics and business ethical issue...
6, be & gg, fatinah ghiyats, hapzi ali, ethics and business ethical issue...FatinahGhiyats1
 
Manager and management mitramatra
Manager and management mitramatraManager and management mitramatra
Manager and management mitramatraDANANG WID
 
6, be & gg, novita dewi purnama, hapzi ali, ethical issues in human resou...
6, be & gg, novita dewi purnama, hapzi ali, ethical issues in human resou...6, be & gg, novita dewi purnama, hapzi ali, ethical issues in human resou...
6, be & gg, novita dewi purnama, hapzi ali, ethical issues in human resou...Imam Arifin
 
Analisis Turnaround Komunikasi Bisnis PPT pdf
Analisis Turnaround Komunikasi Bisnis PPT pdfAnalisis Turnaround Komunikasi Bisnis PPT pdf
Analisis Turnaround Komunikasi Bisnis PPT pdfIra Chumairoh
 
Makalah Manajemen sumber daya manusia
Makalah Manajemen sumber daya manusiaMakalah Manajemen sumber daya manusia
Makalah Manajemen sumber daya manusiaRizki Ogawa
 
Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya Manusia
Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya ManusiaBab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya Manusia
Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya ManusiaHarniza Ulfa
 
Makalah msdm stratejik
Makalah msdm stratejikMakalah msdm stratejik
Makalah msdm stratejiklamrioktafiana
 
Adm pendidikan ke 3 fungsi administrasi pendidikan
Adm pendidikan ke 3 fungsi administrasi pendidikan Adm pendidikan ke 3 fungsi administrasi pendidikan
Adm pendidikan ke 3 fungsi administrasi pendidikan ujangjm
 
Makalah MSDM Strategis Kelompok 2.pdf
Makalah MSDM Strategis Kelompok 2.pdfMakalah MSDM Strategis Kelompok 2.pdf
Makalah MSDM Strategis Kelompok 2.pdfABDANAZAMSABILI
 
Bab II Perencanaan Sumber Daya Manusia
Bab II Perencanaan Sumber Daya ManusiaBab II Perencanaan Sumber Daya Manusia
Bab II Perencanaan Sumber Daya ManusiaHarniza Ulfa
 
merekrut dan mengelola sdm
merekrut dan mengelola sdmmerekrut dan mengelola sdm
merekrut dan mengelola sdmari wibawa
 
Pengembangan sdm berbasis kompetensi oleh dewi irawati
Pengembangan sdm berbasis kompetensi oleh dewi irawatiPengembangan sdm berbasis kompetensi oleh dewi irawati
Pengembangan sdm berbasis kompetensi oleh dewi irawatiHandik Hariyanto
 

What's hot (20)

Studi kasus msdm
Studi kasus msdmStudi kasus msdm
Studi kasus msdm
 
Microsoft word pengurusan kualiti menyeluruh hem
Microsoft word   pengurusan kualiti menyeluruh hemMicrosoft word   pengurusan kualiti menyeluruh hem
Microsoft word pengurusan kualiti menyeluruh hem
 
Perspektif Manajemen Sumber Daya Manusia
Perspektif Manajemen Sumber Daya ManusiaPerspektif Manajemen Sumber Daya Manusia
Perspektif Manajemen Sumber Daya Manusia
 
Adm pendidikan ke 5 strategi dan pendekatan administrasi pendidikan
Adm pendidikan ke 5 strategi dan pendekatan administrasi pendidikanAdm pendidikan ke 5 strategi dan pendekatan administrasi pendidikan
Adm pendidikan ke 5 strategi dan pendekatan administrasi pendidikan
 
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIK
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIKMAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIK
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIK
 
Kewirausahaan - Mengelola Sumber Daya Manusia (SDM)
Kewirausahaan - Mengelola Sumber Daya Manusia (SDM)Kewirausahaan - Mengelola Sumber Daya Manusia (SDM)
Kewirausahaan - Mengelola Sumber Daya Manusia (SDM)
 
Paper msdm
Paper msdmPaper msdm
Paper msdm
 
6, be & gg, fatinah ghiyats, hapzi ali, ethics and business ethical issue...
6, be & gg, fatinah ghiyats, hapzi ali, ethics and business ethical issue...6, be & gg, fatinah ghiyats, hapzi ali, ethics and business ethical issue...
6, be & gg, fatinah ghiyats, hapzi ali, ethics and business ethical issue...
 
Manager and management mitramatra
Manager and management mitramatraManager and management mitramatra
Manager and management mitramatra
 
6, be & gg, novita dewi purnama, hapzi ali, ethical issues in human resou...
6, be & gg, novita dewi purnama, hapzi ali, ethical issues in human resou...6, be & gg, novita dewi purnama, hapzi ali, ethical issues in human resou...
6, be & gg, novita dewi purnama, hapzi ali, ethical issues in human resou...
 
Analisis Turnaround Komunikasi Bisnis PPT pdf
Analisis Turnaround Komunikasi Bisnis PPT pdfAnalisis Turnaround Komunikasi Bisnis PPT pdf
Analisis Turnaround Komunikasi Bisnis PPT pdf
 
Makalah Manajemen sumber daya manusia
Makalah Manajemen sumber daya manusiaMakalah Manajemen sumber daya manusia
Makalah Manajemen sumber daya manusia
 
Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya Manusia
Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya ManusiaBab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya Manusia
Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya Manusia
 
Makalah msdm stratejik
Makalah msdm stratejikMakalah msdm stratejik
Makalah msdm stratejik
 
Adm pendidikan ke 3 fungsi administrasi pendidikan
Adm pendidikan ke 3 fungsi administrasi pendidikan Adm pendidikan ke 3 fungsi administrasi pendidikan
Adm pendidikan ke 3 fungsi administrasi pendidikan
 
Makalah MSDM Strategis Kelompok 2.pdf
Makalah MSDM Strategis Kelompok 2.pdfMakalah MSDM Strategis Kelompok 2.pdf
Makalah MSDM Strategis Kelompok 2.pdf
 
Bab II Perencanaan Sumber Daya Manusia
Bab II Perencanaan Sumber Daya ManusiaBab II Perencanaan Sumber Daya Manusia
Bab II Perencanaan Sumber Daya Manusia
 
merekrut dan mengelola sdm
merekrut dan mengelola sdmmerekrut dan mengelola sdm
merekrut dan mengelola sdm
 
Msdm pert 1
Msdm pert 1Msdm pert 1
Msdm pert 1
 
Pengembangan sdm berbasis kompetensi oleh dewi irawati
Pengembangan sdm berbasis kompetensi oleh dewi irawatiPengembangan sdm berbasis kompetensi oleh dewi irawati
Pengembangan sdm berbasis kompetensi oleh dewi irawati
 

Similar to KEPIMPINAN BERKUALITI

Manajemen profesional
Manajemen profesionalManajemen profesional
Manajemen profesionalmulyawann
 
Pengaruh gaya kepemimpinan sdm (acik novita ln (1961090)) kp2
Pengaruh gaya kepemimpinan sdm (acik novita ln (1961090)) kp2Pengaruh gaya kepemimpinan sdm (acik novita ln (1961090)) kp2
Pengaruh gaya kepemimpinan sdm (acik novita ln (1961090)) kp2Acik Novitaa
 
Ainaya f.a (1961063) mnj kp2 2019 tugas mnj sdm (pengaruh gaya kepemimpinan d...
Ainaya f.a (1961063) mnj kp2 2019 tugas mnj sdm (pengaruh gaya kepemimpinan d...Ainaya f.a (1961063) mnj kp2 2019 tugas mnj sdm (pengaruh gaya kepemimpinan d...
Ainaya f.a (1961063) mnj kp2 2019 tugas mnj sdm (pengaruh gaya kepemimpinan d...AinayaFatimah
 
Vargas dheva 1961068 pengaruh kepemimpinan
Vargas dheva 1961068 pengaruh kepemimpinanVargas dheva 1961068 pengaruh kepemimpinan
Vargas dheva 1961068 pengaruh kepemimpinanDhevaArifansyah
 
Tgs slideshare msdm pengaruh gaya kepemimpinan dgn kinerja karyawan 1
Tgs slideshare msdm pengaruh gaya kepemimpinan dgn kinerja karyawan 1Tgs slideshare msdm pengaruh gaya kepemimpinan dgn kinerja karyawan 1
Tgs slideshare msdm pengaruh gaya kepemimpinan dgn kinerja karyawan 1LailatulRodhiyah1
 
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm (1)
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm (1)Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm (1)
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm (1)SiskaPuspitaSari3
 
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdmSiska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdmPutriYunanda1
 
Tesis pasca khalid utk sempro revisi ke 3 3 3 9 9 9
Tesis pasca khalid utk sempro revisi ke   3 3 3 9 9 9Tesis pasca khalid utk sempro revisi ke   3 3 3 9 9 9
Tesis pasca khalid utk sempro revisi ke 3 3 3 9 9 9khalidharfaz
 
Andrew hidayat 77979-id-analisis-pengaruh-kepemimpinan-situasion
 Andrew hidayat   77979-id-analisis-pengaruh-kepemimpinan-situasion Andrew hidayat   77979-id-analisis-pengaruh-kepemimpinan-situasion
Andrew hidayat 77979-id-analisis-pengaruh-kepemimpinan-situasionAndrew Hidayat
 
Pengembangan sdm berbasis kompetensi dewi irawati
Pengembangan sdm berbasis kompetensi dewi irawatiPengembangan sdm berbasis kompetensi dewi irawati
Pengembangan sdm berbasis kompetensi dewi irawatiSuko Widodo
 
Manajer dan Pengelolaan Kinerja
Manajer dan Pengelolaan KinerjaManajer dan Pengelolaan Kinerja
Manajer dan Pengelolaan KinerjaMamang Lamsijan
 
Latihan Leadership
Latihan LeadershipLatihan Leadership
Latihan Leadershippjj_kemenkes
 
Pengurusan personel
Pengurusan personelPengurusan personel
Pengurusan personelmonyok
 
Sdm ppt rian mardiantoyo(1961287) edit
Sdm ppt rian mardiantoyo(1961287) editSdm ppt rian mardiantoyo(1961287) edit
Sdm ppt rian mardiantoyo(1961287) editRianMardiantoyo
 
Latihan Leadership
Latihan LeadershipLatihan Leadership
Latihan Leadershippjj_kemenkes
 
Fdokumen.com kepemimpinan dalam-organisasi-568c14f76bfe2
Fdokumen.com kepemimpinan dalam-organisasi-568c14f76bfe2Fdokumen.com kepemimpinan dalam-organisasi-568c14f76bfe2
Fdokumen.com kepemimpinan dalam-organisasi-568c14f76bfe2infosmkn5kotser
 

Similar to KEPIMPINAN BERKUALITI (20)

Manajemen profesional
Manajemen profesionalManajemen profesional
Manajemen profesional
 
Pengaruh gaya kepemimpinan sdm (acik novita ln (1961090)) kp2
Pengaruh gaya kepemimpinan sdm (acik novita ln (1961090)) kp2Pengaruh gaya kepemimpinan sdm (acik novita ln (1961090)) kp2
Pengaruh gaya kepemimpinan sdm (acik novita ln (1961090)) kp2
 
Ainaya f.a (1961063) mnj kp2 2019 tugas mnj sdm (pengaruh gaya kepemimpinan d...
Ainaya f.a (1961063) mnj kp2 2019 tugas mnj sdm (pengaruh gaya kepemimpinan d...Ainaya f.a (1961063) mnj kp2 2019 tugas mnj sdm (pengaruh gaya kepemimpinan d...
Ainaya f.a (1961063) mnj kp2 2019 tugas mnj sdm (pengaruh gaya kepemimpinan d...
 
Vargas dheva 1961068 pengaruh kepemimpinan
Vargas dheva 1961068 pengaruh kepemimpinanVargas dheva 1961068 pengaruh kepemimpinan
Vargas dheva 1961068 pengaruh kepemimpinan
 
Administrasi
AdministrasiAdministrasi
Administrasi
 
Tgs slideshare msdm pengaruh gaya kepemimpinan dgn kinerja karyawan 1
Tgs slideshare msdm pengaruh gaya kepemimpinan dgn kinerja karyawan 1Tgs slideshare msdm pengaruh gaya kepemimpinan dgn kinerja karyawan 1
Tgs slideshare msdm pengaruh gaya kepemimpinan dgn kinerja karyawan 1
 
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm (1)
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm (1)Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm (1)
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm (1)
 
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdmSiska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm
Siska puspita sari(1961025) ppt mnj sdm
 
Tesis pasca khalid utk sempro revisi ke 3 3 3 9 9 9
Tesis pasca khalid utk sempro revisi ke   3 3 3 9 9 9Tesis pasca khalid utk sempro revisi ke   3 3 3 9 9 9
Tesis pasca khalid utk sempro revisi ke 3 3 3 9 9 9
 
Andrew hidayat 77979-id-analisis-pengaruh-kepemimpinan-situasion
 Andrew hidayat   77979-id-analisis-pengaruh-kepemimpinan-situasion Andrew hidayat   77979-id-analisis-pengaruh-kepemimpinan-situasion
Andrew hidayat 77979-id-analisis-pengaruh-kepemimpinan-situasion
 
Pengembangan sdm berbasis kompetensi dewi irawati
Pengembangan sdm berbasis kompetensi dewi irawatiPengembangan sdm berbasis kompetensi dewi irawati
Pengembangan sdm berbasis kompetensi dewi irawati
 
Resume pengantar manajemen
Resume pengantar manajemenResume pengantar manajemen
Resume pengantar manajemen
 
Manajer dan Pengelolaan Kinerja
Manajer dan Pengelolaan KinerjaManajer dan Pengelolaan Kinerja
Manajer dan Pengelolaan Kinerja
 
Latihan Leadership
Latihan LeadershipLatihan Leadership
Latihan Leadership
 
Pengurusan personel
Pengurusan personelPengurusan personel
Pengurusan personel
 
Sdm ppt rian mardiantoyo(1961287) edit
Sdm ppt rian mardiantoyo(1961287) editSdm ppt rian mardiantoyo(1961287) edit
Sdm ppt rian mardiantoyo(1961287) edit
 
Teori kepemimpinan
Teori kepemimpinanTeori kepemimpinan
Teori kepemimpinan
 
Latihan Leadership
Latihan LeadershipLatihan Leadership
Latihan Leadership
 
kepemimpinan
 kepemimpinan kepemimpinan
kepemimpinan
 
Fdokumen.com kepemimpinan dalam-organisasi-568c14f76bfe2
Fdokumen.com kepemimpinan dalam-organisasi-568c14f76bfe2Fdokumen.com kepemimpinan dalam-organisasi-568c14f76bfe2
Fdokumen.com kepemimpinan dalam-organisasi-568c14f76bfe2
 

Recently uploaded

04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 

Recently uploaded (20)

04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 

KEPIMPINAN BERKUALITI

  • 1. ULASAN RENCANA Tajuk Rencana Kepimpinan Berkualiti - Satu Proses Pengaruh Dua Hala Penulis Md. Hasidin bin Zaini Jurnal Jurnal Tanjung Puteri - Diterbitkan sempena Persidangan PPD/PPB Malaysia Kali Ke-XIV, 1996, hlm. 55 - 63 Penerbit Jabatan Pendidikan Johor Pengulas Azman Hj. Adnan Sinopsis : Rencana ini cuba memberi gambaran bagaimana konsep kepimpinan mempunyai hubungkait yang erat di antara pemimpin dan subordinatnya serta elemen-elemen kepimpinan untuk mewujudkan keberkesanan pengurusan organisasi. Cabaran utama yang sedang dihadapi oleh sistem pendidikan ialah menyediakan suatu perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti untuk melahirkan ‘output’ insan yang berketerampilan dan kemahiran sesuai dengan kehendak negara. Ini memerlukan penilaian semula terhadap pengurusan organisasi melalui anjakan-anjakan ekonomi dan sosial dan melalui peningkatan profesionalisme pengurus-pengurus pendidikan. Dua paradigma yang sering menjadi penghalang dan perlu diubah untuk kecemerlangan pengurusan ini ialah konsep ‘kita adalah manusia biasa’ yang tidak dapat lari dari sebarang kelemahan/kecacatan dan ‘sentiasa ada peluang kedua’ jika melakukan kesilapan. Oleh itu sebenarnya kualiti dalam pengurusan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang utuh dan mapan dan bagaimana kepimpinan dua dimensi ini dapat dibangunkan. Ini akan memudahkan pengwujudan pengurusan pendidikan yang lebih berkesan. Pemimpin dan pengikut seharusnya saling pengaruh mempengaruhi. Pemimpin perlu memahami dan menghayati dua elemen yang saling berkuasa iaitu kuasa atau pengaruh pemimpin dan pengaruh atau kuasa subordinat. Penulis juga telah menyarankan beberapa ciri dan peranan pemimpin yang berkesan dalam pengurusan organisasi pendidikan. Antaranya ialah konsep perwakilan kuasa (delegation) dan keupayaan pemimpin untuk mengambil dan melaksanakan keputusan-keputusan dalam organisasi. Keberkesanan pengurusan organisasi pendidikan juga melibatkan elemen manusia dan produk atau perkhidmatan yang dilihat secara sepadu dalam pengurusan. Pemimpin
  • 2. juga perlu berfikir secara ‘lateral’, berfikir ke hadapan untuk menjelmakan pengurusan ‘zero defect’, mewujudkan ‘Advance Alert System’ (AAS) sebagai satu cara menangani masalah dalam pengurusan pendidikan, melaksanakan TQM untuk peningkatan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan serta mengimplimentasikan amalan kaizen dalam pengurusan untuk mewujudkan penambahbaikan yang berterusan dalam perkhidmatan yang diberi. Ulasan dan Komentar: Pada bahagian awal penulisan rencana ini, penulis cuba memperkatakan tentang cabaran sistem pendidikan kini iaitu untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sesuai dengan kehendak pembangunan negara. Beliau mengaitkan kejayaan dalam kualiti perkhidmatan yang disediakan dengan pengurusan organisasi dengan memetik pendapat pelopor TQM, Dr. Edward Deming iaitu perkhidmatan yang berkualiti datangnya 80% daripada pengurusan dan 20% daripada pekerja. Kualiti yang baik datangnya daripada pengurusan dan bukannya pekerja. Saya akur dengan pendapat ini kerana pada dasarnya personel dan pemimpin dalam instituti pendidikan khususnya di sekolah yang rata-ratanya memiliki kelayakan akademik dan ikhtisas profesional bukanlah kakitangan yang semulajadinya buruk. Apa yang paling penting ialah kepimpinan dan polisi dalam instituti pendidikan itu sendiri. Sekiranya pemimpin organisasi sentiasa prihatin terhadap komponen dalam mewujudkan kualiti iaitu budaya kerja, persekitaran, dasar dan matlamat yang jelas, alat (tools), latihan dan sokongan sudah pastilah personel pelaksana tidak akan melakukan sebarang kesilapan (mistakes). Untuk mewujudkan kualiti ini perlu pula anjakan paradigma yang perlu dimulakan di peringkat pengurus pendidikan paling atas. Di sekolah misalnya, pengetua adalah pengurus yang mesti memulakan anjakan paradigma diikuti oleh staf di bawahnya. Dua paradigma yang dikatakan menjadi penghalang kepada kecemerlangan dan kualiti kerja ialah konsep`Kita Manusia Biasa’ iaitu kecacatan (defect) yang berlaku adalah kerana kelemahan manusia dan yang kedua iaitu ‘There is always a next time’ yang disifatkan oleh T. Domingo sebagai `anti kualiti dalam pengurusan’. Kedua-dua halangan ini sebenarnya perlu dielakkan, apabila mahukan kualiti. Rasionalnya sebagai pelanggan di sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat sudah pasti tidak dapat menerima konsep yang pertama kerana mereka mahukan perkhidmatan yang berkualiti (zero defect)manakala konsep yang kedua hanya akan melemahkan organisasi dan membazirkan masa, tenaga alat serta kewangan. Dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan, pengurusan seharusnya telah membuat keputusan-keputusan yang muktamad dengan mengambilkira kemungkinan- kemungkinan melalui audit atau jangkaan luaran dan dalaman terhadap proses masalah dan penyelesaiannya.
  • 3. Penulis seterusnya melihat kepimpinan ini dalam konteks proses hubungan dua hala. Kepimpinan yang utuh dan mapan merupakan asas kepada kualiti dan kecemerlangan dalam organisasi, pendekatan yang dinamis dan berdaya maju. Oleh itu pemimpin bukan sahaja mempengaruhi pengikutnya seperti pengertian yang sudah diterima umum tetapi pengikut juga turut mempengaruhi pemimpin. Dengan erti kata yang lain pemimpin dan pengikut saling mempengaruhi dan hakikat ini wajar difahami oleh semua pemimpin dan pengurus pendidikan. Kuasa pemimpin terhadap pengikut boleh dilihat melalui keupayaan pemimpin memberikan ganjaran dan pengiktirafan, kuasa menghukum seperti mengkritik dan mengambil tindakan tatatertib, kuasa sah atas kedudukannya atau jawatannya dalam organisasi yang perlu dipatuhi, kepakaran dan kemahiran pemimpin berkenaan serta perwatakan peribadi yang boleh mempengaruhi subodinat. Pengaruh pengikut(subodinat) yang boleh mempengaruhi pemimpin pula boleh dilihat melalui sifat, perwatakan subodinat dan faktor kekuatan kelompok subodinat. Sikap pemimpin mungkin berbeza terhadap kelainan jantina, latar belakang pendidikan, umur dan lain- lain. dan kekuatan kelompok sudah pasti mempengaruhi gaya seseorang pengurus dalam memimpin. Ini menunjukkan bahawa pemimpin dan pengurus tidak mungkin dapat melaksanakan pengurusan organisasinya tanpa mengambilkira faktor-faktor dalaman organisasinya termasuk subodinat. Dalam konteks pengurusan di sekolah kedua-dua elemen iaitu pemimpin dan subodinat akan saling mempengaruhi dalam bentuk proses dua hala untuk melahirkan pengurusan sekolah yang telus dan berkesan. Selain itu faktor yang menentukan keberkesanan sekolah dalam konteks proses dua hala ini ialah sejauhmana pemimpin mampu menggunakan kaedah perwakilan kuasa (delegation) dalam pengurusannya. Pengurus yang ‘action-oriented’ gemar melakukan sendiri semua tugas daripada menyelia dan mengawal yang menyebabkan mereka terlibat dengan terlalu banyak aktiviti, lebih banyak tekanan, mengejar masa, malah terlibat dengan tugas remeh temeh. Oleh itu sekiranya mereka ini mewakilkan kuasanya sudah pasti akan mempunyai lebih banyak masa untuk memenuhi tanggungjawab, membangunkan kemahiran diri, merancang, mengatur, mengarah, mengawal dan membuat inovasi serta berpeluang mendekatkan diri dengan subodinat dalam konteks hubungan interpersonel. Selain itu menerusi perwakilan kuasa ini bukan sahaja memberi peluang kepada subodinat untuk mengembangkan potensinya tetapi juga membolehkannya menerima tanggungjawab dalam semua persekitaran, membangunkan diri dan menggalakkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah. Dalam konteks sekolah, pengetua selalunya tidak mampu untuk melaksanakan semua tugas. Oleh itu kebiasaannya pengetua akan memberikan pengupayaan (empowerment) kepada personel-personel di bawah seliaannya seperti
  • 4. Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang dan guru-guru lain. Walaupun begitu saya berpendapat, proses pengupayaan ini tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana ia mungkin boleh menyebabkan dua implikasi iaitu mereka yang diberikan pengupayaan akan bertindak berlebihan dengan cara menyalahgunakan kuasa dan pengaruh baru yang diberikan atau mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana sudah terbiasa dikawal dan diarahkan oleh pemimpin paling atas. Oleh kerana pengurusan pendidikan adalah antara bidang yang memberi tekanan yang tinggi di kalangan pengurus-pengurusnya maka pelaksanaan perwakilan kuasa ini juga perlu ada landasan yang kukuh. Justeru dalam melaksanakan urusan harian mereka, para pengurus harus tahu dan memahami cara-cara mewakilkan kuasa (to delegate) bagi mengurangkan stress dan melaksanakan pengurusan yang lebih efektif dan cekap. Berikut dicadangkan beberapa perkara sebagai panduan mewakilkan kuasa dalam pengurusan pendidikan. Pertama ialah wakilkan kuasa mana-mana tugas yang dirasakan sesuai. Kedua, wakilkan kuasa kepada staf yang paling muda tetapi berkemahiran dan berkedudukan dalam organisasi. Ketiga, pemimpin perlu menurunkan otoriti selainkan daripada tanggungjawab untuk memudahkan mereka membuat keputusan. Keempat, mencari calon yang paling sesuai dengan melatihnya jika tiada calon yang layak. Kelima, mewakilkan kuasa mengikut fasa-fasa untuk membolehkan kita membuat semakan dan pembetulan dari masa ke semasa. Keenam, memfokuskan kepada hasil dan berikan mereka yang diwakilkan kuasa kebebasan. Elakkan daripada menggunakan arahan `awak mesti’ atau `awak patut’. Ketujuh, selalu memberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap tugas yang telah berjaya dilaksanakan oleh mereka. Kelapan, pemimpin mesti tahu dan jelas tentang perkara- perkara yang tidak boleh diwakilkuasakan. Aspek mengambil dan melaksanakan keputusan turut disentuh oleh penulis dalam konteks kepimpinan dua hala ini. Alasannya ialah, untuk mengambil dan melaksanakan keputusan memerlukan disiplin diri, kemahiran persepsi, kreativiti, dinamisme dan kemahiran yang wajar dalam menangani individu dan kumpulan. Pengambilan keputusan yang berkesan bergantung kepada proses logik yang menentukan bahawa fakta atau pendapat yang releven dapat dikumpulkan sebanyak mungkin dan mengambilkira alternatif-alternatif serta kriteria yang diperlukan. Oleh itu apa yang dipersoalkan oleh penulis ialah bila dan sejauhmanakah pemimpin harus melibatkan para subodinat dalam menyelesaikan masalah tertentu? Dalam hal ini saya bersetuju dengan beberapa saranan yang pernah dikemukakan oleh Victor dan Yetton yang dipetik oleh Stoner A.F. dan Wankel C. (1991) dalam bukunya Pengurusan (terjemahan) yang boleh digunakan oleh pemimpin-pemimpin pendidikan dalam menentukan gaya membuat keputusan yang paling sesuai bagi
  • 5. masalah yang mereka hadapi. Pertama ialah dari segi maklumat dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah itu sendiri. Sekiranya kita tidak mempunyai cukup maklumat, maka penglibatakan subodinat diperlukan. Kedua, sejauhmana kita mampu memperolehi maklumat dan apa maklumat yang kita perlukan. Jika sukar, kita perlu libatkan subodinat. Keempat, adakah terdapat penolakan di kalangan sebilangan kumpulan? Jika ada, maka penglibataan subodinat juga perlu kerana perbezaan pandangan dapat dibincangkan secara terbuka untuk mendapatkan penyelesaian yang konkrit. Sehubungan dengan itu, pemimpin yang berkesan akan melibatkan penyertaan atau penglibatan sobodinatnya dalam membuat keputusan mengikut kewajaran keadaan seperti yang disebutkan. Dalam konteks kepemimpinan ini, penulis turut mengemukakan model kepimpinan `Pola Pengurusan’ oleh Blake & Mouton yang melihat elemen manusia dan produk sebagai mempunyai pertalian yang cukup rapat. Ini kerana jika seseorang pemimpin memberikan perhatian yang tinggi terhadap produk mahupun manusia, ia dianggap sebagai memimpin dengan pengurusan pasukan dan ini adalah gaya kepimpinan yang terbaik. Sehubungan dengan itu, dalam konteks pengurusan sekolah, hubungan interpersonel dan kemanusiaan sebenarnya menjadi penentu kepada pembentukan iklim sekolah yang berkesan dan kondusif yang akhirnya akan mewujudkan pengurusan yang efektif. Justeru pemimpin yang berkesan seharusnya melihat elemen manusia dan produk ini sebagai pengurusan yang bersepadu. Malah kalau dilihat dari perspektif Islam, pengurusan mestilah bertitiktolak dari pembinaan aspek-aspek manusia yang bukan hanya bertumpu kepada kemahiran (skills) semata-mata tetapi mesti dapat merealisasikan fitrah manusia, kejadiannya, fungsi dan tugasnya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Teras pengurusannya mestilah berpaksikan kepada tauhid. Sementara itu hubungan interpersonel dalam pengurusan ini mestilah berdasarkan kepada pembinaan ukhuwwah yang mendalam untuk mencapai alfalah dan keredaan Allah. Untuk tujuan itu segala perancangan, penyelesaian masalah dan keputusan mestilah dibuat berdasarkan syura, keadilan, mengatasi alfasad dan menegakkan alfalah. Pengurusan sebenar bukan sahaja menjadikan individu dan organisasi berkualiti tetapi pada masa yang sama memberi faedah kepada masyarakat, manusia dan tamaduan ummah. Inilah sebenarnya pola pengurusan yang perlu diterapkan dalam organisasi termasuk di sekolah untuk mencapai misi, visi, aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan dasar- dasar negara. Saya juga sependapat dengan penulis yang turut mencadangkan beberapa aspek yang perlu diberi penekanan untuk mewujudkan keberkesanan kepimpinan dan pengurusan
  • 6. iaitu dengan pengurus-pengurus pendidikan sentiasa berfikir secara lateral, berfikir ke hadapan, mewujudkan ‘Advance Alert System’ (AAS) dan mengamalkan kaizen. Pengurus-pengurus pendidikan di sekolah pada masa sekarang memikul tanggungjawab yang amat besar dalam arus pendidikan yang bersifat global dan tiada sempadan ini. Justeru, pemimpin mesti berfikiran lateral iaitu dengan sentiasa berfikir untuk mencari alternatif baru, sentiasa berfikir dari konsep lama kepada konsep baru, menerbitkan idea-idea baru, sudut pandangan baru dan lari dari cengkaman lapuk. Cara berfikir seperti ini selari dengan tuntutan pendidikan yang sentiasa dinamik. Malah ianya juga selari dengan ‘berfikir ke hadapan’ seperti yang dicadangkan kerana ianya akan turut menjelmakan pengurusan ‘zero defect’ . Dengan pemimpin- pemimpin yang sentiasa proaktif dan mampu membuat jangkaan-jangkaan terhadap sebarang kemungkinan akan berkeupayaan menyediakan pengurusan yang lebih berstrategi dengan segala masalah atau kecacatan dapat dibendung lebih awal. Ini sekaligus akan dapat membantu mengimplimentasikan TQM di sekolah-sekolah. Dalam melaksanakan TQM, kepuasan pelanggan (pelajar, ibu bapa dan masyarakat) diutamakan. Kualiti diukur melalui ketiadaan komplen daripada pelanggan. Oleh itu cadangan Advance Allert System(AAS) adalah amat sesuai. Dengan adanya AAS masalah-masalah berhubung pengurusan pendidikan dapat diatasi dan jangkaan serta alternatif penyelesaian masalah dapat diatur lebih awal tanpa menunggu sehingga berlakunya masalah. Mengikut pengalaman saya sendiri dalam membantu menguruskan sekolah, kaedah seperti ini memang sudah dipraktikkan dan ia sesungguhnya dapat membantu dalam keberkesanan dan kualiti pengurusan sekolah. Keberkesanan dalam kepimpinan pengurusan akan lebih terbukti apabila pengurus menerapkan amalan kaizen dalam organisasinya. Pengurus seharusnya dapat mengekalkan keiltizamannya kepada kualiti dan penambahbaikan yang berterusan. Prinsip dalam kaizen juga mudah kerana penambahbaikan yang dibuat melibatkan teknologi yang rendah, secara kecil-kecilan, dan dilakukan secara perlahan-perlahan. Malah amalan kaizen dalam pengurusan di sekolah dapat mewujudkan potensi yang positif iaitu melalui amalan kerja berpasukan, menghargai semua individu dalam sekolah, dan mewujudkan hubungan kerja yang harmoni serta cross-functional antara pemimpin dan staff. Secara keseluruhannya berdasarkan rencana penulis, saya melihat kepemimpinan berkualiti bukan sahaja dapat dilihat berdasarakan proses hubungan dua hala seperti yang dinyatakan dan dikupas sebelum ini tetapi juga melibatkan ciri-ciri, faktor-faktor lain yang perlu ada dan diamalkan oleh pengurus-pengurus pendidikan. Di peringkat sekolah umpamanya, peranan pengetua sebagai pemimpin berkualiti mestilah menyerap dalam 5 aspek iaitu sebagai ahli falsafah pendidikan, sebagai model pendidikan, menyokong pendidikan, rakan sependidikan (educational patner) dan
  • 7. sentiasa memulakan perubahan pendidikan(educational innovator). Jika kelima-lima aspek ini mampu dilaksanakan sudah barang tentu akan mewujudkan proses dua hala antara pemimpin dan pengikut dalam pengurusan di sekolah. Keberkesanan ini juga akan turut dipengaruhi oleh pengetahuan, sikap, komitmen, gaya kepimpinan dan orientasi (reaktif atau proaktif) seseorang pengurus pendidikan tersebut. Sergioranni T.J. (1984) dalam bukunya Leadership and Excellent Schoolingpula pernah mengkonsepsikan kepimpinan berkualiti berdasarkan kuasa (forces) dan kemudahan-kemudahan yang ada padanya bagi melaksanakan sesuatu perubahan. Pemimpin berkualiti tegasnya mesti berkemampuan menjadi pemimpin teknikal yang berfungsi sebagai jurutera dalam teknik pengurusan dan strategi manipulasi, pemimpin manusia khsusnya dalam aspek hubungan manusia, individu dan menggerakkan (motivate) staffnya, pemimpin pendidikan yang berperanan sebagai `clinical practioner’ dengan menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan, pemimpin simbolik yang berperanan sebagai pemberi isyarat tentang nilai dan matlamat yang hendak dicapai, dan yang terakhir iaitu pemimpin budaya yang berfungsi mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai dalam organisasi yang dipimpinnya. Kepimpinan yang berkualiti ini juga sebenarnya perlu ditambahsegarkan lagi melalui program peningkatan profesionalisme yang perlu bagi setiap pengurus pendidikan termasuk pengetua. Cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Dato Dr. Shukur Abdullah bahawa guru- guru muda yang berpotensi dan berpeluang untuk dilantik sebagai Pengetua akan dilatih atau wajib mengikuti dan lulus kursus khas berkaitan ilmu dan asas-asas kepengetuaan amatlah wajar. Bagi saya sudah tiba masanya pengurus-pengurus pendidikan termasuk pengetua di sekolah diwajibkan memiliki diploma berkaitan kepimpinan dan kepengetuaan sebelum dilantik ke jawatan berkenaan bagi memastikan mereka ini benar-benar mampu mengurus, memimpin dan menjadi penerus agenda pendidikan yang semakin kompleks. Perlantikan pengurus pendidikan termasuk pengetua seharusnya bukan sahaja berdasarkan faktor kekananan sahaja tetapi juga meliputi prestasi kerja, tahap keilmuan dan kepimpinan yang benar-benar cemerlang. Dengan adanya ciri-ciri tersebut bukan sahaja dapat membuktikan kepemimpinan seseorang pengurus pendidikan tetapi juga dapat membangunkan potensi subordinat melalui proses yang lebih menyeluruh di samping mencerminkan kreativiti dalam pengurusan organisasi berkenaan . Kepimpinan dan proses-prosesnya ini seharusnya dilihat selaras dengan sifat organisasi pendidikan masa kini yang lebih terbuka dan bersifat global sesuai dengan hasrat kerajaan Malaysia memartabatkan kualiti pendidikan negara kita ke tahap dunia.