SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
SABAN hari sejak kebelakangan ini, iklan Kementerian Kesihatan tersiar dalam hampir
semua media utama mengenai kempen mengurangkan pengambilan gula untuk menjaga
kesihatan. Sekali imbas iklan bertema Cegah Sebelum Terlambat: Amalkan Gaya Hidup
Sihat dan Less Sugar Better Health itu memakan belanja besar kerana kekerapan penyiaran
dalam media swasta menggunakan dana awam.

Namun demikian, pada hemat saya, iklan sedemikian diperlukan dan relevan kerana rakyat
Malaysia semakin terdedah kepada gaya hidup tidak sihat, khususnya pengambilan gula
secara berlebihan. Tidak ramai mengetahui gula jika diambil secara berlebihan adalah racun
sangat berbisa!

Pengambilan gula berlebihan juga adalah penyebab pelbagai penyakit kronik. Ketika ini
bukan suatu rahsia lagi bahawa lebih 20 peratus rakyat Malaysia dikategorikan sebagai
gemuk. Hampir 15 peratus menghidap kencing manis. Selain itu semua petunjuk mengenai
kesihatan semakin membimbangkan seperti tahap kegemukan, serangan jantung, strok,
barah, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit kronik lain. Laporan terkini
menunjukkan 38,000 kes baru serangan jantung di Malaysia setiap tahun. Ini berkait
langsung dengan sebab kematian, iaitu lebih 16 peratus akibat serangan jantung.

Menurut Dr Zainah Moktar menerusi buku, Awet Muda: Tujuh Rahsia Kesihatan Holistik
(UTM Press, 2011) ada dua sebab utama sehingga berleluasa masalah kesihatan di
Malaysia. Pertama, pemakanan yang tidak selari dengan gaya hidup sihat. Hal ini
dipersulitkan lagi dengan pengambilan makanan secara berlebihan atau tidak seimbang.

Kedua, corak pembangunan ketika ini menyebabkan kita kurang melakukan aktiviti lasak
ketika bekerja. Pekerjaan sedemikian diambil alih pekerja warga asing. Selain itu, kita juga
kurang bersukan. Malah, ramai tidak menyediakan ruang masa dalam seminggu untuk
bersenam sekurang-kurangnya untuk mengeluarkan peluh.

Kenyataannya, dalam kesibukan harian, kita masih punya kesempatan meluangkan masa
berjam-jam di hadapan televisyen atau window shopping.

Justeru, iklan Kementerian Kesihatan itu memang relevan, sah dan kena pada masanya.
Selain bersifat pencegahan, sekali gus mengurangkan kos perubatan, langkah tersebut juga
selari dengan keperluan mempersiapkan rakyat Malaysia supaya berperwatakan cergas,
minda mantap serta lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

Kita sedia maklum selain mempunyai sistem pemerintahan, urus tadbir dan kewangan
cekap dan telus, sesebuah negara maju juga ditunjangi penduduk yang sihat dan
berpendidikan tinggi.

Dengan kesihatan yang baik, mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan besar dan
mencabar untuk memajukan institusi serta negara. Dengan tubuh badan sihat juga kita
dapat mengawal tekanan (stres) dengan lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja.

Penjagaan kesihatan juga adalah tuntutan agama. Itulah sebabnya, selain makanan halal
dan tidak berlebihan, kita dianjurkan berdoa seperti amalan harian Rasulullah SAW setiap
pagi dan petang:     Ya   Allah   sihatkan   badanku,   sihatkan   pendengaranku,   sihatkan
penglihatanku.

Namun persoalannya, kenapa sebahagian besar warga Malaysia masih mengamalkan gaya
hidup dan pemakanan tidak sihat? Apakah iklan, pengamal perubatan dan statistik
menakutkan itu masih belum mencukupi?

Inilah persoalan besar yang masih belum terungkai dalam konteks pembangunan minda
lestari dan gaya hidup sihat di Malaysia. Biasanya kebanyakan warga Malaysia hanya
mengawal makanan atau melakukan senaman secara berterusan selepas menghidap
penyakit. Kita juga beranggapan mereka yang tidak lagi boleh menjamu selera adalah
kalangan yang telah habis nikmat dunia!

Dalam hal ini, kita perlu lebih prihatin dan proaktif. Tidak cukup sekadar kempen dan iklan
Kementerian Kesihatan saja. Semua pihak, termasuk majikan, pertubuhan sukarela dan
institusi pendidikan perlu berganding bahu memainkan peranan menyemarakkan minda
lestari dan gaya hidup sihat.

Singapura misalnya memberi perhatian serius kepada pelajar sekolah supaya mengamalkan
pemakanan sihat dengan kawalan ketat terhadap juadah dihidangkan di sekolah, dan
mewajibkan pendidikan jasmani. Murid-murid gemuk dikenal pasti dan diwajibkan
menghadiri program khas gaya hidup sihat. Hal sama turut dilakukan majikan awam dan
swasta.

Sehubungan itu, pihak kerajaan perlu memantau iklan dan produk kesihatan yang
mendakwa mempunyai ramuan ajaib yang menguruskan badan dan menyihatkan dalam
tempuh singkat. Kenyataannya tidak ada jalan pintas untuk sihat kecuali menghayati gaya
hidup sihat.

Dengan pembabitan semua pihak, peningkatan kefahaman mengenai tabiat pemakanan,
senaman berterusan dan pengawalan tekanan maka barulah gaya hidup sihat menjadi
budaya warga Malaysia.

More Related Content

What's hot

Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahanone piece
 
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARI
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARICARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARI
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARIMuhammad Nasrullah
 
Kepentingan sistem respirasi yang sihat
Kepentingan sistem respirasi yang sihatKepentingan sistem respirasi yang sihat
Kepentingan sistem respirasi yang sihatMansor Embong
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatanraniastudio
 
Panduan HKS 2013 (Draft)
Panduan HKS 2013 (Draft)Panduan HKS 2013 (Draft)
Panduan HKS 2013 (Draft)Irene Susilo
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihatcikgunor9
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriFLORINA SIGAY
 
Assignment matematik semester 4 (2015)
Assignment matematik  semester 4 (2015)Assignment matematik  semester 4 (2015)
Assignment matematik semester 4 (2015)Abdul Muhaimin
 
Pengurusan diri & gaya hidup yang berkualiti
Pengurusan diri & gaya hidup yang berkualitiPengurusan diri & gaya hidup yang berkualiti
Pengurusan diri & gaya hidup yang berkualitiAhmad Nazmi
 
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanWan Suhaimi Wan Setapa
 
Tugas TIK (Pola hidup Sehat)
Tugas TIK (Pola hidup Sehat)Tugas TIK (Pola hidup Sehat)
Tugas TIK (Pola hidup Sehat)Rifqa Farrellia
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatBong Shuying
 
Pola hidup sehat (alin marlina)
Pola hidup sehat (alin marlina)Pola hidup sehat (alin marlina)
Pola hidup sehat (alin marlina)Marlynaalin
 
What's hot (20)

Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARI
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARICARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARI
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARI
 
Kepentingan sistem respirasi yang sihat
Kepentingan sistem respirasi yang sihatKepentingan sistem respirasi yang sihat
Kepentingan sistem respirasi yang sihat
 
makan dan sihat
makan dan sihatmakan dan sihat
makan dan sihat
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Panduan HKS 2013 (Draft)
Panduan HKS 2013 (Draft)Panduan HKS 2013 (Draft)
Panduan HKS 2013 (Draft)
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Assignment matematik semester 4 (2015)
Assignment matematik  semester 4 (2015)Assignment matematik  semester 4 (2015)
Assignment matematik semester 4 (2015)
 
Pengurusan diri & gaya hidup yang berkualiti
Pengurusan diri & gaya hidup yang berkualitiPengurusan diri & gaya hidup yang berkualiti
Pengurusan diri & gaya hidup yang berkualiti
 
5 tips ampuh mencegah diabetes yang efektif
5 tips ampuh mencegah diabetes yang efektif5 tips ampuh mencegah diabetes yang efektif
5 tips ampuh mencegah diabetes yang efektif
 
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
 
Tugas TIK (Pola hidup Sehat)
Tugas TIK (Pola hidup Sehat)Tugas TIK (Pola hidup Sehat)
Tugas TIK (Pola hidup Sehat)
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Bukubab2
Bukubab2Bukubab2
Bukubab2
 
Pola hidup sehat (alin marlina)
Pola hidup sehat (alin marlina)Pola hidup sehat (alin marlina)
Pola hidup sehat (alin marlina)
 
Viewers also liked (14)

James C. Johnson - Master Summary Resume
James C. Johnson - Master Summary ResumeJames C. Johnson - Master Summary Resume
James C. Johnson - Master Summary Resume
 
Andamio 1 k
Andamio 1 kAndamio 1 k
Andamio 1 k
 
Leyendo con familia
Leyendo con familiaLeyendo con familia
Leyendo con familia
 
Caricature No. 89
Caricature No. 89Caricature No. 89
Caricature No. 89
 
Configuraciondeword 1 e_MAQ14
Configuraciondeword 1 e_MAQ14Configuraciondeword 1 e_MAQ14
Configuraciondeword 1 e_MAQ14
 
Certificate of Registration
Certificate of RegistrationCertificate of Registration
Certificate of Registration
 
Storyboard That - 4018
Storyboard That - 4018Storyboard That - 4018
Storyboard That - 4018
 
AUTOFORMAS
AUTOFORMASAUTOFORMAS
AUTOFORMAS
 
Autoformas
AutoformasAutoformas
Autoformas
 
ResumeHuanNEW
ResumeHuanNEWResumeHuanNEW
ResumeHuanNEW
 
Configuración de word
Configuración de wordConfiguración de word
Configuración de word
 
DIA Recommendations
DIA RecommendationsDIA Recommendations
DIA Recommendations
 
Elementos principales de la computadora
Elementos principales de la computadoraElementos principales de la computadora
Elementos principales de la computadora
 
Stellar_award
Stellar_awardStellar_award
Stellar_award
 
Similar to GULA_BERLEBIHAN

Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
0 tugas 1 mei dani al dian
0 tugas 1 mei dani al dian0 tugas 1 mei dani al dian
0 tugas 1 mei dani al dianYonazira
 
M E N G U B A H C A R A P A N D A N G M A S Y A R A K A T
M E N G U B A H  C A R A  P A N D A N G  M A S Y A R A K A TM E N G U B A H  C A R A  P A N D A N G  M A S Y A R A K A T
M E N G U B A H C A R A P A N D A N G M A S Y A R A K A TBebaskita Ginting
 
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahAkalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahWarnet Raha
 
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatifPelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatifOperator Warnet Vast Raha
 
1658461440095_stunting remaja 2022.pdf
1658461440095_stunting remaja 2022.pdf1658461440095_stunting remaja 2022.pdf
1658461440095_stunting remaja 2022.pdfssuser55f6ff
 
Perbedaan pelayanan kesehatan kuratif
Perbedaan pelayanan kesehatan kuratifPerbedaan pelayanan kesehatan kuratif
Perbedaan pelayanan kesehatan kuratifLeni Yanti
 
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptx
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptxCIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptx
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptxsugiartysoepardi
 
Pentingnya kesehatan tubuh
Pentingnya kesehatan tubuhPentingnya kesehatan tubuh
Pentingnya kesehatan tubuhTedy Hs
 
Perilaku cerdik membangun generasi sehat
Perilaku cerdik membangun generasi sehatPerilaku cerdik membangun generasi sehat
Perilaku cerdik membangun generasi sehatRamlah Al Baseri
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatanpjj_kemenkes
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatanpjj_kemenkes
 
Kepentingan makanan berkhasiat
Kepentingan makanan berkhasiatKepentingan makanan berkhasiat
Kepentingan makanan berkhasiatRuhaniza Muhamad
 
Similar to GULA_BERLEBIHAN (20)

Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
 
0 tugas 1 mei dani al dian
0 tugas 1 mei dani al dian0 tugas 1 mei dani al dian
0 tugas 1 mei dani al dian
 
M E N G U B A H C A R A P A N D A N G M A S Y A R A K A T
M E N G U B A H  C A R A  P A N D A N G  M A S Y A R A K A TM E N G U B A H  C A R A  P A N D A N G  M A S Y A R A K A T
M E N G U B A H C A R A P A N D A N G M A S Y A R A K A T
 
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahAkalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
 
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahAkalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
prinsip - prinsip ilmu gizi
prinsip - prinsip ilmu giziprinsip - prinsip ilmu gizi
prinsip - prinsip ilmu gizi
 
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatifPelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
 
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatifPelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
 
1658461440095_stunting remaja 2022.pdf
1658461440095_stunting remaja 2022.pdf1658461440095_stunting remaja 2022.pdf
1658461440095_stunting remaja 2022.pdf
 
Perbedaan pelayanan kesehatan kuratif
Perbedaan pelayanan kesehatan kuratifPerbedaan pelayanan kesehatan kuratif
Perbedaan pelayanan kesehatan kuratif
 
ppt Kel 12 kppk .pptx
ppt Kel 12 kppk .pptxppt Kel 12 kppk .pptx
ppt Kel 12 kppk .pptx
 
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptx
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptxCIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptx
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptx
 
Pentingnya kesehatan tubuh
Pentingnya kesehatan tubuhPentingnya kesehatan tubuh
Pentingnya kesehatan tubuh
 
Perilaku cerdik membangun generasi sehat
Perilaku cerdik membangun generasi sehatPerilaku cerdik membangun generasi sehat
Perilaku cerdik membangun generasi sehat
 
cerdik.pdf
cerdik.pdfcerdik.pdf
cerdik.pdf
 
PJK2102W
PJK2102WPJK2102W
PJK2102W
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatan
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatan
 
Kepentingan makanan berkhasiat
Kepentingan makanan berkhasiatKepentingan makanan berkhasiat
Kepentingan makanan berkhasiat
 
Recently uploaded

PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Recently uploaded (20)

PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
GULA_BERLEBIHAN

  • 1. SABAN hari sejak kebelakangan ini, iklan Kementerian Kesihatan tersiar dalam hampir semua media utama mengenai kempen mengurangkan pengambilan gula untuk menjaga kesihatan. Sekali imbas iklan bertema Cegah Sebelum Terlambat: Amalkan Gaya Hidup Sihat dan Less Sugar Better Health itu memakan belanja besar kerana kekerapan penyiaran dalam media swasta menggunakan dana awam. Namun demikian, pada hemat saya, iklan sedemikian diperlukan dan relevan kerana rakyat Malaysia semakin terdedah kepada gaya hidup tidak sihat, khususnya pengambilan gula secara berlebihan. Tidak ramai mengetahui gula jika diambil secara berlebihan adalah racun sangat berbisa! Pengambilan gula berlebihan juga adalah penyebab pelbagai penyakit kronik. Ketika ini bukan suatu rahsia lagi bahawa lebih 20 peratus rakyat Malaysia dikategorikan sebagai gemuk. Hampir 15 peratus menghidap kencing manis. Selain itu semua petunjuk mengenai kesihatan semakin membimbangkan seperti tahap kegemukan, serangan jantung, strok, barah, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit kronik lain. Laporan terkini menunjukkan 38,000 kes baru serangan jantung di Malaysia setiap tahun. Ini berkait langsung dengan sebab kematian, iaitu lebih 16 peratus akibat serangan jantung. Menurut Dr Zainah Moktar menerusi buku, Awet Muda: Tujuh Rahsia Kesihatan Holistik (UTM Press, 2011) ada dua sebab utama sehingga berleluasa masalah kesihatan di Malaysia. Pertama, pemakanan yang tidak selari dengan gaya hidup sihat. Hal ini dipersulitkan lagi dengan pengambilan makanan secara berlebihan atau tidak seimbang. Kedua, corak pembangunan ketika ini menyebabkan kita kurang melakukan aktiviti lasak ketika bekerja. Pekerjaan sedemikian diambil alih pekerja warga asing. Selain itu, kita juga kurang bersukan. Malah, ramai tidak menyediakan ruang masa dalam seminggu untuk bersenam sekurang-kurangnya untuk mengeluarkan peluh. Kenyataannya, dalam kesibukan harian, kita masih punya kesempatan meluangkan masa berjam-jam di hadapan televisyen atau window shopping. Justeru, iklan Kementerian Kesihatan itu memang relevan, sah dan kena pada masanya. Selain bersifat pencegahan, sekali gus mengurangkan kos perubatan, langkah tersebut juga selari dengan keperluan mempersiapkan rakyat Malaysia supaya berperwatakan cergas, minda mantap serta lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Kita sedia maklum selain mempunyai sistem pemerintahan, urus tadbir dan kewangan cekap dan telus, sesebuah negara maju juga ditunjangi penduduk yang sihat dan berpendidikan tinggi. Dengan kesihatan yang baik, mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan besar dan mencabar untuk memajukan institusi serta negara. Dengan tubuh badan sihat juga kita dapat mengawal tekanan (stres) dengan lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja. Penjagaan kesihatan juga adalah tuntutan agama. Itulah sebabnya, selain makanan halal dan tidak berlebihan, kita dianjurkan berdoa seperti amalan harian Rasulullah SAW setiap
  • 2. pagi dan petang: Ya Allah sihatkan badanku, sihatkan pendengaranku, sihatkan penglihatanku. Namun persoalannya, kenapa sebahagian besar warga Malaysia masih mengamalkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat? Apakah iklan, pengamal perubatan dan statistik menakutkan itu masih belum mencukupi? Inilah persoalan besar yang masih belum terungkai dalam konteks pembangunan minda lestari dan gaya hidup sihat di Malaysia. Biasanya kebanyakan warga Malaysia hanya mengawal makanan atau melakukan senaman secara berterusan selepas menghidap penyakit. Kita juga beranggapan mereka yang tidak lagi boleh menjamu selera adalah kalangan yang telah habis nikmat dunia! Dalam hal ini, kita perlu lebih prihatin dan proaktif. Tidak cukup sekadar kempen dan iklan Kementerian Kesihatan saja. Semua pihak, termasuk majikan, pertubuhan sukarela dan institusi pendidikan perlu berganding bahu memainkan peranan menyemarakkan minda lestari dan gaya hidup sihat. Singapura misalnya memberi perhatian serius kepada pelajar sekolah supaya mengamalkan pemakanan sihat dengan kawalan ketat terhadap juadah dihidangkan di sekolah, dan mewajibkan pendidikan jasmani. Murid-murid gemuk dikenal pasti dan diwajibkan menghadiri program khas gaya hidup sihat. Hal sama turut dilakukan majikan awam dan swasta. Sehubungan itu, pihak kerajaan perlu memantau iklan dan produk kesihatan yang mendakwa mempunyai ramuan ajaib yang menguruskan badan dan menyihatkan dalam tempuh singkat. Kenyataannya tidak ada jalan pintas untuk sihat kecuali menghayati gaya hidup sihat. Dengan pembabitan semua pihak, peningkatan kefahaman mengenai tabiat pemakanan, senaman berterusan dan pengawalan tekanan maka barulah gaya hidup sihat menjadi budaya warga Malaysia.