SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
SISTEM ENDOKRIN

Sistem Endokrin meliputi suatu sistem dalam tubuh manusia yang terdiri daripada
sejumlah kelenjar yang menghasilkan zat yang dikenali sebagai HORMON. Kelenjar ini
dinamakan “ENDOKRIN” kerana tidak mempunyai saluran keluar untuk zat yang
dihasilkannya. Hormon yang dihasilkannya itu dalam jumlah sedikit pada saat
diperlukan dan dialirkan ke organ sasaran melalui pembuluh darah bercampur dengan
darah. Kelenjar yang hasilnya disalurkan melalui pembuluh khusus (seperti kelenjar
ludah) dinamakan kelenjar eksokrin.




Kelenjar endokrin terdiri daripada:

   1. Kelenjar Hipofisa/Pituitari yang terletak di dalam rongga kepala berdekatan
      dengan dasar otak.

   2. Kelenjar tiroid/Godok yang terletak dileher bahagian depan

   3. Kelenjar Paratiroid terletak dekat dengan kelenjar tiroid

   4. Kelenjar Supradrenal/ Adrenals yang terletak di atas ginjal kiri dan kanan

   5. Kelenjar Pankreas yang terletak di dalam jaringan pankreas(Pulau Langerhans)

   6. Kelenjar Kelamin/Gonad bagi lelaki ianya dikenali sebagai testis sementara bagi
      wanita ianya dikenali sebagai Indung Telur

   7. Kelenjar Hipotalamus
8. Kelenjar Thymus

Plasenta juga dapat di kategorikan sebagai kelenjar endokrin kerana ia juga turut
menghasilkan hormon sepanjang masa tempoh kehamilan seseorang wanita itu.




Kelenjar Hipofisa/Pituitari

         Kelenjar Hipofisa berukuran lebih kurang seperti kacang yang terletak terlindung
didasar tengkorak. Kelenjar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian depan
dan belakang. Bahagia belakang merupakan lanjutan dari Hipotalamus (bahagian dari
atas).    Kelenjar   ini   menghasilkan   hormon   pertumbuhan,    hormon    perangsang
tiroid(TSH),Hormon Perangsang Gonad (FSH) dan lain-lain lagi.

         Hormo pertumbuhan banyak dihasilkan sepanjang masa pertumbuhan, tetapi
mula menurun setelah manusia mencapai usia dewasa.Jika hormon ini dihasilkan
dalam jumlah berlebihan sepanjang masa pertumbuhan, kesannya anak tersebut akan
menjadi sangat tinggi, tetapi bila hormon ini dihasilkan setelah usia dewasa akan kita
dapati pada bahagian tubuh tertentu akan tumbuh berlebihan seperti dagu,jari dan
sebagainya. Jika hormon ini kurang pula, terutamanya pada masa anak-anak masih
dalam proses pertumbuhan maka akan menyebaban anak tersebut akan terbantut
pertumbuhannya (kerdil)
Hormon Hipofisa lain ialah follicle stimulating hormon yang merangsang
penghasilan hormon seks dan prolactin yang mengatur pemprosesan air susu ibu
setelah melahirkan.

Kelenjar Tiroid

      Kelenjar Tiroid juga dikenali dengan nama lainnya kelenjar Gondok yang
berbentuk seakan-akan kupu-kupu yang boleh didapati dibahagian hadapan batang
kerongkong (trakea).Kelenjar ini ikut turun naik pada waktu menelan.

      Pembesaran      kelenjar     ini   disebut   Goiter/Struma/Beguk.   Pembesaran   ini
disebabkan oleh kebanyakan penghasilan hormon atau kerana kekurangan iodin
hingga penghasilan hormon berkurangan atau pada kes lainnya kerana ketumbuhan.
Kadang-kadang tiroid agak membesar pada masa wanita itu haid.

      Penghasilan hormon yang berlebihan akan menyebabkan jantung berdebar dan
jika ianya berlarutan akan melemahkan jantung, mengeluarkan peluh yang banyak dan
berat badan akan menurun serta mata akan menonjol keluar.

Kelenjar Paratiroid

      Kelenjar Paratiroid menghasilkan Parathormon yang turut mengatur kadar
kalsium darah. Kelenjar ini berukuran sebesar beras,ada empat kesemuanya.Kelenjar
ini terletak di sudut-sudut kelenjar tiroid oleh itu, kelenjar ini akan kadang-kadang
terpotong apabila seseorang itu menjalani pembedahan tiroid. Tanpa kelenjar ini, kita
akan mengalami kekejangan otot kerana gangguan kadar kalsium dalam darah kita.

Kelenjar Pankreas(Pulau Langerhans)

      Kelenjar Pankreas melalui pulau-pulau Langerhans yang tersebar didalamnya
menghasilkan hormon insulin dan glukogen. Kedua-dua hormon ini mengatur kadar dan
penggunaan glukosa dalam darah. Gangguan penghasilan hormon insulin akan
mengakibatkan terjadinya penyakit diabetes mellitus.

      Adakalanya juga, seseorang itu sangat sensitif terhadap karbohidrat atau gula.
Pengambilan       makanan   yang     berkhabohidrat    akan   menyebabkan    peningkatan
penghasilan insulin sehinggayang bersangkutan akan kekurangan gula. Sebagai
akibatnya, ia akan makan kembali dan perkara yang sama akan berulang lagi, lama
kelamaan orang itu akan menjadi gemuk kerana terus makan dan adar gula dalam
darah naik kerana kandungan gula terlalu banyak dan insulin yang dikeluarkan tidak
dapat mengimbanginya.

Kelenjar Tymus

       Kelenjar Tymus terletak di belakang tulang dada anak-anak pada usia
pertubuhannya. Setelah kanak-kanak ini dewasa,kelenjar ini akan mengecil dan tidak
akan ditemukan lagi. Selama masih aktif, kelenjar ini menghasilkan sel darah putih yang
disebut T-lymphocyte. Sel ini selanjutnya akan menetap di dalam tubuh dan mempunyai
ingatan terhadap benda asing yang pernah masuk tubuh dan sel tubuh`yang abnomal
(termasuk sel kanser)Jika zat yang sama masuk tubuh maka sel ini akan
memperbanyakkan diri dan meneutralkan kesan zat tersebut terhadap tubuh. Fungsi ini
merupakan sebahagian daripada sistem imun badan manusia.

Kelenjar Adrenal

       Terbahagi      kepada        dua    iaitu      bahagian    pinggir(cortex)     dan
tengah(medulla).Bahagian cortex menghasilkan hormon pengatur keseimbangan cairan
dan elektrolit tubuh(ACTH) dan vital untuk kehidupan. Bahagian medulla menghasilkan
adrenalin dan juga merupakan bahagian dari sistem simpatis. Kelenjar ini juga
menghasilkan sex-hormone dalam jumlah sedikit.

Kelenjar Gonad

       Gonad terdiri daripada testis pada lelaki dan indung telur (ovari) pada wanita.
Ianya berperanan untuk menghasilkan hormon seks pada lelaki mahupun wanita.Pada
setiap lelaki dan wanita sebenarnya terdapat hormon seks wanita dan lelaki bersama-
sama    dihasilkan   oleh   gonad    dan   kelenjar   suprarenal/Adrenal.   Pada    wanita
keseimbangannya terletak pada hormon wanita yang lebih banyak dan pada lelaki
hormon lelakinya.
Salah satu akibat hormon seks lelaki dan wanita diluar pengaruh terhadap fungsi
seksual itu sendiri, adalah dalam pertumbuhan lapisan lemak tubuh. Hormon
testosteron membantu terbentuknya jaringan otot yang baik, sedangkan hormon
estrogen pada wanita membantu tumbuhnya jaringan lemak.Kepala botak pada lelaki
merupakan akibat hormon seks lelaki begitu juga tumbuhnya jerawat.




Jadual dibawah adalah ringkasan pada fungsi kelenjar andokrin dan hormon-hormon
yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar tersebut:

  Kelenjar               Hormon yang                       Fungsi
                         dirembeskan
Pituitari         a. Hormon pertumbuhan     Merangsang pertumbuhan badan
                  (GH)
                  b. Hormon perangsang      Merangsang kelenjar tiroid
                  tiroid (TSH)              merembeskan hormon tiroksina.
(Kelenjar         c. Hormon antidiuresis    Merangsang penyerapan semula air
agung)            (ADH)                     dari tubul ginjal.
                  d. Hormon perangsang      Merangsang perkembangan folikel
                  folikel (FSH)             Graaf dan tubul semen.
                  e. Hormon peluteinan      Menyebabkan pembebasan ovum
                  (LH)                      daripada ovari dan perkembangan
                                            folikel menjadi korpus luteum.
                                            Merangsang perembesan hormon
                                            seks oleh ovari dan testis.
                  f. Hormon                 Merangsang korteks adrenal
                  adrenokortikotrof         menghasilkan hormon.
                  (ACTH)
                  g. Hormon prolaktin       Merangsang perembesan susu oleh
                                            kelenjar susu.
                  h. Hormon oksitosin       Merangsang pengecutan otot uterus
                                            semasa bersalin.
Tiroid            Tiroksina                 Mengawal kadar metabolisme sel
                                            badan, khususnya respirasi dalam
                                            mitokondria.
                                            Mengawal aras aktiviti,
                                            menggalakkan pertumbuhan yang
                                            normal bagi rangka dan
                                            perkembangan mental.
Kelompok sel Insulin                        Menyebabkan penukaran glikosa
Langerhans                                  kepada glikogen.
dalam        Glukagon                       Menyebabkan penukaran glikogen
pankreas                 kepada glukosa.
Adrenal    Adrenalina    Menyediakan badan untuk
                         menentang atau lari dalam keadaan
                         kecemasan dengan merangsang
                         peningkatan aras glukosa dalam
                         darah.

           Aldosteron    Mengawal tekanan osmosis darah
                         melalu penyerapan semula ion
                         natrium.
Ovari      Estrogen      Merangsang perkembangan organ
                         seks perempuan dan ciri seks
                         sekunder seperti perkembangan
                         kelenjar susu dan pembesaran buah
                         dada.

           Progesteron   Menyebabkan dinding uterus
                         menebal untuk penempelan uterus.
Testis     Testosteron   Merangsang perkembangan organ
                         seks lelaki dan ciri seks sekunder
                         seperti pertumbuhan misai dan suara
                         menjadi kasar.
                         Merangsang spermatogenensis.
Jadual nama dan letak kelenjar endokrin dalam tubuh.

No kelenjar      Nama Lain            Letak
1  hipofisis     Kelenjar pituitari   Dibahagian dasar cerebrum, dibawah
                                      hipotalamus
2   Tiroid       Kelenjar gondok      Didaerah leher dekat halkum
3   Paratiroid   Kelenjar anak gondokDibahagian (dorsal) belakang dari kelenjar
                                      tiroid
4   Kelenjar     Kelenjar pulau-pulau Dekat lambung
    pankreas     langerhans
5   Kelenjar     Kelenjar kelamin     Lelaki : testis
    gonad
                                       Perempuan: ovarium
6   Kelenjar     Kelenjar supra renalisDi atas ginjal
    adrenalin
7   Kelenjar timusKelenjar kacangan   Di kawasan dada
HORMON
Hormon adalah zat yang dilepaskan ke dalam aliran darah dari suatu kelenjar atau
organ yang mempengaruhi kegiatan di dalam sel-sel. Sebahagian besar hormon
merupakan protein yang terdiri dari rantai asid amino dengan panjang yang berbeza-
beza. Sisanya merupakan steroid, iaitu zat lemak yang merupakan hasil daripada
kolestrol. Hormon dalam jumlah yang sangat kecil boleh meninggalkan kesan yang
sangat luas kepada tubuh manusia.

      Dalam hal struktur kimianya, hormon diklasifikasikan sebagai hormon yang larut
dalam air atau yang larut dalam lemak. Hormon yang larut dalam air termasuk
polipeptida (contohnya insulin, glukagon, hormon adrenokortikotropik (ACTH), gastrin)
dan katekolamin (contohnya dopamin, norepinefrin, epinefrin). Hormon yang larut dalam
lemak termasuk steroid (misal estrogen, progesteron, testosteron, glukokortikoid,
aldosteron) dan tironin (misal tiroksin). Hormon yang larut dalam air bekerja melalui
sistem mesenger-kedua, sementara hormon steroid dapat menembus membran sel
dengan bebas.

      Hormon terikat kepada reseptor di permukaan sel atau di dalam sel. Ikatan
antara hormon dan reseptor akan mempercepatkan, memperlambatkan atau merubah
fungsi sel. Pada akhirnya hormon mengendalikan fungsi dari organ secara
keseluruhannya. Antaranya :

    Hormon mengendalikan pertumbuhan dan perkembangan,pembiakan dan ciri-ciri
      seksual.
    Hormon mempengaruhi cara tubuh dalam menggunakan dan menyimpan
      tenaga.
    Hormon juga mengendalikan jumlah cairan dan kadar air dan garam di dalam
      darah.

Beberapa hormon hanya mempengaruhi 1 atau 2 organ,sedangkan hormon yang lainya
mempengaruhi seluruh tubuh. Misalnya TSH dihasilkan oleh kelenjar hipofisa hanya
mempengaruhi kelenjar Tiroid. Sedangkan hormone tiroid dihasilkan oleh kelenjar tiroid
mempengaruhi sel-sel diseluruh tubuh manusia. Insulin yang dihasilkan oleh sel-sel
       pankreas pula akan mempengaruhi metabolism gula,protein dan lemak di seluruh
       badan




                                    CARA KERJA HORMON

        KLASIFIKASI HORMON

1.    Hormon perkembangan / Growth hormon – hormon yang memegang peranan di

       dalam perkembangan dan pertumbuhan. Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar

       gonad.

     2. Hormon metabolisme – proses homeostasis glukosa dalam tubuh diatur oleh
       bermacammacam hormon, contoh glukokortikoid, glukagon, dan katekolamin.
3. Hormon tropik – dihasilkan oleh struktur khusus dalam pengaturan fungsi endokrin yakni
   kelenjar hipofise sebagai hormon perangsang pertumbuhan folikel (FSH) pada ovarium
   dan proses spermatogenesis (LH).

4. Hormon pengatur metabolisme air dan mineral – kalsitonin dihasilkan

5. oleh kelenjar tiroid untuk mengatur metabolisme kalsium dan fosfor.




                              Organ dari Sistem Endokrin:
Organ dari sistem endokrin :



1.   Hipotalamus




         Hipotalamus sebagai sebahagian dari sistem endokrin yang mengawal sintesa dan
      sekresi hormon-hormon hipofisa. Hipotalamus melepaskan sejumlah hormon yang
merangsang hipofisa. Beberapa di antaranya memicu pelepasan hormon hipofisa dan
yang lainnya menekan pelepasan hormon hipofisa. Hipotalamus terletak di batang otak,
tepatnya di dienchepalon, dekat dengan ventrikel ot ketiga (ventrikulus tertius) yang
berfungsi sebagai pusat tertinggi sistem kelenjar endokrin yang menjalankan fungsinya
melalui humoral (hormonal) dan saraf.

Hormon-hormon hipotalamus antara lain:




a.    ACTH : Adrenocortico Releasing Hormon

b.   ACIH : Adrenocortico Inhibiting Hormon

c.   TRH : Tyroid Releasing Hormon

d.   TIH : Tyroid Inhibiting Hormon

e.    GnRH : Gonadotropin Releasing Hormon

f.   GnIH : Gonadotropin Inhibiting Hormon

g.   PTRH : Paratyroid Releasing Hormon

h.   PTIH : Paratyroid Inhibiting Hormon

i.   PRH : Prolaktin Releasing Hormon

j.   PIH : Prolaktin Inhibiting Hormon
k.      GRH : Growth Releasing Hormon.

     l.      GIH : Growth Inhibiting Hormon

     m.       MRH : Melanosit Releasing Hormon

     n.       MIH : Melanosit Inhibiting Hormon




2.        Hipofisis / Hipofise (Pituitary)




     Hipofis terletak di sella tursika, lekukan os spenoidalis basis cranii.
Berbentuk oval dengan diameter kira-kira 1 cm dan dibagi kepada dua lobus Lobus
anterior, merupakan bahagian terbesar dari hipofise kira-kira 2/3 bahagian dari hipofise.
Lobus anterior ini juga disebut adenohipofise. Lobus posterior, merupakan 1/3 bagian
hipofise dan terdiri dari jaringan saraf sehingga disebut juga neurohipofise. Hipofise
stalk adalah struktur yang menghubungkan lobus posterior hipofise dengan
hipotalamus. Struktur ini merupakan jaringan saraf




   Hipofisa menghasilkan hormon tropik dan hormon nontropik. Hormon tropik akan
mengontrol sintesa dan sekresi hormon kelenjar sasaran sedangkan hormon nontropik
akan bekerja langsung pada organ sasaran.

   Kemampuan hipofise dalam mempengaruhi atau mengontrol langsung aktivitas
kelenjar endokrin lain menjadikan hipofisa dijuluki “master of glands”.
3.     Kelenjar Timus (Thymus)

        Thymus terletak di dalam mediastinum di belakang os stemum. Hanya dijumpai
     pada anak-anak di bawah 18 tahun. Setelah itu kelenjar ini mengecil dan tidak
     ditemukan lagi. Kelenjar ini berwarna kemerah-merahan dan terdiri atas 2 lobus.
     Beratnya sekitar 10 gram pada bayi yang baru lahir, namun bertambah seriring masa
     remaja, yaitu sekitar 30-40 gram, kemudian berkerut lagi setelah dewasa. Selama
     masih aktif, kelenjar ini menghasilkan sel darah putih yang disebut T-lymphocyte. Sel
     ini selanjutnya akan menetap di dalam tubuh dan mempunyai memory atau ingatan
     terhadap benda asing yang pemah masuk tubuh dan sel tubuh yang abnormal
     (termasuk sel kanker). Jika zat yang sama masuk tubuh maka sel ini akan
     memperbanyak dan menetralkan efek zat itu terhadap tubuh. Fungsi ini merupakan
     suatu bagian sistem proteksi tubuh atausistem imun (cell mediated immune system)
     yang bersifat seluler




4.     Kelenjar Tiroid (Kelenjar Gondok)
Kelenjar tiroid merupakan kelenjar berwarna merah kecoklatan dan sangat vascular.
     Terletak di anterior cartilago thyroidea di bawah laring setinggi vertebra cervicalis 5
     sampai vertebra thorakalis 1. Kelenjar ini terselubungi lapisan pretracheal dari fascia
     cervicalis. Beratnya kira-kira 18-25 gr tetapi bervariasi pada tiap individu. Kelenjar tiroid
     sedikit lebih berat pada wanita terutama saat menstruasi dan hamil.

        Lobus kelenjar tiroid seperti kerucut. Ujung apikalnya menyimpang ke lateral ke
     garis oblique pada lamina cartilago thyroidea dan basisnya setinggi cartilago trachea
     4-5. Kelenjar ini terdiri atas dua lobus yaitu lobus kiri kanan yang dipisahkan oleh
     isthmus. Masing-masing lobus kelenjar ini mempunyai ketebalan lebih kurang 2 cm,
     lebar 2,5 cm dan panjangnya 4 cm. Tiap-tiap lobus mempunyai lobuli yang di masing-
     masing lobuli terdapat folikel dan parafolikuler.

        Di dalam folikel ini terdapat rongga yang berisi koloid dimana hormon-hormon
     disintesa.kelenjar tiroid mendapat sirkulasi darah dari arteri tiroidea superior dan arteri
     tiroidea inferior. Arteri tiroidea superior merupakan percabangan arteri karotis eksternal
     dan arteri tiroidea inferior merupakan percabangan dari arteri subklavia.Lobus kanan
     kelenjar tiroid mendapat suplai darah yang lebih besar dibandingkan dengan lobus kiri.
     Dipersarafi oleh saraf adrenergik dan kolinergik. saraf adrenergik berasal dari ganglia
     servikalis dan kolinergik berasal dari nervus vagus.




5.     Paratiroid (Kelenjar Anak Gondok)

        Kelenjar paratiroid berukuran kecil, kuning kecoklatan oval, biasanya terletak antara
     garis lobus posterior dari kelenjar tiroid dan kapsulnya. Ukurannya kira2 6x3x2 mm.
     Beratnya 50 mg.
Kelenjar ini berjumlah empat buah, biasanya 2 pada tiap sisi, superior dan inferior.
Normalnya paratiroid posterior bergeser hanya pada kutub paratiroid posterior, tapi bisa
juga turun bersama timus ke thorax atau pada bifurcation karotis.

   Kelenjar paratiroid superior letaknya lebih konstan daripada inferior dan biasanya
terlihat di tengah garis posterior kelenjar tiroid walaupun bisa lebih tinggi. Bagian inferior
sangat bervariasi pada beberapa situasi (tergantung perkembangan embriologisnya)
dan bias tanpa selubung fascia tiroid, di bawah arteri tiroid, atau pada kelenjar tiroid
dekat kutub inferior.

   Kelenjar ini terdiri dari dua jenis sel yaitu chief cells dan oxyphill cells. Chief cells
merupakan bagian terbesar dari kelenjar paratiroid, mensintesa dan mensekresi
hormon paratiroid atau parathormon disingkat PTH.

More Related Content

What's hot

Sistem hormon-manusia
Sistem hormon-manusiaSistem hormon-manusia
Sistem hormon-manusia
Dio Altha
 
Siklus estrus
Siklus estrusSiklus estrus
Siklus estrus
InXs Bg
 

What's hot (19)

Pengaturan fungsi hormon seksual pada pria oleh hormon
Pengaturan fungsi hormon seksual pada pria oleh hormonPengaturan fungsi hormon seksual pada pria oleh hormon
Pengaturan fungsi hormon seksual pada pria oleh hormon
 
Makalah hormon reproduksi wanita
Makalah hormon reproduksi wanitaMakalah hormon reproduksi wanita
Makalah hormon reproduksi wanita
 
Sistem hormon-manusia
Sistem hormon-manusiaSistem hormon-manusia
Sistem hormon-manusia
 
5.hormon
5.hormon5.hormon
5.hormon
 
Sistem endoktrin
Sistem endoktrinSistem endoktrin
Sistem endoktrin
 
Sistem Reproduksi Manusia
Sistem Reproduksi ManusiaSistem Reproduksi Manusia
Sistem Reproduksi Manusia
 
Tugas biologi smpn 1 bandung
Tugas biologi smpn 1 bandungTugas biologi smpn 1 bandung
Tugas biologi smpn 1 bandung
 
Hormon-hormon
Hormon-hormonHormon-hormon
Hormon-hormon
 
Siklus estrus
Siklus estrusSiklus estrus
Siklus estrus
 
Pp sistem endokrin
Pp sistem endokrinPp sistem endokrin
Pp sistem endokrin
 
MATERI Sistem reproduksi KELAS XI SMA
MATERI Sistem reproduksi KELAS XI SMAMATERI Sistem reproduksi KELAS XI SMA
MATERI Sistem reproduksi KELAS XI SMA
 
media interaktif sistem endokrin
media interaktif sistem endokrinmedia interaktif sistem endokrin
media interaktif sistem endokrin
 
Endokrinologi Ikan sub Bahasan kontrol hormon reproduksi pada udang
Endokrinologi Ikan sub Bahasan kontrol hormon reproduksi pada udangEndokrinologi Ikan sub Bahasan kontrol hormon reproduksi pada udang
Endokrinologi Ikan sub Bahasan kontrol hormon reproduksi pada udang
 
ovarium dan hormon gonadotropin
ovarium dan hormon gonadotropinovarium dan hormon gonadotropin
ovarium dan hormon gonadotropin
 
Hormon hormon reproduksi 2010
Hormon hormon reproduksi 2010Hormon hormon reproduksi 2010
Hormon hormon reproduksi 2010
 
Sistem Reproduksi
Sistem ReproduksiSistem Reproduksi
Sistem Reproduksi
 
Antomi Fisiologi Sistem Endokrin
Antomi Fisiologi Sistem EndokrinAntomi Fisiologi Sistem Endokrin
Antomi Fisiologi Sistem Endokrin
 
Draf resume
Draf resumeDraf resume
Draf resume
 
Hormon
HormonHormon
Hormon
 

Viewers also liked

Viewers also liked (6)

Anatomi tiroid
Anatomi tiroidAnatomi tiroid
Anatomi tiroid
 
Sistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkkSistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkk
 
Kelainan tiroid
Kelainan tiroidKelainan tiroid
Kelainan tiroid
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
 
Thyroid presentation
Thyroid presentationThyroid presentation
Thyroid presentation
 

Similar to Sistem endokrin (kerja kursus)

Sistem endokrin kebidanan
Sistem endokrin kebidananSistem endokrin kebidanan
Sistem endokrin kebidanan
Singgih Singgih
 
SISTEM HORMON- KEL 1 XI MIPA 2-B.pptx
SISTEM HORMON- KEL 1 XI MIPA 2-B.pptxSISTEM HORMON- KEL 1 XI MIPA 2-B.pptx
SISTEM HORMON- KEL 1 XI MIPA 2-B.pptx
Anggita92
 
Sistem kelenjar endokrin (kelompok 7)
Sistem kelenjar endokrin (kelompok 7)Sistem kelenjar endokrin (kelompok 7)
Sistem kelenjar endokrin (kelompok 7)
Icha Nurrahmia
 

Similar to Sistem endokrin (kerja kursus) (20)

Kel 5 sistem endokrin
Kel 5 sistem endokrinKel 5 sistem endokrin
Kel 5 sistem endokrin
 
Sistem Endoktrin.pptx
Sistem Endoktrin.pptxSistem Endoktrin.pptx
Sistem Endoktrin.pptx
 
Sistem hormon manusia
Sistem hormon manusiaSistem hormon manusia
Sistem hormon manusia
 
Sistem hormon
Sistem hormonSistem hormon
Sistem hormon
 
Sistem endokrin kebidanan
Sistem endokrin kebidananSistem endokrin kebidanan
Sistem endokrin kebidanan
 
8. Sistem Endokrin.pptx
8. Sistem Endokrin.pptx8. Sistem Endokrin.pptx
8. Sistem Endokrin.pptx
 
Kelompok 6_Hormon, Enzim, dan Koenzim.pptx
Kelompok 6_Hormon, Enzim, dan Koenzim.pptxKelompok 6_Hormon, Enzim, dan Koenzim.pptx
Kelompok 6_Hormon, Enzim, dan Koenzim.pptx
 
Sistem endokrin 01
Sistem endokrin 01 Sistem endokrin 01
Sistem endokrin 01
 
Hormon
HormonHormon
Hormon
 
Bio Materi Hormon SMA
Bio Materi Hormon SMABio Materi Hormon SMA
Bio Materi Hormon SMA
 
Sistem hormon 290913
Sistem hormon 290913Sistem hormon 290913
Sistem hormon 290913
 
SISTEM HORMON- KEL 1 XI MIPA 2-B.pptx
SISTEM HORMON- KEL 1 XI MIPA 2-B.pptxSISTEM HORMON- KEL 1 XI MIPA 2-B.pptx
SISTEM HORMON- KEL 1 XI MIPA 2-B.pptx
 
Sistem Regulasi Hormon
Sistem Regulasi HormonSistem Regulasi Hormon
Sistem Regulasi Hormon
 
Hormo nku(1)
Hormo nku(1)Hormo nku(1)
Hormo nku(1)
 
HORMON.pptx
HORMON.pptxHORMON.pptx
HORMON.pptx
 
Biologi Hormon.pdf
Biologi Hormon.pdfBiologi Hormon.pdf
Biologi Hormon.pdf
 
Sistem kelenjar endokrin (kelompok 7)
Sistem kelenjar endokrin (kelompok 7)Sistem kelenjar endokrin (kelompok 7)
Sistem kelenjar endokrin (kelompok 7)
 
fungsi-neuroendokrin
fungsi-neuroendokrinfungsi-neuroendokrin
fungsi-neuroendokrin
 
Sistem hormon manusia
Sistem hormon manusiaSistem hormon manusia
Sistem hormon manusia
 
Tugas biologi sistem endokrin manusia - 2016
Tugas biologi   sistem endokrin manusia - 2016Tugas biologi   sistem endokrin manusia - 2016
Tugas biologi sistem endokrin manusia - 2016
 

More from Ahmad Lili

Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentangKertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
Ahmad Lili
 
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
Ahmad Lili
 
Jadual waktu peribadi bnk 2015
Jadual waktu peribadi bnk 2015Jadual waktu peribadi bnk 2015
Jadual waktu peribadi bnk 2015
Ahmad Lili
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Ahmad Lili
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulumKertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Ahmad Lili
 
Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014
Ahmad Lili
 
Jadual bertugas pengawas 2414
Jadual bertugas pengawas 2414Jadual bertugas pengawas 2414
Jadual bertugas pengawas 2414
Ahmad Lili
 
Kaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatujuKaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatuju
Ahmad Lili
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
Ahmad Lili
 
Langkah jualan
Langkah jualanLangkah jualan
Langkah jualan
Ahmad Lili
 
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
Ahmad Lili
 
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
Ahmad Lili
 
Borang claim spts
Borang claim sptsBorang claim spts
Borang claim spts
Ahmad Lili
 
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
Ahmad Lili
 

More from Ahmad Lili (20)

Tatacara permohonan
Tatacara permohonanTatacara permohonan
Tatacara permohonan
 
Lagu guru malaysia
Lagu guru malaysiaLagu guru malaysia
Lagu guru malaysia
 
Carta staff 2
Carta staff 2Carta staff 2
Carta staff 2
 
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentangKertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
 
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
 
Abstrak
AbstrakAbstrak
Abstrak
 
Jadual waktu peribadi bnk 2015
Jadual waktu peribadi bnk 2015Jadual waktu peribadi bnk 2015
Jadual waktu peribadi bnk 2015
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulumKertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
 
Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014
 
Jadual bertugas pengawas 2414
Jadual bertugas pengawas 2414Jadual bertugas pengawas 2414
Jadual bertugas pengawas 2414
 
Langkah jualan
Langkah jualanLangkah jualan
Langkah jualan
 
Kertas program lepas upsr
Kertas program lepas upsrKertas program lepas upsr
Kertas program lepas upsr
 
Kaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatujuKaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatuju
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
Langkah jualan
Langkah jualanLangkah jualan
Langkah jualan
 
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
 
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
 
Borang claim spts
Borang claim sptsBorang claim spts
Borang claim spts
 
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
 

Sistem endokrin (kerja kursus)

  • 1. SISTEM ENDOKRIN Sistem Endokrin meliputi suatu sistem dalam tubuh manusia yang terdiri daripada sejumlah kelenjar yang menghasilkan zat yang dikenali sebagai HORMON. Kelenjar ini dinamakan “ENDOKRIN” kerana tidak mempunyai saluran keluar untuk zat yang dihasilkannya. Hormon yang dihasilkannya itu dalam jumlah sedikit pada saat diperlukan dan dialirkan ke organ sasaran melalui pembuluh darah bercampur dengan darah. Kelenjar yang hasilnya disalurkan melalui pembuluh khusus (seperti kelenjar ludah) dinamakan kelenjar eksokrin. Kelenjar endokrin terdiri daripada: 1. Kelenjar Hipofisa/Pituitari yang terletak di dalam rongga kepala berdekatan dengan dasar otak. 2. Kelenjar tiroid/Godok yang terletak dileher bahagian depan 3. Kelenjar Paratiroid terletak dekat dengan kelenjar tiroid 4. Kelenjar Supradrenal/ Adrenals yang terletak di atas ginjal kiri dan kanan 5. Kelenjar Pankreas yang terletak di dalam jaringan pankreas(Pulau Langerhans) 6. Kelenjar Kelamin/Gonad bagi lelaki ianya dikenali sebagai testis sementara bagi wanita ianya dikenali sebagai Indung Telur 7. Kelenjar Hipotalamus
  • 2. 8. Kelenjar Thymus Plasenta juga dapat di kategorikan sebagai kelenjar endokrin kerana ia juga turut menghasilkan hormon sepanjang masa tempoh kehamilan seseorang wanita itu. Kelenjar Hipofisa/Pituitari Kelenjar Hipofisa berukuran lebih kurang seperti kacang yang terletak terlindung didasar tengkorak. Kelenjar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian depan dan belakang. Bahagia belakang merupakan lanjutan dari Hipotalamus (bahagian dari atas). Kelenjar ini menghasilkan hormon pertumbuhan, hormon perangsang tiroid(TSH),Hormon Perangsang Gonad (FSH) dan lain-lain lagi. Hormo pertumbuhan banyak dihasilkan sepanjang masa pertumbuhan, tetapi mula menurun setelah manusia mencapai usia dewasa.Jika hormon ini dihasilkan dalam jumlah berlebihan sepanjang masa pertumbuhan, kesannya anak tersebut akan menjadi sangat tinggi, tetapi bila hormon ini dihasilkan setelah usia dewasa akan kita dapati pada bahagian tubuh tertentu akan tumbuh berlebihan seperti dagu,jari dan sebagainya. Jika hormon ini kurang pula, terutamanya pada masa anak-anak masih dalam proses pertumbuhan maka akan menyebaban anak tersebut akan terbantut pertumbuhannya (kerdil)
  • 3. Hormon Hipofisa lain ialah follicle stimulating hormon yang merangsang penghasilan hormon seks dan prolactin yang mengatur pemprosesan air susu ibu setelah melahirkan. Kelenjar Tiroid Kelenjar Tiroid juga dikenali dengan nama lainnya kelenjar Gondok yang berbentuk seakan-akan kupu-kupu yang boleh didapati dibahagian hadapan batang kerongkong (trakea).Kelenjar ini ikut turun naik pada waktu menelan. Pembesaran kelenjar ini disebut Goiter/Struma/Beguk. Pembesaran ini disebabkan oleh kebanyakan penghasilan hormon atau kerana kekurangan iodin hingga penghasilan hormon berkurangan atau pada kes lainnya kerana ketumbuhan. Kadang-kadang tiroid agak membesar pada masa wanita itu haid. Penghasilan hormon yang berlebihan akan menyebabkan jantung berdebar dan jika ianya berlarutan akan melemahkan jantung, mengeluarkan peluh yang banyak dan berat badan akan menurun serta mata akan menonjol keluar. Kelenjar Paratiroid Kelenjar Paratiroid menghasilkan Parathormon yang turut mengatur kadar kalsium darah. Kelenjar ini berukuran sebesar beras,ada empat kesemuanya.Kelenjar ini terletak di sudut-sudut kelenjar tiroid oleh itu, kelenjar ini akan kadang-kadang terpotong apabila seseorang itu menjalani pembedahan tiroid. Tanpa kelenjar ini, kita akan mengalami kekejangan otot kerana gangguan kadar kalsium dalam darah kita. Kelenjar Pankreas(Pulau Langerhans) Kelenjar Pankreas melalui pulau-pulau Langerhans yang tersebar didalamnya menghasilkan hormon insulin dan glukogen. Kedua-dua hormon ini mengatur kadar dan penggunaan glukosa dalam darah. Gangguan penghasilan hormon insulin akan mengakibatkan terjadinya penyakit diabetes mellitus. Adakalanya juga, seseorang itu sangat sensitif terhadap karbohidrat atau gula. Pengambilan makanan yang berkhabohidrat akan menyebabkan peningkatan
  • 4. penghasilan insulin sehinggayang bersangkutan akan kekurangan gula. Sebagai akibatnya, ia akan makan kembali dan perkara yang sama akan berulang lagi, lama kelamaan orang itu akan menjadi gemuk kerana terus makan dan adar gula dalam darah naik kerana kandungan gula terlalu banyak dan insulin yang dikeluarkan tidak dapat mengimbanginya. Kelenjar Tymus Kelenjar Tymus terletak di belakang tulang dada anak-anak pada usia pertubuhannya. Setelah kanak-kanak ini dewasa,kelenjar ini akan mengecil dan tidak akan ditemukan lagi. Selama masih aktif, kelenjar ini menghasilkan sel darah putih yang disebut T-lymphocyte. Sel ini selanjutnya akan menetap di dalam tubuh dan mempunyai ingatan terhadap benda asing yang pernah masuk tubuh dan sel tubuh`yang abnomal (termasuk sel kanser)Jika zat yang sama masuk tubuh maka sel ini akan memperbanyakkan diri dan meneutralkan kesan zat tersebut terhadap tubuh. Fungsi ini merupakan sebahagian daripada sistem imun badan manusia. Kelenjar Adrenal Terbahagi kepada dua iaitu bahagian pinggir(cortex) dan tengah(medulla).Bahagian cortex menghasilkan hormon pengatur keseimbangan cairan dan elektrolit tubuh(ACTH) dan vital untuk kehidupan. Bahagian medulla menghasilkan adrenalin dan juga merupakan bahagian dari sistem simpatis. Kelenjar ini juga menghasilkan sex-hormone dalam jumlah sedikit. Kelenjar Gonad Gonad terdiri daripada testis pada lelaki dan indung telur (ovari) pada wanita. Ianya berperanan untuk menghasilkan hormon seks pada lelaki mahupun wanita.Pada setiap lelaki dan wanita sebenarnya terdapat hormon seks wanita dan lelaki bersama- sama dihasilkan oleh gonad dan kelenjar suprarenal/Adrenal. Pada wanita keseimbangannya terletak pada hormon wanita yang lebih banyak dan pada lelaki hormon lelakinya.
  • 5. Salah satu akibat hormon seks lelaki dan wanita diluar pengaruh terhadap fungsi seksual itu sendiri, adalah dalam pertumbuhan lapisan lemak tubuh. Hormon testosteron membantu terbentuknya jaringan otot yang baik, sedangkan hormon estrogen pada wanita membantu tumbuhnya jaringan lemak.Kepala botak pada lelaki merupakan akibat hormon seks lelaki begitu juga tumbuhnya jerawat. Jadual dibawah adalah ringkasan pada fungsi kelenjar andokrin dan hormon-hormon yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar tersebut: Kelenjar Hormon yang Fungsi dirembeskan Pituitari a. Hormon pertumbuhan Merangsang pertumbuhan badan (GH) b. Hormon perangsang Merangsang kelenjar tiroid tiroid (TSH) merembeskan hormon tiroksina. (Kelenjar c. Hormon antidiuresis Merangsang penyerapan semula air agung) (ADH) dari tubul ginjal. d. Hormon perangsang Merangsang perkembangan folikel folikel (FSH) Graaf dan tubul semen. e. Hormon peluteinan Menyebabkan pembebasan ovum (LH) daripada ovari dan perkembangan folikel menjadi korpus luteum. Merangsang perembesan hormon seks oleh ovari dan testis. f. Hormon Merangsang korteks adrenal adrenokortikotrof menghasilkan hormon. (ACTH) g. Hormon prolaktin Merangsang perembesan susu oleh kelenjar susu. h. Hormon oksitosin Merangsang pengecutan otot uterus semasa bersalin. Tiroid Tiroksina Mengawal kadar metabolisme sel badan, khususnya respirasi dalam mitokondria. Mengawal aras aktiviti, menggalakkan pertumbuhan yang normal bagi rangka dan perkembangan mental. Kelompok sel Insulin Menyebabkan penukaran glikosa Langerhans kepada glikogen. dalam Glukagon Menyebabkan penukaran glikogen
  • 6. pankreas kepada glukosa. Adrenal Adrenalina Menyediakan badan untuk menentang atau lari dalam keadaan kecemasan dengan merangsang peningkatan aras glukosa dalam darah. Aldosteron Mengawal tekanan osmosis darah melalu penyerapan semula ion natrium. Ovari Estrogen Merangsang perkembangan organ seks perempuan dan ciri seks sekunder seperti perkembangan kelenjar susu dan pembesaran buah dada. Progesteron Menyebabkan dinding uterus menebal untuk penempelan uterus. Testis Testosteron Merangsang perkembangan organ seks lelaki dan ciri seks sekunder seperti pertumbuhan misai dan suara menjadi kasar. Merangsang spermatogenensis.
  • 7. Jadual nama dan letak kelenjar endokrin dalam tubuh. No kelenjar Nama Lain Letak 1 hipofisis Kelenjar pituitari Dibahagian dasar cerebrum, dibawah hipotalamus 2 Tiroid Kelenjar gondok Didaerah leher dekat halkum 3 Paratiroid Kelenjar anak gondokDibahagian (dorsal) belakang dari kelenjar tiroid 4 Kelenjar Kelenjar pulau-pulau Dekat lambung pankreas langerhans 5 Kelenjar Kelenjar kelamin Lelaki : testis gonad Perempuan: ovarium 6 Kelenjar Kelenjar supra renalisDi atas ginjal adrenalin 7 Kelenjar timusKelenjar kacangan Di kawasan dada
  • 8. HORMON Hormon adalah zat yang dilepaskan ke dalam aliran darah dari suatu kelenjar atau organ yang mempengaruhi kegiatan di dalam sel-sel. Sebahagian besar hormon merupakan protein yang terdiri dari rantai asid amino dengan panjang yang berbeza- beza. Sisanya merupakan steroid, iaitu zat lemak yang merupakan hasil daripada kolestrol. Hormon dalam jumlah yang sangat kecil boleh meninggalkan kesan yang sangat luas kepada tubuh manusia. Dalam hal struktur kimianya, hormon diklasifikasikan sebagai hormon yang larut dalam air atau yang larut dalam lemak. Hormon yang larut dalam air termasuk polipeptida (contohnya insulin, glukagon, hormon adrenokortikotropik (ACTH), gastrin) dan katekolamin (contohnya dopamin, norepinefrin, epinefrin). Hormon yang larut dalam lemak termasuk steroid (misal estrogen, progesteron, testosteron, glukokortikoid, aldosteron) dan tironin (misal tiroksin). Hormon yang larut dalam air bekerja melalui sistem mesenger-kedua, sementara hormon steroid dapat menembus membran sel dengan bebas. Hormon terikat kepada reseptor di permukaan sel atau di dalam sel. Ikatan antara hormon dan reseptor akan mempercepatkan, memperlambatkan atau merubah fungsi sel. Pada akhirnya hormon mengendalikan fungsi dari organ secara keseluruhannya. Antaranya :  Hormon mengendalikan pertumbuhan dan perkembangan,pembiakan dan ciri-ciri seksual.  Hormon mempengaruhi cara tubuh dalam menggunakan dan menyimpan tenaga.  Hormon juga mengendalikan jumlah cairan dan kadar air dan garam di dalam darah. Beberapa hormon hanya mempengaruhi 1 atau 2 organ,sedangkan hormon yang lainya mempengaruhi seluruh tubuh. Misalnya TSH dihasilkan oleh kelenjar hipofisa hanya mempengaruhi kelenjar Tiroid. Sedangkan hormone tiroid dihasilkan oleh kelenjar tiroid
  • 9. mempengaruhi sel-sel diseluruh tubuh manusia. Insulin yang dihasilkan oleh sel-sel pankreas pula akan mempengaruhi metabolism gula,protein dan lemak di seluruh badan CARA KERJA HORMON KLASIFIKASI HORMON 1. Hormon perkembangan / Growth hormon – hormon yang memegang peranan di dalam perkembangan dan pertumbuhan. Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar gonad. 2. Hormon metabolisme – proses homeostasis glukosa dalam tubuh diatur oleh bermacammacam hormon, contoh glukokortikoid, glukagon, dan katekolamin.
  • 10. 3. Hormon tropik – dihasilkan oleh struktur khusus dalam pengaturan fungsi endokrin yakni kelenjar hipofise sebagai hormon perangsang pertumbuhan folikel (FSH) pada ovarium dan proses spermatogenesis (LH). 4. Hormon pengatur metabolisme air dan mineral – kalsitonin dihasilkan 5. oleh kelenjar tiroid untuk mengatur metabolisme kalsium dan fosfor. Organ dari Sistem Endokrin:
  • 11. Organ dari sistem endokrin : 1. Hipotalamus Hipotalamus sebagai sebahagian dari sistem endokrin yang mengawal sintesa dan sekresi hormon-hormon hipofisa. Hipotalamus melepaskan sejumlah hormon yang
  • 12. merangsang hipofisa. Beberapa di antaranya memicu pelepasan hormon hipofisa dan yang lainnya menekan pelepasan hormon hipofisa. Hipotalamus terletak di batang otak, tepatnya di dienchepalon, dekat dengan ventrikel ot ketiga (ventrikulus tertius) yang berfungsi sebagai pusat tertinggi sistem kelenjar endokrin yang menjalankan fungsinya melalui humoral (hormonal) dan saraf. Hormon-hormon hipotalamus antara lain: a. ACTH : Adrenocortico Releasing Hormon b. ACIH : Adrenocortico Inhibiting Hormon c. TRH : Tyroid Releasing Hormon d. TIH : Tyroid Inhibiting Hormon e. GnRH : Gonadotropin Releasing Hormon f. GnIH : Gonadotropin Inhibiting Hormon g. PTRH : Paratyroid Releasing Hormon h. PTIH : Paratyroid Inhibiting Hormon i. PRH : Prolaktin Releasing Hormon j. PIH : Prolaktin Inhibiting Hormon
  • 13. k. GRH : Growth Releasing Hormon. l. GIH : Growth Inhibiting Hormon m. MRH : Melanosit Releasing Hormon n. MIH : Melanosit Inhibiting Hormon 2. Hipofisis / Hipofise (Pituitary) Hipofis terletak di sella tursika, lekukan os spenoidalis basis cranii.
  • 14. Berbentuk oval dengan diameter kira-kira 1 cm dan dibagi kepada dua lobus Lobus anterior, merupakan bahagian terbesar dari hipofise kira-kira 2/3 bahagian dari hipofise. Lobus anterior ini juga disebut adenohipofise. Lobus posterior, merupakan 1/3 bagian hipofise dan terdiri dari jaringan saraf sehingga disebut juga neurohipofise. Hipofise stalk adalah struktur yang menghubungkan lobus posterior hipofise dengan hipotalamus. Struktur ini merupakan jaringan saraf Hipofisa menghasilkan hormon tropik dan hormon nontropik. Hormon tropik akan mengontrol sintesa dan sekresi hormon kelenjar sasaran sedangkan hormon nontropik akan bekerja langsung pada organ sasaran. Kemampuan hipofise dalam mempengaruhi atau mengontrol langsung aktivitas kelenjar endokrin lain menjadikan hipofisa dijuluki “master of glands”.
  • 15. 3. Kelenjar Timus (Thymus) Thymus terletak di dalam mediastinum di belakang os stemum. Hanya dijumpai pada anak-anak di bawah 18 tahun. Setelah itu kelenjar ini mengecil dan tidak ditemukan lagi. Kelenjar ini berwarna kemerah-merahan dan terdiri atas 2 lobus. Beratnya sekitar 10 gram pada bayi yang baru lahir, namun bertambah seriring masa remaja, yaitu sekitar 30-40 gram, kemudian berkerut lagi setelah dewasa. Selama masih aktif, kelenjar ini menghasilkan sel darah putih yang disebut T-lymphocyte. Sel ini selanjutnya akan menetap di dalam tubuh dan mempunyai memory atau ingatan terhadap benda asing yang pemah masuk tubuh dan sel tubuh yang abnormal (termasuk sel kanker). Jika zat yang sama masuk tubuh maka sel ini akan memperbanyak dan menetralkan efek zat itu terhadap tubuh. Fungsi ini merupakan suatu bagian sistem proteksi tubuh atausistem imun (cell mediated immune system) yang bersifat seluler 4. Kelenjar Tiroid (Kelenjar Gondok)
  • 16. Kelenjar tiroid merupakan kelenjar berwarna merah kecoklatan dan sangat vascular. Terletak di anterior cartilago thyroidea di bawah laring setinggi vertebra cervicalis 5 sampai vertebra thorakalis 1. Kelenjar ini terselubungi lapisan pretracheal dari fascia cervicalis. Beratnya kira-kira 18-25 gr tetapi bervariasi pada tiap individu. Kelenjar tiroid sedikit lebih berat pada wanita terutama saat menstruasi dan hamil. Lobus kelenjar tiroid seperti kerucut. Ujung apikalnya menyimpang ke lateral ke garis oblique pada lamina cartilago thyroidea dan basisnya setinggi cartilago trachea 4-5. Kelenjar ini terdiri atas dua lobus yaitu lobus kiri kanan yang dipisahkan oleh isthmus. Masing-masing lobus kelenjar ini mempunyai ketebalan lebih kurang 2 cm, lebar 2,5 cm dan panjangnya 4 cm. Tiap-tiap lobus mempunyai lobuli yang di masing- masing lobuli terdapat folikel dan parafolikuler. Di dalam folikel ini terdapat rongga yang berisi koloid dimana hormon-hormon disintesa.kelenjar tiroid mendapat sirkulasi darah dari arteri tiroidea superior dan arteri tiroidea inferior. Arteri tiroidea superior merupakan percabangan arteri karotis eksternal dan arteri tiroidea inferior merupakan percabangan dari arteri subklavia.Lobus kanan kelenjar tiroid mendapat suplai darah yang lebih besar dibandingkan dengan lobus kiri. Dipersarafi oleh saraf adrenergik dan kolinergik. saraf adrenergik berasal dari ganglia servikalis dan kolinergik berasal dari nervus vagus. 5. Paratiroid (Kelenjar Anak Gondok) Kelenjar paratiroid berukuran kecil, kuning kecoklatan oval, biasanya terletak antara garis lobus posterior dari kelenjar tiroid dan kapsulnya. Ukurannya kira2 6x3x2 mm. Beratnya 50 mg.
  • 17. Kelenjar ini berjumlah empat buah, biasanya 2 pada tiap sisi, superior dan inferior. Normalnya paratiroid posterior bergeser hanya pada kutub paratiroid posterior, tapi bisa juga turun bersama timus ke thorax atau pada bifurcation karotis. Kelenjar paratiroid superior letaknya lebih konstan daripada inferior dan biasanya terlihat di tengah garis posterior kelenjar tiroid walaupun bisa lebih tinggi. Bagian inferior sangat bervariasi pada beberapa situasi (tergantung perkembangan embriologisnya) dan bias tanpa selubung fascia tiroid, di bawah arteri tiroid, atau pada kelenjar tiroid dekat kutub inferior. Kelenjar ini terdiri dari dua jenis sel yaitu chief cells dan oxyphill cells. Chief cells merupakan bagian terbesar dari kelenjar paratiroid, mensintesa dan mensekresi hormon paratiroid atau parathormon disingkat PTH.