SlideShare a Scribd company logo
1 of 45
Harta Dari Perspektif Islam
Dipadankan dari kitab:
Bhg.1
Ust Hj Abdul Ghani Samsudin
Allah Membekalkan Manusia Dengan Sifat
Menyukai Harta:
• Allah berfirman dalam Surah Ali Imran :14 :
•
[14].
• Manusia dibekalkan dengan naluri berahi kepada
wanita di samping menyukai anak pinak, timbunan
harta emas perak, kuda peliharaan yang
bertanda/ter;atih, binatang ternak dan sawah
ladang. Tapi semua itu adalah mata benda dunia
(yang fana) di sisi Allah terdapat ganjaran yang
sangat lumayan
Dalam Surah Al Fajr 20:
• Allah berfirman :
•
• Dan kamu pula sangat menyintai harta benda
Harta benda Bukan Untuk Bermegah
• Harta benda bukan ukuran keredhaan Allah kepada
seseorang hambaNya. Sebaliknya dia mungkin
membawa kecelakaan atau sebaliknya kebahgiaan:
• Allah Berfirman:
• .
[46]
Harta dan anak-pinak hanyalah perhiasan hidup di dunia,
namun (balasan) amal soleh di sisi Tuhanmu di akhirat
kelak merupakan balasan yang jauh lebih baik sebagai
ganjaran dan harapan.
Allah berfirman Dalam Surah Al Hadid 20:
•
• Sedarlah bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan budaya
sukan dan keseronokan yang sia-sia. Budaya suka berhias,
saling berbangga antara satu sama lain, saling berlumba-
lumba mengumpul kekayaan dan meramaikan keturunan. Ia
laksana hujan yang menghasilkan tanaman yang sangat
mengkagumkan para petani. Kemudian tanaman itu kering dan
dedaunnya menjadi kekuningan lalu gugur dan hancur.
Ingatlah bahawa di Akhirat nanti sudah tersedia azab yang
sungguh pedih, di samping keampunan dan keredaan Allah.
Kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang serba
memperdaya.
Harta Benda Bukan Untuk Berbangga
•Allah berfirman dalam Surah Muhammad 36:
•
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini lumrahnya
penuh dengan hiburan dan kelekaan semata-
mata. Tapi jika kamu beriman dan bertakwa, Allah
pasti memberikan ganjaran kerana amalan kamu.
Dia pula bukan meminta harta benda kamu.
Dalam Surah Al Munafiqun ayat 9:
• Allah berfirman :
•
• Hai orang yang beriman jangan dibiarkan harta
benda dan anak-anak kamu melalaikan kamu
mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat
demikian merekalah sebenarnya orang yang
rugi.
Al Mu’minun Ayat 55-56
•
• Adakah mereka menyangka bahawa
apabila Kami memberikan kepada mereka
harta benda dan anak-pinak , itu bermakna
Kami menyegerakan keberuntungan yang
cepat kepada mereka? Tidak, bahkan
mereka tidak menyedari hakikat yang
sebenarnya.
Harta Benda Adalah Ujian
• Allah berfirman Dalam Surah Saba’ 37:
•
• Bukannya harta benda dan anak-pinak kamu yang
mendekatkan kamu di sisi Allah. Kecuali orang-
orang yang beriman dan berbuat baik; mereka
akan meraih ganjaran; yang berlipat ganda kerana
amalan yang mereka lakukan. Mereka ini akan
ditempatkan di dalam bilik-bilik mahligai syurga
dengan aman sentosa.
•
Dalam Surah al Taubah 24
• Allah berfirman:
• ]24 ).
Maksudnya:
• Katakanlah, wahai Muhammad: “Seandainya
bapa, anak, adik-beradik, isteri atau suami dan
kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu takut akan
merosot, rumah-rumah penginapan yang kamu
sukai, jika semua itu lebih kamu cintai daripada
Allah dan rasul-Nya serta berjihad untuk
agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah
menampilkan balasan-Nya kepada kamu. Ini
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk
kepada manusia yang fasiq (mengabaikan
perintah-Nya.)
Harta Menurut Beberapa Perspektif Lain
• Harta dalam Islam mempunyai kedudukan yang penting
dalam kehidupan individu dan kumpulan. Harta amat
mempengaruhi kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini
sangat ketara kalau kita menjalankan kajian
perbandingan antara ajaran agama Islam dan kristian.
Dalam agama kristian misalnya pernah terdapat riwayat
dalam kitab injil yang menjadi pegangan mereka bahawa
Jesus pernah berkata :
• “Alangkah sukarnya memasuki kerajaan Allah bagi
mereka yang berharta, masuknya unta ke lubang jarum
adalah lebih mudah berbanding orang kaya masuk ke
dalam kerajaan Allah”.
• - ) :18/24-25) (19:23-24 ).
Perspektif Islam Amat Berbeda
• “Apabila datang seorang lelaki menyatakan keinginannya untuk
menjadi pengikut Jesus dan berjalan bersamanya beliau lantas
memerintahkan, pergilah jual harta bendamu, kemudian
datanglah menjadi pengikutku”.
• Pandangan Islam amat berbeda. Islam menganggap harta
sebagai wahana penting untuk merealisasi kepentingan syara’,
baik yang bersifat keduniaan mahupun yang bersifat akhirat, baik
yang bersifat individu mahupun yang bersifat kumpulan. Manusia
tidak mungkin dapat melindungi survival dan kehidupan fizikalnya
kecuali dengan harta. Dengan harta dia dapat menyambung
kehidupan, makanan, minuman, membeli pakaian, membina
kediamannya, mencipta sesuatu yang boleh mempertahankan diri
dan kehormatannya. Dengan harta manusia dapat membina
kehidupan dan meningkatkan kemajuan.
• - ) :19/21 ).
Harta Memungkinkan Orang Bersedekah
• Dengan harta seseorang itu dapat
mengeluarkan zakat, bersedekah,
membebaskan hamba sahaya dan
menyumbang dalam kerja-kerja kebajikan.
Allah S.W.T berfirman ( Al- Balad ayat 11-
18):
• *
* *
* *
*
Maksudnya
• Dalam pada itu mengapa manusia tidak memilih untuk
merempuh dan mengatasi kesukaran akhirat. Apakah
engkau mengetahui amal yang boleh merempuh
kesukaran akhirat itu? (iaitu amal-amal Yang tinggi
darjatnya di sisi Tuhan). Antaranya ialah:
memerdekakan hamba abdi; atau memberi makan
pada hari kelaparan; kepada anak yatim dari kaum
kerabat, atau kepada orang miskin yang terlantar di
lantai bumi . Selain dari itu, antara amalan lain yang
boleh dilakukan oleh orang-orang yang beriman ialah
berpesan satu sama lain agar bersabar serta
berpesan-pesan agar hidup berkasih sayang. Nah
mereka itulah orang-orang yang kanan dan beruntung
Harta Sebagai Qiaman
• Kerana itulah Al-Quran menganggap harta sebagai
“Qiaman” atau “Qiwaman” iaitu sendi atau tonggak
kehidupan orang ramai. Harta zaman sekarang disebut
sebagai “Nadi Kehidupan” Allah berfirman: (surah Al-
Nisa’ayat 5) :
•
• Ertinya: Janganlah kamu berikan (serahkan) kepada
orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta
(Mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang
Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai
asas pembangunan kehidupan kamu;
Nabipun Ramai Yang Berharta
• Al-Quran banyak menyebut tentang Nabi-Nabi
yang diberikan kekayaan hartabenda seperti
para nabi yang Allah anugerahkan dengan
singgah sana kerajaan. Umpamanya Nabi Allah
Yusuf A.S. Beliau dapat menguasai negeri
Mesir, dapat berkelana di situ di daerah
pedalaman dengan bersahaja tanpa halangan.
Nabi Daud a.s dikurniakan kerajaan dan
kebijaksanaan. Nabi Sulaiman a.s diberikan
kekayaan yang tidak akan ada sesiapa dapat
memiliki kekayaan seperti kekayaannya
Harta Tidak Mutlak Bawa Musibah
• Al-Quran menjelaskan bahawa harta itu sendiri
bukan suatu musibah dan pembawa keburukan
kepada manusia sepertimana yang dianggap
oleh sesetengah pengikut agama sesat.
Meraka berpegang kepada prinsip menyeksa,
menyusahkan diri dan mengharamkan diri
mereka menikmati sesuatu nikmat kebaikan
tuhan. Mereka cenderung menyiksa tubuh
badan mereka untuk mencapai ketinggian
derjat yang maksima seperti para pengikut
Brahma di India, Budha di Parsi, Rumaqien di
Greek dan golongan “Ruhnarun” Kristien.
Harta Di Anggap “Khairan”
• Sebaliknya kita dapati Al-Quran
memanggil atau menamakan harta
sebagai “Khairan” dalam beberapa ayat
seumpama firman Allah s.w.t mengenai
insan atau watak manusia. (Al-‘Aadiyat:8) :
•
• Ertinya: . Bahawa sesungguhnya manusia
sangat sayangkan “al-Khair” harta (yakni
sangat tamak haloba).
Firman Allah : (Al-Baqarah:215)
•
• Ertinya: “ mereka bertanya kepadamu (Wahai
Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan
(dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta
benda (yang halal) Yang kamu belanjakan maka
berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum
kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang
miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam
perjalanan. dan (ingatlah), apa jua Yang kamu buat
dari jenis-jenis kebaikan, maka Sesungguhnya Allah
sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas
Dengan sebaik-baiknya).
Mewasiatkan Harta
• Firman Allah (Al-Baqarah:180) .
•
• Ertinya: “ Kamu diwajibkan, apabila seseorang
dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan
harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu
bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik
(menurut peraturan ugama), sebagai suatu
kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa.
Maksud perkataan “Khair”
• Maksud perkataan “Khair” dalam ayat-ayat di atas ialah harta.
Malah Al-Quran juga menganggap dalam banyak ayatnya
bahawa harta dan kemudahan hidup dan kelapangan rezeki
sebagai imbuhan kebaikan yang Allah segerakan untuk para
hamba Allah yang soleh di dunia ini, Allah berfirman dalam surah
(Nuh ayat 10–12) :
• *
*
• Ertinya: "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah
ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha
Pengampun. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; "Dan
ia akan memberi kepada kamu Dengan banyaknya harta
kekayaan serta anak-pinak; dan Allah akan menganugerahkan
kepada kamu kebun-kebun tanaman, di samping Ia mengalirkan
untuk kamu sungai-sungai di dalamnya.
Kebaikan Mengundang Rezki
• Allah berfirman (Al-Imran ayat 148):
•
• Ertinya: “Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala
dunia (Kemenangan dan nama Yang harum), dan pahala
akhirat yang sebaik-baiknya (Nikmat syurga Yang tidak
ada bandingannya). (Ingatlah), Allah sentiasa mengasihi
orang-orang Yang berbuat kebaikan.
• Allah berfirman: (Al A’raf ayat 96) :
•
• Ertinya: Sekiranya penduduk di sesuatu komuniti itu,
beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan
menghidangkan kepada mereka berbagai rezki langit dan
bumi Yang melimpah-ruah.
Firman Allah s.w.t: (Al-Talaq: 2,3).
• *
• Ertinya: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah
tunjukkan kepadanya jalan keluar (dari segala
kesusahan),Bahkan Allah akan memberikan rezki kepadanya
dari sumber yang tidak disangka-sangka olehnya.
• Firman Allah s.w.t: (Al Maidah ayat 66).
•
• Ertinya: Seandainya mereka bersungguh-sungguh
menegakkan hukum-hakam Taurat dan Injil serta apa Yang
diturunkan kepada mereka oleh Tuhan mereka (Al-Quran),
nescaya mereka akan mewah dengan makanan ; samada dari
atas (langit) mahupun dari bawah kaki mereka (bumi).
Firman Allah (Adh-Dhuhaa ayat 8):
•
• Ketika didapatinya Engkau miskin, Ia lantas
menjadikan dirimu serba cukup
• Firman Allah (Al-Anfal ayat 26):
•
• Allah mengurniakan kepada kamu anika
rezeki yang baik-baik, supaya kamu
bersyukur.
Rasulullah bersabda kepada ‘Amru Ibn Al-As:
•
• “Wahai ‘Amru, sungguh bertuah harta yang soleh di tangan seorang yang
soleh”.
• Antara doa yang diwariskan oleh Baginda s.a.w ialah doa:
•
• “Ya Allah hambamu ini memohon hidayah, sifat ketaqwaan, sifat luhur dan hidup
berharta”.
• Saad Ibn Abi Waqqas meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w s.a.w bersabda:
•
• “Bahawa Allah sukakan hambanya yang bertaqwa, serta serba berada dan tidak
menunjuk-nunjuk akan kekayaannya”.
• - )17096: (
)3210(
• - )2721) (3692(
)3489) (3832(
.
• - )2965( .
Kekayaan Juga Suatu Kelebihan
• Dalam sebuah hadith masyhur tentang wasiat iaitu apabila Saad Ibn Abi Waqqas hendak
mewasiatkan semua atau sebahagian atau sepertiga untuk tujuan kebajikan, Baginda s.a.w
bersabda: “sepertiga pun sudah banyak”. Baginda s.a.w juga pernah berdoa untuk khadam
baginda, Anas bin Malik: “Semoga Allah memperbanyakkan hartanya”. Baginda s.a.w pernah juga
bersabda “Tiada harta orang lain yang lebih memberi manfaat kepadaku berbanding harta Abu
Bakar”. Ahli ilmu di dalam Islam memutuskan bahawa kelebihan itu pada orang kaya yang
bersyukur berbanding orang fakir yang bersabar sebagaimana yang ditunjukkan di dalam hadith
Nabi s.a.w:
•
• “Nampaknya orang-orang yang berharta telah membawa balik (merangkul) berbagai macam
ganjaran”.
• - ) :56) (1628(
)1479) (2864) (2116(
)3626) (2708( .
• - : :
: ." " : .
)6380) (2481(
)13013.( .
• - )7446: (
)3661: (
)94) (2894 ).
•
• - ) :843(
)595) (7243) (1504(
)927( .
Pemberi Lebih Martabat Berbanding
Penerima
• Demikian juga kelebihan tangan yang terletak di atas,
iaitu tangan yang menghulurkan atau memberi
berbanding tangan yang di bawah. Iaitu tangan yang
mengambil pemberian. Ini tersebut di dalam sebuah
hadith yang sahih, Rasulullah s.a.w bersabda:
•
• “Tangan yang di atas itu lebih baik berbanding tangan
yang dibawah, mulakanlah dengan mereka yang
engkau tanggung”. - :
)1429) (1033(
)7155(
)1648) (2533(
.
2- Wajib Menjaga dan Melindungi
Harta
• Oleh kerana pentingnya harta menurut
pandangan Islam maka Al-Quran dan sunnah
menampilkan pesanan dan arahan agar harta
dilindungi dan dijaga. Begitu juga terdapat
pesanan agar tidak mensia-siakan harta,
larangan membazirkan wang dan melampau–
lampau berbelanja disamping terdapat pula
selaran Allah terhadap hamba-Nya yang
menyimpan dan menguasai harta ketika musim
memajak dan membela binatang ternak.
Seterusnya sekatan berbelanja kepada
golongan yang tidak sempurna akal
• Seperti dalam firman Allah s.w.t (surah Al Nisa’ ayat
5) :
•
• Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada
orang-orang yang belum sempurna akalnya harta
(Mereka Yang ada Dalam jagaan) kamu,
• Larangan ini adalah untuk kepentingan masyarakat.
Begitu juga larangan kepada kanak-kanak dan
mereka yang tidak siuman menguruskan harta
mereka. Ini adalah untuk menjaga kepentingan
orang yang dilarang itu sendiri.
Pentingnya harta Ditegaskan Oleh Ayat
282 Surah Al Baqarah
•
Maksudnya
• Bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu
menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi
tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu
menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu menulisnya Dengan adil (benar) dan
janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah
telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah
orang Yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu
Dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya,
dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.
kemudian jika orang Yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia
sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah
direncanakan oleh walinya Dengan adil benar); dan hendaklah kamu
mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian
kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki
dan dua orang perempuan dari orang-orang Yang kamu setujui
menjadi saksi,
Sambungan Maksud Ayat
• supaya jika Yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan Yang
berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. dan
jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi
saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang Yang
bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya.
Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan
(menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada
tidak menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai
perniagaan tunai Yang kamu edarkan sesama sendiri, maka
tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi
apabila kamu berjual-beli. dan janganlah mana-mana jurutulis dan
saksi itu disusahkan. dan kalau kamu melakukan (Apa yang
dilarang itu), maka Sesungguhnya yang demikian adalah
perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. oleh itu
hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah
(dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa
mengetahui segala sesuatu.
III.Larangan Agar tidak Terfitnah Dengan Harta dan
tidak melampaui batas disebabkan harta.
• Meskipun kedudukan harta penting dalam Islam
namun kita dapati Islam mengingatkan agar
menusia tidak terpesona dengan kemilaunya dan
tidak takabur dan bongkak kerananya. Allah
berfirman (Surah Al Taghaabun ayat 15).
•
• Ertinya: “Sesungguhnya harta benda kamu dan
anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan
di sisi Allah jualah pahala Yang besar.”
Kekayaan Boleh Menjebak Manusia
• Firman Allah (Surah Al Alaq: 6–7) :
• *
• Ertinya: “Ingatlah! Sesungguhnya manusia
mudah melampaui batas (yang sepatutnya
atau Yang sewajibnya), (7). Apabila ia
melihat dirinya sudah serba cukup (kaya)
• Al-Quran menghubungkaitkan sifat egoistik dan
melampau seseorang itu dengan pandangan
bongkak manusia dan kerana dia tidak memerlukan
tuhan lagi. Allah berfirman (Al-Munafiqun:6):
•
•
• Ertinya: “hai orang –orang yang beriman jangan lah
kamu dilalaikan oleh harta dan anak pinak kamu
daripada mengingati Allah. Sesiapa yang
berkelakuan demikian itulah golongan yang rugi”.
Bencana bukan kerana wujudnya harta dan anak–anak tetapi ialah
kerana sikap leka dan cuai orang berkenaan terhadap zikrullah.
• Dalam masa yang sama Allah memuji para pengunjung masjid .
Allah berfirman: (surah Al-Nuur ayat 36-37 ) :
•
•
•
• Ertinya: “(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya
terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh
Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat
nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan
memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat itu dikerjakan
oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati
Allah, dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat.
Mereka takut hari (kiamat) ; hari di mana hati dan pandangan
manusia berbolak-balik.
Mereka Golongan Pedagang Yang Soleh
• Mereka bukan golongan Darwish dan bukan juga penganggur tapi adalah
golongan bisness dan peniaga yang kesibukan mereka tidak menghalang
mereka daripada mengingati Allah dan melunaskan tanggungajawabnya.
• Sebab itu tidak hairan lah kalau kita melihat Al-Quran menyelar golongan
hartawan yang bongkak dan Qarun. Allah berfirman (surah Al-Qasas ayat 76 ) :
•
...
• Ertinya: (76). Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia
berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya
dari berbagai jenis kekayaan Yang anak-anak kuncinya menjadi beban Yang
sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang Yang kuat sasa. (ia berlaku
sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah Engkau bermegah-
megah (dengan kekayaanmu), Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-
orang Yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
• Akhirnya dia bernasib malang kerana Allah membenamkan Qarun, rumah dan
hartanya di perut bumi.
Perangai Golongan Mewah
• Demikian halnya dengan kisah pemilik dua ladang besar yang
tersebut dalam surah Al Kahfi iaitu kaum Aad dan Thamud.
Allah berfirman tentang kaum Aad “ Adakah kamu asyik
membina di setiap dataran tinggi premis mewah untuk kamu
berpoya-poya. Kamu bina berbagai perusahaan untuk kamu
kekal tinggal di dunia ini .
• Firman Allah s.w.t (Surah Al Syu’ara ayat 128,129, 132-134)
• *
• Ertinya: (128). "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap
tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam,
padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang
baik.(129). "Dan kamu pula bersusah payah mendirikan
istana-istana dan benteng-benteng Yang kukuh Dengan
harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
Pesanan Allah Kepada Kaum Ningrat
•
• *
*
• Ertinya: (132). “Bertakwa dan berbaktilah
kamu kepada Allah Yang telah menolong kamu
Dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang
kamu sedia mengetahuinya.(133). "Diberinya
kamu binatang-binatang ternak (yang biak)
serta anak-pinak (yang ramai),(134). “Malah
taman-taman (yang indah permai) serta matair-
matair (yang mengalir).
Kenikmatan Dunia Ini Sementara
• Firman Allah s.w.t berkaitan Kaum Thamud (As-
Syuaraa’: 146-148)
• *
*
• Ertinya: (146). "Adakah (kamu fikir), bahawa kamu
akan dibiarkan berterusan bersenang-senang dalam
nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? –(147). "Di
Dalam taman-taman (yang indah permai), dan
pancuran mata air (yang mengalir), (148). “Di
samping kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon
tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
Firman Allah s.w.t (Surah Al-Humazah ayat 1–8):
• * *
* *
* *
* *
• Ertinya: (1). Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci,
pengeji,(2). Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang
menghitung kekayaannya; (3). ia menyangka Bahawa
hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!(4).
Tidak! Sesungguhnya Dia akan dicampakkan ke dalam "Al-
Hutamah".(5). Cara bagaimanakah engkau dapat
mengetahui, apa Dia "Al-Hutamah" itu? (6). (Al-Hutamah)
ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -(7).
Yang naik menjulang ke hati; (8). Sesungguhnnya api
neraka itu ditutup rapat atas mereka.
Firman Allah s.w.t: (Surah Al-Masad ayat 1–5):
• *
* *
*
• Ertinya: (1) Binasalah kedua-dua tangan Abu
Lahab dan binasalah ia bersama (2) Hartanya
dan segala yang diusahakannya, tidak dapat
menolongnya. (3) Ia akan menderita bakaran
api neraka yang marak menjulang (4) Dan juga
isterinya, seorang perempuan pemunggah
kayu api. (5) Dilehernya sejenis tali dari tali-tali
yang dipintal.
Firman Allah s.w.t (Surah Al-Qalam ayat 14):
•
• Ertinya: (14). Mentang-mentanglah dia
seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya
(maka ia mendustakan agama Kami)? –
• Ini semua dalam ayat Quran yang diturunkan
di Mekah yang merumuskan asas–asas
prinsip dan dasar-dasar Islam dalam
menyebarkan risalah kemanusiaannya.
Harta dari perspektif islam 2

More Related Content

What's hot

Konsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmKonsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmQila Aqila
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyarezz_ally
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'salmy1001
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Muhammad Rezel Masah
 
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastianAkidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastianNORANEEZ ISMAIL
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik8arbi8
 
HARTA DALAM ISLAM
HARTA DALAM ISLAMHARTA DALAM ISLAM
HARTA DALAM ISLAMNurul Husna
 
Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahNUR
 
Slide 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Slide 2  persaudaraan antara muhajirin dan ansarSlide 2  persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Slide 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarSam Pasir Panjang
 
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan QadarBeriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan Qadarfarahmohammat
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Tazkirah PTAR
 

What's hot (20)

Konsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmKonsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalm
 
Muamalat wahidah
Muamalat wahidahMuamalat wahidah
Muamalat wahidah
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyar
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
 
Hutang (Muamalat)
Hutang (Muamalat)Hutang (Muamalat)
Hutang (Muamalat)
 
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastianAkidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik
 
HARTA DALAM ISLAM
HARTA DALAM ISLAMHARTA DALAM ISLAM
HARTA DALAM ISLAM
 
Nota dakwah
Nota dakwahNota dakwah
Nota dakwah
 
Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrah
 
Slide 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Slide 2  persaudaraan antara muhajirin dan ansarSlide 2  persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Slide 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan QadarBeriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Jual beli salam
Jual beli salamJual beli salam
Jual beli salam
 

Similar to Harta dari perspektif islam 2

kultum 16.docx
kultum 16.docxkultum 16.docx
kultum 16.docxadiabadi1
 
Sedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al QuranSedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al QuranNursestikes
 
Sedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al QuranSedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al QuranNursestikes
 
Sedekah merupakan alat untuk membuat kita kaya
Sedekah merupakan alat untuk membuat kita kayaSedekah merupakan alat untuk membuat kita kaya
Sedekah merupakan alat untuk membuat kita kayaHelmon Chan
 
E proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutma
E proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutmaE proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutma
E proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutmaFori Suwargono
 
Panduan islam dalam mencari rejeki
Panduan islam dalam mencari rejekiPanduan islam dalam mencari rejeki
Panduan islam dalam mencari rejekiBahRum Subagia
 
Makalah agama islam tentang zakat
Makalah agama islam tentang zakatMakalah agama islam tentang zakat
Makalah agama islam tentang zakatAdi New
 
Qimatul Amal (nIlai suatu perbuatan)
Qimatul Amal (nIlai suatu perbuatan)Qimatul Amal (nIlai suatu perbuatan)
Qimatul Amal (nIlai suatu perbuatan)Nurlinda Ummu Ridho
 
Rahasia orang sukses
Rahasia orang suksesRahasia orang sukses
Rahasia orang suksesAgung Subroto
 
Kelompok 4 tafsir hadits ekonomi
Kelompok 4 tafsir hadits ekonomiKelompok 4 tafsir hadits ekonomi
Kelompok 4 tafsir hadits ekonomiOpissen Yudisyus
 
Masyarakat Beradab
Masyarakat BeradabMasyarakat Beradab
Masyarakat Beradabvani oktarin
 
Ppt presentasi ekonomi islam pengertian harta dalam islam
Ppt presentasi ekonomi islam pengertian harta dalam islamPpt presentasi ekonomi islam pengertian harta dalam islam
Ppt presentasi ekonomi islam pengertian harta dalam islamppt education
 
Sistem Khalifah
Sistem Khalifah Sistem Khalifah
Sistem Khalifah m10ehebat
 
13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizul13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizulDania Azmy
 
Manusia sebagai-khalifah3
Manusia sebagai-khalifah3Manusia sebagai-khalifah3
Manusia sebagai-khalifah3Reno Prasetyo
 

Similar to Harta dari perspektif islam 2 (20)

kultum 16.docx
kultum 16.docxkultum 16.docx
kultum 16.docx
 
Sedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al QuranSedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al Quran
 
Sedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al QuranSedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al Quran
 
Bercermin pada qarun
Bercermin pada qarunBercermin pada qarun
Bercermin pada qarun
 
Sedekah merupakan alat untuk membuat kita kaya
Sedekah merupakan alat untuk membuat kita kayaSedekah merupakan alat untuk membuat kita kaya
Sedekah merupakan alat untuk membuat kita kaya
 
E proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutma
E proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutmaE proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutma
E proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutma
 
Panduan islam dalam mencari rejeki
Panduan islam dalam mencari rejekiPanduan islam dalam mencari rejeki
Panduan islam dalam mencari rejeki
 
Zakat pembersih harta
Zakat pembersih hartaZakat pembersih harta
Zakat pembersih harta
 
Shodaqoh
ShodaqohShodaqoh
Shodaqoh
 
Makalah agama islam tentang zakat
Makalah agama islam tentang zakatMakalah agama islam tentang zakat
Makalah agama islam tentang zakat
 
Qimatul Amal (nIlai suatu perbuatan)
Qimatul Amal (nIlai suatu perbuatan)Qimatul Amal (nIlai suatu perbuatan)
Qimatul Amal (nIlai suatu perbuatan)
 
Rahasia orang sukses
Rahasia orang suksesRahasia orang sukses
Rahasia orang sukses
 
Kelompok 4 tafsir hadits ekonomi
Kelompok 4 tafsir hadits ekonomiKelompok 4 tafsir hadits ekonomi
Kelompok 4 tafsir hadits ekonomi
 
Masyarakat Beradab
Masyarakat BeradabMasyarakat Beradab
Masyarakat Beradab
 
Ppt presentasi ekonomi islam pengertian harta dalam islam
Ppt presentasi ekonomi islam pengertian harta dalam islamPpt presentasi ekonomi islam pengertian harta dalam islam
Ppt presentasi ekonomi islam pengertian harta dalam islam
 
Semua tentang INFAQ
Semua tentang INFAQSemua tentang INFAQ
Semua tentang INFAQ
 
Sistem Khalifah
Sistem Khalifah Sistem Khalifah
Sistem Khalifah
 
13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizul13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizul
 
Anjuran Bershodaqoh
Anjuran BershodaqohAnjuran Bershodaqoh
Anjuran Bershodaqoh
 
Manusia sebagai-khalifah3
Manusia sebagai-khalifah3Manusia sebagai-khalifah3
Manusia sebagai-khalifah3
 

More from Abdul Ghani

Konsep kekeluargaan malaysia perspektif PH
Konsep kekeluargaan malaysia perspektif PHKonsep kekeluargaan malaysia perspektif PH
Konsep kekeluargaan malaysia perspektif PHAbdul Ghani
 
Uyghur mosques ppt
Uyghur mosques pptUyghur mosques ppt
Uyghur mosques pptAbdul Ghani
 
Kepentingan sifat ikhlas dalam ibadah dan beramal
Kepentingan sifat  ikhlas dalam ibadah dan beramalKepentingan sifat  ikhlas dalam ibadah dan beramal
Kepentingan sifat ikhlas dalam ibadah dan beramalAbdul Ghani
 
Tausiah kemerdekaan dan hijrah
Tausiah kemerdekaan dan hijrahTausiah kemerdekaan dan hijrah
Tausiah kemerdekaan dan hijrahAbdul Ghani
 
Malaysia negara rahmat dr mujahid
Malaysia negara rahmat dr mujahidMalaysia negara rahmat dr mujahid
Malaysia negara rahmat dr mujahidAbdul Ghani
 
Konsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain Safar
Konsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain SafarKonsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain Safar
Konsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain SafarAbdul Ghani
 
Maksud islam agama rahmat
Maksud islam agama rahmatMaksud islam agama rahmat
Maksud islam agama rahmatAbdul Ghani
 
Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)Abdul Ghani
 
Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)Abdul Ghani
 
Sambutan maulid rasul 1440
Sambutan maulid rasul 1440Sambutan maulid rasul 1440
Sambutan maulid rasul 1440Abdul Ghani
 
Trend takfiri bagaimana mengatasinya
Trend takfiri bagaimana mengatasinyaTrend takfiri bagaimana mengatasinya
Trend takfiri bagaimana mengatasinyaAbdul Ghani
 
Kembali mendekati dan mendampingi allah
Kembali mendekati dan mendampingi allahKembali mendekati dan mendampingi allah
Kembali mendekati dan mendampingi allahAbdul Ghani
 
Ramadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
Ramadhan Adalah Madrasah TarbawiyahRamadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
Ramadhan Adalah Madrasah TarbawiyahAbdul Ghani
 
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Abdul Ghani
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamAbdul Ghani
 
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat Abdul Ghani
 
Manhaj Qaradhawi Dalam Mereformasi Rakyat Mesir
Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat MesirManhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir
Manhaj Qaradhawi Dalam Mereformasi Rakyat MesirAbdul Ghani
 
Maqased syari'ah: Oleh Dr Hasan Yishu (baru)
Maqased syari'ah: Oleh  Dr Hasan Yishu  (baru)Maqased syari'ah: Oleh  Dr Hasan Yishu  (baru)
Maqased syari'ah: Oleh Dr Hasan Yishu (baru)Abdul Ghani
 
Kearah Merealisasi khaira ummah terkini
Kearah Merealisasi khaira ummah terkiniKearah Merealisasi khaira ummah terkini
Kearah Merealisasi khaira ummah terkiniAbdul Ghani
 
Fiqh al ma'aal فقه الماّل
Fiqh al ma'aal             فقه الماّل Fiqh al ma'aal             فقه الماّل
Fiqh al ma'aal فقه الماّل Abdul Ghani
 

More from Abdul Ghani (20)

Konsep kekeluargaan malaysia perspektif PH
Konsep kekeluargaan malaysia perspektif PHKonsep kekeluargaan malaysia perspektif PH
Konsep kekeluargaan malaysia perspektif PH
 
Uyghur mosques ppt
Uyghur mosques pptUyghur mosques ppt
Uyghur mosques ppt
 
Kepentingan sifat ikhlas dalam ibadah dan beramal
Kepentingan sifat  ikhlas dalam ibadah dan beramalKepentingan sifat  ikhlas dalam ibadah dan beramal
Kepentingan sifat ikhlas dalam ibadah dan beramal
 
Tausiah kemerdekaan dan hijrah
Tausiah kemerdekaan dan hijrahTausiah kemerdekaan dan hijrah
Tausiah kemerdekaan dan hijrah
 
Malaysia negara rahmat dr mujahid
Malaysia negara rahmat dr mujahidMalaysia negara rahmat dr mujahid
Malaysia negara rahmat dr mujahid
 
Konsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain Safar
Konsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain SafarKonsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain Safar
Konsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain Safar
 
Maksud islam agama rahmat
Maksud islam agama rahmatMaksud islam agama rahmat
Maksud islam agama rahmat
 
Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)
 
Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)
 
Sambutan maulid rasul 1440
Sambutan maulid rasul 1440Sambutan maulid rasul 1440
Sambutan maulid rasul 1440
 
Trend takfiri bagaimana mengatasinya
Trend takfiri bagaimana mengatasinyaTrend takfiri bagaimana mengatasinya
Trend takfiri bagaimana mengatasinya
 
Kembali mendekati dan mendampingi allah
Kembali mendekati dan mendampingi allahKembali mendekati dan mendampingi allah
Kembali mendekati dan mendampingi allah
 
Ramadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
Ramadhan Adalah Madrasah TarbawiyahRamadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
Ramadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
 
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
 
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
 
Manhaj Qaradhawi Dalam Mereformasi Rakyat Mesir
Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat MesirManhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir
Manhaj Qaradhawi Dalam Mereformasi Rakyat Mesir
 
Maqased syari'ah: Oleh Dr Hasan Yishu (baru)
Maqased syari'ah: Oleh  Dr Hasan Yishu  (baru)Maqased syari'ah: Oleh  Dr Hasan Yishu  (baru)
Maqased syari'ah: Oleh Dr Hasan Yishu (baru)
 
Kearah Merealisasi khaira ummah terkini
Kearah Merealisasi khaira ummah terkiniKearah Merealisasi khaira ummah terkini
Kearah Merealisasi khaira ummah terkini
 
Fiqh al ma'aal فقه الماّل
Fiqh al ma'aal             فقه الماّل Fiqh al ma'aal             فقه الماّل
Fiqh al ma'aal فقه الماّل
 

Recently uploaded

Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppthidayatn24
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptxfurqanridha
 
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANIPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANGilangNandiaputri1
 
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriSudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriFarhanPerdanaRamaden1
 
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)BashoriAlwi4
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...luqmanhakimkhairudin
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxMateriSMPTDarulFalah
 
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxTekiMulyani
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia pptMateri Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia pptParulianGultom2
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
 
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANIPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
 
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriSudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
 
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia pptMateri Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Harta dari perspektif islam 2

  • 1. Harta Dari Perspektif Islam Dipadankan dari kitab: Bhg.1 Ust Hj Abdul Ghani Samsudin
  • 2. Allah Membekalkan Manusia Dengan Sifat Menyukai Harta: • Allah berfirman dalam Surah Ali Imran :14 : • [14]. • Manusia dibekalkan dengan naluri berahi kepada wanita di samping menyukai anak pinak, timbunan harta emas perak, kuda peliharaan yang bertanda/ter;atih, binatang ternak dan sawah ladang. Tapi semua itu adalah mata benda dunia (yang fana) di sisi Allah terdapat ganjaran yang sangat lumayan
  • 3. Dalam Surah Al Fajr 20: • Allah berfirman : • • Dan kamu pula sangat menyintai harta benda
  • 4. Harta benda Bukan Untuk Bermegah • Harta benda bukan ukuran keredhaan Allah kepada seseorang hambaNya. Sebaliknya dia mungkin membawa kecelakaan atau sebaliknya kebahgiaan: • Allah Berfirman: • . [46] Harta dan anak-pinak hanyalah perhiasan hidup di dunia, namun (balasan) amal soleh di sisi Tuhanmu di akhirat kelak merupakan balasan yang jauh lebih baik sebagai ganjaran dan harapan.
  • 5. Allah berfirman Dalam Surah Al Hadid 20: • • Sedarlah bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan budaya sukan dan keseronokan yang sia-sia. Budaya suka berhias, saling berbangga antara satu sama lain, saling berlumba- lumba mengumpul kekayaan dan meramaikan keturunan. Ia laksana hujan yang menghasilkan tanaman yang sangat mengkagumkan para petani. Kemudian tanaman itu kering dan dedaunnya menjadi kekuningan lalu gugur dan hancur. Ingatlah bahawa di Akhirat nanti sudah tersedia azab yang sungguh pedih, di samping keampunan dan keredaan Allah. Kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang serba memperdaya.
  • 6. Harta Benda Bukan Untuk Berbangga •Allah berfirman dalam Surah Muhammad 36: • Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini lumrahnya penuh dengan hiburan dan kelekaan semata- mata. Tapi jika kamu beriman dan bertakwa, Allah pasti memberikan ganjaran kerana amalan kamu. Dia pula bukan meminta harta benda kamu.
  • 7. Dalam Surah Al Munafiqun ayat 9: • Allah berfirman : • • Hai orang yang beriman jangan dibiarkan harta benda dan anak-anak kamu melalaikan kamu mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian merekalah sebenarnya orang yang rugi.
  • 8. Al Mu’minun Ayat 55-56 • • Adakah mereka menyangka bahawa apabila Kami memberikan kepada mereka harta benda dan anak-pinak , itu bermakna Kami menyegerakan keberuntungan yang cepat kepada mereka? Tidak, bahkan mereka tidak menyedari hakikat yang sebenarnya.
  • 9. Harta Benda Adalah Ujian • Allah berfirman Dalam Surah Saba’ 37: • • Bukannya harta benda dan anak-pinak kamu yang mendekatkan kamu di sisi Allah. Kecuali orang- orang yang beriman dan berbuat baik; mereka akan meraih ganjaran; yang berlipat ganda kerana amalan yang mereka lakukan. Mereka ini akan ditempatkan di dalam bilik-bilik mahligai syurga dengan aman sentosa. •
  • 10. Dalam Surah al Taubah 24 • Allah berfirman: • ]24 ).
  • 11. Maksudnya: • Katakanlah, wahai Muhammad: “Seandainya bapa, anak, adik-beradik, isteri atau suami dan kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut akan merosot, rumah-rumah penginapan yang kamu sukai, jika semua itu lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya serta berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah menampilkan balasan-Nya kepada kamu. Ini kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada manusia yang fasiq (mengabaikan perintah-Nya.)
  • 12. Harta Menurut Beberapa Perspektif Lain • Harta dalam Islam mempunyai kedudukan yang penting dalam kehidupan individu dan kumpulan. Harta amat mempengaruhi kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini sangat ketara kalau kita menjalankan kajian perbandingan antara ajaran agama Islam dan kristian. Dalam agama kristian misalnya pernah terdapat riwayat dalam kitab injil yang menjadi pegangan mereka bahawa Jesus pernah berkata : • “Alangkah sukarnya memasuki kerajaan Allah bagi mereka yang berharta, masuknya unta ke lubang jarum adalah lebih mudah berbanding orang kaya masuk ke dalam kerajaan Allah”. • - ) :18/24-25) (19:23-24 ).
  • 13. Perspektif Islam Amat Berbeda • “Apabila datang seorang lelaki menyatakan keinginannya untuk menjadi pengikut Jesus dan berjalan bersamanya beliau lantas memerintahkan, pergilah jual harta bendamu, kemudian datanglah menjadi pengikutku”. • Pandangan Islam amat berbeda. Islam menganggap harta sebagai wahana penting untuk merealisasi kepentingan syara’, baik yang bersifat keduniaan mahupun yang bersifat akhirat, baik yang bersifat individu mahupun yang bersifat kumpulan. Manusia tidak mungkin dapat melindungi survival dan kehidupan fizikalnya kecuali dengan harta. Dengan harta dia dapat menyambung kehidupan, makanan, minuman, membeli pakaian, membina kediamannya, mencipta sesuatu yang boleh mempertahankan diri dan kehormatannya. Dengan harta manusia dapat membina kehidupan dan meningkatkan kemajuan. • - ) :19/21 ).
  • 14. Harta Memungkinkan Orang Bersedekah • Dengan harta seseorang itu dapat mengeluarkan zakat, bersedekah, membebaskan hamba sahaya dan menyumbang dalam kerja-kerja kebajikan. Allah S.W.T berfirman ( Al- Balad ayat 11- 18): • * * * * * *
  • 15. Maksudnya • Dalam pada itu mengapa manusia tidak memilih untuk merempuh dan mengatasi kesukaran akhirat. Apakah engkau mengetahui amal yang boleh merempuh kesukaran akhirat itu? (iaitu amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan). Antaranya ialah: memerdekakan hamba abdi; atau memberi makan pada hari kelaparan; kepada anak yatim dari kaum kerabat, atau kepada orang miskin yang terlantar di lantai bumi . Selain dari itu, antara amalan lain yang boleh dilakukan oleh orang-orang yang beriman ialah berpesan satu sama lain agar bersabar serta berpesan-pesan agar hidup berkasih sayang. Nah mereka itulah orang-orang yang kanan dan beruntung
  • 16. Harta Sebagai Qiaman • Kerana itulah Al-Quran menganggap harta sebagai “Qiaman” atau “Qiwaman” iaitu sendi atau tonggak kehidupan orang ramai. Harta zaman sekarang disebut sebagai “Nadi Kehidupan” Allah berfirman: (surah Al- Nisa’ayat 5) : • • Ertinya: Janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (Mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu;
  • 17. Nabipun Ramai Yang Berharta • Al-Quran banyak menyebut tentang Nabi-Nabi yang diberikan kekayaan hartabenda seperti para nabi yang Allah anugerahkan dengan singgah sana kerajaan. Umpamanya Nabi Allah Yusuf A.S. Beliau dapat menguasai negeri Mesir, dapat berkelana di situ di daerah pedalaman dengan bersahaja tanpa halangan. Nabi Daud a.s dikurniakan kerajaan dan kebijaksanaan. Nabi Sulaiman a.s diberikan kekayaan yang tidak akan ada sesiapa dapat memiliki kekayaan seperti kekayaannya
  • 18. Harta Tidak Mutlak Bawa Musibah • Al-Quran menjelaskan bahawa harta itu sendiri bukan suatu musibah dan pembawa keburukan kepada manusia sepertimana yang dianggap oleh sesetengah pengikut agama sesat. Meraka berpegang kepada prinsip menyeksa, menyusahkan diri dan mengharamkan diri mereka menikmati sesuatu nikmat kebaikan tuhan. Mereka cenderung menyiksa tubuh badan mereka untuk mencapai ketinggian derjat yang maksima seperti para pengikut Brahma di India, Budha di Parsi, Rumaqien di Greek dan golongan “Ruhnarun” Kristien.
  • 19. Harta Di Anggap “Khairan” • Sebaliknya kita dapati Al-Quran memanggil atau menamakan harta sebagai “Khairan” dalam beberapa ayat seumpama firman Allah s.w.t mengenai insan atau watak manusia. (Al-‘Aadiyat:8) : • • Ertinya: . Bahawa sesungguhnya manusia sangat sayangkan “al-Khair” harta (yakni sangat tamak haloba).
  • 20. Firman Allah : (Al-Baqarah:215) • • Ertinya: “ mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) Yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam perjalanan. dan (ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya).
  • 21. Mewasiatkan Harta • Firman Allah (Al-Baqarah:180) . • • Ertinya: “ Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa.
  • 22. Maksud perkataan “Khair” • Maksud perkataan “Khair” dalam ayat-ayat di atas ialah harta. Malah Al-Quran juga menganggap dalam banyak ayatnya bahawa harta dan kemudahan hidup dan kelapangan rezeki sebagai imbuhan kebaikan yang Allah segerakan untuk para hamba Allah yang soleh di dunia ini, Allah berfirman dalam surah (Nuh ayat 10–12) : • * * • Ertinya: "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; "Dan ia akan memberi kepada kamu Dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Allah akan menganugerahkan kepada kamu kebun-kebun tanaman, di samping Ia mengalirkan untuk kamu sungai-sungai di dalamnya.
  • 23. Kebaikan Mengundang Rezki • Allah berfirman (Al-Imran ayat 148): • • Ertinya: “Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (Kemenangan dan nama Yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (Nikmat syurga Yang tidak ada bandingannya). (Ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang berbuat kebaikan. • Allah berfirman: (Al A’raf ayat 96) : • • Ertinya: Sekiranya penduduk di sesuatu komuniti itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan menghidangkan kepada mereka berbagai rezki langit dan bumi Yang melimpah-ruah.
  • 24. Firman Allah s.w.t: (Al-Talaq: 2,3). • * • Ertinya: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah tunjukkan kepadanya jalan keluar (dari segala kesusahan),Bahkan Allah akan memberikan rezki kepadanya dari sumber yang tidak disangka-sangka olehnya. • Firman Allah s.w.t: (Al Maidah ayat 66). • • Ertinya: Seandainya mereka bersungguh-sungguh menegakkan hukum-hakam Taurat dan Injil serta apa Yang diturunkan kepada mereka oleh Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan mewah dengan makanan ; samada dari atas (langit) mahupun dari bawah kaki mereka (bumi).
  • 25. Firman Allah (Adh-Dhuhaa ayat 8): • • Ketika didapatinya Engkau miskin, Ia lantas menjadikan dirimu serba cukup • Firman Allah (Al-Anfal ayat 26): • • Allah mengurniakan kepada kamu anika rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur.
  • 26. Rasulullah bersabda kepada ‘Amru Ibn Al-As: • • “Wahai ‘Amru, sungguh bertuah harta yang soleh di tangan seorang yang soleh”. • Antara doa yang diwariskan oleh Baginda s.a.w ialah doa: • • “Ya Allah hambamu ini memohon hidayah, sifat ketaqwaan, sifat luhur dan hidup berharta”. • Saad Ibn Abi Waqqas meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w s.a.w bersabda: • • “Bahawa Allah sukakan hambanya yang bertaqwa, serta serba berada dan tidak menunjuk-nunjuk akan kekayaannya”. • - )17096: ( )3210( • - )2721) (3692( )3489) (3832( . • - )2965( .
  • 27. Kekayaan Juga Suatu Kelebihan • Dalam sebuah hadith masyhur tentang wasiat iaitu apabila Saad Ibn Abi Waqqas hendak mewasiatkan semua atau sebahagian atau sepertiga untuk tujuan kebajikan, Baginda s.a.w bersabda: “sepertiga pun sudah banyak”. Baginda s.a.w juga pernah berdoa untuk khadam baginda, Anas bin Malik: “Semoga Allah memperbanyakkan hartanya”. Baginda s.a.w pernah juga bersabda “Tiada harta orang lain yang lebih memberi manfaat kepadaku berbanding harta Abu Bakar”. Ahli ilmu di dalam Islam memutuskan bahawa kelebihan itu pada orang kaya yang bersyukur berbanding orang fakir yang bersabar sebagaimana yang ditunjukkan di dalam hadith Nabi s.a.w: • • “Nampaknya orang-orang yang berharta telah membawa balik (merangkul) berbagai macam ganjaran”. • - ) :56) (1628( )1479) (2864) (2116( )3626) (2708( . • - : : : ." " : . )6380) (2481( )13013.( . • - )7446: ( )3661: ( )94) (2894 ). • • - ) :843( )595) (7243) (1504( )927( .
  • 28. Pemberi Lebih Martabat Berbanding Penerima • Demikian juga kelebihan tangan yang terletak di atas, iaitu tangan yang menghulurkan atau memberi berbanding tangan yang di bawah. Iaitu tangan yang mengambil pemberian. Ini tersebut di dalam sebuah hadith yang sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: • • “Tangan yang di atas itu lebih baik berbanding tangan yang dibawah, mulakanlah dengan mereka yang engkau tanggung”. - : )1429) (1033( )7155( )1648) (2533( .
  • 29. 2- Wajib Menjaga dan Melindungi Harta • Oleh kerana pentingnya harta menurut pandangan Islam maka Al-Quran dan sunnah menampilkan pesanan dan arahan agar harta dilindungi dan dijaga. Begitu juga terdapat pesanan agar tidak mensia-siakan harta, larangan membazirkan wang dan melampau– lampau berbelanja disamping terdapat pula selaran Allah terhadap hamba-Nya yang menyimpan dan menguasai harta ketika musim memajak dan membela binatang ternak.
  • 30. Seterusnya sekatan berbelanja kepada golongan yang tidak sempurna akal • Seperti dalam firman Allah s.w.t (surah Al Nisa’ ayat 5) : • • Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta (Mereka Yang ada Dalam jagaan) kamu, • Larangan ini adalah untuk kepentingan masyarakat. Begitu juga larangan kepada kanak-kanak dan mereka yang tidak siuman menguruskan harta mereka. Ini adalah untuk menjaga kepentingan orang yang dilarang itu sendiri.
  • 31. Pentingnya harta Ditegaskan Oleh Ayat 282 Surah Al Baqarah •
  • 32. Maksudnya • Bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya Dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang Yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu Dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian jika orang Yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya Dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang Yang kamu setujui menjadi saksi,
  • 33. Sambungan Maksud Ayat • supaya jika Yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan Yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang Yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai Yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. dan kalau kamu melakukan (Apa yang dilarang itu), maka Sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui segala sesuatu.
  • 34. III.Larangan Agar tidak Terfitnah Dengan Harta dan tidak melampaui batas disebabkan harta. • Meskipun kedudukan harta penting dalam Islam namun kita dapati Islam mengingatkan agar menusia tidak terpesona dengan kemilaunya dan tidak takabur dan bongkak kerananya. Allah berfirman (Surah Al Taghaabun ayat 15). • • Ertinya: “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar.”
  • 35. Kekayaan Boleh Menjebak Manusia • Firman Allah (Surah Al Alaq: 6–7) : • * • Ertinya: “Ingatlah! Sesungguhnya manusia mudah melampaui batas (yang sepatutnya atau Yang sewajibnya), (7). Apabila ia melihat dirinya sudah serba cukup (kaya)
  • 36. • Al-Quran menghubungkaitkan sifat egoistik dan melampau seseorang itu dengan pandangan bongkak manusia dan kerana dia tidak memerlukan tuhan lagi. Allah berfirman (Al-Munafiqun:6): • • • Ertinya: “hai orang –orang yang beriman jangan lah kamu dilalaikan oleh harta dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berkelakuan demikian itulah golongan yang rugi”.
  • 37. Bencana bukan kerana wujudnya harta dan anak–anak tetapi ialah kerana sikap leka dan cuai orang berkenaan terhadap zikrullah. • Dalam masa yang sama Allah memuji para pengunjung masjid . Allah berfirman: (surah Al-Nuur ayat 36-37 ) : • • • • Ertinya: “(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat. Mereka takut hari (kiamat) ; hari di mana hati dan pandangan manusia berbolak-balik.
  • 38. Mereka Golongan Pedagang Yang Soleh • Mereka bukan golongan Darwish dan bukan juga penganggur tapi adalah golongan bisness dan peniaga yang kesibukan mereka tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah dan melunaskan tanggungajawabnya. • Sebab itu tidak hairan lah kalau kita melihat Al-Quran menyelar golongan hartawan yang bongkak dan Qarun. Allah berfirman (surah Al-Qasas ayat 76 ) : • ... • Ertinya: (76). Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan Yang anak-anak kuncinya menjadi beban Yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang Yang kuat sasa. (ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah Engkau bermegah- megah (dengan kekayaanmu), Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang- orang Yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). • Akhirnya dia bernasib malang kerana Allah membenamkan Qarun, rumah dan hartanya di perut bumi.
  • 39. Perangai Golongan Mewah • Demikian halnya dengan kisah pemilik dua ladang besar yang tersebut dalam surah Al Kahfi iaitu kaum Aad dan Thamud. Allah berfirman tentang kaum Aad “ Adakah kamu asyik membina di setiap dataran tinggi premis mewah untuk kamu berpoya-poya. Kamu bina berbagai perusahaan untuk kamu kekal tinggal di dunia ini . • Firman Allah s.w.t (Surah Al Syu’ara ayat 128,129, 132-134) • * • Ertinya: (128). "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.(129). "Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng Yang kukuh Dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
  • 40. Pesanan Allah Kepada Kaum Ningrat • • * * • Ertinya: (132). “Bertakwa dan berbaktilah kamu kepada Allah Yang telah menolong kamu Dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.(133). "Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),(134). “Malah taman-taman (yang indah permai) serta matair- matair (yang mengalir).
  • 41. Kenikmatan Dunia Ini Sementara • Firman Allah s.w.t berkaitan Kaum Thamud (As- Syuaraa’: 146-148) • * * • Ertinya: (146). "Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan berterusan bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? –(147). "Di Dalam taman-taman (yang indah permai), dan pancuran mata air (yang mengalir), (148). “Di samping kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
  • 42. Firman Allah s.w.t (Surah Al-Humazah ayat 1–8): • * * * * * * * * • Ertinya: (1). Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,(2). Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (3). ia menyangka Bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!(4). Tidak! Sesungguhnya Dia akan dicampakkan ke dalam "Al- Hutamah".(5). Cara bagaimanakah engkau dapat mengetahui, apa Dia "Al-Hutamah" itu? (6). (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -(7). Yang naik menjulang ke hati; (8). Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
  • 43. Firman Allah s.w.t: (Surah Al-Masad ayat 1–5): • * * * * • Ertinya: (1) Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama (2) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. (3) Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang (4) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. (5) Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal.
  • 44. Firman Allah s.w.t (Surah Al-Qalam ayat 14): • • Ertinya: (14). Mentang-mentanglah dia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)? – • Ini semua dalam ayat Quran yang diturunkan di Mekah yang merumuskan asas–asas prinsip dan dasar-dasar Islam dalam menyebarkan risalah kemanusiaannya.