SlideShare a Scribd company logo
1 of 66
1


       PENGGUNAAN KAD KRITERIA DALAM STAIL RECIPROCAL UNTUK
          MENINGKATKAN KEMAHIRAN SERVIS BAWAHBOLATAMPAR
                     BAGI MURID-MURIDTAHUN 6 FUTURISTIK.




1.0 PENDAHULUAN


Praktikum kali ini merupakan praktikum kali ketiga dan saya telah di tempatkan di SK Temong,

Perak. Tempoh praktikum kali ini adalah selama 12 minggu iaitu bermula pada 31 Januari 2011

dan tamat pada 29 April 2011. SK Temong asalnya dibina oleh penjajah Inggeris pada tahun

1906.Sehingga kini, sekolah ini telah berusia 105 tahun.Bilangan murid ialah seramai 185 orang

termasuk murid pra sekolah iaitu seramai 35 orang. Kebanyakan murid terdiri daripada

kampung-kampung berdekatan iaitu Kg Temong, Kg Jarau, Kg Berala, Kg Lubuk Chapin, Kg

Tahan, Kg Padang Lalang dan Kg Che Kampar. Status sekolah ini adalah sekolah gred B.

Sekolah ini mempunyai seramai 21 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Pra

Sekolah dan seorang Pembantu Am Rendah.Memandangkan sekolah ini berada di kawasan desa,

suasana persekitaran di sini agak tenang dan selesa.Hubungan antara guru dan murid sangat baik

dan mesra.Guru-guru dan staf sekolah ini juga begitu peramah dan menerima kehadiran kami

dengan gembira.Di sekolah ini, saya dikehendaki mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani

bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik dan Tahun 1 Aktif.Selain itu saya juga mengajar mata

pelajaran minor iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi kelas 4 Dinamik.Walaupun

terdapat beberapa kelemahan pada sekolah ini khususnya penyediaan prasarana dan alatan-alatan

sukan, namun saya berharap perkara tersebut tidak melemahkan semangat saya untuk terus

menimba ilmu dan mengutip pengalaman sebanyak mungkin daripada guru-guru yang lebih
2


senior di sini.Saya juga berharap praktikum kali ini dapat memperbaiki lagi amalan pengajaran

dan pembelajaran saya dalam profesyen perguruan.


1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Sepanjang saya melaksanakan praktikum di sekolah ini, saya telah mengenalpasti pelbagai

masalah yang timbul bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.Antaranya, penguasaan murid

terhadap teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar adalah kurang memuaskan.Hal ini

berlaku apabila saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran

Pendidikan Jasmani untuk murid-murid Tahun 6 Futuristik.Kenyataan saya ini adalah

berdasarkan indikator yang murid tunjukkan iaitu murid tidak berupaya melakukan servis bawah

tangan bola tampar melepasi jaring yang telah disediakan.Walaupun saya telah mengurangkan

jarak   antara   pelaku   dengan    jaring   tersebut   namun    murid    tetap   tidak   dapat

melaksanakannya.Selain daripada itu, teknik perlakuan dalam setiap fasa juga gagal dilakukan

dengan betul.


        Memandangkan saya telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran ini bagi Tahun 6 dan

kemahiran bola tampar terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1999), perkara ini benar-benar membimbangkan saya. Selain itu

murid juga memberikan alasan bahawa mereka tidak pernah didedahkan dengan permainan ini

kerana guru-guru di sini tidak menitikberatkan aktiviti sukan dan permainan.Hal ini benar-benar

mendukacitakan saya.Tambahan lagi, murid-murid menganggap bahawa permainan ini sukar dan

menyakitkan tangan. Selepas melakukan aktiviti servis bawah semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran, murid kelihatan mengadu kepada rakan-rakan yang lain sambil mengurut tangan

masing-masing.
3


       Saya berasa sangat terkilan apabila mengenangkan situasi ini kerana pada pandangan

saya, murid-murid sudah serik untuk membuat percubaan yang seterusnya.Selain itu, pelbagai

tanggapan yang berlegar-legar di dalam fikiran saya antaranya adakah aktiviti yang dilaksanakan

begitu mencabar keupayaan mereka sehingga mereka tidak dapat melaksanakan kemahiran

tersebut dengan betul? Saya ingin tahu apa yang menyebabkan mereka tidak boleh melakukan

kemahiran servis bawah ini. Adakah kaedah pengajaran saya tidak menyeronokkan atau

sememangnya murid tidak menumpukan perhatian semasa saya memberikan penerangan dan

membuat demonstrasi.Melalui refleksi yang saya jalankan, saya mendapati bahawa objektif

pembelajaran belum tercapai sepenuhnya.Saya berasa sangat bersalah, seolah-olah menunjukkan

bahawa saya tidak menjalankan tanggungjawab saya dengan sempurna sewaktu mengajar.


    Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran ini, saya merasakan bahawa saya harus

melakukan penambahbaikan terhadap pengajaran saya. Mungkin saya boleh menggunakan

kaedah atau teknik lain agar murid lebih jelas dan dapat melakukan aktiviti dengan penuh

bersemangat.Peranan     pendidik   ialahmenyampaikan       ilmu   pengetahuan     dalam    bidang

kepakarannya melalui pelbagai pendekatan mengajar untuk pelajar menimba pembelajaran

secara berkesan. Hasil daripada proses pembelajaran yang berkesan, murid dapat meningkatkan

kefahaman melalui proses kognisi, membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan

psikomotor dan menerapkan nilai-nilai afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002).

Justeru itu saya perlu mencari idea untuk memilih kaedah danpendekatan yang terbaik supaya

objektif tercapai dan murid menerima pengajaran saya dengan kefahaman yang mendalam.
4


2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN


Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan tentang Fokus Kajian dan Isu Keprihatinan yang

telah dilihat dari dua aspek iaitu Tinjauan Masalah dan Analisis Tinjauan Masalah. Tinjauan

Masalah merujuk kepada apakah masalah yang ingin dikaji dan amalan yang perlu saya

tambahbaikkan manakala Analisis Tinjauan Masalah pula merujuk kepada kaedah yang saya

gunakan untuk mengutip data awal bagi mengesahkan bahawa masalah tersebut sememangnya

wujud.


2.1 Tinjauan Masalah


Murid Tahun 6 telah berada di alam persekolahan dalam jangkamasa lebih daripada 5 tahun.

Sepanjang tempoh tersebut mereka telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran sama ada

kemahiran dalam permainan mahupun kecergasan dalam mata pelajaran Pendidikan

Jasmani.Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah-

sekolah di Malaysia.Ianya diajar selama 11 tahun yang merangkumi tunjangkecergasan,

kemahiran dan kesukanan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).Kelas Pendidikan Jasmani

dijalankan selama 30 minit bagi sekolah rendah dan 40 minit bagi sekolah menengah, sebanyak 2

kali seminggu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998).Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan

25/1998 bertarikh 18 November 1998 juga telah memaklumkan bahawa mata pelajaran

Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran teras sebagaimana diperuntukkan dalam Akta

Pendidikan 1996.


         Dalam aktiviti Pendidikan Jasmani, hasil pembelajaran yang di tekankan merangkumi

domain psikomotor, kognitif dan afektif.Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang menyatakan bahawa “pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
5


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”


         Secara umumnya, Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membantu murid-murid menjadi

cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Objektif khususnya adalah

untuk mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan

perlakuan motor, menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan

diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan

kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah dan

disiplin diri dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Pusat Perkembangan Kurikulum,

1999).


         Namun sudah menjadi kelaziman guru-guru di sekolah mengabaikan mata pelajaran ini

kerana ingin menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran lain khususnya mata pelajaran

peperiksaan. Murid-murid juga seakan-akan terbiasa dengan budaya ini dan seterusnya

menganggap Pendidikan Jasmani tidak penting.Mereka hanya menumpukan perhatian kepada

mata pelajaran yang terlibat dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sahaja.Sehubungan

dengan itu kebanyakan murid Tahun 6 kurang menguasai banyak kemahiran dalam permainan

yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani.Antara kemahiran yang sukar

dikuasai ialah kemahiran servis bawah bola tampar.
6


       Menurut Viera dan Ferguson (1994), bola tampar boleh dianggap sebagai sukan

sepanjang hayat.Bola tampar boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan

kemahiran.Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi dalam

kalangan liga, dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat dan program intramural sekolah.


       Terdapat beberapa kemahiran yang ada dalam permainan ini antaranya merejam,

menyangga, menghadang dan sebagainya.Namun bagi kajian ini, saya telah memfokuskan

kepada kemahiran servis bawah.Menurut Viera dan Ferguson (1994), servis adalah satu-satunya

kemahiran dalam bola tampar di mana individu mempunyai kawalan sepenuhnya semasa

pelaksanaan.Dengan itu, individu mempunyai tanggungjawab terhadap keputusannya.Menurut

Viera dan Ferguson lagi, terdapat fasa yang perlu dilakukan untuk melaksanakan servis bawah

iaitu, fasa persediaan, fasa pelaksanaan dan fasa ikut lajak.


       Disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah melihat murid benar-benar

mempunyai masalah untuk melakukan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar di

mana saya perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan penguasaan kemahiran ini. Terdapat

situasi dimana murid-murid melakukan servis bawah dengan teknik yang salah.Hal ini

menyebabkan bola tidak melepasi jaring dan adakalanya bola tersebut tersasar.Masalah ini turut

diakui oleh Viera dan Ferguson (1994), yang menyatakan bahawa kebanyakan kesalahan servis

bawah boleh disebabkan oleh posisi tangan yang memegang bola. Ramai pemain baru yang

menghayun tangan ketika memegang bola atau memegang bola pada paras yang lebih tinggi

daripada pinggang. Sehubungan itu banyak bola yang diservis tersasar dari zon yang telah

ditetapkan digelanggang bola tampar.
7


   Saya rasa bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid dalam

servis bawah bola tampar supaya mereka dapat menguasai permainan ini.Hal ini secara tidak

langsung membolehkan amalan pengajaran dan pembelajaran saya ditingkatkan dan objektif

dicapai sepenuhnya.Justeru itu, saya ingin menggunakan kaedah pengajaran stail reciprocal bagi

mengatasi masalah ini.Saya memilih kaedah ini kerana dapatan kajian lepas menunjukkan

bahawa kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman murid yang mempunyai masalah untuk

memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru (Alfassi 1998; Lederer 2000; Hart dan

Speece 1998; Westera dan Moore 1995; Lysynchuk 1990).


   Alfassi (1998) mendapati, kumpulan pelajar yang mengikut pengajaran reciprocal telah

menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kefahaman bacaan pelajar apabila menggunakan

pengajaran reciprocal berbanding dengan kaedah pengajaran bacaan konvensional.


   Lederer (2000) pula telah membuat kajian tentang keberkesanan stail reciprocal terhadap

pelajar yang mempunyai masalah dalam kefahaman bacaan. Kajian tersebut dijalankan keatas

pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran disalah sebuah sekolah rendah di New Mexico,

Amerika Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan stail reciprocal berkesan untuk

meningkatkan kefahaman pelajar termasuklah pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran.


   Hart dan Speece (11998) cuba menentukan keberkesanan stail reciprocal yang dijalankan

selama 8 minggu di Kolej Komuniti, Amerka Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan

pencapaian yang signifikan.Namun, tiada perbezaan yang signifikan dari sudut kemahiran pelajar

di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.


   Westera dan Moore (1995) di New Zealand melihat keberkesanan stail reciprocal ke atas

pelajar-pelajar lemah dalam kefahaman bacaan.Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat
8


perbezaan yang signifikan dalam kumpulan lanjutan berbanding kumpulan jangka pendek serta

kumpulan kawalan.


   Lysynchuk (1990) dan rakan-rakan menjalankan kajian di Amerika Syarikat. Dapatan kajian

ini menunjukkan bahawa stail reciprocal telah meningkatkan pencapaian harian pelajar gred

empat dalam pencapaian soalan harian , perbendaharaan dan penceritaan semula (retelling)

berbanding dengan pelajar gred tujuh.


   Walaupun kajian-kajian di atas menunjukkan kaedah pengajaran reciprocal dapat

meningkatkan kefahaman pelajar dalam kemahiran bacaan, bercerita dan lain-lain, dan bukannya

kemahiran penguasaan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani (khususnya servis dalam kajian ini),

saya berasa yakin bahawa kaedah ini turut mampu untuk meningkatkan kemahiran servis bawah

dalam permainan bola tampar.




2.2 Analisis Tinjauan Masalah


Bagi memastikan bahawa masalah ini sememangnya wujud, saya telah membuat kutipan data

awal terlebih dahulu.Saya telah mentadbir Ujian Servis Bola Tampar American Alliance for

Health, Physical Education, Recreation and Dance [AAHPERD] ke atas semua murid Tahun 6

Futuristik.Ujian ini dianggap sebagai Ujian Pra.Murid hendaklah mengambil bahagian dengan

penuh minat dan rasa bertanggungjawab. Sebelum melaksanakan ujian, saya telah memberi

penerangan dan demonstrasi tentang cara atau protokol melakukan ujian kemahiran ini.


       Sebelum bermulanya ujian, saya telah memastikan kemudahan dan peralatan ujian berada

dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan.Semua tanda garis dan saiz adalah mengikut
9


spesifikasi yang tepat.Saya juga telah menempatkan semua murid di suatu sudut kawasan ujian

untuk sesi taklimat. Semasa sesi taklimat, saya telah menjelaskan tujuan dan objektif ujian yang

akan dijalankan. Maklumat mengenai skor ujiantelah diisi ke dalam borang Ujian Servis Bola

Tampar AAHPERD (Lampiran 1).Saya juga telah menerangkan langkah-langkah keselamatan

yang perlu diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas melaksanakan ujian.


         Perakuan ibu bapajuga telah diperolehi sebelum murid menjalankan Ujian Pra.Murid

dikehendaki menandatangani borang pengakuan melakukan ujian (Lampiran 2).Seterusnya

murid memanaskan badan danmelakukan aktiviti regangan dibawah kelolaan saya.Murid

kemudiannyatelah menjalankan Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Prosedur ujian adalah

seperti berikut:




Objektif                      Di akhir sesi ini murid-murid dapat mengukur kemahiran sevis

                              bawah dengan betul dan tepat dalam permainan bola tampar.

Kesahan                       Tidak dilaporkan

Kebolehpercayaan              Tidak dilaporkan.

Alatan                        Gelanggang bola tampar, kon, pita pengukur, skital, jaring, wisel,

Kaedah                           1. murid akan mempunyai pasangan masing-masing dan

                                     seterusnya mengira skor yang diperolehi oleh pasangannya

                                     yang menjalani ujian.

                                 2. murid akan berdiri di kawasan bertanda “X” dalam gambar

                                     rajah 1 (Lampiran 3).
10


                                3. murid akan servis melepasi jaring sebanyak 10 kali

                                   percubaan.

                                4. Pasangan     masing-masing    akan   mengira    skor   yang

                                   diperolehi oleh murid yang menjalani ujian.

                                5. Bagi murid-murid berumur di bawah 12 tahun, garisan

                                   servis adalah 20 kaki daripada jaring.

Skor                            1. Skor adalah jumlah mata yang diperolehi berdasarkan nilai

                                   pada zon di mana bola yang diservis mendarat seperti

                                   dalam gambar rajah 1 (Lampiran 3)




       Semasa Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD ini dijalankan, saya telah menjalankan

Permerhatian 1 terhadap setiap murid Tahun 6 Futuristik yang menjalani ujian ini dengan

menggunakan borang senarai semak yang bertujuan untuk menilai teknik lakuan dalam

kemahiran servis bawah bola tampar yang dilakukan oleh murid-murid. Jadual 1 dibawah

menunjukkan keputusan pemerhatian 1 saya:


Jadual 1.Pemerhatian 1 ke atas teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar murid-murid

Tahun 6 Futuristik.


BIL       PERKARA/FASA                                                      JUMLAH BIL.

                                                                                 MURID


Fasa Persediaan


1         Berdiri mengiring                                                       26/26
11


2        Kaki dibuka seluas bahu                                       26/26


3        Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang       24/26


4        Mata tumpu pada bola                                          25/26


5        Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis.              26/26


Fasa Pelaksanaan



6        Lengan tangan bebas dihayun ke belakang.                      24/26


7        Serentak, berat badan dipindah ke belakang                    21/26


8        Lambung bola pada paras kepala                                19/26


9        Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang    20/26

         lurus.


10       Serentak, berat badan dipindah ke depan.                      21/26


11       Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam pada paras   21/26

         pinggang.


12       Bola dikontak pada bahagian bawah tengah                      22/26


Fasa Ikut Lajak



13       Ambil satu langkah ke hadapan                                 18/26
12


14        Berat badan pada kaki hadapan                                          16/26


15        Lengan ke arah atas jaring                                             20/26


16        Bergerak masuk ke dalam gelanggang                                     19/26




Berdasarkan jadual 1 iaitu terhadap pemerhatian yang telah saya jalankan, tidak terdapat

sebarang masalah yang dilakukan oleh murid terhadap teknik lakuan kemahiran servis bawah

bola tampar semasa fasa persediaan dimana terdapat tiga perkara yang dilakukan oleh kesemua

murid iaitu perkara 1, 2, dan 5.Manakala bilangan murid yang melaksanakan perkara 3 dan 4

adalah seramai 24 dan 25 orang.Begitu juga pada fasa pelaksanaan, saya dapati bahawa bilangan

murid yang boleh melakukan teknik dalam kemahiran servis bola tampar ini lebih ramai

berbanding murid yang tidak boleh melakukannya.Namun demikian, perkara 8, terdapat 19

orang murid sahaja yang melakukan teknik ini daripada 26 orang murid yang membuat

percubaan.Namun demikian, saya dapati tiada masalah bagi perkara keenam di mana hanya

seorang murid sahaja yang tidak meksanakan aktiviti ini.Bagi perkara ketujuh, kesepuluh dan

kesebelas pula, bilangan murid yang melakukan aktiviti ini adalah seramai 21 daripada 26

orang.Bagi aktiviti kesembilan dan kesebelas, bilangan murid yang melakukan aktiviti ini adalah

seramai 20 dan 22 orang.     Bagi fasa ikut lajak pula, saya dapati ramai murid yang tidak

melakukan aktiviti 13 dan 14 dimana hanya terdapat 18 dan 16 orang murid sahaja yang

melaksanakan aktiviti ini. Manakala bagi aktiviti 15 dan 16, bilangan murid yang melakukan

aktiviti-aktiviti ini adalah seramai 20 dan 19 orang. Sehubungan dengan itu saya dapati

kebanyakkan murid menghadapi masalah dalam fasa ikut lajak berbanding fasa-fasa yang lain.
13


Seterusnya saya juga telah menganalisis data berdasarkan norma persentil Ujian Servis Bola

Tampar AAHPERD (Lampiran 4). Gambarajah 1 menunjukkan hasil data yang diperolehi

terhadap murid-murid Tahun 6 Futuristik setelah ujian pra ini dijalankan.



                                  Pencapaian Ujian Pra
                    12

                    10
   bilangan murid




                    8

                    6
                                                                        Murid Lelaki
                    4                                                   Murid Perempuan

                    2

                    0
                         5   25      50        75     95
                                    norma persentil



Gambarajah 1.Graf keputusan Ujian Pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD) bagi murid

Tahun 6 Futuristik.


Graf dalam gambarajah 1 menunjukkan terdapat 2 orang murid yang mendapat norma persentil

terendah iaitu sebanyak 5 persentil. Ia terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid

perempuan. Manakala terdapat seorang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang

mencatat persentil sebanyak 25.Bagi persentil 50 pula, bilangannya adalah seramai 10 orang

murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.Seramai 4 orang murid yang terdiri daripada 2 orang

murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang mencapai persentil sebanyak 75.Namun bagi

persentil 95, hanya seorang murid sahaja yang berjaya ke tahap tersebut iaitu murid lelaki dan

tiada bilangan murid perempuan yang mencapai persentil ini. Dapatan ujian ini telah dijadikan
14


landasan bagi pemilihan sampel di mana 6 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid

lelaki dan 4 orang murid perempuan yang mendapat skor terendah dan tidak mencapai sasaran

persentil yang ditetapkan telah dipilih sebagai sampel kajian. Sasaran yang telah saya tetapkan

adalah sekurang-kurangnya pada persentil 50.


       Berdasarkan keputusan pemerhatian 1 dan ujian pra, saya telah mengenalpasti 6 orang

murid yang dikatakan lemah dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini dan saya telah

jadikan mereka sebagai sampel saya. Keputusan pemerhatian 1 bagi keenam-enam sampel ini

ditunjukkan melalui jadual 2:


Jadual 2.Pemerhatian 1 ke atas teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar bagi sampel.


BIL PERKARA/FASA                Sampel   Sampel     Sampel      Sampel     Sampel     Samepl

                                  A        B           C          D           E          F


Fasa Persediaan


1     Berdiri mengiring           /         /           /          /          /          /


2     Kaki dibuka seluas          /         /           /          /          /          /

      bahu


3     Bola        dipegang        /         /           /          /          /          /

      dengan       sebelah

      tangan pada paras

      pinggang


4     Mata tumpu pada             /         /           /          /          /          /
15


     bola


5    Genggam        tangan   /   /   /   /   /   /

     bebas    yang akan

     melakukan servis.


Fasa Pelaksanaan




6    Lengan         tangan   /   X   /   /   /   /

     bebas dihayun ke

     belakang.


7    Serentak,       berat   X   X   /   /   X   /

     badan dipindah ke

     belakang


8    Lambung bola pada       X   X   /   /   X   /

     paras kepala


9    Lengan         tangan   X   X   /   /   X   /

     bebas dihayun ke

     depan dalam satu

     satah yang lurus.


10   Serentak,       berat   X   X   X   /   X   /

     badan dipindah ke
16


     depan.


11   Kontak bola pada       X   X   /   /   X   /

     buku lima tangan

     yang       digenggam

     pada           paras

     pinggang.


12   Bola dikontak pada     X   X   /   /   X   /

     bahagian       bawah

     tengah


Fasa Ikut Lajak




13   Ambil satu langkah     X   X   X   /   X   /

     ke hadapan


14   Berat badan pada       X   X   X   /   X   /

     kaki hadapan


15   Lengan ke arah atas    X   X   /   X   X   /

     jaring




16   Bergerak masuk ke      /   X   /   X   X   X

     dalam gelanggang
17


JUMLAH ADA (/)                7/16         4/16       10/16   11/16     7/16      10/16


PERATUS (%)                   44           25          63      69        44           63




Berdasarkan jadual 2, saya mendapati bahawa sampel Adan E telah menunjukkan 44% lakuan

dalam teknik kemahiran servis bawah bola tampar mengikut teknik yang tertera dalam borang

senarai semak yang telah disediakan. Sampel B sebanyak 25%, sampel C dan F sebanyak 63%,

dan akhir sekali sampel D sebanyak 69%. Seterusnya keputusan ujian pra Ujian Servis Bola

Tampar AAHPERD ditunjukkan melalui jadual 3 dan gambarajah 2 berikut:


Jadual 3.Keputusan ujian pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD) bagi sampel kajian.


                  Ujian Pra


Perkara           Skor         Persentil


Sampel A                 9     Diantara 25 hingga 50


Sampel B                 3     Diantara 5 hingga 25


Sampel C                 7     Diantara 25 hingga 50


Sampel D                 4     Diantara 0 hingga 5


Sampel E                 5                 5


Sampel F                 4     Diantara 5 hingga 25
18



                               Pencapaian Ujian Pra
               30

               25

               20
   persentil




               15

               10
                                                                           sampel, 5
                5

                0
                    sampel A   Sampel B   sampel C   Sampel D   sampel E   sampel F



Gambarajah 2.Graf keputusan pencapaian ujian pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD)

bagi sampel kajian.


      Sampel A dan C telah mencatatkan persentil 25 manakala sampel B, E dan F pula masing-

masing mencapai persentil 5. Namun sampel D pula walaupun terdapat catatan skor sebanyak 4

tetapi sampel ini hanya mampu mencatat persentil sebanyak 0 sahaja.


      Seterusnya saya telah mengambil langkah penambahbaikan iaitu penggunaan kad kriteria

dalam stail reciprocalbagi mengatasi masalah ini.




3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN


Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran

murid-murid dalam permainan bola tampar.Ia juga bertujuan untuk memotivasikan murid supaya
19


terus melibatkan diri dalam permainan bola tampar ke peringkat lebih tinggi danmurid

melakukan aktiviti-aktiviti bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.




Objektif khusus kajian ini pula adalah:


   1. Untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran servis bawah dalam permainan bola

       tampar melalui penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocalbagi murid-murid Tahun 6

       Futuristik.


Persoalan kajian yang ingin dikemukakan dalam kajian ini adalah:


   1. Sejauhmanakah kad kriteria dalam stail reciprocaldapat meningkatkan kemahiran servis

       bawah dalam permainan bola tampar bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik?




4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran saya untuk kajian ini (n=6) murid Tahun 6 Futuristik yang terdiri daripada

(n=4) murid perempuan dan (n=2) murid lelakidi Sekolah Kebangsaan Temong, Perak. Saya

memilih murid yang terdiri daripada kelas Tahun 6 Futuristik kerana saya telah diamanahkan

untuk mengajar kelas ini bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sepanjang tempoh

praktikum. Selain itu, murid-murid Tahun 6 juga merupakan murid yang agak senior berbanding

murid-murid lain. Sehubungan itu, tahap kematangan mereka agak menonjol berbanding murid-

murid yang lebih muda daripada mereka. Oleh itu ia memudahkan saya untuk menjalankan

kajian ini. Melalui dapatan data demografi yang saya kumpul dalam borang biodata (Lampiran 5)

yang dijalankan, status sosioekonomi murid-murid di sekolah ini adalah pada tahap
20


sederhana.Kebanyakan pekerjaan ibu bapa murid-murid adalah sebagai penoreh getah, peniaga,

kakitangan kerajaan dan swasta dan lain-lain lagi.Berdasarkan soal selidik yang dilakukan

(Lampiran 6), (n=4) melibatkan diri secara aktifdalam sukan dan permainan manakala (n=2)

kurang aktif.


Secara umumnya, berdasarkan data yang diterima, murid-murid ini datangnya daripada kawasan

luar bandar. Oleh itu saya berpendapat bahawa mereka tidak berpeluang untuk melakukan

aktiviti fizikal seperti melakukan riadah bersama keluarga dan rakan-rakan memandangkan

kurangnya prasarana di kawasan ini seperti taman rekreasi, gelanggang permainan dan

sebagainya.


5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


5.1 Prosedur Tindakan


Seseorang pendidik seharusnya pakar dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.Ianya boleh direalisasikan sekiranya seseorang pendidik itu menguasai ilmu konten dan

ilmu pedagogi yang mantap dalam bidangnya (Julismah, 2011). Oleh yang demikian saya telah

mengenalpasti salah satu cabang daripada ilmu pedagogi dalam Pendidikan Jasmani iaitu

penggunaan kad kriteria stail reciprocalbagi membantu meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran saya dan seterusnya meningkatkan kemahiran servis bawah dalam permainan bola

tampar dalam kajian ini.


       Menurut Gagne, Briggs dan Wager (1992), mengajar adalah satu proses penyebaran ilmu

pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat

mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses pembelajaran dengan baik. Sehubungan
21


dengan itu, sebagai seorang pendidik, saya akan berusaha menyampaikan ilmu kepada murid

dengan sedaya upaya khususnya dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini.


       Menurut Julismah (2011), pendekatan dan stail mengajar adalah amat penting dan berkait

rapat dengan keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan strategi mengajar

dalam menyebar atau menyampaikan ilmu pengetahuan hendaklah berasaskan kemampuan

fisiologikal yang melibatkan pertimbangan terhadap tahap kematangan dan kecergasan fizikal,

mental serta kecekapan kemahiran pergerakan motor mengikut aras kesediaan dan fasa

penguasaan pelajar.


       Muska Mosston adalah pengasas kepada spektrum stail mengajar dalam Pendidikan

Jasmani pada tahun 1966.Terdapat beberapa stail yang diperkenalkan oleh beliau seperti stail

arahan, stail latihan, stail reciprocal, stail semak kendiri dan sebagainya. Stail yang paling kerap

dan paling lama digunakan di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah stail

arahan.Dalam stail ini, guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal semua aktiviti

sewaktu proses pengajaran dijalankan (Mohd Zohir, Rohizani, & Shahabuddin, 2005). Menurut

Mosston dan Ashworth (2002), stail arahan adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan teknik arahan terus di antara rangsangan guru dengan tindak balas pelajar.Ciri utama

stail ini ialah ketepatan perlakuan yang pelajar perlu tunjukkan hasil dari maklum balas (cue)

guru.Reka bentuk stail ini melibatkan guru berperanan dalam membuat semua keputusan pada

fasa pra impak, fasa impak dan fasa pasca impak. Peranan pelajar pula adalah mengikut dan

meniru apa yang diarahkan guru yang melibatkan keseragaman tindak balas atau perlakuan

dalam menjalankan aktiviti pelajaran.
22


       Pada pandangan saya, tidak salah sekiranya guru menggunakan stail arahan dalam

pengajaran mereka namun, guru haruslah mempelbagaikan stail pengajaran mereka. Sehubungan

dengan itu, saya telah cuba untuk menarik minat murid terhadap kemahiran servis bawahini

dengan menggunakan stail pengajaran yang dapat difahami oleh mereka dengan jelas dan

mendalam.


       Oleh yang demikian saya telah memilih untuk menggunakan kad kriteria dalam stail

reciprocalbagi meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 6 Futuristik dalam kemahiran

servis bawah bola tampar.Saya berhasrat menggunakan kaedah ini dalam pengajaran saya agar

murid-murid berpeluang menimba sesuatu pengalaman baru.Mosston dan Ashworth (2002),

mendefinisikan stail reciprocal sebagai interaksi sosial, bertimbal balik dan memberi maklum

balas iaitu dengan dibimbing oleh kriteria yang spesifik.Dalam anatomi stail reciprocal, peranan

guru adalah menyediakan perkara pokok, kriteria, keputusan logistik, serta menyediakan maklum

balas kepada pemerhati.Peranan murid pula adalah untuk melakukan aktiviti secara berpasangan.

Seorang murid telah menjadi pelaku yang akan melaksanakan tugasan manakala pasangan murid

adalah pemerhati yang berperanan dalam membimbing pelaku dan memberi maklum balas yang

betul terhadap terhadap aktiviti pelajaran berdasarkan kriteria senarai semak yang telah

disediakan oleh guru. Guru akan bertindak sebagai tempat rujukan sekiranya pemerhati tidak

dapat membuat keputusan terhadap pencapaian pelaku.


       Stail reciprocalini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu set pra impak, impak dan pasca

impak. Dalam set pra impak, guru akan memberi perhatian untuk memilih dan mereka isi

pelajaran serta mereka dan menyediakan kad kriteria kepada pemerhati. Mosston dan Ashworth

(2002), menyatakan bahawa faktor utama yang mentukan kejayaan atau kegagalan penggunaan

stail ini adalah kad kriteria.Dalam set impak pula, tugas utama guru adalah menetapkan peranan
23


dan hubungan baru. Pada permulaan pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan

penjelasan mengenai keperluan hubungan bergandingan. Apabila alasan mengenai hubungan

yang baru ini telah jelas, murid-murid akan lebih berkeinginan untuk menyertai peranan baru ini.

Bagi set pasca impak, pemerhati meneruskan peranannya dan memberikan maklum balas kepada

pelaku. Guru akan menunggu setiap pasangan menyelesaikan tugasan. Seterusnya, guru akan

bergerak tidak jauh dari satu pasangan ke pasangan yang lain untuk mendengar interaksi

mengenai tugasan yang telah dijalankan. Akhir sekali, guru akan memberikan komen terhadap

keseluruhan kelas. Selain itu, guru juga akan memberikan maklum balas mengenai peranan

pemerhati sama ada mereka telah menjalankan tugas dengan baik atau tidak.


       Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, saya telah memfokuskan hanya kepada set impak

sahaja dimana kaedah stail bergandingan ini telah diaplikasikan untuk menambahbaikan amalan

pengajaran dan pembelajaran sayadan menyelesaikan masalah murid tidak dapat menguasai

kemahiran servis bawah bola tampar. Dengan itu saya telah memulakan aktiviti yang dirancang

dengan membina hubungan baik antara murid-murid dan memberikan penjelasan yang terperinci

mengenai pelaksanaan stail ini.Menurut Mohar dan Nurhaziyanti (2008), hubungan sosial yang

terbentuk secara tidak langsung dapat menerapkan proses sosialisasi dalam kalangan murid-

murid. Disamping menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, mereka juga boleh berinteraksi dan

meningkatkan kemahiran sosial mereka. Fungsi utama proses sosiolisasi ialah untuk

menghasilkan seseorang yang bersifat menyeluruh, iaitu dari segi kebolehan berinteraksi dengan

cekap di persekitarannya secara sosial mahupun fizikal. Pendapat tersebut telah menjelaskan

bahawa interaksi sosial sangat membantu perkembangan murid.Justeru itu, kaedah yang

digunakan juga mampu untuk membina interaksi sosial dalam kalangan murid-murid.
24


       Saya telah memilih beberapa kaedah melibatkan penggunaan kad kriteria dalam

stailreciprocaluntuk diaplikasikan sepanjang kajian dijalankan. Antaranya ialah:




   1. Penggunaan kad kriteria tanpa gambar.


Perkara pertama yang telah saya lakukan sebelum melaksanakan sebarang aktiviti dalam kitaran

pertama ialah saya telah menyediakan kad kriteria (Lampiran 7).Kad tersebut mengandungi

huraian spesifik dalam bentuk teks sahaja mengenai tugasan iaitu berkenaan dengan kemahiran

servis bawah dalam permainan bola tampar.


       Seterusnya saya telah mengarahkan sampel memilih sendiri pasangan yang sesuai dengan

mereka. Ini adalah kerana pada kebiasaannya manusia itu akan gembira bekerja dengan

seseorang yang mereka kenal dan suka (Byra & Marks, 1993; Ernst & Byra, 1998). Permulaan

hubungan sosial ini menjadikan sampelfokus kepada peranan dan jangkaaan baru.Sampel juga

telah memilih peranan sama ada sebagai pemerhati atau pelaku.


       Di dalam kitaran pertama ini, hanya pemerhati sahaja yang mendapat kad kriteria

tersebut.Saya telah menggunakan kaedah ini terhadap sampel kajian yang terdiri daripada murid

Tahun 6 Futuristik.Penerangan telah dilakukan di dataran berhampiran gelanggang bola

tampar.Dalam penerangan tersebut, saya menyatakan objektif penggunaan stail ini.Alatan yang

digunakan ialah jaring, bola tampar, kad kriteria dan alat tulis.Sampel juga dikehendaki memakai

pakaian sukan.


       Selepas aktiviti memanaskan badan di bawah kelolaan saya dijalankan, saya telah

melakukan demonstrasi tentang cara stail ini dilaksanakan agar sampel dapat memahami dengan
25


lebih jelas lagi. Seterusnya saya telah memberi penjelasan mengenai kad kriteria yang diedarkan

kepada pemerhati.Memandangkan ada di antara sampel yang tidak pernah mempunyai

pengalaman menggunakan kad kriteria untuk digunakan sebagai maklum balas, saya telah

menerangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai penggunaan kad kriteria tersebut.Saya juga

telah memberi peluang kepada sampel untuk bertanya soalan sekiranya ada sebarang

kemusykilan.


       Setelah sampel jelas dengan penerangan yang dilakukan, maka sampel pergi ke kawasan

aktiviti dan melaksanakan tugasan secara berpasangan.Mosston dan Ashworth (2002),

menyatakan bahawa, dalam stail reciprocal, kita dapat perhatikan bahawa hubungan antara

pemerhati dan pelaku adalah untuk bekerjasama bagi meningkatkan kemajuan.


       Prosedur pelaksanaan penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal ini adalah,

sampelmelakukan stail ini di kawasan aktiviti.Peranan pemerhati dan pelaku telah ditentukan

oleh mereka sendiri.Pelaku telah melakukan perlakuan seperti yang telah didemonstrasi oleh

guru sebentar tadi. Pemerhati telahmemerhati dan menyemak perlakuan pelaku             tersebut

berdasarkan senarai semak kad kriteria sevis bawah bola tampar yang telah diberikan. Pemerhati

juga telah memberikan maklum balas secara berterusan terhadap perlakuan pelaku.


       Aktiviti tersebut dilakukan selama 15 minit. Gurumeniup wisel menandakan masa telah

tamat. Sampel diberi rehat selama 10 minit dan membuat refleksi mengenai aktiviti yang telah

dilaksanakan pada sesi sebentar tadi. Seterusnya sampel saling bertukar peranan, di mana jika

tadi A menjadi pelaku, beliau kini menjadi pemerhati pula.Masa yang diberikan untuk aktiviti

adalahsama seperti tadi juga iaitu15 minit. Sepanjang aktiviti dilakukan, saya telah bergerak

berdekatan dengan satu pasangan ke pasangan yang lain. Saya juga telah mendengar interaksi
26


antara pasangan pemerhati dan pelaku tersebut.Akhir sekali, saya telah membuat maklum balas

terhadap keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan.


       Dalam kajian ini saya telah memilih Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart,

1998.Model ini mengandungi 4 elemen utama iaitu Perancangan (Plan), Tindakan (Action),

Pemerhatian (Observe), Refleksi (Reflect).Setiap satu kitaran telah dilaksanakan dalam tempoh

satu minggu iaitu terdapat 3 perjumpaan bersama sampel dalam satu minggu.


       Kitaran pertama telah dijalankan terhadap sampel yang telah dipilih melalui ujian pra

iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Pada proses Perancangan (Plan), saya telah

menyediakan bahan pengajaran seperti kad kriteria, bola, jaring dan sebagainya. Alat-alat ini

didapati berfungsi dengan baik dan tidak mendatangkan masalah semasa sesi pelaksanaan

dijalankan. Saya juga telah memeriksa keadaan gelanggang bola tampar sama ada selamat atau

tidak untuk digunakan. Sehari sebelum ujian, saya jugatelah memberi taklimat kepada sampel

berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. Kesihatan diri sampel juga berada dalam keadaan baik

semasa melaksanakan aktiviti servis bawah bola tampar.


       Proses Tindakan (Action) pula adalah pelaksanaan semua aktiviti yang telah

dirancang.Saya telah menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis

bawah bola tampar.Sepanjang aktiviti, sampel dikehendaki berpasangan dan berperanan sebagai

pemerhati dan pelaku.Saya pula hanya menjadi fasilitator sahaja. Setelah sampel melaksanakan

aktiviti, mereka telah diberikan rehat. Saya telah membuat kesimpulan dan maklum balas

terhadap keseluruhan sampel.
27


       Seterusnya saya juga telah melaksanakan Pemerhatian (Observe).Fasa ini membolehkan

saya memerhati dan memantau perlakuan sampel. Sejauh manasampel mendapatkan input

melalui kaedah yang telah saya gunakan.


       Fasa terakhir adalah sesi Refleksi (Reflect) di mana sampel perlu membuat refleksi

mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan.Sampel telah menceritakan kembali peranan

pemerhati dan pelaku dan adakah kerjasama yang dijalankan berjaya atau tidak. Guru dan

sampeljuga telah memberikan pendapat mengenai penggunaan kad kriteria yang terdapat dalam

stail ini dan apa yang perlu dilakukan sebagai penambahbaikan terhadap kad kriteria tersebut.


       Justeru itu, untuk melihat sejauh mana penggunaan kad kriteria dalam stail

reciprocalmembantu meningkatkan kemahiran servis bawah tangan bola tampar, saya telah

menggunakan ujian pos iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.Melalui ujian tersebut saya

dapat melihat tahap peningkatan kemahiran servis bawah bola tampar dalam kalangan sampel

kajian saya.


       Namun demikian, setelah saya menjalankan ujian tersebut, saya mendapati bahawa masih

terdapat masalah penguasaan kemahiran servis bawah bola tampar ini.Terdapat sampel yang

tidak dapat melepasi skor yang telah saya tetapkan iaitu sekurang-kurangnya sebanyak 50

persentil.Malah mereka juga masih tidak dapat menguasai teknik dalam kemahiran servis bawah

bola tampar ini dengan betul. Sehubungan dengan itu, saya telah menjalankan kitaran kedua iaitu

penggunaan kad kriteria berserta gambar bagi memperincikan lagi kefahaman mereka terhadap

kad kriteria ini dan cara bagaimana melakukan teknik dalam kemahiran servis bawah ini dengan

betul. Penggunaan gambar merupakan satu cara yang sangat menarik. Rozianah (2005),

menyatakan bahawa grafik mengilustrasikan mesej seperti pepatah yang menyatakan bahawa
28


“sekeping gambar dapat menggambarkan seribu makna”.Saya telah melaksanakan pendekatan

ini terhadap sampel yang masih lemah. Prosedur pelaksanaan bagi kaedah ini sama seperti di

dalam kitaran pertama. Hanya tambahan kad criteria beserta gambar sahaja yang telah saya

aplikasikan dalam kitaran kedua ini.


       Dalam kitaran kedua ini saya masih memilih Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart,

1998.Model ini mengandungi 4 elemen utama iaitu Perancangan (Plan), Tindakan (Action),

Pemerhatian (Observe), Refleksi (Reflect). Setiap satu kitaran akan dilaksanakan dalam tempoh

satu minggu (satu minggu terdapat 3 perjumpaan bersama sampel).


       Pada proses Perancangan (Plan), saya telah menyediakan bahan pengajaran seperti kad

kriteria beserta gambar, bola, jaring dan sebagainya. Alat-alat ini haruslah berfungsi dengan baik

supaya tidak mendatangkan masalah semasa sesi pelaksanaan dijalankan.Saya juga memeriksa

keadaan gelanggang bola tampar sama ada selamat atau tidak untuk digunakan. Sehari sebelum

ujian, saya telah memberi taklimat kepada sampel berkenaan aktiviti yang akan dijalankan.


       Proses Tindakan (Action) pula adalah pelaksanaan semua aktiviti yang telah

dirancang.Saya menggunakan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal bagi kemahiran

servis bawah bola tampar.Sepanjang aktiviti sampel hendaklah berpasangan dan berperanan

sebagai pemerhati dan pelaku.Saya pula hanya menjadi fasilitator sahaja. Setelah sampel

melaksanakan aktiviti mereka telah diberi rehat. Saya telah membuat kesimpulan dan maklum

balas terhadap keseluruhan sampel.


       Seterusnya saya telah melaksanakan Pemerhatian (Observe).Fasa ini membolehkan saya

memerhati dan memantau perlakuan sampel. Sejauh mana sampel mendapat input melalui

kaedah yang telah saya gunakan.
29


       Fasa terakhir adalah sesi Refleksi (Reflect) di mana sampel perlu membuat refleksi

mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan.Sampel telah menceritakan kembali peranan

pemerhati dan pelaku terhadap kerjasama yang dijalankan. Guru dan sampel juga akan

memberikan pendapat mengenai penggunaan kad kriteria beserta gambar yang terdapat dalam

stail ini dan apa yang perlu dilakukan sebagai penambahbaikan terhadap kad kriteria tersebut.


       Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart ini dijelaskan melalui gambarajah 3 berikut:




                                    Reflect: sampel dan guru
                                    membuat refleksi mengenai
                                    aktivitiyang dilakukan dan cerita
                                    kembali peranan masing-masing.



          Observe: saya memerhatikan                          Plan: menyediakan bahan
          sampel dan mengenalpasti                            pengajaran dan memberikan
          sejauhmana sampel                                   taklimat.
          mengaplikasikan stail ini.



                                    Action: menggunakan kad
                                    kriteria (teks sahaja) dalam stail
                                    reciprocal bagi kemahiran servis
                                    bawah bola tampar.


                                    Reflect: sampel dan guru
                                                                                     Kitaran
                                    membuat refleksi mengenai
                                                                                     seterusnya
                                    aktivitiyang dilakukan dan cerita
                                    kembali peranan masing-masing.



          Observe: saya memerhatikan                              Plan: menyediakan bahan
          sampel dan mengenalpasti                                pengajaran dan memberikan
          sejauhmana sampel                                       taklimat. (sediakan kad kriteria)
          mengaplikasikan stail ini.
30




                                    Action: menggunakan kad
                                    kriteria (beserta gambar) dalam
                                    stail reciprocal bagi kemahiran
                                    servis bawah bola tampar.




Gambarajah 3.Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart.


5.2 Cara Mengumpul Data


Dalam kajian ini, saya telah mengumpul data melalui duapendekatan iaitu kualitatif dan

kuantitatif.Bagi pendekatan kualitatif, saya menggunakan kaedah pemerhatian manakala bagi

pendekatan kuantitatif pula, saya telahmenggunakan kaedah ujian pra dan ujian pos iaitu Ujian

Servis Bola Tampar AAHPERD.


   1. Pemerhatian


   Stail reciprocal yang diaplikasikan membolehkan saya memerhatikan reaksi murid dengan

   lebih efisien sepanjang aktiviti dijalankan. Ini kerana murid yang akan bertindak sebagai

   pemerhati danpelaku manakala saya cuma sebagai tempat rujukan sahaja. Saya telah

   memerhati sama ada mereka ada melakukan perlakuandalam setiap fasa dalam kemahiran

   servis bawah bola tampar mahupun tidak. Saya juga telah merakam perlakuan sampel semasa

   mereka melakukan kemahiran servis bawah tangan bola tampar ini sewaktu mereka

   menjalani ujian pos agar saya dapat membuat rujukan dan penilaian terhadap aspek-aspek

   yang diperlukan untuk melakukan teknik kemahiran servis bawah bola tampar.Selain itu saya

   juga mengambil kira sama ada mereka dapat mendengar arahan saya dengan baik atau

   sebaliknya. Untuk kaedah ini, saya telah menggunakan borang senarai semak (Lampiran 8)
31


   untukmerekod item-item yang dinilai. Melalui borang tersebut, saya telah membuat penilaian

   tentang murid sama ada dapat menguasai kemahiran ini dengan baik atau tidak.


   2. Ujian pra dan ujian pos.


      Seterusnya data juga telah dikutip melalui pendekatan kuantitatif iaitu ujian pra dan pos

   Servis Bola Tampar AAHPERD.Ujian pra telah dijalankan semasa tinjauan awal, manakala

   ujian pos telah dilaksanakan selepas sampel melakukan aktiviti dalam setiap kitaran

   menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal.Data bagi ujian pra dan pos telah

   direkodkan ke dalam borang skor Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.Langkah

   pengumpulan data yang telah saya jalankan adalah seperti yang berikut:


Jadual 4.Langkah pengumpulan data.


  Langkah        Cara Penilaian       Kumpulan Sasaran                      Tujuan


    Dan


   Tarikh


Langkah 1      Menjalankan           26 orang murid tahun Mengenalpasti masalah sebenar

               pemerhatian 1         6 Futuristik            yang dihadapi oleh murid-murid.



Langkah 2      Ujian Pra             26 orang murid tahun Saya menjalankan Ujian Pra iaitu

                                     6 Futuristik$           Ujian    Servis    Bola    Tampar

                                                             AAHPERD. Tujuannya adalah

                                                             mengenalpasti masalah sebenar

                                                             yang dihadapi oleh murid-murid
32


                                                   tahun 6 Futuristik ini. Seterusnya

                                                   ia     bertujuan   untuk    memilih

                                                   murid-murid yang benar-benar

                                                   lemah dalam kemahiran servis

                                                   bawah       bola   tampar     untuk

                                                   dijadikan sampel kajian saya.


Langkah 3   Menjalankan       6 orang sampel dari Bagi mengenalpasti sama ada

            pemerhatian 2     Tahun 6 Futuristik   sampel         telah       mencapai

                                                   peningkatan ataupun tidak bagi

                                                   memperbaiki teknik kemahiran

                                                   servis bawah bola tampar setelah

                                                   sesi pemulihan iaitu penggunaan

                                                   kad kriteria dalam stail reciprocal

                                                   diaplikasikan.


Langkah 4   Menjalankan Ujian 6 orang sampel dari Menjalankan Ujian Servis Bola

            Pos 1             Tahun 6 Futuristik   Tampar AAHPERD. Tujuannya

                                                   adalah     untuk       mengenalpasti

                                                   sama ada terdapat peningkatan

                                                   skor     dalam     Ujian    Pos    1

                                                   berbanding Ujian Pra. Selain itu

                                                   ia bertujuan untuk mengenalpasti

                                                   sampel yang masih mempunyai
33


                                                    masalah dalam kemahiran servis

                                                    bawah bola tampar ini untuk

                                                    mengambil         tindakan      yang

                                                    seterusnya terhadap mereka.


Langkah 5   Menjalankan       3 orang sampel dari Untuk mengenalpasti sama ada

            pemerhatian 3     Tahun 6 Futuristik.   sampel       telah           mencapai

                                                    peningkatan dalam memperbaiki

                                                    teknik kemahiran servis bawah

                                                    bola     tampar      setelah        sesi

                                                    pemulihan iaitu penggunaan kad

                                                    kriteria dalam stail reciprocal

                                                    diaplikasikan.instrumen         yang

                                                    digunakan ialah borang senarai

                                                    semak.


Langkah 6   Menjalankan Ujian 3 orang sampel dari Menjalankan Ujian Servis Bola

            Pos 2             Tahun 6 Futuristik.   Tampar AAHPERD. Tujuannya

                                                    adalah    untuk      mengenalpasti

                                                    sama ada terdapat peningkatan

                                                    skor     dalam     Ujian      Pos     2

                                                    berbanding Ujian Pos 1.
34


   6.0 Analisis dan Interpretasi Data


   Saya telah menganalisis data menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.Langkah

   urutan analisis data adalah seperti berikut:


   1) Menganalisis pemerhatian 2 ( semasa ujian pos 1 dijalankan)

   2) Menganalisis ujian pos 1 (catatan skor yang diperolehi oleh setiap sampel. Skor diambil

      semasa sampel melaksanakan ujian pos 1)

   3) Menganalisis pemerhatian 3 ( semasa ujian pos 2 dijalankan)

   4) Menganalisis catatan skor yang diperolehi oleh setiap sampel ( skor diambil semasa

      sampel melaksanakan ujian pos 2)


   6.1 Analisis Pemerhatian 2


      Saya telah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui pemerhatian bagi

   menganalisis data yang telah di perolehi.Instrumen yang telah saya gunakan bagi kaedah ini

   adalah borang senarai semak.Hasil pemerhatian yang telah dilakukan, saya dapati bahawa

   terdapat sampel yang melaksanakan aktiviti seperti yang telah tertera dalam borang senarai

   semak tersebut dan ada juga yang tidak melaksanakannya.Ini dapat ditunjukkan melalui

   jadual 5 berikut:


   Jadual 5.Analisis pemerhatian 2 bagi sampel kajian.


BIL PERKARA/FASA              Sampel       Sampel   Sampel    Sampel     Sampel     Samepl

                                 A            B          C          D       E          F


Fasa Persediaan
35


1    Berdiri mengiring      /   /   /   /   /   /


2    Kaki dibuka seluas     /   /   /   /   /   /

     bahu


3    Bola        dipegang   /   /   /   /   /   /

     dengan       sebelah

     tangan pada paras

     pinggang


4    Mata tumpu pada        /   /   /   /   /   /

     bola


5    Genggam       tangan   /   /   /   /   /   /

     bebas    yang akan

     melakukan servis.


Fasa Pelaksanaan




6    Lengan        tangan   /   X   /   /   /   /

     bebas dihayun ke

     belakang.


7    Serentak,      berat   X   X   /   /   X   /

     badan dipindah ke

     belakang
36


8    Lambung bola pada       X   X   /   /   X   /

     paras kepala


9    Lengan         tangan   X   X   /   /   X   /

     bebas dihayun ke

     depan dalam satu

     satah yang lurus.


10   Serentak,       berat   X   X   X   /   X   /

     badan dipindah ke

     depan.


11   Kontak bola pada        X   X   /   /   X   /

     buku lima tangan

     yang       digenggam

     pada            paras

     pinggang.


12   Bola dikontak pada      X   X   /   /   X   /

     bahagian       bawah

     tengah


Fasa Ikut Lajak




13   Ambil satu langkah      X   X   X   /   X   /
37


      ke hadapan


14    Berat badan pada         X          X           X           /         X          /

      kaki hadapan


15    Lengan ke arah atas      X          X           /          X          X          /

      jaring




16    Bergerak masuk ke         /         X           /          X          X         X

      dalam gelanggang


JUMLAH ADA (/)                7/16       5/16       13/16      14/16      6/16       15/16


PERATUS (%)                    44         31          81         88        38         94




Berdasarkan jadual berikut sampel A,B, dan E mencatatkan bilangan ada (/) yang paling rendah

di mana sampel A mencapai 7 daripada 16 item yang dinilai melalui borang senarai semak saya

iaitu sebanyak 44%. Sampel B pula mencapai bilangan ada (/) yang paling rendah iaitu 5 sahaja

dan iaitu sebanyak 31% teknik lakuan yang dilakukan daripada item teknik lakuan yang

dinilai.manakala sampel E mencatatkan sebanyak 6 daripada 16 item yang nilai iaitu sebanyak

38%. Namun demikian, sampel C, D, dan F mencatat bilangan ada (/) yang tinggi berbanding

sampel-sampel yang lain. Sampel C telah mencapai13 daripada 16 item yang dinilai iaitu

sebanyak 81%. Seterusnya sampel D sebanyak 14 iaitu 88% manakala sampel F mencatakan

bilangan ada (/) yang paling tinggi iaitu sebanyak 15 daripada 16 item yang terdapat di dalam
38


borang senarai semak yang telah disediakan iaitu sebanyak 94%.Seterusnya perbandingan

pemerhatian saya terhadap teknik lakuan kemahiran servis bola tampar bagi Pemerhatian 1 dan

Pemerhatian 2 yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga sampel telah di tunjukkan melalui graf dalam

gambarajah 4:




                         Perbandingan Pemerhatian 1 dan
                                 Pemerhatian 2
             100
              90
              80
              70
              60
   peratus




              50                                                               Pemerhatian 1
              40                                                               Pemerhatian 2
              30
              20
              10
               0
                   sampel A Sampel B   sampel C Sampel D sampel E   sampel F



Gambarajah 4. Graf perbandingan pemerhatian 1 dan pemerhatian 2


Berdasarkan graf di atas, saya dapati semua sampel mencapai peningkatan dari segi bilangan

lakuan teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar. Hanya sampel E sahaja yang

menunjukkan penurunan di mana pada pemerhatian 1, sampel mencatat bilangan lakuan

sebanyak 7 aktiviti dan menurun kepada 6 aktiviti sahaja iaitu penurunan sebanyak 6%. Sampel

yang menunjukkan peningkatan adalah sampel B, C, D, dan sampel F. Sampel B melakukan

sebanyak 4 aktiviti pada pemerhatian 1 dan meningkat kepada 5 aktiviti pada pemerhatian 2.
39


Peningkatan sebanyak 6% bagi sampel B. Sampel C pula melakukan sebanyak 10 aktiviti pada

pemerhatian 1 dan meningkat kepada 13 aktiviti pada pemerhatian 2 iaitu peningkatan sebanyak

18%. Begitu juga dengan sampel F yang didapati meningkat daripada hanya 10 aktiviti yang

dilakukan pada pemerhatian 1 dan telah menginjak kepada 15 aktiviti pada pemerhatian 2 iaitu

peningkatan sebanyak 31%. Bagi sampel A pula, tiada perubahan di catatkan pada pemrehatian 1

dan 2 di mana sampel ini melakukan sebanyak 6 aktiviti dalam teknik lakuan kemahiran servis

bawah bola tampar iaitu sebanyak 44%.


6.2 Analisis Ujian Pos 1


       Seterusnya saya juga menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu, setelah data dikutip dan

dikumpulkan, saya telah menganalisis data dengan menggunakan persentil hasil daripada

prestasi kemajuan pelajar yang didapati daripada dapatan ujian pos iaitu melalui borang skor

yang telah diteliti.Dapatan data norma persentil perbandingan skor ujian pra dan pos Servis

Bola Tampar AAHPERD telah saya terjemahkan dalam bentuk jadual 6 berikut:


Jadual 6.Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Pos Servis Bola Tampar AAHPERD:


                   Ujian Pra                             Ujian Pos


Perkara            Skor        Persentil                 Skor        Persentil


Sampel A                  9    Diantara 25 hingga 50         8       Diantara 25 hingga 50


Sampel B                  3    Diantara 5 hingga 25          2       Diantara 5 hingga 25


Sampel C                  7    Diantara 25 hingga 50         11                  50
40


Sampel D                        4         Diantara 0 hingga 5               17        Diantara 50 hingga 75


Sampel E                        5                    5                      6         Diantara 5 hingga 25


Sampel F                        4         Diantara 5 hingga 25              16                  75




                                    Pencapaian Ujian Pos 1
               80

               70

               60

               50
   persentil




               40                                                                            Ujian Pra

               30                                                                            Ujian Pos

               20

               10

                0
                    sampel A   Sampel B   Sampel C   Sampel D    Sampel E       Sampel F



Gambarajah 5. Graf perbandingan                  ujian pra dan ujian pos Ujian Servis Bola Tampar

AAHPERD.


               Setelah ujian pra dan ujian pos dilaksanakan, saya mendapati terdapat perubahan

pencapaian skor dan norma persentil dalam kalangan sampel dimana pada ujian pos, didapati 3

orang sampel iaitu sampel C, D dan F telah menunjukkan peningkatan dalam skor masing-

masing.Skor yang diperolehi mencapai sasaran yang telah saya tetapkan iaitu pada persentil
41


50.Semasa ujian pra dilaksanakan, sampel C mencatat persentil 25 manakala setelah ujian pos

dijalankan, sampel ini telah mencapai persentil 50.Bagi sampel D pula, peningkatan amat ketara

telah dipamerkan oleh sampel ini di mana pada ujian pra, sampel mencatatkan persentil 0.Namun

pada ujian pos sampel mendapat persentil sebanyak 50 dan telah mencapai sasaran skor yang

telah saya tetapkan.Begitu juga dengan sampel F yang mencatatkan persentil sebanyak 5 dan

telah menunjukkan peningkatan setelah melaksanakan ujian pos iaitu mencatatkan persentil

sebanyak 75.Hal ini terjadi kerana semasa ujian pra dijalankan, sampel belum mendapatkan

pendedahan yang lebih terperinci dan penggunaan kad kriteria dalam stail bergandingan juga

belum diaplikasikan.Sehubungan dengan itu, ujian pos telah menunjukkan peningkatan kerana

mereka telah mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saya praktikkan dengan betul.


   Namun berlainan bagi sampel A, B, dan E. Tiada perubahan yang ketara terhadap norma

persentil masing-masing walaupun skor yang diperolehi meningkat. Persentil mereka juga berada

di bawah paras skor sasaran. Semasa ujian pra dilaksanakan sampel A mencatatkan persentil

sebanyak 25 dan persentil tersebut tidak berubah setelah ujian pos dilaksanakan. Begitu juga

dengan sampel B yang mencapai persentil sebanyak 5 sahaja dan tiada peningkatan berlaku

walaupun sampel telah menjalani sesi pemulihan iaitu penggunaan kad kriteria (teks sahaja)

dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran servis bawah bola tampar ini. Bagi sampel E pula

keadaan yang sama berlaku di mana sampel ini juga tidak menunjukkan peningkatan semasa

ujian pos dilaksanakan. Pencapaian skor tidak berganjak iaitu pada persentil 5 pada kedua-dua

ujian iaitu ujian pra dan ujian pos.




6.3 Analisis Pemerhatian 3
42


    Memandangkan masih terdapat sampel yang tidak menunjukkan peningkatan terhadap skor

dan norma persentil semasa ujian pos pertama dilaksanakan, saya telah meneruskan kajian ini

kepada kitaran yang kedua iaitu penggunaan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal

bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya kelolakan. Mereka terdiri daripada sampel A,

B, dan E. Sehubungan dengan itu, saya masih menggunakan kaedah pemerhatian bagi

menganalisis penguasaan sampel terhadap kemahiran ini. Instrumen yang digunakan ialah

borang senarai semak.Jadual 7 menunjukkan hasil pemerhatian yang telah saya jalankan terhadap

sampel-sampel tersebut.


Jadual 7.Analisis pemerhatian 3 bagi sampel kajian.


BIL PERKARA/FASA                                             Sampel      Sampel     Sampel

                                                                A           B          E


Fasa Persediaan


1     Berdiri mengiring                                          /          /          /


2     Kaki dibuka seluas bahu                                    /          /          /


3     Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras             /          /          /

      pinggang


4     Mata tumpu pada bola                                       /          /          /


5     Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis.           /          /          /


Fasa Pelaksanaan
43


6    Lengan tangan bebas dihayun ke belakang              /      /       /


7    Serentak, berat badan dipindah ke belakang           /      X       /


8    Lambung bola pada paras kepala                       /      X       /


9    Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu      /      /       /

     satah yang lurus.


10   Serentak, berat badan dipindah ke depan.             /      X       /


11   Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam     /      X       /

     pada paras pinggang.


12   Bola dikontak pada bahagian bawah tengah             /      X       /


Fasa Ikut Lajak

13   Ambil satu langkah ke hadapan                        /      /       /


14   Berat badan pada kaki hadapan                        /      /       /


15   Lengan ke arah atas jaring                          X       X       /


16   Bergerak masuk ke dalam gelanggang                  X       X      X


JUMLAH ADA (/)                                          14/16   9/16   15/16


PERATUS (%)                                              88     56      94
44


             Berdasarkan jadual 7, saya mendapati bahawa sampel-sampel ini telah menunjukkan

peningkatan dalam aspek-aspek yang dinilai yang terdapat di dalam borang senarai semak yang

telah saya sediakan.Sampel A mencatatkan bilangan ada (/) sebanyak 14 daripada 16 iaitu

sebanyak 88%. Seterusnya sampel B pula sebanyak 9 iaitu 56% manakala sampel E pula

sebanyak 15 daripada 16 aspek yang telah dinilai di dalam borang senarai semak iaitu sebanyak

94%. Seterusnya perbandingan pemerhatian saya terhadap teknik lakuan kemahiran servis bola

tampar bagi Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3 yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga sampel telah

di tunjukkan melalui graf dibawah:



                   Keputusan Perbandingan Pemerhatian 2 dan
                                Pemerhatian 3
             100
              90
              80
              70
              60
   peratus




              50                                                        pemerhatian 2
              40                                                        pemerhatian 3
              30
              20
              10
               0
                    sampel A Sampel B Sampel E



Gambarajah 6.Perbandingan pemerhatian 2 dan pemerhatian 3 terhadap sampel kajian.


Graf di atas menunjukkan perbandingan ujian pos 1 dan ujian pos 2 teknik lakuan yang di

lakukan oleh sampel A, B dan E dimana setiap sampel menunjukkan perubahan yang positif.Di

mana semua sampel di dapati meningkat dari segi teknik lakuan kemahiran servis bawah bola
45


tampar masing-masing. Sampel A peningkatan sebanyak 44%, sampel B pula sebanyak 25% dan

akhir sekali sampel E mencapai peningkatan yang paling ketara iaitu sebanyak 56%.




6.4 Analisis Ujian Pos 2


       Bagi kitaran kedua ini, saya juga masih menggunakan pendekatan kuantitatif bagi

menganalisis data yang diperolehi daripada skor ujian pos 2.Sampel yang terlibat dalam kitaran

kedua ini ialah sampel A, B dan E. Kaedah yang digunakan dalam kitaran kedua ialah

penggunaan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal. Data perbandingan skor yang

diperolehi daripada sampel-sampel tersebut dapat dilihat melalui jadual 8 berikut:


Jadual 8.Perbandingan Skor Ujian Pos 1 dan Pos 2 Servis Bola Tampar AAHPERD


                    Ujian Pos 1                             Ujian Pos 2


Perkara             Skor          Persentil                 Skor          Persentil


Sampel A                   8      Diantara 25 hingga 50        12         Diantara 50 hingga 75


Sampel B                   2      Diantara 5 hingga 25          9         Diantara 25 hingga 50


Sampel E                11                    25               18         Diantara 50 hingga 75
46


Seterusnya perbandingan skor bagi Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 dalam Ujian Servis Bola Tampar

AAHPERD telah ditunjukkan sepertimana dalam gambarajah 7:



                    Perbandingan Pencapaian Ujian Pos 1 dan
                                  Ujian Pos 2
               60

               50

               40
   Persentil




               30                                                         Ujian Pos 1
                                                                          Ujian Pos 2
               20

               10

                0
                    sampel A   Sampel B   Sampel E



Gambarajah 7. Perbandingan pencapaian ujian pos 1 dan ujian pos 2 ( Ujian Servis Bola

Tampar AAHPERD).


Graf dalam gambarajah 7 menunjukkan perbandingan norma persentil yang diperolehi oleh

ketiga-tiga sampel saya iaitu sampel A, B, dan E. Mereka telah menunjukkan peningkatan

terhadap persentil masing-masing. Sampel A dan B telah menunjukkan peningkatan prestasi

dimana mereka berdua telah mencapai sasaran yang telah saya tetapkan iaitu pada persentil 50

memandangkan pada ujian pos 1, sampel A dan B mencatat persenti 25 sahaja. Hal ini berbeza

dengan sampel B di mana walaupun terdapat peningkatan skor semasa melaksanakan ujian pos 2

namun norma persentil masih belum mencapai sasaran yang telah saya tetapkan. Sampel

mencatat persentil 5 pada ujian pos 1 manakala pada ujian pos 2, persentil sampel ini berada
47


pada persentil 25.Oleh yang demikian, dapatan ujian pos ini menunjukkan terdapatnya

peningkatan dari segi skor dan norma persentil yang diperolehi oleh para sampel.




7.0 DAPATAN


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan pendekatan yang digunakan bagi

meningkatkan penguasaan sampel dalam aktiviti pembelajaran.Saya telah menjalankan kajian

terhadap beberapa orang sampel saya dengan penggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal

bagi meningkatkan kemahiran servis bawah bola tampar.Hasil daripada kajian tersebut, saya

mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ditunjukkan oleh sampel kajian saya.Dapatan ini

telah di sokong oleh pengkaji lalu iaitu, Umi Kalsum (2005), yang menyatakan pendekatan

pelajaran berpusatkan pelajar iaitu stail reciprocal lebih berupaya meningkatkan pencapaian

pelajar.


Berdasarkan data yang telah saya perolehi iaitu terhadap sampel pada kitaran pertama, saya

dapati bahawa dalam pemerhatian 1, terdapat 4 orang sampel iaitu sampel B, C, D dan F telah

menunjukkan peningkatan dari segi bilangan lakuan yang telah di tetapkan seperti yang

tersenarai dalam borang senarai semak. Sampel B telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6

peratus iaitu dari 25 peratus kepada 31 peratus.Sampel C pula telah menunjukkan peningkatan

dari 63 peratus kepada 81 peratus. Bagi sampel D dan F pula masing-masing menujukkan

perubahan yang positif di mana sampel D mencatat jumlah peningkatan peratusan sebanyak 19

peratus manakala bagi sampel F pula pengkatan yang amat memberansangkan iaitu sebanyak 31

peratus. Bagi perolehan data semasa ujian pos 1 pula, saya mendapati bahawa tiga orang sampel

telah menunjukkan perubahan yang positif di mana skor persentil yang diperolehi oleh ketiga-
48


tiga sampel ini telah berjaya melepasi skor yang telah saya tetatpkan iaitu pada persentil 50.

Sampel C dan D masing-masing berjaya mencapai persentil 50 pada ujian pos manakala sampel

F pula menunjukkan peningkatan mendadak iaitu daripada persentil 5 kepada persentil 75.


       Berdasarkan dapatan yang telah saya perolehi, saya mendapati sampel yang terdiri dari

kalangan murid yang mempunyai prestasi baik dalam akademik agak mudah mencapai

peningkatan dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini apabila penggunaan kad kriteria

dalam stail reciprocal diaplikasikan.Hal ini terjadi kerana mereka lebih mudah faham dengan

kriteria-kriteria yang harus dilaksanakan seperti yang tertera dalam kad kriteria yang telah

diedarkan kepada setiap pasangan.Mereka lebih mudah menguasai kemahiran ini setelah mereka

membaca kad kriteria tersebut.dapatan saya ini telah disokong oleh dapatan kajian Alfassi (1998)

yang mendapati, kumpulan pelajar yang mengikuti pengajaran reciprocal telah menunjukkan

perbezaan yang signifikan dalam kefahaman bacaan pelajar apabila menggunakan pengajaran

reciprocal berbanding dengan kaedahpengajaran bacaan konvesional. Justeru jelaslah di sini

bahawa sampel lebih mudah memahami item-item yangterdapat di dalam kad kriteria dengan

menggunakan stail reciprocal ini seterusnya dapat memperbaiki prestasi mereka dalam

kemahiran servis bawah bola tampar ini.


       Namun begitu, terdapat sampel yang belum melepasi skor yang telah saya tetapkan dalam

ujian pos1 iaitu sampel A, B dan E. Sampel A tidak menunjukkan peningkatan semasa ujian pra

dan pos 1 di mana sampel ini mencatatkan persentil 5 dalam kedua-dua ujian.Bagi sampel B dan

E juga tiada peningkatan persentil ditunjukkan iaitu pada persentil 5 pada ujian pra dan pos

1.Dalam pemerhatian 2, Mereka juga tidak menujukkan peningkatan dari segi bilangan lakuan

yang dilakukan mengikut item dalam borang senarai semak berbanding dalam pemerhatian 1.

Oleh yang demikian, saya telah menjalankan langkah inisiatif lain di mana saya telah
49


menambahkan gambar dalam kad kriteria yang telah saya sediakan terhadap sampel yang masih

mempunyai masalah dalam penguasaan teknik kemahiran servis bawah bola tampar. Hasil

daripada tindakan saya ini, ketiga-tiga sampel telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran

ini di mana sampel A, B dan E di mana pada pemerhatian 3, sampel A telah menunjukkan

peningkatan peratus sebanyak 44%, sampel B pula sebanyak 25% dan sampel E pula

menunjukkan peningkatan yang mendadak iaitu sebanyak 56% di mana sampel ini mencatatkan

peratusan sebanyak 38% pada pemerhatian 2 dan 94% pada pemerhatian 3. Begitu juga dengan

keputusan ujian pos 2 di mana sampel A dan E telah melepasi sasaran persentil yang telah saya

tetapkan iaitu pada persentil 50. Sampel B pula tidak melepasi persentil yang telah saya tetapkan

namun begitu, sampel ini telah menunjukkan peningkatan terhadap catatan skornya dalam ujian

pos 2 iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD yang telah saya jalankan iaitu daripada hanya

2 skor pada ujian pos 1 kepada 9 skor pada ujian pos 2. Saya mendapati bahawa ketiga-tiga

sampel iaitu sampel A, B dan E merupakan murid yang lemah dalam akademik, sehubungan

dengan itu, hasil dapatan data yang telah diperolehi ini, saya mendapati bahawa sampel-sampel

ini memerlukan masa yang lebih panjang berbanding sampel yang telah menunjukkan

peningkatandalam pemerhatian 2 dan ujian pos1. Namun begitu, penggunaan kad kriteria dalam

stail reciprocal juga masih dapat meningkatkan penguasaan ketiga-tiga sampel ini dalam

kemahiran servis bawah bola tampar.Ia juga dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap

kriteria-kriteria yang diperlukan untuk melakukan servis ini berdasarkan pembacaan mereka

melalui kad kriteria yang telah diedarkan. Penggunaan stail reciprocal ini juga turut digunakan

oleh pengkaji lepas iaitu Lederer (2002), yang telah membuat kajian tentang keberkesanan teknik

reciprocal terhadap pelajar yang mempunyai masalah dalam kefahaman bacaan. Kajian tersebut

telah dijalankan ke atas pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran di salah sebuah sekolah
50


rendah di New Mexico, Amerika Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan teknik pengajaran

reciprocal berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar termasuklah pelajar yang

mempunyai maslah pembelajaran.Tambahan lagi, saya juga telah memasukkan gambar dalam

kad kriteria tersebut. Sehubungan dengan itu, penguasaan kefahaman murid         terhadap kad

kriteria tersebut dan apa yang perlu dilakukan bagi menguasaai teknik dalam kemahiran servis

bawah bola tampar juga semakin meningkat. Dapatan kajian ini juga telah di sokong oleh

………


       Justeru itu, kesimpulan yang telah saya perolehi mendapati kajian yang telah saya

laksanakan ini telah menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan di mana penggunaan

kad kriteria dalam stail reciprocal dapat meningkatkan kemahiran servis bawah bola tampar bagi

murid-murid Tahun 6 Futuristik.


8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


1. Kajian lanjutan perlu melibatkan lebih ramai sampel untuk melihat keberkesanan kaedah stail

bergandingan ini dalam kemahiran servis bawah bola tampar. Penggunaan sampel yang lebih

ramai bertujuan untuk menambahkan kuasa ujian (the power of test).


2. Kajian yang akan datang perlu mengambil kira pemboleh ubah-pemboleh ubah lain seperti

bangsa, umur, lkasi sekolah di luar bandar dan yang di bandar, mata pelajaran lain dan pelbagai

tahap kebolehan pelajar juga harus diambil kira dalam kajian selanjutnya agar kesimpulan yang

lebih kukuh dapat diberikan.


3. Selain dari mengkaji murid, kajian lain juga boleh dilakukan dengan menggunakan guru

sebagai sampel kajian. Dapatan daripada kajian yang melibatkan guru sudah tentu berguna

kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan.
51


4. Saya juga mencadangkan agar pada masa untuk kajian akan datang dilanjutkan kerana masa

yang singkat membataskan pengkaji untuk mengambil pendekatan selanjutnya yang lebih wajar

bagi menangani masalah yang dihadapi oelh murid.
52


RUJUKAN


AAHPERD Skills Test Manual: Volleyball. Clayton Shay, test consultant. Reston, Va.:

       AAHPERD, 1969.


Alfassi.M. (1998). Reading for meaning: the efficiency of reciprocal teaching in fostering.

       Reading comprehension in high school students in remedial reading classes.American

       Educational Research Journal, 35 (2), 309-332.


Byra, M., & Marks, M. (1993). The effect of two pairing techniques on specific feedback and

       comfort levels of learners in the reciprocal style of teaching. Jounal of Teaching in

       Physical Education, 12(3), 286-300.


Ernst, M., & Byra, M. (1998). What does the reciprocal style of teaching hold for junior

       highschool learners? The Physical Educator, 55(1), 24-37.


Gagne, R. M., Briggs, L. J., & Wager, W. W. (1992).Principles of instructional design (4thed.).

       Fort Worth, TX: Harcourt Brace Jovanovich College Publishers.


Hart, E.T. & Speece, L.D. (1998). Reciprocal teaching goes to college: effects for post secondary

       students at risk for academic failure. Journal of Educational Psychology, 40 (4), 670-681


Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986).Practical measurements for evaluation in physical

       education.(4thed.). Edina: Burgess Publishing.


Julismah Jani. (2011). Ilmu konten pedagogi dalam pendidikan jasmani dan sains sukan.

       Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
53


Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Surat pekeliling ikhtisas bil. 25/1998: Pelaksanaan

       mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 18 Nov 1998,

       KP(BS)8591/Jil.XIV/(25).


Lederer, J. M. (2002). Reciprocal teaching of social studies in inclusive elementary classroom.

       Journal of Learning Dissabilities, 33.


Lysynchuk, L. M., Pressley, M. & Vye, N. J. (1990). Reciprocal teaching improves standardized

       reading comprehension performance in poor comprehend. The Elementary School

       Journal, 90 (5).


Mosston,   M.    (2002).Teaching    physical    education.(5thed.).   San   Francisco:   Benjamin

       Cummings.


Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Sukatan pelajaran rendah dan menengah: Pendidikan

       Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Rink, J. E. (1998).Teaching physical education for learning. Boston: McGraw-Hill.


Rozianah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Cheras: Utusan Publications &

       Distributors Sdn Bhd.


Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub,& Mohd Zohir Ahmad.(2003). Pedagogi strategi dan

       teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd.


Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundation of the new reform. Harvard

       Educational Review, 15(2), 4-14.
54


Siow, H. L., Abu Talib Putih,& Lee, S. E. (2005).Pedagogi merentas kurikulum. Tanjong Malim:

Universiti Sultan Idris.


Umi Kalsom Mohd Salleh. (2005). Kajian keberkesanan pengajaran reciprocal ke atas

       pencapaian dan sikap pelajar dalam pembelajaran sejarah tingkatan empat.Jabatan

       Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Bentong. PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.

251-262.


Viera, B. L., & Ferguson, B. J. (1994).Bola tampar meniti tangga kejayaan. Shah Alam: Federal

       Publications Sdn Bhd.


Westera, J. & Moore, D. W. (1995).Reciprocal Teaching of Reading comprehension in a New

       Zealand High School.Journal of Psychology in the School. 32.
55


LAMPIRAN 1



             BORANG SKOR UJIAN SERVIS BOLA TAMPAR AAHPERD.



NAMA:

KELAS:



Perhatikan pelakuan murid dan catatkan bilangan skor bagi kemahiran servis bawah tangan bola
tampar yang diperolehi pada setiap percubaan di kawasan yang telah ditetapkan.



         Percubaan                 Skor

             1

             2

             3

             4

             5

             6

             7

             8

             9

             10




Pencatat skor:

……………………………

(                        )
56


LAMPIRAN 2
                SEKOLAH KEBANGSAAN TEMONG

                33600 ENGGOR,

                PERAK DARUL RIDZUAN.    ABA 4040     TEL &FAKS : 05- 7521477



___________________________________________________________________________


‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’
                                                                    Ruj.Tuan :

                                                                    Ruj.Kami :

                                                           Tarikh      :



Suriana Bte Hassan

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,

31150 Ulu Kinta,

Perak.



Melalui,

Guru Besar,

SK Temong,

33600 Enggor,

Perak.



Kepada,

_________________________

_________________________

_________________________

                                                                           4 Jun 2011
57


Tuan / Puan,



PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK MELIBATKAN PELAJAR SEBAGAI SAMPEL KAJIAN



Merujuk kepada perkara di atas, saya, Suriana Bte Hassa, no. matrik 22100, penuntut sarjana muda pendidikan
(Pendidikan Jasmani) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, ingin memohon kebenaran untuk melibatkan anak /
anak jagaan tuan / puan sebagai sampel dalam kajian saya. Kajian ini dijalankan sebagai memenuhi kehendak
program sarjana muda perguruan.

2.       Kajian saya bertajuk „Penggunaan Kad Kriteria dalam Stail Bergandingan untuk Meningkatkan Kemahiran
Servis Bawah Bola Tampar Bagi Murid-murid Tahun 6 Futuristik ‟. Kajian akan dijalankan semasa kelas PJK dan
pelajar-pelajar yang terlibat sebagai sampel akan digunakan dalam kajian saya.

3.       Kajian ini akan bermula pada Jun 2011 dan berakhir pada Julai 2011. Ujian ujian yang akan dilaksanakan
adalah ujian pra dan ujian pos servis bola tampar AAHPERD. Ujian-ujian ini tidak akan mendatangkan bahaya
kepada sampel kajian. Semua maklumat yang diperolehi dalam kajian ini adalah sulit dan hanya digunakan bagi
tujuan kajian ini sahaja.

4.            Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.



Yang benar,

___________________

(Suriana Bte Hassan)




PERAKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA



Saya ..............................................................membenarkan / tidak membenarkan anak / anak jagaan saya
...............................................………… tahun...........................untuk menyertai kajian ini.

2.       Saya sedar bahawa guru dan pihak sekolah akan mengambil segala langkah keselamatan sepanjang kajian
dijalankan. Oleh itu, saya mengaku bahawa pihak sekolah tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang
kejadian yang tidak diingini yang mungkin berlaku.

3.            Anak / anak jagaan saya pernah / sedang menghidap penyakit
.....................................................................................

Tandatangan ibu bapa / penjaga : ..........................................                         Telefon : .........................

Alamat ibu bapa / penjaga :
..........................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................................
............

No. Kad pengenalan                         : ......................................     Tarikh        :      .....................................
58


LAMPIRAN 3




                                             5‟            3                  5‟




X     20‟Net 20‟   1            2
                                      NNNNNNNNNNNNNNJNDJDKGF
                                          4
                                                                                   30'




                                                    15’          10’



                                             5‟            3




Gambar rajah 8.Zon Mata bagi Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.
Diadaptasi daripada Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986).Practical measurements for
evaluation in physical education.(4thed.). Edina: Burgess Publishing.
59


LAMPIRAN 4



           Jadual 8.Norma Bagi Mata untuk Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.

PERSENTIL                                     UMUR
                       10-11        12       13    14          15       16     17-18

                                             LELAKI

     95                 29          31       32   34           36       27       37
     75                 22          23       24   25           28       29       30
     50                 16          16       19   20           22       23       24
     25                 11          11       13   15           16       17       17
      5                  4           5        5    8            9       10       11
                                           PEREMPUAN

     95                 24          26       26       28       30       31       32
     75                 15          16       17       20       20       21       21
     50                 10          11       11       13       14       16       16
     25                  5           5        5        7        9       11       11
      5                  0           0        0        1        2        4        4


ªPersentil skor berdasarkan umur.
Sumber: Manual Ujian Kemahiran Bola Tampar AAHPERD untuk Lelaki Dan Perempuan.
Di adaptasi daripada Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986).Practical measurements for
evaluation in physical education. (4thed.). Edina: Burgess Publishing.
60


LAMPIRAN 5



                    BORANG BIODATA MURID



SEKOLAH:



NAMA                      :

ALAMAT                    :


UMUR                      :

TARIKH LAHIR              :

TEMPAT LAHIR              :

PEKERJAAN BAPA            :

PEKERJAAN IBU             :

HOBI                      :


PERSATUAN                 :

UNIT BERUNIFORM           :

KELAB DAN SUKAN           :

PENCAPAIAN DALAM SUKAN    1)
                          2)
                          3)
                          4)
61


LAMPIRAN 6

Borang Soal Selidik
  Penggunaan Stail Bergandingan Bagi Meningkatkan Kemahiran Servis Bawah dalam Permainan
                       Bola Tampar Bagi Murid-murid Tahun 6 Futuristik

( Terima Kasih di atas kesudian meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini. Tujuan kaji selidik ini
untuk mendapatkan maklumbalas bagi menyiapkan kajian tindakan di bawah Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Pengkhususan Pendidikan Jasmani. Penyertaan kaji selidik ini telah ditetapkan dan
semua maklumat akan dirahsiakan)

Bahagian 1 : Maklumat Am

(Sila tanda (/) Pada Satu Kotak Sahaja)

1. Jantina

             Lelaki
             Perempuan



2. Pekerjaan Ayah

        Guru

        Polis
         Peniaga
         Lain-Lain
         Sila Nyatakan:……………………….


3. Pekerjaan Ibu

        Guru

        Polis
         Peniaga
        Lain-Lain
        Sila Nyatakan:……………………….


4. Minat bersukan

             Ya
             Tidak
62


Bahagian 2: Maklumat Penyelidikan

Sila nyatakan tahap penilaian anda bagi kenyataan di bawah dengan tandakan (/) berdasarkan skala yang
diberi.

                                      1= Sangat Tidak Setuju
                                      2= Tidak Setuju
                                      3= Setuju
                                      4= Sangat Setuju



Bil                            Soal Selidik                             1     2      3      4

 1     Adakah anda suka mata pelajaran pendidikan jasmani?
 2     Adakah anda suka guru yang mengajar pendidikan jasmani?

 3     Adakah anda suka kaedah atau stail yang digunakan guru
       semasa mengajar pendidikan jasmani?
 4     Adakah anda suka melakukan aktiviti secara individu?
 5     Adakah anda sukakan aktiviti secara berpasangan?
 6     Adakah anda sukakan aktiviti secara berkumpulan?

 7     Adakah anda suka sekiranya guru menggunakan stail yang
       baru dalam pengajaran Pendidikan Jasmani?
 8     Adakah anda suka sekiranya guru menjadi fasilitator sahaja
       semasa aktiviti Pendidikan Jasmani?



Pada pendapat saya, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani akan menjadi lebih menarik

sekiranya guru saya,


………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
63


LAMPIRAN 7

Kad Kriteria Stail Bergandingan


Nama pelaku:                                       Kelas:


Masa:                                              Tarikh:


KEMAHIRAN SERVIS BAWAH (BOLA TAMPAR)


Untuk kegunaan pelajar:


Tugas: murid dikehendaki melakukan servis menggunakan teknik servis bawah. Kriteria yang

hendak di nilai ialah Fasa Persediaan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Ikut Lajak.


BIL     PERKARA/FASA                    ADA                  TIADA             CATATAN

Fasa Persediaan

1       Berdiri mengiring

2       Kaki dibuka seluas bahu

3       Bola dipegang dengan sebelah

        tangan pada paras pinggang

4       Mata tumpu pada bola

5       Genggam tangan bebas yang

        akan melakukan servis
64




BIL    PERKARA/FASA                      ADA   TIADA   CATATAN
Fasa Pelaksanaan

1      Lengan tangan bebas          di
       hayun ke belakang.

2      Serentak, berat dipindah ke
       belakang.

3      Lambung bola pada paras
       kepala.

4      Lengan tangan bebas di
       hayun ke hadapan dalam satu
       satah yang lurus.

5      Serentak     berat      badan
       dipindah ke depan.

6      Kontak bola pada buku lima
       tangan yang di genggam pada
       paras pinggang.

7      Bola di kontak pada bahagian
       bawah tengah

Fasa Ikut Lajak

1      Ambil satu      langkah      ke
       hadapan

2      Berat badan      pada     kaki
       hadapan

3      Lengan ke arah atas jaring

4      Bergerak masuk ke dalam
       gelanggang.


Nama Pemerhati:
65


LAMPIRAN 8



      BORANG SENARAI SEMAK KEMAHIRAN SERVIS BAWAH BOLA TAMPAR

Nama:

Kelas:

Tarikh:

Masa:



BIL       PERKARA/FASA                   ADA   TIADA   CATATAN

Fasa Persediaan

1         Berdiri mengiring

2         Kaki dibuka seluas bahu

3         Bola dipegang dengan sebelah

          tangan pada paras pinggang

4         Mata tumpu pada bola

5         Genggam tangan bebas yang

          akan melakukan servis.
66




BIL    PERKARA/FASA                      ADA   TIADA   CATATAN
Fasa Pelaksanaan

1      Lengan tangan bebas dihayun
       ke belakang

2      Serentak,     berat   badan
       dipindah ke belakang.

3      Lambung bola pada paras
       kepala.

4      Lengan tangan bebas dihayun
       ke depan dalam satu satah
       yang lurus.

5      Serentak,     berat     badan
       dipindah ke depan.

6      Kontak bola pada buku lima
       tangan yang digenggam pada
       paras pinggang.

7      Bola dikontak pada bahagian
       bawah tengah.
Fasa Ikut Lajak

1      Ambil satu      langkah      ke
       hadapan

2      Berat badan      pada     kaki
       hadapan

3      Lengan ke arah atas jaring

4      Bergerak masuk ke dalam
       gelanggang.

More Related Content

What's hot

Rpt pj tahun 4 kssr 2016
Rpt pj tahun 4 kssr 2016Rpt pj tahun 4 kssr 2016
Rpt pj tahun 4 kssr 2016Aian Abba
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJSyafiqah Mohamed Noor
 
Tugas kelompok 7 motorik
Tugas kelompok 7 motorikTugas kelompok 7 motorik
Tugas kelompok 7 motorikporja_b
 
Makalah jurnal 1
Makalah jurnal 1Makalah jurnal 1
Makalah jurnal 1DimasSuudi
 
Prposal tgfu (1)
Prposal tgfu (1)Prposal tgfu (1)
Prposal tgfu (1)shah man
 
Tugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorikTugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorikporja_b
 
Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Nor Azelin Azeman
 
Tugas kelompok 6 motorik
Tugas kelompok 6 motorikTugas kelompok 6 motorik
Tugas kelompok 6 motorikporja_b
 
Buku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUBuku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUImran Ishak
 
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasSiot Sapian
 
rph pj thn 4 kssr 2014
rph pj thn 4 kssr 2014rph pj thn 4 kssr 2014
rph pj thn 4 kssr 2014Fatin Hanani
 
Tugas kelompok 4 motorik
Tugas kelompok 4 motorikTugas kelompok 4 motorik
Tugas kelompok 4 motorikporja_b
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segakJimmy Siow
 
Kepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingKepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingmurni mohamat
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanSignorina Nurshuadah Aripin
 
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013 Jimmy Siow
 

What's hot (20)

Rpt pj tahun 4 kssr 2016
Rpt pj tahun 4 kssr 2016Rpt pj tahun 4 kssr 2016
Rpt pj tahun 4 kssr 2016
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
 
Tugas kelompok 7 motorik
Tugas kelompok 7 motorikTugas kelompok 7 motorik
Tugas kelompok 7 motorik
 
Makalah jurnal 1
Makalah jurnal 1Makalah jurnal 1
Makalah jurnal 1
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Prposal tgfu (1)
Prposal tgfu (1)Prposal tgfu (1)
Prposal tgfu (1)
 
Tugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorikTugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorik
 
Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu
 
Tugas kelompok 6 motorik
Tugas kelompok 6 motorikTugas kelompok 6 motorik
Tugas kelompok 6 motorik
 
Buku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUBuku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfU
 
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
 
rph pj thn 4 kssr 2014
rph pj thn 4 kssr 2014rph pj thn 4 kssr 2014
rph pj thn 4 kssr 2014
 
Tugas kelompok 4 motorik
Tugas kelompok 4 motorikTugas kelompok 4 motorik
Tugas kelompok 4 motorik
 
Contoh rph pjk 2
Contoh rph pjk 2Contoh rph pjk 2
Contoh rph pjk 2
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Kepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingKepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understanding
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
 
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
 
PEMANASAN DALAMA BERMAIN
PEMANASAN DALAMA BERMAINPEMANASAN DALAMA BERMAIN
PEMANASAN DALAMA BERMAIN
 
Minit curai
Minit curaiMinit curai
Minit curai
 

Similar to Laporan ar (repaired)2

Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmNas Lin
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmIra Raji
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaranNas Lin
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritafatimah Baharin
 
Gelanggang pendidikan jasmani olahraga dan kesehatan sma kelas xi kahirrul ha...
Gelanggang pendidikan jasmani olahraga dan kesehatan sma kelas xi kahirrul ha...Gelanggang pendidikan jasmani olahraga dan kesehatan sma kelas xi kahirrul ha...
Gelanggang pendidikan jasmani olahraga dan kesehatan sma kelas xi kahirrul ha...1habib
 
Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanIsi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanUlin Zuliha Baharom
 
Implikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.doc
Implikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.docImplikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.doc
Implikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.doceLMafaza1
 
MODUL 1 KONSEP DASAR ILMU PENDIDIKAN.pptx
MODUL 1 KONSEP DASAR ILMU PENDIDIKAN.pptxMODUL 1 KONSEP DASAR ILMU PENDIDIKAN.pptx
MODUL 1 KONSEP DASAR ILMU PENDIDIKAN.pptxAndiJannaMurti
 
Jurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga
Jurnal Pendidikan Jasmani dan OlahragaJurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga
Jurnal Pendidikan Jasmani dan OlahragaMuhammadKosyim
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 

Similar to Laporan ar (repaired)2 (20)

Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
Hbpe1103 hantar
Hbpe1103 hantarHbpe1103 hantar
Hbpe1103 hantar
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
 
Nota pj
Nota pjNota pj
Nota pj
 
Gelanggang pendidikan jasmani olahraga dan kesehatan sma kelas xi kahirrul ha...
Gelanggang pendidikan jasmani olahraga dan kesehatan sma kelas xi kahirrul ha...Gelanggang pendidikan jasmani olahraga dan kesehatan sma kelas xi kahirrul ha...
Gelanggang pendidikan jasmani olahraga dan kesehatan sma kelas xi kahirrul ha...
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Abahhhh
AbahhhhAbahhhh
Abahhhh
 
Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanIsi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Refleksi internship
Refleksi internshipRefleksi internship
Refleksi internship
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Implikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.doc
Implikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.docImplikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.doc
Implikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.doc
 
MODUL 1 KONSEP DASAR ILMU PENDIDIKAN.pptx
MODUL 1 KONSEP DASAR ILMU PENDIDIKAN.pptxMODUL 1 KONSEP DASAR ILMU PENDIDIKAN.pptx
MODUL 1 KONSEP DASAR ILMU PENDIDIKAN.pptx
 
Jurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga
Jurnal Pendidikan Jasmani dan OlahragaJurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga
Jurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 

Laporan ar (repaired)2

  • 1. 1 PENGGUNAAN KAD KRITERIA DALAM STAIL RECIPROCAL UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN SERVIS BAWAHBOLATAMPAR BAGI MURID-MURIDTAHUN 6 FUTURISTIK. 1.0 PENDAHULUAN Praktikum kali ini merupakan praktikum kali ketiga dan saya telah di tempatkan di SK Temong, Perak. Tempoh praktikum kali ini adalah selama 12 minggu iaitu bermula pada 31 Januari 2011 dan tamat pada 29 April 2011. SK Temong asalnya dibina oleh penjajah Inggeris pada tahun 1906.Sehingga kini, sekolah ini telah berusia 105 tahun.Bilangan murid ialah seramai 185 orang termasuk murid pra sekolah iaitu seramai 35 orang. Kebanyakan murid terdiri daripada kampung-kampung berdekatan iaitu Kg Temong, Kg Jarau, Kg Berala, Kg Lubuk Chapin, Kg Tahan, Kg Padang Lalang dan Kg Che Kampar. Status sekolah ini adalah sekolah gred B. Sekolah ini mempunyai seramai 21 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Pra Sekolah dan seorang Pembantu Am Rendah.Memandangkan sekolah ini berada di kawasan desa, suasana persekitaran di sini agak tenang dan selesa.Hubungan antara guru dan murid sangat baik dan mesra.Guru-guru dan staf sekolah ini juga begitu peramah dan menerima kehadiran kami dengan gembira.Di sekolah ini, saya dikehendaki mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik dan Tahun 1 Aktif.Selain itu saya juga mengajar mata pelajaran minor iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi kelas 4 Dinamik.Walaupun terdapat beberapa kelemahan pada sekolah ini khususnya penyediaan prasarana dan alatan-alatan sukan, namun saya berharap perkara tersebut tidak melemahkan semangat saya untuk terus menimba ilmu dan mengutip pengalaman sebanyak mungkin daripada guru-guru yang lebih
  • 2. 2 senior di sini.Saya juga berharap praktikum kali ini dapat memperbaiki lagi amalan pengajaran dan pembelajaran saya dalam profesyen perguruan. 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sepanjang saya melaksanakan praktikum di sekolah ini, saya telah mengenalpasti pelbagai masalah yang timbul bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.Antaranya, penguasaan murid terhadap teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar adalah kurang memuaskan.Hal ini berlaku apabila saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk murid-murid Tahun 6 Futuristik.Kenyataan saya ini adalah berdasarkan indikator yang murid tunjukkan iaitu murid tidak berupaya melakukan servis bawah tangan bola tampar melepasi jaring yang telah disediakan.Walaupun saya telah mengurangkan jarak antara pelaku dengan jaring tersebut namun murid tetap tidak dapat melaksanakannya.Selain daripada itu, teknik perlakuan dalam setiap fasa juga gagal dilakukan dengan betul. Memandangkan saya telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran ini bagi Tahun 6 dan kemahiran bola tampar terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999), perkara ini benar-benar membimbangkan saya. Selain itu murid juga memberikan alasan bahawa mereka tidak pernah didedahkan dengan permainan ini kerana guru-guru di sini tidak menitikberatkan aktiviti sukan dan permainan.Hal ini benar-benar mendukacitakan saya.Tambahan lagi, murid-murid menganggap bahawa permainan ini sukar dan menyakitkan tangan. Selepas melakukan aktiviti servis bawah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid kelihatan mengadu kepada rakan-rakan yang lain sambil mengurut tangan masing-masing.
  • 3. 3 Saya berasa sangat terkilan apabila mengenangkan situasi ini kerana pada pandangan saya, murid-murid sudah serik untuk membuat percubaan yang seterusnya.Selain itu, pelbagai tanggapan yang berlegar-legar di dalam fikiran saya antaranya adakah aktiviti yang dilaksanakan begitu mencabar keupayaan mereka sehingga mereka tidak dapat melaksanakan kemahiran tersebut dengan betul? Saya ingin tahu apa yang menyebabkan mereka tidak boleh melakukan kemahiran servis bawah ini. Adakah kaedah pengajaran saya tidak menyeronokkan atau sememangnya murid tidak menumpukan perhatian semasa saya memberikan penerangan dan membuat demonstrasi.Melalui refleksi yang saya jalankan, saya mendapati bahawa objektif pembelajaran belum tercapai sepenuhnya.Saya berasa sangat bersalah, seolah-olah menunjukkan bahawa saya tidak menjalankan tanggungjawab saya dengan sempurna sewaktu mengajar. Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran ini, saya merasakan bahawa saya harus melakukan penambahbaikan terhadap pengajaran saya. Mungkin saya boleh menggunakan kaedah atau teknik lain agar murid lebih jelas dan dapat melakukan aktiviti dengan penuh bersemangat.Peranan pendidik ialahmenyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya melalui pelbagai pendekatan mengajar untuk pelajar menimba pembelajaran secara berkesan. Hasil daripada proses pembelajaran yang berkesan, murid dapat meningkatkan kefahaman melalui proses kognisi, membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan menerapkan nilai-nilai afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002). Justeru itu saya perlu mencari idea untuk memilih kaedah danpendekatan yang terbaik supaya objektif tercapai dan murid menerima pengajaran saya dengan kefahaman yang mendalam.
  • 4. 4 2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan tentang Fokus Kajian dan Isu Keprihatinan yang telah dilihat dari dua aspek iaitu Tinjauan Masalah dan Analisis Tinjauan Masalah. Tinjauan Masalah merujuk kepada apakah masalah yang ingin dikaji dan amalan yang perlu saya tambahbaikkan manakala Analisis Tinjauan Masalah pula merujuk kepada kaedah yang saya gunakan untuk mengutip data awal bagi mengesahkan bahawa masalah tersebut sememangnya wujud. 2.1 Tinjauan Masalah Murid Tahun 6 telah berada di alam persekolahan dalam jangkamasa lebih daripada 5 tahun. Sepanjang tempoh tersebut mereka telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran sama ada kemahiran dalam permainan mahupun kecergasan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah- sekolah di Malaysia.Ianya diajar selama 11 tahun yang merangkumi tunjangkecergasan, kemahiran dan kesukanan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).Kelas Pendidikan Jasmani dijalankan selama 30 minit bagi sekolah rendah dan 40 minit bagi sekolah menengah, sebanyak 2 kali seminggu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998).Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 25/1998 bertarikh 18 November 1998 juga telah memaklumkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran teras sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Dalam aktiviti Pendidikan Jasmani, hasil pembelajaran yang di tekankan merangkumi domain psikomotor, kognitif dan afektif.Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa “pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
  • 5. 5 memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Secara umumnya, Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membantu murid-murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Objektif khususnya adalah untuk mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan perlakuan motor, menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah dan disiplin diri dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Namun sudah menjadi kelaziman guru-guru di sekolah mengabaikan mata pelajaran ini kerana ingin menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran lain khususnya mata pelajaran peperiksaan. Murid-murid juga seakan-akan terbiasa dengan budaya ini dan seterusnya menganggap Pendidikan Jasmani tidak penting.Mereka hanya menumpukan perhatian kepada mata pelajaran yang terlibat dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sahaja.Sehubungan dengan itu kebanyakan murid Tahun 6 kurang menguasai banyak kemahiran dalam permainan yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani.Antara kemahiran yang sukar dikuasai ialah kemahiran servis bawah bola tampar.
  • 6. 6 Menurut Viera dan Ferguson (1994), bola tampar boleh dianggap sebagai sukan sepanjang hayat.Bola tampar boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan kemahiran.Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi dalam kalangan liga, dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat dan program intramural sekolah. Terdapat beberapa kemahiran yang ada dalam permainan ini antaranya merejam, menyangga, menghadang dan sebagainya.Namun bagi kajian ini, saya telah memfokuskan kepada kemahiran servis bawah.Menurut Viera dan Ferguson (1994), servis adalah satu-satunya kemahiran dalam bola tampar di mana individu mempunyai kawalan sepenuhnya semasa pelaksanaan.Dengan itu, individu mempunyai tanggungjawab terhadap keputusannya.Menurut Viera dan Ferguson lagi, terdapat fasa yang perlu dilakukan untuk melaksanakan servis bawah iaitu, fasa persediaan, fasa pelaksanaan dan fasa ikut lajak. Disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah melihat murid benar-benar mempunyai masalah untuk melakukan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar di mana saya perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan penguasaan kemahiran ini. Terdapat situasi dimana murid-murid melakukan servis bawah dengan teknik yang salah.Hal ini menyebabkan bola tidak melepasi jaring dan adakalanya bola tersebut tersasar.Masalah ini turut diakui oleh Viera dan Ferguson (1994), yang menyatakan bahawa kebanyakan kesalahan servis bawah boleh disebabkan oleh posisi tangan yang memegang bola. Ramai pemain baru yang menghayun tangan ketika memegang bola atau memegang bola pada paras yang lebih tinggi daripada pinggang. Sehubungan itu banyak bola yang diservis tersasar dari zon yang telah ditetapkan digelanggang bola tampar.
  • 7. 7 Saya rasa bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid dalam servis bawah bola tampar supaya mereka dapat menguasai permainan ini.Hal ini secara tidak langsung membolehkan amalan pengajaran dan pembelajaran saya ditingkatkan dan objektif dicapai sepenuhnya.Justeru itu, saya ingin menggunakan kaedah pengajaran stail reciprocal bagi mengatasi masalah ini.Saya memilih kaedah ini kerana dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman murid yang mempunyai masalah untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru (Alfassi 1998; Lederer 2000; Hart dan Speece 1998; Westera dan Moore 1995; Lysynchuk 1990). Alfassi (1998) mendapati, kumpulan pelajar yang mengikut pengajaran reciprocal telah menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kefahaman bacaan pelajar apabila menggunakan pengajaran reciprocal berbanding dengan kaedah pengajaran bacaan konvensional. Lederer (2000) pula telah membuat kajian tentang keberkesanan stail reciprocal terhadap pelajar yang mempunyai masalah dalam kefahaman bacaan. Kajian tersebut dijalankan keatas pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran disalah sebuah sekolah rendah di New Mexico, Amerika Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan stail reciprocal berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar termasuklah pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Hart dan Speece (11998) cuba menentukan keberkesanan stail reciprocal yang dijalankan selama 8 minggu di Kolej Komuniti, Amerka Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian yang signifikan.Namun, tiada perbezaan yang signifikan dari sudut kemahiran pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Westera dan Moore (1995) di New Zealand melihat keberkesanan stail reciprocal ke atas pelajar-pelajar lemah dalam kefahaman bacaan.Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat
  • 8. 8 perbezaan yang signifikan dalam kumpulan lanjutan berbanding kumpulan jangka pendek serta kumpulan kawalan. Lysynchuk (1990) dan rakan-rakan menjalankan kajian di Amerika Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa stail reciprocal telah meningkatkan pencapaian harian pelajar gred empat dalam pencapaian soalan harian , perbendaharaan dan penceritaan semula (retelling) berbanding dengan pelajar gred tujuh. Walaupun kajian-kajian di atas menunjukkan kaedah pengajaran reciprocal dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam kemahiran bacaan, bercerita dan lain-lain, dan bukannya kemahiran penguasaan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani (khususnya servis dalam kajian ini), saya berasa yakin bahawa kaedah ini turut mampu untuk meningkatkan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar. 2.2 Analisis Tinjauan Masalah Bagi memastikan bahawa masalah ini sememangnya wujud, saya telah membuat kutipan data awal terlebih dahulu.Saya telah mentadbir Ujian Servis Bola Tampar American Alliance for Health, Physical Education, Recreation and Dance [AAHPERD] ke atas semua murid Tahun 6 Futuristik.Ujian ini dianggap sebagai Ujian Pra.Murid hendaklah mengambil bahagian dengan penuh minat dan rasa bertanggungjawab. Sebelum melaksanakan ujian, saya telah memberi penerangan dan demonstrasi tentang cara atau protokol melakukan ujian kemahiran ini. Sebelum bermulanya ujian, saya telah memastikan kemudahan dan peralatan ujian berada dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan.Semua tanda garis dan saiz adalah mengikut
  • 9. 9 spesifikasi yang tepat.Saya juga telah menempatkan semua murid di suatu sudut kawasan ujian untuk sesi taklimat. Semasa sesi taklimat, saya telah menjelaskan tujuan dan objektif ujian yang akan dijalankan. Maklumat mengenai skor ujiantelah diisi ke dalam borang Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD (Lampiran 1).Saya juga telah menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas melaksanakan ujian. Perakuan ibu bapajuga telah diperolehi sebelum murid menjalankan Ujian Pra.Murid dikehendaki menandatangani borang pengakuan melakukan ujian (Lampiran 2).Seterusnya murid memanaskan badan danmelakukan aktiviti regangan dibawah kelolaan saya.Murid kemudiannyatelah menjalankan Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Prosedur ujian adalah seperti berikut: Objektif Di akhir sesi ini murid-murid dapat mengukur kemahiran sevis bawah dengan betul dan tepat dalam permainan bola tampar. Kesahan Tidak dilaporkan Kebolehpercayaan Tidak dilaporkan. Alatan Gelanggang bola tampar, kon, pita pengukur, skital, jaring, wisel, Kaedah 1. murid akan mempunyai pasangan masing-masing dan seterusnya mengira skor yang diperolehi oleh pasangannya yang menjalani ujian. 2. murid akan berdiri di kawasan bertanda “X” dalam gambar rajah 1 (Lampiran 3).
  • 10. 10 3. murid akan servis melepasi jaring sebanyak 10 kali percubaan. 4. Pasangan masing-masing akan mengira skor yang diperolehi oleh murid yang menjalani ujian. 5. Bagi murid-murid berumur di bawah 12 tahun, garisan servis adalah 20 kaki daripada jaring. Skor 1. Skor adalah jumlah mata yang diperolehi berdasarkan nilai pada zon di mana bola yang diservis mendarat seperti dalam gambar rajah 1 (Lampiran 3) Semasa Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD ini dijalankan, saya telah menjalankan Permerhatian 1 terhadap setiap murid Tahun 6 Futuristik yang menjalani ujian ini dengan menggunakan borang senarai semak yang bertujuan untuk menilai teknik lakuan dalam kemahiran servis bawah bola tampar yang dilakukan oleh murid-murid. Jadual 1 dibawah menunjukkan keputusan pemerhatian 1 saya: Jadual 1.Pemerhatian 1 ke atas teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar murid-murid Tahun 6 Futuristik. BIL PERKARA/FASA JUMLAH BIL. MURID Fasa Persediaan 1 Berdiri mengiring 26/26
  • 11. 11 2 Kaki dibuka seluas bahu 26/26 3 Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang 24/26 4 Mata tumpu pada bola 25/26 5 Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis. 26/26 Fasa Pelaksanaan 6 Lengan tangan bebas dihayun ke belakang. 24/26 7 Serentak, berat badan dipindah ke belakang 21/26 8 Lambung bola pada paras kepala 19/26 9 Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang 20/26 lurus. 10 Serentak, berat badan dipindah ke depan. 21/26 11 Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam pada paras 21/26 pinggang. 12 Bola dikontak pada bahagian bawah tengah 22/26 Fasa Ikut Lajak 13 Ambil satu langkah ke hadapan 18/26
  • 12. 12 14 Berat badan pada kaki hadapan 16/26 15 Lengan ke arah atas jaring 20/26 16 Bergerak masuk ke dalam gelanggang 19/26 Berdasarkan jadual 1 iaitu terhadap pemerhatian yang telah saya jalankan, tidak terdapat sebarang masalah yang dilakukan oleh murid terhadap teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar semasa fasa persediaan dimana terdapat tiga perkara yang dilakukan oleh kesemua murid iaitu perkara 1, 2, dan 5.Manakala bilangan murid yang melaksanakan perkara 3 dan 4 adalah seramai 24 dan 25 orang.Begitu juga pada fasa pelaksanaan, saya dapati bahawa bilangan murid yang boleh melakukan teknik dalam kemahiran servis bola tampar ini lebih ramai berbanding murid yang tidak boleh melakukannya.Namun demikian, perkara 8, terdapat 19 orang murid sahaja yang melakukan teknik ini daripada 26 orang murid yang membuat percubaan.Namun demikian, saya dapati tiada masalah bagi perkara keenam di mana hanya seorang murid sahaja yang tidak meksanakan aktiviti ini.Bagi perkara ketujuh, kesepuluh dan kesebelas pula, bilangan murid yang melakukan aktiviti ini adalah seramai 21 daripada 26 orang.Bagi aktiviti kesembilan dan kesebelas, bilangan murid yang melakukan aktiviti ini adalah seramai 20 dan 22 orang. Bagi fasa ikut lajak pula, saya dapati ramai murid yang tidak melakukan aktiviti 13 dan 14 dimana hanya terdapat 18 dan 16 orang murid sahaja yang melaksanakan aktiviti ini. Manakala bagi aktiviti 15 dan 16, bilangan murid yang melakukan aktiviti-aktiviti ini adalah seramai 20 dan 19 orang. Sehubungan dengan itu saya dapati kebanyakkan murid menghadapi masalah dalam fasa ikut lajak berbanding fasa-fasa yang lain.
  • 13. 13 Seterusnya saya juga telah menganalisis data berdasarkan norma persentil Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD (Lampiran 4). Gambarajah 1 menunjukkan hasil data yang diperolehi terhadap murid-murid Tahun 6 Futuristik setelah ujian pra ini dijalankan. Pencapaian Ujian Pra 12 10 bilangan murid 8 6 Murid Lelaki 4 Murid Perempuan 2 0 5 25 50 75 95 norma persentil Gambarajah 1.Graf keputusan Ujian Pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD) bagi murid Tahun 6 Futuristik. Graf dalam gambarajah 1 menunjukkan terdapat 2 orang murid yang mendapat norma persentil terendah iaitu sebanyak 5 persentil. Ia terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Manakala terdapat seorang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang mencatat persentil sebanyak 25.Bagi persentil 50 pula, bilangannya adalah seramai 10 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.Seramai 4 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang mencapai persentil sebanyak 75.Namun bagi persentil 95, hanya seorang murid sahaja yang berjaya ke tahap tersebut iaitu murid lelaki dan tiada bilangan murid perempuan yang mencapai persentil ini. Dapatan ujian ini telah dijadikan
  • 14. 14 landasan bagi pemilihan sampel di mana 6 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan yang mendapat skor terendah dan tidak mencapai sasaran persentil yang ditetapkan telah dipilih sebagai sampel kajian. Sasaran yang telah saya tetapkan adalah sekurang-kurangnya pada persentil 50. Berdasarkan keputusan pemerhatian 1 dan ujian pra, saya telah mengenalpasti 6 orang murid yang dikatakan lemah dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini dan saya telah jadikan mereka sebagai sampel saya. Keputusan pemerhatian 1 bagi keenam-enam sampel ini ditunjukkan melalui jadual 2: Jadual 2.Pemerhatian 1 ke atas teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar bagi sampel. BIL PERKARA/FASA Sampel Sampel Sampel Sampel Sampel Samepl A B C D E F Fasa Persediaan 1 Berdiri mengiring / / / / / / 2 Kaki dibuka seluas / / / / / / bahu 3 Bola dipegang / / / / / / dengan sebelah tangan pada paras pinggang 4 Mata tumpu pada / / / / / /
  • 15. 15 bola 5 Genggam tangan / / / / / / bebas yang akan melakukan servis. Fasa Pelaksanaan 6 Lengan tangan / X / / / / bebas dihayun ke belakang. 7 Serentak, berat X X / / X / badan dipindah ke belakang 8 Lambung bola pada X X / / X / paras kepala 9 Lengan tangan X X / / X / bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang lurus. 10 Serentak, berat X X X / X / badan dipindah ke
  • 16. 16 depan. 11 Kontak bola pada X X / / X / buku lima tangan yang digenggam pada paras pinggang. 12 Bola dikontak pada X X / / X / bahagian bawah tengah Fasa Ikut Lajak 13 Ambil satu langkah X X X / X / ke hadapan 14 Berat badan pada X X X / X / kaki hadapan 15 Lengan ke arah atas X X / X X / jaring 16 Bergerak masuk ke / X / X X X dalam gelanggang
  • 17. 17 JUMLAH ADA (/) 7/16 4/16 10/16 11/16 7/16 10/16 PERATUS (%) 44 25 63 69 44 63 Berdasarkan jadual 2, saya mendapati bahawa sampel Adan E telah menunjukkan 44% lakuan dalam teknik kemahiran servis bawah bola tampar mengikut teknik yang tertera dalam borang senarai semak yang telah disediakan. Sampel B sebanyak 25%, sampel C dan F sebanyak 63%, dan akhir sekali sampel D sebanyak 69%. Seterusnya keputusan ujian pra Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD ditunjukkan melalui jadual 3 dan gambarajah 2 berikut: Jadual 3.Keputusan ujian pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD) bagi sampel kajian. Ujian Pra Perkara Skor Persentil Sampel A 9 Diantara 25 hingga 50 Sampel B 3 Diantara 5 hingga 25 Sampel C 7 Diantara 25 hingga 50 Sampel D 4 Diantara 0 hingga 5 Sampel E 5 5 Sampel F 4 Diantara 5 hingga 25
  • 18. 18 Pencapaian Ujian Pra 30 25 20 persentil 15 10 sampel, 5 5 0 sampel A Sampel B sampel C Sampel D sampel E sampel F Gambarajah 2.Graf keputusan pencapaian ujian pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD) bagi sampel kajian. Sampel A dan C telah mencatatkan persentil 25 manakala sampel B, E dan F pula masing- masing mencapai persentil 5. Namun sampel D pula walaupun terdapat catatan skor sebanyak 4 tetapi sampel ini hanya mampu mencatat persentil sebanyak 0 sahaja. Seterusnya saya telah mengambil langkah penambahbaikan iaitu penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocalbagi mengatasi masalah ini. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran murid-murid dalam permainan bola tampar.Ia juga bertujuan untuk memotivasikan murid supaya
  • 19. 19 terus melibatkan diri dalam permainan bola tampar ke peringkat lebih tinggi danmurid melakukan aktiviti-aktiviti bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Objektif khusus kajian ini pula adalah: 1. Untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar melalui penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocalbagi murid-murid Tahun 6 Futuristik. Persoalan kajian yang ingin dikemukakan dalam kajian ini adalah: 1. Sejauhmanakah kad kriteria dalam stail reciprocaldapat meningkatkan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik? 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya untuk kajian ini (n=6) murid Tahun 6 Futuristik yang terdiri daripada (n=4) murid perempuan dan (n=2) murid lelakidi Sekolah Kebangsaan Temong, Perak. Saya memilih murid yang terdiri daripada kelas Tahun 6 Futuristik kerana saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas ini bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sepanjang tempoh praktikum. Selain itu, murid-murid Tahun 6 juga merupakan murid yang agak senior berbanding murid-murid lain. Sehubungan itu, tahap kematangan mereka agak menonjol berbanding murid- murid yang lebih muda daripada mereka. Oleh itu ia memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Melalui dapatan data demografi yang saya kumpul dalam borang biodata (Lampiran 5) yang dijalankan, status sosioekonomi murid-murid di sekolah ini adalah pada tahap
  • 20. 20 sederhana.Kebanyakan pekerjaan ibu bapa murid-murid adalah sebagai penoreh getah, peniaga, kakitangan kerajaan dan swasta dan lain-lain lagi.Berdasarkan soal selidik yang dilakukan (Lampiran 6), (n=4) melibatkan diri secara aktifdalam sukan dan permainan manakala (n=2) kurang aktif. Secara umumnya, berdasarkan data yang diterima, murid-murid ini datangnya daripada kawasan luar bandar. Oleh itu saya berpendapat bahawa mereka tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti fizikal seperti melakukan riadah bersama keluarga dan rakan-rakan memandangkan kurangnya prasarana di kawasan ini seperti taman rekreasi, gelanggang permainan dan sebagainya. 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.1 Prosedur Tindakan Seseorang pendidik seharusnya pakar dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Ianya boleh direalisasikan sekiranya seseorang pendidik itu menguasai ilmu konten dan ilmu pedagogi yang mantap dalam bidangnya (Julismah, 2011). Oleh yang demikian saya telah mengenalpasti salah satu cabang daripada ilmu pedagogi dalam Pendidikan Jasmani iaitu penggunaan kad kriteria stail reciprocalbagi membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran saya dan seterusnya meningkatkan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar dalam kajian ini. Menurut Gagne, Briggs dan Wager (1992), mengajar adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses pembelajaran dengan baik. Sehubungan
  • 21. 21 dengan itu, sebagai seorang pendidik, saya akan berusaha menyampaikan ilmu kepada murid dengan sedaya upaya khususnya dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini. Menurut Julismah (2011), pendekatan dan stail mengajar adalah amat penting dan berkait rapat dengan keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan strategi mengajar dalam menyebar atau menyampaikan ilmu pengetahuan hendaklah berasaskan kemampuan fisiologikal yang melibatkan pertimbangan terhadap tahap kematangan dan kecergasan fizikal, mental serta kecekapan kemahiran pergerakan motor mengikut aras kesediaan dan fasa penguasaan pelajar. Muska Mosston adalah pengasas kepada spektrum stail mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada tahun 1966.Terdapat beberapa stail yang diperkenalkan oleh beliau seperti stail arahan, stail latihan, stail reciprocal, stail semak kendiri dan sebagainya. Stail yang paling kerap dan paling lama digunakan di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah stail arahan.Dalam stail ini, guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal semua aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan (Mohd Zohir, Rohizani, & Shahabuddin, 2005). Menurut Mosston dan Ashworth (2002), stail arahan adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan teknik arahan terus di antara rangsangan guru dengan tindak balas pelajar.Ciri utama stail ini ialah ketepatan perlakuan yang pelajar perlu tunjukkan hasil dari maklum balas (cue) guru.Reka bentuk stail ini melibatkan guru berperanan dalam membuat semua keputusan pada fasa pra impak, fasa impak dan fasa pasca impak. Peranan pelajar pula adalah mengikut dan meniru apa yang diarahkan guru yang melibatkan keseragaman tindak balas atau perlakuan dalam menjalankan aktiviti pelajaran.
  • 22. 22 Pada pandangan saya, tidak salah sekiranya guru menggunakan stail arahan dalam pengajaran mereka namun, guru haruslah mempelbagaikan stail pengajaran mereka. Sehubungan dengan itu, saya telah cuba untuk menarik minat murid terhadap kemahiran servis bawahini dengan menggunakan stail pengajaran yang dapat difahami oleh mereka dengan jelas dan mendalam. Oleh yang demikian saya telah memilih untuk menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocalbagi meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 6 Futuristik dalam kemahiran servis bawah bola tampar.Saya berhasrat menggunakan kaedah ini dalam pengajaran saya agar murid-murid berpeluang menimba sesuatu pengalaman baru.Mosston dan Ashworth (2002), mendefinisikan stail reciprocal sebagai interaksi sosial, bertimbal balik dan memberi maklum balas iaitu dengan dibimbing oleh kriteria yang spesifik.Dalam anatomi stail reciprocal, peranan guru adalah menyediakan perkara pokok, kriteria, keputusan logistik, serta menyediakan maklum balas kepada pemerhati.Peranan murid pula adalah untuk melakukan aktiviti secara berpasangan. Seorang murid telah menjadi pelaku yang akan melaksanakan tugasan manakala pasangan murid adalah pemerhati yang berperanan dalam membimbing pelaku dan memberi maklum balas yang betul terhadap terhadap aktiviti pelajaran berdasarkan kriteria senarai semak yang telah disediakan oleh guru. Guru akan bertindak sebagai tempat rujukan sekiranya pemerhati tidak dapat membuat keputusan terhadap pencapaian pelaku. Stail reciprocalini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu set pra impak, impak dan pasca impak. Dalam set pra impak, guru akan memberi perhatian untuk memilih dan mereka isi pelajaran serta mereka dan menyediakan kad kriteria kepada pemerhati. Mosston dan Ashworth (2002), menyatakan bahawa faktor utama yang mentukan kejayaan atau kegagalan penggunaan stail ini adalah kad kriteria.Dalam set impak pula, tugas utama guru adalah menetapkan peranan
  • 23. 23 dan hubungan baru. Pada permulaan pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan penjelasan mengenai keperluan hubungan bergandingan. Apabila alasan mengenai hubungan yang baru ini telah jelas, murid-murid akan lebih berkeinginan untuk menyertai peranan baru ini. Bagi set pasca impak, pemerhati meneruskan peranannya dan memberikan maklum balas kepada pelaku. Guru akan menunggu setiap pasangan menyelesaikan tugasan. Seterusnya, guru akan bergerak tidak jauh dari satu pasangan ke pasangan yang lain untuk mendengar interaksi mengenai tugasan yang telah dijalankan. Akhir sekali, guru akan memberikan komen terhadap keseluruhan kelas. Selain itu, guru juga akan memberikan maklum balas mengenai peranan pemerhati sama ada mereka telah menjalankan tugas dengan baik atau tidak. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, saya telah memfokuskan hanya kepada set impak sahaja dimana kaedah stail bergandingan ini telah diaplikasikan untuk menambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran sayadan menyelesaikan masalah murid tidak dapat menguasai kemahiran servis bawah bola tampar. Dengan itu saya telah memulakan aktiviti yang dirancang dengan membina hubungan baik antara murid-murid dan memberikan penjelasan yang terperinci mengenai pelaksanaan stail ini.Menurut Mohar dan Nurhaziyanti (2008), hubungan sosial yang terbentuk secara tidak langsung dapat menerapkan proses sosialisasi dalam kalangan murid- murid. Disamping menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, mereka juga boleh berinteraksi dan meningkatkan kemahiran sosial mereka. Fungsi utama proses sosiolisasi ialah untuk menghasilkan seseorang yang bersifat menyeluruh, iaitu dari segi kebolehan berinteraksi dengan cekap di persekitarannya secara sosial mahupun fizikal. Pendapat tersebut telah menjelaskan bahawa interaksi sosial sangat membantu perkembangan murid.Justeru itu, kaedah yang digunakan juga mampu untuk membina interaksi sosial dalam kalangan murid-murid.
  • 24. 24 Saya telah memilih beberapa kaedah melibatkan penggunaan kad kriteria dalam stailreciprocaluntuk diaplikasikan sepanjang kajian dijalankan. Antaranya ialah: 1. Penggunaan kad kriteria tanpa gambar. Perkara pertama yang telah saya lakukan sebelum melaksanakan sebarang aktiviti dalam kitaran pertama ialah saya telah menyediakan kad kriteria (Lampiran 7).Kad tersebut mengandungi huraian spesifik dalam bentuk teks sahaja mengenai tugasan iaitu berkenaan dengan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar. Seterusnya saya telah mengarahkan sampel memilih sendiri pasangan yang sesuai dengan mereka. Ini adalah kerana pada kebiasaannya manusia itu akan gembira bekerja dengan seseorang yang mereka kenal dan suka (Byra & Marks, 1993; Ernst & Byra, 1998). Permulaan hubungan sosial ini menjadikan sampelfokus kepada peranan dan jangkaaan baru.Sampel juga telah memilih peranan sama ada sebagai pemerhati atau pelaku. Di dalam kitaran pertama ini, hanya pemerhati sahaja yang mendapat kad kriteria tersebut.Saya telah menggunakan kaedah ini terhadap sampel kajian yang terdiri daripada murid Tahun 6 Futuristik.Penerangan telah dilakukan di dataran berhampiran gelanggang bola tampar.Dalam penerangan tersebut, saya menyatakan objektif penggunaan stail ini.Alatan yang digunakan ialah jaring, bola tampar, kad kriteria dan alat tulis.Sampel juga dikehendaki memakai pakaian sukan. Selepas aktiviti memanaskan badan di bawah kelolaan saya dijalankan, saya telah melakukan demonstrasi tentang cara stail ini dilaksanakan agar sampel dapat memahami dengan
  • 25. 25 lebih jelas lagi. Seterusnya saya telah memberi penjelasan mengenai kad kriteria yang diedarkan kepada pemerhati.Memandangkan ada di antara sampel yang tidak pernah mempunyai pengalaman menggunakan kad kriteria untuk digunakan sebagai maklum balas, saya telah menerangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai penggunaan kad kriteria tersebut.Saya juga telah memberi peluang kepada sampel untuk bertanya soalan sekiranya ada sebarang kemusykilan. Setelah sampel jelas dengan penerangan yang dilakukan, maka sampel pergi ke kawasan aktiviti dan melaksanakan tugasan secara berpasangan.Mosston dan Ashworth (2002), menyatakan bahawa, dalam stail reciprocal, kita dapat perhatikan bahawa hubungan antara pemerhati dan pelaku adalah untuk bekerjasama bagi meningkatkan kemajuan. Prosedur pelaksanaan penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal ini adalah, sampelmelakukan stail ini di kawasan aktiviti.Peranan pemerhati dan pelaku telah ditentukan oleh mereka sendiri.Pelaku telah melakukan perlakuan seperti yang telah didemonstrasi oleh guru sebentar tadi. Pemerhati telahmemerhati dan menyemak perlakuan pelaku tersebut berdasarkan senarai semak kad kriteria sevis bawah bola tampar yang telah diberikan. Pemerhati juga telah memberikan maklum balas secara berterusan terhadap perlakuan pelaku. Aktiviti tersebut dilakukan selama 15 minit. Gurumeniup wisel menandakan masa telah tamat. Sampel diberi rehat selama 10 minit dan membuat refleksi mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan pada sesi sebentar tadi. Seterusnya sampel saling bertukar peranan, di mana jika tadi A menjadi pelaku, beliau kini menjadi pemerhati pula.Masa yang diberikan untuk aktiviti adalahsama seperti tadi juga iaitu15 minit. Sepanjang aktiviti dilakukan, saya telah bergerak berdekatan dengan satu pasangan ke pasangan yang lain. Saya juga telah mendengar interaksi
  • 26. 26 antara pasangan pemerhati dan pelaku tersebut.Akhir sekali, saya telah membuat maklum balas terhadap keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan. Dalam kajian ini saya telah memilih Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart, 1998.Model ini mengandungi 4 elemen utama iaitu Perancangan (Plan), Tindakan (Action), Pemerhatian (Observe), Refleksi (Reflect).Setiap satu kitaran telah dilaksanakan dalam tempoh satu minggu iaitu terdapat 3 perjumpaan bersama sampel dalam satu minggu. Kitaran pertama telah dijalankan terhadap sampel yang telah dipilih melalui ujian pra iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Pada proses Perancangan (Plan), saya telah menyediakan bahan pengajaran seperti kad kriteria, bola, jaring dan sebagainya. Alat-alat ini didapati berfungsi dengan baik dan tidak mendatangkan masalah semasa sesi pelaksanaan dijalankan. Saya juga telah memeriksa keadaan gelanggang bola tampar sama ada selamat atau tidak untuk digunakan. Sehari sebelum ujian, saya jugatelah memberi taklimat kepada sampel berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. Kesihatan diri sampel juga berada dalam keadaan baik semasa melaksanakan aktiviti servis bawah bola tampar. Proses Tindakan (Action) pula adalah pelaksanaan semua aktiviti yang telah dirancang.Saya telah menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola tampar.Sepanjang aktiviti, sampel dikehendaki berpasangan dan berperanan sebagai pemerhati dan pelaku.Saya pula hanya menjadi fasilitator sahaja. Setelah sampel melaksanakan aktiviti, mereka telah diberikan rehat. Saya telah membuat kesimpulan dan maklum balas terhadap keseluruhan sampel.
  • 27. 27 Seterusnya saya juga telah melaksanakan Pemerhatian (Observe).Fasa ini membolehkan saya memerhati dan memantau perlakuan sampel. Sejauh manasampel mendapatkan input melalui kaedah yang telah saya gunakan. Fasa terakhir adalah sesi Refleksi (Reflect) di mana sampel perlu membuat refleksi mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan.Sampel telah menceritakan kembali peranan pemerhati dan pelaku dan adakah kerjasama yang dijalankan berjaya atau tidak. Guru dan sampeljuga telah memberikan pendapat mengenai penggunaan kad kriteria yang terdapat dalam stail ini dan apa yang perlu dilakukan sebagai penambahbaikan terhadap kad kriteria tersebut. Justeru itu, untuk melihat sejauh mana penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocalmembantu meningkatkan kemahiran servis bawah tangan bola tampar, saya telah menggunakan ujian pos iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.Melalui ujian tersebut saya dapat melihat tahap peningkatan kemahiran servis bawah bola tampar dalam kalangan sampel kajian saya. Namun demikian, setelah saya menjalankan ujian tersebut, saya mendapati bahawa masih terdapat masalah penguasaan kemahiran servis bawah bola tampar ini.Terdapat sampel yang tidak dapat melepasi skor yang telah saya tetapkan iaitu sekurang-kurangnya sebanyak 50 persentil.Malah mereka juga masih tidak dapat menguasai teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini dengan betul. Sehubungan dengan itu, saya telah menjalankan kitaran kedua iaitu penggunaan kad kriteria berserta gambar bagi memperincikan lagi kefahaman mereka terhadap kad kriteria ini dan cara bagaimana melakukan teknik dalam kemahiran servis bawah ini dengan betul. Penggunaan gambar merupakan satu cara yang sangat menarik. Rozianah (2005), menyatakan bahawa grafik mengilustrasikan mesej seperti pepatah yang menyatakan bahawa
  • 28. 28 “sekeping gambar dapat menggambarkan seribu makna”.Saya telah melaksanakan pendekatan ini terhadap sampel yang masih lemah. Prosedur pelaksanaan bagi kaedah ini sama seperti di dalam kitaran pertama. Hanya tambahan kad criteria beserta gambar sahaja yang telah saya aplikasikan dalam kitaran kedua ini. Dalam kitaran kedua ini saya masih memilih Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart, 1998.Model ini mengandungi 4 elemen utama iaitu Perancangan (Plan), Tindakan (Action), Pemerhatian (Observe), Refleksi (Reflect). Setiap satu kitaran akan dilaksanakan dalam tempoh satu minggu (satu minggu terdapat 3 perjumpaan bersama sampel). Pada proses Perancangan (Plan), saya telah menyediakan bahan pengajaran seperti kad kriteria beserta gambar, bola, jaring dan sebagainya. Alat-alat ini haruslah berfungsi dengan baik supaya tidak mendatangkan masalah semasa sesi pelaksanaan dijalankan.Saya juga memeriksa keadaan gelanggang bola tampar sama ada selamat atau tidak untuk digunakan. Sehari sebelum ujian, saya telah memberi taklimat kepada sampel berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. Proses Tindakan (Action) pula adalah pelaksanaan semua aktiviti yang telah dirancang.Saya menggunakan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola tampar.Sepanjang aktiviti sampel hendaklah berpasangan dan berperanan sebagai pemerhati dan pelaku.Saya pula hanya menjadi fasilitator sahaja. Setelah sampel melaksanakan aktiviti mereka telah diberi rehat. Saya telah membuat kesimpulan dan maklum balas terhadap keseluruhan sampel. Seterusnya saya telah melaksanakan Pemerhatian (Observe).Fasa ini membolehkan saya memerhati dan memantau perlakuan sampel. Sejauh mana sampel mendapat input melalui kaedah yang telah saya gunakan.
  • 29. 29 Fasa terakhir adalah sesi Refleksi (Reflect) di mana sampel perlu membuat refleksi mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan.Sampel telah menceritakan kembali peranan pemerhati dan pelaku terhadap kerjasama yang dijalankan. Guru dan sampel juga akan memberikan pendapat mengenai penggunaan kad kriteria beserta gambar yang terdapat dalam stail ini dan apa yang perlu dilakukan sebagai penambahbaikan terhadap kad kriteria tersebut. Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart ini dijelaskan melalui gambarajah 3 berikut: Reflect: sampel dan guru membuat refleksi mengenai aktivitiyang dilakukan dan cerita kembali peranan masing-masing. Observe: saya memerhatikan Plan: menyediakan bahan sampel dan mengenalpasti pengajaran dan memberikan sejauhmana sampel taklimat. mengaplikasikan stail ini. Action: menggunakan kad kriteria (teks sahaja) dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola tampar. Reflect: sampel dan guru Kitaran membuat refleksi mengenai seterusnya aktivitiyang dilakukan dan cerita kembali peranan masing-masing. Observe: saya memerhatikan Plan: menyediakan bahan sampel dan mengenalpasti pengajaran dan memberikan sejauhmana sampel taklimat. (sediakan kad kriteria) mengaplikasikan stail ini.
  • 30. 30 Action: menggunakan kad kriteria (beserta gambar) dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola tampar. Gambarajah 3.Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart. 5.2 Cara Mengumpul Data Dalam kajian ini, saya telah mengumpul data melalui duapendekatan iaitu kualitatif dan kuantitatif.Bagi pendekatan kualitatif, saya menggunakan kaedah pemerhatian manakala bagi pendekatan kuantitatif pula, saya telahmenggunakan kaedah ujian pra dan ujian pos iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. 1. Pemerhatian Stail reciprocal yang diaplikasikan membolehkan saya memerhatikan reaksi murid dengan lebih efisien sepanjang aktiviti dijalankan. Ini kerana murid yang akan bertindak sebagai pemerhati danpelaku manakala saya cuma sebagai tempat rujukan sahaja. Saya telah memerhati sama ada mereka ada melakukan perlakuandalam setiap fasa dalam kemahiran servis bawah bola tampar mahupun tidak. Saya juga telah merakam perlakuan sampel semasa mereka melakukan kemahiran servis bawah tangan bola tampar ini sewaktu mereka menjalani ujian pos agar saya dapat membuat rujukan dan penilaian terhadap aspek-aspek yang diperlukan untuk melakukan teknik kemahiran servis bawah bola tampar.Selain itu saya juga mengambil kira sama ada mereka dapat mendengar arahan saya dengan baik atau sebaliknya. Untuk kaedah ini, saya telah menggunakan borang senarai semak (Lampiran 8)
  • 31. 31 untukmerekod item-item yang dinilai. Melalui borang tersebut, saya telah membuat penilaian tentang murid sama ada dapat menguasai kemahiran ini dengan baik atau tidak. 2. Ujian pra dan ujian pos. Seterusnya data juga telah dikutip melalui pendekatan kuantitatif iaitu ujian pra dan pos Servis Bola Tampar AAHPERD.Ujian pra telah dijalankan semasa tinjauan awal, manakala ujian pos telah dilaksanakan selepas sampel melakukan aktiviti dalam setiap kitaran menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal.Data bagi ujian pra dan pos telah direkodkan ke dalam borang skor Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.Langkah pengumpulan data yang telah saya jalankan adalah seperti yang berikut: Jadual 4.Langkah pengumpulan data. Langkah Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan Dan Tarikh Langkah 1 Menjalankan 26 orang murid tahun Mengenalpasti masalah sebenar pemerhatian 1 6 Futuristik yang dihadapi oleh murid-murid. Langkah 2 Ujian Pra 26 orang murid tahun Saya menjalankan Ujian Pra iaitu 6 Futuristik$ Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Tujuannya adalah mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid
  • 32. 32 tahun 6 Futuristik ini. Seterusnya ia bertujuan untuk memilih murid-murid yang benar-benar lemah dalam kemahiran servis bawah bola tampar untuk dijadikan sampel kajian saya. Langkah 3 Menjalankan 6 orang sampel dari Bagi mengenalpasti sama ada pemerhatian 2 Tahun 6 Futuristik sampel telah mencapai peningkatan ataupun tidak bagi memperbaiki teknik kemahiran servis bawah bola tampar setelah sesi pemulihan iaitu penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal diaplikasikan. Langkah 4 Menjalankan Ujian 6 orang sampel dari Menjalankan Ujian Servis Bola Pos 1 Tahun 6 Futuristik Tampar AAHPERD. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti sama ada terdapat peningkatan skor dalam Ujian Pos 1 berbanding Ujian Pra. Selain itu ia bertujuan untuk mengenalpasti sampel yang masih mempunyai
  • 33. 33 masalah dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini untuk mengambil tindakan yang seterusnya terhadap mereka. Langkah 5 Menjalankan 3 orang sampel dari Untuk mengenalpasti sama ada pemerhatian 3 Tahun 6 Futuristik. sampel telah mencapai peningkatan dalam memperbaiki teknik kemahiran servis bawah bola tampar setelah sesi pemulihan iaitu penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal diaplikasikan.instrumen yang digunakan ialah borang senarai semak. Langkah 6 Menjalankan Ujian 3 orang sampel dari Menjalankan Ujian Servis Bola Pos 2 Tahun 6 Futuristik. Tampar AAHPERD. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti sama ada terdapat peningkatan skor dalam Ujian Pos 2 berbanding Ujian Pos 1.
  • 34. 34 6.0 Analisis dan Interpretasi Data Saya telah menganalisis data menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.Langkah urutan analisis data adalah seperti berikut: 1) Menganalisis pemerhatian 2 ( semasa ujian pos 1 dijalankan) 2) Menganalisis ujian pos 1 (catatan skor yang diperolehi oleh setiap sampel. Skor diambil semasa sampel melaksanakan ujian pos 1) 3) Menganalisis pemerhatian 3 ( semasa ujian pos 2 dijalankan) 4) Menganalisis catatan skor yang diperolehi oleh setiap sampel ( skor diambil semasa sampel melaksanakan ujian pos 2) 6.1 Analisis Pemerhatian 2 Saya telah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui pemerhatian bagi menganalisis data yang telah di perolehi.Instrumen yang telah saya gunakan bagi kaedah ini adalah borang senarai semak.Hasil pemerhatian yang telah dilakukan, saya dapati bahawa terdapat sampel yang melaksanakan aktiviti seperti yang telah tertera dalam borang senarai semak tersebut dan ada juga yang tidak melaksanakannya.Ini dapat ditunjukkan melalui jadual 5 berikut: Jadual 5.Analisis pemerhatian 2 bagi sampel kajian. BIL PERKARA/FASA Sampel Sampel Sampel Sampel Sampel Samepl A B C D E F Fasa Persediaan
  • 35. 35 1 Berdiri mengiring / / / / / / 2 Kaki dibuka seluas / / / / / / bahu 3 Bola dipegang / / / / / / dengan sebelah tangan pada paras pinggang 4 Mata tumpu pada / / / / / / bola 5 Genggam tangan / / / / / / bebas yang akan melakukan servis. Fasa Pelaksanaan 6 Lengan tangan / X / / / / bebas dihayun ke belakang. 7 Serentak, berat X X / / X / badan dipindah ke belakang
  • 36. 36 8 Lambung bola pada X X / / X / paras kepala 9 Lengan tangan X X / / X / bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang lurus. 10 Serentak, berat X X X / X / badan dipindah ke depan. 11 Kontak bola pada X X / / X / buku lima tangan yang digenggam pada paras pinggang. 12 Bola dikontak pada X X / / X / bahagian bawah tengah Fasa Ikut Lajak 13 Ambil satu langkah X X X / X /
  • 37. 37 ke hadapan 14 Berat badan pada X X X / X / kaki hadapan 15 Lengan ke arah atas X X / X X / jaring 16 Bergerak masuk ke / X / X X X dalam gelanggang JUMLAH ADA (/) 7/16 5/16 13/16 14/16 6/16 15/16 PERATUS (%) 44 31 81 88 38 94 Berdasarkan jadual berikut sampel A,B, dan E mencatatkan bilangan ada (/) yang paling rendah di mana sampel A mencapai 7 daripada 16 item yang dinilai melalui borang senarai semak saya iaitu sebanyak 44%. Sampel B pula mencapai bilangan ada (/) yang paling rendah iaitu 5 sahaja dan iaitu sebanyak 31% teknik lakuan yang dilakukan daripada item teknik lakuan yang dinilai.manakala sampel E mencatatkan sebanyak 6 daripada 16 item yang nilai iaitu sebanyak 38%. Namun demikian, sampel C, D, dan F mencatat bilangan ada (/) yang tinggi berbanding sampel-sampel yang lain. Sampel C telah mencapai13 daripada 16 item yang dinilai iaitu sebanyak 81%. Seterusnya sampel D sebanyak 14 iaitu 88% manakala sampel F mencatakan bilangan ada (/) yang paling tinggi iaitu sebanyak 15 daripada 16 item yang terdapat di dalam
  • 38. 38 borang senarai semak yang telah disediakan iaitu sebanyak 94%.Seterusnya perbandingan pemerhatian saya terhadap teknik lakuan kemahiran servis bola tampar bagi Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2 yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga sampel telah di tunjukkan melalui graf dalam gambarajah 4: Perbandingan Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2 100 90 80 70 60 peratus 50 Pemerhatian 1 40 Pemerhatian 2 30 20 10 0 sampel A Sampel B sampel C Sampel D sampel E sampel F Gambarajah 4. Graf perbandingan pemerhatian 1 dan pemerhatian 2 Berdasarkan graf di atas, saya dapati semua sampel mencapai peningkatan dari segi bilangan lakuan teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar. Hanya sampel E sahaja yang menunjukkan penurunan di mana pada pemerhatian 1, sampel mencatat bilangan lakuan sebanyak 7 aktiviti dan menurun kepada 6 aktiviti sahaja iaitu penurunan sebanyak 6%. Sampel yang menunjukkan peningkatan adalah sampel B, C, D, dan sampel F. Sampel B melakukan sebanyak 4 aktiviti pada pemerhatian 1 dan meningkat kepada 5 aktiviti pada pemerhatian 2.
  • 39. 39 Peningkatan sebanyak 6% bagi sampel B. Sampel C pula melakukan sebanyak 10 aktiviti pada pemerhatian 1 dan meningkat kepada 13 aktiviti pada pemerhatian 2 iaitu peningkatan sebanyak 18%. Begitu juga dengan sampel F yang didapati meningkat daripada hanya 10 aktiviti yang dilakukan pada pemerhatian 1 dan telah menginjak kepada 15 aktiviti pada pemerhatian 2 iaitu peningkatan sebanyak 31%. Bagi sampel A pula, tiada perubahan di catatkan pada pemrehatian 1 dan 2 di mana sampel ini melakukan sebanyak 6 aktiviti dalam teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar iaitu sebanyak 44%. 6.2 Analisis Ujian Pos 1 Seterusnya saya juga menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu, setelah data dikutip dan dikumpulkan, saya telah menganalisis data dengan menggunakan persentil hasil daripada prestasi kemajuan pelajar yang didapati daripada dapatan ujian pos iaitu melalui borang skor yang telah diteliti.Dapatan data norma persentil perbandingan skor ujian pra dan pos Servis Bola Tampar AAHPERD telah saya terjemahkan dalam bentuk jadual 6 berikut: Jadual 6.Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Pos Servis Bola Tampar AAHPERD: Ujian Pra Ujian Pos Perkara Skor Persentil Skor Persentil Sampel A 9 Diantara 25 hingga 50 8 Diantara 25 hingga 50 Sampel B 3 Diantara 5 hingga 25 2 Diantara 5 hingga 25 Sampel C 7 Diantara 25 hingga 50 11 50
  • 40. 40 Sampel D 4 Diantara 0 hingga 5 17 Diantara 50 hingga 75 Sampel E 5 5 6 Diantara 5 hingga 25 Sampel F 4 Diantara 5 hingga 25 16 75 Pencapaian Ujian Pos 1 80 70 60 50 persentil 40 Ujian Pra 30 Ujian Pos 20 10 0 sampel A Sampel B Sampel C Sampel D Sampel E Sampel F Gambarajah 5. Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Setelah ujian pra dan ujian pos dilaksanakan, saya mendapati terdapat perubahan pencapaian skor dan norma persentil dalam kalangan sampel dimana pada ujian pos, didapati 3 orang sampel iaitu sampel C, D dan F telah menunjukkan peningkatan dalam skor masing- masing.Skor yang diperolehi mencapai sasaran yang telah saya tetapkan iaitu pada persentil
  • 41. 41 50.Semasa ujian pra dilaksanakan, sampel C mencatat persentil 25 manakala setelah ujian pos dijalankan, sampel ini telah mencapai persentil 50.Bagi sampel D pula, peningkatan amat ketara telah dipamerkan oleh sampel ini di mana pada ujian pra, sampel mencatatkan persentil 0.Namun pada ujian pos sampel mendapat persentil sebanyak 50 dan telah mencapai sasaran skor yang telah saya tetapkan.Begitu juga dengan sampel F yang mencatatkan persentil sebanyak 5 dan telah menunjukkan peningkatan setelah melaksanakan ujian pos iaitu mencatatkan persentil sebanyak 75.Hal ini terjadi kerana semasa ujian pra dijalankan, sampel belum mendapatkan pendedahan yang lebih terperinci dan penggunaan kad kriteria dalam stail bergandingan juga belum diaplikasikan.Sehubungan dengan itu, ujian pos telah menunjukkan peningkatan kerana mereka telah mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saya praktikkan dengan betul. Namun berlainan bagi sampel A, B, dan E. Tiada perubahan yang ketara terhadap norma persentil masing-masing walaupun skor yang diperolehi meningkat. Persentil mereka juga berada di bawah paras skor sasaran. Semasa ujian pra dilaksanakan sampel A mencatatkan persentil sebanyak 25 dan persentil tersebut tidak berubah setelah ujian pos dilaksanakan. Begitu juga dengan sampel B yang mencapai persentil sebanyak 5 sahaja dan tiada peningkatan berlaku walaupun sampel telah menjalani sesi pemulihan iaitu penggunaan kad kriteria (teks sahaja) dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran servis bawah bola tampar ini. Bagi sampel E pula keadaan yang sama berlaku di mana sampel ini juga tidak menunjukkan peningkatan semasa ujian pos dilaksanakan. Pencapaian skor tidak berganjak iaitu pada persentil 5 pada kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. 6.3 Analisis Pemerhatian 3
  • 42. 42 Memandangkan masih terdapat sampel yang tidak menunjukkan peningkatan terhadap skor dan norma persentil semasa ujian pos pertama dilaksanakan, saya telah meneruskan kajian ini kepada kitaran yang kedua iaitu penggunaan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya kelolakan. Mereka terdiri daripada sampel A, B, dan E. Sehubungan dengan itu, saya masih menggunakan kaedah pemerhatian bagi menganalisis penguasaan sampel terhadap kemahiran ini. Instrumen yang digunakan ialah borang senarai semak.Jadual 7 menunjukkan hasil pemerhatian yang telah saya jalankan terhadap sampel-sampel tersebut. Jadual 7.Analisis pemerhatian 3 bagi sampel kajian. BIL PERKARA/FASA Sampel Sampel Sampel A B E Fasa Persediaan 1 Berdiri mengiring / / / 2 Kaki dibuka seluas bahu / / / 3 Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras / / / pinggang 4 Mata tumpu pada bola / / / 5 Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis. / / / Fasa Pelaksanaan
  • 43. 43 6 Lengan tangan bebas dihayun ke belakang / / / 7 Serentak, berat badan dipindah ke belakang / X / 8 Lambung bola pada paras kepala / X / 9 Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu / / / satah yang lurus. 10 Serentak, berat badan dipindah ke depan. / X / 11 Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam / X / pada paras pinggang. 12 Bola dikontak pada bahagian bawah tengah / X / Fasa Ikut Lajak 13 Ambil satu langkah ke hadapan / / / 14 Berat badan pada kaki hadapan / / / 15 Lengan ke arah atas jaring X X / 16 Bergerak masuk ke dalam gelanggang X X X JUMLAH ADA (/) 14/16 9/16 15/16 PERATUS (%) 88 56 94
  • 44. 44 Berdasarkan jadual 7, saya mendapati bahawa sampel-sampel ini telah menunjukkan peningkatan dalam aspek-aspek yang dinilai yang terdapat di dalam borang senarai semak yang telah saya sediakan.Sampel A mencatatkan bilangan ada (/) sebanyak 14 daripada 16 iaitu sebanyak 88%. Seterusnya sampel B pula sebanyak 9 iaitu 56% manakala sampel E pula sebanyak 15 daripada 16 aspek yang telah dinilai di dalam borang senarai semak iaitu sebanyak 94%. Seterusnya perbandingan pemerhatian saya terhadap teknik lakuan kemahiran servis bola tampar bagi Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3 yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga sampel telah di tunjukkan melalui graf dibawah: Keputusan Perbandingan Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3 100 90 80 70 60 peratus 50 pemerhatian 2 40 pemerhatian 3 30 20 10 0 sampel A Sampel B Sampel E Gambarajah 6.Perbandingan pemerhatian 2 dan pemerhatian 3 terhadap sampel kajian. Graf di atas menunjukkan perbandingan ujian pos 1 dan ujian pos 2 teknik lakuan yang di lakukan oleh sampel A, B dan E dimana setiap sampel menunjukkan perubahan yang positif.Di mana semua sampel di dapati meningkat dari segi teknik lakuan kemahiran servis bawah bola
  • 45. 45 tampar masing-masing. Sampel A peningkatan sebanyak 44%, sampel B pula sebanyak 25% dan akhir sekali sampel E mencapai peningkatan yang paling ketara iaitu sebanyak 56%. 6.4 Analisis Ujian Pos 2 Bagi kitaran kedua ini, saya juga masih menggunakan pendekatan kuantitatif bagi menganalisis data yang diperolehi daripada skor ujian pos 2.Sampel yang terlibat dalam kitaran kedua ini ialah sampel A, B dan E. Kaedah yang digunakan dalam kitaran kedua ialah penggunaan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal. Data perbandingan skor yang diperolehi daripada sampel-sampel tersebut dapat dilihat melalui jadual 8 berikut: Jadual 8.Perbandingan Skor Ujian Pos 1 dan Pos 2 Servis Bola Tampar AAHPERD Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 Perkara Skor Persentil Skor Persentil Sampel A 8 Diantara 25 hingga 50 12 Diantara 50 hingga 75 Sampel B 2 Diantara 5 hingga 25 9 Diantara 25 hingga 50 Sampel E 11 25 18 Diantara 50 hingga 75
  • 46. 46 Seterusnya perbandingan skor bagi Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 dalam Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD telah ditunjukkan sepertimana dalam gambarajah 7: Perbandingan Pencapaian Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 60 50 40 Persentil 30 Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 20 10 0 sampel A Sampel B Sampel E Gambarajah 7. Perbandingan pencapaian ujian pos 1 dan ujian pos 2 ( Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD). Graf dalam gambarajah 7 menunjukkan perbandingan norma persentil yang diperolehi oleh ketiga-tiga sampel saya iaitu sampel A, B, dan E. Mereka telah menunjukkan peningkatan terhadap persentil masing-masing. Sampel A dan B telah menunjukkan peningkatan prestasi dimana mereka berdua telah mencapai sasaran yang telah saya tetapkan iaitu pada persentil 50 memandangkan pada ujian pos 1, sampel A dan B mencatat persenti 25 sahaja. Hal ini berbeza dengan sampel B di mana walaupun terdapat peningkatan skor semasa melaksanakan ujian pos 2 namun norma persentil masih belum mencapai sasaran yang telah saya tetapkan. Sampel mencatat persentil 5 pada ujian pos 1 manakala pada ujian pos 2, persentil sampel ini berada
  • 47. 47 pada persentil 25.Oleh yang demikian, dapatan ujian pos ini menunjukkan terdapatnya peningkatan dari segi skor dan norma persentil yang diperolehi oleh para sampel. 7.0 DAPATAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan pendekatan yang digunakan bagi meningkatkan penguasaan sampel dalam aktiviti pembelajaran.Saya telah menjalankan kajian terhadap beberapa orang sampel saya dengan penggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi meningkatkan kemahiran servis bawah bola tampar.Hasil daripada kajian tersebut, saya mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ditunjukkan oleh sampel kajian saya.Dapatan ini telah di sokong oleh pengkaji lalu iaitu, Umi Kalsum (2005), yang menyatakan pendekatan pelajaran berpusatkan pelajar iaitu stail reciprocal lebih berupaya meningkatkan pencapaian pelajar. Berdasarkan data yang telah saya perolehi iaitu terhadap sampel pada kitaran pertama, saya dapati bahawa dalam pemerhatian 1, terdapat 4 orang sampel iaitu sampel B, C, D dan F telah menunjukkan peningkatan dari segi bilangan lakuan yang telah di tetapkan seperti yang tersenarai dalam borang senarai semak. Sampel B telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6 peratus iaitu dari 25 peratus kepada 31 peratus.Sampel C pula telah menunjukkan peningkatan dari 63 peratus kepada 81 peratus. Bagi sampel D dan F pula masing-masing menujukkan perubahan yang positif di mana sampel D mencatat jumlah peningkatan peratusan sebanyak 19 peratus manakala bagi sampel F pula pengkatan yang amat memberansangkan iaitu sebanyak 31 peratus. Bagi perolehan data semasa ujian pos 1 pula, saya mendapati bahawa tiga orang sampel telah menunjukkan perubahan yang positif di mana skor persentil yang diperolehi oleh ketiga-
  • 48. 48 tiga sampel ini telah berjaya melepasi skor yang telah saya tetatpkan iaitu pada persentil 50. Sampel C dan D masing-masing berjaya mencapai persentil 50 pada ujian pos manakala sampel F pula menunjukkan peningkatan mendadak iaitu daripada persentil 5 kepada persentil 75. Berdasarkan dapatan yang telah saya perolehi, saya mendapati sampel yang terdiri dari kalangan murid yang mempunyai prestasi baik dalam akademik agak mudah mencapai peningkatan dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini apabila penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal diaplikasikan.Hal ini terjadi kerana mereka lebih mudah faham dengan kriteria-kriteria yang harus dilaksanakan seperti yang tertera dalam kad kriteria yang telah diedarkan kepada setiap pasangan.Mereka lebih mudah menguasai kemahiran ini setelah mereka membaca kad kriteria tersebut.dapatan saya ini telah disokong oleh dapatan kajian Alfassi (1998) yang mendapati, kumpulan pelajar yang mengikuti pengajaran reciprocal telah menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kefahaman bacaan pelajar apabila menggunakan pengajaran reciprocal berbanding dengan kaedahpengajaran bacaan konvesional. Justeru jelaslah di sini bahawa sampel lebih mudah memahami item-item yangterdapat di dalam kad kriteria dengan menggunakan stail reciprocal ini seterusnya dapat memperbaiki prestasi mereka dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini. Namun begitu, terdapat sampel yang belum melepasi skor yang telah saya tetapkan dalam ujian pos1 iaitu sampel A, B dan E. Sampel A tidak menunjukkan peningkatan semasa ujian pra dan pos 1 di mana sampel ini mencatatkan persentil 5 dalam kedua-dua ujian.Bagi sampel B dan E juga tiada peningkatan persentil ditunjukkan iaitu pada persentil 5 pada ujian pra dan pos 1.Dalam pemerhatian 2, Mereka juga tidak menujukkan peningkatan dari segi bilangan lakuan yang dilakukan mengikut item dalam borang senarai semak berbanding dalam pemerhatian 1. Oleh yang demikian, saya telah menjalankan langkah inisiatif lain di mana saya telah
  • 49. 49 menambahkan gambar dalam kad kriteria yang telah saya sediakan terhadap sampel yang masih mempunyai masalah dalam penguasaan teknik kemahiran servis bawah bola tampar. Hasil daripada tindakan saya ini, ketiga-tiga sampel telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran ini di mana sampel A, B dan E di mana pada pemerhatian 3, sampel A telah menunjukkan peningkatan peratus sebanyak 44%, sampel B pula sebanyak 25% dan sampel E pula menunjukkan peningkatan yang mendadak iaitu sebanyak 56% di mana sampel ini mencatatkan peratusan sebanyak 38% pada pemerhatian 2 dan 94% pada pemerhatian 3. Begitu juga dengan keputusan ujian pos 2 di mana sampel A dan E telah melepasi sasaran persentil yang telah saya tetapkan iaitu pada persentil 50. Sampel B pula tidak melepasi persentil yang telah saya tetapkan namun begitu, sampel ini telah menunjukkan peningkatan terhadap catatan skornya dalam ujian pos 2 iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD yang telah saya jalankan iaitu daripada hanya 2 skor pada ujian pos 1 kepada 9 skor pada ujian pos 2. Saya mendapati bahawa ketiga-tiga sampel iaitu sampel A, B dan E merupakan murid yang lemah dalam akademik, sehubungan dengan itu, hasil dapatan data yang telah diperolehi ini, saya mendapati bahawa sampel-sampel ini memerlukan masa yang lebih panjang berbanding sampel yang telah menunjukkan peningkatandalam pemerhatian 2 dan ujian pos1. Namun begitu, penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal juga masih dapat meningkatkan penguasaan ketiga-tiga sampel ini dalam kemahiran servis bawah bola tampar.Ia juga dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap kriteria-kriteria yang diperlukan untuk melakukan servis ini berdasarkan pembacaan mereka melalui kad kriteria yang telah diedarkan. Penggunaan stail reciprocal ini juga turut digunakan oleh pengkaji lepas iaitu Lederer (2002), yang telah membuat kajian tentang keberkesanan teknik reciprocal terhadap pelajar yang mempunyai masalah dalam kefahaman bacaan. Kajian tersebut telah dijalankan ke atas pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran di salah sebuah sekolah
  • 50. 50 rendah di New Mexico, Amerika Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan teknik pengajaran reciprocal berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar termasuklah pelajar yang mempunyai maslah pembelajaran.Tambahan lagi, saya juga telah memasukkan gambar dalam kad kriteria tersebut. Sehubungan dengan itu, penguasaan kefahaman murid terhadap kad kriteria tersebut dan apa yang perlu dilakukan bagi menguasaai teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar juga semakin meningkat. Dapatan kajian ini juga telah di sokong oleh ……… Justeru itu, kesimpulan yang telah saya perolehi mendapati kajian yang telah saya laksanakan ini telah menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan di mana penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal dapat meningkatkan kemahiran servis bawah bola tampar bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik. 8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 1. Kajian lanjutan perlu melibatkan lebih ramai sampel untuk melihat keberkesanan kaedah stail bergandingan ini dalam kemahiran servis bawah bola tampar. Penggunaan sampel yang lebih ramai bertujuan untuk menambahkan kuasa ujian (the power of test). 2. Kajian yang akan datang perlu mengambil kira pemboleh ubah-pemboleh ubah lain seperti bangsa, umur, lkasi sekolah di luar bandar dan yang di bandar, mata pelajaran lain dan pelbagai tahap kebolehan pelajar juga harus diambil kira dalam kajian selanjutnya agar kesimpulan yang lebih kukuh dapat diberikan. 3. Selain dari mengkaji murid, kajian lain juga boleh dilakukan dengan menggunakan guru sebagai sampel kajian. Dapatan daripada kajian yang melibatkan guru sudah tentu berguna kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan.
  • 51. 51 4. Saya juga mencadangkan agar pada masa untuk kajian akan datang dilanjutkan kerana masa yang singkat membataskan pengkaji untuk mengambil pendekatan selanjutnya yang lebih wajar bagi menangani masalah yang dihadapi oelh murid.
  • 52. 52 RUJUKAN AAHPERD Skills Test Manual: Volleyball. Clayton Shay, test consultant. Reston, Va.: AAHPERD, 1969. Alfassi.M. (1998). Reading for meaning: the efficiency of reciprocal teaching in fostering. Reading comprehension in high school students in remedial reading classes.American Educational Research Journal, 35 (2), 309-332. Byra, M., & Marks, M. (1993). The effect of two pairing techniques on specific feedback and comfort levels of learners in the reciprocal style of teaching. Jounal of Teaching in Physical Education, 12(3), 286-300. Ernst, M., & Byra, M. (1998). What does the reciprocal style of teaching hold for junior highschool learners? The Physical Educator, 55(1), 24-37. Gagne, R. M., Briggs, L. J., & Wager, W. W. (1992).Principles of instructional design (4thed.). Fort Worth, TX: Harcourt Brace Jovanovich College Publishers. Hart, E.T. & Speece, L.D. (1998). Reciprocal teaching goes to college: effects for post secondary students at risk for academic failure. Journal of Educational Psychology, 40 (4), 670-681 Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986).Practical measurements for evaluation in physical education.(4thed.). Edina: Burgess Publishing. Julismah Jani. (2011). Ilmu konten pedagogi dalam pendidikan jasmani dan sains sukan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • 53. 53 Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Surat pekeliling ikhtisas bil. 25/1998: Pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 18 Nov 1998, KP(BS)8591/Jil.XIV/(25). Lederer, J. M. (2002). Reciprocal teaching of social studies in inclusive elementary classroom. Journal of Learning Dissabilities, 33. Lysynchuk, L. M., Pressley, M. & Vye, N. J. (1990). Reciprocal teaching improves standardized reading comprehension performance in poor comprehend. The Elementary School Journal, 90 (5). Mosston, M. (2002).Teaching physical education.(5thed.). San Francisco: Benjamin Cummings. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Sukatan pelajaran rendah dan menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Rink, J. E. (1998).Teaching physical education for learning. Boston: McGraw-Hill. Rozianah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub,& Mohd Zohir Ahmad.(2003). Pedagogi strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd. Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundation of the new reform. Harvard Educational Review, 15(2), 4-14.
  • 54. 54 Siow, H. L., Abu Talib Putih,& Lee, S. E. (2005).Pedagogi merentas kurikulum. Tanjong Malim: Universiti Sultan Idris. Umi Kalsom Mohd Salleh. (2005). Kajian keberkesanan pengajaran reciprocal ke atas pencapaian dan sikap pelajar dalam pembelajaran sejarah tingkatan empat.Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Bentong. PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd. 251-262. Viera, B. L., & Ferguson, B. J. (1994).Bola tampar meniti tangga kejayaan. Shah Alam: Federal Publications Sdn Bhd. Westera, J. & Moore, D. W. (1995).Reciprocal Teaching of Reading comprehension in a New Zealand High School.Journal of Psychology in the School. 32.
  • 55. 55 LAMPIRAN 1 BORANG SKOR UJIAN SERVIS BOLA TAMPAR AAHPERD. NAMA: KELAS: Perhatikan pelakuan murid dan catatkan bilangan skor bagi kemahiran servis bawah tangan bola tampar yang diperolehi pada setiap percubaan di kawasan yang telah ditetapkan. Percubaan Skor 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Pencatat skor: …………………………… ( )
  • 56. 56 LAMPIRAN 2 SEKOLAH KEBANGSAAN TEMONG 33600 ENGGOR, PERAK DARUL RIDZUAN. ABA 4040 TEL &FAKS : 05- 7521477 ___________________________________________________________________________ ‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’ Ruj.Tuan : Ruj.Kami : Tarikh : Suriana Bte Hassan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Ulu Kinta, Perak. Melalui, Guru Besar, SK Temong, 33600 Enggor, Perak. Kepada, _________________________ _________________________ _________________________ 4 Jun 2011
  • 57. 57 Tuan / Puan, PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK MELIBATKAN PELAJAR SEBAGAI SAMPEL KAJIAN Merujuk kepada perkara di atas, saya, Suriana Bte Hassa, no. matrik 22100, penuntut sarjana muda pendidikan (Pendidikan Jasmani) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, ingin memohon kebenaran untuk melibatkan anak / anak jagaan tuan / puan sebagai sampel dalam kajian saya. Kajian ini dijalankan sebagai memenuhi kehendak program sarjana muda perguruan. 2. Kajian saya bertajuk „Penggunaan Kad Kriteria dalam Stail Bergandingan untuk Meningkatkan Kemahiran Servis Bawah Bola Tampar Bagi Murid-murid Tahun 6 Futuristik ‟. Kajian akan dijalankan semasa kelas PJK dan pelajar-pelajar yang terlibat sebagai sampel akan digunakan dalam kajian saya. 3. Kajian ini akan bermula pada Jun 2011 dan berakhir pada Julai 2011. Ujian ujian yang akan dilaksanakan adalah ujian pra dan ujian pos servis bola tampar AAHPERD. Ujian-ujian ini tidak akan mendatangkan bahaya kepada sampel kajian. Semua maklumat yang diperolehi dalam kajian ini adalah sulit dan hanya digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. 4. Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. Yang benar, ___________________ (Suriana Bte Hassan) PERAKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA Saya ..............................................................membenarkan / tidak membenarkan anak / anak jagaan saya ...............................................………… tahun...........................untuk menyertai kajian ini. 2. Saya sedar bahawa guru dan pihak sekolah akan mengambil segala langkah keselamatan sepanjang kajian dijalankan. Oleh itu, saya mengaku bahawa pihak sekolah tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini yang mungkin berlaku. 3. Anak / anak jagaan saya pernah / sedang menghidap penyakit ..................................................................................... Tandatangan ibu bapa / penjaga : .......................................... Telefon : ......................... Alamat ibu bapa / penjaga : .......................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................................................... ............ No. Kad pengenalan : ...................................... Tarikh : .....................................
  • 58. 58 LAMPIRAN 3 5‟ 3 5‟ X 20‟Net 20‟ 1 2 NNNNNNNNNNNNNNJNDJDKGF 4 30' 15’ 10’ 5‟ 3 Gambar rajah 8.Zon Mata bagi Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Diadaptasi daripada Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986).Practical measurements for evaluation in physical education.(4thed.). Edina: Burgess Publishing.
  • 59. 59 LAMPIRAN 4 Jadual 8.Norma Bagi Mata untuk Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. PERSENTIL UMUR 10-11 12 13 14 15 16 17-18 LELAKI 95 29 31 32 34 36 27 37 75 22 23 24 25 28 29 30 50 16 16 19 20 22 23 24 25 11 11 13 15 16 17 17 5 4 5 5 8 9 10 11 PEREMPUAN 95 24 26 26 28 30 31 32 75 15 16 17 20 20 21 21 50 10 11 11 13 14 16 16 25 5 5 5 7 9 11 11 5 0 0 0 1 2 4 4 ªPersentil skor berdasarkan umur. Sumber: Manual Ujian Kemahiran Bola Tampar AAHPERD untuk Lelaki Dan Perempuan. Di adaptasi daripada Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986).Practical measurements for evaluation in physical education. (4thed.). Edina: Burgess Publishing.
  • 60. 60 LAMPIRAN 5 BORANG BIODATA MURID SEKOLAH: NAMA : ALAMAT : UMUR : TARIKH LAHIR : TEMPAT LAHIR : PEKERJAAN BAPA : PEKERJAAN IBU : HOBI : PERSATUAN : UNIT BERUNIFORM : KELAB DAN SUKAN : PENCAPAIAN DALAM SUKAN 1) 2) 3) 4)
  • 61. 61 LAMPIRAN 6 Borang Soal Selidik Penggunaan Stail Bergandingan Bagi Meningkatkan Kemahiran Servis Bawah dalam Permainan Bola Tampar Bagi Murid-murid Tahun 6 Futuristik ( Terima Kasih di atas kesudian meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini. Tujuan kaji selidik ini untuk mendapatkan maklumbalas bagi menyiapkan kajian tindakan di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Pendidikan Jasmani. Penyertaan kaji selidik ini telah ditetapkan dan semua maklumat akan dirahsiakan) Bahagian 1 : Maklumat Am (Sila tanda (/) Pada Satu Kotak Sahaja) 1. Jantina Lelaki Perempuan 2. Pekerjaan Ayah Guru Polis Peniaga Lain-Lain Sila Nyatakan:………………………. 3. Pekerjaan Ibu Guru Polis Peniaga Lain-Lain Sila Nyatakan:………………………. 4. Minat bersukan Ya Tidak
  • 62. 62 Bahagian 2: Maklumat Penyelidikan Sila nyatakan tahap penilaian anda bagi kenyataan di bawah dengan tandakan (/) berdasarkan skala yang diberi. 1= Sangat Tidak Setuju 2= Tidak Setuju 3= Setuju 4= Sangat Setuju Bil Soal Selidik 1 2 3 4 1 Adakah anda suka mata pelajaran pendidikan jasmani? 2 Adakah anda suka guru yang mengajar pendidikan jasmani? 3 Adakah anda suka kaedah atau stail yang digunakan guru semasa mengajar pendidikan jasmani? 4 Adakah anda suka melakukan aktiviti secara individu? 5 Adakah anda sukakan aktiviti secara berpasangan? 6 Adakah anda sukakan aktiviti secara berkumpulan? 7 Adakah anda suka sekiranya guru menggunakan stail yang baru dalam pengajaran Pendidikan Jasmani? 8 Adakah anda suka sekiranya guru menjadi fasilitator sahaja semasa aktiviti Pendidikan Jasmani? Pada pendapat saya, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani akan menjadi lebih menarik sekiranya guru saya, ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………
  • 63. 63 LAMPIRAN 7 Kad Kriteria Stail Bergandingan Nama pelaku: Kelas: Masa: Tarikh: KEMAHIRAN SERVIS BAWAH (BOLA TAMPAR) Untuk kegunaan pelajar: Tugas: murid dikehendaki melakukan servis menggunakan teknik servis bawah. Kriteria yang hendak di nilai ialah Fasa Persediaan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Ikut Lajak. BIL PERKARA/FASA ADA TIADA CATATAN Fasa Persediaan 1 Berdiri mengiring 2 Kaki dibuka seluas bahu 3 Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang 4 Mata tumpu pada bola 5 Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis
  • 64. 64 BIL PERKARA/FASA ADA TIADA CATATAN Fasa Pelaksanaan 1 Lengan tangan bebas di hayun ke belakang. 2 Serentak, berat dipindah ke belakang. 3 Lambung bola pada paras kepala. 4 Lengan tangan bebas di hayun ke hadapan dalam satu satah yang lurus. 5 Serentak berat badan dipindah ke depan. 6 Kontak bola pada buku lima tangan yang di genggam pada paras pinggang. 7 Bola di kontak pada bahagian bawah tengah Fasa Ikut Lajak 1 Ambil satu langkah ke hadapan 2 Berat badan pada kaki hadapan 3 Lengan ke arah atas jaring 4 Bergerak masuk ke dalam gelanggang. Nama Pemerhati:
  • 65. 65 LAMPIRAN 8 BORANG SENARAI SEMAK KEMAHIRAN SERVIS BAWAH BOLA TAMPAR Nama: Kelas: Tarikh: Masa: BIL PERKARA/FASA ADA TIADA CATATAN Fasa Persediaan 1 Berdiri mengiring 2 Kaki dibuka seluas bahu 3 Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang 4 Mata tumpu pada bola 5 Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis.
  • 66. 66 BIL PERKARA/FASA ADA TIADA CATATAN Fasa Pelaksanaan 1 Lengan tangan bebas dihayun ke belakang 2 Serentak, berat badan dipindah ke belakang. 3 Lambung bola pada paras kepala. 4 Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang lurus. 5 Serentak, berat badan dipindah ke depan. 6 Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam pada paras pinggang. 7 Bola dikontak pada bahagian bawah tengah. Fasa Ikut Lajak 1 Ambil satu langkah ke hadapan 2 Berat badan pada kaki hadapan 3 Lengan ke arah atas jaring 4 Bergerak masuk ke dalam gelanggang.